borang pengesahan status tesis - fp.utm.my · no. kad matrik : mp091238 no. kad pengenalan :...

53
PSZ 19:16 (Pind. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA CATATAN : * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan, penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM) BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL : HUBUNGAN ANTARA KEMURUNGAN, KEBIMBANGAN SOSIAL DAN PENGLIBATAN SOSIAL TERHADAP TINGKAH LAKU DEVIAN REMAJA SEKOLAH MENENGAH DI DAERAH KULAIJAYA SESI PENGAJIAN : 2010/2011 Saya SIRAJUDIN BIN SAPUAN (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut : 1. Tesis ini adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( ) SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi / badan di mana penyelidikan dijalankan TIDAK TERHAD Disahkan oleh _____________________________________ (TANDATANGAN PENULIS) Alamat Tetap : NO.6282, JALAN NURI 15, BANDAR PUTRA, 81000 KULAIJAYA, JOHOR D.T. Tarikh : MEI 2011 _____________________________________ (TANDATANGAN PENYELIA) PROF. MADYA DR. AZIZI BIN YAHYA NAMA PENYELIA Tarikh : MEI 2011

Upload: others

Post on 03-Sep-2019

39 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · No. Kad Matrik : MP091238 No. Kad Pengenalan : 770208-01-5713 Tarikh : PENGHARGAAN Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Allah S.W.T

PSZ 19:16 (Pind. 1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

CATATAN : * Potong yang tidak berkenaan** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak

berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempohtesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHADTesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjanasecara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan,penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

JUDUL : HUBUNGAN ANTARA KEMURUNGAN, KEBIMBANGAN SOSIALDAN PENGLIBATAN SOSIAL TERHADAP TINGKAH LAKUDEVIAN REMAJA SEKOLAH MENENGAH DI DAERAHKULAIJAYA

SESI PENGAJIAN : 2010/2011

Saya SIRAJUDIN BIN SAPUAN

(HURUF BESAR)

mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan UniversitiTeknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut :

1. Tesis ini adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia.2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk

pengajian sahaja.3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi

pengajian tinggi.4. ** Sila tandakan ( √ )

SULIT(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan ataukepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTARAHSIA RASMI 1972)

TERHAD(Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan olehorganisasi / badan di mana penyelidikan dijalankan

TIDAK TERHAD Disahkan oleh

_____________________________________(TANDATANGAN PENULIS)

Alamat Tetap :NO.6282, JALAN NURI 15,BANDAR PUTRA, 81000KULAIJAYA, JOHOR D.T.

Tarikh : MEI 2011

_____________________________________(TANDATANGAN PENYELIA)

PROF. MADYA DR. AZIZI BIN YAHYANAMA PENYELIA

Tarikh : MEI 2011

Page 2: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · No. Kad Matrik : MP091238 No. Kad Pengenalan : 770208-01-5713 Tarikh : PENGHARGAAN Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Allah S.W.T

PENGESAHAN PENYELIA

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan

Ijazah Sarjana Pendidikan (Psikologi Pendidikan)”.

Tandatangan : ......................................................................

Nama Penyelia : PROF. MADYA DR.AZIZI BIN YAHYA

Tarikh :

Page 3: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · No. Kad Matrik : MP091238 No. Kad Pengenalan : 770208-01-5713 Tarikh : PENGHARGAAN Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Allah S.W.T

HUBUNGAN ANTARA KEMURUNGAN, KEBIMBANGAN SOSIAL DANPENGLIBATAN SOSIAL TERHADAP TINGKAH LAKU DEVIAN

REMAJA SEKOLAH MENENGAH DI DAERAH KULAIJAYA

SIRAJUDIN BIN SAPUAN

Tesis Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian

Daripada Syarat Penganugerahan Ijazah Sarjana Pendidikan

( Psikologi Pendidikan)

FAKULTI PENDIDIKANUNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

2011

Page 4: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · No. Kad Matrik : MP091238 No. Kad Pengenalan : 770208-01-5713 Tarikh : PENGHARGAAN Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Allah S.W.T

PENGAKUAN

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan

ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”

Tandatangan : ……………………………...

Nama Penulis : SIRAJUDIN BIN SAPUAN

No. Kad Matrik : MP091238

No. Kad Pengenalan : 770208-01-5713

Tarikh :

Page 5: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · No. Kad Matrik : MP091238 No. Kad Pengenalan : 770208-01-5713 Tarikh : PENGHARGAAN Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Allah S.W.T

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnia

dan keizinanNya, akhirnya dapatlah jua saya menyempurnakan kajian ini sebagai memenuhi

syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Pendidikan ini.

Penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga ditujukan khas kepada Prof.

Madya Dr. Azizi bin Yahya, selaku Penyelia Projek Sarjana ini. Di atas segala bimbingan,

dorongan, tunjuk ajar, teguran dan nasihat di sepanjang tempoh penulisan kajian ini, hanya

Allah S.W.T sahaja yang mampu membalasnya.

Ucapan penghargaan dan terima kasih juga saya tujukan kepada semua pensyarah

yang telah banyak memberikan ilmu dan panduan di sepanjang pengajian saya. Tanpa

kemurahan hati dari semua pihak, mungkin sukar bagi saya untuk mencapai ke tahap ini.

Terima kasih juga saya tujukan kepada pihak Kementerian Pelajaran Malaysia,

Jabatan Pelajaran Negeri Johor, Pejabat Pelajaran Daerah Kulaijaya, Pengetua sekolah-

sekolah menengah yang terlibat serta guru-guru dan pelajar-pelajar yang telah memberikan

kerjasama bagi menjayakan kajian ini.

Buat keluarga yang sentiasa memahami dan banyak memberi dorongan terutamanya

kepada ibu tersayang Hjh. Misirah binti Jamin, isteri tercinta Mas Adha binti Mohd Yusoff,

abang dan kakak serta rakan-rakan seperjuangan dan semua pihak yang terlibat secara

langsung dan tidak langsung dalam membantu saya menyempurnakan kajian ini.

Sekian, terima kasih.

Page 6: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · No. Kad Matrik : MP091238 No. Kad Pengenalan : 770208-01-5713 Tarikh : PENGHARGAAN Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Allah S.W.T

DEDIKASI

Khas buat arwah abah tersayang, Almarhum Hj Sapuan bin Hj Siraj dan

ibu tersayang Hjh. Misirah binti Jamin.

Doa restumu, asuhanmu dari kecil hingga aku mengenal dunia ilmuan,

nasihat yang tak pernah putus dari bibirmu,

juga bimbinganmu menjadi panduan dan azimatku

dalam menempuh ranjau perjalanan hidup ini...

Kini.. anakmu berjaya hingga ke tahap ini.

Untuk Isteri tercinta..Mas Adha binti Mohd Yusoff

Terima kasih atas sokongan dan doamu

Suka duka yang dikongsi bersama akan sentiasa diingati

Semoga kita sentiasa bersama selamanya..

Buat rakan-rakan seperjuangan dan insan-insan yang ku sayangi..

Segala jasa dan sokongan kalian amat dihargai

Semoga ukhwah yang terjalin ini berkekalan buat selamanya.

Kepada semua yang terlibat..

Terima kasih diucapkan atas segala bantuan dan sokongan kalian semua

Allah S.W.T jua yang membalas segala budi dan jasa kalian.

Page 7: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · No. Kad Matrik : MP091238 No. Kad Pengenalan : 770208-01-5713 Tarikh : PENGHARGAAN Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Allah S.W.T

ABSTRAK

Kajian diskriptif ini bertujuan untuk mengenalpasti hubungan antara

kemurungan, kebimbangan sosial, penglibatan sosial terhadap tingkah laku devian

remaja sekolah menengah di daerah Kulaijaya. Kajian ini memberikan tumpuan

kepada tiga aspek iaitu kemurungan, kebimbangan sosial dan penglibatan sosial

sebagai punca tingkah laku devian remaja. Disamping itu gaya asuhan ibu bapa turut

dilibatkan, samada dari jenis autoritarian, autoritatif dan permisif. Kemurungan,

kebimbangan sosial dan penglibatan sosial ini dilihat bagi mengukur tahap tinggi atau

rendahnya faktor tersebut menyumbang kepada tingkah laku devian remaja. Kajian

ini melibatkan 302 responden terdiri daripada remaja tingkatan empat di lima buah

sekolah menengah di daerah Kulaijaya, Johor. Soal selidik telah digunakan untuk

tujuan pengumpulan data. Jumlah kekerapan, min, sisihan piawai, korelasi pearson

dan regrasi digunakan untuk tujuan menganalisis data yang diperolehi. Data dianalisis

dengan menggunakan perisian SPSS 16 iaitu Statistical Package For The Social

Science. Kajian ini mendapati bahawa tidak ramai remaja di sekolah menengah di

daerah Kulaijaya yang terlibat dengan salah laku devian. Hasil kajian menunjukkan

hubungan yang signifikan di antara tahap hubungan kemurungan, kebimbangan sosial

dan penglibatan sosial dengan gaya asuhan ibu bapa jenis autoritarian, autoritatif dan

permisif. Manakala terdapat juga hubungan yang signifikan di antara tahap hubungan

kemurungan, kebimbangan sosial dan penglibatan sosial dan gaya asuhan ibu bapa

jenis autoritarian, autoritatif dan permisif dengan tingkah laku devian remaja sekolah

menengah. Beberapa cadangan telah dikemukakan kepada ibu bapa, guru dan

masyarakat terutamanya Persatuan Ibu Bapa Guru untuk membantu pelajar

mewujudkan persekitaran positif bagi mengelakkan remaja terjebak dengan tingkah

laku devian.

Page 8: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · No. Kad Matrik : MP091238 No. Kad Pengenalan : 770208-01-5713 Tarikh : PENGHARGAAN Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Allah S.W.T

ABSTRACT

This descriptive study aimed to identify the relationship between depression,

social anxiety, social involvement on adolescent deviant behavior of high school in

the district Kulaijaya. This study focuses on three aspects of depression, social

anxiety and social engagement as a cause of deviant behavior of adolescents. Besides

the style of upbringing their parents were involved, whether the type of authoritarian,

authoritative and permissive. Depression, social anxiety and social involvement is

seen to measure high or low levels of these factors contribute to adolescent deviant

behavior. The study involved 302 respondents consisting of four levels of adolescents

in five secondary schools in the area Kulaijaya, Johor. Questionnaires were used for

data collection purposes. Total frequency, mean, standard deviation, Pearson

correlation and regression are used for the purpose of analyzing the data. Data were

analyzed using SPSS Statistical Package For 16 of the Social Science. The study

found that not many young people in secondary schools in the area Kulaijaya

involved with deviant misconduct. The results showed a significant correlation

between the level of the relationship between depression, social anxiety and social

engagement with the style of parental care type of authoritarian, authoritative and

permissive. While there is a significant correlation between the level of the

relationship between depression, social anxiety and social engagement and parental

upbringing style type of authoritarian, authoritative, and permissive with deviant

behavior middle school youth. Several suggestions were made to parents, teachers

and the community, especially the Parent Teacher Association to help students create

a positive environment for teens to avoid stuck with deviant behavior.

