penambahbaikan portal knk2 hilanghabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2395... · tugas dan...

30
KUMPULAN CIRCINUS PENAMBAHBAIKAN PORTAL KNK2 HILANG MUKA SURAT 1 | 30 BAB 1 : PENGENALAN PROJEK Polis Diraja Malaysia (PDRM) merupakan sebuah institusi keselamatan yang utama dalam memelihara kedaulatan dan keselamatan Negara. Tugas dan tanggungjawab dijalankan berdasarkan Seksyen 3 (3) Akta Polis 1967. Sejajar dengan peranan kepolisan sebagai pelaksana undang-undang, PDRM mempunyai 10 Jabatan bermatlamatkan misi dan visi masing-masing. Antaranya adalah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) yang diterajui oleh seorang Pengarah berpangkat Commisioner Polis. Jabatan ini yang terdiri daripada 13 bahagian yang memfokuskan perkhidmatan profesional dan berkualiti bagi menjamin kesejahteraan masyarakat. Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-kanak (D11) merupakan salah satu bahagian dalam JSJ , diketuai oleh seorang Ketua Penolong Pengarah berpangkat Assistant Commisioner Police. Bahagian ini bertanggungjawab menjalankan siasatan ke atas kes-kes jenayah seksual, keganasan rumahtangga, penderaan, pembuangan bayi dan kanak-kanak hilang. Kanak-kanak merupakan sebahagian daripada entiti masyarakat di Malaysia, di mana golongan ini merupakan aset dan penyambung nadi pembangunan masa hadapan negara. Sejumlah (24.1%) orang kanak-kanak daripada 28.7 juta penduduk Malaysia (The Star, Nation 15 July 2017). Oleh yang demikian, pihak Kerajaan amat prihatin terhadap kesejahteraan dan kepentingan kanak-kanak. Sehubungan dengan itu, Malaysia telah meratifikasi Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak atau Convention on the Rights of the Child (CRC) pada 17 Februari 1995. Malaysia amat prihatin dan komited terhadap tanggungjawab dalam memastikan keselamatan dan kesejahteraan kanak-kanak yang merupakan generasi pewaris negara pada masa hadapan. Kanak-kanak didefinisikan sebagai seseorang yang di bawah umur 18 tahun seperti yang termaktub dalam Konvensyen Mengenai Hak KanakKanak dan Akta Kanak-Kanak, 2001 Sejajar dengan keperihatinan masyarakat terhadap kesejahteraan, isu kehilangan kanak- kanak telah mendapat perhatian global sebagai salah satu jenayah rentas sempadan yang serius. Sebilangan besar mangsa kanak-kanak hilang dikhuatiri akan dirampas maruah, kebebasan dan hak asasi manusia mereka. Terdapat banyak faktor yang menyumbang kepada kes kanak-kanak hilang. Di antaranya ialah kecuaian ibubapa, mencari kebebasan, mengikut kekasih , kemiskinan, buta huruf, krisis ekonomi, konflik domestik dan serantau dan terpinggir (displacement). Dalam usaha untuk menangani gejala ini , PDRM (D11) Bukit Aman mendapati aspek ini perlu diberikan perhatian kerana jumlah kanak-kanak hilang telah menunjukkan trend peningkatan dan memerlukan satu sistem /saluran pemantauan yang efektif serta berupaya memperolehi bantuan masyarakat untuk menyalurkan maklumat . Sebagai langkah utama serta keperihatinan kerajaan terhadap kes kanak-kanak hilang, Sistem Amaran Awal Kehilangan Kanak-kanak yang dikenali sebagai NUR Alert (National Urgent Response) telah diwujudkan pada tahun 2010 . Ini merupakan inisiatif kerajaan yang dipengerusikan oleh Polis DiRaja Malaysia bertujuan memastikan setiap kanak-kanak yang berumur 12 tahun dan ke bawah mendapat perlindungan daripada di eksplotasi, keganasan , pengabaian. Inisiatif ini telah mencetuskan peningkatan jaringan kerjasama (networking) dengan lain-lain agensi kerajaan & bukan kerajaan, masyarakat tempatan (Community Policing) dan Pasukan Polis serantau serta antarabangsa dalam membendung dan mengatasi isu kes kanak- kanak hilang dilaksanakan

Upload: dinhkien

Post on 15-Jul-2019

250 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PENAMBAHBAIKAN PORTAL KNK2 HILANGhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2395... · Tugas dan tanggungjawab dijalankan berdasarkan Seksyen 3 (3) Akta Polis 1967. ... menggunakan kaedah

KUMPULAN CIRCINUS PENAMBAHBAIKAN PORTAL KNK2 HILANG

M U K A S U R A T 1 | 30

BAB 1 : PENGENALAN PROJEK

Polis Diraja Malaysia (PDRM) merupakan sebuah institusi keselamatan yang utama dalam

memelihara kedaulatan dan keselamatan Negara. Tugas dan tanggungjawab dijalankan

berdasarkan Seksyen 3 (3) Akta Polis 1967. Sejajar dengan peranan kepolisan sebagai pelaksana

undang-undang, PDRM mempunyai 10 Jabatan bermatlamatkan misi dan visi masing-masing.

Antaranya adalah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) yang diterajui oleh seorang Pengarah

berpangkat Commisioner Polis. Jabatan ini yang terdiri daripada 13 bahagian yang memfokuskan

perkhidmatan profesional dan berkualiti bagi menjamin kesejahteraan masyarakat.

Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-kanak (D11) merupakan salah

satu bahagian dalam JSJ , diketuai oleh seorang Ketua Penolong Pengarah berpangkat Assistant

Commisioner Police. Bahagian ini bertanggungjawab menjalankan siasatan ke atas kes-kes

jenayah seksual, keganasan rumahtangga, penderaan, pembuangan bayi dan kanak-kanak hilang.

Kanak-kanak merupakan sebahagian daripada entiti masyarakat di Malaysia, di mana

golongan ini merupakan aset dan penyambung nadi pembangunan masa hadapan negara.

Sejumlah (24.1%) orang kanak-kanak daripada 28.7 juta penduduk Malaysia (The Star, Nation 15

July 2017). Oleh yang demikian, pihak Kerajaan amat prihatin terhadap kesejahteraan dan

kepentingan kanak-kanak. Sehubungan dengan itu, Malaysia telah meratifikasi Konvensyen

Mengenai Hak Kanak-Kanak atau Convention on the Rights of the Child (CRC) pada 17 Februari

1995. Malaysia amat prihatin dan komited terhadap tanggungjawab dalam memastikan

keselamatan dan kesejahteraan kanak-kanak yang merupakan generasi pewaris negara pada

masa hadapan. Kanak-kanak didefinisikan sebagai seseorang yang di bawah umur 18 tahun

seperti yang termaktub dalam Konvensyen Mengenai Hak KanakKanak dan Akta Kanak-Kanak,

2001

Sejajar dengan keperihatinan masyarakat terhadap kesejahteraan, isu kehilangan kanak-

kanak telah mendapat perhatian global sebagai salah satu jenayah rentas sempadan yang serius.

Sebilangan besar mangsa kanak-kanak hilang dikhuatiri akan dirampas maruah, kebebasan dan

hak asasi manusia mereka. Terdapat banyak faktor yang menyumbang kepada kes kanak-kanak

hilang. Di antaranya ialah kecuaian ibubapa, mencari kebebasan, mengikut kekasih , kemiskinan,

buta huruf, krisis ekonomi, konflik domestik dan serantau dan terpinggir (displacement). Dalam

usaha untuk menangani gejala ini , PDRM (D11) Bukit Aman mendapati aspek ini perlu diberikan

perhatian kerana jumlah kanak-kanak hilang telah menunjukkan trend peningkatan dan

memerlukan satu sistem /saluran pemantauan yang efektif serta berupaya memperolehi bantuan

masyarakat untuk menyalurkan maklumat .

