pembelajaran kemahiran membaca bahasa...

13
e-JURNAL PENYELIDIKAN DAN INOVASI rmc.kuis.edu.my/jpi/ e-ISSN 2289-7909 KOLEJ UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SELANGOR VOL. 4 NO.2 (SEPTEMBER 2017): pp 202-214 Diserahkan: 28 Februari 2017 Diterima: 31 Mei 2017 PEMBELAJARAN KEMAHIRAN MEMBACA BAHASA ARAB DI SEKOLAH RENDAH AGAMA INTEGRASI (SRAI) SELANGOR The Learning of Arabic Reading Skills at Integrated Religious Primary Schools (SRAI) Selangor 1 Mohamad Syukri Abd Rahman, 1 Mohd Izzuddin Mohd Pisol 1 Adnan Mat Ali, 1 Ahmad Ismail, & 2 Mohd Kamal Radiman [email protected], [email protected] [email protected] & [email protected] 1 Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) 2 Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ABSTRAK Sekolah Rendah Agama Integrasi negeri Selangor merupakan sebahagian institusi penting dalam penyebaran bahasa Arab di negeri Selangor. Namun begitu sistem ini menghadapi beberapa cabaran, antaranya ialah kelemahan penguasaan bahasa Arab dalam kalangan pelajar. Kelemahan tersebut sering dikaitkan dengan keupayaan dan peranan guru Bahasa Arab di dalam bilik darjah. Secara perbandingannya dengan guru-guru mata pelajaran yang lain, guru-guru Bahasa Arab dikatakan masih lagi mempunyai beberapa kelemahan dalam menggunakan kaedah dan pendekatan yang terkini dalam proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Justeru, kajian ini akan menyentuh tentang persepsi pelajar terhadap pembelajaran kemahiran membaca bahasa Arab, di Sekolah Rendah Agama Integrasi di seluruh negeri Selangor. Antara objektif kajian ini ialah mengenal pasti pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran kemahiran membaca bahasa Arab yang dilalui oleh murid dalam pembelajaran mereka dan mengenal pasti kekuatan dan kelemahan pengajaran dan pembelajaran kemahiran membaca bahasa Arab di SRAI. Diharap kajian ini dapat meningkatkan tahap keberkesanan pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab di Sekolah Rendah Agama Integrasi di seluruh negeri Selangor. Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan berbentuk deskriptif kerana ia bermatlamat tinjauan atau penerokaan bagi menerangkan fenomena yang sedang berlaku. Dalam kajian ini seramai 419 orang murid daripada sembilan buah sekolah telah terlibat dalam kajian ini di mana 212 (50.6%) adalah murid lelaki dan 207 (49.4%) murid perempuan. Dapatan kajian ini secara keseluruhan menggambarkan guru kurang mempelbagaikan aktiviti pembelajaran dan pengajaran dalam kemahiran membaca bahasa Arab seperti menggunakan objek sebenar dalam menerangkan makna perkataan. Selain itu, dapatan juga menunjukkan bahawa PdP kemahiran membaca bahasa Arab di SRAI kurang menekankan galakan penggunaan kamus. Kata Kunci: Sekolah Rendah Agama Integrasi (SRAI), Pembelajaran Kemahiran Membaca, Bahasa Arab.

Upload: dinhhanh

Post on 01-Feb-2018

241 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PEMBELAJARAN KEMAHIRAN MEMBACA BAHASA …rmc.kuis.edu.my/jpi/wp-content/uploads/2017/10/DR-SYUKRI-202-214.… · menggambarkan guru kurang mempelbagaikan aktiviti pembelajaran dan

e-JURNAL PENYELIDIKAN DAN INOVASI

rmc.kuis.edu.my/jpi/

e-ISSN 2289-7909

KOLEJ UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SELANGOR

VOL. 4 NO.2 (SEPTEMBER 2017): pp 202-214

Diserahkan: 28 Februari 2017

Diterima: 31 Mei 2017

PEMBELAJARAN KEMAHIRAN MEMBACA BAHASA ARAB DI SEKOLAH

RENDAH AGAMA INTEGRASI (SRAI) SELANGOR

The Learning of Arabic Reading Skills at Integrated Religious Primary Schools (SRAI)

Selangor

1Mohamad Syukri Abd Rahman,

1Mohd Izzuddin Mohd Pisol

1Adnan Mat Ali,

1Ahmad Ismail, &

2Mohd Kamal Radiman

[email protected], [email protected]

[email protected] & [email protected] 1Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)

2Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS)

ABSTRAK

Sekolah Rendah Agama Integrasi negeri Selangor merupakan sebahagian institusi penting dalam

penyebaran bahasa Arab di negeri Selangor. Namun begitu sistem ini menghadapi beberapa

cabaran, antaranya ialah kelemahan penguasaan bahasa Arab dalam kalangan pelajar. Kelemahan

tersebut sering dikaitkan dengan keupayaan dan peranan guru Bahasa Arab di dalam bilik darjah.

