pelaksanaanundang undangdisekolahdalamaspektanggungjawabberjaga jagasamanmahkamahdanbantuanguaman2...

Upload: faiza-mohd-jais

Post on 05-Nov-2015

236 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

pelaksabaan undang-undang di sekolah dan implikasi kepada masyarakat. Nota isu-isu pendidikan UKM 2015.

TRANSCRIPT

  • PELAKSANAAN UNDANG-UNDANG DI SEKOLAH DALAM ASPEK TANGGUNGJAWAB BERJAGA-JAGA , SAMAN MAHKAMAH DAN BANTUAN GUAMAN20 Mei 2011KURSUS WARDEN DI HOTEL SRI MALAYSIA GENTING

    MOHD KHAIDIR ABDULLAHJABATAN PELAJARAN SELANGOR

  • PENGAJARAN DI KUALA DIPANG

  • SURAT KEBENARAN IBUBAPA PENJAGATerdapat sekolah-sekolah yang menyatakan mengenai klausa penafian (disclaimer clause) dalam Surat Kebenaran ibubapa/penjaga bahawa sekolah tidak bertanggungjawab terhadap kemalangan

  • Klausa penafian tersebut jika terdapat dalam Surat Kebenaran Ibubapa/Penjaga tidak sesekali melepaskan tanggungjawab pihak sekolah terhadap jagaan dan keselamatan murid semasa aktiviti luar bilik darjah dilaksanakan dan ia hanya berkuatkuasa jika kemalangan berlaku dimana segala usaha, jagaan dan kawalan yang semunasabahnya yang dapat dilakukan oleh pihak sekolah telah dilaksanakan dengan sewajarnya

  • RUJUKAN KEPADA KPMSemua perkara berkenaan dengan permohonan dan penerimaan sumbangan pihak swasta atau individu hendaklah dirujuk kepada KPM bagi maksud pemeriksaan aspek teknikal, kesesuaian, hakmilik, keselamatan dan sebagainya untuk kelulusan KSU selaku Pegawai Pengawal

  • TANGGUNGJAWAB BERJAGA-JAGAPrinsip Undang-Undang -Undang-undang yang menguat kuasakan tanggungjawab ini ialah TORT. -TORT secara ringkasnya memperihalkan kewajipan berjaga-jaga (DUTY OF CARE) oleh seseorang terhadap seseorang yang lain. -Sekiranya berlaku kegagalan /kecuaian dalam menjalankan kewajipan berjaga-jaga ini sehingga mengakibatkan KERUGIAN/KECEDERAAN (LOSS/INJURY) kepada orang tersebut, maka orang yg mempunyai kewajipan berjaga-jaga dikenakan membayar gantirugi kpd orang yang mendapat kerugian tersebut.

  • Dalam konteks seorang Pengetua/G.B sesebuah institusi pendidikan, DUTY OF CARE justeru mengkhendaki Pengetua/G.B memastikan murid-murid di institusi pendidikan di bawah tanggungjawabnya berada dalam keadaan selamat. (dari sebarang bahaya yang boleh dijangka)

    STANDARD DUTY OF CARE GURU TERHADAP MURID

    Standard duty of care adalah berbeza-beza dalam setiap kes bergantung kepada tahap risiko bagi setiap kes. Dalam kes guru dan murid, undang-undang meletakkan guru sebagai berada IN LOCO PARENTIS (IN PLACE OF A PARENT) kepada murid-murid di bawah jagaan dan kawalannya.- Oleh yg demikian, standard duty of care yang perlu dipatuhi oleh guru adalah seperti standard berjaga-jaga seorang bapa yang mempunyai keluarga yang besar terhadap anak-anaknya.

