pemerdagangan present info

20
ISU PEMERDAGANGAN ORANG DAN PENYELUDUPAN MIGRAN Isu Global Aktiviti pemerdagangan orang dan penyeludupan migran merupakan kegiatan jenayah terancang rentas sempadan. Kegiatan ini berlaku hampir di seluruh dunia dan banyak melibatkan negara maju. Kajian pada tahun 2006 yang dibiayai Kerajaan Amerika Syarikat menunjukkan, kira-kira 800,000 orang dibawa melepasi sempadan negara setiap tahun. Jutaan orang yang diperdagangkan dalam negara sendiri tidak direkodkan. Kira-kira 80 peratus mangsa kajian ini terdiri daripada wanita dan gadis muda, dan 50 peratus adalah di bawah umur. Majoriti mangsa adalah wanita yang diperdagangkan bagi tujuan eksploitasi seks komersil. Jumlah ini tidak termasuk jutaan mangsa lelaki dan wanita di seluruh dunia yang diperdagangkan dalam lingkungan sempadan negara sendiri dan kebanyakannya bagi tujuan buruh paksa atau buruh tebus hutang. Jabatan Negara Amerika Syarikat mengeluarkan Laporan Pemerdagangan Orang (TIP) yang menganggarkan, kegiatan pemerdagangan orang di negara itu melibatkan keuntungan antara AS$1 bilion hingga AS$3 bilion (RM3.5 bilion hingga RM10.5 bilion) setahun. Dianggarkan sekitar 600,000 hingga 800,000 orang menjadi mangsa sindiket pemerdagangan orang dengan sekitar 14,500 hingga 17,500 daripadanya diperdagangkan di AS setahun. Angka yang tercatat menunjukkan keuntungan berlipat kali ganda antara sebab utama individu terlibat dengan jenayah ini. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menganggarkan kira-kira 150,000 orang, majoriti daripadanya adalah kanak-kanak, diseludup dari kawasan Asia Selatan setiap tahun, tetapi penyelidik membuat jangkaan angka ini mungkin tiga kali ganda berikutan keuntungan yang dijana industri itu kira-kira RM110.5 bilion (US$32 bilion) setahun. Pada tahun 2004, Amnesty International melaporkan dianggarkan seramai 700,000 orang diperdagangkan setiap tahun bagi tujuan seks manakala Jabatan Negara Amerika Syarikat pula melaporkan setiap tahun antara 600,000 hingga 800,000 orang yang kebanyakannya terdiri daripada wanita dan kanak-kanak diperdagangkan merentasi sempadan negara.

Upload: jie-tong

Post on 24-Dec-2015

43 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

cabaran dan isu semasa

TRANSCRIPT

Page 1: Pemerdagangan Present Info

ISU PEMERDAGANGAN ORANG DAN PENYELUDUPAN MIGRAN

Isu Global

Aktiviti pemerdagangan orang dan penyeludupan migran merupakan kegiatan jenayah terancang rentas sempadan. Kegiatan ini berlaku hampir di seluruh dunia dan banyak melibatkan negara maju.  Kajian pada tahun 2006 yang dibiayai Kerajaan Amerika Syarikat menunjukkan, kira-kira 800,000 orang dibawa melepasi sempadan negara setiap tahun. Jutaan orang yang diperdagangkan dalam negara sendiri tidak direkodkan. Kira-kira 80 peratus mangsa kajian ini terdiri daripada wanita dan gadis muda, dan 50 peratus adalah di bawah umur. Majoriti mangsa adalah wanita yang diperdagangkan bagi tujuan eksploitasi seks komersil. Jumlah ini tidak termasuk jutaan mangsa lelaki dan wanita di seluruh dunia yang diperdagangkan dalam lingkungan sempadan negara sendiri dan kebanyakannya bagi tujuan buruh paksa atau buruh tebus hutang. 

Jabatan Negara Amerika Syarikat mengeluarkan Laporan Pemerdagangan Orang (TIP) yang menganggarkan, kegiatan pemerdagangan orang di negara itu melibatkan keuntungan antara AS$1 bilion hingga AS$3 bilion (RM3.5 bilion hingga RM10.5 bilion) setahun. Dianggarkan sekitar 600,000 hingga 800,000 orang menjadi mangsa sindiket pemerdagangan orang dengan sekitar 14,500 hingga 17,500 daripadanya diperdagangkan di AS setahun. Angka yang tercatat menunjukkan keuntungan berlipat kali ganda antara sebab utama individu terlibat dengan jenayah ini. 

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menganggarkan kira-kira 150,000 orang, majoriti daripadanya adalah kanak-kanak, diseludup dari kawasan Asia Selatan setiap tahun, tetapi penyelidik membuat jangkaan angka ini mungkin tiga kali ganda berikutan keuntungan yang dijana industri itu kira-kira RM110.5 bilion (US$32 bilion) setahun. 

Pada tahun 2004, Amnesty International melaporkan dianggarkan seramai 700,000 orang diperdagangkan setiap tahun bagi tujuan seks manakala Jabatan Negara Amerika Syarikat pula melaporkan setiap tahun antara 600,000 hingga 800,000 orang yang kebanyakannya terdiri daripada wanita dan kanak-kanak diperdagangkan merentasi sempadan negara. 

