pembangunan sistem pemarkahan dalam talian … filepembangunan sistem pemarkahan dalam talian bagi...
TRANSCRIPT
PEMBANGUNAN SISTEM PEMARKAHAN DALAM TALIAN BAGI MATA
PELAJARAN PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PTV
MOHD ZULHILMI BIN ABD GHAFAR
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
PSZ 19:16(Pind. 1/97)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL :
PEMBANGUNAN SISTEM PEMARKAHAN DALAM TALIAN
BAGI MATA PELAJARAN PENGUKURAN DAN PENILAIAN
DALAM PTV SESI PENGAJIAN : 2008/2009
Saya MOHD ZULHILMI BIN ABD GHAFAR
mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut : 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan
untuk tujuan pengajian sahaja 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran
antara institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( √ )
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam (AKTA RAHSIA RASMI 1972). TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan Oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan).
√ TIDAK TERHAD
Disahkan oleh
(HURUF BESAR)
(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap :
EN. ROSNI ZAMUDDIN
SHAH BIN SIDEK
NO.24, TINGKAT 1, PUSAT NIAGA PAYA KELADI 20000 KUALA TERENGGANU TERENGGANU Tarikh: 1 MEI 2009 Tarikh: 1 MEI 2009
CATATAN * Potong yang tidak berkenaan
** Jenis tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
ii
PENGESAHAN PENYELIA “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana
Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Mekanikal)”
Tandatangan : ..........................................................................
Nama Penyelia : EN ROSNI ZAMUDDIN SHAH BIN SIDEK
Tarikh : 1 MEI 2009
PEMBANGUNAN SISTEM PEMARKAHAN DALAM TALIAN BAGI MATA
PELAJARAN PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PTV
MOHD ZULHILMI BIN ABD GHAFAR
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
(Kejuruteraan Mekanikal)
FAKULTI PENDIDIKAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
APRIL 2009
iii
PENGAKUAN
“ Saya akui bahawa karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan
ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”
Tandatangan : ..........................................................................
Nama Penulis : MOHD ZULHILMI BIN ABD GHAFAR
Tarikh : 1 MEI 2009
iv
DEDIKASI
Khas buat…
Ayahanda dan Bonda
Abd Ghafar bin Abd Latef
Hamidah binti Musa
Yang Teristimewa
Noor Zanariah binti Mohd Zakaria
Sekalung Terima Kasih
En Rosni Zamuddin Shah bin Sidek
Pensyarah Penyelia
Pensyarah-pensyarah
Sahabat-sahabat
Semoga Allah S.W.T meredhai kehidupan kita
Terima kasih. Amin……
v
PENGHARGAAN
Syukur Alhamdulillah ke hadrat Ilahi, kerana dengan limpah kurnia-Nya
penyelidikan dan pembangunan perisian yang dijalankan ini dapat disiapkan
sepenuhnya mengikut masa yang telah ditetapkan.
Penyelidik ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih
kepada pensyarah pembimbing iaitu En Rosni Zamuddin Shah bin Sidek yang telah
banyak membantu dengan penuh komited dalam membimbing, menasihat, memberi
dorongan serta tunjuk ajar yang berguna di sepanjang tempoh penyelidikan dan
pembangunan sistem ini dijalankan. Penyelidik juga ingin merakamkan sekalung budi
buat Pensyarah Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia dan rakan-rakan
yang turut membantu dalam menyiapkan penyelidikan dan pembangunan perisian ini.
Tidak lupa juga jutaan terima kasih disampaikan buat kesemua pelajar Tahun
Empat Sarjana Muda Serta Pendidikan Elektrik (SPE), Universiti Teknologi Malaysia
yang terlibat dalam memberikan kerjasama yang tidak terhingga dalam memastikan
penyelidikan ini berjalan dengan lancar mengikut perancangan yang telah ditetapkan.
Terima kasih juga diucapkan kepada Muhamad Razif bin Abdul Majid, Muzhafar
Shairazi bin Mohammad dan Muhammad Zuwairi bin Mazlam yang sentiasa
memberi bantuan tanpa mengira masa kepada penyelidik dalam menyiapkan
penyelidikan ini. Penghargaan juga ditujukan kepada sesiapa sahaja yang terlibat
dalam penyelidikan ini secara langsung mahupun tidak langsung.
