pembelajaranberasaskanprojek-130321233959-phpapp01

92
MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU BERASASKAN PROJEK Kemahiran Membaca dan Menulis Disunting oleh: Dr Fadzilah Abd Rahman Dihasilkan oleh: Siti Nazurana Bt Konaen GS32349 Fakulti Pengajian Pendidikan Universiti Putra Malaysia Cetakan Jun 2012 1 PROJEK PROJEK BUKU BUKU SKRAP SKRAP

Upload: cyti-wawa

Post on 17-Nov-2015

221 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

pbs

TRANSCRIPT

MODULPENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU BERASASKAN PROJEK

Kemahiran Membaca dan Menulis

PROJEK BUKU SKRAP

Disunting oleh:Dr Fadzilah Abd Rahman

Dihasilkan oleh: Siti Nazurana Bt KonaenGS32349Fakulti Pengajian PendidikanUniversiti Putra Malaysia

Cetakan Jun 2012

KANDUNGAN MODUL

Penghargaan 1Pengenalan Modul 2Objektif 3Manual Penggunaan Modul 3Latar Belakang Pendidikan 4-7Latar Belakang Kajian Pembelajaran 8Berasaskan ProjekKonsep Pembelajaran Berasaskan Projek 9-14Ciri-Ciri Pembelajaran Berasaskan Projek 14-15 Kelebihan Dan Kekurangan Pembelajaran 15-19Berasaskan Projek Dalam P&PStrategi Perlaksanaan 19-40Rancangan Pengajaran (RPH)Pemarkahan Projek Pelajar 41Contoh Borang Penilaian 42-44Soalan berasaskan Projek 45-46Hasil Projek Pelajar 47- 58Kesimpulan 59-61Bibliografi 62Lampiran

PENGHARGAAN

Selawat serta salam ke atas junjungan besar nabi Muhammad s.a.w serta kepada para sahabatSekalung ucapan tahniah dan terima kasih saya ucapkan kepada pensyarah kursus Perkaedahan Lanjutan dalam Pengajaran Bahasa Melayu (EDU5234), Dr Fadzilah Bt Abd Rahman, yang banyak memberi dorongan dan bimbingan dalam menyiapkan kertas kerja bertajuk Strategi Pengajaran Berasaskan Projek dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu ini.Tidak lupa juga kepada rakan-rakan seperjuangan yang turut membantu dan sedia berkongsi pendapat semasa menyiapkan kertas kerja ini. Budi dan jasa kalian amat disanjung tinggi. Terima Kasih

SITI NAZURANA BT KONAEN

PENGENALAN MODUL

Modul merupakan satu set pembelajaran yang disediakan untuk membantu mencapai objektif pembelajaran dan direkabentuk untuk pelajar belajar sendiri. Menurut Muhammad Rosyid (2010), modul merupakan bahan ajar cetak yang dirancang untuk dapat dipelajari secara mandiri oleh peserta pembelajaran. Modul disebut juga media untuk belajar mandiri kerana di dalamnya telah dilengkapi petunjuk untuk belajar sendiri. Ertinya, pembaca dapat melakukan kegiatan belajar tanpa kehadiran pengajar secara langsung.Modul Pengajaran Berasaskan Projek ini ditulis sebagai salah satu tugasan yang perlu dilaksanakan oleh semua pelajar yang mengambil kursus Perkaedahan Lanjutan dalam Pengajaran Bahasa Melayu (EDU5234), Sesi 2 2011/2012. Modul ini disediakan untuk membantu guru dalam mengajarkan pengajaran Bahasa Melayu menggunakan strategi Pengajaran Berasaskan Projek. Penggunaan modul pada masa kini menjadi semakin terkenal dalam kalangan guru-guru kerana ia memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran dan dapat memberikan penekanan yang lebih mendalam kepada pelajar tentang isi-isi pelajaran. Dalam pendidikan di sekolah, strategi, pendekatan dan teknik pengajaran memainkan peranan yang penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kejayaan dan kecemerlangan dalam sesuatu mata pelajaran banyak dikaitkan dengan kepelbagaian dan strategi pengajaran dan pembelajaran yang digunakan. Segala strategi yang digunakan akan mencerminkan pengajaran seorang guru itu. Justeru itu, guru perlu kreatif merancang strategi pengajaran agar memperoleh pengajaran yang berkesan. Salah satu strategi yang disarankan dalam proses pengajaran dan pembelajaran ialah strategi berasaskan pelajaran berasaskan projek.Isi kandungan modul ini merangkumi penjelasan tentang Pembelajaran Berasaskan Projek yang meliputi objektif pembelajaran berasaskan projek, latar belakang kajian, konsep dan ciri-ciri pembelajaran berasaskan projek, kelebihan dan kekurangan pengajaran berasaskan projek, strategi pembelajaran berasaskan projek dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu, Rancangan Pengajaran Harian yang digunakan, pemarkahan terhadap projek yang dilakukan oleh pelajar serta, projek yang berjaya dihasilkan oleh pelajar. Modul ini memfokuskan kemahiran menulis dan membaca yang dapat diaplikasikan selepas pelajar menyempurnakan projek yang telah diberikan oleh guru.Objektif Pembinaan Modul Terdapat banyak objektif pembinaan sesebuah modul dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Antaranya ialah:1. Mengenal pasti kesesuaian pembinaan modul pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu berasaskan projek. 2. Mengenal pasti keberkesanan modul pengajaran dan pembelajaran berasaskan projek terhadap para pelajar.3. Mengenal pasti kekuatan dan kelemahan penggunaan modul pembelajaran dan pengajaran bahasa Melayu berasaskan projek.Manual penggunaan ModulModul ini menekankan tentang strategi pengajaran berasaskan Projek dalam Pengajaran Peribahasa Melayu Tingkatan Satu KBSM. Penulis menyediakan satu modul pengajaran lengkap berkaitan pembelajaran berasaskan projek yang menjurus kepada strategi pengajaran berasaskan projek Buku Skrap dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu Tingkatan Satu. Terlebih dahulu akan dinyatakan objektif pengajaran ini. Pada akhir pengajaran pelajar-pelajar akan dapat:1. Mengenal pasti jenis-jenis peribahasa Melayu2. Mengetahui maksud peribahasa yang dipelajari.3. Mengaplikasikan peribahasa dalam kehidupan seharian.4. Mencari 50 jenis peribahasa Melayu beserta maksud dan membina contoh ayat yang sesuai bagi setiap peribahasa yang dinyatakan.5. Mengamalkan sikap bekerjasama dalam kumpulan untuk menghasilkan projek yang diberikan6. Menjadikan pelajar lebih bersikap kreatif dan inovatif dalam melaksanakan sesuatu tugasan.

PENGENALANLatar Belakang PendidikanFalsafah Pendidikan Kebangsaan menyatakan bahawa, pendidikan dan kehidupan berkait rapat kerana pendidikan menentukan corak serta mutu kehidupan manusia. Peranan pendidikan sangat penting dalam pembentukan generasi muda untuk menjadi rakyat Malaysia yang dapat menyumbangkan bakti kepada perkembangan ekonomi, sosial, kebudayaan dan politik negara ini.Berteraskan Falsafah Pendidikan Negara, generasi yang mahu dihasilkan daripada sistem pendidikan negara adalah generasi bersatu-padu yang seimbang dan harmonis daripada aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek. Nilai-nilai murni dan integriti cuba disemai, kemahiran cuba dicanai agar mendatangkan keupayaan dalam diri para pelajar untuk mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan ke arah kemakmuran dan keharmonian masyarakat dan negara. Beberapa strategi pelaksanaan telah dikenal pasti dan dijalankan bagi mencapai matlamat Dasar Pendidikan Kebangsaan ini diwujudkan. Pada awalnya, Dasar Pendidikan Kebangsaan lebih menumpukan kepada pemupukan perpaduan inter-kaum di Malaysia. Kekal dengan tumpuan ini, Dasar Pendidikan Kebangsaan kemudiannya meluaskan skop efektifnya secara lebih terperinci. Di Malaysia, dasar pendidikan mempunyai peranan yang amat penting dalam menentukan hala tuju sistem pendidikan negara yang mana dasar ini dikenali sebagai dasar pendidikan kebangsaan. Dasar Pendidikan Kebangsaan mula dilaksanakan di negara ini dalam tahun 1957. Objektif utama Dasar Pendidikan Negara telah dinyatakan dalam pendahuluan akta pelajaran 1961: BAHAWASANYA dasar pelajaran seperti yang diistiharkan dalam Ordinan Pelajaran 1957, ialah untuk menubuhkan satu sistem pendidikan yang akan dapat memenuhi keperluan negara dan menggalakkan perkembangan kebudayaan, sosial, ekonomi dan politiknya...Umumnya terdapat 3 tujuan utama yang terkandung dalam dasar pendidikan kebangsaan ini. Pertama, tujuan Dasar Pendidikan diadakan adalah untuk mewujudkan satu sistem pelajaran yang dapat memenuhi keperluan negara dan menggalakkan perkembangan kebudayaan sosial, ekonomi dan politik. Kedua, untuk menghasilka pelajar yang berdisplin serta mematuhi dan menghormati kedua ibu bapa mereka di mana prinsip ini sejajar dengan dasar dan polisi pendidikan untuk mengadakan proses pengajaran dan pembelajaran yang cekap dan efisien dengan keperluan untuk mengelakkan perbelanjaan awam yang tidak tersusun. Ketiga pula ialah memastikan agar dasar dilaksanakan dengan berkesan khususnya dalam menentukan perkembangan sistem pendidikan yang progresif dan bahasa kebangsaan dijadikan sebagai bahasa pengantar yang utama.Dalam arus pendidikan di Malaysia pada masa kini, pendidikan memainkan peranan yang sangat penting sebagai agen perubah bagi masyarakat dalam sesebuah negara. Pendidikan merupakan kayu pengukur kedudukan seseorang dalam masyarakat, menentukan tahap keilmuan yang dimiliki, serta berperanan dalam banyak perkara, khususnya sebagai garis panduan dan juru pandu masyarakat ke arah kehidupan yang lebih bertamadun. Justeru, pihak Kementerian Pelajaran telah mewujudkan pelbagai inisiatif dalam meningkat dan memartabatkan profesion keguruan supaya para guru mampu melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu, berketerampilan, berakhlak mulia dan berkeupayaan memberikan sumbangan kepada kemakmuran negara.Tugas utama guru adalah untuk menyampaikan ilmu pengetahuan kepada pelajar. Untuk mencapai maksud tersebut, guru perlu menggunakan cara yang paling sesuai dan berkesan. Cara penyampaian maklumat ini dikatakan kaedah dan teknik pengajaran. Kaedah dan teknik pengajaran adalah dua istilah yang kerap digunakan bersama atau silih berganti. Terdapat berpuluh-puluh kaeadah dan teknik pengajaran. Guru perlu biijak memilih kaedah atau teknik pengajaran yang paling sesuai. Pemilihan yang betul akan menjadikan proses penyampaian maklumat lebih menarik dan berkesan. Setiap kaedah dan teknik ppengajaran ini ada kelebihan dan kekurangan. Menurut Pierce dan Lorber (1977) , tidak ada satu kaedah yang boleh dikatakan sebagai kaedah yang terbaik. Namun Pierce dan Lorber (1977) memberikan beberapa faktor yang boleh digunakan untuk memilih kaedah pengajaran yang boleh digunakan oleh guru. Faktor tersebut ialah:1. Objektif pengajaran.Sebelum memulakan pengajaran, guru perlu memikirkan apakah objektif-objektif pengajaran-pembelajaran yang ingin dicapai. Setelah menyenaraikan objektif-objektif pengajaran ini, guru perlu perlu menentukan apakah kaedah yang paling sesuai untuk mencapai objektif-objektif tersebut. Ada kaedah yang dapat mencapai objektiif dengan cepat, tetapi kaedah tersebut mungkin tidak menarik. Begitu juga sebaliknya, terdapat kaedah yang menarik tetapi objektif-objektif pengajaran dicapai agak lambat.

