940/2-skema pemarkahan, ujian sekolah kedua, mei 2012 - smk sacred heart

43
940/2/SkemaJawapan BAHAGIAN A: SEJARAH MALAYSIA Pengenalan: (3m) Sistem beraja di negeri-negeri Melayu diwarisi daripada Kesultanan Melayu Melaka. Bentuk pemerintahan tertua dan telah lama diamalkan di negeri-negeri Melayu seperti di Perak,Kedah,Pahang dan Johor. Sultan atau raja menduduki hierarki tertinggi dalam struktur sosial masy Melayu tradisional. Mempunyai kuasa mutlak dalam aspek politik,ekonomi dan sosial. Sistem beraja pada umumnya berdasarkan Adat Temenggung dan Adat Perpatih. Isi dan Huraian Sistem beraja (8m) 1. Negeri-negeri Melayu seperti Perlis,Kelantan,Terengganu,Pahang,Selangor dan Perak mengamalkan sistem pemerintahan berasaskan Adat Temenggung. Perlantikan sultan atau raja adalah secara perwarisan takhta. Apabila raja mangkat baginda akan digantikan oleh putera gahara sulung sahaja. Sekiranya sultan tidak mempunyai putera, hak perwarisan takhta boleh diberi kepada saudara lelaki sultan atau raja. Walau bagaimanapun hak perwarisan takhta bukanlah mutlak kerana pembesar-pembesar mempunyai pengaruh yang besar dalam melantik orang lain sebagai sultan. 2. Sistem perwarisan takhta di Perak sedikit berbeza dengan negeri-negeri Melayu lain. Perak mengamalkan sistem pemerintahan secara bergilir. Mengikut sistem penggantian bergilir, apabila sultan mangkat, Raja Muda akan dilantik menjadi sultan, Raja Bendahara menjadi Raja Muda, Raja Dihilir menjadi Raja Bendahara dan putera sulung sultan dilantik menjadi Raja Dihilir. 3. Putera gahara sulung mesti melalui tiga peringkat jawatan sebelum ditabalkan menjadi sultan atau raja. Walau bagaimanapun adakalanya sistem penggantian bergilir tidak diikuti kerana pembesar boleh mengenepikan sesiapa yang tidak disukai atau dianggap tidak sesuai dan memilih mana-mana raja yang disukai sebagai sultan 4. Sistem politik yang diamalkan di Negeri Sembilan berasaskan Adat Perpatih. Pemerintahnya bergelar Yang di-Pertuan Besar. Perlantikan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan berbeza dengan negeri-negeri Melayu yang lain. Perlantikan Yang Soalan 1 : Jelaskan sistem dan peranan raja sebelum campur tangan British 1

Upload: russlan-ssvs

Post on 01-Jun-2015

1.115 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

Page 1: 940/2-Skema Pemarkahan, Ujian Sekolah Kedua, Mei 2012 - SMK Sacred Heart

940/2/SkemaJawapanBAHAGIAN A: SEJARAH MALAYSIA

Pengenalan: (3m)

Sistem beraja di negeri-negeri Melayu diwarisi daripada Kesultanan Melayu Melaka. Bentuk pemerintahan tertua dan telah lama diamalkan di negeri-negeri Melayu seperti di Perak,Kedah,Pahang dan Johor. Sultan atau raja menduduki hierarki tertinggi dalam struktur sosial masy Melayu tradisional. Mempunyai kuasa mutlak dalam aspek politik,ekonomi dan sosial. Sistem beraja pada umumnya berdasarkan Adat Temenggung dan Adat Perpatih.

Isi dan Huraian

Sistem beraja (8m)

1. Negeri-negeri Melayu seperti Perlis,Kelantan,Terengganu,Pahang,Selangor dan Perak mengamalkan sistem pemerintahan berasaskan Adat Temenggung. Perlantikan sultan atau raja adalah secara perwarisan takhta. Apabila raja mangkat baginda akan digantikan oleh putera gahara sulung sahaja. Sekiranya sultan tidak mempunyai putera, hak perwarisan takhta boleh diberi kepada saudara lelaki sultan atau raja. Walau bagaimanapun hak perwarisan takhta bukanlah mutlak kerana pembesar-pembesar mempunyai pengaruh yang besar dalam melantik orang lain sebagai sultan.

2. Sistem perwarisan takhta di Perak sedikit berbeza dengan negeri-negeri Melayu lain. Perak mengamalkan sistem pemerintahan secara bergilir. Mengikut sistem penggantian bergilir, apabila sultan mangkat, Raja Muda akan dilantik menjadi sultan, Raja Bendahara menjadi Raja Muda, Raja Dihilir menjadi Raja Bendahara dan putera sulung sultan dilantik menjadi Raja Dihilir.

3. Putera gahara sulung mesti melalui tiga peringkat jawatan sebelum ditabalkan menjadi sultan atau raja. Walau bagaimanapun adakalanya sistem penggantian bergilir tidak diikuti kerana pembesar boleh mengenepikan sesiapa yang tidak disukai atau dianggap tidak sesuai dan memilih mana-mana raja yang disukai sebagai sultan

4. Sistem politik yang diamalkan di Negeri Sembilan berasaskan Adat Perpatih. Pemerintahnya bergelar Yang di-Pertuan Besar. Perlantikan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan berbeza dengan negeri-negeri Melayu yang lain. Perlantikan Yang di-Pertuan Besar dianggap lebih demokratik kerana dipilih atau dilantik oleh Undang Berempat iaitu Undang Sungai Ujong, Undang Jelebu, Undang Johol dan Undang Rembau.

5. Undang Berempat akan memilih pengganti Yang di-Pertuan Besar daripada kalangan putera baginda. Undang Berempat boleh juga memilih orang lain yang dianggap layak dengan memberi keutamaan kepada saudara lelaki Yang di-Pertuan Besar yang memerintah itu. Sekiranya Yang di- Pertuan Besar tiada putera atau saudara lelaki, orang lain yang dianggap layak akan menggantikan Yang di-Pertuan Besar.

Soalan 1 : Jelaskan sistem dan peranan raja sebelum campur tangan British

1

Page 2: 940/2-Skema Pemarkahan, Ujian Sekolah Kedua, Mei 2012 - SMK Sacred Heart

940/2/SkemaJawapanPeranan Sultan sebelum campur tangan British(12m)

1. Menjadi ketua kerajaan dan mempunyai kuasa mutlak dalam pemerintahan. Rakyat tidak boleh mempersoalkan hak dan kewibawaan seseorang Sultan.

2. Seseorang sultan/raja sedaya-upaya memerintah dengan adil, saksama, bijaksana dan bermuafakat untuk mewujudkan negeri yang aman dan sejahtera.

3. Baginda dianggap lambang perpaduan, sultan dianggap suci dan kudus. Sultan juga dianggap sebagai khalifah Allah di muka bumi. Oleh itu titah sultan tidak boleh disanggah. Ini bermakna segala urusan pemerintahan raja adalah perintah Allah.

4. Kedudukan sultan yang suci diperkukuhkan melalui konsep daulat iaitu mempunyai kebolehan istimewa, adil, bekuasa dan berwibawa. Daulat adalah batas pemisah antara sultan dengan rakyat. Rakyat yang enggan mengakui kedaulatan sultan dianggap menderhaka dan akan ditimpa tulah atau kecelakaan.

5. Konsep daulat akan mengukuhkan dan meninggikan kedudukan raja-raja Melayu. Konsep daulat diperkukuhkan dengan penggunaan bahasa dalam, warna kuning dan putih. Payung kuning untuk anak raja, payung putih untuk raja, alat-alat kebesaran seperti cop mohor, nobat, pedang dan keris kerajaan dan sebagainya.

6. Perpaduan dan keharmonian rakyat amat diutamakan kerana kewibawaan seseorang sultan bergantung kepada kemakmuran hidup rakyatnya.

7. Baginda menjadi ketua angkatan tentera. Jika berlaku peperangan sultan akan mengetuai angkatan tentera mempertahankan negara.

8. Sultan mempunyai kuasa untuk melaksanakan sistem kerah iaitu rakyat diwajibkan melaksanakan sesuatu pekerjaan untuk sultan/raja tanpa upah dalam tempoh tertentu. Pembesar dengan perintah sultan / raja boleh mengerahkan rakyat membuat kerja membina istana, menjadi tentera, membina jambatan dan sebagainya.

9. Sultan/raja mempunyai kuasa memungut cukai ke atas kawasan yang ditadbir baginda dan mengutip cukai dari kawasan pedalaman. Contoh Sultan Abd Samad menerima cukai hasil bijih dari Kelang daripada Raja Mahadi.

Kesimpulan (2m)

1. Campur tangan British telah menjejaskan sistem, peranan dan tanggungjawab sultan/raja. Walau bagaimanapun kuasa dan kedudukan sultan dipulihkan dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948 dengan penubuhan Majlis Raja-Raja, yang tujuannya untuk menasihati Pesuruhjaya Tinggi, perkenan raja-raja diperlukan dalam perkara seperti perhubungan, migrasi, perlantikan pegawai kanan kerajaan dan sebagainya.

2

Page 3: 940/2-Skema Pemarkahan, Ujian Sekolah Kedua, Mei 2012 - SMK Sacred Heart

940/2/SkemaJawapan

Pendahuluan

1. Konsep raja bermula daripada 2 nilai utama iaitu daulat dan derhaka. - Konsep ini bermula apabila wujudnya perjanjian antara Demang Lebar Daun (mewakili rakyat ) dengan Sang Sapurba ( mewakili raja) - Rakyat tidak akan menderhaka dan berjanji taat setia kepada raja

2. Raja menjaga kebajikan , tidak menzalimi dan mencela rakyat

Isi dan Huraian

Erti daulat

1. Merupakan suatu sifat kekuasaan atau hak tertinggi yang dikhaskan kepada golongan raja sahaja.

2. Daulat dalam institusi kesultangan dan sosial politik masyarakat melayu mempunyai maksud yang lebih luas

3. Daulat yang berasal daripada perkataan arab iaitu daulah tidak hanya bermaksud negeri atau kerajaan tetapi berkait dengan kesempurnaan, kuasa politik tertinggi, kebolehan dan keistimewaan serta kebahagiaan kepada seseorang raja yang memerintah.

4. Raja berdaulat yang mempunyai kuasa dan wibawa untuk memerintah dengan berkesan 5. Tujuan daulat adalah untuk memberi kuasa tertinggi kepada raja serta untuk mengawal

para pembesar dan rakyat 6. Daulat meliputi tanggapan undang-undang, budaya dan agama. 7. Tanggapan ini ada hubung kait dengan diri raja itu sendiri. 8. Memberi banyak hak dan kemudahan serta meletakkan diri raja di tempat yang mulia. 9. Daulat menyebabkan raja didak boleh ditegur atau dicela 10. Wujudnya kesetiaan mutlak daripada rakyat kepada raja dan seterusnya membawa

anggapan bahawa raja mempunyai kuasa luar biasa secara turun-temurun

Erti derhaka

1. Dianggap sebagai melanggar atau ingkar perintah atau suruhan raja2. Seorang yang mengingkari perintah raja akan ditimpa tulah raja dan akan dikenakan

hukuman bunuh.3. Seorang yang melakukan kesalahan seperti tidak bertutur menggunakan bahasa diraja

semasa menghadap raja akan mendapat tulah akibat kekuasaan yang dimilik raja.

Kekuasaan raja

1. Kekuasaan raja dalam pemerintahan melayu tradisional merupakan satu bentuk kuasa yang unggul yang terpelihara melalui unsur-unsur kebendaan dan kerohanian .

2. Unsur kebendaan – adat istiadat, peruntukan hak keistimewaan raja, penggunaan warna, perhiasan diri termasuk pakaian dan senjata dan lambang kebesaran serta penggunaan nobat diraja.

3. Unsur kerohanian – sistem nilai dan tanggapan masyarakat terhadap raja seperti menganggap raja sebagai wakil allah serta konsep daulat dan derhaka.

4. Kedua-dua unsur ini saling berkaitan serta bergabung bagi mengekal dan mempertahankan kedudukan institusi raja.

Soalan 2: Huraikan pengertian konsep daulat dan derhaka dalam sistem beraja masyarakat Melayu tradisional.

3

Page 4: 940/2-Skema Pemarkahan, Ujian Sekolah Kedua, Mei 2012 - SMK Sacred Heart

940/2/SkemaJawapan5. Konsep ini menjadi asas penting dalam kehidupan masyarakat melayu di mana mereka

percaya dengan pengaruh peribadi atau tulah raja boleh mendatangkan mala petaka/ bencana dan menjejaskan hasil pengeluaran

6. Pepatah melayu “adat orang melayu tidak boleh menderhaka kepada raja” menjelaskan perbuatan menderhaka satu perkara yang dilarang dan dianggap sebesar-besarnya jenayah yang dilakukan .

