pembinaan dan pengembangan bahasa melayu di malaysia 2011
TRANSCRIPT
Pembinaan dan Pengembangan Bahasa Melayu di Malaysia 2011Sejarah Ringkas Bahasa Melayu.
Bahasa Melayu dikaitkan dengan bangsa, budaya dan sejarahnya tersendiri manakala Bahasa
Malaysia lebih bersifat politik dan berkeperluan dalam memiliki bahasa baku.
Terdapat lima peringkat perkembangan bahasaMelayu; Bahasa Melayu Purba, Bahasa Melayu
Kuno, Bahasa Melayu Klasik, Bahasa Melayu Pra Moden dan Bahasa Melayu Moden
Tiada sebarang tinggalan sejarah bahasa Melayu Purba kecuali andaian semata-mata sahaja.
Agama Hindu telah sekian lama berada di bumi Melayu ketika perkembangan bahasa Melayu
berada di tahap bahasa Melayu Kuno, maka masyarakat penutur bahasa Melayu ketika itu tidak
dapat lari daripada pengaruh Hindu dari sudut yang pelbagai. Terdapat beberapa bentuk tulisan
pengaruh Brahmin yang digunakan di Nusantara; tulisan Pallava, Kawi dan Rencong. Ketika
kedatangan agama Islam dan orang Arab di Kepulauan Melayu, bahasa Melayu itu telah
berevolusi ke peringkat bahasa Melayu Klasik. Disini, pemikiran masyarakat telah berubah ke
arah yang saintifik dan rasional. Penduduk bumi Melayu dan bahasa Melayu itu sendiri telah
diislamkan. Aksara Jawi telah menggantikan sistem-sistem tulisan sebelum ini. Perkataan
pinjaman Arab juga digunakan dan telah diasimilasi ke dalam bahasa Melayu disamping Bahasa
Melayu dijadikan bahasa penyebaran ilmu dan agama Islam sehingga digelar bahasa Islam.
Perkembangan pesat dan perluasan pengaruh bahasa Melayu telah mencapai peringkatlingua
franca. Ketika zaman ini, Melaka sedang menikmati era kegemilangannya. Bahasa Melayu
Moden hari ini merupakan lanjutan daripada sistem penulisan Bahasa Melayu Klasik,
terutamanya Hikayat Hang Tuah, Salasilah Melayu, Hikayat Acheh dan sebagainya.
Dasar imperialisme Barat telah mengubah wajah bahasa Melayu buat selama-lamanya. Berbagai-
bagai kata pinjaman khususnya kata pinjaman bahasa Inggeris telah diguna pakai dan
diasimilasikan ke dalam bahasa Melayu. Pihak Inggeris telah merumikan bahasa Melayu namun
hasil itu tidak berjaya menghapuskan tulisan Jawi, cuma memalapkan penggunaannya. Zaman
bahasa Melayu Moden boleh dikira telah bermula ketika pembentukan negara Malaysia.
Peringkat bahasa ini adalah lebih maju berbanding dengan peringkat-peringkat yang sebelumnya
dimana tiada peristilahan terutamanya istilah sains dan teknolgi.
2. Pembinaan Bahasa Melayu
Bahasa Baku adalah satu ragam bahasa yang dijadikan untuk tujuan dan keperluan rasmi. Urusan
rasmi memerlukan ketepatan maklumat dan kecekapan perhubungan, justeru itu, bahasa yang
digunakan perlu memenuhi ciri-ciri tersebut. Ragam bahasa yang dapat memenuhi tuntutan
tersebut adalah bahasa baku kerana bahasa baku adalah sebuah bentuk bahasa yang menekankan
kerapian, kejelasan dan ketepatan baik dalam hal susunan mahupun makna. Soal pemilihan kata,
ketepatan makna, tatabahasa dan juga gaya bahasa juga ditekankan. Pengungkapan pemikiran
dan hal-hal ilmu juga dilakukan dalam bahasa baku. Dalam bentuk lisan, suasana dan keperluan
rasmi dan formal itu berlaku dalam ucapan, syarahan, pengajaran,mesyuarat dan taklimat. Dapat
juga ditambahkan bahawa untuk tujuan estetik seperti dalam deklamasi sajak dan nyanyian,
sering digunakan juga bahasa baku (dalam hal sebutan). Dalam bentuk tulisan pula, bahasa baku
digunkana dalam surat rasmi, arahan, pekeliling, laporan, iklan pekerjaan, tender, minit
mesyuarat dan sebagainya. Bahasa ini juga dapat dikatakan sebagai bahasa cendekiawa dan
golongan terpelajar iaitu golongan yang berperanan menggerakkan sektor-sektor penting seperti
pentadbiran, pendidikan, kehakiman , perdagangan, dan sebagainya.(Awang Sariyan:2006).
Mengikut Kamus Dewan, baku bermaksud i) Yang pokok, yang dasar, yang benar dan ii) Yang
diterima umum sebagai bentuk yang sah dan betul dan dijadikan asas perbandingan (berkenaan
bahasa, sebutan, ejaan dan sebagainya yang standard).
Terdapat empat tahap dalam evolusi bahasa yang dikemukan oleh St. Takdir Alisjahbana, iaitu;
Pemilihan Bahasa Kebangsaan, Propoganda bahasa, Pembinaan dan Pembakuan dan Perluasan
penggunaannya.
Didalam konteks bahasa Melayu, bahasa Melayu telah dipilih menjadi bahasa Kebangsaan,
Rasmi dan Ilmu atas dasar politik. Kemudiannya, propaganda ‘Bahasa Jiwa Bangsa’,
‘Gunakanlah Bahasa Kebangssaan Kita’, ‘Majulah Bahasa Majulah Bangsa’ dan sebagainya
dilaungkan untuk menyemarakkan semangat rakyat Malaysia unuk menggunakan Bahasa
Malaysia. Pembinaan dan pembakuan bahasa tersebut adalah perlu supaya bahasa itu dapat
dijadikan bahasa ukuran, tepat dan benar. Peluasan penggunaan sesuatu bahasa bergantung
kepada fungsi yang diberikan kepadanya dan juga bermaksud penggembangan bahasa tersebut.
