safar 1438h - upknkelantan.comupknkelantan.com/download/buletin_november2016.pdf · buah rumah, dan...

13
Tahun Ke-26 | ISSN 1311-6891 | SAFAR 1438H | NOVEMBER 2016 | EDARAN PERCUMA | Bil 178 Berjalan Bersama Sultan MENARIK DI DALAM MS/6 Karnival Usahawan Kreatif Melahirkan Usahawan Yang Berkualiti BELANJAWAN 2017 Kelantan Sejahtera Untuk Islam KOTA BHARU - Sejarah terus melakar apabila Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V, berkenan berjalan sambil beramah mesra dengan lebih 21 ribu rakyat jelata semperna Walkaton D’ Raja Kelantan 2016, Let’s Go With Me Lihat muka 4 MS/10 LET’S GO WITH ME W alkaton D’Raja Kelantan

Upload: duongnguyet

Post on 12-Mar-2019

226 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

SAFAR 1438H | NOVEMBER 2016 1

Tahun Ke-26 | ISSN 1311-6891 | SAFAR 1438H | NOVEMBER 2016 | EDARAN PERCUMA | Bil 178

Berjalan BersamaSultan

MS/4

MENARIKDI DALAM

MS/6

Karnival Usahawan KreatifMelahirkan Usahawan Yang Berkualiti

BELANJAWAN 2017Kelantan Sejahtera Untuk Islam

KOTA BHARU- Sejarah terus melakar apabila Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V, berkenan berjalan sambil beramah mesra dengan lebih 21 ribu rakyat jelata semperna Walkaton D’ Raja Kelantan 2016, Let’s Go With Me

Lihat muka 4

MS/10

LET’S GO WITH MEWalkaton D’Raja Kelantan

SAFAR 1438H | NOVEMBER 2016 SAFAR 1438H | NOVEMBER 2016 2 3Sidang Redaksi

PENAUNGYB DATO’ HJ MOHD NASSURUDDINB. HJ. DAUDPengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta

PENASIHATMD ASHARI MAMATPengarah Urusetia PeneranganKerajaan Negeri Kelantan

PENYELARASABD. RAHIM MUHAMMADPenolong Pengarah Penerbitan dan Dokumentasi

SUSUN ATURAHMAD KARIEMULLAH B. SAIPUL BAHRIN

WARTAWANNIK AZMAN NIK [email protected]

CHE MAZIAH BINTI [email protected]

JURUFOTOMOHD ASRI HAMATABDUL AZIZ BIN [email protected] KOMUNIKASI MENTERI BESAR (UKMB)

PEGAWAI PENYELIDIKNAZIRATUL AINI BT MOHD [email protected]

PENGEDARUNIT EDARAN UPKN

PERCETAKANUNIPRESSLot 140, Jalan Pencawang TNB Lundang,Off Jln Sultan Yahya Petra,15150 Kota Bharu, Kelantan.Tel: 09 743 4924Faks: 09 743 4925Email: [email protected]

ALAMAT SURAT MENYURATURUSETIA PENERANGAN KERAJAANNEGERI KELANTANPejabat Setiausaha KerajaanTingkat Atas, Blok 7 Kompleks Kota Darulnaim15503 Kota Bharu Bandar Raya Islam,Kelantan DarulnaimTel 09-7483529(DL), 09-7481957 samb, 7810Faks: 09-7433529

KEBERKATAN | KEMAKMURAN | KEBAJIKAN

Merakyatkan Membangun Bersama Islam

Website: [email protected] (Berita Adun)www.facebook.com/upknkelantan(sila email untuk sebarang pertanyaan)

Pena Pengarah

Kampung Warisan

Hebat dan betapa responsifnya ‘pembela’ masyarakat dan ‘pejuang’ rakyat wilayah Kampung Laut, yang paras air banjirnya hampir menenggelamkan 90% lantai rumah penduduk di sini setiap kali berlakunya banjir, mempertahankan tanah penduduk di situ dari ‘dicerobohi’ Kerajaan Negeri dengan kerjasama East Coast Economic Region, ECER atau Wilayah Ekonomi Pantai Timur.

ECER, satu entiti yang ditubuhkan oleh Kerajaan Pusat guna membangunkan wilayah yang dianggap ketinggalan merangka program pembangunan bagi tempuh 12 tahun, dari 2008 hingga 2020 dalam pelbagai sektor. Negeri Kelantan termasuk dalam kawasan pembangunan ECER ini bersama-sama Negeri Terengganu, Pahang dan wilayah Mersing, Johor. ECER mengenalpasti, dengan kedudukan kampung ini yang berhampiran sempadan Thailand dan Indochina, berpotensi untuk dijadikan hub perdagangan dan pelancongan serta produk halal.

Kebetulan kampung ini berhampiran pekan Pengkalan Kubor yang berpotensi untuk dijadikan bandar perdagangan sempadan itu, didalamnya telah berjalan dalam tempoh yang sekian lama perusahan kecil-kecilan produk makanan tradisi - dodol, serondeng, gelembung buaya dan seumpamanya serta kraftangan. Kini, kilang pengeluaran produk ini,

kebanyakannya umpama gubuk usang yang langsung tidak menggambarkan keceriaan dan keindahan produk itu sendiri. Al maklumlah, dibangunkan oleh 2 atau 3 generasi terdahulu. Pewarisnya hanya menukarkan atap yang robek, menambah tiang yang patah dan tungku dapur yang haus oleh usia. Berada pula diatas tanah rezab Jabatan Pengairan dan Saliran, JPS yang dicadangkan dibina tembok tebatan banjir.

Keluasan tapak yang melibatkan pengambilan hanyalah seluas 2.32 hektar, tak sampai 3 kali keluasan padang bola sepak, melibatkan 13 buah rumah, dan 1 ‘gok’ kambing. Kos keseluruhannya, akan ditanggung oleh ECER, yang memperuntukkan RM30 juta bagi projek ini, bukan syarikat yang bermotifkan keuntungan sebagaimana didakwa sasetengah pihak.

Dakwaan pembangkang bahawa pemilik tapak akan dinafikan bayaran kepada mereka kerana ianya melibatkan tanah pesaka, YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan Hj Ahmad b. Yakob, Menteri Besar Kelantan menegaskan sabenarnya pengambilan inilah yang akan menyelesaikan masalah pemilikan tanah ini dimana sebahagian besar dari yang tinggal disini adalah bukan diatas tanah milik mereka, tetapi samada menyewa atau dengan kebenaran pemilik sebenar. Maklumat mengatakan bahawa urusan pesaka tanah ini telah tidak diuruskan sejak beberapa generasi dahulu dan boleh dikatakan semua mereka tidak tahu dibahagian manakah sabenarnya milik masing-masing.

Semua pemilik tanah akan dibayar pampasan, sehingga bahagian jalan yang ada sekarang pun akan dibayar dan lapan dari 13 pemilik rumah telah dikenalpasti berada dalam kelompok asnaf yang melayakkan mereka menerima sumbangan. Mereka akan menerima tapak bersekali dengan rumah. Empat buah rumah akan dibina oleh Kerajaan Negeri sementara empat lagi akan dibina oleh Majlis Agama Islam Kelantan, (MAIK). Selebihnya, mereka yang bukan dari kalangan asnaf, akan mendapat pampasan yang setimpal, diberikan tapak baru, sementara rumah akan dibina sendiri .

SAFAR 1438H | NOVEMBER 2016 SAFAR 1438H | NOVEMBER 2016 4 5

KOTA BHARU : Kelantan tetap menjadi tumpuan pelabur termasuk dari luar Negara biar pun tidak banyak infrastruktur.

Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan, Perpaduan Masyarakat dan Pembangunan Usahawan, YB Dato’ Haji Anuar Tan B. Abdullah berkata kehadiran pelabur-pelabur bakal menyediakan ribuan peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan.

Antaranya kata beliau, pelaburan besar diterima Syarikat Rohm Wako Electronic Malaysia Sdn.Bhd. Katanya, syarikat terbabit sedang membesarkan kilang di Pengkalan Chepa yang dianggarkan membabitkan kos sebanyak RM320 juta.

