pelaksanaan had permohonan kelayakan (prorata) …...pelaksanaan had permohonan kelayakan (prorata)...

15
Pelaksanaan Had P ermohonan Kelayakan (prorata ) Cuti Rehat Staf UiTM Bahagian Pengurusan Perkhidmatan (BPP), Jabatan Pengurusan Sumber Manusia (JPSM), Pejabat Pendaftar.

Upload: others

Post on 04-Mar-2020

148 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Pelaksanaan Had

Permohonan Kelayakan

(prorata) Cuti Rehat Staf

UiTM

Bahagian Pengurusan Perkhidmatan (BPP), Jabatan Pengurusan Sumber Manusia (JPSM), Pejabat Pendaftar.

Fahami maksud…

Cuti: Sebarang tempoh seseorangpegawai dibenarkan meninggalkantugasnya dan peninggalan tugas itu

tidak dikira sebagai putusperkhidmatan atau sebagai berhenti

kerja. (Perintah Am Bab C – 1(i) . Cuti bukan merupakan hak tetapiadalah kemudahan yang disediakan.

Cuti Rehat: Cuti bergaji penuh yangdiberi kerana perkhidmatan yang

melayakkan dalam sesuatu tahun, daribulan Januari hingga Disember dibawah Perintah Am 1 (ii) Bab C

(Cuti) Tahun 1974.

Perkhidmatan yang melayakkan: bermaksud perkhidmatan yang diambilkira bagi mengira kelayakan mendapat

cuti seseorang staf dan terdiri darimasa-masa bertugas, termasuk Cuti

Rehat dan Cuti Sakit.

Perkhidmatan yang tidak melayakkan untuk mengira kelayakan

Cuti Rehat adalah disebabkan mendapat Cuti Separuh Gaji, Cuti Tanpa Gaji, Cuti

Haji, Cuti Sakit Tibi, Kusta dan Barah dan Cuti Belajar.

Bagaimanakah ia dilaksanakan?

Januarihingga Jun

Julai hinggaDisember

Kelayakan Cuti Rehat yangdipuratakan (prorata) bagisetengah tahun (6 bulan) dalam satu tahun kalendar

iaitu mengambil kira kelayakan dari bulan:

Punca kuasa:

Mesyuarat Lembaga Pengarah Universiti (LPU) ke-164 bertarikh 02 Julai 2018 telah bersetuju meluluskan pelaksanaan had permohonan kelayakan Cuti Rehat Staf UiTM.

Bagaimanakah Prorata Cuti Rehat dikira?

181 hari X 20 hari = 10 hari

365 hari

Contoh:

Tempoh Perkhidmatan

Yang Melayakkan xKelayakan Cuti

Rehat Tahunan

=Had Kelayakan

(Prorata) Cuti

Rehat365 hari

• Kelayakan Cuti Rehat tahun 2019 :20 hari

• Tempoh perkhidmatan yang melayakkan :181 hari (jumlah hari dalam bulan Januari hingga Jun)

• Jumlah had kelayakan tahun 2019 :

10 hari

• Baki Cuti Rehat dibawa dari tahun2018 (C/F) : 5 hari

• Jumlah Cuti Rehat yang berkelayakan (Januari hingga Jun) : 15 hari*.

*(dikira 10 hari (prorata) + 5 hari (C/F tahun2018 ke tahun 2019)

Implikasi pelaksanaan dasar..

Pelaksanaan dasar ini akan memberi implikasi terhadap perkhidmatan staf yang mengambil Cuti Rehat melebihi kelayakan iaitu:

i. bagi bilangan hari terlebih ambil Cuti Rehat, staf tidak berhak mendapat gaji dan emolumen. Tindakan pemotongan gaji akan diambil;

ii. bilangan hari yang terlebih ambil dianggap sebagai Cuti Tanpa Gaji dan ditolak daripada Cuti Tanpa Gaji yang pegawai berkelayakan di bawah Perintah Am Bab C, 1974;

iii. pegawai boleh dikenakan tindakan tatatertib;

iv. tempoh tersebut tidak layak diambil kira dalam perkhidmatan;

v. memberi kesan kepada kekananan staf;

vi. menjejaskan faedah persaraan yang bakal diterima iaitu mengurangkan jumlah pencen bulanan dan ganjaran; dan

vii. lain-lain implikasi Cuti Tanpa Gaji seperti mana yang ditetapkan di dalam Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 tahun 2009.

Siapakah yang terkecuali dalam

pelaksanaan ini?

Staf yang akan bersara:

Cuti Rehat yang boleh diambil

hendaklah tidak boleh melebihi

jumlah cuti yang boleh

dikumpulkan bagi tempoh

perkhidmatan selama 24 bulan

sebelum tarikh persaraaan,

dikira kebelakangkan dari hari

akhir perkhidmatannya.

Staf yang ingin

meninggalkan

perkhidmatan

dengan UiTM

Apakah yang perlu dilakukan oleh

staf?

Membuat permohonanCuti Rehat secara atastalian mengikut kelayakandan mematuhi pemberiankelayakan cuti dalamperkhidmatan;

Merancang Cuti Rehat secara bijaksana dan berhemah; dan

Mengumpul Cuti Rehatyang tidak dapatdihabiskan untuk dibawake tahun hadapan agarboleh digunakan bagisebarang urusanpersendirian.