The United Nations hildren’s und (UNICEF) membuat anggaran iaitu satu hingga dua juta kanak-kanak

diperdagangkan setiap tahun.

Di Bangladesh, UNICEF melaporkan bahawa lebih kurang 400 wanita dan kanak-kanak telah menjadi mangsa pemerdagangan tersebut setiap bulan. Kebanyakan dari mereka berusia antara 12 hingga 16 tahun dan dipaksa bekerja di dalam industri seks komersial.

Pertubuhan Buruh Antarabangsa, iaitu agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang bertugas untuk menangani piawai buruh, penggajian dan perlindungan masyarakat, menganggarkan bahawa terdapat seramai 12.3 juta orang yang bekerja sebagai buruh paksa, buruh tebus hutang, buruh paksa kanak-kanak dan abdi seks pada sesuatu masa. Julat anggaran lain adalah antara 4 juta hingga 27 juta orang.

Page 2: Pemerdagangan Present Info

Isu Dalam Negara

Kegiatan pemerdagangan orang dianggap sebagai suatu industri universal dan tidak tertakluk kepada satu-satu negara untuk beroperasi. Malaysia juga tidak terkecuali daripada aktiviti yang diaplikasikan sebagai perbuatan ‘perhambaan alaf baru’. Keunikan negara ini yang terletak di tengah-tengah Asia Tenggara menjadikan penyeludup memilih negara ini sebagai negara transit bagi lelaki, wanita dan kanak-kanak dari Afghanistan, Pakistan, Myanmar dan lain-lain negara berhijrah ke beberapa buah negara Eropah. 

Jenayah universal ini memberi implikasi yang besar kepada negara. Kerajaan telah mewujudkan satu Akta yang memberikan kuasa kepada kerajaan untuk mendakwa dan mengenakan hukuman dengan peruntukan penjara sehingga 20 tahun dan denda sehingga RM1,000,000.  Sejajar dengan pengenalan Akta tersebut, kerajaan turut menubuhkan Majlis Anti-pemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (MAPO) yang berfungsi untuk menyelaraskan dasar dan melaksanakan Akta tersebut. 

Walaupun Laporan Pemerdagangan Orang 2007 (TIP) oleh Jabatan Negara Amerika Syarikat meletakkan Malaysia sebagai antara 16 negara berprestasi buruk dalam menangani isu ini, kewujudan Akta yang khusus dan MAPO membuktikan komitmen negara dalam usaha membanteras fenomena ini. Selain daripada itu, Jabatan Negara Amerika Syarikat telah meletakkan Malaysia pada Tahap Dua Laporan Pemerdagangan Orang (TIP) 2010 kerana ketelusan Kerajaan mematuhi Akta Perlindungan Pemerdagangan dan Keganasan (TVPA). 

Walaupun Kerajaan melaksanakan pelbagai mekanisme bagi membendung jenayah itu, kelembapan ekonomi dan kelemahan negara asal mangsa untuk mencegah dan mendidik menyebabkan mangsa mudah diperdaya oleh sindiket. Kerjasama maksimum daripada orang awam dan agensi penguatkuasa juga perlu dipertingkatkan.

Akrib 1Klik (2013) Isu Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran. Diperoleh pada 15 September 2013 daripada http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/component/content/article/16-isu-nasional/9840-isu-pemerdagangan-orang-dan-penyeludupan-migran.html

Page 3: Pemerdagangan Present Info

Malaysia, AS bincang isu pemerdagangan orang30 Julai 2013

KUALA LUMPUR - Malaysia dan Amerika Syarikat (AS) mengadakan satu sesi interaksi susulan negara diletak pada Tahap 2 (Watchlist) Laporan Tahunan Jabatan Negara AS dalam isu jenayah pemerdagangan orang dalam tempoh empat tahun mulai 2010 hingga 2013.   Kenyataan Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini menyebut penilaian laporan itu dibuat berdasarkan kepatuhan negara kepada Protokol Pemerdagangan Orang di bawah Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai jenayah terancang serta perudangan negara ini berkaitan perlindungan mangsa.   Sesi interaksi itu dilakukan antara anggota Majlis Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (MAPO) dengan Duta Besar mengenai pemerdagangan orang Jabatan Negara AS Luis CdeBaca dalam rangka lawatan dua hari beliau bermula semalam.   Menurut kenyataan itu, sesi interaksi bertujuan memperjelas kepada AS tentang cabaran dan kekangan yang dihadapi negara dalam membanteras jenayah berkenaan selain bertukar-tukar perspektif berkaitan senario pemerdagangan orang di sini.   "Ia memperlihatkan komitmen kerajaan ke arah menambah baik usaha secara berterusan dalam membanteras jenayah pemerdagangan orang melalui kerjasama pintar dengan negara-negara strategik seperti AS.