2. Bahan pengajaran dan pembelajaranBahan pengajaran dan pembelajaran ialah isi pelajaran dan alat serta bahan bantu mengajar yang digunakan semasa mengajar. Guru perlu menentukan isi pelajaran yang hendak disampaikan. Sekiranya isi pengajaran itu berbentuk kemahiran, seperti kemahiran mendengar dan bertutur dalam pelajaran bahasa, guru perlu memilih kaedah dan teknik yang sesuai supaya pelajar dapat mempraktikkan kemahiran-kemahiran tersebut. Sekiranya guru perlu menggunakan alat bantu mengajar, alat tersebut hendaklah sesuai digunakan dengan teknik yang dipilih. Alat bantu mengajar boleh diubahsuai mengikut kaedah yang dipilih. Misalnya, penggunaan papan tulis atau carta boleh digunakan dalam pelbagai kaedah. Cuma masa menggunakan alat tersebut perlu diubahsuai, sama ada pada peringkat awal, pertengaha, atau akhir pengajaran.3. Jangka masa pengajaranKebanyakan sekolah menetapkan jangka masa pengajaran di antara 30 hingga 40 minit, atau 60 hingga 80 minit sekiranya pelajar tersebut diberikan dua masa yang berturutan. Dengan jangka masa yang ditetapkan itu, guru perlu memilih kaedah yang sesuai digunakan dalam jangka masa tersebut. Ada kalanya kaedah yang dipilih itu perlu diubahsuai agar tidak melebihi masa yang diperuntukkan. Misalnya, sekiranya guru memilih kaedah perbincangan dalam bentuk perbahasan, sebaik-baiknya gunakan dua masa pelajaran. Jumlah pelajar yang terlibat dan masa menyampaikan hujah diambil kira agar perbahasan dapat dijalankan dalam jangka masa yang sepatutnya.4. Latar belakang dan jumlah pelajarKaeadah dan teknik yang dipilih hendaklah sesuai dengan latar belakang pelajar. Antara perkara yang perlu diberi perhatian ialah umur, jantina, dan peringkat pencapaian atau keupayaan pelajar. Kaedah yang rumit seperti kaedah menyelesaikan masalah yang memerlukan pelajar mencari penyelesaian bagi sesuatu masalah, tidak sesuai bagi pelajar di peringkat rendah. Jumlah pelajar dan susunan tempat duduk pelajar juga boleh mempengaruhi kaedah yang hendak digunakan. Kelas yang agak ramai jumlah pelajar, biasanya menimbulkan masalah dari segi kawalan kelas dan keberkesanan pengajaran. Walau bagaimanapun, guru boleh mengubahsuai kaedah agar jumlah pelajar tidak menjadi halangan bagi memilih kaedah. Misalnya sekiranya guru memilih teknik permainan, pelajar boleh dipecahkan kepada beberapa kumpulan kecil. Setiap kumpulan menjalankan aktiviti masing-masing. Kumpulan-kumpulan kecil ini akan lebih mudah dikawal. Menurut Rashid Azizan & Abdul Razak Habib (1995), Tugas utama seorang pengajar atau guru adalah untuk memudahkanpembelajaranpara pelajar. Untuk memenuhi tugas ini, pengajar ataugurubukan sahaja harus dapat menyediakan suasana pembelajaran yang menarik dan harmonis, tetapi mereka juga menciptakan pengajaran yang berkesan. Ini bermakna guru perlu mewujudkan suasana pembelajaran yang dapat merangsangkan minat pelajar di samping sentiasa memikirkan kebajikan dan keperluan pelajar. Dalam sesi pembelajaran, guru kerap berhadapan dengan pelajar yang berbeza dari segi kebolehan mereka. Hal ini memerlukan kepakaran guru dalam menentukan strategi pengajaran dan pembelajaran. Ini bermakna, guru boleh menentukan pendekatan, memilih kaedah dan menetapkan teknik-teknik tertentu yang sesuai dengan perkembangan dan kebolehan pelajar. Strategi yang dipilih itu, selain berpotensi merangsang pelajar belajar secara aktif, ia juga harus mampu membantu menganalisis konsep atau idea dan berupaya menarik hati pelajar serta dapat menghasilkan pembelajaran yang bermakna.Perlunya guru menarik perhatian pelajar dalam sesuatu pengajaran, aktiviti-aktiviti yang dipilih hendaklah yang menarik dan mempunyai potensi yang tinggi untuk membolehkan isi pelajaran dan konsep-konsep yang diterjemahkan secara jelas. Aktiviti harus boleh mempengaruhi intelek, emosi dan minat pelajar secara berkesan. Dalam merancang persediaan mengajar, aktiviti-aktiviti yang dipilih perlu mempunyai urutan yang baik. Ia perlu diselaraskan dengan isi kemahiran dan objektif pengajaran. Lazimnya aktiviti yang dipilih itu adalah gerak kerja yang mampu memberi sepenuh pengaruh terhadap perhatian, berupaya meningkatkan kesan terhadap intelek, ingatan, emosi, minat dan kecenderungan serta mampu membantu guru untuk menjelaskan pengajarannya.Dalam merancang aktiviti mengajar yang berkesan dan bermakna kepada para pelajar, guru haruslah memikirkan terlebih dahulu tentang kaedah dan teknik yang akan digunakan. Pemilihan strategi secara bijaksana mampu menjamin kelicinan serta keberkesanan penyampaian sesuatu subjek atau modul.Penggunaan kaedah dan teknik yang pelbagai akan menjadikan sesuatu pengajaran itu menarik dan akan memberi ruang untuk membolehkan pelajar terlibat secara aktif dan bergiat sepanjang sesi pengajaran tanpa merasa jemu dan bosan. Dalam pengajaran dan pembelajaran, terdapat beberapa kaedah dan teknik yang berkesan boleh digunakan oleh guru. Oleh yang demikian, pemilihan terhadap kaedah dan teknik perlulah dilakukan secara berhati-hati supaya cara-cara ini tidak menghalang guru melaksanakan proses pembentukan konsep-konsep secara mudah dan berkesan. Latar Belakang Kajian Pembelajaran Berasaskan ProjekProject Based Learning (PBL) merupakan suatu kaedah pengajaran dan pembelajaran yang pesat berkembang dalam zaman moden ini. Kaedah ini menekankan kolaborasi antara guru dan pelajar dalam mempelopori sesuatu perkara atau topik secara penyempurnaan projek. Kementerian Pelajaran Malaysia (2006) mentafsirkan Pembelajaran Berasaskan Projek sebagai model aktiviti yang keluar daripada amalan bilik darjah yang biasa dan banyak melibatkan gabungan antara disiplin ilmu.Kaedah projek yang diasaskan oleh John Deney (1997), menggalakkan pelajar mempelajari sesuatu melalui pengalaman, pemerhatian dan percubaan. Pelajar merasa seronok menjalankan ujikaji aktiviti lain yang dilakukan dalam situasi sebenar dan bermakna. Biasanya kaedah ini memberi peluang kepada pelajar menggunakan kemudahan alat deria mereka untuk membuat pengamatan dan penanggapan secara berkesan.Proses pembelajaran yang berjaya memberi impak yang lebih positif kepada pelajar bergantung kepada pelbagai faktor termasuklah teknik pengajaran yang dijalankan oleh seseorang guru. Salah satu pendekatan P&P yang boleh digunakan bagi meningkatkan mutu dan pengetahuan pelajar ialah melalui teknik Pembelajaran Berasaskan Projek. Pembelajaran sebegini bukan sahaja member ruang kepada pelajar menunjukkkan kemampuan dan kreativiti, malah memberi peluang untuk pelajar mengembangkan lagi pengetahuan yang sedia ada.Melalui pendekatan menbelajaran berasaskan projek, pelajar mampu menimba ilmu dengan lebih praktikal dan tidak bergantung kepada pemusatan terhadap guru semata-mata. Pembelajaran ini menekankan konsep pembelajaran kendiri dan amalan penerokaan yang lebih luas oleh seseorang pelajar. Secara tidak langsung, konsep pembelajaran ini memberi peluang kepada para pelajar untuk menunjukkkan keupayaan diri kerana setiap pelajar mempunyai tahap kecemerlangan akademik yang berbeza dan tidak sama di antara satu sama lain. Pembelajaran ini juga dikenal pasti mampu mewujudkan kemahiran sosial yang lebih baik kerana pembelajaran ini membuka peluang untuk pelajar bergaul lebih rapat dan mampu mengeratkan hubungan sesama ahli kumpulan. Salah satu konsep pembelajaran berasaskan projek ialah, pelajar harus membuat tugasan secara berkumpulan, maka disinilah wujudnya peluang untuk pelajar berkomunikasi di antara satu sama lain dalam menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru. Konsep Strategi Pembelajaran Berasaskan Projek Strategi Berasaskan Projek dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu mempunyai definisi yang tersendiri. Shmeck (1998) menyatakan strategi ialah prosedur-prosedur untuk melaksanakan rancangan dalam sesuatu operasi atau dalam usaha mencapai sesuatu tujuan. Zarina (2002) pula berpendapat bahawa strategi pembelajaran ialah langkah-langkah yang diambil oleh pelajar untuk mempercepatkan proses pemerolehan, penyimpanan, mengingat kembali dan penggunaan maklumat. Menurut Poh (2003), projek ditakrifkan sebagai tugas, pembinaan atau siasatan yang teratur yang akan menjurus kepada matlamat yang spesifik. Ianya boleh dilaksanakn untuk menggalakkan murid menggunakan kemahiran proses sains. Selain itu, projek juga boleh dibuat berdasarkan keperluan topik dan mengikut minat murid. Pengajaran dan pembelajaran berasaskan projek boleh dilakukan secara individu atau berkumpulan di bawah bimbingan guru. Kementerian pelajaran Malaysia melalui Handbook, project Based Learning menekankan kaedah ini sebagai strategi pembelajaran yang membawa pelajar mempelopori ilmu keluar daripada tradisi bilik darjah lama yang memfokuskan guru sebagai pemberi ilmu. Kaedah melibatkan penerokaan ilmu melalui pemerhatian serta kajian lapangan atau dunia sebenar. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2010), strategi bermakna kebijaksanaan dalam menguruskan sesuatu perkara. Secara umum, strategi ialah prosedur memilih pendekatan, kaedah dan teknik yang sesuai berdasarkan hasil pembelajaran yang hendak dicapai dalam jangka panjang. Strategi yang dipilih hendaklah mengambil kira segala aspek pembelajaran termasuk pemilihan bahan, masa dan sebagainya.Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2010), projek bermaksud rancangan kerja atau aktiviti pembangunan yang hendak dijalankan atau sedang dijalankan dan kajian terperinci tentang sesuatu bidang atau subjek.Secara umumnya, projek merujuk kepada kajian dan aktiviti yang disepadukan bagi menghasilkan satu susunan bahan yang berkaitan satu tema mengikut minat dan kecenderungan orang yang menjalankan projek itu. Sesuatu projek mungkin berjalan selama tempoh masa yang lama seperti beberapa bulan atau beberapa minggu atau beberapa hari sahaja, bergantung kepada minat, kecenderungan, kemampuan dan kematangan peserta projek itu. Projek akhirnya akan dipamerkan atau digunakan untuk menggalakkan perbincangan dalam bilik kuliah atau diterbitkan dalam bentuk tesis, buku, makalah atau jurnal. Suatu hasil yang praktik juga digalakkan daripada projek yang dijalankan. Strategi berasaskan projek membolehkan pelajar menjalankan aktiviti mengikut minat dan kecenderungannya sendiri.Menurut Abd Ghafar Md Din (2009) di dalam bukunya yang bertajuk Prinsip dan Amalan Pengajaran, beliau mendefinisikan pengajaran adalah satu proses penyampaian iaitu untuk menyampaikan maklumat. Cara penyampaian maklumat ini dikatakan sebagai kaedah dan teknik pengajaran. Sistem aktiviti ini sebenarnya dirancang dan diolah oleh guru untuk menyampaikan pemahaman tentang maklumat atau pengetahuan tertentu kepada murid-murid dalam suasana yang dinamakan bilik darjah. Sebagai satu proses, pengajaran melibatkan penyebaran ilmu pengetahuan atau kemahiran yang membolehkan pelajar mempelajari dan menguasainya secara berkesan. Menurut Abd Ghafar Md Din (2009), mengajar bermaksud menukar tingkah laku dan kelakuan murid-murid melalui ilmu pengetahuan atau kepercayaan baharu. Untuk mencapai hasrat ini, proses pengajaran harus dapat dilaksanakan secara berkesan, iaitu melalui prosedur yang sistematik yang telah terlebih dahulu dirancangkan. Perhatian harus diberi kepada aspek perancangan, pelaksanaan dan penilaian. Setiap murid yang terlibat dalam proses pembelajaran mempunyai potensi intelek, emosi, rohani dan jasmani yang tersendiri. Kepakaran guru mengeksploit pengetahuan dan pengalaman mereka dengan cara mempelbagaikan teknik dan cara pengajaran, disesuaikan pula dengaaan keperluan murid, merupakan satu seni yang paling berharga kepada murid-murid tersebut. Melalui bakat dan seni mengajar yang tersendiri, guru-guru mampu mengetengahkan satu bentuk pengajaran yang sempurna. Kebolehan menggunakan kreativiti sendiri seperti ini perlu dilatih dan seterusnya dikuasai untuk membolehkan terciptanya satu bentuk pengajaran yang lebih berkesan.Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2010), Pengajaran merupakan satu sistem aktiviti yang secara khusus ditujukan kepada murid-murid dengan tujuan membawa perubahan dalam kalangan mereka. Secara umumnya, pengajaran adalah perihal mengajar, segala sesuatu yang berkaitan dengan mengajar (seperti cara atau sistem mengajar, aspek yang dipentingkan dan lain-lain yang berkenaan dengannya). Kimble (1961) menyatakan bahawa, pembelajaran ialah perubahan potensi tingkah laku yang lebih kurang tetap dan yang berlaku akibat latihan yang diteguhkan. Kenyataan ini menggambarkan kepada kita bahawa pembelajaran menghasilkan perubahan tingkah laku dan pada setiap kali hasil pembelajaran itu diperlihatkan, ia haruslah merupakan tingkah laku yang dapat diperhatikan. Selain itu, perubahan tingkah laku itu bukan sementara sifatnya. Ia harus dikekalkan melalui latihan-latihan yang diteguhkan. Pembelajaran juga merupakan semua perubahan atau penyesuaian semula tingkah laku manusia akibat latihan dan pemerolehan pengalaman. Pembelajaran adalah proses yang boleh menghasilkan perubahan pada tingkah laku akibat berlakunya tindak balas terhadap keadaan atau persekitaran. Biasanya pembelajaran menggalakkan pemerolehan pengetahuan dan kemahiran dan ini dilakukan melalui satu perlakuan dan teknik tertentu yang bersifat saintifik dan sistematik. Dalam proses pembelajaran formal, ia melibatkan pelbagai kegiatan, umpamanya memerhati, meninjau, membaca, menyoal, memahami, mengingati, menyemak, merujuk, merumus, membuat keputusan dan sebagainya. Secara umumnya, belajar membawa maksud penyiasatan untuk kenyataan. Ia melibatkan idea atau aturcara yang belum lagi diketahui oleh individu. Sebarang penggunaan tenaga untuk pembelajaran bahan baharu, penyelesaian kepada sesuatu masalah, dapatan terhadap perhubungan-perhubungan baharu atau gerakerja yang berfaedah boleh dianggap sebagai belajar. Biasanya, dalam sesuatu proses pembelajaran, seseorang itu mungkin mendapat nilai-nilai lain selain yang utama yang dikehendakinya pada masa itu.Secara umumnya, pembelajaran bermaksud satu proses mengakumulasi maklumat dan pengalaman secara berterusan, yang berlaku dalam diri seorang sejak dilahirkan. Proses ini berlaku dalam dua bentuk, iaitu sama ada disedari ataupun tidak disedari. Biasanya, pembelajaran melibatkan organ deria untuk mengesan semua bentuk pengalaman dan ilmu pengetahuan yang berselerak di persekitaran. Sewaktu organ-organ ini digunakan, seseorang akan memilih rangsanga-rangsangan yang sesuai dan diperlukan daripada persekitaran itu, kemudian diproses dalam otak untuk dijadikan pengalaman yang bermakna. Tindakan mempraktikkan pengalaman yang baru diperoleh itu dianggap sebagai perubahan tingkah laku, dan ini menggambarkan satu pembelajaran yang sebenar.Kesimpulannya, strategi pengajaran dan pembelajaran merujuk kepada kemahiran dan kecekapan merancang serta menguruskan kaedah dan teknik mengajar untuk mencapai objektif pelajaran secara optimum. Di dalam bidang pendidikan, konsep strategi merujuk kepada kebijaksanaan memilih pendekatan serta kecekapan merancang kaedah dan teknik dalam satu-satu pengajaran berdasarkan objektif pelajaran yang telah ditentukan. Dengan perkataan lain, strategi pengajaran dan pembelajaran merujuk kepada penentuan dan perancangan kaedah dan teknik mengajar untuk mencapai objektif jangka panjang sesuatu pendekatan. Di dalam bidang pendidikan, terdapat banyak kaedah dan teknik mengajar yang disarankan oleh pakar-pakar pendidikan. Antara strategi yang kerap digunakan ialah, strategi berasaskan projek dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.