  • * Melakukan sesuatu atau tidak melakukan sesuatu yang boleh dilihat sebagai mendatangkan kecederaan kepada pelajar. Darjah tanggungjawab yang terbeban ke atas bahu guru tidak sama bagi semua keadaan dan bergantung kepada faktorfaktor berikut:

    Bilangan pelajar yang diselia Keadaan aktiviti yang dilakukan Umur dan kemahiran yang ada Keadaan alatan yang disediakan Ketrampilan dan kemampuan pelajar; dan Faktor lain yang berbeza mengikut keadaan

  • Memandangkan murid-murid sekolah, terutamanya sekolah rendah adalah terdiri daripada kanak-kanak, secara amnya mereka adalah mentah, dan tidak mengenali/menyedari apa-apa bahaya di sekeliling mereka. Bagi maksud mematuhi standard of care guru terhadap murid, Pengetua/GB dan guru-guru hendaklah sentiasa:(i) mengingatkan murid-murid agar menjaga keselamatan diri mereka; dan (ii)mengambil apa-apa langkah yang perlu bagi memastikan tiada apa-apa perkara yang membahayakan keselamatan murid daripada berlaku.- Apa-apa perbuatan/peninggalan (act/omission) Pengetua/GB yang tidak memenuhi standard of conduct yang ditentukan akan menyebabkan breach of duty of care, di mana Pengetua/G.B boleh dipertanggungjawabkan dari segi undang-undang terhadap kerugian (loss) atau kecederaan (injury) oleh seseorang murid.

  • ANTARA TANGGUNGJAWAB PENGETUA DALAM MEMENUHI STANDARD DUTY OF CARE:(1) Memastikan kawasan sekolah, termasuklah infrastruktur, kelengkapan dan peralatan berfungsi dengan betul dan berada dalam keadaan yang selamat.Sebagai contohnya;- memastikan tangga, kipas, tandas dan peralatan-peralatan yang rosak diperbaiki dengan segera.- peralatan-peralatan sukan, makmal dan bengkel dalam keadaan yg sempurna dan berfungsi dengan baik seperti tiang gol, alat lontar peluru dsb.- memastikan sekolah bebas dari open trap seperti lubang-lubang yang tidak ditutup, peralatan/sisa binaan yang ditinggalkan dalam kawasan sekolah, dll.- memastikan kebersihan makanan yang dijual di kantin pada setiap masa.

  • Contoh Kes:Headmistress, Methodist Girls School & Ors

    -Seorang murid (9 tahun) dilanggar oleh sebuah bas sekolah dalam kawasan sekolah. Murid mengalami kecederaan serius. -Murid mengambil tindakan undang-undang ke atas pemandu untuk menuntut gantirugi . -Pemilik bas dan pemandu kemudian menamakan Pengetua Sekolah dan Kerajaan sebagai turut bertanggungjawab (contributory negligence) kerana telah membenarkan bas sekolah masuk ke dalam kawasan sekolah/school compound. - Mahkamah Persekutuan memutuskan: (a) sebagai tuan punya (Kerajaan) dan penghuni (Pengetua) premis (sekolah), mereka bertanggungjawab memastikan kawasan persekitaran sekolah adalah selamat. (b) Walau bagaimanapun, kesalahan pihak sekolah adalah lebih rendah berbanding kesalahan pemilik dan pemandu bas memandangkan sekolah setakat membenarkan bas masuk ke kawasan sekolah. (c) Tanggungan keseluruhannya hendaklah dibahagikan sebagai 30% bagi Kerajaan dan Pengetua dan 70% bagi tuan punya dan pemandu bas.

  • Kes ini menunjukkan walaupun kecuaian yang berlaku adalah di pihak yang bukan di bawah kawalan pengetua, namun disebabkan ianya berlaku dalam kawasan sekolah, pengetua boleh turut sama dipertanggungjawabkan sebagai cuai kerana gagal memenuhi standard duty of care yakni untuk memastikan kawasan sekolah dan persekitaran adalah selamat.

