pembacaan buku kuning

Upload: carolinerong

Post on 05-Oct-2015

29 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Hakikat bahawa kesalahan moral seharusnya diukur mengikut tindakan yang diklakukan secra bebas dan sengaja memaklumkan kita mengapa usaha yntuk menyalahkan seluruh masyarakat Jerman untuk kekjaman Nazi tidaklah menyakinkan.Misalnya, H. Vogt dalam bukunya the burden of guilt. A short history of Germany, 1914-1945 telah menyatrakan bahawa pembunuhan seramai enam juta orang Yahudi dalam zaman pemerintahan Hilter bukan shaja merupakan kesalahan kaum Nazi bhakan seluruh masyarakat Jerman. Vogt berhujah bahawa kesalhan masyarakat jerman berpunca dari kegagalannya untuk menentang tindakan kaum Nazi dari peringkat awal lahi, terutama apabila sepandok-sepandok dan lagu-lagu yang menyeami kebencian terhadap orang Yahudi telah disibarkan.Dosa dari kelalaian yang pertama ini, kata vogt, telah membawa kepada semua jenayah yang terkemudian ituNampaknya rakyat jerman dipersalahkan bukan kerana apa yang mereka lakukan terhadap orang Yahudi tetapi apa yang mereka lakukan terhadap kaum Nazi.

