faktor-faktor dalam proses pembelajaran matematik … · iii dedikasi assalamualaikum w.b.t...

26
FAKTOR-FAKTOR DALAM PROSES PEMBELAJARAN MATEMATIK DI FAKULTI PENDIDIKAN, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA, SKUDAI, JOHOR AZILA HANUM BINTI HAMZAH UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: trandien

Post on 27-Aug-2019

241 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

FAKTOR-FAKTOR DALAM PROSES PEMBELAJARAN MATEMATIK DI

FAKULTI PENDIDIKAN, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA,

SKUDAI, JOHOR

AZILA HANUM BINTI HAMZAH

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan.

** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

� Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS ����

JUDUL: FAKTOR-FAKTOR DALAM PROSES PEMBELAJARAN MATEMATIK DI FAKULTI PENDIDIKAN, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA, SKUDAI, JOHOR

SESI PENGAJIAN: 2007/2008 Saya AZILA HANUM BINTI HAMZAH (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk

tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sabagai pertukaran antara institusi

pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan (� )

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam

(AKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

���� TIDAK TERHAD

Disahkan oleh,

__________________________ ____________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat tetap: 858 JARAK ATAS, ENCIK NORAFFANDY YAHAYA 13310 TASEK GLUGOR, Nama Penyelia SEBERANG PERAI UTARA PULAU PINANG. Tarikh: 30 APRIL 2008 Tarikh: 30 APRIL 2008

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan ijazah

Sarjana Muda Sains Dan Komputer Serta Pendidikan (Matematik).”

Tandatangan : ………………………………...

Nama Penyelia : EN NOR AFFANDY YAHAYA

Tarikh : 30 APRIL 2008

FAKTOR-FAKTOR DALAM PROSES PEMBELAJARAN MATEMATIK DI

FAKULTI PENDIDIKAN, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA, SKUDAI,

JOHOR

AZILA HANUM BINTI HAMZAH

Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian syarat penganugerahan ijazah

Sarjana Muda Sains Dan Komputer Serta Pendidikan (Matematik)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL 2008

ii

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”

Tandatangan : ……………………………………..

Nama Penulis : AZILA HANUM BINTI HAMZAH

Tarikh : 30 APRIL 2008

iii

DEDIKASI

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah, ku panjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan izin, rahmat

dan limpah kurniaNya maka kertas laporan tesis ini dapat dihasilkan.

Ku titipkan ruangan ini khas buat insan yang amat kusayangi dan kukasihi

Buat bonda serta ayahanda yang amat kusayangi dan kukasihi,

Latifah Binti Hassan dan Hamzah Bin Darus

Serta nenek, Haton Binti Ishak

yang sering memberikan dorongan dan kata-kata semangat

Terima kasih yang tidak terhingga atas segala jasa dan pengorbanan

yang dicurahkan selama ini

Restu dari kalian memudahkan laluan perjuangan ini

Juga buat insan yang amat kusayangi dan kukasihi,

Mohd Suffian Bin Ramli

Buat abang dan adik-adik yang disayangi,

Mohd Fahmi Bin Hamzah

Amrah Hanim Binti Hamzah

Nor Nazihah Binti Hamzah

Buat saudara, sahabat-sahabat yang dikasihi dan kepada semua pihak yang terlibat

Segala kerjasama dan pertolongan yang dihulurkan amat dihargai

dan akan kukenang hingga ke akhirnya

Semoga kalian semua mendapat rahmat dan hidayahNya.

iv

PENGHARGAAN

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kehadrat Allah S.W.T

kerana dengan izinNya dapatlah tesis bertajuk “Faktor-Faktor Dalam Proses

Pembelajaran Matematik Di Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi

Malaysia, Skudai, Johor.” dapat disempurnakan hingga ke kalam yang terakhir.

Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W yang mana melalui

kerasulannya manusia mendapat petunjuk.

Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih buat penyelia yang dihormati,

En Nor Affandy Yahaya yang telah banyak membimbing dan memberi tunjuk ajar

serta teguran yang membina dalam menyiapkan tesis ini.

Kepada semua pensyarah, rakan-rakan dan kakitangan Fakulti Pendidikan

(UTM) dan semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung, terima

kasih diucapkan atas sokongan dan galakan yang membina di samping idea-idea

bernas dalam menjayakan tesis ini.

