pembangunan sistem sokongan pembelajaran … · tidak lupa juga penghargaan kepada encik...

25
PEMBANGUNAN SISTEM SOKONGAN PEMBELAJARAN KENDIRI ATAS TALIAN (GROWTH AND REPRODUCTION) BERNADETTE DORIS ANAK RIDIS RINYOD UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: vuphuc

Post on 14-Jun-2019

232 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PEMBANGUNAN SISTEM SOKONGAN PEMBELAJARAN … · Tidak lupa juga penghargaan kepada Encik Shaharuddin b Md Salleh di atas sumbangan perisian Macromedia Flash bagi membina animasi dalam

PEMBANGUNAN SISTEM SOKONGAN PEMBELAJARAN KENDIRI ATAS

TALIAN (GROWTH AND REPRODUCTION)

BERNADETTE DORIS ANAK RIDIS RINYOD

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: PEMBANGUNAN SISTEM SOKONGAN PEMBELAJARAN … · Tidak lupa juga penghargaan kepada Encik Shaharuddin b Md Salleh di atas sumbangan perisian Macromedia Flash bagi membina animasi dalam

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

JUDUL: PEMBANGUNAN SISTEM SOKONGAN PEMBELAJARAN KENDIRI ATAS TALIAN (GROWTH AND REPRODUCTION)

SESI PENGAJIAN: 2008/2009

Saya BERNADETTE DORIS ANAK RIDIS RINYOD (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk

tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sabagai pertukaran antara institusi

pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( )

 

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam

(AKTA RAHSIA RASMI 1972)  

TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

 

TIDAK TERHAD Disahkan oleh, __________________________ ____________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat tetap: P.O. BOX 105 KAMPUNG SEGONG SINGAI, PROF. MADYA DR. ZALEHA BT. ISMAIL BAU, Nama Penyelia 94000 BAU, SARAWAK. Tarikh:___________________ Tarikh:___________________

CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak

berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

Page 3: PEMBANGUNAN SISTEM SOKONGAN PEMBELAJARAN … · Tidak lupa juga penghargaan kepada Encik Shaharuddin b Md Salleh di atas sumbangan perisian Macromedia Flash bagi membina animasi dalam

PEMBANGUNAN SISTEM SOKONGAN PEMBELAJARAN KENDIRI ATAS

TALIAN (GROWTH AND REPRODUCTION)

BERNADETTE DORIS ANAK RIDIS RINYOD

Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi syarat penganugerahan ijazah Sarjana

Muda Sains serta Pendidikan (Sains)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL, 2009

Page 4: PEMBANGUNAN SISTEM SOKONGAN PEMBELAJARAN … · Tidak lupa juga penghargaan kepada Encik Shaharuddin b Md Salleh di atas sumbangan perisian Macromedia Flash bagi membina animasi dalam

ii

“Saya akui bahawa karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.

Tandatangan : ……………………………………………………….

Nama Penulis : ……………………………………………………….

Tarikh : ……………………………………………………….

Page 5: PEMBANGUNAN SISTEM SOKONGAN PEMBELAJARAN … · Tidak lupa juga penghargaan kepada Encik Shaharuddin b Md Salleh di atas sumbangan perisian Macromedia Flash bagi membina animasi dalam

iii

Teristimewa buat ibu bapaku yang tercinta serta adik beradikku yang tersayang. Kalian

adalah tempatku bernaung dan mendapat kasih sayang dan sokongan. Tanpa kalian, tidak

mampu diriku menempuhi cabaran hidup ini.

Page 6: PEMBANGUNAN SISTEM SOKONGAN PEMBELAJARAN … · Tidak lupa juga penghargaan kepada Encik Shaharuddin b Md Salleh di atas sumbangan perisian Macromedia Flash bagi membina animasi dalam

iv

PENGHARGAAN

Salam perpaduan…

Syukur kepada Tuhan di atas limpah berkat dan pertolongan-Nya, saya dapat

menyiapkan Projek Sarjana Muda (PSM) ini dengan jayanya. Jutaan terima kasih dan

setinggi-tinggi penghargaan ingin saya ucapkan teristimewa buat Prof Madya Dr Zaleha

binti Ismail selaku penyelia bagi projek saya ini di atas tunjuk ajar serta bimbingan dan

juga kepercayaan yang diberikan oleh beliau kepada saya dalam menyempurnakan projek

ini.

