garis panduan pengurusan permohonan pemindahan … pemindahan kre… · pertama dan ijazah tinggi...

37
1 GARIS PANDUAN PENGURUSAN PERMOHONAN PEMINDAHAN KREDIT DAN PENGECUALIAN KURSUS UNIVERSITI MALAYA 1. PENDAHULUAN Garis Panduan Pengurusan Permohonan Pemindahan Kredit dan Pengecualian Kursus Universiti Malaya disediakan sebagai rujukan kepada staf dan pentadbir program Ijazah Pertama dan Ijazah Tinggi dalam menguruskan permohonan pemindahan kredit dan pengecualian kursus yang dikemukakan oleh pelajar. Garis panduan ini hendaklah dibaca bersama dengan Peraturan-Peraturan Universiti Malaya (Pengajian Ijazah Pertama), Peraturan-Peraturan Universiti Malaya (Ijazah Sarjana) dan Peraturan-Peraturan Universiti Malaya (Ijazah Kedoktoran) (versi terkini). 2. TUJUAN Garis panduan ini bertujuan untuk: (1) menjelaskan tentang kaedah pengendalian/pengurusan permohonan pemindahan kredit dan pengecualian kursus yang dikemukakan oleh pelajar program Ijazah Pertama dan Ijazah Tinggi. (2) mewujudkan keseragaman dalam pengurusan permohonan pemindahan kredit dan pengecualian kursus di semua PTj. 3. DOKUMEN RUJUKAN (1) Peraturan-Peraturan Universiti Malaya (Pengajian Ijazah Pertama) (versi terkini) (2) Peraturan-Peraturan Universiti Malaya (Ijazah Sarjana) (versi terkini) (3) Peraturan-Peraturan Universiti Malaya (Ijazah Kedoktoran) (versi terkini)

Upload: others

Post on 19-Oct-2020

19 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: GARIS PANDUAN PENGURUSAN PERMOHONAN PEMINDAHAN … Pemindahan Kre… · Pertama dan Ijazah Tinggi dalam menguruskan permohonan pemindahan kredit dan pengecualian kursus yang dikemukakan

1

GARIS PANDUAN PENGURUSAN PERMOHONAN PEMINDAHAN KREDIT DAN

PENGECUALIAN KURSUS UNIVERSITI MALAYA

1. PENDAHULUAN

Garis Panduan Pengurusan Permohonan Pemindahan Kredit dan Pengecualian Kursus

Universiti Malaya disediakan sebagai rujukan kepada staf dan pentadbir program Ijazah

Pertama dan Ijazah Tinggi dalam menguruskan permohonan pemindahan kredit dan

pengecualian kursus yang dikemukakan oleh pelajar.

Garis panduan ini hendaklah dibaca bersama dengan Peraturan-Peraturan Universiti

Malaya (Pengajian Ijazah Pertama), Peraturan-Peraturan Universiti Malaya (Ijazah

Sarjana) dan Peraturan-Peraturan Universiti Malaya (Ijazah Kedoktoran) (versi terkini).

2. TUJUAN

Garis panduan ini bertujuan untuk:

(1) menjelaskan tentang kaedah pengendalian/pengurusan permohonan pemindahan

kredit dan pengecualian kursus yang dikemukakan oleh pelajar program Ijazah

Pertama dan Ijazah Tinggi.

(2) mewujudkan keseragaman dalam pengurusan permohonan pemindahan kredit

dan pengecualian kursus di semua PTj.

3. DOKUMEN RUJUKAN

(1) Peraturan-Peraturan Universiti Malaya (Pengajian Ijazah Pertama) (versi terkini)

(2) Peraturan-Peraturan Universiti Malaya (Ijazah Sarjana) (versi terkini)

(3) Peraturan-Peraturan Universiti Malaya (Ijazah Kedoktoran) (versi terkini)

Page 2: GARIS PANDUAN PENGURUSAN PERMOHONAN PEMINDAHAN … Pemindahan Kre… · Pertama dan Ijazah Tinggi dalam menguruskan permohonan pemindahan kredit dan pengecualian kursus yang dikemukakan

2

4. PEMINDAHAN KREDIT

Pemindahan kredit boleh dikategorikan kepada dua (2) iaitu pemindahan kredit dengan

gred dan pemindahan kredit tanpa gred.

(1) Pemindahan Kredit Dengan Gred (sama untuk UG dan PG)

(a) “Pemindahan kredit dengan gred” bermaksud pemindahan kredit bersama-

sama gred bagi kursus daripada tahap kelayakan yang sama (horizontal)

untuk pelajar yang masih dalam pengajian.

(b) Kursus yang diluluskan pemindahan kredit dengan gred akan diberi gred

yang telah disetarakan dengan skim penggredan Universiti dan kredit yang

ditetapkan bagi kursus berkenaan di Universiti.

(c) Kredit yang diperolehi bersama-sama mata gred bagi kursus yang

diluluskan akan diambil kira dalam pengiraan PNG dan PNGK pelajar.

Kredit bagi kursus berkenaan akan diambilkira bagi tujuan keperluan

penyempurnaan pengijazahan.

(d) Bagi maksud pemindahan kredit dengan gred, pelajar hendaklah telah

mengikuti kursus terdahulu dan mencapai tahap kompetensi dalam kursus

yang dipohon.

(2) Pemindahan Kredit Tanpa Gred

(a) Ijazah Pertama

"Pemindahan kredit tanpa gred" bermaksud pemindahan kredit tanpa

membawa gred terdahulu yang diperolehi bagi kursus dari -

(i) tahap kelayakan yang rendah (vertical) untuk pelajar yang telah

tamat pengajian dengan jayanya; dan/atau

(ii) tahap kelayakan yang sama (horizontal) untuk pelajar yang -

Page 3: GARIS PANDUAN PENGURUSAN PERMOHONAN PEMINDAHAN … Pemindahan Kre… · Pertama dan Ijazah Tinggi dalam menguruskan permohonan pemindahan kredit dan pengecualian kursus yang dikemukakan

3

(A) telah tamat pengajian dengan jayanya; atau

(B) tidak menyempurnakan pengajian (tidak termasuk pelajar

yang ditamatkan daripada program pengajian) tetapi telah

mencapai tahap kompetensi dalam kursus yang dipohon.

(b) Ijazah Tinggi

"Pemindahan kredit tanpa gred" bermaksud pemindahan kredit tanpa

membawa gred terdahulu yang diperolehi bagi kursus dari tahap kelayakan

yang sama (horizontal) untuk pelajar yang -

(i) telah tamat pengajian dengan jayanya; atau

(ii) tidak menyempurnakan pengajian (tidak termasuk pelajar yang

ditamatkan daripada program pengajian) tetapi telah mencapai

tahap kompetensi dalam kursus yang dipohon.

(c) Kursus yang diluluskan pemindahan kredit tanpa gred akan diberi gred K

dan tidak perlu diganti dengan kursus lain. Kredit tidak diambil kira dalam

pengiraan PNG dan PNGK namun diambilkira bagi tujuan penyempurnaan

pengijazahan.

(d) Pelajar tidak dibenarkan membuat pemindahan kredit tanpa gred bagi

kursus berikut:

(i) Kursus Universiti/Kursus Kaedah Penyelidikan dari tahap kelayakan

yang lebih rendah;

(ii) Kursus Kaedah Penyelidikan dari tahap kelayakan yang sama tetapi

bidang pengajian yang berbeza; dan/atau

(iii) Kursus dari tahap kelayakan yang lebih tinggi.