  • DUTY of CARE UTK MEMASTIKAN KESELAMATANKAWASAN SEKOLAH JUGA ADALAH TANGGUNGJAWAB PEMILIK/PENGHUNI PREMIS (OCCUPIERS LIABILITY)

    - Tanggungan seorang penghuni (OCCUPIERS LIABILITY) adalah satu konsep/prinsip undang-undang.

    - Di bawah prinsip ini, orang yang memiliki atau mempunyai kawalan ke atas sesuatu premis bertanggungjawab memastikan premis tersebut adalah selamat bagi sesiapa yang memasuki premis tersebut.

    - Sebagai orang yang mempunyai kawalan ke atas sekolah, maka tanggungjawab ini terpakai kepada Pengetua/G.B.

  • Pengetua/G.B bertanggungjawab memastikan keselamatan premis bagi mereka yang dari segi undang-undang layak masuk ke dalam kawasan sekolah iaitu:

    (i) invitee- mereka yang diundang dan tujuan undangan adalah utk kepentingan bersama (mutual interests) seperti ibu bapa utk menghadiri mesyuarat di sekolah

    (ii) Entry by virtue of contract- orang yang masuk atas hubungan kontraktual

    (iii) Licensee- orang yang dibenar masuk di sisi undang-undang atau sebagai social visitors

  • #Bagi kumpulan (i) dan (ii), penghuni mempunyai tanggungjawab memelihara keselamatan premis secara munasabah (reasonable care) untuk mengelakkan apa-apa bahaya yang dia tahu/sepatutnya tahu (cth: kebocoran gas/ kerosakan tangga dll)[dan bahaya-bahaya ini tidak diketahui oleh orang berkenaan)

    # Bagi kumpulan (iii), tanggungjawab penghuni adalah sama tetapi at a lower/lesser degree, di mana TANDA-TANDA AMARAN mengenai apa-apa bahaya dalam premis (dalam kawasan sekolah)hendaklah dipasang.

    # Walau bagaimanapun bagi penceroboh, penghuni adalah tidak bertanggungjawab di bawah prinsip ini kerana kemasukan mereka adalah atas risiko sendiri.

  • Mengawasi murid-murid sewaktu pengajaran dan pembelajaran dan sewaktu menjalani apa-apa aktiviti praktikal/fizikal seperti Pendidikan Jasmani, Kemahiran Hidup dan aktiviti-aktiviti luar seperti lawatan sambil belajar, perkhemahan, bengkel dan sebagainya.

    KES:

    1. Mohamed Raihan & Anor v. GOM [1981] 2 MLJ 27 - M.Raihan (perayu) mengalami kecederaan apabila kepalanya terkena cangkul yang dihayun murid lain semasa menjalani practical gardening course. - M. Raihan menyaman Kerajaan menuntut gantirugi keranakegagalan sekolah untuk mengawasi pelajar-pelajar lain dengan baik semasa kelas tersebut.

  • Mahkamah Persekutuan memutuskan:Sekolah telah cuai untuk mengambil tindakan yang wajar dan baik (reasonable and proper steps) utk mengelakkan drp berlakunya kemalangan sedemikian

    (i) guru kelas didapati tidak memastikan cangkul dan peralatan berkebun yang lain berada dalam keadaan yang baik dan selamat digunakan, serta tidak mengadakan suatu sistem yg sesuai bagi menjalankan kelas tersebut;(ii) guru telah tidak memberi amaran kepada murid-murid mengenai penggunaan peralatan yg merbahaya dan beliau juga telah tidak memastikan kedudukan murid-murid dijarakkan antara satu sama lain bagi mengelakkan kemalangan.

  • 2. GOM v. Jumat bin Mahmud & Anor 2 MU 103- Seorang murid bergerak dari tempat duduknya dan telah pergi mencucuk paha seorang murid yang lain, Jumat b. Mahmud, menyebabkan Jumat berpusing ke belakang dan matanya telah tercucuk mata pensil yang dipegang oleh murid tadi. Guru sedang melakukan tugasnya di meja setelah memberikan murid kerja sekolah untuk dibuat.- Kerajaan (bagi pihak Sekolah) telah disaman oleh murid untuk menuntut gantirugi.Mahkamah Tinggi memutuskan:Sekolah tidak mengawasi keadaan dengan baik dan kecederaan tersebut berlaku atas sebab kecuaian sekolah.