Page 9: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · No. Kad Matrik : MP091238 No. Kad Pengenalan : 770208-01-5713 Tarikh : PENGHARGAAN Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Allah S.W.T

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

PENGESAHAN STATUS TESIS

PENGESAHAN PENYELIA

PENGAKUAN ii

PENGHARGAAN iii

DEDIKASI iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xvi

SENARAI RAJAH xix

SENARAI SINGKATAN xx

SENARAI LAMPIRAN xxi

Page 10: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · No. Kad Matrik : MP091238 No. Kad Pengenalan : 770208-01-5713 Tarikh : PENGHARGAAN Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Allah S.W.T

BAB 1 PENDAHULUAN

1.0 Pengenalan 1

1.1 Latar Belakang Masalah 6

1.2 Pernyataan Masalah 10

1.3 Objektif Kajian 12

1.4 Persoalan Kajian 13

1.5 Hipotesis Kajian 14

1.6 Rasional Kajian 14

1.7 Kepentingan Kajian 16

1.7.1 Ibu Bapa 16

1.7.2 Guru 17

1.7.3 Pengurusan Sekolah 17

1.7.4 Kaunselor Sekolah 18

1.7.5 Masyarakat 18

1.8 Skop Kajian 19

1.9 Batasan Kajian 19

1.10 Definisi Istilah 20

1.10.1 Tingkah Laku Devian 20

1.10.2 Kekerapan 22

1.10.3 Pelajar 23

1.10.4 Remaja 23

1.10.5 Tahap 25

1.10.6 Keluarga 25

1.10.7 Kemurungan 25

1.10.8 Kebimbangan Sosial 27

1.10.9 Penglibatan Sosial 28

1.10.10 Gaya Asuhan 29

1.10.11 Gaya Asuhan Autoritarian 30

1.10.12 Gaya Asuhan Autoritatif 31

1.10.13 Gaya Asuhan Permisif 33

1.10.14 Ibu Bapa (Keluarga) 34

1.11 Penutup 35

Page 11: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · No. Kad Matrik : MP091238 No. Kad Pengenalan : 770208-01-5713 Tarikh : PENGHARGAAN Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Allah S.W.T

BAB 2 TINJAUAN LITERATUR

2.0 Pengenalan 36

2.1 Teori-Teori Tingkah Laku Devian 39

2.1.1 Teori Kekecewaan Agresif (Sigmund Freud) 39

2.1.2 Teori Psikososial Erikson 40

2.1.3 Teori Pembelajaran Sosial (Albert Bandura) 41

2.2 Teori Pembelajaran Sosial sebagai Model Kajian 44

2.3 Kajian-kajian Lepas 48

2.3.1 Kajian Luar Negara 48

2.3.2 Kajian Dalam Negara 54

2.4 Tingkah Laku Devian 58

2.5 Tingkah Laku Ibu Bapa Remaja Devian 62

2.5.1 Penolakan 64

2.5.2 Pengasingan 65

2.5.3 Menakutkan 65

2.5.4 Sikap Tidak Peduli-Menolak Tindak Balas Emosi 66

2.5.5 Merasuah fikiran dan mengeksploitasi anak 66

2.6 Gaya Asuhan Ibu Bapa Remaja Devian 67

2.6.1 Gaya Asuhan Autoritarian 68

2.6.2 Gaya Asuhan Autoritatif 69

2.6.3 Gaya Asuhan Permisif 71

2.6.4 Gaya Asuhan Dan Hubungannya Dengan 72

Tingkah Laku Devian

2.7 Kerangka Konsep Kajian 74

2.8 Penutup 74

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

3.0 Pengenalan 76

3.1 Reka Bentuk Kajian 77

3.2 Tempat Kajian 78

3.3 Subjek Kajian 79

3.3.1 Populasi 79

Page 12: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · No. Kad Matrik : MP091238 No. Kad Pengenalan : 770208-01-5713 Tarikh : PENGHARGAAN Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Allah S.W.T

3.3.2 Sampel Kajian 79

3.4 Instrumen Kajian 81

3.4.1 Latar Belakang Responden dan Keluaraga 82

3.4.2 Soal Selidik Tahap Kemurungan 82

3.4.3 Soal Selidik Tahap Kebimbangan Sosial 83

3.4.4 Soal Selidik Tahap Penglibatan Sosial 84

3.4.5 Soal Selidik Jenis Gaya Asuhan Ibu Bapa 85

3.4.6 Soal Selidik Kekerapan Tingkah Laku Devian 86

Remaja

3.5 Prosedur Pengumpulan Data 87

3.6 Analisis Data 88

3.6.1 Min 89

3.6.2 Korelasi Pearson 89

3.6.3 Analisis Regrasi 90

3.7 Kajian Rintis 93

3.8 Penutup 94

BAB 4 DAPATAN KAJIAN

4.0 Pengenalan 95

4.1 Huraian Latar Belakang Responden 96

4.1.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 96

4.1.2 Taburan Responden Mengikut Bilangan 97

Adik Beradik

4.1.3 Taburan Responden Mengikut Kedudukan Dalam 98

Keluarga

4.1.4 Taburan Responden Berdasarkan Dengan Siapa 99

Mereka Tinggal

4.2 Huraian Latar Belakang Keluarga 99

4.2.1 Tahap Pendidikan Ibu dan Bapa Responden 100

4.2.2 Taburan Responden Mengikut Jenis Pekerjaan 101

Ibu Dan Bapa

4.2.3 Taburan Responden Mengikut Pendapatan Ibu 102

Dan Bapa

Page 13: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · No. Kad Matrik : MP091238 No. Kad Pengenalan : 770208-01-5713 Tarikh : PENGHARGAAN Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Allah S.W.T

4.3 Persoalan Kajian 103

4.3.1 Apakah Tahap Kemurungan Di Kalangan Remaja 103

Sekolah Menengah Di Daerah Kulaijaya

4.3.2 Apakah Tahap Kebimbangan Sosial Di Kalangan 106

Remaja Sekolah Menengah Di Daerah Kulaijaya

4.3.3 Apakah Tahap Penglibatan Sosial Di Kalangan 109

Remaja Sekolah Menengah Di Daerah Kulaijaya

4.3.4 Apakah Gaya Asuhan Ibu Bapa Jenis Autoritarian 113

Yang Utama Diamalkan Di Kalangan Remaja

Sekolah Menengah Di Daerah Kulaijaya

4.3.5 Apakah Gaya Asuhan Ibu Bapa Jenis Autoritatif 115

Yang Utama Diamalkan Di Kalangan Remaja

Sekolah Menengah Di Daerah Kulaijaya

4.3.6 Apakah Gaya Asuhan Ibu Bapa Jenis Permisif 118

Yang Utama Diamalkan Di Kalangan Remaja

Sekolah Menengah Di Daerah Kulaijaya

4.3.7 Apakah Faktor Fizikal Tingkah Laku Devian 121

Di Kalangan Remaja Sekolah Menengah

Di Daerah Kulaijaya

4.3.8 Apakah Faktor Verbal Tingkah Laku Devian 123

Di Kalangan Remaja Sekolah Menengah

Di Daerah Kulaijaya

4.3.9 Apakah Faktor Seksual Tingkah Laku Devian 124

Di Kalangan Remaja Sekolah Menengah

Di Daerah Kulaijaya

4.3.10 Apakah Faktor Anti Sosial Tingkah Laku Devian 126

Di Kalangan Remaja Sekolah Menengah

Di Daerah Kulaijaya

4.4 Pengujian Hipotesis 129

4.4.1 Tidak Terdapat Hubungan Yang Signifikan Antara 130

Kemurungan, Kebimbangan Sosial Dan

Penglibatan Sosial Dengan Gaya Asuhan Ibu Bapa

Jenis Autoritarian, Autoritatif Dan Permisif

Remaja Sekolah Menengah Di Daerah Kulaijaya

Page 14: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · No. Kad Matrik : MP091238 No. Kad Pengenalan : 770208-01-5713 Tarikh : PENGHARGAAN Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Allah S.W.T

Ho. 1.1 Tidak Terdapat Hubungan Yang Signifikan 130

Antara Kemurungan Dengan Gaya Asuhan

Ibu Bapa Jenis Autoritarian

Ho. 1.2 Tidak Terdapat Hubungan Yang Signifikan 131

Antara Kebimbangan Sosial Dengan Gaya

Asuhan Ibu Bapa Jenis Autoritarian

Ho. 1.3 Tidak Terdapat Hubungan Yang Signifikan 132

Antara Penglibatan Sosial Dengan Gaya

Asuhan Ibu Bapa Jenis Autoritarian

Ho. 1.4 Tidak Terdapat Hubungan Yang Signifikan 133

Antara Kemurungan Dengan Gaya Asuhan

Ibu Bapa Jenis Autoritatif

Ho. 1.5 Tidak Terdapat Hubungan Yang Signifikan 134

Antara Kebimbangan Sosial Dengan Gaya

Asuhan Ibu Bapa Jenis Autoritatif

Ho. 1.6 Tidak Terdapat Hubungan Yang Signifikan 135

Antara Penglibatan Sosial Dengan Gaya

Asuhan Ibu Bapa Jenis Autoritatif

Ho. 1.7 Tidak Terdapat Hubungan Yang Signifikan 136

Antara Kemurungan Dengan Gaya Asuhan

Ibu Bapa Jenis Permisif

Ho. 1.8 Tidak Terdapat Hubungan Yang Signifikan 137

Antara Kebimbangan Sosial Dengan Gaya

Asuhan Ibu Bapa Jenis Permisif

Ho. 1.9 Tidak Terdapat Hubungan Yang Signifikan 138

Antara Penglibatan Sosial Dengan Gaya

Asuhan Ibu Bapa Jenis Permisif

4.4.2 Tidak Terdapat Hubungan Yang Signifikan Antara 139

Kemurungan, Kebimbangan Sosial, Penglibatan

Sosial Dan Gaya Asuhan Ibu Bapa Jenis

Autoritarian, Autoritatif Dan Permisif Dengan

Tingkah Laku Devian Remaja Sekolah Menengah

Di Daerah Kulaijaya

Page 15: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · No. Kad Matrik : MP091238 No. Kad Pengenalan : 770208-01-5713 Tarikh : PENGHARGAAN Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Allah S.W.T

4.4.3 Tidak Terdapat Peramal Model Antara Tahap 146

Kemurungan, Kebimbangan Sosial, Penglibatan

Sosial Dan Gaya Asuhan Ibu Bapa Jenis

Autoritarian, Autoritatif Dan Permisif Dengan

Tingkah Laku Devian Remaja Sekolah Menengah

Di Daerah Kulaijaya

4.5 Penutup 147

BAB 5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

5.0 Pengenalan 148

5.1 Rumusan Dapatan Kajian 149

5.1.1 Latar Belakang Responden 150

5.1.2 Latar Belakang Keluarga 151

5.1.3 Perbincangan Tahap Kemurungan Di Kalangan 151

Remaja

5.1.4 Perbincangan Tahap Kebimbangan Sosial 153

Di Kalangan Remaja

5.1.5 Perbincangan Tahap Penglibatan Sosial 155

Di Kalangan Remaja

5.1.6 Perbincangan Hasil Kajian Gaya Asuhan Ibu Bapa 158

Yang Utama Diamalkan (Autoritarian,Autoritatif

Dan Permisif)

5.1.7 Perbincangan Tahap Tingkah Laku Devian 161

5.2 Hubungan Antara Kemurungan, Kebimbangan Sosial Dan 164

Penglibatan Sosial Dengan Gaya Asuhan Ibu Bapa Jenis

Autoritarian, Autoritatif Dan Permisif Remaja Sekolah

Menengah Di Daerah Kulaijaya

5.2.1 Tidak Terdapat Hubungan Yang Signifikan Antara 164

Kemurungan Dengan Gaya Asuhan Ibu Bapa Jenis

Autoritarian, Autoritatif Dan Permisif

5.2.2 Tidak Terdapat Hubungan Yang Signifikan Antara 165

Kebimbangan Sosial Dengan Gaya Asuhan

Page 16: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · No. Kad Matrik : MP091238 No. Kad Pengenalan : 770208-01-5713 Tarikh : PENGHARGAAN Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Allah S.W.T

Ibu Bapa Jenis Autoritarian, Autoritatif Dan

Permisif

5.2.3 Tidak Terdapat Hubungan Yang Signifikan Antara 166

Penglibatan Sosial Dengan Gaya Asuhan

Ibu Bapa Jenis Autoritarian, Autoritatif Dan

Permisif

5.2.4 Tidak Terdapat Sumbangan Antara Kemurungan, 167

Kebimbangan Sosial, Penglibatan Sosial Dan

Gaya Asuhan Ibu Bapa Jenis Autoritarian,

Autoritatif Dan Permisif Dengan Tingkah Laku

Devian Remaja Sekolah Menengah Di Daerah

Kulaijaya

5.3 Rumusan 169

5.4 Implikasi Kajian 170

5.5 Cadangan Pengkaji 172

5.6 Cadangan Kajian Lanjutan 175

5.7 Kesimpulan 176

RUJUKAN 178

LAMPIRAN

Page 17: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · No. Kad Matrik : MP091238 No. Kad Pengenalan : 770208-01-5713 Tarikh : PENGHARGAAN Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Allah S.W.T

SENARAI JADUAL

JADUAL TAJUK MUKA SURAT

Jadual 3.1 Taburan Sampel Bagi Setiap Tingkatan 78

Jadual 3.2 Jadual Penentuan Saiz Sampel Krejcie R.V dan

Morgan D.W (1970)

80

Jadual 3.3 Item-Item Kemurungan Skor Positif dan Negatif 83

Jadual 3.4 Item-Item Kebimbangan Sosial Skor Positif Dan

Negatif

84

Jadual 3.5 Item-Item Penglibatan Sosial Skor Positif Dan

Negatif

85

Jadual 3.6 Pembahagian Item Berdasarkan Corak Gaya

Asuhan Ibu Bapa

86

Jadual 3.7 Pembahagian Item Berdasarkan Kekerapan

Tingkah Laku Devian

87

Jadual 3.8 Tahap Min Untuk Skor 89

Jadual 3.9 Guilford’s Rule Of Thumbs 90

Jadual 3.10 Jadual Ringkasan Pengujian Statistik Objektif

Kajian

92

Jadual 4.1 Taburan Remaja Mengikut Jantina 97

Jadual 4.2 Taburan Responden Mengikut Bilangan Adik

Beradik

97

Jadual 4.3 Taburan Responden Mengikut Kedudukan Dalam

Keluarga

98

Page 18: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · No. Kad Matrik : MP091238 No. Kad Pengenalan : 770208-01-5713 Tarikh : PENGHARGAAN Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Allah S.W.T