“Jumlah pelaburan itu belum lagi diambil kira kos mesin dan pelbagai peralatan lain yang dianggarkan melibatkan jumlah keseluruhan lebih RM 500 juta,” katanya.

Menurutnya, pembesaran kilang tersebut sehingga sekarang sudah

lebih 80 peratus siap. Ia dijangka dapat menyediakan lebih 1,000 peluang pekerjaan. Selain itu, kata beliau, Sawit Raya Oil Sdn. Bhd pula membina kilang penapis minyak sawit dan pembungkusan minyak masak melibatkan kos RM216 juta di Pengkalan Chepa.

Kilang itu dibangunkan di tapak seluas 9.2 ekar di kawasan perindustrian Pengkalan Chepa. Ia dijangka dapat mengeluarkan 15,000 tan metrik sebulan.

Kilang terbabit berupaya memenuhi penggunaan minyak masak sebanyak 5,000 tan metrik minyak sawit sebulan di Kelantan dan Terengganu. Selain itu akan di eksport ke Kemboja, Vietnam dan Myanmar. Projek tersebut akan menyediakan 173 peluang pekerjaan.

Beliau berkata, syarikat dari Australia pula akan membina kilang simen di Chiku 7, Gua Musang yang dijangka memulakan kerja-kerja pembinaan awal tahun hadapan.

Kilang simen terbabit melibatkan

KELANTAN PILIHAN PELABUR ASING

KOTA BHARU- Sejarah terus melakar apabila Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V, berkenan berjalan sambil beramah mesra dengan lebih 21 ribu rakyat jelata semperna Walkaton D’ Raja Kelantan 2016, Let’s Go With Me. Baginda bersama rakyat jelata memulakan perjalanan sejauh tujuh kilometer bermula dari perkarangan Stadium Sultan Muhammad IV, melalui jambatan Sultan Yahya Petra dan berakhir di stadium.

Bainda berjalan beramai-ramai bersama rakyat bermula jam 10 malam dan berjaya menamatkan perjalanan sejam kemudian. Baginda turut

ditemani adindanya, Tengku Mahkota Kelantan, Dr. Tengku Muhammad Fa-iz Petra dan berjalan sama ialah YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan Dato’ Haji Ahmad B. Haji Yakob Menteri Besar Kelantan serta kepimpinan lain bersama kerabat DiRaja.

Acara yang julung kali diadakan waktu malam itu juga, bermandi cahaya penuh meriah dengan pertunjukan bunga api kira-kira 40 minit. Lebih menarik lagi, program berjalan itu diserikan dengan persembahan kebudayaan di setiap ‘check point’. Walaupun hujan lebat di awal program namun rakyat jelata tidak berganjak dan

terus setia bersama-sama Baginda untuk menjayakan program berkenaan.

Program ini yang memasuki edisi ke lima sebelum ini di kenali sebagai Walk With Me itu merupakan cetusan idea daripada Baginda sendiri untuk bersama dengan rakyat jelata dan pernah tercatat dalam Malaysian Book Of Records.

Sementara itu, kemeriahan program tersebut diakui oleh seorang peserta yang berjaya menamatkan perjalanan. Shah Cairiel Wan Rahim. 18. “letih tapi seronok, sebab sama –sama berpeluh dengan Sultan kita yang dilantik sebagai Yang Dipertuan Agong,”katanya.

Let’s Go With MeWalkaton D’Raja Kelantan

info UPKN

pelaburan RM1.38 billion, usaha sama antara Majlis Daerah Gua Musang (MDGM) dengan Syarikat ASN Cement Sdn. Bhd. Manakala sebuah lagi syarikat dari China juga merancang memindahkan operasi kilang simen dari Negara itu ke Kelantan tidak lama lagi.

“Mereka membuat kajian selama dua tahun di Malaysia termasuk juga lokasi di Langkawi dan menemui batu kapur putih di Gua Musang yang lebih sesuai. Sumber batu kapur bagi kegunaan kilang simen tersebut mampu bertahan sehingga 300 tahun,” katanya.

Menurutnya juga Ain Medicare Sdn Bhd juga akan membina kilang baru yang melibatkan pelaburan kira-kira RM 300 juta. Beliau juga memberitahu sebuah pasaraya besar dari Dubai akan membuka cawangan kedua di Malaysia iaitu di Lembah Sireh, Kota Bharu. Beliau juga berharap Projek Halal Hub di Mukim Apam Pasir Mas menjadi pemangkin mengeluarkan produk halal utama di Negara ini.

SAFAR 1438H | NOVEMBER 2016 SAFAR 1438H | NOVEMBER 2016 6 7

KOTA BHARU- YAB Ustaz Dato’ Bentara kanan Dato’ Haji Ahmad Yakob, Menteri Besar Kelantan hadir merasmikan Festival Industri Kreatif Kelantan 2016 di Dataran Stadium Sultan Muhammad ke-IV.

Dalam ucapan perasmiannya, beliau berkata, Kerajaan Negeri Kelantan melalui Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan, Pembangunan Usahawan dan Perpaduan Masyarakat telah mengambil inisiatif untuk memberi tumpuan terhadap pembangunan industri kreatif melibatkan galakan pembangunan usahawan industri

kreatif dalam pelbagai sektor industri dan perniagaan. Oleh kerana itu, dalam bajet yang dibentangkan pada 25 Oktober 2016 di Sidang DUN Belanjawan, Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sejumlah RM6.05 juta untuk langkah-langkah melahirkan usahawan yang berkualiti tinggi dan berdaya saing, katanya.

Festival Industri Kreatif tersebut bermula pada 27 Oktober 2016 lagi telah diisi dengan pelbagai program antaranya forum, busker, pertandingan bakat kreatif, video kreatif, art corner, malam apresiasi dan banyak lagi.

Penghijrahan paling penting ialah hijrah kita daripada mengabdikan dunia, mengabdikan diri pada manusia kepada keabdian semata kepada Allah, Tuhan yang Esa.

Rakyat negeri Kelantan mendapat pahala besar kerana menjadi pelopor kepada sokongan pemerkasaan syariah dan cara hidup yang benar-benar mengikut kehendak agama.

Demikian penegasan Pengerusi Jawatankuasa Kesejahteraan Rakyat, Kesihatan, Alam Sekitar dan NGO yang juga ADUN Bunut Payong, Dr. Hj. Ramli Mamat sewaktu menyampaikan ucapan sempena Ceramah Hijratul Rasul Peringkat DUN Bunut Payong yang diadakan di Masjid Maulana Khurasan, Kg Sireh Kota Bharu.

“Allah Taala mentakdirkan kita melalui ujian dan mehnah untuk pembentangan Pindaan Akta 355 oleh Ahli Parlimen Marang, ini adalah untuk menambah

pahala kepada kita,” ujarnya.Sebelum itu ADUN Chetok, Ustaz

Abdul Halim Abdul Rahman dalam ucapannya pula menyatakan sewaktu Rasulullah berhasrat untuk hijrah ke Madinah, pelbagai usaha dilakukan oleh kafir Quraisy untuk menghalang perkembangan agama Islam.

Apa yang dilakukan oleh Kelantan adalah usaha untuk memarbatkan Islam di negara ini dan Kerajaan Negeri bersedia untuk memperkasa undang-undang syariah di Kelantan dengan setiap tahun menyediakan sejumlah peruntukan besar untuk tujuan itu.

“Ia sepertilah cabaran Rasullah yang berhijrah ke Madinah kerana ingin mendaulatkan syariah sebagai cara hidup manusia.

“Selain dari kita bersama berusaha untuk memastikan kejayaan pindaan Akta 355 Memperkasakan Mahkamah Syariah, kita juga perlu sentiasa berdoa kepada Allah,” ucapnya lagi.

Manakala Pengarah Yayasan Tok Kenali, Ustaz Tuan Syarifuddin Tuan Ismail menyatakan kekesalannya dengan kenyataan orang cerdik pandai yang bertaraf PhD mempertikaikan usaha untuk memartabatkan Mahkamah Syariah di Malaysia.

