pelaburan bijak mampu mengukuhkan dana masa hadapan

3
Kelab pelaburan bijak pnb yang berprinsipkan mendidik dan membentuk remaja berilmu dan cemerlang telah membuatkan saya terpanggil untuk kita sama-sama menghayati mendalami irama yang berbunyi “PELABURAN BIJAK” MAMPU MENGUKUHKAN DANA MASA HADAPAN. Terima kasih kepada nakoda pimpinan majlis yang bervisi,barisan kehakiman yang berintegriti,tetamu kehormat yang dihormati seterusnya sidang dewan yang dikasihi Assalamualaikum dan salam 1 malaysia Secara konseptualnya tajuk pidato saya menfokuskan terhadap Pelabur institusi atau yang mempunyai pengetahuan dalam pelaburan akan dapat menjamin tahap kewangan mereka kelak maka ia mengkehendakan saya untuk berbicara sejauh mana pelaburan bijak mampu membuahkan manfaat disamping mampu menjamin kewangan dimasa hadapan yang cemerlang.bagi menjawap persoalan ini saya bawakan 4 prakmatik utama yang bakal meleraikan simpulan pemikiran ini. Prakmatik saya yang pertama : Pelaburan bijak pemacu pendidikan komprehensif Secara amnya ibu bapa harus memainkan peranan penting Untuk memberikan pendidkan yang sempurna buat anak-anak.mereka memerlukan pendidikan yang mencukupi bagi mendapatkan kemahiran dan ilmu pengetahuan.namun Kos pendidikan pada hari ini apatah lagi dimasa akan datang bukan semurah promosi kain di masa perayaan,tetapi kos nya memncecah puluhan ribu ringgit,jika kita lihat pada hari ini saja kos pendidikan di universiti Monash di Australia mencecah sehingga RM320,000 dan dijangkan melonjak kepada RM576,000 selepas 15 tahun mendatang. Jesteru ibu bapa kini harus bijak melabur untuk menjamin pendidikan anak-anak yang bakal merempuh lorong globalisasi kelak.maka tidak hairanlah PNB telah menerbitkan amanah saham didik buat golongan kanak-kanak sebagai salah satu pelaburan bijak seawal usia 6 bulan.tegasnya dengan bertunjangkan pelaburan yang bijak mampu menjamin pendidikan yang sempurna Tidak cukup satu menyusul pula prakmatik saya yang kedua : Pelaburan bijak mengekang masalah kewangan tatkala petaka mendatang Kita perlu bersedia menghadapi sebarang kemungkinan yang tidak diduga, kesulitan atau kecemasan seperti masalah kesihatan atau kemalangan seiring dengan pepatah melayu "sediakan payung sebelum hujan". Disinilah fungsi Pelaburan yang bijak agar dapat meminimum sebarang kesulitan yang berpunca daripada kekurangan wang pada waktu yang tidak dijangka.mari kita renungkan rentetan yang di petik dari sinar harian bertarikh 7 febuari 2010 di mana seorang suami terpaksa meminjam along sebanyak RM30,000 untuk membiayai kos perubatan isterinya.sedih bukan,namun sekiranya kita melakukan pelaburan

Upload: izawaty-ismail

Post on 26-Sep-2015

27 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

tajuk

TRANSCRIPT

Kelab pelaburan bijak pnb yang berprinsipkan mendidik dan membentuk remaja berilmu dan cemerlang telah membuatkan saya terpanggil untuk kita sama-sama menghayati mendalami irama yang berbunyi PELABURAN BIJAK MAMPU MENGUKUHKAN DANA MASA HADAPAN.

Terima kasih kepada nakoda pimpinan majlis yang bervisi,barisan kehakiman yang berintegriti,tetamu kehormat yang dihormati seterusnya sidang dewan yang dikasihi

