amanat tahun baru agensi kelayakan malaysia amanat kpe mqa 2019 (25.… · sebanyak 1,475...
TRANSCRIPT
1
AMANAT TAHUN BARU
AGENSI KELAYAKAN MALAYSIA
(MALAYSIAN QUALIFICATIONS AGENCY, MQA)
25 JANUARI 2019 (JUMAAT)
AUDITORIUM, MERCU MQA, CYBERJAYA
Assalamualaikum Warahmatullah Wabarakatuh dan Salam Sejahtera
Yang Berusaha Puan Lilian Kek Siew Yick,
Pengarah Kanan Sub-Sekstor Akreditasi
Yang Berusaha Encik Mohamad Dzafir Bin Mustafa,
Pengarah Kanan Sub-Sekstor Pembangunan Dasar dan Kepakaran
Yang Berusaha Encik Erizal Kamal Bin Misran
Pengarah Bahagian Teknologi Maklumat dan menjalankan tugas Timbalan
Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan)
Yang Berusaha Dr. Hazman Shah Abdullah
Fello Pakar MQA
Pengarah-Pengarah dan Ketua-Ketua Unit, Tuan-tuan,Puan-puan Warga
Agensi Kelayakan Malaysia;
Sayang kumbang mencari makan
Terbang seiring di dini hari
2019 datang, selamat diucapkan
Semoga diiring restu ilahi
Tikar mengkuang bersulam kelarai
Menjadi hiasan hingga ke sudah
Tahun 2018 melabuhkan tirai
Semoga 2019 semuanya indah
2
SOROTAN PENCAPAIAN 2018
1. Alhamdulillah, saya ingin memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat
Allah Subhanallah hu Wata’ala kerana mengizinkan kita semua berhimpun
dalam majlis pada pagi ini.
Tuan-Tuan dan Puan-Puan,
2. 2018 pada keseluruhannya telah mencatatkan pencapaian yang
memberangsangkan yang mana imej dan reputasi MQA terus meningkatkan
pada peringkat nasional mahupun antarabangsa.
3. MQA telah menyahut seruan YB Menteri Pendidikan dalam melestarikan
bidang pendidikan dengan tema Happiness, Love and Respect. Pada
2018 kita telah mengadakan pertandingan projek inovasi dalam usaha untuk
menyampaikan maksud hasrat menteri itu.
4. Di samping itu, menerusi Kelab Sukan MQA, beberapa aktiviti sukan giat
dijalankan dari tahun lepas hingga ketahun ini dalam merebut Piala
Pusingan KPE. Dalam masa yang sama kita turut sama berkongsi rezeki
dengan warga kita melalui projek Food Bank iaitu kolaborasi antara Kelab
Kebajikan MQA dan PUSPANITA MQA. Bagi memastikan tahap kesihatan
warga di tahap yang baik, program pemeriksaan kesihatan bersama
agensi tertentu telah diadakan dan Kelab Kebajikan juga telah menyediakan
alat ujian tekanan darah untuk kemudahan warga.
Tuan-tuan dan puan-puan,
5. Pengukuhan perkhidmatan jaminan kualiti telah digerakkan dengan
pelaksanaan Code of Practice for Program Accreditation versi 2.0 atau
singkatannya COPPA 2.0 mulai April 2018. Dokumen permohonan juga
telah ditetapkan dalam bentuk digital sepenuhnya bagi meringankan
beban Pemberi Pendidikan Tinggi menyediakan dokumen serta
3
memudahkan pengendalian dokumen oleh pegawai MQA dan para panel
penilai.
6. Pencapaian core business Akreditasi, Audit Institusi dan Swa juga amat
memberangsangkan. ari segi penilaian program, MQA telah memproses
sebanyak 1,475 permohonan bagi penilaian Akreditasi Sementara dan 771
permohonan telah berjaya diselesaikan. Manakala untuk proses Akreditasi
Penuh, MQA telah memproses sebanyak 1,510 permohonan dengan
sebanyak sebanyak 582 program telah berjaya diselesaikan. Adalah penting
untuk memastikan program-program ini menepati kualiti dan piawaian yang
ditetapkan agar penawarannya menjanjikan kemanfaatan kepada pelajar dan
pihak berkepentingan. Dalam pada itu, wujud cabaran bagi MQA untuk
memperkemas dan mempertingkatkan proses-proses ini agar lebih responsif
kepada kehendak pemohon.
