kamilah binti abd samat...perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran...

30
PERSEDIAAN GURU PELATIH PENDIDIKAN ISLAM UNTUK MENJALANI LATIHAN MENGAJAR KAMILAH BINTI ABD SAMAT Universiti Teknologi Malaysia

Upload: others

Post on 27-Dec-2019

17 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

PERSEDIAAN GURU PELATIH PENDIDIKAN ISLAM UNTUK MENJALANI LATIHAN MENGAJAR

KAMILAH BINTI ABD SAMAT

Universiti Teknologi Malaysia

PZS 19 : 16 (Pind. 1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

JUDUL : PERSEDIAAN GURU PELATIH PENDIDIKAN ISLAM UNTUK MENJALANI LATIHAN MENGAJAR

SESI PENGAJIAN : 2008/2009

Saya : KAMILAH BINTI ABD SAMAT (HURUF BESAR) Mengaku membenarkan tesis (PSM/ Sarjana/ Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:

1. Tesis adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk

tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara

institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( )

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD DISAHKAN OLEH: ____________________________ ____________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) ALAMAT TETAP: 68, BLKG SURAU MADRASAH DR. AZHAR BIN MUHAMMAD NAHDZAH BUKIT BESAR, Nama Penyelia 06800, YAN. KEDAH. Tarikh : 28 APRIL 2009 Tarikh : 28 APRIL 2009 CACATAN: * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak yang berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah

Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Pengajian Islam)”

Tandatangan : ……………………………………… Nama Penyelia : DR. AZHAR BIN MUHAMMAD Tarikh : 28 APRIL 2009

PERSEDIAAN GURU PELATIH PENDIDIKAN ISLAM UNTUK MENJALANI LATIHAN MENGAJAR

KAMILAH BINTI ABD SAMAT

Laporan Projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan( Pengajian Islam )

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL 2009

ii

“Saya akui bahawa karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan

ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”

Tandatangan : ……………………………………… Nama Penulis : KAMILAH BINTI ABD SAMAT Tarikh : 28 APRIL 2008

iii

DEDIKASI

< “Aku bersaksi bahawa tiada tuhan yang disembah melainkan Allah dan aku bersaksi nabi Muhammad itu pesuruh Allah” Ya Allah, Ya Tuhanku, Ampunkanlah dosaku, dosa kedua ibu bapaku, dosa ahli keluargaku dan seluruh umat Islam sama ada yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia.

Ya Allah, Tuhan yang maha pengasih dan maha penyayang, Limpahkanlah rahmatmu buat abahku yang tercinta, Allahyarham Abd. Samat bin Hj Abd. Hamid, Tempatkanlah ia di kalangan para solihin, Kuatkanlah rinduku kepada ummiku yang tersayang, Hjh Mariani Bt. Hj Abd. Hamid, Tiada kerinduan melainkan untukmu, Ahli Keluarga yang ku kasihi, Abg Azam sekeluarga, Kak Zahrah, Kak Awanis & suami, Kak Murshidah, Adik Wahida, Adik Zuhdi, Adik Wafa, & Adik Adibah Renung-renungkanlah wajah ayahanda dan bonda kita, Sudah terbalaskah jasa mereka, Jadikanlah diri kita sebagai harta mereka di dunia, Yang sentiasa mendoakan kesejahteraan mereka.

buat adinda semua, Janganlah leka dengan kenikmatan hidup yang sementara ini, Tuntutlah ilmu demi masa depanmu, Semoga kita menjadi kebanggaan Ummi tercinta,

Buat guru-guru yang dimuliakan, Terima kasih atas ilmu yang dicurahkan, Halalkan segala ilmu yang pernah kupelajari. Semoga kalian tergolong dalam golongan yang tinggi darjatnya di sisi Allah.

Buat sahabat-sahabat seperjuanganku, kerana ilmu kita bertemu, kerana perkenalan persahabatan terjalin, dan kerana cita-cita perpisahan terjadi.....Ingatlah wahai sahabat-sahabatku perjuangan kita tidak pernah berakhir, laksanakanlah amanah dan tanggungjawab dengan penuh keiklasan, semoga beroleh kejayaan di dunia dan akhirat. Selamat berjuang sahabatku semoga Allah berkati mu........

iv

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, saya panjatkan sepenuh kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T. di

atas limpah kurnia-Nya serta selawat dan salam buat Nabi Muhammad s.a.w, akhirnya

laporan Projek Sarjana Muda (PSM) ini dapat disiapkan dengan sempurna. Harapan saya

semoga segala hasil usaha yang sedikit ini dapat memberikan manfaat kepada semua.

Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada Dr. Azhar Bin

Muhammad selaku penyelia dan pembimbing saya kerana sanggup meluangkan masa

keemasan beliau untuk memberi tunjuk ajar, menyumbang tenaga serta melontarkan

buah fikiran kepada saya. Segala tunjuk ajar dan panduan yang diberikan dalam

menyiapkan projek ini amatlah saya hargai dan sanjungi. Semoga Allah S.W.T.

melimpahkan rahmatNya di atas segala jasa baik yang dihulurkan.

Terima kasih kepada pelajar SPI tahun 3 dan 4 yang telah memberikan kerjasama

yang sebaiknya di sepanjang proses mengedarkan soal selidik. Buat sahabat-sahabat

tahun akhir Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam) sesi 2008/2009,

terima kasih kerana memberikan sokongan dalam usaha menyiapkan projek ini.

Akhir kata, saya ingin menghulurkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga

kepada para pensyarah dan semua yang terlibat samaada secara langsung atau tidak.

Semoga Allah melipatgandakan pahala amalan kalian seterusnya dikurniakan kejayaan

di dunia dan di akhirat, amin.

v

ABSTRAK

Kajian ini dilakukan untuk mengenal pasti persediaan guru pelatih Pendidikan

Islam Universiti Teknologi Malaysia (UTM) untuk menjalani latihan mengajar dari

aspek ilmu pengetahuan, emosi dan material. Sebanyak 84 orang pelajar tahun tiga dan

empat dari kursus Pendidikan Islam yang telah menjalani latihan mengajar, telah diambil

sebagai sampel kajian. Instrumen kajian adalah berbentuk soal selidik dalam kajian ini.

Ia mengandungi 42 item persoalan kajian yang menggunakan Skala Likert lima mata.

Nilai keboleh percayaan instrumen kajian adalah alpha 0.748. Analisis statistik

deskriptif dengan menggunakan perisian SPSS (Statistical Package For Social Science)

telah digunakan dalam tatacara menganalisis data dengan kaedah kekerapan peratusan

dan min. Secara keseluruhannya persediaan GPPI dalam aspek kajian adalah positif dan

berada pada tahap yang tinggi. Purata min untuk mengetahui persediaan GPPI dari aspek

ilmu pengetahuan ialah 4.29, dari aspek emosi 4.31 dan dari aspek material 4.05. Namun

terdapat beberapa item yang perlu diberi perhatian sewajarnya bagi melengkapkan lagi

persediaan GPPI. Di akhir kajian, beberapa cadangan dikemukakan untuk meningkatkan

lagi persediaan GPPI untuk menjalani LM.

vi

ABSTRACT

This study is done to identify the preparation for the teaching practice among the

teacher trainees of Islamic Education in University Technology Malaysia. The purpose

of this study is to identify the teacher trainees preparation from the aspect of knowledge,

emotion and material. 84 respondents from 3rd Year and 4th Year students of the

Islamic education course who have undergone teaching practice. Were selected as the

research sample. 42 items questionnaires were distributed to the samples measure their

ISTT preparation. The questionnaires used the five Likert Scale. The reliability value of

the questionnaire is alpha 0.748. A descriptive statistical analysis using the SPSS

(Statistical Package for the Social Science Windows Version 14.0) software was used to

analyze the data. The data was analyze in term of the mean value and frequency

percentage. Overall, the ISTT preparation in the three aspects stated positive and and

high. The average mean to know the ISTT preparation from knowledge aspect is 4.29.

While, the average mean for the ISTT preparation from emotional aspect is 4.31 and the

average mean for the ISTT preparation from material aspect is 4.05. However, there are

some items that need to be paid attention to complete the ISTT preparation. Finally, few

suggestions are made to improve the ISTT preparation for the teaching practice in

future.

