pemarkahan kokurikulum 2012

Upload: hana

Post on 06-Apr-2018

220 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/3/2019 PEMARKAHAN KOKURIKULUM 2012

    1/11

    PEMARKAHAN KOKURIKULUM

    1. PENDAHULUAN

    1.1 Kegiatan kokurikulum sekolah yang merangkumi aktiviti pasukan pakaian seragam,

    kelab dan persatuan serta kelab sukan dan permainan merupakan aktiviti luar bilik darjah.Kegiatan ini adalah sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

    Kepentingan aktiviti ini setara dengan aktiviti dalam bilik darjah kerana peranannya

    sebagai penyumbang dan pelengkap kepada keberkesanan pengajaran- pembelajaran.

    1.2 Pada masa ini sekolah menawarkan 8 unit pakaian seragam, 8 jenis kelab sukan dan

    permainan dan 18 jenis persatuan dan kelab. Setiap pelajar diwajibkan menganggotai

    sekurang-kurangnya satu daripada setiap jenis/komponen aktiviti tersebut.

    1.3 Berdasarkan tinjauan ke sekolah-sekolah yang dilakukan oleh Bahagian Sekolah,

    pihak sekolah ada membuat penilaian terhadap kegiatan kokurikulum yang diceburi olehpelajar-pelajar. Namun penilaian yang dibuat oleh setiap sekolah adalah berbeza.

    Perbezaan ini wujud kerana penilaian yang dibuat semata-mata hanya berdasarkan

    persepsi dan keperluan sesebuah sekolah.

    1.4 Dalam mesyuarat Pengurusan Pendidikan Bil 9, 1997, wakil bahagian PengajianTinggi mencadangkan agar kegiatan kokurikulum di sekolah dinilai berdasarkan format

    atau kaedah yang tetap dan diiktiraf keesahan dan kesahihannya tidak dipertikaikanapabila markah kokurikulum dijadikan sebagai sebahagian dari markah penilaian

    kemasukan murid ke institusi-institusi pengajian tinggi tempatan.

    2. RASIONAL

    2.1 Penilaian kegiatan kokurikulum pelajar yang dibuat oleh sekolah adalah berbezaantara satu sama lain. Keadaan ini menjelaskan wujudnya unsur-unsur ketidaksamarataan

    dalam pemberian markah kepada pelajar. Kemungkinan ada pelajar memperoleh markah

    yang berbeza walaupun pencapaian dalam kegiatan kokurikulum adalah sama. Melaluipenggunaan borang penilaian yang standard, unsur-unsur ketidakadilan dalam pemberianmarkah boleh dihindari.

    2.3 Penilaian kegiatan kokurikulum boleh merangsang pelajar-pelajar untuk bergiat lebihaktif dalam kegiatan kokurikulum. Semua pelajar mempunyai peluang yang sama untuk

    memperoleh markah kerana penilaian yang dibuat adalah setara. Bagi pelajar yang

    bercita-cita melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi, penglibatan yangcemerlang dalam aktiviti kokurikulum boleh dijadikan sandaran untuk mencapai cita-cita

    mereka.

    3. OBJEKTIF

    3.1 Menggalak dan meningkatkan penglibatan yang menyeluruh di kalangan pelajar

    dalam aktiviti kokurikulum.3.2 Menyediakan satu kaedah penilaian aktiviti kokurikulum yang boleh diterimapakai

    oleh semua sekolah.

    3.3 Membantu Jabatan Pengurusan IPT dalam membuat penilaian kemasukan pelajar-pelajar ke institusi-institusi pengajian tinggi.