Kesangsian yang timbul tentang hujah vogt ini ialah sama ada kegagalan atau kelalaian masyarakat jerman ini boleh dipandang sebagai satu tindakan yang menjadikan mereka bertanggungjawab untuk nasib malang yang menimap kaum Yahudi. Jika kita menyebelahi pendapat vogt, maka kita juga boleh menyalahkan kuasa2 besar seperti Britain, amerika syarikat, perancis dan Russia kerana mereka pula tidak bertindak untuk menghindarkan pada peringkay lebih awal tindak-tanduk hitler.Keputusan beginin bukan sahaja akan membabitkan pelabgai pihak dengan satu tindakan, bahkan pula ia akan menyimpang dari ukuran yang biasa digunakan untuk pengadilan moral, yakni mengaitkan kesalahan dengan hanya pihak-pihak yang benar-benar telah merancang dan melakukan tindakan diadili itu.Kerumitan juga berpunca berhubung dengan megadili seseorang pelaku yang bertindak mengikut cara lawanya. Sebagai contohnya karya John Malcolm yang bertajuk The Life of Robert Clive telah mempertahankan tindakan Clive untuk menipu Omichand, seoarang saudagar Hindu di Bengal yang cuba menuntut 300,000 sebagai ganjaran untuk menyimpan rahsia tentang satu komplot yang dipasang oleh Clive, Omichand dan Mir Jaffar untuk menggulingkan kerajaan Suraj-ud-Daulah, raja Bengal pada tahun 1757. Sebagaimana yang kita sedia maklum, dalam kejadian ini Clive telah mengarahkan bahawa dua salinan surat perjanjian disediakan, yang mana satu sahaja akan ditunjukkan kepda dan tidak menyebut tentang pembayaran ganjaran yang dituntut oleh Omichand.Clive berkehendakkan bahawa muslihat tentang salinan surat perjanjian yang sah itu akan didedahkan kpd Omichand hanya selepas Suraj-ud-Daulah ditumpaskan, satu keputusan yang tidak dipersetujui oleh ketua angkatan tentera laut British yang enggan menurunkan tandatsngannya ke atas surat perjanjian itu.Memandangkan bahawa rancangannya akan menemui kegagalan,maka Clive telah memalsukan tandatangan ketua angkatan laut British itu.Apabila tentera Suraj-ud-Daulah telah ditumaskan di medan Plassey pada tahun 1757, Clive telah mendedahkan kepada Omichand muslihatnya tentang dua salinan surat perjanjian itu, di samping mengarahkan bahawa Omichanf tidak diberi sebarang ganjaran untuk bantuannya kepada pihak British. Mengikut Malcolm, tindakan Clive untuk menipu seorang penipu tidak harus dikutuk kerana Clive dan pihak british tidaklah terikat untuk menunaikan janji kepada seseorang yang tidak menunaikan janji dengan mereka.Pendapat Malcolm ini dipertikaikan oleh T.B. Macaulay. Macaulay tetap berpendapat bahawa Clive adalah seba salah, dan dia melalukan bukan semata-mata satu jenatah, bahkan satu kesilapan.Walaupun Macaulay mengakui bahawa nilai-nilai moral yang diamalkan di negara2 Asia adalah berbeza dari Eropah, dan Omichand memang melakukan sesuatu yang keji, namun hakikat hal-hal ini tidak menghalalkan pendustaan dan pemalsuan, dan pemungkiran janji Clive itu.Macaulay pula menegaskan bahawa Clive memang sedar tentang kesalahan dari segi moral, dan hal ini didedahkan di dalam surat-suratnya.Sememangnya, tindakan Clive ini adalah bertentangan dengan sikap kejujuran, keberanian dan kepahlawanan yang dipamerkan oleh Clive.Walau bagaimanapan, perubahan yang dikesan dalam sikap Clive sejak pertempuran Plassey itu, mengikut Macaulay, telah mencemarkan keperibadian moralnya dan menimbulkan kesangsian sama ada ia benar2 seorang wira yang tulen.Hujahan Macaulay ini memaklumkan kita tentang satu kecenderungan bukan sahaja di kalangan para ahli sejarah bahkan orang ramai untuk menghalalkan sesuatu tindakan buruk dari segi moral jika ia ditujukan kepada sesuatu pihak yang berlaku salah di sisi moral. Tanggapan yang mendukung pendirian umum ini ialah seolah-olah dua kesalahan akan menghasilkan satu kebenaran.Tanggapan ini bukan sahaja dikesan dalam tindakan Clive bahkan dalam kes-kes seperti tindakan membunuh seseorang tokoh yang dikatakan mencemarkan kesucian agama atau adat, tindakan merompak seseorang yang dituduh telah menindas pekerjanya, ataupun perbuatan merosakkan harta benda penduduk-penduduk yang dituduh sebagai bersubahat dengan musuh. Kes-kes begini memang berlaku dalam sejarah dan terdapat ahli-ahli sejarah tertentu yang mengikut jejak John Malcolm dengan melepaskan pihak-pihak yang melakukan itu daripada sebarang kecaman moral.Walau bagaimanapun, sebagaimana yang didedahkan oleh Macaulay, pendirian ahli sejarah ini adalah berpunca dari salah satu tanggapan, yakni si pelaku boleh melanggar nilai moral jika lawanya berbuat demikian.Kadang-kadang ahli-ahli seharah tertentu juga cenderung ke arah menghalalkan atau memaafkan Sesutu tindakan yang melanggar nilai moral jika ia bertujuan memelihara kemakmuran rakyat, atau keselamatan negeri.Misalnya, dasar Inquisition yang dilaksanakan oleh Raja Philip II dari Speanyol pada abad ke-16 tidak dikutuk oleh henry C. Lea, seorang ahli sejarah Amerika yang menerbitkan sebuah karya mengenai kejadian ini.Walaupun Lea mengakui bahawa Raja Philip bukanlah seorang tokoh yang menarik, tetapi beliau tetap memandangnya sebagai seorang pemerintah yang berniat baik dan mulia.Dalam dasarnya terhadap orang2 berpisah dari agama Katolik, Lea berpendapat bahawa Philip telah didorong oleh hasrat memberikan layanan yang paling mulia kepada tuhan dan manusia, di samping menjaga keamanan negara dan perpaduan rakyat Sepanyol yang diancam oleh tindak-tanduk golongan sesat itu.Lea menafikan tuduhan ahli2 sejarah tertentu bahawa raja sepanyol itu adalah seorang pemerintah yang kejam yang menggunakan agama sebagai helah untuk menyeksa atau membunuh orang secara sewenang-wenangnya.Nampaknya, huraian Lea di atas tadi, di samping menitikberatkan soal niat, telah juga menarik perhatian kepda hakikat bahwa tindakan Philip II itu adalah bertujuan menjaga kepentingan negara dan rakyat sepanyol secara keseluruhan.Andaian yang tersirat dalam hujah Lea ini ialah sesuatu kesalahan moral untuk mengelakkan sesuatu malapetaka yang lebih dahsyat boleh diamafkan atau sekurang-kurangnya tidak harus dikutuk.Jadi yang menjadi kayu ukur dalam penilaian Lea ini ialah tanggapan bahawa kepentingan sesautu golongan atau individu boleh dinodai jika ia dapat memelihara kepentingan rakyat ataunegara secara keseluruhan.Dapatkan pendirian ini dipertahankan?

