penda hulu an

62
KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN PERKARA Muka surat TAJUK KAJIAN TINDAKAN I PENGHARGAAN II PROFIL PELAJAR III TUGASAN 1 Sorotan Penyelidikan Tindakan TUGASAN 2 Ulasan Sumber TUGASAN 3 Kertas Cadangan Penyelidikan Tindakan 1.0 PENDAHULUAN 1.1 Refleksi Pengalaman Lalu 2.0 FOKUS KAJIAN 2.1 Tinjauan dan Analisis Masalah 3.0 OBJEKTIF KAJIAN 3.1 Objektif Umum 3.2 Objektif Khusus 4.0 KUMPULAN SASARAN 5.0 PERANCANGAN PELAKSANAAN TINDAKAN 5.1 Perancangan Tindakan 5.2 Perancangan Cara Mengumpul Data 5.3 Perancangan Cara Menganalisis Data 5.4 Perancangan Pelaksanaan Tindakan 5.5 Kos Kajian 6.0 LAMPIRAN

Upload: pui-yee-lam

Post on 29-Sep-2015

230 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

ytjuuyjuyty

TRANSCRIPT

KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN

PERKARA Muka surat

TAJUK KAJIAN TINDAKAN I

PENGHARGAANII

PROFIL PELAJARIII

TUGASAN 1

Sorotan Penyelidikan Tindakan

TUGASAN 2

Ulasan Sumber

TUGASAN 3

Kertas Cadangan Penyelidikan Tindakan

1.0 PENDAHULUAN

1.1 Refleksi Pengalaman Lalu

2.0 FOKUS KAJIAN

2.1 Tinjauan dan Analisis Masalah

3.0 OBJEKTIF KAJIAN

3.1 Objektif Umum 3.2 Objektif Khusus

4.0 KUMPULAN SASARAN

5.0 PERANCANGAN PELAKSANAAN TINDAKAN

5.1 Perancangan Tindakan5.2 Perancangan Cara Mengumpul Data 5.3 Perancangan Cara Menganalisis Data5.4 Perancangan Pelaksanaan Tindakan 5.5 Kos Kajian

6.0 LAMPIRAN

INSTITUT PENDIDIKAN GURUKAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK, BANDAR ENSTEKPROFIL PELAJAR

NAMA : LAM PUI YEENO.I/C : 920629-08-5470TEMPAT LAHIR : HOSPITAL IPOH PERAK KUMPULAN/UNIT : UNIT REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI 2AMBILAN : JANUARI 2012SEMESTER : 7 PISMP RBT2NAMA MENTOR : PN.ZAITUN BINTI YAHIA@YAHAYA

PENGHARGAAN

Selamat sejahtara dan salam 1 Malaysia,

Pertama sekali, saya bersyukur kepada Tuhan kerana dengan limpah dan kurnia-Nya, akhirnya saya dapat menyiapkan kertas cadangan kajian tindakan bagi semester ini. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah pembimbing saya iaitu Encik Ahamad Shabudin B. Yahaya serta supervisor AR saya iaitu Encik Shaharudin kerana telah banyak mencurahkan ilmu dan memberi tunjuk ajar bagi memudahkan saya membuat penulisan kajian ini. Dengan tunjuk ajar dan bimbingan daripada beliau, saya dapat melakukan penulisan kajian ini dengan lancar dan banyak dapatan ilmu yang saya peroleh.

Tidak lupa juga kepada rakan sekelas yang tidak jemu memberi tunjuk ajar dan membantu saya dalam menjalankan penulisan kajian ini. Seterusnya, saya juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu bapa saya kerana telah memberikan sokongan yang utuh dan berterusan kepada saya. Walaupun mereka tidak berada di samping saya semasa melakukan penulisan kajian ini, namun mereka telah banyak mendoakan kejayaan saya dan merestui segala kerja yang telah saya lakukan ini.

Akhir sekali, saya mengharapkan penulisan kertas cadangan kajian tindakn ini dapat membantu meningkatkan profesionalisme keguruan dalam diri saya. Penulisan kajian ini ialah satu pendedahan yang amat berguna bagi saya dalam usaha terus mengorak langkah dalam menambahbaik amalan P d P saya seiring dengan kemajuan bidang pendidikan dan globalisasi masa kini.

TUGASAN 1 RUJUKAN (SENARAI SOROTAN KAJIAN TINDAKAN YANG DIGUNAKAN) Ahmad Zharif bin Azali (2013). BEO : Permainan Bagi Membantu Murid Untuk Menguasai Topik Tanaman Hiasan Tahun 4. Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Teknik, Bandar Enstek, Negeri Sembilan.

Muhamad Faiz Bin Khir (2013). Keberkesanan Pengaplikasian Kaedah Nyanyian Dan Animasi Untuk Meningkatkan Kefahaman Murid Peraturan Keselamatan. Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Teknik, Bandar Enstek, Negeri Sembilan.

Hj. Abd Rahim bin Hj. Marzuki, Hj Amir bin Hj Omar & Hjh Rusni bt Hj. Abdullah (2006). Jurnal Penyelidikan IPDA : Pelaksanaan Program Ekonomi TokenDalam Mengurangkan Tingkah Laku Bermasalah Murid Pemulihan : Satu Kajian Kes. Jabatan Bimbingan dan Kaunseling, IPDA. Jil 13. hlm 1-13.

Fauziah Md. Jaafar (2010). Penyelidikan :Keberkesanan Pengajaran dan Pembelajaran Bidang Pendidikan, Kolej Sastera dan Sains, Universiti Utara MalaysiaLau Ging Lim (2009). Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP SN : Kesan Penggunaan Kaedah Bermain Sambil Belajar Dalam Proses Pembelajaran Sains Tahun Empat. Jil 3, hlm 195-209. Mohd Hanafiah Bin Yusof, Zainal Abidin Bin Harun, Rashid Bin Ibrahim & Drs Alias Bin Omar (2002). Jurnal Penyelidikan Pendidikan Guru : Amalan Pengurusan Bengkel Kemahiran Hidup : Satu Kajian Tinjauan Di Sekolah- Sekolah Rendah Di Negeri Terengganu. Jil 4, hlm 28-33.

Muniroh Bt Mahmud (2004). Jurnal Kajian Tindakan Pelajar KSPK : Meningkatkan Kemahiran Pelajar Menggunakan Alatan Tangan Bagi Pelajar Tingkatan Satu. Maktab Perguruan Perlis. Hlm 51-67

Noriati A.Rashid, Boon Pong Ying & Sharifah Fakhriah Syed Ahmad (2009). Siri Pendidikan Guru : Murid dan Alam Belajar. Oxford Fajar Sdn Bhd.

Salleh (1999). Masalah pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak berkeperluan khas dalam pendengaran. Selangor Darul Ehsan. Universiti Putra Malaysia.

Azmi Bunawan (2007). Tinjauan Terhadap Keberkesanan Perlaksanaan Pengurusan Bengkel Oleh Guru-guru Kemahiran Hidup di Sekolah-sekolah Daerah Batu Pahat, Johor. Universiti Teknologi Malaysia: Tesis Sarjana Muda. Haliza Hamzah & Joy Nesamalar Samuel (2009). Siri Pendidikan Guru : PengurusanBilik Darjah dan Tingkah Laku. Oxford Fajar Sdn. Bhd

Rafiy, S. (2002). Persepsi pelajar terhadap amalan keselamatan semasa melakukan kerja-kerja amali di dalam bengkel automotif. Kuala Lumpur: Universiti Teknologi Malaysia.

Kartini Abdul Mutalib, Ahamad Shabudin Yahaya, Rosli Sahat & Badrul Hisham Alang Osman (2012). Menguasai Penyelidikan Tindakan : Untuk PISMP dan DPLI. Institut Pendidikan Guru KPM, Kampus Ipoh, Perak.

Mok Soon Sang (2010). Penyelidikan dalam Pendidikan: Perancangan dan Pelaksanaan Penyelidikan Tindakan, Selangor. Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Mok Soon Sang (2010). Penyelidikan dalam Pendidikan: Perancangan dan Pelaksanaan Penyelidikan Tindakan, Selangor. Cipta Printing & Publishing : Perak.

Radzallu dan Amran (2002). Amalan Keselamatan Bengkel di kalangan pelajar kursus amalan bengkel mesin di Sekolah Menengah Teknik Kemaman, Terengganu : satu tinjauan. Universiti Teknologi Malaysia : Tesis Sarjana Muda.

