pembinaan nasion malaysia

13
Seminar Kebangsaan Empat Puluh Tahun Penubuhan Malaysia 16 Sep tember 200 3, Pus at pengajia n Sejar ah, Pol iti k dan Str at egi , FSS K, Bangi. Pesuruhjaya-Jeneral dan Proses Pembinaan Nasion Malaysia Prof. Madya Dr. Oong Hak Ching Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi Universiti Kebangsaan Malaysia Pengenalan Kertas kerja ini menumpukan perbincangan mengenai fungsi dan peranan Gabenor-  Jeneral yang kemudian dipanggil Pesuruhjaya-Jeneral dalam perancangan dasar Bri tis h bagi wi lay ah- wi lay ah Bri tis h di As ia Ten ggara yang membawa ke ara h pembinaan nasion Mala ysia. Wilayah-wi layah berkenaan yan g terdiri dari Singapura, Malayan Union (Persatuan Mela yu), Borneo Utara (Sabah), Brunai dan Sarawak. Semua wilayah kecuali Brunai telah disatukan menjadi nasion Malaysia pada 16 September 1963. Tahu n 1944 diambil seba gai titi k tola k perb inca ngan seja rah penu buha n Malaysia kerana perubahan-perubahan yang dicadangkan dalam tahun berkenaan membolehkan gagasan Malaysia direalisasika n. Malaysia mewarisi wilayah-wilayah dan pend uduk yang dahulun ya termasuk dalam empa yar kesu ltan an Mela ka dan Brunei yang kemudian dibentuk menjadi wilayah-wilayah British di Asia Tenggara. Mengikut cadangan asal dalam tahun 1944 wilayah-wilayah ini akan dibahagi kepada lima bahagian: Malayan Union atau Persatuan, Singapura, Borneo Utara (Sabah) dan Sara wak dan Brunai. Tiap-tia p satu diketua i oleh seorang gab enor kecu ali Brun ai yan g dik etu ai ole h Pesuru hja ya Tin ggi . Ga ben or dan Pesuru hja ya Tin ggi akan dikawalselia oleh gabenor-jeneral yang kemudian dipanggil pesuruhjaya-jeneral. Oleh kerana sebab-seb ab tertentu perubahan ini tidak dapat dilak ukan di Brunai. Jawatan Gabe nor-Je nera l dan kemu dian Pesu ruhja ya-Je nera l yang perta ma dipe gang oleh Malcolm MacDonald (1946-1955), diik uti oleh Robert Scot t (1955-1959) dan Lord Selkirk sebagai Pesuruhjaya-Jeneral yang terakhir (1959-1963). Pros es perancangan dan pemb inaa n Mala ysia atau dike nali seba gai grand design dimulakan oleh MacDonald, kemudian diteruskan dan ditunda semasa Scott dan akhirnya direalisasikan oleh Lord Selkirk. Peranan mereka yang penting ada lah dalam membuat keputusan dan mengambil tindakan bagi merangsang pemimpin- pemimpin dan mas yara kat tempa tan untu k mene rima dan merea lisa sika n grand design sehingga terbina nasion Malaysia. British tidak mengenakan tindakan yang menek an pemimpin atau masy arakat tempatan tetapi sebaliknya menyerahkan per kara ini kep ada bud ibi cara Tun ku Abd ul Rahma n dan pemimp in- pemimp in tempatan lain. Brunai yang termasuk dalam grand design yang asal diberi pilihan untuk kekal sebagai unit politik yang tersendiri. Sementara Singapura dikeluarkan daripada Persekutuan Malaysia pada 1965. Perancangan Pembinaan Nasion Malaysia Dalam zaman pemerentahan British wilayah-wilayah yang termasuk dalam Ma lays ia mengala mi du a kali peru ba ha n be sar dala m susunan semula perlembagaan , politik dan pentadb iran. Sebelum zaman Perang Dunia Kedu a (1942 hingga 1945) Singapura bersama-sama dengan Pulau Pinang (termasuk Dinding), Melaka, Labuan, Pulau-pulau Krismas dan Cocos Keeling membentuk Negeri-negeri 1

Upload: oong-hak-ching

Post on 04-Apr-2018

234 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pembinaan Nasion Malaysia

7/29/2019 Pembinaan Nasion Malaysia

http://slidepdf.com/reader/full/pembinaan-nasion-malaysia 1/13

Seminar Kebangsaan Empat Puluh Tahun Penubuhan Malaysia16 September 2003, Pusat pengajian Sejarah, Politik dan Strategi, FSSK,Bangi.

Pesuruhjaya-Jeneral dan Proses Pembinaan Nasion Malaysia

Prof. Madya Dr. Oong Hak ChingPusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi

Universiti Kebangsaan Malaysia

Pengenalan

Kertas kerja ini menumpukan perbincangan mengenai fungsi dan peranan Gabenor- Jeneral yang kemudian dipanggil Pesuruhjaya-Jeneral dalam perancangan dasarBritish bagi wilayah-wilayah British di Asia Tenggara yang membawa ke arahpembinaan nasion Malaysia. Wilayah-wilayah berkenaan yang terdiri dari Singapura,Malayan Union (Persatuan Melayu), Borneo Utara (Sabah), Brunai dan Sarawak.Semua wilayah kecuali Brunai telah disatukan menjadi nasion Malaysia pada 16September 1963.

Tahun 1944 diambil sebagai titik tolak perbincangan sejarah penubuhanMalaysia kerana perubahan-perubahan yang dicadangkan dalam tahun berkenaanmembolehkan gagasan Malaysia direalisasikan. Malaysia mewarisi wilayah-wilayahdan penduduk yang dahulunya termasuk dalam empayar kesultanan Melaka danBrunei yang kemudian dibentuk menjadi wilayah-wilayah British di Asia Tenggara.Mengikut cadangan asal dalam tahun 1944 wilayah-wilayah ini akan dibahagi kepadalima bahagian: Malayan Union atau Persatuan, Singapura, Borneo Utara (Sabah) danSarawak dan Brunai. Tiap-tiap satu diketuai oleh seorang gabenor kecuali Brunaiyang diketuai oleh Pesuruhjaya Tinggi. Gabenor dan Pesuruhjaya Tinggi akandikawalselia oleh gabenor-jeneral yang kemudian dipanggil pesuruhjaya-jeneral. Olehkerana sebab-sebab tertentu perubahan ini tidak dapat dilakukan di Brunai. JawatanGabenor-Jeneral dan kemudian Pesuruhjaya-Jeneral yang pertama dipegang olehMalcolm MacDonald (1946-1955), diikuti oleh Robert Scott (1955-1959) dan LordSelkirk sebagai Pesuruhjaya-Jeneral yang terakhir (1959-1963).

Proses perancangan dan pembinaan Malaysia atau dikenali sebagai granddesign dimulakan oleh MacDonald, kemudian diteruskan dan ditunda semasa Scottdan akhirnya direalisasikan oleh Lord Selkirk. Peranan mereka yang penting ada lahdalam membuat keputusan dan mengambil tindakan bagi merangsang pemimpin-pemimpin dan masyarakat tempatan untuk menerima dan merealisasikan granddesign sehingga terbina nasion Malaysia. British tidak mengenakan tindakan yangmenekan pemimpin atau masyarakat tempatan tetapi sebaliknya menyerahkanperkara ini kepada budibicara Tunku Abdul Rahman dan pemimpin-pemimpintempatan lain. Brunai yang termasuk dalam grand design yang asal diberi pilihanuntuk kekal sebagai unit politik yang tersendiri. Sementara Singapura dikeluarkan

daripada Persekutuan Malaysia pada 1965.

