pelaksanaan klinik bahasa arab sebagai · pdf fileisu mengenai kelemahan pelajar dalam...

11
1 PELAKSANAAN KLINIK BAHASA ARAB SEBAGAI WADAH PENGUASAAN BAHASA ARAB DI KUIS Noor Shamshinar binti Zakaria Abstrak Pelaksanaan Klinik Bahasa Arab bagi meningkatkan penguasaan Asas Bahasa Arab dalam kalangan pelajar sama ada di peringkat rendah, menengah mahupun peringkat pengajian tinggi perlu dilaksanakan sebagai wadah penguasaan Bahasa Arab. Kebanyakan pelajar berminat dalam mempelajari dan menguasai Bahasa Arab namun disebabkan pembelajarannya yang terhad di dalam kelas menjadikan mereka agak terbatas untuk memahami dan meneroka bahasa tersebut dengan baik. Oleh itu, kajian ini dilakukan untuk mengetahui tentang kepentingan pelaksanaan Klinik Bahasa Arab bagi meningkatkan penguasaan Bahasa Arab dalam kalangan pelajar di KUIS. Kajian ini dijalankan secara kualitatif dengan melakukan pemerhatian dan temubual terhadap beberapa orang pelajar dalam bidang diploma perguruan TASL dan Pendidikan Islam yang terlibat secara langsung dalam Kilinik Bahasa Arab. Berdasarkan kepada pemerhatian dan temubual yang dilakukan terhadap beberapa orang pelajar dalam bidang perguruan Bahasa Arab dan Pendidikan Islam di KUIS, mereka menunjukkan minat yang tinggi terhadap pelaksanaan Klinik Bahasa Arab. Di antara faktor- faktor yang mendorong minat mereka untuk melibatkan diri dalam Klinik Bahasa Arab adalah : (a) kesedaran untuk memperbaiki kelemahan dalam Asas Bahasa Arab , (b) dorongan untuk menguasai Asas Bahasa Arab dengan lebih baik , (c) ingin memperkukuhkan ilmu Asas Bahasa Arab yang sedia ada (d) ingin menambahkan kosa kata Bahasa Arab dan (e) sebagai persediaan awal sebelum menjalani latihan praktikum di sekolah. Oleh itu, artikel ini akan membincangkan mengenai kepentingan melaksanakan Klinik Bahasa Arab sebagai satu cara bagi meningkatkan penguasaan Asas Bahasa Arab yang lebih mantap dalam kalangan pelajar di KUIS di samping membantu meningkatkan keyakinan mereka dalam proses PdP Bahasa Arab. Kata kunci : Klinik Bahasa Arab, penguasaan Bahasa Arab, pelajar 1.0 PENGENALAN Terdapat pelbagai istilah yang digunakan untuk mendefinisikan konsep sesuatu kelas yang tidak formal yang bertujuan untuk mengukuhkan lagi kefahaman seseorang terhadap sesuatu bidang ilmu yang dipelajari. Ada yang menyatakan ia merupakan kelas tambahan atau tuisyen yang bermaksud bimbingan tambahan yang diberikan kepada pelajar (individu atau kumpulan kecil) bagi mata pelajaran tertentu. Perkataan ini berasal daripada perkataan Bahasa Inggeris tuition yang bermaksud "pengajaran" (Wikipedia, 2013). Tuisyen diperlukan oleh pelajar-pelajar yang lemah dan tertinggal dalam pelajaran. Pelajar yang berkenaan mungkin menghadapi pelbagai masalah seperti tidak minat belajar, tidak faham-faham, atau tidak dapat menumpukan perhatian dalam kelas sehinggakan dia tertingal dalam pelajaran. Maka dalam keadaan inilah seorang pelajar memerlukan tuisyen, yakni bimbingan tambahan. Peranan tuisyen sebenarnya tidak terletak pada penyampaian ilmu pengetahuan baru kepada pelajar. Sebaliknya tuisyen lebih

Upload: phungque

Post on 06-Feb-2018

264 views

Category:

Documents


9 download

TRANSCRIPT

Page 1: PELAKSANAAN KLINIK BAHASA ARAB SEBAGAI · PDF fileIsu mengenai kelemahan pelajar dalam penguasaan Bahasa Arab sering dipersoalkan oleh para ... Matematik, Sains, Bahasa Inggeris, Sejarah

1

PELAKSANAAN KLINIK BAHASA ARAB SEBAGAI WADAH PENGUASAAN

BAHASA ARAB DI KUIS

Noor Shamshinar binti Zakaria

Abstrak

Pelaksanaan Klinik Bahasa Arab bagi meningkatkan penguasaan Asas Bahasa Arab dalam

kalangan pelajar sama ada di peringkat rendah, menengah mahupun peringkat pengajian

tinggi perlu dilaksanakan sebagai wadah penguasaan Bahasa Arab. Kebanyakan pelajar

berminat dalam mempelajari dan menguasai Bahasa Arab namun disebabkan pembelajarannya

yang terhad di dalam kelas menjadikan mereka agak terbatas untuk memahami dan meneroka

bahasa tersebut dengan baik. Oleh itu, kajian ini dilakukan untuk mengetahui tentang

kepentingan pelaksanaan Klinik Bahasa Arab bagi meningkatkan penguasaan Bahasa Arab

dalam kalangan pelajar di KUIS. Kajian ini dijalankan secara kualitatif dengan melakukan

pemerhatian dan temubual terhadap beberapa orang pelajar dalam bidang diploma perguruan

TASL dan Pendidikan Islam yang terlibat secara langsung dalam Kilinik Bahasa Arab.