Hammadi dan Rafiy (2002) (2000). Amalan Peraturan Keselamatan Bengkel di Kalangan Pelajar 4 STP (Kejuruteraan Awam/ Jentera/ Elektrik/ Kemahiran Hidup) di Fakulti Pendidikan, UTM, Skudai: Satu Tinjauan. Universiti Teknologi Malaysia : Tesis Sarjana Muda.

McMohan & Forehand (1998). Third Edision : Treatment Of Childhood Disorder. A Division of Guilford Publications, INS, New York, NY.

Ghaziah Mohd. Ghazali, Nabilah Abdullah, Shireena Basree Abdul Rahman, Rohaya Abdul Wahab, &Norshidah Nordin. (2010). Dlm Noraini Idris (Ed.), Penyelidikan dalam pendidikan (pp.305-344). Kuala Lumpur : Mc Graw Hill.

Mohd Majid Konting (1998) Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Dewan Bahasa dan Pustaka

5 SUMBER PALING RELEVEN

PERTAMA Ahmad Zharif bin Azali (2013). BEO : Permainan Bagi Membantu Murid Untuk Menguasai Topik Tanaman Hiasan Tahun 4. Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Teknik, Bandar Enstek, Negeri Sembilan.

PERKARA ULASAN

Nama SumberKajian Lepasan Guru Pelatih 2013

JudulBEO : Permainan Bagi Membantu Murid Untuk Menguasai Topik Tanaman Hiasan Tahun 4

Nama Penulis Ahmad Zharif bin Azali

Jenis dan Tujuan Kajian Kajian Penyelidikan Tindakan

Kaedah Pengumpulan data dan Analisis Data a. Temu bual b. Pemerhatian c. Ujian pra dan posd. Soal selidik

Pengkaji menganalisis data yang diperolehi melalui maklum balas responden terhadap ujian pra dan pos serta soal selidik.

Pengkaji menganalisis data melalui temu bual berstruktur (soalan tertutup dan terbuka) yang dijalankan ke atas murid iaitu sebelum dan selepas penggunaan kaedah bermain sambil belajar (BEO) dalam pembelajaran Kemahiran Hidup semasa pembelajaran teori.

Pengkaji menganalisis data melalui nota lapangan bergambar yang bertujuan untuk mengumpul minat murid semasa pemerhatian dijalankan. Gambar dan rakaman video diambil bagi melihat perbezaan penglibatan murid semasa melakukan aktiviti bermain sambil belajar (BEO).

Dapatan Kajian Murid menunjukkan minat yang tinggi terhadap permainan BEO (BINGO EASY OBSERVATION) yang diperkenalkan. Permainan menjadi makin mencabar dan menyeronokkan kerana tahap kesukaran BEO dinaikkan oleh pengkaji.

Namun, pengubahsuaian perlu dilakukan bagi meningkatkan kualiti permainan BEO dari segi pembuatan bahan daripada magnet berbanding kertas untuk gambar-gambar tapak permainan dan buah pemain untuk mempermudahkan penyusunan semasa melakukan permainan BEO.

KEDUA Muhamad Faiz Bin Khir (2013). Keberkesanan Pengaplikasian Kaedah Nyanyian Dan Animasi Untuk Meningkatkan Kefahaman Murid Peraturan Keselamatan Bengkel. Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Teknik, Bandar Enstek, Negeri Sembilan.

PERKARA ULASAN

Nama SumberKajian Lepasan Guru Pelatih 2013

JudulKeberkesanan Pengaplikasian Kaedah Nyanyian Dan Animasi Untuk Meningkatkan Kefahaman Murid Peraturan Keselamatan

Nama Penulis Muhamad Faiz Bin Khir

Jenis dan Tujuan Kajian Kajian Penyelidikan Tindakan

Kaedah Pengumpulan data dan Analisis Data a. Soal Selidik b. Ujian pra dan ujian pasca

Pengkaji menganalisis data yang diperolehi melalui maklum balas responden terhadap soal selidik yang dibahagikan kepada 3 bahagaian iaitu bahagian A, B dan C. Bahagian A merupakan soal selidik yang menghuraikan latar belakang responden meliputi komponen jantina, bangsa, lokasi kediaman, sektor pekerjaan ibu bapa, pendapatan ibu bapa. Pengkaji menganslisi data yang dikumpul mengenai latar belakang murid atas tujuan melihat sama ada latar belakang murid mempengaruhi kesukaran murid dalam memahami topik peraturan keselamatan bengkel (demografi dan tahap pendidikan yang diberikan)

Bahagian B merupakan soal selidik yang ditadbir sebelum sesi P d P yang bertujuan mengenal pasti gaya pembelajaran dan minat responden terhadap mata pelajaran KH. Pengkaji dapat menganalisis tahap kesukaan murid terhadap subjek KH serta jenis gaya pembelajaran yang menarik minat dan perhatian murid dalam mempelajari subjek ini.

Bahagian C merupakan soal selidik yang ditadbir bagi mengenal pasti keberkesanan kaedah yang digunakan kepada responden dalam mempelajari topik peraturan keselamatan bengkel. Skala 1-5 disediakan dan akan ditanda oleh responden. Pengkaji menganalisis data menggunakan carta dan kaedah peratusan. Peratusan yang paling tinggi dalam skala 4 dan skala 5 menunjukkan responden berminat terhadap kaedah yang dijalankan.

Ujian Pra dan Ujian Pasca dijalankan untuk menguji tahap ingatan dan pemahaman murid tentang topik yang telah dipelajari. Melalui ujian responden ini, pengkaji dapat menganalisis dan memperolehi gambaran tahap kefahaman murid tentang topik yang diuji iaitu apakah tindakan susulan yang perlu dilakukan bagi mengatasi masalah ini.

Dapatan Kajian Pelaksanaan kaedah nyanyian dan animasi dalam mempelajari topik Peraturan Keselamatan Bengkel mempengaruhi minat dan meningkatkan motivasi responden bagi mempelajari topik ini. Hal ini kerana murid berpeluang mempelajari isi pelajaran dengan cara didik hibur serta pengaplikasian kaedah auditori (lagu) dan visual (animasi) dalam mempersembahkan lagu membolehkan murid memproses maklumay dengan lebih cepat, kekal lama dan meningkatkan tahap pembelajaran murid.

KETIGA Hj. Abd Rahim bin Hj. Marzuki, Hj Amir bin Hj Omar & Hjh Rusni bt Hj. Abdullah (2006). Jurnal Penyelidikan IPDA : Pelaksanaan Program Ekonomi Token Dalam Mengurangkan Tingkah Laku Bermasalah Murid Pemulihan : Satu Kajian Kes. Jabatan Bimbingan dan Kaunseling, IPDA. Jil 13. hlm 1-13.

PERKARA ULASAN

Nama SumberJurnal IPDA 2006,

JudulPelaksanaan Program Ekonomi Token Dalam Mengurangkan Tingkah Laku Bermasalah Murid Pemulihan : Satu Kajian Kes

Nama Penulis Hj. Abd Rahim bin Hj. Marzuki, Hj Amir bin Hj Omar & Hjh Rusni bt Hj. Abdullah

Jenis dan Tujuan Kajian Kajian Kes

Kaedah Pengumpulan data dan Analisis Data a. Senarai Semak b. Pemerhatianc. Temu Bual d. Rekod Penerimaan Token

Pengkaji menganalisis data daripada senarai semak dan rekod penerimaan token. Senarai semak ialah senarai semak tingkah laku murid yang akan diisi oleh pengkaji pada awal program dan diisi sekali lagi pada akhir program selepas diaplikasi program ekonomi token (melibatkan cara mengumpul data pemerhatian). Dari situ, pengkaji dapat menganalisis perubahan tingkah laku murid. Rekod penerimaan token yang makin meningkat bagi setiap individu juga merupakan data yang akan digunakan oleh pengkaji untuk menganalisis kesesuaian program ini dalam mengubah tingkah laku murid serta memberi gambaran mengenai penglibatan murid sama ada terlibat sepenuhnya atau hanya sambil lewa sahaja.

Temu bual secara tidak formal dan tidak berstruktur telah dijalankan untuk mendapatkan pengetahuan murid mengenai program ekonomi token yang akan dijalankan serta bertujuan menentukan pemilihan ganjaran yang ditawarkan untuk perubahan tingkah laku yang tertentu. Dari sini, pengkaji dapat menganalisis minat murid terhadap program ekonomi token sama ada sudah biasa dengan rangsangan ini atau sebaliknya.

