pemulihan tulisan seri

4
8/8/2019 PEMULIHAN TULISAN SERI http://slidepdf.com/reader/full/pemulihan-tulisan-seri 1/4 1.0 AKTIVITI PEMULIHAN TULISAN 1.1 Latihan Sebelum Menulis Antara aktiviti yang boleh dilaksanakan untuk pemulihan tulisan ialah dengan mengelolakan kelas lukisan dan bentuk-bentuk penting yang menjadi asas penulisan iaitu bulatan, garisan, lengkungan serta kombinasi lengkungan dan garisan lurus. Selain itu, pelajar perlu didedahkan untuk membuat berbagai-bagai bentuk dengan menggunakan jari mereka. Titik permulaan harus diberitahu serta dilukiskan dan guru harus memberitahu arah dan bentuk yang harus dibuat oleh murid. 1.2 Latihan Menulis Murid yang telah mampu menggunakan pensil dengan baik sudah boleh didedahkan dengan latihan tangan melalui aktiviti penulisan huruf-huruf yang hamper sama. Namun demikian, huruf b dan d tidak harus diajar bersama kerana kedua-dua huruf ini mudah dibalikkan oleh murid-murid yang keliru. Huruf q pula harus diajar lewat sedikit bersama-sama dengan huruf u. Dalam erti kata lain, sebaik-baiknya beberapa huruf harus diajar berturutan supaya setiap bentuk baru dapat dikaitkan dengan huruf yang baru dipelajari. Berikut adalah cara-cara berkesan yang boleh digunakan untuk mengajar latihan menulis: I. Murid boleh disuruh menyalin atau meniru bentuk-bentuk huruf yang telah disediakan. II. Titik permulaan harus disediakan oleh guru di atas kertas tulisan murid dan ketika mengajar seseorang murid secara individu, guru harus menyatakan langkah-langkah yang dibuatnya ketika menulis seperti (“turun, naik, ke kanan dan bulat untuk huruf p”) III. Setelah murid menulis huruf yang besar di atas kertas, mereka harus diajar menulis dalam ruang yang kecil sedikit. Murid juga akan diingatkan supaya tidak melintasi garisan antara ruang untuk mengelakkan huruf terbalik.

Upload: sri-mulyani

Post on 10-Apr-2018

222 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PEMULIHAN TULISAN SERI

8/8/2019 PEMULIHAN TULISAN SERI

http://slidepdf.com/reader/full/pemulihan-tulisan-seri 1/4

1.0 AKTIVITI PEMULIHAN TULISAN

1.1 Latihan Sebelum Menulis

Antara aktiviti yang boleh dilaksanakan untuk pemulihan tulisan ialah dengan

mengelolakan kelas lukisan dan bentuk-bentuk penting yang menjadi asas penulisan

iaitu bulatan, garisan, lengkungan serta kombinasi lengkungan dan garisan lurus. Selain

itu, pelajar perlu didedahkan untuk membuat berbagai-bagai bentuk dengan

menggunakan jari mereka. Titik permulaan harus diberitahu serta dilukiskan dan guru

harus memberitahu arah dan bentuk yang harus dibuat oleh murid.

1.2 Latihan Menulis

Murid yang telah mampu menggunakan pensil dengan baik sudah boleh didedahkan

dengan latihan tangan melalui aktiviti penulisan huruf-huruf yang hamper sama. Namun

demikian, huruf b dan d tidak harus diajar bersama kerana kedua-dua huruf ini mudah

dibalikkan oleh murid-murid yang keliru. Huruf q pula harus diajar lewat sedikit

bersama-sama dengan huruf u. Dalam erti kata lain, sebaik-baiknya beberapa huruf 

harus diajar berturutan supaya setiap bentuk baru dapat dikaitkan dengan huruf yang

baru dipelajari. Berikut adalah cara-cara berkesan yang boleh digunakan untuk

mengajar latihan menulis:

I. Murid boleh disuruh menyalin atau meniru bentuk-bentuk huruf yang telah

disediakan.

II. Titik permulaan harus disediakan oleh guru di atas kertas tulisan murid dan

ketika mengajar seseorang murid secara individu, guru harus menyatakan

langkah-langkah yang dibuatnya ketika menulis seperti (“turun, naik, ke kanan

dan bulat untuk huruf p”)

III. Setelah murid menulis huruf yang besar di atas kertas, mereka harus diajar 

menulis dalam ruang yang kecil sedikit. Murid juga akan diingatkan supaya tidak

melintasi garisan antara ruang untuk mengelakkan huruf terbalik.

Page 2: PEMULIHAN TULISAN SERI

8/8/2019 PEMULIHAN TULISAN SERI

http://slidepdf.com/reader/full/pemulihan-tulisan-seri 2/4

IV. Murid yang bermasalah visual harus diberi huruf-huruf yang sudah sedia

dipotong, ditampal pada sehelai kertas sebagai panduannya.

