pelaporan pertandingan

Upload: wenwen-teoh

Post on 14-Jan-2016

232 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

pj

TRANSCRIPT

PELAPORAN PERTANDINGAN Pada 18 Februari 2014, pelajar-pelajar Semester 5 yang mengambil kursus Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan (PJM 3112) telah mengadakan sebuah Karnival Permainan Tradisional pada pukul 8 pagi sehingga 12 tengah hari di Dewan Serbaguna. Terdapat 6 kelas iaitu Sains 1, Sains 2, Matematik 1, Matematik 2, RBT 1 dan RBT 2 telah menganjurkan permainan tradisional bersama-sama. Setiap kelas perlu memilih dan mengendalikan satu jenis permainan tradisional untuk dipertandingkan dalam karnival tersebut. Kumpulan kami telah mewakili kumpulan RBT 1 untuk menganjurkan Permainan Baling Selipar kepada peserta. Permainan Baling Selipar ini dimainkan oleh 8 orang ahli peserta dalam satu kumpulan.Laporan Jawatankuasa Pelaksanaan PertandinganKumpulan kami terdiri daripada 6 orang ahli kumpulan iaitu, Anis Atika, Eswary, Teoh, Clinton, Iqhbal dan Zafir. Clinton sebagai pengerusi bertanggungjawab berkomunikasi dengan jawatankuasa induk dan mengetuai kumpulan kami. Seterusnya, Teoh sebagai setiausaha telah mengemaskan kertas cadangan yang dihasilkan manakala Eswary sebagai bendahari membuat anggaran perbelanjaan untuk permainan baling selipar. Seterusnya, Anis Atika sebagai AJK Makanan menguruskan makanan dan minuman dengan Jawatankuasa Induk. Iqhbal sebagai AJK Peralatan menguruskan penempahan peralatan dan Zafir bertanggungjawab menguruskan pembelian dan pembungkusan hadiah. Walaubagaimanapun, segala tugas telah dilaksanakan secara bersama-sama oleh semua ahli kumpulan. Setiap ahli juga memberi koitmen yang tinggi dalam pengelolaan permainan tradisional.Semasa pelaksanaan permainan baling selipar, Clinton bertanggungjawab menerangkan peraturan kepada semua peserta. Selepas itu, Zafir dan Iqhbal memainkan peranan sebagai pengadil dan pencatat masa masing-masing dalam perlawanan pertama. Manakala, pengadil dan pencatat masa dalam perlawanan kedua ialah Clinton dan Anis Atika. Teoh dan Eswary sebagai pencatat markah untuk mencatat markah di borang pemarkahan. Rakan sekelas kami juga membantu kami untuk menjaga scoreboard dan juga memantau peserta dalam pertandingan.Jadual pertandinganTerdapat 3 perlawanan yang dijalankan oleh 6 pasukan. Perlawanan pertama ialah kumpulan Sains 1 dengan Matematik 2. Perlawanan kedua ialah kumpulan RBT 2 dengan Matematik 1. Akhirnya, perlawanan ketiga ialah kumpulan RBT 1 dan Sains 2. Tempoh masa keseluruhan untuk permainan tradisional adalah 15-20 minit. Manakala, setiap perlawanan hanya mengambil masa sebanyak 5 minit sahaja. Sistem pertandingan yang digunakan adalah sistem pertandingan kalah-mati.Keputusan PertandinganDalam perlawanan, pengadil telah memberi mata kepada kumpulan yang menang. Keputusan pertandingan permainan baling selipar adalah berdasarkan mata terkumpul dalam 5 pusingan permainan tersebut. Berikutnya merupakan keputusan pertandingan tersebut:BILKUMPULANJUMLAH MATAKUMPULAN JUMLAH MATAKUMPULAN YANG MENANG

1.SAINS 14MATH 24SERI

2.RBT 23MATH 12RBT 2

3.RBT 11SAINS 21SERI

Akhirnya, karnival tersebut ditamatkan dengan majlis penutupan dan upacara penyampaian hadiah. Johan keseluruhan Karnival Permainan Tradisional jatuh kepada Sains 1 yang memenangi 26 markah keseluruhan. Secara keseluruhannya, permainan baling selipar dijalankan secara lancar dan teratur.