pemerkasaan wanita dalam industri desa iaitu iks

14
PEMERKASAAN WANITA DALAM INDUSTRI DESA IAITU IKS (Modal Insan dan Sektor Desa) Nama: Fatin Syahirah Binti Umar No Matrik: A 133335 Nama Pensyarah: Prof. Dr. Rahimah Bt.Abdul Aziz 1/25/2013 SKAA 3153 SOSIOLOGI DESA 1

Upload: syahirah-umar

Post on 03-Jul-2015

1.503 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pemerkasaan wanita dalam industri desa iaitu iks

PEMERKASAAN WANITA DALAM INDUSTRI DESA IAITU IKS

(Modal Insan dan Sektor Desa)

Nama: Fatin Syahirah Binti Umar

No Matrik: A 133335

Nama Pensyarah: Prof. Dr. Rahimah Bt.Abdul Aziz

1/25/2013 SKAA 3153 SOSIOLOGI DESA 1

Page 2: Pemerkasaan wanita dalam industri desa iaitu iks

PENGENALAN

• Wanita, ibu tunggal, golongan isteri, anak-anak gadis merupakan golongansasaran utama yang boleh dan akan menyumbang ke arah peningkatanpendapatan dan kualiti hidup masyarakat.

• wanita punyai peranan tradisional yang dimainkan iaitu sebagai surirumahtangga yang mempunyai tanggjungwajab dalam melahirkan, membesarkan anak-anak, menguruskan hal-hal rumah tangga sepertimengemas, memasak, membasuh dan lain-lain bagi memenuhi keperluansosial keluarga di rumah, namun begitu di zaman kini peranan wanitadilihat semakin luas mencakupi pelbagai bidang.

• mereka juga punyai peranan dalam menjana ekonomi keluarga bahkan turutmembantu membangun ekonomi dan menjana pendapatan negara.

• Kaitan penglibatan wanita dalam Industri Kecil dan Sederhana (IKS) dilihat semakin signifikan dalam merangsang pertumbuhan ekonominegara. Kesungguhan kerajaan dalam membantu usahawan wanita inidirealisasikan menerusi program-program khusus yang telah dirangka olehkerajaan seperti Rancangan Malaysia (RMK).

1/25/2013 SKAA 3153 SOSIOLOGI DESA 2

Page 3: Pemerkasaan wanita dalam industri desa iaitu iks

PEMERKASAAN WANITA

• Pemerkasaan didefinisikan mengikut kamusDewan Bahasa dan Pustaka ialah hebat (unggul, kuat, terkenal, berdaulat, dominan dansebagainya.

• Manakala sumber tenaga wanita pula adalahpenting bagi meneruskan hala tuju pembangunansesebuah negara (Hemmati, 2001) dan disebabkanitu penting bagi negara punyai tugas danberperanan dalam memperkasakan tugas danbakat wanita.

1/25/2013 SKAA 3153 SOSIOLOGI DESA 3

Page 4: Pemerkasaan wanita dalam industri desa iaitu iks

• dalam mengembangkan perniagaan seseorang wanita perlumengingkatkan pendapatan melalui ilmu teknologimaklumat

• cara memberikan latihan pembinaan laman sesawang dalammempromosikan segala barangan dan perkhidmatan merekake seluruh dunia.

• Penambahan ilmu iaitu dalam bidang teknologi maklumatdan latihan pembangunan modal insan memerlukankemahiran pembangunan E-perniagaan yang baik.

• Modul yang sepatutnya meliputi asas kemahiran perniagaandan pengurusan, membina kecekapan keushawanan, khidmat nasihat dana dan kewangan, pengeluaran, penjualan dan pemasaran, jaringan kerja dan perkongsianmaklumat. Selain itu juga wanita harus diberikan latihandalam kemahiran internet iaitu diajar mengenai kemahiranasas internet, menggunakan Internet untuk pendidikan, maklumat dan perdagangan, membina lawan sesawang.

1/25/2013 SKAA 3153 SOSIOLOGI DESA 4

Page 5: Pemerkasaan wanita dalam industri desa iaitu iks

WANITA SEBAGAI MODAL INSAN

• Christine Helliwell (1993) menyatakan wanita adalah lebih dianggapmempunyai hubungan yang lebih rapat dengan lapangan “domestik” (private).

• Menurut Rahmah Ismail (1997), tugas menjaga anak, misalnya, yang lazimdipertanggungjawabkan ke atas wanita sekiranya dilakukan dengan baikberupaya melahirkan insan yang berguna untuk pembangunan negara.

• Peranan produktif wanita sebenarnya merupakan aktiviti kerja yang mempunyai nilai pertukaran, sama ada secara nyata atau berkeupayaanuntuk dimajukan. Aktiviti produktif terdiri daripada kerja dalam sektorformal dan tidak formal, termasuk perusahaan keluarga (Moser, 1989:1817)

• Ini berlaku apabila aktiviti kerja dibentuk dan dilakukan dari dalam rumah(lapangan private), seperti membuat keropok dan menjahit (Heyzer & Sen, 1994) yang memperlihatkan kerja berupah telah termasuk di dalamlingkungan domestik. Dalam masa yang sama, aktiviti ini adalahsebahagian daripada kerja social (Helliwell, 1993:269).