Sebagai langkah utama serta keperihatinan kerajaan terhadap kes kanak-kanak hilang,

Sistem Amaran Awal Kehilangan Kanak-kanak yang dikenali sebagai NUR Alert (National Urgent

Response) telah diwujudkan pada tahun 2010 . Ini merupakan inisiatif kerajaan yang

dipengerusikan oleh Polis DiRaja Malaysia bertujuan memastikan setiap kanak-kanak yang

berumur 12 tahun dan ke bawah mendapat perlindungan daripada di eksplotasi, keganasan ,

pengabaian. Inisiatif ini telah mencetuskan peningkatan jaringan kerjasama (networking) dengan

lain-lain agensi kerajaan & bukan kerajaan, masyarakat tempatan (Community Policing) dan

Pasukan Polis serantau serta antarabangsa dalam membendung dan mengatasi isu kes kanak-

kanak hilang dilaksanakan

Page 2: PENAMBAHBAIKAN PORTAL KNK2 HILANGhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2395... · Tugas dan tanggungjawab dijalankan berdasarkan Seksyen 3 (3) Akta Polis 1967. ... menggunakan kaedah

KUMPULAN CIRCINUS PENAMBAHBAIKAN PORTAL KNK2 HILANG

M U K A S U R A T 2 | 30

Selaras dengan Convention on the Rights of the Child (CRC) serta peningkatan kes kanak-

kanak hilang di bawah 18 tahun, PDRM (JSJ D11) mendapati keperluan mengwujudkan sebuah

portal untuk penghebahan kes kanak-kanak hilang . Justeru, pada 8 Julai 2015, PDRM telah

melancarkan Portal Kanak-kanak Hilang . Orang ramai boleh melayari portal ini

menerusi http://knk2hilang.rmp.gov.my. sekiranya mempunyai sebarang maklumat untuk

dilaporkan kepada pihak polis mengenai kanak-kanak hilang. Portal ini akan mempamerkan butiran

kanak-kanak hilang di Malaysia dan memberikan peluang kepada orang ramai untuk menyalurkan

maklumat secara cepat dan pantas.

Menyalurkan maklumat secara tepat dan betul adalah penting untuk membantu PDRM

menangani kes kanak-kanak hilang. Bagi tujuan itu, pihak berwajib termasuklah kerajaan, pihak

berkuasa tempatan, agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan perlu mengambil inisiatif yang lebih

efisien dengan mempermudahkan proses menyelamatkan kanak-kanak daripada menjadi mangsa.

Kajian PDRM mendapati walaupun portal kanak-kanak hilang ini telah dilancarkan sejak tahun

2015 tetapi masyarakat masih kurang peka terhadap kewujudan portal ini dan jumlah yang melayari

portal ini tidak memberangsangkan.

Sehubungan itu, PDRM (D11) mendapati adalah amat perlu untuk membuat penambaikan

terhadap portal kanak-kanak hilang bagi meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kewujudan

portal ini di laman web PDRM . Penyertaan langsung masyarakat dalam menyalurkan maklumat

tentang kanak-kanak hilang adalah amat penting agar kanak-kanak ini dapat dikesan dengan

pantas dan dikembalikan ke pangkuan keluarga mereka. Pihak atasan PDRM turut memberikan

kerjasama serta komitmen yang baik ke arah penambaikan portal kanak-kanak hilang ini. Segala

aktiviti yang dijalankan mendapat sambutan yang menggalakkan dari pihak atasan sekaligus

meningkatkan motivasi Bahagaian D11(JSJ Bukit aman) ke arah merealisasikannya.

1.2 KENYATAAN MASALAH

Kanak-kanak, merupakan golongan yang memiliki kekurangan dari segi fitrah semula

jadinya berbanding dengan orang dewasa. Bertitik tolak daripada rasional ini, Portal kanak-kanak

hilang memperkenalkan proses yang mudah kepada masyarakat untuk menyalurkan maklumat.

Portal ini bermatlamat membantu mencari kanak-kanak yang hilang dengan bantuan masyarakat

yang prihatin. Di Malaysia, kita dapat lihat bahawa pihak kerajaan begitu konsisten dalam

melaksanakan kesemua tuntutan yang digariskan dalam Konvensyen mengenai Hak Kanak-Kanak

atau Convention on the Rights of the Child (CRC). Hasilnya, banyak perubahan yang telah

dilakukan oleh pihak kerajaan dan badan-badan berkaitan lain.

Selaras dengan perkembangan teknologi, PDRM (D11) juga tidak ketinggalan untuk

memajukan mutu perkhidmatannya kepada masyarakat. Portal kanak-kanak hilang telah

dimuatnaikan dalam laman web PDRM . Portal ini bersifat interaktif di mana ianya memudahkan

orang ramai untuk menyalurkan maklumat mengenai kanak-kanak hilang kepada pegawai polis

secara terus dan cepat. Maklumat kanak-kanak hilang akan dimuat naik ke dalam portal pada

setiap hari. Masyarakat boleh mengakses kepada portal ini di mana-mana sahaja secara percuma

untuk menyampaikan maklumat. Pegawai polis yang dipertanggugjawabkan untuk memantau

portal ini akan menilai segala maklumat yang disalurkan dan tindakan pantas akan diambil agar

kanak-kanak hilang dapat diselamatkan dan dikembalikan ke pangkuan keluarga mereka.

Page 3: PENAMBAHBAIKAN PORTAL KNK2 HILANGhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2395... · Tugas dan tanggungjawab dijalankan berdasarkan Seksyen 3 (3) Akta Polis 1967. ... menggunakan kaedah

KUMPULAN CIRCINUS PENAMBAHBAIKAN PORTAL KNK2 HILANG

M U K A S U R A T 3 | 30

PDRM (D11) sentiasa prihatin dalam menangani kes kanak-kanak hilang. Kajian mendapati

portal kanak-kanak hilang masih kurang mendapat sambutan daripada masyarakat . Sebagai

usaha untuk mengaktifkan kewujudan portal kanak-kanak hilang, maka satu penambahbaikan

portal kanak-kanak hilang telah dirangka berdasarkan objektif dan penyata masalah projek ini.

Pucuk pimpinan PDRM memberikan kepercayaan sepenuhnya kepada Bahagian D11 JSJ Bukit

aman untuk melaksanakan projek ini. Usaha untuk membuka skop secara meluas tentang portal

kanak-kanak hilang di kalangan masyarakat, PDRM (D11) telah menjalankan uji kaji iaitu

menggunakan kaedah soal selidik untuk meneliti kekurangan yang wujud. Soal Selidik telah

dijalankan dalam tempoh jangka masa pendek iaitu selama 4 minggu. Hasil dapatan menunjukkan,

terdapat beberapa elemen yang memberi sambutan yang kurang daripada masyarakat. Salah satu

punca utama yang dapat ditafsirkan adalah pengakuan dari masyarakat sendiri, dimana mereka

tidak peka dengan kewujudan portal kanak-kanak hilang.

Sebagai pelan tindakan perancangan projek , PDRM (D11) telah menggunakan elemen-

elemen yang boleh diguna pakai untuk memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai

penggunaan portal kanak-kanak hilang. Sejumlah 4 pelan tindakan elemen yang dipilih iaitu

publisiti, sistem PRS, TaskForce dan waktu penugasan. Selepas analisis dibuat, 3 elemen didapati

mempunyai beberapa risiko untuk pelaksanaannya. Elemen Publisiti didapati mempunyai

hubungan yang paling dekat dengan penyata masalah iaitu Masyarakat Kurang Peka Tentang

Kewujudan Portal Kanak-Kanak Hilang.