Definisi Pengajaran Berasaskan Projek. Pembelajaran berasaskan projek merupakan proses pembelajaran yang berfokuskan tugasan amali secara sistematik/terancang dalam jangka masa yang tertentu. Ia biasanya melibatkan kutipan serta analisis data dan satu laporan yang betul. Pembelajaran berasaskan projek juga merupakan suatu kaedah pengajaran yang menekankan kajian dalam bentuk projek sebagai cara murid memperolehi ilmu. Kaedah ini menekankan pembelajaran kendiri serta amalan penerokaan oleh murid. Kaedah projek adalah satu strategi mengajar yang disarankan oleh professor William Kilpatrick (1871-1965), dengan pengubahsuaian daripada kaedah penyelesaian masalah yang dikemukakan oleh Dewey. Dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran, pendekatan berasaskan projek boleh membantu guru untuk menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan dan menarik. Dalam pendekatan berasaskan projek, pengajaran dan pembelajaran akan lebih menarik apabila guru dan murid dapat mengalami sendiri sesuatu situasi pembelajaran melalui projek yang dilaksanakan.

Perkataan 'projek' yang digunakan dalam kajian ini merupakan kata kunci utama dalam istilah pembelajaran berasaskan projek. Menurut Moursund (2003), pelajaran berasaskan projek merupakan strategi pembelajaran berpusatkan pelajar yang melibatkan pelajar menerbitkan atau membangunkan produk dan mempersembahkannya kepada pelajar lain, guru dan pihak lain. Di dalam bilik darjah, pengembangan kreativiti memerlukan persekitaran pembelajaran yang berpusatkan pelajar dengan guru sebagai pemudah cara (Craft, 2000). Walau bagaimanapun, projek pembangunan produk kreatif melibatkan masa lama dan jadual waktu anjal (Moursund, 2003). Menurut Rowe, 2004, guru sepatutnya mengembangkan kreativiti pelajar dengan membangkitkan perasaan ingin tahu dan memperbanyakkan aktiviti kemahiran praktikal (hands-on) dan penyelesaian masalah secara berpasukan melalui strategi penerokaan dan penemuan. Craft, (2003), pula menyatakan bahawa, Sebenarnya guru-guru menyedari kepentingan kreativiti dalam pendidikan, tetapi mereka menghadapi dilema, kerana pemupukan kreativiti memerlukan masa lama dan anjal, sedangkan mereka terikat dengan kurikulum dan pedagogi yang disarankan.Tujuan projek adalah untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam sesuatu bidang atau domain interdisiplinari. Projek pelajar boleh dilaksanakan secara berpasukan kerana proses interaksi sosial yang dilalui pelajar memberi kebaikan kepada diri mereka. Dari segi keberkesanan kerja secara berpasukan, telah banyak kajian menunjukkan strategi pembelajaran koperatif dan kolaboratif adalah lebih baik daripada pembelajaran secara individu (Johnson dan Johnson, 1999).Dalam kaedah ini, pelajar biasanya diberi kebebasan untuk memilih. Tema bagi projeknya, dipilih dari senarai tema yang disediakan. Dari situ, pelajar mengumpul segala maklumat dan bahan yang berkaitan projek yang akan dijalankan. Untuk melakukan ini, pelajar mungkin terpaksa menjangkau dan melangkah bidang yang pelbagai dan luas. Tema dipilih sedemikian supaya penyatu paduan antara beberapa disiplin boleh berlaku. Dengan cara ini, projek dapat meluaskan skop pemikiran pelajar. Kaedah projek adalah berlandaskan teori bahawa pelajar akan lebih mudah memahami isi pelajaran dengan cara mengalami dan membuat sendiri. Melalui kaedah ini, pelajar akan dapat menjalankan aktiviti pembelajaran dengan penuh minat dan perhatian dalam suatu situasi sebenar bagi mendapatkan hasil yang diharapkan. Biasanya pelajar akan menjalankan projek selepas selesai menguasai sesuatu kemahiran tertentu. Dengan menjalankan kerja-kerja projek ini, pelajar akan memperoleh pengalaman yang lebih luas di samping mengembangkan potensi diri mereka secara global dan menyeluruh, selain mengukuhkan kemahiran-kemahiran yang baru dikuasai.Kaedah projek ini adalah berlandaskan teori pembelajaran bahawa hasil pembelajaran murid akan menjadi lebih berkesan jika mereka menaruh minat dan bersedia untuk melaksanakan aktiviti pembelajaran yang dirancangkan dengan cara yang menarik. Dengan hal yang demikian, kaedah projek ini menyarankan bahawa murid-murid belajar melalui aktiviti permainan, kerja praktikal, kajian dan lawatan. Melalui kaedah ini, murid-murid dapat menjalankan aktiviiti pembelajaran dengan penuh minat dan perhatian dalam satu situasi yang sebenar untuk mendapatkan sesuatu hasil yang diharapkan.Di bawah program Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM), kerja projek merupakan suatu rancangan kerja berdasarkan topik yang digemari oleh murid-murid. Di mana, ia merupakan lanjutan kepada aktiviti pembelajaran selepas mereka telah mempelajari sesuatu topik atau menguasai kemahiran-kemahiran tertentu.Secara am, tujuan menentukan strategi ini adalah untuk membolehkan murid-murid melibatkan diri sepenuhnya dalam aktiviti pembelajaran mereka serta menguasai kemahiran dengan berkesan.

Menurut Norasmah Othman & Shuki Osman (2009), Kaedah projek merupakan kaedah yang telah diubahsuai daripada kaedah menyelesaikan masalah. Melalui kaedah ini pelajar akan berpeluang merasai sendiri pengalaman pembelajaran dengan melakukan sendiri aktiviti-aktiviti pembelajaran. Kaedah ini berkait rapat dengan kaedah lain seperti kaedah permainan, kerja praktikal, penyelesaian masalah dan luar kelas. Melalui kaedah ini, guru berupaya menimbulkan minat di kalangan pelajar bagi melaksanakan sendiri beberapa aktiviti dalam bentuk dan situasi yang sebenar. Kaedah ini boleh dilakukan, sama ada secara berseorangan ataupun berkumpulan.Tujuan kaedah ini adalah untuk meningkatkan penglibatan pelajar dengan idea-idea konseptual dan mengembangkan kemahiran-kemahiran yang tidak mungkin dicapai melalui kaedah-kaedah pengajaran yang lain. Dalam kaedah ini, peranan utama guru adalah menyediakan tajuk-tajuk projek dan memberi peluang kepada para pelajar memilih tajuk- tajuk yang mereka gemari, menyediakan garis panduan secara bertulis serta menerangkan cara mematuhi garis panduan berkenaan sepanjang projek dijalankan di samping bertindak sebagai pembimbing.

Kaedah pembelajaran berasaskan projek ini menggalakkan pelajar mempelajari sesuatu melalui pengalaman, pemerhatian dan percubaan. Pelajar merasa seronok menjalankan ujikaji aktiviti lain yang dilakukan dalam situasi sebenar dan bermakna. Biasanya kaedah ini memberi peluang kepada pelajar menggunakan kemudahan alat deria mereka untuk membuat pengamatan dan penanggapan secara berkesan.

Ciri-ciri Pembelajaran Berasaskan ProjekPembelajaran Berasaskan Projek melibatkan pendekatan berfokuskan murid meneroka sendiri. Seorang pengkaji, Nancy Kraft menyatakan beberapa ciri Pembelajaran Berasaskan Projek yang merangkumi: Membolehkan cara pembelajaran yang pelbagai Persekitaran yang bebas dalam membuat pilihan berkaitan pembelajaran Menggalakkan penggunaan kemahiran berfikir peringkat tinggi Menggunakan kaedah pengalaman hands-on Memberi pemahaman yang tinggi Boleh dirujuk oleh semua pelajar Melibatkan pelbagai mod komunikasi Pelajar bertanggungjawab ke atas pembelajaran sendiri Pelajar merasa pembelajaran kurikulum sebagai kepunyaan sendiri Projek menggalakkan pembelajaran yang bermakna dengan menghubungkan yang baru dengan yang lama Pembelajaran merentasi kurikulum Guru sebagai fasilitator. Penilaian kendiri pelajar dalam pembelajaran digalakkan. Dijalankan secara individu atau secara berkumpulan. Penilaiannya dijalankan pada setiap tahap proses sehinggalah ke tahap hasil yang siap. Mengintegrasikan pengetahuan dengan aktiviti. Interaksi guru murid yang berupa bimbingan dan perundingan pada setiap tahap proses. Guru perlu menjelaskan prosedur pelaksanaan yang lengkap. Proses ini melibatkan pengumpulan bahan, maklumat, data, memproses maklumat dan data, dan pelaporan hasil juga refleksi kendiri. Sesuai dengan murid dan kurikulum. Berasaskan kemahiran, pengetahuan, pengalaman dan kebolehan murid.

