pekeliling_perkhidmatan_bilangan_14_tahun_2011-pelaksanaan_saraan_baru_perkhidmatan_awam_bagi_perkhidmatan_polis_diraja_malaysia_(pdrm)2135452149.pdf...
TRANSCRIPT
-
8/17/2019 pekeliling_perkhidmatan_bilangan_14_tahun_2011-pelaksanaan_saraan_baru_perkhidmatan_awam_bagi_perkhidm…
http:///reader/full/pekelilingperkhidmatanbilangan14tahun2011-pelaksanaansaraanbaruperkhidmatanawambagip… 1/99
JPA.SARAAN 256/24/1-2 Siri No. :
KERAJAAN MALAYSIA
PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 14 TAHUN 2011
PELAKSANAAN SARAAN BARU PERKHIDMATAN AWAM
BAGI PERKHIDMATAN POLIS DIRAJA MALAYSIA
TUJUAN
1.
Pekeliling Perkhidmatan ini bertujuan untuk melaksanakan Saraan Baru
Perkhidmatan Awam (SBPA) bagi Perkhidmatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang
melibatkan struktur perkhidmatan yang merangkumi skim perkhidmatan, syarat
perkhidmatan, gaji, elaun, kemudahan, dan persaraan serta faedah persaraan.
LATAR BELAKANG
2. Bertunjangkan penyampaian perkhidmatan yang mana rakyat didahulukan dan
pencapaian diutamakan, maka inisiatif transformasi Perkhidmatan Awam akan
dilaksana melalui SBPA yang berpaksikan kepada kepimpinan dinamik,
Perkhidmatan Awam kejat, perkhidmatan yang fleksibel, modal insan berkualiti dan
saraan yang kompetitif. Ia mengganti Sistem Saraan Malaysia (SSM) yang berkuat
kuasa sejak tahun 2002.
-
8/17/2019 pekeliling_perkhidmatan_bilangan_14_tahun_2011-pelaksanaan_saraan_baru_perkhidmatan_awam_bagi_perkhidm…
http:///reader/full/pekelilingperkhidmatanbilangan14tahun2011-pelaksanaansaraanbaruperkhidmatanawambagip… 2/99
2
3.
Transformasi Perkhidmatan Awam adalah diperlukan untuk menjayakan
agenda pembangunan negara yang termaktub di bawah Gagasan 1Malaysia, Program
Transformasi Kerajaan, Model Baru Ekonomi, Rancangan Malaysia Kesepuluh dan
inisiatif-inisiatif pembangunan yang lain.
GLOSARI ISTILAH
4. Istilah yang digunakan dalam Pekeliling Perkhidmatan ini adalah seperti di
Lampiran A.
STRUKTUR PERKHIDMATAN
Kumpulan Perkhidmatan
5. Struktur perkhidmatan di bawah SBPA adalah terbahagi kepada empat (4)
kumpulan perkhidmatan iaitu Kumpulan Premier, Kumpulan Pengurusan Tertinggi,
Kumpulan Pengurusan dan Profesional, dan Kumpulan Pelaksana.
6. Kumpulan Premier merupakan lapisan teratas dalam struktur Perkhidmatan
Awam yang menyandang atau memegang strategic and key position. Bagi PDRM,
jawatan Ketua Polis Negara adalah tergolong di bawah Kumpulan Premier.
7.
Kumpulan Pengurusan Tertinggi bagi perkhidmatan PDRM bermaksud
Jawatan Utama yang berperanan strategik menerajui jentera pengurusan organisasi. Di
bawah SBPA, pangkat di bawah kelompok Jawatan Utama adalah terbahagi kepada:
7.1 Timbalan Ketua Polis Negara
7.2 Pesuruhjaya Kanan Polis
7.3 Pesuruhjaya Polis
7.4
Timbalan Pesuruhjaya Polis
-
8/17/2019 pekeliling_perkhidmatan_bilangan_14_tahun_2011-pelaksanaan_saraan_baru_perkhidmatan_awam_bagi_perkhidm…
http:///reader/full/pekelilingperkhidmatanbilangan14tahun2011-pelaksanaansaraanbaruperkhidmatanawambagip… 3/99
3
8.
Kumpulan Pengurusan dan Profesional adalah dikekal dengan lapisan pangkat
sebagaimana sedia ada.
9.
Bagi melonjakkan prestasi penyampaian Perkhidmatan Awam, Kumpulan
Pengurusan Tertinggi dan Kumpulan Pengurusan dan Profesional telah ditetapkan
bidang jawatan masing-masing sebagaimana di dalam Jadual 1.
Jadual 1: Kumpulan Perkhidmatan dan Bidang Jawatan
Kumpulan Perkhidmatan Bidang Jawatan
Pengurusan Tertinggi Strategik
Pengurusan dan Profesional
StrategikPakar Bidang Khusus
(Subject Matter Expert [SME])
Pengurusan dan Operasi
10. Kumpulan Pelaksana diperkenal bagi menggantikan Kumpulan Sokongan.
Lapisan pangkat bagi Kumpulan Pelaksana adalah mengikut kelayakan masuk
minimum seperti ditetapkan dalam skim perkhidmatan.
Rasionalisasi Perkhidmatan
11.