Ekoran daripada penyata masalah tersebut, maka projek ini telah mencadangkan jalan

penyelesaian melalui inisiatif publisiti. Publisiti merupakan satu elemen yang akan membentuk

platform yang sangat proaktif dan produktif untuk meningkatkan kualiti portal kanak-kanak hilang

dikalangan masyarakat. Sebagai tindakan penyelesaian, kepelbagaian inisiatif publisiti telah

digunakan seperti Facebook, Fun Run, Youtube, Latihan Dalam Perkhidmatan, Lawatan VCO dan

Pengedaran Risalah.

Setelah 6 elemen dibangunkan, uji kaji yang ke 2 telah dilaksanakan untuk mengetahui

justifikasi masyarakat terhadap penambaikan portal yang dilaksanakan. Hasil dapatan

menunjukkan penurunan, iaitu masyarakat mula peka terhadap kewujudan portal kanak-kanak

hilang . Projek ini telah memberi impak yang amat berkesan kepada masyarakat, PDRM dan

pembangunan negara. Projek ini tidak melibatkan kos yang tinggi malah ia mampu menjimatkan

masa. Kepakaran sumber manusia telah diaplikasikan dalam penggunaan sistem ini dilihat mudah

dicapai oleh semua lapisan masyarakat.

Seterusnya cadangan untuk penambahbaikan di masa hadapan juga telah dikenalpasti.

Koloborasi bersama MyRodeo telah diusahakan dan telah mendapatkan persetujuan pucuk

pimpinan atasan untuk perlaksanaannya. Perbincangan untuk mengwujudkan satu aplikasi mobile

sedang giat diperbincangkan justifikasi pelaksanaannya. Secara keseluruhan, projek ini mempunyai

kepelbagaian cara untuk mengesan dan menyelamatkan kanak-kanak hilang melalui keprihatinan

masyarakat dalam menyalurkan maklumat kanak-kanak hilang dengan kadar segera.

Page 4: PENAMBAHBAIKAN PORTAL KNK2 HILANGhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2395... · Tugas dan tanggungjawab dijalankan berdasarkan Seksyen 3 (3) Akta Polis 1967. ... menggunakan kaedah

KUMPULAN CIRCINUS PENAMBAHBAIKAN PORTAL KNK2 HILANG

M U K A S U R A T 4 | 30

1.1 Latar Belakang Kumpulan KIK Circinus

Nama kumpulan : CIRCINUS

Nama Organisasi : Jabatan Siasatan Jenayah

Alamat : Jabatan Siasatan Jenayah

Tingkat 1,Menara 2

IbuPejabat Polis Diraja Malaysia

Bukit Aman 50560 Kuala Lumpur

No Telefon & Faks : 03- 22666297 & 03-2266 6299

E-mel : [email protected]

Tarikh Kumpulan ditubuhkan : 19 Januari 2016

Bilangan Ahli : 10 orang

Nama Projek : Penambahbaikan Portal Kanak-Kanak Hilang

Bidang Projek : Inovasi Penyampaian Perkhidmatan

Kategori Projek : Inovasi Penambahbaikan

Tarikh siap projek : 17 Jun 2016

Rajah 1: Latar Belakang Circinus

FASILITATOR

SUPT Naemah Binti Mohd Sherif

SENARAI AHLI

1. DSP Saroja A/P Egamparam - Ketua Kumpulan

2. ASP Yusnany Binti Yusop

3. ASP Nor Elyanis Binti Mohd Yusoff

4. Zaza Dilla Binti Tompang @ Abdul Razak

5. ASP Wan Nurliayana Binti Wan Sukri

6. KPL /D Siti Zaleha Binti Abdullah

7. KPL/D Norlailawati Binti Idris

8. Konst. Mohd Affandi Bin Abdul Ghafar

9. S41 Kogilavaani Elawarise

10. S29 Mohd Shukor Bin Abdul Rahim

Rajah 2 : Senarai Ahli Circinus

Page 5: PENAMBAHBAIKAN PORTAL KNK2 HILANGhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2395... · Tugas dan tanggungjawab dijalankan berdasarkan Seksyen 3 (3) Akta Polis 1967. ... menggunakan kaedah

KUMPULAN CIRCINUS PENAMBAHBAIKAN PORTAL KNK2 HILANG

M U K A S U R A T 5 | 30

Rajah 3 : Gambar Kumpulan Circinus

Duduk di hadapan (dari kiri) :

ASP Wan Nurliyana Binti Wan Sukri (Setiausaha), ASP Zaza Dilla Bt Tompang@Abdul Razak,

DSP Saroja A/P Egamparam (Ketua Kumpulan), ASP Yusnany Bt Yusop, ASP Nor Elyanis Bt

Mohd Yusoff

Berdiri di belakang (dari kiri) :

S29 Encik Mohd Shukor Bin Abdu Rahim, S41 Pn Kogilavaani Elawarise, Konst. Mohd Affandi Bin

Abdul Ghafar, Kpl/D Siti Zaleha, Binti Abdullah, Kpl/D Norlailawati Binti Idris

Page 6: PENAMBAHBAIKAN PORTAL KNK2 HILANGhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2395... · Tugas dan tanggungjawab dijalankan berdasarkan Seksyen 3 (3) Akta Polis 1967. ... menggunakan kaedah

KUMPULAN CIRCINUS PENAMBAHBAIKAN PORTAL KNK2 HILANG

M U K A S U R A T 6 | 30

Surat Perlantikan Kumpulan

Rajah 4 : Surat Perlantikan Kumpulan Circinus

Surat Perlantikan Ahli Kumpulan

Rajah 5 : Surat Perlantikan Ahli Circinus

YDH CP Datuk Seri Mohmad Bin Salleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman

Page 7: PENAMBAHBAIKAN PORTAL KNK2 HILANGhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2395... · Tugas dan tanggungjawab dijalankan berdasarkan Seksyen 3 (3) Akta Polis 1967. ... menggunakan kaedah

KUMPULAN CIRCINUS PENAMBAHBAIKAN PORTAL KNK2 HILANG

M U K A S U R A T 7 | 30

BAB 2 SIGNIFIKAN PROJEK & PEMBUKTIAN

a. Kaitan Dengan Fungsi Utama Jabatan / Organisasi

Piagam Pelanggan Jabatan Siasatan Jenayah adalah seperti berikut :

i. Menentukan segala laporan dan siasatan kes-kes jenayah kanak-kanak hilang dapat

ditangani dengan cepat dan berkesan;

ii. Menjalankan siasatan secara adil dan saksama serta peka terhadap asasi

kebebasan seseorang individu;

iii. Meningkatkan kadar penyelesaian (solving rate) siasatan kes-kes jenayah dalam

usaha mencegah perlakuan jenayah;

iv. Menjalankan pendakwaan kes-kes jenayah secara adil bagi menentukan tercapainya

keadilan; dan

v. Meningkatkan tahap profesionalisme serta bertindak dengan jujur, mesra, cepat dan

betul dalam menguatkuasakan undang-undang.

Salah satu fungsi serta peranan Bahagian D11 yang signifikan dengan projek Portal Kanak-

Kanak Hilang ialah :

i. Membuat hebahan secara pantas dan meluas tentang kehilangan kanak-kanak;

ii. Mengesan dan menyelamatkan kanak-kanak hilang supaya ditemui dengan selamat;

iii. Pencegahan kes kanak-kanak hilang supaya tidak berulang;

iv. Menjadikan masyarakat supaya lebih prihatin dan bertanggungjawab dalam

menangani isu kanak-kanak hilang;

v. Mengenalpasti kemungkinan terdapatnya unsur-unsur jenayah dan membawa

suspek ke muka pengadilan.

b. Memenuhi Kehendak Pelanggan dan pemegang taruh (Stakeholder)

Portal Kanak-kanak hilang adalah selaras dengan misi Polis DiRaja Malaysia iaitu untuk

menjadikan perkhidmatan ke arah bertaraf dunia (world class policing).

