pemulihan tulisan

17
PEMULIHAN TULISAN TULISAN DEFINISI Tulisan ialah lambang-lambang bunyi bahasa yang telah dipindahkan dalam bentuk grafik bagi melahirkan perasaan, fikiran dan idea. Menulis adalah proses memindahkan lambang-lambang bunyi yang tersusun dan teradun bagi melahirkan bunyi-bunyi yang bermakna serta dijadikan alat komunikasi. PERANAN TULISAN - Untuk mendirikan asas yang kukuh supaya seseorang kanak-kanak itu dapat melahirkan idea, fikiran serta perasaan dengan baik, pantas dan cekap. - Untuk membolehkan kanak-kanak menyusun huruf-huruf menjadi sukukata, perkataan dan ayat sebagai alat komunikasi dalam kelompok masyarakat. Untuk membolehkan kanak-kanak berkemahiran dalam satu lagi komponen bahasa dan meluaskan pengetahuan, perhubungan serta matlamat hidup. - Untuk menyediakan, menyemai, mengasah serta mengukuhkan minat serta bakat kanak-kanak sebagai memenuhi kehendak masyarakat moden (kerana membaca, menulis dan mengira adalah sebahagian daripada asas utama keperluan hidup masa kini). - Untuk menghasilkan bentuk-bentuk penulisan kreatif seperti pantun, syair, sajak lain-lain bentuk puisi dan prosa yang dapat

Upload: aya-adam

Post on 18-Dec-2014

75 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: PEMULIHAN TULISAN

PEMULIHAN TULISAN

TULISAN

DEFINISI

Tulisan ialah lambang-lambang bunyi bahasa yang telah dipindahkan dalam bentuk

grafik bagi melahirkan perasaan, fikiran dan idea. Menulis adalah proses memindahkan

lambang-lambang bunyi yang tersusun dan teradun bagi melahirkan bunyi-bunyi yang

bermakna serta dijadikan alat komunikasi. 

PERANAN TULISAN

- Untuk mendirikan asas yang kukuh supaya seseorang kanak-kanak itu dapat 

melahirkan idea, fikiran serta perasaan dengan baik, pantas dan cekap. 

- Untuk membolehkan kanak-kanak menyusun huruf-huruf menjadi sukukata, perkataan

dan ayat sebagai alat komunikasi dalam kelompok masyarakat.

Untuk membolehkan kanak-kanak berkemahiran dalam satu lagi komponen bahasa dan

meluaskan pengetahuan, perhubungan serta matlamat hidup.

- Untuk menyediakan, menyemai, mengasah serta mengukuhkan minat serta bakat

kanak-kanak sebagai memenuhi kehendak masyarakat moden (kerana membaca,

menulis dan mengira adalah sebahagian daripada asas utama keperluan hidup masa

kini). 

- Untuk menghasilkan bentuk-bentuk penulisan kreatif seperti pantun, syair, sajak lain-

lain bentuk puisi dan prosa yang dapat memberikan kepuasan jiwa dalam pemikiran,

perasaan bukan sahaja diri kanak-kanak itu sendiri, bahkan juga seluruh insan

umumnya.

Page 2: PEMULIHAN TULISAN

PRATULISAN 

Pra tulisan merupakan satu peringkat yang perlu dilalui oleh kanak-kanak bagi

menyediakan diri ke arah melahirkan lambang-lambang bunyi khusus yang diterima

oleh kelompok masyarakat. Pada peringkat awal kanak-kanak membuat contengan di

ataS permukaan benda-benda yang sedia ada dalam persekitaran mereka dengan

menggunakan bahan-bahan yang boleh meninggalkan kesan ke atas permukaan benda

tersebut.

Peringkat contengan ini perkembangan dari membuat contengan bebas hingga

keperingkat contengan terkawal. Peringkat pra tulisan ini adalah bagi kanak-

kanakmendapatkan latihan otot, tangan,jari serta kordinasi mata tangan. 