1/25/2013 SKAA 3153 SOSIOLOGI DESA 5

Page 6: Pemerkasaan wanita dalam industri desa iaitu iks

INDUSTRI DESA

• Industri Kecil dan Sederhana (IKS) ditakrifkan sebagai perusahaanperkilangan atau syarikat yang menyediakan perkhidmatanberkaitan perkilangan dengan pusing ganti tahunan tidak melebihRM 25 juta dan menggaji kakitangan sepenuh masa tidak melebihi150 orang.

• Ini selaras dengan matlamat Dasar Pertanian Negara Ketiga, (1998-2010) untuk meningkatkan jaminan bahan makanan (food security) negara melalui transformasi modus operandi pertanian yang berorientasikan komersial, meningkatkan produktiviti dan dayasaing sektor pertanian melalui pemindahan teknologi, mewujudkanrantaian antara sektor pertanian dengan sektor lain serta menjanasumber pertumbuhan secara lestari (Malaysian Business 2004). Dasar Pertanian Negara ketiga (DPN3) yang dilancarkan pada 9 Jun 1999 menekankan kepada pembangunan mapan sektor pertanian, yang bukan hanya diceburi ketika kegawatan ekonomi, tetapi wajarditeruskan sebagai industri kukuh (Nik Yahya 2002).

1/25/2013 SKAA 3153 SOSIOLOGI DESA 6

Page 7: Pemerkasaan wanita dalam industri desa iaitu iks

PEMERKASAAN WANITA DAN IKS

• Maka salah satu pencapaian yang boleh dicapai oleh wanitaadalah menerusi saluran ekonomi iaitu industri IKS. Kepentingan IKS membuka peluang pekerjaan yang lebihbanyak kepada golongan wanita, tidak kira wanita bandarmahupun wanita luar bandar. Selain itu juga kepentingandan sumbangan IKS yang lain ialah dapat membantu dalammeningkatkan jumlah simpanan negara, menjimatkantukaran wang asing, mewujudkan agihan pendapatan yang lebih baik kepada penduduk, melahir dan meningkatkankemahiran tenaga kerja, membantu dalam proses pemindahan teknologi, meningkatkan hubung jalin denganfirma yang lebih besar serta memperkukuhkan struktur asasindustri negara (Moha Asri 1997)

1/25/2013 SKAA 3153 SOSIOLOGI DESA 7

Page 8: Pemerkasaan wanita dalam industri desa iaitu iks

• Pemerkasaan wanita ini adalah disokong denganbantuan daripada pelbagai pihak dan akhirnya memberikesan kepada golongan wanita dalam menjanapendapatan sendiri disamping membantu meringankanbeban keluarga masing-masing.

• Pemerkasaan boleh dilaksanakan menerusi aspekpendidikan dan kemahiran, agenda kerajaan, bantuanpinjaman kewangan dan usaha sama kerajaan danswasta menerusi program-program yang punyai kaitandengan perkasa wanita dan IKS.

• Alat pendidikan dan latihan yang berguna merupakanasas penting dalam aspek pemerkasaan wanita iaitu iadijadikan sebagai pemacu ekonomi dan pemangkinkepada pertumbuhan wanita dan negara

1/25/2013 SKAA 3153 SOSIOLOGI DESA 8

Page 9: Pemerkasaan wanita dalam industri desa iaitu iks

• Disebabkan itu pemerkasaan wanita menerusi agenda kerajaandalam membantu golongan wanita bandar dan luar bandar dengan4K iaitu keilmuan, kemahiran, keusahawanan, dan kepimpinan.

• Memperkasa wanita menerusi keilmuan adalah denganmeningkatkan ilmu wanita dalam segenap aspek ekonomi, politikdan sosial.

• Seterusnya pemerkasaan menerusi peningkatan kemahiran dalambidang-bidang tertentu yang dapat menjana pendapatan. Kemahiranini boleh meliputi pengisian teknologi kepada golongan wanitadalam menaikkan taraf perusahaan IKS mereka.

• Keusahawanan pula dilihat sebagai platform oleh kerajaan untukmelibatkan diri wanita ke bidang ekonomi IKS yang mencakupipelbagai bentuk-bentuk keusahawaan yang dapat menyumbangkepada peningkatan pendapatan ekonomi keluarga dan negara.

• memberi latihan kepimpinan dalam memimpin perusahaan. Walaupun pada asasnya lelaki merupakan pemimpin, namun wanitajuga dikatakan mempunyai hak tertentu dalam memimpin.

1/25/2013 SKAA 3153 SOSIOLOGI DESA 9

Page 10: Pemerkasaan wanita dalam industri desa iaitu iks

• Oleh sebab itu pihak kerajaan, swasta danpertubuhan yang lain boleh memperkasa wanitadari segi bantuan dan pinjaman kewangan. Bantuan pinjaman kewangan ini boleh dijadikanmodal bagi wanita dalam menjana pendapatanawal dengan permulaan mewujudkan IKS.

