pemikiran tidak rasional

10
PEMIKIRAN TIDAK RASIONAL VEEMALA, SARASVATHY DAN SUJATHA 1.0 Pendahuluan Emosi dan rasional saling mempengaruhi corak pemikiran manusia. Emosi adalah penting dalam pemikiran rasional kerana ia memberi informasi mengenai pemahaman terhadap dunia. George (1995) mengandaikan bahawa gangguan emosi akan berlaku jika seseorang individu itu meletakkan keperluaan keutamaan kepada ingin disayangi. Berfikir secara tidak rasional akan menjejaskan kecenderungan manusia untuk hidup diiktiraf. Sidek Baba (2006) menyatakan bahawa perkataan rasional berasal dari perkataan ratio yang bererti akal atau minda. Akal manusia bertindak hasil daripada pemerhatian, cerapan, pengalaman dan penelitian yang menghubungkan diri dengan persekitaran. Berfikir secara rasional pula bermakna berfikir secara waras untuk mendapatkan jawapan. Menurut Froggatt (2005) pemikiran tidak rasional adalah pemikiran yang negatif yang menghindarkan seseorang untuk mencapai matlamatnya. Kemurungan boleh berlaku jika perasaan dinilai secara ekstrim. Pembentukan tidak rasional akan mendorong pembentukan tingkahlaku yang menjejaskan diri sendiri, orang lain

Upload: rv-mala-ramachandran

Post on 01-Dec-2015

605 views

Category:

Documents


28 download

DESCRIPTION

Pemikiran tidak Rasional Albert Ellis

TRANSCRIPT

Page 1: Pemikiran Tidak Rasional

PEMIKIRAN TIDAK RASIONAL

VEEMALA, SARASVATHY DAN SUJATHA

1.0 Pendahuluan

Emosi dan rasional saling mempengaruhi corak pemikiran manusia. Emosi adalah penting

dalam pemikiran rasional kerana ia memberi informasi mengenai pemahaman terhadap dunia.

George (1995) mengandaikan bahawa gangguan emosi akan berlaku jika seseorang individu itu

meletakkan keperluaan keutamaan kepada ingin disayangi. Berfikir secara tidak rasional akan

menjejaskan kecenderungan manusia untuk hidup diiktiraf.

Sidek Baba (2006) menyatakan bahawa perkataan rasional berasal dari perkataan ratio

yang bererti akal atau minda. Akal manusia bertindak hasil daripada pemerhatian, cerapan,

pengalaman dan penelitian yang menghubungkan diri dengan persekitaran. Berfikir secara

rasional pula bermakna berfikir secara waras untuk mendapatkan jawapan.

Menurut Froggatt (2005) pemikiran tidak rasional adalah pemikiran yang negatif yang

menghindarkan seseorang untuk mencapai matlamatnya. Kemurungan boleh berlaku jika

perasaan dinilai secara ekstrim. Pembentukan tidak rasional akan mendorong pembentukan

tingkahlaku yang menjejaskan diri sendiri, orang lain dan termasuk kehidupannya. Pemikiran

tidak rasional ini juga mempunyai nilai realiti dimana tidak disokong oleh bukti yang diperolehi.

Pemikir terlalu menuntut kerana tidak logic untuk mernilai sendiri.

Albert Ellis mengemukakan 12 Pemikiran Tidak Rasional (Sabariah Siron,2005)

1. Seseorang individu seharusnya dikasihi dan disayangi oleh orang yang signifikan.

2. Seseorang individu seharusnya lengkap,cekap dan berjaya dalam semua perkara yang

dilakukannya tanpa melakukan kesalahan.

3. Manusia tidak seharusnya melakukan kesilapan.Mereka perlu dihukum dan dipersalahkan

jika berkelakuan buruk, tidak adil atau mementingkan diri sendiri.

Page 2: Pemikiran Tidak Rasional

4. Apa yang berlaku mestilah seperti yang saya rancang. Kehidupan ini huru hara apabila

sesuatu perkara yang terjadi tidak seperti yang diharapkan dan diimpikan.