Page 4: GARIS PANDUAN PENGURUSAN PERMOHONAN PEMINDAHAN … Pemindahan Kre… · Pertama dan Ijazah Tinggi dalam menguruskan permohonan pemindahan kredit dan pengecualian kursus yang dikemukakan

4

5. PENGECUALIAN KURSUS

(1) “Pengecualian Kursus” bermaksud pengecualian daripada mendaftar dan

mengikuti sesuatu kursus yang diberikan kepada seseorang pelajar berdasarkan

kepada kesetaraan kandungan kursus yang dipohon dengan pembuktian

pengetahuan dan kemahiran pelajar.

(2) Pengecualian kursus tidak akan menyebabkan pelajar mendapat kredit bagi kursus

yang dikecualikan. Bagi tujuan ini, kursus yang diluluskan untuk pengecualian

akan diberi gred K1.

(3) Sekiranya pengecualian kursus menyebabkan keperluan kredit bergraduat

program pengajian tidak mencukupi, kursus yang dikecualikan hendaklah

digantikan dengan kursus lain dari tahap pengajian yang sama.

6. SYARAT-SYARAT PEMINDAHAN KREDIT DAN PENGECUALIAN KURSUS

(1) Pemindahan Kredit

(a) Kebenaran untuk pemindahan kredit adalah tertakluk kepada syarat-syarat

berikut:

(i) Gred atau mata gred yang diperolehi untuk kursus berkenaan

setelah disetarakan dengan skim penggredan Universiti mestilah

tidak kurang daripada:

(A) gred C atau 2.0 bagi program Ijazah Pertama

(B) gred B atau 3.0 bagi program Ijazah Tinggi

(ii) Kursus yang diambil terdahulu mempunyai nilai kredit yang sama

atau lebih selepas penyetaraan dengan nilai kredit kursus yang

ditawarkan di Universiti;

(iii) Kursus yang diambil terdahulu mempunyai pertindihan sekurang-

kurangnya 80% dengan kursus yang ditawarkan di Universiti;

Page 5: GARIS PANDUAN PENGURUSAN PERMOHONAN PEMINDAHAN … Pemindahan Kre… · Pertama dan Ijazah Tinggi dalam menguruskan permohonan pemindahan kredit dan pengecualian kursus yang dikemukakan

5

(iv) Kursus yang diambil terdahulu hendaklah daripada program yang

telah mendapat akreditasi/pengiktirafan dari badan berautoriti di

negara berkenaan;

(v) Jumlah maksimum kredit yang boleh dipindah adalah seperti

berikut:

(A) Ijazah Pertama

Kategori Keterangan Had Kredit

(1) Pemindahan

kredit secara

horizontal

(a) Pemindahan kredit

dengan gred bagi

pelajar yang bertukar

program pengajian

dalam Universiti.

Tiada had

(b) Pemindahan kredit

dengan gred bagi

pelajar yang mengikuti

Program Pertukaran

Pelajar.

Tidak

melebihi satu

pertiga

daripada

jumlah

keseluruhan

kredit

program

pengajian

(c) Pemindahan kredit

tanpa gred bagi kursus

dari tahap kelayakan

yang sama dari institusi

atau universiti lain.

(2) Pemindahan

kredit secara

vertical

(a) Pemindahan kredit

tanpa gred bagi

Kelayakan peringkat

Sijil Profesional/Diploma

Tidak

melebihi satu

pertiga

daripada

jumlah

keseluruhan

kredit

program

pengajian

(b) Pemindahan kredit

tanpa gred bagi

kelayakan peringkat

Diploma Lanjutan

Page 6: GARIS PANDUAN PENGURUSAN PERMOHONAN PEMINDAHAN … Pemindahan Kre… · Pertama dan Ijazah Tinggi dalam menguruskan permohonan pemindahan kredit dan pengecualian kursus yang dikemukakan

6

Walau apapun yang dinyatakan dalam perenggan (A) di

atas, bagi tujuan pengijazahan, jumlah maksimum kredit

yang boleh dipindah dari institusi/universiti luar tidak boleh

melebihi 1/3 daripada jumlah keseluruhan kredit program

pengajian.

(B) Ijazah Sarjana

Kategori Keterangan Had Kredit

Pemindahan kredit

secara horizontal

(a) Pemindahan kredit

dengan gred bagi calon

yang bertukar program

pengajian dalam

Universiti.

Tiada had

(b) Pemindahan kredit

dengan gred bagi

pelajar yang mengikuti

Program Pertukaran

Pelajar.

Tidak

melebihi satu

pertiga (1/3)

daripada

jumlah

keseluruhan

kredit

program

pengajian

(c) Pemindahan kredit

tanpa gred bagi kursus

dari tahap kelayakan

yang sama dari institusi

atau universiti lain.

(C) Kedoktoran

Kategori Keterangan Had Kredit

Pemindahan kredit

secara horizontal

(a) Pemindahan kredit

dengan gred bagi calon

yang bertukar program

pengajian dalam

Universiti.

Tiada had

Page 7: GARIS PANDUAN PENGURUSAN PERMOHONAN PEMINDAHAN … Pemindahan Kre… · Pertama dan Ijazah Tinggi dalam menguruskan permohonan pemindahan kredit dan pengecualian kursus yang dikemukakan

7

(b) Pemindahan kredit

tanpa gred bagi kursus

dari tahap kelayakan

yang sama dari institusi

atau universiti lain.

Tidak

melebihi satu

pertiga (1/3)

daripada

jumlah

keseluruhan

kredit

program

pengajian

(c) Pemindahan kredit

dengan gred bagi

pelajar yang mengikuti

Program Pertukaran

Pelajar.

(b) Pemindahan kredit dengan gred bagi kursus dari program kerjasama

dengan universiti atau institusi lain yang melebihi had kredit yang

ditetapkan oleh Universiti adalah tertakluk kepada kelulusan Senat.

(c) Kursus yang diikuti oleh pelajar program Ijazah Pertama semasa Program

Pertukaran Pelajar yang tidak tersenarai di dalam Struktur Pengajian Ijazah

boleh dipertimbangkan pemindahan kredit dengan gred tertakluk kepada

kursus berkenaan mendapat perakuan Dekan Fakulti program pengajian

pelajar sama ada:

(i) menggantikan Kursus Elektif Luar Fakulti dan/atau mana-mana

Kursus Elektif Fakulti. Gred dan mata gred kursus akan diambilkira

dalam pengiraan PNG dan PNGK dan kredit kursus berkenaan

akan diambilkira bagi memenuhi keperluan penyempurnaan

pengijazahan.

Bagi tujuan perenggan ini, kursus hendaklah memenuhi syarat yang

dinyatakan pada perenggan (1)(a)(i), (ii), (iv) dan (v) di atas; atau

(ii) tidak menggantikan mana-mana kursus yang ditetapkan dalam

struktur program pengajiannya. Kursus berkenaan akan dicatatkan

di dalam transkrip akademik pelajar. Gred dan mata gred kursus

berkenaan akan diambil kira dalam pengiraan PNG dan PNGK

Page 8: GARIS PANDUAN PENGURUSAN PERMOHONAN PEMINDAHAN … Pemindahan Kre… · Pertama dan Ijazah Tinggi dalam menguruskan permohonan pemindahan kredit dan pengecualian kursus yang dikemukakan

8

tetapi kredit kursus berkenaan tidak diambilkira dalam keperluan

penyempurnaan pengijazahan.