Dapatan Kajian Berdasarkan pemerhatian yang dibuat, pengkaji mendapati terdapat perubahan tingkah laku yang jelas dalam kelima-lima sampel beliau. Walaubagaimanapun, terdapat kecenderungan untuk tingkah laku lama meningkat semula selepas bercuti. Kajian diakhiri dengan cadangan penambahbaikan yang boleh dikaji oleh pengkaji lain dalam menangani masalah murid akan bertingkah laku tidak baik semula selepas bercuti.

KEEMPAT Fauziah Md. Jaafar (2010). Penyelidikan :Keberkesanan Pengajaran dan Pembelajaran Bidang Pendidikan, Kolej Sastera dan Sains, Universiti Utara MalaysiaPERKARA ULASAN

Nama SumberPenyelidikan

JudulKeberkesanan Pengajaran dan Pembelajaran

Nama Penulis Fauziah Md. Jaafar

Jenis dan Tujuan Kajian Penyelidikan Tindakan

Kaedah Pengumpulan data dan Analisis Data Mengumpul maklumat melalui buku-buku, jurnal dan akses internet. Berikurt merupakan contoh sumber yang diperoleh oleh beliau a. Anna Craft. 2000, Creativity AcrossThe Primary Curriculum, Routledge Group : London. (BUKU)

b. Mohd Nazri Abdul Rahman & Salina Abdullah Sangguro, 2006, Jurnal ILMIAH SPA jld 1: MyCard: Pengajaran Berlajar Sambil Bermain, JPN Sabah (JURNAL)

c. Huitt.W.&Hummel.J.2003.CognitiveDevelopment. Learning Pyramid, http://studyprof.com/blog/2008/05/08/the-learning-pyramid/ dimuat turun pada 23 Oktober 2009. (AKSES INTERNET)

DapatanPenulis menyatakan amalan terbaik guru untuk meningkatkan kualiti pendidikan adalah melalui pengajaran dan pembelajaran berkesan. Guru perlu berkemahiran dalam pengajaran dan pembelajaran yang merangkumi aspek perancangan dan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran yang dapat menjamin kemajuan pelajar secara optimum. Merujuk kepada Dasar Penyataan Standard Tinggi Kualiti Pendidikan Malaysia (2001), elemen yang perlu dikuasai oleh setiap guru untuk menjadikan pengajarannya berkesan meliputi kesesuaian pendekatan, kaedah dan teknik yang dapat melibatkan murid secara aktif, bahan sokongan yang relevan dengan tahap pencapaian semasa, potensi dan kemajuan murid serta penilaian dan penambahbaikan P&P yang secara berterusan.

Selain itu, penulis juga menekankan 2 kenyataan yang diutarakan oleh 2 orang tokoh pendidikan yang tidak lagi asing kepada orang ramai. Berikut merupakan nama tokoh dan kenyataan yang disampaikan oleh mereka :

Pendidik yang berdedikasi dan sentiasa bersedia menerima perubahan, adalah pemangkin kepada transformasi dalam memenuhi agenda pendidikan ke arah melahirkan modal insan yang cemerlang. (Muhyidin Yasin, 2009)

Guru yang memiliki ciri sentiasa berusaha meningkatkan kualiti hasil pengajaran, berupaya membentuk perwatakan murid dengan pelbagai keteguhan nilai diri (bermoral, berakhlak mulia, berketrampilan, pandai menyesuaikan diri dengan situasi tertentu). (Dato' Dr. Abdul Shukor Abdullah, 1999)

Oleh yang demikian, melalui dapatan penyelidikan beliau dapat disimpulkan bahawa guru memainkan peranan yang penting dalam mewujudkan kaedah dan teknik P d P yang bersesuaian, menyeronokkan dan dapat melibatkan murid secara optima.

KELIMA Lau Ging Lim (2009). Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP SN : Kesan Penggunaan Kaedah Bermain Sambil Belajar Dalam Proses Pembelajaran Sains Tahun Empat. Jil 3, hlm 195-209. PERKARA ULASAN

Nama SumberKoleksi Artikel

JudulKesan Penggunaan Kaedah Bermain Sambil Belajar Dalam Proses Pembelajaran Sains Tahun Empat

Nama Penulis Lau Ging Lim

Jenis dan Tujuan Kajian Jurnal

Kaedah Pengumpulan data dan Analisis Data Kaedah mengumpul data a.Temu Bual b. Pemerhatian c. Ujian Pra dan Pos Teknik menganalisis data a. Analisis kandungan b. Analisis Deskriptif Statistik

Analisis kandungan digunakan untuk menganalisis data kualitatif dan kuantitatif, seperti data temu bual, nota lapangan, gambar dan rakaman video yang dirakamkan. Bagi langkah analisis kandungan data temu bual secara kualitatif dan kuantitatif, pengkaji telah memberi tumpuan kepada maklumat penting dalam transkrip temu bual.

Selain itu, pengkaji juga menganalisis kandungan gambar dan rakaman video yang telah dirakam sebelum dan selepas menggunakan kaedah bermain sambil belajar. Dengan itu, pengkaji dapat memerhati dan membuat interpretasi terhadap tingkah laku murid yang berhubung dengan persoalan kajian pengkaji iaitu berkaitan dengan minat dan penglibatan murid dalam pembelajaran Sains.

Bagi analisis deskriptif statistik pula, teknik ini digunakan untuk menganalisis data kuantitatif, seperti data yang dikumpul melalui borang senarai semak bagi pemerhatian. Nilai min bagi setiap item dikira untuk menunjukkan perubahan kadar penglibatan peserta kajian tanpa dan dengan menggunakan kaedah bermain sambil belajar.

Analisis deskriptif statistik juga digunakan untuk mengira nilai min bagi keputusan ujian pra dan ujian pos sebelum dan selepas menggunakan kaedah bermain sambil belajar. Kaedah ini dapat menunjukkan perubahan dalam pencapaian responden kajian dalam pembelajaran Sains.

Dapatan Kajian Selepas kaedah bermain sambil belajar, minat murid dalam mata pelajaran Sains berjaya ditingkatkan. Masalah ingatan dan penguasaan murid dalam konsep Sains juga telah berjaya ditingkatkan.

