pembangunan laman web bagi bahasa … · 2008-05-01 · perpustakaan dibenarkan membuat salinan...

21
PEMBANGUNAN LAMAN WEB BAGI BAHASA PENGATURCARAAN C++ BERDASARKAN REKA BENTUK TEORI BEBAN KOGNITIF MOHD SHAM BIN ZAKARIA UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA APRIL 2008

Upload: others

Post on 25-Dec-2019

3 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PEMBANGUNAN LAMAN WEB BAGI BAHASA … · 2008-05-01 · Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara Institusi pengajian tinggi. 4. ... kebenaran

PEMBANGUNAN LAMAN WEB BAGI BAHASA PENGATURCARAAN C++

BERDASARKAN REKA BENTUK TEORI BEBAN KOGNITIF

MOHD SHAM BIN ZAKARIA

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

APRIL 2008

Page 2: PEMBANGUNAN LAMAN WEB BAGI BAHASA … · 2008-05-01 · Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara Institusi pengajian tinggi. 4. ... kebenaran

PSZ 19:16Pind. 1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA ♦

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

JUDUL: PEMBANGUNAN LAMAN WEB BAGI BAHASA PENGATURCARAAN C++ BERDASARKAN REKA BENTUK TEORI BEBAN KOGNITIF

SESI PENGAJIAN: 2007-2008

Saya MOHD SHAM BIN ZAKARIA (HURUF BESAR)

mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:

1. Tesis adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

Pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara

Institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( )

(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau SULIT kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) SULIT (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD Disahkan oleh, ___________________________ ___________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: NO. 6, KG KESANG TASEK, PUAN NOOR AZEAN BINTI ATAN 84400 SG. MATI, Nama Penyelia MUAR, JOHOR.

Tarikh: 30 APRIL 2008 Tarikh: 30 APRIL 2008 CATATAN * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD

♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara Penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

Page 3: PEMBANGUNAN LAMAN WEB BAGI BAHASA … · 2008-05-01 · Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara Institusi pengajian tinggi. 4. ... kebenaran

“ Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya

ini adalah memadai dari skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah

Sarjana Muda Sains Dan Komputer Serta Pendidikan ( Matematik )”

Tanda tangan : ………………………………..

Nama Penyelia : PUAN NOOR AZEAN BINTI ATAN

Tarikh : 30 APRIL 2008

Page 4: PEMBANGUNAN LAMAN WEB BAGI BAHASA … · 2008-05-01 · Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara Institusi pengajian tinggi. 4. ... kebenaran

PEMBANGUNAN LAMAN WEB BAGI BAHASA PENGATURCARAAN C++

BERDASARKAN REKA BENTUK TEORI BEBAN KOGNITIF

MOHD SHAM BIN ZAKARIA

Laporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat

Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Dan Komputer Serta Pendidikan

(Matematik)

Fakulti Pendidikan

Universiti Tekonolgi Malaysia

APRIL 2008

Page 5: PEMBANGUNAN LAMAN WEB BAGI BAHASA … · 2008-05-01 · Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara Institusi pengajian tinggi. 4. ... kebenaran

ii

PENGAKUAN

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”

Tandatangan : …………………………….

Nama Penulis : MOHD SHAM BIN ZAKARIA

Tarikh : 30 APRIL, 2008

Page 6: PEMBANGUNAN LAMAN WEB BAGI BAHASA … · 2008-05-01 · Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara Institusi pengajian tinggi. 4. ... kebenaran

iii

DEDIKASI

Untuk Ibu dan Ayah

Yang dihormati, disayangi lagi dikasihi,

Arpah binti Mahmood

Zakaria bin Hj. Mohd Noh

Dengan doa dan restumu aku disini,

Memenuhi hajat dan harapan mu,

Menebus kegagalan diriku sendiri,

Kerana kesilapan di masa lalu.

Buat Isteriku dan anak-anak yang tersayang,

Nuraidah binti Fadzel

Nurhani Hanani binti Mohd Sham

Muhammad Saufi Zakirin bin Mohd Sham

Sesungguhnya kehadiranmu,

Banyak memberi semangat kepadaku,

Segala pengorbanan dan doronganmu,

Amat besar ertinya kepadaku.