7. Atas semangat untuk membantu dan memudahcara dalam proses
akreditasi, untuk julung kalinya MQA telah menganjurkan Bengkel Perdana
Pemantapan Akreditasi Program TVET Kolej-kolej Vokasional pada 12-
13 Disember 2018 di Institut Aminudin Baki (IAB), Genting Highlands.
Dengan kehadiran pakar-pakar bidang yang dilantik, MQA telah
menyediakan bimbingan yang lebih efektif bagi pihak Kolej Vokasional
memahami situasi kualiti yang mereka hadapi dan pendekatan untuk
menanganinya. Sudah tentu inisiatif sedemikian akan dilaksanakan pada
masa akan datang sekiranya diperlukan. Ini menunjukkan peranan MQA
bukan terhad memastikan pematuhan tetapi apa yang lebih penting
memudahcara pembenihan kualiti pada ruang dan kesempatan yang ada.
8. Ledakan Revolasi Industri 4.0 turut memberi cabaran kepada pendidikan
tinggi untuk membuat semakan terhadap program dan lebih inovatif
dalam penawaran. Selaras dengan itu beberapa standard program seperti
Bioteknologi, Muamalat dan Kewangan Islam, Hospitaliti dan Pelancongan,
Komputeran dan Sains Perubatan dan Kesihatan telah disemak semula agar
responsif dengan perkembangan semasa. Dasar dan ketetapan perubahan
4
program juga diperbaharui agar institusi dapat melaksanakan perubahan
secara dalaman dengan lebih efektif. Kerangka program hibrid juga
diperkenalkan untuk membolehkan institusi menerokai bidang-bidang
baharu melalui program merentas bidang.
9. Penekanan MQA kepada program pembangunan kapasiti bagi menyemarak
kualiti telah didokong oleh MQATC dengan jayanya sepanjang tahun 2018
sehingga berjaya mengutip sejuta ringgit yuran latihan (RM1 juta). Program-
program untuk warga MQA juga dilaksanakan bagi memperkukuhkan
kompetensi dan daya saing warga ini termasuk program High Impact
Culture yang julung-julung kali diperkenalkan di MQA.
10. Di arena serantau dan antarabangsa, MQA juga terus mendapat
kepercayaan dengan penyertaan delegasi daripada 26 negara dari rantau
Asia Pacifik dalam program internship serta kejayaaan penganjuran
Seminar ASEAN Quality Assurance Network (AQAN) bertemakan
“Industry 4.0 in Higher Education” dengan kerjasama Finance
Accreditation Agency (FAA).
11. Penandaarasan MQF kepada ASEAN Quality Reference Framework
(AQRF) juga menunjukkan kemajuan yang memberangsangkan dengan
rumusan awal dengan pembuktian kukuh berkenaan ‘Good Fit’ antara MQF
dan AQRF. Kita mengharapkan laporan ini dapat dimuktamadkan pada tahun
ini dan diterima pada peringkat ASEAN.
12. Bagi memantapkan tadbir urus dan penyaluran maklumat yang
berkesan, MQA telah melancarkan Polisi Whistleblowing yang
menggariskan panduan bagi pelaporan terhadap sebarang bentuk penipuan,
penyalahgunaan dan penyelewengan serta salah laku dalaman termasuk
Ahli Majlis MQA, Ahli Jawatankuasa Akreditasi dan Ahli panel Penilai.
Dengan adanya polisi ini, ia akan menambahkan keyakinan orang awam
terhadap keseriusan pengurusan MQA dalam menangani sebarang salah
laku dalam kalangan warga MQA.