Penghargaan dan terima kasih juga kepada rakan-rakan seperjuangan yang

sentiasa bersedia membantu dan berkongsi pengetahuan dalam menjayakan projek ini,

Tidak lupa juga penghargaan kepada Encik Shaharuddin b Md Salleh di atas sumbangan

perisian Macromedia Flash bagi membina animasi dalam projek ini. Begitu juga kepada

senior, Rohaliza binti ab Roshed, yang telah mengajar saya cara untuk menggunakan

kemudahan dalam MOODLE, setinggi-tinggi terima kasih saya ucapkan.

Kepada sesiapa sahaja yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung

dalam menjayakan projek ini, sumbangan anda semua amat dihargai dan didahului

dengan ucapan kasih.

Page 7: PEMBANGUNAN SISTEM SOKONGAN PEMBELAJARAN … · Tidak lupa juga penghargaan kepada Encik Shaharuddin b Md Salleh di atas sumbangan perisian Macromedia Flash bagi membina animasi dalam

v

ABSTRAK

Teknologi e-pembelajaran telah berjaya mempengaruhi sistem pendidikan di

semua peringkat iaitu dari peringkat sekolah rendah hinggalah kepada peringkat Institut

Pengajian Tinggi (IPT). E-pembelajaran dijadikan sebagai satu alternatif pembelajaran

namun keberkesanannya bergantung kepada unsur pedagogi yang diterapkan didalamnya.

Oleh itu, satu projek yang mengaplikasikan teknologi e-pembelajaran, iaitu projek Sistem

Sokongan Pembelajaran Kendiri atas Talian dibangunkan untuk menghasilkan suatu e-

pembelajaran yang berkesan, interaktif, mampu menarik minat murid untuk belajar serta

bersifat mesra pengguna. Dalam pembangunan projek ini, satu sistem pengurusan kursus

telah dipilih kerana pendekatannya menyokong konstruktivisme sosial. Model ADDIE

digunakan sebagai asas dalam merancang dan membangunkan projek ini. Bahan e-

pembelajaran dibangunkan bagi topik Growth and Reproduction dalam Biologi

Tingkatan 5. Bahan-bahannya merangkumi Student’s Lesson, Teacher’s Note, Student’s

Practice, Quizzes, Forum, Chat, Assignment, dan Glossary serta dilengkapi dengan

elemen grafik dan animasi. Antara keistimewaan utama projek ini ialah ia menyediakan

maklum balas informatif dan penilaian fleksibel bagi latihan dan kuiz yang disediakan.

Diharapkan semoga projek yang dibangunkan ini dapat digunakan sebaiknya oleh murid,

guru, ibu bapa, dan juga masyarakat serta memberikan manfaat kepada semua.

Page 8: PEMBANGUNAN SISTEM SOKONGAN PEMBELAJARAN … · Tidak lupa juga penghargaan kepada Encik Shaharuddin b Md Salleh di atas sumbangan perisian Macromedia Flash bagi membina animasi dalam

vi

ABSTRACT

E-learning technology has successfully influence the education system at all

levels, that is from primary school level to university level. E-learning is an alternative to

the popular face to face learning. However, the effectiveness of its usage depends on

pedagogical elements that are being infused in it. Hence, a project that applies e-learning

technology, known as Online Self Study Support System was developed to generate an

effective, interactive, interesting, and user-friendly e-learning. In the development of this

project, a course management system was chosen as the platform for the project as it

arises from social constructivism. ADDIE model was used as the foundation in planning

and developing this project. The e-learning materials were developed for a topic in

Biology Form 5, which is Growth and Reproduction topic. The materials include

Student’s Lesson, Teacher’s Note, Student’s Practice, Quizzes, Forum, Chat,

Assignment, Glossary and also some graphic and animation elements. Among the main

specialties of this project is that it provide informative and instant feedback as well as

flexible assessment for the exercises and quizzes given. It is hope that this project can be

used to the fullest by the students, teachers, parents, and also society and bring benefit to

all.