Berdasarkan kepada pemerhatian dan temubual yang dilakukan terhadap beberapa orang

pelajar dalam bidang perguruan Bahasa Arab dan Pendidikan Islam di KUIS, mereka

menunjukkan minat yang tinggi terhadap pelaksanaan Klinik Bahasa Arab. Di antara faktor-

faktor yang mendorong minat mereka untuk melibatkan diri dalam Klinik Bahasa Arab adalah :

(a) kesedaran untuk memperbaiki kelemahan dalam Asas Bahasa Arab , (b) dorongan untuk

menguasai Asas Bahasa Arab dengan lebih baik , (c) ingin memperkukuhkan ilmu Asas Bahasa

Arab yang sedia ada (d) ingin menambahkan kosa kata Bahasa Arab dan (e) sebagai

persediaan awal sebelum menjalani latihan praktikum di sekolah. Oleh itu, artikel ini akan

membincangkan mengenai kepentingan melaksanakan Klinik Bahasa Arab sebagai satu cara

bagi meningkatkan penguasaan Asas Bahasa Arab yang lebih mantap dalam kalangan pelajar

di KUIS di samping membantu meningkatkan keyakinan mereka dalam proses PdP Bahasa

Arab.

Kata kunci : Klinik Bahasa Arab, penguasaan Bahasa Arab, pelajar

1.0 PENGENALAN

Terdapat pelbagai istilah yang digunakan untuk mendefinisikan konsep sesuatu kelas yang tidak

formal yang bertujuan untuk mengukuhkan lagi kefahaman seseorang terhadap sesuatu bidang

ilmu yang dipelajari. Ada yang menyatakan ia merupakan kelas tambahan atau tuisyen yang

bermaksud bimbingan tambahan yang diberikan kepada pelajar (individu atau kumpulan kecil)

bagi mata pelajaran tertentu. Perkataan ini berasal daripada perkataan Bahasa Inggeris tuition

yang bermaksud "pengajaran" (Wikipedia, 2013). Tuisyen diperlukan oleh pelajar-pelajar yang

lemah dan tertinggal dalam pelajaran. Pelajar yang berkenaan mungkin menghadapi pelbagai

masalah seperti tidak minat belajar, tidak faham-faham, atau tidak dapat menumpukan perhatian

dalam kelas sehinggakan dia tertingal dalam pelajaran. Maka dalam keadaan inilah seorang

pelajar memerlukan tuisyen, yakni bimbingan tambahan. Peranan tuisyen sebenarnya tidak

terletak pada penyampaian ilmu pengetahuan baru kepada pelajar. Sebaliknya tuisyen lebih

Page 2: PELAKSANAAN KLINIK BAHASA ARAB SEBAGAI · PDF fileIsu mengenai kelemahan pelajar dalam penguasaan Bahasa Arab sering dipersoalkan oleh para ... Matematik, Sains, Bahasa Inggeris, Sejarah

2

berperanan dalam pengukuhan ilmu pengetahuan yang telah dipelajari oleh pelajar di sekolah.

Maka peranan utama tuisyen sebenarnya adalah pelatihan (bahasa inggeris:coaching).

Di antara definisi yang lain ialah kelas bimbingan. Menurut Othman Mohamed (2000),

bimbingan merupakan sebahagian daripada proses menolong. Ia melibatkan usaha memberi

arahan secara teratur serta mengandungi maklumat sesuai bagi menentukan agar sesuatu

matlamat tercapai oleh orang yang menerimanya. Lazimnya bagi penentuan kebajikan dan

perkembangan dirinya.

Selain itu, ada sesetengah maksud kelas tambahan ini merujuk kepada ‘klinik’. Merujuk Kamus

Dewan Edisi Keempat, definisi klinik ialah tempat untuk memberi diagnosis dan merawat

pesakit luar. Oleh itu, perkataan ‘klinik’ yang digunakan untuk Klinik Bahasa Arab bolehlah

dikatakan sebagai tempat untuk membantu para pelajar yang lemah dan memberi bimbingan

tambahan kepada mereka (individu atau kumpulan kecil) bagi mata pelajaran Bahasa Arab.

Fungsinya pula ialah memberi diagnosis dan rawatan pengukuhan Asas Bahasa Arab yang telah

dipelajari oleh pelajar serta membantu masalah mereka seperti tidak minat belajar, tidak faham-

faham, atau tidak dapat menumpukan perhatian dalam kelas sehinggakan dia tertingal dalam

pelajaran.

Walaupun pada asasnya Klinik Bahasa Arab adalah membimbing pelajar dan melakukan

pengukuhan ilmu terhadap mereka, tetapi satu lagi unsur yang sangat penting ialah unsur

interaktiviti di mana pelaksanaan Klinik Bahasa Arab adalah ingin mewujudkan satu persepsi

bahawa Bahasa Arab bukanlah satu bahasa yang susah atau sukar dipelajari jika pelajar diajar

dengan gaya dan kaedah yang betul. Dengan cara penyampaian yang berkesan, pelajar dapat

mengenal setiap kelemahan yang dimilikinya dan pada masa yang sama boleh membetulkan

kesilapan tersebut dan akhirnya pelajar merasakan segala kelemahan dan persoalan yang

menghantuinya mengenai kesukaran mempelajari Bahasa Arab terjawab.

Oleh yang demikian, artikel ini dilakukan untuk mengetengahkan tentang peri pentingnya

pelaksanaan Klinik Bahasa Arab bagi membantu para pelajar untuk menguasai Bahasa al Quran

tersebut.

