pembangunan-ekonomi

55
PEMBANGUNAN EKONOMI DALAM KONTEKS HUBUNGAN DI MALAYSIA OLEH: RODIAH AB RAHIM SITI NAD’DUWAH KAMARUDIN 3PISMP KS 1 PENSYARAH: EN GHZALI BIN ISMAIL

Upload: amanda-hopkins

Post on 11-Jan-2016

32 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Nota

TRANSCRIPT

PEMBANGUNAN EKONOMI DALAM KONTEKS HUBUNGAN DI MALAYSIA

OLEH:RODIAH AB RAHIM SITI NAD’DUWAH

KAMARUDIN 3PISMP KS 1

PENSYARAH:EN GHZALI BIN ISMAIL

Pembangunan dan pertumbuhan ekonomi tidak dapat dipisahkan daripasa konteks sosial.

Sebagai negara yang majmuk,isu pembangunan ekonomi sangat berkait rapat dengan isu sosial terutama isu kemiskinan dan agihan pendapatan menurut golongan etnik.

Penyusunan

semula masyar

akat

Membasmi

kemiskinan

Agihan Kekaya

an Negara

Krisis kewang

an 1985-

86,1997-1998

Isu agihan kekayaan negara

Di Malaysia ,isu agihan ini dapat dilhata dari dua sudut:

*Kelas sosial yang berbeza *Kelompok etnik yang berbeza Isu ini cuba diatasi oleh Dasar Ekonomi

Baru

Peranan orang Cina dalam mengembangkan dan memesatkan ekonomi negara adalah antara sumbangan terpenting.

Hal ini diakui sejak awal-awal kedatangan golongan imigran Cina.

Mengikut Francis Light –orang Cina merupakan aset terpenting dan dapat menjana pendapatan tanpa perbelanjaan dan usaha luar biasa kerajaan British.

Menurut Dr.Mahathir Mohamad,masyarakat Cina ialah pembayar cukai tertinggi di Malaysia di mana ia penting untuk pembangunan negara.

Manakala masyarakat India telah menyumbangkan tenaga mereka dalam pembangunan negara dalam sektor perladangan getah .

Mereka juga memainkan peranan terpenting dalam penyediaan prasana negara khususnya membina jalan raya dan kereta api.

Tambahan mereka juga menyumbangkan melalui kegiatan profesional sama ada doktor,peguam ataupun pentadbir.

DASAR EKONO

MI BARU

Membasmi

Kemiskinan

Penyusunan

semula masyara

kat

Dasar ekonomi dan politik yang diamalkan oleh pihak British menyebabkan pembangunan yang tidak seimbang antara kawasan bandar dan luar bandar ,dan selanjutnya terdapat jurang perbezaan ekonomi kelompok etnik.

Banci penduduk 1970 menunjukkan bahawa 49.3 % daripada semua keluarga di Semenanjung Malaysia menerima pendapatan di bawah garis kemiskinan .

Daripada jumlah semua keluarga miskin, sebanyak 86% berada di kawasan luar bandar dan 14% di kawasan bandar.

Dilihat daripada sudut pembahagian pekerjaan pada tahun 1970 pecahan mengikut kelompok etnik turut menunjukkan ketidakseimbangan.

Dalam sektor pertanian, etnik Melayu merupakan majoriti dengan meliputi 67.6 %, etnik Cina hanya meliputi 19.9 %, manakala etnik India berjumlah 11.5 %, dan lain-lain kelompok sebanyak 1 %.

Dalam sektor perlombongan, etnik Cina mendominasi dengan jumlah 58.7 %, etnik Melayu hanya meliputi 32.1 %, etnik India sebanyak 8.5 % dan lain-lain kelompok sebanyak 0.7 %.

Dalam sektor perniagaan, perdagangan, pentadbiran awam, pendidikan, pertahanan dan kemudahan awam, etnik Melayu meliputi 42.6 %, etnik Cina 45.5 %, etnik India 10.7 % dan lain-lain kelompok sebanyak 1.2 %

Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan Hubungan Etnik

Ketidaksamerataan ekonomi menjadi sebab utama berlakunya kecemburuan sosial sehingga mencetuskan Peristiwa 13 Mei 1969.