5
13. Secara keseluruhanya saya mengucapkan terima kasih dan setinggi-tinggi
penghargaan atas komitmen dan kerja keras seluruh warga MQA sepanjang
tahun 2018.
TEKAD 2019
Tuan-Tuan dan Puan-Puan,
14. Melangkah ke tahun 2019, MQA perlu mengatur langkah lebih teguh dan
yakin, berbekalkan keupayaan yang telah dibina, menerokai segenap ruang
dan peluang dalam mendepani cabaran-cabaran baharu dunia pendidikan
tinggi demi mempertingkatkan reputasi MQA sebagai badan kelayakan dan
jaminan kualiti unggul Malaysia. Usaha ini perlu digembling dengan
kesepakatan utuh seluruh warga MQA walau apa pun peranan dan
tanggungjawab, sebagai satu pasukan yang ampuh demi mencapai
keberhasilan prestasi yang tinggi.
AMANAT YB MENTERI PENDIDIKAN 2019
Tuan-Tuan dan Puan-Puan,
15. Yang Berhormat Menteri Pendidikan, dalam amanat beliau pada 14 Januari
yang lalu, antara lain telah menggariskan bahawa Kementerian Pendidikan
bertekad untuk mengembalikan wibawa universiti awam dan pengajian tinggi
melalui peningkatan kualiti dan penekanan nilai sebagai teras pendidikan.
16. Secara ringkasnya, tekad ini akan dijayakan melalui empat hala tuju khusus
bagi Universiti Awam dan Pengajian Tinggi iaitu;
(a) Kualiti;
(b) Autonomi;
(c) Kolaborasi dan
(d) Pengantarabangsaan.
6
17. Sebagai agensi di bawah Kementerian Pendidikan, aspirasi ini perlu disahut,
disokong dan dijelmakan sebaik mungkin dalam pelaksanaan peranan dan
tanggungjawab MQA sepanjang tahun-tahun mendatang.
HALA TUJU 1 : NILAI TERAS I-TRUST
Tuan-Tuan dan Puan-Puan,
18. Sebagai permulaan, MQA perlu memperkukuh pelaksanaan peranan dan
tanggungjawab berasaskan nilai yang kompetitif. Justeru itu, mulai tahun
2019, MQA akan melangkah ke hadapan berlandaskan lima nilai teras yang
baharu iaitu:
(a) Integrity
(b) Transparent
(c) Respectful
(d) Universal
(e) Spirited
(f) Trustworthy
19. Nilai teras ini akan memandu MQA untuk terus maju dalam mengejar
kecemerlangan dalam perkhidmatan yang diyakini oleh semua pihak kerana
ia dilaksanakan berasaskan tekad MQA:
(a) Integrity: Menghayati dan membudayakan nilai jujur, amanah dan
ikhlas dalam melaksanakan peranan dan tanggungjawab yang
diamanahkan bagi memelihara imej organisasi.
(b) Transparent: Melaksanakan peranan dan tanggungjawab jaminan
kualiti dengan telus, adil dan saksama dalam memenuhi keperluan
pihak berkepentingan.
7
(c) Respectful: Menjalin hubungan erat, saling menghormati dan
menghargai antara semua pihak berkepentingan dalaman dan luaran
dalam memacu kecemerlangan pendidikan tinggi negara.
(d) Universal: Memperkasa sistem jaminan kualiti, kelayakan pendidikan
tinggi dan pendidikan sepanjang hayat agar setanding dengan
amalan baik antarabangsa dan diiktiraf di peringkat global.
(e) Spirited: Memupuk semangat berpasukan dan tekad yang utuh dalam
memberi perkhidmatan yang berkualiti dan berinovasi untuk mencapai
visi, misi dan matlamat organisasi.
(f) Trustworthy: Mengamalkan prinsip dan etika kerja bagi mengekalkan
keyakinan dan kebolehpercayaan pihak berkepentingan terhadap
perkhidmatan agar reputasi dan kredibiliti organisasi terpelihara.
20. Pada kesempatan ini saya mengucapkan terima kasih atas kerjasama semua
warga sewaktu proses pemilihan nilai teras baharu ini yang dilaksanakan
berasaskan prinsip demokrasi dan semangat kesepakatan yang tinggi.
