pembangunan diri 2

14
PEMBANGUNAN DIRI EFFA ADRINA BINTI AZLI NUR FARZANA BINTI YUSOFF SITI AIYSAH BINTI RAHMAN

Upload: farzana-yusoff

Post on 30-Apr-2015

345 views

Category:

Education


6 download

DESCRIPTION

 

TRANSCRIPT

Page 1: Pembangunan diri 2

PEMBANGUNAN DIRI

•EFFA ADRINA BINTI AZLI•NUR FARZANA BINTI YUSOFF•SITI AIYSAH BINTI RAHMAN

Page 2: Pembangunan diri 2

TOKOH PEMIMPIN (TOKOH PENDIDIKAN)

Tan Sri Dr. Zainal Abidin Ahmad (ZA'BA)

Page 3: Pembangunan diri 2

RIWAYAT HIDUP TOKOH PEMIMPIN

• Nama penuh Zainal Abidin bin Ahmad• Dikenali sebagai Pendeta Za'ba.• Dilahirkan pada 16 September 1895 di Kampung

Bukit Kerdas, Batu Kikir, Negeri Sembilan.• Mula bersekolah ketika berusia 12 tahun di Sekolah

Melayu Batu Kikir dan kemudian bertukar ke Sekolah Melayu Linggi.

• Setelah menamatkan sekolah melayu, beliau melanjutkan pelajarannya ke St.Paul's Institution Seremban.

Page 4: Pembangunan diri 2

• Beliau muncul sebagai anak Melayu yang pertama di Negeri Sembilan yang menduduki Senior Cambridge dan berjaya dalam peperiksaan tersebut pada tahun 1915.

• Walaupun beliau hanya berkesempatan mendapat asuhan agama di peringkat asas sahaja semasa di Linggi, tetapi beliau tetap menambah pengetahuannya mengenai Islam, baik semasa di sekolah Inggeris mahupun setelah tamat pengajiannya.

Page 5: Pembangunan diri 2

SEJARAH KERJAYA

• Bermula sebagai seorang guru di Johor baharu (1916-1918).

• Berpindah ke Maktab Melayu Kuala Kangsar (1923).• Berikutnya ke Maktab Perguruan Sultan Idris,

Tanjung Malim (1924-1939).• Jabatan Penerangan Singapura (1939-1942).• School of Oriental and African Studies, London

(1947-1951).• Universiti Malaya Singapura (1954-1959).

Page 6: Pembangunan diri 2

KEDUDUKAN ZA'BA DALAM MASYARAKAT MELAYU

• Beliau merupakan seorang yang bersifat terbuka serta tidak malu mengakui kesilapan sendiri.

• Ketika beliau menerima bintang anugerah gelaran Datuk (Tan Sri) suatu ketika dahulu, beliau dengan lantang bersuara, mengakui bahawa buku-buku yang beliau telah usahakan masih banyak kekurangan dan kelemahan.

• Pendeta Za’ba juga terkenal seorang intelektual Melayu yang dihormati.

Page 7: Pembangunan diri 2

• Sejak beliau masih muda, beliau sangat prihatin dengan keadaan masyarakat.

• Beliau acap kali mengadakan pendebatan dalam majalah dan akhbar mengenai pendapatnya tentang bahasa, agama, iktisad, dan juga pendidikan.

• Beliau pernah menggunakan nam pena seperti Zai Penjelmaan, Patriot dan Za’ba.

Page 8: Pembangunan diri 2

SUMBANGAN ZA'BA

• Bidang politik

a) merupakan seorang penggerak aktif dalam menyatukan bangsa Melayu serta menolak gagasan Malayan Union yang telah dicadangkan oleh orang Inggeris.

Page 9: Pembangunan diri 2

• Bidang bahasa

a) menulis sebuah buku tentang tatabahasa Melayu sejak berumur 12 tahun lagi.

b) mula mengumpulkan perkataan-perkataan Melayu yang ditulis dalam tulisan Jawi.

c) menubuhkan sebuah persatuan yang bermatlamat untuk menyeragamkan ejaan Jawi.

d) beliau telah menjemput beberapa orang pegawai kerajaan yang berlatar belakangkan pendidikan Inggeris ke Kuala Lumpur dalam usaha bersama-sama menubuhkan ‘Pan Malayan Malay Literary Society’ bagi menyatukan sistem ejaan Melayu.

Page 10: Pembangunan diri 2

e) berjaya menyiapkan sebuah buku Daftar Ejaan Melayu (Jawi-Rumi).

f) memperkenalkan perbezaan bunyi vokal dan bunyi konsonan.

g) memperkenalkan konsep-konsep seperti vokal rangkap dan diftong.

h) Karya beliau yang bertajuk Ilmu Mengarang Melayu menjadi panduan yang sungguh lengkap dalam kerja karang-mengarang, sama ada dalam bentuk prosa mahupun puisi.

Page 11: Pembangunan diri 2

KARYA YANG TELAH DIHASILKAN OLEH ZA'BA

• Artikel Temasya Mandi Safar di Tanjung Keling (1916)

• Majalah Pengasuh (1918)• The Poverty of the Malays and The Salvation

of the Malays dalam The Malay Mail (1923)• Ilmu Bahasa Melayu I & II (1927)• Rahsia Ejaan Jawi (1929)

Page 12: Pembangunan diri 2

• Ilmu Mengarang Melayu (1934)• menulis rencana-rencana di dalam majalah Al-

Ikhwan, Semangat Islam dan Saudara (1931)• Panduan Ejaan Jawi (1931)• Daftar Ejaan Melayu (Jawi-Rumi) (1938)• Pelita Bahasa Melayu (1966)• Ilmu Mengarang Melayu (1968)• menulis di dalam majalah The Muslim di

Singapura dan juga Islamic Review di London.

Page 13: Pembangunan diri 2

SIFAT-SIFAT ISTIMEWA TOKOH

• Za'ba merupakan seorang yang sangat rendah diri. Walaupun beliau telah banyak berjasa kepada pertumbuhan bahasa Melayu, tetapi beliau masih berasa bahawa ada kekurangan dalam penulisannya dan berharap agar orang lain dapat memperbaik hasilnya pada masa yang akan datang.

• Beliau seorang yang pemurah dan banyak mendermakan wang kepada kolej-kolej untuk menjadi biasiswa kepada anak-anak miskin demi mencapai hasrat pembelajaran mereka.

• Beliau juga seorang yang tidak pernah putus asa dalam mengerjakan cita-citanya untuk meningkatkan status bahasa Melayu walaupun pada peringkat mulanya ramai yang tidak mengendahkan usahanya.

• Za'ba juga seorang yang taat kepada negara. Beliau bergiat aktif dalam Parti UMNO dan berusaha untuk membebaskan Tanah Melayu daripada penjajahan.

Page 14: Pembangunan diri 2

KESIMPULANNYA

• Secara tuntas, Tan Sri Zainal Abidin bin Ahmad merupakan seorang tokoh dalam pelbagai bidang yang unggul. Perjalanan hidup beliau dapat dilihat dengan jelas dalam harian mengenai riwayat hidup beliau. Penerangan tentang jasa beliau diperjelaskan lagi melalui sumbangan yang telah diberikan oleh beliau dalam pelbagai bidang seperti bidang politik, bahasa, kesusasteraan dan sebagainya. Selain itu, hasil karya yang ditulis oleh beliau turut diberikan penekanan.