Page 9: PEMBANGUNAN SISTEM SOKONGAN PEMBELAJARAN … · Tidak lupa juga penghargaan kepada Encik Shaharuddin b Md Salleh di atas sumbangan perisian Macromedia Flash bagi membina animasi dalam

vii

KANDUNGAN

PERKARA

HALAMAN

PENGESAHAN STATUS TESIS

PENGESAHAN PENYELIA

JUDUL i

PENGAKUAN PELAJAR ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xii

SENARAI RAJAH xiii

SENARAI SINGKATAN xv

BAB

SENARAI LAMPIRAN

xvi

1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 4

1.3 Pernyataan Masalah 7

1.4 Objektif Projek 7

1.5 Kepentingan Projek 8

Page 10: PEMBANGUNAN SISTEM SOKONGAN PEMBELAJARAN … · Tidak lupa juga penghargaan kepada Encik Shaharuddin b Md Salleh di atas sumbangan perisian Macromedia Flash bagi membina animasi dalam

viii

1.5.1 Murid 8

1.5.2 Guru 9

1.5.3 Sekolah 9

1.5.4 Ibu Bapa dan Masyarakat 10

1.6 Skop dan Batasan Projek 10

1.7 Kerangka Teori Projek 11

1.8 Definisi Istilah 13

1.8.1 Sistem Sokongan 14

1.8.2 Pembelajaran 14

1.8.3 Kendiri 15

1.9 Penutup

15

2 SOROTAN PENULISAN

2.1 Pengenalan 16

2.2 E-Pembelajaran 17

2.3 Ciri-Ciri dan Kebaikan E-Pembelajaran melalui

Pembangunan Sistem Sokongan Pembelajaran Kendiri

atas Talian

17

2.4 Perbezaan antara E-Pembelajaran dengan Pembelajaran

Secara Tradisional

19

2.5 E-Pembelajaran di Luar Negara 20

2.6 E-Pembelajaran di Malaysia 22

2.6.1 Di Peringkat Sekolah 23

2.6.2 Di Peringkat Universiti, Institut, dan Maktab 25

2.7 Perisian Sumber Terbuka-MOODLE 28

2.7.1 Rangka Keseluruhan MOODLE 29

2.7.2 Pengurusan Laman Web 31

2.8 Masalah Pembelajaran bagi Topik Growth and

Reproduction

31

2.9 Penutup 32

Page 11: PEMBANGUNAN SISTEM SOKONGAN PEMBELAJARAN … · Tidak lupa juga penghargaan kepada Encik Shaharuddin b Md Salleh di atas sumbangan perisian Macromedia Flash bagi membina animasi dalam

ix

3

PROSEDUR PEMBANGUNAN

3.1 Pengenalan 34

3.2 Model ADDIE 34

3.2.1 Fasa Analisis (ANALYSIS) 35

3.2.2 Fasa Rekabentuk (DESIGN) 38

3.2.3 Fasa Pembangunan (DEVELOPMENT) 42

3.2.4 Fasa Perlaksanaan (IMPLEMENTATION) 52

3.2.5 Fasa Penilaian (EVALUATION) 52

3.2.5.1 Penilaian Formatif 53

3.2.5.2 Penilaian Sumatif 53

3.3 Penutup

54

4 BAHAN SISTEM SOKONGAN PEMBELAJARAN

KENDIRI ATAS TALIAN BAGI TOPIK GROWTH

AND REPRODUCTION

4.1 Pengenalan 55

4.2 Cara mendaftar masuk (Login) ke dalam Sistem

Sokongan Pembelajaran Kendiri atas Talian bagi topik

Growth and Reproduction

56

4.3 Skrin Menu 59

4.4 Penghasilan Bahan-bahan Sistem Sokongan Pembelajaran

Kendiri atas Talian bagi topik Growth and Reproduction

60

4.4.1 Bahan pembelajaran Teacher’s Note dalam

Resource

61

4.4.2 Bahan pembelajaran Student’s Lesson dalam

Lesson

63

4.4.3 Bahan pembelajaran Student’s Practice dalam

Quizzes

67

Page 12: PEMBANGUNAN SISTEM SOKONGAN PEMBELAJARAN … · Tidak lupa juga penghargaan kepada Encik Shaharuddin b Md Salleh di atas sumbangan perisian Macromedia Flash bagi membina animasi dalam

