penda hulu an

7
1.0 PENDAHULUAN Subjek Sains adalah salah satu mata pelajaran teras di sekolah rendah di Malaysia. Oleh itu, sains merupakan satu bidang keilmuan hasil daripada usaha manusia untuk mencari penerangan yang rasional tentang alam. Manakala, semua murid mestilah menguasai mata pelajaran sains ini di dalam sekolah rendah. Kebanyakkan murid mengganggapkan sains merupakan satu mata pelajaran yang susah dan sukar untuk menguasai. Hal ini disebabkan oleh subjek sains mempunyai banyak fakta dan istilah saintifik perlu dihafal oleh para pelajar. Oleh itu, kaedah-kaedah yang perlu dicari oleh guru sains untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran supaya dapat memberi kesan yang maksimum. 1.1 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU Dalam praktikum fasa pertama, saya telah ditempatkan di Sekolah Taman Daya 3, Johor Bahru. Saya diberi tanggungjawab untuk mengajar subjek Sains bagi Tahun 4 Adil sebanyak empat minggu. Sepanjang mengajar topik bagi tema “menyiasat bumi, bulan dan matahari”, saya baru mengetahui bahawa murid kelas ini terdiri daripada murid yang lemah dalam pelajaran dan menghadapi masalah dalam menguasai istilah-istilah Sains yang penting bagi topik yang diajar. Bukan setakat itu sahaja, terdapat juga

Upload: tracy-lee

Post on 05-Nov-2015

221 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

p

TRANSCRIPT

1.0 PENDAHULUANSubjek Sains adalah salah satu mata pelajaran teras di sekolah rendah di Malaysia. Oleh itu, sains merupakan satu bidang keilmuan hasil daripada usaha manusia untuk mencari penerangan yang rasional tentang alam. Manakala, semua murid mestilah menguasai mata pelajaran sains ini di dalam sekolah rendah. Kebanyakkan murid mengganggapkan sains merupakan satu mata pelajaran yang susah dan sukar untuk menguasai. Hal ini disebabkan oleh subjek sains mempunyai banyak fakta dan istilah saintifik perlu dihafal oleh para pelajar. Oleh itu, kaedah-kaedah yang perlu dicari oleh guru sains untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran supaya dapat memberi kesan yang maksimum.

1.1 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALUDalam praktikum fasa pertama, saya telah ditempatkan di Sekolah Taman Daya 3, Johor Bahru. Saya diberi tanggungjawab untuk mengajar subjek Sains bagi Tahun 4 Adil sebanyak empat minggu. Sepanjang mengajar topik bagi tema menyiasat bumi, bulan dan matahari, saya baru mengetahui bahawa murid kelas ini terdiri daripada murid yang lemah dalam pelajaran dan menghadapi masalah dalam menguasai istilah-istilah Sains yang penting bagi topik yang diajar. Bukan setakat itu sahaja, terdapat juga murid yang masih tidak boleh menulis dan membaca dengan lancar.

Sebelum saya memulakan sesi P&P bagi kelas yang sama dengan meminta murid mengingati kembali apa yang saya ajar pada kelas yang lepas, kebanyakkan murid tidak dapat berjaya memberikan jawapan dengan tepat. Apabila saya selesai memberi penerangan terhadap pengajaran yang berkaitan dengan topik tersebut, ujian yang saya beri kepada murid-murid. Namun apa yang mendukacitakan saya adalah kebanyakkan murid tidak boleh menjawab soalan yang dikemukan pada fasa membuat latihan. Justeru, saya telah cuba mempelbagaikan strategi pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan Alat Bantu Mengajar (ABM) untuk memastikan murid dapat menguasai istilah-istilah Sains yang penting. Semasa murdi didedahkan dengan ABM dalam proses pengajaran dan pembelajaran, mereka dapat menjawab serta mengingati istilah-istilah Sains yang penting dengan betul. Namun, apabila saya memberi latihan pengukuhan kepada murid, saya mengenai bahawa terdapat sebilangan murid yang tidak dapat menjawab soalan dengan tepat. Oleh itu, saya telah menemubual beberapa orang murid tentang masalah yang mereka hadapi dalam penguasaan istilah Sains yang penting. Selepas temubual, hasil yang saya dapati adalah murid-murid menyatakan bahawa istilah-istilah Sains tidak faham dan susah ingat kepada mereka. Tambahan pula, murid-murid juga menyatakan bahawa mereka tidak minat terhadap pengajaran dan pembelajaran saya. Ia telah menimbulkan kebosanan murid terhadap pengajaran dan pembelajaran dalam sains dan akan mempengaruhi prestasi murid-murid untuk menjawab soalan dalam peperiksaan yang diduduki.Situasi ini telah mendorong saya untuk melakukan satu kajian untuk menyelesaikan masalah ini. Pada pendapat saya, masalah ini tidak boleh dibiarkan begitu sahaja kerana murid-murid mempunyai tanggapan yang negatif di mana mereka akan berasa mata pelajaran Sains merupakan satu subjek yang susah untuk dikuasai. Hal ini akan menyebabkan masalah kekeliruan terhadap konsep sains jika masalah ini tidak diselesaikan dengan segera. Jadi, saya akan menggunakan kaedah nyanyian untuk meningkatkan penguasaan murid dalam mengingat istilah sains yang penting. Saya akan menggunakan lagu yang dikenali ramai dengan mengubah liriknya kepada lirik yang berunsurkan istilah-istilah sains. Saya telah membuat keputusan untuk mengaplikasikan kaedah nyanyian ini dalam fasa penutup bagi topik ukuran. Konsep penggabungjalinan kemahiran antara mata pelajaran telah digunaan di mana penglibatan penggunaan muzik diaplikasikan dalam mata pelajaran Sains. Hal ini bukan sahaja dapat membantu murid mengingati istilah sains, malah dapat merangsang suasana yang seronok dalam proses p&p serta meningkatkan minat murid dalam mempelajari subjek Sains.