Memudahkan orang awam berkerjasama dengan PDRM melalui platform Portal Kanak-

Kanak Hilang.

Gabungan agensi kerajaan dan bukan kerajaan dapat menyumbang dan saling membantu

dalam menangani kes kehilangan kanak-kanak. (NBOS)

c. Kaitan Dengan Agenda Nasional

Menyokong Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK11) melalui salah satu daripada Enam

Teras Strategik iaitu Portal Kanak-kanak Hilang ini membantu dalam usaha mewujudkan

persekitaran kejiranan dan tempat awam yang selamat.

Pemangkin kepada pencapaian (KPI) Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) di

bawah Program Transformasi Kerajaan (GTP) usaha untuk mengurangkan jenayah serta

mengurangkan rasa takut menjadi mangsa jenayah (reduce the fear of crime) Reducing

the fear of becoming a victim of crime.

Increasing public satisfaction with the Royal Malaysian Police (Polis DiRaja Malaysia atau

PDRM) performance.

Salah satu medium untuk merealisasikan aspirasi PDRM iaitu ‘Polis dan Masyarakat

Berpisah Tiada’

Page 8: PENAMBAHBAIKAN PORTAL KNK2 HILANGhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2395... · Tugas dan tanggungjawab dijalankan berdasarkan Seksyen 3 (3) Akta Polis 1967. ... menggunakan kaedah

KUMPULAN CIRCINUS PENAMBAHBAIKAN PORTAL KNK2 HILANG

M U K A S U R A T 8 | 30

Selaras dengan hasrat kerajaan memperkasakan perkhidmatan awam bertaraf dunia

dengan menyediakan perkhidmatan yang proaktif, responsif dan mengikut kehendak orang

awam.

d. Kaitan Dengan Keadaan Dan Ekosistem Semasa

Kewujudan Portal Kanak-kanak Hilang kurang mendapat perhatian dikalangan umum

memandangkan kurangnya usaha-usah mempromosikannya.

Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) adalah di mana kementerian dan agensi

berkolaborasi dalam merangka dan melaksanakan inisiatif-inisiatif Strategi Lautan Biru yang

kreatif dan bersifat transformatif kepada negara. NBOS kini merupakan titik fokus kepada

usaha-usaha transformasi kerajaan dan berfungsi sebagai tunjang integrasi dan sintesis

program-program lain seperti Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-11), Program Transformasi

Ekonomi (ETP) dan Program Transformasi Kerajaan (GTP). Sebagai contoh, PDRM

memerlukan kepakaran agensi lain dalam usaha perlaksanaan Portal Kanak-kanak Hilang.

Masyarakat memerlukan satu sistem yang padat dan mudah untuk merangkumi semua

elemen yang memudahkan bagi menyalurkan maklumat kepada pihak polis dan ini sejajar

dengan cogan kata PDRM iaitu ‘Polis dan Masyarakat Perpisah Tiada’.

PDRM – mengurangkan jenayah / meningkatkan imej Negara / menarik pelabur asing /

meningkatkan ekonomi Negara.

e. Pembuktian Melalui Analisis ( bagi tujuan penyelesaian ) dan Ujicuba

Trend peningkatan melalui jumlah viewer Portal Kanak-Kanak Hilang dari tahun diwujudkan

iaitu 2015 (24216) hingga tahun 2016 (30691) selepas KIK dilaksanakan dan sehingga kini

tahun 2017 (82664) sebanyak 63%.

Rajah 6 HASIL SUMBER: GOOGLE ANALYTICS1

Page 9: PENAMBAHBAIKAN PORTAL KNK2 HILANGhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2395... · Tugas dan tanggungjawab dijalankan berdasarkan Seksyen 3 (3) Akta Polis 1967. ... menggunakan kaedah

KUMPULAN CIRCINUS PENAMBAHBAIKAN PORTAL KNK2 HILANG

M U K A S U R A T 9 | 30

Pelbagai Negara dari pelusuk dunia telah melihat Portal Kanak-Kanak Hilang sejak

dilancarkan.

Rajah 7 HASIL SUMBER: GOOGLE ANALYTICS

Berikut adalah graf perbandingan pencapaian viewer telah meningkat dan penambahbaikan

Portal Kanak-Kanak Hilang yang telah dijalankan pada tahun 2016

Rajah 8 HASIL SUMBER: GOOGLE ANALYTICS1

.

Page 10: PENAMBAHBAIKAN PORTAL KNK2 HILANGhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2395... · Tugas dan tanggungjawab dijalankan berdasarkan Seksyen 3 (3) Akta Polis 1967. ... menggunakan kaedah

KUMPULAN CIRCINUS PENAMBAHBAIKAN PORTAL KNK2 HILANG

M U K A S U R A T 10 | 30

BAB 3 TINDAKAN PENYELESAIAN DAN PEMBUKTIAN

a. Cadangan Penyelesaian

Setelah kewujudan Portal Kanak-kanak hilang dilancarkan pada 8 Julai 2015, PDRM

mendapati masyarakat masih kurang peka tentang kewujudan Portal Kanak-Kanal hilang yang

mana input maklumat ke atas setiap kes yang melibatkan mangsa didapati hilang telah membuat

kan PDRM mengambil langkah yang lebih efisien dengan membuat penambahbaikan tehadap

Portal Kanak-kanak Hilang. Di antara cadangan penyelesaian seperti di Rajah 8 :

b.

Rajah 9 : Cadangan Penyelesaian

Pelan Tindakan Penyelesaian

Berdasarkan kajian soal selidik yang dijalankan, elemen yang akan membentuk platform yang

sangat proaktif dan produktif bagi meningkatkan kualiti portal kanak-kanak hilang dikalangan

masyarakat adalah melalui Publisiti. Publisiti telah dipilih kerana amat penting bagi mewar-warkan

dan meningkatkan pengetahuan masyarakat terhadap kewujudan Portal Kanak-Kanak Hilang bagi

menyalurkan maklumat serta membantu pihak polis mencapai matlamat mengurangkan kes kanak-

kanak hilang di Malaysia.Berikut adalah Pelan Tindakan Penyelesaian:

Page 11: PENAMBAHBAIKAN PORTAL KNK2 HILANGhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2395... · Tugas dan tanggungjawab dijalankan berdasarkan Seksyen 3 (3) Akta Polis 1967. ... menggunakan kaedah

KUMPULAN CIRCINUS PENAMBAHBAIKAN PORTAL KNK2 HILANG

M U K A S U R A T 11 | 30

PRO KONTRA

1. KURANG MELIBATKAN KOS

2. PUBLISITI KEKAL

3. SENANG UNTUK DILAYARI

4. SENANG UNTUK DIKONGSI

MELALUI LAIN-LAIN APLIKASI

5. MENJIMATKAN MASA

6. SEGALA MAKLUMAT BOLEH

DIKONGSI

7. HEBAHAN SERTA MERTA

8. MEMPUNYAI MAKLUMAT

TERPERINCI

9. MAKLUMAT DITERIMA PADA HARI

KEJADIAN

10. KEBARANGKALIAN DISALAHGUNA

ADALAH TINGGI

PRO KONTRA

1. APLIKASI YANG MUDAH UNTUK

PEGAWAI PENYIASAT MEMBUAT

SIASATAN

2. SISTEM MUDAH TERGENDALA

3. UPGRADE SERVER

PRO KONTRA

1. MEMBERI PENGKHUSUSAN DALAM

BIDANG TUGAS

2. MEMERLUKAN RAMAI TENAGA

PEKERJA

3. MEMERLUKAN PERJAWATAN BARU

4. MEMERLUKAN KELULUSAN DARI

PELBAGAI PIHAK

CADANGAN PERTAMA : PUBLISITI

CADANGAN KEDUA : SISTEM PRS

CADANGAN KETIGA : MEWUJUDKAN TASK FORCE

Page 12: PENAMBAHBAIKAN PORTAL KNK2 HILANGhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2395... · Tugas dan tanggungjawab dijalankan berdasarkan Seksyen 3 (3) Akta Polis 1967. ... menggunakan kaedah