x

4.4.4 Bahan pembelajaran Quizzes menggunakan

perisian Hot Potatoes

69

4.4.5 Bahan pembelajaran animasi menggunakan

perisian Macromedia Flash

70

4.5 Pengaplikasian Forum dalam Sistem Sokongan

Pembelajaran Kendiri atas Talian bagi topik Growth and

Reproduction

71

4.6 Pengaplikasian Chat dalam Sistem Sokongan

Pembelajaran Kendiri atas Talian bagi topik Growth and

Reproduction

72

4.7 Pengaplikasian Assignment dalam Sistem Sokongan

Pembelajaran Kendiri atas Talian bagi topik Growth and

Reproduction

74

4.8 Pengaplikasian Glossary dalam Sistem Sokongan

Pembelajaran Kendiri atas Talian bagi topik Growth and

Reproduction

75

4.9 Penutup

76

5 PERBINCANGAN, CADANGAN DAN

KESIMPULAN

5.1 Pengenalan 77

5.2 Perbincangan Projek 77

5.2.1 Pembangunan Sistem Sokongan Pembelajaran

Kendiri atas Talian bagi topik Growth and

Reproduction

78

5.2.1.1 Keistimewaan Sistem Sokongan

Pembelajaran Kendiri atas Talian bagi

topik Growth and Reproduction

79

5.2.1.2 Kebaikan Sistem Sokongan

Pembelajaran Kendiri atas Talian kepada

80

Page 13: PEMBANGUNAN SISTEM SOKONGAN PEMBELAJARAN … · Tidak lupa juga penghargaan kepada Encik Shaharuddin b Md Salleh di atas sumbangan perisian Macromedia Flash bagi membina animasi dalam

xi

murid

5.2.1.3 Kelemahan Sistem Sokongan

Pembelajaran Kendiri atas Talian

82

5.3 Rumusan 82

5.4 Masalah-Masalah yang Dihadapi semasa Pembangunan

Projek

83

5.4.1 Kepakaran yang terhad 83

5.4.2 Capaian Internet yang lembab 84

5.4.3 Proses penghasilan bahan pembelajaran 84

5.5 Cadangan Pembaikan Projek 85

5.6 Penutup

85

RUJUKAN 87

Lampiran A - E 89 - 117

Page 14: PEMBANGUNAN SISTEM SOKONGAN PEMBELAJARAN … · Tidak lupa juga penghargaan kepada Encik Shaharuddin b Md Salleh di atas sumbangan perisian Macromedia Flash bagi membina animasi dalam

xii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK HALAMAN

2.1 Perbezaan antara e-pembelajaran dengan

pembelajaran secara tradisional

19

3.1 Contoh jawapan yang diberi oleh murid

tingkatan 5 mengenai pemahaman tentang

hormon dalam pembiakan

37

3.2 Taksonomi Bloom 38

3.3 Contoh item soalan yang melibatkan

miskonsepsi di kalangan murid

41

Page 15: PEMBANGUNAN SISTEM SOKONGAN PEMBELAJARAN … · Tidak lupa juga penghargaan kepada Encik Shaharuddin b Md Salleh di atas sumbangan perisian Macromedia Flash bagi membina animasi dalam

xiii

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK HALAMAN

1.1 Kerangka Teori Projek 12

3.1 Model ADDIE 35

3.2 Contoh nota guru (Teacher’s Note)

menggunakan perisian Microsoft Office

PowerPoint

43

3.3 Contoh nota guru (Teacher’s Note)

menggunakan perisian OpenOffice.org.2.3

(Impress)

44

3.4 Perisian Winzip 45

3.5 Perisian Hot Potatoes 46

3.6 Perisian Macromedia Flash MX 2004 47

3.7 Carta alir pembangunan Teacher’s Note

dalam bentuk html

48

3.8 Carta alir pembangunan Teacher’s Note

dalam bentuk PowerPoint

49

3.9 Carta alir pembangunan Student’s Lesson 50

3.10 Carta alir pembangunan Student’s Practice 51

3.11 Carta alir pembangunan Interactive Quiz 51

4.1 Skrin paparan utama 56

4.2 Skrin Login 57

Page 16: PEMBANGUNAN SISTEM SOKONGAN PEMBELAJARAN … · Tidak lupa juga penghargaan kepada Encik Shaharuddin b Md Salleh di atas sumbangan perisian Macromedia Flash bagi membina animasi dalam

xiv

4.3 Skrin create new account 58

4.4 Skrin antaramuka Sistem Sokongan

Pembelajaran Kendiri atas Talian bagi topik

Growth and Reproduction

59

4.5 Skrin menu bagi topik Growth and

Reproduction

60

4.6 Skrin Teacher’s Note dalam format html 62

4.7 Skrin Teacher’s Note dalam format

PowerPoint

63

4.8 Skrin Student’s Lesson (Learning

Objectives Subtopic 4.1)

64

4.9 Skrin Student’s Lesson (Pengenalan) 65

4.10 Skrin Student’s Lesson (isi kandungan

pembelajaran)