Apakah peranan Ketua Jabatan?

Bertanggungjawab untuk membuat pemantauan agar

staf tidak menggunakan kemudahan Cuti Rehat yang berlebihan daripada yang ia

berkelayakan sebelum sesuatu tahun berakhir.

Ketua Jabatan juga berhakuntuk tidak meluluskan

Cuti Rehat atas sebab-sebabkepentingan perkhidmatanatau dirasakan melebihi had

yang sepatutnya.

Bilakah pekeliling ini berkuat

kuasa?

Pekeliling ini akan berkuatkuasa padaJanuari2019.

Jenis Cuti yang perlu

Lapor Diri berkuat kuasa

Januari 2019

Cuti Separuh Gaji

Cuti Tanpa Gaji (Urusan Peribadi)

Cuti Tanpa Gaji Mengikut Pasangan

Cuti Menjaga Anak

Cuti Sakit Lanjutan

Cuti Tibi, Kusta, Barah

Cuti Haji

Cuti Haji (Tanpa Gaji) Staf Kontrak

Cuti Belajar

Cuti Berkursus Kurang Daripada 6 Bulan

Cuti Berkursus Lebih Daripada 6 Bulan

Cuti Sabatikal/ Latihan Industri/ Profesional

Dipinjamkan Ke Jabatan Lain

*Kelewatan pegawai melapor diri boleh menyebabkan tindakan berikutdiambil:

i. tindakan pentadbiran kod 36 (sistem akan memajukan tindakan kepada

Unit LPG untuk pemotongan gaji)

ii. tindakan tatatertib kod 30 (sistem akan memajukan tindakan kepada Unit

Integriti).

Jenis CutiYang Perlu Lapor Diri:

Permohonan semua jenis cuti boleh

dimohon secara atas talian dan surat

keputusan juga boleh dicetak secara

atas talian selewat-lewatnya akhir

Februari 2019.

Hanya jenis cuti yang berkelayakan

sahaja yang akan dipaparkan di dalam

senarai permohonan cuti setiap pegawai.

Fungsi baharu di dalam Sistem HR2U

Cuti Rehat

Permohonan Cuti Rehat bagi tarikh lepas (backdated) adalah tidak dibenarkan.

Bagi memastikan proses kelulusan Cuti Rehat yang lebih efisyen, pegawai yang meluluskan CutiRehat adalah satu peringkat sahaja dan Pegawai Melulus akan menerima emel pemakluman.

Permohonan Cuti Rehat tidak boleh dilakukan selepas tarikh bercuti. Staf digalakkan untukmemohon cuti tiga (3) hari sebelum tarikh bercuti. Penggunaan borang secara manual adalahtidak dibenarkan kecuali kes-kes kecemasan yang mendesak.

Bagi pegawai yang tidak hadir bertugas tanpa kelulusan / terlebih ambil Cuti Rehat, moderatorperlu:

i. merekod kod 79 untuk tindakan pentadbiran (tidak layak emolumen / pemotongan

gaji) ATAU;

ii. merekod kod 30 untuk tindakan tatatertib

Pegawai Membenar/ Melulus cuti boleh melantik Pegawai Ganti sepanjang ketiadaannya untukmeluluskan cuti pegawai di bawah seliaannya (seperti Cuti mengerjakan Haji/ Umrah).

Moderator tidak boleh mengisi butiran rekod cuti selepas 15 Februari 2019 kerana aksestersebut adalah bersifat sementara. Sila rujuk kepada Urusetia Cuti bagi kes-kes berbangkit.

Fungsi baharu di dalam Sistem HR2U

Permohonan Cuti Dibawa Kehadapan

Sistem akan memaparkan skrin Cuti Dibawa Kehadapan sehingga pegawai melaksanakantindakan. Pegawai dan Ketua Jabatan yang tidak melaksanakan sebarang tindakan selepas tarikhtutup permohonan dan kelulusan, akan menerima surat peringatan secara atas talian.

Permohonan Keluar Pejabat

Permohonan Keluar Pejabat bagi tarikh lepas (backdated) adalah tidak dibenarkan.

Sekiranya pegawai mempunyai hal kecemasan, permohonan Borang Keluar Pejabat bolehdimohon sehingga jam 11.59 malam daripada tarikh pegawai keluar pejabat dan medan lokasikeberadaan adalah wajib diisi.

Permohonan Cuti Sakit

Bagi memastikan rekod Cuti Sakit pegawai adalah teratur dan terkini, semua staf bolehmemohon secara atas talian sekiranya pegawai telah disahkan oleh Pegawai Perubatan / setaraftidak sihat untuk menjalankan tugasnya.

Ketua Jabatan perlu memastikan sijil sakit (MC) asal diterima sebelum meluluskan Cuti Sakitpegawai.

No. Majlis Perubatan Malaysia (MMC) adalah medan wajib diisi bagi mengelakkan pegawaimengemukakan sijil sakit palsu.

Permohonan tarikh lepas (backdated) adalah dibenarkan.

Fungsi baharu di dalam Sistem HR2U

Sekian, Terima Kasih.