Perancangan Pembinaan Nasion Malaysia

Dalam zaman pemerentahan British wilayah-wilayah yang termasuk dalamMalaysia mengalami dua kali perubahan besar dalam susunan semulaperlembagaan, politik dan pentadbiran. Sebelum zaman Perang Dunia Kedua (1942hingga 1945) Singapura bersama-sama dengan Pulau Pinang (termasuk Dinding),Melaka, Labuan, Pulau-pulau Krismas dan Cocos Keeling membentuk Negeri-negeri

1

Page 2: Pembinaan Nasion Malaysia

7/29/2019 Pembinaan Nasion Malaysia

http://slidepdf.com/reader/full/pembinaan-nasion-malaysia 2/13

Selat dan menjadi tanahjajahan mahkota British. Perak, Pahang, Selangor dan NegeriSembilan membentuk Negeri-negeri Melayu Bersekutu yang menjadi negeri naunganBritish dan pentadbiran dipusatkan ke Kuala Lumpur. Kelantan, Kedah, Perlis,

 Terangganu, Johor dan Brunei juga menjadi negeri naungan British tetapi ditadbirsecara berasingan dan dikategorikan sebagai Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu.Sabah atau Borneo Utara ditadbirkan oleh Syarikat Berpiagam Borneo Utara dan

Sarawak diperintah dan ditadbir oleh keturunan Raja Brooke juga menjadi naunganBritish.

Pada zaman Perang Dunia Kedua susunan semula perlembagaan dan politikdi wilayah-wilayah tanahjajahan dan naungannya di Asia Tenggara telah dilaku.Wilayah-wilayah ini telah mengalami proses pemecahan, pemisahan danpercatuman. Negeri-negeri Selat dibubarkan dengan Labuan dicantumkan denganBorneo Utara, pulau-pulau Krismas dan Cocos-keeling diserah kepada Australia,Dinding dan Pulau Pangkor dipulangkan kepada Perak, Melaka dan Pulau Pinangpula dicantumkan dengan negeri-negeri Melayu di semenanjung membentukPersatuan Melayu atau Malayan Union. Semua wilayah dibahagi kepada lima unitpolitik: Singapura, Malayan Union (atau Persatuan Melayu), Sabah, Sarawak danBrunai. Semua wilayah termasuk Brunai akan dijadikan tanahjajahan mahkota Britishdan tiap-tiap satu akan diketuai oleh seorang pegawai yang kemudiannya dipangilgabenor kecuali Brunai. Pada mulanya dasar terhadap Brunai juga sama sepertiwilayah-wilayah yang lain. Menurut dasar baru “…As regards Brunei , His Majesty 

 possesses (but does not exercise ) a certain limited jurisdiction in the state. It is nowdesired that the Sultan of Brunei (like the Rulers in Malaya) should be invited to cedesuch jurisdiction to His Majestic as we will enable him to legislate for the State under Foreign Jurisdiction Act to the fullest extent  ( CAB 98/41). Perubahan yangdicadangkan tidak dapat dilaksanakan di Brunai kerana penentangan hebat daripadamasyarakat Melayu terhadap rancangan Malayan Union. British bimbang keadaan ini

 juga akan terjadi di Brunai dan dengan itu menyebabkan British mengambilkeputusan mengekalkan status Brunei , sebuah negeri Melayu seperti keadaansebelum Perang. Gabenor Sarawak bertindak selaku Pesuruhjaya Tinggi British bagiBrunai.

Mengikut dokumen bertajuk “Future Constitutional policy for British Colonial Territories in South-East Asia” bertarikh 11 Januari 1944:

It is advisable that the function of co-ordination and directionshould not be entrusted to an officer [governor] already burdened by detailed administration responsibilities in any particular territory of thegroup. The appointment is therefore envisaged of a high British

 Authority ( for a convenience styled here a ‘Governor-General’ for thewhole area viz Malaya and British Borneo, without any direct administrative functions within any of the territories concerned, but with direct supervisory control over the chief officers of all thoseterritories (CAB 98/41).

Buat sementara waktu British berpendapat wilayah-wilayah Borneo Utara,

Sarawak dan Sabah tidak sesuai untuk disatukan kerana “ The territories in Borneoare still comparatively undevelop and they have few racial or other affinities. At thisstage therefore , the basis for closer union between them hardly exists”  Tetapi Britishberharap “…under the direction of the Governor-General in Singapore…The

 promotion of closer union between the territories should be a continuing object of our policy (CAB 98/41).”

Gabenor-Jeneral akan dibantu oleh sebuah sekretariat yang mengandungipakar-pakar yang menjadi penasihatnya bagi menyelia perkembangan danpembangunan politik, ekonomi dan sosial di wilayah-wilayah berkenaan. Gabenor-

2

Page 3: Pembinaan Nasion Malaysia

7/29/2019 Pembinaan Nasion Malaysia

http://slidepdf.com/reader/full/pembinaan-nasion-malaysia 3/13

 Jeneral ini juga akan menjadi wakil kerajaan British dalam sebarang majlis serantauyang bakal dibentuk oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dan lain-lain.Ibupejabat Gabenor-Jeneral ditempatkan di Singapura. Malcolm MacDonald telahdilantik sebagai Gabenor-Jeneral yang pertama pada bulan April 1946. Nama jawatanini ditukar menjadi Pesuruhjaya Jeneral pada 1948 tetapi peranan dan fungsi tidakbanyak berubah. Kenyataan ini dapat dilihat dengan jelas dalam panduan yang

diberikan kepada MacDonald pada November 1949 dan kepada Robert Scott yangmenjadi Pesuruhjaya- Jeneral kedua pada 1955. Fungsi Pesuruhjaya-Jeneral saperti Gabenor-Jeneral ia itu “to ensure the co-

ordination of policy and administration throughout all the territories [the MalayanUnion, Singapore, Sarawak, North Borneo and Brunei] within the Governor-General’ssphere or authority”(CO 1030/161). Perlu diperhatikan perkataan “Governor-General”masih dipakai dalam surat panduan untuk jawatan Pesuruhjaya-Jeneral.  Gabenor-

 Jeneral atau Pesuruhjaya-jeneral tidak mempunyai kuasa eksekutif dan tidakmenjalankan tanggungjawab pentadbiran tetapi ia mempunyai “reserved powers.”Pesuruhjaya-Jeneral boleh menggunakan otoriti ini “…to issue directions to theGovernors and High Commissioner, this power was only to be exercised in the last resort and in fact no occasion arose for its use” (ibid.,). Tetapi dalam kes gabenortidak mendengar nasihat atau mengambil berat terhadap tegoran yang diberikan,Pesuruhjaya-Jeneral boleh memberi cadangan supaya seseorang gabenor ataupesuruhjaya tinggi seperti dalam kes Edward Gent dan Henry Gurney ditukar ataudipecat dan dipanggil pulang ke London (lihat, misalnya CO 9967/145 dlm Stockwell,1995: 286).