Kelebihan dan Kekurangan Pembelajaran Berasaskan Projek Kaedah pembelajaran berasaskan projek dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu ini mempunyai beberapa kelebihan. Melalui strategi ini, hubungan guru dengan pelajar akan lebih mesra kerana guru dan pelajar saling berkomunikasi dan bertukar pendapat. Persepsi negatif pelajar kepada guru juga akan berubah kerana proses interaksi sentiasa berlaku. Tujuan utama strategi ini ialah untuk menggalakkan pelajar mengembangkan kemahiran diri dalam mengemukakan hujah, pendapat, menyoal serta menyelesaikan masalah. Keadaan ini membolehkan pelajar berfikiran dengan lebih luas dan mendidik pelajar supaya berani dan yakin kepada diri sendiri dalam mengemukan hujah, pendapat dan seterusnya menyelesaikan masalah. Galakan daripada guru akan menambahkan lagi keyakinan pelajar. Topik yang dipilih oleh guru mestilah sesuai dengan objektif pembelajaran dan pengajaran serta dapat menarik minat pelajar. Keadaan ini membolehkan pelajar belajar dalam keadaan yang gembira tanpa tekanan yang membebankan.Kelebihan yang seterusnya ialah murid-murid boleh menggunakan pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari semasa pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah untuk mencubanya dalam situasi yang sebenar dan menghasilkan sesuatu. Ini akan mendorong mereka belajar dalam situasi yang seronok dan bermakna. Selain itu, semangat kerjasama dan sifat sosial yang positif dapat dipupuk melalui kerja projek berdasarkan kumpulan pelbagai kebolehan, pelajar turut melibatkan diri secara aktif dalam membuatdan menyediakan projek secara berkumpulan dan menanamkan sikap koperatif dalam kalangan pelajar. Hal ini kerana, kebiasaannya sesuatu projek dilakukan di dalam kumpulan, dengan ini, semangat bekerjasama antara ahli kumpulan dapat disemai dan dipupuk.Antara kelebihan lain yang diperoleh melalui perlaksanaan projek dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu ialah mewujudkan komunikasi positif dan perhubungan kolaboratif dalam kalangan pelajar yang pelbagai terutama dalam kumpulan pelajar. Murid-murid juga, dapat belajar mengumpul maklumat dan menganalisis. Kebanyakan projek memerlukan sumber yang memberi peluang kepada pelajar untuk mencari sendiri maklumat yang diperlukan. Pelajar-pelajar boleh menggunakan pelbagai jenis sumber seperti pusat sumber, media massa, internet, dan Kamus Peribahasa.Kemahiran membentangkan tugasan juga dapat diperoleh oleh para pelajar. Kebiasaannya guru akan meminta setiap pelajar membentangkan hasil tugasan yang mereka lakukan untuk sesebuah projek. Ini akan dapat meningkatkan lagi kemahiran dan keyakinan para pelajar ketika berhadapan dengan rakan-rakan lain. Seterusnya, strategi ini mempunyai beberapa kelebihan lain, antaranya ialah minat pembelajaran dan daya kreatif murid dapat dipupuk, serta mampu mengembangkan kemahiran psikomotor dan daya kreatif murid-murid. Tambahan pula, melalui projek ini, ia dapat memberi peluang kepada murid mengisi masa lapang mereka dengan aktiviti yang berfaedah. Projek ini juga mampu menarik perhatian murid-murid terhadap satu-satu topik yang khusus, Memberi peluang mereka menjana idea mengenai topik tersebut, mengajar mereka untuk menerima dan menghormati perbezaaan individu, mengalakan mereka untuk sedia menanggung risiko dalam berkongsi idea dan pandangan masing-masing serta menunjukan bahawa sumbangan idea mereka dihargai. Selain daripada itu juga, pelajar mengamalkan kemahiran berfikir dan menyelesaikan masalah yang mereka alami sepanjang mengendalikan sesuatu projek dan pastinya aktiviti yang dijalankan bermakna dan berilmiah. Pembelajaran berasaskan projek juga mampu menarik minat dan memotivasikan pelajar yang kurang menumpukan perhatian dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran, menolong pelajar dalam memahami dan mengaplikasikan pengetahuan, menolong pelajar dalam pembelajaran dan menguasai kemahiran menyelesaikan masalah, berkomunikasi dan pengurusan kendiri, mengintegrasikan bidang kurikulum, pengajaran bertema dan isu-isu komuniti, menggalakkan akauntabiliti dan penentuan matlamat, serta memenuhi keperluan pelajar yang mempunyai tahap pembelajaran dan gaya pembelajaran yang berbeza.Kaedah projek ini mempunyai beberapa kelebihan lain, di antaranya adalah minat pembelajaran dan gaya kreatif murid dapat dipupuk. Di samping itu murid dapat menggunakan pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi untuk menghasilkan sesuatu. Tambahan pula ia memberi peluang kepada murid menggunakan masa lapang yang berfaedah. Apabila sesuatu objek dihasilkan dengan baik, dan dipamerkan akan membolehkan murid menikmati rasa kejayaan serta kebanggaan. Perasaan ini akan mendorong murid supaya berusaha secara berterusan dengan lebih tekun lagi. Walaupun terdapat banyak kebaikan di dalam aktiviti pembelajaran berasaskan projek, namun terselit juga beberapa kelemahannya. Misalnya strategi berasaskan projek ini memerlukan banyak tenaga dan masa untuk dilaksanakan. Murid-murid dan guru terpaksa meluangkan lebih banyak masa dan tenaga untuk menyiapkan sesebuah projek. Sebagaimana maklum, sesebuah projek yang dihasilkan mengambil masa sekitar dua hingga tiga minggu untuk dilaksanakan. Hal ini menyebabkan banyak masa dan tenaga terpaksa dihabiskan semata-mata untuk menyiapkan projek ini. Seterusnya, kelemahan strategi berasaskan projek dalam pengajaran yang lain ialah mengurangkan fokus pelajar terhadap pengajaran yang dijalankan. Ini kerana aktiviti secara berkumpulan adalah menekankan kepada pembelajaran berpusatkan pelajar. Dengan ini ia akan memudahkan sesetengah pelajar untuk tidak melibatkan diri secara aktif dalam pengajaran yang diberikan. Permasalahan ini juga turut menyumbang kesulitan kepada pengajaran guru. Ini kerana kaedah perbincangan yang diterapkan menyulitkan para guru untuk mengenalpasti tahap kefahaman setiap pelajar. Sepertimana yang kita ketahui, daya intelek dan tahap kefahaman setiap pelajar adalah berbeza. Dengan ini, ia akan menyebabkan sesetengah pelajar yang tidak menguasai tahap kefahaman terhadap pengajaran yang diberikan terus hanyut dan lemah untuk menguasainya. Keyakinan dan kesungguhan pelajar untuk berusaha memahami pengajaran yang diberikan akan terus berkurang sehingga boleh menyebabkan pelajar tersebut lalai dalam memperoleh ilmu pengetahuan terhadap aspek yang diajar. Oleh itu, guru harus memastikan setiap pelajar mengambil bahagian dalam tugasan yang diberikan dan memantau setiap kumpulan sambil bersoal jawab dengan setiap pelajar dalam kumpulan.Kelemahan yang seterusnya ialah, perbelanjaan untuk menghasilkan projek pula melibatkan kos yang tinggi. Untuk menghasilkan sesebuah projek pelajar harus mengeluarkan perbelanjaan yang banyk untuk membeli bahan dan alatan yang diperlukan untuk membuat projek. Contohnya dalam projek buku skrap, pelajar perlu membeli alatan seperti pensil warna, Buku Skrap, kertas mah-jong, Marker, gam, gunting, kertas warna dan banyak lagi. Melalui pembelajaran berasaskan projek, ianya memerlukan guru yang serba boleh dan menambah beban tugas guru kerana peranannya amat penting dalam menjayakan sesuatu projek. Kelemahan yang terakhir ialah, Murid-murid yang menghasilkan projek yang kurang menarik tidak mendapat peluang untuk mempamerkan projek yang mereka hasilkan, hal ini akan menyebabkan mereka berasa kecewa kerana menganggap hasil kerja mereka tidak diiktiraf. Perasaan negatif ini mungkin mendatangkan kesan yang buruk terhadap pembelajaran mereka pada masa hadapan. Kesimpulannya, pembelajaran berasaskan projek ini mendatangkan lebih banyak kebaikan kepada pelajar dan guru berbanding keburukan. Strategi ini lebih menekankan kepada penglibatan guru dan pelajar dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Sekiranya kedua-dua belah pihak memberi kerjasama yang baik ketika pengajaran berlaku, maka suasana pengajaran akan menjadi lebih bermakna dan baik mampu diwujudkan berbanding menggunakan cara pengajaran seperti biasa.Strategi perlaksanaan Berasaskan Projek dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Melayu.Strategi yang boleh digunakan oleh guru dalam melaksanakan pembelajaran berasaskan projek adalah seperti gambarajah di bawah.

Rajah 1: strategi perlaksanaan pembelajaran berasaskan projekSesebuah projek boleh dilaksanakan secara perseorangan atau secara berkumpulan. Guru perlu memastikan bahawa langkah-langkah berikut diberi perhatian agar kaedah projek dapat dijalankan dengan lebih teratur dan berkesan agar mencapai hasil pelajaran yang memuaskan. Perkara tersebut ialah:1. Objektif dan aktiviti kerja projek harus ditentukan berdasarkan kecenderungan dan kemahiran murid-murid. Sesuatu projek perlu mempunyai objektif-objektif tertentu. Dengan adanya objektif-objektif ini guru dan pelajar mempunyai hala tuju yang betul dan dapat menilai pencapaian mereka.2. Adakan rancangan yang baik dan lengkap seperti membahagikan kerja untuk setiap kumpulan demi menjamin kelicinan perlaksaannya.3. Menentukan cara mempamerkan hasil-hasil kerja murid, cara menyimpannya dan penggunaannya sebagai alat bantu mengajar pada masa akan datang.

Strategi Perlaksanaan Berasaskan Projek Buku Skrap dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa MelayuProjek buku skrap ini dilaksanakan dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Projek ini dilaksanakan selepas murid mempelajari peribahasa Melayu. Guru akan menguji kefahaman mereka terhadap apa yang mereka pelajari di dalam kelas. Projek buku skrab ini bertajuk, Menguji Kefahaman Pelajar Terhadap Pembelajaran Peribahasa Melayu.MenurutZa'ba,peribahasaialah susunan kata yang pendek dengan makna yang luas, mengandungi kebenaran, sedap didengar dan bijak perkataannya. Peribahasa merangkumi simpulan bahasa, perumpamaan, pepatah, bidalan dan perbilangan serta bahasa kiasan yang perlu di ajarkan dalam pendidikan Bahasa Melayu. Pemilihan peribahasa hendaklah dilakukan berdasarkan kesesuaian falsafah, keperibadian dan nilai murni masyarakat Melayu khususnya dan masyarakat Malaysia amnya. Penguasaan bahasa melayu ini merupakan lanjutan daripada penguasaan peribahasa pada peringkat sekolah rendah. Peribahasa hendaklah diajar dalam konteks. Buku-buku peribahasa Melayu boleh dijadikan sebagai sumber rujukan. Pengajaran peribahasa perlu digabungjalinkan dengan pengajaran bahasa. Contohnya, guru boleh menggunakan peribahasa yang mempunyai nilai yang sesuai dengan tema atau topik yang dibincangkan. Pelajar juga digalakkan menggunakan peribahasa dalam penulisan. RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Tarikh : 9 April 2012 (Isnin)Masa : 10.30- 11.30 amTempoh : 60 MinitTingkatan : 1 CekapSekolah : Sek.Men.Keb Seri Medan Batu Pahat JohorBil.Murid :20 OrangMatapelajaran : Bahasa MelayuTajuk : Peribahasa MelayuTema: Menguji kefahaman pelajar terhadap pembelajaran Peribahasa MelayuObjektif: : Pada akhir pelajaran, pelajar akan dapat :1. Pelajar dapat mengenal pasti jenis-jenis peribahasa Melayu. 2. Pelajar mengetahui maksud peribahasa yang dipelajari.3. Pelajar mampu mengaplikasikan peribahasa dalam kehidupan seharian.4. Pelajar mampu mencari 50 peribahasa Melayu beserta maksud dan membina satu contoh ayat yang sesuai bagi setiap peribahasa yang dinyatakan.5. Pelajar mengamalkan sikap bekerjasama dalam kumpulan untuk menghasilkan projek yang diberikan.6. Projek buku skrap ini, mampu menjadikan pelajar lebih bersifat kreatif dan inovatif dalam melaksanakan sesuatu tugasan.Nilai- nilai murni: 1. Bekerjasama dalam kumpulan.2. Hormat- menghormati3. Mengikut segala arahan yang diberikan oleh guru dan ketua kumpulan.Aktiviti/ Isi Pengajaran : 1. Mencari peribahasa Melayu dan maksudnya. 2. Perbincangan maksud beserta contoh ayat.3. Pembentangan kumpulan.Kemahiran Bernilai Tambah (KBT) :Kemahiran Berfikir Menghubungkaitkan, mencirikan, mengimbas kembali, menilai, penjanaan idea, penggabungjalinan dan teknik perbincanganKecerdasan Pelbagai Interpersonal, Intrapersonal, Verbal-linguistik, soft skill.Pengetahuan Sedia Ada Murid sudah mengetahui tentang peribahasa yang dipelajari di dalam kelas.Bahan Bantu Mengajar :Komputer, sambungan Internet, Kamus Peribahasa Melayu dan buku teks.Kemahiran Bahasa1. Membaca dan Menulis2. Mendengar Refleksi : 1. Pelajar mencari 50 Peribahasa Melayu. 2. Pelajar dapat mengetahui maksud peribahasa serta mampu membina ayat berdasarkan peribahasa yang dinyatakan.3. Diharapkan pelajar dapat memperoleh sesuatu yang baru untuk meningkatkan pengetahuan mereka.

