pembangunan modal insan dalam ecer ·  · 2017-04-24emosi dan jasmani, ... sasaran 7 teras dalam...

18
1 PEMBANGUNAN MODAL INSAN DALAM ECER Oleh: Zainai Mohamed, Nur Azuki Yusuff & Ibrahim Che Omar Universiti Malaysia Kelantan 1.0 PENDAHULUAN Pembangunan Modal Insan adalah teras Rancangan Malaysia ke-9 (RMK9). Modal Insan dikaitkan dengan konsep mewujud dan menyediakan sumber manusia yang memberi impak kepada pembangunan sesebuah organisasi. Insan dianggap sebagai aset penting, kerana tahap kejayaan dan impak kepada kemajuan sesuatu organisasi bergantung kepada mutu sumber manusia yang dimiliki. Antara mutu yang berimpak tinggi ialah kesanggupan menyumbang kepada kejayaan organisasi, keupayaan minda yang tinggi dan keperibadian yang baik. Modal adalah melibatkan keupayaan intelektual seseorang itu untuk berkreatif dan berinovasi yang memungkinkannya mendahului dalam apa bentuk persaingan. Oleh itu, setiap individu harus dilengkapi dengan ilmu pengetahuan yang bersesuaian agar dapat membuat keputusan dengan bijak, selari dengan konsep penjanaan ekonomi berasaskan ilmu pengetahuan. Sistem pendidikan berstrategi dalam proses membina manusia mampu menjadi tunjang kepada proses pembinaan keupayaan seseorang menyesuaikan diri dengan segala cabaran. Atas maksud tersebut. Blueprint Pendidikan Kebangsaan (2006 2010) dan Pelan Strategik Pengajian Tinggi Menjelang 2020 telah meletakkan konsep pembangunan modal insan yang berpengetahuan tinggi, berkemahiran dan menghayati nilai-nilai sejagat sebagai teras yang perlu dijayakan. Kertas kerja ini cuba menjelaskan strategi pembinaan modal insan yang diperlukan untuk menjayakan sesuatu organisasi atau projek, yang lebih tepat lagi untuk menjayakan ECER dan menyumbang kepada pembangunan MPPB (BCIC). Ianya berasaskan pendekatan yang dirumuskan sebagaimana Falsafah Pembangunan Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dan pendekatan oleh kebanyakan IPT yang berada di ECER. Institusi pengajian tinggi seperti UMK berperanan besar dalam memastikan ilmu pengetahuan yang diperlukan dapat disampai dan dimanfaatkan oleh masyarakat sama ada secara formal atau tidak formal demi mengubah minda, memperkasakan ilmu pengetahuan dan kemahiran kepada masyarakat. ECER memerlukan individu yang memiliki berbagai ilmu

Upload: doque

Post on 07-May-2018

225 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: PEMBANGUNAN MODAL INSAN DALAM ECER ·  · 2017-04-24emosi dan jasmani, ... sasaran 7 teras dalam Pelan Strategik Pengajian Tinggi Menjelang 2020 perlu dicapai ... peringkat sekolah

1

PEMBANGUNAN MODAL INSAN DALAM ECER

Oleh:

Zainai Mohamed, Nur Azuki Yusuff & Ibrahim Che Omar Universiti Malaysia Kelantan

1.0 PENDAHULUAN

Pembangunan Modal Insan adalah teras Rancangan Malaysia ke-9 (RMK9). Modal Insan

dikaitkan dengan konsep mewujud dan menyediakan sumber manusia yang memberi

impak kepada pembangunan sesebuah organisasi. Insan dianggap sebagai aset penting,

kerana tahap kejayaan dan impak kepada kemajuan sesuatu organisasi bergantung

kepada mutu sumber manusia yang dimiliki. Antara mutu yang berimpak tinggi ialah

kesanggupan menyumbang kepada kejayaan organisasi, keupayaan minda yang tinggi

dan keperibadian yang baik. Modal adalah melibatkan keupayaan intelektual seseorang

itu untuk berkreatif dan berinovasi yang memungkinkannya mendahului dalam apa bentuk

persaingan. Oleh itu, setiap individu harus dilengkapi dengan ilmu pengetahuan yang

bersesuaian agar dapat membuat keputusan dengan bijak, selari dengan konsep

penjanaan ekonomi berasaskan ilmu pengetahuan. Sistem pendidikan berstrategi dalam

proses membina manusia mampu menjadi tunjang kepada proses pembinaan keupayaan

seseorang menyesuaikan diri dengan segala cabaran. Atas maksud tersebut. Blueprint

Pendidikan Kebangsaan (2006 – 2010) dan Pelan Strategik Pengajian Tinggi Menjelang

2020 telah meletakkan konsep pembangunan modal insan yang berpengetahuan tinggi,

berkemahiran dan menghayati nilai-nilai sejagat sebagai teras yang perlu dijayakan.

Kertas kerja ini cuba menjelaskan strategi pembinaan modal insan yang diperlukan untuk

menjayakan sesuatu organisasi atau projek, yang lebih tepat lagi untuk menjayakan

ECER dan menyumbang kepada pembangunan MPPB (BCIC). Ianya berasaskan

pendekatan yang dirumuskan sebagaimana Falsafah Pembangunan Universiti Malaysia

Kelantan (UMK) dan pendekatan oleh kebanyakan IPT yang berada di ECER. Institusi

pengajian tinggi seperti UMK berperanan besar dalam memastikan ilmu pengetahuan

yang diperlukan dapat disampai dan dimanfaatkan oleh masyarakat sama ada secara

formal atau tidak formal demi mengubah minda, memperkasakan ilmu pengetahuan dan

kemahiran kepada masyarakat. ECER memerlukan individu yang memiliki berbagai ilmu

Page 2: PEMBANGUNAN MODAL INSAN DALAM ECER ·  · 2017-04-24emosi dan jasmani, ... sasaran 7 teras dalam Pelan Strategik Pengajian Tinggi Menjelang 2020 perlu dicapai ... peringkat sekolah

2

pengetahuan untuk memastikan setiap perancangan dan pelaksanaannya dapat

dilakukan dengan bijak dan berkesan.

1.1 PENDEKATAN DALAM MENGHASILKAN MODAL INSAN BERMUTU

Bagi menghasilkan modal insan bermutu, terlatih, berkemahiran dan berpengetahuan,

pendekatan yang digunakan harus bersifat pendidikan dan latihan yang konsisten.

Pendekatan ini mampu menghasilkan modal insan yang menjamin pertumbuhan ekonomi

dalam ECER dapat dilaksanakan dengan lancar dan mampan. Ianya sangat penting

kerana pertumbuhan ekonomi sering berhadapan dengan keperluan tahap daya saing

yang tinggi dan berbeza mengikut jenis projek, keadaan dan kerencamannya.