Secara perbandingannya dengan guru-guru mata pelajaran yang lain, guru-guru Bahasa Arab

dikatakan masih lagi mempunyai beberapa kelemahan dalam menggunakan kaedah dan

pendekatan yang terkini dalam proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Justeru,

kajian ini akan menyentuh tentang persepsi pelajar terhadap pembelajaran kemahiran membaca

bahasa Arab, di Sekolah Rendah Agama Integrasi di seluruh negeri Selangor. Antara objektif

kajian ini ialah mengenal pasti pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran kemahiran membaca

bahasa Arab yang dilalui oleh murid dalam pembelajaran mereka dan mengenal pasti kekuatan

dan kelemahan pengajaran dan pembelajaran kemahiran membaca bahasa Arab di SRAI.

Diharap kajian ini dapat meningkatkan tahap keberkesanan pengajaran dan pembelajaran bahasa

Arab di Sekolah Rendah Agama Integrasi di seluruh negeri Selangor. Kajian ini menggunakan

kaedah tinjauan berbentuk deskriptif kerana ia bermatlamat tinjauan atau penerokaan bagi

menerangkan fenomena yang sedang berlaku. Dalam kajian ini seramai 419 orang murid

daripada sembilan buah sekolah telah terlibat dalam kajian ini di mana 212 (50.6%) adalah murid

lelaki dan 207 (49.4%) murid perempuan. Dapatan kajian ini secara keseluruhan

menggambarkan guru kurang mempelbagaikan aktiviti pembelajaran dan pengajaran dalam

kemahiran membaca bahasa Arab seperti menggunakan objek sebenar dalam menerangkan

makna perkataan. Selain itu, dapatan juga menunjukkan bahawa PdP kemahiran membaca

bahasa Arab di SRAI kurang menekankan galakan penggunaan kamus.

Kata Kunci: Sekolah Rendah Agama Integrasi (SRAI), Pembelajaran Kemahiran Membaca,

Bahasa Arab.

Page 2: PEMBELAJARAN KEMAHIRAN MEMBACA BAHASA …rmc.kuis.edu.my/jpi/wp-content/uploads/2017/10/DR-SYUKRI-202-214.… · menggambarkan guru kurang mempelbagaikan aktiviti pembelajaran dan

e-JURNAL PENYELIDIKAN DAN INOVASI VOL. 4 NO.2

SEPTEMBER

2017

203

ABSTRACT

Integrated Religious Primary Schools in Selangor are one of the institutions that play

an important role in the propagation of the use of Arabic language in Selangor.

However, this system is presently experiencing a few challenges, among others is the

students’ inability to master the Arabic language. This weakness is often linked to the

issue of compentency and role of the Arabic language teacher in the classroom. When

compared to teachers who are teaching other subjects, the Arabic language teachers

are identified to have some weaknesses in applying the latest method and approach in

the teaching and learning in their classrooms. Therefore, this study will look at the

students’ perceptions towards the learning of Arabic reading skills at Integrated

Religious Primary schools around Selangor. Among the objectives are to identify the

effectiveness of the implementation of teaching and learning of Arabic reading skills

that the students have to go through in learning it and also to identify the strengths and

weaknesses in the teaching and learning of Arabic reading skills at SRAI. It is hoped

that this study can increase the level effectiveness in the teaching and learning of the

Arabic language at Integrated Religious Primary Schools throughout Selangor. This

study utilizes the descriptive observation method because the objective is to observe

and explore in order to explain the phenomenon that is happening. There are 419

pupils from nine schools involved in this study whereby 212 (50.6%) of the students are

male and 207 (49.4%) are female. The overall finding indicates that teachers do not

vary the activities in their teaching and learning of Arabic reading skills for example

by using real-life objects when explaining the meaning of words. Besides that, the

finding also shows that the teaching and learning of Arabic reading skills at SRAI does

not give much emphasis on the use of the dictionary.

Keywords: Integrated Religious Primary Schools (SRAI), the learning of reading skills,

Arabic language.

Page 3: PEMBELAJARAN KEMAHIRAN MEMBACA BAHASA …rmc.kuis.edu.my/jpi/wp-content/uploads/2017/10/DR-SYUKRI-202-214.… · menggambarkan guru kurang mempelbagaikan aktiviti pembelajaran dan

Pembelajaran Kemahiran Membaca Bahasa Arab

Di Sekolah Rendah Agama Integrasi (SRAI) Selangor

1.0 PENGENALAN

Sekolah Rendah Agama Integrasi (SRAI) mula dilaksanakan pada tahun 2000 melalui proses

projek rintis di sepuluh buah sekolah. Pengubahsuaian ini selaras dengan hasrat kerajaan negeri

Selangor untuk meningkatkan kualiti Pendidikan Islam berdasarkan resolusi Tonggak ke sepuluh

YAB Menteri Besar Selangor dalam meningkatkan penghayatan, kefahaman Islam dan moral

melalui pendidikan bersepadu serta menyeluruh dalam kalangan murid di peringkat pendidikan

rendah. Sehingga tahun 2010, sebelas buah SRAI telah beroperasi di lapan buah daerah.