RANCANGAN PENGAJARAN HARIANLANGKAHISI PENGAJARANKAEDAH PENGAJARAN &PEMBELAJARANCATATAN

Set induksi(10 minit)Gambaran mengenai tajuk pengajaran iaitu projek menguji kefahaman pelajar terhadap peribahasa Melayu.1. Guru menerangkan maksud peribahasa melayu.2. Guru menyenaraikan jenis-jenis peribahasa melayu.3. Guru menerangkan tajuk tugasan secara terperinci.

1. Teknik mengimbas kembali .2. Menghubungkaitkan3. Mendengar aktif

Langkah 1(10 minit)Membahagikan pelajar kepada beberapa kumpulan1. Pelajar dibahagikan kepada 4 kumpulan2. Melantik ketua kumpulan3. Setiap kumpulan diberikan tajuk yang berbeza. Kumpulan 1 peribahasa tentang Ayam Kumpulan 2 Peribahasa tentang Hati Kumpulan 3 Peribahasa tentang Kaki Kumpulan 4Peribahasa tentang Anak

1. Mendengar aktif

Langkah 2(5 minit)Latihan pemahaman1. Guru mengedarkan soalan pemahaman kepada setiap kumpulan.2. Jawap 20 soalan dalam tempoh masa yang ditetapkan.1. Menguji kefahaman pelajar secara berkumpulan.2. Ujian kefahaman dilakukan sebelum memulakan projek.

Langkah 3(20minit)Sesi perbincangan 1. Guru meminta pelajar duduk secara berkumpulan.2. Setiap kumpulan perlu mencari 50 peribahasa Melayu beserta makna dan contoh ayat berdasarkan jenis peribahasa yang mereka pilih.3. Setiap kumpulan diberi kebebasan memilih alat bantu mengajar.4. Ketua kumpulan mengagihkan tugasan kepada ahli-ahli.5. Setiap ahli mencari 10 peribahasa yang berlainan.6. Ahli kumpulan akan menggabungkan hasil dapatan mereka.

1. Menghubungkaitkan2. Menjana idea3. Berbincang, inkueri penemuan4. Penggunaan internet, notebook, Kamus peribahasa.5. Interpersonal6. Keberanian berhadapan dengan orang ramai.

Langkah 4(15 minit)Pembentangan, penyelarasan dan pemurnian projek

1. Setiap kumpulan akan membentangkan hasil di hadapan kelas.2. Guru akan menyemak jawapan pelajar.3. Guru membetulkan ayat murid yang salah. 4. Guru akan menegur kesilapan yang dilakukan agar pelajar dapat membuat penambahbaikan terhadap projek yang mereka lakukan.5. Guru menyoal murid tentang perkara yang dipelajari.

Penutup(5 minit)Penangguhan pelaksanaan projek1. Projek akan bersambung pada minggu hadapan

SET INDUKSIGuru memberikan tugasa mengikut kurikulum iaitu menggunakan kurikulum Bahasa Melayu. Seterusnya, guru memberi gambaran mengenai tajuk pengajaran iaitu menguji kefahaman pelajar terhadap pengajaran dan pembelajaran Peribahasa Melayu. Tugasan yang diberikan oleh guru ini mengambil kira keupayaan dan kemampuan pelajar yang terlibat, dimana objektif dan aktiviti kerja projek harus ditentukan berdasarkan kecenderungan dan kemahiran murid-murid di dalam kelas. Guru haruslah melaksanakan projek ini, setelah mereka selesai mengajar dan yakin pelajar faham apa yang mereka pelajari. Ketika ini, guru akan mengimbas kembali sesi pengajaran peribahasa Melayu yang pernah dibuat di dalam kelas. Guru menerangkan apakah maksud peribahasa Melayu, menyenaraikan jenis-jenis peribahasa Melayu, serta menerangkan tajuk tugasan secara terperinci. Guru turut menetapkan tarikh serahan projek iaitu 3 minggu setelah projek bermula.LANGKAH 1 (Membahagikan Pelajar Kepada Beberapa Kumpulan)Guru membahagikan para pelajar kepada empat kumpulan. Setiap kumpulan ini terdiri daripada lima orang ahli. Guru mengarahkan setiap kumpulan melantik ketua kumpulan masing-masing. Ketua kumpulan ini akan bertanggungjawab membahagikan tugasan kepada ahli kumpulan yang lain agar semua ahli kumpulan terlibat dalam projek yang dilaksanakan. Setelah selesai, setiap kumpulan akan diberikan tugasan yang sama iaitu mencari 50 jenis peribahasa melayu beserta maksud dan bina satu contoh ayat yang sesuai bagi setiap peribahasa untuk menunjukkan bahawa pelajar faham akan maksud dan penggunaannya. Tema projek untuk setiap kumpulan adalah sama iaitu peribahasa Melayu, namun tajuk projek setiap kumpulan adalah berbeza. Kumpulan 1 perlu mencari 50 peribahasa tentang Ayam beserta maksud dan contoh ayat. Kumpulan 2 perlu mencari 50 peribahasa tentang Hati beserta maksud dan contoh ayat. Kumpulan 3 perlu mencari 50 peribahasa tentang kaki beserta maksud dan contoh ayat. Kumpulan 4 perlu mencari 50 peribahasa tentang anak beserta maksud dan contoh ayat. Setiap ahli kumpulan perlu bekerjasama dalam menyiapkan projek ini.

Rajah 2: Contoh pelajar menjalankan projek mengikut kumpulanLANGKAH 2 ( Latihan Pemahaman)Sebelum menjalankan projek ini, guru perlu menguji kefahaman para pelajar terhadap pengajaran peribahasa melayu. Ujian kefahaman dilakukan berdasarkan latihan pemahaman yang diberikan. Hal ini bertujuan untuk memastikan para pelajar mahir dan mampu menguasai ilmu peribahasa Melayu agar mereka berjaya melaksanakan projek yang diberikan. Contoh latihan pemahaman adalah seperti di bawah. LATIHAN PEMAHAMAN

Bulatkan jawapan yang betul berdasarkan soalan yang diberi. Para pelajar dikehendaki memilih peribahasa yang sesuai berdasarkan konteks dan situasi yang terdapat di dalam ayat.

1. Budak yang ....................... itu tidak mengambil masa yanglama untuk memahami pelajaranyang sedangdiajar.

A. terang hatiB. sampai hatiC. cekal hatiD. ada hati

2. Norshahrul merupakan ............... pasukan Kelantan. Tidak hairanlah segala kemahuannyadituruti.

A. Ayam tambatanB. Buah hatiC. ringan tulangD. tulang empat kerat3. Mat Deris begitu ................ menanam pokok buah-buahan di sawah yangtelah lama terbiar.A. ada hatiB. cekal hatiC. kecil hatiD. rendah hati

4. Sejak peristiwa itu PuanSalwa .............. untuk membenarkananaknya menyertai perlawananbola sepak.

A. jauh hatiB. kecil hatiC. berat hatiD. patah hati

5. Kawan-kawan sekelian, kita mestilah .............. dengan kejayaan merekakalau mereka bolehmengapa kita tak boleh.

A. ambil hatiB. iri hatiC. cekal hatiD. besar hati

6. Puan Eda baharu pulang dari Jepun. Mari kita pergi jumpa dia. Kalau nasib kita baik kita akan dapat..............A. bekas tanganB. tanda mataC. buah hatiD. mengadu nasib

7. Sahabat yang baik tidakpatut ................ kawan di hadapanrakan-rakan yang lain.A. membuka tembelangB. membuka langkahC. membuka mulutD. membuka kaki

8. Kakinya luka terpijak paku keranatabiatnya yang gemar .................. apabila rayau di belakang rumah.

A. berkaki ayamB. berkaki bangkuC. berkaki botolD. berkaki bola9. Walaupun Puan Rogayah .................... , namun dia sangatdisayangi oleh anak-anak Encik Zalikerana tingkahlakunya yang baik.

A. ibu angkatB. anak emasC. buah hatiD. ibu tiri

10. Sejak tamat sekolah, kerjanya cuma ................... di rumah. Dia sedikitpun tidak mahu berusahamencari kerja.A. makan anginB. memilih buluC. makan tidurD. bermain mata

11. Walaupun badannya kecil tetapidia berlari lajumacam ................. .A. rusa masuk kampungB. beruang dalam belukarC. kuda belangD. lipas kudung

12. Jika kita pertama kali keKuala Lumpur kita akan tercengang-cengangseperti .............

A. rusa masuk kampungB. burung dalam sangkarC. ayam kehilangan anakD. anjing menyalak bukit

13. Pasukan Bolasepak Kedah tidak puas hati dengan keputusan pengadil itu. Mereka mendakwa pengadil itu............... .A. berat perutB. berat badanC. berat mataD. berat sebelah

14. Kawasan sekolah itu semak-samun kerana pekerjanyasuka ................ A. curi hatiB. curi tulangC. curi ayamD. curi kerja

15. " .................... apabila saya mengajar !"kata Cikgu Amid dengan keras.A. Dengar telingaB. Dengan lihatC. Pasang telingaD. Pasang mata

16. Walaupun badannya kecil tetapidia berlari lajumacam ................. .A. rusa masuk kampungB. beruang dalam belukarC. kuda belangD. lipas kudung

17. Jika kita pertama kali keKuala Lumpur kita akan tercengang-cengangseperti ............A. rusa masuk kampungB. burung dalam sangkarC. ayam kehilangan anakD. anjing menyalak bukit

18. Kawasan sekolah itu semak-samun kerana pekerjanyasuka ........ .A. curi hatiB. curi tulangC. curi ayamD. curi kerja

19. Kakak jiran di sebelah rumah saya pemurah orangnya tetapi dia suka menceritakan hal oranglain.A. buah mulutB. murah mulutC. mulut besarD. bawa mulut

20. Fatimah bergaduh denganChua adalah disebabkanTijah menjadi ................... nya.

A. hati batuB. kepala batuC. batu kerasD. batu api

LANGKAH 3 ( Sesi perbincangan)Guru mengarahkan pelajar untuk untuk duduk secara berkumpulan, berdasarkan kumpulan yang telah ditetapkan. Hal ini bertujuan untuk membincangkan tajuk tugasan yang diperolehi oleh mereka secara berkumpulan. Di dalam sesi perbincangan setiap kumpulan perlu mencari 50 peribahasa Melayu beserta makna dan contoh ayat berdasarkan jenis peribahasa yang mereka pilih. Setiap kumpulan ini diberi kebebasan untuk memilih alat bantu mengajar. Antara alat bantu mengajar yang digunakan oleh para pelajar ialah penggunaan internet, notebook, dan kamus peribahasa. Setiap ketua kumpulan akan mengagihkan tugasan kepada ahli-ahli kumpulan, dimana setiap ahli perlu mencari 10 peribahasa yang berlainan. Melalui aktiviti perbincangan ia akan mampu menjana idea yang bernas daripada ahli-ahli kumpulan selain mampu melaksanakan tugasan dengan lebih cepat dan menjimatkan masa. Guru perlu memberi bimbingan dan pemantauan sepanjang tempoh projek iaitu ketika setiap kumpulan melakukan perbincangan mereka di dalam kelas. Guru memantau peranan setiap ahli kumpulan yang terlibat agar semua ahli kumpulan dapat melibatkan diri dalam perbincangan ini. Setelah selesai sesi perbincangan, setiap ahli kumpulan akan menggabungkan hasil dapatan yang mereka peroleh. Selepas itu pelajar diarahkan untuk menyenaraikan contoh peribahasa beserta maksud dan contoh ayat yang sesuai di atas kertas mahjong.

Sesi perbincangan adalah satu aktiviti yang memberi peluang kepada pelajar untuk mengambil bahagian secara langsung dalam aktiviti pembelajaran. Sesi perbincangan yang dirancang dengan rapi akan mengembangkan pemikiran yang kreatif dan kritis di kalangan pelajar. Aktiviti seperti ini akan menghasilkan pelajar yang mahir berkomunikasi dan yakin dalam menyampaikan buah fikirannya kepada orang lain. Perbincangan juga menolong pelajar memahami sesuatu perkara dengan lebih jelas dan membantu guru mengesan sejauh mana kefahaman mereka. Untuk mengambil bahagian mereka terpaksa membaca dan berfikir tentang topik yang akan dibincangkan dan menyampaikan apa yang difahaminya. Contoh hasil perbincangan setiap kumpulan adalah seperti berikut.

