penda hulu an

2
PENDAHULUAN Bimbingan bukanlah sesuatu aspek yang asing lagi dalam kehidupan seharian kita. Bimbingan, atau dalam bahasa inggerisnya guidance membawa maksud memberi panduan atau nasihat kepada seseorang. Dari aspek pendidikan pula tokoh mempunyai definisi mere yang tersendiri. Menurut Crow dan Crow (198! dalam "khiar Bin #ardi dan $hamsin $hamsudin (%&1'!, bimbingan sebagai bantuan yang diberikan oleh indi idu yang terlatih s berkelayakan kepada seseorang agar ia dapat menguruskan akti iti kehidupannya, menghasilkan sudut pandangan sendiri, membuat keputusan serta berkeupayaan untuk menanggung beban kehidupan sendiri. Menurut "khiar Bin #ardi dan $hamsina $hamsudin (%&1'!, menyatakan bahawa bimbingan merupakan bantuan yang diberikan kepada murid agar mereka dapat menyesuaikan diri dengan orang lain serta persekitaran bilik dar)ah tempat bela)ar. Bimbingan membolehkan seseorang murid memahami dirinya sendiri serta menyesuaikan dirinya dengan persekitarannya. Kaunseling pula berasaldaripadaperkataanbahasa *nggeris + ounselling+ yang membawa maksud memberi bantuan psikologi dan nasihatkepada seseorang.Dalam pengertian yang luas, sebenarnya setiap orang terlibat dalam akti iti kaunseling baik se langsung atau tidak langsung, terutamanya ibu bapa dan guru. Menurut "khiar Bin #ardi dan $hamsina $hamsudin (%&1'!, perkhidmatan kaunseling ialah perkhidmatan yang membe peluang kepada klien untuk berkembang ke arah kehidupan yang lebih bahagia dan bermakna. #ada semester - #*$M# ini, saya dan rakan rakan perlu men)alankan satu perbin angan bersama murid yang bermasalah di sekolah praktikum masing masing. /ami perlu memilih teori Bimbingan dan /aunseling, kemahiran kemahiran asas dalam kaunseling dan *nter ensi yang sesuai untuk di)alankan bersama murid tersebut.

Upload: saadah-mahani

Post on 02-Nov-2015

222 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

edu sem 7

TRANSCRIPT

PENDAHULUANBimbingan bukanlah sesuatu aspek yang asing lagi dalam kehidupan seharian kita. Bimbingan, atau dalam bahasa inggerisnya guidance membawa maksud memberi panduan atau nasihat kepada seseorang. Dari aspek pendidikan pula tokoh mempunyai definisi mereka yang tersendiri. Menurut Crow dan Crow (1983) dalam Akhiar Bin Pardi dan Shamsina Shamsudin (2015), bimbingan sebagai bantuan yang diberikan oleh individu yang terlatih serta berkelayakan kepada seseorang agar ia dapat menguruskan aktiviti kehidupannya, menghasilkan sudut pandangan sendiri, membuat keputusan serta berkeupayaan untuk menanggung beban kehidupan sendiri. Menurut Akhiar Bin Pardi dan Shamsina Shamsudin (2015), menyatakan bahawa bimbingan merupakan bantuan yang diberikan kepada murid agar mereka dapat menyesuaikan diri dengan orang lain serta persekitaran bilik darjah tempat ia belajar. Bimbingan membolehkan seseorang murid memahami dirinya sendiri serta menyesuaikan dirinya dengan persekitarannya. Kaunseling pula berasal daripada perkataan bahasa Inggeris "counselling" yang membawa maksud memberi bantuan psikologi dan nasihat kepada seseorang. Dalam pengertian yang luas, sebenarnya setiap orang terlibat dalam aktiviti kaunseling baik secara langsung atau tidak langsung, terutamanya ibu bapa dan guru. Menurut Akhiar Bin Pardi dan Shamsina Shamsudin (2015), perkhidmatan kaunseling ialah perkhidmatan yang memberi peluang kepada klien untuk berkembang ke arah kehidupan yang lebih bahagia dan bermakna.

Pada semester 7 PISMP ini, saya dan rakan-rakan perlu menjalankan satu sesi perbincangan bersama murid yang bermasalah di sekolah praktikum masing-masing. Kami perlu memilih teori Bimbingan dan Kaunseling, kemahiran-kemahiran asas dalam kaunseling dan Intervensi yang sesuai untuk dijalankan bersama murid tersebut.