2.0 PENYATAAN MASALAH

Isu mengenai kelemahan pelajar dalam penguasaan Bahasa Arab sering dipersoalkan oleh para

sarjana pendidikan mahupun ahli akademik. Dalam beberapa kajian yang dijalankan telah

menunujukkan bukti tentang kelemahan pelajar dalam Bahasa Arab. Antaranya kajian yang

dilakukan oleh Mohd. Zaini (2012) menunjukkan prestasi pelajar dalam penguasaan Bahasa

Arab khususnya tatabahasa Arab didapati semakin merosot. Manakala menurut Abdul Aziz

Musa (1998), Che Kamarudin Kamel Che Muhammad (1999), Abdul Ghani Md Hassan (1999)

dan Mohd Fazli Ismail & Mohd Sukki (2012) menyatakan bahawa pelajar yang mempunyai

masalah lemah dalam penguasaan Bahasa Arab didapati sangat lemah dalam pengetahuan Asas

Bahasa Arab. Pelajar juga dikatakan lemah dalam Bahasa Arab kerana sikap mereka sendiri

yang malas belajar dan tidak berusaha untuk menguasai bahasa tersebut malah mereka hanya

bergantung kepada guru semata-mata ketika mempelajari Bahasa Arab di dalam kelas.

Di samping itu, timbul pula sebahagian pelajar yang menyatakan perasaan tidak minat terhadap

bahasa tersebut kerana beranggapan Bahasa Arab susah untuk dipelajari. Hal ini kerana mereka

merasakan walaupun mereka telah mempelajari Bahasa Arab sejak di bangku sekolah lagi

Page 3: PELAKSANAAN KLINIK BAHASA ARAB SEBAGAI · PDF fileIsu mengenai kelemahan pelajar dalam penguasaan Bahasa Arab sering dipersoalkan oleh para ... Matematik, Sains, Bahasa Inggeris, Sejarah

3

samada di peringkat rendah mahupun menengah, mereka masih tidak dapat menguasai serta

memahami Bahasa Arab dengan baik. Menurut Bloom (1999), pembelajaran yang tidak

sempurna di peringkat awal akan menyebabkan pembelajaran yang tidak sempurna pada

peringkat susulan.

Berdasarkan kajian-kajian yang dinyatakan telah menunjukkan kelemahan pelajar dalam Bahasa

Arab adalah disebabkan mereka sendiri. Tetapi, jika dilihat mengenai pengajaran guru masih

terdapat sebilangan guru tidak melaksanakan pengajaran dengan baik seperti penggunaan

kaedah pengajaran yang tidak sesuai, laras bahasa yang digunakan oleh guru terlalu tinggi dan

terdapat juga guru yang mengajar subjek Bahasa Arab bukan dalam kalangan guru Bahasa

Arab. Menurut Kajian yang dilakukan oleh Zawawi Ismail, Ab Halim Tamuri, Nik Mohd

Rahimi Nik Yusoof dan Mohd Ala-Uddin Othman (2011) mendapati guru hanya menggunakan

beberapa teknik sahaja dalam pengajaran kemahiran bertutur Bahasa Arab seperti teknik soal

jawab, dengar ulang, korus, prosa dan dialog. Penggunaan teknik yang hanya berfokus kepada

beberapa teknik sahaja akan mengganggu keberkesanan kerana setiap teknik yang digunakan

mempunyai kekuatan dan kelemahan. Sekiranya tumpuan diberikan kepada teknik tertentu

maka kelemahan teknik ini perlu ditampung dengan menggunakan teknik yang lain.

Penggunaan teknik yang pelbagai akan menyediakan peluang yang lebih baik untuk pelajar

menguasai kemahiran bertutur Bahasa Arab kerana setiap pelajar mempunyai keserasian

tertentu dan kemampuan yang pelbagai. Oleh itu dapatan ini secara jelas menunjukkan sikap

guru dan amalan guru dalam menggunakan teknik pengajaran kemahiran bertutur tidak

mengikuti pendekatan komunikatif.

Oleh itu, pencapaian Bahasa Arab jika dilihat pada hari ini masih dalam keadaan yang tidak

memuaskan dalam kalangan pelajar kita sama ada puncanya daripada pihak pelajar mahupun

guru ataupun faktor-faktor yang lain. Kelemahan pelajar dalam Bahasa Arab ini sering berlaku

sama ada di peringkat rendah, menengah dan juga di IPT.

Namun, usaha untuk menangani kelemahan pelajar dalam menguasai Bahasa Arab jarang

dilakukan dengan melaksanakan kelas tambahan bagi subjek Bahasa Arab. Kebanyakan kelas-

kelas tambahan yang dianjurkan hanya untuk subjek-subjek yang lain seperti subjek

Matematik, Sains, Bahasa Inggeris, Sejarah dan lain-lain. Jika terdapat kelas tambahan untuk

subjek Bahasa Arab, kebanyakannya pula disediakan untuk pelajar-pelajar sekolah sama ada

peringkat rendah atau menengah. Amat kurang sekali pelaksanaan kelas tambahan bagi subjek

Bahasa Arab atau Klinik Bahasa Arab di peringkat IPT. Sepatutnya perlu ada satu usaha bagi

menangani permasalahan dalam penguasaan Bahasa Arab dalam kalangan pelajar IPT juga

memandangkan Bahasa Arab merupakan bahasa pengantar yang digunakan dalam proses PdP di

sesetengah IPT terutamanya dalam bidang Pengajian Islam dan Bahasa Arab.

Oleh yang demikian, artikel ini menekankan betapa pentingnya pelaksanaan Klinik Bahasa

Arab di KUIS bagi membantu para pelajar dalam penguasaan subjek Bahasa Arab. Penguasaan

ilmu Asas Bahasa Arab yang optimum dalam kalangan pelajar dapat membantu mereka

memahami Bahasa Arab dengan baik dan betul serta dapat mempraktikkannya dengan tepat.