1.3 Huruf Besar 

Pada kebiasaannya, huruf besar diajar kepada murid setelah mereka tahu menulis

huruf kecil. Ini kerana, huruf besar kurang digunakan berbanding huruf kecil. Selain itu

 juga, di sebelah huruf besar, murid akan disuruh menulis huruf kecil yang sama.

1.4 Huruf Bersambung

Latihan untuk memulakan tulisan sambung adalah untuk melembutkan tangan murid

supaya pelajaran tulisan menjadi lebih seronok. Berikut adalah cara-cara yang

berkesan untuk dilaksanakan:

I. Garis sambungan yang menyatukan huruf harus diajar terlebih dahulu.

II. Latihan ini boleh ditunjukkan pada papan tulis dengan menggunakan pelbagai

warna kapur atau di atas buku tulisan murid menggunakan pelbagai pensel

warna atau krayon.

III. Latihan ini juga harus diikuti dengan keterangan guru mengenai perjalanan kapur 

atau pensel semasa guru sedang menulis. Kaedah ini mampu menarik minat dan

perhatian murid. Sebagai contoh:

a) Bukit dan lembah: mari kita naik bukit, turun ke lembah, naik bukit, turun

dan sebagainya.

b) Ombak: ombak di lautan naik kemudian pecah, naik dan pecah dan

sebagainya.

c) Tali disimpul: naik dan simpul seperti menjerat lembu, naik dan

sebagainya.

Page 3: PEMULIHAN TULISAN SERI

8/8/2019 PEMULIHAN TULISAN SERI

http://slidepdf.com/reader/full/pemulihan-tulisan-seri 3/4

d) Gigi gergasi: gigi atas gergasi, tanpa lubang, giginya masih baik dan

belum rongak, gigi bawah gergasi tidak rongak juga.

e) Mencantum manik: cantumkan manik, manik dan benang dan sebagainya.

IV. Setelah murid diajar huruf tidak bersambung, maka tulisan sambung hanya

merupakan lanjutan daripada tulisan tidak bersambung iaitu untuk

menyambungkan semua huruf supaya cepat ditulis.

V. Semua huruf sambung perlu dibandingkan dengan huruf tidak bersambung dan

perubahan yang berlaku harus diterangkan oleh guru.

VI. Jika murid berasa sukar untuk menulis huruf sambung, guru perlu menunjukkan

tulisan sambung yang hamper sama dengan yang tidak bersambung (kaedah

tulisan manuskrip yang disambung)

VII. Guru boleh menggunakan warna anak panah atau pangkah untuk titik permulaan

dan arah perjalanan pensel atau pen.

VIII. Pengajaran tulisan sambung harus dibuat seperti mengajar tulisan tidak

disambung iaitu huruf-huruf yang menggunakan cara penulisan yang hampir 

sama diajar bersama satu persatu.

1.5 Menulis Perkataan Dalam Tulisan Sambung

Setelah murid dapat menguasai penulisan huruf sambung, latihan menulis perkataan

dalam tulisan sambung pula harus didedahkan. Murid yang sukar menulis tulisan

sambung mungkin tidak dapat mengaitkan tulisan sambung dengan huruf-huruf yang

tidak bersambung. Guru boleh mengurangkan kesukaran ini dengan membuat garisan

condong di antara setiap huruf lain dengan pensel supaya setiap huruf dapat

dikenalpasti oleh murid.

Page 4: PEMULIHAN TULISAN SERI

8/8/2019 PEMULIHAN TULISAN SERI

http://slidepdf.com/reader/full/pemulihan-tulisan-seri 4/4

Bagi mengajar jarak di antara perkataan pula, guru boleh menyuruh murid

meletakkan jari kelengkeng dari tangan sebelah yang tidak digunakan untuk menulis di

hujung perkataan dan menandakan jarak ini dengan titik. Perkataan baru akan

diteruskan di titik ini.

1.6 Rumusan Pemulihan Tulisan

Kaedah-kaedah pengajaran yang dinyatakan ini boleh digunakan untuk proses

pengajaran pemulihan tulisan. Sebagai contoh, jika murid tidak dapat mengenal

keseluruhan sesuatu huruf, guru boleh menggunakan huruf yang telah dipotong

sebagai panduan titik.

Cara yang paling efektif untuk mengajar murid yang sudah pandai menulis tetapi

masih kaku ialah dengan cara menyalin. Untuk peringkat awal, murid boleh diarahkan

untuk menyalin tulisan bersambung yang besar ( setengah inci atau tiga per empat inci)

yang telah disediakan guru ke atas kertas nipis supaya jelas kelihatan tulisan yang

disalin. Kemudian, tulisan induk ini boleh dikecilkan pula. Dengan kaedah ini, murid

dapat melatih ketangkasan penulisan mereka sekaligus memudahkan tugasan menulis.