Jadual 4.4 Taburan Responden Mengikut Dengan Siapa

Mereka Tinggal

99

Jadual 4.5 Tahap Pendidikan Ibu Dan Bapa Responden 101

Jadual 4.6 Taburan Responden Mengikut Pekerjaan Ibu Dan

Bapa

102

Jadual 4.7 Taburan Bilangan Dan Peratusan Responden

Mengikut Pendapatan Bapa

103

Jadual 4.8 Taburan Responden Mengikut Peratus Min Dan

Sisihan Piawai Bagi Tahap Kemurungan

105

Jadual 4.9 Taburan Responden Mengikut Peratus Min Dan

Sisihan Piawai Bagi Tahap Kebimbangan Sosial

108

Jadual 4.10 Taburan Responden Mengikut Peratus Min Dan

Sisihan Piawai Bagi Tahap Penglibatan Sosial

112

Jadual 4.11 Taburan Responden Mengikut Peratus Min Dan

Sisihan Piawai Bagi Jenis Autoritarian Yang

Utama Diamalkan Di Kalangan Remaja Sekolah

Menengah Di Daerah Kulaijaya

114

Jadual 4.12 Taburan Responden Mengikut Peratus Min Dan

Sisihan Piawai Bagi Jenis Autoritatif Yang

Utama Diamalkan Di Kalangan Remaja Sekolah

Menengah Di Daerah Kulaijaya

117

Jadual 4.13 Taburan Responden Mengikut Peratus Min Dan

Sisihan Piawai Bagi Jenis Permisif Yang Utama

Diamalkan Di Kalangan Remaja Sekolah

Menengah Di Daerah Kulaijaya

120

Jadual 4.14 Taburan Responden Mengikut Peratus Min Dan

Sisihan Piawai Bagi Faktor Fizikal Tingkah Laku

Devian Di Kalangan Remaja Sekolah Menengah

Di Daerah Kulaijaya

122

Jadual 4.15 Taburan Responden Mengikut Peratus Min Dan

Sisihan Piawai Bagi Faktor Verbal Tingkah Laku

Devian Di Kalangan Remaja Sekolah Menengah

Di Daerah Kulaijaya

124

Page 19: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · No. Kad Matrik : MP091238 No. Kad Pengenalan : 770208-01-5713 Tarikh : PENGHARGAAN Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Allah S.W.T

Jadual 4.16 Taburan Responden Mengikut Peratus Min Dan

Sisihan Piawai Bagi Faktor Seksual Tingkah

Laku Devian Di Kalangan Remaja Sekolah

Menengah Di Daerah Kulaijaya

126

Jadual 4.17 Taburan Responden Mengikut Peratus Min Dan

Sisihan Piawai Bagi Faktor Anti Sosial Tingkah

Laku Devian Di Kalangan Remaja Sekolah

Menengah Di Daerah Kulaijaya

128

Jadual 4.18 Hubungan Antara Kemurungan Dengan

Autoritarian

130

Jadual 4.19 Hubungan Antara Kebimbangan Sosial Dengan

Autoritarian

131

Jadual 4.20 Hubungan Antara Penglibatan Sosial Dengan

Autoritarian

132

Jadual 4.21 Hubungan Antara Kemurungan Dengan

Autoritatif

133

Jadual 4.22 Hubungan Antara Kebimbangan Sosial Dengan

Autoritatif

134

Jadual 4.23 Hubungan Antara Penglibatan Sosial Dengan

Autoritatif

135

Jadual 4.24 Hubungan Antara Kemurungan Dengan Permisif 136

Jadual 4.25 Hubungan Antara Kebimbangan Sosial Dengan

Permisif

137

Jadual 4.26 Hubungan Antara Penglibatan Sosial Dengan

Permisif

138

Jadual 4.27 Keputusan Analisis Regrasi Berganda Bagi

Kemurungan, Kebimbangan Sosial, Penglibatan

Sosial, Autoritarian, Autoritatif Dan Permisif

Dengan Tingkah Laku Devian

142

Jadual 4.28 Keputusan Analisis Regrasi Berganda Bagi

Sumbangan Kemurungan, Kebimbangan Sosial,

Penglibatan Sosial, Autoritarian, Autoritatif Dan

Permisif Dengan Tingkah Laku Devian

145

Page 20: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · No. Kad Matrik : MP091238 No. Kad Pengenalan : 770208-01-5713 Tarikh : PENGHARGAAN Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Allah S.W.T

SENARAI RAJAH

RAJAH TAJUK MUKA SURAT

Rajah 2.1 Konsep Determinisme Timbal Balik Dalam Teori

Pembelajaran Sosial

45

Rajah 2.2 Model Kajian Pembelajaran Sosial Bandura 74

Rajah 4.1 Model Peramal Tahap Kemurungan, Kebimbangan

Sosial, Penglibatan Sosial, Autoritarian, Autoritatif

dan Permisif Terhadap Tingkah Laku Devian

147

Page 21: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · No. Kad Matrik : MP091238 No. Kad Pengenalan : 770208-01-5713 Tarikh : PENGHARGAAN Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Allah S.W.T

SENARAI SINGKATAN

PIPP - Pelan Induk Pembangunan Pendidikan

HUKM - Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia

WHO - Pertubuhan Kesihatan Sedunia

MPA - Persatuan Psikitrik Malaysia

SFPQ - Six Factors Personality Questionaire

FACES - Family Adaptability and Cohesion Scale

PBI - Parental Behaviour Inventory

JEPI - Junior Eysenck Personaliti

SPSS - Statistical Package For The Social Science

PMR - Penilaian Menengah Rendah

Page 22: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · No. Kad Matrik : MP091238 No. Kad Pengenalan : 770208-01-5713 Tarikh : PENGHARGAAN Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Allah S.W.T

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A BORANG SOAL SELIDIK 195

B SURAT KEBENARAN KEMENTERIAN

PELAJARAN MALAYSIA

204

C SURAT KEBENARAN JABATAN

PELAJARAN JOHOR

205

D SURAT PENGESAHAN STATUS

PELAJAR

206

Page 23: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · No. Kad Matrik : MP091238 No. Kad Pengenalan : 770208-01-5713 Tarikh : PENGHARGAAN Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Allah S.W.T

BAB 1

PENDAHULUAN

1.0 Pengenalan

Pendidikan wajib di sekolah rendah dan sekolah menengah merupakan suatu perkara

yang mesti dilalui oleh setiap remaja yang bergelar pelajar. Hal ini bertepatan dengan tujuan

dan penegasan yang telah dinyatakan sebagaimana di dalam Falsafah Pendidikan

Kebangsaan iaitu untuk melahirkan masyarakat yang berilmu pengetahuan dan berakhlak

mulia. Falsafah Pendidikan Kebangsaan 1988 ada menyatakan bahawa ”Pendidikan di

Malaysia adalah suatu usaha yang berterusan ke arah memperkembang lagi potensi individu

secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis

dari segi intelek, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.

Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan,

berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai

kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran

masyarakat dan negara” (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2003).

Page 24: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · No. Kad Matrik : MP091238 No. Kad Pengenalan : 770208-01-5713 Tarikh : PENGHARGAAN Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Allah S.W.T

Dalam Rancangan Malaysia ke-9, kerajaan telah memperkenalkan Pelan Induk

Pembangunan Pendidikan (PIPP) bagi mendasari perancangan lima tahun pendidikan negara

bermula pada tahun 2006 hingga 2010. Ianya ini adalah meneruskan kesinambungan Pelan

Pembangunan Pendidikan 2001 hingga 2010. PIPP ini berpaksikan kepada enam teras

utama. Pada teras keduanya diharapkan dapat melahirkan modal insan yang berminda kelas

pertama. Matlamat ini merupakan salah satu kunci utama untuk membolehkan negara

mencapai Wawasan 2020. Justeru itu, golongan pelajarlah yang bakal mendepani cabaran

serta tekanan besar menuju abad ke-21.

Pelajar yang juga remaja pada masa ini adalah merupakan generasi yang bakal

mewarisi negara pada masa akan datang. Pelbagai harapan diletakkan di bahu mereka supaya

menjadi individu yang berguna serta mampu menyumbang ke arah kesejahteraan negara

secara keseluruhannya. Namun pada realitinya, sejak akhir-akhir ini pelbagai pihak mula

menaruh kebimbangan tentang berbagai-bagai gejala sosial yang melanda pelajar remaja. Ini

seterusnya meruntuhkan akhlak anak-anak remaja masa kini.

Perkara yang selama ini membimbangkan semua pihak telah mula dirasai. Jumlah

kadar jenayah dan masalah sosial yang semakin meningkat, khususnya di kalangan pelajar

remaja sekolah bukan sahaja membimbangkan ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang

bersekolah, tetapi ia turut memberi impak terhadap kredibiliti sekolah sebagai agen kawalan

sosial yang seharusnya berperanan dalam pembentukan moral dan tingkah laku generasi

muda (Steven Box, 1987).

Menurut Sabitha & Mahmood (1995), menyatakan bahawa hampir setiap hari ada

sahaja salah laku remaja berlaku, baik dalam bentuk yang sekecil-kecilnya iaitu seperti

ponteng sekolah, melawan guru dan sebagainya hinggalah kepada salah laku yang lebih

serius seperti pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan yang akhirnya akan mewujudkan

pelbagai gejala sosial seperti bersekedudukan, lari dari rumah, bohsia, bohjan dan akhirnya

membawa kepada perlakuan pengguguran dan pembuangan bayi

Page 25: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · No. Kad Matrik : MP091238 No. Kad Pengenalan : 770208-01-5713 Tarikh : PENGHARGAAN Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Allah S.W.T

Penglibatan sosial remaja yang tidak terkawal turut memainkan peranan dalam

keruntuhan moral dan tingkah laku remaja. Ibu bapa tidak mengambil berat terhadap anak-

anak dan hanya beranggapan bahawa cukup baginya menyediakan tempat tinggal, makan

minum, pakaian dan kewangan kepada anak-anak mereka. Manakala tugas mendidik dan

mengasuh anak-anak mereka adalah terletak di bawah tanggungjawab pihak guru dan

sekolah. Ini menyebabkan pihak sekolah tidak mampu untuk mengawal pelajar mereka yang

begitu ramai. Apabila keadaan tidak dapat dikawal, maka wujudlah masalah disiplin

dikalangan pelajar, seterusnya meningkatkan lagi masalah tingkah laku devian dari pelajar

terbabit.

Menurut Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979 telah menjelaskan bahawa disiplin

bermakna kesanggupan seseorang untuk melakukan sesuatu dengan tertib, menghormati hak

orang lain, mengamalkan tingkah laku yang baik dan tidak mengganggu kepentingan orang

lain (Abdullah Sani, 2006 : 1). Ini bermakna untuk membentuk dan menghasilkan modal

insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang haruslah mengambil kira pengawalan dan

latihan disiplin di kalangan pelajar, kerana merekalah pewaris generasi akan datang.

Menurut Pakar Perunding Psikitrik Kanak-kanak dan Remaja Hospital Universiti

Kebangsaan Malaysia (HUKM) Zasmani Shafiee (2003), negara kini sedang berhadapan

dengan satu persoalan tentang tahap kelangsungan hidup generasi hari ini. Beliau

mendedahkan pada tahun 2002 saja, unit psikitrik kanak-kanak dan remaja HUKM menerima

sebanyak 1550 pesakit yang mengalami pelbagai masalah emosi dan tingkah laku. Kanak-

kanak dan remaja berkenaan berusia antara 10 hingga 16 tahun dan mengalami pelbagai

bentuk masalah seperti kemurungan, tingkah laku buruk dan sentiasa berada dalam

kebimbangan. (Utusan Malaysia, 11 Oktober, 2003).

Menurut Nor Hamidah (1998), kemurungan adalah sejenis penyakit seluruh badan

dan emosi kerana memberi kesan terhadap pemikiran, anggota badan dan perasaan dan

mempengaruhi cara berfikir, mengenal diri kita sendiri atau hal-hal lain (Berita Minggu, 4

Oktober,1998).