Bagi tujuan perenggan ini, kursus hendaklah memenuhi syarat yang

dinyatakan pada perenggan (1)(a)(i) dan (iv) di atas dan akan diberi

nilai kredit yang telah disetarakan dengan pengiraan jam nosional

Universiti.

(d) Kursus yang diikuti semasa Program Pertukaran Pelajar jangka pendek

(contoh: Summer Camp, Study Abroad dll) boleh dipertimbangkan untuk

pemindahan kredit bagi menggantikan kursus di Universiti/dicatatkan

dalam transkrip tertakluk kepada kursus yang diikuti memenuhi syarat-

syarat berikut: (tiada dalam Peraturan)

(i) Kursus diambil dari program akademik tahap kelayakan yang sama

(horizontal).

(ii) Kursus tersebut memenuhi keperluan Hasil Pembelajaran Kursus

dan kandungan kursus serta dinilai dan diberi gred.

(iii) Masa pembelajaran pelajar bagi kursus yang diikuti mempunyai

jam nosional yang sama atau lebih selepas penyetaraan dengan

jam nosional yang ditetapkan bagi kursus di Universiti.

(e) Pemindahan kredit bagi program-program profesional adalah tertakluk

kepada peraturan yang ditetapkan oleh badan profesional masing-masing.

(2) Pengecualian Kursus

(a) Permohonan pengecualian kursus hanya dibenarkan bagi kategori kursus

berikut:

(i) Kursus Universiti dan Kursus Elektif Fakulti bagi program jazah

Pertama

Page 9: GARIS PANDUAN PENGURUSAN PERMOHONAN PEMINDAHAN … Pemindahan Kre… · Pertama dan Ijazah Tinggi dalam menguruskan permohonan pemindahan kredit dan pengecualian kursus yang dikemukakan

9

(ii) Kursus Pilihan Fakulti bagi program Ijazah Sarjana dan

Kedoktoran;

(b) Pengetahuan dan kemahiran pelajar memenuhi sekurang-kurangnya 80%

kesetaraan dengan kandungan kursus/Hasil Pembelajaran Kursus (CLO)

kursus yang dipohon. (tiada dalam Peraturan)

7. PROSEDUR PERMOHONAN

(1) Permohonan pemindahan kredit dan pengecualian kursus hendaklah dibuat oleh

pelajar dengan menggunakan borang yang boleh dimuat turun dari portal pelajar

(myum.um.edu.my).

Borang permohonan pemindahan kredit adalah seperti diberi dalam Lampiran A.

Borang permohonan pengecualian kursus adalah seperti diberi dalam Lampiran B.

(2) Permohonan hendaklah dikemukakan kepada Dekan Fakulti program pengajian

tidak lewat dari hari Jumaat minggu kuliah keempat Semester Biasa dengan

menyertakan bersama:

(a) bukti bayaran yuran proses atas suatu kadar yang ditetapkan. Yuran ini

tidak akan dikembalikan; dan

(b) dokumen sokongan wajib iaitu hasil pembelajaran kursus,

silibus/kandungan kursus dan skim penggredan kursus dari

institusi/universiti lain bagi permohonan pemindahan kredit; atau

(c) dokumen bukti pengalaman dan kemahiran terdahulu bagi permohonan

pengecualian kursus.

(3) Bagi pemindahan kredit tanpa gred, permohonan hendaklah dikemukakan dalam

dua semester pertama pengajian. Permohonan hendaklah dikemukakan bersama

dokumen berikut:

Page 10: GARIS PANDUAN PENGURUSAN PERMOHONAN PEMINDAHAN … Pemindahan Kre… · Pertama dan Ijazah Tinggi dalam menguruskan permohonan pemindahan kredit dan pengecualian kursus yang dikemukakan

10

(a) sekiranya permohonan adalah berdasarkan kelayakan peringkat

Diploma/Ijazah Pertama/Ijazah Sarjana/Kedoktoran, pelajar hendaklah

mengemukakan salinan Diploma/Ijazah Pertama/ Diploma Ijazah

Sarjana/Kedoktoran yang telah diperolehi; atau

(b) sekiranya pelajar tidak berjaya menamatkan pengajian peringkat Ijazah

Pertama/Ijazah Sarjana/Kedoktoran maka beliau hendaklah sekurang-

kurangnya telah mengikuti kursus berkenaan dengan jayanya dan

mengemukakan slip keputusan peperiksaan atau transkrip separa bagi

program pengajian terdahulu.

(4) Permohonan yang diterima hari Jumaat minggu kuliah keempat Semester Biasa

akan dipertimbangkan pada semester berikutnya.

8. PROSES PERMOHONAN PEMINDAHAN KREDIT DAN PENGECUALIAN KURSUS DI

PTj

(1) Permohonan Untuk Pertimbangan Senat Melalui Jawatankuasa Induk

Pemindahan Kredit dan Pengecualian Kursus (JIPPK)

(a) Permohonan pemindahan kredit dan pengecualian kursus kali pertama

hendaklah diteliti dan mendapat perakuan satu jawatankuasa di peringkat

PTj sebelum dikemukakan untuk pertimbangan Jawatankuasa Induk

Pemindahan Kredit dan Pengecualian Kursus (JIPPK).

(b) Proses semakan dan perakuan di peringkat PTj perlu mengambil kira

perkara-perkara berikut:

(i) Pelajar telah membuat bayaran yang ditetapkan dengan

mengemukakan bukti bayaran. Permohonan pengecualian bayaran

(jika ada) hendaklah dikemukakan untuk pertimbangan

Jawatankuasa Yuran Universiti (JYU).

(ii) Kursus yang dipohon memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan

dalam Peraturan.

Page 11: GARIS PANDUAN PENGURUSAN PERMOHONAN PEMINDAHAN … Pemindahan Kre… · Pertama dan Ijazah Tinggi dalam menguruskan permohonan pemindahan kredit dan pengecualian kursus yang dikemukakan

11

(iii) Perakuan PTj bagi kursus yang tidak memenuhi kaedah

penyetaraan yang ditetapkan hendaklah mempunyai justifikasi yang

kukuh dan mengambil kira perincian pemetaan kursus bagi kursus

yang disetarakan.

(iv) Perakuan PTj bagi kursus yang nilai kredit kurang daripada nilai

kredit yang ditawarkan oleh Universiti hendaklah mempunyai

justifikasi yang kukuh dan mengambil kira perincian penyetaraan

jam nosional bagi kursus yang disetarakan.

(c) Kaedah Penyetaraan Kursus (tiada dalam Peraturan)

Pemindahan kredit hendaklah berasaskan kepada pemetaan kursus yang

diambil terdahulu dengan kursus yang ditawarkan di Universiti (subject to

subject mapping).

Proses pemetaan kursus boleh berasaskan satu kursus atau gabungan

beberapa kursus yang diambil terdahulu. Walau bagaimanapun, kursus

yang diambil terdahulu hanya boleh digunakan sekali sahaja bagi tujuan

pemindahan kredit kursus di Universiti.

Kaedah pemetaan kursus hendaklah mengambil kira pertindihan bagi

aspek-aspek (mengikut keutamaan) berikut:

(i) Kandungan kursus

(ii) Hasil Pembelajaran Kursus (CLO)/Objektif Kursus

(iii) Tahap kepayahan (jika ada)

Templat pemetaan kursus dan rubrik pemetaan adalah seperti diberi dalam

Lampiran C.

