penda hulu an

19
1.0 Pendahuluan Pada abad ke-19 terutamanya semenjak pertengahan abad, kuasa-kuasa Barat berlumba-lumba untuk mendapatkan tanah jajahan di Asia khususnya di Asia Tenggara. Hal ini berlaku disebabkan kuasa-kuasa Barat menjalankan dasar imperialisme bagi mendapatkan hasil kekayaan bumi dan memudahkan proses perdagangan berjalan dengan lancar. Akibat dasar imperialisme ini British telah menjajah di Burma dan Tanah Melayu, Perancis di Indo-China, Belanda di Indonesia, dan lain-lain lagi. Siam merupakan satu-satunya negara yang tidak pernah dijajah oleh kuasa-kuasa Barat. Siam juga terselamat daripada penjajahan Jepun selepas Perang Dunia Kedua walaupun kebanyakan negeri-negeri di Asia dikuasai oleh Jepun. Kedaulatan Siam diperkukuhkan semenjak pemerintahan Raja Mongkut. Raja Mongkut atau dikenali juga sebagai Raja Rama IV, beliau telah dilahirkan pada 18 oktober 1804. Mongkut mewarisi tahta dinasti Chakri sejak tahun 1851 1868 setelah kematian Raja Rama III. Mongkut merupakan seorang yang terpelajar dan pada umur 20 tahun, beliau telah bergiat aktif dalam bidang keagamaan dan menjadi sami Buddha selama 27 tahun. Mongkut juga telah mempelajari Bahasa Inggeris dan sistem pentadbiran barat daripada mubaligh Amerika seperti Reverend Jesse Caswell dan Reverend D.B Bradley. Mongkut sangat dihormati oleh orang Barat kerana sikap tolak-ansur dan diplomatik yang ditunjukkan. Mongkut juga merupakan seorang pemimpin yang bijak kerana pada pandangannya jika Siam mengamalkan dasar tutup pintu pasti Siam akan jatuh ke tangan kuasa barat seperti nasib yang mengalami China. 1 Selepas kemangkatan Raja Mongkut, Raja Chulalongkorn telah menaiki tahta pada 1868 ketika berusia 16 tahun. Sebelum beliau mencapai umur 21 tahun, Siam berada di bawah pemerintahan sementara bapa saudaranya iaitu Chao Phraya Suriyawongsic yang dilantik sebagai pemangku raja sehingga 1873 dan beliau pula pada ketika itu dilantik sebagai putera mahkota. Semasa beliau menjadi putera mahkota, beliau menggunakan kesempatan tersebut untuk melawat ke luar negara bagi meluaskan pengalaman dan mempelajari serta mengkaji sistem pentadbiran barat sebagai asas pentadbiran apabila beliau memerintah kelak. Contohnya beliau mengadakan lawatan kebeberapa buah tanah 1 Tamara Lynn Loos.2006. Subject Siam: Family, Law, and Colonial Modernity in Thailand . Amerika: Cornell University Press. Hlm 42

Upload: nurulafizah-harun

Post on 24-Oct-2015

39 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

penda

TRANSCRIPT

Page 1: Penda Hulu An

1.0 Pendahuluan

Pada abad ke-19 terutamanya semenjak pertengahan abad, kuasa-kuasa Barat berlumba-

lumba untuk mendapatkan tanah jajahan di Asia khususnya di Asia Tenggara. Hal ini berlaku

disebabkan kuasa-kuasa Barat menjalankan dasar imperialisme bagi mendapatkan hasil

kekayaan bumi dan memudahkan proses perdagangan berjalan dengan lancar. Akibat dasar

imperialisme ini British telah menjajah di Burma dan Tanah Melayu, Perancis di Indo-China,

Belanda di Indonesia, dan lain-lain lagi. Siam merupakan satu-satunya negara yang tidak

pernah dijajah oleh kuasa-kuasa Barat. Siam juga terselamat daripada penjajahan Jepun

selepas Perang Dunia Kedua walaupun kebanyakan negeri-negeri di Asia dikuasai oleh

Jepun.

Kedaulatan Siam diperkukuhkan semenjak pemerintahan Raja Mongkut. Raja Mongkut

atau dikenali juga sebagai Raja Rama IV, beliau telah dilahirkan pada 18 oktober 1804.

Mongkut mewarisi tahta dinasti Chakri sejak tahun 1851 – 1868 setelah kematian Raja Rama

III. Mongkut merupakan seorang yang terpelajar dan pada umur 20 tahun, beliau telah bergiat

aktif dalam bidang keagamaan dan menjadi sami Buddha selama 27 tahun. Mongkut juga

telah mempelajari Bahasa Inggeris dan sistem pentadbiran barat daripada mubaligh Amerika

seperti Reverend Jesse Caswell dan Reverend D.B Bradley. Mongkut sangat dihormati oleh

orang Barat kerana sikap tolak-ansur dan diplomatik yang ditunjukkan. Mongkut juga

merupakan seorang pemimpin yang bijak kerana pada pandangannya jika Siam mengamalkan

dasar tutup pintu pasti Siam akan jatuh ke tangan kuasa barat seperti nasib yang mengalami

China.1

Selepas kemangkatan Raja Mongkut, Raja Chulalongkorn telah menaiki tahta pada 1868

ketika berusia 16 tahun. Sebelum beliau mencapai umur 21 tahun, Siam berada di bawah

pemerintahan sementara bapa saudaranya iaitu Chao Phraya Suriyawongsic yang dilantik

sebagai pemangku raja sehingga 1873 dan beliau pula pada ketika itu dilantik sebagai putera

mahkota. Semasa beliau menjadi putera mahkota, beliau menggunakan kesempatan tersebut

untuk melawat ke luar negara bagi meluaskan pengalaman dan mempelajari serta mengkaji

sistem pentadbiran barat sebagai asas pentadbiran apabila beliau memerintah kelak.

Contohnya beliau mengadakan lawatan kebeberapa buah tanah jajahan British dan Belanda

1Tamara Lynn Loos.2006. Subject Siam: Family, Law, and Colonial Modernity in Thailand. Amerika: Cornell University Press. Hlm 42

Page 2: Penda Hulu An

seperti Tanah Melayu, Indonesia (Pulau Jawa), Singapura, Myanmar dan India (Culutta dan

Bombay).