Page 26: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · No. Kad Matrik : MP091238 No. Kad Pengenalan : 770208-01-5713 Tarikh : PENGHARGAAN Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Allah S.W.T

Berdasarkan DSM-IV (1994) pula, kemurungan di kalangan kanak-kanak dan remaja

lebih kepada keadaan mudah marah berbanding dengan kesedihan. Selain itu, seseorang

individu itu juga akan mengalami sekurang-kurangnya empat simptom-simptom tambahan.

Ini termasuklah perubahan selera makan atau berat badan, tidur dan aktiviti psikomotor.

Pengurangan tenaga, merasa tidak berharga dan bersalah, kesukaran untuk berfikir,

penumpuan ataupun membuat keputusan ataupun pemikiran yang berulang-ulang tentang

kematian atau keinginan, merancang dan cubaan untuk membunuh diri.

Kini kemurungan telah dikenal pasti sebagai salah satu daripada kategori penyakit

mental atau kecelaruan yang biasanya muncul dan berlaku secara kerap semasa remaja

(Burke, Regier & Rae,1990; Giaconia et. Al, 1994). Sebelum ini kemurungan hanyalah

dirujuk sebagai sebahagian daripada ”storm and stress” di kalangan remaja (Strober, 1986).

Secara umumnya, devian adalah tingkah laku yang melanggar peraturan atau

bertingkah laku yang tidak dapat diterima oleh masyarakat. Pelajar-pelajar remaja yang

melanggar norma masyarakat setempat atau pun dalam institusi sekolah ini dikategorikan

sebagai bertingkah laku devian. Mereka bukan sekadar nakal dengan menghisap rokok,

ponteng sekolah, melawan guru, vandalisme, bergaduh sesama sendiri, malah turut terlibat

dengan pelbagai salah laku yang lebih hebat lagi seperti menganggotai kumpulan samseng

atau gengsterisme, lari dari rumah, seks bebas, membuang bayi dan seumpamanya. Selain

itu, ada antara mereka juga begitu nekad dan berani melakukan jenayah berat seperti

membunuh, samun, merogol, pelacuran, judi, penyalahgunaan dadah , minum minuman

keras, terbabit video lucah dan sebagainya (Regoli dan Hewitt, 1991).

Bandura dan Walters (1959), mendapati bahawa remaja yang devian dan agresif

berasal daripada keluarga yang mengamalkan corak disiplin yang terlalu ketat. Ibu bapa dari

keluarga sebegini sering menggunakan hukuman fizikal secara berlebihan sebagai cara untuk

mendisiplinkan anak-anak. Di samping itu corak gaya asuhan yang terlalu longgar juga turut

dikatakan menjadi faktor remaja bertingkah laku devian. Keluarga sebegini biasanya tidak

mengambil peduli tentang apa yang dilakukan oleh anak-anak mereka dan membiarkan

Page 27: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · No. Kad Matrik : MP091238 No. Kad Pengenalan : 770208-01-5713 Tarikh : PENGHARGAAN Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Allah S.W.T

sahaja anak-anak bertindak sesuka hati tanpa sebarang sekatan. Perkembangan remaja amat

dipengaruhi oleh persekitarannya. Persekitaran yang terdekat dan terpenting buat remaja

ialah keluarga mereka.

Mengikut Hoffman (1996), keluarga telah membentuk personaliti seseorang sejak

kecil dan terus memberikan pengaruh yang amat besar kepada tingkah laku, sikap dan

pemikiran seseorang dalam alam dewasa. Kajian-kajian terdahulu di Malaysia dan di barat

telah menunjukkan bahawa hubungan kekeluargaan yang baik telah dikaitkan dengan

kesejahteraan hidup remaja dari aspek-aspek kepuasan hidup, konsep kendiri, tingkah laku

seks, dan pencapaian akademik (Fatanah, 1997). Freud (1953), pula merujuk keluarga

sebagai kombinasi ibu dan bapa yang tinggal serumah atau pun lebih anak (Fontana, 1981).

1.1 Latar Belakang Masalah

Remaja adalah suatu kelompok masyarakat yang bakal meneruskan kesinambungan

masa depan bagi sesebuah negara. Golongan inilah yang bakal memimpin negara. Peranan

golongan ini pada hari ini tidak boleh dinafikan. Mereka bakal memegang tampuk

pemerintahan, penggerak ekonomi dan pembangun generasi hadapan. Untuk itu, mereka

perlu dibentuk untuk menjadi insan yang berilmu pengetahuan serta berdisiplin bermula dari

sekarang.

Dalam usaha untuk menyediakan generasi yang berilmu pengetahuan ini, berbagai-

bagai masalah sosial dan disiplin yang telah mendatangi golongan remaja ini. Hal ini sangat

membimbangkan banyak pihak. Bahkan ianya malah semakin meruncing. Bermacam-

macam berita yang telah mengejutkan semua pihak telah terpampang di dada-dada akhbar

melalui media cetak serta berita di laman web atau internet melalui media elektronik atau di

kaca-kaca televisyen. Mahu tidak mahu, semua golongan perlu sedar bahawa remaja pada

hari ini telah dihujani dengan berrbagai jenis masalah sosial, keruntuhan akhlak dan

kemerosotan disiplin. Jika sekiranya perkara ini tidak diatasi, dikuatiri akan mengundang

Page 28: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · No. Kad Matrik : MP091238 No. Kad Pengenalan : 770208-01-5713 Tarikh : PENGHARGAAN Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Allah S.W.T

pelbagai masalah dan implikasi yang boleh meruntuhkan kestabilan sesebuah negara dalam

usahanya melahirkan masyarakat yang produktif dan berdaya maju.

Beberapa kesalahan disiplin yang sering menjadi sorotan samada pihak sekolah

mahupun di peringkat kementerian adalah merupakan kesalahan yang melibatkan masalah

ponteng sekolah, ponteng kelas dan melanggar peraturan sekolah. Masalah ponteng banyak

melibatkan pelajar menengah berbanding sekolah rendah. Menurut Datuk Mahadzir Mohd

Khir, masalah disiplin memang dikesan lebih ketara berlaku dalam kalangan pelajar

peringkat menengah terutama bagi mereka yang bersekolah di kawasan bandar dan juga di

pinggir bandar. Beliau juga berkata, bilangan yang terlibat dalam gejala ini merangkumi

34628 pelajar di negara ini termasuk sekolah rendah dan menengah pada tahun 2001.

Daripada pelajar yang dikenal pasti terbabit dengan masalah ponteng sekolah, beliau berkata,

kira-kira 97% adalah dari kalangan pelajar lelaki dan 3% pula adalah dari pelajar perempuan

(Rohaniza Idris,2001).

Jika masalah ponteng hanya melibatkan masalah pelajar yang tidak mahu ke sekolah

atau tidak hadir tanpa sebarang sebab. Ini tidaklah begitu membimbangkan. Akan tetapi

masalah disiplin ini akan terus merebak kepada masalah yang lain pula. Kini, pelajar sudah

berani menyimpan perasaan dendam terhadap guru-guru terutamanya kepada guru-guru

disiplin. Mereka mula berani menggunakan kekerasan seperti kejadian memukul guru yang

berlaku di sebuah sekolah di daerah Kota Tinggi di mana seorang guru lelaki telah dipukul

dengan menggunakan topi keledar oleh dua orang pelajar sehingga guru tersebut terperosok

ke dalam longkang di luar kawasan sekolah. Kejadian ini berlaku di jalan Bukit Seri Lalang

yang mengakibatkan kecederaan di belakang kepala dan bengkak tangan kirinya (Mohd

Ramzi Sonny dan Ahmad Othman, 2001).

Kemelut disiplin dan keruntuhan moral dalam kalangan pelajar belum ada jalan

penyelesaiannya walaupun masalah ini telah lama disedari ketara di sekolah. Bukan sekadar

ponteng dan memukul pelajar, merokok juga merupakan masalah yang semakin. Tangkapan

demi tangkapan dilakukan oleh pihak sekolah, tetapi masalah disiplin ini tetap menjadi

fenomena yang sukar dibendung. Kecenderungan pelajar bukanlah sekadar merokok sahaja,

Page 29: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · No. Kad Matrik : MP091238 No. Kad Pengenalan : 770208-01-5713 Tarikh : PENGHARGAAN Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Allah S.W.T

ada diantaranya melibatkan diri dengan penyalahgunaan dadah. Ini amatlah membimbangkan

sekali.

Menurut Hall (1904), remaja adalah masa yang penuh dengan kekeliruan, kesedihan

dan konflik. Oleh itu, adalah penting bagi orang dewasa khususnya ibu bapa, pendidik dan

ahli masyarakat untuk mengikuti perkembangan remaja. Mereka wajar membantu remaja

agar mengelakkan diri dari terjebak dengan kegiatan yang negatif. Pelajar-pelajar remaja ini

akan mudah terpengaruh dan suka mengabaikan pelajaran jika tidak dikawal atau mereka

kurang mendapat perhatian. Akhirnya ini akan menghasilkan remaja yang tidak produktif

seperti mereka akan melepak, mencuri, ponteng sekolah dan terlibat dengan pelbagai gejala

sosial yang lain.

Perkembangan remaja adalah dipengaruhi oleh persekitarannya. Persekitaran yang

terdekat dan terpenting buat remaja adalah keluarga mereka. Mengikut Hoffman (1996),

keluarga telah membentuk personaliti seseorang sejak kecil dan terus memberikan pengaruh

yang amat besar kepada tingkah laku, sikap dan pemikiran seseorang dalam alam dewasa.

Kajian-kajian terdahulu di Malaysia dan di barat telah menunjukkan bahawa apabila

hubungan kekeluargaan itu baik, maka kehidupan remaja itu akan baik dari aspek-aspek

kepuasan hidup, konsep kendiri, tingkah laku seks dan pencapaian akademik (Fatanah,1997).

Hasil kajian ”Gengsterisme di sekolah menengah harian” oleh Bahagian Penyelidikan

Dasar Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia amat membimbangkan. Angka 459

daripada 1560 buah sekolah menengah harian sebagai berisiko tinggi, iaitu terdedah kepada

pelbagai masalah gangsterimsme. Diantaranya termasuklah salah laku yang serius seperti

peras ugut, salah laku dadah, mencabul kehormatan, pelacuran, mencuri, berjudi,

menceroboh dan membawa senjata. Pada keseluruhannya tahap gangsterisme di kalangan

pelajar masih boleh dikawal sekiranya tindakan tegas secara bersepadu dilaksanakan.

Masalah gengsterisme bukan sahaja masalah pelajar, tetapi juga merupakan masalah kepada

masyarakat dan negara. Sesungguhnya masalah ini perlu segera untuk ditangani oleh semua

pihak terutamanya ibu bapa.

Page 30: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · No. Kad Matrik : MP091238 No. Kad Pengenalan : 770208-01-5713 Tarikh : PENGHARGAAN Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Allah S.W.T

Kekurangan komunikasi yang berkesan dan kasih sayang dalam keluarga juga turut

memainkan peranan dalam pembentukkan personaliti devian pelajar. Sigurdsson dan rakan-

rakan (1996) dan Sokol-Katz dan rakan-rakan (1997) menekankan bahawa perkembangan

personaliti negatif dan tingkah laku devian adalah hasil daripada kegagalan dalam ikatan

perkahwinan.

Kegagalan ibu bapa dalam mendisiplinkan anak-anak juga dilihat sebagai salah satu

faktor berlakunya tingkah laku devian. Latar belakang tingkah laku devian anti sosial adalah

kesan daripada kekurangan, ketidaksesuaian atau kawalan disiplin yang tidak konsisten

semasa kanak-kanak (Jacobvitz et al., 1996). Kebanyakan tingkah laku anti sosial remaja

juga berpunca daripada kegagalan cara gaya keibubapaan dan pengurusan keluarga

(Jacobvitz et al., 1996, Vuchinich, 1992).

Menurut Phares dan Compas (1992), menyatakan bahawa ibu bapa juga didapati

banyak menyumbang kepada masalah tingkah laku anak-anak, iaitu gagal menunjukkan

tingkah laku yang baik di hadapan anak-anak mereka, di samping mengabaikan ajaran

agama. Contohnya, anak-anak yang mempunyai ibu bapa yang mengambil alkohol dan

mengalami kekecewaan didapati lebih bermasalah tingkah laku berbanding ibu bapa yang

tidak mengambil alkohol dan sihat.

Menurut Hassan Mohd Ali (1997), anak-anak khasnya remaja pada abad ke-21 ini

mudah terdedah dengan pelbagai bentuk pengaruh. Dalam dunia yang disebut sebagai

”Borderless world” ini banyak menyuntik unsur-unsur yang positif mahu pun yang negatif.