“Undang-undang sivil ada kuasa menghukum seseorang yang merosakkan hidupan liar di hutan sehingga RM50 ribu, tetapi hakim Mahkamah Syariah hanya boleh menghukum orang mengkhianati wanita hanya RM3 ribu saja,”

“Ia menggambarkan bahawa kedudukan Mahkamah Syariah terlalu rendah dan tidak sepadan dengan hakim yang bertaraf Yang Arif,” katanya.

Sempena Majlis ceramah yang dianjurkan bersama Yayasan Tok Kenali tersebut juga diadakan majlis Solat Hajat bagi memudahkan usaha-usaha pemerkasaan Mahkamah Syariah di negara ini.

CABARAN RUU 355 ADALAH PAHALA

FESTIVAL INDUSTRI KREATIFMELAHIRKAN USAHAWAN YANG BERKUALITI

SAFAR 1438H | NOVEMBER 2016 SAFAR 1438H | NOVEMBER 2016 8 9

SAFAR 1438H | NOVEMBER 2016 SAFAR 1438H | NOVEMBER 2016 10 11

HUTANG DIAMBIL ALIH (PAAB)

KELANTAN TERIMA AKTA 672

TINGKAT INDUSTRI BATIK

POLIS SYARIAT DI KELANTAN

KOREK PASIR DAPAT HASIL

Tabung Amanah Tok Kenali (TATOK) yang diwujudkan bagi mengurus pembayaran pampasan penggunaan air di projek hidro elektrik Pergau kini dikenali Yayasan Amanah Tok Kenali (YTK). Sehubungan dengan itu, YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan Dato’ Haji Ahmad B. Haji Yakob Menteri Besar Kelantan mencadangkan supaya akaun lama di atas nama TATOK dibatalkan.

“Saya mencadangkan pembatalan akaun TATOK yang ditubuhkan di bawah akta Acara Kewangan,” katanya semasa sidang Dun lepas.

Usul berkenaan kemudian nya disokong oleh YB Dato’ Haji Mohd Amar B. Haji Nik Abdullah Timbalan Menteri Besar Kelantan.

TATOK JADI YTK

KOTA BHARU : Kejayaan penstrukturan projek bekalan air di Kelantan membolehkan hutang Air Kelantan Sdn. Bhd (AKSB) berjumlah RM604 juta diambil alih Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB). Manakala sebanyak RM56 juta lagi turut dilupuskan Kerajaan Pusat selepas penstrukturan semula. YB. Dato’ Haji Hanifa B. Ahmad, Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya, Infrastruktur, Utiliti dan Teknologi Maklumat menetapkan lima petunjuk prestasi utama (KPI) dicapai selepas penstrukturan semula dilakukan.

Antaranya mengurangkan kadar kebocoran air kepada 25 peratus sehingga tahun 2023. Selain itu menukar paip asbestos sepanjang 6,000 km yang digunakan sejak pengurusan bekalan air di bawah JKR. “Sejak 1990 sehingga tahun lepas paip yang ditukar sepanjang 1,400 km. Pihak Kementerian memberi peruntukan dalam bentuk geran sebanyak RM68 juta bagi projek menukar paip.”

“AKSB sebenarnya memerlukan RM2.5 billion bagi menukar paip lama dan membina loji rawatan air baharu,” katanya menjawab soalan Dato’ Md Alwi Che Ahmad (BN-Kok Lanas) pada persidangan DUN lepas

Biarpun kerajaan Kelantan sudah menerima pakai Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (Akta 672) namun belum ada perjanjian mengenainya sehingga sekarang.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Belia dan Sukan, YB Dato’ Haji Abdul Fattah B. Haji Mahmood berkata sepatutya akta itu dikuatkuasa di Kelantan pada 1 Januari 2016.

Bagaimanapun katanya, sehingga sekarang perjanjian mengenainya belum dilakukan sehingga menyebabkan Kerajaan Negeri terpaksa mengambil langkah alternatif.

Antaranya mengadakan gotong- royong perdana sebulan sekali di Kota Bharu, mengadakan kontrak pembersihan kepada syarikat swasta dan menjaga kebersihan pasar dengan kerjasama pemajak. Akta 672 diwartakan pada 30 Ogos 2007 bertujuan menyeragamkan perkhidmatan pengurusan sisa pepejal.

KERAJAAN negeri mengadakan pelbagai program dan aktiviti bagi meningkatkan lagi industri batik di negeri ini. Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan, Perpaduan Masyarakat dan Pembangunan Usahawan, YB Dato’ Haji Anuar Tan B. Abdullah berkata, antaranya penganjuran Festival Batik pada 2015.

Selain itu menyertai pertandingan fesyen Islam secara tertutup di Singapura dan pertandingan mencanting batik yang diadakan di AEON MALL tahun lepas.

“Kerajaan negeri juga akan meningkatkan lagi kerjasama dengan Universiti Malaysia Kelantan bagi memajukan lagi industri batik,”katanya ketika menjawab soalan Mohd Zaki Ibrahim (PAS-Kelaboran).

KOTA BHARU- ADUN Tawang YB Dato’ Haji Hassan Mohamood mencadangkan Penguatkuasa Agama di Kelantan di kenali sebagai Polis Syariah seperti yang diamalkan di Acheh, Indonesia.

Beliau berkata, ramai orang merasa gerun apabila mendengar sebutan polis berbanding dengan nama penguatkuasa seperti yang digunakan sekarang.

“Begitu juga dengan nama Qadhi orang tidak merasa gerun tetapi kalau sebut nama Hakim, masyarakat lebih gerun,”katanya pada persidangan DUN.

Menjawab isu tersebut, YB. Dato’ Haji Mohd Nassuruddin B. Haji Daud, Pengerusi Jawankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta berkata Kerajaan Negeri sedia membuat kajian mengguna pakai nama polis kepada Penguatkuasa Agama.

Beliau juga berkata, Kerajaan Negeri sedang menaik taraf 11 pejabat agama yang terdapat di peringkat jajahan. Menurutnya, kemudahan prasarana dan internet dipertingkatkan lagi termasuk juga yang diperkenalkan kad e-Nikah sejak 2007.

KERAJAAN negeri dijangka mendapat hasil baharu sehingga RM7 juta daripada aktiviti mengorek pasir di Kuala Sungai Kelantan.

Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya, Infrastruktur, Utiliti dan Teknologi Maklumat, YB. Dato’ Haji Hanifa B. Ahmad berkata, aktiviti yang dilakukan oleh sebuah syarikat mendatangkan pulangan hasil pula kepada Kerajaan Negeri.

“Sepatutnya Kerajaan Negeri membayar kepada syarikat tersebut kerana membuang pasir bagi mendalamkan muara sungai Kelantan,”katanya menjawab soalan YB Dato’ Seri Mustapa Mohamed (BN-Air Lanas) pada persidangan lepas.

Beliau juga berkata, usaha sedang dilakukan bagi membuang pulau yang baharu muncul dikenali Pulau Pak Mat Janggut bagi mempercepatkan aliran air ke laut ketika berlaku banjir.

KOTA BHARU- Kelantan membentang Belanjawan 2017 bertemakan Kelantan Sejahtera Untuk Islam dengan meneruskan agenda memperkasakan lagi institusi agama Islam. Yayasan Islam Kelantan (YIK) mendapat peruntukan sebanyak RM96 juta, berbanding RM78 juta berbanding tahun ini.

YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan Dato’ Haji Ahmad B. Yakob Menteri Besar Kelantan berkata, bajet kepada YIK ditambah bertujuan untuk meneruskan agenda kecemerlangan akademik dan syaksiah pelajar.

Selain itu, RM4 juta diperuntuk untuk projek pembangunan baru menaik taraf serta penyelenggaraan bagunan lebih 90 sekolah YIK.

Manakala program pendidikan dan pembelajaran sebanyak RM 7.26 juta berbanding 2016 sebanyak RM6 juta.