KUMPULAN CIRCINUS PENAMBAHBAIKAN PORTAL KNK2 HILANG

M U K A S U R A T 12 | 30

PRO KONTRA

1. MUDAH DIKENDALI PADA WAKTU

BEKERJA

2. TIADA TENAGA KERJA YANG

MENCUKUPI

3. MELIBATKAN KOS

4. TIADA TEMPAT YANG KHUSUS

UNTUK MENGENDALIKAN PKKH

c. Pelaksanaan Tindakan Penyelesaian

Berdasarkan Pelan Tindakan Penyelesaian, publisiti telah dipilih kerana menyedari bahawa

publisiti amat penting bagi mewar-warkan dan meningkatkan pengetahuan masyarakat terhadap

kewujudan portal kanak kanak hilang bagi menyalurkan maklumat serta membantu pihak polis

mencapai matlamat mengurangkan kes kanak-kanak hilang di Malaysia. Beberapa cadangan

publisiti telah dikenalpasti;

Rajah 10 : Tindakan Penyelesaian

CADANGAN KEEMPAT : WAKTU PEJABAT

Page 13: PENAMBAHBAIKAN PORTAL KNK2 HILANGhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2395... · Tugas dan tanggungjawab dijalankan berdasarkan Seksyen 3 (3) Akta Polis 1967. ... menggunakan kaedah

KUMPULAN CIRCINUS PENAMBAHBAIKAN PORTAL KNK2 HILANG

M U K A S U R A T 13 | 30

Page 14: PENAMBAHBAIKAN PORTAL KNK2 HILANGhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2395... · Tugas dan tanggungjawab dijalankan berdasarkan Seksyen 3 (3) Akta Polis 1967. ... menggunakan kaedah

KUMPULAN CIRCINUS PENAMBAHBAIKAN PORTAL KNK2 HILANG

M U K A S U R A T 14 | 30

Page 15: PENAMBAHBAIKAN PORTAL KNK2 HILANGhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2395... · Tugas dan tanggungjawab dijalankan berdasarkan Seksyen 3 (3) Akta Polis 1967. ... menggunakan kaedah

KUMPULAN CIRCINUS PENAMBAHBAIKAN PORTAL KNK2 HILANG

M U K A S U R A T 15 | 30

Page 16: PENAMBAHBAIKAN PORTAL KNK2 HILANGhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2395... · Tugas dan tanggungjawab dijalankan berdasarkan Seksyen 3 (3) Akta Polis 1967. ... menggunakan kaedah

KUMPULAN CIRCINUS PENAMBAHBAIKAN PORTAL KNK2 HILANG

M U K A S U R A T 16 | 30

d. Perakuan daripada Pihak Bertauliah

Rajah 11 : Perakuan Pihak Atsaan PDRM

Berikut adalah Pelan Pelaksanaan Penambahbaikan Portal Kanak-Kanak Hilang:

Bil Perkara Bulan Catitan

1 Penubuhan Kumpulan Jan 2016 Surat Penubuhan kumpulan

2 Kelulusan Pengarah JSJ Jan 2016 Surat Kelulusan Penubuhan

Kumpulan

3 Mengenalpasti & Pemilihan Masalah Feb 2016 Portal Kanak-Kanak Hilang

4 Memahami Masalah/ Situasi Feb 2016 Portal Kanak-Kanak Hilang

5 Mengumpul Data (Sebelum

Resolusi)

Feb 2016 Menjalankan Kaji Selidik 1 selama 4

minggu

6 Menganalisa Data (Punca Masalah)

Mac 2016 Menjalankan Ujicuba 1 Sistem

Laporan Polis selama 2 minggu

7 Mengemukakan Cadangan

Penyelesaian

Mac 2016 Surat kepada Pengarah PJSJ

8 Melaksanakan Cadangan

Penyelesaian / Mengawasi Keputusan

Apr 2016 Surat kepada Pengarah PJSJ bagi

tujuan Penambahbaikan Portal

Kanak-Kanak Hilang

9 Menilai Keputusan (Analisa Data)

Apr 2016 Menjalankan Kaji Selidik 2 selama 4

minggu

10 Melaksanakan Uji Cuba

Mei 2016 Menjalankan Uji Cuba 2 Sistem

Laporan Polis

11 Penilaian dan Pemantauan Aplikasi Mei 2016 Meneliti Cadangan Penyelesaian

12 Membuat Penyeragaman Projek Jun 2016 Mendokumentasikan Projek

Page 17: PENAMBAHBAIKAN PORTAL KNK2 HILANGhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2395... · Tugas dan tanggungjawab dijalankan berdasarkan Seksyen 3 (3) Akta Polis 1967. ... menggunakan kaedah

KUMPULAN CIRCINUS PENAMBAHBAIKAN PORTAL KNK2 HILANG

M U K A S U R A T 17 | 30

BAB 4 KEBERHASILAN PROJEK

4.1 Outcome Projek (Dijangka) & Pembuktian

i. Facebook

Facebook merupakan laman sosial rangkaian perkhidmatan yang digunakan untuk

berinteraksi secara sosial melalui pelbagai lapisan masyarakat. Facebook secara rasmi

diasaskan oleh Mark Zuckerberg dan rakan-rakannya pada 4 Febuari 2004. Nama facebook

berasal daripada timangan yang digunakan untuk buku-buku yang diserahkan oleh pihak

pentadbiran Universiti kepada para pelajar. Facebook ini boleh didapati dalam pelbagai bahasa

dan merupakan medium yang paling bersesuaian sebagai Platform menyebarkan dan

menyalurkan maklumat dengan lebih efisien.

ii. Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP)

Latihan Dalam Perkhidmatan adalah memberi latihan perkhidmatan bagi setiap bidang kerja

dan penugasan seharian untuk lebih memahami skop sesuatu bidang. Penambahbaikan

dengan menggunakan kaedah LDP ini memberi lebih pengetahuan dan tunjuk ajar serta cara

bagaimana untuk mengisi maklumat dalam Portal Kanak-Kanak Hilang selain membentuk

Pegawai Polis sebagai agen penyebaran maklumat kepada masyarakat.

iii. Youtube

YouTube ialah laman perkongsian video yang popular untuk memuat naik, menonton dan

berkongsi petikan video. YouTube kini menjadi satu bentuk media baharu Web 2.0 yang

popular. Hebahan video Portal Kanak-Kanak Hilang dengan menggunakan YouTube adalah

medium yang baik kerana dikunjungi oleh pengguna-pengguna Youtube. Boleh dilayari di laman

web https://knk2hilang.rmp.gov.my

iv. Lawatan VCO

Pusat Sokongan Mangsa (Victim Care Centre - VCC) telah diwujudkan sejak tahun 2003 di

bawah Bahagian D11 Jabatan Siasatan Jenayah PDRM. Penubuhan VCC bertujuan untuk

membantu mangsa jenayah pulih daripada gangguan psikologikal dan meneruskan kehidupan

harian dengan lebih sihat dari segi mental, emosi dan fizikal. VCC dikendalikan oleh Pegawai

Psikologi dan Penolong Pegawai Psikologi ( Victim Care Officer - VCO ). VCO juga berperanan

memberi khidmat sokongan kepada keluarga mangsa (Psychological First Aid).

v. Pengedaran Risalah

Risalah menurut Kamus Dewan Edisi Keempat adalah siaran yang dikeluarkan secara rasmi

dalam bentuk brosur pamphlet dan booklet, pekeliling, buletin, surat siaran, surat edaran dan warta

yang di dalamnya terkandung info sesuatu tajuk untuk memberikan maklumat atau keterangan

secara ringkas dan padat. Penambahbaikan Portal Kanak-Kanak Hilang mengambil langkah proaktif

dengan mengedarkan Risalah kepada setiap lapisan masyarakat bagi memberi lebih input berkaitan

Portal Kanak-Kanak Hilang.

vi. Fun Run

Memberi publisiti secara dekat kepada masyarakat tentang Portal Kanak-kanak Hilang dan

pada masa yang sama, ia juga dapat meningkatkan komunikasi dua hala dengan masyarakat.

