isi kandungan · menghayati jati diri dalam pembangunan negara 17 baja kompos 18 pembangunan...

28

Upload: dokhue

Post on 03-Aug-2019

252 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: ISI KANDUNGAN · Menghayati Jati Diri dalam Pembangunan Negara 17 Baja Kompos 18 Pembangunan Keluarga 19 Bengkel Keusahawanan Pengurusan Strategi 20
Page 2: ISI KANDUNGAN · Menghayati Jati Diri dalam Pembangunan Negara 17 Baja Kompos 18 Pembangunan Keluarga 19 Bengkel Keusahawanan Pengurusan Strategi 20

ISI KANDUNGAN

Pendahuluan 3

Pengenalan Jelajah Forum dan Ekspo Mampan (JFE Mampan) 4

Kata-kata Aluan Ketua Menteri Melaka 6

Kata-kata Aluan Exco Pertanian dan Pembangunan Usahawan Melaka 7

Kata-kata Aluan Pengerusi Sekretariat JFE Mampan 8

Kata-kata Aluan Pengerusi Persatuan PRISMA 9

Aturcara Program 10

Kriteria Produk atau Perkhidmatan yang dipamerkan di JFE Mampan 14

Mampan Eco-Ride 15

Forum 1: Keusahawanan dalam Pembangunan Mampan 16

Menghayati Jati Diri dalam Pembangunan Negara 17

Baja Kompos 18

Pembangunan Keluarga 19

Bengkel Keusahawanan – Pengurusan Strategi 20

Forum 2: Merintis Cabaran Keusahawanan dengan Inovasi dan Teknologi

21

Teknologi Penyimpanan Tenaga 22

Waste to Wealth 23

Mitos Kesihatan 24

Pendidikan Q-STEM 24

Persatuan Ikatan Seniman Perpaduan Nasional (ISPEN) 25

Acara Pendidikan/Kebudayaan 25

Loghat Melaka 26

Page 3: ISI KANDUNGAN · Menghayati Jati Diri dalam Pembangunan Negara 17 Baja Kompos 18 Pembangunan Keluarga 19 Bengkel Keusahawanan Pengurusan Strategi 20

6 & 7 Mei 2017, Melaka 3

Jelajah Forum & Ekspo MAMPAN 2017 (JFE Mampan 2017) mengarah kepada pembangunan mampan atau berkelanjutan (sustainable development) selari dengan aspirasi yang terangkum di dalam Model Baru Ekonomi Negara:

3.3. Malaysia should lead the global green revolution5.1. The New Economic Model – A sustainable, inclusive, high income economy

JFE Mampan 2017 memulakan suku tahun kedua bertandang ke negeri Melaka juga dikenali sebagai Melaka Negeri Bersejarah atau Negeri Hang Tuah. Negeri Melaka juga diisytiharkan sebagai ‘Melaka Maju’ pada 20.10.2010 pada jam 20:10 di Stadium Hang Jebat yang disempurnakan oleh Perdana Menteri Malaysia langsung dari Putra World Trade Centre (PWTC), Kuala Lumpur. Melaka juga dinyatakan sebagai Negeri Bandar Teknologi Hijau.

Melaka telah mengamalkan slogan “Melawat Melaka Bererti Melawat Malaysia”. Kaya dengan tempat-tempat yang menarik dan bersejarah, Melaka juga terkenal dengan makanannya, terutama gaya masakan Baba dan Nyonya yang terdiri daripada gaya masakan Cina dan Melayu. Kebanyakan hidangannya adalah pedas dan berempah.

Negeri Melaka terletak di pantai barat daya Semenanjung Malaysia, serta bertentangan dengan Sumatera. Berkeluasan 1,650 kilometer persegi, ia bersempadankan Negeri Sembilan di utara dan Johor di timur.

Unsur-unsur ‘mampan’ yang diterapkan dalam segala aspek pembangunan di Melaka bakal memperkukuh negeri Melaka dalam mengharungi cabaran masa depan. Hal ini diberikan perhatian serius oleh Kerajaan Negeri Melaka yang memberi sokongan padu terhadap penganjuran JFE Mampan Melaka 2017.

Berbagai aktiviti direncanakan untuk JFE Mampan Melaka 2017 dan Agenda MAMPAN ini bertujuan memberikan previu dan maklumat tambahan berkaitan aktiviti-aktiviti tersebut.

Semoga Negeri Melaka terus dilimpahi rahmat Tuhan dan menjadi model “Green Society – Green Economy – Sustainable Future”.

Bersama Membangun Masa Depan Yang MAMPAN

Pendahuluan

Page 4: ISI KANDUNGAN · Menghayati Jati Diri dalam Pembangunan Negara 17 Baja Kompos 18 Pembangunan Keluarga 19 Bengkel Keusahawanan Pengurusan Strategi 20

Jelajah Forum & Ekspo Mampan4

Forum dan Ekspo Mampan mengenengahkan pelbagai aktiviti, forum, ekspo, kayuhan basikal, bengkel keusahawanan, bengkel pertanian dan kesenian yang membawa aspirasi pembangunan mampan (sustainable development).

Forum dan Ekspo Mampan telah melalui beberapa siri yang telah bermula sejak 2014 di beberapa lokasi sekitar Lembah Klang.

Siri Jelajah Forum dan Ekspo Mampan (JFE Mampan) dimulakan pada tahun 2016, tidak lain adalah untuk menyebarkan informasi dan memupuk kesedaran tentang Mampan kepada masyarakat seluruh negara. Diharap usaha ini dapat memberi impak kepada masyarakat agar dapat bersama-sama bersepakat untuk membangun negara.

NILAI-NILAI TERAS JFE MAMPANMenyemai Sikap Cinta Negara• Menggalakkan generasi kini kenali negara tercinta dengan mewujudkan

usaha-usaha membangun.

Perpaduan• Memupuk semangat kebersamaan di kalangan masyarakat yang berbilang

kaum.

Peningkatan Jati Diri• Penerapan jati diri yang mantap di dalam setiap peribadi masyarakat. Jati

diri juga dapat diertikan sebagai tujuan hidup yang sesungguhnya yang harus dicapai semua manusia.

Keusahawanan Masyarakat• Melahirkan usahawan yang berjaya dan tidak alpa dengan norma nilai-nilai

murni yang menjadi teras kepada masyarakat kita.

