pelanstrategikkerajaanterhadapjaminanbekalanmakanannegaras ... ·...

12

Upload: others

Post on 19-Oct-2020

5 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • Pelan Strategik Kerajaan Terhadap Jaminan Bekalan Makanan Negara Sepanjang Tempoh PKP │ 1

    Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)

    PendahuluanPenyakit koronavirus 2019 atau COVID-19 yang telah disytiharkan sebagaipandemik global oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) tanggal 11 Mac 2020baru-baru ini telah memberi kesan negatif yang signifikan terhadap sistem ekonomi,politik dan sosial masyarakat hampir di seluruh pelusuk dunia.

    Menurut data yang dikeluarkan oleh WHO setakat 5 Mei 2020, lebih 3.5 jutapenduduk dunia telah dijangkiti wabak COVID-19 ini manakala lebih 250,000 angkakematian dicatatkan dengan Amerika Syarikat masih mencatat rekod sebagainegara paling tinggi kes jangkitan diikuti Sepanyol dan Itali.

    Penularan wabak COVID-19 yang memaksa negara-negara dunia mengenakankawalan pergerakan telah menyebabkan krisis ekonomi yang sangat teruk sejakPerang Dunia Kedua. Namun yang lebih membimbangkan para penganalisis danpakar ialah bekalan makanan yang berkurangan dalam skala dunia.

    Berdasarkan satu laporan yang diperoleh daripada Berita Harian Online, LaporanGlobal mengenai Krisis Makanan yang baru diterbitkan menunjukkan 135 juta orangdi seluruh dunia bakal menghadapi situasi kebuluran. Pengarah Eksekutif ProgramMakanan Dunia (WFP), David Beasley pula mengatakan bahawa dunia bakalmenyaksikan pertambahan seramai 130 juta orang lagi diancam kebulurandisebabkan COVID-19 menjadikan angka keseluruhan dianggarkan seramai 265 jutaorang.

    Laporan Global Keempat tentang krisis makanan yang terbaharu pula menyatakannegara-negara berisiko kebuluran adalah Yaman, Syria, Congo, Afghanistan,Venezuela, Ethiopia, Sudan Selatan, Nigeria dan Haiti. Di beberapa kawasan sepertiAfrika Timur dan Selatan Asia pula telah mengalami krisis bekalan makanansebelum pandemik COVID-19 lagi akibat kemarau panjang dan serangan belalangterhadap tanaman. Situasi semasa pastinya diburukkan lagi dengan seranganwabak COVID-19 yang sedang menular kini.

    Krisis didefinisikan oleh Holsti (1978) sebagai suatu tempoh yang mempunyaielemen kejutan, ancaman dan masa yang amat terhad untuk bertindak balas.Kerapkali ia dirujuk sebagai suatu situasi yang berlaku secara tiba-tiba dan di luardugaan sesebuah organisasi (Ummi Khattab, 1999).

    Jaminan bekalan makanan pula menurut Norlidawati & Rozita (2015) merujukkepada kewujudan bekalan makanan dan kemampuan untuk memperolehnya.Makanan tersebut pula mestilah selamat bagi membolehkan manusia menjalanikehidupan yang aktif dan sihat.

    Secara asasnya, impak penularan COVID-19 ini telah meletakkan Malaysia dalamrisiko menghadapi krisis jaminan bekalan makanan memandangkan negara amatbergantung kepada import bekalan makanan daripada negera pengeluar untukmencukupkan stok bekalan makanan. Justeru, elemen asas ini mesti diberi

  • Pelan Strategik Kerajaan Terhadap Jaminan Bekalan Makanan Negara Sepanjang Tempoh PKP │ 2

    Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)

    perhatian khusus oleh Kerajaan sepanjang tempoh kawalan pergerakan (PKP)dilaksanakan.

    Jaminan Bekalan MakananLazimnya, jaminan bekalan makanan berkait rapat dengan sistem pertanian yangdijalankan di dalam sesebuah negara. Pertanian di Malaysia dan serata duniamerupakan sektor primer yang berperanan dalam penstabilan sosial, ekonomi danekologi. Manusia memerlukan makanan dan air sebagai sumber keperluan asasuntuk meneruskan kehidupan. Tanpa kedua-dua elemen ini, ketamadunan manusiapasti akan lumpuh dan musnah.