“Bagi menyatakan komitmen terhadap pendidikan aras tinggi, julai tahun 2017, Maahad Sains Tok Guru akan memulakan pengambilan pelajar,”katanya ketika membentang Belanjawan Kelantan 2017 pada Persidangan DUN lepas.

Seramai 300 orang pelajar bakal

dipilih memasuki sekolah asrama penuh tersebut yang menjadikan bahasa Arab dan bahasa Inggeris sebagai pengantar.

YAB Ustaz Dato’ Haji Ahmad B. Yakob berkata, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan (JAHEAIK) pula mendapat peruntukan sebanyak RM36.95 juta bagi perbelanjaan mengurus dan RM 7.11 juta bagi melaksanakan program keagamaan.

“Keberkatan sesebuah kerajaan bergantung kepada sejauh mana kerajaan menjaga agama dan menjaga hubungan dengan Allah” tambahnya lagi.

Selain itu, peruntukan sebanyak RM1 juta kepada pentadbiran syariah termasuk penyediaan prasarana Kanun Jenayah Syariah sebanyak RM 1.3 juta kepada Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri.

Menurutnya, bahagian penguatkuasaan Undang-undang Syariah dijadikan badan yang berasingan. Menteri Besar Kelantan berkata, kerajaan negeri juga merancang melaksanakan lebih banyak rumah mampu milik iaitu sebanyak 2,136 unit bakal dibina tahun depan.

Katanya, rumah mampu milik dalam

pembinaan sebanyak 1,309 unit dan 628 unit sudah disiapkan antara tempoh 2013 sehingga 2016. Kerajaan negeri juga memperuntukkan sejumlah RM9 juta bagi membina rumah mampu milik dan RM 6.4 juta program Bantu Rumah Dhuafa’.

“Manakala bagi menjaga kebersihan dan pengurusan sisa pepejal”, peruntukan sebanyak RM 6juta disediakan. Ia meningkat sebanyak RM5.2 juta berbanding RM800,000 tahun ini, katanya.

Sebanyak RM5 juta digunakan bagi membeli jentera pengurusan sisa pepejal. Menurutnya langkah tersebut terpaksa dilakukan selepas kerajaan Persekutuan gagal memberi kata putus bagi menyerahkan pengurusan sisa pepejal kepada Syarikat Alam Flora.

“Ini merupakan mesej jelas bahawa isu kebersihan ini sangat dititikberatkan,”katanya.

Kerajaan negeri menganggarkan pungutan hasil sebanyak RM636.98 juta tahun hadapan di mana sebanyak RM 179.67 juta hasil cukai dan RM308 juta hasil bukan cukai. Ini bermakna berlaku peningkatan hasil sebanyak RM43.2 juta berbanding anggaran hasil tahun ini.

BELANJAWAN 2017: KELANTAN SEJAHTERA UNTUK ISLAM

RINGKASAN DUN KELANTAN

SAFAR 1438H | NOVEMBER 2016 SAFAR 1438H | NOVEMBER 2016 12 13

Ziarah PURNAMA diketuai isteri Dato Speaker DUN Kelantan, Ustazah Datin Hjh Rowiah Ghazali di sekitar DUN Bukit Bunga sambil mengagihkan barangan keperluan asas kepada orang-orang tua, miskin dan sakit.Majlis dimulai dengan Program Ceramah Hijratul Rasul oleh Imam 1, Masjid Bandar Jeli dan gotong-royong kacau bubur Asyura diikuti program ziarah ke rumah-rumah rakyat di sekitar DUN Bukit Bunga.

YB Dato’ Hj Che Abdullah bin Mat Nawi, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi dan Teknologi Hijau Negeri Kelantan merangkap Pengerusi Lembaga Pengarah Kelantan Biotech Corp Sdn Bhd (KBC) bersama Ahli Lembaga Pengarah KBC

bergambar bersama pelabur dari Bangladesh.

Program Bina Ummah PU Tanjong Redang,DUN Chetok.YB ADUN Chetok, Ust Abdul Halim Abdul Rahman menyampaikan sumbangan beras kepada wakil Peti Undi Tanjong Redang dan Anugerah Tokoh Bina Ummah Unit Peti Undi Tanjong Redang yang banyak menyumbang bagi pembangunan masyarakat di sini.

YB Dato’ Mohd Amar bin Abdullah, Timbalan Menteri Besar Kelantan dan rombongan disertai oleh YB Dato’ Haji Abdul Fattah Mahmood,YB Mejar (B) Dato’ Haji Md Anizam Bin Ab Rahman, ke Pasar Terapung Pulau Suri, Tumpat. Turut hadir YB ADUN Perupok, YB ADUN Jelawat, Ketua Jajahan Tumpat, Ketua Penolong Setiausaha (Kebudayaan & Pelancongan) dan lain-lain.

YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan Menteri Besar Kelantan mengiringi KDYMM Sultan Muhammad V ke Pertandingan Menembak Mahabbah ( Acara Side Arm ) Sempena Ulang Tahun Keputeraan Baginda Yang Ke-47 bertempat di Lapang Sasar Gunung,

Bachok. Turut berangkat sama, YTM Tengku Mahkota Kelantan.

YB Dato’ Hj Hanifa Ahmad Ahli Exco Kerajaan Negeri merangkap ADUN Pengkalan Pasir merasmikan program Cakna Rakyat DUN Pengkalan Pasir di Aur Cina

LensaLensa

SAFAR 1438H | NOVEMBER 2016 SAFAR 1438H | NOVEMBER 2016 14 15

AQIDAH menjadi tali penghubung yang mengikat hubungan antara sesama manusia yang lebih kuat dari ikatan dan pertalian darah dan keturunan. Inilah yang disebutkan oleh Allah bahawa setiap orang Mukmin adalah bersaudara, dan hubungan mereka seperti susunan batu-bata dalam binaan sebuah bangunan. Mereka saling kukuh-mengukuh antara satu sama lain.

Dalam sejarah Islam, ia bermula dalam sebuah masyarakat yang begitu fanatik dan taksub perkauman dan perpuakan. Islam datang dengan menyatukan seluruh perbezaan darah dan keturunan kepada persamaan aqidah. Semangat perkauman yang kuat sebelum ini telah luntur akibat kekuatan iman sehingga para Sahabat yang berkulit hitam dari Habsyah seperti Bilal bin Rabah dan Sahabat imigran dari Yaman seperti Ammar bin Yasir mendapat kemuliaan setanding bangsawan Quraisy.

Kerana iman yang menjadi asas perpaduan, tidak ada lagi rasa terpisah antara golongan bangsawan dengan hamba sahaya. Persoalan kelas ekonomi dan sosial telah diruntuhkan oleh kekuatan iman. Golongan hamba sahaya dan orang miskin yang selama ini dipandang jijik oleh bangsawan Quraisy Mekah, telah mula mendapat pembelaan di atas semangat iman

sehingga Abu Bakar mengorbankan hartanya bagi memerdekakan Bilal.

Kita sudah biasa mendengar nama-nama seperti Salman al-Farisi, Suhaib ar-Rumi, Bilal al-Habsyi dan lain-lain yang menunjukkan mereka bukan berbangsa Arab. Bahkan, di kalangan Ansar wujud Aus dan Khazraj, manakala tidak kurang juga Bani Israel dari keturunan Qainuqak, Quraizah dan Nadhir yang beriman. Mereka disatukan oleh Rasulullah SAW bersama Muhajirin dari Mekah dengan hablillah (tali Allah), sehingga menjadi sumber kekuatan dalam kebangkitan Islam.

Inilah kekuatan iman yang bertunjangkan tali Allah. Apakah tali Allah? Itulah Islam, agama suci yang menjadi cara hidup yang sempurna untuk manusia. Orang-orang yang telah beriman, diperintahkan oleh Allah supaya berpegang teguh dengan tali Allah dan jangan berpecah-belah. Islam menjadi asas yang menyatukan semua orang beriman. Perbezaan kerana warna kulit, daerah, status ekonomi, keturunan, bahkan pegangan politik tidak sepatutnya mengasingkan kumpulan-kumpulan orang yang beriman.