Perjanjian Bowring telah dimenterai pada tahun 1855 diantara Raja Mongkut dan pihak

Barat iaitu British. Perjanjian ini ditafsirkan sebagai suatu kemenangan kepada imperialisme

Barat, namun pada pandangan pemerintah Siam ia merupakan salah satu jalan untuk

menyelamatkan negara mereka daripada dijajah dan mengekalkan kedaulatan Siam. Pada

awal pemerintahan Raja Mongkut, hubungan Siam dan kuasa Barat berada dalam keadaan

yang sangat kritikal. Hal ini oleh demikian kerana, pemerintah sebelum beliau menggunakan

dasar isolasi dan menghadkan perdagangan dengan negara Barat. Bagi mengelakkan ancaman

kuasa asing beliau mula menjalinkan hubungan baik dengan kuasa-kuasa Barat

danmendatangani beberapa perjanjian untuk mengekalkan kedaulatan Siam.

2.0 Perjanjian Bowring 1855

Perjanjian Bowring merupakan satu bukti penting bagi mengesahkan dasar diplomatik

antara Mongkut dan kuasa Barat terutamanya British. Perjanjian Bowring telah

ditandatangani pada 18 April 1855 antara Sir John Bowring seorang bekas penyunting

majalah Edinburgh Review serta merupakan konsul Inggeris pertama di Canton, China dan

juga antara Raja Mongkut.2 Melalui perjanjian ini Mongkut berjaya mengekalkan

kemerdekaan Siam dan memulakan dasar buka pintu dengan kuasa-kuasa barat. Kerajaan

British telah menghantar Sir John Bowring ke Siam untuk berunding mengenai syarat-syarat

perjanjian dan diplomatik baru yang akan menentukan kepentingan Inggeris di Siam. Sir John

Bowring dihantar ke Bangkok setelah kegagalan utusan Sir James Brooke pada tahun 1851.3

Tidak lama selepas perjanjian itu digubal pada 1855 terdapat beberapa sejarawan

Thailand yang melahirkan kebimbangan yang mana pada pemikiran mereka bahawa mereka

mungkin telah terjebak dengan British seperti mana Jepun dan Vietnam yang turut berada

dalam keadaan yang sama. Sejarawan juga menegaskan bahawa Perjanjian Bowring

merupakan titik peralihan antara Siam tradisional dengan Siam moden kerana selepas

perjanjian tersebut, pelbagai perubahan telah berlaku di Siam sama ada dalam politik,

ekonomi ataupun sosial. Namun fokus utama yang kita ingin lihat disini ialah adakah 2James.C.Ingram.1955. Economic Change in Thailand :1850 – 1970. Stanford : Stanford University Press. Hlm 333 Tamara Lynn Loos.2006. Subject Siam: Family, Law, and Colonial Modernity in Thailand. Amerika: Cornell University Press. Hlm 41

Page 3: Penda Hulu An

perjanjian Bowring dapat menyelamatkan kemerdekaan dan mengekalkan kedaulatan Siam

daripada pengaruh kuasa-kuasa barat.4

2.1 Siam sebelum perjanjian Bowring

Siam telah mengamalkan dasar isolasi ataupun tutup pintu semenjak dinasti Chakri

dibawah pemerintahan Raja Rama I pada tahun 1782. Siam enggan mengadakan hubungan

persahabatan dan menjalankan sebarang perdagangan dengan mana-mana kuasa Barat. Siam

menyatakan beberapa sebab atas tindakan tersebut. Antaranya ialah kerana Siam merasakan

mereka mempunyai segala-gala keperluan yang mencukupi dan tidak memerlukan sebarang

barangan daripada luar kecuali untuk kelengkapan senjata. Siam hanya berminat berdagang

dengan China kerana merasakan negara tersebut merupakan sebuah empayar yang kuat dan

kukuh. Selain itu, Siam juga bimbang kuasa Barat cuba mengambil kesempatan campur

tangan dalam politik tempatan dengan memihak kepada Burma, Vietnam dan Kemboja yang

sedang berperang dengan Thailand.

Raja Rama II juga mengadakan hubungan yang amat terhad dengan kuasa-kuasa

Barat. Raja Rama II mengadakan hubungan perdagangan dengan Portugis menerusi

perjanjian dengan Carlos Manuel Silveria pada tahun 1818 namun hubungan mereka masih

berada di bawah kawalan Siam. Usaha Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI) untuk

mendapatkan kebenaran perdagangan tidak dilayan oleh Raja Siam ketika itu. Walau

bagaimanapun keadaan politik di negeri-negeri Melayu Utara yang berada di bawah naungan

Siam telah memaksa Siam berhubung dengan kuasa Barat terutamanya British. Siam telah

campur tangan dalam hal ehwal politik Kedah pada tahun 1818 dengan memaksa Sultan

Kedah iaitu Sultan Ahmad Tajuddin menyerang Perak yang enggan menghantar bunga emas

ke Siam.5

Selain itu, sekitar tahun 1821, Siam sekali lagi mencampuri urusan pentadbiran di

Kedah apabila Kedah telah bersekutu dengan Burma untuk menentang kekuasaan Siam ke

atas Kedah. Siam bertindak menghantar satu pasukan tentera untuk menyerang Kedah. Sultan

Ahmad Tajuddin melarikan diri ke Pulau Pinang untuk meminta perlindungan dan bantuan

tentera British. Kesan daripada itu, British menghantar John Crowford ke Siam pada tahun

4Thomas Larsson.2012. Land and Loyalty: Security and the Development of Property Right in Thailand. United State: Cornell University Press. hlm 355 Barbara Watson Andaya & Leonard Y.Andaya.1983. Sejarah Malaysia. Malaysia: Macmillan Publishers (M) Sdn Bhd. Hlm 124.

Page 4: Penda Hulu An

1822 untuk mengadakan perhubungan perdagangan dengan Siam.6 Utusan John Crowford

mengalami kegagalan kerana Raja Rama II enggan mengadakan sebarang perjanjian

perdagangan dengan kuasa Barat. Jadi Raja Rama III (1824-1851) terpaksa melonggarkan

dasar tutup pintu untuk mengelakkan Siam kehilangan wilayah kepada kuasa Barat.7

Perubahan sikap ini disebabkan meletusnya Perang Inggeris Burma 1 dan hubungan Inggeris-

Siam dengan negeri-negeri Melayu Utara.