21. Saya percaya kejayaan kita dalam mengasimilasi nilai teras dalam aktiviti-
aktiviti MQA akan memperkukuh kesepakatan dan kesepaduan kerja
pasukan warga MQA dalam memastikan pencapaian yang lebih cemerlang
pada masa akan datang.
HALA TUJU 2 : PENGUKUHAN KERANGKA JAMINAN KUALITI DAN
PENDIDIKAN FLEKSIBEL
22. Menyahut amanat YB Menteri berkaitan peningkatan kualiti pendidikan tinggi,
untuk tahun 2019, MQA akan meneruskan pelaksanaan iniasitif pengukuhan
kerangka jaminan kualiti dan pendidikan fleksibel.
8
23. Selaras dengan pelaksanaan MQF 2.0 yang mula dikuatkuasakan mulai April
2019, sebanyak empat standard program akan melalui proses kajian
semula di samping pembangunan satu standard baharu. Proses
pembangunan dan semakan semula standard ini akan turut mengambil kira
perkembangan IR 4.0 selain pengukuhan kerjasama dengan badan-badan
yang berkaitan.
24. MQA juga percaya bahawa pengukuhan kualiti paling utama perlu
berteraskan kepada sistem kualiti dalam sesuatu institusi. Sebagai
kesinambungan kepada program latihan jaminan kualiti yang ditawarkan
kepada pegawai institusi, MQATC dengan kerjasama MyQAN akan
mengusahakan satu sistem persijilan pegawai kualiti institusi yang akan
menyediakan kerangka ilmu pengetahuan dan kompetensi berteraskan
prinsip, piawaian dan kriteria kualiti yang ditetapkan oleh MQA.
25. Usaha pengukuhan kerangka pendidikan fleksibel juga akan terus diberi
tumpuan bukan sahaja bagi menyokong pembelajaran sepanjang hayat,
tetapi juga memberi peluang kepada institusi untuk berinovasi dalam ruang
autonomi dan akauntabiliti akademik yang diberikan. Bagi tujuan tersebut,
antara inisiatif yang akan digerakkan pada tahun ini adalah:
(a) penerbitan Garis Panduan Amalan Baik: Microcredential yang akan
membolehkan institusi menawarkan program akademik dengan lebih
fleksibel di mana satu program akan ditawarkan secara pecahan
seperti kursus pendek,
(b) Kajian pelaksanaan APEL for Qualification - APEL(Q) yang akan
membolehkan individu yang memiliki pengalaman luas untuk
mendapat kelayakan akademik tanpa perlu proses pengajian formal di
institusi; dan
(c) Kajian pelaksanaan APEL T-8 yang akan membuka laluan
kemasukan menggunakan pengalaman ke peringkat PhD.
9
26. Dalam pada itu, jumlah Pusat Penilai APEL (A) dan institusi yang
melaksanakan APEL (C) akan terus ditambah bagi meluaskan peluang
masyarakat mendapat manfaat melanjutkan pengajian selain usaha promosi
dan galakan berterusan bagi memperkenalkan masyarakat terhadap system
APEL.
27. Penekanan penawaran program berasaskan industri juga perlu
diperkukuh bagi memastikan graduan yang dikeluarkan menepati keperluan
industri. MQA berharap Sistem Tunggal Jaminan Kualiti TVET yang telah
diusahakan bersama Jabatan Pembangunan Kemahiran dapat mula
dilaksanakan melalui penubuhan Jawatankuasa Teknikal Bersama TVET,
pembentukan kumpulan pakar penilai dan juga program jeyarawara
sepanjang tahun ini. Selain daripada modul latihan khusus bagi penawaran
program Work-based Learning dan 2u2i akan diusahakan dengan kumpulan
sasar melibatkan institusi, panel penilai dan pegawai MQA.