7. Konsep ini adalah peraturan yang memastikan raja bukan sahaja sebagai pemerintah tetapi juga pelindung dan penaung kepada rakyat.

8. Rakyat pula harus tunduk dan taat setia tanpa berbelah bahagi kepada raja. 9. Seorang raja itu akan dihormati dan ditakuti oleh rakyat.

Kesimpulan

1. Konsep ini menjadi amalan masyarakat Melayu tradisional sehingga kedatangan Barat2. Kehadiran Barat telah mengubah sedikit sebanyak perubahan dalam perlaksanaan konsep

daulat dan derhaka.

Soalan 3: Bincangkan hukum adat yang diamalkan di Malaysia sebelum campur tangan British.

4

Page 5: 940/2-Skema Pemarkahan, Ujian Sekolah Kedua, Mei 2012 - SMK Sacred Heart

940/2/SkemaJawapanPengenalan

1. Sebelum campur tangan British, masyarakat di Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak telahpun mempunyai undang-undang mereka tersendiri.Undang-undang ini dipanggil hukum adat.Hukum adat merupakan peraturan dan undang-undang yang diamalkan secara turun-temurun.Sesiapa yang melanggarnya boleh dihukum.Hukum adat ini dilaksanakan bagi menjamin hak anggota masyarakat dan memastikan masyarakat hidup dalam keadaan aman dan selesa.Di Tanah Melayu terdapat dua hukum adat yang diamalkan iaitu Adat Temenggung dan Adat Perpatih.Di Sarawak hukum adat yang diamalkan ialah Adat Dusun Tunggu manakala di Sabah pula ialah Adat Tenom, Adat Dusun dan Adat Temogun.

Isi dan Huraian

Adat Perpatih

1. Adat Perpatih diasaskan oleh Datuk Perpatih Nan Sebatang yang berasal dari Pagar Ruyung, Sumatera dan dibawa ke Tanah Melayu oleh orang Minangkabau. Adat ini berkembang di Negeri Sembilan dan Naning pada abad ke-17.

2. Dari segi politik Adat Perpatih bersifat demokrasi, iaitu perlantikan pemerintah dibuat dari bawah, iaitu Anak buah memilih buapak, buapak memilih lembaga , lembaga memilih Undang dan Undang akan melantik Yamtuan Besar (Raja). Ini bermakna Yamtuan Besar tidak mempunyai hak dalam soal perlantikan pembesar kerana perlantikan itu dibuat oleh para pembesar yang berada di hierarki yang lebih ke bawah. Selain itu keputusan yang dibuat oleh Yamtuan Besar juga adalah berdasarkan keputusan bersama dengan Undang.

3. Segi kekeluargaan dan perkahwinan, Adat Perpatih mengamalkan hidup secara bersuku-suku, iaitu hidup secara berkeluarga dengan ahli-ahlinya terdiri daripada satu ikatan sedarah sedaging. Setiap suku mempunyai nama tersendiri seperti Biduanda, Batu Hampar, Paya Kumbuh, Mungkal, Tiga Nenek, Seri Melenggang, Seri Lemak, Batu Belang, Tanah Datar, Anak Acheh, Anak Melaka, Tiga Batu.

4. Dalam soal perkahwinan Adat Perpatih mengamalkan eksogami iaitu tidak membenarkan perkahwinan sesama suku. Selepas berkahwin, si suami akan meninggalkan keluarganya kerana si isteri akan membawanya tinggal di rumah pusaka (rumah gadang) atau rumah sendiri yang dibina berhampiran rumah pusaka ibu si isteri. Jika berlaku penceraian atau si isteri meninggal dunia, maka si suami akan kembali semula kepada sukunya yang asal manakala anak-anaknya mereka bukan menjadi hak keluarga asas pasangan suami isteri tersebut tetapi hak rumpun ibunya.

5. Adat Perpatih juga bersifat matriarchal/matrilineal, iaitu mengutamakan kedudukan wanita. Wanita dianggap sebagai pengasas suku.Harta pusaka turun-temurun adalah kepunyaan suku.Pewarisan harta diberatkan di sebelah ibu dan anak perempuan menjadi asas wujudnya suku dan ini menjadikan wanita kaya dan berkuasa. Si suami tidak berhak ke atas harta pusaka.

6. Dari segi undang-undang jenayah, hukuman dalam Adat Perpatih bersifat pemulihan, berperikemanusiaan dan bertimbangrasa. Orang yang membuat kesalahan akan didenda berdasarkan kesalahannya dan mangsa diberi ganti rugi. Contohnya jika seseorang dari suku itu dicederakan, dia akan diberi ganti rugi dalam bentuk ayam atau kambing sebagai ganti darah yang mengalir, besar atau kecil binatang itu bergantung kepada besar atau kecil luka yang dialami. Bagi kes kecurian hukumannya ialah memulangkan semula barang yang dicuri atau dibayar ganti rugi.Bagi kesalahan membunuh, si pembunuh mesti

5

Page 6: 940/2-Skema Pemarkahan, Ujian Sekolah Kedua, Mei 2012 - SMK Sacred Heart

940/2/SkemaJawapanmenanggung hidup keluarga si mati.Hukuman bunuh hanya boleh dikenakan ke atas kesalahan serius seperti mendurhaka. Adat Perpatih berpegang kepada konsep orang yang melakukan jenayah boleh mengubah perangai mereka. Pelaksana undang-undang biasanya dijalankan oleh Buapak atau Lembaga kecuali hukuman bunuh yang hanya boleh dijatuhi oleh Yamtuan Besar

Adat Temenggung

1. Adat ini berasal dari Palembang, Sumatera dan diasaskan oleh Datuk Ketemenggungan. Adat ini telah diresapi oleh unsur-unsur Islam mengikut mazhab Shafie. Adat ini dipercayai dibawa ke Tanah Melayu oleh keturunan Diraja Palembang. Disebar luaskan ke seluruh Tanah Melayu kecuali Negeri Sembilan dan kawasan Naning di Melaka.

2. Dari segi politik Adat Temenggung bersifat autokrasi,iaitu kuasa terletak di tangan pemerintah atau raja. Raja atau sultan terlalu istimewa dan kuasanya diperkukuhkan dengan konsep daulat dan durhaka. Kuasa raja dikaitkan dengan kesaktian dan sesiapa yang melanggarnya terkena tulah raja. Raja mempunyai keistimewaan tertentu yang dilambangkan dengan penggunaan warna tertentu dan bahasa dalam yang hanya dikhaskan untuknya. Raja atau sultan mempunyai kuasa mutlak dan berhak melantik pembesar sama di peringkat negeri, jajahan, mukim mahupun kampung. Jawatan sultan adalah bersifat warisan iaitu putera sulungnya akan dilantik menjadi sultan jika berlaku kemangkatan sultan kecuali di Perak.

3. Dari segi pembahagian harta Adat Temenggung mengutamakan kaum lelaki (bersifat patriarchal) yang dianggap akan melanjutkan keturunan sesebuah keluarga. Sifat ini sejajar dengan prinsip hukum syarak yang mengiktiraf lelaki sebagai ketua keluarga. Anak lelaki akan mewarisi harta pusaka dengan kadar 2/3 berbanding anak perempuan. Ini berdasarkan tanggungjawab anak lelaki yang lebih besar dalam keluarga berbanding anak perempuan. Jika berlaku pencerian lazimnya cara pembahagian harta suami isteri dibuat mengikut hukum syarak. Harta yang didapati semasa perkahwinan dipanggil harta sepencarian. Bagi harta sepencarian, ia akan dibahagikan dua sama banyak kepada isteri yang diceraikan dan jika isteri yang diceraikan tidak bekerja si isteri hanya berhak mendapat 1/3 bahagian sahaja.

4. Dalam soal perkahwinan Adat Temenggung mengamalkan endogami, iaitu membenarkan perkahwinan dengan sesiapa sahaja dengan syarat ia tidak bertentangan dengan hukum syarak. Seseorang perempuan yang berkahwin dikehendaki tinggal bersama-sama dengan keluarga ibu bapa suaminya kerana si isteri lazimnya akan menjadi ahli keluarga si suami.

5. Dari segi Udang-undang Adat Temenggung bersifat menghukum atau pembalasan. Oleh itu pelaksanaan sesuatu undang-undang dibuat dengan tegas. Ia bertujuan untuk memberi ikhtibar kepada orang lain dan pembalasan kepada si pesalah. Contoh kesalahan membunuh akan dihukum bunuh. Dalam Adat Temenggung sultan atau pembesar yang akan menjadi pelaksana undang-undang. Pembesar boleh mengendalikan semua kesalahan kecuali yang melibatkan hukuman bunuh. Kesalahan yang melibatkan hukuman bunuh hanya dikendalikan oleh sultan.

Hukum adat masyarakat bumiputera di Sabah dan Sarawak

6

Page 7: 940/2-Skema Pemarkahan, Ujian Sekolah Kedua, Mei 2012 - SMK Sacred Heart

940/2/SkemaJawapan1. Masyarakat di Sabah dan Sarawak juga mempunyai adat yang tersendiri seperti di Tanah

Melayu bagi menjamin keharmonian hidup. Masyarakat bumiputera Sarawak mengamalkan Adat Tunggu (denda dan kesalahan) dan Undang-undang Mahkamah Melayu. Hukum adat mengawal soal bertanam padi dan tempat kediaman orang Iban. Hukum adat menentukan tanah kampung halaman adalah kepunyaan bersama sesuatu kumpulan masyarakat. Semua penduduk Rumah Panjang dalam kumpulan tersebut berhak bercucuk tanam, memburu, dan mengambil hasil hutan di kawasan kampung mereka. Antara kesalahan yang dikenakan hukuman denda ialah sesiapa yang gagal melaporkan sebarang bencana, kecemasan , tidak bekerjasama dalam sesuatu tindakan yang telah dipersetujui, dan pelawat yang memasuki rumah panjang tanpa menanggalkan parangnya.

2. Di peringkat kampung adat dilaksanakan oleh ketua kampung atau Majlis Orang Tua-Tua. Dalam mengendalikan sesuatu perbicaraan biasanya Pengeran Temenggong atau Datuk Orang Kaya yang mewakili Sultan Brunei dan dua orang wakil suku yang akan bertindak sebagai hakim. Masyarakat Sabah mengamalkan Adat Dusun, Adat Tenom, dan Adat Timogun. Hukum adat ini dikendalikan oleh oleh “Orang Tua”

Kesimpulan

1. Hukum adat memainkan peranan penting dalam mengekalkan peraturan hidup.Ia menjamin keharmonian dalam masyarakat, menentukan hak dan mengawal tingkah laku individu dalam masyarakat. Namun selepas kedatangan penjajah undang-undang adat semakin dipinggirkan kerana British memperkenalkan undang-undang Barat . Undang-undang barat mula mengantikan peranan undang-undang adat di Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak. Hanya bahagian-bahagian tertentu undang-undang adat dikekalkan oleh British dengan sedikit penyesuaian bagi mengambil hati penduduk tempatan dan mengelakkan penentangan daripada penduduk tempatan.

Pengenalan

1. Sebelum tahun 1874, struktur masyarakat Mealayu adalah bercorak feudal.Secara umumnya, masyarakat Melayu dapat dibahagikan kepada dua golongan iaitu golongan pemerintah dan golongan yang diperintah. -Golongan pemerintah merupakan kumpulan yang kecil tetapi mempunyai pengaruh dan kuasa dalam masyarakat Melayu

Soalan 4: Huraikan struktur sosial masyarakat Melayu di Tanah Melayu sebelum campur tangan British pada tahun 1874.

7

Page 8: 940/2-Skema Pemarkahan, Ujian Sekolah Kedua, Mei 2012 - SMK Sacred Heart

940/2/SkemaJawapantradisional.Golongan pemerintah terdiri daripada sultan atau raja,kerabat diraja, pembesar dan ulama.

2. Manakala, golongan yang diperintah mempunyai jumlah yang sangat ramai dalam kalangan masyarakat Melayu.Golongan ini terdiri daripada rakyat biasa yang merdeka dan golongan hamba. Setiap golongan dalam masyarakat Melayu mempunyai peranan masing-masing.

Isi dan Huraian (10m gol pemerintah 10 m gol diperintah)

1. Sultan atau raja - Sultan merupakan pemerintah tertinggi di setiap negeri.Sultan akan menjadi ketua kerajaan dan ketua pemerintah serta mempunyai kedudukan yang istimewa dalam masyarakat . -Sultan turut mempunyai kuasa dalam bidang ekonomi dan sistem kehakiman negeri. -Seorang sultan turut mempunyai banyak keistimewaan berbanding dengan rakyat biasa. -Misalnya,penggunaan bahasa dalam atau istana, penggunaan warna kuning dan alat- alat kebesaran diraja.Sultan juga juga dikaitkan dengan kuasa daulat.Rakyat yang menderhaka terhadap sultan akan terkena tulah. Upacara pertabalan sultan akan dilaksanakan untuk mengesahkan kekuasaan seorang sultan tersebut.Sultan yang mangkat akan digantikan oleh putera sulung atau adik lelaki sulung. -Sultan juga menjadi lambang perpaduan dan keamanan negeri Melayu.