    Di Malaysia, penggunaan beras oleh rakyat secara purata adalah sebanyak 2.7 jutametrik tan setahun, dengan 60-70% sahaja yang dihasilkan di dalam negeri,manakala selebihnya diimport dari negara-negara pengeksport beras yang lainseperti Thailand, Vietnam dan Pakistan.

    Ketika fasa 1 tempoh kawalan pergerakan diumumkan pada 18 Mac 2020,pengiraan semasa stok beras tempatan di peringkat kilang, pemborong dan peruncitadalah berjumlah 534,005 metrik tan yang mencukupi untuk keperluan rakyatselama dua bulan setengah. Walau bagaimanapun, pengiraan ini tidak mengambilkira pengeluaran padi tempatan yang berterusan, bekalan import beras yang stabildan stok penimpal beras dalam negara.

    Bagi bekalan makanan seperti daging lembu pula, lebih 70% daripada keperluandaging lembu adalah diimport dari negara-negara luar. India merupakan negarayang paling banyak membekalkan daging lembu import untuk pasaran Malaysia,iaitu kira-kira 50,000 metrik tan setahun bersamaan AS$220 juta.

    Dalam pada itu, portal Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MOA) negaramenyatakan bekalan makanan seperti beras, daging, ikan dan sayur berada padatahap stabil serta mencukupi sepanjang tempoh PKP dilaksanakan. Bekalan iniditampung melalui pengeluaran domestik, import dan stok bekalan.

    Sebagai satu solusi untuk memastikan proses pengeluaran dan logistik bekalanmakanan berjalan dengan baik sepanjang tempoh PKP, Kerajaan melalui senaraipengecualian di bawah perintah kawalan pergerakan membenarkan aktivitipengeluaran, pemprosesan dan pengedaran termasuk eksport dan import diteruskanseperti biasa sepanjang tempoh tersebut.

    Walaupun aktiviti pengimportan masih berjalan, ia tidak serancak seperti sebelumpenularan wabak COVID-19 ini memandangkan negara pengeksport utamabarangan (termasuk produk makanan) seperti China, Jepun, Amerika Syarikat (AS),Thailand dan Indonesia turut terjejas dengan wabak COVID-19.

    Berdasarkan kenyataan media yang dikeluarkan melalui portal KementerianPertanian dan Industri Makanan (MOA) pada 22 Mac 2020, terdapat beberapa

  • Pelan Strategik Kerajaan Terhadap Jaminan Bekalan Makanan Negara Sepanjang Tempoh PKP │ 3

    Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)

    kelonggaran diberikan kepada pemain-pemain dalam industri rantaian perbekalanmakanan ini termasuklah;

    1. Aktiviti pertanian/penternakan/perikanan/akuakultur dibenarkan untuk terusberoperasi bagi memastikan bekalan daging/sayur-sayuran/buah-buahan serta hasilperikanan mencukupi untuk kegunaan rakyat Malaysia dengan syarat mematuhilangkah-langkah sanitasi yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

    2. Perkhidmatan logistik dan pengangkutan yang menyokong rantaian bekalan danpemasaran makanan termasuk segala input pertanian dan makanan ternakandibenarkan beroperasi seperti sedia kala. Ini bagi memastikan bekalan produk-produk penting dan kritikal yang dikeluarkan oleh petani/nelayan/penternak sampaikepada pengguna dalam tempoh masa dan dalam keadaan yang sempurna.

    3. Premis/kilang yang menyokong rantaian bekalan makan yang berkaitan danditakrifkan sebagai kritikal dibenarkan beroperasi dengan penugasan pekerja ditahap minima.

    Pakej Ransangan Ekonomi Bukti Keprihatinan KerajaanDalam usaha memastikan bekalan makanan terjamin dan mencukupi untukkeperluan seluruh rakyat Malaysia, Kerajaan melalui Pakej Ransangan EkonomiPrihatin telah mengumumkan peruntukan sebanyak RM 1 bilion kepada DanaJaminan Makanan sepanjang tempoh kritikal PKP.