Sesungguhnya hanya Allah yang dapat membalas segala jasa baik yang telah

dicurahkan. Semoga segala pengorbanan kalian mendapat keberkatan dari Allah

S.W.T. Insya-Allah.

v

ABSTRAK

Kajian ini merupakan satu kajian mengenai faktor motivasi pelajar, faktor

gaya pembelajaran pelajar, faktor proses pengajaran pensyarah serta faktor

kemudahan dan persekitaran pembelajaran dalam proses pembelajaran Matematik di

Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor. Sampel kajian ini

terdiri daripada 68 orang pelajar yang dipilih secara rawak mudah daripada populasi

iaitu seramai 75 orang pelajar yang mengambil program ijazah Sarjana Muda Sains

Dan Komputer Serta Pendidikan (Matematik). Bilangan sampel yang diambil adalah

berdasarkan daripada jadual Krejcie dan Morgan. Data kajian ini telah dikumpulkan

dengan menggunakan instrumen kajian iaitu soal selidik dan data dianalisis

menggunakan perisian Statistical Package for Social Sciences (SPSS) Versi 11.5 for

Windows untuk mendapatkan hasil dalam bentuk kekerapan, peratus dan min. Nilai

kebolehpercayaan bagi soal selidik ini ialah 0.9012 (α = 0.9012). Kajian ini

mempunyai empat bahagian persoalan kajian yang dikaji iaitu berdasarkan faktor-

faktor yang dinyatakan. Hasil kajian ini juga menunjukkan bahawa faktor motivasi

pelajar yang tinggi dalam diri pelajar adalah sangat mempengaruhi proses

pembelajaran pelajar dalam Matematik dengan purata min yang tinggi iaitu (4.10).

Kajian ini diharapkan dapat membantu bukan sahaja pelajar dan pensyarah di

Universiti Teknologi Malaysia malah pelajar dan pensyarah di universiti-universiti

lain dalam usaha untuk mempertingkatkan lagi proses pembelajaran pelajar dalam

Matematik. Kajian ini juga mengandungi beberapa cadangan yang telah

dikemukakan bagi mengatasi kelemahan serta meningkatkan lagi tahap proses

pembelajaran pelajar dalam Matematik.

vi

ABSTRACT

The main purpose of this research is to investigate the factors that influence

students in a process of learning Mathematics in the Faculty of Education, Universiti

Teknologi Malaysia, Skudai, Johor. The four factors being researched were the

students motivation, process of learning, process of teaching methods, and facilities

of learning that believe influence the process of learning Mathematics. This survey

involves 68 samples randomly choose from 75 populations of students in Bachelor of

Science and Computer with Education (Mathematics) programmed according to

Krejcie and Morgan. The data from this survey was collected using survey

instrument, which is questionnaires. The data were analyzed using Statistical

Package for Social Sciences (SPSS) Version 11.5 for Windows in term of frequency,

percentage and mean. The reliability of this research is at 0.9012 (α = 0.9012).

Research questions encompassed four part based on the factors. This research shows

that the students motivation is influence students in the process of learning

Mathematics with a mean of (4.10). It is hope that findings would be beneficial not

only for students and lecturers in Universiti Teknologi Malaysia but also for students

and lecturers in others university. Recommendation to rectify the weakness has been

suggested to improve the level of students achievement in Mathematics.