Pengenalan Jelajah Forum dan Ekspo Mampan (JFE Mampan)

Page 5: ISI KANDUNGAN · Menghayati Jati Diri dalam Pembangunan Negara 17 Baja Kompos 18 Pembangunan Keluarga 19 Bengkel Keusahawanan Pengurusan Strategi 20

6 & 7 Mei 2017, Melaka 5

Keprihatinan terhadap Pemeliharaan Alam Sekitar• Mendidik masyarakat yang sentiasa peka dengan perubahan alam serta

merasakan kehadiran alam perlu untuk kita terus hidup dengan sejahtera.

Memertabatkan Seni Kebudayaan Tempatan• Menyanjung tinggi nilai seni budaya tempatan yang kini semakin dipinggirkan

oleh kerana kehadiran arus permodenan.

Meningkatkan Potensi Pelancongan Daerah• Mempelbagaikan sumber pendapatan masyarakat tempatan dengan

menerokai industri pelancongan berasaskan keunikkan daerah tertentu.

PESERTA SASARANSeluruh warganegara, merangkumi –• Agensi Kerajaan• Badan kepimpinan masyarakat• Anggota koperasi• Usahawan dan badan-badan perniagaan• Badan-badan pertubuhan mewakili masyarakat pengguna• Pelajar sekolah rendah, menengah dan penuntut pengajian tinggi• Badan-badan belia

Logo MAMPAN:-1. Daun bertaut dan membentuk huruf M adalah simbolik kepada perkataan MAMPAN. Pemilihan daun

kerana daun memberi maksud tumbuh dan hidup. Ia sentiasa didorong untuk tetap tumbuh, hidup dan berkembang segar. Sesuai dengan perkataan MAMPAN yang memberi maksud kebolehan/kemampuan mengekalkan keadaan (sustainable).

2. Bulatan biru memberi maksud kesatuan, masyarakat dan komuniti yang bekerjasama dalam mencapai matlamat MAMPAN. Biru membawa maksud ketenangan, keyakinan dan kepercayaan di dalam komuniti untuk pembangunan yang MAMPAN.

Page 6: ISI KANDUNGAN · Menghayati Jati Diri dalam Pembangunan Negara 17 Baja Kompos 18 Pembangunan Keluarga 19 Bengkel Keusahawanan Pengurusan Strategi 20

Jelajah Forum & Ekspo Mampan6

Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia.

Jelajah Forum & Ekspo Mampan dijayakan sebagai wadah untuk jalinan usahasama pelbagai komponen negara merangkumi badan-badan kerajaan dan masyarakat umum demi menjayakan pembangunan mampan sesuai dengan aspirasi negara dan Melaka sebagai negeri teknologi hijau menjelang 2020.

Di dalam Model Baru Ekonomi Negara dan di dalam Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK-11), pembangunan mampan menjadi teras kepada agenda pembangunan Negara. Kerajaan Negeri telah dan sedang melaksanakan pelbagai inisiatif ke arah aspirasi tersebut. Antaranya termasuklah pengindahan Sungai Melaka, kempen kebersihan Don’t Mess With Melaka, Bandar Teknologi Hijau Hang Tuah Jaya, Projek Melaka Green City Action, melaksanakan inventori tenaga untuk sembilan bangunan kerajaan, pengasingan sisa pepejal, sifar beg plastik serta polisterin dan banyak lagi.

Misi kerajaan Negeri Melaka menjelang tahun 2020 ialah mendokong misi dan visi Negara menerusi acuan Melaka Maju, Negeri Bandar Teknologi Hijau. Misi dan visi ini termasuklah meningkatkan pencapaian negeri maju, memperkukuhkan status negeri bandar dan meningkatkan status negeri mampan menerusi penggunaan teknologi dan amalan hijau.

Hasrat ini diterjemah menerusi kerangka Melaka Maju Bandar Teknologi Hijau yang memberi tumpuan kepada lapan sektor utama iaitu alam sekitar, demografi, ekonomi bandar, pengurusan dan kewangan, pengangkutan dan aksesibiliti, kemudahan masyarakat dan rekreasi, sosiologi dan impak sosial serta utiliti dan infrastruktur.

Kerajaan Negeri Melaka sentiasa menyokong apa juga usaha daripada badan-badan bukan kerajaan yang mahu berganding bahu dengan pihak kerajaan dalam memperkukuh daya tahan negara. Semoga Jelajah Forum & Ekspo Mampan Peringkat Negeri Melaka 2017 berjalan dengan jayanya sekali gus memberi impak berterusan kepada sekuruh masyarakat. Selamat Maju Jaya.

“TIDAK SEMPURNA MELAWAT MELAKA, JIKA TIDAK MENYUSURI SUNGAI MELAKA.”“MELAKA MAJU NEGERIKU SAYANG FASA KE-2.”“MELAKA 755 TAHUN – BERKAT TEPAT CEPAT.”

Y.A.B. Datuk Seri Utama Ir. Haji Idris Bin Haji HaronKetua Menteri Melaka

Kata-kata Aluan Ketua Menteri Melaka

Page 7: ISI KANDUNGAN · Menghayati Jati Diri dalam Pembangunan Negara 17 Baja Kompos 18 Pembangunan Keluarga 19 Bengkel Keusahawanan Pengurusan Strategi 20

6 & 7 Mei 2017, Melaka 7

Kata-kata Aluan Exco Pertanian dan Pembangunan Usahawan Negeri Melaka

Salam 1 Malaysia, Salam Melaka Negeriku Sayang, Bandar Teknologi Hijau.

Sektor Pertanian dan Keusahawanan merupakan antara sektor yang menjadi sumber penting bagi meningkatkan pendapatan rakyat dan menggalakkan pertumbuhan ekonomi Negara.

Sektor pertanian merupakan teras ekonomi kepada perkembangan pengeluaran Negara secara keseluruhannya. Sektor ini mempunyai masa depan yang cerah walaupun berhadapan dengan pelbagai isu dan cabaran. Kesedaran bahawa pertanian itu satu perniagaan adalah salah satu cabaran yang perlu dipikul bersama.

Sebenarnya mampan tidak hanya berkisar tentang ‘Go Green’ dengan penekanan kepada usaha-usaha dan teknologi yang mesra alam dan memelihara kesediaan sumber asli untuk generasi mendatang, tetapi ia merangkumi pelbagai aspek lain demi kesinambungan hidup manusia seperti perpaduan, kekuatan jati diri, kemahiran, keadilan sosial, keamanan dan kemakmuran.