Akhir sekali, terima kasih kepada ayahanda dan bonda yang dikasihi, insan
tersayang serta keluarga yang banyak memberi dorongan dalam menjalankan
penyelidikan dan pembangunan perisian ini. Semoga Allah S.W.T memberkati usaha
dan pertolongan kalian. Amin...
vi
ABSTRAK
Projek ini adalah bertujuan untuk membangunkan sebuah perisian sistem
pemarkahan dalam talian bagi mata pelajaran Pengukuran Dan Penilaian Dalam PTV,
Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia dalam membantu menguruskan
proses pemarkahan di mana skop utama ialah kepada keputusan ujian dan tugasan
pelajar dalam mata pelajaran tersebut. Sistem ini dibangunkan dengan menggunakan
perisian Macromedia Dreamweaver CS3 dan MySQL sebagai perisian utama. Sistem
pemarkahan dalam talian yang dibangunkan ini akan memberikan perubahan yang
ketara terhadap sistem paparan pemarkahan sekarang yang menggunakan kaedah
manual dan bukan secara dalam talian. Ia membuka ruang baru yang akan membantu
pihak pensyarah memaparkan keputusan pemarkahan pelajar secara efisien dan
efektif. Sistem ini adalah satu pelaburan yang bijak yang bertindak sebagai resolusi
komprehensif, di mana implementasinya akan mengurangkan beban pengurusan data,
menjimatkan masa dan membolehkan pelajar menyemak keputusan ujian mereka
secara dalam talian dengan pantas. Dengan adanya sistem pemarkahan dalam talian
ini, diharap akan membantu kepada penyelidikan pada masa hadapan untuk
meningkatkan sistem ini bagi kegunaan semua mata pelajaran di Universiti Teknologi
Malaysia dan dijadikan satu sistem yang utama dalam memantau pengurusan
pemarkahan mata pelajaran di Universiti Teknologi Malaysia.
vii
ABSTRACT
This project is aims to develop a software online grading system for subject
Measurement And Evaluation In VTE, Faculty of Education, University Technology
Malaysia in help to manage the marking process wherein scope foremost is the result
of the test and student’s assignments for the subject. The system developed with use
the software Macromedia Dreamweaver CS3 and MySQL as the main software. This
new developed online grading system will be give big impacts compare to the
previous system which are using manual method and offline system. New stage will
be open in way to help lecturers in showing the student’s result with more effective
and efficient. This is attributable to this system that act as the comprehensive of
revolution. By implementing this new developed registration system, it can decrease
the load of data management, save the time and give access for student to checking
their results of tests and assignments by online fast checking. With this online grading
system, hoped it will help to research in the future to upgrade the system which can
be used for all subjects in University Technology Malaysia and can be made one of
the main systems in managing marking process for all subjects in University
Technology Malaysia.