Anak-anak lebih mudah tertawan dengan program yang membunuh sahsiah berbanding

dengan program yang menghidupkan peribadinya.

Secara tidak langsung, ini memberikan tamparan yang hebat kepada ibu bapa. Ibu

bapa harus membimbing individu mengenali diri sendiri sebagai insan dalam alam sosial.

Masalah berkaitan dengan sosial remaja banyak berpunca daripada hubungan antara ibu bapa

dengan remaja itu sendiri. Sejumlah besar remaja menyalahkan ibu bapa. Kesibukan urusan

Page 31: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · No. Kad Matrik : MP091238 No. Kad Pengenalan : 770208-01-5713 Tarikh : PENGHARGAAN Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Allah S.W.T

kerja menyebabkan kekurangan agihan masa. Kasih sayang yang mereka harapkan diganti

dengan kemewahan dan wang ringgit.

Ibu bapa pula menafikan kenyatan ini dan menyalahkan pihak lain sama ada ini

disebabkan faktor ego dengan kedudukan mereka atau persepsi mereka terhadap golongan

remaja yang dikategorikan sebagai golongan yang masih mentah. Bgaimanapun tugas

tersebut nampaknya telah diserahkan bulat-bulat kepada pembantu rumah atau pihak sekolah.

Dengan berbuat demikian, mereka mengharapkan akhlak, personaliti dan kendiri anak

mereka dapat dibentuk dengan sebaik mungkin. Akibatnya, mereka mengundang gejala

sosial dalam kalangan remaja.

Oleh itu, cara bagaimana ibu bapa perlu memainkan peranan dalam membentuk dan

mendidik remaja terletak di tangan mereka sendiri. Hubungan dan ikatan mesra antara ibu

bapa dan anak-anak remaja adalah penting dalam pembentukkan sahsiah dan moral serta

tingkah laku remaja. Ibu bapa juga perlu memberikan kasih sayang , agar mereka sentiasa

merasakan dirinya disayangi dan dihargai. Selain itu, aspek asuhan dan didikan disiplin turut

perlu diberikan penekanan yang sewajarnya dalam hal-hal pengsosialisasian anak-anak agar

mereka menjadi individu yang berfikikan positif.

1.2 Pernyataan Masalah

Kadar peningkatan tingkah laku devian di kalangan pelajar sejak akhir-akhir ini

merupakan fenomena yang amat membimbangkan semua pihak. Peningkatan yang ketara ini

membayangkan bahawa sebahagian pelajar kini sedang mengalami masalah

gejala sosial yang melambangkan keruntuhan akhlak mereka. Melihat kepada masalah ini,

tindakan dan pengawalan aktiviti pelajar sudah dirasakan amat perlu bagi membendung

fenomena ini dari terus meningkat pada masa-masa akan datang.

Page 32: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · No. Kad Matrik : MP091238 No. Kad Pengenalan : 770208-01-5713 Tarikh : PENGHARGAAN Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Allah S.W.T

Gejala keruntuhan akhlak dan tingkah laku devian di kalangan pelajar seringkali

dikaitkan dengan tahap kemurungan, tahap kebimbangan sosial, tahap penglibatan sosial dan

jenis gaya asuhan ibu bapa yang utama diamalkan. Di samping itu juga, gejala-gejala sosial

yang melanda remaja masa kini juga sering dianggap sebagai satu maneifestasi.

Kajian-kajian yang telah dilakukan menunjukkan bahawa persekitaran keluarga

memainkan peranan yang penting dalam proses pengsosialisasian remaja iaitu sikap, nilai

dan sistem kepercayaan akan diterapkan ke dalam minda pelajar. Selain itu, persekitaran

keluarga juga menjadi medan kepada proses perkembangan emosi, kognitif dan sosial setiap

ahli di dalamnya. Kajian oleh Sham Sani Salleh (1994) menyatakan bahawa tingkah laku

devian dan anti sosial turut dikaitkan dengan tingkah laku dan struktur keluarga itu sendiri.

Mengikut Hoffman (1996), keluarga telah membentuk personaliti seseorang sejak kecil dan

terus memberikan pengaruh yang amat besar kepada tingkah laku, sikap dan pemikiran

seseorang dalam alam dewasa.

Kajian ini cuba memfokuskan kepada sejauh manakah hubungan antara kemurungan,

kebimbangan sosial dan penglibatan remaja ini mempengaruhi tingkah laku devian

khususnya pelajar. Adakah eleman-eleman di dalam gaya asuhan ibu bapa juga turut

mempengaruhi tingkah laku remaja. Ini kerana, setiap keluarga mengamalkan corak asuhan

dan pemantauan tersendiri yang berbeza terhadap ahlinya dan dengan ini akan memberi

impak terhadap sahsiah dan moral para remaja dan pelajar berkenaan. Kajian ini juga turut

meninjau sejauh manakah corak gaya asuhan tertentu mempengaruhi pelajar bertingkah laku

devian.

1.3 Objektif Kajian

Objektif umum kajian ini adalah untuk mengkaji perkaitan antara tahap kemurungan,

kebimbangan sosial, penglibatan sosial, jenis gaya asuhan ibu bapa dan faktor tingkah laku

devian remaja sekolah menengah di daerah Kulaijaya. Oleh sebab itu, kajian ini

menumpukan kepada beberapa objektif utama iaitu :

Page 33: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · No. Kad Matrik : MP091238 No. Kad Pengenalan : 770208-01-5713 Tarikh : PENGHARGAAN Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Allah S.W.T

1.3.1 Mengenal pasti tahap kemurungan di kalangan remaja sekolah menengah di daerah

Kulaijaya.

1.3.2 Mengenal pasti tahap kebimbangan sosial di kalangan remaja sekolah menengah di

daerah Kulaijaya.

1.3.3 Mengenal pasti tahap penglibatan sosial di kalangan remaja sekolah menengah di

daerah Kulaijaya.

1.3.4 Mengenal pasti jenis gaya asuhan ibu bapa yang utama diamalkan di kalangan remaja

sekolah menengah di daerah Kulaijaya.

1.3.5 Mengenal pasti faktor tingkah laku devian di kalangan remaja sekolah menengah di

daerah Kulaijaya.

1.3.6 Mengenal pasti sama ada terdapat hubungan yang signifikan antara kemurungan,

kebimbangan sosial dan penglibatan sosial dengan gaya asuhan ibu bapa jenis

autoritarian, autoritatif dan permisif remaja sekolah menengah di daerah Kulaijaya.

1.3.7 Mengenal pasti sama ada terdapat hubungan yang signifikan antara kemurungan,

kebimbangan sosial, penglibatan sosial dan gaya asuhan ibu bapa jenis autoritarian,

autoritatif dan permisif dengan tingkah laku devian remaja sekolah menengah di

daerah Kulaijaya.

1.4 Persoalan Kajian

Berdasarkan objektif yang telah dinyatakan beberapa persoalan kajian dapat di kenal

pasti iaitu :

1.4.1 Apakah tahap kemurungan di kalangan remaja sekolah menengah di daerah

Kulaijaya?

Page 34: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · No. Kad Matrik : MP091238 No. Kad Pengenalan : 770208-01-5713 Tarikh : PENGHARGAAN Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Allah S.W.T

1.4.2 Apakah tahap kebimbangan sosial di kalangan remaja sekolah menengah di daerah

Kulaijaya?

1.4.3 Apakah tahap penglibatan sosial di kalangan remaja sekolah menengah di daerah

Kulaijaya?

1.4.4 Apakah tahap gaya asuhan ibu bapa yang utama diamalkan di kalangan remaja

sekolah menengah di daerah Kulaijaya?

1.4.5 Apakah faktor tingkah laku devian di kalangan remaja sekolah menengah di daerah

Kulaijaya?

1.4.6 Adakah terdapat hubungan yang signifikan antara kemurungan, kebimbangan sosial

dan penglibatan sosial dengan gaya asuhan ibu bapa jenis autoritarian, autoritatif dan

permisif remaja sekolah menengah di daerah Kulaijaya?

1.4.7 Adakah terdapat hubungan yang signifikan antara kemurungan, kebimbangan sosial,

penglibatan sosial dan gaya asuhan ibu bapa jenis autoritarian, autoritatif dan permisif

dengan tingkah laku devian remaja sekolah menengah di daerah Kulaijaya?

1.5 Hipotesis Kajian

Hipotesis null yang dibentuk untuk mencapai objektif kajian adalah seperti berikut:

1.5.1 Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara kemurungan, kebimbangan sosial dan

penglibatan sosial dengan gaya asuhan ibu bapa jenis autoritarian, autoritatif dan

permisif remaja sekolah menengah di daerah Kulaijaya.

1.5.2 Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara kemurungan, kebimbangan sosial,

penglibatan sosial dan gaya asuhan ibu bapa jenis autoritarian, autoritatif dan permisif

dengan tingkah laku devian remaja sekolah menengah di daerah Kulaijaya.

Page 35: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · No. Kad Matrik : MP091238 No. Kad Pengenalan : 770208-01-5713 Tarikh : PENGHARGAAN Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Allah S.W.T

1.6 Rasional Kajian

Kemelut masalah sosial yang melanda pelajar remaja pada masa kini adalah semakin

berat dan perlu diambil serius oleh semua pihak. Sekiranya perkara ini tidak ditangani

dengan segera, kemungkinan besar apa yang diharapkan kepada mereka sebagai golongan

penerus bangsa dan negara akan terkubur dengan begitu sahaja. Masalah tingkah laku devian

di kalangan remaja ini memberikan satu tamparan yang hebat kepada pihak sekolah terutama

sekali apabila ianya menggangu gugat kelancaran perjalanan proses pengajaran dan

pembelajaran di kelas disebabkan tingkah laku mereka.

Melihat dari masalah ini, tingkah laku devian di kalangan pelajar ini perlu dibendung

dari peringkat awal lagi iaitu sewaktu di peringkat sekolah rendah lagi. Dengan harapan agar

pelajar ini mempunyai kekuatan jati diri sebelum melangkah ke sekolah menengah. Ini

disebabkan pada masa kini, isu dan permasalahan yang melanda pelajar remaja ini sangatlah

membimbangkan. Terutama yang melibatkan pelajar remaja di sekolah menengah. Tindakan

dan pengawalannya dirasakan sudah berada pada tahap yang boleh dianggap terdesak.

Oleh itu, penyelidik merasakan kewajaran untuk mengetahui samada tahap

kemurungan, kebimbangan sosial dan penglibatan sosial serta jenis gaya asuhan ibu bapa

yang utama diamalkan memberi kesan terhadap tahap tingkah laku devian dan kekerapan

perlakuan tersebut di kalangan pelajar. Kajian ini juga direka bentuk untuk menjadi panduan

bagi mencegah fenomena tingkah laku devian di kalangan pelajar-pelajar sekolah. Selain itu,

kajian ini turut dilaksanakan agar dapat menyedarkan semua pihak samada pihak ibu bapa,

masyarakat dan negara secara umumnya tentang betapa peranan persekitaran yang sihat

sangat perlu bagi membentuk tingkah laku remaja yang akan lebih bermoral.

Page 36: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · No. Kad Matrik : MP091238 No. Kad Pengenalan : 770208-01-5713 Tarikh : PENGHARGAAN Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Allah S.W.T

Generasi yang berketrampilan, berdaya saing dan berakhlak mulia perlu dibentuk dan

dibimbing bukan sahaja melibatkan pihak sekolah semata-mata, malah ibu bapa sepatutnya

turut memainkan peranan yang lebih besar lagi. Menerusi kajian ini, pelbagai alternatif perlu

dicari bagi menangani masalah ini dan melihat serta menilai sejauh manakah aktiviti

kurikulum dan kokurikulum di sekolah mampu mengurangkan masalah ini. Segala

kekurangan dalam aktiviti di sekolah khususnya perlulah diperbaiki agar ianya menjadi lebih

efektif.

Hasil kajian ini akan dapat memberi gambaran yang lebih jelas dan tepat tentang

tingkah laku devian di kalangan pelajar-pelajar sekolah untuk ibu bapa dan pihak-pihak yang

terlibat. Hasil kajian ini juga dapat mengesan faktor-faktor persekitaran keluarga yang boleh

menyebabkan pelajar remaja bertingkah laku devian yang boleh mengganggu gugat proses

pengajaran dan pembelajaran di sekolah dan seterusnya boleh mempengaruhi perkembangan

personaliti remaja.