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

PENGESAHAN STATUS

PENGESAHAN PENYELIA

HALAMAN JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xii

SENARAI RAJAH xiv

SENARAI SINGKATAN xv

SENARAI LAMPIRAN xv

BAB PERKARA MUKA SURAT

1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1-3

1.2 Latar Belakang Masalah 3-5

1.3 Pernyataan Masalah 5-7

1.4 Objektif Kajian 7-8

1.5 Persoalan Kajian 8

1.6 Rasional Dan Kepentingan Kajian 9

1.7 Skop Kajian 10

viii

1.8 Batasan Kajian 10-11

1.9 Definisi Istilah 11

1.9.1 Faktor 11

1.9.2 Pelajar 12

1.9.3 Matematik 12

1.9.4 Pencapaian 12

1.10 Penutup 13

2 SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 14

2.2 Faktor-Faktor Dalam Proses Pembelajaran 14

Yang Mempengaruhi Pencapaian Pelajar Dalam

Mata Pelajaran Matematik

2.2.1 Motivasi Pelajar 15-17

2.2.2 Gaya Pembelajaran Pelajar 17-22

2.2.3 Proses Pengajaran Pensyarah 22-25

2.2.4 Kemudahan Dan Persekitaran 25-27

Pembelajaran

2.3 Kesimpulan 28

2.4 Penutup 28

3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 29

3.2 Rekebentuk Kajian 29-30

3.3 Sampel Kajian 30

3.4 Instrument Kajian 30-32

3.4.1 Bahagian A 32

3.4.2 Bahagian B 33-34

3.5 Kajian Rintis 34-35

ix

3.6 Prosedur Kajian 36

3.7 Analisis Data 36-37

3.8 Rumusan 38

4 ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan 39

4.2 Analisis Maklumat Bahagian A 40

4.2.1 Analisis Responden Mengikut Kursus 40-41

4.2.2 Analisis Responden Mengikut 41-42

Kawasan Tempat Tinggal

(Semasa Belajar Di UTM)

4.2.3 Analisis Responden Mengikut Status 42-43

Kawasan Tempat Tinggal

(Tempat Tinggal Tetap)

4.2.4 Analisis Gred Keputusan Bagi 43-44

Mata Pelajaran

Matematik Tambahan (SPM)

4.2.5 Analisis Gred Keputusan Bagi 44-45

Mata Pelajaran

Matematik Moden (SPM)

4.2.6 Analisis Jenis 45-46

Sekolah Menengah Terdahulu

4.3 Analisis Data Bahagian B 46-47

4.3.1 Faktor Motivasi Pelajar 48-50

4.3.2 Faktor Gaya Pembelajaran 51-54

Pelajar

4.3.3 Faktor Proses Pengajaran 54-56

Pensyarah

4.3.4 Faktor Kemudahan Dan 57-60

Persekitaran Pembelajaran

4.4 Rumusan 60-61

x

4.4.1 Rumusan Terhadap Faktor 61-62

Motivasi Pelajar, Faktor Proses

Pembelajaran Pelajar,

Faktor Proses Pengajaran Pensyarah

Serta Faktor Kemudahan Dan

Persekitaran Pembelajaran Dalam

Proses Pembelajaran Matematik

4.5 Kesimpulan 62

5 RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 63

5.2 Maklumat Latar Belakang Responden 63-65

5.3 Rumusan Dan Perbincangan Dapatan Kajian 66

Mengenai Faktor Motivasi Pelajar,

Faktor Proses Pembelajaran Pelajar,

Faktor Proses Pengajaran Pensyarah Serta

Faktor Kemudahan Dan

Persekitaran Pembelajaran

5.3.1 Faktor Motivasi Pelajar 66-70

5.3.2 Faktor Proses Pembelajaran 71-73

Pelajar

5.3.3 Faktor Proses Pengajaran 73-74

Pensyarah

5.3.4 Faktor Kemudahan Dan 74-77

Persekitaran Pembelajaran

5.4 Rumusan Kajian 77-78

5.5 Kekangan 78

5.6 Cadangan 79

5.6.1 Cadangan Umum 79

5.6.1.1 Pensyarah 79

5.6.1.2 Pelajar 80

5.6.1.3 Pihak Pentadbir 80-81

xi

Fakulti Pendidikan

5.6.2 Cadangan Atau Saranan Kajian Lanjutan 81-82

5.7 Penutup 82

BIBLIOGRAFI 83-88

LAMPIRAN 89

Lampiran A

xii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

3.1 Skala likert 33

3.2 Pengelasan item soal selidik 34

3.3 Skala permarkahan tahap penilaian min dan min 37

4.1 Taburan kekerapan dan peratusan responden 40

mengikut kursus

4.2 Taburan kekerapan dan peratus responden mengikut 41

kawasan tempat tinggal (semasa belajar di UTM)

4.3 Taburan kekerapan dan peratus responden mengikut 42

status kawasan tempat tinggal (tempat tinggal tetap)