viii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
JUDUL i
PENGESAHAN PENYELIA ii
PENGAKUAN iii
DEDIKASI iv
PENGHARGAAN v
ABSTRAK vi
ABSTRACT vii
KANDUNGAN viii
SENARAI SINGKATAN xiii
SENARAI JADUAL xiv
SENARAI RAJAH xv
SENARAI LAMPIRAN xvii
BAB I PENDAHULUAN 1 – 11 1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 3
1.3 Pernyataan Masalah 5
1.4 Objektif Projek 6
1.5 Persoalan Kajian 7
1.6 Kepentingan Projek 8
1.6.1 Fakulti 8
1.6.2 Pensyarah 8
1.6.3 Pelajar 8
1.7 Skop Projek 9
1.8 Kepentingan Kajian 10
1.9 Penutup 11
ix
BAB II KAJIAN LITERATUR 12 - 24 2.1 Pengenalan 12
2.2 Sistem Maklumat 12
2.3 Sistem Berasaskan Web 13
2.4 Kaedah Pengumpulan Maklumat 14
2.4.1 Kaedah Temubual 14
2.4.2 Pemerhatian Internet 14
2.4.3 Pembacaan 15
2.5 Internet 15
2.5.1 Perkembangan Internet 16
2.5.2 World Wide Web (WWW) 17
2.5.3 Intranet 18
2.5.4 Extranet 19
2.6 Keselamatan 19
2.7 Metodologi Pembangunan Sistem 20
2.7.1 Metodologi Permodelan
Berorientasikan Objek 20
2.7.2 Justifikasi Pemilihan Metodologi 21
2.8 Perkakasan 22
2.8.1 Pelayan Pelanggan 23
2.9 Kajian Lepas 23
2.9.1 Penggunaan Sistem Perisian Yang Terhad 23
2.9.2 Penggunaan Sistem “Offline” 24
2.10 Penutup 24
BAB III METODOLOGI PEMBANGUNAN 26 - 40 3.1 Pengenalan 26
3.2 Kaedah Kajian 27
3.2.1 Kajian Kualitatif 28
3.2.2 Kajian Kuantitatif 28
3.3 Metodologi Projek 29
3.3.1 Fasa-fasa Rekabentuk
Berorientasikan Objek 29
x
3.3.1.1 Fasa Analisis 29
3.3.1.2 Fasa Rekabentuk 31
3.3.1.3 Fasa Perlaksanaan dan Pengujian 32
3.4 Kaedah Pembangunan Projek 35
3.5 Keperluan Perkakasan dan Perisian 35
3.5.1 Spesifikasi Keperluan Perkakasan 35
3.5.2 Spesifikasi Keperluan Perisian 36
3.5.2.1 Justifikasi Perisian 37
3.5.2.1.1 Microsoft Windows
XP Profesional SP2 37
3.5.2.1.2 MySQL 37
3.5.2.1.3 PHP dan Java Script 37
3.5.2.1.4 Internet Explorer 7.0 38
3.5.2.1.5 Apache HTTP Server 38
3.6 Perancangan Kerja 38
3.7 Penutup 39
BAB IV ANALISIS DAN REKABENTUK 41 - 63 4.1 Pengenalan 41
4.2 Rekabentuk Sistem 42
4.3 Rekabentuk Logikal 42
4.3.1 Rajah Kes Guna (Use Case) 42
4.3.2 Rajah Jujukan (Sequence Diagram) 45
4.3.3 Rajah Hubungan Entiti (ERD) 49
4.4 Rekabentuk Fizikal 49
4.5 Rekabentuk Pangkalan Data 49
4.6 Rekabentuk Antaramuka 52
4.7 Rekabentuk Input dan Output 62
4.8 Penutup 63
xi
BAB V PERLAKSANAAN SISTEM 64 - 77 5.1 Pengenalan 64
5.2 Carta Hirarki Sistem 64
5.3 Menu Sistem 69
5.3.1 Menu Paparan Utama 69
5.3.2 Menu Login 70
5.3.3 Menu Admin 70
5.3.3.1 Sub-Menu Add Subject 70
5.3.3.2 Sub-Menu Add Section 71
5.3.3.3 Sub-Menu Edit/Delete Section 71
5.3.3.4 Sub-Menu Add Lecturer 71
5.3.3.5 Sub-Menu Edit/Delete Lecturer 72
5.3.3.6 Sub-Menu Add Student 72
5.3.3.7 Sub-Menu Edit/Delete Student 72
5.3.3.8 Sub-Menu Add Administrator 72
5.3.3.9 Sub-Menu Edit/Delete
Administrator 73
5.3.3.10 Sub-Menu Mailer 73
5.3.4 Menu Pensyarah 73
5.3.4.1 Sub-Menu Input Mark 73
5.3.4.2 Sub-Menu Check Grades 74
5.3.4.3 Sub-Menu Add New Student 74
5.3.4.4 Sub-Menu Remove Student 74
5.3.4.5 Sub-Menu Edit/Delete Student 75
5.3.5 Menu Pelajar 75
5.3.5.1 Sub-Menu View Grade Book 75
