penanda wacana

7
NAMA:______________________ SENARAI PENANDA WACANA Penanda wacana yang sesuai digunakan untuk menulis Ringkasan dan Pemahaman, Karangan Respons Terbuka dan Karangan Berpandukan Bahan Rangsangan pada peringkat PT3. penanda -apa yang digunakan sebagai tanda, sesuatu yang menandakan: wacana 1. keseluruhan tutur yang merupakan suatu kesatuan, ucapan, pertuturan, percakapan; 2. kesatuan fikiran yang utuh, sama ada dalam bentuk lisan (seperti pidato, khutbah) atau tulisan (seperti surat, artikel, novel, cerpen): Ayat contoh: Kita merindui dunia subur kritikan sastera yang dibajai oleh pengetahuan tentang teori dan wacana sastera yang mendalam dan pembacaan karya sastera yang banyak. i) Penanda wacana untuk memulakan karangan 1. Pada era globalisasi ini, 2. Dalam meniti arus kemodenan ini, 3. Dewasa ini………*Dewasa ini bermaksud pada masa ini, pada ketika ini, pada waktu ini: Ayat contoh: Adat seperti itu tidak sesuai lagi dengan keadaan dewasa ini. 4. Pada masa ini, 5. Kini, 6. Sejak sedekad yang lalu, 7. Sejak belakangan ini, ATAU Kebelakangan ini, 8. Sejak akhir-akhir ini, 9. Baru-baru ini, 10. Umum mengetahui bahawa, 11. Sejak zaman-berzaman 12. Sejak dahulu lagi, ii) Penanda wacana untuk memulakan isi baharu selepas perenggan pengenalan (untuk perenggan kedua dan ke seterusnya) 1. Antara, 2. Selain itu, 3. Di samping itu,

Upload: fafa

Post on 05-Feb-2016

46 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Senarai Penanda Wacana

TRANSCRIPT

Page 1: PENANDA WACANA

NAMA:______________________

SENARAI PENANDA WACANA

Penanda wacana yang sesuai digunakan untuk menulis Ringkasan dan Pemahaman, Karangan Respons Terbuka dan Karangan Berpandukan Bahan Rangsangan pada peringkat PT3.

penanda -apa yang digunakan sebagai tanda, sesuatu yang menandakan:

wacana 1. keseluruhan tutur yang merupakan suatu kesatuan, ucapan, pertuturan, percakapan; 2. kesatuan fikiran yang utuh, sama ada dalam bentuk lisan (seperti pidato, khutbah) atau tulisan (seperti surat, artikel, novel, cerpen): Ayat contoh: Kita merindui dunia subur kritikan sastera yang dibajai oleh pengetahuan tentang teori dan wacana sastera yang mendalam dan pembacaan karya sastera yang banyak.

i) Penanda wacana untuk memulakan karangan

1. Pada era globalisasi ini,2. Dalam meniti arus kemodenan ini,3. Dewasa ini………*Dewasa ini bermaksud pada masa ini, pada ketika ini, pada waktu ini: Ayat contoh:

Adat seperti itu tidak sesuai lagi dengan keadaan dewasa ini. 4. Pada masa ini,5. Kini,6. Sejak sedekad yang lalu,7. Sejak belakangan ini, ATAU Kebelakangan ini,8. Sejak akhir-akhir ini,9. Baru-baru ini,10. Umum mengetahui bahawa,11. Sejak zaman-berzaman12. Sejak dahulu lagi,

ii) Penanda wacana untuk memulakan isi baharu selepas perenggan pengenalan (untuk perenggan kedua dan ke seterusnya)

1.        Antara,2.        Selain itu,3.        Di samping itu,4.        Sementara itu, (untuk unsur pertentangan/keadaan yang berbeza)5.        Dalam pada itu,6.        Lain daripada itu, (boleh digunakan, sebab ada ungkapan lain daripada yang lain)7.        Dalam pada itu,