Perancangan bahasa meliputi dua bahagian, taraf bahasa dan korpus bahasa. Taraf bahasa adalah
sesuatu taraf atau fungsi yang diberikan kepada bahasa itu, contohnya bahasa Melayu adalah
bahasa Rasmi negara Malaysia. Perluasan bahasa Melayu adalah berkaitan secara langsung
dengan fungsi yang diberikan kepadanya. Di Malaysia, bahasa Melayu telah dijadikan bahasa
Rasmi Negara di dalam Perlembagaan Perseketuan Malaysia, bahasa Kebangsaan di dalam
Perlembagaan dan Akta Bahasa kebangsaan 1963/67 serta bahasa wahana ilmu mengikut Dasar
Pelajaran Kebangsaan, peranan-peranan yang sangat penting sifatnya. Sarawak menggunakan
bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negeri tersebut pada tahun 1985.
Perancangan korpus bahasa adalah bermaksud perancangan dan pembinaan bahan atau isi
didalam bahasa seperti ejaan dan sebutan. Proses ini adalah berterusan namun batu asas telah
diletakkan. Pembakuan bahasa adalah aspek yang penting dalam pembinaan bahasa. Aspek ejaan
adalah aspek asas dan merupakan intipati bahasa selain sebutan. Maka ejaan dibakukan terlebih
dahulu berbanding aspek yang lain. Kedua, peristilahan dibina, kosa kata diperkayakan,
tatabahasa dimantap dan laras bahasa dikukuhkan barulah sebutan baku direncanakan. Namun
demikian, perancangan bahasa adalah berlandaskan Dasar Bahasa Kebangsaan.
Pembinaan bahasa dapat difahami sebagai usaha, tindakan atau proses untuk melengkapkan
bahasa dari sudut korpusnya serta mengetengahkan bentuk bahasa yang benar dan yang dapat
dijadikan dasar ukuran. Perancangan korpus bahasa meliputi aspekejaan, peristilahan, kosa kata,
tatabahasa, sebutan dan laras bahasa. Tujuan pembinaan bahasa Melayu adalah untuk
memantapkan dan memperkemasakan sistem bahasa Melayu. Bahasa Melayu memang tersedia
ada sejak berkurun lamanya dan telah melalui pelbagai susur galurnya yang tersendiri. Namun
demikian, kita perlu mengkulturkan bahasa Melayu supaya ianya terus hidup dengan sebaik
mungkin bukan sekadar wujud sahaja.
Pembinaan bahasa Melayu bukanlah sesuatu usaha yang baru dilakukan, tetapi bermula sejak
zaman Melayu Klasik melalui bahasa Pesuratan tatkala proses penyebarkan dan pengembangan
ilmu agama islam, sains, perdagangan, kesusasteraan dan sebagainya tanpa disedari dan
terancang manakala proses pembinaan bahasa Melayu secara sedar dan terancang adalah ketika
proses menuntut kemerdekaan daripada penjajah Inggeris dan selepas kelahiran Dewan Bahasa
dan Pustaka pada 22 Jun 1956, pembinaan bahasa Melayu dilakukan dengan lebih terancang dan
efisen serta dengan penuh kesedaran.
3. Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)
Pakatan Belajar-Mengajar Pengetahuan Bahasa yang kemudiannya telah bertukar nama ke
Pakatan Bahasa Melayu Persuratan Buku Diraja Johor telah menerajui perancangan korpus pada
tahun 1888 dengan menyusun panduan ejaan, kamus, tatabahasa, tanda-tanda bacaan, surat
kiriman, karangan, peristilahan dan sebagainya (Abdul Rashid Melebak & Amat Jauhari Moain:
2006).
DBP telah bermula sebagai Balai Pustaka di Johor Bahru pada 22 June 1956, ketika Kongres
Bahasa dan Persuratan Melayu III pada 16 – 21 September 1956. Sebagai nafas baru, Balai
Bahasa dinamai DBP dimana pada awal kelahirannya DBP menjalankan fungsi sebagai sebuah
jabatan kerajaan. Tujuan pembentukan DBP adalah untuk membina, membakukan,
memperkayakan, mengembang dan menyebarkan bahasa Melayu dan kesusasteraan bahasa
Meayu secara terancang supaya dapat mencapai tujuan politiknya iaitu menjadi bahasa
Kebangsaan, bahasa Rasmi dan bahasa wahana ilmu di Malaysia. DBP diberi tanggungjawab
dalam memastikan keterusan hidup bahasa melayu dan kesusasteraan bahasa Melayu.. Segala
perkara yang berkaitan dengan bahasa Melayu di Malaysia juga mempunyai perkaitan dengan
badan ini. DBP adalah sebuah badan yang telah dikanunkan di bawah Kementerian Pendidikan
Pembinaan bahasa selepas lulusnya Akta DBP 1959.
Mengikut Ordinan Dewan Bahasa dan Pustaka 1959, sebuah badan berkanun boleh membentuk
dan menggubal polisi berkenaan bahasa Melayu, bertanggungjawab untuk membina dan
menyebarkan bahasa Melayu dan melakukan perniagaan penerbitan.
Matlamat formal DBP mengikut Ordinan Dewan Bahasa dan Pustaka 1959 adalah; Memajukan
dan memperkayakan Bahasa Kebangsaan, Memajukan bakat kesusasteraan terutamanya dalam
bahasa Melayu, Mencetak dan menerbitkan atau membantu usaha percetakan atau penerbitan
buku, risalah dan bentuk-bentuk persrtan yang lain dalam bahasa Kebangsaan dan bahasa-bahasa
lain, Membakukan ejaan dan sebutan serta menggubal istilah-istilah yang sesuai dalam bahasa
Kebangsaan.