4.4 Analisis gred keputusan bagi mata pelajaran 43

Matematik Tambahan (SPM) berdasarkan kekerapan

dan peratusan

4.5 Analisis gred keputusan bagi mata pelajaran 45

Matematik Moden (SPM) berdasarkan kekerapan

dan peratusan

4.7 Analisis jenis Sekolah Menengah responden 46

berdasarkan kekerapan dan peratusan

4.8 Pemilihan skor lima mata 47

4.9 Taburan kekerapan, peratus dan min mengikut item 48

dalam faktor motivasi pelajar

4.10 Taburan kekerapan, peratus dan min mengikut item 51

dalam faktor proses pembelajaran pelajar

4.11 Taburan kekerapan, peratus dan min mengikut item 54

dalam faktor proses pengajaran pensyarah

xiii

4.12 Taburan kekerapan, peratus dan min mengikut item 57

dalam faktor kemudahan dan persekitaran pembelajaran

4.13 Skala permarkahan tahap penilaian min dan min 61

4.14 Rumusan terhadap faktor-faktor seperti motivasi 61

pelajar, faktor proses pembelajaran pelajar, faktor

proses pengajaran pensyarah serta faktor kemudahan

dan persekitaran pembelajaran dalam proses

pembelajaran Matematik

xiv

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT

4.1 Taburan kekerapan dan peratusan responden 40

mengikut kursus

4.2 Taburan kekerapan dan peratus responden mengikut 41

kawasan tempat tinggal (semasa belajar di UTM)

4.3 Taburan kekerapan dan peratus responden mengikut 42

status kawasan tempat tinggal (tempat tinggal tetap)

4.4 Analisis gred keputusan bagi mata pelajaran 43

Matematik Tambahan (SPM)

4.5 Analisis gred keputusan bagi mata pelajaran 44

Matematik Moden (SPM)

4.6 Analisis jenis Sekolah Menengah responden 45

4.7 Rumusan terhadap faktor-faktor seperti motivasi 62

pelajar, faktor proses pembelajaran pelajar, faktor

proses pengajaran pensyarah serta faktor kemudahan

dan persekitaran pembelajaran dalam

proses pembelajaran Matematik

xv

SENARAI SINGKATAN

ABM - Alat Bantu Mengajar

MRSM - Maktab Rendah Sains Mara

NCTM - National Council of Teachers of Mathematics

PKPG - Program Khas Pengsiswazahan Guru

P & P - Pengajaran Dan Pembelajaran

SPT - Sarjana Muda Sains Dan Komputer Serta Pendidikan

Matematik

SPSS 11.5 - Statistical Package for Social Sciences

UTM - Universiti Teknologi Malaysia

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Soal Selidik Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi 89

Pencapaian Pelajar Dalam Matematik Di

Fakulti Pendidikan,

Universiti Teknologi Malaysia,

Skudai, Johor

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Malaysia merupakan sebuah negara yang semakin pesat membangun.

Pembangunan Malaysia yang pesat ini adalah disebabkan kemajuan Malaysia dalam

bidang Sains dan Teknologi. Matematik juga merupakan salah satu cabang daripada

pengetahuan dalam bidang Sains dan Teknologi. Ini bermakna, penguasaan terhadap

ilmu Matematik adalah amat penting kepada kita untuk menjadi warganegara

Malaysia yang berilmu pengetahuan. Hal ini demikian kerana, ilmu Matematik

mempunyai kaitan yang rapat dengan kehidupan kita seharian. Sebagai contoh, kita

mengaplikasikan ilmu Matematik dalam menyelesaikan masalah yang melibatkan

pengiraan wang, sukatan, timbangan dan sebagainya semasa proses jual beli.

Selain itu juga, kita memerlukan pengetahuan dalam Matematik untuk

membaca atau mengetahui pengiraan berkaitan ukuran seperti ruang, waktu, jarak,

isipadu, peratus dan sebagainya (Dr Noor Azlan, 2005). Matematik juga bukan

sahaja digunakan dengan meluas dalam bidang perniagaan, perindustrian,

perdagangan atau pun ekonomi tetapi juga dalam bidang kejuruteraan. Keadaan ini

jelas membuktikan bahawa betapa perlu dan pentingnya fungsi Matematik dalam

2

kehidupan kita seharian. Cuba kita bayangkan, tanpa Matematik, bagaimanakah

proses bagi urusan jual beli yang kita jalankan dikira setiap hari dan diuruskan secara

sistematik? Bagaimana pula dengan bangunan Menara Kuala Lumpur yang menjadi

mercu kebanggaan kita itu didirikan? Adakah kita dapat menyelesaikan masalah

kehidupan harian yang melibatkan pengetahuan Matematik ini dengan baik tanpa

penguasaan yang mendalam terhadap ilmu Matematik?