Page 2: PENANDA WACANA

NAMA:______________________

8.        …….. Seterusnya,9.        Begitu juga dengan…….10.     Ahkir sekali, (untuk isi yang terakhir, bukannya untuk kesimpulan)

iii) Penanda wacana untuk menghuraikan isi karangan 1.        Saya berpendapat demikian kerana2.        Hal ini dikatakan demikian kerana3.        Hal ini berlaku kerana4.        Hal ini terjadi kerana5.        Hal ini disebabkan oleh6.        Hal ini wujud akibat daripada7.        Hal ini bersangkut-paut dengan8.        Hal ini berpunca daripada9.        Hal ini tercetus apabila10.     Tindakan tersebut perlu dilakukan supaya……………..

iv) Penanda wacana untuk memberi contoh dalam karangan

1.        Misalnya,2.        Contohnya,3.        Sebagai contoh,4.        Tamsilnya,

*tamsil 1. persamaan sebagai umpama (misal), misalan, contoh: satu tamsil lagi, adalah keruh bumi ini umpama kelapa dlm air; 2. ajaran yg terkandung dlm sesuatu cerita, ibarat: terkadang-kadang ia menyanyi dan melagukan pula beberapa gurindam yg mengandungi ~ dan ibarat; bertamsil menggunakan tamsil (contoh);

5.        Seperti yang kita sedia maklum,6.        Antaranya adalah seperti7.        Satu contoh8.        Satu cara9.        Antara contoh

v) Penanda wacana untuk menghuraikan contoh

1.        Hal ini mengakibatkan2.        Hal ini menyebabkan3.        Oleh itu,

Page 3: PENANDA WACANA

NAMA:______________________

4.        Maka,5.        Oleh hal yang demikian,6.        Oleh sebab itu,7.        Jelaslah bahawa8.        Justifikasinya,

*justifikasi -sesuatu alasan (yg kuat) yg menjadikan sesuatu wajar dilakukan (diusahakan dsb) atau diberikan, hujah (pendapat dsb) yg dikemukakan sbg alasan bagi sesuatu: RTM mungkin mempunyai ~ sendiri utk menyiarkan majlis itu secara langsung; berbagai-bagai alasan atau sebab-musabab dikemukakan sebagai ~ kpd kelemahan tersebut;menjustifikasikan memberikan justifikasi kpd: mereka perlu memberikan bukti yg nyata utk ~ permohonan pinjaman itu.

vi ) Penanda menutup isi

1.        Kesannya,2.        Natijahnya,

*natijah -Ar keputusan (daripada sesuatu), kesudahan, kesimpulan, akibat: kadang-kadang apa yg kita benci dan tidak suka itu baik natijahnya; natijah daripada perkembangan ekonomi kolonial sepertr itu amat buruk padahnya kepada masyarakat Melayu.

3.        Akibatnya,4.        Akhirnya, (menegaskan kesudahan kesan dan akibat sesuatu perkara. Bukannya untuk isi yang terakhir)5.        Dengan itu,6.        Kesudahannya,7.        Dengan berbuat demikian,8.        Dengan keadaan sedemikian,

vii) Penanda menulis dua huraian dalam satu ayat

Contoh:Masalah sosial yang dibincangkan oleh masyarakat ini memang memeningkan kepala (Huraian 1) _(x)_ membimbangkan semua pihak. (Huraian 2)

1.       justeru (membawa maksud malahan, bahkan, sebaliknya. BUKANNYA bermaksud oleh itu -justeru itu)2.       juga(mesti di belakang frasa nama; Contohnya; Ibu saya guru juga √. Bukannya: Ibu saya juga doktor. ×.)3.       malah

Page 4: PENANDA WACANA

NAMA:______________________

4.       malahan5.       tambahan pula6.       sementelahan7.       bahkan juga8.       sekali gus9.       di samping10.     bahkan 

viii) Penanda wacana untuk memulakan perenggan penutup

1.        Kesimpulannya,2.        Intihanya,

*intiha -Ar akhir, penghabisan, penutup.