Mongkut sedar pembaharuan berdasarkan idea Barat amat penting bagi

menyelamatkan kemerdekaan Siam. Oleh itu, Raja Mongkut telah menjemput pihak Barat

untuk menandatangani perjanjian persahabatan.8 Mongkut juga perlu membuktikan bahawa

Siam merupakan negara progresif dan liberal bagi mengurangkan campur tangan asing dalan

hal ehwal Siam. Mongkut menyedari kuasa-kuasa Barat lebih berkuasa daripada kuasa-kuasa

Timur. Pengalaman yang dilalui oleh Burma/Myammar, China dan Vietnam telah

menyedarkan Mongkut kesan sekiranya kuasa Timur cuba menentang kuasa Barat dan

dengan itu Mongkut berusaha untuk bertolak ansur dengan kuasa-kuasa Barat. Mongkut

mengambil langkah ini kerana baginda sedar bahawa Siam perlu menyesuaikan diri dengan

perkembangan politik di Asia Tenggara bagi menjamin kemerdekaan Siam.9 Jadi, Mongkut

telah menamatkan dasar Isolasi (dasar tutup pintu) dan menukar kepada dasar buka pintu.

Dengan itu Mongkut mula menerima perwakilan asing yang telah dihantar ke Siam,

contohnya perwakilan British yang diwakili oleh Harry Parkes dan James Brooke.Manakala

perwakilan Amerika Syarikat diwakili oleh Joseph Ballestier. Mongkut juga menghantar

perwakilannya ke England dengan mewakilkan Chao Phraya Mantri Sri Suryawongse.

Mongkut juga menandatangani beberapa perjanjian dengan kuasa-kuasa Barat. Antaranya

ialah perjanjian Bowring yang berjaya menamatkan dasar isolasi yang telah ditandatangani

pada 18 April 1855 antara Raja Mongkut dengan ketua perunding British iaitu John Bowring.

Perjanjian Bowring merupakan bukti penting bagi mengesahkan dasar diplomatik Mongkut

dan kerajaan baginda yang bertujuan menjalin hubungan baik dengan kuasa-kuasa Barat.

6Likhit Dhira Vegin.1974.Siam and Colonialism (1855-1909) An Analysis Of Diplomatic Relations. Thai Watana Panich Co.Ltd : Perpustakaan Universiti Malaya.hlm 567Ranjit S.Teja. Ynagho Byeon.(1991). Thailand: Adjusting to Success : Current Policy Issues. Washington D.C : International Monetary Fund8Cornels University, (1961).Mongkut, The King Of Siam. Amerika : United States. Hlm 459Ibid.Hlm 47

Page 5: Penda Hulu An

Sesungguhnya Perjanjian Bowring ini adalah penamat kepada dasar tutup pintu yang

diamalkan oleh Siam. Perjanjian ini menjadi model untuk lebih dua puluh tahun perjanjian

yang ditandatangani antara Siam dengan negara-negara Barat lain dalam tahun-tahun

berikutnya.

2.2 Isi Kandungan Perjanjian Bowring

Antara isi perjanjian Bowring ialah:10

I- Konsul British hendakalh ditubuhkan di Bangkok dan diberi hak wilayah asingan dan

warganegara British tidak tertakluk dibawah peraturan dan undang-undang Siam tetapi

mereka tertakluk di bawah undang-undang British

II - Kapal dagang British dibenarkan berlabuh diperlabuhan Siam.

III - Cukai import ditetapkan sebanyak 3% dan cukai eksport sebanyak 5%.

IV- Rakyat British dibenarkan membeli atau menyewa tanah dalam lingkungan 4 batu atau 6

kilometer di sekitar Bangkok.

V - Eksport beras,garam dan ikan dibenarkan.

VI -Mubaligh-mubaligh diberi kebenaran untuk menyebarkan agama kristian.

3.0 Kesan Perjanjian Terhadap Kedaulatan Siam

3.1 Politik

3.1.1 Kedaulatan Siam dikekalkan.

Siam muncul sebagai sebuah kerajaan yang tidak dijajah di saat semua negara

mengalami penjajahan pihak barat. Raja Mongkut mula menyedari jika beliau berkeras

seperti Raja Siam sebelum pemerintahannya maka kerajaan Siam akan berada dalam keadaan

yang bahaya seperti China. Beliau yang mempunyai banyak pengalaman terpaksa

mengadakan perjanjian dengan pihak Barat untuk menyetujui dasar buka pintu untuk

perdagangan walaupun ianya juga melibatkan aspek lain khususnya politik di mana pihak

10James C.Ingram.1955.Economic Change in Thailand: 1850-1970. Amerika: Stanford University Press.Hlm 34

Page 6: Penda Hulu An

Barat mula masuk campur dalam hal pentadbiran Siam bagi memonopoli kekayaan hasil

bumi Siam. Walaupun perjanjian ini dilihat sebagai salah satu kejayaan imperialis Barat

menakluki Siam namun ianya dilihat sebagai jalan penyelamat oleh Raja Mongkut bagi

mengekalkan kedaulatan negeri beliau. Beliau turut menjemput pihak Barat untuk

menandatangani perjanjian persahabatan melalui utusannya.11

Melalui perjanjian Bowring kedaulatan Siam dapat dikekalkan. Raja Mongkut kekal

sebagai Raja yang mentadbir Siam. Malah beliau juga telah mengamalkan dasar buka pintu

dan memberikan keistimewaan lain khususnya pekhidmatan pelabuhan kepada pedagang

Barat supaya kedaulatan negaranya dapat dikekalkan. Pembaratan Siam mula berlaku apabila

golongan mubaligh Kristian, golongan profesional , dan tukang-tukang turut berhijrah dan

memberikan sumbangan kepada Siam. Namun Mongkut juga menjadi Raja Dinasti Chakri

yang pertama terpaksa menyerahkan sebahagian empayarnya secara rasmi kepada musuh

baru siam iaitu Perancis.12

3.1.2 Sistem pentadbiran menerima proses pembaratan.

Raja Mongkut juga mula menerima Residen selepas perjanjian Bowring. Hal ini oleh

demikian kerana pihak Barat mula mengeksplotasi sistem pentadbiran di Barat. Raja

Mongkut pula bertindak dengan bijak. Beliau membawa masuk pegawai-pegawai dari luar

bagi membantu memperbaiki taraf pentadbiran Siam. Semasa pemerintahan Mongkut,

seramai 84 orang Eropah diambil berkhidmat dengan baginda dan berfungsi untuk menasihati

kerajaan. Antaranya ialah pegawai-pegawai tentera, seorang pengajar dalam istana, seorang

ketua dalam pelabuhan, pengarah rumah kastam dan ketua polis. Ini kerana pegawai-pegawai

Siam tidak ada yang terlatih dalam bidang teknik atau pengalaman yang betul dalam

pentadbiran. Misalnya, Mongkut telah membawa masuk Anna Harriett Edward bagi menjadi

tenaga pengajar di istanannya.

Setelah Chulalongkorn mengambil alih pentadbiran Siam, beliau turut membuat

pembaharuan dalam bidang politik dengan mengaplikasikan cara pentadbiran Barat.