TUGASAN 2Sepanjang 2 bulan berpraktikum di Sekolah Kebangsaan Taman Rasah Jaya, masalah ketidakpekaan murid terhadap amalan peraturan keselamatan bengkel semasa pelaksanaan kerja amali telah menarik perhatian dan keprihatinan saya ke atas keselamatan murid-murid. Maka, perkara ini telah mendorong saya untuk menjadikan isu ini sebagai fokus kajian. Bagi menyelesaikan masalah ini, saya telah mendapat sumber yang relevan dan ada hubungkait dengan kajian saya. Pertama sekali, apabila membaca kajian-kajian lepasan guru pelatih, saya telah memperolehi sebuah kajian lepasan guru pelatih Muhamad Faiz Bin Khir (2013) yang fokus kajiannya hampir sama dengan saya iaitu murid-murid tidak mematuhi peraturan keselamatan bengkel sebelum, semasa dan selepas amali. Kumpulan sasaran pengkaji ialah murid Tahun 4 dan punca kelalaian murid terhadap peraturan keselamatan yang diutarakan oleh pengkaji ialah murid tidak faham peraturan keselamatan yang telah diajarkan kepada mereka. Oleh yang demikian, pengkaji telah mengaplikasikan kaedah nyanyian dan animasi dalam meningkatkan kefahaman murid terhadap peraturan keselamatan. Kajian pengkaji yang menghadapi masalah yang sama dengan saya telah menarik perhatian saya supaya melihat sejauh mana keberkesanan kaedah yang diaplikasikan oleh pengkaji berjaya meningkatkan kefahaman murid. Walaubagaimanapun, punca yang menyebabkan murid saya tidak mematuhi peraturan keselamatan bengkel adalah tidak sama dengan pengkaji iaitu murid-murid saya tidak peka terhadap amalan keselamatan bengkel yang patut diamalkan oleh mereka sebelum masuk ke bengkel, semasa menjalankan amali di bengkel dan selepas menjalankan amali dan ingin meninggalkan bengkel. Oleh yang demikian, saya telah merujuk cara pengolahan pengkaji dalam refleksi pengamalan lalu, fokus kajian, objektif-objektif yang telah dikenal pasti oleh pengkaji serta perancangan pengkaji dalam mengumpul data. Hal ini kerana masalah yang dihadapi oleh pengkaji dan saya sendiri adalah sama, cuma punca yang diutarakan adalah berbeza dan kaedah yang diaplikasikan perlu bersesuaian dengan tahap murid saya. Sumber kedua yang dirujuk oleh saya ialah penyelidikan yang bertajuk keberkesanan pengajaran dan pembelajaran yang diselidik oleh Fauziah Md. Jaafar (2010). Beliau mengutarakan mengenai keberkesanan P d P yang sememangnya banyak bergantung kepada guru yang berkesan amalan pedagogi dan dapat melakukan perancangan P d P yang sistematik serta disokong dengan pendekatan, kaedah dan teknik yang berkesan dan sesuai dengan tahap murid. Malahan, aktiviti yang dijalankan perlu memaksimumkan penglibatan murid dalam aktiviti tersebut kerana setiap murid mempunyai hak dan peluang belajar yang sama rata. Oleh yang demikian, penyelidikan ini telah membuka minda saya bahawa guru memainkan peranan penting dalam mengaplikasikan kaedah dan teknik yang berkesan, memberi impak dan menyentuh jiwa murid. Oleh yang demikian, saya telah melakukan temu bual terhadap murid-murid saya mengenai cara pengajaran yang diminati mereka dalam mempelajari sesuatu ilmu baharu. Maklum balas yang diberikan oleh mereka membolehkan memikirkan alternatif yang sesuai kepada murid-murid saya iaitu sambil mereka mempelajari amalan keselamatan bengkel, mereka juga tidak ketinggalan dalam topik-topik lain. Selepas mengetahui keberkesanan P d P dan kaedah yang diminati oleh kumpulan sasaran, saya juga memikirkan alternatif yang perlu dimasukkan sekali dalam kaedah saya bagi merangsang murid saya supaya terus berusaha dalam melakukan perubahan dalam tingkah laku mereka. Oleh yang demikian, sumber ketiga yang dirujuk oleh saya ialah Jurnal Penyelidikan IPDA: Pelaksanaan Program Ekonomi Token Dalam Mengurangkan Tingkah Laku Bermasalah Murid Pemulihan : Satu Kajian Kes. Melalui pembacaan jurnal penyelidikan ini, saya mendapati bahawa masalah tingkah laku yang ditonjolkan oleh murid boleh diselesaikan dengan program ekonomi token iaitu pada mulanya murid akan didedahkan dengan menu ganjaran dan cara perolehan dan penarikan token bergantung kepada perubahan tingkah laku yang ditunjukkan oleh mereka dan keberkesanan program ini berjaya mengubah tingkah laku murid pemulihan. Melalui idea yang diutarakan oleh Hj. Abd Rahim bin Hj. Marzuki, Hj Amir bin Hj Omar & Hjh Rusni bt Hj. Abdullah di atas, saya akan mengambil idea beliau iaitu memberi ganjaran kepada murid-murid saya. Saya akan mewujudkan sesuatu kaedah yang berbentuk permainan dalam meningkatkan kepekaan murid-murid saya terhadap amalan peraturan keselamatan bengkel yang perlu dipatuhi oleh mereka tanpa mengabaikan pelaksanaan P d P bagi topik-topik lain. Tindakan saya ini juga amat disokong oleh Lau Ging Lim dalam jurnal beliau yang berjudul kesan penggunaan kaedah bermain sambil belajar dalam proses pembelajaran Sains Tahun Empat (sumber keempat), di mana apabila murid bermain, murid akan membina ilmu pengetahuan dalam diri mereka : Teori Konstruktivisme dan hasilnya murid akan menjadi lebih berminat terhadap mata pelajaran yang dipelajari serta ingatan dan penguasaan murid akan dapat ditingkatkan. Tambahan pula, bagi mendorong murid saya agar bersemangat dalam meningkatkan kepekaan mereka terhadap amalan keselamatan bengkel, ganjaran carta hati akan diberikan oleh guru kepada mereka dalam bentuk maujud dan apabila murid-murid dapat menjawab kesemua soalan yang diuji, dan murid-murid dikehendaki melekatkan carta hati tersebut dalam satu kertas kemajuan yang dibuat oleh guru sendiri. Sekiranya murid berjaya mengaplikasikan amalan keselamatan bengkel yang dipelajari dalam situasi sebenar (melalui pemerhatian guru), ganjaran satu carta hati akan diberi lagi. Murid yang mendapat carta hati terbanyak dalam tempoh yang tertentu akan digelar sebagai Pakar RBT. Hal ini bermaksud, selain idea program ekonomi token berbentuk carta hati yang telah diinovasikan oleh saya, murid-murid juga akan bersaing agar bertingkah laku baik dalam mengumpul carta hati mereka ke arah mencapai gelaran Pakar RBT. Sumber kelima yang dirujuk oleh saya dan memberi idea kepada saya ialah kajian lepasan guru pelatih, Ahmad Zharif bin Azali (2013) yang bertajuk BEO : Permainan Bagi Membantu Murid Untuk Menguasai Topik Tanaman Hiasan Tahun 4. Melalui dapatan kajian beliau, permainan BEO iaitu (BINGO EASY OBSERVATION) berjaya menarik minat murid dan murid menunjukkan keseronokkan dalam aktiviti yang dijalankan. Apabila pengkaji meningkatkan tahap kesukaran permainan BEO, murid-murid bertambah teruja dan hal ini telah merangsang murid untuk terus meneroka BINGO yang perlu diselesaikan oleh mereka. Oleh yang demikian, idea yang diutarakan oleh pengkaji telah meyakinkan saya bahawa lumrahnya murid berkebolehan belajar melalui bermain. Kenyataan ini juga disokong oleh Montessori iaitu kanak-kanak perlu bermain untuk meningkatkan daya kognitifnya dalam situasi dan keadaan yang sebenar. Oleh yang demikian, saya bercadang menggunakan kaedah permainan BTC iaitu (BREAK THE CODE) dalam mengkaji keberkesanannya dalam meingkatkan kepekaan murid saya terhadap peraturan dan amalan keselamatan bengkel. Kaedah permainan BTC juga akan ditingkatkan berpandukan tahap penguasaan murid iaitu dari am dan diri sehingga khusus apabila murid-murid telah berjaya menguasai dan mengaplikasi peraturan am dan diri dengan baik. Kesukaran boleh juga divariasikan bukan sahaja dalam saolan yang semakin sukar, tetapi juga boleh ditingkatkan dari segi tempoh masa yang diberikan untuk murid menyelesaikan soalan yang diuji menjadi semakin singkat ataupun wujudkan situasi ataupun misi yang perlu diselesaikan oleh mereka dalam menggalakkan mereka cepat menyelesaikan soalan yang diuji. Walaubagaimanapun, keberkesanan kaedah permainan BTC diharapkan dapat meningkatkan kepekaan murid terhadap peraturan dan amalan keselamatan bengkel yang perlu dikuasai oleh murid serta murid perlu dimotivasi mengaplikasikan ilmu yang diperolehi mereka dalam situasi sebenar iaitu semasa di bengkel, semasa amali dan sebagainya. Tuntasnya, pembacaan yang saya lakukan ke atas kelima-lima sumber-primer yang diulas di atas tadi sangat membantu saya dalam mengenal pasti masalah yang dihadapi dan membantu saya memikir dan sumbang saran kaedah sesuai yang boleh diaplikasikan oleh saya dalam menangani masalah ini. Saya berharap melalui pembacaan ini mampu membimbing saya dalam mewujudkan kaedah yang berkesan dan kajian tindakan yang holistik dan menyeluruh.