5. Kesengsaraan dan kesedihan adalah disebabkan oleh perkara-perkara di luar kawalan

individu dan juga disebabkan oleh factor-faktor luaran. Saya tidak boleh melakukan apa-

apa untuk membuat saya gembira.

6. Seseorang individu mesti merasa bimbang tentang perkara-perkara yang boleh

mendatangkan bahaya,menakutkan dan tidak seksa.

7. Seseorang individu perlu menggelakkan diri daripada kesukaran,ketidakselesaan dan

bertanggungjawab kerana kehidupan ini sangat membebankan.

8. Seseorang individu itu seharusnya bergantung kepada orang lain yang lebih berkuasa dan

kuat.

9. Peristiwa masa lampau telah menyebabkan masalah yang saya hadapi dan menentukan

tingkahlaku manusia dan perasaan individu.

10. Seseorang itu sepatutnya berasa sedih dan mengambil berat apabila melihat orang lain

menghadapi masalah dan kesukaran.

11. Seseorang individu itu tidak tahan dengan perasaan tidak selesa dan sakit walaupun apa

dilakukan untuk mengatasinya.

12. Sesuatu masalah itu ada penyelesaian yang paling baik dan tidak sepatutnya penyelesaian

itu tidak ditemuinya.

2.2 Kelemahan Pemikiran Tidak Rasional

Berfikiran tidak rasional menghalang seseorang individu untuk berkembang dalam

kehidupan seharian. Mereka sering berasa kurang berkeyakinan diri dan kerap bergantung

kepada orang lain. Individu juga mengabaikan hal-hal positif dalam kehidupan dan terlalu cepat

membuat generalisasi. Mereka tidak berminat pada diri sendiri dan tidak berminat bersosial.

Keyakinan pada diri adalah kurang mereka juga tidak berani mengambil risiko dalam

kehidupan. Pemikir tidak rasional juga tidak menerima kenyataan dan tidak bertolenrasi

terhadap pihak lain.

4.0 Tokoh

Tokoh Pemikiran Tidak Rasional adalah Albert Ellis yang dilahirkan di Pittsburg pada 27

September 1913 sebagai seorang yahudi. Beliau meninggal pada tahun 2007. Beliau merupakan

Page 3: Pemikiran Tidak Rasional

anak sulung dan mempunyai seorang adik lelaki dan juga perempuan. Bapa Ellis adalah seorang

ahli perniagaan yang sibuk yang kurang mengambil berat serta memperdulikan beliau dan adik

beradiknya Ibunya juga tidak menjalankan tanggungjawab terhadap anak-anaknya. Semasa

berumur 4 tahun beliau menetap di New York. Semasa kanak-kanak, beliau dimasukkan ke

hospital 9 kali kerana menghadapi penyakit nefritis dan renal glycosuria. Sepanjang berada

dalam wad ibu bapanya tidak meziarahi beliau. Mereka juga tidak memberi sokonga emosi

terhadap beliau.Semasa berumur 40 tahun Abert Ellis menghidap penyakit kencing manis.

Walaupun berpenyakit, beliau bersikap optimis dan menjalani kehidupan yang aktif.

Ellis memperolehi Ijazah Sarjana Muda dalam bidang perniagaan dari City University, New

York. Beliau menceburkan diri dalam perniagaan setelah tamat pengajian tetapi tidak

mendatangkan hasil yang diharapkan.. Kemudiannya beliau terlibat dalam penulisan buku

berbentuk fiksyen tetapi tidak begitu diminati olehnya. Seterusnya terlibat dengan menulis

buku berbentuk bukan fiksyen dan berbentuk pengetahuan. Beliau meminati penulisan buku

bukan fiksyen dan Berjaya untuk menulis buku tentang “seksualiti manusia..” Pada ketika itu

tidak ada ramai pakar seksualiti manusia. Beliau menjadi perunding seksualiti manusia

kemudiannya. Kerjaya ini menyebabkan dia menyambung pengajian dalam Sarjana dan

seterusnya Phd bidang psikologi klinika di Columbia Universiti pada tahun 1942. Beliau terlibat

dengan pekerjaan ahli psikologi klinikal semasa menyambung pelajaran.Setelah menamatkan