5.3.5.2 Sub-Menu Preferences 75
5.4 Pemasangan Pelayan Web 76
5.5 Penulisan dan Pengekodan Aturcara 76
5.6 Pengintegrasian Sistem 76
5.7 Penutup 77
xii
BAB VI PENGUJIAN SISTEM 78 - 88 6.1 Pengenalan 78
6.2 Kaedah Pengujian 78
6.3 Pengujian Oleh Pembangun 79
6.3.1 Pengujian Sistem 79
6.3.2 Pengujian Pangkalan Data 80
6.3.3 Pengujian Aturcara 81
6.3.4 Pengujian Input 83
6.3.5 Pengujian Output 84
6.3.6 Pengujian Antaramuka 84
6.4 Pengujian Pengguna 85
6.5 Hasil Penilaian Pengujian Pengguna 85
6.6 Cadangan dan Komen Pengguna 88
6.7 Penutup 88
BAB VII PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN 89 - 88
7.1 Pengenalan 89
7.2 Hasil dan Pencapaian 89
7.3 Kelebihan Sistem 90
7.4 Kekurangan Sistem 90
7.5 Cadangan Pembaikian 91
7.6 Kesimpulan dan Penutup 92
RUJUKAN 93 LAMPIRAN 95
xiii
SENARAI SINGKATAN SINGKATAN MAKSUD
CPU Computer Processor Unit
ERD Rajah Hubungan Entiti
FP Fakulti Pendidikan
HTML Hypertext Markup Language
HTTP Hyper Text Transfer Protocol
ICT Information Communication of Technology
IP Internet Protocol
IPTA Institut Pengajian Tinggi Awam
ISP Internet Service Provider
JARING Joint Advance Research Integrated Networking
JPTK Jabatan Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan
LAN Rangkaian Kawasan Setempat
MIMOS Institut Mikroelektronik Malaysia
UML Unified Modelling Language
OMT Object Modelling Technique
OO Metodologi Berorientasikan Objek
OOSE Object Oriented Software Engineering
P&P Proses Pengajaran dan Pembelajaran
PHP Hypertext Preprocessor
RAM Ingatan Capaian Rawak
RANGKOM Rangkaian Komputer Awam
SPDTBMPPDP Sistem Pemarkahan Dalam Talian Bagi Mata Pelajaran
Pengukuran Dan Penilaian Dalam PTV
TCP Transmission Control Protocol
UTM Universiti Teknologi Malaysia
WWW World Wide Web
xiv
SENARAI JADUAL NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
4.1 Data db_Carrymarks 50
4.2 Data Tbl_Admin 50
4.3 Data Tbl_Fakulti 51
4.4 Data Tbl_Pelajar 51
4.5 Data Tbl_Mata Pelajaran 51
4.6 Data Tbl_SeksyenMP 52
4.7 Data Tbl_Pensyarah 52
6.1 Kes Ujian Bagi Pengujian Input 83
6.2 Pengujian Antaramuka SPDTBMPPDP 84
6.3 Hasil Penilaian Pengguna Terhadap SPDTBMPPDP 86
xv
SENARAI RAJAH NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT
4.1 Kes Guna Admin 43
4.2 Kes Guna Pelajar 43
4.3 Kes Guna Fakulti 44
4.4 Kes Guna Pensyarah 44
4.5 Jujukan Senario Log Masuk Admin 45
4.6 Jujukan Senario Log Masuk Fakulti 46
4.7 Jujukan Senario Log Masuk Pensyarah 46
4.8 Jujukan Senario Log Masuk Pelajar 47
4.9 Jujukan Senario Pelajar Menukar Katalaluan 47
Dan Maklumat Pelajar
4.10 Jujukan Senario Umum bagi Daftar 48
dan Kemaskini Maklumat
4.11 Rekabentuk Antaramuka Utama 53
4.12 Rekabentuk Antaramuka Utama 53
4.13 Rekabentuk Antaramuka Log Masuk 54
Admin dan Fakulti
4.14 Rekabentuk Antaramuka Halaman Utama Admin 54
4.15 Rekabentuk Antaramuka Pendaftaran 55
Seksyen Mata Pelajaran
4.16 Rekabentuk Antaramuka Kemaskini Maklumat 55
Seksyen Mata Pelajaran
4.17 Rekabentuk Antaramuka Pendaftaran Pensyarah 55
4.18 Rekabentuk Antaramuka Kemaskini Maklumat 56
Pensyarah
xvi
4.19 Rekabentuk Antaramuka Pendaftaran dan 56