Menyedari kedudukan ketidakseimbangan sosial ekonomi itu, kerajaan telah mengusahakan supaya satu pendekatan baru dalam rancangan pembangunan negara yang melibatkan program 20 tahun iaitu daripada 1971-1990 yang dikenali sebagai Dasar Ekonomi Baru.

Dasar Ekonomi Baru (DEB) merupakan suatu dasar yang diperkenalkan dengan tujuan untuk menyelesaikan masalah perbezaan ekonomi antara sektor dan etnik agar kestabilan ekonomi dan politik dapat dicapai.

Dasar Ekonomi Baru mempunyai dua sasaran, iaitu, mengurang dan seterusnya membasmi kemiskinan

dengan memperbanyakkan peluang-peluang pekerjaan kepada semua rakyat tanpa mengira etnik

menyusun semula masyarakat untuk mengurangkan dan seterusnya menghapuskan pengenalan etnik mengikut fungsi-fungsi ekonomi.

Antara matlamat DEB ialah menyusun semula pemilikan harta dengan meningkatkan pemilikan saham Bumiputera sehingga sekurang-kurangnya 30 % menjelang tahun 1990.

Usaha yang dirangka untuk menyelesaikan masalah

sosial ekonomi dan projek pembangunan :

Mewujudkan peluang pekerjaan untuk semua golongan rakyat yang menganggur.

Menambah daya pengeluaran dan pendapatan. Memberi peluang perpindahan orang yang bekerja di

sektor yang rendah daya pengeluarannya kepada sektor yang lebih lumayan.

Mengurangkan jurang perbezaan pendapatan antara kelompok etnik, antara kawasan bandar dan luar bandar dan antara wilayah.

Memodenkan kehidupan di luar bandar. Mewujudkan kumpulan perusahaan dan

perdagangan Bumiputera. Mengadakan suasana pekerjaan yang

mencerminkan komposisi kelompok etnik di Malaysia.

Memperbaiki taraf dan kualiti hidup rakyat melalui pelajaran, latihan, kesihatan, kemudahan-kemudahan infra-struktur dan lain-lain

Strategi dalam Dasar Ekonomi Baru:

Meninggikan daya pengeluaran dan taraf kehidupan golongan miskin melalui proses memodenkan kawasan luar bandar.

Mengurangkan keadaan yang tidak seimbang dalam struktur guna tenaga.

Menambahkan dengan lebih cepat lagi bilangan rakyat Malaysia dalam pemilikan modal dalam stok syarikat dan pertumbuhan ekonomi.

Membentuk sebuah masyarakat perdagangan dan perindustrian di kalangan orang Melayu dan golongan Bumiputera supaya dapat membentuk dan memiliki 30% ekonomi dalam tahun 1990

Menubuhkan beberapa agensi seperti MARA, Bank Pembangunan, Bank Bumiputera, Amanah Saham Nasional.

Memajukan negeri dan kawasan yang dianggap mundur melalui pembangunan wilayah baru seperti DARA, KESEDAR, KEJORA dan sebagainya.

Dasar Ekonomi Baru bermatlamatkan perpaduan negara dan dilaksanakan melalui proses pembasmian kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat di dalam konteks keselamatan negara yang kukuh.

Usaha ini memerlukan bukan sahaja usaha yang gigih daripada pihak kerajaan dan kakitangannya, malah ia memerlukan perubahan sikap, tenaga dan pemikiran seluruh rakyat, termasuk daripada sektor swasta.

Perlu disedari bahawa Dasar Ekonomi Baru hanya mensasarkan 30 % pemilikan saham oleh golongan Bumiputera dan bukannya 100 % pemilikan saham.

Oleh yang demikian, tidak wajar untuk mengatakan bahawa Dasar Ekonomi Baru sebagai suatu dasar yang bersifat diskriminatif

Kebanyakan syarikat milik usahawan bukan Melayu telah mempunyai pengalaman yang lebih lama dan luas, maka mereka lebih berkemampuan untuk menghadapi krisis ekonomi.

Syarikat-syarikat milik golongan Bumiputera, yang kebanyakannya lahir daripada Dasar Ekonomi Baru dan Dasar Penswastaan, terpaksa berhempas pulas untuk bertahan.

KRISIS KEWANGAN

Krisis kewangan 1985-1986 terjadi akibat kejatuhan harga komoditi.