2. Pembesar Kerajaan - Kerabat diraja - Golongan ini mempunyai pertalian darah dengan sultan dan lazimnya menggunakan gelaran raja atau tengku. -Golongan tersebut mempunyai kedudukan dan pengaruh yang besar dalam masyarakat Melayu.Mereka turut memiliki keistimewaan seperti mana Sultan tetapi tidak boleh mengatasi keistimewaan Sultan. Mereka sangat dihormati oleh rakyat jelata. Anak-anak raja akan diberikan peluang untuk menjawat jawatan penting dalam kerajaan, misalnya akan memerintah daerah atau mukim tertentu. Bilangan kerabat diraja sangat ramai kerana amalan berpoligami oleh sultan. Walau bagaimanapun, anak daripada permaisuri pertama akan mendapat tempat yang istimewa, terutama dalam pelantikan sebagai putera mahkota atau raja muda. Pembesr - Golongan pembesar mempunyai kedudukan yang ketiga dalam struktur masyarakat Melayu sebelum tahun 1874 di Tanah Melayu.Golongan ini dikenali sebagai keturunan baik-baik atau anak baik-baik. -Golongan pembesar terdiri daripada dua kumpulan iaitu kerabat diraja dan kerabat bukan diraja . Golongan bukan kerabat diraja mendapat jawatan pembesar kerana mempunyai kebolehan mentadbir dan mempunyai jasa terhadap kerajaan. Golongan pembesar mempunyai tugas menjaga keamanan dan memungut cukai di kwasan atau daerah masing-masing. -Pembesar juga mempunyai kuasa dalam bidang kehakiman seperti menjatuhkan hukuman terhadap pesalah jenayah dan sivil. Pembesar juga bertanggung jawab untuk mengekalkan taat setia rakyat terhadap Sultan dengan cara melaksanakan sistem serah dan kerah. -Selain itu,terdapat juga golongan pembesar yang bertugas di luar istana,iaitu penghulu dan ulama. Penghulu mempunyai tugas menjaga keamanan ,membekalkan tenaga buruh,mengutip cukai dan memastikan rakyat taat setia terhadap Sultan. Ulama merupakan golongan cerdik ;pandai dalam bidang agama Islam . -Golongan ini akan memegang jawatan seperti kadi,mufti ,imam, khatib mahupun guru agama -Golongan ini akan bertindak sebagai penasihat kepada Sultan berkaitan dengan hukum-hakam agama Islam. -Para ulama biasanya berketurunan Arab berasal dari Asia Barat ,India dan Pulau Jawa. -Mereka menggunakan gelaran seperti maulana

3. Golongan merdeheka. -Golongan ini terdiri daripda rakyat biasa dan orang asing. Rakyat biasa merupakan penduduk peribumi yang bermastautin tetap di negeri tertentu . Rakyat biasa hidup bebas menjalankan kegiatan ekonomi masing-masing seperti

8

Page 9: 940/2-Skema Pemarkahan, Ujian Sekolah Kedua, Mei 2012 - SMK Sacred Heart

940/2/SkemaJawapanberniaga,menangkap ikan ,melombong ,tukang mahir dan sebagainya. -Rakyat biasa merupakan pengikut taat setia terhadap pembesar yang mentadbir daerah. -Mereka akan sentiasa mengikut arahan golongan pembesar. Mereka akan menjalankan semua suruhan pembesar,misalnya dalam sistem kerah dan serah. Rakyat Asing.Golongan ini hanya tinggal sementara di Tanah Melayu dan akan kembali ke negeri asal mereka. -Golongan ini terdiri daripada pedagang,perantau,mubaligh dan senteri serta orang asing yang datang ke Tanah Melayu sebagai tentera upahan. Orang asing yang berkahwin dengan orang tempatan biasanya akan terus menetap di Tanah Melayu. -Masyarakat Tamil-Islam merupakan kumpulan orang asing yang paling ramai di Tanah Melayu.Golongan orang asing tidak wajib mematuhi tradisi dan kebudayaan tempatan Melayu tetapi mereka mestilah mematuhi undang-undang masyarakat Melayu.

4. Hamba - Golongan yang menduduki lapisan paling bawah dalam struktur masyarakat Melayu sebelum tahun 1874 ialah hamba. Hamba dalam masyarakat Melayu dapat dibahgaikan kepada tiga kumpulan ,iaitu hamba biasa,hamba berhutang dan hamba raja. Golongan hamba biasa merupakan golongan orang suruhan atau keturunan hamba.Golongan ini biasanya akan dijual beli dan menjadi hamba seumur hidup.Seluruh keluarganya akan menjadi hamba kepada tuannya. Manakala hamba berhutang merupakan orang biasa yang menjadi hamba kerana gagal membayar hutang.-amba berhutang akan bebas setelah nilai hutang tersebut habis setelah bekerja dengan tuannya.Antara kerja yang biasa dilakukan ialah bertani dan melombong. Selain itu ,hamba raja merupakan golongan merdeka yang telah melakukan kesalahan jenayah dan diampunkan oleh sultan.Hamba raja juga terdiri daripada tawanan perang . -Hamba raja mempunyai kedudukan paling tinggi dalam kalangan semua hamba.

Kesimpulan1. Struktur masyarakat Melayu sebelum tahun 1874 sememangnya sistematik;daripada

golongan memerintah sehinggalah kepada golongan yang diperintah. -Setiap golongan dalam struktur masyarakat Melayu mempunyai tugas dan peranan masing- masing.

2. Namun,setelah campur tangan British dalm sistem politik negeri-negeri Melayu,struktur masyarakat Melayu telah mengalami perubahan yang ketara. Hal ini kerana peranan golongan pembesar dan hamba telah mula dihapuskan oleh penjajah British.

Pengenalan

1. Agama Islam merupakan agama yang menjadi anutan masyarakat Melayu di Tanah Melayu sejak abad ke-15.

2. Sebelum kedatangan Islam di Tanah Melayu, masyarakat di Tanah Melayu menganuti agama Hindu Dan Buddha. Islam telah berjaya mengubah masyarakat Melayu dari aspek politik, ekonomi dan sosial.

Soalan 5: Bincangkan pengaruh agama Islam dari segi politik, ekonomi dan sosial masyarakat di Tanah Melayu sebelum campur tangan British.

9

Page 10: 940/2-Skema Pemarkahan, Ujian Sekolah Kedua, Mei 2012 - SMK Sacred Heart

940/2/SkemaJawapan

Pengaruh agama Islam kepada Masyarakat Melayu dari segi politik

1. Tanah Melayu telah memperkenalkan sistem pemerintahan yang berasaskan agama Islam. Gelaran raja telah ditukar dengan gelaran sultan yang bermaksud khalifah allah di muka bumi. Sultan adalah pelindung kepada agama Islam dan ketua agama Islam.

2. Dalam pentadbiran, sultan menggunapakai sistem pentadbiran berteraskan Al-quran dan hadis. Sultan mendapat nasihat daripada pemimpin agama yang berperanan memberi nasihat kepada sultan dalam hal yang berkaitan dengan hukum syarak mazhab Shafie. Mereka adalah terdiri daripada Maharaja Kadi, Dato Mufti dan sebagainya. Di Terengganu menggunakan gelaran Tokku.

3. Dalam bidang perundangan, negeri-negeri Melayu menggunakan sistem perundangan Islam berasaskan hukum syarak mazhab Shafie yang terdapat di Perak, Johor dan Terengganu. Hukum syarak yang digunakan termasuklah undang-undang jenayah, undang-undang muamalat. Contohnya Undang-Undang Terengganu yang melaksanakan undang-undang syarak.

4. Dalam pertabalan sultan terdapat upacara menjunjung Al-Quran yang memberi signifikan yang besar kepada pemerintahan sultan di negeri-negerinya.Sultan wajib memerintah dengan adil dan saksama.

5. Sistem penggantian sultan yang mengutamakan kaum lelaki menjadi Sultan. Upacara pertabalan pengganti Sultan dilakukan sebelum almarhum dimakamkan.

6. Dalam melaksanakan pemerintahan, Sultan banyak merujuk kepada ulama-ulama dalam hal yang berkaitan hukum-hakam Islam.

Pengaruh Agama Islam dari Segi Sosial

1. Islam membawa perubahan yang besar dari segi akidah iaitu konsep Allah Yang Maha Esa dan konsep ibadat yang lebih luas.

2. Islam membawaq fahaman akliah atau rasional. Islam mengubah cara berfikir masyarakat Melayu daripada tahyul kepada bercorak akliah.

3. Kedatangan Islam juga mengubah pandangan masyarakat tempatan daripada tokoh agama Hindu seperti sami, ahli sihir, bomoh kepada tokoh-tokoh dan alim ulama Islam.

4. Adat dan undang-undang tempatan juga telah disesuaikan dengan ajaran Islam dan hukum syarak. Adat Pepatih dan Adat Temenggung yang diamalkan oleh masyarakat tempatan menggunakan sumber dari al-Quran dan hadis disamping berpandukan sumber hukum dari mazhab Shafie.

5. Amalan harian yang dilakukan oleh masyarakat tempatan juga telah diubahsuai dengan unsur-unsur Islam. Contohnya doa-doa dan bacaan al-Quran digunakan dalam upacara berkenaan. Upacara atau perayaan yang diadakan di istana juga banyak menggunakan unsur Islam seperti bacaan doa.

6. Kedatangan Islam juga mempengaruhi sistem pendidikan masyarakat tempatan. Masyarakata tempatan didedahkan dengan pendidikan al-quran. Sekolah-sekolah pondok banyak didirikan oleh alim ulama yang didatangakan khas dari Arab ataupun di sekitar Asia Tenggara. Mata pelajaran tauhid, fekah, tajwid mula diperkenalkan kepada pelajar- pelajar yang mengikuti sekolah pondok

7. Tulisan jawi mula diperkenalkan kepada masyarakat tempatan. Pelbagai buku telah ditulis dengan menggunakan tulisan jawi. Istilah-istilah dari bahasa Parsi dan Arab telah dibawa masuk ke dalam perbendaharaan kata bahasa Melayu.

8. Dari aspek seni bina pula, terdapat pengaruh Islam seperti bangunan, mimbar, menara, azan, batu nisan, tulisan khat dan sebagainya.

10

Page 11: 940/2-Skema Pemarkahan, Ujian Sekolah Kedua, Mei 2012 - SMK Sacred Heart

940/2/SkemaJawapanPengaruh agama Islam dari segi ekonomi

1. Islam mengharamkan amalan riba dan sebarang bentuk penindasan dalam urusan jual beli disamping memperkenalkan konsep halal dan haram. Masyarakat tempatan bergiat dalam urusan perdagangan

2. Peniaga-peniaga tempatan menggunakan sistem timbangan dan sukat yang diperkenalkan oleh pihak berkuasa. Terdapat undang-undang yang berkaitan dengan hukum jual beli,

3. hutang piutang, sewa tanah dan hukum berhuma, berladang, berternak dan sebagainya. Contohnya Undang-Undang Terengganu.

4. Amalan zakat dan fitrah menjadi sebahagian daripada amalan hidup dalam masyarakat tempatan di Tanah melayu.

5. Penggunaan sistem mata wang dinar emas yang tercatat tulisan jawi yang mencatat nama sultan dan negeri.

Kesimpulan

1. Agama Islam mempunyai pengaruh yang besar ke atas masyarakat tempatan di Tanah Melayu dari segi politik, ekonomi dan sosial.

2. Kedatangan penjajah Britiah pada akhir abad ke-19 gagal mengubah akidah masyarakat tempatan tetapi dari aspek sosial dan ekonomi pengaruh Islam semakin terhapus.

Pendahuluan (3/2 markah)

1. Kegiatan ekonomi Sarawak dan Sabah sebelum campur tangan British lebih bersifat sara diri berbanding ekonomi komersial. Sara diri adalah untuk keperluan diri dan keluarga sahaja. Kegiatan ini menjadi komersial apabila lebihan yang ada dijual atau ditukar dengan barangan lain. Setelah kedatangan Barat, kegiatan ekonomi sara diri masih wujud dan kegiatan komersial serta perdagangan semakin berkembang. Di Sarawak aktiviti sara diri dijalankan oleh kaum Iban, Bidayuh, Melanau dan Melayu. Di Sabah masyarakat pribumi

Soalan 6: Bincangkan kegiatan ekonomi di Sarawak dan Sabah hingga tahun 1900.