PERIBAHASA MELAYU.

Cari Maksud Peribahasa dan Bina Ayat Menggunakan Peribahasa Tersebut.

ARAHAN:1.Bahagikan pelajar kepada 4 kumpulan dengan cara membilang nombor 1- 4 berturutan.2.Setiapkumpulanmelantikseorangketua.3.Ketua kumpulanmencabutundi bagimendapatkan tugasankumpulan.4.Setiap kumpulanmenyiapkan tugasanselama20minit.5.Ketuakumpulanmembentangkanhasildapatan6. Setiap kumpulan menghasilkan buku skrap pada minggu yang seterusnya.

TUGASAN KUMPULAN:Kumpulan 1Kumpulan anda dikehendaki mencari 50 peribahasa berkenaan ayam beserta makna dan contoh ayat berdasarkan bahan yang disediakan iaitu kertas mahjong, marker pen, buku skrap, kertas warna, pensel, gam, gunting, kertas A4 dan Pensel warna.

Peribahasa Tentang Ayam1. Buta Ayam = Rabun AyamMaksud: Mata yang rabun menjelang senja.Contoh Ayat: Dia tidak boleh memandu kereta pada waktu senja kerana dia buta ayam.

2. Hangat-Hangat Tahi AyamMaksud: Minat atau usaha yang tidak berpanjangan.Contoh Ayat: Kalau berniaga atau mengusahakan apa jua biarlah bersungguh-sungguh jangan hangat-hangat tahi ayam.

3. Ibu AyamMaksud: Perempuan yang memperdagangkan pelacur.Contoh Ayat: Menjadi ibu ayam adalah pekerjaan yang dikutuk oleh Allah.

4. Kaki Ayam = Berkaki AyamMaksud: Tidak memakai kasut.Contoh Ayat: Hafeezat terpaksa berkaki ayam ketika pulang dari masjid kerana kasutnya telah hilang

5. Ajak-Ajak ayamMaksud: Mempelawa secara tidak bersungguh-sungguh.Contoh Ayat: Mujur dia tidak mahu mengikut saya kerana saya hanya ajak-ajak ayam.

6. Ayam Tambatan:Maksud: Orang yang banyak pengalaman dan menjadi harapan (biasanya dalam pasukan permainan).Contoh Ayat: Abdullah menjadi ayam tambatan pasukan bola sepak negeri Johor kerana kehandalannya menjaringkan gol.

7. Ayam JalakMaksud: Orang yang berani.Contoh Ayat: Sudin digelar ayam jalak Kampung Pegaga kerana telah berjaya menangkap buaya yang telah membaham dua orang penduduk kampung tersebut.

8. Musang berbulu ayamMaksud: Orang jahat menyamar sebagai orang baik-baikContoh: Ali umpama musang berbulu ayam, siang dia membantu ibunya di kedai, waktu malam pula dia mencuri.

9. Ayam tidur senang di dalam reban, musang yang susah beredar sekelilingMaksud: tidak senang melihat kebahagiaan orang lainContoh ayat: oleh kerana hajatnya untuk mengahwini gadia idamannya itu tidak tercapai, maka pemuda itu telah beriktiar sedaya upayanya untuk merosakkan pasangan suami isteri itu dengan menggunakan bomoh-bomoh. Tindakannya ini sama seperti ayat ayam tidur senang di dalam reban musang yang susah beredar sekeliling.

10. Ayam beroga itu jika di pinggan emas sekalipun diberi makan, ke hutan juga perginya.Maksud: orang dagang itu, bagaimana senang di negeri orang, ingat juga akan negerinya sendiriContoh ayat: abu bakar seorang ahli perniagaan yang Berjaya di brunei, tetapi dia umpama Ayam beroga itu jika di pinggan emas sekalipun diberi makan, ke hutan juga perginya..

Kumpulan 2Kumpulan anda dikehendaki mencari 50 peribahasa berkenaan kaki beserta makna dan contoh ayat berdasarkan bahan yang disediakan iaitu kertas mahjong, marker pen, buku skrap, kertas warna, pensel, gam, gunting, kertas A4 dan Pensel warna.Peribahasa Tentang Kaki1. Kaki ArakMaksud: Orang yang suka minum arak.Contoh Ayat: Sejak Ah Cheong menjadi kaki arak, semua wangnya digunakan untuk membeli arak.

2. Jalan KakiMaksud: Berjalan tanpa kenderaan.Contoh Ayat: Latif berjalan kaki ke sekolah setiap pagi kerana jarak sekolah dari rumahnya tidak jauh.

3. Kaki BangkuMaksud: Tidak pandai bermain bola.Contoh Ayat: Ilham kaki bangku kerana dia tidak pernah bermain bola sepak.

4. Kaki BuliMaksud: Orang yang suka menyakiti dan menganiaya orang yang lemah.Contoh Ayat: Zainal sering diganggu oleh kumpulan kaki buli di sekolahnya yang diketuai oleh Hamzah.

5. Kaki GaduhMaksud: Orang yang suka bergaduh.Contoh Ayat: Ikram seorang kaki gaduh dan sering menimbulkan masalah di kampungnya.

6. Kaki GunungMaksud: Di bahagian permulaan gunung.Contoh Ayat: Saya dan rakan-rakan berkhemah di kaki gunung sebelum memulakan pendakian ke puncak.

7. Kaki JudiMaksud: Orang yang suka bermain judi.Contoh Ayat: Arman seorang kaki judi dan telah banyak menghabiskan harta ayahnya di meja judi.

8. Kaki LangitMaksud: Langit di bahagian bawah.Contoh Ayat: Pemandangan yang indah di kaki langit dapat dilihat pada waktu senja.

9. Kaki RambuMaksud: Orang yang suka merayau.Contoh Ayat: Sejak dipukul orang kampung kerana disangkakan pencuri ketika sedang merayau, Faisal tidak lagi menjadi kaki rambu.

10. Kaki UmpatMaksud: Orang yang suka mengumpat orang.Contoh Ayat: Jauhi tabiat menjadi kaki umpat yang hanya menceritakan keburukan orang sahaja.

Kumpulan 3Kumpulan anda dikehendaki mencari 50 peribahasa berkenaan anak beserta makna dan contoh ayat berdasarkan bahan yang disediakan iaitu kertas mah-jong, marker pen, buku skrap, kertas warna, pensel, gam, gunting, kertas A4 dan Pensel warna.Peribahasa Tentang Anak1. Anak AirMaksud: Sungai kecil.Contoh Ayat: Di dalam kebun ayah saya ada sebatang anak air yang digunakan untuk mengairi tanaman.

2. Anak BajuMaksud: Baju dalam.Contoh Ayat: Ibu sering menasihati saya supaya sentiasa memakai anak baju.

3. Anak BuahMaksud: a)Anak saudara. b) Pekerja di bawah jagaan kita.Contoh Ayat: a) Halim memikul tanggungjawab menjaga anak buahnya semasa kakaknya pergi menunaikan haji ke Makkah.Contoh Ayat: b) Kerja-kerja itu telah disiapkan oleh anak buah saya siang tadi.

4. Anak EmasMaksud: Orang yang sangat disayangi.Contoh Ayat: Encik Karupan menjadi anak emas syarikat itu kerana kejujuran dan kesetiaannya

5. Anak GaharaMaksud: Anak raja yang berbondakan keturunan bangsawan.Contoh Ayat: Tengku Ahmad ialah anak gahara Sultan Sulaiman dengan Tengku Puteri Halijah.

6. Anak HaramMaksud: Anak yang lahir di luar perkahwinan yang sah dari segi hukum agama.Contoh Ayat: Nadia melahirkan anak haram hasil hubungan sulitnya dengan Karim.

7. Anak JantanMaksud: Lelaki yang berani.Contoh Ayat: Anwar memang anak jantan kerana sanggup berjuang menegakkan kebenaran demi maruah keluarganya.

8. Anak KandungMaksud: Anak sendiri.Contoh Ayat: Zainab merupakan anak kandung Pak Ali dengan isteri pertamanya.

9. Anak TunggalMaksud: Anak yang tidak mempunyai adik beradik lain.Contoh Ayat: Esah merupakan anak tunggal dan menjadi kesayangan ibu bapanya.

10. Anak PiatuMaksud: Anak yang telah kematian ayah dan ibu.Contoh Ayat: Setelah menjadi anak piatu Husin terpaksa tinggal di Asrama Bakti.

LANGKAH 4 (Pembentangan, penyelarasan dan pemurnian projek)

Setelah semua kumpulan selesai membincangkan tugasan mereka, wakil setiap kumpulan akan membentangkan hasil kerja mereka di hadapan kelas. Guru akan menyemak jawapan setiap kumpulan, jika terdapat kesalah maksud atau ayat, guru akan membetulkan kesalahan tersebut. Guru akan menegur kesilapan yang dilakukan agar pelajar dapat membuat penambahbaikan terhadap projek yang mereka lakukan.Setelah selesai pembentangan, guru akan mengadakan sesi soal jawap dan guru menyoal pelajar tentang perkara yang dipelajari.Melalui Aktiviti pembentangan, guru boleh memupuk semangat keberanian dan menyemai semangat kepimpinan dalam kalangan pelajar. Berdasarkan langkah 3 dan 4, secara tidak langsung, guru telah berjaya menggabungjalinkan tiga kemahiran, iaitu kemahiran lisan (berbincang sesama pelajar, bersoal jawab dengan guru, pembentangan), kemahiran membaca (membaca dan menganalisis peribahasa dan pembentangan), kemahiran menulis (menyenaraikan contoh peribahasa beserta makna dan contoh ayat), menerapkan nilai-nilai murni seperti bekerjasama, bertanggungjawab dalam tugas masing-masing, keberanian, mampu menerima pendapat orang lain dan sebagainya.PENUTUPGuru megarahkan para pelajar menangguhkan pelaksanaan projek kerana masa kelas telah tamat. Projek akan bersambung pada minggu hadapan. Guru meminta setiap ahli kumpulan membawa bahan dan alatan yang diperlukan untuk membuat buku skrap.

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Tarikh : 16 April 2012 (Isnin)Masa : 10.30- 11.30 amTempoh : 60 MinitTingkatan : 1 CekapSekolah : Sek.Men.Keb Seri Medan Batu Pahat JohorBil.Murid :20 OrangMatapelajaran : Bahasa MelayuTajuk : Projek Buku SkrapTema: Peribahasa MelayuObjektif: : Pada akhir pelajaran, pelajar akan dapat :1. Pelajar dapat mengenal pasti jenis-jenis peribahasa Melayu. 2. Pelajar mengetahui maksud peribahasa yang dipelajari.3. Pelajar mampu mengaplikasikan peribahasa dalam kehidupan seharian.4. Pelajar mampu mencari 50 peribahasa Melayu beserta maksud dan membina satu contoh ayat yang sesuai bagi setiap peribahasa yang dinyatakan.5. Pelajar mengamalkan sikap bekerjasama dalam kumpulan untuk menghasilkan projek yang diberikan.6. Projek buku skrap ini, mampu menjadikan pelajar lebih bersifat kreatif dan inovatif dalam melaksanakan sesuatu tugasan.Nilai- nilai murni: 1. Bekerjasama dalam kumpulan.2. Hormat- menghormati3. Mengikut segala arahan yang diberikan oleh guru dan ketua kumpulan.Aktiviti/ Isi Pengajaran : 1. Mengumpulkan data atau maklumat yang diperoleh2. Perlaksanaan buku skrap3. Penilaian oleh guruKemahiran Bernilai Tambah (KBT)Kemahiran Berfikir Menghubungkaitkan, mencirikan, mengimbas kembali menilai, penjanaan idea, penggabungjalinan dan teknik perbincanganKecerdasan Pelbagai Interpersonal, Intrapersonal, verbal-linguistik, soft skill.Pengetahuan Sedia Ada Murid sudah mengetahui tentang peribahasa yang dipelajari di dalam kelas.Bahan Bantu Mengajar : Komputer, sambungan Internet, Kamus Peribahasa Melayu dan buku teks.

Refleksi : 1. Pelajar menulis 50 Peribahasa Melayu beserta maksud dan contoh ayat di dalam buku skrap. 2. Memperlihatkan semangat bekerjasama diantara ahli kumpulan dalam menyiapkan buku skrap. 3. Dapat memupuk kreativiti dan inovatif para pelajar.4. Menghasilkan buku skrap mengikut terma-terma yang telah ditetapkan.