vii

SENARAI KANDUNGAN

BAB PERKARA HALAMAN

PENGESAHAN STATUS TESIS

PENGESAHAN PENYELIA

HALAMAN JUDUL i

HALAMAN PENGAKUAN ii

HALAMAN DEDIKASI iii

HALAMAN PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

ISI KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xii

SENARAI SINGKATAN xiv

SENARAI LAMPIRAN xv

BAHAGIAN SATU

PENGENALAN

BAB I PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

viii

1.3 Pernyataan Masalah 6

1.4 Objektif Kajian 7

1.5 Persoalan Kajian 8

1.6 Kepentingan Kajian 8

1.7 Skop dan Batasan Kajian 9

1.8 Definisi Istilah 10

1.8.1 Persediaan 10

1.8.2 Guru Pelatih 10

1.8.3 Latihan Mengajar 11

1.9 Kesimpulan 12

BAHAGIAN DUA

SOROTAN PENULISAN

BAB II SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 13

2.2 Latihan Mengajar 14

2.2.1 Ciri-ciri Utama Latihan Mengajar 15

2.2.2 Objektif Latihan Mengajar 16

2.3 Persediaan Mengajar 17

2.3.1 Objektif Pengajaran 19

2.3.2 Perancangan 20

2.3.3 Komponen-komponen Persediaan Mengajar 20

2.3.4 Pengajaran mikro 21

2.4 Persediaan Guru Pelatih 22

2.5 Persediaan Dari Aspek Ilmu Pengetahuan 23

2.5.1 Kesediaan Pengetahuan Isi Pelajaran 24

2.5.2 Kesediaan Ilmu Kaedah Mengajar 26

2.5.3 Kesediaan Ilmu Pendidikan 27

ix

2. 5 4 Kesediaan Pengetahuan Am 28

2.6.2 Persediaan Dari Aspek Emosi 30

2.6.2.1 Memahami Peranan dan Tugas Seorang Guru 30

2.6.2.2 Kematangan Usia Guru Pelatih 32

2.6.2.3 Pelajar 33

2.6.2.4 Persekitaran Mengajar 34

2.6.3 Persediaan Dari Aspek Material 35

2.6.3.1 Pengurusan Kewangan Kendiri 35

2.6.3.2 Keperluan Asas 37

2.6.3.4 Kemampuan Menyediakan ABM 38

2.6 Kajian Lepas 39

2.7 Kesimpulan 41

BAHAGIAN TIGA

METODOLOGI KAJIAN

BAB III METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 42

3.2 Rekabentuk Kajian 43

3.3 Tempat Kajian 43

3.4 Populasi Kajian dan Sampel Kajian 44

3.5 Instrumen Kajian 45

3.51 Pengumpulan Data Sekunder 45

3.52 Pengumpulan Data Primer 45

3.6 Prosedur Kajian 47

3.7 Kajian Rintis 48

3.8 Analisis Data 50

3.9 Kesimpulan 51

x

BAHAGIAN EMPAT

ANALISIS DATA DAN KEPUTUSAN

BAB IV ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan 52

4.2 Analisis Bahagian A: Latar Belakang Responden 53

4.2.1 Jantina Responden 54

4.2.2 Umur Responden 54

4.2.3 Taraf Perkahwinan Responden 55

4.2.4. Tingkatan yang Diajar Ketika Menjalani LM 56

4.2.5 Gred LM 56

4.2.6 Sumber Kewangan 57

4.2.7 Penempatan 58

4.3 Analisis Bahagian B, C dan D : Taburan Skor

Soal-Selidik 58

4.3.1 Analisis Data Persediaan GPPI Dari

Aspek Ilmu Pengetahuan 59

4.3.2 Analisis Data Persediaan GPPI Dari

Aspek Emosi 70

4.3.3 Analisis Data Persediaan GPPI Dari

Aspek Material 80

4.4 Analisis Keseluruhan 87

4.5 Kesimpulan 88

xi

BAHAGIAN LIMA

PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

BAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 89

5.2 Perbincangan 90

5.2.1 Latar Belakang Responden 90

5.2.2 Persediaan Dari Aspek Ilmu Pengetahuan 92

5.2.3 Persediaan Dari Aspek Emosi 94

5.2.4 Persediaan Dari Aspek Material 96

5.3 Rumusan 97

5.4 Cadangan 98

5.4.1 Guru Pelatih Pendidikan Islam (GPPI) 99

5.4.2 Fakulti Pendidikan UTM 100

5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 101

5.6 Kesimpulan 102

SENARAI RUJUKAN 103

LAMPIRAN 108

xii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK HALAMAN

3.1 Jumlah populasi guru pelatih SPI, UTM,

Skudai, Johor 44

3.2 Maklumat setiap bahagian soal selidik 46

3.3 Pengkelasan Skala Likert 46

3.4 Klasifikasi Skala Pemeringkatan Skala Likert

Kepada Dua Tahap Persediaan 50

4.1 Taburan responden mengikut jantina 54

4.2 Taburan responden mengikut umur 54

4.3 Taburan responden mengikut taraf perkahwinan 55

4.4 Taburan responden mengikut yang diajar semasa LM 56

4.5 Taburan responden mengikut gred LM 56

4.6 Taburan responden mengikut sumber kewangan 57

4.7 Taburan responden mengikut penempatan 58

4.8 Taburan skor min bagi item satu 59

4. 9 Taburan skor min bagi item dua 60

4. 10 Taburan skor min bagi item tiga 60

4. 11 Taburan skor min bagi item empat 61