    1

  • 8/3/2019 PEMARKAHAN KOKURIKULUM 2012

    2/11

    4. PENILAIAN AKTIVITI KOKURIKULUM

    4.1 Aspek-aspek yang dinilai:

    4.1.1 Penilaian aktiviti kokurikulum seseorang pelajar dalam setiap aktiviti yang

    disertainya adalah berdasarkan kepada 4 aspek berikut:a. Kehadiran

    b. Jawatan yang disandang

    c. Penglibatan

    d. Pencapaian

    4.1.2 Bagi keempat-empat aspek ini, peratus markah yang diperuntukkan adalah seperti

    berikut:

    Bil Aspek Penilaian Peratusan Markah

    1. Kehadiran 50

    2. Jawatan yang disandang 10

    3. Penglibatan 20

    4. Pencapaian 20

    JUMLAH 100

    4.1.3 Markah aspek kehadiran ialah markah yang tinggi (50%). Ini bertujuan untuk

    menggalakkan pelajar hadir pada setiap aktiviti yang dijalankan. Jumlah

    kehadiran yang maksimum berasaskan kepada jumlah minggu persekolahandalam setahun; dengan mengambilkira bahawa setiap jenis aktiviti kokurikulum

    dijalankan sekali seminggu dan dengan peruntukan masa 2 jam mengikut kursus.

    Pengecualian kehadiran hanya dipertimbangkan jika murid sakit, menyertai

    kegiatan lain dengan kelulusan dan sebab-sebab lain yang munasabah.Ketidakhadiran ini perlulah dalam pengetahuan pihak sekolah.

    Kehadiran minimum bagi kegiatan Pasukan Pakaian Beruniform ialah 18 kaliperjumpaan setahun, kelab/ persatuan 12 kali perjumpaan setahun dan sukan/

    permainan 12 kali setahun. Perkiraan markah kehadiran adalah seperti berikut:

    Markah kehadiran

    Jumlah kehadiran pelajar = aJumlah perjumpaan setahun = b

    Ketidakhadiran diluluskan

    (cuti sakit, wakil sekolah dll) = c

    Markah kehadiran = a x 50b - c

    4.1.4 Markah Aspek jawatan Disandang ialah 10% dan diberikan kepada individu

    yang memegang sesuatu jawatan yang tertinggi dalam kegiatan kokurikulum.Sungguhpun begitu ahli-ahli biasa dan jawatan yang lain juga diperuntukkan

    markah mengikut jenis jawatan yang disandang. Agihan markah bagi jawatan

    yang disandang adalah seperti berikut:

    2

  • 8/3/2019 PEMARKAHAN KOKURIKULUM 2012

    3/11

    Jadual 2 (a)Pasukan Badan Beruniform Pasukan Kadet Remaja Sekolah (KRS) dan anjuran

    Kementerian atau Jabatan Kerajaan

    JAWATAN MARKAH

    Pegawai Waran 1 & 11, Pegawai Waran 11 (PKBM), Pegawai Kadet

    Kanan (PA), Pegawai Kadet (Bomba), Sub Inspektor (Polis) dan Inspektor

    Kadet (Koreksional/ Penjara)

    10

    Staf Sarjan (KRS), Staf Sarjan/ Bintara Kanan/ Flight Sarjan (PKBM),

    Pegawai Waran Kadet (PA), Ketua Kadet (Bomba) dan Sarjan Mejar (Polis

    dan Penjara)

    8

    Sarjan, Bintara Muda (PKBM-L) dan Penolong Ketua Platun 1 (Bomba) 7

    Lans Koperal, Laskar Muda (PKBM-L), Laskar Udara (PKBM-U),

    Penolong Ketua Platun 11 (Bomba)

    6

    Ahli Aktif 4

    Ahli Biasa 1

    Jadual 2 (b)

    Pasukan Badan Beruniform- Anjuran Badan Bukan Kerajaan (NGO)Jawatan Markah (%)

    Ketua Trup, Ketua Pasukan/ Pengerusi, Pegawai Muda, Ketua

    Puteri, Ketua Kadet, Band Major, Bengkung Merah dan Tali

    Pinggang Hitam

    10

    Pen Ketua Trup, Ketua Kumpulan, Ketua Utama Seksyen, Ketua

    Pasukan (Setiausaha), Sarjan Drum Major, Bengkung Hijau 3 dan

    Tali Pinggang Merah 2

    8

    Ketua Patrol, Setiausaha, Ketua Seksyen, Ketua Pasukan (Bend),

    Koperal, Percussion Leader, Bengkung Hijau 2 dan Tali PinggangMerah 1

    7

    Penolong Ketua Patrol, Bend, Penolong Ketua Seksyen Kanan,Ketua Pasukan (AJK), Lans Koperal, Section Leader, Bengkung