Berbalik kepada tindakan raja Philip yang disentuh di atas tadi, jelasnya bahwa Lea memandang tindak-tanduk golongan sesat sebagai ancaman kepada keamanan dan perpaduan negaraPersoalan yang timbul di sini ialah apakah bukti bahawa golongan sesat ini benar-benar mengancam keamanan dan perpaduan negara.Jika misalnya ada bukti yang memperlihatkan bahwa golongan sesat ini melakukan sesautu yang melanggar hak kaum Katolik atau boleh mencetuskan keganasan, maka dalah jelas bahawa golongan itu benar-benar menjadi perosak keamanan dan perpaduan negara.Walau bagaimanapun, jika nukti menunjukkan bahawa kaum katoliklah yang bertindak ganas, atau mendesak Philip untuk menyeksa golongan sesat yang tidak berdosa itu, maka kesimpulan yang dapat dimajukan itu ialah bahawa orang katoliklah yang merupoakan ancaman kepada kemananan dan perpaduan negara dan mereka, di ampaing Philip, harus diktuk oleh ahli sejarah,Berdasarkan kepada huraian ini, ukuran dalam penilaian ahli sejarah bukanlah kepentingan negara atau rakayat secara keseluruhan bahkan pihak yang manakah yang menodai hak asasi manusia.BAB 5 OBJEKTIVITI MANUSIASalah atu soal yang kerap mencetuskan perbahasan ialah keupayaan ahli2 sejarah untuk menghasilakn ilmu yang bersifat objektif.Secara tidak langsung, perbahasan ini melahirkan kesangsian sama ada sejarah mampu atau tidak mampu untuk mencapai darjah-darjah keilmuan yang diduduki oleh sains semulajadi,Menurut aliran sejarah objektif yang diasakan oleh Leopold von Ranke pada abad yang ke 19, penulisan sejarah memang mampu untuk menegakkan kebenaran objektif dengan memaparkan secara tepat dan betul kejadian-kejadian lampau.Pendapat ini dipertikaikan oleh aliran Relativis yang menyatakan bahawa sejarah bukan sahaja tidak mampu memaparkan keseluruhan realiti masa lampau, bahkan pula melahirkan gamabran-gambaran yang bercanggah.Walaupun aliran Relativis mengakui bahawa para ahli sejarah mematuhi peraturan-peraturan tertentu dalam menjalankan kajian mereka, namun peraturan2 tersebut tidak menjamin kebenaran mutlak rumusan yang dimajukan itu, serta tidak menyediakan cara yang berkesan untuk menyelesaikan masalah perbezaan rumusan sebagaimana yang dilakukan dalam sains semulajadi.

Aliran Objektif dan RelatifPendapt aliran sejarah objektif telah dihuraikan oleh Leopold von Ranke yang dipandang umum sebagai pengasas aliran sejarah objektif.Dalam karya ulungnya yang berjodol the histories f the latin and Germanic nations yang diterbitkan dalma tahun 1824, Ranke secara terus-terang menggariskan lunas2 yang harus mendukung dalam prakat buku itu.Ranke melihat matlamt pengajian sejarah sebagai memaparkan kejadian2 lalu sebagaimana ia benar2 telah berlaku atau wie es eifentlich gewesen.Untuk menepati matlamat tersebut, Ranke berpendapt bahwa sejarah seharusnya berusaha untuk membuat satu persembahan tulen fakta2 yang berpanduaknkpd penyeldikan rapi ke atas peristiwa2 lepas yang khusus dan nyata, dan berasaskan kepada tafsiran sumber2 yang asli itu. Ilmu sejarah yang dihasilan dgn cara ini mengikut ranke, bkn saje tidak diselewengkan oleh prasangka politik dan agama sezaman, bahkan pula bebas dari gejala pengadilan moral yg mana satu zaman cuba mengadili tindak-tanduk sat zaman yang lain.Ranke berpendapat bahawa kemasukan unsur moral akan hanya mendedahkan sejarah kepada bahaya prasangka dan berat sebelah yang boleh menggugat kewibawaannya sebagai satu bidang ilmu yang sahih.Belaiu juga menegaskan bahawa pencapain keobjektifan dalam sejarah memerlukan para pengkajinya mematuhi secara ketat syarat tentang keunggualn bukti.Kebebasan yang dituntut oleh seseorang penyair yang menggubah puisi atau seseorang sastrawan yang mengarng novel tidak akan membuahkan sejarah objektif oleh kerana hasil-hasil kreatif ini itdaklaj berlandaskan kepada bukti yang kukuh.