4. 12 Taburan skor min bagi item lima 62

4. 13 Taburan skor min bagi item enam 62

4. 14 Taburan skor min bagi item tujuh 63

4. 15 Taburan skor min bagi item lapan 64

4. 16 Taburan skor min bagi item sembilan 64

4. 17 Taburan skor min bagi item sepuluh 65

xiii

4. 18 Taburan skor min bagi item 11 66

4. 19 Taburan skor min bagi item 12 66

4. 20 Taburan skor min bagi item 13 67

4. 21 Taburan skor min bagi item 14 68

4. 22 Taburan skor min bagi item 15 68

4. 23 Taburan skor min bagi item 16 69

4. 24 Taburan skor min bagi item 17 70

4.25 Taburan skor min bagi item 18 70

4. 26 Taburan skor min bagi item 19 71

4. 27 Taburan skor min bagi item 20 72

4. 28 Taburan skor min bagi item 21 72

4. 29 Taburan skor min bagi item 22 73

4. 30 Taburan skor min bagi item 23 74

4. 31 Taburan skor min bagi item 24 74

4. 32 Taburan skor min bagi item 25 75

4. 33 Taburan skor min bagi item 26 76

4. 34 Taburan skor min bagi item 27 76

4. 35 Taburan skor min bagi item 28 77

4. 36 Taburan skor min bagi item 29 78

4. 37 Taburan skor min bagi item 30 78

4. 38 Taburan skor min bagi item 31 79

4. 39 Taburan skor min bagi item 32 80

4. 40 Taburan skor min bagi item 33 80

4. 41 Taburan skor min bagi item 34 81

4. 42 Taburan skor min bagi item 35 82

4. 43 Taburan skor min bagi item 36 82

4. 44 Taburan skor min bagi item 37 83

4. 45 Taburan skor min bagi item 38 84

4. 46 Taburan skor min bagi item 39 84

4. 47 Taburan skor min bagi item 40 85

4. 48 Taburan skor min bagi item 41 86

4. 49 Taburan skor min bagi item 42 86

4. 50 Purata min bagi keseluruhan konstrak item 87

xiv

SENARAI SINGKATAN

ABM Alat Bantu Mengajar

Bil Bilangan

GPPI Guru Pelatih Pendidikan Islam

BPG Bahagian Pendidikan Guru

FP Fakulti Pendidikan

ICT Teknologi Maklumat dan Komunikasi

IPTA Institut Pengajian Tinggi Awam

KPM Kementerian Pelajaran Malaysia

KS Kurang Setuju

KMPI Kaedah Mengajar Pendidikan Islam

KMBA Kaedah Mengajar Bahasa Arab

LM Latihan Mengajar

PIPP Pelan Induk Pembangunan Pendidikan

PTPTN Perbadanan Tabung Pengajian Tinggi Nasional

ROS Rancangan Organisasi Sekolah

S Setuju

STPM Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia

STAM Sijil Tinggi Agama Malaysia

SPI Sarjana Muda Pengajian Islam

SPSS Statistical Package For Social Science

SS Sangat Setuju

STS Sangat Tidak Setuju

TS Tidak Setuju

xv

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK

A Borang Soal Selidik

B Surat Kelulusan Fakulti Pendidikan

Untuk Menjalankan Kajian

C Surat Pengesahan Menjalankan Kajian

(Perpustakaan Sultanah Zanariah)

BAB I

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Bidang perguruan atau pendidikan merupakan suatu profesion yang besar

tanggungjawabnya. Ia menuntut agar individu yang berada dalam profesion ini bersikap

profesional semasa menjalankan tugas di samping bertanggungjawab menjaga nama baik

profesion perguruan (Esah Sulaiman, 2003: 3).

Kemunculan profesion yang lain seperti jurutera, doktor dan sebagainya adalah

hasil daripada didikan seorang guru. Ini menunjukkan bahawa tanpa adanya bidang

perguruan, maka bidang yang lain tidak akan wujud. Tanpa guru juga manusia akan

hidup dalam kejahilan dan pembangunan negara tidak akan tercapai. Profesion perguruan

merupakan profesion yang dianggap paling mulia dan murni dalam masyarakat walaupun

akhir-akhir ini pelbagai kritikan negatif telah dibuat oleh pihak yang tidak

bertanggungjawab bagi merendah-rendahkan profesion ini (Abd. Rahim Abd. Rashid,

2005: 167).

2

Namun, Islam menyanjung tinggi profesion perguruan dengan meletakkan

kedudukan guru setaraf dan sama dengan pemimpin negara. Tugas mendidik ahli

masyarakat merupakan satu ibadah yang dituntut. Guru seharusnya menjadi contoh

teladan yang baik kepada pelajar dan masyarakat. Khususnya guru agama mereka

mempunyai tanggungjawab dan peranan yang amat besar dalam mendidik pelajar agar

cemerlang dalam seluruh aspek kehidupan duniawi dan ukhrawi serta bertanggungjawab

melahirkan generasi yang beriman, bertaqwa dan berakhlak (Ahmad Mohd Salleh, 2004:

138).