    Hijau 1 dan Tali Pinggang Biru 2

    6

    Quartermaster, Penolong Setiausaha, Penolong Ketua Seksyen,

    Ketua Kumpulan, Asst. Section Leader, Cula 3 dan Tali pinggang

    Biru1

    5

    Ahli Aktif, Penolong Ketua Kumpulan, Class 3, Cula 2 dan Tali

    Pinggang Hijau 1 & 2

    3

    Ahli Biasa, Class 4 & 5 dan Cula 1 1

    Persatuan/ Kelab & Sukan/ Permainan

    Jawatan MARKAH

    Pengerusi/ Presiden/ Kapten Pasukan/ Ketua Pasukan Sukan

    Permainan/ Ketua Rumah

    10

    Timbalan Pengerusi/ Naib Pengerusi 8

    Setiausaha/ Bendahari 7

    Penolong Setiausaha / Penolong Bendahari 6

    Ahli Jawatankuasa 5

    Ahli Aktif 4

    Ahli Biasa 1

    3

  • 8/3/2019 PEMARKAHAN KOKURIKULUM 2012

    4/11

    4.1.5 Markah Aspek Penglibatan ialah 20%. Markah ini diberikan kepada semua ahliberdasarkan sumbangan dan komitmen mereka di dalam semua aktiviti yang

    dijalankan dan tahap penglibatan yang disertai.

    Markah penglibatan bagi individu dan pasukan atau kumpulan adalah sama.

    Markah yang dicadangkan adalah seperti berikut:

    Jadual 3Peringkat Penglibatan Markah (%)

    Sekolah 8

    Zon / Daerah / Bahagian 11

    Negeri 14

    Kebangsaan 17

    Antarabangsa 20

    4.1.6 Markah Aspek Pencapaian ialah 20%. Markah ini merupakan pencapaianpelajar dalam pertandingan di peringkat Sekolah/ Zon/ Daerah/ Bahagian/ Negeri/

    Kebangsaan dan Antarabangsa. Pencapaian yang dinilai hanyalah kepadakedudukan Johan, Naib Johan dan Ketiga. Dalam aspek pencapaian markah bagipencapaian individu atau pasukan adalah sama. Markah-markah pencapaian yang

    ditetapkan adalah seperti berikut:

    Peringkat pertandingan Johan Naib Johan Ketiga

    Sekolah 8 7 6

    Zon/ Daerah/ Bahagian 11 10 9

    Negeri 14 13 12

    Kebangsaan 17 16 15

    Antarabangsa 20 19 18

    4.1.7 Setiap pemberian markah dalam aspek-aspek yang dinilai berdasarkan markah

    tertinggi yang layak diperoleh oleh seorang pelajar. Umpamanya jika seorangpelajar pernah mewakili daerah, negeri, kebangsaan dan antarabangsa, markah

    aspek pencapaian diambilkira hanyalah pencapaian di peringkat antarabangsa

    (20 markah)

    5. KEGIATAN KOKURIKULUM YANG DINILAI

    5.1 Setiap pelajar sekolah menengah diwajibkan menganggotai pasukan pakaianseragam, persatuan/ kelab serta kelab sukan dan permainan. Dalam hal ini, setiap

    pelajar memilih salah satu aktiviti yang terdapat dalam setiap kegiatan

    kokurikulum tersebut. Ini bermakna penilaian kegiatan adalah berdasarkan:

    a. Aktiviti Pasukan Badan Beruniform seperti Kadet Remaja Sekolah, Pandu

    Puteri, Pengakap, Seni Bela Diri dan sebagainya.

    b. Aktiviti persatuan/ kelab seperti Persatuan Bahasa Melayu, Kelab PencintaAlam, Kelab Seni Lukis dan sebagainya.

    c. Aktiviti Kelab Sukan dan Permainan seperti kelab Olahraga, kelab

    Renang, kelab Memanah dan sebagainya.