65

4.11 Skrin Student’s Lesson (Soalan) 66

4.12 Skrin Student’s Practice bagi jawapan yang

betul

67

4.13 Skrin Student’s Practice bagi jawapan yang

salah

68

4.14 Skrin paparan rekod gred murid 69

4.15 Skrin Hot Potatoes JQuiz bagi subtopic 4.2 70

4.16 Skrin animasi bagi proses pembentukkan

kembar Siam

71

4.17 Skrin Forum 72

4.18 Skrin Chat on Topic 4 73

4.19 Skrin Chat on Assignment 73

4.20 Skrin Assignment 74

4.21 Skrin Glossary 75

Page 17: PEMBANGUNAN SISTEM SOKONGAN PEMBELAJARAN … · Tidak lupa juga penghargaan kepada Encik Shaharuddin b Md Salleh di atas sumbangan perisian Macromedia Flash bagi membina animasi dalam

xv

SENARAI SINGKATAN

CMS - Course Management System

GIF - Graphic Interchange Format

HTML - Hypertext Markup Language

ICT - Information and Communication Technology

KBSM - Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah

KPM - Kementerian Pelajaran Malaysia

LMS - Learning Management System

MOODLE - Modular Object-Oriented Dynamic Learning

Environment

PDA - Personal Digital Assistant

PHP - Hypertext Preprocessor

Page 18: PEMBANGUNAN SISTEM SOKONGAN PEMBELAJARAN … · Tidak lupa juga penghargaan kepada Encik Shaharuddin b Md Salleh di atas sumbangan perisian Macromedia Flash bagi membina animasi dalam

xvi

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK HALAMAN

A Jadual analisa soalan latihan (Student’s

Practice)

84

B Contoh borang soal selidik 109

C Jadual analisa penilaian Sistem Sokongan

Pembelajaran Kendiri atas Talian

111

D Jadual analisa perbandingan Sistem

Sokongan Pembelajaran Kendiri atas Talian

(OSSS) dengan sistem pembelajaran e-

learning yang lain

112

E Surat memohon kebenaran mendapatkan

maklumat

117

Page 19: PEMBANGUNAN SISTEM SOKONGAN PEMBELAJARAN … · Tidak lupa juga penghargaan kepada Encik Shaharuddin b Md Salleh di atas sumbangan perisian Macromedia Flash bagi membina animasi dalam

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Menyedari betapa pentingnya sains dalam kehidupan dan kemajuan negara,

matlamat Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) ialah untuk memastikan

murid mampu menguasai konsep serta kemahiran tentang sains dan seterusnya

melahirkan generasi yang tahu menghargai dan menghayati keindahan alam ciptaan

Tuhan. Selain itu, KBSM ingin melahirkan murid yang berkembang secara menyeluruh

dan seimbang jadi segi jasmani, emosi, rohani, intelek, dan sosial (JERIS) serta

melahirkan insan yang sempurna dan berguna kepada masyarakat dan negara. Oleh itu,

guru yang merupakan pendidik anak bangsa memainkan peranan dan tanggungjawab

yang amat besar bagi memastikan matlamat yang telah ditetapkan tercapai dengan

jayanya. Guru harus bijak memilih serta menggunakan teknik dan kaedah pengajaran

yang sesuai dengan kebolehan, sikap, serta minat murid agar suatu proses pengajaran dan

pembelajaran itu dapat berjalan dengan berkesan. Dengan berkembangnya sains dan

teknologi, setiap guru harus memiliki kemahiran untuk mengaplikasikan penggunaan

bahan pengajaran dan pembelajaran berasaskan teknologi bagi menghasilkan proses

pengajaran dan pembelajaran yang menarik, interaktif, dan dinamik.

Page 20: PEMBANGUNAN SISTEM SOKONGAN PEMBELAJARAN … · Tidak lupa juga penghargaan kepada Encik Shaharuddin b Md Salleh di atas sumbangan perisian Macromedia Flash bagi membina animasi dalam

2

Dalam mencapai wawasan 2020 iaitu untuk menjadikan negara kita sebuah negara

perindustrian yang berkembang maju serta membasmi kemiskinan dan melahirkan rakyat