Teras kedua Misi Nasional jelas menyatakan bahawa negara memerlukan modal insan

yang sesuai dan mencukupi untuk berhadapan dengan persaingan dan cabaran yang

semakin sengit bukan hanya dalam negara tetapi juga pada peringkat antarabangsa.

Modal insan yang berilmu pengetahuan sudah tentu akan mewujudkan inovasi yang

membuka peluang kepada perkembangan dan pertumbuhan ekonomi serta mampu

menyaingi cabaran ekonomi global. Dalam ucapan YAB Perdana Menteri di Forum

Dialog Majlis Tindakan Ekonomi Negara pada 13 Januari 2004, beliau menyatakan:

”Saya percaya bahawa untuk memastikan aspirasi kita untuk menerapkan budaya pencapaian yang baru tidak terbantut oleh ketidak mampuan, kita membangunkan modal insan yang sepadan dengan tanggung jawab dan cabaran masa mendatang, apa yang kita perlukan adalah tidak kurang daripada suatu ”revolusi pendidikan”......

Kenyataan ini menjelaskan usaha melahirkan modal insan yang dicirikan sebagai

berkualiti, berilmu, berinovatif, berkreatif dan berkeperibadian yang unggul, pendidikan

adalah pendekatan utama, malah satu bentuk pendidikan baru yang sangat berbeza

diperlukan atau boleh dikatakan ianya sebagai revolusi pendidikan. Pada peringkat

pengajian tinggi, IPT bertanggung jawab meningkat kualiti serta keupayaanya untuk

memberi persaingan kepada universiti luar negara melalui peningkatan dalam kepakaran

dan kemahiran. Adalah juga menjadi tanggungjawab universiti untuk menjadikan

masyarakat Malaysia mampu berinovatif dengan keupayaan dalam bidang sains dan

teknologi yang kukuh, berdasarkan kepada perolehan dan penggunaan ilmu

pengetahuan. Berdasarkan keperluan tersebut, konsep pendidikan yang digariskan di

Page 3: PEMBANGUNAN MODAL INSAN DALAM ECER ·  · 2017-04-24emosi dan jasmani, ... sasaran 7 teras dalam Pelan Strategik Pengajian Tinggi Menjelang 2020 perlu dicapai ... peringkat sekolah

3

dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (Akta Pendidikan 1996) perlulah diberikan

interpretasi tambahan. Pernyataannya adalah seperti berikut;

”Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan modal insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan...........

Ianya mesti difahami bahawa pendidikan berterusan bermaksud pengkayaan individu

yang berterusan dengan ilmu pengetahuan. Graduan yang lahir berdasarkan kenyataan

falsafah ini seharusnya dapat menjadi sebahagian daripada masyarakat K-ekonomi yang

menekankan kepada pertumbuhan ekonomi berasaskan kepada ilmu pengetahuan.

Oleh yang demikian, untuk memastikan modal insan yang dilahirkan dan bersesuaian

dengan keperluan ECER, pelajar dan masyarakat di ECER harus dilengkapi dengan ilmu

pengetahuan dan kompeten yang kelak akan dapat diaplikasikan untuk menjayakannya.

Antara kompetensi yang difokuskan seperti kemahiran berbahasa dan berkomunikasi

selain daripada ciri ketrampilan dan berpandangan jauh bagi menghadapi persaingan

dalam alam pekerjaan.

1.2 PERANAN INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI DALAM ECER BAGI

PEMBANGUNAN K-EKONOMI

Pada tahun 1960-70an, ekonomi Malaysia dikawal oleh bahan sumber asli negara dan

ekonomi pada ketika itu memerlukan tenaga manusia yang tinggi. Dalam tahun 1980-

90an, ekonomi negara dikawal oleh pelaburan luar yang membangunkan industri

pembuatan mewujudkan peluang pekerjaan kepada ramai rakyat. Ini memerlukan

sumber kewangan dan modal yang tinggi. Walau bagaimanapun menjelang tahun 2000,

ekonomi Malaysia telah berubah kepada konsep ekonomi yang dikawal oleh inovasi.

Transformasi kepada ekonomi yang dikawal inovasi ini memerlukan ilmu pengetahuan

yang tinggi bagi menjayakannya. Kini, ilmu pengetahuan telah menjadi asas aktiviti

ekonomi atau lebih dikenali sebagai K-ekonomi. Ilmu pengetahuan dan inovasi ini

menentukan daya saing dan kejayaan dalam arena global bagi ekonomi negara. Dalam

era globalisasi kini, ekonomi Malaysia telah mengalami transformasi sistem yang

berasaskan sumber kepada pengetahuan. K-ekonomi menghendaki strategi untuk

Page 4: PEMBANGUNAN MODAL INSAN DALAM ECER ·  · 2017-04-24emosi dan jasmani, ... sasaran 7 teras dalam Pelan Strategik Pengajian Tinggi Menjelang 2020 perlu dicapai ... peringkat sekolah

4

mengubah dan menganjak minda manusia dalam ECER. Pelan Induk K-ekonomi

menekankan bahawa modal insan yang berkualiti merupakan satu faktor kritikal kejayaan

bagi membawa Malaysia menuju Negara Maju menjelang 2020.

Pendidikan tinggi merupakan penyumbang utama dalam menjayakan K-ekonomi. IPT

memainkan pernan yang penting bagi menjamin bahawa konsep K-ekonomi difahami oleh

masyarakat ECER agar dapat mewujudkan inovasi yang kelak akan meningkatkan daya

saing ekonomi dalam aktiviti di ECER. Antara peranan IPT termasuk UMK adalah :

i. Mewujudkan inovasi melalui penyelidikan yang mengarah kepada

pengkomersialan.

Bagi menjayakan pengkomersialan hasil penyelidikan, adalah penting penyelidikan

(penyelidikan gunaan) yang dijalankan dilakukan bersama dengan industri. Ini

membolehkan penambah baikan kepada penyelidikan dapat dijalankan selari dengan

permintaaan pasaran. Selain itu, adalah juga penting untuk menggunakan segala

keupayaan kepakaran yang terdapat dalam negara, di samping menjalin kerjasama

dengan pakar daripada luar negara. Dalam negara Malaysia sendiri, terdapat

kekuatan yang boleh digembelingkan untuk memastikan penyelidikan yang berfaedah

dapat dilaksanakan. Malaysia yang kaya dengan sumber asli harus menjadi suatu

kelebihan untuk meneroka penyelidikan baru dan unik, seterusnya diterjemahkan

kepada penjanaan kekayaan. Modal insan yang berkualiti dalam penyelidikan menjadi

penting bagi menjayakan proses pengkomersialan hasil penyelidikan ini.

ii. Penjanaan dan penggunaan ilmu pengetahuan untuk pembangunan

masyarakat

Ilmu pengetahuan mesti dilihat sebagai pendekatan yang utama bagi mengatasi

masalah masyarakat dan intitusi pendidikan mesti menjalin kerjasama dengan

masyarakat. Konsep ini dikenali sebagai ”Dari masyarakat kembali ke masyarakat”

atau dengan kata lain memasyarakatkan universiti. Keadaan ini pasti memudahkan

langkah membasmi kemiskinan, meningkatkan perpaduan di samping meningkatkan

daya juang masyarakat untuk lebih maju. IPT dilihat berperanan untuk memulakan

perjuangan bagi mengubah, meningkatkan keupayaan dan memperluaskan minda

masyarakat agar dapat menerima cabaran yang dihadapi.

iii. Pembangunan modal insan dalam bilangan dan jumlah yang tepat.