Krisis kewangan negara 1997-98 berpunca daripada kejatuhan nilai ringgit yang mendadak pada ketika itu. Kerajaan tidak berkesempatan mempertahan dan menstabilkan nilai ringgit apabila mata wangnya.

Pada pertengahan 1998, terdapat lebih 25, 000 syarikat dalam kategori industri kecil dan sederhana (IKS) yang mengalami masalah dan terdapat 191 buah syarikat yang majoriti sahamnya dimiliki golongan Bumiputera telah muflis.

RANCANGAN PEMBANGUNAN LIMA TAHUN

Rancangan pembangunan lima ini dilaksanakan sejak 1950 bagi memperbaiki kedudukan ekonomi yang terjejas akibat perang dunia kedua

Terdapat dua rancangan pembangunan yang digubal oleh British Draf Rancangan Pembangunan (1950-1955) Rancangan 5 tahun Malaya Pertama (1956-

1960)

Rancangan Pembangunan 5 tahun

Draf Pembangunan

Lima Tahun (1950-1955)

Rancangan Lima Tahun

Malaya Pertama

(1956-1960)

Rancangan Lima Tahun

Malaya Kedua (1961-1965)

Rancangan Malaysia Pertama

(1966-1970)

Rancangan Malaysia

Kedua (1971-1975)

Rancangan Malaysia Ketiga

Rancangan Malaysia Keempat

Rancangan Malaysia Kelima

Rancangan Malaysia Keenam

Rancangan Malaysia ketujuh

Rancangan Malaysia kelapan

Rancangan Malaysia

kesembilan

Rancangan Malaysia

kesepuluh

Rancangan Lima Tahun Malaya yang Pertama (1956-1960)

Rancangan Malaya Pertama merupakan rancangan pembangunan pertama negara selepas mencapai kemerdekaan

Rancangan ini memberi tumpuan pada pembangunan luar bandar terutama untuk memulihkan perusahaan getah supaya dapat bersaing dengan getah tiruan.

dua matlamat utama berikut;i. Membangunkan sektor ekonomi di luar bandar bagi merapatkan jurang perbezaan pendapatan antara penduduk luar bandar dan bandar.ii. Mengurangkan kadar kemiskinan dalam kalangan masyarakat luar bandar.

Rancangan Lima Tahun Malaya Kedua(1961-1965) Rancangan Malaya kedua memberi tumpuan untuk

menyediakan lebih banyak kemudahan asas dan mempelbagaikan ekonomi di kawasan luar bandar menekankan matlamat berikut Mengurangkan jurang perbezaan taraf hidup antara

kawasan Mewujudkan peluang pekerjaan untuk penduduk di

luar bandar Menyediakan pelbagai kemudahan asas seperti

kemudahan kesihatan pelajaran dan perumahan untuk penduduk di luar bandar.

. Mempelbagaikan kegiatan pertanian dengan menekankan pengeluaran pertanian yang lain sebagai tambahan kepada tanaman getah.

Rancangan Malaysia Pertama

(1966 – 1970)

Rancangan Malaysia Pertama memberi tumpuan pada pembangunan negara secara menyeluruh yang meliputi semua bidang ekonomi.

Program pembangunan negara melalui Rancangan ini berasaskan satu rancangan bersepadu berikutan kemasukan Sabah dan Sarawak ke dalam persekutuan Malaysia.

Matlamat utama Rancangan Malaysia Pertama adalah

Mempelbagaikan kegiatan ekonomi dalam sektor perindustriaan untuk mengurangkan kebergantungan kepada getah dan bijih timah.

Mengadakan peluang pekerjaan sebagai usaha untuk mengurangkan penggangguran

Meningkatkan pendapatan dan penggunaan sumber dalam rakyat berpendapatan rendah.

Mempercepat integrasi dalam kalangan penduduk dan negeri di Malaysia

Rancangan Malaysia Kedua(1971 – 1975) Rancangan Malaysia Kedua dilaksanakan untuk

memperbaiki kedudukan ekonomi yang tidak seimbang antara kawasan dan kaum yang dianggap sebagai punca pencetus Peristiwa 13 Mei 1969.

Rancangan Malaysia Kedua merupakan siri pertama dalam rancangan pembangunan DEB.