Chulalongkorn telah bertindak dengan menghantar Putera Devawongse pada tahun 1887

untuk mengkaji dengan teliti sistem kabinet di England untuk disesuaikan dengan keperluan

Siam. Dengan ini, beliau telah mempercepat dan memperluaskan pembaharuan yang telah

dilakukan semasa pemerintahan Mongkut. Chulalongkorn telah membangunkan semula 11Cornel university, (1961). Mongkut, The King Of Siam. Amerika : United States. hlm 4512Kobkua Suwannathat – Pion, (1994). Sejarah Thailand Zaman Bangkok. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka. hlm 158.

Page 7: Penda Hulu An

institusi kerajaan yang berkuasa mutlak dan yang mempunyai kedudukan sebagai sumber

kuasa dalam pentadbirannya.13

Chulalongkorn telah mengambil penasihat-penasihat dari Barat untuk melicinkan

pentadbirannya. Contohnya, penasihat British di Kementerian Kewangan, Perancis di

Kementerian Undang-undang, Jerman di Jabatan Kereta Api, orang Denmark dalam angkatan

laut dan polis wilayah serta Itali dalam kerja-kerja pembinaan. Hal ini seterusnya dapat

mempertahankan Siam daripada dijajah oleh kuasa asing berikutan masing-masing

mempunyai kepentingan yang perlu dijaga.14 Malahan dengan cara ini juga, tidak terdapat

kuasa asing yang berkuasa mutlak di Thailand dan ini dapat mengelakkan Thailand daripada

dijajah seperti di Burma. Beliau juga memodenkan pentadbiran dengan menubuhkan dua

buah majlis iaitu Majlis Penasihat Tertinggi Negeri yang dianggotai oleh golongan

Bangsawan dan Majlis Penasihat Rendah Negeri yang dianggotai pegawai kerajaan. Dengan

ini beliau berjaya mewujudkan sistem pentadbiran pusat yang moden pada 1 April 1892

dengan menghapuskan struktur pentadbiran lama dengan menggantikannya dengan 12

kementerian. 15

3.1.3 Hubungan dengan negara Barat.

Raja Mongkut juga menjalankan hubungan yang baik dengan beberapa negara Barat

yang lain bagi mengekalkan kedaulatannya. Perjanjian Bowring telah menukarkan dasar

tutup pintu yang diamalkan oleh Siam kepada dasar buka pintu. Siam juga mengiktiraf

kemasukan kuasa Barat seperti British.16 Melalui perjanjian Bowring juga Siam di bawah

pemerintahan Mongkut telah mengadakan beberapa siri perjanjian persahabatan dan

perdagangan dengan kuasa-kuasa Barat yang lain. Hal ini bagi memastikan hubungan yang

baik dapat dijalin antara Siam dan kuasa-kuasa barat. Pemerintahan Siam juga bijak dalam

mengatur strategi bagi mengekalkan kedaulatannya. Hubungan erat antara Siam dan Britain

telah terjalin hasil daripada perjanjian Bowring ini. Kedaulatan Siam ini dapat dipelihara

kerana salah satu musuh Siam telah dijadikan sekutu walupun Britian hanya berminat

13Thawatt Mokaradong ,(1987). Sejarah Revolusi Thailand, terjemahan Wan Azahan Wan  Mohammad,   Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka. hlm 13914Walter F.Vella,(1955). The Impact Of The West ON Government In Thailand.University Of California Publications In Political Science: Perpustakaan Universiti Malaya. hlm 5115Neil A. Englenart, (2001). Culture And Power In Traditional Siamese Government. Amerika : United States. hlm 89.16D.G.E.Hall, (1984).Sejarah Asia tenggara. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka. hlm 822

Page 8: Penda Hulu An

melakukan hubungan tersebut kerana keperluan politik dan ekonomi sahaja.17 Rakyat British

di Siam dibenarkan berdagang dan diberi keistimewaan-keistimewaan lain. Pada tahun 1856,

Siam menerima perwakilan British yang diketuai oleh Harry Parkes.

Chulalongkorn juga melaksanakan dasar buka pintu kepada Barat dengan

menandatangani beberapa perjanjian dengan kuasa-kuasa Barat seperti Jerman, Perancis dan

British. Chulalongkorn juga mengadakan hubungan baik dengan kuasa-kuasa Barat dengan

mengadakan hubungan dengan pemimpin Barat seperti Raja William II (Jerman) dan Prince

Of Wales (England). Beliau juga mengadakan lawatan ke Eropah dan merupakan Raja Siam

pertama yang melawat Eropah pada tahun 1897 dan 1907. Dalam pentadbirannya

Chulalongkorn mengamalkan dasar bertolak ansur dengan Barat bagi mengelakkan

perbalahan dengan kuasa Barat. Ekoran itu, beliau sanggup menyerahkan hak wilayah

asingan Siam kepada kuasa luar. Contohnya Siam menyerahkan wilayah Tongking

Utara/Wilayah Sip Song Chu Thai kepada Perancis pada tahun 1888. Walaupun telah

kehilangan banyak wilayah asingannya kepada kuasa luar, namun langkah ini telah berjaya

menyelamatkan kemerdekaan Siam.

3.2 Kesan perjanjian bowring dari segi ekonomi

Perjanjian Bowring telah memberi pelbagai kesan tidak kira dari segi ekonomi, politik

mahupun sosial terhadap Siam. Namun begitu kesan yang paling ketara yang dapat kita lihat

dari segi ekonomi Siam ialah perubahan sistem cukai Siam yang mana ia menandakan

permulaan era baru. Gabenor British itu sendiri iaitu Bowring meramalkan bahawa perjanjian

ini akan membawa perubahan yang besar terhadap sistem cukai Thailand malahan sejarawan

Thailand sendiri menyetujuinya. 18 Hasilnya, perjanjian Bowring ini akhirnya mengakibatkan

perubahan dalam susunan kewangan Kerajaan Siam.

Selain daripada itu wujudnya juga perdagangan antarabangsa iaitu eksport beras,

garam dan ikan. Perjanjian tersebut juga telah mengubah sistem cukai dan menamatkan

monopoli perdagangan yang dipegang oleh golongan bangsawan dan kerajaan Siam.

Penamatan monopoli perdagangan dan pembatasan kuasa untuk memungut cukai telah

menghadkan pendapatan Kerajaan Siam. Akibatnya satu perubahan telah dijalankan dalam 17Tamara Loos.2006. Subject Siam : Family, Law And Colonial Modernity In Thailand. Amerika : United Stated. hlm 41.18Ingram.James.c.1955. Economic Change in Thailand :1850 – 1970. Stanford : Stanford University Press. hlm 35

Page 9: Penda Hulu An

susunan kewangan Kerajaan Siam dalam usaha untuk membiayai kewangan kerajaan. Selain

daripada itu juga ekonomi sara diri juga telah bertukar menjadi komersial.