  • Kerajaan telah merayu ke Mahkamah Persekutuan.Mahkamah memutuskan:(i)Perlu diteliti sama ada kecederaan/ kemalangan yang berlaku adalah sesuatu yang boleh diramalkan berlaku akibat kecuaian guru menunaikan tanggungjawab berjaga-jaga.Sekiranya demikian, adakah sekolah/guru telah mengambil langkah-langkah yang munasabah utk melindungi muriddaripada kemungkinan berlakunya kemalangan tersebut;Mahkamah mendapati fakta dan bukti yang ada tidak menunjukkan ianya adalah suatu kemalangan yang bolehdiramalkan dengan munasabah ( reasonably forseeable)- pensil bukannya suatu alat yang merbahaya. Berdasarkan fakta dan bukti yang ada, tidak boleh dirumuskan bahawa penjagaan yang berterusan (constant vigilance) boleh mengelakkan dari berlakunya kemalangan yg sedemikian.-Bukti yg ada justeru tidak mencukupi utk menunjukkan kecuaian pihak sekolah.

  • Sebagai langkah menjalankan duty of care mengikut standard yang ditentukan, Pengetua/GB dan guru- guru hendaklah sentiasa merujuk kepada SPI-SPI ygdikeluarkan KPM dari semasa ke semasa berhubung;(a) keselamatan murid semasa pendidikan jasmani, kegiatan kokurikulum di dalam dan di luar sekolah;(b) mencegah kebakaran;(c) keselamatan pelajar di sekolah/ sekolah selamat;(d) Larangan bermain bahan letupan;(e) keracunan makanan;(f) pencegahan jenayah di sekolah, dan lain- lain yang berkaitan.

  • SAMAN MAHKAMAH GURU TERHADAP IBUBAPA

  • BANTUAN GUAMAN KEPADA GURUBantuan Guaman Boleh Dipohon melalui KSU KPM Sebagaimana Yang Diperuntukkan Di Bawah Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan Dan Tatatertib) 1993 [P.U. (A) 395/1993, subperaturan 22(1) hingga (5)

  • SYARAT BANTUAN GUAMANBantuan guaman hanya boleh dipohon :(a) Dalam kes-kes sivil; dan(b) berbangkit drpd tugas rasmi pegawai awam

    seksyen 5 dan 24 akta prosiding kerajaan 1956 ringkasnya memperuntukkan kerajaan hanya bertanggungjawab bagi pegawai-pegawai awam dalam kes-kes sivil shj

    (seksyen 24- seseorang pegawai awam boleh diwakili oleh seseorang pegawai undang-undang jika tindakan sivil terhadapnya dibuat berdasarkan tindakan-tindakan pegawai tersebut semasa menjalankan tugas rasmi)

  • PROSEDUR PERMOHONAN BANTUAN GUAMANPER 22(1) Permohonan mestilah mendapat persetujuan KSU KPM

    PER 22(2)Pegawai awam perlu melaporkan kpd Ketua Jabatan dgn segera mengenai notis permulaan prosiding undang2, permulaan prosiding undang2 yg berbangkit drpd tugas awamnya atau apa2 proses mahkamah berkenaan prosiding undang2 tersebut. PER 22(3)sekiranya pegawai awam berkehendakkan bantuan guaman bg maksud prosiding undang-undang yg berbangkit drpd tugas awamnya, permohonan boleh dibuat kpd KSU Kementerian

    PER 22(4)permohonan di bawah 22(3) hendaklah mengandungi fakta, keadaan kes dan pendapat ketua jabatan tentang penglibatan pegawai berkenaan- dialamatkan dan dikemukakan kpd KSU (salinkan kpd PUU)