    Melalui peruntukan ini, kerajaan akan terus menyalurkan pelbagai bantuan kepadapetani, penternak dan nelayan termasuk dalam bentuk bantuan input pertanian,ternakan dan perikanan untuk menggalakkan pengeluaran domestik, di sampingperuntukan sebanyak RM 100 juta bagi menyediakan kemudahan infrastrukturtempat penyimpanan dan pengagihan makanan serta program integrasi makanan.

    Sebagai langkah tambahan juga, kerajaan menyediakan dana khas antaraRM100,000 hingga RM200,000 kepada setiap Pertubuhan Peladang Kawasan danPertubuhan Nelayan Kawasan untuk memajukan projek agromakanan jangkapendek yang boleh mengeluarkan hasil dalam tempoh tiga hingga enam bulan.Keseluruhan langkah ini melibatkan peruntukan sebanyak RM 64.4 juta.

    Self-Sufficiency Level, Cabaran UtamaImpak penularan COVID-19 merencatkan pertumbuhan ekonomi apabila PKP yangdilaksanakan membataskan rutin pergerakan rakyat seharian. Antara cabaran utamayang dihadapi oleh Kerajaan hari ini untuk memastikan jaminan bekalan makananmencukupi ialah kadar pengeluaran makanan domestik tidak 100 peratus tahap saradiri (SSL). Menurut laporan buletin suku tahunan terkini (Suku Ketiga, 2019) olehBank Negara Malaysia, “Import Makanan dan Kadar Pertukaran”, Malaysia kekalsebagai pengimport makanan dengan sekurang-kurangnya satu perempat daripadajumlah keseluruhan bekalan makanan (24 peratus) diimport.

  • Pelan Strategik Kerajaan Terhadap Jaminan Bekalan Makanan Negara Sepanjang Tempoh PKP │ 4

    Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)

    Berdasarkan Laporan Akaun Pembekalan dan Penggunaan Komoditi PertanianTerpilih, Malaysia 2014-2018 yang dikeluarkan oleh Jabatan Statistik Malaysia(DOSM) pada November 2019, kadar sara diri (SSR) Malaysia dalam tanamanmakanan (food crop) pada tahun 2018 dicatatkan hanya mencapai purata 61 peratus.Daripada 36 komoditi makanan, 22 komoditi dilaporkan mencapai 100 peratus SSR.Manakala baki 14 lagi komoditi tidak mencapai SSR yang sepatutnya. Jadual dibawah merekodkan komoditi tersebut dan kadar SSR pada tahun 2018.

    Komoditi Kadar SSR (2018) (%)

    Beras 70.0

    Cili 31.9

    Kubis bulat 38.7

    Sawi 97.6

    Mangga 23.3

    Kelapa 66.8

    Jambu batu 94.0

    Daging kambing 11.2

    Daging lembu 23.9

    Susu segar 61.3

    Daging ayam dan itik 98.1

    Ikan kembung 86.5

    Ketam 86.9

    Jadual 1 : Komoditi yang tidak mencapai SSR 100%(Sumber DOSM, 2019)

    Statistik ini menunjukkan kebergantungan negara yang agak tinggi terhadap importmakanan dari negara luar terutama untuk beberapa komoditi yang tidak mencapai50 peratus SSR seperti cili, kubis bulat, mangga, daging kambing dan daging lembu.Justeru, apabila negara-negara pengeksport makanan megetatkan polisi eksport keluar negara sepanjang tempoh krisis, Malaysia akan turut mengalami impak negatifyang signifikan berikutan negara ini amat bergantung kepada keperluan importmakanan dari negara luar untuk mencukupkan stok bekalan makanan dalam negara.

    Sebagai contoh, Myanmar telah menggantung eksport beras mereka bagimengelakkan kekurangan beras dalam negara. Vietnam pula memperketat dasareksport mereka baru-baru ini dengan tidak menandatangani sebarang kontrakeksport baharu sebelum ia menyemak bekalan domestik sama ada mencukupi untukrakyat mereka sepanjang tempoh menghadapi COVID-19. Polisi terbaharu oleh

  • Pelan Strategik Kerajaan Terhadap Jaminan Bekalan Makanan Negara Sepanjang Tempoh PKP │ 5

    Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)

    negara-negara pengeksport makanan ini nyata membimbangkan duniamemandangkan negara-negara Asia merupakan antara pengeksport beras terbesaruntuk pasaran dunia.