(d) Kaedah Penyetaraan Gred (tiada dalam Peraturan)

Gred/mata gred/markah yang diperolehi oleh pelajar akan disetarakan

dengan skim penggredan Universiti. (disusun mengikut keutamaan)

Page 12: GARIS PANDUAN PENGURUSAN PERMOHONAN PEMINDAHAN … Pemindahan Kre… · Pertama dan Ijazah Tinggi dalam menguruskan permohonan pemindahan kredit dan pengecualian kursus yang dikemukakan

12

Kursus yang gagal mengikut skim penggredan IPT luar tidak akan

dipertimbangkan untuk pemindahan kredit.

(e) Permohonan pemindahan kredit dan pengecualian kursus yang diperaku

oleh jawatankuasa khas PTj hendaklah dikemukakan kepada Unit

Pelaksanaan Dasar Akademik dan Data/Statistik (UPDAD), Bahagian

Akademik untuk pertimbangan JIPPK dan Senat. Permohonan hendaklah

dikemukakan bersama-sama dokumen berikut:

(i) Satu salinan hardcopy dan softcopy kertas tindakan JIPPK. Kertas

tindakan hendaklah mengandungi perkara berikut:

(A) Senarai kursus yang diperaku untuk diiktiraf bagi maksud

pemindahan kredit/pengecualian kursus untuk menggantikan

kursus di Universiti;

(B) Conversion table yang menunjukkan perbandingan markah

dan gred antara UA/IPT luar dan Universiti. Conversion table

perlu disertakan bersama cadangan pemindahan gred bagi

kursus-kursus yang diperaku;

(C) Borang permohonan pemindahan kredit. Bagi permohonan

pemindahan kredit dengan gred dan permohonan untuk

mencatatkan kursus dalam transkrip akademik, PTj perlu

memperakukan gred untuk setiap kursus. Bagi permohonan

pemindahan kredit tanpa gred, gred K akan diberikan;

dan/atau

Borang permohonan pengecualian kursus. Bagi

permohonan ini, PTj tidak perlu memperakukan sebarang

gred. Pelajar akan diberi gred K1.

Page 13: GARIS PANDUAN PENGURUSAN PERMOHONAN PEMINDAHAN … Pemindahan Kre… · Pertama dan Ijazah Tinggi dalam menguruskan permohonan pemindahan kredit dan pengecualian kursus yang dikemukakan

13

(D) Perincian penyetaraan jam nosional sekiranya PTj

memperaku kursus yang nilai kredit kurang daripada nilai

kredit yang ditawarkan oleh Universiti.

(ii) Salinan transkrip akademik kursus berkaitan bagi permohonan

pemindahan kredit atau dokumen bukti pengalaman dan kemahiran

terdahulu bagi permohonan pengecualian kursus.

(iii) Salinan Diploma/Ijazah Pertama/Ijazah Sarjana/Kedoktoran bagi

permohonan pemindahan kredit pelajar yang telah tamat pengajian.

(iv) Salinan keputusan peperiksaan/transkrip separa bagi permohonan

pemindahan kredit pelajar yang belum tamat pengajian.

(v) Salinan ringkasan/silibus kursus, skim penggredan dan dokumen

lain yang berkaitan.

Format kertas tindakan adalah seperti dalam Lampiran D.

(2) Permohonan Yang Diuruskan Secara Pentadbiran di PTj

Permohonan pemindahan kredit boleh diuruskan secara pentadbiran bagi kes-kes

berikut:

(a) Kursus yang telah diluluskan oleh Senat bagi maksud pemindahan kredit

dan/atau pengecualian kredit dalam tempoh lima (5) tahun dari kelulusan

Senat (berdasarkan ‘tahun’).

Contoh: Kursus yang diluluskan oleh Senat pada 26.10.2017 boleh

diuruskan secara pentadbiran di PTj sehingga 31 Disember 2021.

Nota: Bagi kursus-kursus yang telah diluluskan pemindahan dan

pengecualian kredit oleh Senat sebelum Semester 1, Sesi 2017/2018,

hanya kursus-kursus yang mempunyai pertindihan 80% dan ke atas sahaja

boleh diuruskan secara pentadbiran oleh PTj.

Page 14: GARIS PANDUAN PENGURUSAN PERMOHONAN PEMINDAHAN … Pemindahan Kre… · Pertama dan Ijazah Tinggi dalam menguruskan permohonan pemindahan kredit dan pengecualian kursus yang dikemukakan

14

(b) Kursus yang mempunyai kod, tajuk dan kredit yang sama bagi kes

pertukaran program pengajian. Kursus ini termasuklah Kursus Elektif Luar

Fakulti (KELF) dan Kursus Universiti lain seperti TITAS, Literasi Maklumat,

Hubungan Etnik, Asas Pembudayaan Keusahawanan, Kokurikulum dan

sebagainya.

Bagi permohonan pelajar yang bertukar program pengajian dari satu PTj ke

PTj lain, permohonan pemindahan kredit bagi Kursus Universiti/Kursus

Teras hendaklah diuruskan oleh PTj yang menerima pelajar tersebut.

(c) Kursus Bahasa Inggeris (GTEE) yang telah diluluskan penyetaraan oleh

Senat pada 22.12.2011 bagi komponen Bahasa Inggeris Komunikasi

seperti di Kembaran 1 dan Kembaran 2 atau penyetaraan lain yang

diluluskan oleh Senat dari semasa ke semasa.

9. PROSES PERMOHONAN PEMINDAHAN KREDIT DAN PENGECUALIAN KURSUS DI

BAHAGIAN AKADEMIK/INSTITUT PENGAJIAN SISWAZAH

Permohonan pemindahan kredit dan pengecualian kursus yang dikemukakan oleh PTj

akan diproses seperti berikut:

(1) Unit Pelaksanaan Dasar Akademik dan Data/Statistik (UPDAD)

(a) Membuat semakan perakuan PTj dan memaklumkan sebarang

penambahbaikan/pembetulan (jika perlu).

(b) Menguruskan mesyuarat JIPPK.

(c) Mengemukakan permohonan yang diperaku oleh JIPPK untuk

pertimbangan Senat.

(d) Memasukkan maklumat kursus yang menggunapakai kod universiti luar

dalam Skrin Maklumat Induk Kursus UMISIS. Kod UM akan diwujudkan

sekiranya kod kursus melebihi 8 aksara.

Page 15: GARIS PANDUAN PENGURUSAN PERMOHONAN PEMINDAHAN … Pemindahan Kre… · Pertama dan Ijazah Tinggi dalam menguruskan permohonan pemindahan kredit dan pengecualian kursus yang dikemukakan

15

(e) Mengemukakan permohonan pelajar Ijazah Pertama yang diluluskan oleh

Senat kepada Seksyen Kemasukan dan Rekod serta Seksyen Peperiksaan

untuk tindakan pengemaskinian dalam UMISIS.

(f) Mengemukakan permohonan pelajar Ijazah Tinggi yang diluluskan oleh

Senat kepada IPS untuk tindakan pengemaskinian dalam UMISIS.

(g) Memaklumkan keputusan permohonan kepada pelajar bagi program Ijazah

Pertama.

(2) Seksyen Kemasukan dan Rekod (SKR)

(a) Memasukkan maklumat penawaran kursus yang diluluskan pemindahan

kredit dan/atau pengecualian kursus dalam skrin Jadual Waktu Kuliah dan

Peperiksaan (JWKP), UMISIS.