Kepada rakan-rakan seperjuangan,

Khususnya Shidah dan Nik,

Miza, Jiji, Leman, Ahmad, Jas dan Akob,

Dan rakan-rakan sekelas SPT (PKPG)-2005/08,

Yang banyak membantuku diwaktu susah dan senang,

Hanya Allah yang mampu membalas jasa kalian,

Semoga ikatan persaudaraan antara kita,

Kekal berpanjangan selagi hayat dikandung badan,

I’ll miss all of you.

Page 7: PEMBANGUNAN LAMAN WEB BAGI BAHASA … · 2008-05-01 · Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara Institusi pengajian tinggi. 4. ... kebenaran

iv

PENGHARGAAN

“Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Dan Lagi Maha Penyayang”

Alhamdulillah dengan rasa syukur kehadrat Allah SWT dengan limpah

kurnia-Nya, maka saya telah menyiapkan projek ini bagi memenuhi syarat untuk

mendapatkan Ijazah Sarjana Muda Sains Dan Komputer Serta Pendidikan

(Matematik).

Dengan sempurnanya proses pembangunan web bagi Projek Sarjana Muda

ini, saya dengan rasa rendah hati dan tulus ikhlas merakamkan penghargaan kepada

penyelia projek saya, Puan Noor Azean binti Atan atas segala bimbingan, tunjuk

ajar, teguran dan nasihat yang diberikan. Saya juga ingin merakamkan ucapan

terima kasih kepada Kementerian Pendidikan Malaysia kerana memberi peluang dan

kebenaran kepada saya dan guru-guru bukan siswazah lain untuk mengikuti Program

Khas Pengsiswazahan Guru yang dianjurkan.

Penghargaan ini juga diberikan kepada rakan-rakan seperjuangan serta

sesiapa yang terlibat samada secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan

projek penyelidikan ini. Kepada Allah jua saya doakan agar diberi pembalasan yang

setimpal dengan amal jariah yang kalian berikan kepada saya. Insyaallah ianya akan

tetap dikenang hingga akhir hayat.

Wassalam.

Mohd Sham bin Zakaria

Page 8: PEMBANGUNAN LAMAN WEB BAGI BAHASA … · 2008-05-01 · Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara Institusi pengajian tinggi. 4. ... kebenaran

v

ABSTRAK

Penggunaan laman web sebagai salah satu sumber pengajaran dan

pembelajaran kini adalah relevan. Keadaan masyarakat kini yang banyak terlibat

dengan penggunaan komputer amnya dan internet khususnya, menjadikan

pembelajaran melalui laman-laman web amat tinggi permintaannya. Justeru itu,

penyelidik mengambil inisiatif membangunkan sebuah laman web bagi subjek

Bahasa Pengaturcaraan C++ berdasarkan reka bentuk Teori Beban Kognitif bagi

memenuhi permintaan itu. Disamping itu, laman web ini juga mengimplementasikan

elemen-elemen multimedia supaya lebih berkesan dan menarik. Teori Beban

Kognitif dipilih berdasarkan ciri-cirinya iaitu paparan arahan berdasarkan ikon,

penggunaan teks yang minima, tiada pengulangan maklumat, teks dan imej dalam

helaian yang sama dan aktiviti berasaskan projek. Ia mampu meningkatkan

keberkesanan pembelajaran berasaskan web. Pembangunan laman web ini dijalankan

berdasarkan model pembangunan ‘Air Terjun’ yang mengetengahkan lima fasa iaitu

fasa analisis, fasa reka bentuk, fasa implementasi, fasa integrasi dan fasa

penyelenggaraan yang ternyata dapat melancarkan proses pembangunan laman web

ini. Laman web ini diharapkan dapat menyediakan pelajar dengan proses

pembelajaran yang membolehkan mereka mengingati dan memahami kandungan

pembelajaran bagi tajuk-tajuk dalam subjek Bahasa Pengaturcaraan C++ ini dan

dapat melatih kemahiran mereka dengan menggunakan kemahiran berfikir secara

kritis. Latihan yang disediakan juga diharap dapat mempertingkatkan kefahaman

mereka berdasarkan teori yang dipelajari.

