pemahan latihan

Upload: veganantha

Post on 08-Mar-2016

229 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

latihan

TRANSCRIPT

  • Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

    Sekolah Menengah Sains Sultan Ahmad Shah (Semasas), berjaya membuktikan melalui satu

    kajian, pokok kapal terbang berupaya untuk dijadikan ubat luka dan kecederaan.

    Kumpulan pengkaji sekolah berkenaan diketuai oleh guru sains, Nooranun Abdullah, bersama

    Mohd Munzir Amiruddin, Marwan Bukhri dan Kelvin Ho Khai Man, pelajar tingkatan empat.

    Nooranun berkata, selepas tiga bulan kumpulan itu melakukan kajian terhadap kegunaan

    pokok berkenaan, mereka mendapati pokok ini mempunyai pelbagai unsur yang sesuai

    digunakan untuk menyembuhkan luka dan kecederaan.

    "Kami sudah membuat empat percubaan terhadap luka yang dialami oleh tikus putih dan

    mendapati kesan atau kesesuaian penggunaan air daripada pokok kapal terbang amat baik."

    "Dalam tempoh 13 hari luka berkenaan sembuh seratus peratus, berbanding 20 hari masa yang

    diambil menggunakan ubat biasa," katanya yang sebelum ini muncul tempat ketiga pertandingan

    inovasi antara sekolah berasrama penuh Malaysia, bulan lalu.

    Kelvin berkata, kajian yang sama akan digunakan pada pertandingan inovasi peringkat

    kebangsaan yang akan diadakan di Johor, hujung bulan ini.

    Berita Harian 22 Julai 2004 (Khamis)

    1

    Apakah kajian yang telah dilakukan untuk ubat luka dan kecederaan? (ID:1261071712538 )

    A Mengkaji tentang kegunaan daun pokok kapal terbang

    B Mengkaji keberkesanan ubat pil dan daun

    C Mengkaji kegunaan ubat di hospital

    D Mengkaji kegunaan dedaun pokok

    Jawab

    [Atas]

    2 Siapakah ketua kumpulan yang mengkaji ubat luka dan kecederaan ini?(ID:1261071713521 )

    A Marwan Bukhri

    B Nooranum Abdullah

    C Kelvin Ho Khai Man

    D Kelvin Ho Khai Man dan Nooranum Abdullah

    Jawab

    [Atas]

    3 Pokok atau daun kapal terbang mengandungi(ID:1261071715325 )

  • A unsur yang sesuai untuk menyembuhkan luka.

    B air yang dapat menyembuhkan tikus putih.

    C dapat menyembuhkan tikus putih.

    D unsur pelbagai guna.

    Jawab

    [Atas]

    4 Berapa lamakah luka boleh sembuh sepenuhnya jika diubati dengan ubat luka

    biasa?(ID:1261071716227 )

    A 20 hari

    B 23 hari

    C 32 hari

    D 33 hari

    Jawab

    [Atas]

    5 Dalam pertandingan inovasi antara sekolah berasrama penuh, Sekolah Menengah

    Sains Sultan Ahmad Shah (Semasas) menduduki tempat (ID:1261071717194 )

    A ke-2

    B ke-3

    C ke-4

    D ke-5

    Jawab

    [Atas]

    Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

    Ramai yang mengetahui kelebihan Gunung Kinabalu, Gunung Tahan dan Gunung Ledang tetapi

    tidak ramai pula yang menyedari Gunung Stong di Kelantan yang mempunyai keistimewaan

    tersendiri terutama air terjunnya yang dipercayai tertinggi di Asia Tenggara.

    Jika ada yang mengetahuinya, mungkin mereka yang berasal dari Kelantan kerana puncak setinggi

    1,399.2 meter (4,664 kaki) itu berada di dalam kawasan Hutan Simpan Kekal (HSK) jajahan Kuala

    Krai, Negeri Cik Siti Wan Kembang itu. Kini Gunung Stong telah menjadi destinasi

    ekopelancongan, lebih-lebih lagi sejak pengisytiharan HSK Gunung Stong sebagai Taman Negeri

    yang mempunyai khazanah alam yang belum terusik. Suasananya yang nyaman dan indah begitu

    menakjubkan. Dengan adanya kemudahan asas seperti lebuh raya yang berhampiran dapat

    menghubungkan HSK dengan beberapa bandar utama.