Ranke juga mempertikaikan pendekatan ahli-ahli falsafah tertentu seperti Hegel dan Fichte yang menggunakan gagasan2 yang bersifat abstrak dan spekulatif supaya memilih dan menjelaskan kejadian2 sejarah.Misalnya Fichte tealah memandang perjalanan sejarah dari segi gagasan kemajuan yang akhirnya akan membawa manusai kepada tahap kesempurnaan.Dengan menggunakn ukuran kemajuan, Fichte telah mengesan sebanyak lima zaman dalam sejarah dunia.Ranke yang mempertikaikan pembahagian sejarah dunia kepada lima zaman itu telah menghujah bahawa gagasan Fichte ini bkn saje tidak diterima umum di klgn para ahli falsafah bahkan pula hanya didasarkan kepada sejarah segelintir negara2 sahajaSbaliknya Ranke berpendapat bahawa sejarah negara2 di dunia ini telah berkembang mengikut cara yg berbeza-beza, dan tugas ahli sejarah ialah untuk menggambarkan unsur kepelbagaian, di samping unsur paduan, dalam sejarah negara2 itu.Walaupun ranke mengakui bahawa matlamt utama ahli sejarha dalah untuk menghasilkan sejarah dunia, namun kerja pencantuman ini tidak harus mengabaikan penelitian peranan individu, generasi, institusi, negara dan bangsa yang wujud secara berasingan tetapi berinteraksi antara satu sama lain untuk mencetuskan kejadian2 yang bersifat sejaagt itu.

Walaupun aliran sejarah objektig sebagimana yang diutarakan oleh Ranke telah berjaya memikat hati kebanyakan ahli sejarah pada abada yang ke 19, terutamam para sarjana yang berkhidmat di universiti2, namun pengaruh aliran ini mula tergugat sejak tahun 1890an apabila sarjan2 spt Karl Lamprecht dan Wilhelm Dilthey dari negara Jerman, Henri Berr dari perancis, Benedetto croce dari itali serta James Harvey Robinson, Carl Becker dan Charles beard dari Amerika Syarikat telah memeprtikaikan keupayaan para ahli sejarah untuk menghasilakn penulisan sejarah yang bersifat obejktif salam erti kata yang sebenar.Oleh kerana pendapat aliran Relativis ini telah disampaikan dengan padat dan terus-teerang oleh Carl becker dan Charles Beard, dan memandangkan bahawa mereka berdua itu dipandang sebagai ahli-ahli sejarah yang berkewibawa, maka eloklah jiks hujah2 mereka dapat dikemukakan dengan ringkas.

Professor Carl Becker, dalam sebuah rencana yang berjodol detachment and the writing of history yang diterbitkan pada tahun 1910, telah mneyangkal dakwaan aliran sejarah objektif untuk mengesan kebenaran mutlak dalam hal2 yang ditinjau itu. Sebaliknya, beliau mendakwa bahawa penulisan sejarah hanya mencerminkan kecenderungan para ahli sejarah untuk mentafsirkan fakta-fakta atau peristiwa-peristiwa dari sudut tjuan2 mereka sendiriFakta-fakta sejarah tidaklah wujud sebagai entity-entiti yang berasingan seperi batu yang boleh dipungut dna disusun oleh ahli sejarah unutk mendirikan bangunan sejarah ituSebaliknya mengikut becker, fakta2 itu adalah hasil pemilihan yang dilakukan oleh ahli sejarah sendiri yang berpadukan kepad pengalaman peribadinyaMisalnya, para ahli sejarah kristian pada zaman pertengahan telah memperakukan mukjizat sebagai fakta sejarah oleh kerana pengalaman zaman itu memandangnya sebagai benar2 wujud.Bagaimanapun, pada abad yang ke 20, para ahli sejarah enggan memperakukan mukjizat sebagai fakta sejarah kerana pengalaman zaman ini tidak mempercayainya dan sumber2 yang memberi maklumay tentang mukjizat telah diketepikan seb karut semata-mataDari contoh ini, becker mneyimpulkan bahawa akal fikiran ahli sejarahlah yang membuat pemilihan fakta2 sejarah, dan tidak wujud satu kayu ukur yang mutlak atau objektif yang menentukan isi kandungan sejarahOleh kerana akal fikiran ahli sejarah adalah dipengaruhi oleh tujuan praktikal dan intelek yang wujud pada zamannya sendiri, dan tujuan intelek dan prkatikal akan berubah dari satu zaman ke satu zaman yang lain, maka akan berubah pula hal2 yg dititikberatkan oleh para ahli sejarahMisalnya dalam zaman yang dikongkong oleh revolusi politik, Becker menyatakan bahawa para ahli sejarah akan cenderung untuk melihat sejarah sebagai politik masa lampau.Bagaimanapun, dalam zaman yang diganggu oleh masalah-masalah perindustrian, para ahli sejarah akan cenderung kepada interpretasi ekonomi sejarahMemandangkan kepada hakikat bahawa keadaan sosial masyarakat menetukan pemilihan dan penafsiran fakta2, dan keadaan sosial ini berubah dari satu zaman ke zaman yang lain, maka Becker menyatakan bahawa kebenaran sejarah bukanlah sesuatu yang mutlak tetapi relatif