Assalamualaikum dan salam 1 malaysia

Secara konseptualnya tajuk pidato saya menfokuskan terhadap Pelabur institusi atau yang mempunyai pengetahuan dalam pelaburan akan dapat menjamin tahap kewangan mereka kelak maka ia mengkehendakan saya untuk berbicara sejauh mana pelaburan bijak mampu membuahkan manfaat disamping mampu menjamin kewangan dimasa hadapan yang cemerlang.bagi menjawap persoalan ini saya bawakan 4 prakmatik utama yang bakal meleraikan simpulan pemikiran ini.Prakmatik saya yang pertama : Pelaburan bijak pemacu pendidikan komprehensif Secara amnya ibu bapa harus memainkan peranan penting Untuk memberikan pendidkan yang sempurna buat anak-anak.mereka memerlukan pendidikan yang mencukupi bagi mendapatkan kemahiran dan ilmu pengetahuan.namun Kos pendidikan pada hari ini apatah lagi dimasa akan datang bukan semurah promosi kain di masa perayaan,tetapi kos nya memncecah puluhan ribu ringgit,jika kita lihat pada hari ini saja kos pendidikan di universiti Monash di Australia mencecah sehingga RM320,000 dan dijangkan melonjak kepada RM576,000 selepas 15 tahun mendatang. Jesteru ibu bapa kini harus bijak melabur untuk menjamin pendidikan anak-anak yang bakal merempuh lorong globalisasi kelak.maka tidak hairanlah PNB telah menerbitkan amanah saham didik buat golongan kanak-kanak sebagai salah satu pelaburan bijak seawal usia 6 bulan.tegasnya dengan bertunjangkan pelaburan yang bijak mampu menjamin pendidikan yang sempurna Tidak cukup satu menyusul pula prakmatik saya yang kedua : Pelaburan bijak mengekang masalah kewangan tatkala petaka mendatangKita perlu bersedia menghadapi sebarang kemungkinan yang tidak diduga, kesulitan atau kecemasan seperti masalah kesihatan atau kemalangan seiring dengan pepatah melayu "sediakan payung sebelum hujan". Disinilah fungsi Pelaburan yang bijak agar dapat meminimum sebarang kesulitan yang berpunca daripada kekurangan wang pada waktu yang tidak dijangka.mari kita renungkan rentetan yang di petik dari sinar harian bertarikh 7 febuari 2010 di mana seorang suami terpaksa meminjam along sebanyak RM30,000 untuk membiayai kos perubatan isterinya.sedih bukan,namun sekiranya kita melakukan pelaburan yang bijak sedari awal lagi sudah pasti isu along tidak lagi kedengaran.sudah terang lagi bersuluh dengan berpaksikan pelaburan yang bijak mampu mengekang masalah kewangan disaat memerlukanKini tiba Prakmatik saya yang ketiga : hari tua bernilai pabila bijak melaburUntuk menikmati hidup yang lebih selesa disaat usia beransur senja,kita perlu bijak melabur bagi menjamin keperluan seharian didalam lautan manusia yang dibadai arus modenisasi kelak.dengan kebijaksanaan dalam pelaburan disaat usia dimamah zaman disaat rambut mula memutih kepala kita sepatutnya menikmati hasil pulangan pelaburan.Terdetik di hati ingin memetik rentetan kisah azean irdawaty seorang pelakon yang kini berusia 61 tahun yang ingin berlakon semula dek kerana masalah kewangan yang menghimpit,puncanya tiada pelaburan yang bijak bagi menampung keperluannya disaat bergelar warga emas.Rasa terkilan dihati,dihambat sedih meratapi,mahukah kita disaat usia menongkah zaman terumbang-ambing ditimpa masalah kewangan.tuntasnya pelaburan yang bijak menjamin kehidupan yang selesa disaat hari tua mendatang.Prakmatik saya yang keempat dan yang terakhir : Pelaburan bijak dicanang pulangan lumayan ditatangPernahkah kita terfikir untuk menjadi seorang jutawan?apatah lagi dizaman yang penuh dengan cabaran hidup dirempuh beban hutang yang datang.pasti anda semua mengatakan mustahil untuk menjadi jutawan disaat taraf hidup semakin meningkatnamun dengan kebijaksanaan dalam pelaburan mampu merealisasikan impian bergelar seorang jutawan sekaligus menjadi bentang kepada beban hutang yang kian memanggil-manggil.mari kita renungi kisah hidup mengenai seorang yang digelar lelaki tin kosong atau nama sebenarnya curt Degerman yang mempunyai harta sebanyak AS$1.6 juta bersamaan RM5.21 juta hasil dari pelaburan yang bijak dan Cuma bermodalkan daripada mengutip dan menjual tin kosang.jelaslah disini pelaburan yang bijak mampu memberikan pulangan yang lumayan kelak.Sebelum saya mengudur diri,saya mohan agar hadirin dan hadirat sekalian membuka minda,berpandangan jauh dan mulakan pelaburan yang bijak kerna dengan pelaburan yang bijak jelas sekali mampu mengukuhkan dana di masa hadapan dan jangan sampai ayam ditambat disambar helang,padi ditangan tubuhnya lalang.Dan ingin sekali saya ucapkan jutaan terima kasih kepada kelab pelaburan bijak PNB yang tidak pernah jemu mendidik,mencang,mencurahkan segala ilmu buat melahirkan rakyat yang cemerlang,gemilang dan terbilang.

Sebagai penutup bicara mari kita dalami dan hayati kata-kata yang penuh bermakna.

jika kita gagal untuk merancang kita merancang untuk gagal

sekian terima kasih.