Page 5: PEMBANGUNAN MODAL INSAN DALAM ECER ·  · 2017-04-24emosi dan jasmani, ... sasaran 7 teras dalam Pelan Strategik Pengajian Tinggi Menjelang 2020 perlu dicapai ... peringkat sekolah

5

Bilangan modal insan yang tepat untuk setiap bidang adalah penting bagi menjayakan

perancangan dalam ECER. Perkara yang perlu diberi perhatian adalah tenaga kerja

berkemahiran yang akan memenuhi berbagai bidang keperluan mengikut

kepakarannya. Mereka ini ditanam dengan sikap dan semangat daya saing serta

kecemerlangan yang tinggi. Sebagai contoh, apabila dibandingkan pekerja K-ekonomi

dalam bidang sains dan teknologi, Malaysia mempunyai 21 pekerja penyelidikan dan

pembangunan bagi setiap 10,000 penduduk pada tahun 2005, berbanding dengan

negara seperti USA 89.6, Singapura, 83.5, UK 61.4 dan Jepun 112.8. Dengan

bilangan modal insan yang kecil, didapati bilangan harta intelek dan penerbitan

saintifik di Malaysia berada di tempat 55 selepas Thailand dengan menyumbang

sebanyak 0.08% daripada jumlah penerbitan pada peringkat global, sepanjang

tempoh 1981-2002. Petunjuk ini menjelaskan modal insan yang belum memadai.

ECER memerlukan pengukuhan modal insan yang dapat melaksanakan penyelidikan dan

inovasi bagi menterjemahkan hasil penyelidikan kepada pengkomersialan. Konsep

penyelidikan, khususnya dalam bidang sains dan teknologi harus digarap seawal

mungkin. Justeru, sasaran 7 teras dalam Pelan Strategik Pengajian Tinggi Menjelang

2020 perlu dicapai (antara sasarannya ialah 40% belia mendapat pendidikan di peringkat

pengajian tinggi, 50 pekerja R&D bagi setiap 10,000 pekerja dan 100,000 tenaga kerja

berpendidikan Ph.D). Atas maksud tersebut, Kementerian Pelajaran perlu berganding

bahu untuk memulakan sikap ingin tahu dan menyelidik dalam kalangan pelajar pada

peringkat sekolah lagi bagi memastikan pelapis diwujudkan bagi menjayakan ECER.

2.0 PEMBANGUNAN MODAL INSAN DALAM ECER OLEH UMK

ECER berhasrat memastikan wilayah timur menjadi kawasan maju seiring dengan

wilayah lain di dalam negara ini, di samping meningkatkan pendapatan per-kapita

penduduk negeri di Pantai Timur, khususnya di Kelantan dan Terengganu. Walaupun

asas kepada peningkatan pendapatan adalah peningkatan dalam pertumbuhan ekonomi,

namun yang paling penting adalah meningkatkan tahap ilmu pengetahuan ahli

masyarakat. Ia merupakan cabaran yang sangat besar bagi UMK dalam merangka

strategi, program dan aktiviti bagi mengubah minda masyarakat, contohnya seperti salah

tanggapan tentang isu pembangunan dan pertumbuhan ekonomi dalam masyarakat.

UMK berperanan sebagai gedung ilmu bagi membangun minda manusia. Ianya bukan

Page 6: PEMBANGUNAN MODAL INSAN DALAM ECER ·  · 2017-04-24emosi dan jasmani, ... sasaran 7 teras dalam Pelan Strategik Pengajian Tinggi Menjelang 2020 perlu dicapai ... peringkat sekolah

6

sekadar menghasilkan graduan dengan ilmu pengetahuan yang lengkap, berkemahiran

tinggi dan nilai kemanusiaan yang tinggi, bahkan untuk mengilmukan setiap lapisan

masyarakat di Kelantan dan di luar amnya agar dapat menjayakan ECER.

ECER akan berjaya apabila dikendalikan oleh modal insan yang berkualiti. Dalam

menjayakan peranan ini, UMK memberikan penekanan kepada menyediakan graduan

dan masyarakat setempat yang berwibawa, berkemahiran dengan ciri keusahawanan.

Prosesnya adalah melalui pembangunan kurikulum yang relevan dan menepati keperluan

negara, ahli akademik yang berkualiti di samping prasarana dan persekitaran

pembelajaran yang kondusif. Ianya berselari dengan proses memperluas dan

memperkasakan program pendidikan sepanjang hayat (PSH) yang termaktub dalam visi

dan misi UMK iaitu mengutamakan program akademik yang relevan, penyelidikan yang

bernilai komersial dan menekankan kepada tanggungjawab sosial. Visi dan misi ini

meliputi peranan UMK untuk menghasilkan modal insan berkemahiran dan pengetahuan

tinggi dengan kreativiti dan inovasi yang meningkatkan daya saing. Kemahiran yang

dimiliki mempunyai kelenturan yang tinggi agar dapat disesuaikan dalam semua keadaan.

Persoalan tentang siapa modal insan yang UMK perlu berperanan, sasarannya

melibatkan setiap kumpulan masyarakat. Semua ahli masyarakat ini memerlukan

penambah baikan samada dari segi ilmu pengetahuan ataupun kemahiran agar bersedia

menghadapi arus pembangunan dan melibatkan diri secara berkesan menjayakan

pertumbuhan ekonomi dalam ECER. Peranan UMK bermula dalam memastikan setiap

kelompok masyarakat ini diberi pendidikan dan ilmu pengetahuan yang bersesuaian, di

samping memastikan berlaku anjakan minda untuk menerima hakikat bahawa perubahan

yang membina satu strategi untuk mengilmukan semua lapisan masyarakat akan

dilaksanakan melalui pendidikan tidak formal seperti bengkel, seminar dan siri

perbincangan. Secara jelasnya, UMK bukan hanya memberikan pendidikan dan

rundingan kepada pelajar ijazah pertamanya sahaja, bahkan semua lapisan masyarakat

yang memerlukan perkhidmatannya. Secara ringkasnya boleh dinyatakan sebagaimana

berikut:

1. Perkhidmatan secara intensif, langsung dan berterusan.

Masyarakat terlibat adalah terdiri dari pelajar ijazah pertama UMK, pelajar lepasan Ijazah

dan diploma UMK, peserta persijilan, induksi, kursus dan bengkel anjuran UMK.