1.7 Kepentingan Kajian

Sekolah sebagai agen sosialoisasi utama bertanggungjawab untuk membenteras

masalah disiplin sehingga ke peringkat akar umbi. Iklim dan persekitaran sekolah yang

kondusif perlu diwujudkan bagi merangsang perkembangan pelajar dari aspek jasmani,

emosi, rohani dan intelektual sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Maklumat

dari kajian ini diharapkan dapat mengenal pasti punca tingkah laku devian pelajar serta

mencari jalan bagi mengatasi masalah tersebut.

1.7.1 Ibu bapa

Hasil kajian ini boleh membantu ibu bapa untuk mengenal pasti tindak tanduk anak-

anak mereka. Mereka juga dapat melihat personaliti dan tingkah laku anak-anak mereka

Page 37: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · No. Kad Matrik : MP091238 No. Kad Pengenalan : 770208-01-5713 Tarikh : PENGHARGAAN Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Allah S.W.T

sama ada bertingkah laku positif atau negatif. Ini dapat dilakukan dengan pemerhatian sama

ada di dalam mahu pun di luar sekolah.

Hasil kajian ini diharapkan dapat membantu ibu bapa menerapkan nilai-nilai murni

dan kesedaran bagi menjauhi tingkah laku devian di kalangan anak-anak mereka agar

menjadi individu yang bersikap positif demi kesejahteraan masa depan mereka.

1.7.2 Guru

Dari hasil kajian ini diharapkan guru-guru dapat mengenal pasti tahap-tahap tingkah

laku devian serta kekerapan perlakuan tersebut di kalangan pelajar-pelajar sekolah. Guru-

guru juga boleh mengenal pasti pelajar-pelajar yang bertingkah laku devian serta bertindak

sebagai ibu bapa kedua yang mampu membimbing mereka agar berubah kepada sikap yang

lebih positif. Kajian ini mendorong kesediaan pelajar dan guru menjauhi perlakuan devian

yang tidak sewajarnya dan lebih menumpukan kepada kecemerlangan diri. Jelaslah,

profesyen perguruan adalah profesyen yang kompleks dan tugasan guru sangat berat

berbanding profesyen lain.

1.7.3 Pengurusan Sekolah

Daripada hasil kajian ini, diharapkan pihak berkaitan khususnya pihak pengurusan

sekolah berupaya membendung tingkah laku devian di kalangan pelajar-pelajar. Ini juga

dapat membantu pihak pengurusan sekolah membendung gejala salah laku disiplin yang

sememangnya menyukarkan perjalanan proses pengajaran dan pembelajaran. Dengan usaha

ini, guru-guru akan dapat memberikan tumpuan yang sepenuhnya terhadap proses penerapan

ilmu terhadap pelajar melalui proses pengajaran dan pembelajaran tanpa gangguan oleh

masalah-masalah disiplin yang ditimbulkan oleh pelajar akibat tingkah laku devian mereka.

Page 38: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · No. Kad Matrik : MP091238 No. Kad Pengenalan : 770208-01-5713 Tarikh : PENGHARGAAN Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Allah S.W.T

Hasil kajian ini juga boleh digunakan oleh pihak pengurusan sekolah dalam merangka

dan melaksanakan peraturan-peraturan tertentu serta langkah-langkah keselamatan bagi

mewujudkan suasana persekitaran sekolah yang kondusif dan selamat.

1.7.4 Kaunselor Sekolah

Hasil kajian ini amat berguna untuk dijadikan panduan oleh kaunselor-kaunselor di

sekolah-sekolah dalam mengenal pasti tahap tingkah laku devian dan kekerapan tingkah laku

tersebut di kalangan pelajar-pelajar. Dengan adanya maklumat tersebut, akan memudahkan

lagi tugasan mereka dalam membimbing dan memberi kesedaran terhadap pelajar yang

bertingkah laku devian. Peranan kaunselor adalah sangat penting dalam menyemai sikap

yang lebih positif di kalangan pelajar serta memotivasikan mereka yang terlibat agar berubah

kepada yang lebih baik dan berusaha membina kecemerlangan diri demi kesejahteraan hidup

mereka.

1.7.5 Masyarakat

Hasil kajian ini boleh dijadikan asas panduan kepada masyarakat dalam membantu

menangani masalah tingkah laku devian dengan lebih efektif. Membentuk akhlak remaja

bukanlah tugas keluarga dan sekolah semata-mata, malah masyarakat juga berperanan dalam

menegur serta mengawal mereka agar menjauhi tingkah laku devian. Masyarakat juga

seharusnya berupaya memainkan peranan dalam membentuk keperibadian remaja supaya

tidak bertingkah laku devian. Istilah ”jaga tepi kain orang” sudah tidak relevan jika

dihubungkaitkan dengan hasrat membentuk akhlak remaja di dalam masyarakat. Oleh itu,

adalah penting bagi masyarakat menyediakan persekitaran yang sihat dan selamat, memberi

sokongan dan mendidik remaja yang sedang meningkat dewasa agar mampu berfikiran

positif.

Page 39: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · No. Kad Matrik : MP091238 No. Kad Pengenalan : 770208-01-5713 Tarikh : PENGHARGAAN Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Allah S.W.T

1.8 Skop kajian

Skop kajian ini adalah berdasarkan kepada beberapa faktor persekitaran yang

mempengaruhi murid bertingkah laku devian iaitu kemurungan, kebimbangan sosial,

penglibatan sosial dan gaya asuhan ibu bapa. Kajian ini juga menumpukan kepada pemboleh

ubah bebas yang terdiri daripada tahap tingkah laku devian dan kekerapan tingkah laku

devian di kalangan murid.

Kajian ini dijalankan di lima buah sekolah menengah yang dipilih oleh penyelidik di

daerah Kulaijaya, Johor.

1.9 Batasan kajian

Kajian ini dilaksanakan di daerah Kulaijaya, Johor. Hanya lima buah sekolah sahaja

dari daerah ini dipilih untuk menjadi sampel kajian. Kajian ini juga hanya menumpukan

kepada pelajar-pelajar yang berada di tingkatan empat sahaja. Oleh itu, dapatan kajian hanya

merujuk kepada populasi yang dikaji. Pemboleh ubah-pemboleh ubah yang digunakan dalam

analisis bagi menjawab persoalan kajian adalah terhad kepada apa yang dinyatakan di dalam

instrumen kajian sahaja.

Kajian ini merupakan kajian tinjauan. Ianya dijalankan sekali sahaja dalam tempoh

tertentu. Responden menggunakan persepsi dan daya ingatan mereka tentang perkara yang

dikaji. Kajian ini menggunakan soal selidik untuk mendapatkan data kajian. Oleh yang

demikian, kejujuran dan keikhlasan responden dalam menjawab soal selidik amat diperlukan.

Kesahan dan kebolehpercayaan kajian ini adalah sangat bergantung kepada kejujuran

jawapan responden dalam memberikan jawapan yang tepat dan benar kepada soal selidik

yang diberikan. Responden juga diberi jaminan bahawa segala respon mereka dalam kajian

ini adalah dirahsiakan.

Page 40: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · No. Kad Matrik : MP091238 No. Kad Pengenalan : 770208-01-5713 Tarikh : PENGHARGAAN Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Allah S.W.T

1.10 Definisi istilah

Beberapa istilah yang digunakan akan diperjelaskan maksudnya mengikut konteks

kajian ini.

1.10.1 Tingkah Laku Devian

Tingkah laku devian ialah apa jua aktiviti yang dapat diperhatikan, direkod dan

diukur. Tingkah laku juga diperhatikan apabila individu menyebut atau menulis sesuatu

misalnya catatan seseorang tentang ketakutan atau sikapnya merupakan tingkah laku. Dalam

’Dictionary of Contemporary English’, kelakuan devian adalah kelakuan yang melanggar

jangkaan yang diinstitusikan, iaitu jangkaan yang dikongsi dan diiktiraf sebagai sah dalam

sesuatu sistem sosial.

Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (2000), tingkah laku devian didefinisikan

sebagai perlakuan yang menyimpang atau melencong. Azizi, (2005) menyatakan bahawa

tingkah laku devian membawa maksud tingkah laku yang melanggar norma-norma

masyarakat tertentu. Ianya juga ditakrifkan sebagai sebarang tingkah laku yang tidak

memenuhi norma-norma sosial sesuatu kumpulan atau masyarakat (Rohana, 1996).

Menurut kamus Logman, devian adalah kelakuan yang melanggar jangkaan yang

diinstitusikan, iaitu jangkaan yang dikongsi dan diiktiraf sebagai sah dalam sesuatu sistem

sosial. Robert Merton, Anomie dan Social Structure pula mengatakan bahawa devian adalah

“Kelakuan mengikut arah yang tidak dipersetujui, yang bertentangan dengan norma dan

darjatnya melebihi had toleransi sesuatu masyarakat”. Jelasnya bahawa devian membawa

maksud tingkah laku yang melanggar norma-norma masyarakat tertentu. Devian lebih

Page 41: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · No. Kad Matrik : MP091238 No. Kad Pengenalan : 770208-01-5713 Tarikh : PENGHARGAAN Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Allah S.W.T

merujuk kepada tingkah laku ini secara umum manakala delinkuen pula menumpukan

sesuatu had umur yang lebih menumpukan pelajar sekolah dan belia.

Cohen dalam ’Deviance and Control’, mendefinasikan devian sebagai kelakuan yang

menyimpang secara signifikan daripada norma-norma yang ditentukan untuk individu dalam

status sosial, ia tidak dapat dipelihara secara abstrak tetapi perlu dikaitkan dengan norma-

norma yang dianggap mayarakat sebagai munasabah dan ’morally binding’ bagi orang

menduduki status berlainan’

Robert Merton dalam ’Anomie and Sosial Structure’, kelakuan devian adalah

kelakuan mengikut arah yang tidak dipersetujui, yang bertentangan dengan norma dan

darjatnya melebihi had toleransi sesuatu masyarakat. Menurut Trandis (1971), sikap adalah

idea berkaitan dengan emosi yang mempengaruhi satu kelas aksi kepada satu kelas situasi

yang tertentu. Alport (1953) mendefinasikan sikap sebagai keadaan bersedia dari segi mental

dalam diri diperolehi melalui pengalaman yang mewujudkan arahan untuk atau pengaruh

dinamik ke atas tindak balas individu pada semua objek dan situasi yang berkaitan.

Albert Cohen (Azizi et al., 2005) mentakrifkan tingkahl aku devian sebagai kelakuan

yang melanggar jangkaan yang diinstitusikan, iaitu jangkaan yang dikongsi dan diiktiraf

sebagai sah dalam sesuatu sistem sosial.

Menurut Mc Caghy (1985), tingkah laku devian adalah tingkah laku yang tidak dapat

diterima oleh masyarakat. Lemert (1972) pula menyatakan bahawa tingkah laku devian atau

kenakalan merupakan perlanggaran norma-norma masyarakat.

Menurut Azizi (2005) pula menyatakan bahawa tingkah laku devian sebagai kelakuan

yang menyimpang secara signifikan daripada norma-norma yang ditentukan untuk individu

dalam status sosial, ia tidak dapat dipelihara secara abstrak tetapi perlu dikaitkan dengan

norma-norma yang dianggap oleh masyarakat sebagai munasabah dan ‘morally binding’ bagi

Page 42: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · No. Kad Matrik : MP091238 No. Kad Pengenalan : 770208-01-5713 Tarikh : PENGHARGAAN Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Allah S.W.T

orang yang menduduki status yang berlainan. Tingkah laku devian juga sering dikaitkan

dengan tingkah laku agresif, langsang atau pun delinkuen. Pengertian delinkuen pula

dikhususkan kepada salahlaku-salahlaku yang dilakukan oleh individu yang berada di tahap

bawah umur (kurang daripada 21 tahun).

Di dalam kajian ini, tingkah laku devian dinyatakan sebagai tingkah laku yang

dianggap berlawanan dengan norma-norma dan tidak bermoral serta tidak dapat diterima,

termasuklah tingkah laku anti sosial dan jenayah. Tingkah laku devian dalam konteks kajian

ini diukur dengan menggunakan kaedah pengukuran berdasarkan ‘Deliquency Scale’ oleh

Junger (1997) yang telah diubahsuai mengikut keperluan kajian.

1.10.2 Kekerapan

Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (2000), kekerapan didefinisikan sebagai perkara

yang berlaku secara berulang-ulang, berulang kali, berkali-kali dan acap kali Dalam kajian

ini kekerapan merujuk kepada berapa banyaknya tingkah laku devian yang dilakukan oleh

seseorang pelajar.

1.10.3 Pelajar

Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (2000), pelajar didefinisikan sebagai orang yang

belajar di sekolah, maktab dan universiti. Dalam kajian ini, pelajar-pelajar yang dimaksudkan

ialah pelajar-pelajar tingkatan tiga di sekolah-sekolah menengah yang dikaji.