• Akses kepada pinjaman wang dan pembiyaanmakro yang lebih baik memudahkan golonganwanita memulakan perusahaan sendiri, sekaligusmeningkatakan penglibatan lebih ramai wanitadalam bidang keusahawanan dan pembangunanekonomi negara.

1/25/2013 SKAA 3153 SOSIOLOGI DESA 10

Page 11: Pemerkasaan wanita dalam industri desa iaitu iks

• Di bawah strategi usaha sama pihak swasta danpertubuhan-pertubuhan yang terlibat menerusi isuwanita dan IKS adalah berkenaan memenuhi obligasisosial melalui „Tanggungjawab Sosial Koporat‟ (CSR). Program satu daerah satu GLC, pelaksanaan konsepsatu keluarga satu syarikat di bawah pendekatanmentor-mentee serta program khidmat masyarakatmerupakan antara langkah-langkah yang boleh dikajibagi pihak swasta untuk membantu golongan wanitadalam menjimatkan kos dan peruntukan kewanganmerupakan satu cara yang berkesan dalammembangunkan masyarakat luar bandar terutamawanita dan perusahaan. Selain daripada sumbangansektor korporat, pendekatan lain seperti penglibataninstitusi pengajian tinggi kerajaan-swasta juga akandapat memberi faedah dan manfaat kepada mereka.

1/25/2013 SKAA 3153 SOSIOLOGI DESA 11

Page 12: Pemerkasaan wanita dalam industri desa iaitu iks

• Kerjaan menerusi program Kedai 1Malaysia turut membawamanfaat kepada pengusaha Industri Kecil dan Sederhana (IKS) terutama yang melibatkan perusahaan milikan wanita diberi amanahdan tugas dalam membekalkan produk mereka untuk dimasukkandalam pasaran dengan menerusi Kedai 1 Malaysia. Keutamaanpenjenamaan produk di bawah jenama Kedai Rakyat 1 Malaysia yang diberikan kepada barangan keluaran IKS secara tidaklangsung dapat membantu pengusaha wanita untuk bersaing dalampasaran runcit.

• Pewujudan Kedai 1Malaysia dengan matlamat utamanya adalahuntuk meringankan beban rakyat, khususnya golongan yang berpendapatan rendah, dilihat sebagai langkah yang bijak menerusipenglibatan golongan wanita terutama mereka yang berada di luarbandar. Kedai 1Malaysia diperkenalkan untuk menjual barangankeperluan rakyat dengan harga yang rendah tanpa mengabaikanaspek kualiti yang menjadi hak rakyat.

1/25/2013 SKAA 3153 SOSIOLOGI DESA 12

Page 13: Pemerkasaan wanita dalam industri desa iaitu iks

PENUTUP

• Kerajaan komited dengan agenda pembangunan dan pemerkasaanwanita agar mereka dapat menyumbang kepada pertumbuhanekonomi, menambah pendapatan dan meningkatkan kualiti hidup. Kewujudan IKS dalam sesebuah negara telah membuka peluangpekerjaan yang luas tidak kira kepada kaum wanita dan sekaligusmembantu dalam memperkasa modal insan golongan wanita bandardan juga luar bandar. IKS yang diceburi oleh golongan wanita bolehdan berupaya untuk berjaya dan punyai potensi dalammengembangkan sayap perniagaan ke peringkat yang lebih tinggi. Iaitu dengan melibatkan perusahaan tersebut dengan pelaburan yang lebih produktif, pembiayaan bantuan kewangan, pengetahuanteknologi dan kepakaran terkini dengan disertai pembangunan R&D, IKS yang dimilikan oleh usahawan wanita juga mampu untukberdaya saing di pasaran global mahupun glokal.

1/25/2013 SKAA 3153 SOSIOLOGI DESA 13

Page 14: Pemerkasaan wanita dalam industri desa iaitu iks

RUJUKAN

• Faridah Shahadan, Nor Aini Hj Idris & Zaini Mahbar. (1996). “Tabungan danPelaburan” dalam Rahmah Ismail & Zaini Mahbar [eds]. Wanita danPekerjaan. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

• Fatimah Abdullah. (1987). “Wanita yang Bekerja dan PengurusanRumahtangga” dalam Jurnal Antropologi dan Sosiologi, Jilid 15. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

• Jannat Fatema, Chamsuri Siwar, Sharina Abd Halim. (2012). Women empowerment and socioeconomics impact of participation in NGO activities in rural Bangladesh. International Journal of Social Science, Economics & Art.

• Jalihah Md Shah. (2010). Triple Role: Suatu Penyingkapan Peranan danKerja Wanita. Sosiohumanika, 3(1). ___

• Mohd Asri Abdullah. (1997). Industri Kecil dan Sederhana Di Malaysia: Tinjauan Terhadap Perkembangan Program Bantuan, Penerbit FajarBakti, Shah Alam.

-TERIMA KASIH-

1/25/2013 SKAA 3153 SOSIOLOGI DESA 14