Malaysia yang celik IT, pengaplikasian ilmu sains dan teknologi perlu diperkenalkan dan

diterapkan kepada masyarakat sejak di bangku sekolah lagi. Pelbagai strategi telah

dilaksanakan oleh sistem pendidikan untuk menerapkan penggunaan sains dan teknologi

dalam pendidikan. Antaranya ialah menyediakan kemudahan komputer serta bahan

pengajaran dan pembelajaran berasaskan CD-ROM kepada sekolah-sekolah. Manakala,

bagi program pendidikan di peringkat tinggi sama ada institusi awam ataupun swasta,

setiap pelajar dikehendaki mempelajari dan mengaplikasikan penggunaan sains dan

teknologi walaupun ianya mungkin bukan merupakan bidang khusus mereka. Ia

bertujuan untuk memastikan setiap pelajar menjadi insan yang celik IT serta mempunyai

pelbagai kemahiran yang berguna demi masa depan sendiri dan juga negara. Pelajar yang

mengambil pengkhususan dalam bidang sains dan teknologi pula perlu juga mempelajari

bidang lain seperti sastera dan kemanusiaan supaya menjadi insan yang seimbang dan

bepengetahuan luas. Ia selari dengan pernyataan Wawasan 2020 menerusi cabaran ke-6

yang menegaskan perlunya latihan untuk menambahkan tenaga profesional di bidang

sains dan teknologi dan perlunya ditentukan keseimbangan antara golongan yang terlatih

di bidang ini dengan mengikuti pengkhususan di bidang sastera, kemanusiaan, dan sosial.

Dalam abad ke-21 ini, ledakan maklumat yang bersifat saintifik dan teknologi

membolehkan sesuatu maklumat diperoleh dan disampaikan dengan mudah tanpa

memerlukan seseorang untuk bergerak jauh dari satu tempat ke tempat yang lain serta

tidak mengambil masa yang lama dan memenatkan. Pendidikan siber, pendidikan jarak

jauh serta proses capaian maklumat di Internet membolehkan pelajar melakukan

pembelajaran berasaskan talian secara meluas. Internet merupakan satu rangkaian

komputer antarabangsa yang menghubungkan berjuta komputer secara talian terus.

Melalui Internet, manusia boleh berkongsi maklumat dan juga ilmu pengetahuan tanpa

perlunya bertemu muka. Internet adalah singkatan dari perkataan Inter-Network atau a

network of networks. Ianya bersifat antarabangsa dan menyediakan pelbagai

perkhidmatan dan kemudahan kepada pengguna seperti mel elektronik dan laman web

Page 21: PEMBANGUNAN SISTEM SOKONGAN PEMBELAJARAN … · Tidak lupa juga penghargaan kepada Encik Shaharuddin b Md Salleh di atas sumbangan perisian Macromedia Flash bagi membina animasi dalam

3

(Aris, B., et.al, 2003). Dunia tanpa sempadan di mana manusia dari seluruh pelusuk

dunia dapat berhubung dan berkongsi maklumat menunjukkan kecanggihan Internet

dalam menghubungkan manusia dari serata dunia.

World Wide Web (WWW) telah menjadikan Internet mesra pengguna dan

menarik di mana terdapatnya integrasi antara pelbagai elemen media seperti grafik,

animasi, teks, audio, dan video di dalam sesebuah laman web. E-pembelajaran

(pembelajaran elektronik) merupakan salah satu contoh pembelajaran melalui Internet di

mana pelajar dapat mengakses bahan pembelajaran dan belajar mengikut rentak tersendiri

atau dalam erti kata lain, belajar secara tidak formal. Menurut Aris, B., et. al (2003),

melalui kaedah pembelajaran web, suatu aspek penting adalah penglibatan pelajar kepada

proses pembelajaran. Pelajar yang terlibat akan berinteraksi secara aktif dalam

mendapatkan maklumat dan pengetahuan samada sesama pelajar sendiri mahupun

interaksi bersama penyelia mereka.

E-pembelajaran telahpun diperkenalkan sebagai satu strategi baru dalam kaedah

pembelajaran. Ianya turut merupakan alternatif kepada kaedah pengajaran dan

pembelajaran yang bersifat tradisional seperti kapur dan papan putih. Salah satu contoh

e-pembelajaran yang telah pun dilancarkan adalah PORTAL pendidikan utusan di mana

ia telah dilancarkan pada Julai 2001. Menurut sumber berita Utusan Melayu (16

September 2002), Portal Pendidikan Utusan Melayu telah menyediakan bahan-bahan

untuk subjek Sains dan Matematik Tahun Satu dalam versi bahasa Inggeris mulai tahun

2003.

Selain daripada menyediakan bahan-bahan pembelajaran dalam bentuk elektronik,

e-pembelajaran turut membenarkan perkongsian maklumat dan idea antara pengguna

melalui media-media tertentu seperti ruangan Forum, Chat, email, dan juga video.