  • Antaranya ialah Kota Bharu, Kuala Krai, Jeli, Dabong dan Gua Musang. Kemudahan ini pastinya

    menjanjikan Gunung Stong sebagai tempat percutian paling istimewa khususnya mereka yang

    amat menghargai alam semulajadi yang bergunung-ganang dan kehijauan alam serta melakukan

    aktiviti lasak khususnya pendakian. Pengunjung yang ingin ke sana boleh menggunakan

    pengangkutan awam seperti bas dan kereta api. Jika berkereta api, pengunjung sama ada dari Tumpat

    atau Kuala Lumpur boleh turun di Stesen Kereta api Dabong dan menyeberangi Sungai Kelantan

    dengan menggunakan bot. Perkhidmatan kereta sewa disediakan di seberang sungai untuk ke Gunung

    Stong. Apabila pengunjung berada di sini mereka dapat menikmati suasana peranginan yang dingin

    di samping melihat secara lebih dekat flora dan faunanya. Sebelum sampai ke puncak Gunung

    Stong, pendaki akan melalui beberapa puncak seperti Gunung Ayam, Gunung Aji dan Gunung Tara,

    iaitu rangkaian gunung terbesar di Kelantan.

    6 Di manakah terletaknya Gunung Stong?(ID:1261071788939 )

    A Sabah

    B Melaka

    C Pahang

    D Kelantan

    Jawab

    [Atas]

    7 Mengapakah Gunung Stong menjadi destinasi pelancongan yang menarik?(ID:1261071789801 )

    A Percutian yang istimewa

    B Adanya kemudahan asas

    C Ketinggian puncaknya setinggi 1399.2 meter

    D Keindahan alam semula jadi dan suasananya yang nyaman dan indah

    Jawab

    [Atas]

    8 Berapa buah gunungkah terpaksa didaki sebelum sampai puncak Gunung

    Stong?(ID:1261071790955 )

    A 1

    B 2

    C 3

    D 4

    Jawab

    [Atas]

  • 9 Jika anda ingin ke Gunung Stong dengan menaiki kereta api, di manakah anda perlu

    berhenti?(ID:1261071791834 )

    A Dabong

    B Kuala Krai

    C Gua Musang

    D Gunung Stong

    Jawab

    [Atas]

    10 Rangkai kata menghargai alam dalam pertikan bermaksud(ID:1261071792663 )

    A memastikan harga alam tinggi.

    B menetapkan harga sesebuah alam.

    C memberikan penghormatan terhadap bumi.

    D mewujudkan perasaan yang mendalam di bumi.

    Jawab

    [Atas]

    Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

    Kerajaan Pahang mengakui bahawa kemudahan penginapan di bandar Kuantan tidak dapat

    menampung keperluan kira-kira 200 000 orang pengunjung yang dijangka hadir bagi menyambut Hari

    Kebangsaan ke-47 peringkat nasional, esok. Hal ini demikian, disebabkan lebih 4 000 jenis

    penginapan, termasuk hotel, resort, rumah rehat dan apartmen di daerah ini dan di Pekan sudah

    ditempah untuk orang kenamaan serta orang ramai bagi memeriahkan lagi sambutan itu. Malah,

    kira-kira 500 buah bilik hotel dan resort di sekitar Kemaman, Terengganu juga sudah menerima

    tempahan masing-masing bagi tujuan berkenaan. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Keluarga,

    Hal Ehwal Wanita, Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan Negeri, Datuk Maznah Mazlan berkata,

    pengunjung yang mungkin datang pada saat-saat akhir sudah pasti tidak akan mendapat tempat

    tinggal di sekitar daerah ini, termasuk di pusat bandar. "Walau bagaimanapun, bagi mereka yang

    datang dari Lembah Klang masih mempunyai pilihan sama ada berulang-alik atau mencari bilik di

    sekitar Temerloh atau Maran kerana perjalanan menggunakan Lebuh raya Pantai Timur (LPT)

    mengambil masa yang singkat."Berita HarianIsnin 30 Ogos 2004

    11 Mengapakah tempat penginapan di bandar Kuantan dan Pekan telah habis ditempah?(ID:1261071809356)

    A Orang kenamaan yang datang ke Kuantan

    B Orang ramai datang untuk melancong di Kuantan

    C Orang ramai datang bagi menyambut Hari Kebangsaan ke-47

    D Orang kenamaan datang untuk menyambut Sultan Pahang

    Jawab

  • [Atas]

    12 Berapa ramaikah pengunjung dijangka akan membanjiri Kuantan pada Hari

    Kebangsaan?(ID:1261071810331 )

    A 200 400 orang

    B 200 000 orang

    C 4 000 orang

    D 500 orang

    Jawab

    [Atas]

    13 Bagi penduduk dari Lembah Klang masih boleh membuat pilihan sama ada(ID:1261071811312)

    A menggunakan kemudahan awam di sekitar bandar Kuantan.