Pentadbiran dan pengurusan SRAI adalah di bawah tanggungjawab Jabatan Agama Islam

Selangor (JAIS). Perlaksanaan kurikulum SRAI adalah menggabungkan Kurikulum Sekolah

Rendah Agama (KSRA) dibawah JAIS. Manakala, Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah

(KBSR)/Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) di bawah Kementerian Pendidikan

Malaysia (KPM).

Perjalanan waktu pengajaran dan pembelajaran bergantung kepada sesi persekolahan

iaitu dua jenis sesi persekolahan (satu sesi persekolahan atau dua sesi persekolahan). Sistem

pendidikan Sekolah Rendah Agama Integrasi (SRAI) telah berjaya mendidik pelajar untuk

menyambung ke peringkat Sekolah Menengah, khususnya dalam aliran agama. Sambutan

masyarakat terhadap sistem ini juga amat memberangsangkan dari masa ke semasa. Namun di

sebalik kejayaan, sistem ini menghadapi pelbagai cabaran arus pendidikan semasa. Antaranya

pendidikan bahasa Arab. Dalam ruang yang terhad ini penulis cuba membincangkan tajuk “

Pembelajaran Kemahiran Membaca Bahasa Arab Di Sekolah Rendah Agama Integrasi (SRAI)

Selangor” bagi melihat sejauh mana kejayaan sistem ini dalam pengajaran bahasa Arab.

2.0 KEMAHIRAN MEMBACA BAHASA ARAB DI SEKOLAH

Pengajaran kemahiran membaca seharusnya membina kemahiran di kalangan pelajar untuk

memilih bahan bacaan yang berbeza menurut kecenderungan mereka sendiri. Sekiranya

kemahiran itu sudah dapat dikuasai, pelajar akan memiliki kemahiran membaca dengan pantas

dan dapat menguasai maklumat dengan baik. Kemahiran ini akan dapat dikuasai melalui latih

tubi, menguasai bacaan dengan fasih dan memberikan tumpuan kepada isi-isi penting dalam

bahan bacaan tersebut. Kemahiran juga akan muncul melalui aktiviti penyelidikan ilmiah dan

Page 4: PEMBELAJARAN KEMAHIRAN MEMBACA BAHASA …rmc.kuis.edu.my/jpi/wp-content/uploads/2017/10/DR-SYUKRI-202-214.… · menggambarkan guru kurang mempelbagaikan aktiviti pembelajaran dan

e-JURNAL PENYELIDIKAN DAN INOVASI VOL. 4 NO.2

SEPTEMBER

2017

205

minat pelajar terhadap bahan-bahan bacaan. Pakar-pakar dalam bidang pendidikan berpendapat

bahawa kemahiran membaca boleh diperincikan kepada menguasai kemahiran-kemahiran seperti

berikut:

i. Kemahiran menguasai atau memahami dengan baik bahan yang dibaca.

ii. Kemahiran mengumpul maklumat.

iii. Kemahiran belajar.

Penguasaan yang baik dalam kemahiran membaca merupakan asas penting kepada

penulisan yang baik (Wan Azura, 2007). Kemahiran menulis merupakan kemahiran yang

terakhir dalam mempelajari bahasa asing. Ini kerana ia memerlukan kemantapan dalam

menggayakan ayat yang boleh menggambarkan buah fikiran, perasaan dan sebagainya yang

terdapat dalam pemikiran (Rosni, 2009). Menguasai kemahiran menulis dapat menjadikan

pelajar lebih yakin untuk menguasai bahasa Arab. Melalui pembacaan yang luas, pelbagai gaya

bahasa dan struktur ayat yang pelbagai dapat dikuasai (Wan Azura, 2007).

3.0 PENYATAAN MASALAH

Mengikut Ali Madkur (1985), salah satu masalah besar dalam program pengajaran bahasa Arab

kepada pelajar bukan Arab ialah kekurangan guru yang berkelayakan. Kebanyakan guru yang

mengajar bahasa Arab kepada penuntur bukan Arab di negara luar (bukan negara Arab) tidak

mempunyai latihan yang mencukupi dari segi kebahasaan, kepakaran profesional, kebudayaan

dan pengetahuan. Kelemahan guru bahasa Arab ini mendapat perhatian Ibrahim Ahmad al-

Hardlu (1980) yang menyatakan bahawa pengalaman Ma’had Khartoum Antarabangsa dalam

melatih guru-guru bahasa Arab dari kalangan orang bukan Arab mendapati bahawa masalah

besar yang dihadapi ialah kelemahan mereka bertutur dalam bahasa Arab dan menggunakan

bahasa dengan baik. Kesan daripada kelemahan ini menyebabkan pengajaran bahasa Arab

hambar dan kurang berkesan kerana para pelajar tidak dapat menjadikan mereka sebagai model

dalam penguasaan bahasa Arab, selain proses pengajaran dan pengajaran tidak dapat

dilaksanakan dengan sempurna.