1. PENDAHULUAN

PENGENALAN

1.0 PENGENALAN

Sejajar dengan pembangunan negara dalam bidang ICT dan selaras dengan hasrat kerajaan untuk melahirkan pelajar yang berinovatif dan kreatif, terutamanya dalam bidang kemahiran, memerlukan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dan sistematik serta bersesuaian dengan kebolehan pelajar. Mata pelajaran Kemahiran Hidup (KH) merupakan sebahagian daripada usaha pendidikan ke arah mempertingkat kemahiran teknologi dan keusahawanan supaya murid dapat menjalankan kerja-buat-sendiri yang mudah seperti pemasangan, mereka cipta, baik pulih, penyenggaraan, jahitan, tanaman, kecenderungan berurusniaga dan mengamalkan sikap dan budaya kerja yang baik. Kajian tindakan ini bertujuan menyelesaikan masalah ketidakpekaan murid dalam mematuhi peraturan dan amalan keselamatan bengkel kemahiran hidup yang juga secara langsung dapat mengatasi masalah disiplin seperti tidak mempunyai perasaan tanggungjawab dalam diri dan nilai kerjasama. Pemerhatian awal dibuat mendapati para murid tidak peka terhadap peraturan dan amalan keselamatan bengkel semasa menjalankan aktiviti amali di dalam bengkel Kemahiran Hidup. Sebagai guru pelatih yang menjalani praktikum, masalah ini boleh diatasi berdasarkan kreativiti yang dimiliki oleh guru. Menurut Mohd Salleh Lebar (1999), peranan guru adalah penting bagi membolehkan sebahagian besar murid tertarik dengan mata pelajaran yang diajar.Menurut Hj Abd Rahman bin Hj Marzuki (2006), tingkah laku bermasalah boleh dikawal dengan menggunakan strategi pengurusan tingkah laku yang sesuai iaitu program ekonomi token. Maka, kajian ini telah menggunakan pendekatan pengumpulan token berbentuk carta hati yang diaplikasikan kaedah bermain sambil belajar iaitu BTC (BREAK THE CODE) dalam usaha membolehkan murid mempelajari peraturan dan amalan keselamatan bengkel semasa proses pengajaran dan pembelajaran KH dijalankan. Idea bermain ini disokong oleh Ahmad Zharif bin Azali, guru lepasan Ijazah IPG KPT dalam kajiannya BEO (BINGO EASY OBSERVATION) yang mengutarakan kaedah bermain dapat menarik minat murid kerana memang lumrah kanak-kanak dalam pemikiran cenderung bermain. Bahkan, menurut Piaget (1962), bermain melibatkan pembelajaran merentasi tiga domain, iaitu kognitif, sosial dan psikomotor serta memberi peluang kepada kanak-kanak meluahkan idea, perasaan dan emosi. Oleh itu, kaedah permainan BTC yang melibatkan pembelajaran soalan-soalan yang berkaitan dengan peraturan dan amalan keselamatan bengkel yang disokong lagi dengan pemberian carta hati sebagai ganjaran dipercayai mampu meningkatkan kepekaan murid terhadap amalan peraturan keselamatan bengkel semasa di bengkel dan sewaktu amali sekaligus menangani masalah disiplin yang lain.

1.1 Refleksi Pengalaman Lalu Bermulanya hari pertama saya berpraktikum di salah sebuah sekolah yang bertempat di daerah Seremban iaitu pada 2 Februari 2015 sehingga 12 minggu yang berikutnya, ia merupakan praktikum kali ketiga saya sebagai guru pelatih. Sebagai seorang guru pelatih yang jurusan major dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup, saya telah meneruskan sesi pengajaran guru yang sebelumnya dan kini mengajar topik asas teknologi serta menjalankan aktiviti amali yang melibatkan pemasangan bas sekolah untuk murid Tahun 4 Rajin. Maka, saya mendapati terdapat satu masalah besar dalam kalangan murid-murid iaitu mereka tidak peka terhadap aspek peraturan dan amalan keselamatan bengkel yang perlu dipatuhi semasa menjalani aktiviti amali dalam bengkel kemahiran hidup walaupun topik Peraturan Keselamatan Bengkel telah didedahkan pada sesi P d P yang lalu dan aspek keselamatan juga diberitahu awal oleh saya sendiri sebelum aktiviti amali dimulakan. Perkara ini perlu dititiberatkan kerana keselamatan adalah perkara penting yang perlu dipatuhi oleh semua pihak (Azmi, 2007). Malahan, menurut Dewan Masyarakt (1994), akta dan peraturan dibuat bagi mengelakkan kemalangan daripada berlaku. Daripada masalah di atas, saya telah membuat pemerhatian awal dengan melihat dari sudut pematuhan peraturan dan amalan keselamatan bengkel dari sebelum, semasa proses, dan selepas menjalankan aktiviti amali dalam kelas 4 Rajin. Terdapat satu masalah yang berlaku sebelum kelas P d P dijalankan iaitu murid-murid masuk ke dalam bengkel tanpa kebenaran guru meskipun rutin dan peraturan bengkel telah diberitahu oleh guru dan dipersetujui oleh semua murid semasa sesi pertemuan yang lalu. Seterusnya, perkara kedua yang mencuri perhatian saya semasa menjalankan aktiviti amali ialah ketidakpekaan murid dalam mengamalkan peraturan dan amalan keselamatan bengkel semasa amali meskipun mereka sedia maklum peraturan keselamatan bengkel yang perlu diikuti oleh mereka. Contohnya, murid-murid bergurau dan bermain dengan rakan lain sambil memegang alatan tangan yang tajam dan ada juga kumpulan yang tidak bekerjasama dalam menyiapkan kerja amali. Bahkan, saya juga sempat memerhati apabila selesai menjalankan aktiviti amali, keadaan bengkel kelihatan tidak terurus iaitu murid-murid tidak meletakkan kembali kerusi di atas meja dan alatan tangan tidak diletakkan di tempat asal. Keadaan ini sungguh berbeza dengan keadaan bengkel ideal yang diutarakan oleh Radzallu dan Amran (2002) yang menyatakan peralatan tangan dan mesin-mesin dalam makmal dan bengkel perlu dijaga, disimpan dan diselenggara kerana mempunyai jangka hayat tertentu. Menurut Hammadi dan Rafiy (2002), kebanyakan kemalangan berlaku disebabkan oleh kecuaian manusia sendiri, jadi masalah-masalah yang diutarakan di atas tidak boleh dipandang enteng. Sebelum mencari punca masalah, saya melakukan refleksi diri sama ada masalah ini berpunca daripada diri sendiri seperti arahan yang kurang jelas ataupun disebabkan penetapan peraturan dan rutin yang membebankan. Namun, apabila ditanya pada beberapa orang murid, mereka menyatakan peraturan dan rutin yang dipersetujui bersama mudah difahami dan tidak membebankan. Maka, saya telah mengambil inisiatif dengan merujuk masalah ini kepada ketua guru panitia Kemahiran Hidup, dan maklum balas yang beliau berikan ialah murid-murid di sekolah ini memang kurang peka dengan peraturan sekolah yang perlu dipatuhi meskipun sering diingatkan oleh guru-guru di sekolah serta pengalaman beliau mengajar subjek kemahiran hidup di sekolah ini selama 10 tahun juga menyatakan trend murid-murid di sekolah ini sememangnya tidak begitu peka terhadap kepentingan mematuhi peraturan dan amalan keselamatan bengkel yang mengundang kepada berlakunya masalah-masalah disiplin kerana kurangnya perasaan tanggungjawab dalam diri mereka. Menurut Zimbanwe Integrated Teacher Education Course (2000), pembelajaran harus menyebabkan seseorang individu berubah tingkah lakunya. Hal ini dapat disokong oleh model Ewell (1997) dalam prinsip-prinsip pembelajaran yang meliputi prinsip penglibatan aktif murid, konstruktivisme, pembelajaran informal seperti bermain, maklum balas berterusan dari segi award dan motivasi serta suasana yang menyeronokkan dapat mempengaruhi penguasaan pengetahuan, perkembangan kemahiran dan kompetensi murid. Oleh yang demikian, saya telah mengaplikasikan kaedah permainan BTC (BREAK THE CODE) yang melibatkan pengumpulan carta hati iaitu murid-murid dikehendaki menjawab soalan-soalan berkenaan dengan peraturan dan amalan keselamatan bengkel dan seterusnya mengamalkannya dalam situasi sebenar bagi memperolehi carta hati seberapa banyak yang boleh. Untuk meningkatkan keseronokkan dan minat murid, saya bercadang menjadikan kaedah permainan BTC saya lebih mencabar dan responden yang terlibat akan berusaha mendapat gelaran PAKAR RBT pada akhir perjuangan, iaitu murid yang memungut paling banyak carta hati akan dinobatkan sebagai PAKAR RBT.