Kemaskini Mata Pelajaran
4.20 Rekabentuk Antaramuka Pendaftaran Pelajar 56
4.21 Rekabentuk Antaramuka Kemaskini Maklumat 57
Pelajar
4.22 Rekabentuk Antaramuka Pendaftaran Fakulti 57
4.23 Rekabentuk Antaramuka Sistem E-Mail 57
Carrymarks.com
4.24 Rekabentuk Antara Muka Log Masuk Pensyarah 58
4.25 Rekabentuk Antaramuka Halaman Utama Pensyarah 58
4.26 Rekabentuk Antaramuka Pendaftaran dan Kemaskini 59
Markah Pelajar
4.27 Rekabentuk Antaramuka Paparan Markah Pelajar 59
4.28 Rekabentuk Antaramuka Pendaftaran Pelajar Oleh 59
Pensyarah
4.29 Rekabentuk Antaramuka Pendaftaran Pelajar 60
Ke Akaun Pensyarah
4.30 Rekabentuk Antaramuka Buang Senarai Pelajar 60
4.31 Rekabentuk Antaramuka Kemaskini dan Padam 60
Maklumat Pelajar
4.32 Rekabentuk Antaramuka Log Masuk Pelajar 61
4.33 Rekabentuk Antaramuka Kemaskini Maklumat 61
Peribadi Pelajar
4.34 Rekabentuk Antaramuka Paparan Markah Pelajar 62
5.1 Carta Alir Umum SPDTBMPPDP 65
5.2 Carta Alir Admin 66
5.3 Carta Alir Fakulti 67
5.4 Carta Alir Pensyarah 68
5.5 Carta Alir Pelajar 69
6.1 Keratan Aturcara Kawalan Kandungan Rekod 81
6.2 Keratan Aturcara Simpan Data 82
6.3 Keratan Aturcara Mengambil Data 83
6.4 Hasil Penilaian Pengguna SPDTBMPPDP 86
xvii
SENARAI LAMPIRAN LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
A Carta Gantt Pembangunan Sistem 96
B Rajah Hubungan Entiti (ERD) 98
C Borang Penilaian 100
D Soalan Temubual 102
E Senarai Nama Pelajar 104
1
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Hampir kesemua Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di Malaysia
dilengkapi dengan kemudahan makmal komputer yang menyediakan jaringan internet
untuk kegunaan pelajar dan pensyarah. Kini, jaringan internet ini diperluaskan lagi
oleh kebanyakan IPTA dengan sistem jaringan internet “wifi” yang membolehkan
pelajar dan pensyarah memanfaatkannya samaada di bilik kuliah mahupun di asrama
pelajar.
Selaras dengan hasrat kerajaan untuk mencapai status negara maju menerusi
misi Wawasan 2020, sistem pendidikan di Malaysia juga tidak terlepas dari
mengalami proses pengubahsuaian dan peningkatan kualitinya. Dengan adanya
peningkatan dan pengubahsuaian ini, sistem pendidikan yang serba maju akan dapat
melahirkan produktiviti dan graduan yang mempunyai kepakaran teknologi yang
tinggi, tenaga kerja yang mampu berfikir secara kritis dan serba mahir seterusnya
bersedia untuk turut serta sepenuhnya memacu pembangunan negara ke tahap yang
lebih tinggi agar dapat bersaing dengan negara-negara maju yang lain.
Bertepatan dengan hasrat yang ingin dicapai kerajaan, Kementerian Pengajian
Tinggi Malaysia berusaha untuk menggalakkan universiti-universiti supaya
mengambil langkah inisiatif dalam mengubahsuai dan meningkatkan proses
pengajaran dan pembelajaran (P&P) sedia ada, meningkatkan kecekapan dan
penambahbaikkan sistem pengurusan yang berkesan, dan juga menggalakkan
2
penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) di dalam sistem pendidikan,
sebagai satu cara dan kaedah yang lebih berkesan untuk mencapai tahap pendidikan
yang lebih berkualiti.
