pelaksanaan sekolah yang selamat.docx

Upload: que-hairi

Post on 14-Jan-2016

226 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Pendahuluan Keputusan Kementerian Pendidikan melancarkan Program Sekolah Selamat pada 2002 sebenarnya bertunjangkan satu matlamat jitu mewujudkan budaya selamat di sekolah dan persekitaran secara berterusan dengan sokongan keluarga dan komuniti setempat. Objektif umumnya ialah untuk meningkatkan kefahaman dan penghayatan bahawa keselamatan hendaklah dijadikan agenda utama dalam semua aspek pendidikan di sekolah. Jelas inisiatif baru itu bukan sekadar program tangkap muat semata-mata. Bahagian Sekolah menyediakan buku Konsep dan Manual Sekolah Selamat sebagai panduan pelaksanaan menjadikan sekolah, komuniti dan keluarga selamat untuk kanak-kanak. Buku itu turut memuatkan aspek manual untuk pelajar menangani isu keselamatan dalam bidang aktiviti pelajar, bencana alam, fizikal dan bangunan sekolah, sosial, serta persekitaran dan lokasi Jadi konsep sekolah selamat ini daripada begitu umum, dibina dan dikembangkan menjadi satu konsep khusus yang dilaksanakan di sekolah seluruh negara. Malah, didapati kira-kira 84 peratus daripada keseluruhan 10,000 sekolah rendah dan menengah kini menjalankan konsep ini secara aktif. Bagaimanapun, selepas lebih setahun pelaksanaan program itu, masyarakat masih digemparkan dengan insiden memalukan dan berlawanan arus dengan usaha bersungguh-sungguh banyak pihak untuk menjadikan negara pusat kecemerlangan pendidikan. Beberapa kejadian membelasah yang tercetus antara pelajar, khususnya di sekolah menengah berasrama, hingga mengakibatkan kecederaan serius ternyata bukan lagi boleh dipandang ringan sebagai sekadar kenakalan budak hingusan. Kecederaan menimpa Mohd Hafizi Jumhari, 16, pelajar kursus Kejuruteraan Mekanikal di Sekolah Menengah Teknik Batu Pahat, Ogos tahun lalu, yang dilaporkan sehingga terpaksa dibuang buah pinggang kirinya selepas dipercayai dibelasah sekumpulan pelajar senior di asrama, boleh dijadikan pembuka mata terhadap ancaman luar jangkaan di sekolah. Adakah dengan kes gejala disiplin sedemikian secara tidak langsung menunjukkan kegagalan Program Sekolah Selamat yang masih baru digerakkan. Elemen dan proses pendidikan di kalangan pelajar bukan hanya di sekolah tetapi di merata tempat. Bahkan ada orang bijak pandai mengatakan bahawa pembelajaran secara formal hanya mencakupi lebih kurang 20 peratus hidupnya, sementara 80 peratus lagi dia belajar daripada cara tidak formal seperti di rumah, di kedai dan banyak lagi. Memang tidak dinafikan, pihak sekolah sering dilempar pelbagai tuduhan dan dipersalahkan apabila berlaku insiden negatif membabitkan salah laku pelajar. Antara dakwaan yang kerap dilontarkan ialah kelemahan pihak pengurusan, guru disiplin dan warden asrama di sekolah. Suatu fenomena yang perlu dipandang serius dalam menangani kemelut disiplin pelajar kini ialah dalam keadaan tertentu, pihak sekolah, khususnya guru, berada dalam keadaan ibarat ditelan mati emak, diluah mati bapa. Hal ini kerana apabila guru bersikap lepas tangan terhadap salah laku pelajar, kewibawaan dan komitmen mereka sebagai pendidik pasti dipertikaikan. Begitupun dari satu sudut lagi, guru yang menjalankan hukuman disiplin pula terdedah kepada risiko diserang balik ataupun diambil tindakan mahkamah oleh ibu bapa selain perbuatan balas dendam daripada pelajarsendiri. Di sini, penekanan Kusaini bahawa keberkesanan dan kejayaan pelaksanaan Program Sekolah Selamat memerlukan pembabitan serta kerjasama tiga pihak utama, iaitu warga sekolah, ibu bapa dan komuniti, wajar dijadikan pegangan.Ketiga-tiga pihak ini harus bekerjasama dan juga memainkan peranan masing-masing dalam membina persekitaran yang selamat di sekolah. Apabila dikatakan selamat, bukan bermakna selamat dari segi prasarana atau fizikal saja, tetapi juga selamat dari segi lain seperti perhubungan dan kasih sayang. Keselamatan boleh dibina dengan keadaan kasih sayang, mesra dan kerjasama sesama warga. Dengan adanya semangat sebegitu, perhubungan menjadi lebih selamat serta mengurangkan permusuhan, perkauman dan juga prasangka.Konsep dan Pelaksanaan Sekolah SelamatKonsep dan pelaksanaan sekolah selamat ialah mewujudkan persekitaran sekolah yang aman, tenteram dan menyakinkan sesuai dengan tuntutan suasana pengajaran dan pembelajaran yang kondusif dalam memenuhi aspirasi, inspirasi dan potensi terkini dan masahadapan. Ini adalah kerana sekolah merupakan tempat di mana para pelajar berkumpul untuk belajar, bersosial serta berdepan dengan pelbagai masalah yang mereka bawa ke sekolah daripada masyarakat dan keluarga mereka sendiri.Prinsip-Prinsip Sekolah Selamat: a. Sekolah selamat merupakan urusan semua warga sekolahPara pentadbir, staf dan pelajar harus memahami peraturan dan akibatnya. Justeru,langkah pertama ke arah persekitaran yang selamat, bebas daripada dadah dan pembelajaran yang berkesan komitmen menyeluruh dalam sekolah terhadap tingkahlaku yang baik dan mematuhi peraturan amatlah diperlukan. b. Sekolah selamat adalah sebuah keluargaPara pendidik dan para pelajar merupakan ahli sebuah keluarga. Disiplin dan sokongan terhadap tingkah laku positif dan aktiviti perlulah melibatkan semua kakitangan dan pelajar. c. Sekolah selamat merupakan sekolah yang perihatin terhadap nilai dan menghormati semua pelajar Sekolah selamat mewujudkan dan menyokong usaha untuk sentiasa prihatin dan mengenalpasti kepelbagaian keperluan semua pelajar. d. Sekolah selamat menetapkan piawaian akademik yang tinggiPelajar yang belajar dengan baik akan berkelakuan baik. Kebanyakan masalah tingkahlaku pelajar sebahagiannya berpunca daripada kekecewaan akibat gagal dalampembelajarannya. Oleh itu jangkaan dan piawai akademik yang tinggi amat perlu dansekolah juga perlu dan bersedia membantu pelajar mencapai piawaian tersebut. e. Sekolah selamat menetapkan piawai tingkah laku yang tinggiSekolah bukan sahaja menetapkan piawai tingkah laku yang tinggi tetapi juga sentiasabersedia membantu pelajar mencapai piawaian tersebut. Guru-guru yang terlatih memainkan peranan dengan bantuan dan sokongan pentadbir akan menghasilkan persekitaran yang positif lalu mewujudkan tingkah laku yang bersesuaian dan membina. f. Sekolah selamat adalah mengamalkan pengurusan strategikPihak pengurusan sekolah sentiasa membuat penilaian terhadap keperluan-keperluan,menyedia dan melaksanakan kajian berdasarkan strategi dan menyelaraskanperkhidmatan bagi mengenal pasti keperluan semua pelajar. g. Sekolah selamat menggabungkan tiga pendekatan pencegahanPihak sekolah menjalankan usaha-usaha pencegahan secara menyeluruh kepada semua pelajar, program pencegahan awal kepada pelajar-pelajar yang dikenalpasti mempunyai risiko masalah tingkah laku dan pencegahan secara individu terhadap pelajar yang mengalami masalah tingkah laku yang serius.