Huraian ini diperkemaskan lagi oleh Becker dalam satu tulisan lain yang bertajuk what are historical facts yang dikarang pada tahun 1926 dan diterbitkan pada tahun 1955Dalam tulisan ini, Becker menurunkan dua hujah untuk memperkukuhkan lagi rumusannya bahawa kebernaran sejarah bukanlah sesuatu yang mutlakPertama, beliau menyatakan bahawa adalah mustahil bagi seseorang ahli sejarah untuk menggambarkan secara keseluruhannya sebarang peristiwa yang benar, sekali pun yang mudah sekali kerana ahli sejarah mahu tidak mahu semestinya memilih aspek2 tertentu peristiwa itu dan menolak aspek-aspek lain, di samping cuba mengaitkan aspek2 yang dipilih itu dengan cara tertentu.Oleh kerana tafsiran ahli sejarah mencerminkan tujuan, kecenderungan dan prasangkanya, maka Becker berpendapat bahawa sejarah sesuatu peristiwa adalah tidak sememangnya hal yang serupa untuk dua orang yang berbezaHakikat hal ini juga dapat dibuktikan dair kenyataan bahawa setiap generasi akan menulis sejarahnya sendiri

Professor Charles A. Beard, dalam ucapannya yang berjodol written history as an act of faith yang disampaikan kepada persidangan Persatuan Sejarah Amerika pada athun 1933 telah memperakukan hujah Becker bahawa sejarah adalah pemikiran sezaman mengenai masa lampauBerbeza dari ilmu fizik atau kajihayat, yang memang berkeupayaan untuk memaparkan realiti dnegan tepat dan benar, sejarah sebaliknya mencerminkan pemikiran pengarang itu dalam masanya dan konteks budayanyaBeard mendakwa bahawa pemilihan dn penyusuanan bahan2 oleh para ahli sejarah adalah dipengaruhi oleh prasangka, kepercayaan, kegemaran, asuhan am, dan pengalaman mereka, terutama sosial dan ekonomikFakta2 sejarah tidak terpilih sendiri tetapi dipilih oleh ahli sejarah dan oleh itu merupakan satu tindakan pilihan, satu kepercayaan, dan satu interpretasi yang melibatkan nilai2Dalam pada itu beard juga menyatakan bahawa tulisan2 Ranke sendiri, walaupun apa pun pendapat aliran sejarah objektif, tetap mencerminkan sudut pandangan aliran konservatif yang cuba mempertahankan kepentingan kelas2 yang berkuasa di Eropah

Apabila huraian Beard ini dikecam oleh ahli2 tertentu dalam Persatuan Sejarah Amerika, Beard telah menegakkan dengan nada yang lebih keras kebernaran hujah-hujahnya.Mmisalnya, Beard mendakwa bahawa Ranke, jauh daripada menulis sejarah objektif, merupakan salah seorang ahli sejarah yang paling berat sebelah yang dilahirkan oleh abad yang ke 19 kerana di samping mempertahankan kedudukan kelas2 konservatif di Eropah, Ranke juga telah mengabaikan sejarah sosial dan ekonomiBeard juga menyenaraikan hal2 yang menghalang para ahli sejarah untuk mengesan dan memaparkan secara tepat keseluruhan masa lampau sebagaimana ia benar2 telah wujudSalah satu hal yang menjadi batu penghalang kepada memenuhi tujuan sejarah ojektif, mengikut Beard, ialah hakikat bahawa sumber2 sejarah bukanlah lengkap oleh kerana banyak yang terjadi di dunia ini tidak dirakamkan oleh saksi2 di luar pengetahun orangOleh itu ahli sejarah hanya mampu memaparkan sekadar apa yang dicatakan dalam sumber2nyaDi samping itu Beard juga menyatakan bahawa ahli sejarah yang menggunakan sumber2 tidak lengkap ini sebenarnya memilih maklumat tertentu sahaja dari sumber2 itu, dan tindakan ini bererti bahawa sebahagian dari reality sejarah telah ditinggalkanBerkenaan soal pemilihan ahli sejarah itu, Beard berhujah bahawa ia tidak dilakukan mengikut lunas berkecuali seperti yang dilakukan oleh pakar2 saians fizik dan kimiaMalah pemilihan peristiwa si pelaku oleh ahli sejarah untuk menyusun bahan2nya, dan demikian memberi paduan dan struktur kepada gambarannya, mencerminkan satu interpretasi tertentu ahli sejarah sendiriMisalnya, seseorang ahli sejarah barangkali tertatik dengan gagasan Karl Marx mengenai interpretadi ekonomik tentang sejarah dan akan menggunakan atau mengubahsuaikan fafasan itu supaya meninjau sesuatu kejian atau institusi sejarahAdakah gagasan Marx ini yang bertentangan dengan gagasan interpretasi politik yang dianjurkan oleh Ranke, boleh dianggap sebagai benar secara mutlak?Dalam menjawab soaln ini Beard menyatakan bahawa gagasan Marx itu membolehkan ahli sejarah untuk mengesan satu bentuk kebenaran, tetapi bukanlah kebernaran mutlak, mengenai sejarah