Gabenor-Jeneral atau Pesuruhjaya-Jeneral akan mengadakan danmempengerusikan persidangan yang dihadiri oleh gabenor-gabenor dan pesuruhjayatinggi dan pegawai-pegawai kanan daripada wilayah-wilayah British di Asia Tenggaradari masa ke masa bagi membincangkan halatuju dan perkembangan politik, sosial,ekonomi dan isu-isu keselamatan rantau ini. Misalnya pada 26 Jun 1947 satupesidangan khas diadakan di Pejabat Gabenor-Jeneral di Singapura untukmembincangkan masalah keselamatan yang dihadapi oleh Malayan Union danSingapura (MSS. Ind.Ocn S-254). Antara yang hadir termasuk Edaward Gent, GabenorMalayan Union, P.A.B MacKerron, pegawai mentadbir Singapura, J.Dalley, PengarahMalayan Security Services, J.A. Brazier, Pensihat Buruh, General Sir Neil Ritchie,Commander-in-Chief General Headquater S.E.A.L.F dan Rear-Admiral, Sir DennisBoyd, Commander-in- Chief. B.P.F dan lain-lain. Jika diperhatikan kedudukan dalampersidangan pegawai pemerintah tentera (military commander) British nampaknyalebih rendah daripada Gabenor-Jeneral. Malcolm MacDonald selaku pengerusimenjelaskan persidangan ini diadakan untuk membincangkan perkembangan danpengaroh komunisme khusunya di Tanah Melayu dan Singapura. Menurut MacDonaldkomunis telah menjadi musuh No.1 dan semua pihak dikehendaki berkerjasamauntuk mengawas komunisme yang akan mengancam kedudukan British di rantau ini.

Malcolm MacDonald sebagai Gabenor-Jeneral dan kemudian berubah gelarankepada Pesuruhjaya Jeneral telah berusaha dengan penoh hati-hati untukmerapatkan hubungan kelima-lima wilayah British di Asia Tenggara terutama antara

 Tanah Melayu dengan Singapura. Sejak tibanya di Singapura ia telah menimbulkanidea supaya wilayah-wilayah British di Tanah Melayu, Singapura, Sabah, Sarawak danBrunai digabungkan. Tetapi usaha kearah objektif ini tidak dapat dilakukan keranapada masa itu British menghadapi tentangan hebat daripada masyarakat Melayudibawah pimpinan Dato Onn Jafaar dan United National Malays Organization (UMNO)dengan terhadap dasar Malayan Union ( atau nama rasminya dalam Bahasa Melayu:Persatuan Melayu). Di Sarawak juga masyarakat Melayu dan penduduk peribumibangkit menentang penyerahan Sarawak kepada British oleh rajah Vyner Brooke.

 Tentangan terhadap penyerahan ini diketuai oleh Persatuan Kebangsaan Melayu

3

Page 4: Pembinaan Nasion Malaysia

7/29/2019 Pembinaan Nasion Malaysia

http://slidepdf.com/reader/full/pembinaan-nasion-malaysia 4/13

Sarawak (PKMS) dan Persatuan Dayak Sarawak (SDA). Tentangan penduduk Sarawakmemang hebat sehingga membawa kepada pembunuhan ke atas Sir DuncanStewart, gabenor British yang kedua. Ia telah dibunuh di Sibu oleh kumpulan TigaBelas. Masa awal MacDonald terpaksa ditumpukan kepada masalah penentanganorang Melayu dan usaha-usaha mengubalkan perlembagaan baru untuk TanahMelayu yang dikenali sebagai Perjanjian Persekutuan. Selepas penubuhan

Persekutuan MacDonald memula kembali perbincangan untuk merapatkan wilayah-wilayah British di Asia Tenggara.Pada 16 April 1948 satu mesyuarat telah diadakan di Pejabat Tanahjajahan di

London. Mesyuarat ini dihadiri oleh MacDonald selaku Gabenor-Jeneral, LordListowel, Menteri negara (atau menteri muda) bagi Tanahjajahan, dan pegawai-pegawai Pejabat Tanahjajahan termasuk Sir Thomas Lloyd, Sir S Caine, G.F. Seel, H.T.Bourdillon dan O. H. Morris. MacDonald memberitahu mesyuarat bahawa E.Gent danSir F. Gimson bersetuju pada prinsipnya “…that Singapore should come into theFederation as early as possible” (CO 537/3669, no.3 dlm Stockwell,1995:5). Iamencadangkan “…that private talks should be held with the Malays and the Chineseof the Federation separately, and concurrently private informal talks should be heldwith Singapore representatives”. Lord Listowel membangkitkan mengenaimekanisme yang sesuai untuk memulakan memulakan proses perundingan bagimencapai objektif berkenaan. Thomas Lloyd mencadangkan tiga bentuk tindakandiambil: pertama samada Tanah Melayu atau Singapura mengambil inisiatif membangkitkan isu percantuman; kedua, ahli-ahli tidak rasmi memulakanperbincangan secara bersama-sama; dan ketiga, E. Gent dan Gimsonmembincangkan isu ini dengan MacDonald. Akhirnya mesyuarat bersetuju bahawaproses perbincangan mengenai isu ini dilakukan di kalangan ahli-ahli tidak rasmi.

Mesyuarat ini juga menimbulkan persoalan mengenai bentuk gabungan yangakan diwujudkan kelak. G. F. Seel menimbulkan kemungkinan dibentuk “ a super-Federation with the Federation and Singapore as equal parties…”(CO 537/3669, no.3dlm Stockwell, 1995:5). MacDonald berpendapat bentuk gabungan ini tidak bolehditerima oleh Edward Gent atau Tanah Melayu. Singapura pula mungkin tidak akanbersetuju untuk dijadikan negeri ke12 dalam Persekutuan Tanah Melayu. Mesyuaratbersetuju bahawa perbincangan mengenai merapatkan hubungan politik Singapuradengan Persekutuan akan ditentukan oleh “those on the spot” dan bukan diarahdaripada atas.

Pada penghujung tahun 1948 Jawatankuasa Hal-Ehwal Komanwel Britishmengkaji dan membincangkan semula perkembangan perlembagaan wilayah-wilayah kecil yang menjadi tanahjajahan dan naungan British. Dalam sebuahmemorandum yang dikemukakan oleh Setiausaha Negara Tanahjajahan Britian telahditegaskan lagi dasar British ialah “ …to the Colonial territories to responsible self-government within the Commenwealth in conditions that ensure to the peopleconcerned both a fair standard of living and freedom from oppression from any quarter ” (CO 967/142). Setiausaha Negara berpendapat “…that full independencecan be achieved only if a territory is economically viable and capable of defending itsown interest ” (ibid).

 Tanahjajahan dan wilayah naungan British dipecahkan kepada tiga kategori.Kategori pertama wilayah-wilayah yang berpotensi dan berupaya mencapai taraf 

kemerdekaan penuh. Kategori kedua wilayah-wilayah kecil-kecil yang perlubergabung membentuk unit yang lebih besar jika mereka ingin mencapaikemerdekaan penuh. Kategori ketiga wilayah yang tidak boleh dimasukkan ke dalamsalah satu ketegori di atas. Wilayah-wilayah yang termasuk ke dalam kategori ketigatermasuk wilayah-wilayah Tanahjajahan dan naungan British di Asia Tenggara.Antara wilayah yang tidak ada potensi untuk mendapat kemerdekaan tanpabergabung termasuk Singapura dan wilayah-wilayah British di Borneo. Mengikutrancangan British isu pengabungan Singapura dan Tanah Melayu dilakukan dahuludan kemudian dibincangkan kedudukan Sabah, Sarawak dan Brunai.

