penda hulu an

3
PENDAHULUAN Sebutan Teknologi Maklumat baru sahaja mula digunakan mulai awal tahun 1990an. Bagaimanapun bidang ini telah memberikan implikasi yang begitu besar kepada kehidupan manusia. Perkembangan teknologi maklumat begitu pesat dan teramat pantas sehingga kadang kala sukar untuk mengikuti perkembangannya. Perkembangan dalam bidang teknologi mengubah cara manusia belajar (Naismith, Lonsdale, Vavoula, & Sharples, 2004; Ting, 2007). Proses pembelajaran kini melampaui ruang fizikal bilik darjah (Kukulska-Hulme & Traxler, 2005) bersifat globalisasi dan sepanjang hayat (Sharples, 2000). Pada masa kini ramai penyelidik dalam bidang akademik dan industri mula meneroka potensi teknologi dan peralatan mudah alih untuk menyokong pembelajaran. Teknologi Maklumat dan Komunikasi atau ICT (Information and Communication Technology) merupakan teknologi yang diperlukan untuk pemprosesan data. Ruang lingkup tajuknya sangat luas. Ia boleh berkenaan denagan segala aspek dalam pengurusan dan pemprosesan maklumat. Secara tepat dan mudahnya adalah penggunaan komputer dan perisian untuk mengubah, menyimpan, melindungi, memproses, memindah, melihat, dan mendapatkan maklumat tanpa mengira tempat dan waktu.

Upload: zeeyan

Post on 05-Jan-2016

227 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

ERGTRGER

TRANSCRIPT

Page 1: Penda Hulu An

PENDAHULUAN

Sebutan Teknologi Maklumat baru sahaja mula digunakan mulai awal tahun 1990an.

Bagaimanapun bidang ini telah memberikan implikasi yang begitu besar kepada

kehidupan manusia. Perkembangan teknologi maklumat begitu pesat dan teramat pantas

sehingga kadang kala sukar untuk mengikuti perkembangannya.

Perkembangan dalam bidang teknologi mengubah cara manusia belajar (Naismith,

Lonsdale, Vavoula, & Sharples, 2004; Ting, 2007). Proses pembelajaran kini melampaui

ruang fizikal bilik darjah (Kukulska-Hulme & Traxler, 2005) bersifat globalisasi dan

sepanjang hayat (Sharples, 2000). Pada masa kini ramai penyelidik dalam bidang

akademik dan industri mula meneroka potensi teknologi dan peralatan mudah alih untuk

menyokong pembelajaran.

Teknologi Maklumat dan Komunikasi atau ICT (Information and Communication

Technology) merupakan teknologi yang diperlukan untuk pemprosesan data. Ruang

lingkup tajuknya sangat luas. Ia boleh berkenaan denagan segala aspek dalam pengurusan

dan pemprosesan maklumat. Secara tepat dan mudahnya adalah penggunaan komputer

dan perisian untuk mengubah, menyimpan, melindungi, memproses, memindah, melihat,

dan mendapatkan maklumat tanpa mengira tempat dan waktu.

Teknologi Maklumat (Information Technology) atau IT dan Teknologi Maklumat

dan Komunikasi (Information and Communication Technology) atau ICT merupakan

teknologi yang diperlukan untuk pemprosesan data. Ruang lingkup tajuknya sangat luas:

berkenaan segala aspek dalam pengurusan dan pemprosesan maklumat. Secara tepat dan

mudah: penggunaan komputer dan perisian untuk mengubah, menyimpan, melindungi,

memproses, memindah, melihat, dan mendapatkan maklumat tanpa mengira tempat dan

waktu.

Page 2: Penda Hulu An

Definisi teknologi maklumat boleh diringkaskan sebagai satu proses pengaliran,

penyebaran, pemprosesan dan penyimpanan maklumat menggunakan perantaraan

teknologi. Seperti yang diketahui umum, teknologi disifatkan sebagai satu bentuk

pemudah cara yang membolehkan pengaliran maklumat menjadi sangat pantas.

Sebenarnya teknologi maklumat tidak terhad kepada internet dan komputer sahaja tetapi

ia melibatkan televisyen, telefon, telefon mudah alih, fax, telegram, PDA dan sistem

satelit dalam menyampaikan maklumat kepada penerima.

Terdapat 3 asas penting dalam penggunaan teknologi maklumat. Pertama teknologi

maklumat adalah untuk mengumpul maklumat. Ia digunakan untuk suntingan dengan

menggunakan teknologi. Contoh,dengan menggunakan komputer ia boleh merekod

bunyi,imej dan sebagai pengesan gerakkan. Kedua, adalah untuk memanipulasikan

maklumat dan proses semula imej. Ketiga, digunakan untuk berkomunikasi iaitu ia

menjelaskan bagaimana teknologi maklumat digunakan untuk berkomunikasi bagi

mendapatkan maklumat daripada sumber kepada penerima.