Jelas sekali pertanian dan keusahawanan boleh berjalan bersama ke arah memelihara alam sekitar dan perkembangan ekonomi rakyat Malaysia yang lebih baik, “Pertanian itu Satu Perniagaan” memberi manfaat kepada kedua-dua belah pihak, iaitu golongan petani akan mendapatkan pendapatan yang lebih baik dan memberi sebuah pendidikan kesedaran kepada golongan yang terlibat dalam perniagaan bahawa kepentingan menjaga alam sekitar perlu di pikul bersama.

Kerajaan Negeri Melaka sentiasa memberi sokongan dengan usaha-usaha daripada badan-badan bukan kerajaan yang mahu bekerjasama dengan pihak kerajaan untuk memberi maklumat secara berterusan kepada usahawan dan petani, tidak mustahil transformasi sektor pertanian ini boleh menjadi realiti.

Semoga Jelajah Forum & Ekspo Mampan Peringkat Negeri Melaka 2017 dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Y.B. Datuk Hasan Bin Abdul RahmanExco Pertanian dan Pembangunan Usahawan,

Negeri Melaka

Page 8: ISI KANDUNGAN · Menghayati Jati Diri dalam Pembangunan Negara 17 Baja Kompos 18 Pembangunan Keluarga 19 Bengkel Keusahawanan Pengurusan Strategi 20

Jelajah Forum & Ekspo Mampan8

Segala puji untuk Allah S.W.T. yang dengan limpah rahmat-Nya kita dapat terus menganjurkan Jelajah Forum & Ekspo Mampan (JFE Mampan), kali ini di Negeri Melaka Bandaraya Bersejarah. bertemakan ‘Mempertingkatkan Keusahawanan Demi Melaka Maju Negeriku Sayang’.

Sebagai sebuah badan masyarakat yang ingin turut serta dalam agenda pembangunan Negara pihak Sekretariat amat menghargai dan berterima kasih kepada Kerajaan Negeri Melaka, khususnya Datuk Seri Utama Ir. Hj. Idris Bin Hj. Haron, Ketua Menteri Melaka yang memberi sokongan penuh terhadap penganjuran JFE Mampan kali ini.

Isu mampan adalah isu seluruh anggota masyarakat dan ia hanya dapat ditangani secara efektif dan efisyen melalui usaha bersama dan terpadu oleh semua komponen masyarakat merangkumi badan-badan kerajaan, badan-badan bukan kerajaan, institusi pendidikan, badan-badan perniagaan dan sebagainya.

JFE Mampan dirangka agar ia bersifat inklusif melibatkan semua peringkat masyarakat, mencetus perlaksanaan program yang berterusan dan memberi impak dalam pemerkasaan sumber daya dan peningkatan kualiti hidup masyarakat.

Forum dan ekspo yang dianjurkan menjadi medan untuk memperkenalkan dan mencetus berbagai idea baru dan inovasi sesuai dengan aspirasi pembangunan mampan manakala program-program lain seperti kayuhan ‘Eco-Ride’, pembuatan baja kompos, berbagai bengkel keusahawanan dan pertanian serta persembahan kebudayaan dan kesenian membawa nilai-nilai teras kenegaraan seperti jati diri, perpaduan dan cinta negara.

Kami aturkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada berbagai pihak yang turut serta dalam menjayakan JFE Mampan kali ini dan mendoakan semoga ia dapat berjalan dengan jayanya dan diberkati Allah S.W.T.

Ahmad Ruzizan Maphilindo Bin Mohd IsaPengerusi, Sekretariat Jelajah Forum & Ekspo Mampan

Kata-kata Aluan Pengerusi Sekretariat JFE Mampan

Page 9: ISI KANDUNGAN · Menghayati Jati Diri dalam Pembangunan Negara 17 Baja Kompos 18 Pembangunan Keluarga 19 Bengkel Keusahawanan Pengurusan Strategi 20

6 & 7 Mei 2017, Melaka 9

Segala puji-pujian bagi Allah S.W.T., Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas Junjungan Nabi Muhammad S.A.W. Saya dengan penuh kesyukuran dapat bersama-sama menganjurkan Jelajah Forum dan Ekspo Mampan (JFE Mampan) Peringkat Negeri Melaka 2017. Semoga dengan adanya JFE Mampan ini, masyarakat dapat menilai kesungguhan dan kegigihan warga kerja PRISMA dalam usaha membangunkan komuniti masyarakat terutama rakyat di Negeri Melaka Bandaraya Bersejarah.

Tema ‘Mempertingkatkan Keusahawanan Demi Melaka Maju Negeriku Sayang’ telah dipilih sebagai panduan bagi permulaan perjalanan JFE Mampan tahun 2017. Saya pasti pihak kerajaan negeri Melaka sentiasa merancang dan melancarkan pelbagai usaha ke arah pembangunan komuniti masyarakat negeri Melaka supaya seiring dengan Agenda Pembangunan Mampan 2030 dan matlamat pembangunan (SDGs). Justeru itu, saya berharap usaha murni ini dapat diteruskan pada masa akan datang dan saya mendoakan semoga kerjasama ini akan mencapai visi dan matlamat yang ditetapkan serta terus mencipta kegemilangan demi pembangunan mampan negeri Melaka.

PRISMA sebagai persatuan yang ingin turut serta dalam agenda pembangunan Negeri Perak merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua jawatan kuasa yang terlibat secara langsung mahu pun tidak dalam menjayakan JFE Mampan Peringkat Negeri Melaka 2017 dan semua warga negeri Melaka yang menyokong penuh untuk menjayakan JFE Mampan ini.

Harapan kami Persatuan Prihatin Sosial Ekonomi Rakyat Melaka dengan adanya program sebegini dan kesinambungannya, maka dapatlah kami sentiasa seiring bersama-sama masyrakat, organisasi dan kerajaan membangun bangsa dan negara.

Sekian.