Page 9: PEMBANGUNAN LAMAN WEB BAGI BAHASA … · 2008-05-01 · Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara Institusi pengajian tinggi. 4. ... kebenaran

vi

ABSTRACT

Using web page as a one of the sources in teaching and learning process now

is relevant. Condition of our society that involved in make use of computer in general

and internet in specific, makes learning process via web pages in a high requested.

Therefore, the researcher developed these web pages for the subject Bahasa

Pengaturcaraan C++ based on the Cognitive Load Theory as an initiatives to fulfill

that requested. Beside that, this web page is also implemented a multimedia

elements for more impressive and attracted. Cognitive Load Theory chooses based

on its characteristic like the instruction is based on their context or where there icons

placed, using a minimum text, there are no information repeated, text and the image

is in the same page and have a projects activities. It is having an ability to makes the

web based learning more impressive. This web page development is based on

‘Waterfall’ development models with five phased. It is analyses phased, designs

phased, implementation phased, integration phased and maintenance phased that can

fluent this web page development. This web page hopefully can make the student

memorized and understand the learning content for the topics in the subject Bahasa

Pengaturcaraan C++ and practiced their thinking skill. The exercise in this web

pages is also hoped can improved their understanding based on the theory that their

learned.

Page 10: PEMBANGUNAN LAMAN WEB BAGI BAHASA … · 2008-05-01 · Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara Institusi pengajian tinggi. 4. ... kebenaran

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA HALAMAN

Borang Pengesahan Status

Pengesahan Penyelia

Halaman Judul i

Halaman Pengakuan ii

Halaman Dedikasi iii

Halaman Penghargaan iv

Abstrak v

Abstract vi

Kandungan vii

Senarai Rajah xii

1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.3 Penyataan Masalah 5

1.4 Objektif Kajian 6

1.5 Rasional Kajian 7

1.6 Kepentingan Kajian 7

1.6.1 Pelajar 8

1.6.2 Pensyarah 8

1.7 Skop Kajian 8

1.8 Definisi Istilah 9

1.8.1 Laman Web 9

1.8.2 Bahasa Pengaturcaraan C++ 10

Page 11: PEMBANGUNAN LAMAN WEB BAGI BAHASA … · 2008-05-01 · Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara Institusi pengajian tinggi. 4. ... kebenaran

viii

1.8.3 Reka Bentuk 10

1.8.4 Teori Beban Kognitif 10

1.9 Penutup 11

2 SOROTAN PENULISAN

2.1 Pengenalan 12

2.2 Pembelajaran Berbantukan Komputer 12

2.3 Kelebihan Pembelajaran Berbantukan Komputer 14

2.3.1 Tahap Interaktif Yang Tinggi 15

2.3.2 Pengajaran Berdasarkan Kebolehan Pelajar 15

2.3.3 Pelajar Mengawal Sendiri Pembelajarannya 15

2.3.4 Menarik dan Mengekalkan Minat Terhadap 16

Pembelajaran

2.4 Kekurangan Pembelajaran Berbantukan Komputer 16

2.4.1 Motivasi Pelajar 17

2.4.2 Keadaan Sosial Pelajar 17

2.4.3 Ekonomi dan Pendidikan Keluarga 17

2.4.4 Situasi Pada Saat Pembelajaran 18

2.4.5 Kurikulum dan Guru 18

2.5 Pembelajaran Menerusi Web 18

2.6 Teori Beban Kognitif 20

2.6.1 Definisi Teori Beban Kognitif 20

2.6.2 Ciri-ciri Teori Beban Kognitif 21

2.7 Elemen-Elemen Multimedia 22

2.7.1 Teks 22

2.7.2 Grafik 23

2.7.3 Animasi 23

2.7.4 Video 23

2.7.5 Audio 24

2.8 Kajian Berkaitan Pembangunan Laman Web Berdasarkan 24

Teori Beban Kognitif

2.9 Model Pembangunan 25

2.9.1 Model Air Terjun 26

Page 12: PEMBANGUNAN LAMAN WEB BAGI BAHASA … · 2008-05-01 · Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara Institusi pengajian tinggi. 4. ... kebenaran