Sebagai mana kita merasai manisnya iman apabila mengenangkan nasib saudara seagama di Palestin, Chechen, Kashmir, Bosnia, Rohingya dan lain-lain, sehingga kita sanggup menghulurkan bantuan, menyuarakan tuntutan dan membela nasib mereka, begitulah sepatutnya rasa keimanan berkembang dalam diri kita. Kita tidak pernah mengenali atau bertemu dengan saudara seaqidah dari Chechen dan Bosnia, tetapi kita menyatakan solidariti. Kenapa?

Nah! Hari ini di hadapan kita orang Melayu menjadi bangsa yang beragama Islam. Bangsa-bangsa lain seperti Cina, India dan Bumiputera juga mempunyai minoriti Islam. Telah lama kita dipisahkan oleh dasar pecah dan perintah penjajah. Islam menyerukan perpaduan semua

manusia atas semangat taaruf, sedangkan Islam memerintahkan orang yang beriman bersatu atas dasar aqidah (hablillah). Perbezaan sedia ada tidak menjadi halangan kerana kita mempunyai ‘penawar’ yang menyatukan iaitu Islam.

PAS telah mendukung Islam sebagai cara hidup yang syumul meliputi soal politik, ekonomi dan sosial. Islam yang diperjuangkan oleh PAS bukan hanya ibadat dan ritual semata-mata, tetapi sebagai sistem hidup. Dalam pada itu, terdapat kumpulan-kumpulan politik dan NGO yang turut disertai oleh umat Islam. Umat Islam hari ini ada dalam Umno, PKR, Bersatu, PAN, DAP dan lain-lain. Kita memperkatakan tentang kerjasama dan perpaduan. Tetapi mengapa umat Islam tidak mahu menjadikan Islam sebagai asas penyatuan mereka?

Jika kita bersedia memilih Islam sebagai alat menyatukan kita, sudah pasti umat Islam boleh menjadi kuat dan kukuh. Kita lupakan dahulu soal semangat kebangsaan atau ideologi yang kita anut, sebaliknya kita kembali kepada Islam sebagai tali Allah. Atas dasar iman, kita telah diperintahkan bersatu dan dilarang berpecah belah. Orang-orang Islam dalam PAS, Umno, PKR, Bersatu, hatta DAP dan PAN juga sewajarnya bersatu hati atas nama Islam, dan melupakan semua kepentingan sempit.

Saya menyeru semua umat Islam dan mereka yang beriman, khususnya di negara ini, supaya bersatu dengan berpegang teguh pada tali Allah. Kita kembalilah kepada Islam yang sebenar dan kita binakan kekuatan melalui perpaduan atas nama Islam. Kerjasama politik atau tahaluf siyasi adalah ruang yang sangat terbuka untuk semua orang, tetapi ia mestilah didasarkan atas nama Islam dan dipimpin oleh Islam. Bergerak di atas dasar al-Quran dan Sunnah akan menyatukan seluruh perbezaan kita dan mengembalikan kekuatan kepada kita!

BERSATU DENGAN TALI ALLAH

KOTA BHARU: Kelantan dipilih menjadi tuan rumah sambutan antirasuah peringkat antarabangsa yang akan diadakan 10 Disember hadapan.

Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kelantan, Datuk Moh Samsuddin Yusof berkata, sepatutnya sambutan itu diadakan 9 Disember yang disambut seluruh dunia setiap tahun.

Bagaimanapun katanya tarikh itu jatuh pada hari Jumaat yang merupakan

cuti mingguan di Kelantan.“Ini permintaan daripada Pertubuhan

Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) yang menyokong usaha antirasuah dengan meminta mengadakan kempen ini.

“Di Kelantan semua pihak bersetuju diadakan bagi memberi kesedaran kepada rakyat menolak perbuatan rasuah,” katanya pada majlis makan malam anjuran Yayayan Anti Rasuah Malaysia (YARM) di Kelantan Trade Center (KTC) malam tadi.

Moh Samsuddin berkata, SPRM dengan kerjasama Kerajaan Negeri, Persekutuan dan YARM sebagai penganjur sambutan tersebut yang akan diadakan di Stadium Sultan Muhammad ke-IV.

Program makan malam itu dirasmikan Menteri Besar Ustaz Dato’ Bentara Kanan Hj Ahmad Yakob. Hadir sama anggota Exco Kerajaan Negeri Datuk Che Abdullah Mat Nawi, dan pimpinan Kerajaan Negeri.

KELANTAN TUAN RUMAH SAMBUTAN ANTIRASUAH

Tuan Guru Haji Hashim Jasin, Mursyidul Am PAS

SAFAR 1438H | NOVEMBER 2016 SAFAR 1438H | NOVEMBER 2016 16 17

Isu Surah Al-Maidah – Ahok Berdepan Proses PengadilanOleh : Azhar Che Lah

Suasana tegang tercetus di tengah ibu kota Jakarta apabila Polis Anti Rusuhan Indonesia melepaskan gas pemedih mata ke arah peserta Perhimpunan Aman Bantah Ahok.

Polis turut melepaskan tembakan ke udara sebagai tanda amaran kepada semua peserta demonstrasi supaya bersurai.

Memetik laporan Detik.com, polis bertindak melepaskan meriam air lantaran dua buah trak polis turut dibakar oleh peserta demonstrasi. Akibatnya ada peserta demonstrasi yang cedera dan pengsan berikutan kejadian itu.

Sejumlah besar pegawai polis cedera dan seorang lelaki maut di tengah pertembungan hampir dengan Istana Presiden, dilaporkan selepas gas pemedih mata dilepaskan pihak berkuasa menyebabkan serangan asma.

Polis dikatakan terpaksa bertindak demikiran kerana suasana tegang tercetus apabila ada antara peserta demonstrasi yang enggan bersurai.

Pada masa sama, ada antara peserta demonstrasi bertindak ganas dengan merempuh serta memukul anggota Polis Anti Rusuhan.

Peserta bertindak kerana tidak berpuas hati apabila Presiden Indonesia, Joko Widodo, enggan bertemu peserta demonstrasi.

Jokowi dikatakan tidak memberi sebarang respon berhubung kenyataan penghinaan terhadap Islam oleh Gabenor Jakarta, Basuki Tjahaja Purnama, juga dikenali sebagai Ahok.

Ribuan peserta dari pelbagai organisasi, salah satunya Front Pembela Islam (FPI), akan menggelar demonstrasi kali kedua di Balai Kota DKI Jakarta dan seluruh daerah lain di seluruh Indonesia. Mereka menuntut polis menangkap Gabenor Jakarta, Ahok kerana dianggap mendustai agama Islam saat menggunakan Surah Al-Maidah ayat 51 dalam pidatonya.

FPI yang mengepalai demo menegaskan tindakan yang disertai dari pelbagai organisasi masyarakat tersebut dilancarkan secara damai.

“FPI bertindak secara damai. Gerakan demo ini adalah Gerakan Nasional

Penyokong Fatwa Majlis Ulama Indonesia (GNPF-MUI),” kata Habib Novel dari FPI.

Ini adalah demonstrasi damai untuk membela al-Quran.

“Tidak ada urusan politik apa pun dalam tindakan ini. Kita mau minta kepada Presiden agar ditegakkan supremasi hukum, serta penegasan bahawa tidak ada dana khusus buat kita seperti yang selama ini difitnahkan,” ujar Habib Novel.

Pada demonstrasi pertama, dalam penyataannya, peserta memutuskan akan membunuh Ahok jika polis tidak menahannya. Mereka juga memberikan tempoh waktu kepada polis untuk menangkap Ahok.

Presiden Jokowi, menyelar ahli politik yang dikatakan menjadi punca demonstrasi besar-besaran umat Islam yang bertukar menjadi ganas.