Objektif Sekolah Selamata) Mewujudkan persekitaran sekolah yang sihat, selamat dan menyeronokkan.b) Memastikan hak setiap individu warga sekolah dipertahan dan dijaga.c) Meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran.d) Menyediakan panduan bagi setiap tindakan yang perlu diambil.e) Mewujudkan persekitaran untuk mental dan emosi yang sihat.f) Meningkatkan tahap penumpuan kepada pelajaran dan kerja di kalangan warga sekolah.g) Menimbulkan rasa lebih mudah dan rela untuk menyumbang secara positif kepada sekolah.h) Meningkatkan kefahaman dan penghayatan terhadap keselamatan dalam perancangan dan perlaksanaan aktiviti-aktiviti sekolah.i) Meningkatkan kefahaman mengenai tatacara dalam menghadapi sebarang isu keselamatan, kecemasan, kemalangan dan malapetaka.

Cara-Cara Mewujudkan Sekolah Yang Lebih Selamat:a. Kepemimpinan yang berkesanPengetua sekolah sebagai pemimpin perlulah mengamalkan ketelusan, mudah dihubungi,menggunakan piawai disiplin yang adil, pengharapan yang tinggi terhadap tingkah laku para pelajar dan kakitangan, inovatif, mengadakan latihan dalam perkhidmatan dan menyediakan ruang untuk kakitangan dan pelajar menyelesaikan masalah dan menghapuskan b. Mewujudkan hubungan dengan keluarga dan masyarakatSekolah juga perlu mewujudkan hubungan yang baik, rapat dan telus dengan masyarakat atau komuniti sekolah. Ini termasuklah ibu bapa pelajar, masyarakat sekitar sekolah, polis, pertubuhan kerajaan dan bukan kerajaan. Apabila jalinan pertalian ini semakin lemah, risiko keganasan akan semakin bertambah dan peluang untuk membantu pelajar yang berisiko tinggi akan semakin menurun. Pihak sekolah boleh mendapatkan kerjasama daripada pihak polis, RELA dan ibu bapa untuk membuat rondaan di kawasan-kawasan yang difikirkan berisiko dari segi keselamatan. Dari semasa ke semasa sekolah perlu memaklumkan kepada ibu bapa atau penjaga mengenai perkembangan persekolahan.