2.0 FOKUS KAJIAN

2.1 TINJAUAN DAN ANALISIS MASALAH Melalui refleksi pengalaman lalu yang dilakukan melalui analisis saya, didapati terdapat banyak kekurangan dan masalah yang dihadapi ketika sesi amali dilaksanakan bermula dari proses sebelum P d P, semasa dan selepas aktiviti amali selesai. Isu-isu tersebut adalah seperti berikut : (i) Sebelum amali - murid-murid masuk ke dalam bengkel tanpa kebenaran guru. (ii) Semasa amali - murid-murid bergurau dan bermain dengan rakan lain sambil memegang alatan tangan yang tajam dan tidak bekerjasama dalam kumpulan. (iii) Selepas amali - murid-murid tidak meletak kembali kerusi di atas meja dan alatan tangan tidak diletakkan di tempat asalMerujuk kepada masalah yang berlaku iaitu fokus kajian (masalah amali) dalam kajian ini, saya berinisiatif untuk memperbaiki kesilapan murid-murid dan memastikan mereka tidak terus mengamalkan sikap ketidakpekaan dan tidak bertanggungjawab lagi. Menurut Haliza Hamzah & Joy Nesamalar Samuel (2009), beliau mencadangkan supaya guru memilih kaedah yang boleh memberi kesan yang mendalam bukan sahaja kepada kefahaman pelajar yang diajar, malah memberi kesan kepada jiwa dan menyentuh perasaan pelajar. Oleh yang demikian, saya berinisiatif mempersiapkan diri dalam mewujudkan satu suasana pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dan menyeronokkan agar murid-murid dapat mengikuti sesi pengajaran yang berkualiti. Hal ini adalah mustahak dan disokong oleh Mohd Salleh Lebar (1999) yang menyatakan peranan guru adalah penting bagi membolehkan sebahagian besar murid tertarik dengan pelajaran yang diajar malah penting dalam memupuk hubungan baik dalam kalangan rakan sekerja.

Maka ini, saya bercadang untuk mengkaji sejauh mana kaedah permainan BTC ini memberi impak positif bagi meningkatkan kepekaan murid terhadap peraturan keselamatan bengkel, iaitu murid-murid akan diletakkan dalam situasi tertentu dan mereka akan dikehendaki menjawab soalan peraturan dan amalan keselamatan bengkel bagi mendapatkan kod pesanan yang ingin disampaikan oleh guru, dalam erti kata lain Break The Code. Tambahan pula, kaedah ini juga relevan dalam meningkatkan kesedaran kepentingan tanggungjawab dan kerjasama kumpulan dalam kalangan murid-murid. Malahan, perkara ini secara langsung meningkatkan motivasi murid dan dapat mengelakkan berlakunya kemalangan dan kecederaan yang tidak diingini berlaku dalam bengkel. Oleh itu, dengan bermodalkan kreativiti guru mengendalikan kaedah permainan BTC, permasalahan dapat diatasi dengan jayanya. Senarai kelebihan pengaplikasian kaedah ini adalah seperti berikut : 1. Menarik minat murid dalam menjawab soalan. 2. Murid akan lebih peka terhadap peraturan dan amalan keselamatan bengkel yang perlu dipatuhi oleh mereka. 3. Nilai tanggungjawab dan kerjasama dapat dipupuk dalam kumpulan. 4. Murid belajar sambil bermain. 5. Peneguhan positif seperti award-pengumpulan carta hati dapat meningkatkan motivasi murid dalam menjawab soalan dan mematuhi peraturan bengkel yang dipelajari. Aplikasi kaedah ini juga dilihat mampu digunakan dalam topik-topik Kemahiran Hidup yang lain, antaranya sub topik Jahitan, masakan, reka bentuk dan sebagainya mengikut kreativiti guru dalam mempelbagaikan kod pesanan yang ingin disampaikan, iaitu Break The Cord yang berbagai-bagai.

2.2 KRITERIA PEMILIHAN FOKUS KAJIAN

Bagi pemilihan fokus kajian yang telah dilakukan, beberapa skop telah dipertimbangkan bagi memastikan kelancaran pelaksanaan kajian dan menambahbaik mutu pengajaran bagi meningkatkan kepekaan murid dalam mematuhi peraturan dan amalan keselamatan bengkel. Berikut adalah beberapa skop kajian yang telah dipertimbangkan.

2.2.1KEBOLEHTADBIRAN

Fokus ini dipilih sebagai kajian saya kerana ia mudah ditadbir oleh saya sendiri kerana saya sentiasa berada di bengkel, maka ia adalah lebih mudah untuk saya melaksanakan pemerhatian terhadap murid sama ada mereka telahpun peka akan peraturan yang telah ditetapkan semasa berada di dalam bengkel melalui perubahan tingkah laku mereka. Kaedah yang dilaksanakan ini tidak memerlukan anggaran kos yang tinggi dan hanya memerlukan kreativiti saya untuk mencipta kod-kod dan situasi yang menarik dan menyeronokkan serta merangsang murid untuk cuba BREAK THE CODE dalam ruangan yang disediakan. Masa yang diperuntukkan untuk menjalankan kajian juga tidak menjadi masalah kepada saya kerana kajian ini dijalankan sewaktu pengajaran dalam kelas KH. Malahan, saya bercadang menjalankan aktiviti soal selidik. Soal selidik yang dicadangkan membolehkan saya mengetahui serba sedikit latar belakang kumpulan sasaran saya serta keberkesanan kaedah permainan BTC saya. Daripada pemahaman umum, secara tidak langsung faktor latar belakang murid juga mempengaruhi sikap murid itu sendiri sama ada peka akan setiap peraturan atau pun mengabaikannya.

2.3.2KEPENTINGAN

Kepentingan kajian ini sememangnya perlu dilaksanakan di sekolah. Ini kerana ia dapat membantu meningkatkan kepekaan dan kesedaran murid tentang peraturan dan amalan keselamatan bengkel semasa melakukan projek amali. Malahan, tajuk ini juga terdapat dalam DSKP Kemahiran Hidup Sekolah Rendah Tahun 4 yang merupakan asas pengetahuan yang mesti dikuasaioleh murid-murid sebelum melakukan aktiviti amali yang kian mencabar mahupun untuk pembelajaran sepanjang hayat.

2.3.3KEBOLEHGUNAAN

Fokus kajian pengaplikasian kaedah bermain sambil belajar kaedah permainan BTC dan sistem award dipilih memandangkan kebolehgunaan kaedah ini boleh diperluaskan kepada guru-guru di kelas lain yang turut menghadapi masalah yang sama dalam mata pelajaran yang lain. Saya juga bercadang untuk memastikan kajian ini sesuai dengan tahap dan proses pembelajaran murid, merangsang minat, tidak membosankan dan boleh digunakan untuk kajian yang seterusnya.

2.3.4KAWALAN

Kawalan bagi kajian ini mudah dilaksanakan. Antara sebab fokus ini dipilih adalah kerana kumpulan sasaran mudah dikawal iaitu murid yang merupakan anak didik saya sendiri. Malahan. saya hanya perlu pastikan penyediaan soalan-soalan saya dari mudah sehingga kompleks dan divariasikan, namun tetap menepati kriteria dan mampu menangani masalah dalam fokus kajian. Antara kriterianya ialah permainan BTC perlu bercirikan sesuatu yang menyeronokkan iaitu situasi yang menyeronokkan, soalan yang makin mencabar dengan had masa yang ditetapkan serta pungutan carta hati yang dapat diperoleh terus oleh murid. Malahan, sebarang interaksi untuk tujuan melakukan kajian ini bagi meningkatkan kepekaan responden terhadap peraturan dan amalan keselamatan bengkel kemahiran hidup adalah lebih mudah dan dapat dikawal selia oleh saya sendiri.

2.3.5KOLABORASI

Antara sebab lain saya bercadang memilih fokus kajian ini adalah disebabkan di sekolah ini, saya mempunyai ramai guru yang berpengalaman dalam mengajar mata pelajaran Kemahiran Hidup. Maka, proses kolaborasi boleh dilakukan dengan mudah melalui perbincangan bagi mencari satu cara atau kaedah pengajaran dan pembelajaran yang terbaik dalam usaha untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi ini.

2.3.6KERELEVANAN KEPADA SEKOLAH

Sudah semestinya kerelevenan kepada sekolah dapat dilihat dalam peningkatan kepekaaan murid dalam mematuhi peraturan dan amalan keselamatan bengkel serta penglibatan murid dalam menjalani aktiviti amali. Malahan, pengaplikasian kaedah ini boleh diguna pakai oleh semua guru dalam pengajaran topik yang lain. Adalah penting untuk saya dan guru mata pelajaran Kemahiran Hidup bagi membantu murid meningkatkan penguasaan terhadap sesuatu kemahiran yang melibatkan proses amali kerana secara tidak langsung juga hal ini dapat mengurangkan kadar kemalangan atau kecederaan di dalam bengkel.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN

Setelah kajian ini selesai dijalankan, murid diharap akan mencapai objektif berikut :

3.1 Objektif Umum

Tujuan kajian ini adalah bagi mempertingkatkan kepekaan murid dalam mengamalkan peraturan dan amalan peraturan keselamatan bengkel. Malahan, kajian ini juga bertujuan menyemai nilai kepentingan kerjasama dan tanggungjawab dalam kalangan murid dengan melalui pengaplikasian kaedah bermain sambil belajar dengan permainan BTC bagi menarik minat murid mempraktikkan peraturan dan amalan keselamatan bengkel sebelum, semasa dan selepas amali di samping akan lebih mendorong dalam mempertingkatkan penumpuan murid dalam menguasai topik-topik lain dalam KH.