ix

2.9.1.1 Fasa Analisis 27

2.9.1.2 Fasa Reka Bentuk 28

2.9.1.3 Fasa Implementasi 28

2.9.1.4 Fasa Integrasi 28

2.9.1.5 Fasa Penyelenggaraan 29

2.10 Penutup 29

3 REKA BENTUK LAMAN WEB

3.1 Pengenalan 30

3.2 Model Reka Bentuk Pengajaran 30

3.2.1 Fasa Analisis 31

3.2.1.1 Analisi Skop Kajian 32

3.2.1.2 Objektif Kajian 32

3.2.1.3 Analisis Pengguna 33

3.2.1.4 Analisis Perisian 33

3.2.1.4.1 Adobe Dreamweaver CS3 33

3.2.1.4.2 Adobe Photoshop CS 34

3.2.1.4.3 Swish Max 33

3.2.1.4.4 Sony Sound Forge 8.0 34

3.2.1.5 Analisis Perkakasan 35

3.2.2 Fasa Reka Bentuk 35

3.2.2.1 Reka Bentuk Informasi 36

3.2.2.2 Reka Bentuk Interaktiviti 37

3.2.2.3 Reka Bentuk Persembahan 38

3.2.2.4 Carta Alir Laman Web 39

3.2.2.5 Pendekatan Pembelajaran Teori Beban

Kognitif dalam Pembangunan Laman Web 41

3.2.3 Fasa Implementasi 42

3.2.4 Fasa Integrasi dan Penilaian 42

3.2.5 Fasa Penyelenggaraan 42

3.3 Penutup 43

Page 13: PEMBANGUNAN LAMAN WEB BAGI BAHASA … · 2008-05-01 · Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara Institusi pengajian tinggi. 4. ... kebenaran

x

4 HASIL PEMBANGUNAN

4.1 Pengenalan 44

4.2 Sturktur Asas Laman Web 44

4.3 Rekabentuk Antaramuka 45

4.3.1 Rekabentuk Tetingkap 46

4.3.2 Antaramuka Utama Laman Web 46

4.3.3 Antaramuka home 47

4.3.4 Antaramuka tutorial 48

4.3.5 Antaramuka aktiviti 49

4.3.6 Antaramuka latihan 49

4.3.7 Antaramuka FAQ 50

4.3.8 Antaramuka hubungi 51

4.4 Rekabentuk Maklumat 52

4.5 Rekabentuk Interaksi 53

4.6 Jenis Teks yang Digunakan 54

4.7 Paparan-Paparan Lain 55

4.8 Penutup 57

5 PERBINCANGAN, CADANGAN DAN RUMUSAN

5.1 Pendahuluan 58

5.2 Kelebihan Laman Web 58

5.2.1 Kelebihan Teori Beban Kognitif 59

5.2.2 Kelebihan Simulasi 59

5.2.3 Kelebihan Sebagai Objek Pembelajaran Digital 60

(OPD)

5.3 Kelemahan Laman Web 60

5.3.1 Faktor Pendekatan Pembelajaran Teori Beban 61

Kognitif

5.3.2 Rekabentuk Skrin 61

5.3.3 Faktor-Faktor Lain 62

5.4 Cadangan 62

Page 14: PEMBANGUNAN LAMAN WEB BAGI BAHASA … · 2008-05-01 · Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara Institusi pengajian tinggi. 4. ... kebenaran

xi

5.5 Rumusan 63

SENARAI RUJUKAN 64

Page 15: PEMBANGUNAN LAMAN WEB BAGI BAHASA … · 2008-05-01 · Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara Institusi pengajian tinggi. 4. ... kebenaran