PhD, Ellis mendapat latihan lanjutan dalam pendekatan psikoanalisis dibawah penyeliaan

Richard Hullbeck, ketua latihan Institut Kolej Horney, termasuk juga Alferd Adler, Erich Fromm

dan Hary Stack Sullivan .

3.0 Teori

Terapi Tingkah Laku Rasional Emotif

Terapi Tingkah Laku Rasional Emotif (Rational Emotive Behaviour Theraphy)

diperkenalkan oleh Albert Ellis yang merupakan satu system dan amalan psikoteraputik dan

juga satu bentuk pemahaman. Tumpuan REBT adalah untuk menunjukkan bagaimana untuk

mengubah kepercayaan tidak rasional yang disebabkan oleh kesan emosi (Ellis,1970 )

Page 4: Pemikiran Tidak Rasional

Pada asalnya teori ini dikenali sebagai terapi rasional(1951) dan kemudiannya ditukarkan

kepada terapi rasional emotif pada tahun 1959. Mulai tahun 1992 terapi rasional emotif

ditukarkan kepada terapi tingkah laku emotif

Albert Ellis adalah anak murid Freud yang menggunakan pendekatan psiokoanalisis.

Albert Ellis berpendapat bahawa individu yang bermasalah menjadi lebih kritikal dengan

pendekatan psikoanalitik ( Ellis 1999,2000, 2001,2002)

Menurut Muhd Mansur Abdullah (1997) Ellis menggabungkan sistem psikologi dan

falsafah dalam teorinya iaitu gabungan Falsafah Stoic, Psikoanalisis Freud, Psikologi individu

Alfred Adler dan orentasi tingkah laku Pavlou dan Walpe. Gabungan pendekatan membantu

meneguhkan teorinya. Ellis menekankan bahawa :

“ When people emote they also think and act. When they act, they also think and emote.When

they think,they also emote and act”

Teori Tingkah Laku Rasional Emotif mementingkan tiga aspek iaitu kognitif, emosi dan

aspek tingkah laku. Ia menekankan pemikiran,penganalisaan,penilaian,perlakuan dan membuat

keputusan. Pendekatan teori ini bercorak deduktif, mengawal dan mengutamakan kepada

pemikiran tidak rasional kepada pemikiran rasional. Terapi ini yakin bahawa individu yang

berfikiran tidak rasional boleh diperbetulkan.

Teori personality A-B-C berpusat kepada terapi REBT . Corey (1996) menekankan bahawa

konsep A-B-C dalam teori REBT, jika emosi seseorang individu itu terganggu kerana

pemikiran tidak rasional, ia perlu dicabar dan ditukarkan kepada pemikiran yang logic, matang

dan realistic.

Model A-B-C menunjukkan bahawa seseorang individu itu berkecenderungan membiarkan

dirinya terganggu. Walaubagaimanapun mempunyai peluang untuk mengubah proses kognitif,

emosi dan tingkah laku.

Mengikut Shamsina Shamsuddin (2013), Model ABC bermaksud seperti berikut:

Page 5: Pemikiran Tidak Rasional

A = Activating event (peristiwa yang menjadi pencetus perasaan dan tingkah laku)

B = Beliefs (Kepercayaan)

C = Consequences (Akibat)

D = Disputing (Mempertikaikan)

E = Effective ways of thinking, feeling and behaving ( cara yang baik untuk berfikir, bertingkah

laku dan berperasaan.

A - Merujuk kepada situasi,peristiwa , pengalaman yang telah berlaku yang menjadi pencetus

kepada perasaan dan tingkah laku.