HALA TUJU 3 : MEMPERKEMAS PERKHIDMATAN MQA
Tuan-Tuan dan Puan-Puan,
28. Sesungguh MQA tidak boleh berpuas hati terhadap pelaksanaan semasa
dan perlu berusaha untuk memperbaiki, menambah baik dan mempertingkat
sistem dan cara kerja sedia ada. Sebagaimana MQA menuntut institusi yang
dinilai untuk sentiasa membudaya penambahbaikan berterusan, MQA juga
perlu menunjukkan teladan pembudayaan penambahbaikan dalam segenap
aktiviti dan pelaksanaan MQA.
29. Untuk tahun 2019, pengukuhan fungsi pengiktirafan MQA akan
dipertingkat dengan pelaksanaan pengesahan pengiktirafan kelayakan
luar negara secara terbuka. Ini merupakan tambahan dari sistem e-Sisraf
dan MQR dan tambahan ini meraikan peluang pembelajaran berkualiti yang
boleh diikuti oleh warga Malaysia terutamanya di luar negara dan kemudian
10
kembali membina kerjaya di tanah air. Rundingan akan dibuat dengan pihak
berkuasa melantik di Malaysia bagi memastikan pelaksanaan yang selaras
dan berkesan. Pengukuhan dan penyusuan pelbagai fungsi pengiktirafan dan
rujukan kelayakan ini akan membolehkan unit-unit berkaitan untuk
dijenamakan sebagai Malaysian National Recognition Information Center
atau singkatannya MyNARIC. Ini penting untuk membolehkan pengukuhan
hubungan dan rangkaian MQA dengan pusat-pusat NARIC yang telah
ditubuhkan di seluruh dunia terutamanya di negara-negara Eropah.
30. Sistem pengendalian permohonan secara online juga akan dimulakan
bagi urusan pendaftaran program akreditasi sementara dan akreditasi
penuh sebelum ianya dipanjangkan ke sistem pengendalian persijilan.
Pada masa akan datang sistem-sistem online dan automasi ini akan
dipanjangkan melibatkan proses-proses akreditasi lain secara berperingkat.
Dengan pelaksanaan ini, sasaran dibuat bagi mengurangkan aktiviti kerja
berulang, pengurangan penggunaan bahan cetak, meminimumkan human
error serta membolehkan pemantauan dan penganalisian proses
permohonan yang lebih efektif. MQA menyasarkan dalam tempoh dua tahun
sebahagian besar operasi berkaitan akreditasi dilaksanakan secara automasi
dan atas talian.
31. Ahli Panel Penilai mempunyai peranan yang penting dalam memastikan
keberkesanan pelaksanaan penilaian program. Justeru, adalah penting bagi
MQA secara berterusan merangka program-program pengukuhan Ahli
Panel Penilai bagi meningkatkan produktiviti proses penilaian. Pada
tahun 2018, ekplorasi awal telah digerakkan bagi membolehkan modul
latihan peningkatan berterusan kepada APP menggunakan platform atas
talian. Kerjasama dengan pihak Open Learning Malaysia telah diadakan dan
MQA telah memiliki portal sendiri di platform tersebut. Usaha akan diteruskan
oleh MQATC pada 2019, dengan pembangunan modul yang akan dimuat
naik ke portal tersebut untuk digunakan oleh APP MQA. Platform latihan
online ini akan memastikan APP MQA dikemas kini dengan pembaharuan
11
yang dilaksanakan oleh MQA disamping dapat menjimatkan kos bagi
pelaksanaan latihan kepada APP.
HALA TUJU 4 : MEMPERKASA BAKAT DAN KEPIMPINAN
32. Kelestarian organisasi MQA pada tahun-tahun mendatang amat bergantung
kepada bakat dan kepimpinan yang berdaya saing. Ini penting bagi
membolehkan MQA sentiasa kekal relevan dalam persekitaran yang dinamik
dan pesat berubah. Justeru pembangunan kapasiti bakat warga MQA
perlu dilaksanakan secara terarah dan berfokus.