Page 7: PEMBANGUNAN MODAL INSAN DALAM ECER ·  · 2017-04-24emosi dan jasmani, ... sasaran 7 teras dalam Pelan Strategik Pengajian Tinggi Menjelang 2020 perlu dicapai ... peringkat sekolah

7

Perkhidmatan secara intensif turut melibatkan pelajar di peringkat menengah dan rendah

serta individu yang menyertai program anjuran UMK.

2. Perkhidmatan secara langsung dan bersifat terbuka.

Individu terlibat seperti peserta seminar dan kolokium, contohnya para usahawan di

bawah SME Bank di Kelantan. Begitu juga para jemputan sesi taklimat dan ceramah,

contohnya peserta Seminar ECER ini dan urusetia program dan ahli pelbagai agensi yang

ada hubungan dengan UMK, termasuk individu yang hadir pada sebarang aktiviti yang

dijalankan oleh UMK

3. Perkhidmatan secara tidak langsung dan bersifat terbuka.

Masyarakat yang terlibat ialah yang menerima impak pembangunan yang dibawa oleh

UMK, individu yang menerima khidmat dan sumbangan dari UMK samada bersifat

produk, modul, penulisan dan sebagainya. Begitu juga termasuk individu yang mendapat

manfaat dari graduan dan produk modal insan UMK.

2.1 STRATEGI PENDIDIKAN DAN LATIHAN UMK (IPT) DALAM

MEMBANGUNKAN MODAL INSAN

Untuk mewujudkan modal insan yang berkualiti, adalah penting strategi dalam pendidikan

disusun. Strategi ini memerlukan kerjasama bukan hanya daripada UMK dan Institusi

Pengajian Tinggi (IPT) tetapi juga daripada pihak kerajaan dan swasta. Setiap daripada

komponen ini perlu menentukan peranan masing-masing dan dalam masa yang sama

harus sedar bahawa ianya saling memerlukan antara satu sama lain. Pihak IPT perlu

menyediakan sumber manusia yang diprasaranakan dalam memberi pendidikan, dalam

masa yang sama masih memerlukan sokongan daripada pihak kerajaan. Begitu juga IPT

perlu menimbang kehendak pihak industri dalam merekabentuk program akademik agar

dapat memenuhi permintaan kerja dan permintaan pasaran. Antara strategi yang

ditekankan ialah:

i. Pendidikan formal sebagai pengupaya

Pendidikan formal merujuk kepada penawaran program akademik oleh IPT

termasuk UMK. Di UMK, bidang kritikal diberi penekanan seperti pertanian,

penternakan, pengurusan teknologi, perniagaan dan beberapa bidang tertentu

dalam sains dan teknologi. Program pada peringkat sarjana muda dan prasiswazah

perlu dipertingkatkan dan ditambah baik bagi memenuhi keperluan sumber manusia

oleh negara. Bagi bidang yang sedia ada, kurikulum memerlukan sentuhan baru

Page 8: PEMBANGUNAN MODAL INSAN DALAM ECER ·  · 2017-04-24emosi dan jasmani, ... sasaran 7 teras dalam Pelan Strategik Pengajian Tinggi Menjelang 2020 perlu dicapai ... peringkat sekolah

8

untuk membolehkan program itu berdaya saing dan sesuai untuk berhadapan

dengan tekanan pasaran pada masa hadapan. Ini termasuklah memperkenalkan

program yang mengandungi aspek kemahiran insaniah, keusahawanan dan

kemahiran berkomunikasi dan penguasaan bahasa. Selain daripada itu, pendidikan

formal perlu menyedia pelajar untuk memahami keadaan kerja sebenar selepas

menamatkan pengajian. Ini dilakukan dengan penawaran latihan industri dalam

tempoh yang lebih panjang agar dapat memberi pendedahan dengan lebih meluas

dalam bidang kerjaya. Untuk menjayakan program latihan industri ini, IPT perlu

melibatkan pihak industri dalam melaksanakan program akademik sebagai

persediaan untuk memenuhi keperluan industri. Objektif utama penglibatan industri

adalah untuk memastikan kemahiran yang diperlukan dalam sektor pertanian,

pembuatan atau pelancongan dapat dipenuhi, di samping menghalang ketidak-

seimbangan dalam bekalan dan permintaan tenaga mahir dalam setiap sektor

tersebut.

ii. Pendidikan sepanjang hayat

Selain daripada pendidikan formal, pendidikan tidak formal adalah penting dalam

usaha untuk memberi pendidikan pada setiap lapisan masyarakat, khususnya di

ECER. Program ini menekankan konsep pendemokrasian pendidikan. Pendidikan

sepanjang hayat bertujuan untuk melengkapkan masyarakat dengan ilmu

pengetahuan agar masyarakat dapat menyesuaikan diri dengan segala perubahan

yang bakal berlaku dalam perkembangan ekonomi. Selain itu, pendidikan

sepanjang hayat juga bertujuan untuk memberi daya saing kepada setiap lapisan

masyarakat bagi memenuhi kepentingan ilmu pengetahuan dalam K-ekonomi. UMK

dan IPT amnya perlu menyediakan kemudahan bagi membolehkan setiap individu

dapat memperkayakan ilmu pengetahuan, kemahiran dan kompetensi demi

kemajuan diri dan juga kepentingan pembangunan negara. Pendekatan ini meliputi

program pengajian jarak jauh, e-pembelajaran, kursus pendek, seminar, wacana

akademik, latihan tempat kerja dan bimbingan langsung dan pengajian siswazah.

Dalam pendidikan sepanjang hayat, kaedah paling penting adalah dengan

menggunakan prasarana ICT. Kaedah pengajaran termasuklah penggunaan laman

web, internet, tele-persidangan dan kemudahan pengajaran bergerak. Kemudahan

ini termasuklah perpustakaan awam, pusat pembelajaran wilayah, muzium, industri

dan alam sekitar itu sendiri. Masyarakat yang berpengetahuan dan berkemahiran

ini, adalah penting untuk menyokong membangunkan modal insan bermutu selaras

Page 9: PEMBANGUNAN MODAL INSAN DALAM ECER ·  · 2017-04-24emosi dan jasmani, ... sasaran 7 teras dalam Pelan Strategik Pengajian Tinggi Menjelang 2020 perlu dicapai ... peringkat sekolah

9

dengan konsep K-ekonomi. Pada peringkat universiti seperti UMK, pendekatan di

atas akan diamalkan, sebagaimana penawaran pendidikan sepanjang hayat yang

lebih formal seperti di Universiti Terbuka Malaysia, Universiti Wawasan dan

Universiti Tun Abdul Razak. Sebahagian besar daripada program yang ditawarkan

adalah secara separuh masa bagi menampung pelajar bekerja yang berminat untuk

menambah baik atau meningkatkan keupayaan ilmu pengetahuan yang dimiliki.

iii. Perkhidmatan pendidikan

Pendidikan merupakan agen dominan yang dapat menentukan kejayaan berbagai

sektor lain. Keadaan ini memberi pengertian bahawa pendidikan berupaya menjadi

peneraju dalam sektor ekonomi. Untuk ini, pendidikan harus memberi perkhidmatan

yang baik dalam penyediaan modal insan bagi memastikan ia dapat menjana sektor

ekonomi dalam berbagai bidang. Produk pendidikan yang terdiri daripada sumber

manusia, hasil penyelidikan (penemuan dalam bentuk produk dan proses), buah

fikiran dan idea serta kemahiran keusahawanan, inovasi dan kreatif digunakan

secara langsung untuk menjayakan sektor ekonomi dalam ECER.