Page 4: PELAKSANAAN KLINIK BAHASA ARAB SEBAGAI · PDF fileIsu mengenai kelemahan pelajar dalam penguasaan Bahasa Arab sering dipersoalkan oleh para ... Matematik, Sains, Bahasa Inggeris, Sejarah

4

3.0 METODOLOGI KAJIAN

Kajian ini menggunakan kajian kualitatif dengan menggunakan kaedah pemerhatian dan

temubual terhadap sebilangan guru pelatih Bahasa Arab dan Pendidikan Islam, KUIS yang

menyertai Klinik Bahasa Arab. Antara prosedur yang digunakan dalam kajian ini ialah :

1. Sampel Kajian – pemilihan sampel kajian adalah bertumpu kepada bilangan guru pelatih

Diploma Perguruan Bahasa Arab dan Pendidikan Islam, KUIS. Kajian ini melibatkan

seramai 58 orang guru pelatih yang berada di semester 4 sebagai responden kajian.

2. Instrumen Kajian – kajian ini dijalankan dengan menggunakan kajian kualitatif, iaitu

pemerhatian serta temubual yang dijalankan terhadap 9 orang responden untuk

mengetahui faktor-faktor penglibatan mereka dalam Klinik Bahasa .

3. Analisi Data – semua data yang diperoleh dianalisis bermula dengan proses coding

untuk membentuk tema dapatan daripada responden dan seterusnya dinilai frekunsi

setiap tema untuk menentukan faktor-faktor penglibatan guru pelatih dalam Klinik

Bahasa Arab.

4.0 FAKTOR-FAKTOR PELAKSANAAN KLINIK BAHASA ARAB DI KUIS

Terdapat beberapa faktor yang dikenalpasti tentang pentingnya pelaksanaan Klinik Bahasa Arab

di KUIS, iaitu berdasarkan kepada faktor-faktor penyebab yang mendorong minat pelajar untuk

melibatkan diri dalam Klinik Bahasa Arab . Di antaranya ialah :

4.1 Kesedaran Untuk Memperbaiki Kelemahan dalam Ilmu Asas bahasa Arab

Masih ramai dalam kalangan pelajar di KUIS yang mempelajari Bahasa Arab lemah dalam

penguasaan Bahasa Arab walaupun mereka telah pun mengikuti subjek ini sejak di bangku

sekolah rendah lagi. Berdasarkan kepada temubual yang dilakukan oleh pengkaji ketika

melaksanakan Klinik Bahasa Arab terhadap para pelajar ini, kebanyakan mereka berada di tahap

penguasaan Asas Bahasa Arab yang agak lemah kerana mereka tidak dapat menjawab beberapa

soalan yang diutarakan dengan betul dan tepat. Melihat kepada kesalahan-kesalahan jawapan

yang diberikan, kesalahan tersebut hanyalah Asas Bahasa Arab seperti muannath dan muzakkar,

dhamir munfasil dan muttasil, penggunaan fiil madhi, mudhari’ dan amr, bilangan dan nombor,

sebutan dan makhraj huruf, nama-nama hari, tarikh dan kalendar, penggunaan waktu dan jam

serta beberapa bahagian lagi seperti ‘adad ma’dud dan mu’jam, iaitu nama-nama anggota badan,

jenis-jenis perkakas sekolah dan lain-lain .

Berdasarkan hasil temubual tersebut bersama pelajar, didapati kesemua mereka berpendapat

bahawa kesedaran yang tinggi untuk memperbaiki kelemahan Asas Bahasa Arab tersebut telah

mendorong mereka untuk mengikuti Klinik Bahasa Arab.

“Dengan menghadiri Klinik Bahasa Arab telah dapat membantu saya mengurangkan masalah

membuang masa berbual kosong, membaca bahan bacaan picisan dan melayari internet tanpa

had” [Rashidah]. Pandangan ini turut disokong oleh rakan beliau : “lebih baik kami menghadiri

Klinik Bahasa Arab daripada membunag masa dengan perkara-perkara yang tidak membantu

kami dalam meningkatkan ilmu pengetahuan khususnya ilmu Asas Bahasa Arab. Kami sedar

tentang amanah dengan tugas yang kami akan galas kelak” [Ainim] .

Page 5: PELAKSANAAN KLINIK BAHASA ARAB SEBAGAI · PDF fileIsu mengenai kelemahan pelajar dalam penguasaan Bahasa Arab sering dipersoalkan oleh para ... Matematik, Sains, Bahasa Inggeris, Sejarah

5

Kesedaran untuk mempelajari semula Asas Bahasa Arab ini timbul kerana mereka tahu

kebanyakan buku rujukan dan kertas kerja yang mereka perlu laksanakan adalah di dalam

Bahasa Arab. Pelaksanaan Klinik Bahasa Arab sudah tentu dapat membantu mereka mendalami

Asas Bahasa Arab, memudahkan mereka dalam menyempurnakan segala tugasan yang perlu

ditulis dalam Bahasa Arab serta merealisasikan keinginan pelajar-pelajar ini untuk menguasai

semula ilmu Asas Bahasa Arab. Mereka sanggup menghadirkan diri ke klinik Bahasa Arab

untuk mendalami ilmu Asas Bahasa Arab dengan sebaik mungkin.