Matlamat DEB adalah untuk mencapai perpaduan negara yang dilaksanakan melalui serampang dua mata antaranya : Mengurangkan dan seterusnya membasmi

kemiskinan Mempercepatkan proses penyusunan semula

masyarakat Malaysia

Usaha-usaha membasmi kemiskinan Mewujudkan peluang pekerjaan dalam pelbagai

sektor untuk diisi oleh semua kaum. Mengurangkan jurang perbezaan pendapatan

antara kaum dan wilayah. Meningkatkan daya pengeluaran dan

pendapatan dengan menambahkan kemudahan untuk semua golongan miskin di bandar dan luar bandar.

Memperbaiki taraf hidup dan kualiti kehidupan melalui pelajaran, latihan, kesihatan dan kemudahan infrastruktur.

Mewujudkan suasana pekerjaan yang menggambarkan komposisi kaum.

Rancangan Malaysia Ketiga (1976 -1980)

RMK ke 3 merupakan peringkat kedua DEB. Buat pertama kali rancangan pembangunan wilayah diperkenalkan dalam rancangan pembangunan negara.

Tujuan utama diberikan kepada penanaman getah dan kelapa sawit untuk tujuan eksport. Isu perpaduan masih menjadi perhatian utama dalam pembangunan ekonomi.

Rancangan Malaysia Keempat (1981 – 1985)

Rancangan Malaysia keempat adalah rancangan untuk memperkemas langkah dan program yang terkandung dalam Rancangan Malaysia Kedua dan Rancangan Malaysia Ketiga untuk mencapai sosioekonomi DEB.

Program pembangunan masih diteruskan dengan memberi keutamaan kepada sektor perusahaan dan pertanian. Penekanan diberikan kepada perusahaan berat berasaskan pelaburan modal dan penggunaan teknologi tinggi serta keperluan tenaga pekerja yang mahir.

Rancangan Malaysia Kelima(1986-1990)

RMK ke 5 masih meneruskan pembangunan sektor pertanian dan dilaksanakan melalui penggunaan tanah dengan lebih cekap, memaksimunkan sumber tenaga manusia dan menambahkan peluang latihan kemahiran dalam sektor awam dan swasta.

Usaha mempercepatkan perkembangan sektor perusahaan diperkenalkan dengan;i. Meningkatkan peranan sektor swasta dan kecekapan pengurusan dalam kalangan agensi kerajaan.ii. Mempergiat perusahaan pembuatan dengan menubuhkan Perusahaan Otomobil Nasional Berhad iaitu perusahaan membuat kereta nasional negara.

Rancangan Malaysia Keenam (1991 – 1995)

Rancangan Malaysia Keenam digubal untuk mengekalkan pembangunan dan menguruskan kejayaan ekonomi negara supaya pembangunan seimbang dapat dicapai selaras dengan objektif yang ditetapkan oleh Dasar Pembangunan Nasional.

Strategi yang digariskan untuk mencapai matlamat RMK ke 6i. Meningkatkan Kecekapan dan daya saing ekonomi dengan menggalakkan penglibatan sektor swasta dalam mengembangkan ekonomi negara.ii. Mengurangkan penyertaan secara langsung sektor awam dengan meningkatkan keupayaan sedia ada sektor swasta untuk melaksanakan program pembangunan infrastruktur, pembangunan sumber manusia dan penyediaan perkhidmatan sosial.cekap kepada sektor-sektor ekonomi yang produktif.

iii. Mengekalkan dasar liberalisasi dan pelonggaran peraturan undang-undang untuk memperbaiki iklim pelaburan dalam negara menggalakkan pertumbuhan sektor swasta dan pelaburan asing.iv. Menggalakkan pertumbuhan pesat proses perindustrian dengan menggunakan teknologi yang lebih canggih bagi menghasilkan keluaran yang berkualiti untuk memenuhi keperluan pasaran di negara maju.v. Mengukuhkan perkembangan pasaran kewangan dan modal supaya tabungan dalam negara dapat ditingkatkan dan disalurkan secara

Rancangan Malaysia Ketujuh (1996 – 2000)

RMK 7 digubal seiring dengan hasrat negara menyokong dan mengekalkan proses pembangunan. Teras RMK 7 adalah untuk meningkatkan pertumbuhan potensi keluaran, memesatkan peralihan struktur dan pembangunan seimbang.