4

Page 5: Pembinaan Nasion Malaysia

7/29/2019 Pembinaan Nasion Malaysia

http://slidepdf.com/reader/full/pembinaan-nasion-malaysia 5/13

Peranan Pesuruhjaya-Jeneral ke arah merealisasikan dasar ini telahditegaskan lagi dengan satu arahan baru diberikan kepada MacDonald pada bulanNovember 1949. Arahan ini yang menyatakan " You are directed by the RoyalInstructions to promote the co-odination of policy and administration between theGovernments in your   area of authority " dan "… In the course of time some closer 

 political co-operation may also be desirable, and you will advise the Secretary of 

State for the Colonies in this question from time to time (CO 1022/91 no.25 dlmStockwell, 1995:443)."Pada Jun 1950 Persidangan Pesuruhjaya-Jeneral Yang Ke Lima Belas telah

diadakan di Bukit Serene, Johor (CO 537/5961, no 25 dlm Stockwell, 1995:223-230).Persidangan ini turut dihadiri oleh J. Griffith, Setiausaha Negara Bagi Tanahjajahan.Persidangan ini menumpukan perbincangan kepada isu masa hadapan Tanah Melayudan Singapura yang sedang bergerak ke arah berkerajaan sendiri. Mengikut GabenorSingapura “ the political advance in Singapore was proceeding differently of that inthe Federation. In Singapore there were concenrating on consolidating the electorateso that the leaders would have the full people’s support ”( ibid:225). Di Tanah Melayupula “the Federation felt it necessary that the executive reponsibility should devolveon its leaders at an early stage rather than wait for members to become responsibleto their electorate. (ibid:225).

Pesuruhjaya Jeneral berpendapat “ it great mistake to cotemplate Singaporedeveloping separately from the Federation.” Orang Cina merupakan golonganmajoriti di Singapura dan kemungkinan besar akan menjadi Singapura sebuah satelitbagi negera China.Menurut MacDonald “…this was unthinkable. Clearly the aimsmust be to bring Singapore into closer association with the Federation on mutually satisfactory basis, so that Singapore could not be disposed of by its Chinese majority without the agreement of the Federation.” Pesuruhjaya-Jeneral mencadangkan: “ Aloose Federation of Malaya and Borneo would add a counter-poise to the Chineseelement ” dan ia bersetuju Singapura mesti bercantum dengan Persekutuan.

Setiausaha Negara Bagi Tanahjajahan pula mengingatkan hadirin bahawa jangkaan 25 tahun bagi melatih anak tempatan mengambil alih teraju kepimpinan kearah berkerajaan sendiri sudah tidak sesuai lagi dalam situasi politik pada masa itu.Menurutnya “It would be unrealistic, unsafe and perhaps disastrous to work on that 25 years was still available to us to accomplish the transition to self-government.” Iamenambah “…we would be wise to accept the conclusion that the period for transition is likely to be shorter, rather than a longer one” (CO 537/5961, no 25 dlmStockwell,1995:226). Bagi memulakan proses perbincangan mengenai isupercantuman antara wilayah Pesuruhjaya-Jeneral mencadangkan “ the time had nowcome for the first approaches in this direction to be make on a personal and informalbasis with whose opinions counted” (1995:230). Ia juga telah mengemukakan ideamerapatkan hubungan Tanah Melayu dengan Singapura kepada pengetahuan orangramai melalui tulisannya yang disiarkan dalam majalah Malaya (1952) mengenaiPolitics in Malaya. Menurut MacDonald: “  A further constructive constitutional stepwhich should, if possible take place in due course is closer political association- not,of course amalgamation- between the Federation and Singapore (1952:17). Menurutbeliau lagi perkembangan ini bergantung kepada kehendak penduduk tempatan dikedua-dua wilayah berkenaan.

Pada 10 Jun 1952 MacDonald telah melaporkan usaha beliau ke arahmerealisasikan objektif merapatkan hubungan wilayah-wilayah British di Asia

 Tenggara. Menurutnya sempena pertabalan Gabenor Singapura yang baru, JohnNicoll pada 21 April 1952 wakil-wakil Malayan and Bornean branches of theCommonwealth Parliamentary Association ke upacara berkenaan. Mereka telahbersetuju untuk membuat pertemuan dari masa ke masa dan menubuhkan sebuahorganisasi puast di Singapura. Bekas Gabenor Singapura, Franklin Gimson telahmengeluarkan kenyataan bahawa “Singapore and the Federation should merged.C.C.Tan juga mengeluarkan cadangan “that there should ultimately be one self-

5

Page 6: Pembinaan Nasion Malaysia

7/29/2019 Pembinaan Nasion Malaysia

http://slidepdf.com/reader/full/pembinaan-nasion-malaysia 6/13

governing unit in the Commonwealth consisting of Singapore, the Federation and theTerritories of British Borneo…(CO 1022/61, no.15 dlm Stockwell,1995:391). Daripadapemerhatian MacDonald pemimpin-pemimpin bukan Melayu menerima ideapercantuman wilayah-wilayah berkenaan tetapi “…The crux of the decision will

 probably lie finally with the Malays of Federation, most of whom will undoubtedly beextremely cautious in their approach to the question of closer association (ibid).”

Dalam bulan November 1952 dalam mesyuarat Chief of Staff di KementerianPertahanan Britain telah dibangkitkan isu dan masalah merapatkan hubunganwilayah-wilayah British di Asia Tenggara terutama di antara Tanah Melayu denganSingapura. Mengikut pandangan Higham pada 5 Mar 1953 isu merapatkan kerjasamaSingapura dengan Tanah Melayu bertambah sulit kerana “Singapore will become soset in her present ways that she will only consent to enter a greater Malaya on termsunacceptable to the Fedration ( CO 1022/91, no.23 dlm Stockwell, 1995: 438).Pegawai-pegawai British sendiri seperti Sir J.Nicoll dan Sir D. MacGilivrayberpendapat: “it would be better to leave the two territories to drift apart… (CO1022/91 dlm Stockwell, 1995: 437-8).” Menurut Paskin, “…unless more positiveguidance can be given, the present process of ‘philosophical’ stimulation of unofficialopinion in favour of political association between Singapore and the Federation might go on forever without    producing any very practical result  (CO 1022/91 dlmStockwell, 1995: 439). Menurutnya lagi peranan MacDonald sebagai Pesuruhjaya-

 Jeneral nampaknya kurang berkesan untuk mengatasi isu ini dan “instead of allowing the colonial funtions of the Commisioner to lapse when Mr. MacDonald’sterm expires, he should be replaced by someone with the kind of forceful and direct approach…(ibid: 440).” Berikutan dengan keputusan mesyuarat Chief of Staff Pejabat Tanahjajahan di London telah ditugaskan menyediakan satu memorandamengenai objektif politik di wilayah-wilayah British di Asia Tenggara untuk  Joint Planning Staff  kementerian Pertahanan Britain. Menurut memoranda ini hala tujuwilayah-wilayah ini seperti berikut:

(a) the closer association of Singapore and the Federation, which it was hopewould be realised in a relatively short time.