AMIZI BIN TAIBPengerusi

Persatuan Prihatin Sosial Ekonomi Rakyat Melaka (PRISMA)

Kata-kata Aluan Pengerusi Persatuan PRISMA

Page 10: ISI KANDUNGAN · Menghayati Jati Diri dalam Pembangunan Negara 17 Baja Kompos 18 Pembangunan Keluarga 19 Bengkel Keusahawanan Pengurusan Strategi 20

Jelajah Forum & Ekspo Mampan10

SABTU, 6 MEI 2017EKSPO MAMPAN – RUANG PAMERAN0800 – 1600 : Booth Pameran (Agensi Oblik Jabatan, IPT, Badan-badan Kerajaan)

– Anugerah Inovasi– Pembentangan Perniagaan (Business Pitching)– Pemadanan Perniagaan– Booth Jualan

KESIHATAN – LAPANGAN0800 – 1100 : MAMPAN Eco-Ride dari RTC ke Kompleks Rimbunan Kasih : Lawatan Kampung : Lawatan Booth Pameran dan Jualan

FORUM MAMPAN – DEWAN FORUM0800 – 0830 : Pendaftaran & Rangkaian0830 – 0845 : Cabutan Bertuah 10845 – 0900 : Pembentangan Produk 1 (Penaja 1)0900 – 1030 : Forum 1 “Keusahawanan dalam Pembangunan Mampan”

Moderator: En Mohd Hafiz Bin Awang Hassim, Presiden ACTPanel 1: Cik Nordiana Binti Ibrahim, Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar, Fakulti Perladangan & Agroteknologi, UiTMPanel 2: Prof Madya Juhari Bin Ab Razak, Pengarah Pusat Kelestarian dan Alam Sekitar, UTeMPanel 3: En Kamarulzaman Ahamad Bin Zainudin, Ketua Jabatan SIRIM Melaka

1030 – 1130 : Lawatan Booth Pameran dan Jualan

Aturcara Program

Page 11: ISI KANDUNGAN · Menghayati Jati Diri dalam Pembangunan Negara 17 Baja Kompos 18 Pembangunan Keluarga 19 Bengkel Keusahawanan Pengurusan Strategi 20

6 & 7 Mei 2017, Melaka 11

KEBUDAYAAN – BILIK 10845 – 0945 : Menghayati Jati Diri dalam Pembangunan Negara oleh Tan Sri

Datuk Wira Prof Dr Abdul Latiff Bin Abu Bakar0945 – 1015 : Lawatan Booth Pameran dan Jualan

BENGKEL PERTANIAN – LAPANGAN0845 – 0945 : Bengkel Membuat Baja Kompos0945 – 1015 : Lawatan Booth Pameran dan Jualan

PENDIDIKAN – LAPANGAN1000 – 1100 : Pembangunan Keluarga 1) Pengurusan Kewangan Keluarga oleh En Mohd Hairil Bin Nik

Mustapha 2) Grooming Self-Directed Learners oleh En Suryakenchana Omar1100 – 1130 : Lawatan Booth Pameran dan Jualan

BENGKEL USAHAWAN – LAPANGAN1000 – 1100 : Ulasan Program Keusahawanan1100 – 1130 : Lawatan Booth Pameran dan Jualan

PERASMIAN – PENTAS1100 – 1130 : Ketibaan Tetamu dan Dif-dif Jemputan1130 – 1140 : Nyanyian Lagu “Negaraku” : Nyanyian Lagu “Melaka Maju Jaya” : Bacaan Ikrar Rukun Negara : Bacaan Doa1140 – 1150 : Persembahan Dondang Sayang1150 – 1155 : Tayangan Montaj Jelajah Forum dan Ekspo Mampan 20171155 – 1210 : Ucapan Alu-aluan oleh

Yang Berusaha En Ahmad Ruzizan Maphilindo Bin Mohd Isa, Pengerusi Sekreteriat JFE Mampan

1210 – 1225 : Ucapan Khas Perasmian oleh Yang Amat Berhormat Datuk Seri Utama Ir. Haji Idris Bin Haji Haron, Ketua Menteri Melaka

1225 – 1240 : Gimik Pelancaran JFE Mampan Peringkat Negeri Melaka 2017 dan Penyerahan Agenda MAMPAN

1240 – 1245 : Penyampaian Cenderamata1245 – 1330 : Lawatan Booth Pameran dan Jualan1330 –1400 : Makan Tengah Hari

Page 12: ISI KANDUNGAN · Menghayati Jati Diri dalam Pembangunan Negara 17 Baja Kompos 18 Pembangunan Keluarga 19 Bengkel Keusahawanan Pengurusan Strategi 20

Jelajah Forum & Ekspo Mampan12

FORUM MAMPAN – DEWAN FORUM1400 – 1415 : Cabutan Bertuah 21415 – 1430 : Pembentangan Produk 2 (Penaja 2)1430 –1600 : Forum 2 “Merintis Cabaran Keusahawanan dengan Inovasi dan

Teknologi”Moderator: En Amirudin Bin Rasedin, Setiausaha Eksekutif, Yayasan Al-Tarbiyah MalaysiaPanel 1: Datuk Hasnoor Bin Sidang Husin, Ketua Jabatan, Unit Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera (UPEB), MelakaPanel 2: Dr Jasmi Bin Ahmad, Ahli Majlis Perbadanan Jasin, Mantan Pensyarah UTeM & KUIMPanel 3: En Hisham Talib Bin Abdul Talib, Co-founder & COO, PasarTap

1600 – 1615 : Koleksi Maklumbalas (Feedback Collection)1615 – 1630 : Penghargaan & Cabutan Bertuah 31630 – 1700 : Lawatan Booth Pameran dan Jualan

TEKNOLOGI HIJAU – LAPANGAN1415 – 1515 : Teknologi Penyimpanan Tenaga1515 – 1545 : Lawatan Booth Pameran dan Jualan

PROGRAM HIJAU – LAPANGAN1400 – 1515 : Waste to Wealth – Green Purchasing Network Malaysia (GPNM)1515 – 1545 : Lawatan Booth Pameran dan Jualan

KESIHATAN – LAPANGAN1515 – 1700 : Mitos Kesihatan – Medical Mythbusters Malaysia1700 – 1730 : Lawatan Booth Pameran dan Jualan

PENDIDIKAN – LAPANGAN1530 – 1630 : Pendidikan Q-STEM1630 – 1700 : Lawatan Booth Pameran dan Jualan

KEBUDAYAAN – PENTAS1615 – 1630 : Cabutan Bertuah 41630 – 1700 : Persembahan Kebudayaan1700 – 1730 : Lawatan Booth Pameran dan Jualan

Page 13: ISI KANDUNGAN · Menghayati Jati Diri dalam Pembangunan Negara 17 Baja Kompos 18 Pembangunan Keluarga 19 Bengkel Keusahawanan Pengurusan Strategi 20

6 & 7 Mei 2017, Melaka 13

AHAD, 7 MEI 2017EKSPO MAMPAN – RUANG PAMERAN0800 – 1600 : Booth Pameran (Agensi Oblik Jabatan, IPT, Badan-badan Kerajaan)

– Anugerah Inovasi– Pembentangan Perniagaan (Business Pitching)– Pemadanan Perniagaan– Inovasi Agensi– Booth Jualan