Sistem maklumat bermaksud satu kombinasi yang terdiri daripada manusia,
perkakasan, perisian, rangkaian dan data yang bertanggungjawab mewujud,
mengumpul, menukar dan mengagihkan maklumat dalam sesebuah organisasi. Ia juga
boleh dimaksudkan sebagai kitaran proses mewujud atau memperolehi maklumat,
mengumpul maklumat daripada pelbagai bentuk, memproses dan menukar maklumat
yang diperolehi dan dikumpulkan ke dalam bentuk yang diingini dan seterusnya
mengagihkan maklumat tersebut kepada pihak-pihak yang berkaitan untuk diambil
tindakan. Manakala, sistem maklumat berkomputer pula adalah sistem maklumat
yang menggunakan perkakasan, perisian, rangkaian dan lain-lain jenis teknologi
maklumat untuk mengumpul, memanipulasi, menyimpan dan menukarkan sumber-
sumber data kepada produk maklumat.
Sejajar dengan perkembangan teknologi pengkomputeran semasa,
penggunaan sistem maklumat berkomputer adalah amat luas dan dianggap satu
kemestian dewasa ini (Zaharim, A. 2001). Pelbagai inisiatif dan usaha yang
berterusan daripada pihak universiti sendiri adalah faktor utama dalam merealisasikan
hasrat kerajaan untuk melihat teknologi maklumat dan komunikasi digunakan
semaksima mungkin di dalam sistem pendidikan seterusnya menjamin peningkatan
pencapaian akademik pelajar dan jua pembangunan sahsiah diri.
Sehubungan dengan itu, wajarlah kiranya satu Sistem Pemarkahan Dalam
Talian Bagi Mata Pelajaran Pengukuran Dan Penilaian Dalam PTV
(SPDTBMPPDP), Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia dibangunkan
untuk memudahkan pensyarah dan pihak pengurusan jabatan dan fakulti dalam
menjalankan pengurusan pemarkahan dengan lebih mudah, cepat dan lebih teratur.
Sistem pemarkahan secara berkomputer dalam talian ini juga dapat menggantikan
sistem pemarkahan secara manual yang sedia ada sekarang, di samping memudahkan
pelajar untuk menyemak senarai keputusan untuk ujian bulanan, kuiz, markah
terkumpul, ujian akhir dan juga rekod kehadiran mereka ke kuliah.
3
Dengan adanya sistem pengurusan ini, proses pengurusan, penyemakan dan
pemeriksaan markah pelajar dapat dilaksanakan dengan lebih sistematik dan
berkesan. Permodelan berorientasikan objek akan digunakan untuk memodelkan
sistem cadangan kerana ia lebih mudah difahami, memaparkan realiti yang berlaku
dengan jelas, menyokong penggunaan semula dan penyembunyian maklumat.
Metodologi prototaip digunakan bagi membangunkan sistem ini kerana ia
membenarkan berlaku pengulangan fasa, dapat berhadapan dengan keperluan yang
tidak lengkap dan terdapat perisian yang boleh digunakan dalam proses pembangunan
sistem.
1.2 Latar Belakang Masalah
Hasil daripada kajian awalan yang telah dilakukan, didapati pengurusan
pemarkahan pada masa kini yang dijalankan oleh pensyarah-pensyarah masih lagi
menggunakan sistem tradisional dan tidak bersistematik. Kaedah pengurusan sistem
pemarkahan yang dijalankan di universiti secara umumnya menggunakan pen dan
mesin kira, atau secara tepatnya kaedah bukan dalam talian, kini tidak lagi menjadi
tarikan kepada pensyarah yang kini memerlukan satu platform mudah yang dapat
menjimatkan masa dan senang untuk diuruskan oleh mereka. Di samping itu, paparan
markah seperti ujian bulanan, kuiz, markah terkumpul, ujian akhir dan rekod
kedatangan ke kuliah tidak boleh dilihat secara terus oleh para pelajar melainkan
markah akhir yang hanya boleh diketahui melalui laman web Aimsweb dan ini sudah
tentunya menyukarkan pelajar yang ingin melihat pencapaian prestasi dalam ujian
bulanan dan kuiz yang dijalankan oleh pensyarah mereka.