(b) The closer association of North Borneo, Sarawak and Brunei, whichhowever was not considered to be attainable –as a matter of administration apart from political considerations-for a considerablenumber of years; and

(c) Ultimately , some form of political association between the Malayan andBorneo groups of territories (CO 1022/91, no.25 dlm Stockwell, 1995:444).

Dalam usaha kearah merealisasikan objektif di atas Pesuruhjaya-Jeneral telahmembentuk sebuah jawatankuasa yang dikenali sebagai Joint Co-ordinationCommittee pada tahun 1953 untuk berunding dan menyelaraskan dasar danpentadbiran di antara kerajaan Tanah Melayu dengan Singapura yang jugamembawa pengabungan kedua-dua wilayah berkenaan. Ahli-ahli jawatankuasa iniwakil-wakil Persekutuan termasuk D.C. Watherson (Ketua Setiausaha Tanah Melayu),Dato Onn Jaafar, Tuan Haji Abdul Wahab bin Abdul Aziz (Dato Panglima BukitGantang dan Menteri Besar Perak), Raja Uda bin Raja Mohammad (Menteri BesarSelangor), Tunku Abdul Rahman ibni Al-marhum Sultan Abdul Hamid, Colonel

H.S.Lee dan Yong Shook Lin. Wakil-wakil Singapura pula di antara lain termasukW.A.C. Goode (Colonial Secretary yang kemudian menjadi Gabenor Singapura), E.J.Davies (Attorney-General), Thio Chan Bee, C.C. Tan, Lim Yew Hock dan Inche Ahmadbin Mohamed Ibrahim. E.O. Laird (Tanah Melayu) dan J.A. William (Singapore)bertindak sebagai Setiausaha Bersama.

Melalui JCC, MacDonald juga mengambil inisiatif untuk berunding danberbincang dengan pemimpin-pemimpin parti politik Singapura dan Tanah Melayumengenai soal kerjasama dan percantuman kelima-lima wilayah berkenaan.

6

Page 7: Pembinaan Nasion Malaysia

7/29/2019 Pembinaan Nasion Malaysia

http://slidepdf.com/reader/full/pembinaan-nasion-malaysia 7/13

MacDonald memberitahu Setia Usaha Negara Bagi Tanahjajahan: “…I said to [C.C.]Tan that I hoped that the Joint Co-ordination Committee could devise proposalswhich would enable the three Borneo Territories to join a confederation with Malayaand Singapore (CO 1030/161, Commissioner General kepada Secretary of State forthe Colonies, 25 Ogos 1954). Tetapi perkara ini tidak dibincangkan dalam

 jawatankuasa berkenaan.

Pada 2 April 1955 MacDonald memberitahu Lennox-Boyd, Setiausaha NegaraBagi Tanahjajahan mengenai usaha-usaha yang sedang dijalankan (CO 1030/163, no1 dlm Stockwell (b), 1995:109). MacDonald menyatakan “I have the honour to addres

 you on the subjects of closer political association between Singapore and theFederation of   Malaya, closer political association between the three Territories inBritish Borneo, ultimate closer association between the Malayan and the Borneogroups of the  countries…( ibid). Antara usaha yang dilakukan ia lah merangkaperlembagaan untuk Singapura dan Tanah Melayu yang terus akan terikat denganBritish apabila kedua-dua wilayah mencapai taraf berkerajaan sendiri yangdijangkakan pada tahun 1959. Menurut MacDonald “One of our political objectives inthe Malayan territories is self government within the Commonwealth. Our efforts willbe in vain if the result of self government, when it is established, is that the Malayan

 promptly lose their liberty through cold or hot war conquest by the a Communist or other foreign aggressor .” Antara perkara yang akan dilakukan termasuk “ to consider the appropriate constitutional machinery for co-ordination in defence.” Usaha jugasedang dilakukan untuk merapatkan hubungan politik di antara Sabah, Sarawak danBrunai melalui penubuhan sebuah Majlis Bersama (Joint Council) yang akanmempunyai kuasa eksekutif tertentu. MacDonald menegaskan sekali lagi bahawa“Our ultimate objective is a Condeferation between the five present territories of theFederation of Malaya, Singapore, Sarawak, North Borneo and Brunei” (ibid:111).Menurut MacDonald lagi:

In Singapore and the Federation many politicians in every racial community already favour the idea of a Confederation betweenthe five territories. I for one have been sedulously planting the idea intheir minds, and in the minds of local journalist, over the last eight 

 years, and urging them to give public expression every now and thento this ultimate aim, so that the people are gradually educatedtowards it (ibid:112).

 Tetapi penduduk wilayah-wilayah Borneo yang dianggap masih masihketinggalan dalam kemajuan politik “are perhap less aware than those in Malaya of our grand design.” Perlu diperhatikan disini bahawa istilah grand design telahdigunakan untuk merujuk kepada gagasan Malaysia sejak 1955.

MacDonald menyedari masalah besar yang dihadapi dalam isu pengabunganSingapura dengan Tanah Melayu dan memutuskan tidak akan membincangkan isupengabungan kedua wilayah ini dengan tiga wilayah British di Borneo. MacDonaldmemberitahu Setiausaha Negara Bagi Tanahjajahan “…in the course of thediscussion on 13 a member of the [Joint Co-ordination] Committee asked whether wewere contemplating closer political association only between Federation andSingapore, or whether we wished to achieve closer association between the two

Malayan territories and  the three Territories of British Borneo.” (CO 1030/161.MacDonald kepada Setiausaha Bagi Tanahjajahan, 1 Julai 1955). MacDonaldmenjelaskan bahawa perbincangan mengenai perkara berkenaan belum sesuaikerana “…the matter was not at all a live political issue at present in the threeBorneo Territories.”(ibid.). Walau bagaimana pun MacDonald mengingatkan bahawa“…the possibility of a wider political association between Malayan territories and theBorneo Territories should be kept in mind…”( ibid.).

7

Page 8: Pembinaan Nasion Malaysia

7/29/2019 Pembinaan Nasion Malaysia

http://slidepdf.com/reader/full/pembinaan-nasion-malaysia 8/13

Robert Heatlie Scott telah dilantik sebagai Pesuruhjaya-Jeneral padaSeptember 1955 bagi mengantikan MacDonald yang dilantik sebagai Pesuruhjaya

 Tinggi British ke India. Scott mempunyai pengalaman sebagai pentadbir dandiplomat. Sebelum dilantik ke jawatan ini ia memegang jawatan minister di kedutaanBritish di Washington, Amerika Syarikat. Scott memegang jawatan Pesuruhjaya-

 Jeneral hingga 1959 dan jawatan terakhir beliau ialah Setiausaha Tetap, Kementerian