xii

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK HALAMAN

2.1 Model Air Terjun 27

3.1 Paparan Rekabentuk Informasi 36

3.2 Paparan Rekabentuk Interaksi 37

3.3 Paparan rekabentuk Persembahan 38

3.4 Carta Alir Laman Web 39

4.1 Antaramuka Permulaan Laman Web 46

4.2 Antaramuka home 47

4.3 Antaramuka tutorial 48

4.4 Antaramuka aktiviti 49

4.5 Antaramuka latihan 50

4.6 Antaramuka FAQ 51

4.7 Antaramuka hubungi 51

4.8 Contoh Rekabentuk Paparan Maklumat 52

4.9 Contoh Rekabentuk Paparan Maklumat 2 53

4.10 Paparan menu utama 53

4.11 Paparan pilihan menu di bahagian bawah laman web 54

4.12 Paparan pilihan sub-sub menu di bahagian kiri laman web 54

4.13 Jenis Teks yang digunakan 55

4.14 Jenis Teks yang digunakan bagi pilihan sub menu 55

4.15 Paparan di pilihan menu tutorial 56

4.16 Paparan Popup Windows 56

4.17 Paparan Skrin Animasi 57

4.18 Paparan Skrin Animasi 2 57

Page 16: PEMBANGUNAN LAMAN WEB BAGI BAHASA … · 2008-05-01 · Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara Institusi pengajian tinggi. 4. ... kebenaran

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Di zaman yang serba canggih ini, dunia semakin bergerak pantas. Semua

urusan perlu diselesaikan dengan kadar seberapa segera yang mungkin.

Kecanggihan teknologi menjadi nadi utama untuk berhubung antara satu sama lain

dengan tidak mengira masa, tempat, cuaca dan faktor-faktor yang lain. Malaysia

tidak ketinggalan dilanda demam teknologi ini. Kerajaan Malaysia sendiri sering

memandang ke hadapan untuk memajukan negara dalam bidang teknologi ini bagi

bersaing dengan negara-negara yang lain. Sistem pendidikan di sekolah dan juga

institusi pengajian tinggi awam dan swasta secara langsung terbabit dalam

pemodenan ini.

Sedar dengan kepentingan penggabungan di antara aspek teknologi dan juga

kurikulum sekolah, pihak kerajaan Malaysia melalui Kementerian Pendidikan

Malaysia pada masa itu berusaha mewujudkan satu sistem yang membolehkan para

pelajar menikmati kesan teknologi hari ini. Ini berdasarkan kepada kenyataan

bahawa generasi muda hari ini adalah pendukung utama generasi maklumat pada

masa akan datang.

Page 17: PEMBANGUNAN LAMAN WEB BAGI BAHASA … · 2008-05-01 · Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara Institusi pengajian tinggi. 4. ... kebenaran

2

Kerajaan Malaysia di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr.

Mahathir Mohamad pada masa itu telah mewujudkan Koridor Raya Multimedia

(Multimedia Super Coridor atau MSC). Bagi mengisi perancangan tersebut,

Kementerian Pendidikan Malaysia mewujudkan Sekolah Bestari yang mampu untuk

mewujudkan teknologi komputer dalam sistem pendidikan negara. Sistem

pendidikan berasaskan teknologi komputer ini diharapkan dapat merapatkan jurang

diantara pelajar yang berkemampuan memiliki komputer dengan pelajar yang tidak

berkemampuan (KPM, 1997).

Penggunaan komputer adalah amat penting dalam bidang pendidikan, apatah

lagi ia dikenal pasti dapat dijadikan sebagai alat untuk penghasilan bahan kurikulum,

latih tubi, tutorial, ulangkaji, pemulihan dan pengayaan, simulasi, pengiraan, alat

bantu mengajar dan sebagi tutee.

Internet juga merupakan salah satu teknologi terkini yang mampu

menggerakkan lagi dunia ke tahap kepantasan yang tinggi. Internet atau

‘International Networks of Networks’ ialah sebuah rangkaian komputer di seluruh

dunia, lebih daripada 6.6 juta komputer hos dan lebih daripada 50 juta pengguna dari

lebih daripada 160 buah negara (Zoraini, 1995). Rangkaian internet menyediakan

berbagai-bagai jenis sumber yang berjuta-juta bilangannya. Ia menawarkan alternatif

baru bagi sistem penyampaian maklumat (Riduan Siregar, 2005). Ia juga merupakan

jalan keluar daripada sistem pencarian maklumat tradisional yang terhad dan

terpaksa bergantung kepada faktor-faktor tertentu dan semestinya memakan masa

yang lebih lama. Sesuai dengan kepantasan dunia hari ini, berbillion-billion manusia

menggunakan internet bagi mencari maklumat dengan pantas dan tepat.