Selain itu, IPT dalam kawasan ECER perlu menyediakan peluang atau akses kepada

pengajian dalam berbagai bidang yang bukan hanya untuk pengajian formal atau

pendidikan sepanjang hayat. Bagi menjayakan peranan IPT, pihak kerajaan dan swasta

perlu berganding bahu. Bagi pihak kerajaan, perlu ditekankan bahawa penyediaan

pendidikan haruslah menjadi sumbangan utama pihak kerajaan. Bagi IPTA pihak kerajaan

terlibat dalam menyediakan peruntukan kewangan dan segala kemudahan atau

prasarana dan sumber manusia yang mengoperasikan IPTA. Dalam keadaan ini pihak

kerajaan juga penting menentukan dasar tertentu bagi memastikan IPTA dapat

menyumbang secara optimum. Bagi IPTS pula, peranan kerajaan penting dalam

mengawal selia mutu program akademik agar memenuhi keperluan modal insan negara.

IPTS harus mengutamakan usaha ke arah meningkatkan akses kepada masyarakat dan

pelajar di dalam ECER untuk memperolehi ilmu pengetahuan yang diperlukan. Sekurang-

kurangnya akses ini membolehkan permintaan terhadap keperluan kumpulan modal insan

yang tertentu bagi menjayakan K-ekonomi dipenuhi. Bagi memastikan lebih ramai pelajar

dan masyarakat yang terlibat dengan IPT di ECER, IPT perlu memastikan segala

prasarana dan kemudahan penginapan yang baik dan yuran pengajian yang kompetitif.

Page 10: PEMBANGUNAN MODAL INSAN DALAM ECER ·  · 2017-04-24emosi dan jasmani, ... sasaran 7 teras dalam Pelan Strategik Pengajian Tinggi Menjelang 2020 perlu dicapai ... peringkat sekolah

10

Selain daripada pelajar, insentif yang sesuai juga diperlukan untuk menarik pakar bukan

hanya dari dalam negara, tetapi juga dari luar negara ke IPT di ECER. Ini bertujuan untuk

memberi nilai tambah kepada ahli akademik supaya dapat memberi perkhidmatan dan

latihan bermutu agar modal insan yang dihasilkan juga bermutu. Adalah penting juga

IPTA dan IPTS tidak seharusnya bersaing antara satu dengan yang lain, tetapi sebaliknya

harus sering lengkap melengkapi untuk menyediakan modal insan yang diperlukan untuk

menjayakan ECER. Konsep kerjasama perlu diberi perhatian bukan hanya dalam

program akademik tetapi juga dalam penyelidikan dan pembangunan.

2.2 SISTEM PENDIDIKAN UMK DALAM MEMPERKASAKAN MODAL INSAN

UMK sebagai universiti berfokuskan Pendidikan Keusahawanan menggariskan bahawa

konsep keusahawanan mesti merentasi semua program sama ada bidang sains ataupun

bidang sastera ikhtisas yang mengutamakan keupayaan untuk menterjemahkan ilmu

pengetahuan kepada amalan terbaik. Selain itu, UMK juga memberi penekanan nilai

kemahiran insaniah melalui program berfokuskan ciri kemanusiaan, berkemahiran dalam

bidang kepakaran, berkomunikasi, berkerja dalam pasukan dan beretika dengan ciri

kepimpinan yang tinggi. UMK juga memberi keutamaan kepada penguasaan Bahasa

Melayu dan Bahasa Inggeris yang baik, di samping keupayaan untuk menggunakan

bahasa ketiga. Ini merupakan satu nilai tambah yang membolehkan seseorang graduan

melangkaui lebih jauh khususnya apabila berurusan dengan masyarakat antarabangsa.

Bagi mencapai matlamat ini, bahasa Inggeris dijadikan bahasa pengantar sepenuhnya

dalam sistem penyampaian akademik, di samping penggunaan teknologi komunikasi dan

maklumat sebagai pengupaya. Pelajar turut dikehendaki terlibat secara aktif dalam

kegiatan ko-kurikulum yang dinilai dan diberi pengiktirafan.

Dalam membentuk program akademik di UMK, kurikulumnya mengambilkira ilmu yang

diperlukan untuk pengijazahan bagi seseorang graduan. Pada asasnya kurikulum ini

menawarkan program akademik mengikut bidang dengan lengkap, pengetahuan dalam

bidang keusahawanan, bahasa, kursus kenegaraan dan ko-kurikulum. Bagi program ini,

tumpuan khusus diberikan kepada konsep keusahawanan dan kemahiran insaniah.

Konsep keusahawanan menekankan kepada ciri atau sikap graduan yang berketrampilan

untuk menghadapi dunia sebenar apabila memulakan kerjaya masing-masing. Manakala,

kemahiran insaniah pula diterap semasa pengajaran dan pembelajaran. Ianya

Page 11: PEMBANGUNAN MODAL INSAN DALAM ECER ·  · 2017-04-24emosi dan jasmani, ... sasaran 7 teras dalam Pelan Strategik Pengajian Tinggi Menjelang 2020 perlu dicapai ... peringkat sekolah

11

merangkumi aspek kemahiran generik yang berunsur kognitif dan dikaitkan dengan

kemahiran bukan akademik seperti nilai positif, kepimpinan, kerja berpasukan, komunikasi

dan pembelajaran berterusan. Nilai ini merujuk kepada nilai baik yang sepatutnya menjadi

amalan setiap graduan apabila memulakan kerjaya mereka. Antara nilainya termasuklah

kesopanan, menepati janji, patuh, berakhlak mulia, penampilan diri serta amalan dan

gaya hidup yang sihat. Terdapat 7 unsur utama dalam kemahiran insaniah yang

ditekankan oleh UMK, iaitu:

i. Kemahiran berkomunikasi

Kemahiran berkomunikasi yang dibina bukan sekadar mencapai kemampuan

bertutur, berhujah, berbicara, menyampaikan buah fikiran, penggunaan bahasa

pertuturan yang baik, bernas, berkeyakinan, gaya penyampaian dan dapat menarik

minat pendengar atau peserta dalam suatu perbincangan, bahkan berkeupayaan

menyampaikan buah fikiran dengan baik dalam bentuk penulisan dengan jelas,

tepat dan berkesan dan yang paling penting penggunaan bahasa yang tinggi serta

mutu bahasa yang baik.