Sistem pengurusan ini menyebabkan banyak masalah kepada pensyarah-
pensyarah selain memakan masa, ia juga tidak sistematik dan kemungkinan berlaku
kesilapan dalam proses pengurusannya juga adalah besar. Masalah lain yang mungkin
timbul ialah segala maklumat berkenaan yang disimpan oleh pensyarah mudah
diceroboh dan diubah oleh mereka yang berkepentingan kerana tiada kawalan
keselamatan. Adalah lebih selamat sekiranya maklumat pemarkahan ini dapat
4
dikawal oleh satu sistem yang dipantau secara dalam talian oleh pihak jabatan dan
fakulti juga.
Penggunaan perisian pemarkahan dalam talian merupakan satu langkah
penyelesaian bijak bagi mengatasi masalah pengurusan pemarkahan ini
memandangkan para pelajar telah didedahkan dengan penggunaan internet dan
kemudahan untuk melayari perisian dalam talian ini telah disediakan ke seluruh
kawasan universiti. Maka, tidak dapat tidak perisian ini sememangnya memberikan
kelebihan kepada kedua-dua pihak sama ada dari segi penggunaan masa dan juga
persediaan sebelum ujian akhir untuk para pelajar mahupun pihak pensyarah dan juga
fakulti sendiri.
Melalui perisian pemarkahan ini juga, sistem ini akan diprogramkan dengan
membenarkan pensyarah mengisi maklumat ujian pelajar dan sistem secara automatik
akan memproses data-data tersebut mengikut peratusan pemarkahan yang telah
ditetapkan oleh pensyarah seterusnya keputusan ujian tersebut berserta dengan
markah terkumpul akan dipaparkan di ruangan pelajar. Para pelajar akan diberikan
akses untuk melayari perisian ini yang akan memaparkan keputusan ujian mereka dan
juga markah terkumpul.
Keberkesanan sistem pemarkahan dalam talian pada masa sekarang dan akan
datang dapat memperkemaskan dan memantapkan lagi sistem pengurusan pendidikan
di Universiti Teknologi Malaysia terutamanya dalam mempercepatkan dan
memudahkan penyiapan pemarkahan dalam setiap peperiksaan mahupun ujian yang
dijalankan. Diharapkan model yang akan dibangunkan ini akan dapat dijadikan
sebagai garis panduan bagi memastikan keberkesanan sistem ini dalam membantu
proses pengurusan di Universiti Teknologi Malaysia ini.
5
1.3 Pernyataan Masalah
Dalam sistem pengurusan pemarkahan untuk mata pelajaran Pengukuran dan
Penilaian Dalam PTV di Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia, sistem
pengurusan pemarkahan yang digunakan oleh pensyarah dan pihak jabatan adalah
mengikut cara tradisional iaitu dengan menggunakan perisian Microsoft Excel secara
tidak dalam talian untuk merekod keputusan ujian bulanan, kuiz dan markah ujian
akhir para pelajar dan akhir sekali menggunakan sistem manual yang menggunakan
mesin kira untuk membuat pengiraan markah akhir. Setelah markah akhir diperolehi
barulah keputusan tersebut dipaparkan ke laman web Aimsweb untuk rujukan para
pelajar. Melalui kaedah ini, para perajar tidak dapat mengetahui secara jelas markah
yang mereka perolehi daripada ujian bulanan, kuiz, markah kehadiran dan juga
markah ujian akhir mereka. Terdapat sesetengah pelajar yang terus merujuk kepada
pensyarah-pensyarah mereka untuk mengetahui markah mereka dan ini
sememangnya tidak efektif dan merumitkan pensyarah jika bilangan pelajar
terlampau ramai.
Sehubungan dengan itu pembangunan perisian sistem yang dijalankan ini
adalah bertujuan untuk membangunkan sebuah perisian pemarkahan dalam talian
yang dapat memudahkan pensyarah untuk mengemaskini keputusan pelajar dan
seterusnya memberikan satu akses kepada para pelajar untuk mereka mendapatkan
keputusan terkini pemarkahan ujian bulanan, kuiz, markah kehadiran dan juga
markah ujian akhir mereka. Dengan penghasilan sistem perisian ini, sudah tentunya
dapat menyelesaikan pelbagai permasalahan yang dihadapi oleh pensyarah
terutamanya pada akhir-akhir semester untuk membuat penilaian pemarkahan akhir
dan para pelajar juga boleh mengetahui keputusan terkini markah mereka tanpa perlu
berjumpa dengan pensyarah setiap kali ujian berakhir atau melihat di papan-papan
kenyataan yang memaparkan keputusan ujian mereka.