Page 43: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · No. Kad Matrik : MP091238 No. Kad Pengenalan : 770208-01-5713 Tarikh : PENGHARGAAN Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Allah S.W.T

1.10.4 Remaja

Dalam Bahasa Inggeris, “adolescence” berasal daripada perkataan Latin “adolescere”

yang bermaksud “membesar” atau “membesar menjadi matang” (Rogers, 1981). Ini

bermakna zaman remaja merupakan suatu proses dan bukannya jangkamasa. Proses yang

dimaksudkan ialah proses mencapai atau memperolehi sikap dan kepercayaan yang

diperlukan demi penglibatan yang berkesan dalam masyarakat. Secara tipikalnya, zaman

remaja dilihat sebagai suatu zaman yang dimulai dengan akil baligh dan berakhir apabila

memasuki alam dewasa. Ia merupakan suatu zaman transisi antara zaman kanak-kanak

dengan zaman dewasa.

Sebahagian daripada sarjana mendefinasikan remaja adalah sebagai suatu kumpulan

anak-anak muda yang berumur antara 13-21 tahun. Ada sesetengah pihak pula yang

mengkategorikan remaja itu berumur antara 13-25 tahun dan ada pula yang melihat remaja

bermula dari saat seseorang itu aqil baligh sehingga mereka berkahwin.

Remaja adalah peringkat aqil baligh, cukup umur, orang yang berumur dalam

lingkungan 12-21 tahun. Jangka masa di antara zaman kanak-kanak ke zaman dewasa atau

secara kasarnya, masa remaja bersamaan dengan umur pada belasan tahun.

Menurut Jean Piaget dalam Ee Ah Meng (1988), keremajaan ialah satu peringkat

kehidupan di zaman anak-anak muda mula berfikir secara abstrak. Keadaan sedemikian rupa

menyebabkan mereka suka membentuk hipotesis dan falsafah mengenai hidup manusia,

kebaikan dan kejahatan, percintaan dan sistem sosial.

Menurut Simund Freud dalam Atan Long (1982), keremajaan merupakan peringkat

menghidupkan semula dorongan jantina atau seks yang dipendamkan oleh seseorang.

Misalnya pada peringkat bayi, ia mencari kepuasan dengan menggunakan mulut untuk

menghisap susu, mengulum jari dan lain-lain. Sebenarnya, ukuran keremajaan memerlukan

perincian dan secara keseluruhannya remaja merupakan golongan anak muda yang berumur

Page 44: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · No. Kad Matrik : MP091238 No. Kad Pengenalan : 770208-01-5713 Tarikh : PENGHARGAAN Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Allah S.W.T

13 -21 tahun yang penuh dengan emosi, perasaan ingin tahu dan mencuba serta sedang

menuju ke tahap kematangan sebagai orang dewasa. Golongan ini juga dikatakan kelompok

anak muda yang sudah melepasi zaman kanak-kanak tetapi belum lagi mencapai tahap

kedewasaan yang sebenar.

Menurut Hall (1904), zaman remaja merupakan zaman ‘storm and stress’. Ini kerana

remaja akan mengalami perubahan secara biologikal akibat perubahan hormon tubuh badan

dan perlu disesuaikan dengan harapan dan kehendak masyarakat. Oleh itu remaja akan

sentiasa menghadapi konflik dalam memenuhi keperluaan kejantinaan, perkembangan

egoistik, tingkah laku tidak menentu, perkembangan self esteem dan emosi. Remaja juga

bermaksud satu zaman yang dimulai dengan akil baligh dan berakhir apabila memasuki alam

dewasa, biasanya pelajar-pelajar ini berumur di antara 12 hingga 17 tahun.

Dalam kajian ini yang dimaksudkan dengan remaja adalah pelajar tingkatan 3 yang

berumur 15 -16 tahun yang terdiri daripada pelbagai kaum dan jantina. Remaja ini sedang

bersekolah di lima buah sekolah menengah di daerah Kulaijaya.

1.10.5 Tahap

Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (2000), tahap ialah had, takat dan peringkat

dalam sesuatu perkara. Dalam kajian ini tahap bermaksud peringkat tingkah laku devian

pelajar yang paling minima seperti mengeluarkan bahasa yang kesat hingga ke tahap tingkah

laku devian yang paling maksima seperti mencederakan dan membunuh.

1.10.6 Keluarga

Keluarga menurut takrif antropologi adalah satu unit (kumpulan) yang terdiri

daripada ahli-ahli yang mempunyai hubungan kekeluargaan. Freud (1953), pula merujuk

keluarga sebagai kombinasi ibu dan bapa yang tinggal serumah atau pun lebih anak (Fontana,

1981).

Page 45: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · No. Kad Matrik : MP091238 No. Kad Pengenalan : 770208-01-5713 Tarikh : PENGHARGAAN Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Allah S.W.T

Menurut Gpeda (1988), keluarga adalah satu unit sosial yang terdiri daripada ibu bapa

dan anak. Manakala Muhd Mansor (1998) menyatakan bahawa ibu dan bapa merupakan

sama ada ibu bapa biologi atau ibu bapa sosial seperti ibu bapa angkat atau penjaga kepada

remaja terbabit.

Rumusannya, saiz keluarga, bilangan anak dan status keluarga mempengaruhi

tingkahlaku anti sosial dan kegiatan gengsterisme di sekolah (Raine, 1993).

1.10.7 Kemurungan

Laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) 1999 menunjukkan bahawa

kemurungan adalah penyakit keempat utama di dunia yang boleh menyebabkan negara boleh

hilang keupayaan dan menambahkan bilangan kesengsaraan. Secara tidak langsung, ia

menjejaskan keupayan mental dan fizikal yang memberi kesan besar terhadap modal insan

negara, kerjaya, krisis sosial dan merendahkan kualiti hidup penduduknya. Ini kerana

dianggarkan 121 juta penduduk dunia mengalami masalah kemurungan dan boleh menjadi

penyaki kedua utama penyebab ketidakupayaan menjelang tahun 2020.

Kemurungan bukan penyakit yang sengaja diada-adakan atau yang terpendam di

dalam otak. Ia memang penyakit yang memerlukan rawatan dan mempengaruhi berjuta-juta

manusia setiap tahun. Namun demikian, kemurungan sering disalah tafsir atau pun tidak

disedari langsung. Sesetengah orang mungkin tidak mendapatkan rawatan kerana merasakan

satu hari nanti kemurungan itu akan hilang dengan sendirinya.

Ada juga yang beranggapan bahawa kemurungan adalah satu kelemahan atau

kegagalan peribadi yang perlu ditangani sendiri, manakala ada yang lain tidak sedar bahawa

terdapat rawatan perubatan yang berkesan untuk menangani kemurungan.

Page 46: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · No. Kad Matrik : MP091238 No. Kad Pengenalan : 770208-01-5713 Tarikh : PENGHARGAAN Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Allah S.W.T

Kajian Bebanan Penyakit dan Kecederaan Malaysia (2000) melaporkan bahawa

kemurungan menjadi punca ketidakupayaan utama di kalangan wanita dan tempat kedua bagi

lelaki dengan nisbah 2:1 yang dipercayai disebabkan perubahan hormon.

Presiden Persatuan Psikitrik Malaysia (MPA), Dr. Yen Teck Hoe berkata, penyakit

yang tidak mengenal usia ini dipengaruhi oleh faktor seperti tanggungjawab dan budaya,

terutamanya wanita yang mempunyai banyak tanggungjawab perlu dipikul sebagai pekerja,

pengurus rumah tangga, isteri dan ibu kepada anak-anak. Wanita juga lebih bersikap terbuka

dan sangat prihatin terhadap kesihatan serta tidak malu untu merujuk masalah yang

dihadapinya kepada pakar terbabit.

Kemurungan di kalangan wanita juga biasanya ditunjukkan melalui gejala tidak

bersemangat dalam kehidupan dan rasa tidak berguna. Manakala bagi lelaki pula biasanya

menunjukkan kemurungan dalam bentuk kemarahan dan mudah terganggu.

Dalam kajian ini, kemurungan remaja merujuk kepada pengalaman emosi, kognitif,

tingkah laku dan persepsi fizikal yang melibatkan kehadiran perasaan negatif ataupun

ketiadaan perasaan (Jung-Cheng Chang,2001)

1.10.8 Kebimbangan Sosial

Kebimbangan umum merupakan kebimbangan normal yang dihadapi oleh orang

awam dalam kehidupan seharian mereka. Rapee (1991) di dalam Azizi (2006) menyatakan

kecelaruan jenis ini dikaitkan dengan ciri-ciri seperti bimbang pada suasana kehidupan

kewangan, anak-anak dan hubungan sosial. Penghidap juga berasa seolah-olah terapung-

apung sebagaimana yang dijelaskan oleh Freud, kanak-kanak yang menghidap kecelaruan ini

Page 47: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · No. Kad Matrik : MP091238 No. Kad Pengenalan : 770208-01-5713 Tarikh : PENGHARGAAN Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Allah S.W.T

selalunya bimbang pada prestasi akademik, sukan dan aspek-aspek sosial persekolahan yang

lain.

Salah satu ciri yang berkait dengan kebimbangan adalah mudah letih, sukar

menumpukan perhatian, fikiran menjadi buntu, otot-otot menjadi tegang dan mengalami

gangguan tidur (APA, 1994). Dan lagi, selalunya kebimbangan umum ini melibatkan

perasaan resah, bimbang dan gangguan fizikal yang kemudiannya menyebabkan gangguan

emosi seperti ketegangan.

Feldman,R.S (1990) membincangkan bahawa sesetengah individu yang mengalami

masalah kebimbangan sosial ini tidak mempunyai masalah berinteraksi dengan individu lain.

Tetapi apabila mereka dikehendaki melakukan sesuatu tugas di hadapan individu lain, tahap

kebimbangan mereka akan memuncak dan fikiran mereka berfokus kepada kemungkinan

melakukan suatu kesalahan yang akan memalukan diri mereka. Sesetengah individu yang

menghadapi masalah ini pula akan menghadapi kesusahan dan merasa teramat malu dan

takut untuk berinteraksi dengan individu lain sehinggakan mereka tidak dapat mengikuti

perbualan dengan sempurna.

Terdapat tiga faktor yang menyebabkan berlakunya masalah kebimbangan sosial ini.

Pertama, individu mewarisi ’ketidakupayaan biologi’. Individu seperti ini secara biologi akan

cenderung untuk menjadi pemalu dalam situasi sosial. Kedua, individu cenderung untuk

mendapat serangan panik semasa menghadapi tekanan yang melibatkan situasi sosial. Oleh

itu, individu tersebut menjadi semakin cemas tentang kemungkinan mendapat serangan panik

dalam situasi sosial akan datang. Ketiga, sesetengah individu mungkin pernah mengalami

sesuatu kejadian yang memalukan dalam situasi sosial. Oleh itu mereka menjadi terlazim

untuk mengalami peningkatan kebimbangan dalam situasi yang seumpama dengannya.

Page 48: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · No. Kad Matrik : MP091238 No. Kad Pengenalan : 770208-01-5713 Tarikh : PENGHARGAAN Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Allah S.W.T

1.10.9 Penglibatan Sosial

Penglibatan sosial boleh juga ditakrifkan sebagai gejala sosial. Menurut Kamus

Dewan Edisi ketiga (2000), mendefinasikan gejala sebagai tanda-tanda atau alamat akan

terjadinya sesuatu.

Menurut Kamus Dewan Edisi ketiga (2000), menyatakan pula bahawa sosial adalah

segala yang berkaitan dengan masyarakat atau perihal masyarakat ataupun kemasyarakatan.

Walau bagaimanapun dalam konteks kajian ini, gejala sosial yang dimaksudkan dapat

didefinasikan sebagai suatu perkara buruk yang akan dan telah terjadi yang kejadian buruk

tersebut berlaku dalam jangka masa yang panjang ataupun berlarutan dalam masyarakat yang

dilakukan oleh pelajar remaja sekolah menengah.

1.10.10 Gaya Asuhan

Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (2000), gaya asuhan didefinisikan sebagai

perihal mendidik, peliharaan, penjagaan, tunjuk ajar dan bimbingan. Menurut Darling dan

Steinberg (1993), gaya asuhan didefinisikan sebagai sikap yang ada pada ibu bapa berkaitan

dengan membesarkan anak, seperti yang digambarkan melalui interaksi mereka dengan anak

mereka. Ini bermaksud tingkah laku ibu bapa atau orang dewasa yang menjadi contoh kepada

anak-anak. Secara umumnya istilah corak asuhan memberi maksud mendidik, menjaga dan

mengawal anak-anak.