"Ini diharap dapat memperbaiki kedudukan negara pada laporan penilaian Jabatan Negara AS tahun depan," katanya.   Kenyataan itu juga menyebut memorandum persefahaman dalam isu jenayah berkenaan yang ditandatangani kedua-dua negara pada Julai 2012 boleh diguna pakai bagi tujuan tersebut dalam mempererat jalinan kerjasama bagi membendung masalah itu.   CdeBaca turut melawat Rumah Perlindungan 5 yang menempatkan mangsa wanita pemerdagangan orang dan melakukan kunjungan hormat ke atas Timbalan Ketua Setiausaha Kanan (Keselamatan) KDN Datuk Alwi Ibrahim, mewakili Ketua Setiausaha kementerian Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi, yang juga Pengerusi Mapo. – Bernama

Sinar Harian (2013) Diperoleh pada 15 September 2013 daripada http://www.sinarharian.com.my/malaysia-as-bincang-isu-pemerdagangan-orang-1.188498

Page 4: Pemerdagangan Present Info

Pemerdagangan Manusia : Kesan Dan Langkah Mengatasi

Salah satu kesan aktiviti pemerdagangan manusia adalah mencemarkan imej negara di mata dunia. Pelbagai usaha perlu dijalankan untuk mengurangkan masalah tersebut.

Aktiviti pemerdagangan manusia bermaksud segala bentuk eksploitasi sama ada untuk tujuan seks, kerja paksa, perhambaan bahkan turut melibatkan pemindahan organ manusia. Aktiviti ini mendatangkan pelbagai kesan negatif dan pelbagai usaha perlu dijalankan untuk mengurangkan aktiviti ini.

Kesan1. Mencemarkan imej negara di mata duniaKedudukan Malaysia dalam senarai 16 negara berprestasi buruk dalam mengekang isu permerdagangan manusia mencemarkan imej negara di mata dunia.Menunjukkan negara lemah dalam mentadbir dan menguatkuasakan undang-undang.Negara dianggaap sebagai sarang jenayah.

2. Mengancam keselamatan dan keamanan negaraJenayah yang semakin berleluasa mengancam keselamatan terutamanya wanita dan kanak-kanak yang diperalatkan bagi tujuan tertentu termasuk pelacuran , pusat hiburan dan rumah urut dan sebagainya.Sindiket atau mereka yang terlibat juga melakukan aktiviti jenayah lain untuk mengumpulkan kekayaan.

3. Menjejaskan hubungan diplomatik antara negaraPenyeludupan dan pemerdagangan manusia melanggar hak sesebuah negara dan isu-isu yang berlaku menjejaskan hubungan diplomatik antara Negara.Isu-isu seperti penderaan malahan pembunuhan pembantu rumah menimbulkan rasa tidak puas hati antara negara yang terlibat

4. Peningkatan masalah sosialMasalah sosial bertambah merebak dalam masyarakatseperti berpeleseran, pelacuran, seks bebas, minum arak dan sebagainya.Penularan penyakit berjangkitPenyakit-penyakit berjangkit seperti tibi, penyakit kelamin, hepatitis dan sebagainya kembali menular dalam kalangan masyarakat

Langkah-langkah1. Penguatkuasaan undang-undangAkta Perlindungan Mangsa Penyeludupan dan Keganasan 2000Akta Antipermerdagangan Orang 2007

Page 5: Pemerdagangan Present Info

2. Memperketat kemasukan pelancong asing serta mengawal pintu masuk sempadan dengan lebih telitiKawalan kemasukan pelancong asing . Menutup peluang penyeludupan manusia berlakuKawalan menggunakan Akta Imigresen untuk mengesan kemasukan secara haram.

3. Koordinasi antara kementerianPenguatkuasaan yang bersepadu antara kementerian dapat membantu mengurangkan aktiviti ini. Contohnya koordinasi antara Kementerian Pelancongan dan Kementerian Dalam Negeri bagi membersihkan imej Negara.

Aktiviti ini perlu dibanteras untuk memelihara ketenteraman dan keselamatan negara.

Cikgu Joy (2011) Pemerdagangan Manusia. Diperoleh pada 15 September 2013 daripada http://stpmpengajianam2.blogspot.com/2011/10/pemerdagangan-manusia-kesan-dan-langkah.html

Page 6: Pemerdagangan Present Info

JENAYAH PERDAGANGAN MANUSIA (PUNCA, KESAN & LANGKAH)

PENDAHULUAN:

-merupakan antara jenayah tertua 

-dianggap sebagai suatu industri universal

-tidak tertakluk kepada satu-satu negara untuk beroperasi

-Laporan Perdagangan Manusia (TIP) oleh Jabatan Negara Amerika Syarikat menganggarkan,kegiatan perdagangan manusia di negara itu melibatkan keuntungan antara AS$1 bilionhingga AS$3 bilion (RM3. 5 bilion hingga RM10.5 bilion) setahun.

-Dianggarkan sekitar 600,000 hingga 800,000 orang menjadi mangsa sindiket perdaganganmanusia dengan sekitar 14,500 hingga 17, 500 daripadanya diperdagangkan di AS setahun

-Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Khusus Membanteras Dadah dan Jenayah(UNODC) menganggap perdagangan manusia sebagai industri jenayah yang menjanakeuntungan sekitar AS$5 bilion hingga AS$9 bilion (RM17.5 bilion hingga RM31.5 bilion)setahun

-Isu perdagangan manusia kini menjadi antara fenomena yang mengancam kebanyakannegara termasuk Malaysia

-Perangkaan rasmi memperlihatkan kira-kira 2.7 juta manusia diseludup di seluruh duniasetiap tahun dengan 80 peratus daripadanya membabitkan wanita dan kanak-kanak yangdiperalatkan bagi tujuan tertentu termasuk pelacuran dan sebagainya.