KESIHATA/KEBUDAYAAN/SUKARELAWAN – LAPANGAN0700 – 0830 : Senamrobik0830 – 0900 : Taklimat Penyertaan Program0900 – 1100 : Sepak Takraw0900 – 1100 : Sukan Rakyat0900 – 1100 : Pertandingan Masakan0900 – 1100 : Sukan Berpendidikan1030 – 1130 : Ceramah Sukarelawan – Halatuju Sukarelawan

MAJLIS PENUTUP – PENTAS1130 – 1200 : Ketibaan Dif-dif Jemputan1200 – 1245 : Penyata JFE Mampan Negeri Melaka 2017 oleh Yang Berusaha En Ramlan Bin Harun,

Pengarah Program JFE Mampan Nasional : Sekalung Penghargaan oleh

Yang Berusaha En Ahmad Ruzizan Maphilindo Bin Mohd Isa, Pengerusi Sekreteriat JFE Mampan

: Ucapan Khas dan Penutupan Program oleh Yang Berhormat Datuk Hasan Bin Abdul Rahman,

Exco Pertanian dan Pembangunan Usahawan, Negeri Melaka1245 – 1300 : Penyampaian Sijil Inovasi : Penyerahan Bendera MAMPAN kepada Pengarah Program JFE

Mampan Peringkat Negeri Pahang 2017 : Penyampaian Cenderamata1300 – 1330 : Sesi Fotografi/Sidang Media : Bersurai

Page 14: ISI KANDUNGAN · Menghayati Jati Diri dalam Pembangunan Negara 17 Baja Kompos 18 Pembangunan Keluarga 19 Bengkel Keusahawanan Pengurusan Strategi 20

Jelajah Forum & Ekspo Mampan14

PRODUK ATAU PERKHIDMATAN DIPAMERKAN DI EKSPO MAMPAN PERLU MEMENUHI SEKURANG-KURANGNYA SALAH SATU DARIPADA KRITERIA BERIKUT:

• Mudah digunakan semula (sama ada keseluruhan atau terpisah)• Dibuat menggunakan sumber-sumber semulajadi dan/atau boleh diperbaharui• Mengandungi kandungan kitar semula (pasca-pengguna dan/atau pasca-

industri)• Dengan mudah dikitar semula• Biodegradable• Tidak mengandungi bahan-bahan yang sangat toksik, dan pengeluaran

mereka tidak menyebabkan pengeluaran bi-produk yang sangat toksik• Tidak mengandungi klorofluorokarbon, klorofluorokarbon hidro atau bahan-

bahan lain yang mengancam ozon• Menggalakkan kualiti udara yang baik• Penggunaan tenaga yang rendah/efisyen• Tahan lama dengan keperluan penyelenggaraan yang rendah• Rendah “tenaga sampingan” (tenaga yang diperlukan untuk menghasilkan/

mengangkut)• Menggalakkan cara yang lebih baik dalam penggunaan sumber asli –

melakukan ‘more for less’• Meningkatkan kualiti hidup masyarakat• Melibatkan pemerkasaan masyarakat (pendidikan, latihan dan pembangunan)• Penglibatan masyarakat terpinggir

Selain di atas, produk yang ditawarkan hendaklah mematuhi piawaian atau peraturan yang berkaitan daripada pihak berkuasa yang berkenaan (seperti HACCP, GMP, SIRIM, Halal dan lain-lain)

Kriteria Produk atau Perkhidmatan yang dipamerkan di JFE Mampan

Page 15: ISI KANDUNGAN · Menghayati Jati Diri dalam Pembangunan Negara 17 Baja Kompos 18 Pembangunan Keluarga 19 Bengkel Keusahawanan Pengurusan Strategi 20

6 & 7 Mei 2017, Melaka 15

MAMPAN Eco-Ride adalah program berbasikal yang dianjurkan oleh JFE Mampan Peringkat Negeri Melaka 2017. Acara berbasikal ini akan bermula dari RTC Sungai Rambai ke Taman Rimbunan Kaseh, yang terletak di Serkam, Merlimau. Jarak kayuhan kali ini 35 km dan penyertaan adalah percuma.

Aktiviti berbasikal bukan sahaja satu bentuk senaman dan rekreasi tetapi juga sebagai satu bentuk pengangkutan di bandar. Ianya murah, mudah, boleh dipercayai dan bentuk pengangkutan yang sesuai serta tidak memerlukan cukai jalan, insurans dan bil minyak serta murah untuk diselenggara. Ianya dapat menjimatkan tenaga dan ruang, serta melindungi seseorang daripada kesan penggunaan automobil yang merosakkan kesihatan.

Dengan berbasikal juga akan meningkatkan kesihatan kerana berbasikal secara tetap menjadikan kita kurang menghidap penyakit jantung koronari, tekanan darah tinggi dan penyakit lain.

MAMPAN “Eco-Ride” berlangsung dari

pukul 8-11 pagi pada 6 Mei di JFE Mampan

Melaka 2017 bertempat di lapangan RTC

MAMPAN Eco-Ride

Page 16: ISI KANDUNGAN · Menghayati Jati Diri dalam Pembangunan Negara 17 Baja Kompos 18 Pembangunan Keluarga 19 Bengkel Keusahawanan Pengurusan Strategi 20

Jelajah Forum & Ekspo Mampan16

AHLI PANEL• Cik Nordiana Binti Ibrahim, Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar,

Fakulti Perladangan & Agroteknologi, UiTM

• Prof Madya Juhari Bin Ab Razak, Pengarah Pusat Kelestarian dan Alam Sekitar, UTeM

• En Kamarulzaman Ahamad Bin Zainudin, Ketua Jabatan SIRIM Melaka

Berbagai isu global yang mengancam keberlanjutan kehidupan manusia telah mencetus kesedaran untuk manusia mengambil pendekatan baru dalam pembangunan.

Istilah ‘sustainable development’ atau pembangunan mampan menekankan keharmonian dan keseimbangan dalam hubungan antara masyarakat, ekonomi dan alam sekitar. Sumber kehidupan untuk generasi akan datang tidak seharusnya dikorbankan atas maksud pembangunan dan aktiviti ekonomi.

Hal ini menuntut keusahawanan yang lebih bertanggungjawab dan ia turut membuka peluang dalam melahirkan pelbagai kaedah dan teknologi baru dalam penggunaan sumber alam termasuk penggunaan tenaga yang boleh diperbaharui (renewable energy), kitar semula bahan terpakai, pertanian organik, dan sebagainya.