Pertahanan Britain.Perlantikan Scott sebagai Pesuruhjaya Jeneral memperlihatkan kerajaanBritish memberi perhatian berat kepada masalah keselamatan rantau Asia Tenggaratermasuk wilayah-wilayah yang akan diberi taraf berkerajaan sendiri. Sebelum iadipilih oleh kerajaan British untuk memegang jawatan ini Sir Anthony Eden yangmenjadi Perdana Menteri British pada 6 April 1955 telah meminta Sir Norman Brookmengkaji semula peranan Pesuruhjaya_Jeneral British di Asia Tenggara. NormanBrook yang telah berundingan dengan pegawai-pegawai kanan Pejabat Tanahjajahandan Kementerian Luar berpendapat seorang pegawai yang kanan dilantik untukmemegang jawatan ini. Menurut Brook : “The United Kingdom has great interest andmajor responsibities throughout Sotheast Asia, but these are divided among anumber of different authorities (Ambassadors, Governors, High Commissioners andCommanders-in-Chief) who is primarily interested in his own part. We need someonethere who can advise on general policy for the area as a whole and has sufficientauthority to promote co-operation, and resolve differences, between United Kingdomrepresentatives or authorities in different parts of the area” (CO 1030/193, no 54 dlmStockwell (b),1995: 114). Brooks juga berpendapat British perlukan seorang pegawaiyang dapat bercakap dengan penoh wibawa sebagai wakil dalam PertubuhanPerjanjian Asia Tenggara (SEATO) dan memerhatikan situasi di Indo China yang akanbertambah kritikal dan memberi kesan ke atas rantau Asia Tenggara. Orang yangdicadangkan itu juga harus lah “…based mainly on his representation of the UnitedKingdom at S.E.A.T.O. (ibid). Berasaskan kriteria ini lah Scott dilantik sebagaiPesuruhjaya-Jeneral.

Kembimbangan tentang masalah ancaman komunis dan keselamatan rantauAsia Tenggara.telah mendorong Lennox-Boyd membuat kunjungan ke Tanah Melayudan berbincang dengan Scott. Boyd turut menghadiri Jawatan Kuasa PenyelaranPertahan British (BDCC) dalam bulan Oktober 1955 (DEFE 7/494, DCC (FE) (55) 32dlm Stockwell (b), 1995:151). Mesyuarat bersetuju bahawa:

An essential prerequisite of any measure of independence for Singapore and Malaya was a defence agreement which adequately 

 protected the interests of the U.K., Commonwealth and Soth East Asia.It was and had always been the policy of H.M.G. ultimately to afford toany territory which reached the stage of self government to opt toremain either inside or outside the British Commonwealth.Nevertheless there  could be no question of making such offer incircumstances where the terms of a defence agreement could not befully implemented (ibid).

Mesyuarat juga bersetuju bahawa untuk tujuan pertahanan Sinapura dan Tanah Melayu akan dianggap sebagai “a whole” walaupun mereka memilih untuk

kekal berasingan.Scott menghidupkan kembali “grand design” yang telah diusahakan oleh

MacDonald. Bagi Scott Singapura tidak boleh diberikan kemerdekaan dan British juga tidak boleh menjajah Singapura buat selama-lamanya. Pada pandangan ScottSingapura tidak boleh diberikan kemerdekaan kerana “In a matter of years – 

 perhaps months – an independent Singapore would be an outpost of China, a colony in all but name, a source of danger for the whole area” (CO 1030/161, Scott kepadaPerdana Menteri 8 Mac 1956). Menurutnya lagi “ It is scarely conceivable that Britishand commonwealth defence and Commonwealth interests could be safeguarded in

8

Page 9: Pembinaan Nasion Malaysia

7/29/2019 Pembinaan Nasion Malaysia

http://slidepdf.com/reader/full/pembinaan-nasion-malaysia 9/13

an independent Singapore, a Chinese city run by Chinese, neutralist or worse,tolerating our bases for a while only because they help to keep down unemployment,certain to cripple the bases in emergency by strikes and sabotage. Scottberpendapat:

The only long term solution I can see is some kind of 

merger or union or partnership with Malaya. But Malaya is in nohurry for this. They want to get self-government and gain someexperience before taking the risks of association withSingapore.

Scott dengan tegas menyatakan “…we should definitely against independence andfavour of association with Malaya as the goal; that meanwhile we should go ongoverning Singapore as long as we can...(ibid.)

British memang mengharapkan Tanah Melayu menjadi white knight  untukmenyelamatkan Singapore dari jatuh kepada kuasa China dan blok komunis. TanahMelayu mempunyai bilangan anggota polis yang besar dan pasukan tentera yangcekap diduga dapat mengawal keadaan. Tetapi masalah besar kepada Tanah Melayuterutama masyarakat Melayu ada lah komposisi penduduk Singapura yangmajoritinya terdiri daripada kaum Cina. Percantuman Singapura dengansemenanjung boleh mengugat ketuanan dan kepimpinan Melayu di negara ini.Menurut Nik Anuar ‘percantuman dengan Singapura sudah pasti akanmenenggelamkan bangsa Melayu di semenanjung yang hanya berjumlah 49%daripada keseluruhan penduduk” (2001:23)

Usaha-usaha Scott untuk merapatkan hubungan Singapura dengan TanahMelayu tidak menampakkan hasil yang positif kerana hubungan di antara pemimpin-pemimpin politik Singapura terutama daripada Labour Party dan Progressive Partydengan Perikataan UMNO-MCA tidak begitu rapat. David Marshall, Ketua MenteriSingapura dan juga pemimpin Labour Party berucap dalam Dewan PerundanganSingapura menyatakan “ Since the appointment of Tengku Abdul Rahman as Chief Minister of the Federation, some of my colleagues and I have been in constant consultation with him on …[the subject of union between Singapore and theFederation.])” (CO 1030/161 Statement by the Chief Minister, Mr. David Marshall atthe LegislativeAssembly meeting , March 1956)). Tunku walau pun menyatakan ‘… aunion  between the two territories is desirable” tetapi ia tidak ingin membuatperbincangan lanjut. Menurut Tunku “…the paramount task of the FederationGovernment is an early finalisation of the new Constitution.”  Tunku Abdul Rahman,

 Yang Dipertua UMNO lebih pentingkan perjuangan untuk mendapat kemerdekaan Tanah Melayu terlebih dahulu dan perbincangan mengenai percantuman Singapura-Malaya boleh dilakukan kemudian. Pada masa ini Tanah Melayu telah pun mencapaibanyak kemajuan politik termasuk pengenalan pilihanraya Persekutuan 1955 danakan mencapai taraf kerajaan sendiri. Perbincangan mengenai isu percantuman

 Tanah Melayu dengan Singapura akan menimbulkan banyak kerumitan dan masalah.