Menurut Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi iaitu Perdana Menteri Malaysia

berkata, sebagai pendidik profesional, tugas guru amat penting. Guru bukan sahaja

bertanggungjawab melaksanakan dasar pendidikan negara dengan sempurna, malah

bertanggungjawab membentuk generasi pelapis yang cemerlang untuk menerajui negara

pada masa hadapan (Berita Harian, 16 Mei 2005). Seiring dengan peranan yang

diamanahkan, profesion perguruan perlu memantapkan sistem pendidikan yang ada bagi

merealisasikan impian tersebut.

Perkembangan pendidikan yang semakin kompleks, bilangan sekolah dan pelajar

yang semakin bertambah, maka guru yang lebih ramai dan berkelayakan diperlukan bagi

memenuhi institusi pendidikan. Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah

menetapkan seorang yang hendak menjadi guru perlulah mengikuti kursus perguruan

sebelum mereka diserapkan sebagai guru terlatih di sekolah-sekolah.

Terdapat banyak institusi yang menawarkan program pendidikan guru antara

salah satunya ialah Universiti Teknologi Malaysia (UTM). UTM menawarkan program

pendidikan guru dalam pelbagai kursus selama 4 tahun. Bagi memenuhi syarat

penganugerahan ijazah tersebut, individu yang mengikuti program pendidikan diwajibkan

menjalani Latihan Mengajar (LM). Antara kursus yang ditawarkan ialah Progran Sarjana

3

Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam) yang dikelolakan oleh Fakulti

Pendidikan UTM.

Menurut Siti Hajar Binti Dawad (2006: 2), selaras dengan perkembangan

pendidikan peringkat sekolah menengah, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) sehingga

kini tersenarai antara Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang mengeluarkan

produk guru terlatih dari pelbagai bidang. Fakulti Pendidikan UTM dengan kerjasama

Bahagian Pendidikan Guru (BPG) yang berada di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia

telah mewujudkan pelbagai program pendidikan perguruan di peringkat Ijazah Pertama

dan Ijazah Lanjutan di UTM.

1.2 Latar Belakang Masalah

Latihan mengajar merupakan satu aspek penting dalam program pendidikan

perguruan. LM dilihat sebagai kemuncak kepada latihan dalam persediaan seseorang

guru pelatih menjadikan dirinya guru yang bertauliah dan berwibawa. LM memberikan

peluang kepada guru pelatih mendapatkan pengalaman praktikal di dalam bilik darjah

daripada apa yang telah dipelajarinya dalam kuliah. Dengan kata lain, sewaktu menjalani

LM, guru pelatih mengajar dengan menggunakan segala teori dan prinsip pendidikan

semasa situasi pengajaran- pembelajaran sebenar di bilik darjah.

Latihan perguruan di Fakulti Pendidikan UTM telah dirancang secara teliti,

terancang dan sistematik. Fakulti Pendidikan (FP) telah menetapkan bahawa pada tahun 3

semester 1, semua pelajar FP dikehendaki menjalani LM di sekolah-sekolah tertentu

selama 12 minggu, iaitu tempoh pengajian dalam kursus pendidikan di UTM sebelum

menamatkan kursus perguruan. LM bertujuan memberi pendedahan awal kepada bakal

4

guru tentang profesion perguruan serta tanggungjawab mereka di samping memberi

kesempatan dan peluang yang banyak kepada guru pelatih untuk menimba pengalaman

sebelum mereka memasuki profesion perguruan yang sebenar.

Penyelidik menjalankan kajian terhadap pelajar yang mengikuti Progran Sarjana

Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam) di Universiti Teknologi Malaysia.

Penyelidik menggunakan singkatan Guru Pelatih Pendidikan Islam (GPPI) dalam kajian

ini. Menurut Siti Hajar Binti Dawad (2006: 2), di samping mengikuti bidang

pengkhususan, GPPI juga akan diberi latihan bagi menguasai bidang teknologi maklumat

dan multimedia pendidikan seiring dengan perkembangan teknologi dalam institusi

pendidikan.

Latihan mengajar memberi pengalaman yang baru kepada guru pelatih. Ini

kerana, GPPI akan ditempatkan di sekolah-sekolah tertentu untuk menjalani latihan

mengajar sebagai seorang guru dalam tempoh masa tertentu. Mereka dikehendaki belajar

menjalani kehidupan yang jauh berbeza dengan kehidupan semasa berada dalam kampus.