    Perancangan Pelan Strategik Jaminan Bekalan MakananWalaupun Kerajaan menghadapi cabaran yang agak signifikan dalam memastikanjaminan bekalan makanan dalam tempoh PKP ini, namun Malaysia sebenarnya tidakmenghadapi masalah dari segi ketersediaan bekalan makanan untuk jangka masapendek. Hal ini dibuktikan melalui kenyataan Kerajaan dan pembekal, bahawabekalan makanan dijamin mencukupi sepanjang tempoh PKP. Walau bagaimanapun,kesannya pasti berbeza sekiranya tempoh PKP dilanjutkan lagi untuk jangkamasayang lebih panjang.

    Jumlah hasil pertanian beberapa bulan akan datang bergantung kepada jumlah inputyang digunakan hari ini. Justeru, untuk memastikan perbekalan sektor makanannegara kekal stabil sekiranya tempoh PKP dilanjutkan, beberapa pelan strategiktelah dirangka oleh pihak Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MOA)negara.

    Pertama, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) mengambil inisiatifseperti memperluas premis pemasaran Agrobazaar Kedai Rakyat, AgrobazaarRakyat, Desaraya, FAMACO dan jualan dalam talian melalui Agrobazaar Online,Lazada, Shopee serta pembekalan sayur dan buah ke pasar raya besar. Selain itu,kerjasama dengan Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) turut dijalin dibawah Program eRezeki bertujuan sebagai platform perkhidmatan penghantaran.Terkini, terdapat 11 syarikat penghantaran secara pukal dan sembilan syarikatpenghantaran runcit yang terlibat di bawah program ini.

    Inisiatif yang diambil oleh FAMA ini amat membantu para petani dalam usahamemasarkan hasil pertanian yang dikeluarkan. Usaha ini mewujudkan situasimenang-menang berikutan di awal tempoh PKP, terdapat lambakan sayuran danbuahan yang tidak dapat dipasarkan berikutan kekurangan permintaan selain faktormasalah logistik.

    Walau bagaimanapun, kementerian juga perlu peka akan golongan petani,penternak dan nelayan yang tidak berada di bawah seliaan Pertubuhan PeladangKawasan (PPK) mahupun Pertubuhan Nelayan Kawasan (PNK). Bantuan berbentukinsentif duit dan keperluan input barangan berdasarkan aktiviti yang dijalankan perludiberikan kepada mereka di samping memberi galakan dan pengetahuan agargolongan seperti ini sedar akan keperluan dan kelebihan apabila bernaung di bawahagensi Kerajaan terbabit.

    Kedua, kementerian juga mengusahakan inisiatif pengeluaran kepada petani untukmeneruskan aktiviti penanaman dan mengekalkan bekalan makanan. Di bawahinisiatif ini, FAMA memainkan peranan menemukan usahawan dengan pengeluartempatan melalui program Ladang Kontrak bagi memastikan hasil pertanian dapat

  • Pelan Strategik Kerajaan Terhadap Jaminan Bekalan Makanan Negara Sepanjang Tempoh PKP │ 6

    Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)

    dijual. Peserta dalam kalangan petani diberi jaminan harga lantai dengan kuantitidan kualiti ditetapkan untuk mendapatkan harga berpatutan di peringkat ladang.Inisiatif Ladang Kontrak ini amat bertepatan dengan dengan keperluan petani untukmendapatkan pusingan modal bagi penanaman musim seterusnya.