ii. Pemikiran kritis dan kemahiran menyelesaikan masalah

Pelajar sentiasa perlu melibatkan diri dalam aktiviti menggunakan keupayaan intelek

dalam memberi buah fikiran secara kritis, waras, kreatif, inovatif, dan analisis dalam

suatu suasana perbincangan dan muafakat, supaya dapat digunakan untuk

menyelesaikan masalah yang dihadapi. Adalah diharapkan pelajar akan

berkeupayaan untuk menyesuaikanya bagi mengatasi segala masalah baru yang

berlainan menggunakan pendekatan yang berbeza dan berkesan. Dalam

menentukan penyelesaian sesuatu masalah, UMK juga menekankan betapa

pentingnya menimbang kepekaan terhadap budaya masyarakat dan juga keadaan

persekitaran.

iii. Kerja berpasukan

Semangat kerja berpasukan dilatih melalui penglibatan pelajar secara aktif dalam

tugasan atau projek bagi sesuatu kursus. Pelajar dilatih supaya dapat mewujudkan

hubungan baik antara ahli kumpulan, saling tindak yang berkesan, memahami

peranan setiap ahli dan menghargai buah fikiran ahli melalui sikap hormat

menghormati. Satu persetujuan dalam kumpulan perlu dicapai dalam menjayakan

setiap perancangan bagi menjayakan projek atau tugasan. Latihan dan semangat

kerjasama ini dihayati bagi memastikan kejayaan sesuatu projek dicapai secara

berpasukan.

Page 12: PEMBANGUNAN MODAL INSAN DALAM ECER ·  · 2017-04-24emosi dan jasmani, ... sasaran 7 teras dalam Pelan Strategik Pengajian Tinggi Menjelang 2020 perlu dicapai ... peringkat sekolah

12

iii. Pembelajaran berterusan dan pengurusan maklumat

Pembelajaran berterusan menekankan kepada kemahiran pelajar menilai dan

mengurus maklumat dengan bijak dan berdikari dalam memperoleh ilmu pengetahuan

yang boleh diperoleh dari berbagai sumber. Pelajar harus berupaya untuk

mensintesiskan maklumat yang diperoleh itu dari berbagai sumber dengan daya

intelek yang tinggi. Pendekatan ini akan memberi petunjuk nilai kesarjanaan

seseorang graduan mempamerkan kreativiti dan inovatif.

iv. Kemahiran keusahawanan

Penekanan aspek yang penting dalam kemahiran ini ialah; pelajar dikehendaki

memahami sifat manusia dalam keusahawanan yang antaranya termasuklah

kesanggupan untuk berhadapan dengan risiko, kreativiti, dan inovasi dan nilai

kemanusiaan. Keduanya pelajar perlu berupaya melihat keusahawanan sebagai suatu

bentuk pekerjaaan dan perniaagaan, kaedah untuk merebut peluang yang ada, bukan

hanya untuk mewujudkan pekerjaan sendiri tetapi juga mampu mewujudkan kerja

untuk orang lain.

v. Etika dan profesional

Pelajar dilatih untuk menjiwai nilai etika dan profesionalisme dalam perkhidmatan,

kerjaya dan kehidupan bermasyarakat. Harapan semoga pelajar akan dapat

mengamalkan segala konsep etika dan profesional ini dengan mengambil kira isu

yang berkaitan dengan alam sekitar, sosio-budaya masyarakat dan penuh rasa

tanggung jawab terhadap negara.

vi. Kepimpinan

Kepimpinan melibatkan keupayaan intelek dan melaksanakan peranan berasaskan

keupayaan ilmu pengetahuan yang tinggi. Pelajar harus mempunyai pengetahuan

dalam skop kerja yang dilaksanakan bagi memastikan mereka dapat membuat

keputusan yang bijak dan cepat berdasarkan peraturan dan kuasa yang dimilikinya

setelah pertimbangan rapi dibuat dalam banyak segi. Pelajar juga perlu mempunyai

sifat dan nilai keperibadian yang mulia seperti jujur, ikhlas, berintegriti, bertanggung

jawab, amanah dan sentiasa mengutamakan orang di bawah pimpinannya.

Kesemua 7 teras ini diterap ke dalam program akademik agar pelajar sentiasa memahami

bahawa teras ini akan membawa mereka lebih jauh dalam mencapai untuk menjadi salah

seorang ahli dalam modal insan yang diperlukan oleh negara.

Page 13: PEMBANGUNAN MODAL INSAN DALAM ECER ·  · 2017-04-24emosi dan jasmani, ... sasaran 7 teras dalam Pelan Strategik Pengajian Tinggi Menjelang 2020 perlu dicapai ... peringkat sekolah

13

3. 0 BEBERAPA INISIATIF DAN PENDEKATAN DALAM PELAKSANAAN

STRATEGI DAN SISTEM PENDIDIKAN

Untuk menjayakan pembangunan modal insan, tindakan drastik bersifat revolusi sangat

diperlukan untuk dilaksanakan dalam pendidikan.

3.1 Antara inisiatif yang sedang dan akan dilaksanakan secara berterusan

oleh UMK ialah:

i. Peningkatan dalam akses untuk pendidikan

Meningkatkan akses untuk pendidikan yang bermutu tinggi bermula daripada

peringkat sekolah rendah, menengah dan menengah atas, sebelum memulakan

pengajian pada peringkat universiti. Pelajar dari bandar atau luar bandar perlu diberi

peluang yang seluasnya. Adalah penting sistem pendidikan dari peringkat sekolah ke

universiti berlaku dalam keadaan selanjar. Ia bukan hanya terhad kepada kurikulum

akademik tetapi juga pendidikan dari segi latihan dan pendedahan terhadap konsep

ilmu dan alam pekerjaan yang sebenar.

ii. Tenaga mahir dan profesional

Memastikan bekalan dari segi tenaga mahir dan tenaga kerja profesional mencukupi

dan berterusan untuk menjayakan setiap projek atau perancangan dalam ECER dapat

dilaksanakan tanpa terjejas akibat daripada kekurangan modal insan. Di IPT, tenaga

mahir dan profesional ini dikaitkan dengan penawaran program pada peringkat ijazah

tinggi bagi memenuhi keperluan berasaskan teknologi tinggi. Salah satu daripada

inisiatif pada peringkat Kementerian Pengajian Tinggi adalah mewujudkan Program

”MyBrain15” yang mensasarkan pengeluaran 100,000 tenaga kerja berkemahiran

tinggi dengan kelayakan Doktor Falsafah menjelang tahun 2020. Ini merupakan satu

cabaran IPT di ECER juga, untuk menyediakan tempat, kepakaran serta kemudahan

penyelidikan. Matlamat program ini adalah untuk meningkatkan daya saing hingga ke

peringkat global dan memastikan bilangan tenaga kerja mahir yang cukup untuk

mengendalikan aktiviti penyelidikan dan penjanaan ekonomi.