(b) Memasukkan kursus dalam skrin Pendaftaran pelajar. Status kursus yang

diluluskan pemindahan kredit dengan gred akan dicatatkan sebagai PK,

status kursus yang diluluskan pemindahan kredit tanpa gred akan

dicatatkan sebagai K dan status kursus yang diluluskan pengecualian

kursus akan dicatatkan sebagai K1.

(3) Seksyen Peperiksaan (SP)

(a) Memasukkan gred kursus yang diluluskan oleh Senat.

(b) Menjana keputusan peperiksaan bagi program Ijazah Pertama untuk

dibawa ke mesyuarat Jawatankuasa Pemeriksa oleh PTj.

(4) Institut Pengajian Siswazah (IPS)

(a) Memasukkan maklumat penawaran kursus yang diluluskan pemindahan

kredit dan/atau pengecualian kursus dalam skrin Jadual Waktu Kuliah dan

Peperiksaan (JWKP), UMISIS.

Page 16: GARIS PANDUAN PENGURUSAN PERMOHONAN PEMINDAHAN … Pemindahan Kre… · Pertama dan Ijazah Tinggi dalam menguruskan permohonan pemindahan kredit dan pengecualian kursus yang dikemukakan

16

(b) Memasukkan kursus dalam skrin Pendaftaran. Status kursus yang

diluluskan pemindahan kredit dengan gred akan dicatatkan sebagai PK,

status kursus yang diluluskan pemindahan kredit tanpa gred akan

dicatatkan sebagai K dan status kursus yang diluluskan pengecualian

kursus akan dicatatkan sebagai K1.

(c) Memasukkan gred kursus yang diluluskan oleh Senat.

(d) Menjana keputusan peperiksaan bagi program Ijazah Tinggi untuk dibawa

ke mesyuarat Jawatankuasa Pemeriksa oleh PTj.

(e) Memaklumkan keputusan permohonan kepada pelajar bagi program Ijazah

Tinggi.

10. PEMAKLUMAN KEPUTUSAN KEPADA PELAJAR

(1) Permohonan Untuk Pertimbangan Senat Melalui Jawatankuasa Induk

Pemindahan Kredit dan Pengecualian Kursus (JIPPK)

(a) Ijazah Pertama

Surat makluman kepada pelajar akan dikeluarkan oleh UPDAD, Bahagian

Akademik dan disalinkan kepada:

(i) Seksyen Kemasukan dan Rekod serta Seksyen Peperiksaan untuk

tindakan pengemaskinian rekod pelajar dalam Sistem Maklumat

Bersepadu Pelajar (UMISIS); dan

(ii) Pengarah/Dekan PTj untuk rekod dalam fail pelajar.

(b) Ijazah Tinggi

Surat makluman kepada pelajar akan dikeluarkan oleh Unit Polisi dan

Pentadbiran Am, Institut Pengajian Siswazah (IPS) dan disalinkan kepada:

Page 17: GARIS PANDUAN PENGURUSAN PERMOHONAN PEMINDAHAN … Pemindahan Kre… · Pertama dan Ijazah Tinggi dalam menguruskan permohonan pemindahan kredit dan pengecualian kursus yang dikemukakan

17

(i) Unit Kemasukan dan Unit Penilaian untuk tindakan pengemaskinian

rekod pelajar dalam Sistem Maklumat Bersepadu Pelajar (UMISIS);

dan

(ii) Pengarah/Dekan PTj untuk rekod dalam fail pelajar.

(2) Permohonan Yang Diuruskan Secara Pentadbiran di PTj

Surat makluman kepada pelajar akan dikeluarkan oleh Pengarah/Dekan PTj dan

disalinkan kepada:

(a) Timbalan Pendaftar (Akademik) untuk program Ijazah Pertama; dan

(b) Dekan, Institut Pengajian Siswazah untuk program Ijazah Tinggi.

11. LAMPIRAN

(1) Borang Permohonan Pemindahan Kredit - Lampiran A

(2) Borang permohonan Pengecualian Kursus - Lampiran B

(3) Templat Kaedah Pemetaan Kursus - Lampiran C

(4) Templat Contoh Kertas Tindakan JIPPK - Lampiran D

Page 18: GARIS PANDUAN PENGURUSAN PERMOHONAN PEMINDAHAN … Pemindahan Kre… · Pertama dan Ijazah Tinggi dalam menguruskan permohonan pemindahan kredit dan pengecualian kursus yang dikemukakan

18

KEMBARAN 1

Panduan Pemindahan Kredit Bagi Kursus English Communication Programme (ECP) Lama

Kepada Kursus ECP Baru Bagi Pelajar Warganegara Pertukaran Program Pengajian Dalam

Universiti Malaya

ECP Lama ECP Baru Setaraf ECP Baru -

Kursus yang perlu didaftar

GTEE 1101 – Fundamentals

of English

(BAND MUET 1 dan 2)

GTEE 1107 – Communication

in English III

GTEE 1207 -

Communication in English IV

GTEE 1102 – English for

Academic Purposes

(BAND MUET 3/4/5/6)

GTEE 1112 – Introduction to

Critical Reading in English

GTEE 1109 – Speaking Skills

in English

Atau

GTEE 1110 – Writing Skills in

English

GTEE 1103 – Professional

Writing in English

(BAND MUET 3/4/5/6)

GTEE 1110 – Writing Skills in

English

GTEE 1109 – Speaking Skills

in English

GTEE 1104 – Effective

Presentation Skills

(BAND MUET 3/4/5/6)

GTEE 1109 – Speaking Skills

in English

GTEE 1110 – Writing Skills in

English

Page 19: GARIS PANDUAN PENGURUSAN PERMOHONAN PEMINDAHAN … Pemindahan Kre… · Pertama dan Ijazah Tinggi dalam menguruskan permohonan pemindahan kredit dan pengecualian kursus yang dikemukakan

19

Panduan - Pelajar dengan Band MUET 1 dan 2

(1) Di bawah program ECP Lama, pelajar yang telah mengambil dan lulus kursus

GTEE1101 sahaja, boleh memindah kredit ke kursus GTEE1107. Pelajar tersebut

dikehendaki mendaftar untuk kursus GTEE1207.

(2) Pelajar yang telah mengambil dan lulus kursus GTEE1101 dan salah satu kursus

daripada kumpulan GTEE1102/GTEE1103/GTEE1104, boleh memindah kredit ke

kursus GTEE1107 dan GTEE1112 atau GTEE1110 atau GTEE1109 mengikut jadual

di atas dan pelajar tersebut dianggap telah memenuhi keperluan ECP Baru.