PUNCA:

1. Kemiskinan/ kesempitan hidup

2. Terpengaruh tawaran kerja

3. Kurang didikan moral/agama

4. Materialistik

5. Penguatkuasaan undang-undang yang lemah

6. Taraf pendidikan mangsa

KESAN:

1. Imej negara terjejas

2. Masalah sosial meningkat

Page 7: Pemerdagangan Present Info

3. Penyakit berjangkit

ISU SOSIAL : Pemerdagangan Orang - Definisi dan Bentuk

DEFINISI PEMERDAGANGAN ORANG:“Pemerdagangan orang” ertinya segala perbuatan yang melibatkan pemerolehan atau pengekalan tenaga kerja atau perkhidmatan seseorang melalui paksaan, dan termasuklah perbuatan merekrut, mengangkut, memindahkan, melindungi, menyediakan atau menerima seseorang bagi maksud Akta ini.

DEFINISI PENYELUDUPAN MIGRAN:“Penyeludupan migran” ertinya:

(a) mengatur, memudahkan atau merancang, secara langsung atau tidak langsung, kemasukan seseorang secara tidak sah ke dalam atau melalui, atau pengeluaran seseorang secara tidak sah dari mana-mana negara yang orang itu bukan warganegara atau pemastautin tetap sama ada dengan mengetahui atau mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa kemasukan atau pengeluaran orang itu adalah tidak sah; dan

(b) merekrut, mengangkut, memindahkan, menyembunyikan, melindungi atau menyediakan apa-apa bantuan atau perkhidmatan bagi tujuan melaksanakan perbuatan yang disebut dalam perenggan (a)

BENTUK- BENTUK PEMERDAGANGAN ORANG :

1. Eksploitasi SeksEksploitasi seks adalah jenayah paling kerap berlaku dalam pemerdagangan orang. Mangsa biasanya dijanjikan pekerjaan bergaji lumayan dan dibawa masuk secara sah ataupun diseludup secara haram. Namun akhirnya, mangsa ditipu dan dipaksa melacurkan diri. Mereka dikawal dengan ketat dan seringkali turut terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah.

2. Buruh TerikatMangsa yang diseludup secara haram dipaksa melakukan kerja melampaui keupayaan dan sekiranya mangsa menolak akan diugut diserahkan kepada pihak berkuasa. Mangsa akan dimanipulasi sepenuhnya dan berada di bawah pengawasan ketat. Biasanya akan didera dan tidak dibayar gaji.

3. Pengabdian Domestik Secara PaksaMangsa ialah pekerja -pekerja domestik yang dipaksa bekerja di tempat yang tidak formal dan tidak diberi bekerja dengan pekerja yang lain. Migran asing, biasanya wanita dan kanak-kanak direkrut dari negara-negara yang kurang membangun seperti Asia Selatan, Asia Tenggara, Afrika dan Amerika Latin. Wanita diarah bekerja sebagai

Page 8: Pemerdagangan Present Info

pembantu rumah dan pengasuh manakala kanak-kanak akan dijadikan buruh atau pengemis. Mangsa akan ditempatkan di negara-negara maju seperti Eropah, Amerika Syarikat, Singapura, Taiwan dan Malaysia.

4. Pemindahan OrganPemindahan organ merupakan salah satu daripada aktiviti pemerdagangan orang. Organ kebanyakannya diperoleh dari negara-negara miskin dan mundur. Kegiatan ini melalui cara mengeksploitasi mangsa di dalam negara ataupun yang diseludup secara haram. Ia memberikan keuntungan yang tinggi di peringkat antarabangsa. Berdasarkan kajian Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO), dianggarkan 10 peratus daripada 70,000 buah pinggang yang dipindahkan setahun mungkin berasal daripada pasaran gelap.

5. Pemerdagangan BayiBayi yang dijual di pasaran gelap juga memberikan pulangan yang lumayan kerana permintaannya yang tinggi (contohnya di Malaysia, bayi dijual antara RM10,000 hingga RM20,000 seorang). Bayi yang diperdagangangkan biasanya diculik, diseludup atau dibeli oleh individu atau kumpulan yang terlibat dengan sindiket ini. Bayi mendapat permintaan yang tinggi dalam pasaran gelap. Kementerian Sumber Manusia dengan kerjasama ILO telah mengadakan simposium untuk mewujudkan kesedaran dan sasaran mereka untuk majikan-majikan yang menyediakan pekerjaan kepada pekerja-pekerja asing. Pada tahun 2008, pemeriksaan telah dilakukan ke atas 50,518 majikan dan sebanyak 15,376 majikan beserta pekerja asing mereka yang terlibat. Tindakan telah diambil untuk mengetatkan lagi proses dan prosedur pengambilan pekerja-pekerja asing dan untuk mengurangkan permintaan terhadap pekerja asing ini.

PENGUATKUASAAN DI BAWAH AKTA ANTIPEMERDAGANGAN ORANG DAN ANTIPENYELUDUPAN MIGRAN 2007

Malaysia mengharamkan sama sekali sebarang bentuk pemerdagangan orang melalui Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007. Di bawah tanggungjawab Kementerian Dalam Negeri dan dibantu oleh kementerian-kementerian lain menguatkan lagi langkah kerajaan memerangi isu ini di seluruh Malaysia. Perundangan berkenaan Akta ini bermula pada tahun 2008 dan setelah berlaku pindaan pada tahun 2010, Akta ini dilaksanakan dengan lebih telus dan efisien dalam memerangi kedua-dua jenayah ini.