Peringkat pra tulisan perlu menitikberatkan perkara-perkara berikut:

1. Melakukan latihan-latihan pergerakan tangan dan jari melalui aktiviti seperti

menggunting, mengoyak, menganyam, menampal, menguli tepung dan lain- lain 

2. Menguasai gerak tangan bebas, cara memegang alat tulis, cara duduk dan

sebagainya supaya boleh menulis dengan sempurna dan selesa.

3. Melakukan latihan-latihan pergerakan mata dari kiri ke kanan, dari atas ke bawah

dan lain-lain.

4. Melakukan latihan-latihan keselarasan (koordinasi) mata dan tangan.

TULISAN MEKANISME

Setelah kanak-kanak melalui proses pra tulisan, sepatutnya mereka telah faham dan

boleh memegang pensel serta cara duduk yang betul dan selesa. Tulisan mekanis

Page 3: PEMULIHAN TULISAN

merupakan peringkat kedua yang patut didedahkan kepada murid-murid.

Sebagaipermulaan untuk memberi kemahiran dalam penulisan mekanis murid-murid

diminta membentuk huruf-huruf pada permukaan kertas kosong tanpa garisan. Setelah

kemajuannya didapati memuaskan barulah latihan membentuk huruf diberikan. Bermula

dengan ruang garisan yang lebar / luas membawa kepada lembaran bergaris kecil

sempit. 

Latihan-latihan tulisan mekanis diharapkan murid-murid akan dapat :

- Kemahiran mengawal dan memegang pensel.

- Meneliti, mengenal, menyalin bentuk-bentuk huruf mengikut urutan.

- Mendapat kesedaran tentang perkaitan bunyi dengan tulisan.

KEMAHIRAN MENULIS ASAS

Teknik Pengajaran Pemulihan Kemahiran Menulis asas Hammil dan Mc Nut (1981)

melaporkan bahawa kemahiran menulis mempunyai kaitan rapat dengan bacaan.

Kemahiran ini termasuklah kecekapan dalam menulis mekanis, mengeja, tanda baca,

huruf, kemahiran belajar dan membentuk makna.

Objektif utama penguasaan kemahiran menulis mekanis atau tulisan tangan ialah

supaya mudah dibaca. Pengajaran guru harus berfokus kepada memegang alat tulis,

membentuk garisan dan lengkokan huruf dengan betul serta mengekalkan jarak dan

bentuk huruf dengan sempurna. Kanak-kanak yang mempunyai masalah pembelajaran

mempunyai masalah menulis. Mercer (1985) yang bersetuju pendapat Hidreth (1947)

"menyatakan bahawa punca utama ialah masalah ’psikomotor’, masalah emosi,

kegagalan pengamatan terhadap huruf dan perkataan serta daya ingatan yang lemah".

Jenis-jenis masalah tulisan tangan atau tulisan mekanis ini ialah lambat, arah tulisan

yang tidk betul,terlalu jarak atau terlalu dekat, bercelaru, senget, terlalu menekan ketika

menulis dan tulisan yang berlapis-lapis.

Page 4: PEMULIHAN TULISAN

AKTIVITI-AKTIVITI LATIHAN PRATULISAN

a) Latihan mengikut garisan-garisan rajah atau gambar dari kiri ke kanan.

i. --------- …………. ………….. …………... …………

b) Latihan membentuk bulatan di udara, di meja, di lantai, di atas pasir, di rumput tanpa

menggunakan alat tulis.

BULATAN BESAR – BULATAN KECIL

c) Latihan-latihan gerak jari dengan mempermain-mainkan jari, menekan-nekan jari,

menggoyangkan tangan, ma=eramas-ramas jari dan sebagainya.

d) Latihan membentuk garisan lurus.

e) Latihan membentuk corak-corak campuran bulatan dan garisan lurus.Dilakukan

secara bebas.

f) Latihan melukis gambar-gambar yang mengandungi garisan-garisan lurus dan bulat.