11

Page 12: 940/2-Skema Pemarkahan, Ujian Sekolah Kedua, Mei 2012 - SMK Sacred Heart

940/2/SkemaJawapanyang menjalankan kegiatan ekonomi sara diri ialah orang Bajau, Kadazan/Dusun, Melayu Brunei dan Kedayan. Mereka menjalankan kegiatan pertanian seperti menanam padi huma, padi sawah, mencari hasil hutan dan memburu binatang. Sebilangan penduduk ada yang menjalankan kegiatan perniagaan dan perdagangan.

Kegiatan Ekonomi di Sarawak (10 markah)

1. Kegiatan Ekonomi Sara diri

a) Penanaman Padii) Padi huma diusahakan oleh orang Iban,Bidayuh dan Kenyah. Diusahakan secara

bergotong-royong. Padi huma diusahakan oleh masyarakat Kelabit yang tinggal di kawasan bukit Hulu Sg.Baram. Sistem tali air dibina untuk mengairi kawasan sawah.

b) Perikanani) Dijalankan oleh orang Melayu yang tinggal di kawasan persisiran pantai Kaum Iban

menjalankan penangkapan ikan di kawasan sungai terutamanya di Sungai Rejang, Saribas dan Batang Lupar.

c) Tanaman-tanaman laini) Antara tanaman lain yang ditanam ialah lada hitam, pokok buah-buahan dan pokok

mengkuang. Orang Melanau menjalankan kegiatan memproses sagu di Oya dan Mukah.

d) Perlombongani) Antimoni diusahakan oleh orang Bidayuh di Bau

e) Perdagangani) Dijalankan oleh orang Melanau dan Brunei di kawasan sempadan. Barang-barang yang

didagangkan ialah sagu.

2) Kegiatan ekonomi komersial

a) Lada hitami) Kawasan penanaman lada hitam banyak terdapat di sekitar Kuching-Serian dan Sarikei-

Maradong. Pada tahun 1840, tanaman lada hitam dan gambir mula ditanan untuk tujuan eksport. Tanaman eksport terpenting pada zaman pemerintahan Brooke. Diusahakan oleh peladang Cina terutamanya pengusaha daripada Singapura.

ii) Brooke memberi tanah kepada saudagar-saudagar Cina untuk membuka kebun lada hitam. Antara tahun 1935-1939 Sarawak merupakan pengeksport lada hitam kedua terpenting selepas Indonesia.

b) Gambiri) Harga gambir meningkat pada tahun 1890-an. Brooke memberi tanah kepada peladang

Cina. Gambir ditanam secara meluas di Bau. Pada awal abad ke-20, tanaman gambir mulai merosot kerana harganya tidak stabil

b) Sagui) Sagu ditanam secara meluas di antara tahun 1850-1860. Diusahakan oleh orang Melayu

dan Inggeris. Inggeris membuka kilang di Mukah dan memberi wang pendahuluan kepada pekebun-pekebun kecil. Mulai abad ke-20 orang Cina mula mengambil alih kegiatan ini dan kemudian menguasai perusahaan sagu.

12

Page 13: 940/2-Skema Pemarkahan, Ujian Sekolah Kedua, Mei 2012 - SMK Sacred Heart

940/2/SkemaJawapan

c) Perlombongan.i) Emas dilombong di Bau oleh orang Cina. Antimoni dilombong di Bahagian Pertama

Sarawak. Pembesar Melayu menggunakan tenaga buruh Dayak.

Kegiatan ekonomi di Sabah. ( 10 markah )

1) Kegiatan ekonomi sara diria) Penanaman Padi

i) Tanaman makanan utama. Padi sawah diusahakan oleh orang Kadazan dan Dusun. Kawasan penanaman padi yang utama ialah Tuaran, Papar, Penampang dan lembah bukit di Ranau, Keningau dan Tambunan. Padi huma ditanam di lereng-lereng bukit landai di kawasan pedalaman yang bergunung-ganang. Padi huma diusahakan oleh orang Murut dan Bajau.

b) Tanaman-tanaman laini) Jagung, ubi kayu, keledek, buah-buahan dan sayur-sayuran merupakan ‘ makanan

selang”

c) Pertukangani) Dijalankan oleh kaum Bajau. Mereka terkenal dengan kemahiran bertukang besi,

menenun kain dan memacu kuda.

d) Perikanani) Dijalankan oleh masyarakat Melayu Brunei dan Kedayan. Dijalankan di sepanjang

pantai perairan Sabah dan bersempadan dengan Brunei.

e) Penternakani) Binatang yang diternak ialah kerbau, ayam, itik dan khinzir. Dijalankan oleh suku kaum

dusun dan Kadazan.

2) Kegiatan Ekonomi Komersial

a) Tembakaui) SBUB telah menggalakkan penanaman tembakau. Tembakau mula diusahakan oleh

orang-orang Cina. Selepas tahun 1884, peladang-peladang Belanda dan Jerman memainkan peranan penting dalam penanaman tembakau. Kawasan tumpuan ialah Pantai Timur Sabah. Pada tahun 1890 terdapat 60 estet tembakau yang kebanyakan tertumpu di Bahagian Timur Laut dan Pantai Timur Sabah.

ii) Peladang menggunakan tenaga buruh dari Singapura dan Hong Kong. Pada penghujung abad ke-19 penanaman tembakau merosot apabila permintaan dari Amerika merosot.

b) Perlombongani) Emas diusahakan oleh orang Cina di Sungai Segama. Petroleum diusahakan secara

komersial oleh SBUB.

Kesimpulan ( 2/3 markah )

1) Kegiatan ekonomi di Sarawak dan Sabah sebelum kedatangan Barat bersifat sara diri dan komersial. Kegiatan ekonomi yang bersifat sara diri kekal menjadi tulang belakang ekonomi masyarakat tempatan walaupun kegiatan ekonomi komersial turut sama diljalankan. Setelah

13

Page 14: 940/2-Skema Pemarkahan, Ujian Sekolah Kedua, Mei 2012 - SMK Sacred Heart

940/2/SkemaJawapanpenglibatan Brooke di Sarawak dan Syarikat Berpiagam Borneo Utara di Sabah, sistem ekonomi bersifat komersial mula digiatkan terutamanya dalam tanaman dagangan dan perlombongan. Namun begitu kemajuan ekonomi komersil tersebut lebih menguntungkan pihak barat sedangkan penduduk peribumi Sarawak dan Sabah masih kekal dengan aktiviti sara diri.

BAHAGIAN B: SEJARAH ASIA TENGGARA, ASIA SELATAN DAN ASIA TIMUR

Pengenalan ( 3 Markah )

1) Sebelum kedatangan kuasa-kuasa Barat ke Asia pada abad ke-19 kebanyakan negara Asia Timur, Asia Tenggara dan Asia Selatan merupakan kerajaan berbentuk sistem feudal.

Soalan 7: Jelaskan sistem feudal yang diamalkan oleh masyarakat China dan Jepun sebelum campur tangan Barat.

14

Page 15: 940/2-Skema Pemarkahan, Ujian Sekolah Kedua, Mei 2012 - SMK Sacred Heart

940/2/SkemaJawapanFeudalisme bermaksud satu masyarakat yang bersusun lapis mengikut heiraki dan ianya merupakan cara hidup yang meliputi aspek politik, ekonomi dan sosial. Feudalisme juga merupakan satu bentuk kerajaan tempatan yang diperintah oleh individu-individu tertentu yang tidak terikat dengan kerajaan pusat.

2) Di Asia Timur seperti China dan Jepun, sistem feudal boleh dibahagikan kepada dua golongan iaitu golongan memerintah dan golongan yang diperintah. Golongan memerintah terdiri daripada raja dan pembesar sementara golongan yang diperintah pula ialah rakyat.

3) Tujuan sistem feudal ini diamalkan adalah untuk menentukan kedudukan dan status golongan tertentu dalam masyarakat bagi menjamin keharmonian masyarakat.

Isi dan Huraian 1) Sistem Feudal Di China ( 10 Markah )

Golongan Pemerintah

Maharaja

i) Maharaja menduduki heiraki tertinggi, berkuasa mutlak dan mengawal seluruh masyarakat China. Maharaja sangat berkuasa dalam bidang pentadbiran iaitu eksekutif, lagislatif dan kehakiman.

ii) Baginda mempamerkan dirinya sebagai pemimpin intelektual dan pemimpin agama tertinggi dan menganggap dirinya sebagai ‘Anak Tuhan Dari Syurga’.

iii) Maharaja wajib mematuhi etika moral ajaran confucius dan harus menjadi contoh kepada rakyat. Maharaja yang jujur dan berkarisma akan disanjung , dihormati dan ditaati oleh rakyat. Jika berlaku sebaliknya rakyat berhak memberontak dan menggulingkan maharaja itu.

Golongan BangsawanGolongan bangsawan terdiri daripada kerabat diraja, bangsawan bergelar dan bangsawan perang.a) Bangsawan Kerabat Diraja

i) Bangsawan kerabat diraja terdiri daripada kaum lelaki keturunan ‘nunhaci’ yang berjumlah kira- kira 700 orang. Sejak kurun ke-16 hingga kurun ke-19, seluruh kehidupan mereka diuruskan oleh maharaja sebagai kumpulan bangsawan yang utama. Mereka dianugerahkan oleh maharaja tanah, tempat tinggal rasmi dan elaun dalam bentuk perak dan beras. Namun demikian, mereka hidup terasing kerana tidak dibenarkan berhubung dengan pihak berkuasa wilayah dan Sekretariat/Majlis Agung.

b) Bangsawan Bergelari) Bangsawan bergelar pula terdiri daripada 5 kelas yang tiap-tiap satunya terbahagi pula

kepada beberapa kelas mengikut darjat. Bangsawan bergelar juga mempunyai keistimewaan dan menerima anugerah daripada maharaja seperti beras, perak dan tanah. Sebagai contoh, Duke kelas pertama menerima 260 taels.

b) Bangsawan Perangi) Bangsawan perang merupakan kumpulan bangsawan yang ketiga. Mereka adalah

pemimpinelittenterayangmenjaditeraspertahananManchusehinggakurunke- 19. Sebahagian besar daripada mereka ditempatkan di Peking dan kawasan sekitarnya. Sebahagian lagi di tempatkan di markas-markas tentera yang jauh. Mereka diberi layanan yang baik oleh maharaja melalui pemberian pencen tahunan, tanah untuk ternakan lembu, beras dan kain.

15

Page 16: 940/2-Skema Pemarkahan, Ujian Sekolah Kedua, Mei 2012 - SMK Sacred Heart

940/2/SkemaJawapanSelalunya bangsawan perang terdiri daripada keturunan Manchu, diberi layanan lebih baik daripada keturunan China dan Monggol. Semua bangsawan perang adalah dilarang mengambil bahagian dalam perburuhan bagi menjaga maruah dan status sosial mereka. Pemimpin tertinggi tentera Manchu boleh membicarakan mereka atas kesalahan-kesalahan tertentu.

Golongan diperintah

Sarjana

i) Para sarjana menduduki lapisan teratas dalam stratifikasi sosial masyarakat Cina dalam golongan yang diperintah. Mereka ini terdiri daripada yang lulus peperiksaan awam kerajaan dan juga yang gagal dalam peperiksaan tersebut. Termasuk dalam kumpulan ini ialah para ‘literati’(persuratan) yang sama ada atau enggan mengambil peperiksaan kerajaan atau telah memiliki ijazah akedemik atau telah menjawat jawatan rasmi dikenali sebagai gentry (Shan-Shin). Golongan Gentri terbahagi kepada 2 iaitu mereka yang menjadi pegawai kerajaan dikenali sebagai ‘official gentri’ dan yang tidak terlibat dalam birokrasi kerajaan dipanggil ‘skolar gentri’.

ii) Golongan Gentri (Shan-Shin) mempunyai kedudukan penting dalam masyarakat. Official gentry tergolong sebagai birokrat dan menganggotai kelas pemerintah. Skolar gentri pula menjadi orang perantaraan antara golongan pemerintah dengan golongan diperintah. Mereka selalunya menjadi pemimpin di tempat mereka. Peranan mereka yang dominan dalam masyarakat dan hak-hak unik yang mereka nikmati menjadikan mereka golongan istimewa. Mereka juga adalah bakal-bakal pegawai kerajaan yang akan mengetuai kelas pemerintahan bila tiba masanya. Golongan ini juga sentiasa menganggap kumpulan mereka sebagai pelindung warisan kebudayaan, prinsip-prinsip moral dan pendidikan masyarakat Cina.