Nota: Diluluskan oleh Senat pada 22 Disember 2011

Page 20: GARIS PANDUAN PENGURUSAN PERMOHONAN PEMINDAHAN … Pemindahan Kre… · Pertama dan Ijazah Tinggi dalam menguruskan permohonan pemindahan kredit dan pengecualian kursus yang dikemukakan

20

KEMBARAN 2

Panduan Pemindahan Kredit Bagi Kursus English Communication Programme (ECP) Lama

Kepada Kursus ECP Baru Bagi Pelajar Bukan Warganegara

ECP Lama ECP Baru Setaraf ECP Baru -

Kursus yang perlu didaftar

GTEE 1101 – Fundamentals

of English

(ELPIS – Gred C, C+, B-)

GTEE 1107 –

Communication in English

III

GTEE 1207 - Communication in

English IV

GTEE 1102 – English for

Academic Purposes

(ELPIS Gred B, B+, A-, A/

IELTS Band 6 / TOEFL - 550)

GTEE 1112 – Introduction

to Critical Reading in

English

GTEE 1109 – Speaking Skills in

English

Atau

GTEE 1110 – Writing Skills in

English

GTEE 1103 – Professional

Writing in English

(ELPIS Gred B, B+, A-, A /

IELTS Band 6 / TOEFL - 550)

GTEE 1110 – Writing Skills

in English

GTEE 1109 – Speaking Skills in

English

GTEE 1104 – Effective

Presentation Skills

(ELPIS Gred B, B+, A-, A /

IELTS Band 6 / TOEFL –

550)

GTEE 1109 – Speaking

Skills in English

GTEE 1110 – Writing Skills in

English

Page 21: GARIS PANDUAN PENGURUSAN PERMOHONAN PEMINDAHAN … Pemindahan Kre… · Pertama dan Ijazah Tinggi dalam menguruskan permohonan pemindahan kredit dan pengecualian kursus yang dikemukakan

21

Panduan - Pelajar dengan ELPIS Gred C, C+, B-

(1) Di bawah program ECP Lama, pelajar yang telah mengambil dan lulus kursus GTEE1101

sahaja, boleh memindah kredit ke kursus GTEE1107. Pelajar tersebut dikehendaki

mendaftar untuk kursus GTEE1207.

(2) Pelajar yang telah mengambil dan lulus kursus GTEE1101 dan salah satu kursus daripada

kumpulan GTEE1102/GTEE1103/GTEE1104, boleh memindah kredit ke kursus

GTEE1107 dan GTEE1112 atau GTEE1110 atau GTEE1109 mengikut jadual di atas dan

pelajar tersebut dianggap telah memenuhi keperluan ECP Baru.

Page 22: GARIS PANDUAN PENGURUSAN PERMOHONAN PEMINDAHAN … Pemindahan Kre… · Pertama dan Ijazah Tinggi dalam menguruskan permohonan pemindahan kredit dan pengecualian kursus yang dikemukakan

22

Lampiran A

BA79/2017(i)

AKADEMI/FAKULTI/PUSAT ______________________________________________

PERMOHONAN PEMINDAHAN KREDIT DENGAN GRED/TANPA GRED* SEMESTER ...................., SESI ..............................................

Nama Pelajar: No. Kad Pengenalan : No. Pendaftaran : Program Yang Sedang Diikuti di Universiti Malaya : Mod Pengajian (bagi program Ijazah Tinggi) : Jumlah Kredit Keseluruhan Pengijazahan :

A. Maklumat Kursus : (Diisi Oleh Pelajar) B. Perakuan: (Untuk Kegunaan A/F/P/I)

Kursus Setara Dari: …………………………………………………………. (Nyatakan nama universiti/institusi) Peringkat : ………………………………………………………………….. Pengajian (Nyatakan jenis sijil professional/diploma/ijazah) Nama Program: …………………………………………………………….. Sesi Masuk : …………………………………………………………………

Kursus di Universiti Malaya Sesi Masuk: ………………………………………………………………………

Pertindihan

Kursus

Perakuan

Kod Kursus

Tajuk Kursus Kredit Gred/

Mata Gred Kod

Kursus Tajuk Kursus Kredit

Komponen/ Kategori Kursus

% Diperakukan/

Tidak Kredit

Jumlah kredit yang dipohon : .................... kredit x RM 5.00 = RM .................... **

Page 23: GARIS PANDUAN PENGURUSAN PERMOHONAN PEMINDAHAN … Pemindahan Kre… · Pertama dan Ijazah Tinggi dalam menguruskan permohonan pemindahan kredit dan pengecualian kursus yang dikemukakan

23

Jumlah kredit yang diperaku : .................... kredit Perakuan Gred:

Jumlah pengecualian kredit ** /pemindahan kredit yang pernah diluluskan oleh Senat : .................... kredit

Jumlah Caj Pemprosesan : RM ………………………………….***

No. Resit Pembayaran : ………………………………………

Tarikh Terima Permohonan : ………………………………………

* Potong mana yang tidak berkenaan ** Merujuk kepada permohonan yang pernah diluluskan bagi pelajar Sesi Kemasukan 2016/2017 dan ke bawah (jika bekenaan) *** Bayaran caj pemprosesan hendaklah dilakukan atas nama BENDAHARI UNIVERSITI MALAYA, No. Akaun CIMB : 8001279998 Nota : (1) “Pemindahan kredit dengan gred” merujuk kepada pemindahan kredit bersama-sama gred bagi kursus daripada tahap kelayakan yang sama (horizontal) untuk pelajar

yang masih dalam pengajian.

(2) "Pemindahan kredit tanpa gred" merujuk kepada pemindahan kredit tanpa membawa gred terdahulu yang diperolehi bagi kursus dari:

(a) tahap kelayakan yang rendah (vertical) untuk pelajar yang telah tamat pengajian dengan jayanya; dan/atau (b) tahap kelayakan yang sama (horizontal) untuk pelajar yang -

(f) telah tamat pengajian dengan jayanya; atau (g) tidak menyempurnakan pengajian (tidak termasuk pelajar yang ditamatkan daripada program pengajian) tetapi telah mencapai tahap kompetensi

dalam kursus yang dipohon. Bagi kategori ini, pelajar hendaklah memenuhi tempoh permastautin untuk sekurang-kurangnya satu (1) tahun di Universiti Malaya.

Sila rujuk Peraturan-Peraturan Universiti Malaya (Pengajian Ijazah Pertama)/ Peraturan-Peraturan Universiti Malaya (Ijazah Sarjana)/ Peraturan-Peraturan Universiti Malaya (Ijazah Kedoktoran) versi terkini untuk maklumat terperinci.

Page 24: GARIS PANDUAN PENGURUSAN PERMOHONAN PEMINDAHAN … Pemindahan Kre… · Pertama dan Ijazah Tinggi dalam menguruskan permohonan pemindahan kredit dan pengecualian kursus yang dikemukakan

24

Lampiran B

BA79/2017(ii)

AKADEMI/FAKULTI/PUSAT ______________________________________________

PERMOHONAN PENGECUALIAN KURSUS

SEMESTER ...................., SESI ..............................................

Nama Pelajar: No. Kad Pengenalan : No. Pendaftaran : Program Yang Sedang Diikuti di Universiti Malaya : Mod Pengajian (bagi program Ijazah Tinggi) : Jumlah Kredit Keseluruhan Pengijazahan :

A. Maklumat Kursus : (Diisi Oleh Pelajar) B. Perakuan: (Untuk Kegunaan A/F/P/I)

Perincian Pengalaman dan Kemahiran Terdahulu (sila kemukakan bersama dokumen bagi membuktikan setiap pengalaman dan kemahiran yang dinyatakan)

Kursus di Universiti Malaya * Sesi Masuk: ………………………………………………………………………

Pertindihan Kursus

Perakuan

Kod

Kursus Tajuk Kursus Kredit

Komponen/ Kategori Kursus

% Diperakuka

n/ Tidak Kredi

t

Perancangan Pendaftaran Kursus Ganti:

Kod Kursus Tajuk Kursus Kredit Komponen/Kategori Kursus Jangkaan Semester Mendaftar

Page 25: GARIS PANDUAN PENGURUSAN PERMOHONAN PEMINDAHAN … Pemindahan Kre… · Pertama dan Ijazah Tinggi dalam menguruskan permohonan pemindahan kredit dan pengecualian kursus yang dikemukakan

25

Jumlah kredit yang dipohon : .................... kredit x RM 5.00 = RM .................... **

Jumlah kredit yang diperaku : .................... kredit

Jumlah Caj Pemprosesan : RM ………………………………….