Secara umum dapat dinyatakan bahawa pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab di

Malaysia berada ditahap yang membanggakan namun pencapaian objektifnya masih

dipertikaikan dalam kalangan para pendidik dan pengkaji. Saufi Man (2003), menyatakan

Page 5: PEMBELAJARAN KEMAHIRAN MEMBACA BAHASA …rmc.kuis.edu.my/jpi/wp-content/uploads/2017/10/DR-SYUKRI-202-214.… · menggambarkan guru kurang mempelbagaikan aktiviti pembelajaran dan

Pembelajaran Kemahiran Membaca Bahasa Arab

Di Sekolah Rendah Agama Integrasi (SRAI) Selangor

bahawa halangan besar kepada kejayaan pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab di sekolah

adalah tertumpu kepada kemahiran guru dalam berbahasa Arab, teknik pengajaran, buku teks

yang tidak menepati citarasa setempat dan persekitaran yang tidak menggalakkan. Berdasarkan

kajian-kajian lepas, terdapat beberapa halangan dan permasalahan dalam melaksanakan

pengajaran bahasa Arab. Antaranya ialah pelaksanaan teknik mengajar kemahiran membaca

bahasa Arab masih cenderung kepada teknik terjemahan teks (Hamid Norni Hamid, Aishah

Hasman, Zahriah Hussin, Kamarulzaman Abd. Ghani, 2010).

3.1 Objektif Kajian

Kajian ini secara umumnya bertujuan mengkaji pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran

kemahiran membaca bahasa Arab di SRAI negeri Selangor. Bagi mencapai tujuan ini, terdapat

beberapa objektif khusus yang ditetapkan dalam kajian ini iaitu:

i. Mengenal pasti pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran kemahiran membaca bahasa

Arab yang dilalui oleh murid dalam pembelajaran mereka.

ii. Mengenal pasti kekuatan dan kelemahan pengajaran dan pembelajaran kemahiran

membaca bahasa Arab di SRAI.

3.2 Kepentingan Kajian

Dapatan kajian ini dapat memberi input kepada pihak sekolah berkenaan dan guru-guru bahasa

Arab dalam meningkatkan kualiti pengajaran. Ia juga dapat memberikan panduan kepada

Bahagian Pendidikan Islam JAIS unit Kurikulum dalam menyediakan latihan kemahiran

mengajar bahasa Arab kepda guru-guru berkaitan. Selain itu, ia juga memberi input kepada para

penyelidik berkaitan pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab di peringkat Sekolah Rendah,

khususnya SRAI di negeri Selangor.

4.0 METODOLOGI KAJIAN

Metodologi kajian merupakan prosedur penting dalam menggabungkan pendekatan kajian serta

analisis data bagi memastikan dapatan penyelidikan dapat dicapai dengan sempurna. Justeru itu, bagi

Page 6: PEMBELAJARAN KEMAHIRAN MEMBACA BAHASA …rmc.kuis.edu.my/jpi/wp-content/uploads/2017/10/DR-SYUKRI-202-214.… · menggambarkan guru kurang mempelbagaikan aktiviti pembelajaran dan

e-JURNAL PENYELIDIKAN DAN INOVASI VOL. 4 NO.2

SEPTEMBER

2017

207

memberi gambaran yang jelas tentang kajian ini pengkaji mengemukakan kaedah pelaksanaan kajian

meliputi reka bentuk kajian, instrumen kajian, lokasi kajian dan persampelan kajian.

4.1 Reka Bentuk Kajian dan Kaedah Persampelan

Kajian ini menggunakan proses pengumpulan data menggunakan persampelan rawak mudah

berdasarkan kepada Jadual Penentuan Saiz Sampel Krejcie dan Morgan (1970). Menurut Mohd

Majid (2005), persampelan rawak mudah menghendaki setiap individu mempunyai peluang yang

sama untuk diambil atau digunakan sebagai sampel. Selain itu, persampelan rawak mudah sesuai

dilakukan sekiranya populasi yang dikaji mempunyai ciri-ciri yang seragam. Kajian ini

merupakan satu tinjauan yang bertujuan untuk mengkaji pelaksanaan pengajaran dan

pembelajaran kemahiran membaca bahasa Arab di SRAI. Kajian ini menggunakan kaedah

tinjauan berbentuk deskriptif, iaitu tinjauan bermatlamat untuk mengumpulkan maklumat

mengenai pembolehubah-pembolehubah yang berkait dengan suatu fenomena tanpa menyoal

mengapa pembolehubah tersebut wujud (Mohd.Majid Konting, 2005).