    4

  • 8/3/2019 PEMARKAHAN KOKURIKULUM 2012

    5/11

    5.2 Setiap jenis aktiviti yang dianggotai oleh pelajar akan dinilai berdasarkan aspek-aspek yang telah dinyatakan dalam 4.1.1 dan agihan markah setiap jenis aktiviti

    adalah sama seperti yang dinyatakan dalam 4.1.2. Sebagai contoh, berikut adalah

    markah kegiatan kokurikulum yang diperoleh oleh pelajar X

    i. Kegiatan Pasukan Pakaian Seragam

    Aspek Penilaian Prestasi Markaha. Kehadiran Penuh (18/18) 50

    b. Jawatan disandang Ahli aktif 3

    c. Penglibatan Menghadiri jambori Pengakap Peringkat Negeri 14

    d. Pencapaian Ketiga Kawad Kaki Peringkat Negeri 12

    JUMLAH 79

    ii. Kegiatan Persatuan/ Kelab

    Aspek Penilaian Prestasi Markah

    a. Kehadiran 10/12 42

    b. Jawatan AJK Persatuan Sejarah 5

    c. Penglibatan Menyertai Seminar Penulisan Sajak Peringkat

    Kebangsaan

    14

    d. Pencapaian Naib Johan Pertandingan Bahas Ala Parlimen

    antara kelas

    7

    JUMLAH 68

    iii. Kegiatan Kelab Sukan dan Permainan

    Aspek Penilaian Prestasi Markah

    a. Kehadiran Penuh (10/12) 42

    b. Jawatan AJK Kelab Bola Sepak 5

    c. Penglibatan Mewakili negeri dalam Pertandingan Bola sepak

    peringkat negeri

    14

    d. Pencapaian Naib Johan pertandingan bola sepak antara kelas 7

    JUMLAH 68

    5.3 Gred Penilaian Kegiatan Kokurikulum

    5.3.1 Gred penilaian setiap markah yang diperoleh adalah seperti berikut:

    GRED MARKAHA Antara 80 hingga 100

    B Antara 60 hingga 79

    C Antara 40 hingga 59

    D Antara 20 hingga 39

    E 19 ke bawah

    5

  • 8/3/2019 PEMARKAHAN KOKURIKULUM 2012

    6/11

    5.3.2 Mengambil contoh markah kegiatan kokurikulum yang diperoleh Pelajar X, gredyang diperoleh bagi setiap kegiatan kokurikulum adalah seperti berikut:

    Kegiatan Markah yang diperoleh Gred

    Pasukan Pakaian Seragam 79 B

    Persatuan/ Kelab 68 B

    Kelab Sukan dan Permainan 85 A

    6. MARKAH BONUS

    6.1 Markah bonus diberi berdasarkan sesuatu jawatan kepimpinan yang disandangoleh pelajar dan jawatan tersebut bertujuan membantu pengurusan dan

    pentadbiran sekolah. Perjawatan tersebut merangkumi:

    a. Perjawatan peringkat sekolah seperti pengawas, pengawas

    perpustakaan, imam dan sebagainya.

    b. Perjawatan peringkat rumah sukan seperti ketua rumah, ketua bilik/

    asrama dan sebagainya.c. Perjawatan peringkat kelas seperti ketua kelas/ darjah dan sebagainya.

    6.2 Bagi setiap jawatan tersebut, markah bonus diberikan sebagai pengiktirafankepada pelajar di atas sumbangan perkhidmatan setiap tahun. Markah bonus

    yang ditetapkan adalah seperti berikut:

    Bil Jawatan Markah bonus

    1. Ketua Murid 10

    2. Timbalan/ Penolong Ketua Murid 8

    3. Ketua/ Pengerusi badan-badan perkhidmatan ataupengurusan utama yang ditubuhkan untuk membantusekolah/ Pengawas / Ketua asrama/ Ketua PRS /