  • PER 22(5)

    apabila menerima permohonan, ksu boleh melulus atau menolak permohonan itu tertakluk kpd nasihat Peguam Negara tentang-(a)amaun bantuan guaman yg hendak diluluskan;(b)peguam bela dan peguam cara yg hendak diambildan diarahkan ; atau(c) apa-apa syarat lain yg difikirkan baik oleh Peguam Negara6.PER 22(6)

    caj untuk mengambil khidmat peguam bela dan peguam cara bg maksud prosiding undang2 yang berbangkit drp tugas rasmi pegawai awam tanpa kelulusan KSU tidak akan dibayar oleh Kerajaan

  • KES-KES YANG LAZIM DIHADAPI GURU & BENTUKTINDAKAN UNDANG-UNDANG YANG DITERIMA

  • PERBANDINGANTINDAKAN SIVIL

    Dimulakan apabila HAK PERSENDIRIAN (PRIVATE RIGHT) seseorang dilanggar

    Tujuan- untuk menguatkuasa, menebus rugi, melindungi atau mendapatkan kembali hak seseorang

    Remedi/Relif- permohonan mendapatkan gantirugi (wang), perintah injunksi,dekri, pelaksanaan spesifik, pengisytiharan

    Individu/ badan dengan corporate personality spt syarikat v individu/ badan (Plaintif v Defendan)

    TINDAKAN JENAYAHDimulakan terhadap seseorang yang dituduh melakukan kesalahan jenayah

    Kesalahan jenayah: perbuatan/kegagalan melakukan perbuatan yang diperuntukkan oleh statut (Akta, Enakmen, dll) sebagai satu kesalahan awam (public offence)

    Tujuan- hukuman jika didapati bersalah

    Kesalahan jenayah dianggap serius, bukan saja menjejaskan hak perseorangan tapi ancaman kepada masyarakat (public at large)

    Kerajaan (PP) v individu

  • TINDAKAN JENAYAH DAN SIVIL PADAMASA YANG SAMA

    Satu-satu perbuatan/kesalahan tertentu boleh mengundang dua tindakan iaitu jenayah dan sivil. Contohnya-tindakan disiplin sehingga mencederakan murid(a) tindakan jenayah: cth: s.321 Kanun Keseksaan- Menyebabkan kecederaan dengan niat(b) tindakan sivil: saman oleh ibu bapa murid/murid bagi mendapatkan gantirugi

  • BAGAIMANA MENANGANI TINDAKAN SIVIL DI PERINGKAT SEKOLAHNOTIS TUNTUTAN

    menyatakan tuntutan/dakwaan pihak penuntut (murid/ibu bapa murid) dan memberikan suatu tempoh (lazimnya 7/14 hari) bagi pihak yang dituntut (guru/pengetua/ Kerajaan) menunjuk sebab/ memenuhi tuntutan.

    Diikuti dengan amaran mengambil tindakan mahkamah jika tuntutan tidak dipenuhi dalam tempoh yang diberikan.

    PROSEDUR MENANGANI NOTIS TUNTUTAN

    akuan terima notismenjalankan siasatan-kenalpasti pihak yang terlibat temasuk saksi-temubual, lakaran tempat kejadian/peristiwa, fotografi, kumpul dokumen terlibatsediakan laporanhantar notis tuntutan, laporan dan dokumen berkaitan ke PUU & salin kpd JPN -tempoh notis 7 hari: hantar maksimum 3 hari slps terima notis (faks diikuti pos)-tempoh notis 14 hari: hantar maksimun 6 ke 7 hari slps terima notismakluman kpd penuntut: maklumbalas kepada notis memerlukan masa memandangkan pihak sekolah perlu membuat siasatan dan merujuk notis untuk penelitian PUU