3.2.1 Sistem kewangan Siam berubah

Perkembangan perniagaan di Siam  kesan daripada Perjanjian Bowring,

memperlihatkan keperluan wang tunai dalam urusan perniagaan negara. Mongkut membina

sebuah kilang duit pada tahun 1860 dan dari 1861 telah mengeluarkan duit-duit yang leper

sebagai mengantikan gumpalan - gumpalan emas atau perak yang digunakan sebelum ini dan

membantu perkembangan ekonomi  dan kewangan negara. Pembaharuan turut dilakukan oleh

Raja Chulalongkong yang mana telah menubuhkan Jabatan Kira-Kira Diraja atau Jabatan

Audit bagi melincinkan lagi proses kutipan cukai dan mengelakkan berlakunya

penyelewengan wang kerajaan. Hasilnya, belanjawan Siam yang pertama dapat dikeluarkan.

Tambahan lagi, Chulalongkorn adalah raja Siam yang pertama yang membezakan

antara takhta dan negara.Beginda mengadakan perbezaan antara harta diraja dengan harta

negara. Baginda juga mengikhtiraf hak rakyat untuk mendapatkan tanah dan penubuhan

sistem hak hak milik.19 Dengan ini, menggalakkan lagi pembukaan tanah-tanah baru untuk

penanaman padi bagi tujuan eksport serta mengurangkan cukai yang dikenakan dalam

penaman padi sawah. Tradisi ekonomi sara diri petani telah digantikan dengan pengeluaran

berasaskan tanaman jualan untuk diperdagangkan.20

Penubuhan bank-bank asing seperti bank British mula didirikan antara tahun 1888-

1894 dan bank Perancis pada tahun 1987. Dua buah bank perniagaan besar yang pertama di

negara itu ialah Hong Kong dan Shanghai Banking Corporation yang membuka cawangannya

di Bangkok dalam tahun 1888 dan Chartered Bank of India, Australia dan China yang

menyusul dalam tahun 1984.21

3.2.2 perubahan sistem ekonomi sara diri di Siam

Kesan daripada Perjanjian Bowring telah memberi kesan yang baik dalam

perkembangan bidang pertanian terutamanya dalam penanaman  padi kerana beras menjadi

bahan eksport utama  di Siam. Kerajaan Siam memperkenalkan beberapa langkah untuk

19 Thawatt Mokaradong .1987. Sejarah Revolusi Thailand, terjemahan Wan Azahan Wan  Mohammad,   Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka. hlm 4620D. J. M Tate, (1980). Sejarah pembentukan Asia tenggara: perubahan ekonomi dan sosial. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. hlm 57321Ibid. hlm 574

Page 10: Penda Hulu An

menggalakkan petani dan pesawah menanam lebih banyak padi. Misalnya, langkah

mengurangkan cukai tanah sawah dan meninggikan harga beras di pasaran dalam negeri.

Kesan ini telah mengubah sistem ekonomi sara diri kepada sistem ekonomi komersial.

Selain daripada itu, sistem ekonomi tukar barang telah digantikan dengan sistem

ekonomi wang. Beras, gula dan kayu jati telah menjadi eksport utama Siam pada waktu

tersebut. Eksport beras sebanyak 5% pengeluaran pada tahun 1850 telah meningkat kepada

50% pada tahun 1905. Melalui perjanjian Bowring eksport beras telah dibenarkan dan Barat

mengaut keuntungan daripadanya. Siam merupakan pengeluar beras di kawasan Asia

Tenggara selepas perjanjian Bowring ini. Hal ini kerana kemasukkan pelabur-pelabur asing

Eropah telah menukarkan sistem ekonomi sara diri kepada sistem ekonomi komersial yang

telah berjaya menyebabkan pengeluaran dan jumlah import Siam semakin bertambah.

3.2.3 British menguasai pedagang asing di Siam

Perjanjian Bowring buat pertama kalinya telah membuka Siam kepada perdagangan

antarabangsa. Hal ini demikian kerana, bilangan kapal dagangan yang berlabuh di Siam telah

meningkat 10 kali ganda dalam tempoh yang singkat selepas perjanjian Bowring. Pada tahun

1852, hanya terdapat tiga orang pedagang Eropah di Bangkok namun demikian pada tahun

1850 pula terdapat 200 kapal dagang asing yang berlabuh di Siam. Pedagang-pedagang

British telah menguasai perdagangan asing Siam dan muncul sebagai pelabuhan utama

selepas perjanjian Bowring. Hal ini telah menamatkan monopoli perdagangan golongan

Bangsawan Siam. Seperti yang kita ketahui bahawa sebelum ini golongan Bangsawan telah

memonopoli perdagangan tertentu seperti batu permata dan kayu jati di bawah pemerintahan

Mongkut. Selain menamatkan monopoli perdagangan golongan Bangsawan, penguasaan

orang dalam perdagangan asing telah ditamatkan.22

3.2.4 Wujudnya perdagangan antarabangsa di Siam

Sebelum menandatangani Perjanjian Bowring cukai import dan eksport Siam adalah

tinggi, namun setelah termetrainya Perjanjian Bowring  kadar cukai eksport dan import  Siam

adalah rendah,  kesannya pendapatan kerajaan merosot, terutamanya beberapa tahun pada

awal perjanjian sebelum Siam dapat  menyesuaikan ekonominya dengan keadaan yang baru.

Sistem cukai juga turut dikemaskinikan selepas menandatangani Perjanjian Bowring.

Penetapan cukai import telah ditetapkan sebanyak 3% dan cukai eksport sebanyak 5%.

22 Neil A.Englehart. 2001. Culture and Power in Traditional Siamese. United states America : Cornell Southest Asia Publication. hlm 86

Page 11: Penda Hulu An

Penetapan cukai ini telah dapat menarik minat pedagang dari Barat untuk berdagang di

Siam.  Siam terpaksa mengikut rentak Barat bagi mengekalkan kemerdekaan Siam.

Kepentingan perdagangan British di Thailand juga menjadi salah satu punca untuk

menyelamatkan Thailand daripada di jajah. Hubungan British dengan Thailand terjalin sejak

tahun 1826 disebabkan adanya kepentingan perdagangan Syarikat Hindia Timur di Asia.