Tumpuan Rancangan adalah untuk meningkatkan produk dan kecekapan, terutama melalui pemberian insentif kepada sektor swasta

Rancangan Malaysia Kelapan (2001-2005)

Menekankan unsur kaum, penyusunan semula masyarakat dan pembangunan yang seimbang masih menjadi strategi utama Dasar Wawasan Negara.

RMK 8 merupakan rancangan pembangunan pertama dalam Rangka Rancangan Jangka Panjang. Dasar Wawasan Negara yang terkandung dalam RRJP3 berperanan menentukan arah pembangunan negara dalam dekad pertama abad ke 21.

Rancangan Malaysia Kelapan menggabungkan strategi, program dan projek yang dirangka bagi mencapai objektif Dasar Wawasan Negara, iaitu menjamin pertumbuhan mapan dan pengukuhkan daya tahan ekonomi negara serta mewujudkan masyarakat yang bersatu dan saksama.

Dasar Wawasan Negara menggabungkan teras dan dua dasar pembangunan terdahulu, iaitu Dasar Ekonomi Baru dan Dasar Pembangunan Nasional dengan objektif utamanya untuk mencapai perpaduan nasional. Pembasmian kemiskinan tanpa mengira

Rancangan Malaysia Kesembilan (2006 -2010) Rancangan Malaysia Kesembilan merupakan peringkat kedua pelaksanaan

RRJP3 dan fasa kedua pelaksanaan Wawasan 2020. Penekanan diberikan kepada pembangunan insaniah yang melibatkan penggunaan secara optimum pembangunan fizikal yang telah disediakan.

Rancangan ini menggariskan enam cabaran;i. Meningkatkan prestasi dan kemampuan Malaysiaii. Mengukuhkan daya saing dan daya tahan ekonomi negara dan meningkatkan kegiatan inovasiiii. Meningkatkan daya pengeluaran dan tahap pengetahuan dalam ekonomi.iv. Membangunkan sumber manusia.v. Memperhebat langkah pembasmian kemiskinan.vi. Menyediakan kemudahan dan perkhidmatan berkualiti tinggi melalui sistem yang cekap dan berkesan.

Analisis kesan Rancangan Lima Tahun terhadap

hubungan Etnik di malaysia

Pembangunan Ekonomi dan

Hubungan Etnik Dalam

Rancangan Malaya Pertama (1956-1960) dan

Kedua (1961-1965)

Persekutuan Tanah Melayu ingin wujudkan perpaduan rakyat dan juga mewujudkan integrasi antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak. Selain itu, Ingin mengurangkan kadar pengangguran, membangunkan ekonomi luar bandar dan mempelbagaikan ekonomi supaya tidak bergantung kepada getah dan bijih timah.

Tragedi 13 Mei 1969 menyedarkan kerajaan timbulnya masalah perbalahan kaum adalah disebabkan ketidakseimbangan dalam pembangunan ekonomi antara kaum

Pembahagian buruh seperti yang disaksikan pada zaman penjajahan berterusan pada tahun-tahun 1960an. Adalah didapati golongan yang paling menganggur ialah orang Melayu dan ini diikuti oleh orang India. Dalam sektor pelaburan didapati orang Melayu hanya memiliki 1% pelaburan dalam perniagaan berdaftar.

Dalam usaha kerajaan membantu ekonomi orang Melayu di luar bandar kerajaan telah menubuhkan pelbagai agensi antaranya :

RIDA (Rural Industrial Development Authority) berfungsi untuk memajukan masyarakat luar bandar melalui pembangunan sosial, ekonomi dan infrastruktur.

FELDA (Federal Land Development Authority) pada 1956 untuk membuka dan memajukan tanah baru secara besar-besaran bagi pertanian dan penempatan Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar pada 1959, satu Kementerian yang secara khusus menjaga hal-ehwal luar bandar ditubuhkan. FAMA (Federal Agricultural Marketing Authority) pada 1965.

Pada tahun1961 Jawatankuasa Pembangunan Kampung ditubuhkan bagi melibatkan orang Melayu secara langsung dalam proses perancangan dan pelaksanaan program pembangunan.

Bank Bumiputera ditubuhkan pada 1965 dengan modal sebanyak RM20 juta untuk berperanan sebagai institusi yang boleh membekalkan kredit serta khidmat nasihat kepada peniaga bumiputera. Amanah Saham MARA dilancarkan pada 1967 untuk menggembling tabung simpanan Melayu. Dewan Perniagaan Melayu Bersekutu ditubuhkan pada 1967 sebagai urursetia bagi golongan kapitalis Melayu.