Pada waktu dahulu, perpustakaan memainkan peranan penting untuk

pencarian maklumat. Kini, dengan adanya internet ia memberi pilihan kepada

pengguna untuk mencari maklumat yang diinginkan. Kewujudan perpustakaan

digital dalam bentuk digital melalui web, telah memberi inovasi baru dalam sistem

pencarian maklumat. Perpustakaan Digital atau didefinisikan oleh Wikipedia sebagai

Page 18: PEMBANGUNAN LAMAN WEB BAGI BAHASA … · 2008-05-01 · Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara Institusi pengajian tinggi. 4. ... kebenaran

3

perpustakaan yang mana koleksinya disimpan dalam format digital dan boleh diakses

melalui komputer. Penggunaan perpustakaan digital ini kian popular dan ada

kalanya digelar sebagai perpustakaan elektronik atau perpustakaan maya.

Penggunaan perpustakaan digital ini ternyata mempunyai pelbagai kebaikan

dan kepentingannya berbanding perpustakaan tradisional. Mengikut Edward A. Fox

(1999), kelebihan perpustakaan digital berbanding perpustakaan traisional antaranya

ialah pengguna tidak perlu untuk pergi ke perpustakaan secara fizikalnya, pengguna

dapat menggunakan perpustakaan digital untuk mencari maklumat selagi mempunyai

sambungan internet, kelebihan utama perpustakaan digital ini ialah ia boleh

digunakan untuk pencarian maklumat pada bila-bila masa tidak kira siang atau

malam selain itu sumber yang sama dapat dikongsi bersama dengan berjuta

pengguna yang lain pada masa yang sama, maklumat di hujung jari kerana pengguna

boleh mencari pelbagai maklumat dengan menggunakan perkataan, ayat, tajuk,

nama, atau subjek yang diinginkan untuk mencari maklumat berkaitan, perpustakaan

digital juga mempunyai ruang menyimpan maklumat yang tidak terbatas dan

merupakan langkah penyelesaian kepada masalah ruang menyimpan yang dialami

perpustakaan tradisional, satu-satu perpustakaan digital menyediakan sambungan

dengan perpustakaan digital yang lain tentang sesuatu maklumat dengan mudah, kos

penyelenggaran perpustakaan digital jauh lebih murah berbanding perpustakaan

tradisional yang terpaksa menanggung kos staf, buku, penyewaan dan penambahan

bahan.

1.2 Latar Belakang Masalah

Penggunaan laman web sebagai media pembelajaran semakin meluas kini. Ia

diharapkan dapat membantu para pengajar dan pelajar untuk memahami struktur

konsep yang terkandung dalam sesuatu isi pelajaran. Oleh itu, dengan memasukkan

Page 19: PEMBANGUNAN LAMAN WEB BAGI BAHASA … · 2008-05-01 · Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara Institusi pengajian tinggi. 4. ... kebenaran

4

unsur PBK dalam kurikulum pendidikan ia sekaligus dapat meningkatkan tahap

pencapaian pelajar.

Mengikut kajian yang telah dijalankan (Funkhouser, 1993; Henderson and

Landersman, 1992; Chazan, 1988; McCoy, 1991; Al Ghamdi, 1987) didapati pelajar

yang menggunakan komputer mempunyai sikap yang lebih positif terhadap dirinya

dan berkeupayaan menyelesaikan masalah yang kompleks, perisian komputer yang

digunakan dalam proses pengajaran dapat membantu pelajar memahami konsep dan

prinsip dalam subjek matematik dengan mudah dan berkesan, pencapaian pelajar

dalam peperiksaan akhir menunjukkan peningkatan yang ketara apabila pelajar

menggunakan komputer, pelajar yang belajar dengan berbantukan komputer juga

didapati berkemampuan mengekalkan maklumat dalam jangka masa yang lebih

lama.