Percetakan dan penerbitan pelbagai buku, kamus, risalah, majalah dan lain-lain bentuk
persuratan dalam bahasa Melayu dan bahasa-bahasa lain telah dilakukan oleh DBP.
Bagi mengukuhkan usaha-usaha ini maka pelbagai kongres dan seminar tentang bahasa dan
sastera Melayu telah diadakan. Sebagai contohnya, Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu pada
tahun 1952. Kegiatan- kegiatan seumpama ini membolehkan bahasa Melayu semakin
berkembang sehingga menjadi bahasa moden yang digunakan sebagai bahasa pengantar di
institusi pengajian tinggi dan tulisan ilmiah.
4. Ejaan
5.1 Sistem Ejaan Rumi
Sistem ejaan bahasa Melayu adalah berdasarkan prinsip fonetik, perkataan dieja mengikut
sebutan dan sebutan disebut mengikut ejaan, tiada kewujudan huruf senyap di dalam ejaan
bahasa Melayu (Awang Sariyan:2006). Adalah menjadi lebih mudah untuk mempelajari bahasa
Melayu jika didalam bahasa Rumi kerana ejaan dan sebutan yang fonetik adalah selaras dengan
bahasa-bahasa lain yang menggunakan font Rumi seperti huruf ₔ dan é.
Ejaan Malindo iaitu satu bentuk ejaan bersama oleh Indonesia dan Tanah Melayu adalah hasil
kerjasama antara pihak kerajaan Tanah Melayu (diwakili Ejaan Rumi Perseketuan Tanah
Melayu) dengan kerajaan Indonesia (diwakili Panitia Perlaksanaan Kerjasama Bahasa Melayu-
Bahasa Indonesia) yang telah diadakan di Jakarta pada tahun 1959. Cadangan asal perasmian
penggunaan Ejaan Malindo digunakan adalah selewat-lewatnya pada tahun 1962. Dek kerana
konfrontasi yang telah dilancarkan pihak Indonesia pada tahun 1966, usahasama itu terpaksa
ditangguhkan. Namun, selepas hubungan antara diplomasi Malaysia dan Indonesia dibaikpulih,
Ejaan Bersama telah diaksanakan dengan segera.
Konfrontasi ‘Ganyang Malaysia’ telah merencatkan system ejaan Tanah Melayu. Di atas
keperluan yang mendesak, beberapa pihak tertentu telah membentuk system ejaan yag tersendiri
seperti Universiti Malaya yang telah menubuhkan Sistem Ejaan Universiti Melaya pada tahun
1971 yang didasarkan system Ejaan Bersama Malaysia-Indonesia dan Ejaan Cadangan Malaysia.
(Awang Sariyan:2006).
Za’ba memperkemaskan usaha R.J. Wilkinson, maka hasil kerjanya itu dinamakan ‘Sistem Ejaan
Rumi yang Baru’ dan diterbitkan pada tahun 1972. Ejaan Rumi itu bukanlah sesuatu ejaan yang
mempunyai perbezaan ketara tetapi ejaan baru itu tidak lebih daripada peningkatan system ejaan
yang sedia ada (dengan penambahan beberapa abjad bahasa Arab) yang masih kekal
penggunaannya sehingga kini (Awang Sariyan:2006).. Adalah agak malang kerana didapati
Ejaan Rum ini mempunyai banyak kelemahan kerana ianya terhasil daripada pengamatan Za’ba
sahaja. Pada 16 Ogos 1972, Sistem Ejaan Bersama Malaysia-Indonesia (juga dikenali sebagai
Sistem Ejaan Baharu) diisytiharkan penggunaannya di Malaysia dan Indonesia. Dewan Bahasa
Pustaka telah menerbitkan risalah Sistem Ejaan Rumi Baharu Bahasa Malaysia untuk pedoman
umum pada tahun itu juga.
Pedoman Umum Ejaan Bahasa Malaysia (PUEBM) diterbitkan oleh Dewan Bahasa Pustaka pada
tahun 1975 untuk menyelaraskan ejaan Rumi di kalangan pengguna Bahasa Melayu di
Malaysia. Pada tahun 1981, DBP telah menghasilkan buku Daftar Ejaan Rumi Bahasa
Malaysia. Buku yang paling muktahir tentang sistem ejaan Rumi bahasa Melayu ialah
Pedoman Ejaan Rumi Bahasa Melayu yang diterbitkan pada tahun 1996.
5.2 Sistem Tulisan Jawi
Tulisan Jawi adalah sebuah bentuk aksara yang telah diperkanalkan dan digunaakai sejak
kedatangan orang Arab Islam di Nusantara. Tulisan Jawi adalah pemangkin kepada
perkembangan penggunaan bahasa Melayu sebagai lingua franca. Mengikut Shellaber, terdapat
satu piawai dalam system tulisan di Kepulauan Melayu.
Sebuah jawatankuasa penyiasat tulisan Jawi-Rumi dalam Kongres Persuratan Melayu se-Melaya
Kedua yang diadakan di Seremban pada tahun 1954, telah diadakan untuk membandingkan
anatara system tulisan Rumi dan Jawi. Hasil kajian/penyiasatan tersebut merumuskan bahawa
terdapat 11 kelebihan tulisan rumi berbanding 12 kelemahan tulisan Jawi (kesimpulan ini
disimpulkan dalamMemorandum Mengenai Tulisan Rumi untuk Bahasa Melayu 1954 ).
Angkatan Sasterawan 50 telah mengesyorkan bahawa tulisan Rumi digunakan untuk ejaan
(persuratan) rasmi bahasa Melayu namun tulisan Jawi tidak dihapuskan sehingga masa
menentukannya.