Ia dianggap sebagai kajian deskriptif kerana ia bermatlamat tinjauan atau penerokaan

bagi menerangkan fenomena yang sedang berlaku (Mohd Majid Konting, 2005). Sekolah yang

terlibat dalam kajian ini adalah Sekolah Rendah Agama Integrasi di negeri Selangor yang

mempunyai sebelas buah sekolah. Responden kajian ini adalah murid-murid sekolah berkenaan.

Seramai 419 orang murid daripada sepuluh buah sekolah telah diilih sebagai responden kajian ini

melibatkan 212 (50.6%) orang murid lelaki dan 207 (49.4%) murid perempuan. Jumlah

responden yang diambil berdasarkan Jadual Penentuan Saiz Sampel Krejcie dan Morgan (1970).

Pada asasnya, pemilihan sekolah dan sampel kajian dilakukan berdasarkan kepada pembahagian

daerah. Sekurang-kurang 42 orang murid akan dipilih secara rawak daripada setiap sekolah bagi

menjawab borang soal selidik. Keutamaan ini diberikan kepada murid-murid darjah 6. Secara

keseluruhan dapat disimpulkan bahawa dalam menjalankan kajian ini penyelidik menggunakan

pensampelan gugus (Asmah Haji Omar, 2002:59).

Page 7: PEMBELAJARAN KEMAHIRAN MEMBACA BAHASA …rmc.kuis.edu.my/jpi/wp-content/uploads/2017/10/DR-SYUKRI-202-214.… · menggambarkan guru kurang mempelbagaikan aktiviti pembelajaran dan

Pembelajaran Kemahiran Membaca Bahasa Arab

Di Sekolah Rendah Agama Integrasi (SRAI) Selangor

4.2 Instrumen Kajian

Dalam menjalankan kajian ini, satu set borang soal selidik telah dibina untuk melihat persepsi

murid terhadap pengajaran dan pembelajaran kemahiran membaca bahasa Arab di SRAI. Soal

selidik ini menggunakan lima skala Likert untuk mengukur item-item yang disediakan. Dalam

kaedah penganalisisan data, pengkaji menggunakan kaedah statistik deskriptif menggunakan min

untuk melihat kekerapan dan frekuensi. Kajian ini dilakukan di Sekolah Rendah Agama Integrasi

di negeri Selangor dengan melibatkan 10 buah sekolah iaitu:-

i. SRA Integrasi Bandar Baru Bangi

ii. SRA Integrasi Sungai Manggis

iii. SRA Integrasi Tengku Ampuan Fatimah Batu Belah

iv. SRA Integrasi Pekan Beranang

v. SRA Integrasi Sungai Chinchin

vi. SRA Integrasi Bandar Baru Kuala Selangor

vii. SRA Integrasi Muhammadiah, Pekan Sabak

viii. SRA Integrasi Dato' Mufti Yusoff Sahabuddin

ix. SRA Integrasi Taman Keramat

x. SRA Integrasi Salak Tinggi

4.3 Analisis Data

Penganalisisan data merupakan proses pengukuran. Data-data daripada borang soal selidik

dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif seperti peratus dan min, terutama yang

berkaitan dengan latar belakang sampel dan juga persepsi sampel terhadap item-item atau

pembolehubah kajian.

4.4 Kajian Rintis

Soal selidik merupakan instrumen penting kajian ini. Sebagaimana dinyatakan oleh Idris Awang

(1989) bahawa metod soal selidik merupakan satu rangkaian soalan yang dibentuk khas dan

mempunyai objektif tertentu yang dilaksanakan ke atas orang tertentu pada masa tertentu. Dalam

menjalankan kajian ini, satu set borang soal selidik telah dibina. Sebelum menjalankan

penyelidikan sebenar, instrumen tersebut telah disemak semula samada ia bersesuaian dengan

Page 8: PEMBELAJARAN KEMAHIRAN MEMBACA BAHASA …rmc.kuis.edu.my/jpi/wp-content/uploads/2017/10/DR-SYUKRI-202-214.… · menggambarkan guru kurang mempelbagaikan aktiviti pembelajaran dan

e-JURNAL PENYELIDIKAN DAN INOVASI VOL. 4 NO.2

SEPTEMBER

2017

209

murid darjah enam atau pun tidak. Responden dalam kajian rintis ini mempunyai ciri-ciri yang

sama dengan sampel kajian yang sebenar. Kajian rintis adalah satu usaha untuk meningkat dan

memastikan bahawa instrumen-instrumen yang akan digunakan mempunyai kesahan dan

kebolehpercayaan. Nilai kebolehpercayaan kajian rintis soal selidik murid berada pada nilai

0.772. Hal ini menggambarkan kesahan dan kebolehpercayaan instrumen yang dibina. Selain itu,

dapat dilihat bahawa murid hanya mengambil masa 20-30 minit untuk menjawab borang soal

selidik yang diberikan. Ujian bagi menentukan kebolehpercayaan kajian rintis ini dilakukan

menggunakan ujian cronbach. Chua (2006) meyatakan nilai alfa 0.65 hingga 0.95 dianggap

memuaskan.