3.2 Objektif Khusus

1. Mengenal pasti minat, perasaan, sikap dan kepekaan murid terhadap peraturan dan amalan keselamatan bengkel sebelum berada di bengkel, semasa melaksanakan amali di bengkel dan selepas tamat proses amali di bengkel.

2. Meningkatkan minat murid supaya lebih peka terhadap peraturan dan amalan keselamatan bengkel melalui permainan BTC 3. Meningkatkan penglibatan dan nilai tanggungjawab murid dalam aktiviti amali secara berkumpulan melalui permainan BTC.

4.0 KUMPULAN SASARAN

Bagi menjalankan kajian ini, saya bercadang memfokuskan terhadap responden atau murid Tahun 4 Rajin yang mempelajari mata pelajaran Kemahiran Hidup. Topik 1 RBT iaitu Organisasi Keselamatan Bengkel telah diajar oleh guru mata pelajaran. Kini, mereka baru menguasai tajuk asas teknologi dan amali pemasangan bas sekolah telah dilakukan. Jumlah responden atau murid yang terlibat dalam kajian ini ialah seramai 10 orang.

Pemilihan kumpulan sasaran ini adalah atas sebab-sebab yang tertentu. Antaranya ialah mata pelajaran Kemahiran Hidup merupakan mata pelajaran baru yang akan dipelajari oleh murid-murid Tahun 4. Oleh yang demikian, saya berpendapat pengajaran dan pembelajaran pada permulaan adalah paling penting dan perlu dikuasai terlebih dahulu iaitu murid perlu peka apa yang perlu diketahui oleh mereka sebelum maju ke tajuk seterusnya. Malahan, ia juga penentu dalam memastikan sama ada murid akan terus berminat terhadap mata pelajaran yang akan dipelajari. Berikut merupakan butiran ringkas responden yang terlibat :

PERKARA BUTIRAN

Tahun/ Aras/ Level Tahun 4 Rajin

Jumlah Responden 10 orang

Lokasi Responden/ SekolahSekolah Kebangsaan Taman Rasah Jaya, Seremban.

Jadual 4.0 : Butiran responden yang terlibat

5.0 PERANCANGAN PELAKSANAAN TINDAKAN

5.1 Perancangan Tindakan Melalui tinjauan awal yang telah dijalankan, murid-murid 4 Rajin menunjukkan ketidakpekaan dalam mempraktikkan peraturan dan amalan keselamatan bengkel sebelum masuk ke bengkel, semasa berada dalam bengkel, semasa amali dijalankan dan selepas amali dilaksanakan. Antara sebabnya ialah mereka memang tidak peka terhadap peraturan tersebut kerana mereka tidak diberi pendedahan yang memberi impak dalam diri mereka supaya menitikberat dan mengambil tahu kepentingan peraturan dan amalan ini dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup. Maka, untuk mengatasi masalah ini, saya telah menggunakan kaedah bermain sambil belajar dengan mengaplikasikan kaedah permainan BTC untuk kajian saya. Berikut merupakan bagaimana permainan BTC ini dimainkan :

Kaedah/ Tindakan : Kaedah Permainan BTC (BREAK THE CODE) Bahan-bahan yang terlibat : Cara Pelaksanaan Kaedah Permainan BTC Permainan ini dilakukan secara individu. Bilangan pemain yang boleh mengikuti permainan ini adalah tidak terhad. Pada kali pertama, setiap pemain akan mendapat set soalan ujian BREAK THE CODE. Untuk kali pertama, set soalan ujian yang diuji berkaitan dengan peraturan am dan diri yang mudah dan murid diberi masa untuk menyiapkan soalan tersebut, namun perlu berusaha untuk BREAK THE CODE dalam ruangan yang disediakan. CODE bagi kali pertama yang perlu dipecahkan oleh murid boleh berbunyi patuhilah peraturan. Seterusnya, soalan yang sama akan ditadbir, namun bertambah sukar apabila guru mengehadkan masa dan murid-murid perlu cepat menyelesaikan set soalan ujian tersebut. di atas ataupun break kod mengenai

Gambar token Carta Hati (Rujuk Lampiran 3)Kertas Kemajuan Murid (Rujuk Lampiran 2) Soalan Ujian Break The CoDE (Rujuk Lampiran 1)

5 orang murid yang paling pantas menyelesaikan soalan dan berjaya BREAK THE CODE iaitu betul semua soalan akan diberi satu carta hati. Apabila murid-murid menunjukkan perubahan tingkah laku yang baik semasa berada di bengkel, semasa amali dan selepas amali, carta hati akan diberikan lagi kepada murid-murid berdasarkan senarai semak guru. Apabila murid telah mahir dalam peraturan am dan diri, set soalan ujian yang lebih kompleks dan sukar mengenai peraturan dan amalan keselamatan bengkel boleh diuji dengan menyediakan kod-kod yang berbeza. Misalnya pada hari ini akan masuk ke tajuk pelajaran yang baru iaitu REKA BENTUK, maka guru boleh mengaplikasikan kaedah bermain ini dengan meminta murid menyelesaikan soalan peraturan bengkel yang disediakan dan BREAK THE CODE iaitu tajuk yang akan dipelajari hari ini. Murid yang paling cepat memperolehi kod tajuk boleh mendapat satu CARTA HATI. Selain itu, kaedah permainan ini juga boleh digunakan sebelum menjalankan amali, iaitu soalan yang disediakan merupakan peraturan yang perlu diamalkan oleh murid semasa amali, maka kod yang disediakan dalam BREAK THE CORD boleh berbunyi Peraturan amali. Murid-murid akan mengumpul carta hati seberapa banyak yang boleh dalam mendapat title PAKAR RBT.

5.2 Perancangan Cara Mengumpul Data Instrumen yang digunakan untuk mengumpul data terdiri daripada soal selidik, temu bual, rekod pemerhatian dan senarai semak, serta rekod penerimaan token (carta hati).

5.2.1 Soal selidik Soal selidik dijalankan kerana kaedah ini merupakan kaedah yang berkesan serta mengumpul data dengan baik dan mendapatkan tinjauan pendapat mengenai kajian tindakan (Mok Soon Sang, 2010). Jenis soalan yang saya cadang gunakan dalam borang soal selidik adalah jenis soal selidik sosiometri. Borang soal selidik yang saya akan sediakan ini saya cadang edarkan kepada 10 orang pelajar yang dipilih bagi mendapatkan maklum balas pelajar berkenaan minat mereka terhadap kaedah bermain yang diaplikasikan oleh saya. Soal selidik terbahagi kepada dua bahagian iaitu Bahagian A dan Bahagian B (rujuk lampiran). Bahagian A merupakan soal selidik yang berkaitan dengan latar belakang responden dan Bahagian B bagi mengetahui minat dan perasaan responden terhadap kaedah pengajaran iaitu kaedah permainan BTC yang telah diaplikasi oleh saya. (selepas menjalankan kajian).

5.2.2 Temu Bual Saya bercadang menjalankan temu bual terhadap peserta kajian yang terdiri daripada golongan sederhana dan lemah untuk mengumpul maklumat mengenai minat mereka terhadap kaedah/ cara pengajaran yang dapat menarik minat mereka dalam mempelajari sesuatu ilmu baharu. Menurut McMohan & Forehand (1988) dalam Zirpoli dan Melloy (1993) telah menyatakan bahawa Although interviews with children below age 10 tend to be unreliable, some useful information about their perceptions may be obtained. Menurut Ghaziah (2010) juga, temu bual juga membolehkan maklumat tambahan diperoleh serta mengetahui pendapat atau perasaan sampel terhadap kajian atau tindakan yang dijalankan. Oleh yang demikian, saya bercadang menggunakan temu bual jenis tidak berstruktur yang merangkumi soalan terbuka dan soalan tertutup untuk sesi sebelum dan temu bual jenis berstuktur untuk sesi selepas pengaplikasian kaedah BTC. Sesi yang dimaksudkan ialah sesi temu bual yang akan dikendalikan dalam dua fasa, iaitu sebelum dan selepas penggunaan kaedah bermain sambil belajar -BTC dalam pembelajaran Kemahiran Hidup semasa pembelajaran teori. Hal ini adalah untuk membolehkan saya melakukan penerokaan idea dan perasaan lebih daripada fakta-fakta tertentu (sesi sebelum). Malahan, hal ini juga membolehkan saya melakukan perbandingan kepada murid dari aspek kepekaan, minat, perasaan dan perubahan tingkah laku mereka. Seramai 5 orang murid akan dipilih untuk menjalani temu bual ini.