Menurut Mok dan Lee (1986), Matematik adalah wujud daripada kehendak

dan keperluan untuk menyelesaikan masalah seharian juga Matematik membolehkan

perkembangan pemikiran yang mantik, analitik, kritis dan tersusun bagi

menyelesaikan sesuatu masalah. Oleh itu, selaras untuk mewujudkan negara

Malaysia yang maju, ilmu Matematik dianggap penting sebagai suatu ilmu yang

diperlukan dalam sistem pendidikan.

Kepentingan terhadap penguasaan pengetahuan ilmu Matematik juga telah

menjadikan Matematik sebagai salah satu mata pelajaran yang wajib diambil dalam

kurikulum pendidikan negara kita bermula dari peringkat sekolah rendah hingga ke

peringkat sekolah menengah. Mata pelajaran Matematik juga telah menjadi salah

satu subjek yang wajib diambil oleh semua pelajar melalui peperiksaan awam negara

kita bermula daripada Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah

Rendah (PMR), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan seterusnya ke peringkat

peperiksaan yang lebih tinggi.

Melalui Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum

Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM), pengajaran dan pembelajaran (P&P) serta

sukatan bagi mata pelajaran ini telah diselaraskan. Dengan itu, penguasaan terhadap

ilmu Matematik dapat dipertingkatkan dari semasa ke semasa bagi melahirkan

pelajar yang berpendidikan seterusnya dapat menyediakan tenaga kerja yang sesuai

dengan perkembangan dan keperluan untuk membentuk sebuah negara maju. Justeru

itu, penguasaan terhadap ilmu Matematik adalah amat penting terhadap

pembangunan negara dalam merealisasikan wawasan 2020.

3

Matematik juga merupakan satu bidang ilmu yang memerlukan minda kita

supaya berfikir secara mantik (logik) dan tersusun dalam menyelesaikan masalah dan

membuat keputusan. Matematik secara umumnya menggalakkan pembelajaran yang

bermakna serta mencabar pemikiran. Oleh sebab itu, Matematik adalah antara

bidang yang terpenting yang perlu dikuasai oleh pelajar. Di samping kemahiran

untuk mengira yang melibatkan daya kreativiti dan pemikiran yang mendalam,

Matematik juga memerlukan kefahaman seseorang terhadap sesuatu konsep secara

tepat dan menyeluruh (NCTM, 1989).

Kepentingan Matematik tidak perlu dipersoalkan lagi kerana penguasaan

terhadap Matematik merupakan asas kepada kemajuan negara. Hal ini kerana, mata

pelajaran ini amat menggalakkan seseorang itu untuk berfikir secara sistematik untuk

menyelesaikan sesuatu masalah. Oleh itu, dengan mengkaji faktor-faktor dalam

proses pembelajaran Matematik yang mempengaruhi pencapaian Matematik pelajar,

maka dapatlah sedikit sebanyak input yang berguna dalam pembangunan ilmu

Matematik di sekolah atau di pusat-pusat pengajian tinggi di seluruh Malaysia

seterusnya dapat memajukan negara melalui penguasaan ilmu Matematik yang

mantap.

1.2 Latarbelakang Masalah

Mengikut kajian Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dalam Quek (2006),

menyatakan bahawa masih ramai pelajar yang tidak mendapat keputusan yang

cemerlang terutamanya dalam subjek Matematik. Hal ini juga dapat dibuktikan

melalui kajian oleh Dr Sharifah Maimunah Syed Zin pada tahun 2001, yang

menyatakan bahawa pencapaian mata pelajaran Matematik di kalangan pelajar di

negara ini masih pada tahap yang rendah di mana pelajar Malaysia lemah dalam

soalan penaakulan, penjelasan dan juga memberi pendapat (berayat) (Rajmah, 2002).