Masalah bagi pembelajaran menerusi web berdasarkan tajuk Bahasa

Pengaturcaraan C++ pula didapati kurang di internet untuk dicapai oleh pelajar bagi

mempelajari Bahasa Pengaturcaraan C++. Oleh itu, menjadi unjuran untuk

mewujudkan sebuah laman web yang boleh diakses oleh pelajar untuk mempelajari

tentang Bahasa Pengaturcaraan C++.

Page 20: PEMBANGUNAN LAMAN WEB BAGI BAHASA … · 2008-05-01 · Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara Institusi pengajian tinggi. 4. ... kebenaran

5

1.3 Penyataan Masalah

Penggunaan komputer amat meluas pada masa kini. Penggunaannya di

dalam bidang pendidikan juga telah meningkat. Namun tidak dinafikan bahawa

proses pembelajaran itu sendiri amat penting. Bagaimana ia dilaksanakan, kaedah

pembelajaran yang digunakan dan sebagainya. Namun, dengan kepesatan teknologi

pada masa kini, potensi dan kecanggihan teknologi itu perlu dimanfaatkan

sepenuhnya. Bagi mencapai matlamat di Malaysia satu perubahan dengan

mengetengahkan teknologi tersebut perlu dilakukan (Wan Zahid, 1996).

Selain itu, sesuatu pembelajaran itu tidak hanya bergantung kepada teknologi

sahaja. Ianya perlu juga dituruti dengan pendekatan yang sesuai agar dapat tercapai

objektif pembelajarannya. Oleh itu, pendekatan yang digunakan amat penting dalam

sesuatu pembelajaran. Namun, bagi subjek Bahasa Pengaturcaraan C++ ini,

pengajaran bagi subjek ini amat terhad iaitu hanya melibatkan ceramah, syarahan dan

amali sahaja. Ia merupakan pendekatan yang menjurus kepada pembelajaran secara

tradisional. Oleh yang demikian, pembelajaran Bahasa Pengaturcaraan C++ ini

perlulah dilaksanakan berdasarkan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang

lebih sesuai agar ia dapat membantu pelajar mempelajari subjek ini dengan lebih

jelas lagi. Oleh yang demikian, pembangun mencadangkan pembelajaran menerusi

web sebagai satu alternative pemebelajaran yang bermakna kepada pelajar yang

mengikuti subjek ini.

Page 21: PEMBANGUNAN LAMAN WEB BAGI BAHASA … · 2008-05-01 · Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara Institusi pengajian tinggi. 4. ... kebenaran

6

Bilangan laman web bagi topik ini juga didipati kurang disediakan dimana-

mana laman web bagi capaian pelajar. Sekiranya wujud ia tidak menerangkan

dengan terperinci tentang subjek ini dan kebanyakannya menggunakan bahasa

Inggeris dalam penyampaian kandungannya. Justeru itu, sesebuah laman web dapat

diakses oleh pelajar yang menerangkan secara terperinci isi kandungan bagi subjek

ini perlu dibina berdasarkan reka bentuk penyampaian yang sesuai serta pendekatan

yang baik. Oleh yang demikian, penyelidik telah membangunkan sebuah prototaip

laman web bagi Bahasa Pengaturcaraan C++ berdasarkan reka bentuk Teori Beban

Kognitif.

1.4 Objektif Kajian

Secara umumnya, objektif utama pembangunan laman web bagi Bahasa

Pengaturcaraan C++ adalah untuk mencadangkan penyelesaian kepada masalah yang

dihadapi pelajar semasa pembelajaran Bahasa Pengaturcaraan C++. Objektif secara

khususnya adalah untuk :

i. membina sebuah prototaip laman web bagi pembelajaran Bahasa

Pengaturcaraan C++.

ii. membina sebuah laman web Bahasa Pengaturcaraan C++ berdasarkan reka

bentuk teori beban kognitif.

iii. mengimplementasikan elemen multimedia dalam pembangunan laman web

Bahasa Pengaturcaraan C++.