Page 18: PENAMBAHBAIKAN PORTAL KNK2 HILANGhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2395... · Tugas dan tanggungjawab dijalankan berdasarkan Seksyen 3 (3) Akta Polis 1967. ... menggunakan kaedah

KUMPULAN CIRCINUS PENAMBAHBAIKAN PORTAL KNK2 HILANG

M U K A S U R A T 18 | 30

a. Kesan Jangka Pendek

Projek penambaikan kanak-kanak hilang ini membuka peluang kepada masyarakat

bagi menyalurkan maklumat kanak-kanak hilang dengan lebih cepat dan berkesan

melalui Aplikasi Facebook. Facebook merupakan satu medium media sosial yang

akan mempercepatkan hebahan secara lebih meluas.

Sistem Laporan Polis telah dibuat penambahbaikan/di naik taraf yang mana pihak

Bukit Aman boleh membuat pemantauan terhadap tindakan yang diambil oleh

Pegawai Penyiasat dan ia juga membantu untuk meningkatkan pengetahuan dan

kemahiran pegawai polis dalam pengendalian Portal Kanak-Kanak Hilang

Menerusi hasil usaha PDRM ini, ianya dapat meningkatkan lagi keinginan

masyarakat untuk lebih mengetahui tentang perkembangan kes kanak-kanak hilang

di Malaysia dan kesegeraan maklumat yang disampaikan oleh masyarakat

seterusnya membantu PDRM dalam usaha mengesan sehingga kanak-kanak hilang

berjaya ditemui.

Penyaluran maklumat oleh masyarakat menjadi lebih pantas kerana portal kanak-

kanak hilang boleh dilayari di mana sahaja tanpa sempadan dan ia juga

menyediakan ruang untuk memberi seberapa banyak maklumat secara real time.

Mewujudkan hubungan lebih akrab melalui komunikasi 2 hala antara masyarakat

dengan PDRM.

Crawler-Berita tentang kehilangan kanak-kanak dipaparkan di televisyen dan

ditonton oleh semua lapisan masyarakat.

Notifikasi tentang kanak-kanak hilang dipaparkan pada telefon bimbit melalui

kerjasama PDRM dengan syarikat telekomunikasi.

Peningkatan viewer dalam masa yang singkat dimana video portal kanak-kanak

hilang telah ditonton ke seluruh dunia dan ini mencerminkan keperihatinan

masyarakat tentang kanak-kanak hilang

Easy access / mudah diakses di mana-mana dan pada bila-bila masa

Mengadakan latihan dalam perkhidmatan kepada pegawai polis sebagai landasan

dalam menjalankan siasatan kes-kes kanak-kanak hilang dan bertindak dengan

segera.

b . Nilai Tambah @ Value Added

Kolaborasi Facebook bersama PDRM telah berjaya menemukan seorang kanak-

kanak perempuan yang berumur 8 tahun dimana telah hilang pada 16/12/2016 dan

berjaya ditemukan semula pada 17/12/2016. Sebaik sahaja laporan polis dibuat oleh

ibu bapa kanak-kanak tersebut, kolaborasi Facebook bersama PDRM telah

digunapakai untuk membuat hebahan, kanak-kanak ini berjaya ditemui semula di

kawasan Bukit Puchong, Selangor oleh orang awam dalam tempoh kurang 24 jam.

Orang awam ini telah memperolehi maklumat kanak-kanak tersebut melalui aplikasi

Facebook.

Page 19: PENAMBAHBAIKAN PORTAL KNK2 HILANGhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2395... · Tugas dan tanggungjawab dijalankan berdasarkan Seksyen 3 (3) Akta Polis 1967. ... menggunakan kaedah

KUMPULAN CIRCINUS PENAMBAHBAIKAN PORTAL KNK2 HILANG

M U K A S U R A T 19 | 30

c. Pembuktian Melalui Data Dan Sumber Rasmi

Projek ini diyakini akan mewujudkan suatu rujukan rasmi kepada pelbagai agensi

sama ada kerajaan, swasta mahupun orang ramai. PDRM sebagai organisasi

keselamatan utama negara seharusnya menjadi peneraju ‘leading agency’ di dalam

menguruskan kes kanak-kanak hilang.

Rajah 12 : Trend Peningkatan viewer

4.2 Impak Projek (Luar Jangka) & Pembuktian

a. Kesan Jangka Panjang (Pembangunan & Kemajuan Negara)

Projek ini telah memberi hasil yang mantap. Ia memberi laluan kepada masyarakat

secara ringkas, tepat dan pantas. Sistem ini menarik perhatian masyarakat kerana

tiada penglibatan kos dan menjimatkan masa. Penyampaian maklumat boleh dibuat

dimana sahaja pada bila-bila masa.

Sejajar dengan peningkatan teknologi, projek ini akan memberi kesan positif kepada

semua lapisan masyarakat untuk menggunakan sistem portal kanak-kanak hilang di

dalam dan di luar negara. Contoh, apabila seseorang individu mengambil inisiatif

untuk berkongsi maklumat tentang kanak-kanak hilang dengan masyarakat,

Facebook menjadi satu platform yang pantas untuk membuat hebahan dan

menyalurkan maklumat kanak-kanak hilang.

Viewer-menjadi perintis kepada kejayaan penyampaian maklumat tentang kanak-

kanak hilang.

Inisiatif Masyarakat- Masyarakat akan lebih prihatin dalam menjalankan

tanggungjawab secara berterusan

Sistem mobility-Tiada alasan untuk tidak dapat menyalurkan maklumat kepada pihak

polis kerana PDRM telah menyediakan platform mudah dicapai di mana-mana

sahaja

Page 20: PENAMBAHBAIKAN PORTAL KNK2 HILANGhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2395... · Tugas dan tanggungjawab dijalankan berdasarkan Seksyen 3 (3) Akta Polis 1967. ... menggunakan kaedah

KUMPULAN CIRCINUS PENAMBAHBAIKAN PORTAL KNK2 HILANG

M U K A S U R A T 20 | 30

b. Impak Projek (Hasil luar jangka)

i. Impak Kepada Masyarakat

Meningkatkan pengetahuan dan mewujudkan kesedaran masyarakat mengenai

kewujudan portal kanak-kanak hilang bagi mencetuskan kepekaan masyarkat

terhadap kes-kes jenayah yang berlaku khususnya kes kanak-kanak hilang;

menaikkan taraf antarabangsa (world class policing);

mengeratkan lagi hubungan antara PDRM dan masyarakat bersesuaian dengan

moto polis dan masyarakat berpisah tiada;

Meningkatkan tahap kepuasan pelanggan dalam perkhidmatan yang sedia ada di

PDRM;

ii. Impak Kepada Organisasi

Memberikan perkhidmatan terbaik bagi mencapai visi dan misi PDRM dan JSJ D11

Meningkatkan pencapaian Key Performance Indicator (KPI) yang telah ditetapkan

oleh Jabatan

Meningkatkan sensitiviti, kualiti kerja dan tahap kecekapan kerja PDRM dalam

memberi perkhidmatan kepada masyarakat

iii. Impak Kepada Negara

Apabila PDRM mencapai kepolisan bertaraf dunia maka dunia akan melihat

Malaysia sebagai satu negara yang selamat dan secara tidak langsung mampu

memberi daya tarikan terhadap pelabur dan pelancong asing.