Hubungan yang diadakan adalah bertujuan untuk menjamin kepentingan keselamatan

perjalanan perdagangan dari India dengan China, sebagai pasaran terbesar bagi bahan eksport

ke Eropah dan India dan juga bahan import dari Asia dan Eropah ke China. Hal ini jelas

menunjukkan kepentingan British menjalinkan hubungan yang baik dengan Thailand bagi

kepentingan ekonominya di Asia dan perkara ini menyelamatkan Thailand daripada dijajah

oleh kuasa Barat.

3.3 Sosial

3.3.1. Perubahan sistem sosial dan penghapusan adat

Raja Mongkut telah melakukan beberapa perubahan dalam bidang sosial. Beliau juga

telah menghapuskan beberapa adat yang difikirkan tidak lagi sesuai digunakan. Beliau

menghapuskan adat iaitu jika rakyat bertemu dengan raja, rakyat wajib sujud dan tidak boleh

memandang wajah raja kerana mereka dianggap sebagai Tuhan dan para pembesar atau

sesiapa sahaja yang mahu berjumpa raja tidak boleh memakai pakaian, namun Mongkut

menghapuskan adat tersebut dan menyarankan Khunnang memakai pakaian semasa hendak

bertemu dengannya.23Beliau juga menyeru supaya rakyatnya melihat wajahnya semasa

menemui beliau.24 Malah jika sebelum ini orang asing yang mahu berjumpa dengan Raja

Siam harus mengikuti adat sujud kepada raja namun Mongkut menghapuskannya dan

menyarankan kepada orang asing supaya tetap menghormatinya tetapi mengikut cara mereka

yang tersendiri.25Namun pada pemerintahan Chulalongkorn, adat sujud di hadapan raja

dihapuskan sepenuhnya pada tahun 1873.

23Ooi Keat Gin.1911. Southeast Asia : A Historical Encylopedia, From Angkor Wat To East Timor. United States : California. hlm 7324Kobkua Suwannathat-Pian. 1991. Sejarah Thai Zaman Bangkok. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.hlm6325Megi Rizki. 2010. Hubungan Siam – Inggeris Ditinjau Dari Kasus Perjanjian Bowring Pada Masa RajaMongkut (1851-1888). Indonesia : Universitas Indonesia. hlm 81

Page 12: Penda Hulu An

Selain itu, Mongkut juga tidak membenarkan jika seseorang suami mahu menjual anak

dan isterinya untuk dijadikan hamba tanpa persetujuan mereka. Jika dapat kita perhatikan

adat di Siam sebelum pemerintahan Mongkut. Isteri dan anak akan di jual oleh suami untuk

dijadikan hamba tanpa boleh di halang oleh siapa pun.26 Pendidikan yang diperoleh Mongkut

digunakan sepenuhnya. Beliau terlebih dahulu menghapuskan amalan ini kerana ingin

menyekat kuasa Barat daripada masuk campur dalam sistem adat di Siam. Selepas perjanjian

Bowring juga sistem buruh paksa yang dikenali sebagai “corvee” digantikan dengan sistem

buruh bergaji.27 Disamping itu, Raja Mongkut melihat sistem perhubungan yang terdapat di

Siam adalah sangat teruk kerana raja yang memerintah sebelum ini jarang untuk

meninggalkan istana dan melawat keadaan rakyat.

Walaupun jalan telah dibina, namun keadaanya tidak memuaskan kerana ianya dibina

oleh golongan petani yang dikerah tenaga. Oleh itu, Raja Mongkut telah mengenepikan

sistem ini dan mengambil buruh-buruh khas dan diberi gaji. Raja Mongkut juga melihat

kepentingan dalam pengkhususan kerja ini kerana petani dapat menumpukan sepenuhnya di

sawah yang diusahakan mereka tanpa gangguan dan dapat menambahkan lagi pengeluaran

beras di Siam.Walaubagaimanapun, penghapusan sistem buruh paksa ini tidak berjaya.

Tetapi, Raja Mongkut telah memperbaiki kehidupan hamba-hamba dengan membentuk

undang-undang yang melarang penyeksaan ke atas hamba.28 Perubahan ini diteruskan oleh

Raja Chulalongkorn yang mana sistem penghambaan dihapuskan pada tahun 1874 bagi

menunjukkan Siam sebagai sebuah negara yang beradab dan bertamadun seiring dengan

negara Barat yang lain.

3.3.2. Sistem pendidikan

Selepas perjanjian Bowring, pembelajaran berasaskan Barat mula diperkenalkan di

mana guru-guru terutamanya dari British mula di salurkan untuk mengajar pelajaran Barat di

26Thawatt Mokaradong .1987.,Sejarah Revolusi Thailand, terjemahan Wan Azahan Wan Mohammad, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.hlm 7427James C. Ingram, 1983. Economic Change in Thailand : Since 1850. Penerbit Stanford University Press, California. hlm 60.28Megi Rizki. 2010. Hubungan Siam – Inggeris Ditinjau Dari Kasus Perjanjian Bowring Pada Masa RajaMongkut (1851-1888).Indonesia : Universitas Indonesia. hlm 81

Page 13: Penda Hulu An

Siam. Malah ianya di ajar di Istana dan hanya golongan bangsawan yang boleh

mempelajarinya.Terutamanya anak-anak raja.29Mongkut berpendapat bahawa hanya

menggunakan pendidikan ianya mampu menjadi alat untuk menangkis pandangan rendah

barat terhadap Siam. Beliau juga mendalami Bahasa Inggeris dengan membaca surat khabar

dan buku dalam Bahasa Inggeris. Beliau juga telah mempelawa masuk tenaga pengajar

daripada negara Barat untuk mengajar orang-orang Siam. Antara guru yang dibawa masuk

untuk melaksanakan pelajaran Barat ini ialah seperti Anna Leonowens dan Robert Warrant.

Perubahan turut dilakukan oleh Chulalongkorn yang mana baginda telah meminta bantuan

pengawai British untuk mengelolakan sistem pelajaran di Siam. Kesannya pendidkan tidak

lagi dijalankan di kuil-kuil Buddha. Namun selepas pemerintahan Chulalongkorn, pelajaran

Barat bukan sahaja dibuka bagi golongan atasan namun juga untuk rakyat biasa selepas

penubuhan sekolah harian sejak tahun 1884.30

3.3.3. Sistem keselamatan dan perhubungan

Seterusnya adalah daripada aspek keselamatan iaitu penubuhan pasukan polis demi

menjaga keselamatan Negara dan juga nyawa rakyat Thailand selain menjaga keselamatan

orang asing.31Dengan termeterainya Perjanjian Bowring tersebut memperlihatkan

pertambahan jumlah penduduk asing yang berhijrah ke Bangkok semakin ramai. Disebabkan

faktor, Bangkok terpaksa mewujudkan kemudahan asas bagi menjaga imej Siam sebagai

sebuah negara yang sedang membangun. Walaupun sistem Phrai-Nai iaitu sistem yang

berbentuk keselamatan telah wujud, namun pasukan polis ini masih juga diwujudkan atas

faktor menjaga keselamatan orang asing yang tinggal di bumi Siam. Langkah menubuhkan

pasukan keselamatan ini sangat penting kerana selain daripada memastikan negara berada

dalam keadaan aman, Siam juga dapat mencegah kuasa-kuasa asing untuk campur tangan

dalam hal ehwal negara dengan alasan menjamin kepentingan rakyatnya yang tidak mendapat

perlindungan yang sempurna dan terjamin daripada pihak berkuasa.