Petanii) Golongan petani menduduki lapisan kedua selepas golongan sarjana. Golongan ini

membentuk 80% daripada keseluruhan penduduk China. Sebagai sebuah China sebuah negara argraria, maka status golongan petani ini lebih tinggi daripada golongan artisan dan saudagar. Mereka mencapai status ini kerana golongan mereka adalah yang terbesar, menghasilkan makanan dan sumber cukai kepada kerajaan serta membekalkan tenaga kerja untuk projek-projek kerajaan.

ii) Pada umumnya, kehidupan petani di kampung-kampung kecil adalah bebas tanpa gangguan selagi mereka menjelaskan pembayaran cukai, menunaikan khidmat kerah dan akur dengan tanggungjawab terhadap sistem Poa-chia dan Li-chia. Namun demikian, kehidupan mereka belum tentu selesa dan makmur kerana pendapatan hasil beras daripada tanah yang dikerjakan hanya cukup untuk menyara keluarga. Mereka juga terpaksa menjelaskan bayaran cukai yang tinggi kepada kerajaan atau tuan-tuan tanah feudal.

iii) Golongan petani bagaimanapun terbuka kepada mobiliti sosial secara menegak. Seorang anak petani yang pintar selalunya berusaha keras untuk maju dalam pelajaran dan lulus peperiksaan kerajaan serta mendapat ijazah. Kemudian dia menjadi ahli golongan sarjanadan mend apat jawatan yang boleh membawa penghormatan kepada keluarga dan mengelakkan diri daripada kemiskinan.

Artisani) Golongan artisan berada di lapisan ketiga dalam susun lapis masyarakat Cina selepas

Skolar Gentri dan petani.ii) Mereka ini terdiri daripada tukang kayu, tukang rumah, tukang besi, tukang tembaga,

tukang jahit, pelukis, tukang kasut dan seumpamanya.

16

Page 17: 940/2-Skema Pemarkahan, Ujian Sekolah Kedua, Mei 2012 - SMK Sacred Heart

940/2/SkemaJawapaniii) Pekerja-pekerja dalam industri proto seperti menenun kain, melombong, pembuat barangan

tembikar dan lain-lain termasuk dalam kumpulan ini.iv) Mereka membentuk persatuan mengikut jenis pekerjaan yang mereka jalankan bagi

menetapkan harga dan mutu barangan yang dikeluarkan.v) Umumnya pendapatan mereka lebih tinggi daripada petani tetapi status sosial adalah lebih

rendah.

Saudagar

i) Golongan saudagar menduduki lapisan sosial paling bawah.ii) Mereka bukan sahaja terdiri daripada peniaga-peniaga kaya yang memegang monopoli

tetapi juga peruncit-peruncit, dan kerani.iii) Saudagar teh, sutera dan garam menjadi kaya raya serta menikmati hidup mewah.iv) Beberapa firma antarabangsa juga mencapai kekayaan dan terkenal. Walaupun kaya dan

mempunyai perniagaan yang besar tetapi status sosial mereka lebih rendah berbanding Skolar Gentri dan golongan petani.

v) Kegiatan mereka mengejar keuntungan dianggap bertentangan dengan ajaran Confucius.

Masyarakat Tanpa Kelas

i) Dalam masyarakat Cina, terdapat satu kumpulan masyarakat yang disisih atau tanpa kelas. Mereka ini terdiri daripada penyanyi, penghibur, peminta sedekah, pelacur, pelakon dan buruh kasar tertentu digelar ‘palani’.

ii) Mereka ini disekat daripada menikmati peperiksaan kerajaan. Bagaimanapun, Maharaja Yung Cheng (1723-1735) telah membebaskan mereka daripada sekatan-sekatan tersebut.

Sistem Feudal Di Jepun

Golongan Pemerintah

Maharaja

i) Maharaja tidak berkuasa langsung dalam pentadbiran dan pemerintahan kerana diambil alih oleh Shogun. Kehidupan Maharaja di Kyoto dikawal ketat oleh Shogun dengan pelbagai undang-undang dan peraturan. Di Jepun, Maharaja dibonekakan dan terbelenggu di istana.

Shogun

i. Shogun Tokugawa adalah panglima tertinggi tentera di Jepun dan merupakan pemerintah diktator yang menampilkan dirinya sebagai pemimpin di lapisan teratas, memiliki autoriti pentadbiran tertinggi meliputi seluruh rakyat dan istana termasuk maharaja.

ii. Shogun sangat dihormati, ditakuti dan digeruni.iii. Shogun menguasai hampir seluruh tanah di Jepun dan membentuk hampir 30% daripada

keluaran hasil pertanian negara.

Daimyo/Tuan Tanah/Land Lord

17

Page 18: 940/2-Skema Pemarkahan, Ujian Sekolah Kedua, Mei 2012 - SMK Sacred Heart

940/2/SkemaJawapani. Daimyo terletak dilapisan selepas Shogun. Mereka diklasifikasikan mengikut hubungan

dan pertalian darah dengan Shogun iaitu Daimyo Sanke yang mempunyai pertalian yang rapat dengan Tokugawa dan dibahagi kepada Kii, Owari dan Mito.

ii. Sunkyo bermaksud tiga pembesar yang mempunyai pertalian dengan Tokugawa.iii. Mereka memakai nama keluarga mereka iaitu Toyasu, Hitotsubashu dan Shimizan.iv. Koman bermaksud rumpun keluarga berkait. Bilangan mereka lebih ramai dan memakai

nama keluarga mereka iaitu Matsudaimo.v. Fudai merupakan penyokong kuat Tokugawa yang berjumlah 120 orang. Mempunyai hak

istimewa seperti boleh menjadi anggota dua Majlis Negeri.vi. Tozama terdiri daripada tuan-tuan tanah feudal dan terpaksa tunduk kepada Tokugawa.

Mereka dilarang memegang jawatan di peringkat pusat kerana dicurigai sebagai golongan penentang.

Golongan Diperintah

Samurai

i. Menduduki hierarki tertinggi dalam golongan diperintah. Hanya segelintir samurai dibenarkan memiliki tanah sendiri. Samurai biasanya tidak mempunyai tanah dan upah mereka dibayar dalam bentuk beras. Pada zaman keamanan, peranan samurai mula berubahdan menjadi pentadbir ladang, wilayah, mengurus kewangan, mengawal dusun dan utusan.

ii. Samurai terbahagi kepada tiga kelas iaitu kelas teratas namun bilangan mereka tidak ramai, kelas sederhana adalah taraf samurai sebenarnya dan kelas bawahan merupakan tentera berjalan kaki.

Petani

i. Golongan ini sangat dihormati dan dianggap sebagai asas pembinaan negara kerana petani terikat dengan tanah.

ii. Mereka menghasilkan beras dan membayar cukai feudal. Pada zaman Tokugawa, golongan ini terikat dengan tanah dan tidak boleh menukar pekerjaan. Setelah berlaku perubahan ekonomi, golongan petani mula terlibat dalam kegiatan lain yang berkaitan dengan pertanian seperti menghasilkan sutera, kertas, lilin, menekap kain dan lain-lain.

iii. Ada juga yang terlibat dalam pertanian konglomerat, menjadi pekedai runcit, peminjam wang disamping kekal sebagai tuan tanah. Walaupun golongan ini mengecap kekayaan tetapi taraf sosial mereka masih tidak berubah.

Artisan

i. Golongan ini memainkan peranan yang penting tetapi status sosial mereka lebih rendah daripada petani. Mereka terdiri daripada tukang kayu, tukang rumah, tukang besi, tukang tembaga, tukang jahit dan lain-lain.

ii. Walaupun berpendapatan lebih tinggi daripada petani tetapi status sosial mereka lebih rendah.

Saudagar/ Pedagang

18

Page 19: 940/2-Skema Pemarkahan, Ujian Sekolah Kedua, Mei 2012 - SMK Sacred Heart

940/2/SkemaJawapani. Menduduki lapisan paling bawah dalam struktur sosial masyarakat Jepun. Saudagar

menguasai perdagangan tempatan yang kompleks merangkumi pelbagai jenis pekerjaan seperti jualan barangan, gudang, pengangkutan, broker beras, pertukaran wang dan pinjaman wang. Mereka juga merupakan golongan yang memanipulasi pelbagai perniagaan.

ii. Golongan saudagar juga menubuhkan persatuan dan melindungi diri mereka melalui tindakan berkumpulan. Mereka adalah golongan yang kaya tetapi status mereka kekal di lapisan paling bawah.

Kesimpulan (2M)

i. Susun lapis masyarakat atau sistem feudal yang diamalkan di negara China dan Jepun mula berubah setelah campur tangan kuasa-kuasa Barat. Di negara China, sistem feudal ini mengalami perubahan setelah berlaku kemasukan kuasa-kuasa asing dan perubahan politik China terutama melalui dasar pembaharuan serta perubahan daripada Dinasti Manchu kepada kerajaan Republik mulai tahun 1911.

ii. Di Jepun, perubahan turut berlaku apabila Shogun Tokugawa telah dijatuhkan dan digantikan dengan Maharaja Meiji. Baginda telah mengadakan pembaharuan- pembaharuan di Jepun meliputi aspek-aspek politik, ekonomi dan sosial. Sistem ekonomi wang telah menyebabkan golongan saudagar menjadi golongan penting semasa zaman Maharaja Meiji.

Pendahuluan (3/2 markah)

1) Sektor ekonomi merupakan salah satu faktor penting yang harus diberikan perhatian dalam melihat struktur masyarakat di Asia Selatan dan Asia Timur. Secara umumnya, masyarakat tempatan di India dan di China mengamalkan sistem ekonomi sara diri sebelum kedatangan

Soalan 8: Bincangkan sistem ekonomi tradisional di India dan China sebelum perluasan kuasa barat.

19

Page 20: 940/2-Skema Pemarkahan, Ujian Sekolah Kedua, Mei 2012 - SMK Sacred Heart

940/2/SkemaJawapankuasa Barat. Sistem ini merujuk kepada kegitan ekonomi bagi memenuhi keperluan kehidupan keluarga seharian. Ekonomi sara diri ini melibatkan kegiatan pertanian sebagai asas ekonomi di samping kegiatan-kegiatan lain seperti penangkapan ikan, pemungutan hasil-hasil hutan dan kegiatan perlombongan serta perdagangan secara kecil- kecilan.

Isi dan Huraian – (20 markah)

Sistem ekonomi tradisional di India (10markah)

1) Pertanian sara diri merupakan aktiviti utama dalam sistem ekonomi sara diri di India sebelum kedatangan kuasa Barat. Aktiviti pertanian sara diri di India bersifat milik komunal atau bersama yang dilaksanakan oleh ahli keluarga. Tanah menjadi milik kerajaan tetapi rakyat dibenarkan untuk menjalankan aktiviti mereka dan bersedia untuk berkhidmat kepada pemerintah atau membayar cukai jika diperlukan.

2) Daya pengeluaran pertanian sara diri di India adalah rendah kerana penggunaan sistem tradisional dan kebergantungan petani kepada hujan turut menjejaskan hasilnya. Selain itu, masyarakat petani yang miskin turut mengalami penindasan daripada tuan-tuan tanah (zamindar) yang sering sahaja menekan para petani dengan kadar cukai yang sentiasa berubah. Di samping itu, institusi kasta yang menjadi teras dalam masyarakat India turut dilihat mengikat masyarakat yang menjalankan sistem ekonomi sara diri di India kerana mereka tetap hidup sebagai petani buat selama-lamanya.

3) Secara umumnya, dalam sistem ekonomi sara diri di India terdapat beberapa ciri yang nyata iaitu :

4) Sistem ekonomi sara diri adalah berteraskan sektor pertanian. Malah melalui bancian pekerjaan pada tahun 1872, didapati bahawa 68.5% orang lelaki dewasa bekerja sebagai petani. Hal ini bermakna masyarakat petani merupakan kumpulan yang terbanyak dalam masyarakat di India.

5) Perkampungan merupakan unit asas ekonomi dan sosial India, iaitu hampir 90% penduduk India tinggal di kawasan ini. Aktiviti pertanian masih lagi bersifat milik bersama sementara hak individu masih lagi asing kepada masyarakat luar bandar.

6) Bidang pembuatan di kawasan kampung juga berkembang perlahan dan setiap kampung mempunyai kelas pertukangan mereka sendiri yang bertanggungjawab membuat peralatan pertukangan yang hanya digunakan di kampung tersebut sahaja.

7) Tumpuan utama aktiviti pertanian di India ialah kegiatan penanaman padi yang dijalankan secara meluas. Padi ditanam di kawasan lembah-lembah sungai seperti lembah Sungai Ganges, Sungai Indus dan Sungai Mahanadi. Selain itu, aktiviti ini juga bergantung sepenuhnya kepada hujan. Wilayah Bengal atau Benggala di timur India merupakan kawasan penanaman padi utama. Di samping penanaman padi, penanaman kapas juga merupakan aktiviti penting yang dijalankan oleh petani- petani di India. Kapas menjadi sumber asas terpenting untuk pembuatan kain-kain kapas di India sejak beberapa abad yang lalu. Pedagang India telah menjadikan kain kapas sebagai hasil dagangan mereka dan diperdagangkan hingga ke Asia Tenggara.