Malaysia menjadi negara contoh kepada negara-negara membangun dalam

mengendalikan kes kanak-kanak hilang.

Bersempena dengan slogan kata Perdana Menteri Malaysia iaitu “Rakyat

Didahulukan Pencapaian Diutamakan”

c. Pembuktian melalui data rasmi

i. Sistem rekod yang terbaik

Penambahbaikan ini menjadikan PDRM sebagai orgaisasi yang mempunyai sistem

data rekod yang kemas dan berkesan. Hal ini memudahkan semua pihak yang

mengendalikan portal dan orang ramai yang memerlukannya.

ii. Capaian mudah dan pantas

Penambahbaikan ke atas sistem portal ini menjadikan ianya lebiih mudah dan

capaian yang pantas dalam membuat sebaran dan siasatan yang berkesan.

iii. Rujukan berpusat

PDRM sebagai organisasi keselamatan dalam negara yang utama seharusnya

mempunyai satu sistem yang berpusat dimana segala maklumat ditempatkan di

dalam sistem yang bersepadu. Hal ini akan memudahkan tugas capaian data,

membuat rujukan dan kebolehpercayaan yang tinggi dapat dihasilkan

Page 21: PENAMBAHBAIKAN PORTAL KNK2 HILANGhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2395... · Tugas dan tanggungjawab dijalankan berdasarkan Seksyen 3 (3) Akta Polis 1967. ... menggunakan kaedah

KUMPULAN CIRCINUS PENAMBAHBAIKAN PORTAL KNK2 HILANG

M U K A S U R A T 21 | 30

BAB 5 POTENSI PENGEMBANGAN INOVASI

a. Tahap Ketersediaan Teknologi / Sistem / Proses

5.1.1 Menggunakan sistem yang sedia ada.

Bagi menjayakan penambahbaikan Portal Kanak-Kanak Hilang ini, PDRM

hanya menggunakan sistem yang sedia ada iaitu melalui Sistem Laporan Polis

(PRS). Setiap laporan polis yang diterima berkaitan kanak-kanak hilang akan di

hebahkan melalui Portal Kanak-Kanak Hilang. Oleh yang demikian,

penambahbaikan portal ini tidak melibatkan sebarang kos yang diperuntukan oleh

PDRM.

5.1.2. Mengadakan aplikasi khas untuk Portal Kanak-Kanak Hilang (perbincangan

sedang dijalankan dengan KPWKM).

Setelah perbincangan dijalankan di antara PDRM bersama dengan

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM),

persetujuan bersama telah dicapai bagi mengadakan aplikasi khas untuk Portal

Kanak-Kanak Hilang. Melalui aplikasi ini, laporan polis berkenaan kanak-kanak

hilang akan dibuat hebahan melalui portal. Dengan adanya Portal Kanak-Kanak

Hilang ini, setiap lapisan masyarakat boleh melihat dan memberi maklumat

berkenaan kanak-kanak hilang dengan cepat dan pantas.

b. Tahap Replikasi/ Pengkomersialan (ROI) – Penyeragaman Dan Pemantauan

5.2.1 Mengkomersialkan Portal Kanak-Kanak Hilang melalui kaedah Fun Run,

Youtube, My Rodeo, Facebook.

PDRM telah memberikan komitmen yang tinggi dalam mengkomersialkan

Portal Kanak-Kanak Hilang iaitu melalui kaedah Fun Run. Melalui kaedah ini, PDRM

dapat mendekati masyarakat tempatan dengan memberi penerangan dan

penjelasan serta mengedarkan risalah berkaitan portal. Sepertimana Rajah 1 dan

Rajah 2 menunjukkan Program Fun Run – Child Find di Kuala Lumpur.

Rajah 13 Rajah 14

Page 22: PENAMBAHBAIKAN PORTAL KNK2 HILANGhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2395... · Tugas dan tanggungjawab dijalankan berdasarkan Seksyen 3 (3) Akta Polis 1967. ... menggunakan kaedah

KUMPULAN CIRCINUS PENAMBAHBAIKAN PORTAL KNK2 HILANG

M U K A S U R A T 22 | 30

Selain itu, PDRM juga telah memuat naik video Portal Kanak-Kanak Hilang ke laman sosial

seperti di Youtube dan Facebook. Kaedah ini telah mendapat banyak sambutan daripada setiap

lapisan masyarakat. Malahan, melalui kaedah ini juga telah membuktikan keberhasilan sistem

Portal Kanak-Kanak Hilang dengan menjadikan masyarakat peka dan prihatin dengan maklumat

kehilangan kanak-kanak di Malaysia. Berikut merupakan salah satu contoh keberhasilan

penggunaan Facebook dalam menarik minat masyarakat agar lebih peka terhadap Portal Kanak-

Kanak Hilang sejak ia dilancarkan. Perkongsian di laman sosial ini dapat dikongsikan kepada setiap

lapisan masyarakat sama ada di Malaysia atau pun luar Negara.

Rajah 15: Menunjukkan perkongsian Rajah 16 : Menunjukkan Facebook PDRM

di Facebook - Link Portal Kanak-kanak Hilang Memaparkan berita penemuan kanak-kanak

hasil maklumat orang awam melalui Portal

Kanak-kanak Hilang

PDRM juga telah mengembangkan sayapnya dalam membuat hebahan Portal Kanak-

Kanak Hilang dengan kerjasama penggusaha pengangkutan awam (Teksi) dengan memuat naik

dalam Sistem My Rodeo. Di My Rodeo, pengguna teksi dapat melihat dengan jelas mengenai

maklumat kanak-kanak hilang sepertimana Rajah 5 dan Rajah 6 tersebut.

Rajah 17 Rajah 18

Page 23: PENAMBAHBAIKAN PORTAL KNK2 HILANGhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2395... · Tugas dan tanggungjawab dijalankan berdasarkan Seksyen 3 (3) Akta Polis 1967. ... menggunakan kaedah

KUMPULAN CIRCINUS PENAMBAHBAIKAN PORTAL KNK2 HILANG

M U K A S U R A T 23 | 30

5.2.2. Berkolaborasi dengan Syarikat Telekomunikasi DIGI

PDRM telah menjalinkan koloberasi bersama Syarikat Telekomunikasi DIGI dalam

membuat hebahan Portal Kanak-Kanak Hilang. Melalui jalinan ini, PDRM dan DIGI telah

mengadakan ceramah kempen kesedaran jenayah menerusi program ‘Saya Sayang

Saya’ bagi memberi pendedahan terhadap pelajar-pelajar sekolah supaya mereka tidak

menjadi mangsa Kanak-Kanak Hilang. Rajah 7 dan Rajah 8 di bawah telah menunjukkan

pihak PDRM bersama DIGI serta pelajar dalam program ‘Saya Sayang Saya’.

Rajah 19 Rajah 20

5.2.3. Terdapat 36 ahli-ahli pasukan petugas

Ahli-ahli pasukan petugas seperti agensi kerajaan, bukan kerajaan, institusi

kewangan, telekomunikasi,pengusaha hotel, pengangkutan awam dan kompleks beli

belah berkolaborasi bersama PDRM dalam melancarkan segala proses urusan

pengkomersialan secara publisiti bagi menjayakan Portal Kanak-Kanak Hilang agar

sentiasa mendapat sambutan dan kepekaan masyarakat di Malaysia.