Cikgu Taufiq (2012) Diperoleh pada 15 September 2013 daripada http://abihulwa.blogspot.com/2012/03/isu-sosial-pemerdagangan-orang-definisi.html

Page 9: Pemerdagangan Present Info

Pemerdagangan manusia

Pemerdagangan manusia adalah perdagangan dan perniagaan yang melibatkan

pergerakan atau migrasi manusia secara haram, termasuk aktiviti buruh secara sah dan

secara paksa. Istilah ini digunakan dalam konteks lebih sempit oleh kumpulan advokasi

untuk merujuk kepada perekrutan, pengangkutan, perlindungan, atau pengambilan

manusia bagi tujuan perhambaan, pelacuran, dan buruh paksa (termasuk melalui ikatan

hutang).

Pengeksploitan pemerdagangan manusia termasuk memaksa orang melakukan

pelacuran atau bentuk eksploitasi seks lain, buruh paksa, hamba atau amalan yang

sama seperti perhambaan. Bagi kanak-kanak, ekploitasi termasuk untuk tujuan

pelacuran, pengambilan anak angkat antarabangsa yang tidak sah, perkahwinan kanak-

kanak, atau pengambilan kanak-kanak sebagai tentera, pengemis dan tujuan

permainan, atau untuk tujuan kegiatan keagamaan.

Pemerdagangan manusia di Malaysia

Menurut Pemerdagangan Manusia 2011 keluaran kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur, Malaysia menjadi negara destinasi bagi banyak imigran dari luar negara khususnya dari Indonesia,Nepal, India, Thailand, China, Filipina, Burma, Kemboja, Bangladesh, Pakistan, dan Vietnam dengan tujuan untuk mencari peluang ekonomi yang lebih besar.

Sesetengah imigran yang dibawa masuk ke Malaysia dipaksa bekerja secara paksa atau bekerja kerana terikat dengan hutang kepada majikan, agen pekerjaan, atau perekrut buruh tidak formal. Ramai pesalah pemerdagangan manusia di Malaysia adalah dari kalangan ahli perniagaan, ia juga didalangi oleh sindiket jenayah terancang yang besar. Sejumlah besar wanita muda direkrut untuk bekerja di restoran dan hotel di Malaysia, yang mana sesetengah mereka datang dengan menggunakan visa “Pegawai Perhubungan Pelanggan,” namun kemudian dipaksa untuk bekerja dalam industri seks komersial di Malaysia.

Kebanyakan syarikat Malaysia yang merekrut tenaga buruh mengambil buruh berlebihan dari Bangladesh, Vietnam dan negara-negara lain. Buru-buruh ini ditahan di gudang-gudang atau lokasi-lokasi lain dan diserahkan kepada majikan yang tidak bertanggungjawab yang memaksa pekerja-pekerja ini menjadi buruh paksa. Ramai pekerja asing di ladang, tapak pembinaan, kilang tekstil, dan mereka yang bekerja sebagai pembantu rumah di Malaysia menghadapi amalan-amalan berupa pemerdagangan manusia seperti sekatan ke atas pergerakan, penipuan dan fraud dalam pembayaran gaji, perampasan pasport, atau ikatan hutang oleh ejen atau majikan mereka. Perampasan pasport oleh majikan dilakukan secara meluas, dan terdapat laporan bahawa majikan membuka akaun bank bersama sebagai satu bentuk kawalan

Page 10: Pemerdagangan Present Info

ke atas pekerja. Pekerja yang melaporkan teraniya memberitahu bahawa majikan mereka mengawal mereka dengan mengancam untuk menyerahkan pasport bekerja kepada pihak berkuasa imigresen di mana majikan akan mendakwa bahawa pekerja itu telah melanggar syarat-syarat kontrak pekerjaan mereka, jika bersalah boleh mengakibatkan pembatalan visa dan seterusnya pengusiran. Sesetengah majikan di Malaysia dilaporkan tidak membayar gaji pembantu rumah asing mereka selama 3 hingga 6 bulan. Ia dibuat atas alasan sebagai bayaran balik kepada agensi pengambilan pekerja dan ikatan hutang lain yang dikenakan ke atas majikan. Ada juga kes dimana majikan secara tidak sah menahan gaji pekerja secara eskrow sehingga tamat kontrak. Ini menjadikan pekerja terus bekerja kerana takut tidak menerima pampasan kewangan jika mereka tidak memenuhi kontrak. Pelarian, terutamanya dari Burma, adalah lebih terdedah kepada pemerdagangan, dan rakyat Malaysia daripada masyarakat luar bandar dan kumpulan peribumi juga turut terdedah. Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA) terus melakukan serbuan yang mensasarkan komuniti pendatang haram dan menahan pelarian, pemohon suaka, dan mangsa pemerdagangan manusia bersama-sama mereka yang didakwa pendatang haram.

Namun begitu amalan ini dilaporkan telah berkurangan berbanding tahun 2010. Walaupun tidak menandatangani Surat Hasrat (LOI) untuk meminda Memorandum Persefahaman (MOU), kerajaan Indonesia dan Malaysia belum meminda atau mengganti MOU tahun 2006 mengenai pekerjaan pembantu rumah (amah) Indonesia di Malaysia, yang membenarkan majikan Malaysia untuk merampas dan memegang pasport pembantu rumah.