Di sekolah guru pelatih akan didedahkan dengan hakikat profesion perguruan yang

sebenarnya. Mereka akan berhadapan dengan tugas dan tanggungjawab sebenar seorang

guru serta beberapa cabaran yang bakal ditempuhi setelah berada dalam kelompok

masyarakat iaitu institusi sekolah.

Melihat peranan guru serta suasana persekitaran sekolah yang kian mencabar

dalam dunia pendidikan hari ini, GPPI dikehendaki membuat persediaan yang lebih awal

agar bersedia menempuhi bidang perguruan sebaik sahaja terjun ke dalam institusi

sekolah dan masyarakat. Justeru itu, walaupun guru telah diberi latihan perguruan tetapi

masih terdapat dalam kalangan guru yang tidak mengaplikasikan kemahiran pengajaran

dengan sebaik mungkin. Kemahiran dan kaedah mengajar yang dilaksanakan semasa

latihan perguruan hanyalah semata-mata untuk memenuhi syarat lulus sahaja.

5

Mohd Salleh Lebar (2007: 199), dalam bukunya berjudul “Pengenalan Ringkas

Sosiologi Sekolah dan Pendidikan” mengatakan bahawa latihan yang terdapat dalam

profesion perguruan masih tidak mencukupi. Hal ini kerana, apabila mereka menjadi guru

yang sebenar kebanyakannya kurang mempraktikkan dengan sepenuhnya. Menurutnya

lagi, bebanan tugas guru pada masa sekarang terlalu banyak, bukan setakat mengajar

sahaja malah terpaksa menanggung pelbagai tanggungjawab menyebabkan tumpuan

seorang guru dalam profesion khasnya dalam menyampaikan ilmu pengajaran agak

terbatas sehinggakan masa yang ditumpukan terhadap persediaan pengajaran juga tidak

mencukupi.

Dapatan Shariff B. Omar et.al (1994: 29), dengan beberapa orang penyelidik lain

mendapati prestasi guru pelatih UTM dalam latihan mengajar pada umumnya berada di

tahap sederhana baik, begitu juga dari aspek persediaan mengajar juga di tahap yang

sama. Manakala dari segi penyampaian pelajaran pula berada di tahap sederhana sahaja.

Selanjutnya, Siti Hajar Binti Dawad (2006: 96), dalam kajiannya menunjukkan

bahawa GPPI masih bergantung kepada penggunaan buku teks sepenuhnya malah turut

dianggap sebagai ABM yang diguna pakai sepanjang pengajaran. Katanya lagi

pergantungan kepada buku teks atau nota menunjukkan GPPI kurang bersedia dengan

ilmu pengetahuan yang ingin diajar, mereka kurang meluaskan pengetahuan terhadap

maklumat terkini.

Permasalahan yang timbul lagi ialah guru pelatih GPPI didapati kekurangan ilmu

pengetahuan serta kemahiran ketika menjalani LM. Faktor usia yang muda, menyebabkan

GPPI kurang bersifat kematangan dalam berfikir. GPPI dikatakan terlalu bergantung pada

buku teks tanpa mengaitkan isi pelajaran dengan keadaan semasa (Siti Maisarah bt.

Bahrun, 2008: 7).

6

Selain itu, didapati terdapatnya masalah stres dalam kalangan guru pelatih Fakulti

Pendidikan UTM yang mana wujudnya elemen-elemen yang mengatakan bahawa mereka

mengalami tekanan. Antaranya guru pelatih berasa tertekan apabila tidak dapat

menyiapkan rancangan mengajar. Mereka juga merasa tertekan apabila mendapat berita

akan kehadiran pensyarah pembimbing dan gelisah apabila objektif pembelajaran tidak

dapat dicapai. Guru pelatih juga mengalami tekanan terhadap masalah kewangan ini

kerana mereka merasakan terbeban apabila mereka perlu mengeluarkan perbelanjaan

sendiri untuk menyediakan bahan bantu mengajar dan perbelanjaan lain seperti sewa

rumah, pengangkutan dan lain-lain (Shamsiah bt. Abd Razak, 2008: 85-86).

1.3 Penyataan Masalah

Kegagalan GPPI untuk menjadi guru yang diharapkan oleh Kementerian

Pelajaran ketika LM akan memberi impak yang negatif ketika mereka bertugas sebagai

guru yang sebenar. Kesan negatif tersebut bukan hanya kepada guru yang mengajar tetapi

juga memberi kesan kepada pelajar. Rangka Pelan Induk Pembangunan Pendidikan

(PIPP) yang dirancang untuk memartabatkan profesion keguruan tidak akan tercapai jika

guru gagal menjalankan tugas mengajar dengan sebaiknya.