Pada sidang akhbar, Jokowi berkata: “Kita kecewa dengan kejadian selepas solat Isyak yang mana perhimpunan itu sepatutnya sudah berakhir tetapi ia menjadi ganas. Kita melihat kejadian ini berpunca daripada tindakan yang mengeksploitasi keadaan,”

Keganasan yang menyebabkan seorang terbunuh dan lebih 100 orang cedera, kebanyakannya polis bermula dengan tunjuk perasaan yang menuntut penangkapan Gabenor Ahok kerana dituduh menghina kitab al-Quran dalam satu kempen pilihan rayanya.

Polis menembak gas pemedih mata dan meriam air untuk menyuraikan demonstrasi yang mencecah sehingga kira-kira 50,000 orang ketika mereka berhimpun di sekitar Istana Presiden selepas solat Jumaat.

Sebahagian peserta demonstrasi melontar batu ke arah polis. Tiga kenderaan polis juga dibakar dan kebakaran turut berlaku berhampiran Monumen Nasional (Monas).

Menjelang Maghrib, sebahagian besar peserta demonstrasi di lapor mula bersurai.

Bagaimanapun, di kejiranan di utara Jakarta, pertempuran meletus lewat malam antara polis dan puluhan peserta demonstrasi, dengan laporan media sosial

menunjukkan sebuah kedai mini dijarah. Dalam pada itu, puluhan peserta

demonstrasi berkumpul sehingga sekitar 4 pagi berhampiran Parlimen, menuntut Ahok ditangkap dan didakwa.

Beberapa pertubuhan muslim menuduh Ahok menghina Islam selepas dia dalam satu kempen untuk mempertahankan jawatannya berkata, seorang penentangnya menggunakan sepotong ayat suci al-Quran untuk menipu pengundi.

Ahok ialah penganut Kristian dan etnik Cina pertama menjadi Gabenor Jakarta.

Polis masih menyiasat tuduhan terhadap Ahok yang sebelum ini sudah pun memohon maaf kerana kenyataannya itu dan menegaskan, dia tidak bermaksud menghina al-Quran, sebaliknya mengkritik mereka yang menggunakan kitab suci itu untuk menyerangnya.

Ahok mendapat sokongan kuat sebahagian penduduk Jakarta kerana ketegasannya, khususnya berkait dengan rasuah yang didakwanya punca Jakarta menjadi terlalu sesak, tidak tersusun dan kotor.

Ekoran daripada perisitwa bersejarah itu, polis telah menangkap 25 orang yang disyaki dalang di sebalik rusuhan dan penjarahan di ibu kota itu baru lalu.

“Kami masih memeriksa 10 suspek yang menjadi penghasut sehingga mencetuskan rusuhan. Mereka berusia antara 16 dan 32 tahun. Pada masa sama, kami juga menangkap 15 orang yang menjarah sebuah pasar mini berhampiran,” kata jurucakap polis, Inspektor Jeneral Boy Rafli Omar.

Menurut Boy, mereka yang disyaki menghasut itu berasal dari pelbagai daerah di Pulau Jawa dan Nusa Tenggara Barat, sementara mereka yang ditangkap kerana menjarah terdiri daripada penduduk sekitar.

Presiden Jokowi telah menangguhkan lawatannya ke Australia selepas keganasan meletus berikutan demonstrasi besar-besaran di Jakarta itu.

Pemimpin Indonesia itu sepatutnya berlepas dua hari selepas peristiwa itu.

“Perkembangan ketika ini memerlukan Presiden berada di Indonesia,”

menurut kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Luar Indonesia.

Jokowi juga dilapor menelefon sendiri Perdana Menteri Australia, Malcolm Turnbull untuk memaklumkan mengenai penangguhan kunjungannya itu.

Pemerhati merasakan Ahok akan ‘dikorbankan’ untuk meredakan suhu politik yang memanas akhir-akhir ini berhubung dengan usaha untuk menggagalkan Ahok dalam pemilihan Gubenor DKI Jakarta Februari akan datang.

Abdillah Toha, salah seorang pendiri Parti Amanat Nasional (PAN) berpendapat bahawa demo 4 November lalu memiliki agenda lebih besar dari sekadar memprotes Ahok melalui undang-undang atau menjatuhkan Ahok.

“Ahok itu sasaran antara, saya kira. Demo kelmarin begitu besar, tidak pernah saya lihat demo sebesar itu, bahkan mungkin lebih besar dari demo ketika Suharto turun, kalau melihat jumlahnya. Dan menyebar di berpuluh-puluh kota di Indonesia. Masakan semua gara-gara Ahok tuh? Menjatuhkan Ahok? Secara logik tidak mungkin,” kata Abdillah.

“Memang peserta demostrasi Muslim dipanas-panaskan. Tapi agendanya jauh lebih besar dari itu,” tambah Abdillah.

Pandangannya ditepis oleh Fahri Hamzah, Wakil Ketua DPR dari Parti Keadilan Sejahtera (PKS), yang turut serta pada 4 November dan berada dalam satu kenderaan dengan Rizieq Shihab, pendiri Fiont Pembela Islam (FPI), salah seorang pendukung demo tersebut.

Menurut Fahri, intervensi justru dilakukan oleh istana kepresidenan dan jika berdepan kesulitan politik dan undang-undang – menurutnya lagi – maka istana pula yang harus menanganinya.

“Arus masyarakat soal lain. Dinamika politik soal lain. Penegakan undang-undang soal lain. Tetapi ketika kita gagal mengelolanya dari awal, bisa menjadi satu. Kini ia sudah menjadi satu, selesai ia dengan baik, bagaimana caranya menghadapi kenyataan seperti ini,” kata Fahri.

Sementara Abdillah Toha yakin bahawa Ahok tidak melakukan pendustaan walaupun di sudut lain mampu memahami jika demi solusi politik jangka pendek maka mungkin saja Ahok akan dikorbankan.

“Menurut saya ini bukan lagi persoalan al-Maidah. Sebelumnya kumpulan yang sama sudah minta Ahok disoal. Dan yang paling penting saya kira, seperti kata Presiden, ada tindakan-

tindakan politik,” kata Abdillah.Mantan Ketua Umum PP

Muhammadiyah, Ahmad Syafii Ma’arif mengatakan Ahok tidak melakukan penghinaan terhadap al-Quran berhubung pernyataannya itu.

Beliau mengaku telah membaca secara menyeluruh pernyataan Ahok, dan mengaku tidak sempat mengikuti pendapat dan pernyataan sikap MUI yang telah dibacakan dengan penuh emosi saat diundang salah satu televisyen nasional dan pernyataan sikap MUI melalui internet.

“Dalam fatwa itu jelas dituduhkan bahawa Ahok telah menghina al-Quran dan menghina ulamak, sehingga harus diproses mengikut undang-undang,” ujarnya.

Akan tetapi, menurut Buya Syafii, akal sihatnya mengatakan bahawa Ahok bukan orang jahat seperti yang dituduh oleh banyak pihak. Setelah itu, Buya Syafii mendapat hujatan cukup banyak dan yang membela pun demikian.

“Semua berdasarkan fatwa MUI yang tidak teliti itu. Semestinya MUI sebagai lembaga menjaga martabatnya melalui fatwa-fatwa yang benar-benar dipertimbangkan secara jernih, cerdas dan bertanggungjawab,” tegasnya.

Ia meminta masyarakat memperhatikan dengan saksama penyataan Ahok saat berkunjung ke Pulau Seribu beberapa waktu lalu.

Menurutnya, pokok masalah di sini adalah pernyataan Ahok di depan awam agar jangan percaya pada orang kerana dibohongi pakai surah al-Maidah ayat 51, Ahok sama sekali tidak mengatakan surat al-Maidah ayat 51 itu bohong.

“Yang dikritik Ahok adalah mereka yang menggunakan ayat itu untuk membohongi masyarakat agar tidak memilih dirinya,” tegas Buya Syafii.

“Apakah kita mau mengorbankan kepentingan bangsa dan negara itu

akibat fatwa yang tidak cermat itu? Atau apakah seorang Ahok begitu ditakuti di negara ini, sehingga harus dilawan dengan demo besar-besaran? Jangan jadi manusia dan bangsa kerdil,” katanya.