Menurut pertubuhan-pertubuhan NGO, bilangan pembantu rumah yang bekerja secara sah di Malaysia telah menurun daripada 300,000 kepada 230,000 sepanjang tahun lalu. Pertubuhan-pertubuhan NGO ini menganggarkan bagi setiap pembantu rumah yang bekerja secara sah di Malaysia terdapat satu yang bekerja di negara ini secara haram. 90% daripada pembantu rumah (amah) adalah dari Indonesia. Sebilangan kecil rakyat Malaysia telah dilaporkan diperdagangkan di dalam dan luar negara ke Singapura, China dan Jepun dan mereka dieksploitasi sebagai pekerja seks komersial.

Walaupun Kerajaan Malaysia tidak memenuhi sepenuhnya piawaian minimum untuk membanteras pemerdagangan manusia, ia telah melaksanakan pelbagai usaha dengan bersungguh-sungguh ke arah itu. Sebagai contoh, undang-undang anti-pemerdagangan manusia yang lebih berkesan dan usaha-usaha perlindungan mangsa telah ditambah baik - Malaysia diletakkan pada Tahap 2 Senarai Pemerhatian bagi 2 tahun berturut-turut. Walaupun kerajaan meningkatkan bilangan sabitan di bawah Akta Anti-Pemerdagangan Orang dan Akta Anti-Penyeludupan Migran sepanjang tahun laporan dan meneruskan usaha kesedaran awam mengenai pemerdagangan manusia, ia tidak menyiasat dan mendakwa secara berkesan kes-kes pemerdagangan buruh, dan gagal untuk menangani masalah penglibatan kerajaan dalam pemerdagangan dan penjagaan mangsa dan kaunseling yang kurang berkesan oleh pihak berkuasa. Penahanan mangsa pemerdagangan di fasiliti kerajaan juga turut membimbangkan.

Page 11: Pemerdagangan Present Info

Wikipedia (2013) Diperoleh pada 15 September 2013 daripada

http://ms.wikipedia.org/wiki/Pemerdagangan_manusia

Jenayah pemerdagangan orang banyak memberi kesan buruk kepada negara. Langkah berkesan amat perlu untuk membendung masalah ini.  

Jenayah pemerdagangan orang dapat  meningkat kes berlakunya jenayah  dalam negara. Peningkatan kes culik orang sering berlaku dalam negara. Jenayah pelacuran seringkali dipaparkan dalam media massa. Mangsa yang terlibat terdiri daripada warganegara luar seperti Cina. Jenayah buruh paksa yang melibatkan wanita dan kanak-kanak sebagai pengemis banyak berlaku. Oleh itu, jenayah pemerdagangan orang menyebabkan berlaku peningkatan jenayah dalam negara.

Jenayah pemerdagangan orang menyebabkan imej negara tercemar  di peringkat dunia. Masyarakat luar negara menganggap Malaysia adalah lokasi utama kegiatan jenayah tersebut. Dunia luar tidak menghormati negara kita. Para pelancong beranggapan mereka tidak selamat berada dalam negara kita. Masyarakat dunia memandang serong terhadap pemerintahan negara kita kerana gagal menangani jenayah tersebut. Jelaslah bahawa, jenayah tersebut boleh menjejaskan imej negara.

Jenayah pemerdagangan orang dapat dibendung dengan mengadakan kempen kesedaran keburukan pemerdagangan orang.  Kempen kesedaran ini boleh dibuat menerusi media massa seperti media cetak dan elektronik. Kempen kesedaran perlu dibuat secara besar-besaran dan berterusan. Kempen ini perlu kerjasama pihak kerajaan dan swasta. Media arus perdana amat berkesan untuk memberi kesedaran kepada masyarakat tentang kesan buruk akan menimpa jika jenayah pemerdagangan orang terus berlaku dalam negara.

Jenayah pemerdagangan orang dapat diatasi melalui  penguatkuasaan undang-undang negara dengan tegas. Pengawasan yang rapi di seluruh sempadan dan pengairan negara supaya tidak dibolosi oleh penjenayah. Pegawai penguatkuasa perlu ditambah lebih ramai supaya mencukupi untuk pengawalan negara yang ketat. Pesalah perlu dikenakan hukuman yang berat tanpa mengira bangsa, pangkat, atau darjat seseorang itu menurut Akta Antipemerdagangan Orang Dan Antipenyeludupan Migran tahun 2007 yang dikuatkuasa pada 15 Nov 2010.

Jenayah pemerdagangan orang banyak mendatangkan kesan buruk kepada negara. Semua pihak perlu memberi kerjasama kepada kerajaan untuk menangani berlakunya jenayah ini dalam negara

Administrator SMK PC1 (2012) Diperoleh pada 15 September 2013 daripada

http://www.smkpc1.edu.my/index.php?

option=com_content&view=article&id=92:jenayah-pemerdagangan-orang-

Page 12: Pemerdagangan Present Info

JENAYAH PERDAGANGAN MANUSIA (PUNCA, KESAN & LANGKAH)PENDAHULUAN:

merupakan antara jenayah tertua

dianggap sebagai suatu industri universal

tidak tertakluk kepada satu-satu negara untuk beroperasi

Laporan Perdagangan Manusia (TIP) oleh Jabatan Negara Amerika Syarikat menganggarkan, kegiatan perdagangan manusia di negara itu melibatkan keuntungan antara AS$1 bilion hingga AS$3 bilion (RM3. 5 bilion hingga RM10.5 bilion) setahun.