Oleh itu, pelaksanaan Klinik Bahasa Arab sudah tentu dapat mengurangkan masalah pelajar

yang sering membuang masa berbual kosong, membaca bahan bacaan picisan dan melayari

internet tanpa had. Apabila masa mereka diperuntukkan untuk mengikuti Klinik Bahasa Arab

mereka telah menunjukkan tahap disiplin ilmu yang tinggi terutama dalam meningkatkan ilmu

pengetahuan khususnya ilmu Asas Bahasa Arab.

4.2 Dorongan Untuk Menguasai Asas Bahasa Arab Dengan Lebih Baik

Bagi sebahagian pelajar yang mengikuti bidang Perguruan Bahasa Arab, keinginan yang tinggi

untuk menguasai Asas Bahasa Arab dengan lebih baik telah mendorong mereka untuk

mengikuti Klinik Bahasa Arab. Keperluan menguasai ilmu Asas Bahasa Arab serta mempunyai

ilmu-ilmu yang berkaitan yang cukup semestinya dapat membantu mereka ketika pelaksanaan

sesi PdP kerana dengan persediaan ilmu yang cukup dapat memberi kesan yang terbaik terhadap

pembelajaran pelajar.

Keinginan yang tinggi untuk menguasai Asas Bahasa Arab telah mendorong guru pelatih untuk

mengikuti Klinik Bahasa Arab. “Saya tahu tentang perlunya menguasai Asas Bahasa Arab yang

baik kerana dengan memiliki dan menguasai ilmu Asas Bahasa Arab yang baik dapat membantu

melancarkan proses PdP Bahasa Arab yang lebih berkesan, menarik minat pelajar serta memberi

kesan yang terbaik terhadap pembelajaran pelajar” [Aina].

4.3 Memperkukuhkan Asas Bahasa Arab yang Sedia Ada

Terdapat sebahagian pelajar yang sudah menguasai ilmu Asas Bahasa Arab namun mereka juga

turut serta dalam Klinik Bahasa Arab untuk memperkukuhkan lagi Asas Bahasa Arab yang

sedia ada. “ Saya sangat teruja bila mengetahui tentang kewujudan Klinik Bahasa Arab kerana

saya ingin memperkukuhkan lagi Asas Bahasa Arab saya. Masih terdapat beberapa ilmu Asas

Bahasa Arab yang saya agak lupa tetapi dengan menghadiri Klinik Bahasa Arab ini saya telah

dapat mengingatinya semula dengan baik” [Hassan].

Bagi pelajar yang seperti ini mereka tahu bahawa tindakan menglibatkan diri dengan aktiviti

ilmiah akan mempengaruhi apa yang akan berlaku kepada mereka. Sekiranya mereka berusaha

mewujudkan kesungguhan dalam penguasaan Bahasa Arab, mereka akan mempunyai kawalan

dalaman diri yang kuat. Dengan kawalan dalaman yang kuat, ini akan memotivasikan mereka)

untuk melaksanakan sesuatu tugas seperti pelaksanaan proses PdP pada tahap yang terbaik

nanti. Sikap sebegini dapat memastikan mereka mencapai kejayaan dalam setiap tugas yang

dilaksanakan.

Page 6: PELAKSANAAN KLINIK BAHASA ARAB SEBAGAI · PDF fileIsu mengenai kelemahan pelajar dalam penguasaan Bahasa Arab sering dipersoalkan oleh para ... Matematik, Sains, Bahasa Inggeris, Sejarah

6

4.4 Menambahkan kosa kata bahasa Arab

Selain tiga faktor yang dinyatakan di atas, kesedaran mengenai kekurangan penguasaan kota

kata Bahasa Arab telah mendorong pelajar menghadiri Klinik Bahasa Arab. Sebilangan jumlah

pelajar menyatakan mereka mempunyai tahap penguasaan yang rendah terhadap kosa kata

Bahasa Arab. Kekurangan kosa kata ini telah menimbulkan kesukaran bagi mereka untuk

menguasai dan memahami Bahasa Arab dengan baik. Kenyataan ini selari dengan hasil

temubual di dalam Bahasa Arab bersama pelajar di mana terdapat sejumlah kesalahan yang

ditemui. Kesalahan-kesalahan ini berpunca dari lemahnya pelajar dalam kosa kata Bahasa Arab

tersebut. Di antara contoh-contoh kosa kata yang mempunyai kesilapan, “Umruka tis’ah

asyarah” [Fatah] ketika ditanya : “Kam umruka?”, “Taskunina fi Gombak” [Husna] ketika

ditanya : “Aina taskunina?”, “Fa’ala, fa’alaa, fa’aluu, fa’alat, fa’alatuma, fa’altum, ……..

fa’altunna, ….. fa’altu, fa’alnaa” [Adilah] ketika diminta menyebut tasrif fi’l al Madhi.

Mereka sedar sekiranya mereka masih tidak menguasai kosa kata Bahasa Arab yang banyak

sudah pasti sukar bagi mereka untuk melaksanakan PdP Bahasa arab dengan baik kerana situasi

pendidikan sekarang ini lebih menjuruskan kepada pemikiran pelajar dan memberi penekanan

kepada pelaksanaan pengajaran berasaskan kemahiran berfikir kritis. Semua ini dapat

dilaksanakan dengan baik sekiranya pelajar mempunyai penguasaan kosa kata Arab yang tinggi

serta kemahiran yang mendalam dalam bidang pengajaran dan pembelajaran. Untuk menguasai

kosa kata Bahasa Arab, para pelajar seharusnya mempunyai latihan yang cukup. Dengan

melibatkan diri dalam Klinik Bahasa Arab, mereka bukan sahaja dapat menambahkan kosa kata

Bahasa Arab malah kemahiran-kemahiran bahasa juga seperti kemahiran bercakap, membaca

dan menulis dapat dikuasai dengan baik.