Forum bakal membincangkan dan memperolehi informasi tentang hal-hal yang berikut:

� Apakah ciri-ciri pembangunan mampan?� Apakah cabaran utama dalam merealisasikan pembangunan mampan

di Malaysia?� Bagaimanakah tahap kesedaran di kalangan usahawan dan pengguna

dalam hal ini?� Saranan dan cadangan dalam membina komuniti usahawan yang

mengutamakan ‘3P Bottom Line – Profit, People, Planet’?� Berbagai peluang keusahawanan yang wujud dalam aspek pembangunan

mampan?� Pelajaran yang dapat diambil dari mana-mana kes sebenar (actual case study)?

Forum 1: Keusahawanan dalam Pembangunan Mampan

Forum 1 “Keusahawanan dalam Pembangunan

Mampan” akan diadakan pukul 9.00-10.30 pagi

pada 6 Mei di JFE Mampan Melaka 2017 bertempat di Dewan Forum RTC

Page 17: ISI KANDUNGAN · Menghayati Jati Diri dalam Pembangunan Negara 17 Baja Kompos 18 Pembangunan Keluarga 19 Bengkel Keusahawanan Pengurusan Strategi 20

6 & 7 Mei 2017, Melaka 17

Menghayati Jati Diri dalam Pembangunan Negara

Ceramah “Menghayati Jati Diri dalam Pembangunan

Negara” oleh Tan Sri Datuk Wira Prof Dr Abdul Latiff Abu Bakar akan diadakan pukul 8.45-9.45 pagi pada

6 Mei di JFE Mampan Melaka 2017 bertempat

di RTC

Jati diri merupakan teras dan lambang keperibadian seseorang individu. Ia juga sering dikaitkan dengan sifat seseorang yang berkembang sejak dari kecil lagi dan seterusnya membawa kepada kedewasaan individu tertentu. Faktor-faktor rohani dan jasmani yang lahir dalam diri individu itulah membentuk jati diri dan sifat moral yang baik ataupun sebaliknya. Ia menunjukkan identiti sesebuah bangsa, agama dan negara dalam mencapai matlamat ke arah menegakkan keperibadian bangsa.

Apa yang kita amalkan dalam rutin seharian seperti bertutur dalam Bahasa Melayu adalah asal usul jati diri Malaysia dan perlu dikekalkan daripada dicemari. Penghayatan kepada 5 prinsip Rukun Negara, selain memahami maksud tersirat lagu negaraku serta menghormati Jalur Gemilang akan menyemarakkan lagi jati diri dan rasa cinta kepada negara.

Jati diri mendukung matlamat ke arah menegakkan keperibadian bangsa dalam konteks pembangunan negara. Kesedaran kepada betapa berharganya jati diri sesebuah negara perlu menanam dalam jiwa setiap rakyat Malaysia, seperti kata pepatah, “di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung”.

Page 18: ISI KANDUNGAN · Menghayati Jati Diri dalam Pembangunan Negara 17 Baja Kompos 18 Pembangunan Keluarga 19 Bengkel Keusahawanan Pengurusan Strategi 20

Jelajah Forum & Ekspo Mampan18

Baja Kompos Bengkel proses pembuatan “Baja Kompos” akan

diadakan di lapangan dari pukul 8.45-9.45

pagi pada 6 Mei di JFE Mampan Melaka 2017

Bagaimana pembuatan baja kompos berfungsi…

Bahan-bahan dimasukkan di dalam bekas

Dram berputar Akhir sekali,

baja kompos terhasil

1

32

Sisa makanan dimeterai dalam beg plastik di tapak pelupusan sampah tidak mengurai dengan betul. Sebaliknya, ia menghasilkan metana, gas rumah hijau, yang menyumbang kepada pemanasan global, dan juga cecair, leachate yang boleh mencemarkan bekalan air.

Pengkomposan sisa makanan dapur anda adalah mudah dan memerlukan sedikit masa, usaha atau ruang, bergantung kepada sistem yang anda gunakan. kompos yang tidak ternilai bagi tanah di taman anda atau tumbuh-tumbuhan pasu: Ia adalah makanan yang lengkap dan semulajadi untuk tanah, membantu untuk memperbaiki struktur, kebolehan mengekalkan air dan kesihatan secara keseluruhan.

(Sumber: http://www.hgtv.com/design/decorating/clean-and-organize/how-to-compost-kitchen-waste)

** Ia mengambil masa secara purata selama ±6 minggu untuk bahan-bahan baru menghasilkan baja kompos.

Page 19: ISI KANDUNGAN · Menghayati Jati Diri dalam Pembangunan Negara 17 Baja Kompos 18 Pembangunan Keluarga 19 Bengkel Keusahawanan Pengurusan Strategi 20

6 & 7 Mei 2017, Melaka 19

Pembangunan Keluarga Slot Pendidikan “Pembangunan Keluarga”

akan diadakan pukul 10.00 pagi untuk slot-1

dan slot-2 pukul 10.30 pagi pada 6 Mei di JFE Mampan

Melaka 2017 bertempat di lapangan RTC

Penceramah 1: En Mohd Hairil Bin Nik Mustapha

Kelulusan:Sarjana Muda dalam Perakaunan di Universiti Putra Malaysia (UPM)

Topik: Pengurusan Kewangan Keluarga

Penceramah 2: En Suryakenchana Omar

Kelulusan:Dip in Social WorkGCE A Level, Economics, Geography, MathematicsBA in Geography, BA (Hons), MA, SE Asian Studies

Topik:Grooming Self-Directed Learners

As parents, we would love that our children become self-directed learners. In becoming self-directed learners, our children will need to learn skills that can help them become independent and motivated. Such skills are usually called study skills. In this talk, the range of essential skills needed for students to be self-directed learners will be shared and explained.

Page 20: ISI KANDUNGAN · Menghayati Jati Diri dalam Pembangunan Negara 17 Baja Kompos 18 Pembangunan Keluarga 19 Bengkel Keusahawanan Pengurusan Strategi 20

Jelajah Forum & Ekspo Mampan20

“Bengkel Keusahawanan” akan

diadakan dari pukul 10-11 pagi pada 6 Mei di JFE Mampan Melaka 2017 bertempat di RTC

Bengkel Keusahawanan – Pengurusan Strategi

Page 21: ISI KANDUNGAN · Menghayati Jati Diri dalam Pembangunan Negara 17 Baja Kompos 18 Pembangunan Keluarga 19 Bengkel Keusahawanan Pengurusan Strategi 20

6 & 7 Mei 2017, Melaka 21

AHLI PANEL• Datuk Hasnoor Bin Sidang Husin

Ketua Jabatan, Unit Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera (UPEB), Melaka

• Dr Jasmi Bin Ahmad Ahli Majlis Perbadanan Jasin, Mantan Pensyarah UTeM & KUIM

• En Hisham Talib Bin Abdul Talib Co-founder & COO, PasarTap

Suasana ekonomi dewasa ini melahirkan berbagai cabaran kepada usahawan. Beberapa perniagaan yang besar dan sudah lama bertahan pun mengalami kemerosotan.