5.0 DAPATAN KAJIAN

Dapatan kajian merupakan hasil analisis data yang diproses berasaskan metodologi dan kaedah

yang telah ditentukan. Dalam bahagian ini pengkaji cuba membincangkan dapatan kajian

berteraskan demografi responden dan persepsi murid terhadap pembelajaran kemahiran

membaca.

Jadual 1: Maklumat Profil Murid Berdasarkan jantina

Jantina Kekerapan Peratusan (%)

Lelaki 212 50.6

Perempuan 207 49.4

Jumlah 419 100

Jadual 1 menunjukkan taburan latar belakang murid, seramai 419 orang murid daripada

sepuluh buah sekolah telah terlibat melibatkan 212 (50.6%) adalah murid lelaki dan 207 (49.4%)

murid perempuan.

Berdasarkan jadual 2 mendapati skor min bagi kemahiran membaca pada keseluruhannya

berada di antara nilai 1.74 hingga 4.36. Dapatan kajian menunjukkan item Bb 11 “Guru saya

menterjemahkan makna perkataan bahasa Arab ke dalam bahasa Melayu” mencapai nilai min

pada tahap tinggi. Nilai min bagi item ini ialah 4.36. Manakala item Bb 1 “Guru saya meminta

Page 9: PEMBELAJARAN KEMAHIRAN MEMBACA BAHASA …rmc.kuis.edu.my/jpi/wp-content/uploads/2017/10/DR-SYUKRI-202-214.… · menggambarkan guru kurang mempelbagaikan aktiviti pembelajaran dan

Pembelajaran Kemahiran Membaca Bahasa Arab

Di Sekolah Rendah Agama Integrasi (SRAI) Selangor

murid membaca perkataan bahasa Arab dengan suara yang jelas” berada pada tahap sederhana

tinggi. Nilai min bagi item ini ialah 3.73.

Jadual 2: Persepsi Murid Terhadap Pembelajaran Kemahiran Membaca

Bil Penyataan TP JJ KK K SK Min INT

Bb1 Guru saya meminta murid

membaca perkataan bahasa

Arab dengan suara yang jelas.

13

3.1%

51

12.2%

107

25.5%

115

27.4%

133

31.7%

3.73 ST

Bb2 Guru saya membimbing murid

membaca perkataan bahasa

Arab.

8

1.9%

55

13.1%

94

22.4%

149

35.6%

113

27.0%

3.73 ST

Bb3 Guru saya membimbing murid

membaca ayat bahasa Arab.

8

1.9%

74

17.7%

108

25.8%

146

34.8%

83

19.8%

3.53 ST

Bb4 Guru saya meminta murid

membaca ayat bahasa Arab

dengan bacaan kuat.

48

11.5%

100

23.9%

109

26.0%

77

18.4%

85

20.3%

3.12 ST

Bb5 Guru saya memastikan murid

memahami makna perkataan

bahasa Arab yang dibaca.

8

1.9%

28

6.7%

83

19.8%

112

26.7%

188

44.9%

4.06 T

Bb6 Guru saya meminta murid

membaca ayat bahasa Arab

secara senyap kemudian

menjawab soalan kefahaman.

97

23.2%

116

27.7%

98

23.4%

78

18.6%

30

7.2%

2.59 SR

Bb7 Guru saya mengunakan objek

sebenar (contoh: meja, kerusi

dll) dalam menerangkan

makna perkataan bahasa Arab.

74

17.7%

160

38.2%

92

22.0%

57

13.6%

36

8.6%

2.57 SR

Bb8 Guru saya memberikan contoh

semasa menerangkan makna

perkataan bahasa Arab.

16

3.8%

74

17.7%

143

34.1%

112

26.7%

74

17.7%

3.37 ST

Bb9 Guru saya menggunakan kata 58 200 88 45 28 2.49 SR

Page 10: PEMBELAJARAN KEMAHIRAN MEMBACA BAHASA …rmc.kuis.edu.my/jpi/wp-content/uploads/2017/10/DR-SYUKRI-202-214.… · menggambarkan guru kurang mempelbagaikan aktiviti pembelajaran dan

e-JURNAL PENYELIDIKAN DAN INOVASI VOL. 4 NO.2

SEPTEMBER

2017

211

seerti dalam menerangkan

sesuatu maksud perkataan

bahasa Arab.

13.8% 47.7% 21.0% 10.7% 6.7%

Bb10 Guru saya menggunakan kata

berlawanan dalam

menerangkan sesuatu maksud

perkataan bahasa Arab.

74

17.7%

188

44.9%

96

22.9%

41

9.8%

20

4.8%

2.39 SR

Bb11

Guru saya menterjemahkan

makna perkataan bahasa Arab

ke dalam bahasa Melayu.