4.5 Sebagai Persediaan Awal Sebelum Menjalani Latihan PRAKTIKUM di Sekolah

Latihan PRAKTIKUM yang bakal ditempuh oleh pelajar dalam bidang perguruan ini di sekolah

nanti telah membuka ruang yang sangat bermakna buat mereka dan menjadikannya begitu

komited terhadap pelaksanaan Klinik Bahasa Arab. Pelajar merasakan mereka perlu bersedia

dari awal sebelum mereka menjalani latihan PRAKTIKUM, terutamanya apabila mereka

diperlukan untuk mengajar subjek Bahasa Arab. “Kami tak pernah langsung cakap Bahasa Arab

sesama kami, jadi bagaimana kami hendak bercakap dalam Bahasa Arab dengan pelajar dalam

Bahasa Arab nanti” [Asma’ & Norliy].

5.0 PERBINCANGAN DAN IMPLIKASI KAJIAN

5.1 Kesedaran Untuk Memperbaiki Kelemahan

Hasil temubual menunjukkan bahawa pelaksanaan Klinik Bahasa Arab sangat penting kerana ia

dapat membantu pelajar terutamanya mereka yang mengambil bidang perguruan Bahasa Arab

atau Pendidikan Islam yang mengambil Bahasa Arab sebagai subjek minor bagi mengatasi

kelemahan dalam ilmu Asas Bahasa Arab. Kesedaran pelajar untuk memperbaiki kelemahan

dalam ilmu Asas Bahasa Arab dilihat sebagai satu faktor yang sangat penting berbanding

faktor-faktor yang lain. Dengan memiliki jiwa yang sentiasa sedar tentang sesuatau kelemahan

diri akan membantu seseorang menyelesaikan segala cabaran hidup dengan lebih lancar dan ini

Page 7: PELAKSANAAN KLINIK BAHASA ARAB SEBAGAI · PDF fileIsu mengenai kelemahan pelajar dalam penguasaan Bahasa Arab sering dipersoalkan oleh para ... Matematik, Sains, Bahasa Inggeris, Sejarah

7

akan membantu mereka melaksanakan proses pengajaran dalam suasana yang sentiasa

bermotivasi dan bersemangat ( Ahmad Zabidi : 2006).

Bagi pelajar, kesedaran dalam diri untuk memperbaiki segala kelemahan terutama dalam

menghadapi cabaran pengajaran Bahasa Arab akan menjadikan mereka sentiasa bersemangat

dan bermotivasi untuk terus menuntut ilmu Asas Bahasa Arab tersebut. Dalam Islam, Islam

menitik beratkan ketekunan dan kemahiran (itqan), kecekapan dan kecemerlangan (ihsan),

kejayaan yang paling tinggi (falah), kebenaran (al-haq), amanah (al-amanah), dan konsistensi

dalam melaksanakan sebarang tugasan dan tanggungjawab (IKIM : t.t).

5.2 Dorongan Untuk Menguasai Asas Bahasa Arab Dengan Lebih Baik

Hasil kajian juga menunjukkan bahawa pelaksanaan Klinik Bahasa Arab dapat mendorong

pelajar untuk menguasai Asas Bahasa Arab mereka dengan lebih baik. Pelaksanaannya juga

telah membuka peluang yang sangat tepat untuk mereka mempelajari, mengatasi pelbagai

masalah seperti tidak minat Bahasa Arab dan masalah tidak faham-faham tentang Asas Bahasa

Arab.

Bagi seorang guru yang mengajar Bahasa Arab, mereka perlu menguasai ilmu Asas Bahasa

Arab dengan baik seperti Makraj al huruf wa sifatuhu, ar roqmu wal ‘adad, Aqsam al kalimah,

Anwa’ al ism, Anwa’ al Fi’l, Asma’ al Isyarah, Ad Dhomir dan beberapa kata nama seperti

nama-nama bulan Masihi dan Hijriy, nama-nama hari dalam seminggu, warna, nama-nama

anggota badan, jam dan lain-lain lagi. Dengan menguasai Asas Bahasa Arab yang baik sudah

pasti membantu pelajar terutama yang bakal bergelar guru melaksanakan pengajaran Bahasa

Arab dengan lebih yakin dan berkesan .

Kenyataan ini sangat bertepatan dengan tanggungjawab guru . Menurut Azizah Lebai Nordin

(1999), guru yang berkualiti adalah guru yang mempunyai ilmu, mempunyai sifat tertentu,

boleh bekerjasama dengan guru lain dan boleh membuat refleksi kendiri sepertimana hasil

kajian yang dilakukan oleh Hopkins dan Stern (1996) yang telah mengenal pasti beberapa ciri

guru berkesan seperti berikut :

“The key characteristics of high quality teachers highlighted by the study are : commitment,

love of children, mastery of subject didactics and multiple models of teaching, the ability to

collaborate with other teachers, and a capacity for reflection”.

5.3 Memperkukuhkan Asas Bahasa Arab Yang Sedia Ada

Sesuatu ilmu yang sedia ada perlu kepada pengukuhan. Hasil kajian tentang implikasi faktor ini

menunjukkan bahawa pelaksanaan Klinik Bahasa Arab dapat memperkukuhkan ilmu Asas

Bahasa Arab yang sedia ada dalam diri pelajar tersebut.