David Marshall berusaha terus untuk mendapat persetujuan Tunku AbdulRahman mengenai isu percantuman ini. Satu pertemuan dalam bulan Disember1955 sebelum Tunku bertolak ke London bagi merundingkan soal kemerdekaan

 Tanah Melayu dengan kerajaan British. David Marshall Tunku “..had refused,allegedly because he feared that this would jeopardise the Federation claims forindependence’ (CO 1030/161. Sir R. Black kepada Pesuruhjaya-Jeneral, 1 March1956.) R. Black, Gabenor Singapura berpendapat Dewan Perundangan Singapurabersetuju percantuman Tanah Melayu dan Singapura akan “…represented a more

9

Page 10: Pembinaan Nasion Malaysia

7/29/2019 Pembinaan Nasion Malaysia

http://slidepdf.com/reader/full/pembinaan-nasion-malaysia 10/13

viable independent country in terms of economy and population” (ibid.). Tetapi Scottyakin lambat laun Tanah Melayu akan menerima Singapura. Menurut Scott “…anindependent Singapore under Communist influence would imperil Malaya’s future[and the]… Malay leaders know this (CO 1030/161, Scott kepada Perdana Menteri 8Mac 1956). Sementara menanti persetujuan daripada Tanah Melayu Scottmencadangkan British mengambil langkah berhati-hati dan “that nothing must be

done in Singapore to make eventual union with Malaya even more difficult then it already is “(ibid).Scott menghadapi masalah besar untuk merapatkan pemimpin dan penduduk

 Tanah Melayu berikutan dengan perkembangan politik di Singapura terutama dasarDavid Marshall berhubung dengan isu kewarganegaraan bagi orang Cina. Berasaskancadangan David Marshall British telah memberi hak kewarganegaraan yang luaskepada orang Cina yang kebanyakannya "non-English speaking Chinese" danmembuka era politik politik massa (Lau, 1998:8; CO 1030/258). Tindakan ini telahmengecewakan Tunku Abdul Rahman yang mengharapkan dasar kewarganegaraanyang lebih ketat dan tidak meningkatkan jumlah pengundi Cina dengan drastik yangakan menjejaskan kedudukan orang Melayu jika kedua-dua wilayah digabung kelak.

Pada 4 Mei 1956 Sir Donald MacGillivray, Pesuruhjaya Tinggi British di TanahMelayu telah melaporkan kepada Setiausaha Negara Bagi Tanahjajahan mengenaireaksi Tunku "to Marshall in regard to cit[i]zenship" (CO 1030/258). Tunkumenyatakan "None at all. I have given up Singapore" (ibid). MacGillivray menambah"His [Tunku] attitude at the moment is bitterly anti-Chinese." Pada masa inihubungan Melayu-Cina bertambah tegang berikutan dengan pertikaian mengenai isu

 Jus Soli. Masyarakat Cina di bawah anjuran pertubuhan-pertubuhan sosial dankebajikan Cina telah mengadakan satu majlis makan yang dihadiri oleh 1,000perwakilan. Dalam ucapan Leong Chee Cheong, salah seorang penaja utama,dilaporkan ia telah mengeluarkan kata-kata "Unity be with the overseas Chinese.Long live the Republic of China." Tunku menyatakan tindakan itu " as showing up theChinese in their true colours as being loyal to China rather than to Malaya". Tunku

 juga mempunyai pandangan demikian terhadap orang Cina di Singapura. MenurutMacGillivray "He [Tunku] considers them to be insincere." (CO 1030/258).

 Tunku Abdul Rahman menganggap sebagai satu kesilapan untuk memberihak kewarganegaraan kepada orang Cina sebagai usaha untuk memupuk danmembina kesetiaan mereka kepada Tanah Melayu atau Singapura. Tetapi iamenyatakan kepada MacGillivray "he regards Singapore as lost to the Chinese in any case and it is , therefore , a matter of indifference to him whether there is anextension of cit[i]zenship or not." Menurut MacGillivray "The present attitude of Malays in the Federation is more  firmly against any form of political union withSingapore than at any previous time…[and] the prospect of such union is remote."Pada pandangan MacGillivray grand design atau idea percantuman Tanah Melayudengan Singapura " to be pigeon hole but it is posible that they be brought out againat some future date."

Hubungan Tanah Melayu dengan Singapura mula menjadi rapat apabila Lim Yew Hock menjadi Ketua Menteri Singapura pada 8 Jun 1956 ( Nik Anuar NikMahmud, 2001: 7). Lim Yew Hock seorang tokoh Cina Peranakan mempunyai sikapanti-komunis dan telah bertindak keras menghapuskan pengaroh komunis di

Singapura. Parti Perikatan Singapura (SAP) di bawah kepimpinan Lim telahberkerjasama dengan UMNO dalam pilihanraya yang diadakan pada 30 Mei 1959.

 Tetapi parti ini telah ditewaskan dengan teruk oleh Parti Tindakan Rakyat (PAP) dibawah pimpinan Lee Kuan Yew. Menurut Albert Lau, Lim’s anti-communist purges,while praised by the British, alienated his government from the Chinese masses whosaw him as a puppet of the colonial power” (Albert Lau, 1998:9). Kekalahan Lim YewHock telah menyebabkan hubungan Tanah Melayu dengan Singapura kembalimenjadi renggang, lebih-lebih dengan tindakan Lee Kuan Yew membebaskantahanan politik berhaluan kiri. Pada 4 Jun 1959 Lee Kuan Yew dilantik menjadi

10

Page 11: Pembinaan Nasion Malaysia

7/29/2019 Pembinaan Nasion Malaysia

http://slidepdf.com/reader/full/pembinaan-nasion-malaysia 11/13

Perdana Menteri Singapura dan ia telah berusaha untuk mendapatkan kemerdekaanbagi Singapura melalui bergabung dengan Tanah Melayu. Tunku Abdul Rahmantelah berkali-kali menolak cadangan percantuman antara Singapura dengan TanahMelayu. Tetapi sebaliknya Singapura tidak berputus asa, setiap kali menteriSingapura berkunjung ke Tanah Melayu perkara ini ditimbulkan kembali (Ghazali,1988:23).

Faktor dalaman Singapura terutama krisis dalaman PAP dan kemungkinankomunis mengambil alih pemerintahan Singapura dan mengancam keselamatan Tanah Melayu menyebabkan para pemimpin Tanah Melayu berfikir semula tentangidea grand design yang dikemukakan oleh MacDonald dahulu. Menurut GhazaliShafie kemaraan Pathet Lao ke Luang Prbang pada akhir bulan April 1961memperlihatkan kemungkinan besar Loas jatuh ke tangan komunis. Menurut Ghazali“ It was therefore all the more reason that the idea of a closer arrangement with theBorneo territories, Singapore and the States o

Borneo territories agreed then the United Kingdom would certaintly accept (1998:96).

 Tunku Abdul Rahman sendiri berkerja keras untuk merealisasi konsepMalaysia dengan mengadakan rundingan dengan Harold MacMillan, Perdana MenteriBritain dan pemimpin-pemimpin Singapura dan wilayah-wilayah Borneo. Pemimpin-pemimpin Borneo telah dipelawa oleh Tunku untuk melawat semenanjung danmenyaksikan sendiri pembangunan sosial dan ekonomi yang pesat di sini selepaskemerdekaan. Selepas dibawa berbincang dan melihat perubahan-perubahan di

 Tanah Melayu yang bakal dinikmati oleh wilayah-wilayah Borneo tokoh-tokoh politikSarawak dan Sabah akhirnya semua telah menerima gagasan Malaysia. Pungutansuara yang diadakan di Singapura juga dengan jelas penduduk Singapura menerimaPersekutuan Malaysia. Tetapi penduduk Brunai yang diwakili oleh Parti Rakyat Bruneidan sultan Brunai ternyata menolak gagasan Malaysia.

 Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia telah dapat memainkanperanan yang berkesan untuk mendapat sokongan daripada penduduk Sabah danSarawak untuk menyertai Malaysia. Sebuah jawatankuasa dipengurusikan oleh LordCobbold untuk mengumpul pandangan dan mengemukakan cadangan mengenaiperlembagaan Malaysia. Penduduk Sabah dan Sarawak meminta kedua-dua wilayahdiberi beberapa keistewaan dan kuasa otonomi dalam beberapa perkara dalamperlembagaan Malaysia misalnya dari segi pengunaan Bahasa Inggersi sebagaibahasa rasmi Sabah dan Sarawak dan kuasa otonomi dalam aspek imigresen.Penduduk peribumi Sabah dan Sarawak kedudukan istimewa dan definisi masyarakatperibumi ditentukan oleh mereka sendiri.

Cadangan Malaysia telah mendapat tentangan daripada dua negara jiran:Indonesia dan Filipina. Indonesia menganggap Malaysia sebagai rancangan neo-kolonialisme British dan Filipina menuntut Sabah yang dianggap sebagai milikkesultanan Sulu. Wala bagaimana tentangan daripada dua jiran ini tidakmenghindarkan rancangan pembentukan Malaysia. Tetapi tarikh penubuhan Malaysiaditunda daripada 31 Ogos kepada 16 September 1963. Penubuhan Malaysia telahmenyebabkan berakhirnya kolonialisme British di Sabah dan Sarawak. Tetapi Brunai

kekal di bawahan British hingga 1984 dan pada 21 September Brunei Darussalamditerima sebagai anggota Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.

Singapura juga dapat menyertai Malaysia dan membebaskan diri daripadapenjajahan British (Nik Anuar Nik Mahmud, 2001: 62). Kedudukan Singapura dalamMalaysia telah menimbulkan banyak krisis dan ketegangan kaum.Tetapi tindakan LeeKuan Yew untuk melebarkan pengarohnya di semenanjung dengan konsep MalaysianMalaysia telah merenggang kembali hubungan dengan Tunku dan UMNO. Albert Lau

 juga melihat Singapura juga turut menderita dengan teruk akibat kecaman dankritikan media di semenanjung. Menurut Albert Lau, “It was Utusan Melayu which

11

Page 12: Pembinaan Nasion Malaysia

7/29/2019 Pembinaan Nasion Malaysia

http://slidepdf.com/reader/full/pembinaan-nasion-malaysia 12/13

took the lead in spreading the propaganda campaign against the PAP government ”(Albert Lau, 1998: 138). Lee Kuan Yew dianggap memberi layan buruk kepadamasyarakat Melayu Singapura. Suasana hubungan kaum di Singapura dansemenanjung menjadi renggang dan tegang. Akhirnya Singapura dipisahkandaripada Malaysia. Pada 9 Ogos 1965 Singapura menjadi negara yang merdeka danberdaulat dan diterima menjadi anggota Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu pada 21

September. Tetapi ini tidak bermakna masalah hubungan Malaysia dengan Singapuratelah dapat diselesaikan dengan muktamad.

Kesimpulan

Malaysia muncul sebagai sebuah nasion melalui proses dekolonialisasi. Malaysiamewarisi wilayah-wilayah yang dahulu termasuk dalam empayar Sri Vijaya, Melakadan Brunei. Tetapi komposisi penduduk dan sempadan Malaysia hari jelasditentukan dalam masa Malaysia di bawah empayar Great Britain. Singapura danBrunai juga merupakan pecahan daripada empayar ini kekal menjadi nasion sendiri.Malaysia berjaya muncul sebagai negara bangsa yang berdaulat dan merdekamelalui perjuangan dan penentangan terhadap kuasa penjajah British sejak zamankesultanan Melaka.

Peranan British terutama Gabenor-Jeneral dan kemudian Pesuruhjaya-Jeneralmemang penting yang membawa kepada pembentukan nasion Malaysia. Perubahanperlembagaan dan politik yang menstruktur semula tanahjajahan dan wilayah-wilayah naungan British kepada lima wilayah: Singapura, Malayan Union dankemudia Persekutuan Tanah Melayu, North Borneo (Sabah), Berunai dan Sarawakmemudahkan proses percantuman dan penyusunan semula wilayah-wilayah ini.Peranan Gabenor-Jeneral dan kemudian Pesuruhjaya sebagai penyelaras danmenentu halatuju wilayah-wilayah berkenaan menyebabkan perbezaan-perbezaanyang mungkin wujud dapat dikurangkan. Mereka telah berjaya membuat keputusandan mengambil tindakan yang munasabah dan sesuai menyebabkan grand designatau idea Malaysia yang dikemukakan sejak MacDonald hingga Selkirk telah dapatditerima oleh masyarakat tempatan. Tetapi Grand design ini telah mengalamiperubahan dan pindaan mengikut format yang dikehendaki oleh pemimpin-pemimpin tempatan terutama Tunku Abdul Rahman, Lee Kuan Yew dan pemimpin-pemimpin Sabah dan Sarawak. Cadangan asal perlaksanaan grand design akandilaksanakan dalam tiga peringkat: Tanah Melayu dicantumkan dengan Singapura,Sabah, Sarawak dicantumkan dengan Brunai dan akhirnya kelima-lama akandicantumkan menjadi satu konfederasi. Dalam realiti Sabah, Sarawak dan Singapurabersama 11 negeri di semenanjung membina nasion Persekutuan Malaysia danBrunai kekal sebagai unit politik tersendiri. Perlembagaan Malaysia juga disesuaikandengan kehendak penduduk-penduduk semenanjung, Singapura, Sabah danSarawak

Perlu ditegaskan bahawa Malaysia lahir sebagai nasion ada lah hasilperjuangan tokoh-tokoh dan masyarakat tempatan daripada zaman Melaka hinggamenjelang kemerdekaan. Semangat patriotisme dan semangat juang yang kentaldan pengorbanan yang tidak terperi lah yang membawa kepada prosesdekolonialisasi dan kemunculan negara yang merdeka dan berdaulat ini. Tanpa

perjuangan mereka British tetap kekal memerintah wilayah-wilayah ini.

Rujukan

Albert Lau . 1998. A Moment of Anguish: Singapore in Malaysia and the politics of  Disengagement . Singapore: Times Academic Press.

CAB 98/41. (War Cabinet Committee on Malaya and Borneo)CO 1030/161 ( Commissioner-General).

12

Page 13: Pembinaan Nasion Malaysia

7/29/2019 Pembinaan Nasion Malaysia

http://slidepdf.com/reader/full/pembinaan-nasion-malaysia 13/13

CO 1030/258. (MacGilivray kepada Setiausaha Negara Bagi Tanahjajahan, 4 Mei1956)Ghazali Shafie. 1988. Ghazali Shafie’s Memoir on the Formation of Malaysia. Bangi:

Penerbit UKM.MacDonald, Malcolm. 1952 Politics in Malaya, dlm Malaya, vol.1, no.1, Jan.Mss.Ind. Ocn-254. “Conference held under the Chairmanship of H.E. the Governor-

General,” 26 Jun 1947.Nik Anuar Nik Mahmud. 2001. Duri dalam Daging: Singapura Dalam Malaysia. KualaLumpur: Persatuan Sejarah Malaysia.

 Tunku Abdul Rahman Putra. 1977. Looking Back . Kuala Lumpur: Pustaka Antara.Stockwell, A.J (editor). 1995. Malaya. Part II. The Communist Insurrection 1948-1956.

London: HMSO.-------------------- (b ). Malaya. Part III. The Alliance Route To Independence 1953-1957.

London: HMSO.

13