Selain itu, berlaku juga perubahan dalam aspek sistem perhubungan yang mana

selepas Perjanjian Bowring telah terdapat banyak jalan raya, jambatan dan juga terusan telah

dibina. Tujuannya adalah untuk menghubungkan kawasan pertanian dengan Menam Chao

Phraya. Terdapat empat terusan utama yang didapati telah dibina dengan tujuan

29D.G.E.Hall. 1984.Sejarah Asia Tenggara. Kuala Lumpur: Dewan & Pustaka.hlm 3730David Joel Steinberg Et al.1990.Mengenali Sejarah Asia Tenggara Moden, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.hlm 5631Likhit Dhira Vegin.1974.Siam and Colonialism (1855-1909) An Analysis Of Diplomatic Relations. Thai Watana Panich Co.,Ltd : Perpustakaan Universiti Malaya.hlm 21

Page 14: Penda Hulu An

menghubungkan anra wilayah-wilayah sebaik sahaja selepas berlakunya Perjanjian Bowring.

Antara kemudahan yang telah dibina adalah jalan raya utama di Bangkok yang dikenali

sebagai Charun Krung pada tahun 1862, seterusnya jalan keretapi yang menghubungkan

Bangkok dengan Paknam pada tahun 1893 dan juga kemudahan perhubungan komunikasi

iaitu telegraf pada 1875 dan juga perkhidmatan pos serta perhubungan telefon pada tahun

1881.32 Ini menunjukkan bahawa terdapat pelbagai perubahan dan kemajuan yang wujud

setelah berlakunya Perjanjian Bowring yang membawa manfaat kepada masyarakat dan juga

kemajuan negara.

3.3.4. Agama

Kesan Perjanjian Bowring yang seterusnya adalah daripada aspek agama.

Perkembangan agama Kristian berlaku kerana mubaligh-mubaligh telah diberi kebebasan

untuk menyebarkan agama Kristian. Banyak sekolah Kristian dan gereja mula didirikan di

Siam. Salah satu faktor yang menyebabkan negara Asia kehilangan kemerdekaan ialah tidak

menerima kemasukkan agama Kristian di negara mereka. Sebelum Raja Mongkut mengambil

alih Siam, rakyat majoritinya adalah penganut agama Buddhism. Pada zaman pemerintahan

Mongkut, beliau telah memberi kebebasan kepada rakyatnya untuk memilih agama

kepercayaan mereka sendiri.33 Pada zaman pemerintahan Raja Chulalongkorn pula hanya

segelintir sahaja rakyatnya menganuti agama kristian. Chulalongkorn tidak menentang keras

penukaran agama tetapi memberi hak kebebasan rakyatnya memilih agama mereka sendiri

ini kerana Chulalongkorn tidak mahu pertumpahan darah sesama bangsa berlaku akibat

perbezaan agama dan menjaga hubungan baik dengan kuasa barat yang majoriti beragama

Kristian.

Pemerintah Siam telah membenarkan mubaligh-mubaligh Kristian menjalankan

kegiatan mereka dalam mengembangkan agama Kristian dalam masyarakat Siam. Antara

contoh yang dapat dilihat ialah kebenaran daripada pihak pemerintah terhadap aktiviti

mengembangankan agama Kristian dan melalui kebebasan yang diberikan para mubaligh-

mubaligh Kristian dari Perancis telah membina sekolah, maktab mubaligh dan gereja untuk

mereka beribadat. Mubaligh-mubaligh Kristian merupakan golongan yang pertama

memperkenalkan sistem pendidikan Barat yang lebih maju dangan ini menarik minat

pemerintah Siam untuk menggalakkan kedatangan mereka untuk mengembangkan sistem 32Walter F. Vella. 1955. The Impact Of The West ON Government In Thailand. University Of California Publications In Political Science: Perpustakaan Universiti Malaya.hlm 4633Thawatt Mokaradong .1987.,Sejarah Revolusi Thailand, terjemahan Wan Azahan Wan Mohammad, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.hlm 33

Page 15: Penda Hulu An

pendidikan. Bukti lain untuk menunjukkan ada galakan daripada Mongkut terhadap kegiatan

mubaligh-mubaligh Kristian dalam bidang pendidikan di samping menyebarkan agama

Kristian adalah dengan pembinaan sebuah sekolah Kristian di Bangkok pada tahun 1852.

Mongkut yang banyak memberi galakan kepada mubaligh-mubaligh Kristian telah

membenarkan percetakan akhbar yang diperkenalkan oleh pertubuhan Kristian.

4.0 Hubungan diplomatik dengan negara-negara lain.

Mongkut telah mengadakan perjanjian persahabatan dan perdagangan dengan kuasa-

kuasa Eropah lain bagi menjamin kedaulatan Siam. Antara kuasa Eropah yang telah

menandatangani perjanjian dengan Siam ialah Amerika Syarikat (1856), Perancis (1856),

Denmark (1858), Portugal (1858), Holland (1856), Russia (1862), Beligium (1868), Itali

(1868), Norway (1868) dan Sweden (1868). Perjanjian-perjanjian ini dibuat untuk

menjadikan perdangangan Siam bertambah maju dan keselamatan Siam terjamin. Perjanjian

antara Siam dan Perancis merupakan satu cara untuk memastikan kuasa eropah Perancis tidak

melakukan penjajahan dan meluaskan pengaruh di kawasan-kawasan naungan dan sekitar

Siam. Perancis mahu membetulkan sempadan yang jelas antara Perancis dan Siam. Siam

sedar mereka perlu berhadapan dengan kehendak Perancis namun pada 1888-1892 Siam

berjaya membuat Perancis sedikit tergugat dengan memastikan tebing Laos yang

berhampiran dikuasai oleh mereka.34

Hubungan antara Siam dan Perancis terjalin disebabkan masalah yang dihadapi

mengenai pesempadanan untuk merebut Loas. Perancis mahu membetulkan sempadan yang

jelas antara Perancis dan Siam. Siam sedar mereka perlu berhadapan dengan kehendak