No. Resit Pembayaran : ………………………………………

Tarikh Terima Permohonan : ………………………………………

* Bagi program Ijazah Pertama, pengecualian kursus hanya dibenarkan bagi kategori Kursus Universiti dan Kursus Elektif Fakulti (KEF) Bagi program Ijazah Tinggi, pengecualian kursus hanya dibenarkan bagi kategori Kursus Pilihan Fakulti (KPF) ** Bayaran caj pemprosesan hendaklah dilakukan atas nama BENDAHARI UNIVERSITI MALAYA, No. Akaun CIMB : 8001279998

Page 26: GARIS PANDUAN PENGURUSAN PERMOHONAN PEMINDAHAN … Pemindahan Kre… · Pertama dan Ijazah Tinggi dalam menguruskan permohonan pemindahan kredit dan pengecualian kursus yang dikemukakan

26

Lampiran C

Jadual Pemetaan Kursus xxxx Universiti Malaya dan Kursus xxxx Universiti xxxxx

Perkara UM IPT Luar Markah

Penyetaraan Catatan

Wajaran Markah *

Tajuk/Kod -

Kandungan Kursus

70

Hasil Pembelajaran Kursus (CLO)/ Objektif Kursus

30

Tahap Kepayahan (jika ada)

-

Jumlah Peratus Pertindihan Keseluruhan

Page 27: GARIS PANDUAN PENGURUSAN PERMOHONAN PEMINDAHAN … Pemindahan Kre… · Pertama dan Ijazah Tinggi dalam menguruskan permohonan pemindahan kredit dan pengecualian kursus yang dikemukakan

27

* Rubrik pemarkahan:

Peratus Pertindihan Markah

Kandungan Markah

Hasil Pembelajaran Kursus (CLO)

≥ 80% 70 30

65 ≤ x ≤79 60 20

50 ≤ x ≤ 64 50 10

x ≤ 49 0 0

Page 28: GARIS PANDUAN PENGURUSAN PERMOHONAN PEMINDAHAN … Pemindahan Kre… · Pertama dan Ijazah Tinggi dalam menguruskan permohonan pemindahan kredit dan pengecualian kursus yang dikemukakan

28

Lampiran D

Contoh Kertas Tindakan JIPPK

No rujukan PTj

No perkara akan dimasukkan oleh UPDAD Perkara : 3(1)

Masukkan tarikh mesyuarat JIPPK : xx.xx.2018

PERMOHONAN PEMINDAHAN KREDIT masukkan – dengan gred/tanpa gred

FAKULTI --------------------------------------------------------- SEMESTER --, SESI ----/----

1. Tujuan

Untuk pertimbangan Jawatankuasa Induk Pemindahan Kredit dan Pengecualian Kursus (JIPPK) seperti berikut:

(1) Kursus yang diikuti semasa Program Pertukaran Pelajar yang disenaraikan dalam

Lampiran A diiktiraf bagi maksud pemindahan kredit dengan gred untuk menggantikan kursus berkenaan di Universiti.

(2) Kursus peringkat Diploma yang diikuti oleh pelajar sebelum diterima masuk ke Universiti yang disenaraikan dalam Lampiran B diiktiraf bagi maksud pemindahan kredit tanpa gred untuk menggantikan kursus berkenaan di Universiti.

(3) ------(Bil Pelajar)------ pelajar yang mengikuti Program Pertukaran Pelajar

dipertimbangkan pemindahan kredit dengan gred: Lampiran X- hingga X-. (4) ----- (Nama Pelajar) (No Pendaftaran Pelajar) ----- yang telah mengikuti program

Diploma ------ di ------ sebelum diterima masuk ke Universiti dipertimbangkan untuk pemindahan kredit tanpa gred: Lampiran X-. (jika seorang pelajar sahaja)

(5) ----- (Bil Pelajar) ----- yang telah mengikuti program Diploma sebelum diterima

masuk ke Universiti dipertimbangkan untuk pemindahan kredit tanpa gred: Lampiran X- hingga X-. (jika lebih daripada pelajar)

Susunan: (1) Pemindahan kredit dengan gred

Exchange programme Lampiran umum

Pertukaran program pengajian dalam Universiti (2) Pemindahan kredit tanpa gred (3) Susunan maklumat permohonan pelajar

2. Latar Belakang

Mesyuarat Jawatankuasa xxxxxxx Fakulti pada xx.xx.xxxx telah meneliti permohonan

pemindahan kredit pelajar dan bersetuju memperakukan kepada Jawatankuasa Induk Pemindahan Kredit dan Pengecualian Kursus (JIPPK) seperti berikut:

Page 29: GARIS PANDUAN PENGURUSAN PERMOHONAN PEMINDAHAN … Pemindahan Kre… · Pertama dan Ijazah Tinggi dalam menguruskan permohonan pemindahan kredit dan pengecualian kursus yang dikemukakan

29

(1) Kursus yang diikuti semasa Program Pertukaran Pelajar yang disenaraikan dalam

Lampiran X diiktiraf bagi maksud pemindahan kredit dengan gred untuk menggantikan kursus berkenaan di Universiti.

(2) Kursus peringkat Diploma yang diikuti oleh pelajar sebelum diterima masuk ke

Universiti yang disenaraikan dalam Lampiran X diiktiraf bagi maksud pemindahan kredit tanpa gred untuk menggantikan kursus berkenaan di Universiti.

(3) ---- Bil Pelajar----- berikut dipertimbangkan untuk pemindahan kredit dengan gred:

(4) -- Nama Pelajar -- (No Pendaftaran Pelajar) ----- yang telah mengikuti program Diploma ----- Nama Program----- di -----Nama UA/IPT----- sebelum diterima masuk ke Universiti dipertimbangkan untuk pemindahan kredit tanpa gred: Lampiran X-. (jika seorang pelajar sahaja)

3. Tindakan

Untuk pertimbangan JIPPK seperti berikut:

(5) Kursus yang diikuti semasa Program Pertukaran Pelajar yang disenaraikan dalam

Lampiran X diiktiraf bagi maksud pemindahan kredit dengan gred untuk menggantikan kursus berkenaan di Universiti.

(6) Kursus peringkat Diploma yang diikuti oleh pelajar sebelum diterima masuk ke

Universiti yang disenaraikan dalam Lampiran X diiktiraf bagi maksud pemindahan kredit tanpa gred untuk menggantikan kursus berkenaan di Universiti.

(7) Sekiranya perenggan 3(1) dan 3(2) di atas dipersetujui, maka pelajar-pelajar yang

borang permohonan mereka diberi dalam Lampiran X- hingga Lampiran X- dan Lampiran X- diluluskan pemindahan kredit dengan gred/tanpa gred seperti mana yang dinyatakan.

Bil Nama No.