Para usahawan perlu peka dengan suasana ekonomi global dan perubahan gaya hidup masyarakat sesuai dengan peredaran zaman.

Ini menuntut para usahawan untuk terus melakukan inovasi dan mengaplikasi teknologi terkini untuk terus meletakkan perniagaannya dalam posisi yang kukuh dan relevan dalam memberikan produk atau perkhidmatan yang diingini oleh masyarakat pengguna.

Bentuk pembentangan model-model case study yang berkaitan Tajuk forum.

Soalan adalah terbuka kepada audien selepas sesi pembentangan dari Panelist.

Forum 2 “Merintis Cabaran Keusahawanan dengan Inovasi dan Teknologi”

akan diadakan pukul 2.30-4.00 petang pada 6 Mei di JFE Mampan Melaka 2017 bertempat di Dewan Forum RTC

Forum 2: Merintis Cabaran Keusahawanan dengan Inovasi dan Teknologi

Page 22: ISI KANDUNGAN · Menghayati Jati Diri dalam Pembangunan Negara 17 Baja Kompos 18 Pembangunan Keluarga 19 Bengkel Keusahawanan Pengurusan Strategi 20

Jelajah Forum & Ekspo Mampan22

Usaha UTeM dalam usaha menuju negara maju kini berpaksikan kepada beberapa Agenda Transformasi Nasional ke arah negara berpendapatan tinggi bagi merealisasikan hasrat Wawasan 2020.

Negara memerlukan satu pendekatan baharu dalam menyediakan sistem pendidikan yang terunggul sebagai platform memperkasa jalinan kerjasama utuh bagi perkongsian kepakaran, percambahan idea dalam bidang penyelidikan, sumbangsaran kemahiran profesional dan lain-lain lagi.

Aspek pendidikan sememangnya menjadi tumpuan seperti yang disarankan Perdana Menteri termasuklah kerjasama pintar bersama pihak industri, perkhidmatan komuniti dan khidmat masyarakat.

Aspek pendidikan terutama dalam bidang akademik, penyelidikan dan penerbitan, pembangunan modal insan dan kerjasama-kerjasama pintar lain yang akan memberi manfaat kepada ketiga-tiga institusi terlibat.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/pendidikan/kampus/kuim-jalin-kerjasama-8232-pintar-bersama-utem-uir-1.442050#ixzz4fYkGqrjX © Utusan Melayu (M) Bhd

“Teknologi Penyimpanan Tenaga”

akan diadakan dari pukul 2.15-3.15 petang

pada 6 Mei di JFE Mampan Melaka 2017 bertempat di lapangan

RTC

Teknologi Penyimpanan Tenaga

Page 23: ISI KANDUNGAN · Menghayati Jati Diri dalam Pembangunan Negara 17 Baja Kompos 18 Pembangunan Keluarga 19 Bengkel Keusahawanan Pengurusan Strategi 20

6 & 7 Mei 2017, Melaka 23

Waste to Wealth

Kadar kitar semula nasional hari ini hanya berada di tahap 10.5 peratus sahaja daripada jumlah bahan buangan yang dilupuskan, berbanding negara maju yang melebihi 40 peratus.

Oleh kerana jumlah bahan yang dibuang ke tapak pelupusan setiap tahun pula dianggarkan sebanyak 2.3 juta tan dengan nilai mencecah RM900 juta, ekoran itu peningkatan kadar kitar semula akan membawa manfaat besar daripada segi penggunaan semula sumber dan peningkatan ekonomi negara.

Bermula dari 2010 hingga 2014, sebanyak 1.2 juta kg barangan kitar semula telah berjaya dikumpulkan dan hasil jualan barangan kitar semula ini berjumlah RM335,000. Ianya mencerminkan pendapatan boleh dijana melalui amalan kitar semula berkonsepkan “Waste to Wealth”.

(Sumber Utusan Online: 04 Januari 2016)

“Waste to Wealth” dalam Program Hijau akan diadakan dari pukul

3.30-4.30 petang pada pada 6 Mei di JFE Mampan Melaka 2017 bertempat di lapangan RTC

Page 24: ISI KANDUNGAN · Menghayati Jati Diri dalam Pembangunan Negara 17 Baja Kompos 18 Pembangunan Keluarga 19 Bengkel Keusahawanan Pengurusan Strategi 20

Jelajah Forum & Ekspo Mampan24

SHAH ALAM – Komuniti doktor perubatan di laman Facebook dikenali sebagai “Medical Mythbusters Malaysia” (M3) bersedia berkongsi ilmu dengan pihak media berkaitan isu kesihatan termasuk vaksinasi.

Menerusi satu kenyataan, Dr Mohd Syamirulah Rahim mewakili M3 berkata, selari dengan objektif dan saranan Kementerian Kesihatan Malaysia, pihaknya bersedia memberi khidmat nasihat atau kerjasama yang diperlukan.

“Kami di Medical Mythbusters Malaysia terdiri pakar dan pegawai bidang kesihatan sedia dihubungi bagi khidmat nasihat atau kerjasama mana-mana pihak terutama media massa berkaitan isu kesihatan termasuk vaksinasi,” katanya.

Menurutnya, para doktor seluruh Malaysia sedang bertungkus-lumus memberikan maklumat benar dengan sumber rujukan berkaliber sekali gus memperbaiki persepsi masyarakat terhadap vaksinasi demi kemaslahatan ummah.

“Umum sudah maklum negara kita berhadapan masalah kemunculan kembali jangkitan dan wabak penyakit cegahan vaksin contohnya difteria, pertussis (batuk kokol) dan measles yang dahulunya sukar didengari,” katanya.

M3 platform di Facebook, bertujuan menangkis dan menjawab pelbagai fitnah dan mitos dilemparkan terhadap bidang perubatan khas di Malaysia. M3 juga menawarkan alternatif kepada orang awam mendapatkan maklumat tepat.