Pada tahun1981, Jawatankuasa Mengkaji Penggunaan Bahasa Malaysa telah mengesyorkan
supaya ejaan Jawi dikaji dan diperkemaskan semula untuk tujuan penggunaan di sekolah. Ini
adalah untuk mengelak buta jawi. Maktab Perguruan Islam telah mempelopori gerakan
penyebaran Jawi.
Pada Februari 1983, dalam satu bengkel di Dewan Bahasa dan Pustaka, yang membahaskan
kajian Awang Mohamad Amin mengenai kaedah tulisan Jawi Za’ba oleh Raja Mukhtaruddin bin
Raja Mohd. Dain dan Haji Hamdan bin Haji Abdul Rahman yang membahaskan artikelnya
“Sistem Ejaan Jawi Bahasa Melayu Bagi Memenuhi KeperluanMasa Depan”; kesannya telah
diwujudkan satu jawatankuasa ejaan Jawi Dewan Bahasa dan Pustaka bagi menyemak system
tulisan yang ada pada ketika itu (khususnya system tulian Jawi Za’ba) serta
memperkemaskannya.
Jawatankuasa Ejaan Jawi telah ditubuhkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka.Menjelang tahun
1986 dan terdapat buku Panduan Ejaan Jawi yang Disempurnakan diterbitkan oleh Dewan
Bahasa dan Pustaka unuk pedoman umum. Sistem ejaan Jawi yang telah disemak,
diperkemaskan, ditambah telah dibengkelkan dan diterima dalam Konvensyen Kebangsaan
Tulisan Jawi di Terengganu pada bulan April 1994. Hasilnya, buku Pedoman Ejaan Jawi Yang
Disempurnakan diterbitkan pada tahun 1986 oleh Dewan Bahasa Pustaka. Kini ejaan Jawi yang
mutakhir boleh didapati berdasarkan buku ‘Pedoman Ejaan Jawi yang Disempurnakan’ yang
diterbitkan pada tahun 1984.
5. Peristilahan
Makna istilah boleh digarap dengan mengatakan istilah bermaksud sesuatu perkataan atau
beberapa susunan perkataan yang membawa makna, konsep proses, keadaan atau sifat khusus
berdasarkan kepada bidang ilmu pengatahuan tertentu. Contohnya, makna Tisu dalam bahasa
umum adalah sehelai kertas lembut yang boleh menyerap cecair, yang biasanya digunakan
sebagai alat dalam proses pembersiahan sesuatu dan biasanya berwarna putih, manakala dalam
istilah sains, tisu bermakna sel tisu mahupun sel sesuatu organisma hidup.
Tujuan peristilahan digubal, dikembang dan dipesatkan adalah untuk mengisi peranan bahasa
Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa ilmu di Malaysia seiring dengan
penemuam dan penterjemahan pelbagai teknologi baru sama tanpa mengira batas waktu dan
geografi.
Dua bidang ilmu pengetahuan terawal pengguballan peristilahan adalah Istilah Kerajaan dan
Istilah Ilmu Sains dan Teknik yang bermula pada tahun 1957.
Bahagian Peristilahan (DBP) bertanggungjawab membina dan mengembangkan istilah untuk
memperkaya dan memperlengkap bahasa Melayu menjadi bahasa ilmu. Jumlah istilah yang
terhasil hampir mencecah 1 juta dan meliputi ratusan bidang ilmu pengetahuan dan profesional.
Kerja-kerja pembinaan, penyelarasan dan pengemaskinian istilah dilaksanakan oleh pelbagai
jawatankuasa istilah dan dinasihati Jawatankuasa Tetap Bahasa Melayu bermula tahun 1975.
Pedoman Pembentukan Istilah (1975) digunakan hasil kerjasama dengan Indonesia sebagai
panduan membina istilah. Bank Istilah juga telah diwujudkan. Istilah-istilah yang dibina
didokumentasikan ke dalam kamus istilah dan disebarkan dari semasa ke semasa. Jawatankuasa
Istilah (JKI) perlu diselaraskan maka itu, dua buah jawatankuasa penyelarasan telah dibentuk,
iaitu Jawatankuasa Penyelarasan Istilah Sains tulen dan Jawatankuasa Penyelarasan Istilah Sains
Sosial dan Kemanusiaan.
DBP pada awalnya, DBP telah menubuhkan dua jawatankuasa istilah, Jawatankuasa Istilah
Kerajaan dan Perjawatan dan Jawatankuasa Istilah Sains Am. Menjaga kemurniaan bahasa
Melayu yang merupakan panduan dan falsafah dalam penggubalan istilah telah mengongkong
proses pembentukan istilah dan terdapat juga beberapa istilah yag telah dipinda kerana tidak
dapat mendukung konsep asal dan makna dan terdapat juga yang istilah yang dikekalkn
penggunaaannya sehingga kini seperti sains dan kimia.
Namun demikian dalam tahun 1960 hingga 1975 tiga pedoman telah disusun DBP yang
menggariskan cara menggubal istilah di Malaysia iaitu; i) Pedoman Membentuk Istilah-Istilah
Baru DBP yang mula digunakan pada tahun1959, ii) Dasar, Cara dan Pedoman Membentuk
Istilah Baharu Bahasa Melayu DBP, yang mula digunakan selepas 1970 dan iii) Pedoman
Pembentukan Istilah Universiti Malaya yang mula digunakan pada 1971.
Tanpa sebarang sokongan DBP, penerbit karya ilmiah telah menggantikan akhiran “isasi” atau
“ifikasi” yang sangat popular pada tahun 1960-an dan 1970-an dengan penggunaan “pe-an” pada
tahun 1980-an. Contohnya ialah; istilah Modenisasi kepada Pemodenan. “De” dalam istilah
saintifik jugatelah digantikan dengan “nyah”. Contohnya perkataan “mendewarnakan” menjadi
“menyahwarnakan”.