PEMULIHAN TULISAN

SARINGAN DAN DIAGNOSIS

Salah satu keperluan akademik di sekolah ialah kebolehan menulis. Kebolehan menulis

diperlukan untuk semua mata pelajaran di sekolah. Guru sangat kenal akan tulisan

buruk, dan selalunya marah kerana ia terpaksa memeriksa beratus-ratus halaman

tulisan dalam setahun yang susah hendak di-bacanya.

Berbagai-bagai cara telah dikemukakan untuk mengesan, atau membuat saringan

Page 5: PEMULIHAN TULISAN

mengenai kebolehan menulis. Cara yang paling mudah ialah dengan melihat tulisan-

tulisan murid yang sedia ada dalam buku latihan, atau ringkasan. Walau

bagaimanapun, cara ini kurang memuaskan, kerana ada murid yang tulisannya

memuaskan jika diberi masa yang cukup, dan murid itu juga mungkin tidak dapat

menulis dengan jelas jika masa ini dihad¬kan. Dengan itu, cara yang dapat mengawal

kedua faktor ini ( iaitu masa dan tulisan) adalah lebih baik.

Cara berikut untuk mengesan, atau membuat saringan mengenai kebolehan menulis

mudah digunakan oleh guru bilik darjah.

1. Ayat, atau perenggan biasa boleh digunakan, asalkan me¬matuhi dua syarat berikut:

(a) Tidak mengandungi perkataan yang akan menghentikan murid menulis kerana

kerumitan mengeja.

(b) Mempunyai isi kandungan yang dalam pengalaman dan dapat difahami oleh murid.

2. Setelah murid membaca ayat yang diberikan beberapa kali dan setelah kenal semua 

kandungannya, guru boleh memberitahu murid supaya menulis ayat tersebut lima kali

dengan tulisan yang terbaik dan masanya pun tidak dihadkan.

3. Setelah semua murid selesai menulis, guru menyuruh mereka menulis ayat yang

sama seberapa banyak yang mereka boleh dalam masa tiga minit. Setelah tiga minit,

guru akan menyuruh mereka berhenti clan mengutip tulisan tersebut.

4. Apabila menilai tulisan-tulisan tersebut, guru harus memerhatikan perkara-perkara

berikut:

Page 6: PEMULIHAN TULISAN

(a) Kualiti tulisan dalam ujian yang tidak menghadkan masa.

(b) Kaitan kualiti di antara tulisan dalam ujian yang tidak menghadkan masa dan ujian

yang menghadkan masa.

(c) Kadar penulisan dalam ujian yang masanya terhad dikira seperti berikut: Jumlah

perkataan dibahagi dengan masa).

5. Dari ujian ini, murid-murid berikut memerlukan latihan pemulihan tulisan.

(a) Murid yang tulisannya terlalu buruk dan tidak dapat dibaca dalam ujian yang

masanya dihadkan.

(b) Murid yang tulisannya tidak mudah dibaca dalam ujian yang tidak mengehadkan

masa.

(c) Murid yang kadar penulisannya terlalu lambat.

(d) Murid yang tulisannya terlalu condong ke kiri, atau yang tulisannya terlalu besar,

atau terlalu kecil untuk dibaca dengan mudah.

Cara mengesan murid yang tulisannya tidak mudah dibaca seperti ini biasanya

memadai untuk situasi bilik darjah. Cara lain ialah dengan menggunakan Skel Tulisan

yang telah disediakan dengan contoh-contoh tulisan bersama dengan kualiti mutunya.

Skel-skel ini telah disediakan berdasarkan kajian yang luas, dan dari kajian ini satu skel

purata disediakan yang dapat diperkait¬kan dengan darjah murid

Dengan menggunakan Skel Tulisan ini, sesuatu darjah dapat dibandingkan dengannya.

Contoh-¬contoh skel ini ialah ‘Thorndike Scale for Handwriting',`Ayres Measuring Scale

for Handwriting (Gettysburg Edition) ‘,`American Handwriting Scale', dan 'Minneapolis

Handwriting Scale'. Walau bagaimanapun, skel-skel ini hanya merupakan alai

Page 7: PEMULIHAN TULISAN

mengesan (atau saringan) dan tidak dapat menentukan kelemahan seperti yang dibuat

dalam diagnosis.