1.2 REFLEKSI SOROTAN LITERATURKaedah pengajaran Kaedah pengajaran yang kreatif dan menyeronokkan bukan sahaja dapat menambat hati murid untuk belajar, malah dapat membantu mereka mengukuhkan kefahaman dan ingatan dalam mata pelajaran tersebut, selaras dengan kenyataan Yong & Biramiah (1996) iaitu Seorang guru yang kreatif akan bertindak sebagai pemberi motivasi dalam pembelajaran bagi para pelajar. Menurut Noor Azmi (1998) menyatakan bahawa pengembangan kreativiti yang bermaksud aktiviti-aktiviti yang kreatif secara logic, membina daya imaginasi dan boleh memberi pandangan merupakan fokus pengisian kurikulum abad ke-21 selain daripada penguasaan pengetahuan dan kemahiran asas. Menurut Kamus Dewan edisi keempat (2007), nyanyian bermaksud gubahan muzik yang dilagukan dengan suara. Nyanyian merupakan salah satu dari cabang muzik. Menurut Wikipedia, ensiklopedia bebas (2012) pula, nyanyian merujuk kepada aktiviti membunyikan suara dalam bentuk tertentu yang bertujuan menghasilkan nada dan melodi yang disenangi. Ia merupakan salah satu aktiviti manusia yang bertujuan untuk mengembirakan hati. Nyanyian boleh dilakukan dengan bantuan alat muzik atau hanya dengan secara bertepuk tangan dan sebagainya. Nyanyian memerlukan daya kreativiti manusia dan dianggap sebagai salah satu cabang seni. Menurut Mok Soon Sang dan Lee Shok Mee (1988), menyanyi adalah aktiviti yang berlaku dalam kehidupan kita yang sebenar dan aktiviti ini boleh dibawa ke bilik darjah sebagai satu kegiatan lisan yang menarik. Kanak-kanak suka menyanyi dan bagi kanak-kanak yang masih belajar, menganggap menyanyi lebih sebagai satu bentuk bermain dan berehat. Melalui nyanyian mereka akan terhibur dan menenangkan fikiran. Menurut Sufian dan Osman (2009) pula, penggunaan muzik dalam proses p&p dapat menimbulkan rasa seronok belajar, menerapkan semangat patriotik dalam diri pelajar serta mengembangkan kemahiran berfikir pelajar. Elemen muzik dan nyanyian telah terbukti keberkesananya. Hasil kajian yang dijalankan oleh Edith dan Kamariati (2010) tentang keberkesanan lagu dalam proses pengajaran dan pembelajaran di Sekolah Tanjung Batu, Tawau menunjukkan bahawa elemen muzik yang diterapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran dapat membantu meningkatkan prestasi pembelajaran murid-murid dari aspek mengingati fakta-fakta sains yang penting dan sekaligus dapat menarik minat murid-murid untuk belajar. Hampir 90% daripada pelajar dapat melabel dan menyatakan proses sains dengan betul. Manakala kumpulan pelajar kawalan hanya menunjukkan 10% pencapaian yang baik. Ini menunjukkan penggunaan elemen lagu dalam pembelajaran amatlah berkesan. Beliau menggunakan lagu untuk membantu muridnya mengingati nama struktur yang terlibat dalam proses kitaran air. Tambahan pula, nyanyian dapat membantu proses mengingat kanak-kanak. Ia amat berguna dan boleh membantu murid-murid menguasai perbendaharaan kata, sebutan, intonasi, rima dan tekanan, struktur dan bentuk ayat. Lagu juga dapat membantu menyumbang kea rah bentuk pemikiran dan daya inkuiri otak mentafsir sesuatu perkara. Dalam kajian Rosne Hafizah (2009) terhadap beberapa orang murid di sebuah sekolah di Selangor, mendapati bahawa aktiviti nyanyian ini dapat merangsang minat murid-murid untuk mempelajari bahawa Arab. Secara tidak langsung, murid-murid telah berjaya menguasai perbendaharaan kata bahawa Arab melalui kaedah nyanyian. Selain itu, kaedah nyanyian ini juga dapat meningkatkan minat murid dalam P&P. Menurut Mohd Izzuddin (2011), dalam kajian beliau iaitu Keberkesanan Nyanyian Melodi Ria untuk Meningkatkan Kemahiran Mengingat Nama 10 Malaikat Bagi Murid Tahun 2 Delima SK. Kampung Gemuruh menyatakan bahawa kaedah nyanyian ini memberi kepentingan kepada murid dan juga kepada guru. Kaedah ini merupakan kaedah berpusatkan murid iaitu kajian ini menumpukan 80% kepada murid dan hanya 20% penglibatan guru. Pembelajaran melalui nyanyian melodi ria ternyat mampu membangkitkan keseronokan dan merangsang minat murid untuk belajar kerana seni pengajaran dan pembelajaran tidak berlangsung dalam keadaan tertekan. Daripada kajian-kajian yang saya kajian, kebanyakkan menunjukkan keberkesanan teknik nyanyian dalam proses pengajaran dan pembelajaran terutamanya dalam mata pelajaran Sains. Justeru, saya ingin menggunakan teknik nyanyian ini dalam kajian tindakan saya terhadap murid 4 Adil dalam topik yang berbeza untuk meningkatkan penguasaan istilah Sains mereka. Topik Ukuran telah saya gunakan untuk pengaplikasian teknik nyanyian ini.