4

Nik Aziz (1989) pula menyatakan bahawa pelajar yang mempunyai

pandangan yang negatif terhadap Matematik akan menyebabkan bilangan pelajar

yang gagal dalam mata pelajaran tersebut terus meningkat, malahan pelajar takut dan

tidak berminat terhadap Matematik dan ini seterusnya menyebabkan matlamat

terhadap pendidikan Matematik menemui jalan kegagalan. Manakala kajian oleh

Masmuda dalam Quek (2006), mendapati bahawa pelajar biasanya menganggap mata

pelajaran aliran sains seperti Matematik, Matematik Tambahan dan Sains sebagai

mata pelajaran yang agak sukar dan memerlukan kesungguhan dan ketekunan untuk

mempelajari dan memahaminya. Ini jelas menunjukkan bahawa, pelajar itu mungkin

akan sukar mendapat keputusan yang cemerlang dalam Matematik jika pelajar itu

mempunyai sikap yang negatif terhadap mata pelajaran tersebut.

Sehubungan dengan itu, bagi mengatasi masalah tersebut, beberapa langkah

awal telah diambil bagi membendung masalah yang kian membimbangkan ini.

Contohnya, program gerak gempur Matematik telah dilaksanakan sejak tahun 1995

bagi memperbaiki prestasi pencapaian pelajar dalam Matematik. Walaupun pelbagai

usaha telah dilakukan tetapi tahap pencapaian Matematik di kalangan pelajar masih

belum memuaskan dan situasi ini boleh dibuktikan melalui laporan akhbar, jurnal,

kritikan masyarakat dan juga daripada keputusan peperiksaan setiap kali diumumkan

(Quek, 2006).

Centra dan Potter (1980) berpendapat bahawa, kecemerlangan pelajar sering

dikaitkan dengan pelbagai faktor yang dikatakan mempengaruhinya sama ada faktor

dalaman atau pun luaran. Antara faktor-faktor tersebut ialah faktor guru, sekolah,

dan paling penting adalah diri pelajar itu sendiri (Centra dan Potter, 1980). Beberapa

kajian lain yang telah dijalankan juga menunjukkan bahawa terdapat banyak faktor-

faktor dalam proses pembelajaran Matematik yang dipercayai mempengaruhi

pencapaian pelajar seperti motivasi pelajar, proses (P&P) dan persekitaran sekolah

adalah antara penganggar yang signifikan bagi pencapaian Matematik bagi sekolah-

sekolah di Malaysia.

5

Oleh yang demikian, beberapa faktor yang utama dalam proses pembelajaran

Matematik telah dikenalpasti. Antara faktor-faktor tersebut ialah faktor motivasi

pelajar, gaya pembelajaran pelajar, proses pengajaran pensyarah, kemudahan dan

persekitaran pembelajaran yang akan dikaji tanpa mengambilkira faktor-faktor lain

yang mungkin mempengaruhinya.

Seperti yang kita sedia maklum, mata pelajaran Matematik adalah merupakan

mata pelajaran yang penting untuk seseorang pelajar kerana dengan mahirnya

seseorang pelajar itu dalam Matematik, maka pelajar itu akan mempunyai peluang

yang lebih cerah untuk melanjutkan pelajaran dan seterusnya lebih mudah untuknya

mendapatkan pekerjaan yang baik pada masa hadapan. Oleh itu, kajian ini dapat

memberi pengertian bermakna kepada pelajar untuk mempertingkatkan kualiti

pembelajaran mereka dalam Matematik.

Justeru itu, penyelidik akan menjalankan kajian yang akan mengetengahkan

faktor-faktor dalam proses pembelajaran Matematik yang dipercayai mempengaruhi

pencapaian Matematik di kalangan pelajar-pelajar kursus empat Sarjana Muda Sains

Dan Komputer Serta Pendidikan Matematik (SPT) aliran Perdana dan aliran Program

Khas Pengsiswazahan Guru (PKPG) di Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi

Malaysia (UTM), Skudai, Johor.

1.3 Pernyataan Masalah

Pakar Psikologi dan Matematik, Skemp (1989) telah menyatakan bahawa

mata pelajaran Matematik adalah subjek yang sukar dan adalah lebih sukar daripada

subjek-subjek yang lain. Disebabkan mata pelajaran Matematik adalah lebih

mencabar dan lebih sukar berbanding dengan subjek-subjek lain yang perlu dikuasai

6

oleh pelajar, maka pencapaian terhadap mata pelajaran Matematik adalah kurang

memuaskan berbanding dengan pencapaian subjek-subjek lain.