5.2.4. Billboard atau papan iklan di lebuhraya

PDRM juga telah mengkomersialkan Portal Kanak-Kanak Hilang dengan cara

menaikkan papan iklan di lebuhraya di Malaysia. Melalui kaedah ini, pengguna

lebuhraya dapat melihat dengan jelas gambar kanak-kanak hilang. Kaedah ini bertujuan

bagi menyampaikan maklumat tentang kanak-kanak hilang kepada setiap lapisan

masyarakat agar lebih peka dan dapat menyalurkan maklumat dengan tepat.

5.2.5. Aplikasi di telefon bimbit iaitu Mobile Khas Kanak-Kanak Hilang

Sistem aplikasi ini dirancang untuk kegunaan orang awam. Berkenaan perkara ini,

PDRM telah membuat perbincangan diperingkat JSJ bersama Syarikat Connexion Sdn.

Bhd. Sistem aplikasi ini amat sistematik dan bersesuaian dengan kecanggihan teknologi

dalam dunia globalisasi masa kini. Oleh yang demikian, system ini akan dikomersialkan

bagi penambahbaikan dalam Portal Kanak-Kanak Hilang.

5.2.6. Aplikasi khas telefon bimbit untuk Pegawai Penyiasat (IO/AIO)

PDRM juga sedang merancang aplikasi khas bagi memudahkan Pegawai Penyiasat

menerima maklumat dan mengesan keberadaan kanak-kanak hilang melalui maklumat

orang awam yang disalurkan melalui Portal Kanak-Kanak Hilang. Kaedah ini amat

berkesan kerana kanak-kanak yang hilang dapat dikesan dengan pantas.

Page 24: PENAMBAHBAIKAN PORTAL KNK2 HILANGhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2395... · Tugas dan tanggungjawab dijalankan berdasarkan Seksyen 3 (3) Akta Polis 1967. ... menggunakan kaedah

KUMPULAN CIRCINUS PENAMBAHBAIKAN PORTAL KNK2 HILANG

M U K A S U R A T 24 | 30

BAB 6 : KESIMPULAN

Berdasarkan projek penambaikan terhadap portal kanak-kanak hilang , dapat dirumuskan

bahawa secara dasarnya Portal kanak-kanak hilang yang dilancarkan adalah satu usaha murni

PDRM(D11) dalam mendapatkan kerjasasama masyarakat.Namun begitu disebabkan sikap

kurang kepekaan masyarakat terhadap kewujudan portal ini mengakibatkan kurang sambutan yang

menggalakan. Dalam usaha untuk meningkatkan kesedaran serta keperihatinan masyarakat

tentang komitmen dan kerjasama dua hala yang diperlukan, PDRM (D11) telah meneruskan usaha

untuk membuat penambaikan yang pastinya tela menunjukkan sambutan yang mengalakan.

Penilaian yang lebih teliti dibuat untuk memastikan proses untuk mnegesan kanak-kanak hilang

dibuat sebaik mungkin dan berkesan, sekali gus membantu mereka balik ke pangkuan kelaurga

tersayang.

Page 25: PENAMBAHBAIKAN PORTAL KNK2 HILANGhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2395... · Tugas dan tanggungjawab dijalankan berdasarkan Seksyen 3 (3) Akta Polis 1967. ... menggunakan kaedah

KUMPULAN CIRCINUS PENAMBAHBAIKAN PORTAL KNK2 HILANG

M U K A S U R A T 25 | 30

LAMPIRAN

Aktiviti : Pengedaran Risalah Portal Kanak-Kanak Hilang

Tarikh : 3 Jun 2016

Lokasi : Sekitar Lembah Klang

Kumpulan Sasaran : Orang Awam

Aktiviti : Fun Run & Pengedaran Risalah Portal kanak-kanak hilang

Tarikh : 3 Jun 2016

Lokasi : Taman Tasik Perdana, Kuala Lumpur

Kumpulan Sasaran : Warga PDRM & Orang Awam

Page 26: PENAMBAHBAIKAN PORTAL KNK2 HILANGhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2395... · Tugas dan tanggungjawab dijalankan berdasarkan Seksyen 3 (3) Akta Polis 1967. ... menggunakan kaedah

KUMPULAN CIRCINUS PENAMBAHBAIKAN PORTAL KNK2 HILANG

M U K A S U R A T 26 | 30

LAMPIRAN

Aktiviti : Majlis Pelancaran Kerjasama bersama Facebook

Tarikh : 4 November 2016

Lokasi : Menara 1, Bukit Aman

Kumpulan Sasaran : Warga PDRM & Orang Awam

Aktiviti : Program ‘Saya Sayang Saya’ bersama Digi Telecommunication

Tarikh : 22 March 2016

Lokasi : Kuantan, Pahang

Kumpulan Sasaran : Orang Awam & Pelajar sekolah

Page 27: PENAMBAHBAIKAN PORTAL KNK2 HILANGhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2395... · Tugas dan tanggungjawab dijalankan berdasarkan Seksyen 3 (3) Akta Polis 1967. ... menggunakan kaedah

KUMPULAN CIRCINUS PENAMBAHBAIKAN PORTAL KNK2 HILANG

M U K A S U R A T 27 | 30

Aktiviti : Program ‘Saya Sayang Saya’ bersama Digi Telecommunication

Tarikh : 21 March 2017

Lokasi : Kuala Terengganu, Terengganu

Kumpulan Sasaran : Pegawai Awam & Pelajar sekolah

Aktiviti : Lawatan VCO

Tarikh : 19 April 2017

Lokasi : Klang, Selangor

Kumpulan Sasaran : Ahli keluarga kanak-kanak hilang

Page 28: PENAMBAHBAIKAN PORTAL KNK2 HILANGhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2395... · Tugas dan tanggungjawab dijalankan berdasarkan Seksyen 3 (3) Akta Polis 1967. ... menggunakan kaedah

KUMPULAN CIRCINUS PENAMBAHBAIKAN PORTAL KNK2 HILANG

M U K A S U R A T 28 | 30

Aktiviti : Latihan Dalam Perkhidmatan

Tarikh : 15 Disember 2015

Lokasi : Johor

Kumpulan Sasaran : Pegawai Penyiasat & Penolong Pegawai Penyiasat

Aktiviti : Program Cegah Jenayah bersama PERMATA

Tarikh : 14 March 2017

Lokasi : Putra World Trade Centre (PWTC)

Kumpulan Sasaran : Rakyat Malaysia

Page 29: PENAMBAHBAIKAN PORTAL KNK2 HILANGhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2395... · Tugas dan tanggungjawab dijalankan berdasarkan Seksyen 3 (3) Akta Polis 1967. ... menggunakan kaedah

KUMPULAN CIRCINUS PENAMBAHBAIKAN PORTAL KNK2 HILANG

M U K A S U R A T 29 | 30

Aktiviti : Program ‘Saya Sayang Saya’ bersama Digi Telecommunication

Tarikh : 3 Mei 2017

Lokasi : Kota Bharu, Kelantan

Kumpulan Sasaran : Pelajar & Guru

Aktiviti : Sesi perkongsian bersama My Radio

Tarikh : 2 Jun 2017

Lokasi : Bangsar

Kumpulan Sasaran : Masyarakat

Page 30: PENAMBAHBAIKAN PORTAL KNK2 HILANGhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2395... · Tugas dan tanggungjawab dijalankan berdasarkan Seksyen 3 (3) Akta Polis 1967. ... menggunakan kaedah

KUMPULAN CIRCINUS PENAMBAHBAIKAN PORTAL KNK2 HILANG

M U K A S U R A T 30 | 30