Setelah murid yang memerlukan pengajaran pemulihan dalam penulisan dikesan, guru

harus dapat membuat diagnosis, atau menentukan apakah jenis kelemahan murid

tersebut. Cara yang mudah untuk melaksanakan proses diagnosis ini ialah dengan

membaca tulisan murid, dan menandakan semua huruf yang tidak mudah dibaca, atau

yang memerlukan penelitian kali kedua. 

Sediakan jadual senarai semua murid dan catatkan kelemahan setiap murid. Perkara ini

mudah dibuat dengan meng¬gunakan Carta 'The Pressey Chart for Diagnosis of

Illegibilities in Handwriting'. Carta ini boleh disediakan berdasarkan penyelidikan tulisan

murid yang menunjukkan berbagai-bagai jenis tulisan dan bentuk tulisan yang tidak

dapat dibaca. 

Dari penyelidikan Pressey, untuk menyediakan cartanya itu, beberapa huruf didapatinya

sering menimbulkan kerumitan. Contohnya huruf kecil r,n,e,a,o,s dan t.menyebabkan

kesilapan menulis lebih daripada 50%. Huruf yang paling menimbulkan kerumitan ialah

r, diikuti dengan huruf n. Kesilapan yang sering berlaku ialah menulis r seperti i, n

seperti u, menutup e, membuat d seperti cl, o seperti a dan a seperti u. Huruf besar

biasanya mudah dibaca, kecuali huruf L Oleh kerana tujuh huruf kecil dan satu huruf

besar ini menyebabkan tulisan yang susah dibaca, adalah munasabah jika pengajaran

pemulihan dalam penulisan diarahkan kepada menulis bentuk-bentuk huruf ini dengan

betul. Teknik seperti ini telah menghasilkan tulisan yang memuaskan di kalangan murid

sekolah rendah.

CARA-CARA MENGATASI MASALAH TULISAN

Guru perlulah memberi latihan dan pengukuhan yang secukupnya dalam peringkat-

peringkat permulaan dan mendirikan asas. Penerangan, tunjuk cara serta contoh-

contoh yang jelas dan betul perlulah diberi agar sesuai dengan tahap keupayaan murid

Page 8: PEMULIHAN TULISAN

secara individu supaya dapat diikuti dengan mudah. Guru adalah model atau contoh

yang menjadi ikutan murid-murid. Tulisan dan cara-cara guru menulis contoh yang akan

disalin oleh murid-murid hendaklah dibuat dengan teliti dan betul. 

Kad-kad tulisan dan lembaran-lembaran kerja bertulis perlulah disediakan oleh guru

dengan sempurna. Seberapa boleh banyakkan latihan dan berikan bantuan individu.

Guru juga perlu membuat pertimbangan harus dibuat bagi menentukan ketika sesuai

seseorang kanak-kanak itu tidak digalakkan lagi untuk menggunakan getah pemadam.

KAEDAH PENGAJARAN PEMULIHAN TULISAN DAN PENILAIANNYA

Pengajaran pemulihan tulisan bagi murid-murid sekolah rendah adalah berdasarkan

pengajaran tulisan yang betul dan kukuh. Bahasa bertulis memerlukan perhubungan

dengan bahasa dalam diri penulis, atau dalam fikirannya. Perihal menghubung¬kan

bahasa lisan dengan bahasa fikiran adalah amat sukar. Dengan sebab ini, maka usaha

pengajaran permulaan dalam penulisan biasanya amatlah susah, walaupun murid

tersebut tiada kesusahan membentuk huruf. Seperti pengajaran bahasa juga, penulisan

adalah lebih mudah dipelaj ari ketika murid masih kanak-kanak kecil lagi, seperti pada

umur empat tahun setengah.

Latihan permulaan untuk kanak-kanak kecil ini haruslah menggunakan pensil, atau

krayon. Langkah-langkah untuk mengajar mernegang pensil, atau krayon adalah seperti

berikut:

1. Murid disuruh mernegang pensil dengan semua jari mengelilingi pensil tersebut.

Kemudian, murid diberitahu supaya membayangkan bahawa mereka sedang

mengacau kuih. Mereka patut mengacau dari kanan ke kiri dalam besen yang bulat,

dan seluruh anggota tangan harus dihayun; bukanlah setakat tapak tangan sahaja.