Dalam erti kata lain, pelajar terlibat secara aktif dalam pembelajaran di mana pelajar

Page 22: PEMBANGUNAN SISTEM SOKONGAN PEMBELAJARAN … · Tidak lupa juga penghargaan kepada Encik Shaharuddin b Md Salleh di atas sumbangan perisian Macromedia Flash bagi membina animasi dalam

4

boleh meneroka bahan pembelajaran sendiri dan mengikut rentak sendiri pada bila-bila

masa dan di mana jua asalkan terdapatnya kemudahan Internet.

Secara keseluruhannya, Internet memainkan peranan sebagai salah satu teknik

pembelajaran dalam dunia pendidikan di era sains dan teknologi masa kini. Pelajar boleh

memperoleh pelbagai maklumat dan bahan pendidikan melalui e-pembelajaran.

Pembelajaran adalah berpusatkan pelajar di mana pelajar menentukan pembelajaran

mereka sendiri dan proses pembelajaran adalah aktif dan tidak formal.

1.2 Latar Belakang Masalah

Matapelajaran sains merupakan salah satu matapelajaran teras yang wajib untuk

dipelajari oleh setiap murid. Ini kerana matapelajaran sains merupakan salah satu

matapelajaran yang penting dalam menyediakan murid dengan kemahiran saintifik untuk

pembangunan negara ke arah sains dan teknologi pada masa akan datang. Ia selaras

dengan cabaran yang ke-6 yang menyatakan bahawa “untuk mewujudkan masyarakat

yang saintifik dan progresif, yakni masyarakat yang mempunyai daya perubahan yang

tinggi dan memandang jauh ke hadapan serta menjadi penyumbang kepada tamadun

saintifik dan teknologi masa depan” (Jabatan Perdana Menteri, 1991).

Tidak dinafikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran, seringkali terdapat

masalah di mana murid tidak dapat mengikuti rentak dan kaedah pengajaran guru.

Sesetengah murid pula tidak berminat untuk belajar dan lantas tidak memberi tumpuan

ketika proses pengajaran dan pembelajaran berlaku. Menurut Rubiah dan Ong (2005),

masalah yang dihadapi oleh setiap pelajar adalah berlainan daripada satu sama lain.

Page 23: PEMBANGUNAN SISTEM SOKONGAN PEMBELAJARAN … · Tidak lupa juga penghargaan kepada Encik Shaharuddin b Md Salleh di atas sumbangan perisian Macromedia Flash bagi membina animasi dalam

5

Namun, secara puratanya, terdapat persamaan antara masalah-masalah yang dihadapi.

Mereka berpendapat bahawa selalunya masalah ini timbul apabila para pelajar

menghadapi tekanan, sama ada tekanan daripada keluarga, tekanan daripada guru,

mahupun tekanan yang dicorakkan oleh para pelajar sendiri.

Bagi matapelajaran sains, masalah miskonsepsi dan kesalahan lazim merupakan

masalah yang sering dihadapi para murid ketika mempelajari matapelajaran ini. Menurut

Hershey (2004), terdapat beberapa miskonsepsi yang dikenalpasti dalam matapelajaran

Biologi. Antara miskonsepsi yang sering berlaku di kalangan murid ialah terlalu

menggeneralisasikan (overgeneralization), terlalu memudahkan (oversimplification),

pandangan/idea pengetahuan sedia ada (pre-conceive notion), salah mengenalpasti

(misidentifying), salah faham (misunderstanding), salah maklumat (misinformation),

kepercayaan bukan saintifik (nonscientific beliefs), salah faham konsep (conceptual

misunderstands), kepercayaan kepada yang lebih terkenal (popular beliefs), dan

penerangan yang salah mengenai definisi dan kaedah (definition and method incorrectly

explained) serta beberapa miskonsepsi yang lain. Masalah lazim pula seperti murid tidak

menjawab seperti yang dikehendaki oleh soalan dan cuai dalam memilih jawapan yang

tepat.