5.2.3 Rekod Pemerhatian dan senarai semak Menurut Sharifah Zaleha (2001), kaedah pemerhatian merupakan satu kaedah penyelidikan yang digunakan untuk mengukur pemboleh ubah penyelidikan. Seorang pemerhati akan berada di tempat peristiwa berlaku untuk melihat tingkah laku sebagaimana ia benar-benar berlaku dan mencatatkan ciri-ciri menonjol bagi tingkah laku subjek (Mohd. Majid, 1998). Dalam menjalankan pemerhatian, saya bercadang menggunakan borang senarai semak perubahan tingkah murid yang disokong oleh gambar dan rakaman video sebagai data sokongan bagi borang senarai semak. Hal ini supaya perubahan dalam diri kumpulan sasaran dapat dilihat dengan lebih jelas apabila adanya data dan sumber yang menyokongnya.

5.2.4 Rekod Penerimaan Token (Carta Hati) Rekod penerimaan token dapat memberi gambaran mengenai penglibatan murid sama ada mereka benar-benar minat dan terlibat sepenuhnya atau hanya sambil lewa sahaja. Sekiranya seseorang murid itu dapat mengumpul seberapa banyak token iaitu carta hati yang boleh, ia menunjukkan kesungguhannya untuk akur dengan peraturan yang disediakan.

5.3 Perancangan Cara Menganalisis Data Setelah selesai mengumpul maklumat dengan menggunakan borang senarai semak (dalam pemerhatian) dan soal selidik serta rekod penerimaan token, langkah seterusnya ialah menganalisis data-data yang telah diperolehi. Data yang diperolehi daripada responden telah dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package For The Social Sciences (SPSS). Selain itu, analisis bagi setiap bahagian akan diterjemahkan ke dalam bentuk jadual dan grafik. 5.5 Kos Kajian/ PerbelanjaanKos yang diperlukan sepanjang masa proses kajian tindakan dijalankan adalah seperti berikut:BILBAHAN/SUMBER/PERKARAKUANTITI X HARGA SEUNITJUMLAH

1. Kertas A4100 x RM 0.10RM 10.00

2. Dakwat Printer4 x RM 10.00RM 40.00

3. Polisterine 2 x RM 3.00RM 6.00

4. Kertas laminate10 x RM 0.50 RM 5.00

JUMLAHRM 61.00

Jadual 2: Jadual Kos Kajian

LAMPIRAN 3 GAMBAR TOKEN CARTA HATI

LAMPIRAN 4BORANG SOAL SELIDIK

BAHAGIAN A(LATAR BELAKANG MURID)Arahan : Silan tandakan (/) pada ruangan yang telah disediakan dengan menggunakkan pen. Tulis dan tandakan pada jawapan yang paling sesuai bagi soalan berikut : 1) Nama Murid : _________________________________________________2) Kelas : 4 ( )3) Jantina : a)Lelaki

b)Perempuan

4) Bangsa : a)Melayu

b)Cina

c)India

d)Lain-lain

5) Perasaan terhadap subjek Kemahiran Hidup : a)Sangat Minat

b)Minat

c)Kurang Pasti

d)Tidak Minat

LAMPIRAN 5BORANG SOAL SELIDIK BAHAGIAN BNAMA MURID : _________________________________________________________KELAS : 4 ( ) Arahan : Jawab semua soalan berikut. Lukis dan di ruangan yang disediakan. Pastikan anda melukis di satu ruangan sahaja untuk satu perkara MINAT, PERASAAN DAN SIKAP MURID TERHADAP KAEDAH PERMAINAN BTCBIL PERAKARA YA

TIDAK

1Saya minat mempelajari peraturan dan amalan keselamatan bengkel.

2Saya suka kaedah permainan BTC yang digunakan dalam meningkatkan kepekaan anda terhadap peraturan dan amalan keselamatan bengkel.

3.Saya suka membuat soalan-soalan peraturan dan keselamatan bengkel yang disediakan dalam permainan BTC.

4. Saya berasa seronok menjawab soalan dan Break The Code yang disediakan oleh guru.

5. Saya berasa lebih teruja dan bersemangat dalam menjawab soalan dan mengamalkan peraturan serta amalan keselamatan bengkel setiap kali mendapat carta hati dari guru.

6. Saya suka carta hati yang disediakan oleh guru.

7Saya lebih faham peraturan dan amalan keselamatan bengkel yang perlu diketahui dan dipatuhi oleh saya semasa aktiviti amali.

8.Saya masuk ke bengkel dengan kebenaran guru.

9.Saya menjaga keselamatan diri semasa berada di bengkel terutamanya semasa melakukan aktiviti amali

10Saya menggunakan alatan tangan dengan cara yang betul.

11 Saya menjaga keselamatan rakan-rakan semasa aktiviti amali

12. Saya bekerjasama dengan ahli kumpulan saya semasa aktiviti amali dijalankan.

13. Saya meletak kembali alatan tangan yang telah digunakan di tempat asal selepas amali.

14Saya memastikan kerusi bengkel diangkat sebelum meninggalkan bengkel.

15.Saya sedar adalah penting untuk saya mengambil berat tentang peraturan dan keselamatan bengkel serta mengamalkannya.

LAMPIRAN 6 TEMU BUAL TIDAK BERSTRUKTUR (SEBELUM APLIKASI KAEDAH BTC) Masa Temu Bual : Tarikh : Tempat : Penemu Bual : Sampel Ditemu Bual : Soalan-soalan : 1. Adakah anda suka mempelajari subjek Kemahiran Hidup? Kenapa anda berasa begitu?2. Adakah peraturan keselamatan bengkel dan rutin yang ditetapkan oleh guru membebankan anda? 3. Adakah anda peka dengan peraturan dan amalan keselamatan bengkel Kemahiran Hidup? Sejauh mana anda faham peraturan dan amalan keselamatan bengkel, boleh berikan contoh?4. Apakah cara pengajaran guru yang paling digemari anda? Kenapa? 5. Sekiranya guru mengajar berdasarkan kaedah yang anda minati, adakah anda akan teruja dan lebih bersemangat mengikuti pengajaran guru? Bagaimana? 6. Anda telah maklumkan cara pengajaran guru yang diminati. Maka, bagaimankah cara pelaksanaan bagi kaedah yang anda sarankan tadi? Boleh luahkan apa sahaja yang anda rasa? 7. Apakah harapan anda semasa menjejaki kaki masuk ke bengkel? Anda harapkan kelas KH yang bagaimana?

LAMPIRAN 7TEMU BUAL BERSTRUKTUR (SELEPAS APLIKASI KAEDAH BTC) Masa Temu Bual : Tarikh : Tempat : Penemu Bual : Sampel Ditemu Bual :

Soalan-soalan :1. Adakah anda berasa seronok dengan kaedah pembelajaran yang menggunakan kaedah permainan BTC (BREAK THE CODE) ?

2. Adakah kaedah permainan BTC (BREAK THE CODE) menarik minat anda untuk mempelajari peraturan dan amalan keselamatan bengkel?

3. Adakah kaedah permainan BTC berjaya meningkatkan kepekaan anda dalam mematuhi peraturan dan amalan keselamatan bengkel sebelum, semasa dan selepas kerja amali ?

4. Adakah anda lebih faham peraturan dan keselamatan bengkel yang perlu diikuti oleh anda selepas menggunakan kaedah BTC dalam mempelajari peraturan dan amalan keselamatan bengkel?

5. Adakah penggunaan kaedah BTC membantu anda mengamalkan peraturan dan amalan keselamatan bengkel dengan lebih berkesan

LAMPIRAN 10 REKOD PENERIMAAN TOKEN CARTA HATI OLEH MURID 4 RAJIN

BILNAMA PELAJAR LELAKI 12345678910

1ADAM BIN AZMI

2BHAGATVEER SINGH

3KABILESH

4DINIE AIMAN

5EMIZ DANIEL

BIL NAMA PELAJAR PEREMPUAN

1JASMINE KHOR

2NUR HUSNINA

3NUR IMAN SURAYA

4NURUL AMALIA

5SHARANIA