8) Terdapat dua jenis kain kapas yang penting di bahagian utara India, iaitu kain calico dan muslin yang dihasilkan di Dacca, Lucknow, Patna dan Mitnapore. Di bahagian barat laut India terdapat kain kapas jenis bafta, muslin, dhoti dan chintz yang dikeluarkan di Surat, Cambay, Ahmadebad dan Poona.

9) Aktiviti penternakan terutama penternakan lembu turut menjadi aktiviti sampingan kepada petani. Binatang ternakan selalunya dibiarkan berkeliaran untuk meragut rumput di sekeliling perkampungan mereka.

20

Page 21: 940/2-Skema Pemarkahan, Ujian Sekolah Kedua, Mei 2012 - SMK Sacred Heart

940/2/SkemaJawapanSistem ekonomi tradisional di China (10 markah)

1) Di China aktiviti sara diri turut menjadi sektor ekonomi yang penting sebelum kedatangan kuasa Barat terutama di kawasan yang mempunyai tahap kesuburan tanah yang tinggi seperti di lembah-lembah sungai.

2) Kekerapan berlakunya banjir bukan sahaja membawa kemusnahan kepada masyarakat China malah sebenarnya turut membawa faedah yang besar. Tanah lumpur tinggalan banjir yang telah surut sebenarnya menjadi kawasan lembah sungai sebagai kawasan yang sangat subur. Kesuburan ini membolehkan pelbagai jenis tanaman dapat ditanam dan menjadi sumber utama kepada petani-petani China.

3) Secara umumnya, pada abad ke-19, 80% penduduk Negara China merupakan petani dan sebahagian daripada mereka menjalankan aktiviti pertanian yang bersifat sara diri. Hal ini bermakna bahawa hasil daripada aktiviti pertanian sebenarnya hanyalah sekadar ‘cukup hidup’ sahaja. Bencana alam seperti banjir dan kemarau menjadi musuh utama kepada petani di China kerana akan memusnahkan tanaman mereka.

4) Padi merupakan tanaman sara diri utama di China di sekitar lembah Sungai Yang- tze dan Sungai Hwang-ho terutama di selatan dan tenggara China. Di kawasan Szechwan terdapat tanaman padi yang dijalankan pada musim sejuk dan juga padi huma di bahagian utara China. Selain daripada tanaman padi penanaman sekoi dan kacang soya yang disifatkan sebagai tanaman kering turut dijalankan di bahagian utara dan timur laut China. Seterusnya tanaman gandum dan millet juga diusahakan oleh petani-petani di bahagian tengah Negara China manakala tanaman rumput dijalankan di bahagian sempadan Mongolia yang dikenali sebagai padang rumput Mongolia.

5) Selain itu, masyarakat China juga banyak menanam sayur hingga melahirkan idea ‘vegetable civilization’, iaitu semua tanah kosong termasuklah di halaman atau di belakang rumah dijadikan kawasan menanam sayur seperti kailan, sawi dan kacang panjang. Di samping kegiatan pertanian, kegiatan penternakan juga dijalankan di China. Antara binatang ternakan yang penting termasuklah ayam, itik dan khinzir yang menjadi makanan penting masyarakat di China.

Kesimpulan (2/3 markah)

1) Ekonomi tradisional menjadi teras kepada kehidupan masyarakat di China dan India sehingga sebelum campurtangan kuasa Barat. Kedatangan kuasa Barat ke Asia Selatan dan ke Asia Timur telah membawa perubahan yang besar dalam sistem ekonomi di India dan di China terutama pada abad ke-20. Sistem ekonomi tradisional yang menjadi amalan masyarakat sebelum ini telah bertukar kepada sistem ekonomi komersial yang telah diperkenalkan oleh kuasa-kuasa Barat yang bertapak di India dan di China. Meskipun sektor pertanian tradisional masih dijalankan, tetapi sistem ekonominya telah berubah kepada sistem ekonomi pertanian secara komersial. Pengenalan sistem ekonomi komersial oleh kuasa Barat ini telah memberi kesan kepada struktur sosio-ekonomi masyarakat di kedua- dua negara.

21

Page 22: 940/2-Skema Pemarkahan, Ujian Sekolah Kedua, Mei 2012 - SMK Sacred Heart

940/2/SkemaJawapan

Pendahuluan

1) Negara China dan Siam sebelum ini mengamalkan dasar tutup pintu Termeterainya kedua-dua perjanjian tersebut bermakna tamatlah dasar pemencilan selama ini.

Soalan 9: Perjanjian Nangking 1842 dan Perjanjian Bowring 1855 telah meninggalkan kesan politik, sosial dan ekonomi kepada negara China dan Siam. Bincangkan.

22

Page 23: 940/2-Skema Pemarkahan, Ujian Sekolah Kedua, Mei 2012 - SMK Sacred Heart

940/2/SkemaJawapan2) Perjanjian Nanking dan Perjanjian Bowring telah mendatangkan implikasi politik, sosial

dan ekonomi kepada negara Siam dan China.

Isi dan Huraian

Perjanjian Nanking – China (10 m)

Isi-isi Perjanjian Nanking 1842

a) Lima buah pelabuhan dibuka kepada pedagang British iaitu Amoy, Canton, Foochow, Ningpo dan Shanghai

b) China terpaksa menyerahkan Hong Kong kepada British c) Sistem monopoli oleh Co-hong dihapuskan d) Konsul British ditempatkan dipelabuhan-pelabuhan yang dibenarkan untuk rakyate) British. f) Cukai-cukai eksport dan import yang rendah dikenakan g) China perlu membayar gantirugi perang sebanyak 21 juta tael kepada British.

Kesan Politik

a) British telah memaksa China menandatangani Perjanjian Nanking pada tahun 1842 selepas China kalah dalam perang candu 1. Kekalahan China dalam peperangan tersebut dan termeterainya Perjanjian Nanking menandakan bermulanya Dasar Buka Pintu China. Kerajaan Manchu juga terpaksa mengadakan hubungan dengan kuasa asing yang lain, Pada tahun 1844, China menandatangani Perjanjian Whanghia dengan Amerika Syarikat dan Perjanjian Whampoa dengan Perancis. Pada tahun 1847 pula, Kerajaan Manchu mengadakan perjanjian dengan Norway dan Sweden. Telah mendedahkan kelemahan Dinasti Manchu. Terdapat kepercayaan umum bahawa Dinasti Manchu telah kehilangan mandate daripada syurga untuk memerintah. Terdapat percubaan menggulingkan Dinasti Manchu yang semakin lemah.

Kesan Sosial

a) Termeterainya perjanjian Nanking telah menyebabkan agama kristian berkembang dengan lebih pesat. Mubaligh-mubaligh kristian dari Barat bebas menyebarkan agama mereka di China. Kemasukan agama kristian turut menyebabkan berlaku penentangan antara golongan kristian dengan China Ortodoks seperti Gerakan Boxer. Kemasukan candu secara berleluasa dan tidak terkawal telah merosakkan sistem sosial masyarakat China terutamanya berkaitan masalah keruntuhan akhlak. Ramai belia China menjadi penagih dadah atau candu menyebabkan kesihatan mental dan fizikal mereka terjejas. Lebih-lebih lagi dalam syarat perjanjian Nanking tidak dinyatakan dengan jelas tentang isu candu. Jadi British berleluasa mengedarkan candu. Dalam aspek pendidikan pula terdapat pengenalan sistem pendidikan barat. Masyarakat China percaya sekiranya mereka ingin menghadapi kehadiran kuasa barat, negara China perlu membina pasukan tentera dan negara yang kuat. Oleh itu aspek pendidikan barat diberi tumpuan utama di bawah Gerakan Menguatkan Diri yang dilancarkan pada tahun 1861.

Kesan Ekonomi

a) Perjanjian Nanking telah membawa kepada pembukaan lima buah pelabuhan iaitu Canton, Amoy, Fuchow, Ningpo dan Shanghai. Ini bermakna pintu perdagangan negara China telah

23

Page 24: 940/2-Skema Pemarkahan, Ujian Sekolah Kedua, Mei 2012 - SMK Sacred Heart

940/2/SkemaJawapandibuka kepada kuasa-kuasa Barat di mana berbagai barangan luar membanjiri pasaran China. Monopoli perdagangan Co-Hong telah dihapuskan. Kemasukan barangan asing secara besar-besaran ke negara China telah menjejaskan perkembangan industri tempatan seperti industry tenungan kain, industry paku dan jarum. Barangan asing turut dikenakan duti import dan eksport yang rendah. Ini bermakna barangan Barat lebih murah berbanding barangan buatan China. Kesannya banyak industri-industri kecil di China telah ditutup. Perjanjian Nanking dilihat menimbulkan banyak kesan buruk terhadap sistem politik, ekonomi dan sosial masyarakat China, namun terdapat situasi berbeza dialami oleh Siam kesan daripada perjanjian Bowring.

Perjanjian Bowring – Siam (10m)

Isi-isi Perjanjian Bowring 1855

a) Perdagangan bebas dijalankan b) Cukai import 3% valorem dan eksport 5% ad valorem c) British boleh membeli dan menyewa tanah dalam lingkungan 6 km dari Bangkok d) Import candu ke Siam dibenarkan tp dgn kawalan.e) Seorang konsul British ditempatkan di Siam untuk mengadakan hubungan diplomatikf) dengan Raja Siam. g) Eksport beras dibenarkan.h) Rakyat British di siam diberi hak-hak wilayah asingan.

Kesan Politik

a) Perjanjian Bowring disusuli oleh perjanjian dengan kuasa-kuasa asing yang lain seperti Perancis dan Amerika Syarikat (1856), Denmark (1858), Portugal (1859), Holland (1860), Belgium (1868), Itali, Sweden dan Norway (1868). Kuasa-kuasa barat ini mendapat keistimewaan yang sama seperti yang diperoleh British. Perjanjian Bowring merupakan perjanjian yang paling memuaskan hati pihak British. Perjanjian Bowring menandakan permulaan Dasar Buka Pintu Siam. Dasar ini telah membawa Siam kearah pemodenan. Raja Mongkut telah memulakan pemodenan Siam di sekitar istana dan Bangkok. Beliau mengupah penasihat asing untuk mengetuai jabatan- jabatan tertentu. Dasar luar negeri ini yang bertujuan mengadakan hubungan diplomatik untuk berbaik- baik atas dasar persamaan taraf menyelamatkan Siam daripada diserang oleh kuasa-kuasa luar. Raja Mongkut berjaya mengekalkan kemerdekaan Siam.

Kesan Sosial

a) Raja Mongkut membenarkan mubaligh-mubaligh kristian menyebarkan agama kristian dengan bebas di Siam. Raja Mongkut telah menghadiahkan sebidang tanah kepada penganut agama kristian untuk dijadikan tanah perkuburan. Malah Raja Mongkut turut menyumbangkan wang untuk pembinaan sebuah gereja di Bangkok. Di Siam sistem pendidikan Barat dan sistem perhubungan moden telah diberi keutamaan oleh Mongkut. Mongkut telah mengarahkan pembesarnya mempelajari bahasa asing bagi memudahkan mereka berhubungan. Mongkut turut menggalakkan pembinaan sekolah berasaskan model

24

Page 25: 940/2-Skema Pemarkahan, Ujian Sekolah Kedua, Mei 2012 - SMK Sacred Heart

940/2/SkemaJawapanbarat di Siam. Baginda sendiri telah mengaji guru-guru dari barat untuk mengajar anak-anak bangsawan dan putera raja di Siam.

Kesan Ekonomi

a) Siam telah dibuka kepada perdagangan barat. Kapal-kapal British dibenarkan berlabuh di kesemua pelabuhan Siam. Banyak barangan buatan barat diimport ke Siam. Mongkut turut mengadakan perjanjian perdagangan dengan kuasa barat lain seperti Denmark, AS, belanda, Perancis dan Portugal. Temeterainya perjanjian Bowring maka tamatlah penguasaan ekonomi Siam oleh orang cina. Perdagangan asing di Siam mula diambil alih oleh pedagang-pedagang British. Pihak British telah menguasai hamper 70% daripada perdagangan asing di Siam. Perjanjian Bowring turut mengubah sistem kewangan di Siam kepada sistem kewangan moden. Keterlibatan Siam dalam perdagangan antarabangsa telah berjaya menarik pelaburan modal yang banyak daripada pelabur-pelabur Eropah untuk menanam modal di Siam. Sistem perbankan turut diperkenalkan di Siam bagi memudahkan urusan perdagangan.