iii. Latihan Kemahiran

Latihan kemahiran perlu dijadikan asas dalam menghasilkan para usahawan dalam

ECER. Bentuk latihan serta bahan latihan harus sentiasa diperbaiki dan ditambah baik

untuk meningkatkan daya saing usahawan. Latihan ini bukan hanya menyediakan

Page 14: PEMBANGUNAN MODAL INSAN DALAM ECER ·  · 2017-04-24emosi dan jasmani, ... sasaran 7 teras dalam Pelan Strategik Pengajian Tinggi Menjelang 2020 perlu dicapai ... peringkat sekolah

14

usahawan dapat bersaing terhad dalam negara tetapi untuk meningkatkan

keupayaan, latihan pada peringkat antarabangsa juga diberi perhatian.

iv. Penyediaan prasarana dan peruntukan kewangan pendidikan

Pendidikan pada peringkat universiti harus sering diperbaiki dengan menyediakan

kemudahan kelas pertama termasuk menyediakan staf akademik bertaraf dunia untuk

membolehkan mutu akademik yang tinggi dapat dibekalkan. Di samping itu juga,

kemudahan untuk penyelidikan dan pembangunan perlu disediakan bukan hanya

pada peringkat IPT tetapi juga peringkat kementerian sama ada oleh MOHE atau

MOSTI terutamanya kemudahan peruntukan yang berkaitan dengan aktiviti ekonomi

di ECER.

v. Penyelidikan sosio-ekonomi

Dalam pembangunan sosio-ekonomi masyarakat, tumpuan penyelidikan dilaksanakan

untuk melihat impak terhadap pembangunan dalam ECER, khususnya dalam aspek

penerimaan dan impak pembangunan tersebut. Sasaran terhadap perubahan dan

anjakan minda masyarakat perlu dijadikan tema penyelidikan yang penting.

vii. Kerjasama dengan industri

Kerjasama dengan pihak industri perlu dipertingkatkan. Bagi menjamin kelancaran

jalinan kerjasama antara IPT dengan industri, adalah penting agar semua projek

dalam kerjasama ini memenuhi kehendak industri tersebut. Keperluan prasarana dan

sumber manusia, perlu menyokong proses perindustrian dan pembangunan yang

akan dijayakan oleh industri tersebut.

viii. Taman Ilmu

Kewujudahan Taman ilmu atau Taman Penyelidikan di IPT atau di kawasan tertentu

dalam ECER menjadi kemestian bagi memudahkan pemindahan teknologi dan

penterjemahan hasil penyelidikan kepada proses industri. Taman seumpama ini

bertindak sebagai inkubator bagi usahawan berpotensi untuk mempersiapkan diri

membawa perniagaan atau perusahaan ke skala penghasilan yang berdaya saing.

ix. Kepimpinan akademik yang berwibawa

IPT memerlukan kepimpinan yang dinamik, yang dapat melihat peranan mereka

adalah penting bagi menjayakan ECER.

x. ICT sebagai pengupaya

ICT terlibat dalam memperoleh ilmu pengetahuan, meningkatkan kemahiran dan juga

untuk pengurusan sumber dan kewangan. Ini bermaksud setiap lapisan masyarakat

harus menimbang kemahiran menggunakan ICT menjadi keutamaan dalam kalangan

Page 15: PEMBANGUNAN MODAL INSAN DALAM ECER ·  · 2017-04-24emosi dan jasmani, ... sasaran 7 teras dalam Pelan Strategik Pengajian Tinggi Menjelang 2020 perlu dicapai ... peringkat sekolah

15

modal insan. Namun begitu, didapati jurang antara masyarakat bandar dan luar

bandar dari segi kemahiran ICT juga akan melebar sekira tanpa pendidikan yang

sesuai. Oleh yang demikian, strategi untuk merapatkan jurang ini perlu diberi

perhatian dengan meningkatkan prasarana ICT, di samping program bimbingan dalam

ICT untuk seluruh masyarakat mengikut peringkat dan lapisan masyarakat.

3.2 PENGALAMAN TINDAKAN UMK

Semenjak beroperasi selama 7 bulan (Julai 2007 hingga kini), UMK telah memberikan

perkhidmatan pendidikan dan rundingan secara intensif, langsung dan berterusan kepada

para pelajarnya. Di samping pengisian kurikulum bersepadu, ko kurikulum turut

memantapkan kemahiran insaniah mereka. Secara ringkasnya, model konseptual

kemahiran insaniah (soft skill) bagi pelajar UMK adalah seperti berikut:

UMK juga memberikan khidmat pendidikan dan rundingan kepada semua lapisan

masyarakat, antaranya seperti program ‘Fun With English’ yang diadakan di Jeli, khidmat

masyarakat di beberapa daerah di Kelantan, Road Show kepada pelbagai agensi dan

seminar. Antara seminar kebangsaan yang pernah diadakan seperti Seminar

Kebangsaan Keusahawanan yang dianjurkan oleh Pusat Pembangunan Usahawan Kecil

dan Sederhana UMK (ISME). UMK bersama Kementerian Pengajian Tinggi turut

KESENIAN

Kompetensi

Teras

PelajarPelajarPelajar

IPTAIPTA

Kompetensi

Professional

Pelajar

Kompetensi

Fungsional

Pelajar

UNIT

BERUNIFORM

PERSATUANSUKANBERILMU

HOLISTIKBERKETRAMPILANPendidikanPendidikan

sepanjangsepanjang

hayathayat

Kemahiran

berfikir

secara kritis

Kerja

Berpasukan

KebolehanKebolehan

BerkomunikasiBerkomunikasi

Kemahiran

usahawan

KepimpinanKepimpinan

Model Konseptual Soft Skill

Page 16: PEMBANGUNAN MODAL INSAN DALAM ECER ·  · 2017-04-24emosi dan jasmani, ... sasaran 7 teras dalam Pelan Strategik Pengajian Tinggi Menjelang 2020 perlu dicapai ... peringkat sekolah

16

menganjurkan beberapa aktiviti seperti program bersama Angkasawan Negara dan

program Bakti Siswa.

Pendekatan berdamping dengan masyarakat juga dilakukan melalui majlis ilmu.