Selain itu, penyelidik telah mengenal pasti bahawa terdapat beberapa rungutan

daripada guru pelatih yang telah menjalani LM bahawa mereka menghadapi pelbagai

kekangan ketika menjalani LM. Antaranya ialah berasa kurang berkeyakinan untuk

mengajar, takut untuk berhadapan dengan pelajar, bebanan kewangan untuk membeli

pelbagai alatan mengajar dan sebagainya.

7

Terdapat juga beberapa maklumat dikenal pasti daripada pensyarah pembimbing

dan penyelia yang mengeluarkan rasa masih tidak berpuas hati dengan persediaan yang

dilakukan oleh GPPI untuk mengajar. Misalnya, GPPI tidak berkeyakinan semasa

menyampaikan pengajaran, tidak mengembangkan isi pelajaran dengan baik malah,

terikat dengan buku teks sahaja, juga masih ada lagi yang menggunakan alatan tradisional

dalam kelas menyebabkan minat belajar dalam kalangan pelajar menurun, dan

sebagainya.

Justeru itu, masalah lain yang dikenal pasti oleh penyelidik ketika GPPI menjalani

LM ialah kekurangan bahan rujukan dalam menyiapkan buku persediaan mengajar,

alatan bahan bantu mengajar (ABM), dan kekangan kewangan dalam kalangan GPPI

yang hanya mendapat separuh pinjaman kewangan daripada PTPTN. Oleh yang

demikian, melihat kepada beberapa permasalahan yang timbul terutamanya dalam

kalangan GPPI semasa menjalani LM, penyelidik merasakan satu kajian perlu dijalankan

bagi melihat sendiri persediaan-persediaan GPPI untuk menjalani LM. Dalam kajian ini,

penyelidik ingin mengkaji dari aspek ilmu pengetahuan, emosi dan material.

1.4 Objektif Kajian

Kajian ini bertujuan mengenal pasti persediaan guru pelatih Pendidikan Islam

untuk menjalani LM. Objektif kajian adalah seperti berikut :

1.1.1 Mengenal pasti persediaan guru pelatih Pendidikan Islam (GPPI) dari

aspek ilmu pengetahuan untuk menjalani LM.

8

1.1.2 Mengenal pasti persediaan guru pelatih Pendidikan Islam(GPPI) dari

aspek emosi untuk menjalani LM.

1.1.3 Mengenal pasti persediaan guru pelatih Pendidikan Islam (GPPI) dari

aspek material untuk menjalani LM.

1.5 Persoalan Kajian

Berdasarkan daripada objektif kajian, persoalan kajian utama ialah:

1.1.4 Adakah guru pelatih Pendidikan Islam (GPPI) bersedia untuk menjalani

LM dari aspek ilmu pengetahuan?

1.1.5 Adakah guru pelatih Pendidikan Islam (GPPI) bersedia untuk menjalani

LM dari aspek emosi?

1.1.6 Adakah guru pelatih Pendidikan Islam (GPPI) bersedia untuk menjalani

LM dari aspek material?

1.6 Kepentingan Kajian

Dapatan kajian ini akan memberi kesan yang baik kepada beberapa pihak

terutamanya kepada GPPI sendiri, pihak sekolah, pensyarah pembimbing, pihak Fakulti

Pendidikan (UTM), dan pihak universiti. Kajian ini juga akan menunjukkan keadaan

sebenar kesediaan di kalangan guru pelatih khasnya guru pelatih Pendidikan Islam

9

(GPPI) di Universiti Teknologi Malaysia dalam menyampaikan pengajaran mereka ketika

di sekolah. Di samping itu, kajian ini dapat membantu penyelidik untuk mengetahui

sejauh manakah kesediaan guru pelatih untuk menjalani latihan mengajar.

Hasil daripada kajian ini membolehkan pihak pentadbiran Fakulti Pendidikan

(FP) UTM, serta penyelia yang terlibat dengan LM dapat mengambil tindakan

sewajarnya sekiranya keputusan yang diperoleh menunjukkan kurang memuaskan.

Selain itu, segala perolehan yang didapati dalam kajian ini boleh dijadikan panduan dan

diambil manfaat oleh penyelidik sendiri, guru pelatih serta bakal guru pelatih sebelum

menjalani latihan mengajar bagi mengelakkan diri daripada kurangnya kesediaan ketika

menjalani latihan mengajar.

Selain itu, dapatan kajian ini akan dapat membantu dan memberi maklumat yang

berguna kepada bakal guru selain kursus ini agar mereka lebih bersedia untuk

menghadapi cabaran-cabaran sebagai seorang pendidik yang cemerlang bertepatan

dengan kehendak PIPP yang ingin memartabatkan semula profesion perguruan.