    Sebagai cadangan tambahan juga, Kerajaan juga boleh mengaplikasikan langkahyang dibuat oleh Kerajaan Kanada dalam mendepani krisis ini. Di Kanada, programyang dinamakan Advance Payment Programs (APP) dilaksanakan di mana petaniboleh meminjam $100,000 pertama tanpa faedah. Manakala, tambahan pinjamanseterusnya dikenakan kadar faedah yang rendah. Sebagai respon kepada COVID-19 juga, Kerajaan Kanada membenarkan penambahan $100,000 lagi tanpa faedahasalkan jumlah keseluruhan pinjaman di bawah $1 juta. Hal ini bagi mengelakkanpetani menghadapi bebanan hutang yang tinggi selepas krisis ini pulih. Di Malaysia,inisiatif ini boleh dilaksanakan merangkumi petani, penternak, nelayan danPerusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) sektor pertanian dan pembekalan makananyang menghadapi kesempitan aliran tunai dalam meneruskan operasi.

    Ketiga, agenda meningkatkan SSL beras negara menjadi agenda berterusankementerian ini. Justeru, selain peningkatan produktiviti dan sawah berskala besarbagi tujuan peningkatan SSL, usaha juga akan dipergiat melalui penggunaanautomasi, mekanisasi dan inovasi tani serta menarik minat golongan belia untukmengusahakan pertanian menggunakan teknologi seperti dron, kilang tanaman, danpenggunaan aplikasi berasaskan internet kebendaan (IoT) dalam pengurusanladang tanaman, pembangunan agro-robotik dan sebagainya.

    Di samping itu juga, kementerian juga akan lebih fokus dalam melaksanakan kursusdan latihan kepada usahawan mikro dan PKS bagi menggalakkan penggunaanteknologi terkini melalui evolusi dan Revolusi Perindustrian 4.0 (IR4.0) termasukprogram berkaitan Teknologi Pemantauan Tanaman dan Agroteknologi 4.0 dronpemetaan untuk aktiviti pembajaan dan pembenihan, sensor kawalan jauh danstesen cuaca menggunakan aplikasi telefon bimbit.

    Agenda ini tentunya memberi nilai tambah kepada golongan belia yang lebih celik ITberbanding golongan berusia yang kini mendominasi perusahaan sektor pertaniannegara. Justeru, antara langkah terbaik sebagai penyelesaian sekuriti makananjangka panjang, Kerajaan perlu memperkenalkan kursus berkaitan automasi,mekanisasi dan inovasi tani semasa negara di peringkat universiti. Selanjutnya,kementerian dengan kerjasama agensi-agensi berkenaan perlu merangka pelanstrategik bagi mewujudkan ruang dan peluang pekerjaan sebagai petani modenuntuk bakal graduan dalam bidang tersebut yang mampu memenuhi objektif negarake arah mencapai SSL seratus peratus.

    KesimpulanPenularan wabak COVID-19 perlu menjadi titik pemangkin untuk Kerajaanmewujudkan suatu polisi yang lebih kukuh dan jelas dalam memastikan jaminan

  • Pelan Strategik Kerajaan Terhadap Jaminan Bekalan Makanan Negara Sepanjang Tempoh PKP │ 7

    Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)

    bekalan makanan yang berterusan sebagai persediaan sekiranya negara berdepankrisis seumpamanya pada masa akan datang. Dunia merekodkan kematian manusiabukan hanya disebabkan penyakit berjangkit, bahkan oleh pelbagai sebab lainseperti krisis kemanusiaan, kemelesetan ekonomi, bencana alam dan kebuluran.Justeru, dalam apa jua situasi krisis, amatlah penting untuk Kerajaan memastikanbekalan makanan terjamin agar negara tidak mengalami isu kedua penyebabkematian rakyat; iaitu krisis kebuluran.

  • Pelan Strategik Kerajaan Terhadap Jaminan Bekalan Makanan Negara Sepanjang Tempoh PKP │ 8

    Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)

    SENARAI RUJUKANASIANEWS. (2020, April 25). Dunia diancam kebuluran akibat pandemik COVID-19.

    Didapatkan dari HERALD Malaysia Online:http://www.heraldmalaysia.com/news/dunia-diancam-kebuluran-akibat-pandemik-covid-19/53022/7

    BERNAMA. (2020, April 22). 130 juta penduduk diancam 'pandemik kebuluran'akibat COVID-19. Didapatkan dari BH Online :https://www.bhplus.com.my/dunia/amerika/2020/04/680235/130-juta-penduduk-diancam-pandemik-kebuluran-akibat-covid-19

    Umi Khattab. (1999). Pengurusan Krisis Wabak Penyakit: Dilema Sumber-Media.Didapatkan dari Jurnal Komunikasi (Jilid 15), m.s 126.