Dianggarkan sekitar 600,000 hingga 800,000 orang menjadi mangsa sindiket perdagangan manusia dengan sekitar 14,500 hingga 17, 500 daripadanya diperdagangkan di AS setahun

Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Khusus Membanteras Dadah dan Jenayah (UNODC) menganggap perdagangan manusia sebagai industri jenayah yang menjana keuntungan sekitar AS$5 bilion hingga AS$9 bilion (RM17.5 bilion hingga RM31.5 bilion) setahun

Isu perdagangan manusia kini menjadi antara fenomena yang mengancam kebanyakan negara termasuk Malaysia

Perangkaan rasmi memperlihatkan kira-kira 2.7 juta manusia diseludup di seluruh dunia setiap tahun dengan 80 peratus daripadanya membabitkan wanita dan kanak-kanak yang diperalatkan bagi tujuan tertentu termasuk pelacuran dan sebagainya.

PUNCA:

1. Kemiskinan/ kesempitan hidup

2. Terpengaruh tawaran kerja

3. Kurang didikan moral/agama

4. Materialistik

5. Penguatkuasaan undang-undang yang lemah

6. Taraf pendidikan mangsa

KESAN:

1. Imej negara terjejas

2. Masalah sosial meningkat

3. Penyakit berjangkit

4. Penindasan

LANGKAH:

1. memperketat pelbagai aspek termasuk dari segi kemasukan pelancong asing serta mengawal semua 262 pintu masuk ke sempadan negara yang dipercayai juga boleh menyumbang kepada jenayah perdagangan manusia - kementerian berkenaan mengadakan kerjasama dengan badan antarabangsa seperti melatih anggota keselamatan untuk menangani pelbagai kemungkinan kemasukan warga asing bagi

Page 13: Pemerdagangan Present Info

tujuan tertentumelatih penguat kuasa, pendakwa raya, hakim dan majistret mengenai pelbagai perkara termasuk Akta Antipemerdagangan Orang 2007 supaya mereka bersiap sedia berdepan isu terbabit - menyelaraskan sistem data maklumat kemasukan mengemaskinikan rekod keluar masuk di pintu sempadan terutama di lapangan terbang, pelabuhan, dan pintu sempadan antara sangat diperlukan bagi menggembleng usaha membasmi jenayah yang tidak berperikemanusiaan ini.

2. menjalinkan kerjasama dengan negara jiran- Malaysia dan Australia baru-baru ini juga telah bersepakat untuk meningkatkan kerjasama bagi membanteras sindiket penyeludupan manusia melalui kaedah diplomatik dan operasi yang lebih berkesan- negara-negara jiran seperti Singapura, Indonesia, Thailand dan lain-lain juga wajar mewujudkan kerjasama serantau, perkongsian bijak terutamanya kekuatan teknologi, komunikasi dan jaringan keselamatan - kerjasama menerusi pertukaran maklumat dalam usaha menangani isu ini terutama dari aspek bentuk serta kaedah penyeludupan dan negara mana yang dijadikan tempat transit utama penyeludupan manusia - Kerjasama di peringkat sempadan perairan negara - menjalankan operasi rondaan secara berjadual dan intensif oleh pasukan keselamatan Malaysia dengan negara-negara jiran – berkongsi maklumat tentang taktik, lokasi, dan negara pembekal – berusaha mengenal pasti ‘lubang-lubang tikus’

3. Kempen kesedaran untuk membasmi jenayah perdagangan manusia di kalangan masyarakat juga dipergiatkan

4. Membanteras gejala rasuah yang masih menghantui badan-badan penguat kuasa setiap negara – jabatan-jabatan yang masih menjadi kambing hitam seperti imigresen, kastam, polis marin, RELA dan organisasi yang sama di negara-negara jiran – amalan rasuah merupakan tindakan duri dalam daging terhadap keselamatan sesebuah negara.

PENUTUP:

Ditelan mati emak, diluah mati bapa, demikianlah suasana kehidupan berjiran. Sebarang masalah yang dihadapi yang berkaitan dengan hubungan jiran memerlukan tindakan yang teliti dan bijaksana. Biarlah segala tindakan bersama menatijahkan situasi menang-menang bagi kedua-dua pihak. Lebih-lebih lagi dalam isu pemerdagangan manusia ini, pihak negara berjiran terpaksa berurusan pula dengan pihak ketiga iaitu negara pembekal dan negara penerima. Oleh itu, kerjasama serantau amatlah diperlukan agar segala penyelesaian dapat diambil secara bijaksana.