RANCANGAN PENGAJARAN HARIANLANGKAHISI PENGAJARANKAEDAH PENGAJARAN &PEMBELAJARANCATATAN

Set induksi(10 minit)Gambaran mengenai projek yang akan dilakukan1. Guru menerangkan cara pelaksanaan projek 2. guru menyediakan (atau menyuruh murid-murid menyediakan) bahan-bahan dan alat-alat yang diperlukan3. Guru meminta para pelajar mengeluarkan semua bahan-bahan yang akan digunakan.1. Teknik mengimbas kembali .2. Menghubungkaitkan3. Mendengar aktif

Langkah 1(5 minit)Membahagikan pelajar mengikut kumpulan masing-masing1. Pelajar duduk secara berkumpulan. Kumpulan 1 peribahasa tentang Ayam Kumpulan 2 Peribahasa tentang Hati Kumpulan 3 Peribahasa tentang Kaki Kumpulan 4 Peribahasa tentang Anak2. Mendengar aktif

Langkah 2(40minit)Menghasilkan buku skrap1. Dapatan kajian yang diperoleh berdasarkan pembentangan pada minggu lepas dikumpulkan. 2. buku skraf dihasilkan mengikut kreativiti setiap ahli kumpulan.3. Setiap ahli kumpulan perlu bekerjasama dalam menyiapkan projek ini.4. Buku skrap yang telah siap akan diserahkan kepada guru.1. Pelajar mengumpulkan dapatan maklumat2. PelajarmenyediakanBuku skrap yang lengkap berasaskan topik

Penutup(5 minit)Guru membuat penilaian terhadap projek yang dihasilkan1.Guru akan memberikan markah berdasarkan ketepatan maksud peribahasa dan contoh ayat, kekemasan, dan daya kreativiti pelajar dalam menghasilkan buku skrap2. Guru menyimpulkan Pelajaran.3.Guru memberi pujian dan dorongan kepada murid supaya berusaha membaiki kelemahan diri.4.Buku skrap yang cantik dan kreatif akan di pamerkan di dalam kelas.

1. Guru akan membuatpenilai terhadap hasil pembentangan pelajar dan hasil projek buku skrap yang dihasilkan oleh setiap kumpulan

SET INDUKSIGambaran mengenai projek yang akan dilakukan. Guru menerangkan cara pelaksanaan projek, iaitu projek buku skrap. guru menyediakan (atau menyuruh murid-murid menyediakan) bahan-bahan dan alat-alat yang diperlukan dan meminta para pelajar mengeluarkan semua bahan-bahan yang akan digunakan.LANGKAH 1 Membahagikan pelajar mengikut kumpulan masing-masing. Pelajar duduk secara berkumpulan. Kumpulan 1 peribahasa tentang Ayam Kumpulan 2 Peribahasa tentang Hati Kumpulan 3 Peribahasa tentang Kaki Kumpulan 4 Peribahasa tentang AnakLANGKAH 2Menghasilkan buku skrap. Dapatan kajian yang diperoleh berdasarkan pembentangan pada minggu lepas dikumpulkan oleh setiap ahli kumpulan. buku skrap akan dihasilkan mengikut kreativiti setiap kumpulan. buku skrap yang dihasilkan perlulah mengikut terma dan tajuk yang telah diberikan. Setiap ahli kumpulan wajib melibatkan diri dan bekerjasama dalam menyiapkan buku skrap ini. Guru berperanan sebagai pemerhati dan member penilaian berdasarkan kerja sepasukan setiap kumpulan. buku skrap yang telah siap dihasilkan akan diserahkan kepada guru mengikut tempoh masa yang telah ditetapkan.

LANGKAH 3 ( penilaian terhadap projek yang dihasilkan)Guru akan membuat penilaian terhadap buku skrap yang telah dihasilkan oleh setiap kumpulan. Guru akan memberikan markah berdasarkan ketepatan maksud peribahasa dan contoh ayat, kekemasan, dan daya kreativiti pelajar dalam menghasilkan buku skrap.

Penilaian projekini dapat mengukur proses meta-kognitif dan sikap pelajar dan memperoleh skor yang diberi berdasarkan kriteria spesifik. Selain daripada itu juga dapat membantu pelajarmengesan bidang-bidang kelebihannya danmenggunakan kelebihan ini sebaik mungkin. Antarajenis-jenis penilaianprojek pula ialahlatihan dan soalan open-ended untuk pelajar meneroka secara lisan atau bertulis (main peranan). Selain daripada ituExtended tasks assignment iaitu menulis puisi, melaksana dan menerangkan keputusan ujikaji, membina model. Selain daripada apa yang dinyatakan Portfolio juga merupakan salah satu jenis penilaian yang membawa maksudkoleksi tugasan berdasarkan prestasi dan akhir sekali tugasan prestasi sebagai contoh drama, lakonan, persembahan, poster atau model. Guru menyimpulkan pelajaran. Diakhir pembelajaran, guru memberi pujian dan dorongan kepada murid supaya berusaha membaiki kelemahan diri. Buku skrap yang cantik dan kreatif akan di pamerkan di dalam kelas.

PEMARKAHAN PROJEKPembelajaran berasaskan projek buku Skrap ini menyumbangkan kepada 100% markah. Pembahagian markah adalah seperti berikut:(a) BukuSkrap1. Isi kandungan buku skrap40% Peribahasa yang menepati tajuk setiap kumpulan Ketepatan maksud Contoh ayat 2. Hiasan dan dekorasi buku skrap10%(b) Pembentangan25%(c) Latihan pemahaman10%(d) Penglibatan Pelajar15% Kerjasama dalam kumpulan Keterlibatan dalam perlaksanaan projekPENILAIAN PROJEKMenurut Wiggins (1989), Penilaian merupakan aktiviti-aktiviti yang memerlukan murid mengaplikasi atau membuat tunjuk ajar cara pengetahuan dalam situasi sebenar. Ciri-ciri penilaian projek ialah:

Projek/ tugasan mempunyai pelbagai reka bentuk (lisan, visual, kinestetik) Berbentuk jangka panjang Menunjukkan peranan sebenar dalam situasi sebenar Pelajar dibenarkan untuk membina penyelesaian alternatif apabila tidak mendapat jawapan yang benar. Pelajar dikehendaki melibatkan diri secara aktif iaitu membuat projek didalam kumpulan secara koperatif. Pelajar dapat menjalankan tugas secara individu atau berpasukan Sintesis pengetahuan yang dikumpul dan menilai pembelajaran.

Penilaian terhadap pelajar dibuat berdasarkan: Kreativiti kemahiran merancang integrasi pengetahuan kebolehan membuat tugasan bersama orang lain pelajar menunjukkan kebolehan mengkaji / membentuk sesuatu melaksana dan menghasilkan sesuatu pelajar mengamalkan kemahiran berfikir dan menyelesaikan masalah. aktiviti yang bermakna

Dengan itu, penilaian projek ini dapat:

mengukur proses metakognitif dan sikap pelajar memperoleh skor yang diberi berdasarkan kritirea spesifik membantu pelajar mengesan bidang kelebihan dan menggunakannyasebaik mungkin.

Antara jenis penilaian yang boleh digunakan oleh guru di dalam pengajaran berasaskan projek ialah ialah melalui kaedah pemerhatian, latihan harian, penilaian berasaskan projek, bersoaljawab secara lisan, dan juga penilaian melalui portfolio.Penilaian Melalui PortfolioPortfolio ialah satu cara mengumpul koleksi pelajar yang menunjukkan usaha pelajar, kemajuan dan prestasi dalam satu atau beberapa bidang. Portfolio ini terdiri dari bahan-bahan yang menunjukkan kemajuan pelajar terhadap, pencapaian matlamat pembelajaran untuk satu jangka masa (Ryan & Kuhs, 1993). Juga, merupakan satu sistem pelbagai dimensi yang memberi gambaran lengkap tentang kebolehan dan perkembangan pelajar (Harlin, 1992).

Oleh yang demikian, menerusi tema peribahasa Melayu, projek buku skrab yang dihsilkan oleh para pelajar inilah yang membantu guru, menilai dan menyemak sejauh mana pemahaman, penguasaan dan penglibatan mereka dalam melaksanakan aktiviti dan tugasan yang diberikan.Kaedah PemerhatianMenurut Kerlinger (1973), terdapat beberapa kategori pemerhatian iaitu kategori tingkah laku, unit tingkah laku, paras tafsiran pemerhati, generalisasi dan penggunaan serta pensampelan tingkah laku. Kategori-kategori tersebut memperincikan ciri-ciri tingkah laku yang perlu diperhati dan direkodkan. Oleh itu, dalam pendidikan kaedah pemerhatian merupakan salah satu cara untuk menilai murid-murid. Pada kebiasaannya ia dilakukan dalam bilik darjah ketika murid sedang menjalani aktiviti pembelajaran. Semasa membuat pemerhatian, para guru harus fokus kepada perubahan tingkah laku yang selaras dengan objektif pengajaran dan pembelajaran yang hendak dicapai pada hari itu. Pemerhatian guru harus meluas tanpa dibatasi oleh sosiobudaya, ruang, masa, agama ataupun tempat. Guru juga perlu mengumpul segala maklumat dan data-data ketika menilai murid-murid. Guru boleh menggunakan senarai semak atau borang penilaian yang mengandungi ciri-ciri perubahan tingkah laku ingin dinilai.

Pemerhatian boleh dilakukan melalui cara bersoal jawab secara lisan, penglibatan murid, menunjuk cara, memerhati perlakuan dan tindakan murid. Contohnya, dalam pelaksanaan pembelajaran berasaskan projek buku skrap, guru boleh melakukan pemerhatian ketika murid-murid sedang menjalankan aktiviti pembentangan, guru dapat melihat sama ada murid faham atau tidak apa yang mereka bentangkanan. Selain itu, guru boleh bersoaljawab secara lisan untuk menilai kefahaman mereka terhadap peribahasa-peribahasa yang dibentangkan oleh kumpulan lain. Contoh borang penilaian adalah seperti dibawah.Nama kumpulanPenglibatan pelajar dalam kelas10%Latihan pemahaman10%Pembentangan20%Penghasilan buku skrap50%

Kumpulan 1

Kumpulan 2

Kumpulan 3

Kumpulan 4

Markah : ........................................Nama dan tandatangan guru: Tarikh:.....................................................................................................................................................................

Rajah 3: Contoh Borang Penilaian secara kumpulan pembelajaran Berasaskan ProjekCONTOH SOALAN PEMBELAJARAN BERASASKAN PROJEKKumpulan 4Kumpulan anda dikehendaki mencari 50 peribahasa berkenaan hati beserta makna dan contoh ayat berdasarkan bahan yang disediakan iaitu kertas mah-jong, marker pen, buku skrap, kertas warna, pensel, gam, gunting, kertas A4 dan Pensel warna.PERIBAHASA TENTANG HATIBina ayat berdasarkan peribahasa tersebut. 1. Peribahasa:__________________________Maksud: ___________________________________.Contoh Ayat: _______________________________________________________________________________________________________________2. Peribahasa:__________________________Maksud: ___________________________________.Contoh Ayat: _______________________________________________________________________________________________________________

3. Peribahasa:__________________________Maksud: ___________________________________.Contoh Ayat: _______________________________________________________________________________________________________________

4. Peribahasa:__________________________Maksud: ___________________________________.Contoh Ayat: _______________________________________________________________________________________________________________

5. Peribahasa:__________________________Maksud: ___________________________________.Contoh Ayat: _______________________________________________________________________________________________________________

6. Peribahasa:__________________________Maksud: ___________________________________.Contoh Ayat: _______________________________________________________________________________________________________________

7. Peribahasa:__________________________Maksud: ___________________________________.Contoh Ayat: _______________________________________________________________________________________________________________

8. Peribahasa:__________________________Maksud: ___________________________________.Contoh Ayat: _______________________________________________________________________________________________________________

9. Peribahasa:__________________________Maksud: ___________________________________.Contoh Ayat: _______________________________________________________________________________________________________________

10. Peribahasa:__________________________Maksud: ___________________________________.Contoh Ayat: _______________________________________________________________________________________________________________

HASIL PROJEK PELAJAR

RA

RAJAH:

KESIMPULANKaedah pengajaran berasaskan projek merupakan strategi pembelajaran berpusatkan pelajar yang melibatkan pelajar menerbitkan atau membangunkan produk dan mempersembahkannya kepada pelajar lain, guru dan pihak lain. Melalui kaedah ini, pelajar akan berpeluang merasai sendiri pengalaman pembelajaran dengan melakukan sendiri aktiviti-aktiviti pembelajaran. Kaedah ini berkait rapat dengan kaedah lain seperti kaedah permainan, kerja praktikal, penyelesaian masalah dan luar kelas. Melalui kaedah ini, guru berupaya menimbulkan minat di kalangan pelajar bagi melaksanakan sendiri beberapa aktiviti dalam bentuk dan situasi yang sebenar. Kaedah ini boleh dilakukan , sama ada secara berseorangan ataupun berkumpulan. Tujuan menggunakan kaedah projek dalam pengajaran dan pembelajaran ialah untuk menarik minat pelajar, mengekalkan perhatian serta membangkitkan rasa ingin tahu pelajar supaya mencapai objektif pengajaran pembelajaran. Pemilihan kaedah mengajar perlulah berdasarkan kepada umur, kecerdasan, kebolehan dan minat pelajar. Strategi bermakna kebijaksanaan dalam menguruskan sesuatu perkara. Ianya merujuk kepada kebijaksanaan guru memilih pendekatan serta kecekapan merancang kaedah, teknik dalam satu-satu pengajaran berdasarkan objektif pelajaran yang ditentukan. Dalam sesuatu proses pengajaran, beberapa strategi pendekatan perlu di pertimbangkan. Melalui kajian ini, pengkaji telah menjalankan Projek Buku Skrap, dengan menggunakan tema Peribahasa Melayu. Antara strategi yang terdapat dalam perlaksanaan pengajaran berasaskan projek ini ialah: Memberi tugasan mengikut kurikulum. Guru menggunakan Kurikulum Bahasa Melayu dengan penekanan terhadap pengajaran dan pembelajaran peribahasa Melayu.