Adalah menjadi satu kesilapan bagi seorang pelajar terutamanya yang bakal bergelar guru jika

tidak mahu berusaha untuk mencapai sesuatu ilmu sedangkan tugas seorang guru bukan sekadar

mengajar malah belajar secara berterusan. Menurut Dr Isjoni (2005) belajar bagi guru adalah

suatu kewajipan dan tidak pernah berhenti. Melalui pembelajaran guru akan lebih mengetahui

Page 8: PELAKSANAAN KLINIK BAHASA ARAB SEBAGAI · PDF fileIsu mengenai kelemahan pelajar dalam penguasaan Bahasa Arab sering dipersoalkan oleh para ... Matematik, Sains, Bahasa Inggeris, Sejarah

8

dengan jelas tugas yang diamanahkan kepadanya kerana dengan ilmu yang terbatas tidak akan

menjadikan guru tersebut maju dan cemerlang dalam profesionnya.

5.4 Menambahkan Kosa Kata Bahasa Arab

Kekurangan kosa kata Bahasa Arab sering menjadi cabaran bagi kebanyakan pelajar. Namun,

hasil kajian ini menunjukkan bahawa pelaksanaan Klinik Bahasa Arab dapat membantu pelajar

menambahkan kosa kata Bahasa Arab.

Tahap penguasaan yang rendah terhadap kosa kata bahasa Arab serta kemahiran-kemahiran

bahasa yang menjadi cabaran utama pelajar atau guru dalam pengajaran dan pembelajaran

Bahasa Arab dapat diatasi sekiranya pelajar atau guru mempunyai minat dan iltizam yang tinggi

dan mantap untuk mengatasi kelemahan-kelemahan tersebut. Dengan sifat ini, pelajar mahupun

guru-guru tanpa dipaksa akan terus belajar, mencari, menerokai, mendalami dan mengajar ilmu

dengan lebih berkesan (IKIM : t.t). Di samping itu, dengan adanya usaha yang berterusan segala

kelemahan yang dialami tersebut dapat diatasi dan dapatlah guru membina keyakinan diri dalam

pengajaran Bahasa Arab. Sememangnya, kosa kata merupakan aset penting dalam mempelajari

bahasa asing seperti Bahasa Arab. Bahasa yang baik bergantung kepada penguasaan kosa kata

yang baik. Mengikut pendapat Rosni Samah (2009), proses pembelajaran Bahasa Arab pada

hari ini kurang berjaya disebabkan kurang menguasai kosa kata. Oleh yang demikian, bagi

meningkatkan penguasaan bahasa Arab dengan baik, pendedahan kosa kata hendaklah

diutamakan.

5.5 Sebagai Persediaan Awal Sebelum Menjalani Latihan praktikum

Hasil kajian menunjukkan juga bahawa pelaksanaan Klinik Bahasa Arab dapat dijadikan

sebagai platform atau persediaan awal sebelum guru pelatih menjalani latihan PRAKTIKUM di

sekolah. Dengan penyediaan modul yang merangkumi hampir keseluruhan sukatan pelajaran

yang terdapat di sekolah dan pelaksanaan bengkel penulisan Rancangan Pengajaran Harian

(RPH) Bahasa Arab telah dapat membantu guru pelatih merasa bersedia untuk melangkah kaki

ke sekolah ketika menjalani latihan PRAKTIKUM.

Persediaan dan perancangan awal adalah antara ciri terpenting guru berkesan. Menurut Rahimah

(1998), guru merupakan faktor paling penting dan menjadi tunjang kepada sekolah kerana

merupakan juruteknik yang bertanggungjawb terhadap core business of schools, khususnya

pembelajaran anak didiknya melalui pengajaran dan bimbingan. Seseorang guru yang baik ialah

guru yang memiliki tahap disiplin kendiri yang tinggi dan sifat ingin melakukan kebaikan

kepada orang lain dengan melaksanakan beberapa persediaan kendiri.

6.0 CADANGAN KAJIAN

Oleh itu, beberapa cadangan dapat disarankan pada kajian ini. Antaranya ialah :

1. Pihak yang berkenaan perlu menyokong pelaksanaan Klinik Bahasa Arab di peringkat

IPT amnya dan di KUIS khususnya bagi mengatasi segala permasalahan bahasa yang

dihadapi oleh pelajar atau bakal guru sebagai persediaan untuk mereka melaksanakan

PdP di sekolah kelak. Pihak berkenaan boleh memberi penekanan kepada pelajar atau

Page 9: PELAKSANAAN KLINIK BAHASA ARAB SEBAGAI · PDF fileIsu mengenai kelemahan pelajar dalam penguasaan Bahasa Arab sering dipersoalkan oleh para ... Matematik, Sains, Bahasa Inggeris, Sejarah

9

guru pelatih supaya dapat menghadiri kelas-kelas tambahan atau Klinik Bahasa Arab

bagi memantapkan lagi penguasaan Bahasa Arab. Tidak semua pelajar atau guru pelatih

yang telah tamat tempoh pengajian mempunyai penguasaan ilmu Asas Bahasa Arab

yang baik.

2. Pihak berkenaan perlu bekerjasama dengan pelajar atau guru pelatih untuk merancang

dan melaksanakan program-program yang berkaitan dengan penguasaan Bahasa Arab.

Cara ini akan menyebabkan pelajar atau guru pelatih merasa bahawa mereka adalah

sebahagian daripada program perancangan dan bukan hanya semata-mata melaksanakan

arahan.

3. Pelaksanaan pemantauan oleh pihak yang berkenaan mengenai kelemahan Asas Bahasa

Arab dalam kalangan pelajar atau guru pelatih dapat memberi dorongan terhadap mereka

bagi menghadapi pelbagai cabaran di sekolah kelak. Tindakan ini akan menyebabkan

pelajar atau guru pelatih lebih bersedia untuk menjalani latihan PRAKTIKUM

terutamanya dalam pengajaran Bahasa Arab.