3

0.7%

9

2.1%

46

11.0%

136

32.5%

225

53.7%

4.36 T

Bb12

Guru saya meminta murid

menggunakan kamus semasa

belajar bahasa Arab.

225

53.7%

115

27.4%

49

11.7%

24

5.7%

6

1.4%

1.74 SR

Bb13 Guru saya meminta murid

meneka makna perkataan

bahasa Arab.

37

8.8%

97

23.2%

145

34.6%

92

22.0%

48

11.5%

3.04 ST

Bb14

Guru saya melakukan aktiviti

memadan dan melabelkan

perkataan dengan gambar.

123

29.4%

151

36.0%

83

19.8%

46

11.0%

16

3.8%

2.24 SR

Min keseluruhan persepsi murid

terhadap pembelajaran kemahiran

membaca

3.73 ST

Dapatan item Bb 6 “Guru saya meminta murid membaca ayat bahasa Arab secara senyap

kemudian menjawab soalan kefahaman” pula memperolehi min 2.59, Bb 7 “Guru saya

mengunakan objek sebenar (contoh: meja, kerusi dll) dalam menerangkan makna perkataan

bahasa Arab” memperolehi min 2.57, Bb 9 “Guru saya menggunakan kata seerti dalam

menerangkan sesuatu maksud perkataan bahasa Arab” memperolehi min 2.49, Bb 10 “Guru saya

menggunakan kata berlawanan dalam menerangkan sesuatu maksud perkataan bahasa Arab”

memperolehi min 2.39 dan Bb 14 “Guru saya melakukan aktiviti memadan dan melabelkan

Page 11: PEMBELAJARAN KEMAHIRAN MEMBACA BAHASA …rmc.kuis.edu.my/jpi/wp-content/uploads/2017/10/DR-SYUKRI-202-214.… · menggambarkan guru kurang mempelbagaikan aktiviti pembelajaran dan

Pembelajaran Kemahiran Membaca Bahasa Arab

Di Sekolah Rendah Agama Integrasi (SRAI) Selangor

perkataan dengan gambar” memperolehi min 2.24. Dapatan ini menunjukkan kesemua item

memperolehi min yang berada pada tahap sederhana rendah.

Manakala item yang memperolehi min yang berada pada tahap rendah ialah item Bb 12

“Guru saya meminta murid menggunakan kamus semasa belajar bahasa Arab”. Ia memperolehi

min 1.73.

6.0 KESIMPULAN

Berdasarkan dapatan kajian dapat disimpulkan bahawa guru kurang mempelbagaikan aktiviti

pengajaran dan pembelajaran di dalam kemahiran membaca seperti menggunakan objek sebenar

dalam menerangkan makna perkataan. Demikian juga penggunaaan kata seerti, kata berlawanan

dan memadan perkataan dengan gambar. Hakikatnya penggunaan objek sebenar dalam

menerangkan makna perkataan dapat menguatkan ingatan murid dalam menghafal

perbendaharaan kata bahasa Arab. Dari sudut yang lain, kekerapan penggunaan kata seerti dan

kata berlawanan akan memberi kesan kepada murid dalam proses pengayaan perbendaharaan

bahasa Arab. Hal ini akan menyebabkan murid kreatif dalam penggunaan perkataan yang sesuai

dalam bertutur dan mengarang karangan bahasa Arab.

Dari segi memadan perkataan dengan gambar, ia amat penting dalam pembelajaran pada

peringkat awal kerana murid akan lebih mudah menghafal perkataan tersebut dan pembelajaran

akan menjadi lebih menyeronokkan.

Selain perkara di atas, dapatan juga menunjukkan bahawa PdP kemahiran membaca

bahasa Arab di SRAI kurang menekankan galakan penggunaan kamus. Dalam mempelajari apa

jua bahasa guru seharusnya menitikberatkan murid menggunakan kamus agar mereka dapat

memperkayakan perbendaharaan kata serta mengetahui makna perkataan baharu. Menurut

Asmah (2002: xxii) perbendaharaan kata merupakan unsur paling penting dalam mengetahui

sesuatu bahasa dan nahu datang kemudian. Manakala Rosni Samah (2012) pula berpandangan

bahawa perbendaharaan kata dilihat sebagai aspek penting yang merentas aspek pengajaran dan

pembelajaran dan kemahiran asas serta ia perlu dibangunkan secara berterusan. Pelajar perlu

dibekal dan didedahkan dengan teknik penguasaan perbendaharaan kata yang pelbagai supaya

Page 12: PEMBELAJARAN KEMAHIRAN MEMBACA BAHASA …rmc.kuis.edu.my/jpi/wp-content/uploads/2017/10/DR-SYUKRI-202-214.… · menggambarkan guru kurang mempelbagaikan aktiviti pembelajaran dan

e-JURNAL PENYELIDIKAN DAN INOVASI VOL. 4 NO.2

SEPTEMBER

2017

213

mereka boleh mengumpul seberapa banyak perbendaharaan kata bagi mengungkap ayat yang

mudah.