Tugasan perlu mengambil kira keupayaan dan kemampuan pelajar yang terlibat. Guru haruslah melaksanakan projek ini setelah mereka selesai mengajar dan yakin pelajar faham apa yang mereka pelajari. Projek hanya akan dijalankan setelah guru benar-benar yakin para pelajar mampu menguasai bidang peribahasa dengan baik. Pelajar akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Guru haruslah memastikan bilangan ahli kumpulan kecil iaitu tidak melebihi 5 orang ahli. Setiap kumpulan diberikan tajuk projek yang sama iaitu, menguji tahap kefahaman pelajar terhadap pengajaran peribahasa Melayu. Setiap kumpulan perlu mencari 50 peribahasa Melayu beserta maksud dan bina satu contoh ayat yang sesuai bagi setiap peribahasa untuk menunjukkan bahawa pelajar faham akan maksud dan penggunaannya.

Penilaian projek perlu mencerminkan daya usaha setiap pelajar dalam kumpulan. guru harus memastikan setiap ahli kumpulan perlu bekerjasama dalam menyiapkan projek ini. Setiap kumpulan perlu melantik seorang ketua kumpulan. Ketua kumpulan ini akan bertanggungjawab membahagikan tugasan kepada ahli kumpulan yang lain agar semua ahli kumpulan terlibat dalam projek yang dilaksanakan. Guru perlu memberi bimbingan dan pemantauan sepanjang tempoh projek. Guru haruslah memberi bimbingan ketika setiap kumpulan melakukan perbincangan mereka di dalam kelas. Seterusnya, guru memantau peranan setiap ahli kumpulan yang terlibat.

Penilaian haruslah dilaksanakan sepanjang tempoh projek. Guru juga berpeluang menilai pelajar dalam pelbagai aspek seperti kreativiti, kemahiran merancang, integrasi pengetahuan dan kebolehan membuat tugasan bersama orang lain. Guru haruslah membuat penilaian kepada setiap kumpulan berdasarkan beberapa aspek, iaitu semangat berpasukan, hasil dapatan kajian, pembentangan dan kreativiti buku skrap yang di hasilkan.

Hasil dapatan kajian di kumpulkan. Setiap kumpulan haruslah mengumpulkan hasil dapatan yang diperoleh oleh setiap ahli dikumpulkan.

Pembentangan, penyelarasan dan pemurnian projek. Pada tarikh yang ditetapkan, kesemua kumpulan perlu membentangkan hasil dapatan kajian mereka di hadapan guru dan rakan-rakan. Markah akan diambil oleh guru melalui pembentangan ini. Markah dinilai berdasarkan kerjasama dalam kumpulan dan hasil dapatan kajian yang diperoleh. Guru akan menegur kesilapan yang dilakukan agar pelajar dapat membuat penambahbaikan terhadap projek yang mereka lakukan.

Guru akan memberikan markah berdasarkan ketepatan maksud peribahasa dan contoh ayat, kekemasan, dan daya kreativiti pelajar dalam menghasilkan buku skrap. Penilaian projekini dapat mengukur proses meta-kognitif dan sikap pelajar dan memperoleh skor yang diberi berdasarkan kriteria spesifik. Selain daripada itu juga dapat membantu pelajarmengesan bidang-bidang kelebihannya danmenggunakan kelebihan ini sebaik mungkin. Antarajenis-jenis penilaianprojek pula ialahlatihan dan soalan open-ended untuk pelajar meneroka secara lisan atau bertulis (main peranan). Selain daripada ituExtended tasks assignment iaitu menulis puisi, melaksana dan menerangkan keputusan ujikaji, membina model. Selain daripada apa yang dinyatakan Portfolio juga merupakan salah satu jenis penilaian yang membawa maksudkoleksi tugasan berdasarkan prestasi dan akhir sekali tugasan prestasi sebagai contoh drama, lakonan, persembahan, poster atau model.

Penyerahan projek. Projek yang berjaya dihasilkan oelh setiap kumpulan akan diserahkan kepada guru dalam bentuk buku skrap mengikut tarikh yang telah ditetapkan. Buku skrap yang cantik dan kreatif akan di pamerkan di kelas.

Pemilihan strategi secara bijaksana mampu menjamin kelicinan serta keberkesanan penyampaian sesuatu subjek khususnya dalam pengajaran Bahasa Melayu. Perancangan untuk strategi berasaskan projek dalam pengajaran haruslah mengambil kira faktor-faktor yang ada supaya aktiviti pengajaran berjalan dengan lancar dan berkesan. Dalam konteks pengajaran berasaskan projek, ia lebih menekankan kepada pembelajaran berpusatkan pelajar. Keadaan ini mampu mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih menarik dan berkesan. Hasilnya, guru dan pelajar dapat mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran seperti yang diperlukan dan dapat melahirkan pelajar yang lebih bersikap berdikari dalam memperolehi sumber pengetahuan semasa proses pengajaran dijalankan.Kesimpulannya, modul ini membincangkan tentang objektif pengajaran berasaskan projek, menghuraikan latar belakang pendidikan di Malaysia serta latar belakang pembelajaran berasaskan projek. Konsep serta ciri-ciri pembelajaran berasaskan projek turut dijelaskan oleh pengkaji. Selain itu modul ini juga mengandungi kebaikan dan keburukan pengajaran berasaskan projek.Pengkaji turut menerangkan secara terperinci tentang strategi yang digunakan oleh guru dalam mengaplikasikan pengajaran berasaskan projek ini. Diharapkan modul ini dapat membantu guru-guru menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang lebih santai dan mampu diterima oleh para pelajar. Pembelajaran melalui kaedah ini bukan hanya berfokus kepada penghasilan produk tugasan, penyelesaian masalah atau laporan berteraskan projek yang dijalankan tetapi memberi tumpuan kepada pengetahuan dan kemahiran baharu yang dibina dan digunakan dalam menghasilkan tugasan projek. Hal ini demikian kerana, melalui pembelajaran berasaskan projek, murid-murid berpeluang merancang, mereka bentuk dan melaksanakan projek yang diberi serta membuat refleksi berkenaan proses yang dilakukan dan produk yang terhasil.

BIBLIOGRAFIAtan Long Ph.D (1980), Pedagogi Kaedah Am Mengajar,Kuala Lumpur: Fajar Bakti.Ibrahim Saad (1982), Isu Pendidikan Di Malaysia. Dewan Bahasa dan Pustaka.Sharifah Alwiyah Alsagof (1983),Ilmu Pendidikan: Pedagogi.Kuala Lumpur: Helnemann Asia.Dr Abu Bakar Nordin, (1986). Asas Penilaian Pendidikan. Henimann (Malaysia) Sdn BhdLeonard M.S Yong, Karen L (1996),Guru Yang Kreatif, Isu- Isu Teorikal & Aplikasi Praktikal,Kuala Lumpur: Arena Buku Sdn Bhd.Rashidi Azizan & Abdul Razak Habib (1995), Pengajaran dalam Bilik Darjah Kaedah Dan Strategi. Massa Enterprise.Mok, Soon Sang (1996). Pendidikan di Malaysia. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Ahmad Mohd Salleh (1997),Pendidikan Islam: Falsafah, Pedagogi dan Metodologi.Shah Alam: Fajar Bakti Sdn. Bhd. Ahmad Mohd Salleh (1997),Pendidikan Islam: Falsafah, Pedagogi dan Metodologi.Shah Alam: Fajar Bakti Sdn. Bhd. Hal 269Ee Ah Meng (2000),Pendidikan diMalaysia, Falsafah Pendidikan, Guru dan Sekolah(edisi kedua),Kuala Lumpur: Fajar Bakti. Hal 263. Sulaiman Ngah Razali (2001). Pedagogi Teori dan Praktikal. Dewan Bahasa dan PustakaAbd. Ghafar Md. Din(2003),Prinsip dan Amalan Pengajaran,Selangor, Utusan Publication & Distrib.Shahabuddin Hashim, Dr Rohizani Yaakub, Mohd Zohir Ahmad (2003), Pedagogi Strategi dan Teknik Mengajar Dengan Berkesan. PTS Publication.Mok Soon Sang (2008), Pedagogi untuk Pengajaran dan Pembelajaran. Selangor : Penerbitan MultimediaNoraini Idris & Shuki Osman (2009), Pengajaran dan Pembelajaran,Teori dan Praktis. Perpustakaan Negara MalaysiaKamus Dewan Edisi Keempat (2010), Dewan Bahasa Dan Pustakahttp://dukeamienerev.blogspot.comhttp://whatta.ipgmksm.edu.my/pdf/PROJEK.pdfhttp://peribahasamelayu.com/http://www.ipuisi.com/koleksi-peribahasa-melayu-simpulan-bahasa-dan-maksudhttp://saharuddin-abdullah.blogspot.com/2011/07/peribahasa-melayu-simpulan-bahasa-dan.htmlhttp://www.slideshare.net/aflah/pembelajaran-berasaskan-projek-1699550

LAMPIRAN

CONTOH PENGHASILAN BUKU SKRAP

CONTOH RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH)RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Tarikh : 9 April 2012 (Isnin)Masa : 10.30- 11.30 amTempoh : 60 MinitTingkatan : 1 CekapSekolah : Sek.Men.Keb Seri Medan Batu Pahat JohorBil.Murid :20 OrangMatapelajaran : Bahasa MelayuTajuk : Peribahasa MelayuTema: Menguji kefahaman pelajar terhadap pembelajaran Peribahasa MelayuObjektif: : Pada akhir pelajaran, pelajar akan dapat :7. Pelajar dapat mengenal pasti jenis-jenis peribahasa Melayu. 8. Pelajar mengetahui maksud peribahasa yang dipelajari.9. Pelajar mampu mengaplikasikan peribahasa dalam kehidupan seharian.10. Pelajar mampu mencari 50 peribahasa Melayu beserta maksud dan membina satu contoh ayat yang sesuai bagi setiap peribahasa yang dinyatakan.11. Pelajar mengamalkan sikap bekerjasama dalam kumpulan untuk menghasilkan projek yang diberikan.12. Projek buku skrap ini, mampu menjadikan pelajar lebih bersifat kreatif dan inovatif dalam melaksanakan sesuatu tugasan.Nilai- nilai murni: 4. Bekerjasama dalam kumpulan.5. Hormat- menghormati6. Mengikut segala arahan yang diberikan oleh guru dan ketua kumpulan.Aktiviti/ Isi Pengajaran : 4. Mencari peribahasa Melayu dan maksudnya. 5. Perbincangan maksud beserta contoh ayat.6. Pembentangan kumpulan.Kemahiran Bernilai Tambah (KBT) :Kemahiran Berfikir Menghubungkaitkan, mencirikan, mengimbas kembali, menilai, penjanaan idea, penggabungjalinan dan teknik perbincanganKecerdasan Pelbagai Interpersonal, Intrapersonal, Verbal-linguistik, soft skill.Pengetahuan Sedia Ada Murid sudah mengetahui tentang peribahasa yang dipelajari di dalam kelas.Bahan Bantu Mengajar :Komputer, sambungan Internet, Kamus Peribahasa Melayu dan buku teks.Refleksi : 4. Pelajar mencari 50 Peribahasa Melayu. 5. Pelajar dapat mengetahui maksud peribahasa serta mampu membina ayat berdasarkan peribahasa yang dinyatakan.6. Diharapkan pelajar dapat memperoleh sesuatu yang baru untuk meningkatkan pengetahuan mereka.

RANCANGAN PENGAJARAN HARIANLANGKAHISI PENGAJARANKAEDAH PENGAJARAN &PEMBELAJARANCATATAN

Set induksi(10 minit)Gambaran mengenai tajuk pengajaran iaitu projek menguji kefahaman pelajar terhadap peribahasa Melayu.4. Guru menerangkan maksud peribahasa melayu.5. Guru menyenaraikan jenis-jenis peribahasa melayu.6. Guru menerangkan tajuk tugasan secara terperinci.

4. Teknik mengimbas kembali .5. Menghubungkaitkan6. Mendengar aktif

Langkah 1(10 minit)Membahagikan pelajar kepada beberapa kumpulan4. Pelajar dibahagikan kepada 4 kumpulan5. Melantik ketua kumpulan6. Set