Ahok telah tampil memberi kenyataan berhubung isu tersebut, “Kalau negara hancur kerana seorang bernama Ahok, saya rela ditangkap dan dipenjara, tetapi saya tidak akan rela dipenjara kerana difitnah,” sebagai reaksi terhadap bantahan itu.

Ahok yang akan mempertahankan jawatannya pada Pilihan Raya Ketua Daerah (Pilkada) Februari depan dipetik sebagai berkata demikian oleh media-media tempatan hari ini.

Mengulas lanjut mengenai demonstrasi itu, Ahok berkata, beliau telah difitnah apabila video ucapannya di Pulau Seribu baru lalu disunting oleh orang tertentu bagi menggambarkan seolah-olah beliau mempertikaikan ayat 51 surah al-Maidah.

Katanya, beliau tidak bermaksud untuk menghina ayat suci al-Quran dan meminta maaf kepada semua umat Islam jika kata-katanya itu telah disalah tafsir.

Ahok berkata, beliau akan hadir ke pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Polis di Jakarta bagi memberi keterangan kali kedua selepas melakukannya buat kali pertama tidak lama sebelumnya.

Keluarganya juga bersedia menerima apa juga keadaan jika beliau ditangkap dan dipenjara kerana mereka memahami risiko jawatan yang beliau sedang pertahankan.

Beliau masih aktif bertemu pengundi tetapi tidak mahu menghebahkan jadual hariannya kepada media, malah pada hari demonstrasi, beliau sempat menemui pengundi di sebuah rumah pengsa.

Ketua Polis Republik Indonesia, Tito Karnavian dalam sidang akhbarnya berkata, siasatan terhadap kes Ahok akan dilakukan secara terbuka dan boleh disiarkan secara langsung oleh media bagi membolehkan rakyat mengakses semua butiran siasatan secara telus.

Katanya selain Ahok, polis akan memanggil beberapa saksi termasuk golongan ulamak dan pakar bahasa untuk memberi pandangan mengenai konteks petikan ayat al-Quran yang disebut oleh Ahok.

Jika didapati bersalah, Ahok atau Basuki, yang menjadi calon pilihan untuk memenangi pilihan raya Februari depan menentang dua pencabarnya beragama Islam mungkin boleh dipenjara sehingga lima tahun.

siasatan terhadap kes Ahok akan dilakukan secara terbuka dan boleh disiarkan secara langsung oleh media bagi membolehkan rakyat mengakses semua butiran siasatan secara telus.

SAFAR 1438H | NOVEMBER 2016 SAFAR 1438H | NOVEMBER 2016 18 19

KOTA BHARU: Kira-kira 500 anak muda berhimpun bagi menyatakan bantahan terhadap kekejaman yang dilakukan kerajaan Mynmar terhadap orang Islam.

Perhimpunan aman itu diadakan selepas tazkirah mingguan pagi Jumaat di Medan Ilmu Jalan Dato’ Pati di sini dianjurkan Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan.

Ia dilakukan susulan tindakan zalim pemerintah berkenaan terhadap masyarakat Islam Rohingnya yang diseksa dengan kejam dan dibunuh di utara negara tersebut.Timbalan Ketua Pemuda PAS Kelantan, Nor Azariza Mohd Alawi berkata, dugaan yang menimpa penduduk Rohingnya kerana berpegang teguh dengan ajaran Islam.

Menurutnya, orang bukan Islam tidak akan berdiam diri selagi orang Islam berpegang kepada ajaran Islam yang sebenar dalam kehidupan seharian mereka.

“Saya meminta semua rakyat mengemaskini status di facebook masing-masing mengenai kekejaman ini bagi menyatakan bantahan kita terhadap kekejaman kerajaan Myanmar,” katanya.

Turut hadir pada perhimpunan itu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)

Melor, Dr. Md Yusnan Yusof dan wakil badan bukan kerajaan (NGO) Kelantan Care, Nazman Che Iberahim.

Manakala Timbalan Pesuruhjaya II PAS Kelantan, Datuk Dr. Johari Mat membaca doa memohon pertolongan daripada Allah yang merupakan senjata orang mukmin.

Anak muda Kelantan bantah kekejaman Mynmar

KOTA BHARU- Sejak 1990 sehingga sekarang, ladang yang dibangunkan beberapa agensi kerajaan Pusat di Kelantan belum mendapat kelulusan dasar kerajaan negeri. Ladang tersebut membabitkan keluasan 30,689 ekar dimajukan di Felda, Felcra, dan Risda di beberapa buah tempat di negeri ini.

Timbalan Menteri Besar Kelantan, YB Dato’ Haji Mohd Amar B. Haji Nik Abdullah berkata tanah-tanah yang diterokai terbabit belum mendapat kelulusan dasar. “Penerokaan ladang tersebut dibuat ketika pemerintahan Barisan Nasional (BN). Bagaimanapun isu terbabit dibincangkan di

peringkat pentadbiran untuk mencari penyelesaian. Hasil rundingan yang diadakan Kerajaan Negeri juga memberi pajakan kawasan yang telah dibangunkan Kesedar selama 21 tahun. Begitu juga dengan tanah yang dimajukan Felcra di Bukit Tandak Rantau Panjang akan diagihkan kepada peneroka yang terlibat,” katanya pada persidangan DUN lepas.

Sebelum pada ini, media melaporkan seramai 348 peserta ladang getah dan sawit di Bukit Tandak tidak bersetuju dengan saranan Kerajaan Negeri berhubung dengan pemilikan tanah dan membawa

kes berkenaan ke mahkamah.Ketika menjawab soalan Dato’

Mohd Ramzi Abdul Rahman (BN-Dabong), beliau berkata Kerajaan Negeri sudah meluluskan geran tanah yang di mohon Kesedar selepas di tangguh sebelum ini.

Menurutnya, penangguhan ini dibuat memandangkan Kesedar ketika itu tidak melantik tiga Lembaga Pengarah sebagai wakil Kerajaan Negeri dalam lembaganya selaras Akta kesedar. Kata beliau sebelum ini Kesedar hanya menerima perlantikan dua Lembaga Pengarah sahaja daripada kerajaan Negeri.

AGENSI PUSAT BANGUN TANAH TANPA KELULUSAN

Kerajaan Negeri Kelantan melalui Pertubuhan Sukarelawan Rakyat Kelantan (MESRA) menganjurkan Kursus Pengurusan Bantuan Bencana 2016 bertempat di PCB Resort, Kota Bharu baru-baru ini. Kursus ini merupakan program tahunan yang telah bermula sejak 2014 yang sarat dengan pengisian sebagai persediaan fizikal dan mental kepada sukarelawan pasukan sokongan untuk menghadapi bencana pada masa hadapan.

Antara agensi kerjasama yang turut menjadi pembentang untuk slot selama 3 hari 2 malam ini ialah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Jabatan Kebajikan Masyarakat, HUSM, Global Heart and Team, BBNGO dan AKRAB.

Kursus ini dihadiri sekitar 250 orang peserta yang terdiri daripada ahli MESRA dari seluruh Kelantan, wakil daripada agensi kerajaan dan GLC, NGO sukarelawan yang berdaftar

seluruh Kelantan seperti BBNGO, Khidmat Malaysia, Thirdforce, ABIM dan KOWANIS serta wakil-wakil pimpinan setempat yang terdiri daripada Penghulu, Penyelaras Pembangunan Armalah, Jabatan Amal, Ameerah, Briged, Pegawai ICT dan juga orang perseorangan.

Program ini akan dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan Kerajaan Negeri Kelantan, YB Hjh Mumtaz Md Nawi.

KURSUS PENGURUSAN BANTUAN BENCANA 2016

SAFAR 1438H | NOVEMBER 2016 SAFAR 1438H | NOVEMBER 2016 20 21

தீபாலரி சிமப்பு உதலி

கிரந்தான் ாநிய அசு 2016 தீபாலரி சிமப்பு உதலி நிகழ்வு

ககாத்த பாய டத்ததா நாச்சிப்பன் ண்டபத்தில் நடடகபற்மது.