    B mencari bilik hotel di sekitar Kemaman.

    C menempah resort terlebih dahulu.

    D berulang-alik.

    Jawab

    [Atas]

    14 Siapakah Datuk Maznah Mazlan?(ID:1261071812398 )

    A Menteri Hal Ehwal Wanita

    B Menteri Pembangunan Wanita

    C Menteri Kesenian dan Pelancongan Negeri

    D Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Keluarga, Hal Ehwal Wanita,

    Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan Negeri

    Jawab

    [Atas]

    15 Apakah pesanan Datuk Maznah Mazlan?(ID:1261071813469 )

    A Pengunjung yang lewat, tidak akan mendapat tempat penginapan di sekitar

    daerah ini dan pusat bandar

    B Mereka yang lewat boleh mencari bilik di Lebuh raya Pantai Timur

    C Mereka yang lewat boleh menempah resort di Pekan

    D Mereka yang lewat boleh tinggal di kawasan bandar

    Jawab

  • [Atas]

    Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

    Ahli botani, pencinta alam sekitar dan juga pensyarah yang mengabdikan dirinya dalam

    membuat kajian tentang kulat, memberitahu betapa besarnya 'kuasa' kulat kepada

    manusia. Pakar Mikologi, Institut Sains Biologi, Universiti Malaya (UM), Profesor Datuk

    Ahmad Nawawi Ayobberpendapat, jika tidak kerana kulat, mungkin ramai rakyat Indonesia

    meninggal dunia kerana kekurangan protein. Protein yang tinggi khasiat dan murah dikenali

    sebagai tempe ini diperoleh dengan cara proses penapaian kacang soya. Tempe, salah satu

    makanan paling popular dalam kalangan masyarakat Jawa, berjaya menggantikan protein yang

    agak mahal harganya seperti ayam, ikan, daging dan sebagainya. Tanpa kulat, mungkin hari ini

    ramai yang tidak mampu menikmati betapa enaknya roti, tapai dan sebagainya. Begitu juga

    dengan ubat-ubatan. Memang sukar dipercayai, bahawa kulat adalah penyumbang terbesar dan

    mampu memberi penawar kepada banyak jenis penyakit. Dengan menghasilkan antibiotik,

    banyak penyakit yang berpunca daripada bakteria dapat ditangani. Walau bagaimanapun, pada

    satu sudut yang lain, kulat juga amat digeruni. Walaupun mampu memberi sumbangan yang

    cukup besar dalam peradaban manusia, ancamannya kepada kesihatan manusia, haiwan dan

    tumbuh-tumbuhan bukan sedikit. Menurut Ahmad Nawawi, kulat organisma unik yang boleh

    merawat dan menyebabkan penyakit. Kepada pesakit-pesakit terutamanya yang tinggal di

    hospital, sistem pertahanan tubuh yang rendah boleh mengakibatkan mereka lebih mudah

    mendapat jangkitan.Dipetik dari Mingguan Malaysia.

    16 Tajuk yang paling sesuai bagi petikan di atas ialah(ID:1261071784157 )

    A Cara Membuat Tapai.

    B Cara Membuat Tempe.

    C Cara Memilih Makanan Berzat.

    D Kepentingan Kulat kepada Manusia.

    Jawab

    [Atas]

    17 Makanan 'tempe' boleh dihasilkan melalui penapaian(ID:1261071785167 )

    A kacang dal.

    B kacang soya.

    C kacang kuda.

    D kacang panjang.

    Jawab

    [Atas]

    18 Apakah kandungan zat yang terdapat di dalam 'tempe'?(ID:1261071785908 )

    A Protein

    Jawab

  • B Kalsium

    C Vitamin C

    D Vitamin A

    [Atas]

    19 Tumbuhan kulat selain boleh membekalkan makanan untuk manusia, tumbuhan ini juga

    dapat(ID:1261071786831 )

    A menghasilkan pekerjaan.

    B memberikan peluang bertani.

    C memberikan sumbangan negatif kepada manusia.

    D menyembuhkan beberapa jenis penyakit pada manusia.

    Jawab

    [Atas]

    20 Apakah jenis ubat yang telah dihasilkan melalui tumbuhan kulat?(ID:1261071787785 )

    A Ubat cirit-birit

    B Ubat antibiotik

    C Ubat kecantikan

    D Ubat penawar hati

    Jawab

    [Atas]