Dari sudut yang lain dapat dirumuskan bahawa PdP kemahiran membaca bahasa Arab di

SRAI menekankan latihan sebutan perkataan bahasa Arab dengan suara yang jelas dan kurang

menekankan pembacaan secara senyap bagi menjawab soalan kefahaman. Hal ini bertepatan

dengan pandangan Muhammad Kamil al-Naqah (1985), yang menyatakan bahawa antara

objektif kemahiran membaca yang ditetapkan adalah dapat menyebut perkataan dengan baik dan

tidak menepati pandangan beliau bahawa antara objektif kemahiran membaca memahami

dengan terperinci setiap isi perbincangan serta mengetahui hubungan antara isi perbincangan.

Menurut Rosni Samah (2009), sewajarnya guru hendaklah melatih pelajar bagi membaca teks

secara senyap sehinggalah mereka dapat membiasakan diri dengannya. Rahsianya adalah dengan

membiasakan diri mereka dengan bacaan cepat yang merupakan matlamat daripada kemahiran

membaca.

Page 13: PEMBELAJARAN KEMAHIRAN MEMBACA BAHASA …rmc.kuis.edu.my/jpi/wp-content/uploads/2017/10/DR-SYUKRI-202-214.… · menggambarkan guru kurang mempelbagaikan aktiviti pembelajaran dan

Pembelajaran Kemahiran Membaca Bahasa Arab

Di Sekolah Rendah Agama Integrasi (SRAI) Selangor

RUJUKAN

Ali Ahmad Madkur. 1985. Taqwim Baramij I‘dad Mu‘llimi al-Lughah al-Arabiyyah li ghair al-

Natiqin biha. Riyadh: Universiti Malik Saud.

Asmah Omar. 2002. Pengenalan. Dalam Za’ba (Eds). Ilmu Mengarang Melayu-Edisi Ejaan

Rumi Baharu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Asni Tahir & Siti Hasnah Tanalol. 2004. Belajar Bahasa Kadazan Dusun: Pendekatan

Pembelajaran Hypermedia. Prosiding Program Seminar Kebangsaan Pengajaran Bahasa,

Universiti Malaysia Sabah, Kota Kinabalu. 8 – 9 Oktober 2004.

Azman & Goh. 2010. Situasai Pembelajaran Bahasa Asing di Institut Pengajian Tinggi:

Perbandingan Antara Bahasa Arab, Bahasa Mandarin dan Perancis. AJTLHE Vol. 2, No.

2, July 2010, 9-20.

Chua Yan Piaw, 2006. Kaedah dan Statistik Penyelidikan. Buku 2. Asas Statistik Penyelidikan.

Mc Graw Hill Kuala Lumpur.

Hamid Norni Hamid, AishahHasman, ZahriahHussin, KamarulzamanAbd.Ghani.

2010. Pendekatan Komunikatif Dalam Pengajaran Bahasa Arab Di Malaysia:

Pelaksanaan Dan Cabaran. Prosiding 1st International Conference On

Islamic Education. 29 th November – 1 Disember 2010. Holiday Villa

Hotel & Suites, Subang, Selangor, Persatuan Intelektual Muslim

Malaysia.

Al-Hardlu, Ibrahim Ahmad. 1980. I‘dad Mu‘allimin Ghair Arab li Ta‘lim al-Arabiyyah li Ghair

al-Natiqin biha: Tajribah Ma’had Khartoum. Dlm Fi sijill al-Ilm li al-Nadwah al-

Alamiyyah Al-Ula li Ta‘lim al-Lughah al-Arabiyyah li ghayri al-Natiqin biha. Jilid

2,ms:43-59. Saudi Arabiya: Universiti Riyadh.

Idris Awang, 1989. Penyelidikan : Jenis Dan Metod, Kuala Lumpur : Akademi Islam Universiti

Malaya.

Rosni Samah. 2012. Pembinaan Ayat bahasa Arab Dalam Kalangan Lepasan Sekolah Menengah

Agama. GEMA Online™ Journal of Language Studies. Volume 12(2) 566-567.

Rosni Samah. 2009. Pendekatan Pembelajaran Kemahiran Bahasa Arab Untuk Pelajar Bukan

Penutur Jati. USIM.

Rosni Samah. 2009. Isu Pembelajaran Bahasa Arab di Malaysia. USIM.

Saufi Man. 2003. Perkaedahan Pengajaran Bahasa Arab di Malaysia : Antara Tradisi dan

Inovasi.. Prosiding Wacana Pendidikan Islam Siri 3, Fakulti Pendidikan UKM.

Wan Azura Wan Ahmad. 2007. Pendekatan Dan Strategi Efektif Dalam Penguasaan

Bahasa Arab. USIM.