c. Menekankan perhubungan yang positif antara pelajar dan stafHubungan yang baik antara guru dengan pelajar perlu dipupuk dan dijadikan sebagai amalan untuk mewujudkan iklim sekolah yang selamat. Kajian-kajian mendapati bahawa perhubungan pelajar dengan orang dewasa di sekolah yang bersedia memberikan sokongan apabila diperlukan adalah satu daripada faktor kritikal dalam pencegahan keganasan pelajar.d.Membincangkan isu keselamatan secara terbuka Penekanan tentang aspek keselamatan diri pelajar perlulah dididik melalui pengajaran,peraturan, latihan, bimbingan dan amalan-amalan di sekolah. Pelbagai program boleh dijalankan seperti ceramah, pameran, demonstrasi, dan lain-lain aktiviti, mempamerkan poster dan peraturan mengenai keselamatan membantu memberi kefahaman dan kesedaran pelajar mengenai keselamatan sekolah. Pengetua juga mesti menggunakan apa sahaja ruang seperti perhimpunan mingguan, pemakluman oleh guru kelas, dan warden asrama, mesyuarat staf, mesyuarat pengawas dan seumpamanya sebagai saluran bagi memperingatkan semua warga sekolah tentang pentingnya menjaga keselamatan dan kebajikan diri masing-masing.e.Kawalan keluar masuk sekolahSekolah juga perlu mewujudkan suatu sistem kawalan dengan rekod yang kemas kini mengenaipergerakan keluar masuk orang-orang awam ke dalam kawasan sekolah termasuk yang diberikan kepada Ibu bapa dan penjaga untuk membawa murid keluar ketika dalam persekolahan. Pengawal keselamatan yang bertugas 24 jam dan pondok keselamatan perlu diwujudkan untuk memudahkan proses kawalan ini.f. Menyediakan prasarana dan kawasan yang selamatTempat berkumpul yang selamat dan terkawal bagi pelajar-pelajar yang sampai awal pagisebelum permulaan kelas dan pelajar-pelajar yang menunggu kenderaan untuk pulang di sebelah petang selepas sesi persekolahan perlu di sediakan oleh pihak sekolah. Pihak sekolah perlu membersihkan semak-samun kawasan, laluan dan jalan yang digunakan seharian oleh para pelajar agar lebih terbuka dan selamat.Aspek kawalan keselamatan sekolah haruslah menumpukan kepada kawalan dalaman dan luaran sekolah. Kawalan terhadap bangunan melibatkan tindakan-tindakan mengawal pergerakan pelajar di antara bangunan, melakukan penyeliaan berterusan, dan menyediakan sistem kawalan terhadap khabar angin dalam kawasan. g. Menyediakan sistem dan prosedur keselamatan pelajar dan sekolahPengetua perlu menjadikan peraturan mengenai keselamatan sebagai sebahagian daripada Peraturan Sekolah yang perlu difahami dan dipatuhi oleh semua pihak termasuk guru-guru, pekerja pekerja dan ibu bapa. Pelaksanaan mengenai peraturan keselamatan di sekolah perlu dijalankan secara tegas dan berterusan. Ini meliputi peraturan keselamatan dalam aktiviti sukan dan kokurikulum, peraturan di bangunan sekolah seperti bilik darjah, bengkel dan makmal, disiplin murid, lawatan dan aktiviti aktiviti yang melibatkan pelajar. Pihak polis boleh membantu mewujudkan sekolah selamat dengan melakukan rondaan berjadual di kawasan sekolah dan memberikan ceramah berkaitan hal-hal keselamatan kepada warga sekolah. Pihak komuniti pula dapat memainkan peranan dengan menjadi sukarelawaan mengawasi tingkah laku pelajar.Untuk memastikan sekolah berada dalam keadaan lebih selamat, usaha-usaha secara bersepadu perlu dilaksanakan bukan sahaja oleh pengetua sebagai pengurus sekolah tetapi juga seluruh warga sekolah termasuk guru, pelajar, ibu bapa, dan PIBG, pihak berkuasa Kementerian Pelajaran dan ahli komuniti termasuk pertubuhan kerajaan dan bukan kerajaan. Strategi perancangan dan pelaksanaannya juga perlu dilakukan dalam proses yang berterusan tidak kira elemen-elemen yang menggugat keselamatan berkenaan sudah wujud atau belum di sekolah kita.

Pesekitaran sokolah selamat. Kantin sekolah yang bersih.

Kelas pembelajaran yang selesa

Tandas sekolah yang bersih

Pusat sumber dan pembelajaran yang selesa dan sempurna.

Guru-guru yang bertanggungjawab

Pesekitaran sekolah yang selamat dan cantik