Oleh itu, Sistem Sokongan Pembelajaran Kendiri atas Talian diperkenalkan

untuk membantu para murid dan juga guru dalam menangani masalah-masalah yang

dinyatakan sebentar tadi. Sistem Sokongan Pembelajaran Kendiri dalam Talian ialah

nama bagi e-pembelajaran yang dibina khas oleh pembangun untuk membolehkan para

murid belajar sendiri secara on-line. Melalui Sistem Sokongan Pembelajaran Kendiri

atas Talian, para murid boleh melakukan pembelajaran kendiri di mana murid boleh

menentukan sendiri masa untuk belajar, kandungan bahan pelajaran yang ingin dipelajari

serta hala tuju pembelajaran. Proses pembelajaran adalah fleksibel dan mengikut rentak

murid sendiri. Selain itu, murid juga berpeluang mempelajari tajuk yang sukar untuk

difahami berulang kali serta menjawab kuiz yang disediakan untuk menguji dan

Page 24: PEMBANGUNAN SISTEM SOKONGAN PEMBELAJARAN … · Tidak lupa juga penghargaan kepada Encik Shaharuddin b Md Salleh di atas sumbangan perisian Macromedia Flash bagi membina animasi dalam

6

mengukuhkan kefahaman. Ini dapat mengelakkan miskonsepsi pada masa akan datang

kerana para murid didedahkan dengan soalan-soalan yang menjadi kesalahan lazim yang

dilakukan sebelum ini.

Sistem Sokongan Pembelajaran Kendiri atas Talian turut menyediakan ruangan

Forum dan Chat untuk membolehkan para murid menyatakan sebarang kemusykilan dan

masalah pembelajaran serta mengadakan perbincangan berkenaan topik yang dipelajari.

Justeru, perbincangan yang teratur dan terancang dapat dilaksanakan dengan adanya

teknologi diaplikasikan dalam proses pembelajaran. Apa yang pasti, Sistem Sokongan

Pembelajaran Kendiri atas Talian menyimpan rekod pembelajaran secara berkesan dan

sistematik untuk dijadikan rujukan murid sendiri, ibu bapa dan juga guru. Nota untuk

guru juga disediakan sebagai bahan bantu mengajar bagi guru sekiranya guru tidak

sempat menyediakan bahan pembelajaran sendiri disebabkan kekangan masa yang

dihadapi. Beberapa elemen multimedia seperti animasi dan grafik turut diselitkan dalam

pembelajaran untuk menjadikan proses pembelajaran suatu proses yang menarik dan

lebih berkesan.

Kesimpulannya, Sistem Sokongan Pembelajaran Kendiri atas Talian merupakan

satu kaedah pembelajaran yang dinamik dan amat sesuai dijalankan oleh para murid sama

ada di dalam ataupun di luar waktu sekolah. Ciri-ciri menarik yang dimiliki oleh e-

pembelajaran menjadikan ia suatu kaedah pembelajaran yang berkesan sekiranya para

murid memanfaatkan penggunaannya. Penggunaan Internet secara negatif juga dapat

dikurangkan jika para murid menggunakan Internet untuk tujuan pembelajaran dan

menimba ilmu pengetahuan.

Page 25: PEMBANGUNAN SISTEM SOKONGAN PEMBELAJARAN … · Tidak lupa juga penghargaan kepada Encik Shaharuddin b Md Salleh di atas sumbangan perisian Macromedia Flash bagi membina animasi dalam

7

1.3 Pernyataan Masalah

Masalah mempelajari matapelajaran Sains (khususnya, Biologi) di kalangan

murid telah pun wujud sejak dari dahulu lagi hinggalah ke hari ini. Murid seringkali

menghadapi masalah untuk memahami dan mengingati apa yang dipelajari. Pelbagai

initiasif telah dilakukan oleh pihak-pihak tertentu bagi mengatasi masalah yang dihadapi

ini. Seiring dengan perubahan dan ledakan teknologi yang pantas, maka suatu bentuk e-

pembelajaran iaitu Sistem Sokongan Pembelajaran Kendiri atas Talian dibangunkan

untuk dijadikan sebagai salah satu alternatif bagi menangani masalah tersebut.

Terdapat pelbagai bentuk e-pembelajaran yang sedia ada namun kebanyakannya

tidak menyediakan suasana pembelajaran yang berkesan, interaktif, menarik, dan mesra

pengguna. Sekiranya elemen-elemen tersebut ada, pembelajaran menggunakan teknologi

mampu menjadikan murid semakin berminat untuk meneroka alam ilmu sains. Ini kerana

melalui kaedah teknologi ini pelbagai cara maklumat yang dikehendaki dapat diperoleh

dengan mudah dan cepat. Maka Sistem Sokongan Pembelajaran Kendiri atas Talian

dilaksanakan bagi menyediakan bahan pengajaran dan pembelajaran yang cuba untuk

mengintegrasikan elemen-elemen tersebut.

1.4 Objektif Projek

Objektif projek ini ialah untuk membangunkan satu sistem e-pembelajaran

bernama Sistem Sokongan Pembelajaran Kendiri Atas Talian bagi topik Growth and

Reproduction.