6. Kosa kata
Pembakuan kosa kata atau perbedaharaan kata mempunyai hubungan dengan pembakuan istilah
kerana istilah adalah sebahagian daripada kosa kata. Terdapat dua hal pokok di dalam
pembakuan kosa kata iaitu bentuk dan makna. Bahasa Melayu telah meminjam pelbagai
perkataan daripada pelbagai bahasa asing terutamanya bahasa Sanskrit, bahasa Arab, bahasa
Portugis dan terutama bahasa Inggeris dan sebagainya.
Menurut Awang Sariyan ( 2002 ), usaha dalam pembinaan kosa kata atau perbendaharaan
kata dalam Bahasa Melayu sebenarnya telah dilakukan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka secara
terancang bermula pada 1964 yang berjaya menerbitkan Kamus Dewan pada 1970, iaitu sebuah
kamus ekabahasa yang berwibawa sebagai rujukan kamus.
7. Tatabahasa
Tatabahasa adalah asas dan hukum sebuah sistem bahasa manakala laras bahasa adalah perluasan
sistem bahasa tersebut. Aspek ini adalah intipati dalam proses pembinaan kata dan ayat.
Mengikut ahli bahasa baru dan lama, tatabahasa bahasa Melayu moden didasarkan pada sumber
tulisan bahasa Melayu Klasik.
Ketiga-tiga jilid karya Pendeta Za’ba yang berjudul Pelita Bahasa Melayu telah membantu
memantapkan perkembangan bahasa Melayu apabila buku tersebut menjadi rujukan utama dalam
sistem pendidikan di negara ini selama puluhan tahun sejak 1940-an. Pada tahun 2000, buku itu
diterbitkan semula oleh DBP dalam ejaan Rumi baharu sebagai buku edisi mewah. DBP
berusaha mengemaskinikan tatabahasa Melayu dengan menerbitkan Tatabahasa Dewan Jilid
1 (1986), Tatabahasa Dewan Jilid II (1989) dan Tatabahasa Dewan Edisi Baharu (1993).
Dalam usaha murni mengembangkan bahasa Melayu. Pelbagai tatabahasa baru telah
diperkenalkan dan hal ini telah menimbulkan pelbagai kekacauan dalam bahasa Melayu itu
sendiri. Za’ba telah menulis tatabahasa lebih awal tanpa melibatkan penggunaan teori, teknik
atau prinsip linguistik. Tatabahasa Za’ba ini dianggap bersifat tradisional.Tatabahasa susunan
Asmah Haji Omar pula menggunakan pendekatan yang baru yang dianggap moden.
Perlaksanaan tatabahasa iini adalah sesuatu yang agak sukar kerana rakyat belum dapat
menerimanya. Tatabahasa bahasa Melayu dapat dipelajari melalui lima bahagian bahasa Melayu
iaitu golongan kata, pengimbuhan, penggandaan, ayat, dan rampaian bahasa. Kesemua ayat
tersebut membawa erti yang berbeza dan penggunaan yang berbeza.
Terdapat tatabahasawan yang menggunakan tatabahasa yang tradisional yang menggunakan
konsep dasar-makna seperti Za’ba. Terdapat tatabahasawan struktur yang menekankan segi
bentukdalam huraian tatabahasa dan terdapat juga tatabahasawan transformasi-generatif yang
menekankan tatabahasa dari segi makna dan bentuk. Terdapat pelbagai lagi teori dan pendekatan
yang dilakukan oleh ahli bahasa negara Malaysia.
8. Laras Bahasa
Menurut Nik Safiah Karim ( 2003: 155-156 ), laras bahasa dalam Bahasa Melayu merupakan
perbezaan cara yang digunakan dalam penulisan walaupun menggunakan bahasa yang sama
dalam situasi yang berbeza atau lebih ringkasnya dikenali sebagai kelainan berbahasa yang
dipengaruhi oleh suasana yang hanya dikenali melalui perkataan-perkataan yang digunakan
berdasarkan cara pengungkapan mengikut situasi tertentu yang wujud berdasarkan perkara yang
ingin diperkatakan serta kolokasi, iaitu kehadiran penggunaan perkataan dan ungkapan tertentu
yang jelas meletakkannya dalam sesuatu laras.
Laras bahasa boleh juga diungkapkan dengan cara sesuatu pemikiran, idea, pembentangan bahan,
emosi dan sebagainya dirakam dan diluahkan bergantung atau mengikut kepada keadaan atau
situasi yang sesuai. Mengikut Nik Safiah Karim, terdapat sebelas jenis laras bahasa iaitu bidang
ilmu, iaitu biasa, perniagaan atau iklan, sains, media, rencana, undang-undang, agama, sukan,
sastera, ekonomi dan akademik.
9. Sebutan
Sebutan boleh diertikan dengan cara menyebut sesuatu huruf mahupun ejaan. Pengguna bahasa
Melayu boleh menganggap diri mereka bertuah kerana sebutan di dalam bahasa Melayu adalah
berbentuk fonetik. Namun, penutur bahasa Melayu ini perlu berhati-hati kerana terdapat sebutan
e taling dan e pepet yang kadang kala boleh mendatangkan kekeliruan pada pihak pengguna itu
sendiri.
Asanya adalah mudah- fonetik. Namun sebutan jualah yang menghadapi masalah paling rumit
kerana umum menggunakan bahasa Melayu Johor-Riau yang gemar menyebut vocal a sebagai e
dan vocal I sebagai vocal e, contoh seperti perkataan ada yang kerap disebut ade dan adik yang
kerap disebut sebagai adek.Aspek sebutan adalah korpus bahasa yang akhir sekali dimantapkan.