அந்நிகழ்லில் கயந்துககாண்ட க்கள் பிதிநிதி ககரலான

Dr. யுஸ்னன் யூதசாப், (கிரந்தான் ாநிய அசு துடை

எஸ்க்தகா) அலது டனலியுடன் 25 தபர் ஒற்டம தாய்ார்கள் ற்றும் முதிலர்களுக்கு உதலி கபாயட்கள்

அடறத்தார்கள்.

ககரலான Dr. யுஸ்னன் யூதசாப் அலது டனலியுடன் ஒற்டம தாய்ார்கள் ற்றும் முதிலர்க்கு உதலி கபாயட்கள் அடறத்தார்கள்.

சிமப்பு வருகை

லயசி ைிரந்தான் இந்திர் வம்சாவரிினர் சங்ைம்

(SOKMO) ிை கைரவான உஸ்தாஸ் டத்லதா ஹாஜி

அஹ்த் பின் ாகூப், ைிரந்தான் ந்திரி புசார்

அலுவயைலதக்கு சிமப்பு வருகை ை கசன்மார்ைள். 15

(SOKMO) உறுப்பினர்ைள் அந்த வருகைில் ையந்து கைாண்டனர்.

லயசி ைிரந்தான் இந்திர் வம்சாவரிினர் சங்ைம் (SOKMO) தகயவர் , திரு. சுந்தமூர்த்தி ிை கைரவான உஸ்தாஸ் டத்லதா ஹாஜி

அஹ்த் பின் ாகூப்கவ ைவுவபடுத்தினார்

அந்த சந்திப்பில் ‘SOKMO’ ைிரந்தான் இந்திர்ைளுக்கு பல்லவறு நல்ய திட்டங்ைள் பற்மி ிை கைரவான உஸ்தாஸ் டத்லதா

ந்திரி புசார்விடம் லபசினார்ைள்

SAFAR 1438H | NOVEMBER 2016 SAFAR 1438H | NOVEMBER 2016 22 23

丹州政府 2017 年财政预算案

主题“吉兰丹回教和谐州” 吉兰丹州政府提呈 2017年财政预算案,总开销达 6亿7963 万令吉,预算总收入是 6 亿 3698 万令吉,赤字达 4265万令吉预算。无论如何,相较于 2016年财政预算案的赤字 4561 万令吉,2017 年的赤字减少 296万令吉,或相等于 0.46%。 2017 年的总开销较 2016 年的 6 亿 3941 万令吉增加4022万令吉或相等于 6.39%,至于总收入同样较 2016年的 5亿 9380令吉增加 4318万令吉或相等于 7.27%,惟总开销增加,因此还是出现 4265万令吉的赤字。 2017 年财政预算案的主题是“吉兰丹回教和谐州”,因此预算案将优先落实及推动惠及全民的发展计划和议程,同心协力,资源整合,推动及促进经济成长及繁荣。2017年收入分成 3类,税收收入达 1亿 7967万令吉,非税收收入达 3亿 0802万令吉及其他收入 1亿 4929万令吉。 木业税收入达 1亿 7720万令吉或 27.81%,较 2016年增加 425令吉(1.73%)是税收收入主要来源。土地税是次收入来源,预料达 1亿 5791万令吉(24.79%),其他收入包括矿业税 7000万令吉(10.99%)、水务税1300万令吉(2.04%)、投资税务456万令吉(0.72%)和政府机构拨款1亿1248万令吉(17.66%)。 这项财政预算由吉兰丹州务大臣拿督阿末耶谷提呈。预算案的大部分开支用在行政管理方面,其中 3亿 5952令吉是固定开销(52.9%)、1亿 9416万令吉是薪资(28.57%)、1亿 0925万令吉是服务及供应(16.07%)、1449万令吉是资产开支(2.13%),其他开支为 221万令吉(0.33%)。 2017年的发展拨款达 2亿 8161万令吉,其中包括 9000万令吉的贷款。

2017 年吉兰丹财政预算案所提到的拨款及发展项目: ●拨款 9600万令吉予吉兰丹回教基金会充作回教教育发展经费。 ●拨款 5371 万令吉予州内 10 个土地局,作为管理开销。 ●分别拨款 4325万令吉、2209万令吉及 2100万令吉作为吉兰丹州发展局的物质发展、管理开销及社会经济活动。 ●州政府计划在 2017 年兴建 2136间可负担房屋,目前正在施工中的可负担房屋达 1309 间,从 2013 年至2016年则已完成 628间房屋。 ●拨款 490 万令吉作为地方政府的管理及替代税务,1270 万令吉拨款充作地方发展及提升服务经费。 ●拨款 600 万令吉提升卫生,当中500 万令吉充作购买清理垃圾的罗里。

●公共工程局获奖 3671万令吉拨款,当中 2110万令吉用来改善及扩建道路,即古邦阁亮巴西河路至巴西日拉当路。此工程预计在 2017年施工。 ●950万令吉作为巴西顿布新桥及提升古布玛拉斯道路等计划。 ●1000 万令吉用来提升乡区道路、400 万令吉改善地方政府区道路、80 万令吉兴建工业区道路,以及 700万令吉维修及兴建全丹桥梁。 ●1000万令吉征用土地兴建道路,解决交通阻塞问题。 ●吉兰丹水利灌溉局获 2178万令吉作出管理开销,922万令吉作为发展开销。 ●吉兰丹农业局获 1297万令吉作为管理开销,另有 141万令吉作为农业有关的活动开销。 ●吉兰丹兽医局获 807万令吉管理开销及吉兰丹渔业局获 72万令吉管理开销。 ●拨款 800万令吉为乐龄人士购买寿险。 ●吉兰丹福利局获 2080万令吉作为管理开销,1786万令吉作为福利援助用途。 ●文化与艺术拨款 300万令吉,包括 80万令吉举办促进文化及旅游活动、拨款 50万令吉推动乡村传统工艺,以及 25万令吉推动文化遗产。 ●扶贫、家庭及社会福利拨款 255万令吉。 ●非回教徒社会拨款共 150万令吉。 ●青年及体育发展拨款 570令吉。 ●提供拨款 550 万令吉给予贫穷家庭、儿童、社会发展部和残疾人士。 ●兴建防护堤,抢救遭海水侵蚀的沙滩拨款共 260万令吉

SAFAR 1438H | NOVEMBER 2016 24

Tahun Ke-26 | ISSN 1311-6891 | REJAB - SYAABAN 1437H | APRIL - MEI 2016 | EDARAN PERCUMA | Bil 174

Tahun Ke-26 | ISSN 1311-6891 | SAFAR 1438H | NOVEMBER 2016 | EDARAN PERCUMA | Bil 178

Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan, Perpaduan Masyarakat dan Pembangunan Usahawan, Dato’ Haji Anuar Tan Abdullah menjelaskan tentang tatacara pentadbiran dan konsep Hutan Simpan, Ladang Hutan ‘Timber Latex Clone’ (TLC) dan kaedah Tebang Habis.

Penjelasan YB Exco telah dicelah ADUN Salor dan menimbulkan pertikaian yang tegang.

Antara penjelasan beliau ialah bahawa projek Ladang Hutan TLC telah

dimulakan sejak tahun 2000 dengan 1 kelulusan. Bermula 2014 sehingga 2016, tiada sebarang kelulusan.

Dato’ Anuar Tan turut melahirkan rasa sedih di atas tindak laku ADUN Salor yang didakwa ‘menyerang’ dasar dan polisi yang telah diambil Mantan Menteri Besar Tuan Guru Dato’ Bentara Sentia Nik Abdul Aziz Nik Mat setelah kematian al-Marhum.

Menurut beliau lagi adalah tidak adil kepada al-Marhum kerana mana mungkin beliau berpeluang untuk menjawab sekaligus membela diri.

ADUN SALOR SERANG DASAR DAN POLISI TGNA