Kesimpulan

1) Perjanjian Nanking dan Bowring telah meninggalkan banyak kesan politik, ekonomi dan sosial ke atas negara China dan Siam. Bagi negara China, kekalahan dalam Perang Candu dan termeterainya Perjanjian Nanking telah menghapuskan sikap angkuh mereka yang menganggap negara China sebagai “middle kingdom” dan menyifatkan orang-orang barat sebagai “barbarian”.

Pengenalan:

a) Menjelang abad ke 20 hampir seluruh India berada di bawah kekuasaan British.b) Tujuan utama Britsh meluaskan kuasa di India adalah untuk kepentingan perdagangan.

Soalan 10: Huraikan proses pengilhakan di India dan Indo-China.

25

Page 26: 940/2-Skema Pemarkahan, Ujian Sekolah Kedua, Mei 2012 - SMK Sacred Heart

940/2/SkemaJawapanc) Syarikat Hindia Timur meluaskan pengaruhnya ke atas wilayah-wilayah di India dengan

menggunakan kaedah pengilhakan.d) Kerajaan Laos pada awal kurun ke 19 terdiri daripada negeri-negeri seperti Luang Prabang,

Vientiana, Champassah, Chien Kuang, Sip Song panna dan Sip Tha.e) Perancis telah menakluki Delta Mekong, Vietnam dan Kemboja.f) Mereka hanya akan berkuasa dengan berkesan jika semua kawasan ke timur Sungai Mekong

dikuasai. Mula mengalihkan perhatian Laos.

I n d i a

Pengilhakan di bawah Lord William Bentick

a) Beliau mengilhakan wilayah-wilayah seperti Cachar, Coorg dan Mysore:b) Raja Chacar mangkat tanpa waris atas permintaan penduduknya Lord William Bentick

mengilhakan wilayah itu pada tahun 1830.c) Coorg telah diilhakan atas sebab-sebab penyelewengan dalam pemerintahan rajanya yang

zalim. Mewujudkan pentadbiran yang tidak stabil.d) Mysore juga diilhakan atas sebab-sebab penyelewengan dalam pemerintahan.

Pengilhakan di bawah Lord Ellenborough

a) Perjanjian diadakan antara British dengan Sind bagi membenarkan saudagar menggunakan sunga-sungai dan jalanraya.

b) Beliau ingin merampas wilayah Sind dengan membuat beberapa tuduhan terhadap amir-amir Sind. Mereka dipaksa menyerahkan sebahagian besar wilayah Sind kepada British. Hanya mata wang British diakui sebagai sah.

c) Para amir menjadi marah dan menyerang Residensi British. Amir dapat ditewaskan dalam pertempuran di Miami dan Dabo. Sind dirampas dan diletakkan di bawah empayar British.

Pengilhakan di bawah Lord Dalhousie

a) Melanjutkan doktrin kebaikan untuk diperintah ke atas wilayah-wilayah yang dibelenggu pelbagai masalah penyelewengan pemerintahan/ salah tadbir tempatan.

b) Beliau mengisytiharkan perang terhadap kaum Sikh dan mengalahkan mereka di pertempuran Gujerat. British telah mengilhakan / mencantumkan Punjab ke dalam penguasaan British.

c) Beliau juga telah menggunakan doctrine of lapse atau Undang-undang Lesap Waris yang sah, wilayahnya akan diambil alih oleh British.

d) Beliau enggan mengiktiraf hak seseorang pemerintah untuk melantik seorang waris yang bukan keturunannya sendiri.

e) Doktrin ini digunakan ke atas negeri-negeri merdeka/negeri-negeri yang dibentuk oleh SHT dan bukan ke atas negeri-negeri naungan.

f) Negeri-negeri yang diilhakan menggunakan doktrin ini ialah Sarata (1848), Jaipur dan Sambalpur (1849), Baghat (1850), Udaipur (1853), Jhansi (1854), Karnatik (1853) dan Tajnore (1855).

g) Melalui cara-cara penyelewengan pemerintahan dan doktrin kebaikan untuk diperintah, pemerintah Oudh, mengabaikan pentadbiran dan berlaku kekecohan atau keadaan huru hara serta amalan rasuah.

h) Perjanjian dibuat di anatra Briish dengan pemerintah Nawab, Nawab dibenarkan mengekalkan gelaran serta dibayar pencen 15 000.00 rupee. Apabila Nawab enggan menandatangani perjanjian tersebut, Oudh dilhakan.

26

Page 27: 940/2-Skema Pemarkahan, Ujian Sekolah Kedua, Mei 2012 - SMK Sacred Heart

940/2/SkemaJawapan

V i e t n a m

a) Maharaja Gia Long mengadakan hubungan baik dengan Perancis – bertolak ansur dengan agama Kristian walaupun fahaman Confucianisme bertapak kukuh di Vietnam. Pelantikan Bishop Pigneau sebagai menteri besar mengeratkan hubungan dengan Perancis.

b) Minh Mang tidak meneruskan dasar ayahandanya. Baginda berpegang teguh kepada ajaran Confucianisme dan menjalankan dasar tutup pintu.

c) 1825 – mengeluarkan undang-undang melarang kemasukan mubaligh-mubaligh Kristian kerana agama Kristian dianggap merosakkan kebudayaan Vietnam.

d) Baginda melakukan kekejaman terhadap orang Kristian, membinasakan gereja-gereja dan melucutkan jawatan pegawai-pegawai Perancis.

e) Pada masa pemerintahan Thien Tri, baginda meneruskan dasar ayahanda dan menggiatkan lagi penganiayaan terhadap penganut Kristian. Dasar pemencilan juga diteruskan.

f) Permusuhan perancis-Vietnam memuncak pada masa pemerintahan Tu Duc, kegiatan anti-Kristian semakin meluas dan pembunuhan mubaligh-mubaligh bertambah. Contohnya, pembunuhan paderi Augustian Ascheffler dan Paderi Jean-Louis Bonnard antara tahun 1851-1852.

g) Perancis memerlukan Vietnam sebagai pangkalan perdagangan di timur.h) Dengan alasan pembunuhan Bishop Diaz, paderi Sepanyol pada 1 September 1858, de

Ganouilly menyerang Tourane.i) Kemudian beliau menyerang Saigon, iaitu kawasan penanaman padi utama dan pusat

pengumpula padi Vienam pada 17 Februari 1859. Seluruh Vietnam jatuh ke tangan Perancis.

K e m b o j a

a) Kemboja memelihara kemerdekaannya dengan membayar ufti kepada Vietnam dan Siam.b) 1863- Laksamana la grandiere memaksa raja Norodom menghentikan pembayaran ufti

kepada Vietnam dan Thailand.c) Thailand membantah – Kemboja ialah negeri naungan Thailand.d) Satu perjanjian dibuat antara Thailand – Perancis 1867, Thailand menarik balik semua

tuntutannya ke atas Kemboja sementara Perancis mengakui kedaulatan Siam ke atas Battambang dan Siemreap. Kemboja kini menjadi negeri naungan Perancis.

T o n g k i n g

a) Tujuan utama Perancis menakluki Tongking adalah untuk meluaskan pengaruh perdagangannya.

b) Perancis juga bimbang persaingan kuasa-kuasa Barat lain seperti Jerman, Itali dan Amerika Syarikat.

c) Perluasan kuasa lebih agresif oleh Perancis pada 1880an. Pada 1882, kapten Henri Riviere menyerang dan merampas Hanoi dan Tongking pula pada tahun 1883.

d) Maharaja Hiep Hoa menandatangani perjanjian dengan Perancis ( Ogos 1883).e) Melalui perjanjian tersebut, menjelang 1884 Perancis telah menguasai seluruh Vietnam.

Tongking pula dipisahkan dari Vietnam dan diletakkan di bawah kuasa langsung Perancis.

L a o s

a) Perancis membantah langkah Laos menghantar ufti kepada Thailand.b) Laos seharusnya menghantar ufti kepada Perancis kerana Laos pernah menghantar ufti

kepada Vietnam yang kini merupakan naungan Perancis.

27

Page 28: 940/2-Skema Pemarkahan, Ujian Sekolah Kedua, Mei 2012 - SMK Sacred Heart

940/2/SkemaJawapanc) 1886 – Perancis menuntut hak Vietnam ke atas seluruh kawasan sebelah timur Sungai

Mekong termasuk Luang Prabang, Laos membantah menyebabkan seorang naib Konsular dilantik di Luang Prabang bagi membantu raja Luang Prabang.

d) Berlaku konflik di antara Perancis- Thailang. Siam campur tangan dalam hal ehwal negeri-negeri Laos itu di Sip Song Chu Tai dengan membantu pemberontak Cina yang melarikan diri ke wilayah itu.

e) Perancis terus menekan Laos. Tindakan Thailand tidak patuh kepada tuntutan Perancis supaya tidak campur tangan di Laos menyebabkan Perancis gunakan kekerasan.

f) Berlaku peristiwa Paknam 1893. Tentera Perancis telah mengadakan tentera Thailand menyebabkan Chulalongkorn melepaskan kekuasaannya ke atas Laos. Akhirnya Laos dijadikan negeri naungan Perancis.

Kesimpulan:

1) Pengilhakan di India merupakan proses untuk menguasai seluruh India oleh pihak British.2) Pengilhakan di Vietnam, Kemboja, Tongking dan Laos pula merupakan proses untuk

menguasai seluruh Indo China oleh Perancis.3) Barat meminati Asia kerana kepentingan ekonomi walau pun sebab-sebab lain seperti

politik dan agama juga penting.Bagi mencapai matlamat tersebut, kuasa-kuasa Barat telah campur tangan dalam hal ehwal Negara-negara Asia, khususnya di India dan Indo China melalui tiga cara utama iaitu perjanjian ,peperangan dan pengilhakan.

Pengenalan

Sepanyol telah menjajah Filipina pada pertengahan abad ke16. Sejak dari itu rakyat Filipina tidak puas hati dengan corak pentadbiran Sepanyol di Filipina. Perasaan tidak puas hati ini telah membawa kepada tercetusnya beberapa penentangan rakyat Filipina terhadap pemerintahan Sepanyol di Filipina sepanjang abad ke19.

Soalan 11: Bincangkan tindak balas masyarakat tempatan di Indonesia dan Filipina terhadap kuasa Barat pada abad ke-19 .

28

Page 29: 940/2-Skema Pemarkahan, Ujian Sekolah Kedua, Mei 2012 - SMK Sacred Heart

940/2/SkemaJawapan Sementara kehadiran dan penglibatan Belanda di Indonesia pula telah menimbulkan

perasaan tidak puas hati masyarakat tempatan Indonesia yang mencetuskan banyak penentangan terhadap Belanda sepanjang abad ke19.

Isi dan HuraianTindak balas di Indonesia. (10m)

Penentangan di Sulawesi. (1811) Penentangan terhadap Belanda di Sulawesi diketuai oleh Lavi Bone. Pada tahun 1811,

angkatan perang Lavi Bone telah menyerang pihak Belanda tetapi berjaya dikalahkan oleh .Penentangan terhadap Belanda di Sulawesi berakhir apabila Belanda bertindak menakluki

Makasar pada tahun 1905.

Penentangan Sapurua di Maluku. (1817) Penentangan Sapurua di Maluku tercetus akibat daripada tindakan Belanda memaksa

penduduk Maluku melaksanakan sistem serahan dan melakukan kerja wajib. Penentangan ini diketuai oleh Thomas Matelusia. Beliau bertindak menyerang dan

menakluki Kubu Belanda di Maluku pada bulan April 1817. Penentangan ini berakhir apabila Belanda bertindak menangkap Thomas Matelusia pada bulan Ogos 1817.

Perang Paderi. (1819) Pengaruh Gerakan Wahabi telah memasuki Sumatera Barat pada awal abad ke19. Golongan

Wahabi menentang perluasan kuasa Belanda di Minangkabau. Golongan Wahabi telah berjaya menguasai kerajaan Minangkabau.

Pada tahun 1819, Belanda telah bertindak memerangi golongan Wahabi di Minangkabau. Golongan Wahabi yang diketuai oleh Tengku Imam Bonjol terpaksa menandatangani perjanjian damai dengan Belanda pada tahun 1825.

Perang Jawa. (1825) Perang Jawa meletus antara tahun 1825 – 1830 di bahagian Jawa Tengah. Perang

Jawa dipimpin oleh Dipo Negara iaitu seorang Putera Diraja Kerajaan Jogjakarta. Perang Jawa meletus disebabkan : -

i. Perasaan tidak puas hati golongan Bangsawan Pulau Jawa.ii. Perasaan tidak puas hati golongan Petani Jawa.

iii. Masalah perebutan takhta kerajaan Jogjakarta.iv. Keengganan Belanda mengiktiraf Dipo Negara sebagai pemimpin agama Islam di

Pulau Jawa.v. Kepercayaan penduduk Jawa tentang kemunculan seorang Putera Pembebas atau

Ratu Adil.vi. Keputusan kerajaan Belanda membina jalan raya melintasi tanah milik Dipo Negara.