Menurut kajian Ellis ( 1987 ), terdapat lapan jenis kepercayaan tidak rasional yang biasa

wujud dalam penafsiran pengalaman (A ). Cara pemikiran yang sentiasa membawa kepada

pemikiran tidak rasional pula termasuk generalisasi, keterlaluan ( over-generalizing) , inferens

tidak berasas (arbitrary inference), pengabstrakan terpilih (selective abstraction), pembesaran

atau pengecilan ( magnification or minimization), tanggungjawab keterlaluan (excessive

responsibility), rujukan diri ( self-references), personalisasi ( personalization),

pemikirandiktomus ( dichotomous thinking) dan pemikiran mutlak ( absolutistic thinking).

( Prochaska & Narcross, 1999).

B- Kepercayaan yang dibentuk akibat daripada situasi yang telah berlaku di ‘A’

C- Kepercayaan mengeluarkan perasaan dan tingkah laku

D-Cara yang digunakan untuk menentang keyakinan yang tidak rasional

E- Cara efektif untuk berfikir, tingkah laku dan berperasaan

7.0 Implikasi Pemikiran Tidak Rasional Terhadap Amalan Pendidikan

Page 6: Pemikiran Tidak Rasional

1.Pelajar digalakkan untuk bertanggungjawab terhadap tugas yang diberikan. Sebagai contohnya

kebersihan bilik darjah perlu dijaga bersama agar tidak timbul pemikiran tidak rasional untuk

melarikan diri daripada tanggungjawab. Ketua kelas dan pengawas perlu memantau kebersihan

bilik darjah dan juga keadaan kelas dari masa ke semasa.

2. Pelajar perlu diberi keyakinan oleh guru agar dia tidak bergantung sepenuhnya kepada orang

lain. Peneguhan positif akan menimbulkan keyakinan terhadap diri pelajar.

3. Tidak ada jalan mudah untuk mencapai kejayaan. Pelajar perlu berkerja keras untuk

mencapaian impian hidup. Maka terapkan semangat positif pada pelajar untuk menerima dan

membuat kerja rumah yang diberikan guru. Latihan tambahan akan memperkukuhkan ingatan

pelajar terhadap pelajaran yang telah diajar.

4.Guru perlu memotivasikan pelajar agar tidak mudah buruk prasangka. Tanamkan pemikiran

rasional dengan memberi pelbagai situasi kepada pelajar dan menyuruh mereka memberi

pendapat. Guru perlu mengulas pendapat pelajar. Pendapat tidak rasional perlu dimurnikan dan

guru memainkan peranan yang besar untuk mengubah corak pemikiran tidak rasional pelajar.

5. Salah satu punca stres adalah pemikiran tidak rasional. Terdapat segelintir pelajar pemikiran

tidak rasional yang tidak gemar untuk berkawan. Mereka suka hidup bersendirian. Aktiviti

berkumpulan menggalakan pelajar berinteraksi di antara satu sama lain. Galakkan pelajar

melakukan aktiviti menarik bersama seperti.

8.0 Kesimpulan

Pemikiran Rasional dipelopori oleh Dr Albert Ellis. Beliau mengemukakan dua belas idea

pemikiran tidak rasional. Pemikir tidak rasional mendesak agar kehendak mereka dipenuhi Ellis

mempercayai bahawa reaksi emosi serta gaya hidup seseorang berkait rapat dengan kepercayan

asas individu. Reaksi emosi adalah hasil pemikiran rasional dan tidak rasional. Pemikiran tidak

rasional adalah punca asas gangguan psikologi. Manusia bertanggungjawab terhadap perasaan

gangguan yang ditimbulkan oleh mereka secara sedar ataupun tidak sedar. REBT diperkenalkan

oleh Dr. Albert Ellis setelah mendapati pendekatan psikoanalitik tidak menyelesaikan masalah

Page 7: Pemikiran Tidak Rasional

pemikiran seseorang individu. Pendekatan REBT adalah untuk merasionalkan pemikiran tidak

rasional.