    Norlidawati & Rozita. (2015). Jaminan bekalan makanan di Malaysia: Perspektifpemain industri. Didapatkan dari Economic and Technology ManagementReview (Vol. 10a), m.s 1.

    Firdaus Abdullah. (2020, Mac 18). Tindakan konsisten jamin bekalan makanancukup. Didapatkan dari BH Online:https://www.bharian.com.my/rencana/komentar/2020/04/673977/tindakan-konsisten-jamin-bekalan-makanan-cukup

    Kauthar Rozmal (2019, April 22). 30%-40% Bekalan Beras Malaysia DiimportDaripada Luar Negara. Didapatkan dari Kapital: https://kapital.my/2019/04/30-40-bekalan-beras-malaysia-diimport-daripada-luar-negara/

    Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM). (2020, Mac 27). Ringkasan Liputan BeritaMutakhir Wabak Covid-19 Dan Kesan Kepada Ekonomi. Didapatkan dariStatistik & Info-Media (BDA). (Bil 5/2020), m.s 19.

    Bank Negara Malaysia (BNM). (Suku Ketiga Tahunan). Import Makanan dan KadarPertukaran:Tidak Seperti Yang Disangka. Didapatkan dari Buletin Suku KetigaTahunan BNM (2019), m.s 23.

    BERNAMA. (2020, Mac 19). Aktiviti eksport, import diteruskan seperti biasa.Didapatkan dari Sinar Harian:https://www.sinarharian.com.my/article/74550/BERITA/Nasional/Aktiviti-eksport-import-diteruskan-seperti-biasa

    Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MOA). (2020, March 22). TiadaSekatan Dalam Aktiviti Rantaian Bekalan Dan Pemasaran Makanan SepanjangTempoh Perintah Kawalan Pergerakan (Movement Control Order). Didapatkandari: Kenyataan Media Menteri Pertanian dan Industri Makanan.

    Hanis Abdul Hadi. (2020, Mac 28). Implikasi PKP terhadap keselamatan makanannegara. Didapatkan dari BH Online:https://www.bharian.com.my/kolumnis/2020/03/670204/implikasi-pkp-terhadap-keselamatan-makanan-negara

    BERNAMA. (2020, Mac 27). Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat.Didapatkan dari BH Online:https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/03/669966/pakej-rangsangan-ekonomi-prihatin-rakyat

    Ashraf Shaharudin (2020, April 01). Melindungi Sektor Pertanian Mendepani KrisisCovid-19. Didapatkan dari Khazanah Research Institute Views 26/20.

    Reuters.(2020, Mac 26). Vietnam henti eksport beras. Didapatkan dari BH Online :https://www.bharian.com.my/bisnes/lain-lain/2020/03/669365/covid-19-vietnam-henti-eksport-beras

    http://www.heraldmalaysia.com/news/dunia-diancam-kebuluran-akibat-pandemik-covid-19/53022/7http://www.heraldmalaysia.com/news/dunia-diancam-kebuluran-akibat-pandemik-covid-19/53022/7https://www.bhplus.com.my/dunia/amerika/2020/04/680235/130-juta-penduduk-diancam-pandemik-kebuluran-akibat-covid-19https://www.bhplus.com.my/dunia/amerika/2020/04/680235/130-juta-penduduk-diancam-pandemik-kebuluran-akibat-covid-19https://www.bharian.com.my/rencana/komentar/2020/04/673977/tindakan-konsisten-jamin-bekalan-makanan-cukuphttps://www.bharian.com.my/rencana/komentar/2020/04/673977/tindakan-konsisten-jamin-bekalan-makanan-cukuphttps://kapital.my/2019/04/30-40-bekalan-beras-malaysia-diimport-daripada-luar-negara/https://kapital.my/2019/04/30-40-bekalan-beras-malaysia-diimport-daripada-luar-negara/https://www.sinarharian.com.my/article/74550/BERITA/Nasional/Aktiviti-eksport-import-diteruskan-seperti-biasahttps://www.sinarharian.com.my/article/74550/BERITA/Nasional/Aktiviti-eksport-import-diteruskan-seperti-biasahttps://www.bharian.com.my/kolumnis/2020/03/670204/implikasi-pkp-terhadap-keselamatan-makanan-negarahttps://www.bharian.com.my/kolumnis/2020/03/670204/implikasi-pkp-terhadap-keselamatan-makanan-negarahttps://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/03/669966/pakej-rangsangan-ekonomi-prihatin-rakyathttps://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/03/669966/pakej-rangsangan-ekonomi-prihatin-rakyathttps://www.bharian.com.my/bisnes/lain-lain/2020/03/669365/covid-19-vietnam-henti-eksport-berashttps://www.bharian.com.my/bisnes/lain-lain/2020/03/669365/covid-19-vietnam-henti-eksport-beras