Status Ekonomi Cina

Kedudukan ekonomi Cina amat teguh selepas merdeka disebabkan kemahiran orang Cina berdagang dan juga sumbangan persatuan-persatuan Cina untuk mengumpul modal.

Konsep perniagaan ala kongsi telah membantu kaum Cina mengumpul modal dan mengukuhkan modal di kalangan komuniti mereka.

Keadaan ini juga dibantu oleh lokasi orang Cina di bandar yang telah mendedahkan mereka dengan satu sistem pendidikan yang baik.

Status Ekonomi India

Dasar kerajaan yang baru merdeka untuk mengambilalih ladang-ladang milik pengusaha asing mempunyai kesan yang serius ke atas buruh eset. Pengusaha Barat mula menjual ladang-ladang mereka dan meninggalkan negara.

MIC telah cuba menyelamatkan nasib buruh-buruh India dengan membeli ladang-ladang kecil dengan menubuhkan National Land Finance-Co-operative Society Lmtd (NLFCS) pada 1960. MIC dan NLFCS telah mendesak kerajaan menggubal undang-undang untuk mengawal penjualan estet yang luasnya melebihi 100 ekar.

Pembangunan Ekonomi dan

Hubungan Etnik Sejak Tragedi 13 Mei 1969

Hingga 1990

Antara 1961-1969, NLFCS telah membeli 18 estet.Pembangunan Ekonomi dan Hubungan Etnik Sejak Tragedi 13 Mei 1969 Hingga 1990. Tun Razak menyedari bagi membangunkan ekonomi negara, kerajaan harus mengelakkan perbalahan kaum.

Untuk itu parti Perikatan diperluaskan dan pada 1974 Barisan Nasional (BN) dibentuk dan ia menyaksikan penyertaan lebih banyak parti politik dan mengurangkan politiking.

Tujuan utama rancangan ini adalah untuk memperteguhkan sokongan orang Cina. Ia adalah strategi politik yang digelar sebagai “ethnic corporatism”.

Yang seterusnya Kerajaan ingin memodenkan kehidupan masyarakat luar bandar dan mempertingkatkan penyertaan kaum bumiputera dalam bidang perusahaan dan perniagaan.

Objektif ini mengalami sedikit perubahan pada tahun-tahun 1980-an apabila dinyatakan satu lagi objektif adalah untuk menggalakkan penyertaan sektor swasta dalam pembangunan negara.

Kerajaan memperkenalkan DEB dan ia menyedarkan orang Cina betapa perlunya bekerjasama dengan orang Melayu untuk mendapat faedah ekonomi.

Kaum Cina mula mengubah strategi perniagaan mereka daripada berniaga sebagai individu kepada kumpulan.

Pada 1989 kerajaan telah menubuhkan Majlis Perundingan Ekonomi Negara untuk melahirkan rasa kebimbangannya dengan nasib kaum India yang ketinggalan di bawah DEB dan ingin mengemukakan cadangan bagi merangkakan dasar ekonomi bagi tempoh 1991-2000.

Majlis ini telah menyeru supaya kerajaan mengambil tindakan untuk memajukan nasib orang India dibawah Dasar Pembangunan Nasional yang akan menggantikan DEB.

Pembangunan Ekonomi dan

Hubungan Etnik Di bawah

Dasar Pembangunan Nasional (1990-2000)

dan Wawasan Negara

(2001-2010)

DPN digubal berlandaskan wawasan 2020 untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju menjelang 2020.

Wawasan 2020 menekankan 9 cabaran yang perlu dihadapi oleh rakyat Malaysia untuk muncul sebagai negara berteknologi tinggi menjelang abad ke-21

Dasar-dasar yang menggantikan DEB cuba mewujudkan landasan yang baik bagi memajukan kesemua kaum di Malaysia. Namun begitu, dari segi perlaksanaan DEB memang mempunyai kelemahan.

Menjadi tanggungjawab kerajaan dan semua pihak bagi memastikan apa sahaja dasar yang diperkenalkan membawa faedah kepada semua lapisan masyarakat tanpa meminggirkan mana-mana komuniti.