  • SAMAN/WRIT SAMAN

    mengandungi 2 dokumen:(a)Saman (mahkamah rendah)Writ Saman (mahkamah tinggi) (b) Pernyataan TuntutanWrit / saman mengandungi:-nama mahkmah dan no. siri guaman-pihak-pihak kpd saman (plaintif dan defendan)-perintah memasukkan kehadiran (dalam semenanjung; 8 hari termasuk hari penyampaian, sabah/sarawak: 10 hari termasuk hari penyampaian) *kehadiran/appearance: to enable the defendant to officially communicate his intention to defend/ challenge the action. (kesan kagagalan memasukkan kehadiran: JID/ penghakiman ingkar terhadap defendan) -tandatangan peguam, cop dan tandatangan Pendaftar serta tarikh pengeluaran writ -Pengindorsan tuntutan,wakil plaintif (bagi pihak plaintif kanak-kanak), peguam dan alamat, cara penyampaian

    Pernyataan Tuntutan mengandungi:

    -Nama mahkamah, no. siri guaman,pihak-pihakPengenalan/ latar belakang plaintiff dan defendan Fakta material mengenai peristiwa/kejadian pada masa material yang membawa kepada kausa tindakan (cause of action)Butir-butir kecederaan/kerugian plaintiffButir-Butir kecuaian/tindakan salah defendanButir-butir permohonan plaintiff kepada Mahkamah (damages) spt gantirugi.

  • HARGA SATU PENAMPAR RM1650.00

  • 1.TAJUK LAPORANCth: LAPORAN SAMAN MEMBABITKAN GURU MENAMPAR MURID SEHINGGA MENDATANGKAN KECEDERAAN2.MAKLUMAT SAMANNO SAMAN, MAHKAMAHPLAINTIFF DAN DEFENDANTARIKH AKUAN PENERIMAAN SAMANTARIKH SALINAN SAMAN DIHANTAR KPD PUU (No. Rujukan)

    3.MAKLUMAT SEKOLAH-NAMA SEKOLAH, NO TELEON DAN FAKS-SESI PERSEKOLAHAN-PENGETUA/G.B-BIL MURID DAN GURU4.MAKLUMAT PLAINTIF DAN DEFENDAN

    -PLAINTIFF (MURID): NAMA, UMUR/DARJAH/TING, SERTAKAN REKOD DISIPLIN-DEFENDAN(GURU): NAMA, UMUR, JAWATAN, KAITAN DENGAN MURID, SERTAKAN SURAT TURUN KUASA/ SURAT ARAHAN BERKAITAN KPD GURU

  • 5.MAKLUMAT MENGENAI DAKWAAN DAN TUNTUTANDALAM SAMAN-SENARAIKAN DAKWAAN DAN TUNTUTAN PLAINTIFF6.MAKLUMAT PENYIASATAN-PIHAK PENYIASAT-PIHAK YANG DISIASAT-MODUS OPERANDI SPT TEMUBUAL, MENELITI DOKUMEN, DLL*NOTA: TIADA UNSUR PAKSAAN, PUJUKAN DAN YG BERKAITAN7.DAPATAN SIASATAN(DLM BENTUK CERITA YG TERATUR /POINT FORM/KRONOLOGI)FAKTA SPESIFIK SEBELUM, SEMASA DAN SELEPAS KEJADIAN (PENEKANAN KPD FAKTA SEMASA KEJADIAN)-KAITKAN TINDAKAN MURID DAN GURU DGN SPI/ PERATURAN ATAU ARAHAN YANG TERPAKAI

    8.RUMUSAN PENYIASATANPEMERHATIAN DAN KESIMPULAN:(SAMA ADA PENGETUA, GURU TELAH MENGAMBIL LANGKAH BERJAGA-JAGA YANG BERPATUTAN, SAMA ADA GURU TELAH MENGIKUTI PROSEDUR YG BETUL DALAM MELAKSANAKAN HUKUMAN DISIPLIN).

  • SEKIAN TERIMA KASIH

    KITA JUMPA LAGI TAPI BUKAN DI MAHKAMAH

    **********