2. Apabila murid telah mahir membuat pergerakan bulat ini, murid ditunjukkan

bagaimana tiga jari harus berada di sebelah belakang pensil. pensil harus dipegang

dengan ibu jari dan jari telunjuk.

Page 9: PEMULIHAN TULISAN

3. Murid disuruh menggerakkan pensil naik dan turun dengan menggunakan ibu jari dan

jari telunjuk, sambil membiarkan tiga jari yang lain berada di keadaan senang dan

selesa.

4. Kemudian, murid disuruh meletakkan ibu jari dan jari telunjuk hampir dengan mata

pensil dan disuruh melatihkan kawalan jari di kedudukan ini.

5. Setelah itu, murid diajar melonggarkan pegangan pensil oleh ibu jari serta, jari

telunjuk, supaya pensil dapat bersandar ke atas jari tengah (jari hantu) di kedudukan

yang betul.

LATIHAN SEBELUM MENULIS

Murid-murid harus diajar membuat berbagai-bagai bentuk dengan menggunakan jari

mereka. Latihan in boleh dikelolakan seperti kelas lukisan yang menggunakan kanji dan

warna dan murid-murid disuruh membuat bentuk dengan jari mereka. Bentuk-bentuk

yang penting dan menjadi asas penulisan ialah bulatan, garisan, lengkungan serta

kombinasi lengkungan dan garisan lurus. Titik permulaan harus diberitahu serta

dilukiskan, dan guru harus memberitahu arah dan bentuk yang harus dibuat oleh murid.

POSTED BY CIKGU HANAH   AT 11:06 AM  

Page 10: PEMULIHAN TULISAN

Interaksi 901.Penilaian Kemahiran Mendengar Dan Bertutur

Penilaian lisan dibuat untuk  mendapatkan maklumat hasil interaksi antara:

a.    Pelajar dengan pendidik

b.    Pelajar dengan pelajar

c.    Pelajar dengan bahan pembelajaran

Aspek yang boleh dinilai secara lisan ialah :

a.    Kefahaman konsep

b.    Pengetahuan fakta

c.    Pemikiran Peringkat tinggi

d.    Kecekapan mendengar

e.    Penggunaan bahasa yang tepat

f.     Gaya persembahan

g.    Kelancaran bahasa

h.    Pertuturan dan sikap

Fungsi Mentaksir Kemahiran Lisan

a.    Mengesan pencapaian dan kemajuan murid dalam kemahiran mendengar dan bertutur.

b.    Mendapat maklum balas serta merta tentang pengetahuan dan kefahaman murid.

c.    Mengesan kelancaran murid dalam sebutan.

d.    Melihat secara terus  pertuturan dan sikap murid

Page 11: PEMULIHAN TULISAN

Cara Pentaksiran

a.    Penilaian orang lain

b.    Pemerhatian

c.    Sampel bahasa

d.    Pengujian tidak formal

e.    Soaljawab

Contoh Langkah-Langkah Mentaksir Kemahiran Lisan Menggunakan Kaedah

Pemerhatian

1.    Guru menentukan objektif pentaksiran dibuat. Contohnya Murid boleh bercerita tentang

keluarga sendiri menggunakan tatabahasa, struktur ayat dan sebutan yang betul

dengan lancar

2.    Guru memilih kaedah mentaksir iaitu melalui Kaedah pemerhatian.

3.    Menyediakan instrumen pentaksira misalnya borang senarai semak. .

4.    Guru menentukan  pendekatan yang sesuai.contoh murid bercerita tentang keluarga

dengan rakan dalam kumpulan.