    Kuatermasters

    7

    4. Penolong Ketua Asrama/ Penolong Kuatermasters/

    Pengawas Pusat Sumber/ AJK Utama Badan-badan

    Perkhidmatan atau Pengurusan/ Bendahari/ Setiausaha

    6

    5. Ketua Biro Asrama/ PRS/ Penerima sijil dan lencana

    SLAD/ PROSTAR /Ahli Lembaga Pengarah Koperasi

    Sekolah/ Pengawas Koperasi

    5

    6. Ahli Jawatankuasa Perkhidmatan & Sokongan- AJK Biro/

    Ketua Bilik/ Ketua Dorm/ Ketua Tingkatan/ Penerima SijilSLAD dan PROSTAR

    3

    7. Penolong Ketua Kelas/ Penolong Ketua Bilik/ AhliKuatermasters

    2

    6

  • 8/3/2019 PEMARKAHAN KOKURIKULUM 2012

    7/11

    6.3 Anugerah Khas

    Anugerah khas diberi sebagai pengiktirafan kepada murid di atas pencapaian

    cemerlang dalam bidang kokurikulum dan kemasyarakatan yang diusahakan

    sendiri. Markah anugerah khas ini ditetapkan seperti berikut:

    Jadual 7

    Bil Jawatan Markah Bonus

    1. Anugerah Remaja Perdana (ARP)Emas 10

    Perak 7

    Gangsa 5

    2. Pingat Hang Tuah Kebangsaan / Tunas Jaya Kebangsaan 10

    3. Pencapaian aktiviti kokurikulum di luar negara atas pembiayaan

    sendiri

    Johan 5

    Naib Johan 3

    Ketiga 2

    4. NILAM 5

    5. Lain-lain anugerah yang setara 5

    6.4 Setiap murid hanya layak menerima markah bonus untuk jawatan yang

    paling tinggi yang disandang pada setiap tahun

    6.5 Sekiranya jawatan yang disandang dilucutkan atas sebab-sebab tindakan

    tatatertib atau kes disiplin, maka markah bonus ini tidak layak dimasuk kira.

    7. GRED KESELURUHAN

    7.1 Gred keseluruhan bermaksud gred yang diperoleh oleh seorang murid dalam

    dua dari tiga jenis kegiatan kokurikulum yang dianggotainya beserta markah

    bonus. Dua bidang yang dipilih itu bergantung kepada prestasi markah

    tertinggi yang diperoleh.

    7.2 Gred keseluruhan boleh diperoleh dengan mencampurkan jumlah markah

    kedua-dua kegiatan kokurikulum yang diperoleh dan mendapatkan purata bagi

    kedua-dua markah tersebut. Kemudian nilai tersebut dicampurkan denganmarkah bonus yang diperoleh. Hasil tambah tersebut dipadankan dengan nilai

    gred sebagaimana yang terdapat pada 5.3.1

    7.3 Mengambil contoh markah kegiatan kokurikulum yang diperoleh Pelajar X,

    perkiraan gred keseluruhan adalah seperti berikut:

    7

  • 8/3/2019 PEMARKAHAN KOKURIKULUM 2012

    8/11

    Jumlah Markah Pasukan Badan Beruniform = 80Jumlah Markah Persatuan/ Kelab = 68

    Jumlah Markah Sukan/ Permainan = 85

    Jumlah purata = (80 + 85) / 2

    = 82.5

    Markah bonus = 10 (Ketua Murid)Markah keseluruhan = 82 .5 + 10

    = 92.5

    Gred keseluruhan = A

    8. PELAKSANAAN

    8.1 Semua sekolah menengah di setiap di setiap negeri diminta menggunakan

    format dan borang yang sama dalam membuat penilaian aktiviti kokurikulum(Lihat lampiran 1,2 dan 3 ).

    8.2 Penilaian hendaklah dibuat pada setiap hujung tahun atau selewat-lewatnya

    awal bulan Januari tahun berikutnya. Tempoh ini diperlukan kerana masih ada

    kegiatan kokurikulum peringkat kebangsaan yang dijalankan pada bulanDisember.

    8.3 Oleh kerana penilaian kokurikulum dibuat sepanjang pelajar berada ditingkatan peralihan/ tingkatan 1 sehingga tingkatan 6, pihak sekolah perlulah

    menyediakan Buku Kemajuan Kokurikulum yang telah diseragamkan oleh

    KPM.. Langkah ini memudahkan penyimpanan rekod-rekod kemajuan danpemindahan rekod sekiranya murid berpindah ke sekolah lain dan kemasukanke Matrikulasi/ IPT.