Pendaftaran Pelajar

Universiti Luar Negara

Lampiran

1. Lampiran xx

2. Lampiran xx

3. Lampiran xx

4. Lampiran xx

5. Lampiran xx

Page 30: GARIS PANDUAN PENGURUSAN PERMOHONAN PEMINDAHAN … Pemindahan Kre… · Pertama dan Ijazah Tinggi dalam menguruskan permohonan pemindahan kredit dan pengecualian kursus yang dikemukakan

30

LAMPIRAN X

PEMINDAHAN KREDIT DENGAN GRED

Kursus Universiti Malaya Sarjana Muda ----------------------

-------- Nama UA/IPT----------

Pertindihan Kursus

Kod Kursus

Tajuk Kursus Kredit Kod Kursus Tajuk Kursus Kredit %

Conversion Table Perbandingan markah dan gred adalah seperti berikut:

Skim Penggredan Universiti Malaya -------------------------

Markah Gred Mata Gred

Markah Gred Mata Gred

90 - 100 A+ 4.0

80 – 89 A 4.0

75 – 79 A- 3.7

70 – 74 B+ 3.3

65 – 69 B 3.0

60 – 64 B- 2.7

55 – 59 C+ 2.3

50 – 54 C 2.0

45 – 49 C- 1.7

40 – 44 D+ 1.3

35 – 39 D 1.0

0 – 34 F 0.0

Cadangan Pemindahan Gred:

Kursus dari -------------------------

Gred Kursus

Universiti Malaya Gred

Diperakukan

(Kod Kursus) (Tajuk Kursus)

A+

A

Page 31: GARIS PANDUAN PENGURUSAN PERMOHONAN PEMINDAHAN … Pemindahan Kre… · Pertama dan Ijazah Tinggi dalam menguruskan permohonan pemindahan kredit dan pengecualian kursus yang dikemukakan

31

A-

B+

C

(Kod Kursus) (Tajuk Kursus) A+

A

A-

B+

C

Cadangan pemindahan gred perlu dibuat bagi gred A+ - C

Conversion Graft

Masukkan jika ada Masukkan untuk setiap kursus

0

10

20

30

40

50

60

70

80

90

100

A+ A A- B+ B B- C+ C C- D+ D F

UM xxxxx

Page 32: GARIS PANDUAN PENGURUSAN PERMOHONAN PEMINDAHAN … Pemindahan Kre… · Pertama dan Ijazah Tinggi dalam menguruskan permohonan pemindahan kredit dan pengecualian kursus yang dikemukakan

32

Lampiran X-

Jadual Pemetaan Kursus Kursus xxxx Universiti Malaya dan Kursus xxxx Universiti xxxxx

Perkara UM IPT Luar Markah

Penyetaraan Catatan

Wajaran Markah *

Tajuk/Kod -

Kandungan Kursus

70

Hasil Pembelajaran Kursus (CLO)/ Objektif Kursus

30

Tahap Kepayahan (jika ada)

-

Jumlah Peratus Pertindihan Keseluruhan

Page 33: GARIS PANDUAN PENGURUSAN PERMOHONAN PEMINDAHAN … Pemindahan Kre… · Pertama dan Ijazah Tinggi dalam menguruskan permohonan pemindahan kredit dan pengecualian kursus yang dikemukakan

33

LAMPIRAN X

PEMINDAHAN KREDIT TANPA GRED

Kursus Universiti Malaya Sarjana Muda -----------------------

-------- Nama UA/IPT----------

Pertindihan Kursus

Kod Kursus

Tajuk Kursus Kredit Kod Kursus Tajuk Kursus Kredit %

Conversion Table Perbandingan markah dan gred adalah seperti berikut:

Skim Penggredan Universiti Malaya -------------------------

Markah Gred Mata Gred

Markah Gred Mata Gred

90 - 100 A+ 4.0

80 – 89 A 4.0

75 – 79 A- 3.7

70 – 74 B+ 3.3

65 – 69 B 3.0

60 – 64 B- 2.7

55 – 59 C+ 2.3

50 – 54 C 2.0

45 – 49 C- 1.7

40 – 44 D+ 1.3

35 – 39 D 1.0

0 – 34 F 0.0

Page 34: GARIS PANDUAN PENGURUSAN PERMOHONAN PEMINDAHAN … Pemindahan Kre… · Pertama dan Ijazah Tinggi dalam menguruskan permohonan pemindahan kredit dan pengecualian kursus yang dikemukakan

34

Conversion Graft

0

10

20

30

40

50

60

70

80

90

100

A+ A A- B+ B B- C+ C C- D+ D F

UM xxxxx

Page 35: GARIS PANDUAN PENGURUSAN PERMOHONAN PEMINDAHAN … Pemindahan Kre… · Pertama dan Ijazah Tinggi dalam menguruskan permohonan pemindahan kredit dan pengecualian kursus yang dikemukakan

35

Lampiran X-

Jadual Pemetaan Kursus Kursus xxxx Universiti Malaya dan Kursus xxxx Universiti xxxxx

Perkara UM IPT Luar Markah

Penyetaraan Catatan

Wajaran Markah *

Tajuk/Kod -

Kandungan Kursus

70

Hasil Pembelajaran Kursus (CLO)/ Objektif Kursus

30

Tahap Kepayahan (jika ada)

-

Jumlah Peratus Pertindihan Keseluruhan

Page 36: GARIS PANDUAN PENGURUSAN PERMOHONAN PEMINDAHAN … Pemindahan Kre… · Pertama dan Ijazah Tinggi dalam menguruskan permohonan pemindahan kredit dan pengecualian kursus yang dikemukakan

36

LAMPIRAN X1

BA79/2017(i) (masukkan nama A/F/P/I)

AKADEMI/FAKULTI/PUSAT ______________________________________________

PERMOHONAN PEMINDAHAN KREDIT DENGAN GRED/TANPA GRED* (potong yang tidak berkenaan – ikut permohonan pelajar) SEMESTER ...................., SESI ..............................................

Nama Pelajar: No. Kad Pengenalan : No. Pendaftaran : Program Yang Sedang Diikuti di Universiti Malaya : Mod Pengajian (bagi program Ijazah Tinggi) : Jumlah Kredit Keseluruhan Pengijazahan :

A. Maklumat Kursus : (Diisi Oleh Pelajar) B. Perakuan: (Untuk Kegunaan A/F/P/I)

Kursus Setara Dari: …………………………………………………………. (Nyatakan nama universiti/institusi) Peringkat : ………………………………………………………………….. Pengajian (Nyatakan jenis sijil professional/diploma/ijazah) Nama Program: …………………………………………………………….. Sesi Masuk : …………………………………………………………………

Kursus di Universiti Malaya Sesi Masuk: ………………………………………………………………………

Pertindihan

Kursus

Perakuan

Kod Kursus

Tajuk Kursus Kredit Gred/

Mata Gred Kod

Kursus Tajuk Kursus Kredit

Komponen/ Kategori Kursus

% Diperakukan/

Tidak Kredit

- KELF

Jumlah kredit yang dipohon : .................... kredit x RM 5.00 = RM .................... **

Page 37: GARIS PANDUAN PENGURUSAN PERMOHONAN PEMINDAHAN … Pemindahan Kre… · Pertama dan Ijazah Tinggi dalam menguruskan permohonan pemindahan kredit dan pengecualian kursus yang dikemukakan

37

Jumlah kredit yang diperaku : .................... kredit Perakuan Gred: (sila nyatakan kod dan tajuk kursus IPT luar bagi permohonan pemindahan kredit kursus yang tiada dalam SPI) ……………………………………………………………,,ggggg

Jumlah pengecualian kredit ** /pemindahan kredit yang pernah diluluskan oleh Senat : .................... kredit

Jumlah Caj Pemprosesan : RM ………………………………….***

No. Resit Pembayaran : ………………………………………

Tarikh Terima Permohonan : ………………………………………