Usaha aliran relativis untuk mempertikaikan kedudukan sejarah sebagai satu cabang ilmu yang objektif telah mencetuskan perbahasan yang hebat dan berpanjangan yang melibatkan bukan sahaja para ahli sejarah bahkan pula ahli2 falsafahBarangkali ahli falsafah yang menghuraikan secara panjang lebar pendapt aliran Relativis ialah Profesor Maurice Mandelbaum dalam bukunya The Problem of Historical Knowledge. An Answer to Relativism yang diterbitkan pada tahun 1938Sebagimana yang jelas dari jodol kecil bukunya, Mandelbaum tidak bersetuju dengan hujah2 yang dimajukan oleh aliran RelativisBantahan aliran Relativis kepada keobjektifan sejarah yang berpandukan kepada soal pemilihan dan penyampaian sebahagian sahaja reality sejarah yang berlaku itu adalah, menurut Mandelbaum, berdasarkan kepada satu andaian yang salah, yakni mengaitkan ilmu tentang sesuatu objek kepada semua sifat objek ituBeliau menyatakan bahawa hal ini tidak dilakukan oeh mana2 cabang ilmu punSebaliknya sesuatu bidang ilmu boleh mengesan sesuatu sifat objek yang dikaji itu, dan penemuan sifat itu boleh diiktiraf sebagai benar dan objektifMisalnya dalam bidang sejarah sesorang pengkaji boleh mengetahui bahawa Columbus dalam pelayaran yang bersejarah itu telah mendarat di San Salvador, tetapi tidak dapat mengesan masa pendaratannya, tetapi penemuan itu tetap boleh diterima sebagai objektif

Menyentuh pula hujah aliran Relativis bahawa proses2 sejarah tidak memiliki satu paduan atau pola sebagimana yang dipersembahkan dalam penulisan sejarah, Mandelbaum menyatakan bahawa hujah ini mendedahkan kejahilan tentang jalinan2 yang wujud anatra peristiwa2 sejarahMisalnya rancangan kerajaan Britain untuk menambahkan senjata2 perangnya dalam tahun 1930an mempunyai pertalian dengan dasar negara Jerman dan ItaliJadi unsur paduan atau pola dalam penulisan sejarah bukanlah sesuatu yang dicipta oleh pemikiran ahli sejarah itu bahkan wujud secara objektif dalam proses2 sejarah sendiri

Akhirnya, Mandelbaum mangalirkan perhatiannya kepda soal nilai yang dikatakan telah mewarnai corak penulisan sejarahDalam usahanya mematahkan hujah aliran Relativis ini, Mandelbaum mula2 membuat perbezaan antara pernyataan dan pengadilan dalm penulisan sejarahPernyataan, mengikut Mandelbaum, adalah sesuatu yang konkrit, nyata yang menandakan sesuatu, meamklumkan kita tentang sesuatu, dan bererti benar seperti misalnya Caesar telah meneybeerangi Sungei Rubicon, manakala pengadilan pula adalah pada lazimnya ditafsirkan sebagai penegsahan atau penolakan sesuatu pernyataan.Mengikut Mandelbaum, kebenaran tentang sesuatu karya sejarah adalah kebenaran pernyataan2nya, bukannya dalam hakikat bahawa pengarang itu telah mengadili sebagaimana yang ia buat yang berdasarkan kepada alasan2 beginiAliran Relativis yang cuba menilai keobjektifan sejarah tanpa mengenali perbezaan di antara pernyataan dan pengadilan, menurut Mandelbaum, telah membuat satu kesilapan asas

Beliau juga menyangkal dakwaan aliran Relativis bahawa nilai peribadi ahli sjarahlah yang mencorakkan tulisan sjarahnyaSungguh pun tajuk2 seperti agama, seni atau kerajaan boleh melibatka nilai peribadi ahli sejarah, namun Mandekbaym mendakwa bahawa apabila ahli sejarah cuba memaparkan hal2 tersebut is tetap menekankan kedan2nya keatas perjalanan sejarah yang mana unsur nilai peribadi ahli sejarah tidak wujud langsungSebagai contohnya apabila ahli sejarah yang cuba menilai tindakan Martin luther untuk berpisah dari Gereja Rom, MAndelbaum menyatakan bahawa motif tokoh itu harus dikaji dan disampaikan secara objektif sebelum sesuatu pengadilan nilai atau moral dilakukan