    8.4 Pihak sekolah diminta membentuk Jawatankuasa Penilai yang dipengerusikanoleh Pengetua Sekolah dan guru-guru yang terlibat dengan kegiatan

    kokurikulum sekolah

    8.5 Setiap borang penilaian perlu disemak oleh guru pemimpin sebelum disahkan

    oleh Pengetua dan Penolong Kanan Kokurikulum.

    8.6 Penilaian kokurikulum murid dilakukan pada setiap tahun sepanjangPersekolahannya. Keputusan penilaian akan dipersembahkan dalam bentuk

    prestasi tahun semasa (GPA) dan himpunan prestasi sepanjang tempoh

    persekolahan (CGPA). Contohnya prestasi GPA dan CGPA murid X dalambidang kokurikulum dalam tempoh persekolahan sehingga tingkatan 5:

    8

  • 8/3/2019 PEMARKAHAN KOKURIKULUM 2012

    9/11

    Jadual 8

    Tingkatan Markah kokurikulum GPA CGPA

    1 69 69 69.0

    2 82 82 75.5

    3 83 83 78.0

    4 89 89 80.05 80 80 80.6

    Contoh pengiraan CGPA

    Tingkatan 2 = (69 + 82) / 2= 75.5

    8.7 Untuk mendapatkan markah 10%, markah akhir hendaklah dibahagikan

    dengan 100 dan didarabkan dengan 10. Contohnya:

    Tingkatan 5 = 80.6 x 10100

    = 8.06

    9. PENILAIAN KEGIATAN KOKURIKULUM BAGI PELAJAR-PELAJAR TINGKATAN 6

    Murid-murid yang telah menamatkan Tingkatan 6 dan mengikuti program PLKN,

    mereka yang terlibat boleh memilih markah prestasi PLKN untuk turut

    dipertimbangkan dalam pengiraan markah. Dalam kes ini, murid mempunyai empatpilihan daripada tiga yang perlu dipilih untuk menentukan markah kokurikulumnya.

    Jika perstasi murid didapati tinggi dalam PLKN, maka markah terendah dalam bidang

    lain akan digugurkan.

    PERKARA BERBANGKIT

    Bil Isu/ Perkara berbangkit Huraian/ penjelasan

    1. Penilaian pelajar tingkatan Enam:

    i. Kiraan kehadiran aktiviti

    kokurikulum bagi pelajartingkatan 6 Rendah

    Kiraan kehadiran:

    i. Badan Beruniform 10 x

    ii Kelab & Persatuan 6 xiii Sukan & Permainan 6 x

    9

  • 8/3/2019 PEMARKAHAN KOKURIKULUM 2012

    10/11

    6.9 REKOD KOKURIKULUM

    CARA PENGIRAAN KEHADIRAN

    NAMA MURID :

    TINGKATAN : . TAHUN : .

    KEHADIRANUNIT BERUNIFORM PERSATUAN/ KELAB SUKAN/ PERMAINAN

    BIL % T/TANGAN TARIKH BIL % T/TANGAN TARIKH BIL % T/TANGAN TARIKH

    1. 3 1. 4 1. 4

    2. 6 2. 8 2. 8

    3. 8 3. 1

    2

    3. 1

    2

    4. 11

    4. 17

    4. 17

    5. 1

    4

    5. 2

    1

    5. 2

    1

    6. 1

    7

    6. 2

    5

    6. 2

    5

    7. 19

    7. 29

    7. 29

    8. 22

    8. 33

    8. 33

    9. 25

    9. 37

    9. 37

    10. 2

    8

    10. 4

    2

    10. 4

    211. 3

    0

    11. 4

    6

    11. 4

    6

    12. 3

    3

    12. 5

    0

    12. 5

    0

    13. 3

    6

    14. 3

    9

    15. 4

    2

    16. 4

    4

    17. 47

    18. 5

    0

    10

  • 8/3/2019 PEMARKAHAN KOKURIKULUM 2012

    11/11

    11