5.    Guru melaksanakan pentaksiran semasa sesi P&P.

6.    Menganalisis skor atau prestasi murid dalam borang yang telah disediakan

7.    Membuat tindakan susulan.

Page 12: PEMULIHAN TULISAN

02. Penilaian Kemahiran Membaca

Kemahiran bacaan terbahagi kepada dua bahagaian iaitu:

a.    Kemahiran memecahkan kod

b.    Kemahiran Kefahaman

Fungsi Mentaksir Kemahiran Bacaan

a.    Mengenalpasti tahap penguasaan murid dalam kemahiran bacaan seperti sebutan,

tanda baca, tatabahasa dan lain-lain.

b.    Mengenalpasti masalah murid dari segi memecahkan kod, mengenal perkataan,

kelancaran seterusnya kefahaman  tentang bahan yang dibaca.

c.    Guru dapat mengesan aspek kelemahan murid dan mengambil langkah-langkah

pemulihan yang sepatutnya.

Cara Pentaksiran Kemahiran Bacaan

a.  Senarai semak

b. Analisis ralat

Page 13: PEMULIHAN TULISAN

Contoh Langkah-Langkah Mentaksir Kemahiran Bacaan  Menggunakan Senarai

Semak

1.    Guru menentukan objektif pentaksiran dibuat. Contohnya mengesan kelemahan murid

dari segi kefasihan membaca.

2.    Guru memilih kaedah mentaksir iaitu menggunakan senarai semak

3.    Menyediakan instrumen pentaksiran misalnya borang senarai semak termasuk kriteria-

kriteria yang diuji contohnya peninggalan,penambahan, penggantian,salah sebutan,

teragak-agak, terbalik, meninggalkan tanda baca dan pengulangan.

4.    Guru menentukan  pendekatan yang sesuai contohnya membaca cerita pendek.

5.    Guru melaksanakan pentaksiran semasa sesi P&P iaitu menanda  kesilapan-kesilapan

yang berlaku pada borang senarai semak.

6.    Menganalisis skor atau prestasi murid dalam borang senarai semak  yang telah

disediakan

7.    Membuat tindakan susulan.

03.Penilaian Kemahiran Menulis

Peringkat kemahiran menulis

a. Pra tulisan

b. Tulisan mekanis

c. Penulisan mentalis

Page 14: PEMULIHAN TULISAN

d. Kemahiran mengarang

Fungsi Mentaksir Kemahiran Menulis

a. Maklumat kepada guru tentang keberkesanan pengajaran mereka ataupun

tidak.Adakah pengajaran mereka difahami,latihan yang cukup diberi dan sekiranyaa

gurumembuat penilaiankendiri ia dapat memperbaiki kelemahan diri.

b. Murid  yang ditaksir dan tahu akan keputusannya akan membantu murid

meningkatkan prewstasi pembelajaran dan berusahmemperbaikinya.

c. Mengesan aspek kelemahan murid seterusnya membantu guru menyediakan

kerja pemulihan pada murid yang memerlukannya.

d.  Guru dapat mengetahui keupayaan, kemahiran atau pengetahuan

sediaadamurid.

e. Guru dapat menilai bahan-bahan,  teknik dan kaedah pengajaran meraka.

f. Membuat perbandingan prestasi antara pelajar.

Cara Pentaksiran Kemahiran Menulis

a. Rekod dan laporan

b. Sampel kerja

c. Ujian,

d. Probe

e. Ujian rujukan kriteria

f. Ujian rujukan norma

Page 15: PEMULIHAN TULISAN

g. Analisis tugasan

h. Analisis ralat

Contoh Langkah-Langkah Mentaksir Kemahiran Menulis  Menggunakan sampel

kerja.

a.    Guru menyediakan alat pentaksir iaitu borang senarai semak kriteria-kriteria yang akan

dinilai contohnya menulis huruf mengikut garisan yang betul, menulis huruf terbalik,

jarak huruf terlalu dekat dan sebagainya.

b.    Menganalisis sampel kerja murid menggunakan borang senarai semak yang

disediakan.

c.    Membuat kesimpulan dan merancang langkah-langkah yang perlu untuk membantu

murid dalam masalah mereka.

Posted by cikguzainab   at 6:26 AM