Sebutan dan intonasi baku sebenarnya memainkan peranan yang penting dalam memelihara
bahasa yang terkawal susunan dan sifatnya (bahasa baku Melayu) itu. Sejarah sebutan baku
bermula ketika Kogres Bahasa dan Persuratan Melayu Ketiga di Singapura pada tahun 1956,
setahun sebelum kemerdekaan Tanah Melayu. Adalah diputuskan bahawa sebutan bahasa baku
ialah sebuatan fonetik, iaitu sebutan yang berdasarkan ejaan. Kata-kata dieja sebagaimana
sebutan (Awang Sariyan:2006).
Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah ( KBSM ) yang dibina oleh Kementerian Pendidikan
pada 1988, lantas itu, pengumuman mengenai perlaksanaan sebutan bahasa baku di sekolah
menengah diumumkan dan diintegrasikan dalam sukatan mata pelajaran Bahasa Melayu.
10. Perkamusan
Kesempurnaan bentuk dan makna kata adalah sangat penting sekali diberi perhatian. Untuk itu,
penyusunan kamus dilakukan. Sebelum wujudnya kamus, daftar ejaan dibukukan, kemudiannya
dari daftar ejaan telah berevolusi menjadi kamus yang memasukkan dan merakamkan kosa kata,
sebutan, kata dasar, makna dan terbitan yang tepat.
Kamus ekabahasa, dwibahasa serta tribahasa dibukukan untuk memudahkan pengguna bahasa
lain mempelajari bahasa Melayu.
Kamus ekabahasa yang pertama bagi DBP ialah Kamus Dewan telah berjaya diterbitkan
pada tahun 1970 dan diulang cetak pada tahun 1984. Pada 1989, Kamus Dewan Edisi
Baru diterbitkan dengan perubahan ejaan mengikut sistem ejaan yang baru; dan edisi ketiga
diterbitkan pada tahun 1994.
11. Gaya Bahasa
Gaya bahasa ialah manipulasi penggunaan bahasa yang tidak membawa erti penyimpangan
bahasa.
12. Kepelbagaian Taraf, Fungsi dan Penggembangan Bahasa Melayu.
Bagi masyarakat Melayu dan Baba dan Nyonya bahasa Melayu adalah bahasa ibunda merka dan
bagi kaum lain di Malaysia, bahasa ini adalah bahasa kedua mereka- pada amnya. Di Malaysia,
bahasa Melayu telah dijadikan bahasa Rasmi Negara di dalam Perlembagaan Perseketuan
Malaysia, bahasa Kebangsaan di dalam Perlembagaan (Perkara 152) dan Akta Bahasa
kebangsaan 1963/67 serta bahasa wahana ilmu mengikut Dasar Pelajaran Kebangsaan, peranan-
peranan yang sangat penting sifatnya. Bahasa Melayu juga telah ditetapkan menjadi bahasa yang
digunakan di dalam badan dan bidang perhakiman, sepuluh tahun selepas kemerdekaan negara.
Ini bermaksud Bahasa Melayu adalah bahasa pengantara di sector pendidikan (bahasa
pendidikan), bahasa pentadbiran, bahasa perhakiman, bahasa formal dan bahasa awam. Sepuluh
tahun selepas Tanah Melayu dimerdekakan pihak British iaitu pada tahun 1967, bahasa Melayu
dijadikan bahasa rasmi tunggal Malaysia dan peranan bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi
bersama telah ditarik.
Mengikut Jawatankuasa Penyata Razak 1956 di dalam Dasar Pelajaran Baru 1970 telah diberikan
penegasan dalam mengutamakan bahasa Melayu sebagai pengantar ilmu pengetahuan dalam
semua peringkat. Sistem persekolahan aliran kebangsaan menggunakan bahasa Melayu sebagai
bahasa pengantar. Sekolah dalam aliran jenis Kebangsaan wajib dalam pengajaran bahasa
Melayu. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah ditubuhkan.Bahasa Melayu dijadikan
bahasa penghantar sekolah. Kerajaan telah menekankan kemahiran berbahasa kepada para
pelajar supaya mereka dapat mengetahui dan mempelajari pelbagai lagi kemahiran dan
ilmu.Dasar Pelajaran Kebangsaan juga mencadangkan agar tulisan Rumi digunakan dengan
syarat persediaan dibuat untuk pelajaran tulisan Jawi dalam kalangan murid-murid. Menurut
Laporan Razak, bahasa Melayu harus diajar disemua sekolah dan menjadi syarat utama bagi
sesebuah sekolah memperoleh bantuan Kerajaan. Jawatankuasa Penyemak Dasar Pelajaran 1960
mencadangkan semua sekolah rendah aliran jenis kebangsaan yang berbahasa pengantar Inggeris
dijadikan sekolah Kebangsaan, namun pelaksanaan bermula pada tahun 1968.
Bahasa Melayu juga telah memainkan peranan sebagai bahasa pentadbiran di Negara kita.
Perlembagaan Persekutuan telah mengangkat bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi untuk
menggantikan bahasa Inggeris. Hal ini dikecualikan dalam beberapa perkara yang ditentukan
oleh Yang Dipertuan Agong.