Cikgu Anelyza (2010) Diperoleh pada 15 September 2013 daripada

http://anelyza.blogspot.com/2010/11/jenayah-perdagangan-manusia-punca-kesan.html

Page 14: Pemerdagangan Present Info

 KESAN PEMERDAGANGAN MANUSIA TERHADAP KERAJAAN MALAYSIA

DILABEL SEBAGAI NEGARA PERSINGGAHAN BAGI KEGIATAN PEMERDANGAN

MANUSIA

Terletak di tengah-tengah ASEAN,Malaysia menjadi lokasi paling strategik sama ada sebagai negara destinasi atau transit bagi aktiviti pemerdagangan manusia.Kelemahan dari sudut kedudukan geografi itu memudahkan negara menghadapi kesan limpahan apabila berlakunya masalah ekonomi . Keamanan dalam negara juga menyebabkan Malaysia menjadi destinasi pilihan. Negara juga dijadikan pusat transit untuk menyeludup manusia ke negara ketiga seperti ke Australia dan Amerika Syarikat (AS).Hasil kajian mendapati, Negara Malaysia khususnys negeri Sabah adalah salah satu destinasi, dan Negeri persinggahan untuk wanita dan kanak-kanak yang diperdagangkan untuk ekploitasi seks secara komesial dan buruh paksa bagi lelaki.

MasyarakatMasalah pemerdagangan manusia semakin berleluasa dan mendatangkan impak negatif terhadap masyarakat. Masalah pemerdagangan manusia akan menyebabkan masyarakat hidup dalam kerisauan. Nilai kejiranan mungkin tidak lagi wujud dalam kalangan masyarakat kerana risau anak-anak mereka akan diculik atau ditipu oleh jiran. Sebagai contoh, dewasa ini ibu yang hendak ke pasar tidak lagi akan tinggalkan anak kecil mereka kepada jiran, mereka sanggup bawa anak kecil bersama-sama walaupun sangat menyusahkan. Budaya ini tidak sama seperti dulu, nilai kejiranan semakin terhakis. Silaturahim antara masyarakat akan semakin tegang.

 EKONOMI DAN BUDAYA

Ramai yang tidak tahu dan tidak ambil peduli terhadap kesan daripada aktiviti pemedagangan manusia ini.Setiap yang terjadi misti ada akibatnya,sebagai contoh dari segi ekonomi.Ramai yang tidak sedar dan tahu bahawa pada setiap tahun kira-kira 20 bilion poun wang mengalir keluar negara akibat daripada aktiviti tersebut.Keadaan ini menyebabkan berlakunya kerugian yang besarterhadap negara dan ternyata pengaliran wang keluar yang banyak ke luar negara akan menjejaskan ekonomi negara kita.Selain itu,kehadiran manusi yang diseludup dari pelbagai negara ini yang ada budaya tersendiri akan menjejaskan negara dari segi DEMOGRAFI, BUDAYA, SOSIAL, dan INSTITUSI KEKELUARGAAN.

Diperoleh pada 15 September daripada http://penyeludupanmanusia.blogspot.com/p/kesan.html?zx=8313ffce133a17e3

Page 15: Pemerdagangan Present Info

Prof: Kesan negatif pemerdagangan manusia pada M'sia

Peningkatan kes pemerdagangan manusia dan penyeludupan masuk pendatang berkemungkinan memberi kesan negatif kepada ekonomi negara, kata Felo Utama Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof Dr Azizah Kassim.    "Ia mencemar nama baik Malaysia dalam arena antarabangsa melainkan jika kerajaan menyediakan lebih banyak sumber daripada segi kewangan dan modal insan bagi membanteras kegiatan haram ini," katanya dalam satu kertas kerja yang dibentangkan pada bengkel Pemberitaan Mengenai Pemerdagangan Manusia di Kuching baru-baru ini.    Dr Azizah, yang juga anggota Majlis Anti Pemerdagangan Manusia dan Anti Penyeludupan Pendatang (MAPO), berkata pemerdagangan manusia dan penyeludupan pendatang merupakan kegiatan yang kompleks.    Ia melibatkan banyak pihak seperti di peringkat negara sumber, transit dan destinasi, sindiket antarabangsa, mangsa dan mereka yang bersubahat, yang kesemuanya boleh menimbulkan ancaman kepada keselamatan sempadan, katanya.

Sambil memetik beberapa perangkaan, Dr Azizah berkata kes melibatkan wanita dieksploitasi tahun ini sahaja berjumlah 217 diikuti buruh paksaan sebanyak 70, melanggar undang-undang imigresen (38) dan penjualan bayi (30).

Beliau berkata selain mengancam undang-undang dan keselamatan negara, kes-kes tertentu juga mencetuskan pertikaian diplomatik antara negara berhubung layanan terhadap mangsa penyeludupan.    "Melawan kegiatan seperti ini memerlukan usaha besar-besaran yang bukan saja melibatkan kos tetapi juga kerjasama negara-negara yang berkaitan, agensi antarabangsa dan badan bukan kerajaan," katanya.    Dr Azizah berkata disebabkan keadaan politik yang tidak stabil dan kemajuan ekonomi tidak seimbang dalam rantau Asean, beberapa negara yang menikmati pertumbuhan ekonomi lebih baik seperti Malaysia, menjadi pilihan "pendatang ekonomi", sama ada secara sah ataupun tidak.

Beliau juga berkata Malaysia memerlukan bantuan termasuk pakar dalam melindungi mangsa, latihan kepada pengurus dan petugas tempat pelindungan selain untuk menjalankan siasatan dan pendakwaan serta juga perkongsian kos dengan negara sumber dan transit bagi penghantaran balik mangsa.

Malaysia Kini (2011) Diperoleh pada 15 September 2013 daripada http://www.malaysiakini.com/news/178621

Page 16: Pemerdagangan Present Info