Bagaimana pula hujah aliran Relativis bahawa tafsiran fakta2 spt ini, dan penyusunannya oleh ahli sejarah, mmg mencerminkan kegunaan nilai/kegagasan peribadi ahli sejarah itu sendiri dan bukan wujud secara objektif?Ketika menolak hujah ini, Mandelbaum menyatakan bahawa perbezaan yang dibuat antara usaha mengumpul fakta2 dan kemudian mentafisrkannya adalah satu salahfahaman.Sememangnya apa yang dilakukan oleh ahli sejarah ialah memahami sesuatu kejadian sejarah dalam konteksnya dan usaha ini akan membawanya kepada fakta2 lainPemahaman jalinan2 yang wujud di antara fakta2 ini adalah berpunca dari soal relevans dan unsur penyebaban, bukan dari nilai peribadi atau gagasan yang dipilih secara sewenang-wenangnya oleh ahli sejarah itu.Misalnya seseorang ahli sejarah yang mengkaji tentang sebuah rang undang2 yang melindungi buruh kanak2 akan terlebih dahulu meneliti gerakan buruh kanak2 , kemudian bagaimana rang undang2 itu digubal, lalu pihak yang mana menyokong dan pihak yang mana menentang rang undang2 itu, dan akhirnya bagaimana pembuangan undi berlaku dalam Parlimen.Mengikut Mandelbaum, haluan kajian ini tidaklah mengikut pemilihan/ selera ahli sejarah itu sendiri: malah ahli sejarah menuruti dengan rapi ke arah mana yang dibawa oleh bahan2nyaJadi, bagi Mandelbaum, memang wujud satu hubungan objektif di antara fakta2 dan ia bukanlah dari apa segi pun satu hasil kegiatan akal fikiran

Rumusan Mandelbaum ini tidak dipersetujui oleh para ahli falsadah yang lain, sekali pun mereka tidak mentebelahi sepenuhnya huraian aliran Relativis.Misalnya, Profesor W,.H. Wlash dalam bukunya An Introduction to Philosphy of History, walaupun sanggup melihat sejarah sebagai satu cabang ilmu, namun tetap mendakwa bahawa ciri2 tertentu yang menjadikan sains semulajadi objektif seharusnya juga wujud dalam sejarah sebelum ia boleh disahkan objektifDalam hal ini, Walsh mendapati bahawa sejarah tidak memenuhi syarat2 yang menegakkan keobjektifan sains semulajadi

Salah satu syarat yang menjadikan sains semulajadi objektif di kaca mata para sarjana, menurut Wlash, ialah kebolehannya menghasilkan keputusan muktamad berhubung dengan sesuatu hal yang dikaji ituSekiranya wujud perselisihan tentang keputusan itu, katakanlah dalm baidang fizik, Walsh menyatakan bahawa wujudnya cara2 tertentu yang dapat menyelesaikan masalah ini secara berkesan dan seterusnya mendapat pengakuan dan pengesahan dari semua pakar fizikBagaimanapun keadaan yuang wujud dalam sejarah adalah berbeza sekaliMengikut Walsh, para ahli sejarah yang mengkaji sesuatu perkara tentang masa lampau bukan sahaja memberi gambaran-famabran yang berbeza-beza bahkan pula yang bercanggah di antara satu sama lainJauh dari berusaha untuk menyelesaikan masalah ini, para ahli sejarah, mengikut Walsh, kerap melihatnya sebagai satu sifat tetap sejarah yang tidak dapat dielakkanSatu lagi syarat yang menjadikan sains semulajadi bersifat objektif ialah keupayaanya untuk mengenepikan daripada kajiannya unsur peribadi dan prasangkaSedangkan bidang-bidang sains semulajadi seperti fizik dan kimia benar2 mematuhi syarat ini dengan ketat, Walsh mendapati bahawa para ahli sejarah tidak dapat melepaskan diri dari pengaruh satu set kepentingan, kepercayaan dan nilai, khususnya apabila memilih fakta yang penting dan menolak yang tidak penting

Walaupun Walsh enggan menolak terus tuntutan sejarah supaya diterima sebagai satu bidang ilmu yang objektif, dan beliau memang mengakui bahawa sejarah mempunyai keadah2 yang utuh untuk memastikan bahawa unsur2 seperti emosi, prasangka dan nilai peribadi tidaklah berleluasa sehinggakan menjadikan sejarah sebagai dakyah, namun beliau tetap meletakkan keobjektifan sejarah ke paras yang lebih rendah dari apa yang dicapai oleh saians semulajadi