Antaranya seperti latihan kemahiran, program motivasi kepada usahawan muda yang

dianjurkan bersama pihak SME Bank, program Kecemerlangan Akademik Bersama UMK

(contoh yang diadakan bersama SMK Putri Saadong dan SMK Beris Panchor), program

motivasi (sebagaimana memenuhi tuntutan pelbagai pihak yang memohon diadakan slot

motivasi kepada kelompok masyarakat tertentu) dan motivasi Keibubapaan tentang

kepentingan pendidikan (contohnya bersama pihak PIBG beberapa buah sekolah).

Kebanyakan program kemasyarakatan ini dilaksanakan secara berkala dan ianya baru

bersifat perintis kepada aktiviti yang akan berkembang pesat nantinya.

Semenjak pelancaran ECER oleh YAB Perdana Menteri (29hb. Oktober 2007), UMK telah

menggembleng tenaga bersama berusaha merealisasikan kejayaan ECER. Sekretariat

ECER UMK yang baru ditubuhkan telah memulakan langkah yang proaktif dan inovatif. Di

Peringkat IPTA, sekretariat ini sebagai inisiatif teras bagi pusat kecemerlangan Inovatif

dan Kreativiti Produk, Warisan dan Budaya, Latihan Keusahawanan dan Pengurusan

(Hands-on) dan Kerjasama Industri-Akademia. Pusat Kecemerlangan Kerjasama Industri-

Akademia melibatkan R&D dan aktiviti khusus industri Inovatif dan Rekabentuk, R&D

berasaskan industri Asas Tani, Budaya dan Warisan dan Keusahawanan. Sekretariat

turut bertindak sebagai penyelaras kepada sekretariat di peringkat IPTA dalam ECER.

Amnya ia merupakan pusat kecemerlangan pembangunan ECER berpaksikan

Pembangunan Modal Insan. Peranan UMK ialah sebagai pemberi khidmat Nasihat dan

latihan (profesional), agen perubah ‘mind set’ positif (masyarakat biasa), pembina inisiatif

penghubung antara pelbagai industri, pemantauan dan laporan program dalam ECER,

penyelaras kepada segala aktiviti/projek yang menyumbang kepada peningkatan

pendapatan dan pembasmian kemiskinan tegar dan pengkaji Impak ECER. Peranan ini

semua tidak mengenepikan peranan UMK seblum ini sebagai IPT yang memberikan

perkhidmatan pendidikan, penyelidikan dan rundingan.

Antara aktiviti yang telah berlangsung melibatkan sekretariat ECER di UMK ialah majlis

menandatangani MoU bersama Pihak KESEDAR, urusetia pelaksanaan Simposium

Page 17: PEMBANGUNAN MODAL INSAN DALAM ECER ·  · 2017-04-24emosi dan jasmani, ... sasaran 7 teras dalam Pelan Strategik Pengajian Tinggi Menjelang 2020 perlu dicapai ... peringkat sekolah

17

Pembangunan ECER Kelantan bersama NGO Kelantan, mesyuarat Pra ECER UMK

bersama wakil IPT di Kelantan, mesyuarat Penyelarasan ECER kerjasama Industri

Akademia IPTA sebanyak 2 kali, Program Road Show ‘UMK Bersama Warga Pendidik’

bersama pihak Pejabat Pendidikan Daerah seluruh negeri Kelantan. Sekretariat juga telah

menyiapkan cadangan kertas kerja bermatlamatkan pembasmian kemiskinan bagi

membantu pihak KESEDAR dan sesi taklimat serta penerangan berkenaan ECER kepada

masyarakat dalam beberapa program sebelum ini.

Satu program yang sudah nyata memberi impak yang tinggi kepada masyarakat dan

pelajar ialah Siri Syarahan Pengerusi (Chairman Lecture Siries) secara bulanan yang

dihadiri oleh lebih daripada 400 peserta setiap kali ianya diadakan. Terdapat juga aktiviti

yang secara tidak langsung turut disumbangkan oleh ahli sekretariat universiti tanpa

melalui sekretariat. Oleh kerana ia bersifat terbuka melibatkan hubungan luar, maka

setiap pegawai kanan universiti boleh dikatakan terlibat secara aktif, terutamanya

Bahagian Hubungan Korporat dan Strategik.

KESIMPULAN

Kepentingan IPT sebagai penjana modal insan bagi menjayakan segala program, projek

dan perancangan ECER tidak boleh dinafikan. Inilah konsep sebenar K-ekonomi yang

menekankan kepada ekonomi yang dijana oleh manusia yang bermutu, berpengetahuan

dan berkemahiran tinggi. Semua pendekatan yang diambil haruslah tertumpu kepada

pembangunan modal insan yang holistik. Antara ciri modal insan yang holistik ialah

mengamalkan budaya mengutamakan prestasi yang berkemahiran tinggi dalam semua

aktiviti, perkhidmatan, tugas dan sistem penyampaian. Modal insan ini harus dilihat dari

segi perspektif progresif, maju dan sentiasa melihat ke hadapan untuk mengatasi pesaing

dengan jayanya. Dalam melakukan lonjakan ini modal insan ini perlu menerap etika dan

moral yang kukuh. Ianya penting agar pembangunan yang dirancang mengambil kira

sentimen semua keadaan termasuk alm sekitar, sosio-budaya, kepekaan beragama, nilai

dan kesopanan masyarakat timur. Diyakini modal insan yang dibangunkan atas nama

nilai moral yang tinggi akan menjamin kejayaan pembangunan negara. Langkah awal

bagi memastikan penerapan nilai moral yang tinggi ini mesti bermula di peringkat graduan

dan seterusnya dikembangkan kepada semua peringkat masyarakat. Inspirasi inilah yang

ingin direalisasikan oleh UMK dan ianya perlu disokong oleh semua pihak.

Page 18: PEMBANGUNAN MODAL INSAN DALAM ECER ·  · 2017-04-24emosi dan jasmani, ... sasaran 7 teras dalam Pelan Strategik Pengajian Tinggi Menjelang 2020 perlu dicapai ... peringkat sekolah

18

BIBLIOGRAFI

1. Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara Melangkaui Tahun 2020. Kementerian

Pengajian Tinggi, 2007.

2. Imbasan Pembangunan: Wilayah Ekonomi Pantai Timur. PETRONAS, 2007.

3. Taklimat Wilayah Ekonomi Pantai Timur, YM Raja Zehra, Mesyuarat Penyelarasan

ECER, UMK, Sutera Inn, Kota Bharu, Kelantan, 17 Disember 2007.

4. Modul Pembangunan Kemahiran Insaniah Untuk Institusi pengajian Tinggi

Kementerian Pengajian Tinggi, Penerbit Universiti Putra Malaysia, 2006.

5. Perangkaan Pengajian Tinggi Malaysia 2006. Bahagian Perancangan dan

Penyelidikan, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia, Mac 2007.

6. Memperkasakan Modal Insan (Bab 11), Rancangan Malaysia ke 9, Unit

Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri 2006.