Perancis namun pada 1888-1892 Siam berjaya membuat Perancis sedikit tergugat dengan

memastikan tebing Laos yang berhampiran dikuasai oleh mereka. Pada masa itu, Perancis

ingin meluaskan kuasanya dan Siam pula terdesak untuk mengekalkan kuasanya seluas yang

mungkin. Pilihan Siam untuk menyelesaikan masalah ini merupakan salah satu. Pada 1885

secara keseluruhannya telah memotivasikan Siam untuk menukar corak sistem

pemerintahannya secara keseluruhan setelah menandatangani perjanjian Bowring. Perjanjian

Bowring telah menukar dasar pemerintahan yang diamalkan di Siam daripada dasar Isolasi

34 Tomas Larsson. 2012. Land and Loyalty: Security and the Development of Property Rights in Thailand. United states of America : Cornell University. Hlm 16

Page 16: Penda Hulu An

kepada buka pintu. Hal ini membolehkan permasalah yang wujud antara Siam dan Perancis

juga diselesaikan secara aman.

Pada 15 Julai 1867, Mongkut telah menandatangani perjanjian dengan Perancis yang

menyerahkan pertuanan Siam ke atas Kemboja kepada Perancis. Semasa pemerintahan Raja

Chulalongkorn juga beliau menyerahkan beberapa wilayah lain kepada Perancis demi

menyelamatkan Siam daripada perbalahan atau perebutan kuasa dengan barat.35 Wilayah Sip

Song Chu Thai (1888), daerah Timur Sungai Mekong (1893), sempadan Laos-Siam (1904)

dan Battambang dan Seam Reap (1907) deserahkan kepada pihak barat. Hal ini telah

menyebabkan Siam kehilangan 90 ribu batu persegi wilayah.Siam boleh dikatakan

menghadapi kerugian kerana kawasan jajahannya di Utara terpaksa diserahkan kepada British

dan kawasan jajahan di Selatan terpaksa diserahkan kepada Perancis. Walau bagaimanapun,

tindakan tersebut telah berjaya menyelamatkan kemerdekaan Siam dan menjaga kedaulatan

Siam daripada tergugat di tangan kuasa Eropah.

5.0 Kesimpulan

Secara keseluruhannya, kejayaan Siam mengekalkan kedaulatannya adalah

disebabkan oleh kebijaksanaan raja-rajanya yang memahami perkembangan politik

antarabangsa. Jadi, tidak dapat dinafikan bahawa kenyataan Siam terhutang budi kepada

Mongkut mempunyai kebenarannya memandangkan dasar yang dimulai oleh Mongkut telah

berjaya mengekalkan kemerdekaan Siam.36 Di samping itu, persaingan di antara Perancis dan

British juga mempunyai peranannya dalam mendaulatkan negara Siam.

Perjanjian ini juga memberi kesan kepada sosial, politik dan juga ekonomi. Namun,

kita dapat lihat bahawa sebenarnya perjanjian ini banyak memberi kesan terutamanya dalam

aspek ekonomi yang mana telah berlaku perubahan dalam sistem cukai serta ianya memberi

kesan jangka panjang iaitu berlakunya perubahan daripada sistem cukai tradisional kepada

sistem cukai moden. Dapat kita lihat apabila Siam tidak lagi menggunakan mata wang

mereka dan menukarnya mengikut sistem mata wang Barat. Hal ini demikian kerana untuk

35Likhit Dhira Vegin.1974. Siam and Colonialism.(1855-1909). An Analysis Of Diplomatic Relations. Thai Watana Panich Co.Ltd : Perpustakaan Universiti Malaya.hlm 4736James.C.Ingram.1955. Economic Change in Thailand :1850 – 1970. Stanford : Stanford University Press. hlm 35

Page 17: Penda Hulu An

memudahkan sistem perdagangan yang dijalankan oleh mereka kerana melibatkan banyak

negara-negara Eropah lain.

Mongkut merupakan seorang pemerintah yang bijak dan berpandangan jauh. Baginda

telah dapat menyesuaikan diri dengan perkembangan politik yang berlaku di Asia Tenggara

pada pertengahan abad ke-19. Mongkut telah berjaya menyelamatkan kemerdekaan Siam

pada zaman imperialisme kuasa-kuasa Barat yang berlumba-lumba untuk mendapatkan tanah

jajahan di Asia terutamanya di Asia Tenggara. Baginda juga telah dapat membuktikan Siam

merupakan sebuah negara progresif dan liberal sehingga dapat mengurangkan campur tangan

asing dalam hal ehwal Siam. Dasar tolak ansur baginda juga menguntungkan Siam

terutamanya dalam usaha untuk mengekalkan kemerdekaan Siam. Siam terhutang budi

kepada Mongkut daripada raja-raja lain kerana menamatkan dasar isolasi yang dimulainya

telah berjaya menyelamatkan kemerdekaan dan kedaulatan Siam.

Setelah Mongkut meninggal dunia pada 1 Oktober 1868 takhta beliau digantikan

digantikan oleh Raja Chulalongkorn sebagai Raja Rama V. Raja Chulalongkorn meneruskan

pula sistem yang telah di amalkan oleh mongkut iaitu mengamalkan dasar tolak-ansur

terhadap kuasa-kuasa Barat. Tolak ansur yang dimaksudkan disini ialah ia dapat disesuaikan

dengan kehendak dan tuntutan ekonomi yang diminati oleh kuasa Barat. Meskipun dasar

seperti ini sekali pandang menggambarkan kelemahan pemerintah tetapi dasar tersebut

terbukti banyak menguntungkan Siam teruatamanya dari segi maruah.

Melalui perjanjian Bowring ini Siam bukan sahaja tidak menggadai kedaulatan

negaranya bahkan dapat memodenkan sistem pentadbiran, kewangannya serta tetap menjadi

sebuah negara yang merdeka. Menerusi perjanjian-perjanjian ini Siam telah menjadi sebuah

negara yang moden dan mula menjalin hubungan diplomatik dengan kuasa-kuasa Barat lain

atas prinsip persamaan taraf. Pemerintah Siam juga dikatakan berpandangan jauh ini telah

menjalankan proses pembaratan, membuka peluang perdagangan dengan kuasa asing,

menamatkan pemencilan dan menyebabkan Siam merupakan satu-satunya negera di Asia

Tenggara yang berjaya mengekalkan kemerdekaan dan kedaulatannya.