33. Justeru itu, bagi tahun 2019, usaha untuk pembentukan kepimpinan yang
mampan di MQA ini diteruskan melalui bengkel Pembentukan Kepimpinan
siri 2 dan Pembentukan Pelan Penggantian (Succession Planning) MQA
yang efektif berdasarkan keperluan organisasi. MQA diharapkan akan
memiliki pemimpin yang berwibawa yang mampu mengalas tanggungjawab
sebagai badan jaminan kualiti yang unggul dan disegani di dalam negara dan
di peringkat serantau.
34. Selain itu, program pemantapan kumpulan pelaksana dan juga
pengurusan dan profesional turut akan dilaksanakan untuk
mengekalkan semangat kerja berpasukan dan meningkatkan kemahiran
dalam organisasi. Untuk tersebut, sebanyak 100 program latihan dalaman
dan luaran merangkumi latihan fungsional dan generik untuk ditawarkan
kepada semua warga MQA. Saya berharap warga MQA akan mengambil
peluang melalui program latihan disediakan bagi tujuan penambahbaikan
dan peningkatan ilmu.
HARAPAN DAN PENUTUP
35. Apabila berbicara mengenai kisah kejayaan kita, kita harus sedar dan jangan
leka untuk terus memperbaiki diri ke arah yang lebih maju dan berdaya
saing. Justeru itu, saya dan Pengurusan Tertinggi MQA ingin mengucapkan
12
terima kasih kepada setiap seorang warga MQA yang telah menerima baik
setiap usaha yang kita lakukan dan menjadi sebahagian daripada sistem
pengajian tinggi Malaysia. Dan sesungguhnya setiap kerjasama dan
sokongan yang diberikan menjadikan kita semua lebih bersemangat dan
lebih kuat dalam menghadapi cabaran pengajian tinggi yang sentiasa
berubah dan perlu sentiasa diperkemas dari semasa ke semasa.
36. Berbekalkan kepada kekuatan dan kelebihan yang dicapai, kita dan MQA
akan bersama-sama memperkukuh peranan penjaminan kualiti pengajian
tinggi yang diamanahkan, meneroka pendekatan baru dan
mempertingkatkan kaedah sedia ada dalam memastikan kerangka kualiti
pengajian tinggi Malaysia kekal relevant, respected dan referred.
Tuan-tuan dan Puan-puan,
37. Kita semua sedia maklum bahawa keyakinan pihak luar ke atas MQA saban
hari semakin bertambah. Kita perlu menjadikannya sebagai satu cabaran
untuk menjadi organisasi yang terkehadapan. Justeru itu, saya percaya kita
perlu terus berusaha memperkukuhkan pembangunan kepakaran dalaman
dan dalam waktu yang sama melahirkan sebanyak mungkin pemimpin
jaminan kualiti atau quality assurance leaders.
Tuan-tuan dan Puan-puan
38. MQA sebuah agensi yang saiznya tidak begitu besar. Saya dapat rasakan
keakraban antara warganya. Oleh itu, dengan semangat kekitaan yang ada
ini, saya berharap kita semua akan bersatu hati dalam memacu MQA ke arah
yang lebih gemilang. Semangat setia kawan yang tinggi di kalangan warga
MQA ini akan mewujudkan lagi suasana kerja yang harmoni ibarat MQA 1
Keluarga.
39. Akhir kata, saya ingin menyeru setiap warga MQA untuk melaksanakan
tanggungjawab dan usaha yang terbaik bagi tahun ini. Saya harap setiap
13
daripada kita akan sentiasa bersedia untuk belajar pada sebarang
kesempatan yang ada untuk faedah dan kebaikan kita bersama.
Jikalau tuan mengangkat peti ,
Tolong masukkan segala barang;
Harapnya semua bersatu hati .
Kerja yang susah menjadi senang .
Tuan Mahmud bermain tombak,
Dang Kasuma menangkap tupai;
Usah takut dilambung ombak,
Impian dan matlamat sama dicapai.
Dari Bentan ke Kota Linggi,
Singgah di Jengka membeli toman;
Pendidikan kita martabatnya tinggi,
Jadi warisan zaman-berzaman.
Sekian, terima kasih.