Terdapat pelbagai usaha penggembangan bahasa Melayu yang dilakukan, sama ada daripda
pihak kerajaan dan swasta. Perluasan kepenggunaan bahasa Melayu berkaitrapat dengan fungsi
dan taraf yang diberikan. Semakin penting taraf dan fungsi, semakin besar tadahan dan
penggembangan bahasa. Kegiatan kesusasteraan juga memainkan peranan tersendiri. Selain itu
terdapat juga aktiviti-aktiviti Pengembangan bahasa Melayu iaitu; “Program Gerakan Cintailah
Bahasa Kita” yang dilancarkan pada 11 Disember 1987 unuk mengembalikan keyakinan rakyat
kepada bahasa Melayu.Tema ‘Bahasa Melayu dan Pembangunan Insan’ dalam seminar anjuran
Persatuan Ulama Malaysia pada 14-16 Oktober 1988, Datuk Seri Adib Ahmad telah
mengumumkan bahawa bahasa Melayu Baku akan digunakan oleh RTM ( Radio Television
Malaysia ), Pada tanggal 22 October 2011,Majalah 3 telah mengupas mengenai isu bahasa. Sifat
penggunaannya dan kerecamannya di Malaysia, Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu dimulai
pada ahun 1952 hingga Kongres Keempat pada tahun 1984 dan seterusnya kongres-kongres yang
lain, Jawatankasa Tetap Bahasa Melayu, Kementerian Pelajaran Malaysia, Pertandingan
Syarahan dalam Bahasa Melayu Peringkat Kebangsaan bagi Sekolah-sekolah Rendah Jenis
Kebangsaan pada 18 November 1984, Pertemuan Dunia Melayu 1982 pada 18 Disember 1982
di Maktab Perguruan Melayu Melaka, Pertandingan Syarahan dan Mengarang dalam Bahasa
melayu bagi Merebut Piala Perpaduan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan ( Cina ) Seluruh
Malaysia pada 17 November 1983 di Kuala Lumpur, Zamalah atau Fellowship Sastera Berita
Harian pasa 20 November 1983 di Hotel Hilton, Kuala Lumpur, GAPENA ( sebuah badan NGO)
pertubuhan-pertubuhan penulis dapat menjalankan program-program bagi kemajuan bahasa
Melayu dan penulisannya. (Badan induk yang menggabungkan sebahagian besar badan penulis,
bahasa, dan sastera dari segala pelusuk Tanah Melayu dan Malaysia, Persatuan Bahasa Melayu
Universiti Melaya ( PBMUM ), dalam kongres-kongres PBMUM banyak ketetapan yang
ternyata dimaksudkan sebagai langkah menyediakan bahasa Melayu untuk ambil tempatnya
sebagai bahasa Kebangsaan di Negara Malaysia yang dalam perjalanan pembentukkannya,
Anugerah dan Hadiah Sastera Negara, Jabatan Bahasa Melayu di pelbagai Universiti, Yayasan
Karyawan, Yayasan Seni,Jawatankuasa Pusat Gerakan Cintailah Bahasa Kita, Perlembagaan dan
Akta Bahasa Kebangsaan, Kempen Minggu dan Bulan Bahsa Kebangsaan yang diterajui
Panglima Bahasa Melayu, Allayarham Tun Syed Nasir Ismail yang juga pernah menjadi
Pengarah DBP.
13. Tadahan Penyebaran Bahasa
Tadahan boleh difahami dengan satu konfigurasi yang dapat memberikan kemungkinan kepada
bahasa untuk hidup dan berkembang seperti organisasi dan sistem sosial. Tadahan ini penting
untuk penggunaan dan pengembangan bahasa melayu.
Bentuk-bentuk tadahan bahasa Melayu adalah seperti agama, pendidikan, semiology – semua
system perlembagaan yang ada didalam masyarakat seperti gembar, gerak geri, music, benda-
benda yang mempunyai nama, ritual masyarakat, media, kesusasteraan, khayalan dan
sebagainya, organisasi sosial.
14. Kesusasteraan sebagai Agen Pengembang Bahasa Melayu
Sastera merupakan salah satu wadah yang memungkinkan bahasa berkembang, maju dan terus
hidup. Namun, kelainan yang ada dalam hasil sastera denagn bahasa biasa bukanlah kelainan
system atau penyimpangan bahasa, melainkan perbezaan pemilihan pola-pola yang ada. Dalam
sasatera, perkataan yang digunakan adalah kata yang terpilih; kata yang mengandungi kata
penciptanya dan susunan katanya terasa mengandung hembusan nafas pengarangnya. Peranan
sastera dalam pembinaan bahasa Melayu dapat dilihat dari sudut pembinaan korpus bahasa itu
sendiri. Yang termasuk didalamnya ialah tatabahasa, sistem tulisan, perkamusan, pemgucapan
dan gaya bahasa.
15.1 Peranan Sastera dalam Pembinaan dan Penggembangan Bahasa Melayu
1) Sebagai sumber data penyusunan tatabahasa
i) Bahasa sastera itu tetap dalam lingkungan bahasa umum maka dengan itu, karya sastera daapt
dijadikan salah satu data bagi penyusunan tatabahasa, mengikut Prof. Asmah Haji Omar, tulisan
melayu pada masa ini merupakan lanjutan daripada kitab Sejarah Melayu yang memang dapat
dijadika sumber penyusunan tatabahasa bahasa Melayu. Pola-pla dasar yang diterbitkan dalam
sejarah melayu masih dipertahankan sehingga kini. Bahasa Melayu terus hidup secara aktif
dengan adanya hasil-hasil karyawan dan sasterawan.
2) Karya sastera dan pertumbuhan tradisi persuratan.
i) Karya sastera tertulis amat besar peranannya daalm menubuhkan tradisi persuratan yang utuh
bagi bahasa Melayu. Karya Sejarah Melayu, Hikayat Hang Tuah, Tajus Salatin, Bustanus
Salatin, Hikayat Raja-raja Pasai, Hikayat Aceh manjadi dasar bagi bahasa melayu tertulis
sekarang.
3) Karya Sastera sebagai Sumber Data Perkamusan
i) Sastera merupakan salah satu sumber kekayaan budaya bangsa, budi, perasaan dan pemikiran
masyarakat terjelma juga dijelmakan dalam sastera. Oleh itu karya sastera merupaka salah
satusumber perkamusan terutama kamus umum.
4) Karya Sastera sebagai Peningkat Estetik Bahasa
i) Teknik penyampaian terus dipertingkatkan dimana sifat istimewa terhasil daripada gaya bahasa
yang turut menentukan isi kerana isi dan bahasa sebagai alat penyampaian isi berpadu dengan
erat sekali dimana alat-alat kesusasteraan seperti hiperbola, simili, metafora, personifikasi dan
sebagainya memperkayakan bahasa Melayu.