4. Bagi pelajar atau guru pelatih pula, mereka perlu menyedari betapa beratnya

tanggungjawab yang dipikul sebagai seorang pengajar bahasa asing. Seharusnya

tanggungjawab tersebut dilaksanakan dengan sebaik yang mungkin. Setiap guru yang

berjaya perlu memiliki dua ciri penting iaitu ilmu pengetahuan tentang bahasa yang

diajar dan kedua ialah ilmu berkenaan strategi dan teknik pengajaran Bahasa Arab serta

kreativiti dalam mempersembahkan gaya pengajaran yang efektif dan boleh menarik

minat pelajar.

5. Pelajar atau guru pelatih seharusnya juga mempunyai kekuatan pemikiran dengan

melakukan kajian dan penyelidikan secara bersendirian ataupun berkumpulan.

Sekurang-kurangnya kajian dan penyelidikan ini dapat membantu pelajar atau guru

pelatih mengenalpasti kelemahan dalam pelbagai aspek yang perlu diperbaiki dan dapat

merancang bentuk-bentuk program penambahbaikan yang berkesan.

7.0 KESIMPULAN

Secara amnya, pelaksanaan Klinik Bahasa Arab memberikan kesan yang sangat positif dalam

kalangan pelajar atau guru pelatih Diploma Perguruan Bahasa Arab dan Pendidikan Islam,

KUIS. Pelaksanaan Kilinik Bahasa Arab dalam usaha untuk menguasai ilmu Asas Bahasa Arab

yang optimum merupakan satu usaha yang sangat positif terutamanya untuk guru-guru pelatih

yang akan menjalani latihan praktikum dan akan mengajar subjek Bahasa Arab. Penguasaan

ilmu Asas Bahasa Arab yang kukuh serta pengetahuan yang tinggi mengenai kaedah dan teknik

pengajaran Bahasa Arab terutamanya terhadap pelajar-pelajar di peringkat rendah dapat

mewujudkan minat pelajar terhadap matapelajaran Bahasa Arab serta membangkitkan suasana

pengajaran dan pembelajaran yang meyeronokan. Lebih-lebih lagi dalam usaha memartabatkan

Bahasa Arab di persada dunia. Dengan pelaksanaan Klinik Bahasa Arab, segala permasalahan

yang berlaku dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab dapat diatasi oleh para pelajar

atau guru pelatih tanpa perlu bergantung kepada pihak lain.

Page 10: PELAKSANAAN KLINIK BAHASA ARAB SEBAGAI · PDF fileIsu mengenai kelemahan pelajar dalam penguasaan Bahasa Arab sering dipersoalkan oleh para ... Matematik, Sains, Bahasa Inggeris, Sejarah

10

8.0 RUJUKAN

Abdul Azizi Musa. 1998. Pengajaran Nahu Bahasa Arab; Satu Kajian Kes di

MaahadMuhammadi, Kota Bharu, Kelantan . 69-70.

Abdul Ghani Hassan. 1999. Kesilapan Membina Ayat Asas Dalam Kalangan Pelajar Sekolah

Menengah.

Ahmad Zabidi Abdul Razak. 2006. Ciri Iklim Sekolah Berkesan : Implikasinya Terhadap

Motivasi Pembelajaran. Jurnal Pendidikan 31, UM

Azizah Lebai Nordin. 1999. Guru Pendidikan Islam Yang Berkesan. Masalah Pendidikan, Jilid

22, Fakulti Pendidikan, UM

Che Kamarudin Kamel Che Muhammad. 1999. Satu Kajian Penguasaan Nahu Bahasa Arab

Peringkat Menengah Dalam Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Arab. 70-74

H. Isjoni, M.Si. 2005. Citra Guru Antara Tuntutan Dan Pengabdian. Unri Press, Riau, Jakarta.

Hopkins, D. & Stern, D. 1996. Quality teachers, quality school : International Perspectives and

Policy Implications. Teaching & Teacher Education 12(5), 501-517

Mohd Fadzli Ismail & Mohd Sukki Othman. 2012. Faktor-faktor yang mempengaruhi

pencapaian pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab: Satu tinjauan di SMAP

Kajang. Persidangan Kebangsaan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Arab 2012

(PKEBAR’12).

Mohd Zaini Sejo. 2012. Penekanan Ilmu Morfologi dalam Buku Teks Bahasa Arab Kurikulum

Baru Sekolah Menengah. Persidangan Kebangsaan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Arab

2012 (PKEBAR’12).

Othman Mohamed. 2000. Prinsip Psikoterapi dan Pengurusan dalam Kaunseling. UPM,

Serdang Selangor

Rahimah Haji Ahmad. 1998. Ucap Utama (III) Profesionalisma Guru dan Sekolah Berkesan.

Prosiding Deminar Pendidikan Guru Untuk Sekolah Berkesan 23.

Rosni Samah. 2009. Isu Pembelajaran Bahasa Arab Di Malaysia. USIM, Bandar Baru Nilai.

Zawawi Ismail, Ab Halim Tamuri et.al. 2011. Teknik Pengajaran Kemahiran Bertutur Bahasa

Arab Di SMKA Di Malaysia. GEMA OnlineTM Journal of Language Studies

Page 11: PELAKSANAAN KLINIK BAHASA ARAB SEBAGAI · PDF fileIsu mengenai kelemahan pelajar dalam penguasaan Bahasa Arab sering dipersoalkan oleh para ... Matematik, Sains, Bahasa Inggeris, Sejarah

11

11