Quek (2006) dalam kajiannya berpendapat bahawa kurangnya usaha untuk

mengenalpasti kelemahan pelajar serta kurangnya program atau aktiviti pengukuhan

dalam pendidikan Matematik khasnya, merupakan faktor yang menyebabkan

pencapaian akademik pelajar terhadap Matematik masih di tahap yang kurang

memuaskan.

Jika keadaan seperti ini dibiarkan berterusan, ini boleh memberikan kesan

yang negatif terhadap sistem pendidikan negara kita. Pelajar atau mahasiswa yang

lemah dan ketinggalan dalam mata pelajaran Matematik akan mengalami masalah

semasa menjawab soalan peperiksaan. Keadaan ini menyebabkan mereka

memperolehi keputusan atau pencapaian yang kurang memuaskan dalam subjek

berkenaan. Mereka yang tidak mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan

akan mengalami kesukaran semasa mendapatkan pekerjaan. Sekiranya tuntutan bagi

tenaga kerja manusia yang berpendidikan dan berkualiti gagal dipenuhi, maka,

wawasan kita untuk menjadikan Malaysia sebagai negara maju menjelang tahun

2020 adalah sukar untuk direalisasikan.

Justeru itu, dengan mengambil kira empat faktor iaitu faktor motivasi pelajar,

gaya pembelajaran pelajar, proses pengajaran pensyarah serta faktor kemudahan dan

persekitaran pembelajaran, pengkaji cuba untuk mengenalpasti sama ada faktor-

faktor tersebut mempengaruhi proses pembelajaran pelajar dalam Matematik.

Kajian ini adalah untuk mengetahui sama ada faktor yang telah dikenalpasti

mempengaruhi proses pembelajaran Matematik terhadap pelajar yang mengambil

kursus empat SPT di Fakulti Pendidikan, UTM. Kajian ini adalah penting, ini adalah

disebabkan kerana terdapat perbezaan pencapaian bagi subjek Matematik di kalangan

pelajar-pelajar tersebut. Selain itu juga, didapati bahawa kebanyakan pelajar ini

7

mendapat keputusan yang sederhana semasa peperiksaan akhir bagi subjek

Matematik yang diambil di UTM. Subjek Matematik yang dikaji adalah keseluruhan

subjek Matematik yang telah diambil oleh pelajar semasa di UTM.

Oleh yang demikian, kajian ini dijalankan dalam mengenalpasti sama ada

faktor-faktor yang telah dikenalpasti mempengaruhi dalam kecemerlangan pelajar

dalam Matematik. Ini adalah penting agar ianya dapat memberi gambaran yang lebih

jelas mengapa pelajar ini cemerlang ataupun gagal, dan seterusnya memberi garis

panduan kepada pendidik untuk merancang dan memperbaiki pengajaran supaya

lebih berkesan dan membantu pelajar dalam meningkatkan pencapaian mereka

khususnya bagi subjek Matematik.

Oleh yang demikian, pengkaji ingin mengenalpasti adakah faktor yang dikaji

merupakan permasalahan yang dihadapi oleh pelajar-pelajar ini? Adakah kelemahan

mereka berpunca daripada faktor motivasi pelajar, proses pembelajaran pelajar,

proses pengajaran pensyarah atau faktor kemudahan dan persekitaran pembelajaran.

Di samping itu, kajian ini turut mengenalpasti apakah faktor utama yang dihadapi

oleh pelajar-pelajar ini dalam menghadapi Matematik? Oleh yang demikian,

keputusan yang diperoleh kelak dapat membantu mereka meningkatkan pencapaian

Matematik.

1.4 Objektif Kajian

Objektif kajian ini adalah untuk :

i Mengenalpasti faktor motivasi pelajar dalam proses pembelajaran Matematik

di kalangan pelajar-pelajar empat SPT aliran Perdana dan aliran PKPG.

8

ii. Mengkaji faktor gaya pembelajaran pelajar dalam proses pembelajaran

Matematik di kalangan pelajar-pelajar empat SPT aliran Perdana dan aliran

PKPG.

iii. Mengkaji faktor proses pengajaran pensyarah dalam proses pembelajaran

Matematik di kalangan pelajar-pelajar empat SPT aliran Perdana dan aliran

PKPG.

iv. Mengkaji faktor kemudahan dan persekitaran pembelajaran dalam proses

pembelajaran Matematik di kalangan pelajar-pelajar empat SPT aliran

Perdana dan aliran PKPG.