Perang Jawa tamat pada tahun 1830 selepas Belanda menangkap Dipo Negara. Beliau telah dibuang ke Menado dan seterusnya Makasar. Beliau meninggal dunia di Makasar pada tahun 1855.

Penentangan di Banjarmasin. (1857)i. Penentangan terhadap Belanda di Banjarmasin tercetus akibat daripada penglibatan

pihak Belanda dalam masalah takhta kerajaan Banjarmasin.ii. Selepas Sultan Adam mangkat pada tahun 1857, Tamjid Ulah cucu Sultan Adam yang

mendapat sokongan Belanda telah dilantik sebagai pengganti. Tindakan ini menyebabkan

29

Page 30: 940/2-Skema Pemarkahan, Ujian Sekolah Kedua, Mei 2012 - SMK Sacred Heart

940/2/SkemaJawapanPangeran Hidayat iaitu saudaranya tidak puas hati. Ini menyebabkan Tamjid Ulah turun daripada takhta kerajaan Banjarmasin.

iii. Belanda bertindak menghapuskan kesultanan Banjarmasin pada tahun1860. Tindakan ini mendapat tindak balas Pangeran Hidayat. Namun begitu Pangeran Hidayat akhirnya menyerah kalah pada Belanda pada tahun 1862.

Perang Aceh (1873)i. Perang Aceh meletus akibat daripada tindakan Belanda ingin menguasai perdagangan di

Aceh.ii. Pada tahun 1873, angkatan Belanda menyerang Aceh tetapi berjaya dikalahkan oleh

angkatan Aceh. Pada tahun 1874, angkatan Belanda berjaya menguasai Istana Aceh.iii. Perjuanagan menentang Belanda di Aceh berakhir apabila Aceh menyerah

kalah pada tahun 1903.

Tindak balas di Filipina (10m)Pemberontakan Casi. (1807)

i. Pada tahun 1807, kerajaan Sepanyol telah mengharamkan industri menbuat casi atau arak di Filipina.

ii. Industri membuat casi atau arak merupakan pekerjaan tradisi masyarakat Filipina yang menghasilkan pendapatan lumayan kepada penduduk Filipina.

iii. Pengharaman industri membuat casi telah menyebabkan tercetusnya pemberontakan casi di wilayah Ilcendia Filipina pada tahun 1807.

Pemberontakan Sarat. (1815)i. Pemberontakan Sarat tercetus akibat daripada tindakan pihak Sepanyol memperkenalkan

sistem Polo dan sistem Vandala di Filipina.ii. Kedua-dua sistem ekonomi ini telah menyebabkan tercetusnya pemberontakan Sarat

pada tahun 1815.

Pemberontakan Novales. (1823)i. Pada tahun 1823, pihak tentera Filipina telah memberontak menentang tentera Sepanyol

disebabkan amalan diskriminasi dalam pasukan tentera. Amalan diskriminasi ini telah menjejaskan imej dan maruah tentera Filipina.

ii. Justeru itu, pasukan tentera Filipina bertindak menyerang Manila dan hampir-hampir menawannya.

Pemberontakan Tayabas. (1840-1841)i. Pemberontakan Tayabas dilakukan oleh Paderi Filipina menentang Paderi Sepanyol

disebabkan wujudnya diskriminasi antara Paderi Filipina dengan Paderi Sepanyol di gereja.

ii. Pemberontakan Tayabas dipimpin oleh Appolinario De La Cruz.Pemberontakan meletus antara tahun 1840-1841 tetapi gagal dan Appolinario De La Cruz telah dibunuh.

Dahagi Tagalog. (1871)i. Dahagi Tagalog merupakan tindak balas tentera bangsa Filipina menentang

Sepanyol bagi menuntut persamaan hak.

Pemberontakan Cavite. (1872)i. Pemberontakan Cavite meletus pada bulan Januari 1872 di gudang senjata Cavite.

30

Page 31: 940/2-Skema Pemarkahan, Ujian Sekolah Kedua, Mei 2012 - SMK Sacred Heart

940/2/SkemaJawapanii. Pemberontakan ini melibatkan 200 orang tentera Filipina yang diketuai oleh Sarjan

Lamadrid untuk menentang pegawai kerajaan Sepanyol. Namun begitu pemberontakan ini dengan mudah sahaja dihapuskan oleh pihak Sepanyol.

Gerakan Propaganda. (1882)i. Gerakan Nasionalisme Filipina berkembang di bawah gerakan Propaganda

mulai tahun 1882.ii. Gerakan ini dipelopori oleh golongan intelektual dan pelajar Filipina yang berada di

luar negara terutama Sepanyol. Antara mereka ialah Jose Rizal, Marcelo De Pillar dan Lopez Jeano.

iii. Golongan intelektual dan pelajar Filipina menggunakan penulisan dengan cara menerbitkan novel dan akhbar bagi membantah dasar pemerintahan Sepanyol di Filipina.

iv. Antara novel yang dihasilkan ialah Noli Me Tenggere dan El-Filibuterismo karya Jose Rizal. Sementara akhbar yang diterbitkan oleh mereka ialah La Solidaridad.

v. Novel-novel dan akhbar La Solidaridad serta tulisan lain telah diseludup ke Filipina bagi mambengkaitkan semangat rakyat tempatan bagi menentang pemerintahan Sepanyol.

Liga Filipina. (1892)i. Ditubuhkan oleh Jose Rizal. Tujuan penubuhannya ialah untuk membangkitkan

kesedaran nasionalisme dan menitikberatkan kemajuan ekonomi rakyat Filipina.ii. Liga Filipina telah diharamkan oleh Sepanyol pada 7 Julai 1892.Sementara Jose

Rizal telah ditangkap dan dibuang ke Daerah Dapitan di Kepulauan Mindanao.

Pemberontakan KATIPUNAN. (1896)i. Katipunan diasaskan oleh Andress Bonifacio pada bulan Julai 1892. Sebuah

pertubuhan bercorak radikal dan revolusiner.ii. Katipunan bertindak melancarkan pemberontakanbersenjata menentang Sepanyol pada

30hb Ogos 1896. Namun begitu pemberontakan bersenjata Katipunan telah gagal untuk menggulingkan kerajaan Sepanyol di Filipina.

Tindak balas terhadap Amerika. (1898)i. Amerika Syarikat telah bertindak menjajah Filipina selepas Sepanyol menyerah kalah.

ii. Tindakan Amerika Syarikat telah ditentang hebat oleh KATIPUNAN yang dipimpin oleh Aguinaldo.

iii. Pemberontakan ini gagal apabila Amerika Syarikat berjaya menumpaskan Aguinaldo pada tahun 1901. Pada bulan Mac 1901, Aguinaldo telah ditangkap oleh Amerika Syarikat.

Kesimpulan (2@3m)i. Tindak balas masyarakat peribumi di Indonesia dan Filipina telah gagal untuk

menggulingkan pemerintahan Sepanyol di Filipina dan Belanda di Indonesia.ii. Sebaliknya tindak balas rakyat Filipina telah menyebabkan Filipina dijajah pula oleh

Amerika Syarikat. Sementara penentangan di Indonesia telah mengukuhkan lagi kedudukan Belanda di Indonesia.

31

Page 32: 940/2-Skema Pemarkahan, Ujian Sekolah Kedua, Mei 2012 - SMK Sacred Heart

940/2/SkemaJawapan

Pengenalan:

a) Perang Jawa telah berlaku antara tahun 1825 hingga 1830 yang dipimpin oleh Pengiran

Soalan 12: Huraikan kesan-kesan Perang Jawa terhadap Indonesia pada abad ke 19.

32

Page 33: 940/2-Skema Pemarkahan, Ujian Sekolah Kedua, Mei 2012 - SMK Sacred Heart

940/2/SkemaJawapan

Diponegoro. Perang Jawa dilancarkan untuk menentang pihak Belanda di Pulau Jawa

khususnya di daerah Jogjakarta. Penduduk Jawa tidak berpuas dengan penguasaan Belando

terhadap ekonomi dan politik di Jawa.

b) Perang tersebut telah memberikan kesan yang besar dalam aspek politik, ekonomi dan social

negara. Penindasan politik dan ekonomi telah belaku terhadap penduduk tempatan yang telah

dijajah sepenuhnya oleh Belanda. Penindasan politik dan ekonomi telah membawa suatu

senario baru di Indonesia iaitu kemunculan gerakan nasionalisme oleh golongan nasionalis

yang telah mendapat inspirasi daripada Perang Jawa.

Isi dan Huraian

Kesan ekonomi.

a) Pihak Belanda membelanjakan wang yang banyak iaitu berjumlah 20 juta gulider dalam

peperangan. Hal ini menimbulkan masalah ekonomi kepada Belanda. Belanda menghadapi

masalah hutang yang banyak kesan peperangan. Beban hutang yang banyak menyebabkan

Belanda bertindak mengurangkan pegawai yang berkhidmat di seluruh wilayah Indonesia.

b) Pihak Belanda terpaksa melaksanakan system ekonomi yang mengakibatkan kesengsaraan

kepada rakyat Indonesia. Tidak dapat dinafikan bahawa Belanda yang menguasai politik

Indonesia semakin bersemangat memperkenalkan system ekonomi kapitalis iaitu Sistem

Tanaman Paksa apabila Johannes Van der Bosch dilantik menjadi Gabenor Jeneral Jawa.

Belanda berusaha untuk membangunkan semula ekonomi Negara Belanda yang hamper

muflis.

c) Dalam usaha baikpulih ekonomi, pihak Belanda telah membatalkan kontrak sewa tanah yang

telah banyak menimbulkan ketidakpuasan di hati orang Belanda. Beberapa jenis cukai yang

dikenakan juga telah ditarik balik.

Kesan sosial.

a) Banyak nyawa telah terkorban sama ada semasa peperangan. Dianggarkan bahawa kira-kira

200 ribu orang Jawa telah terkorban dalam peperangan tersebut. Malahan, tentera Belanda

yang terkorban dianggarkan sekitar 15 ribu orang. Banyak kawasan pertanian seperti ladang

kopi telah mengalami kemusnahan dalam perang tersebut.

b) Peperangan ini menyebabkan berlakunya wabak penyakit dan kebuluran di tempat-tempat

berlakunya peperangan seperti di Jogjakarta dan Surakarta kerana kawasan pertanian

banyak yang musnah.

Kesan politik.

a) Kejayaan Belanda di dalam peperangan tersebut mengukuhkan lagi kedudukan penjajah di

33

Page 34: 940/2-Skema Pemarkahan, Ujian Sekolah Kedua, Mei 2012 - SMK Sacred Heart

940/2/SkemaJawapan

Negara Indonesia. Belanda semakin bersemangat untuk meluaskan wilayah kekuasaan di

Indonesia. Pulau-pulau yang sebelumnya tidak dikuasai Belanda telah menjadi wilayah

jajahannya. Wilayah-wilayah lain di Indonesia yang melakukan tentangan terhadap

pemerintahan Belanda akan mengalami nasib yang sama iaitu diperangi oleh tentera

Belanda contohnya wilayah-wilayah Banjumas, Bagelen, Madium dan Kediri. Sultan-sultan

telah diberi ganti rugi untuk mengelakkan rasa tidak puas hati timbul di kalangan mereka

apabila tanah jajahan dilepaskan kepada Belanda.

b) Kuasa pemerintah tempatan turut dikurangkan. Susunan pangkat dalam istana Jogjakarta

dan Surakarta telah diperbaiki dan diletak di bawah pengawasan Belanda.Contohnya Sultan

PPakubuwono VI telah dibuang ke Ambon kerana disyakki memulakan satu pemberontakan

dan digantikan oleh anaknya pakubuwono VII. Baginda menjadi raja boneka Belanda.

c) Membangkitkan semangat rakyat Indonesia menentang Belanda . Perang Jawa telah menjadi

pendorong kepada golongan nasionalis untuk bangkit menentang penjajahan Belanda.

Penentangan yang dilakukan oleh Dipo Negoro menjadi inspirasi untuk menentang

penguasaan Belanda.

Kesimpulan

a) Perang Jawa yang telah dipimpin oleh kerabat diraja Kesultanan Jogjakarta merupakan

suatu tanda ketidakpuasan terhadap penjajahan Belanda di Pulau Jawa, Indonesia.

Kekalahan tentera jawa menentang Belanda telah memberi impak yang sangat besar

terhadap kehidupan politik, ekonoi dan social khususnya penduduk Jawa.

b) Kehidupan rakyat Indonesia semakin sengsara kerana Belanda telah menguasai system

politik Indonesia dan ekonomi . Perang jawa telah mengakibatkan kerugian harta benda dan

juga kehilangan banyak nyawa sama ada daripada pihak rakyat mahupu tentera Belanda.

34