  • Pelan Strategik Kerajaan Terhadap Jaminan Bekalan Makanan Negara Sepanjang Tempoh PKP │ 9

    Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)

    AGENSI. (2020, April 01). COVID-19 gugat keselamatan makanan, ancam eksportberas Asia. Didapatkan dari BH Online:https://www.bhplus.com.my/dunia/asean/2020/04/671792/covid-19-gugat-keselamatan-makanan-ancam-eksport-beras-asia

    Ahmad Hanis Izani. (2020, Mac 28). Implikasi PKP terhadap keselamatan makanannegara. Didapatkan dari BH Online:https://www.bharian.com.my/kolumnis/2020/03/670204/implikasi-pkp-terhadap-keselamatan-makanan-negara

    Ronald Kiandee, temubual. (2020, Mei 19). Rangka strategi tingkat SSL berasnegara, jamin bekalan makanan. Didapatkan dari BH Online:https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/05/690647/rangka-strategi-tingkat-ssl-beras-negara-jamin-bekalan-makanan

    Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM). (2019, November 29). Akaun Pembekalandan Penggunaan Komoditi Pertanian Terpilih, Malaysia 2014-2018. Didapatkandari Portal Rasmi Jabatan Perangkaan Malaysia:https://www.dosm.gov.my/v1/index.php?r=column/cthemeByCat&cat=164&bul_id=Tm5OaVh6RFpFM2VGOTIrZzltbWg3QT09&menu_id=Z0VTZGU1UHBUT1VJMFlpaXRRR0xpdz09

    https://www.bhplus.com.my/dunia/asean/2020/04/671792/covid-19-gugat-keselamatan-makanan-ancam-eksport-beras-asiahttps://www.bhplus.com.my/dunia/asean/2020/04/671792/covid-19-gugat-keselamatan-makanan-ancam-eksport-beras-asiahttps://www.bharian.com.my/kolumnis/2020/03/670204/implikasi-pkp-terhadap-keselamatan-makanan-negarahttps://www.bharian.com.my/kolumnis/2020/03/670204/implikasi-pkp-terhadap-keselamatan-makanan-negarahttps://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/05/690647/rangka-strategi-tingkat-ssl-beras-negara-jamin-bekalan-makananhttps://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/05/690647/rangka-strategi-tingkat-ssl-beras-negara-jamin-bekalan-makananhttps://www.dosm.gov.my/v1/index.php?r=column/cthemeByCat&cat=164&bul_id=Tm5OaVh6RFpFM2VGOTIrZzltbWg3QT09&menu_id=Z0VTZGU1UHBUT1VJMFlpaXRRR0xpdz09https://www.dosm.gov.my/v1/index.php?r=column/cthemeByCat&cat=164&bul_id=Tm5OaVh6RFpFM2VGOTIrZzltbWg3QT09&menu_id=Z0VTZGU1UHBUT1VJMFlpaXRRR0xpdz09https://www.dosm.gov.my/v1/index.php?r=column/cthemeByCat&cat=164&bul_id=Tm5OaVh6RFpFM2VGOTIrZzltbWg3QT09&menu_id=Z0VTZGU1UHBUT1VJMFlpaXRRR0xpdz09