Gaya asuhan juga merujuk kepada sikap yang perlu ada pada ahli-ahli sesebuah

keluarga untuk mengasuh remaja. Ini bermaksud tingkah laku ibu bapa atau orang dewasa

membayangkan atau memberi gambaran tentang sesuatu kepada remaja untuk berinteraksi

dengan masyarakat sekeliling. Gaya asuhan yang positif dalam sesebuah keluarga dapat

Page 49: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · No. Kad Matrik : MP091238 No. Kad Pengenalan : 770208-01-5713 Tarikh : PENGHARGAAN Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Allah S.W.T

meningkatkan rasa gembira, sihat, berdaya saing dan boleh meningkatkan kecekapan gaya

penjelasan dan interaksi di kalangan pelajar.

Istilah gaya asuhan boleh dimaksudkan sebagai satu gerak kerja yang mempunyai

unsur teknikal yang saintifik. Kebelakangan ini, kurang perhatian khusus ke atas istilah

tersebut. Ia hanya difahami sekadar menjaga dan mendidik anak-anak yang ditumpukan

kepada peranan seorang ibu bapa di rumah. Perkataan ”asuh” mempunyai kualiti yang positif

yang mempunyai gerak laku dinamis lanjutan proses ”jaga” dan ”kawal”.

Baumrind (1971) menyatakan pendekatan keibubapaan dalam mengawal dan

menyokong disatukan dan membentuk tiga gaya asuhan iaitu autoritarian, autoritatif dan

permisif. Dalam konteks kajian ini gaya asuhan bermaksud tanggungjawab mendidik dan

mengawal melalui interaksi yang dilakukan oleh seseorang ibu bapa terhadap anak-anak

berdasarkan corak gaya asuhan yang tertentu.

Tidak dapat dinafikan bahawa setiap ibu bapa mempunyai gaya asuhan yang

tersendiri. Gaya asuhan yang diberi penekanan dalam kajian ini adalah autoritarian,

autoritatif dan permisif.

1.10.11 Gaya Asuhan Autoritarian

Gaya asuhan autoritarian adalah satu corak gaya asuhan oleh ibu bapa yang bercirikan

kawalan yang ketat ke atas tingkah laku anak dengan membuat peraturan, memastikan

peraturan dipatuhi dan tidak membenarkan anak-anak menyoal berkaitan peraturan-peraturan

yang telah ditetapkan (Azizi, 2005). Ibu bapa yang mempunyai jenis corak keibubapaan ini,

berinteraksi secara kasar dengan anak-anak. Selain itu, mereka juga turut mengongkong anak

dengan kadar yang keterlaluan. Tahap kemesraan dan penerimaan pendapat anak adalah

rendah. Ibu bapa dianggap mempunyai kuasa sepenuhnya untuk menghukum anak-anak

sama ada secara lisan atau fizikal, sekiranya mereka melanggar peraturan yang ditetapkan

Page 50: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · No. Kad Matrik : MP091238 No. Kad Pengenalan : 770208-01-5713 Tarikh : PENGHARGAAN Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Allah S.W.T

Berikut adalah definisi autoritarian secara operasional. Ibu bapa autoritarian akan

menghukum anak remajanya yang berkelakuan buruk di sekolah. Mereka akan mempastikan

agar anaknya tidak melanggar setiap peraturan yang mereka tetapkan. Di samping itu,

mereka akan berasa kecewa sekiranya anak remaja mereka tidak menurut kata-kata mereka.

Ibu bapa autoritarian mengarahkan apa sebenarnya yang anak remaja mereka mesti lakukan.

Mereka cuba mengubah sikap anak remaja mereka dan lebih teruk lagi apabila ibu bapa

autoritarian akan marah bila anak mereka tidak membantu mereka di rumah. Walau

bagaimanapun, ibu bapa akan berasa gembira apabila anak remaja mereka membantu kerja-

kerja rumah yang telah ditetapkan.

Mohd Amin H.A. Sharif (1998), menjelaskan bahawa gaya didikan autoritarian

adalah apabila ibu bapa membuat segala keputusan dan memberi arahan kepada remaja dan

remaja itu mesti menerima arahan tersebut. Mereka tidak diberi peluang untuk bersuara atau

berunding. Interaksi dan komunikasi adalah satu arah dan tindakan yang diambil adalah tegas

dan keras. Mungkin ibu bapa mengatakan bahawa mereka mengawal dengan ketat kerana

tidak mahu memberi ruang kepada anak remaja mereka melakukan sesuatu tindakan dengan

sesuka hati atau melakukan sesuatu yang mereka sendiri tahu. Tujuannya adalah supaya ibu

bapa tetap mempunyai pengaruh yang sepenuhnya terhadap anak remaja. Semoga dengan ini,

perkembangan remaja akan mengikut arah yang dihajati atau yang diingini oleh ibu bapa.

1.10.12 Gaya Asuhan Autoritatif

Cara pembesaran yang bersifat autoritatif adalah ibu bapa yang mengenakan

peraturan ataupun had-had batasan tingkah laku tertentu tetapi membenarkan komunikasi

yang bersifat terbuka (Azizi, 2005). Anak-anak diberi kebebasan membuat keputusan sendiri

dalam perkara-perkara tertentu.

Definisi operasional ibu bapa yang menggunakan corak asuhan autoritatif adalah

dimana ibu bapa autoritatif suka brbincang, suka berbual mesra dan berbincang masalah

Page 51: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · No. Kad Matrik : MP091238 No. Kad Pengenalan : 770208-01-5713 Tarikh : PENGHARGAAN Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Allah S.W.T

dengan anak remaja. Oleh itu anak remaja mereka akan berasa lega selepas itu. Mereka

terdiri daripada kalangan ibu bapa yang mendengar pandangan dan pendapat anak remaja dan

mereka suka membawa anak remaja mereka ke tempat-tempat menarik. Mereka suka tinggal

di rumah bersama-sama dengan anak-anak remaja. Ibu bapa jenis ini juga mengambil berat

tentang kesihatan anak, memberi pujian setiap kali anak remaja melakukan perkara-perkara

yang baik dan suka meminta pendapat anak remajanya sebelum membuat sesuatu keputusan.

Ibu bapa autoritatif bertimbang rasa dengan keputusan pelajaran anak remajanya. Di

samping memberi kebenaran kepada anak remajanya membuat sesuatu keputusan tentang

kerja yang akan dilakukan. Mereka selalu bercerita tentang peristiwa semasa dan sering

membuat kerja bersama-sama anak-anak di rumah. Sifat yang terbaik corak autoritatif ini

adalah mereka membenarkan anak remajanya memberitahu pendapatnya jika pendapat itu

lebih baik daripada pendapat ibu bapa. Ibu bapa jenis ini sanggup berkorban untuk

mendapatkan sesuatu bagi diri anak remajanya.

Ibu bapa dan anak-anak tahu dan mempunyai hak serta tanggung jawab sendiri. Ibu

bapa sebagai pemimpin dan pemberi semangat untuk anak-anak bekerjasama dan

merangsang pembelajaran, mengamalkan urutan dan rutin dalam menjalankan tugas harian.

Setiap anggota keluarga adalah penting. Mohd Amin H.A. Sharif (1998), menyatakan

bahawa gaya asuhan autoritatif sebagai penegak kuasa tetapi demokratik. Cara ini adalah

apabila ibu bapa menunjukkan ketegasan dalam kawalan terutama terhadap hal yang dinilai

akan memberi kesan yang tidak baik tetapi dilakukan dengan cara bermesyuwarah, berunding

dan berkompromi. Remaja diberi peluang untuk bersuara dan jika hujah mereka bernas dan

berguna, cara mereka akan diterima dan dipersetujui. Ibu bapa dilihat sebagai mengawal

tetapi bukan dengan kekerasan atau kuku besi tetapi mengamalkan demokrasi. Dengan cara

ini, ibu bapa juga berharap mereka akan dihormati dan suasana kekeluargaan akan lebih

selesa kerana fungsi keluarga diterima dengan senang hati dan semua ahli gembira dan

megah dengan keluarga mereka.

Page 52: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · No. Kad Matrik : MP091238 No. Kad Pengenalan : 770208-01-5713 Tarikh : PENGHARGAAN Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Allah S.W.T

1.10.13 Gaya Asuhan Permisif

Menurut Azizi (2005), cara pembesaran yang bersifat permisif dicirikan oleh corak

komunikasi yang terbuka dan ibu bapa kurang menekankan tingkah laku yang baik pada

anak-anak. Ibu bapa bersikap mesra dan bertanggung jawab, tetapi lemah dalam kawalan dan

akan mengakibatkan anak-anak terlalu bergantung (Baumrind, 1989).

Secara operasionalnya, ibu bapa jenis permisif membenarkan anak remajanya keluar

sesuka hati. Mereka tidak langsung mengambil tindakan jika remajanya tidak membuat kerja

yang disuruhnya. Ibu bapa ini membenarkan anak remaja memilih kawan-kawan anak remaja

sendiri. Apa yang istimewanya, ibu bapa permisif membenarkan anak remajanya

mengadakan jamuan untuk kawan-kawan di rumah. Mereka tidak suka melihat anak

remajanya marah. Namun masalah besar di kalangan ibu bapa permisif adalah mereka suka

memburuk-burukkan peribadi anak remajanya, di samping sering terlupa benda-benda yang

anak remajanya pesan.

Ibu bapa permisif membenarkan anak remajanya keluar tanpa kebenaran mereka.

Mereka juga amat pemaaf kerana dapat memaafkan kelakuan buruk yang dilakukan oleh

anak remaja mereka. Mereka memberi peluang kepada anak remajanya untuk memilih apa

yang hendak anak remaja lakukan. Ibu bapa begini akan bertanya kepada orang lain tentang

apa yang dibuat oleh anak remaja di luar rumah. Namun mereka tidak melarang anak

remajanya keluar dari rumah. Ibu bapa tidak peduli tentang pakaian anak remajanya dan

tidak berminat untuk membeli pakaian yang baik.

Ibu bapa terlalu kerap membenarkan anak-anak melakukan sesuatu perkara dengan

sendiri, kurang halangan kepada anak-anak, kurang hormat kepada peraturan baik di rumah,

anak-anak bebas untuk ”memijak kepala” ibu bapa sesuka hati. Anak-anak mengalami rasa

tidak selamat kerana tiada perasaan bekerjasama atau kepunyaan. Cara permisif merupakan

cara kawalan yang begitu longgar dan remaja itu boleh dikatakan diberi kebebasan. Remaja

diberi kesempatan untuk membuat keputusan tanpa dipengaruhi oleh ibu bapa (Mohd Amin,

Page 53: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · No. Kad Matrik : MP091238 No. Kad Pengenalan : 770208-01-5713 Tarikh : PENGHARGAAN Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Allah S.W.T

1998). Remaja suka terhadap cara ini kerana mereka berasa bebas untuk mencuba berbagai-

bagai kehendak dan keinginan mereka. Ibu bapa pula tidak mengenakan syarat atau tindakan

terhadap mereka. Dalam beberapa keadaan, ibu bapa memberikan sokongan penuh dan akan

membantu jika mereka mengalami kesan buruk. Tetapi ibu bapa tetap berbangga dengan cara

ini kerana percaya bahawa remaja akan menjadi cepat matang dan bertanggungjawab.

1.10.14 Ibu Bapa (Keluarga)

Keluarga adalah unit soisial yang terdiri daripada ibu bapa dan anak (Masood,1988).

Ibu dan bapa merujuk kepada sama ada ibu bapa biologi atau ibu bapa sosial seperti ibu bapa

angkat atau penjagaan kepada remaja yang terbabit. Melson (1992) menyatakan bahawa

keluarga adalah sebagai rangkaian sosial yang mempunyai ciri-ciri seperti berikut :

i. Sebagai keupayaan untuk mencari keseimbangan.

ii. Sebagai keupayaan untuk meningkatkan keseimbangan.

iii. Untuk mengekalkan harga diri.

Menurut Melson (1992) lagi, keluarga adalah sebagai agen sosialisasi yang paling

penting. Hal ini demikian kerana perubahan dalam masyarakat seolah-olah dicerminkan oleh

perubahan gaya pengasuhan anak-anak remaja yang lebih disukai.

1.11 Penutup

Kajian mengenai pengaruh kemurungan, kebimbangan sosial dan penglibatan sosial

terhadap tingkah laku devian pelajar ini diharap akan dapat memberikan gambaran yang tepat

untuk menilai sama ada faktor-faktor persekitaran tersebut memberikan kesan terhadap

tingkah laku seseorang pelajar, khususnya yang membawa kepada tingkah laku devian.