Pengakuan Walsh ini tidak menyenangkan hati ramai ahli sejarah kiniWalaupun para ahli sejarah dalam zaman ini tidak memperakukan bulat2 dakwaan Ranke untuk memaparkan sejarah sebagaimana ia telah benar2 berlaku dan dengan rela mengakui bahawa sejarah bukan sahaja mengandungi unsur kebenaran bahkan pula dicampur aduk dengan pendapat atau sentiment atau falsafah hidup ahli sejarah sebagaimana yang dinyatakan oleh Pieter Garr, namun mereka masih tidak sanggup untuk memnadang penulisan mereka sebagai tidak standing dengan ilmu sains semulajadi dari segi keobjektifannyaPendirian para ahli sejarah ini pada amnya berpunca dari kesangsian untuk menggunakan lunas2 yang diambil dari sains semulajadi untuk mengukur soal keobjektifan sejarahSepertimana yang diluahkan oleh Profesor E.H.Carr, patutkah keobjektifan sejarah dipandang dari kaca mata sains semulajadi?Jawpan yang dimajukan oleh Carr sendiri kepada soalan ini sedikit sebanyak mendedahkan ukuran yang digunakan umum oleh para ahli sejarah untuk menentukan soal keobjektifan sejarah

HUJAHAN CARRDalam bukunya yang berjodol what is history, carr mempersolakan usaha pihak2 tertentu untukmenentukan soal keobjektifan sejarah yang bersandarkan kepada pemisahan mutlak antara objek dan subjek, atau antara si pemerhati dengan perkara yang diperhatiWalaupun pemisahan begini adalah wajar bagi sains semulajadi, namun Carr berpendapat bahawa ia tidaklah sesuai untuk sejarah kerana tidak mencerminkan hubungan sebenar yang wujud di antara ahli sejarah dan perkara yang dikaji ituMisalnya fakta dalam sejarah tidak wujud secara bebas tetapi hanyalah kerana kepentingan yang diberikan kepadanya oleh ahli sejarahOleh itu carr menegaskan bahawa soal keobjektifans sejarah tidak boleh ditentukan oleh ketepatan fakta tetapi kepentingannya dari sudut interpretasi atau penafsiran yang dimajukan oleh ahli sejarahJadi, keobjektifan sejarah, mengikut Carr, hanyalah keobjektifan perkaitan, perkaitan antara fakta dan penafsiranDari ini adalah nyata bahawa gagasan kebenaran mutlak hanyalah boleh digunakan mengenai pernyataan yang paling mudah sahaja manakala pada aras yang lebih tinggi ahli sejarah yang mempersoalkan, katakanlah, keputusan seorang ahli sejarah lain akan mengutuknya bukan sebagai kesalahan mutlak, tetapi sebagai tidak memadai, atau berat sebelah atau mengelirukan, atau hasilan satu sudut pandangan yang telah dianggap usang atau tidak berkenaan oleh bukti2 yang terkemudianMisalnya Carr menyatakan bahwa pernyataan bahwa Revolusi Russia telah disebabkan oleh kebodohan Maharaja Nicolas II atau kepintaran Lenin tidak boleh disifatkan sebagai benar atau tidak benar secara mutlak bahkan boleh dipandang sebagai tidak memadaiPendeknya, apabila kita memuji seorang ahli sejarah kerana berlaku objektif, jelasnya bahawa bukanlah semata-mata dia hanya mempastikan fakta2 itu betul, tetapi dia mengenakan ukutan kepentingan yang betul

Oleh kerana para ahli sejarah menggunakan ukuran kepentingan masing2 untuk memajukan interpetasi mereka, maka Carr mengakui bahswa perbezaan dalam penafsiran sejarah adalah saru hakikat yang tidak boleh disangkal lagiDalam pada itu beliau menyatakan bahawa penafsiran sejarah adalah menuju kea rah ke satu tahap yang lebih tinggi atau maju yang mana ahli sejarah mempamerkan kebolehan untuk membuat interpretasi yang semakin bernas dan halusMisalnya pada satu ketika dahulu interpretasi sejarah mencerminkan matlamt memperjuangkan kebebasan perlembagaan dan hak2 politikWalaubagaimanapun apabila matlamat2 ekonom dan sosial mula menggantikan matlamat2 perlembagaan dan politik, ahli sejarah beralih kepada penafsiran masa lampu bercorak ekonomi dan sosial.