6
1.4 Objektif Projek
Perisian Sistem Pemarkahan Dalam Talian ini dibangunkan bertujuan untuk
menghasilkan sebuah sistem yang dapat membantu pihak pengurusan universiti
terutamanya pensyarah dalam menjalankan aktiviti menganalisa dan mengemaskini
data dan rekod peperiksaan pelajar sepanjang tempoh mata pelajaran tersebut
ditawarkan kepada pelajar tersebut. Sistem perisian ini merupakan satu langkah
pengenalan penggunaan ICT di kalangan pensyarah dan pelajar sesuai dengan hasrat
Kementerian Pengajian Tinggi untuk meluaskan penggunaan ICT ke serata universiti
di Malaysia.
Menghasilkan sebuah perisian pemarkahan dalam talian untuk memudahkan
pengurusan mengemaskini data pemarkahan untuk mata pelajaran Pengukuran dan
Penilaian Dalam PTV seterusnya menjimatkan masa pensyarah untuk mendapatkan
markah akhir pelajar dengan sistem yang telah diprogramkan mengikut peratusan
pemarkahan seperti yang telah ditetapkan oleh pensyarah. Sistem pemarkahan ini
akan menyimpan rekod pemarkahan ujian pelajar sepanjang tempoh masa mata
pelajaran ini diambil dan pelajar diberikan akses untuk perisian ini yang akan
memaparkan keputusan ujian terkini dan markah akhir mereka.
Membangunkan sistem pengurusan pemarkahan pemarkahan secara dalam
talian bagi pihak Fakulti Pendidikan, berdasarkan model yang telah dipilih bagi
memastikan keberkesanan sistem kepada pihak pengurusan tersebut. Ini memudahkan
pihak pengurusan iaitu pensyarah dan Fakulti Pendidikan dalam proses pengurusan
data, analisis data, dan penggunaan data termasuk mendapatkan maklumat yang tepat
mengenai prestasi sebenar pelajar berdasarkan markah yang diperoleh mengikut ujian
dan tugasan mereka.
7
1.5 Soalan Kajian
Persoalan utama yang timbul adalah “Adakah Sistem Pemarkahan Dalam
Talian yang akan dibangunkan ini dapat memenuhi setiap kriteria yang ditetapkan
berdasarkan model yang dibina dan dapat membantu mengurangkan masalah yang
wujud dalam pengurusan pemarkahan?”
Selain daripada persoalan utama, terdapat empat persoalan lain yang perlu
diambilkira. Antara persoalan-persoalan tersebut ialah :-
1.3.1 Sejauh manakah penggunaan Sistem Pemarkahan Dalam Talian Bagi Mata
Pelajaran Pengukuran Dan Penilaian Dalam PTV (SPDTBMPPDP) ini dapat
membantu pihak pensyarah dan fakulti dalam menangani masalah yang timbul
dalam pengurusan masalah pelajar?
1.3.2 Apakah model yang akan dibangunkan akan benar-benar memenuhi kriteria
keberkesanan sistem pemarkahan kepada pihak pengurusan iaitu pensyarah
dan fakulti, terutamanya dalam rekod markah pelajar disamping dapat
melakukan proses pengurusan yang lain seperti penggunaan data yang
optimum, kemaskini data dan analisis data yang efektif?
1.3.3 Adakah sistem dapat memberikan maklumat yang tepat berkenaan dengan
markah pelajar kepada para pelajar?
1.3.4 Sejauh manakah tahap penerimaan pengguna sistem terhadap sistem yang
akan dibangunkan?
Persoalan-persoalan yang timbul ini perlu diberi perhatian untuk memastikan
sistem yang dibangunkan berjaya dan berjalan lancar tanpa sebarang masalah yang
besar.