3.        Secara tuntas,

*tuntas 1. tidak mengalir lagi (kerana sudah habis dicurahkan), habis (air mata); 2. meliputi (hampir segala-galanya), menyeluruh, selesai, sempurna: saya sarankan supaya dilakukan analisis kontrastif bahasa Melayu-bahasa Inggeris yang bersifat ~; penyelesaian yg ~; secara ~ secara menyeluruh (tidak menyentuh aspek-aspek tertentu sahaja); 3. singkat dan tegas;menuntaskan 1. mencurahkan semua (habis-habisan), menghabiskan; 2. menyelesaikan semuanya atau segala-galanya;ketuntasan- perihal (keadaan, sifat) tuntas;ketidaktuntasan -keadaan yg tidak tuntas.

4.        Tuntasnya,………….5.        Konklusinya,

*konklusi -keputusan pendapat (berdasarkan keterangan, kenyataan, dll), kesimpulan.

6.       Sebagai penutup wacana,7.       Sebagai penghias bicara akhir,8.       Sebelum mengakhiri wacana ini,9.       Secara keseluruhan,10.     Secara total,

*total 1. bp jumlah; 2. seluruhnya, semuanya; ~ jumlah semuanya;

11.     Akhir kata,

Page 5: PENANDA WACANA

NAMA:______________________

ix) Penanda wacana untuk menerangkan huraian atau pendapat yang berbeza

1.       Walau bagaimanapun,2.       Namun demikian,3.       Namun begitu,4.       Meskipun,5.       Daripada perspektif yang berbeza,6.       Jika dilihat dari sudut lain,7.       Dengan kata lain,8.       Kontradiksinya,9.       Di sebalik itu,10.     Dalam pada itu,11.     Dari sudut lain,

x) Penanda memulakan atau memasukkan ungkapan menarik termasuk peribahasa, slogan dan kata- kata hikmat1.        ___bak /seperti kata peribahasa, (bak bermaksud sebagai, seperti: …bak kata orang tua-tua, tak ada gading yang tak reta. Bak tidak boleh digunakan untuk memulakan ayat selepas tanda noktah, sebaliknya selepas tanda baca ( , ). Sesungguhnya tiada sesuatu yang betul-betul sempurna, bak kata orang tua- tua, tak ada gading yg tak retak.2.        ___bak kata peribahasa Melayu,3.        ___bak kata pepatah Melayu,4.        ___bak kata pepatah Cina/Inggeris/dll5.        ___bak kata mutiara,6.        ___bak peribahasa,7.        ___bak pepatah,8.        ___bak kata cendekiawan,/ pujangga9.        ___persis kata peribahasa,

*persis 1.- kena benar, sama benar, serupa benar: lagaknya ~ lagak seorang diplomat; wajah Amelia ~ wajah emaknya; 2. tepat (bkn waktu), genap: Mimi meninggalkannya ~ pukul 12 tengah hari;kepersisan perihal (keadaan) persis, ketepatan, kejituan: arahan yg ideal ialah yg tidak berulang dan terperinci, tetapi sempurna dr segi ~nya; ~ daya fikiran masyarakat di Malaysia dapat diukur pd mutu bahasa Melayu yg dikuasai.10.     ___persis kata peribahasa Melayu,11.     ___persis kata orang tua-tua,12.     ___persis kata mutiara,13.     ___persis peribahasa,14.     ___persis kata cendekiawan,15.     Hal ini boleh disamakan  dengan peribahasa ………… yang bermaksud………16.     Senario ini persis peribahasa Melayu, yakni……..

Page 6: PENANDA WACANA

NAMA:______________________

17.     Fenomena ini dikatakan18.     Masalah ini ada persamaan dengan peribahasa……19.     Saya yakin kalau slogan _________ diamalkan ………. janganlah nanti…slogan tinggal slogan.20.    Saya berharap agar slogan _________ dijadikan pegangan oleh semua, jangan hanya menyebutnya saja.

Rujukan: https://guruselamanya.wordpress.com/2011/03/02/penanda-wacana/