5) Kesusateraan sebagai Bahan Pengajaran dan Pemelajaran Bahasa Melayu
i) Kemahiran berbahasa dapet membantu para pelajar memperoleh pengatahuan yang lain dan
berbagai. Bahasa yang baik dan bekesan dapat dijadikan contoh dan inspirasi kepada para
penuntut bahasa Melayu dalam hal karang mengarang dan pengutaraan buah fikiran, secara lisan
dan tulisan. Dengan mempelajari sastera, kemungkinan pelajar memilih perkataan dan gaya
bahasa yang sesuai mengikut situasi dapat dipertingkatkan.
6) Pengucapan sastera sebagai medan pengucapan sebutan
i) Prinsip sebutan fonemik menguatkan lagi sebuatn baku bahasa Melayu. Erdapat pelbagai
medan utuk mempraktis, menggunakan dan mengucap dalam bahasa baku seperti; pendeklamasi
puisi, pengucapan pidato, syarahan dan sebagainya.
15. Penutup
Bahasa adalah satu kompenan teras yang menjadi jiwa dan unsur dalaman peribadi dan identiti
sesebuah bangsa dan negara. Bahasa adalah intipati kepada sebuah tamadun dan adalah alat
kepada perkembangan ilmu tanpa kira bidang juga. Tanpa memahami bahasa penyampaian, ilmu
tidak dapat difahami. Bahasa boleh difahami dengan pertuturan atau interaksi secara lisan
mahupun tulisan yang baik dan sistematik. Tanpa bahasa yang difahami ramai, proses
penyebaran ilmu dan agama, percambahan ilmu, kebudayaan dan buah fikiran tidak dapat
diungkapkan dan dilakukan.
Bahasa Melayu telah merentasi parameter waktu dan ruang. Bahasa Melayu juga telah melalui
perkembangan secara melintang dimana perluasan bahasa secara geografi dan secara menegak di
mana pelbagai lapisan masyarakat telah menggunakan bahasa Melayu. Sejarah perkembangan
dan pembinaan bahasa Melayu tidak kurang hebatnya serta mempunyai kisah uniknya yang
tersendiri.
Bahasa Melayu telah berada di tahap yang mantap, tetapi sayang sekali bukan ramai penutur
bahasa ini yakin dengan kebolehan dan kewibawaan bahasa Melayu. Kelunturan keyakinan ini
juga jelas dipamerkan dengan beberapa sikap pemimpin yang pernah memegang jawatan
Menteri Pendidikan itu sendiri.
Kerencaman bahasa yang mungkin timbul daripada sifat pemalas pengguna bahasa Melayu dah
ketidakyakinan orang bukan Melayu untuk bertutur dalam bahasa Melayu yang sempurna adalah
sesuatu ancaman yang sangat besar daripada pelbagai sudut. Penutur bahasa Rojak ini secara
tidak langsung mencabar kedaulatan bahasa Melayu yang agung ini. Penerimaan bahasa Melayu
adalah tidak menyeluruh oleh rakyat sehinggakan negara Malaysia telah dibawa ke mahkamah
atas tuntutan tidak membenarkan Universiti Merdeka dibuka kerana mereka (rakyat berketurunan
pendatang) ingin menggunakan bahasa Mandarin sebagai bahasa penghantar di institusi
berkenaan.
Batu asas telah diletakkan dalam pembinaan bahasa, namun ini bukan halangan untuk
memajukan dan memantapkan bahasa Melayu itu lagi. Usaha-usaha pengembangan bahasa
memainkan peranan yang sama penting dengan pembinaan bahasa. Badan-badan pembinaan dan
pengembangan bahasa dan institusi pengajian tinggi memainkan peranan penting bagi
peningkatan mutu bahasa dan pengembang penggunaannya.
Namun demikian , penguasaan bahasa asing untuk memajukan ilmu pengetahuan juga teramat
penting. . Jumlah penutur bukan faktor utama atau penentu dalam penyebaran bahasa Melayu
tetapi terletak pada keunggulan dan keefisienan tadahan. Bukanlah bilangan penutur yang dapat
menjamin mutu bahasa Melayu tetapi penguasaan dan penggunaan penutur terhadap bahasa yang
menentukan kemajuan bahasa tersebut.
16. Bibliografi
1. Abdul Rashid Melebak & Amat Jauhari Moain, 2006,Sejarah Bahasa Melayu, Kuala Lumpur:
Utusan Publications & Distributions Sdn. Bhd.
2. Dewan Bahasa dan Pustaka, 2005, Bahasa Satera dan Tamadun Melayu, Ucapan Dr. Mahathir
Mohamad 1982-2002, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
3. Awang Sariyan, 2006, Warna dan Suasana Perancangan Bahasa Melayu di Malaysia, Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
4. Asmah Haji Omar, 2005, Alam dan Penyebaran Bahasa Melayu, Kuala Lumpur: DBKL
5. Siti Rosnah Haji Ahmad, 2001, An Introduction to Malay Language and Culture, Kuala
Lumpur: Golden Book Centre
6. Nik Safiah Karim, 2007, Liku-liku Bahasa. Kearah Penggunaan Bahasa yang Baik, Betul dan
Indah,Shah Alam: K Publishing Sdn. Bhd.
7. Rustam A.Sani, 1996, Politik dan Polimek Bahasa Melayu, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka
8. Nik Hassan Basri bin Nik Abdul Kadir, 2003, Teori Bahasa Implikasi Terhadap engajaran
Tatabahasa, Tanjung Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris
9. Hanim Musa, 2006, Epigrafi Melayu Sejarah Sisitem Tulisan dan Bahasa Melayu, Edisi Kedua,
Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka
10. Noriah Mohamed, 1999, Sejarah Sosiolinguistik Bahasa Melayu Lama, Pulau Pinang:Universiti
Pendidikan Sultan Idris