1.7 Batasan Kajian

Kajian ini dijalankan terhadap pelajar Sarjana Muda Pengajian Islam (SPI) UTM

di kampus Universiti Teknologi Malaysia sahaja. Kajian ini hanya melibatkan pelajar

tahun 3 SPI dan tahun 4 SPI yang telah menjalani LM selama tiga bulan dalam semester

1 sesi 2008/2009 dan semester 1 sesi 2007/2008.

10

1.8 Definisi Istilah

Terdapat beberapa istilah yang perlu dijelaskan di dalam kajian ini agar tidak

menimbulkan kekeliruan. Istilah-istilah tersebut adalah seperti berikut:

1.8.1 Persediaan

Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat (2005: 1408), mendefinisikan persediaan

sebagai perbuatan menyediakan. Selain itu, persediaan juga bermaksud persiapan. Dalam

kajian ini, penyelidik ingin mengetahui persediaan GPPI untuk menjalani latihan

mengajar (LM). Persediaan yang akan di kaji adalah dari aspek persediaan ilmu

pengetahuan, emosi dan material.

1.8.2 Guru Pelatih

Kamus Dewan Edisi Keempat (2005: 492), mendefinisikan guru sebagai orang

yang mengajar, pendidik, pengajar atau pengasuh. Kamus Pelajar (2007: 387)

mendefinisikan pelatih ialah orang yang melatih iaitu mengajar atau mendidik. Manakala

Kamus Pelajar (2007: 224) mendefinisikan guru pelatih ialah pelajar di maktab perguruan

yang bakal menjadi guru dan juga dikenali sebagai guru yang masih berlatih.

Menurut al-Ghazali dalam Hamid Fahmy Zarkasyi (1990: 67), guru dalam

pengertian akademik, ialah seseorang yang menyampaikan sesuatu kepada orang lain

atau seseorang yang menyertai sesuatu institusi untuk menyampaikan ilmu pengetahuan

11

kepada para pelajarnya. Dalam risalah-risalah falsafahnya, al-Ghazali memberikan

definisi lain untuk perkataan guru iaitu seseorang yang menyampaikan sesuatu yang baik,

positif, kreatif atau membina kepada seseorang yang berkemahuan tanpa mengira

peringkat umur walau terpaksa melalui dengan pelbagai cara dan kaedah sekalipun, tanpa

mengharapkan sebarang ganjaran.

Dalam kajian ini, penyelidik menumpukan kepada guru pelatih SPI yang telah

menjalani LM. Guru Pelatih SPI yang dimaksudkan merujuk kepada sekumpulan

siswazah yang mengikuti Program Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian

Islam) di Universiti Teknologi Malaysia.

1.8.3 Latihan Mengajar

Dalam Kamus Dewan (2005: 898), latihan bermakna pelajaran, didikan untuk

memahirkan, membiasakan atau ajaran yang diterima. Menurut Kamus Dewan lagi

(2005: 20), mengajar bererti menyampaikan ilmu pengetahuan atau kemahiran kepada

orang lain, mendidik, melatih, memberi petunjuk kepada orang lain dan sebagainya.

Merujuk kepada Panduan Latihan Mengajar Fakulti Pendidikan UTM (2004: 1),

LM merupakan satu latihan amali untuk guru pelatih mempraktikkan segala teori dan

kaedah yang telah dipelajari. Latihan ini merupakan syarat yang mesti dipenuhi oleh guru

pelatih yang mengikuti kursus perguruan di UTM. Dalam kajian ini, penyelidik

menumpukan kepada LM yang telah diaturkan oleh Fakulti Pendidikan UTM. LM

tersebut bertujuan memberi pengalaman kepada mereka mengenai tugas pengajaran di

bilik darjah serta tugas, tanggungjawab dan peranan seorang guru di sekolah.

12

1.9 Kesimpulan

Penyelidik merasakan bahawa bab 1 ini sangat penting bagi meneruskan bab

seterusnya. Dengan adanya latar belakang masalah, penyelidik dapat mengetahui masalah

yang ditimbulkan oleh guru pelatih semasa menjalani LM dan memberikan pendedahan

kepada bakal guru pelatih membuat persediaan awal agar lebih berkeyakinan untuk

mengajar ketika di sekolah nanti. Penyelidik telah menentukan objektif yang akan dicapai

melalui persoalan kajian yang telah diutarakan. Seterusnya hasil dapatan kajian ini nanti

dapat memberi manfaat kepada semua pihak terutamanya bakal guru pelatih berhubung

dengan kesediaan untuk menjalani latihan mengajar.