Mitos Kesihatan

Pendidikan Q-Stem

“Mitos Kesihatan – Medical Mythbusters Malaysia” akan

diadakan dari pukul 2.15-3.15 petang pada 6 Mei di JFE Mampan Melaka

2017 bertempat di RTC

Page 25: ISI KANDUNGAN · Menghayati Jati Diri dalam Pembangunan Negara 17 Baja Kompos 18 Pembangunan Keluarga 19 Bengkel Keusahawanan Pengurusan Strategi 20

6 & 7 Mei 2017, Melaka 25

Persatuan Ikatan Seniman Perpaduan Nasional (ISPEN)

Acara Pendidikan/Kebudayaan

ISPEN akan mengadakan persembahan Kebudayaan

dari pukul 4.30 petang pada 6 Mei di JFE Mampan

Melaka 2017 bertempat di pentas RTC

“Acara Pendidikan/Kebudayaan” akan diadakan pada pagi ahad dari

pukul 7.00 pagi pada 7 Mei di JFE Mampan Melaka 2017 bertempat di lapangan RTC

Persatuan Ikatan Seniman Perpaduan Nasional ( ISPEN) merupakan sebuah persatuan yang ingin memartabatkan seni dan budaya Melayu dengan nilai-nilai perpaduan nasional.

ISPEN sering tidak ketinggalan dalam menyertai JFE Mampan khususnya dalam membina jaringan dengan Jabatan kesenian dan Kebudayaan Negeri dan berbagai badan-badan kesenian dan kebudayaan setempat dalam menjayakan persembahan kesenian dan kebudayaan.

Pelbagai acara yang akan dijalankan seperti senamrobik, perlawanan sepak takraw, aktiviti sukan rakyat dan juga pertandingan memasak menjadi satu platform dalam mempromosikan tradisi dan budaya masyarakat Malaysia supaya tidak telan dek zaman serta mendidik generasi muda agar lebih mengenali dan menghargai budaya mereka.

Page 26: ISI KANDUNGAN · Menghayati Jati Diri dalam Pembangunan Negara 17 Baja Kompos 18 Pembangunan Keluarga 19 Bengkel Keusahawanan Pengurusan Strategi 20

Jelajah Forum & Ekspo Mampan26

Koweng – comotGebau – SelimutKensal – Tuala mandiBeledi – BaldiCebok – GayungGobok – AlmariLemari – AlmariKahau – Cakap Kasar, cakap besar Reti – Pandai, bolehLahabau – Apa khabar (La’ Khabar)Lahanat – LaknatHawau/Kesampau hawau – Menunjukan rasa keciwa ( Sampar Hawar -penyakit yg kena pada ayam)Godak – KacauMencekik, Mentekedarah, Berbokoh – MakanKepau – SepahBongkang – TidurKumbah – SelerakDak – Kata panggilan sebelum nama seseorangLopak – Kotak pensil

Membongkah – Kuat makanMembongkang/membuta – TidurLebang – PemalasMelohau – Besar sangatSakau – Merampas, Mencuri atau mengambil hak orangNau – Benar, SangatMelanguk – MelepakHandau – Terlepas atau Canguk – Tak bermayaBe – Panggilan untuk orang yang tidak dikenaliPiau – Asli/pureTegak – LurusBalai – KhemahTiak – PanggilNyaut – SahutGhumah – RumahBongkau – BeredarSengkuap – Serambi RumahGhoboh – Roboh atau musnahMengkewan – Bilik AirMuai – Banyak

Menonong – Jalan tak pandang kiri dan kananSemenggah – SenonohBakau Darah – Menyakitkan hatiMangkuk hayun – BodohEsbok – Peti Ais/aisboxRebas @ Ghebas – Hujan renyai-renyaiBandau – BandarGebeh, Londeh – Nak jatuh atau runtuhBerkenan – suka, setujuPe’el – PerangaiDeras – CepatMadang – SeringkaliLorat – Menganggu/menyebokPak’kal – Nasib baikBelo/bingai – BodohMengeras – menghafalTuang – IsiAir pesam – Air SuamLemau – Lemah / tak bersemangat / letihLatam, Lencak – Lanyak

Loghat Melaka

Page 27: ISI KANDUNGAN · Menghayati Jati Diri dalam Pembangunan Negara 17 Baja Kompos 18 Pembangunan Keluarga 19 Bengkel Keusahawanan Pengurusan Strategi 20

6 & 7 Mei 2017, Melaka 27

Kepam – Berbau dan kotorPeghoi atau Peroi – HancurSangap – MenguapBelal – Besen @ TongPijau – PijarDedau – Gigil/takut/rasa mcm nak demamBulau – Juling (mata)Kot – MungkinBasah lokos, basah lencun – Basah kuyupGodok/Rodok – TikamKetiau – IkhtiarBerlenging – Tidak pakai bajuJantan Kelepir – Lelaki lembikBegau – Degil/gila-gila (perangai)Upau – Tali pinggang wanita yang diperbuat daripada kain untuk mengikat kain batik merekaKopek – Merujuk kepada perbuatan membuka sesuatuIkan Betok – Ikan Puyu

Kuih telinga batak atau kuih telinga layau – Kuih denderam atau Kuih telinga kelingTelinga Layau – Telinga capangSerun – Takut/gerunBerposak-posak – Bersusah payahKeje kawen – Kenduri kahwinKang atau karang – NantiMelangok – Duduk melepak tanpa buat apa-apaTitik, Sesah – PukulKosek – perbuatan membasuh beras untuk di tanakTerhempap-hempap – Terhegeh-hegehSama tumbas – Sama sibukMuka tarpal – Bermuka-mukaDarat – merujuk ke kawasan yang tinggi di sesebuah tempatBaruh – Merujuk kepada kawasan yang rendah di sesebuah tempat

Naik – Merujuk kepada aktiviti datang atau sesuatu kawasan yang lebih atasTurun – Merujuk kepada aktiviti pergi ke sesuatu tempat atau merujuk kepada kawasan yang lebih bawahBerjejai – Jarang sangatMemau – lebam (sayur, buah-buahan), badan berasa lemahBerdedai-dedai – Berpusu-pusuHujan Petus – Hujan lebatTerkonyel-konyel – Mengunyah sesuatu yang liatStemet – JimatNalau – SelaluJinjit – Piat atau JinjingSewal – seriau/gerunMuka tebek – muka seposen, selenga, muka kesianEnjap/Anjap – kejapWat tang – Bawa datang ke mar

Page 28: ISI KANDUNGAN · Menghayati Jati Diri dalam Pembangunan Negara 17 Baja Kompos 18 Pembangunan Keluarga 19 Bengkel Keusahawanan Pengurusan Strategi 20