Pelaksanaan Perkhidmatan Awam kejat memberi penekanan ke atas saiz dan
guna tenaga secara optimum. Kementerian/ Jabatan/ agensi termasuk perkhidmatan
PDRM dikehendaki memberi tumpuan kepada fungsi utamanya bagi mengelakkan
pertindihan fungsi antara satu dengan yang lain. Langkah penyesuaian saiz
Perkhidmatan Awam, penjajaran fungsi utama perkhidmatan, kajian pertindihan
fungsi agensi, pengenalpastian perkhidmatan yang boleh dialih daya dan
perekayasaan proses kerja serta semakan skim perkhidmatan akan dilaksanakan.
-
8/17/2019 pekeliling_perkhidmatan_bilangan_14_tahun_2011-pelaksanaan_saraan_baru_perkhidmatan_awam_bagi_perkhidm…
http:///reader/full/pekelilingperkhidmatanbilangan14tahun2011-pelaksanaansaraanbaruperkhidmatanawambagip… 4/99
4
PENGGELARAN GRED GAJI
12. Penggelaran gred gaji dikemas kini selaras dengan pembentukan Jadual Gaji
Sebaris (JGS) yang menggantikan Jadual Gaji Matriks (JGM). Dengan ini,
penggelaran gred gaji baru PDRM adalah seperti di Jadual 2.
Jadual 2 : Pangkat/ Gred Gaji PDRM
Pangkat SSM SBPA
Kumpulan Premier
Ketua Polis Negara - Premier
Kumpulan Pengurusan Tertinggi
Ketua Polis Negara Timbalan Ketua Polis NegaraPesuruhjaya Kanan PolisPesuruhjaya PolisTimbalan Pesuruhjaya Polis
VUYA3VUYA5
-VUYA6VUYA7
- VUYA5VUYA6VUYA6iVUYA7
Kumpulan Pengurusan dan Profesional
Penolong Kanan Pesuruhjaya Polis YA24 YA20
Penolong Pesuruhjaya Polis YA22 YA18
Penguasa Polis YA20 YA16
Timbalan Penguasa Polis YA18 YA14Penolong Penguasa Polis YA16 YA12
Inspektor YA13 YA11
Kumpulan Pelaksana
Sub-Inspektor YA10 YA10
Sarjan Mejar YA8 YA8
Sarjan YA5/ YA6 YA6
Koperal YA4 YA4
Lans Koperal YA2 YA2
Konstabel YA1 YA1
Sub-Inspektor Orang Asli YP10 YP10
Sarjan Mejar Orang Asli YP8 YP8Sarjan Orang Asli YP6 YP6Koperal Orang Asli YP4 YP4Lans Koperal Orang Asli YP2 YP2Konstabel Orang Asli YP1 YP1
Sub-Inspektor Sokongan YT10 YT10
Sarjan Mejar Sokongan YT 8 YT 8Sarjan Sokongan YT 6 YT 6Koperal Sokongan YT 4 YT 4Lans Koperal Sokongan YT 2 YT 2Konstabel Sokongan YT 1 YT 1
-
8/17/2019 pekeliling_perkhidmatan_bilangan_14_tahun_2011-pelaksanaan_saraan_baru_perkhidmatan_awam_bagi_perkhidm…
http:///reader/full/pekelilingperkhidmatanbilangan14tahun2011-pelaksanaansaraanbaruperkhidmatanawambagip… 5/99
5
SKIM PERKHIDMATAN
13.
Senarai skim perkhidmatan PDRM adalah seperti dalam Lampiran B1.
Format Iklan Jawatan
14.
Pelantikan mulai 1 Januari 2012 hendaklah mengikut skim perkhidmatan baru
di bawah SBPA. Format iklan jawatan hendaklah diasaskan kepada skim
perkhidmatan berkenaan mengikut contoh seperti di Lampiran B2.
Kedudukan Skim Perkhidmatan Jumud Sebelum SBPA
15. Semua jawatan jumud sebelum SBPA akan dimansuhkan mengambil kira
fungsi skim perkhidmatan berkenaan tidak lagi diperlukan. Walau bagaimanapun,
penyandang jawatan jumud ini akan ditawarkan opsyen bertukar ke skim
perkhidmatan berkuat kuasa di bawah SBPA. Senarai pertukaran jawatan jumud ke
skim perkhidmatan berkuat kuasa di bawah SBPA adalah seperti di Lampiran B3.
16.
Bagi pegawai dalam kategori ini yang tidak bersetuju menerima opsyen SBPA,
pegawai di bawah Skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan
dibersarakan di bawah seksyen 6A(6) Akta Pencen 1980 (Akta 227) yang dibaca
bersama seksyen 10(5)(b) Akta 227. Manakala pegawai di bawah Skim Pencen akan
dibersarakan di bawah seksyen 10(5)(b) Akta 227.
PEMBANGUNAN MODAL INSAN
Latihan Sektor Awam
17. Pembangunan latihan berteraskan transformasi minda dan pengukuhan
kompetensi bagi membangunkan keupayaan intelektual, kemahiran dan sahsiah akan
dilaksanakan melalui strategi-strategi yang akan ditetapkan oleh Ketua Jabatan dari
semasa ke semasa.
http://../akept08/AppData/Local/Temp/PP(S)K3B/PP%20SBPA%2027.10.11/DRAF%20PP%20SBPA%20(PDRM)/PEKELILING%20SBPA%20(3)/PP%20SBPA/B2%20senarai%20skim%20280911.xlshttp://../akept08/AppData/Local/Temp/PP(S)K3B/PP%20SBPA%2027.10.11/DRAF%20PP%20SBPA%20(PDRM)/PEKELILING%20SBPA%20(3)/PP%20SBPA/B2%20senarai%20skim%20280911.xlshttp://../akept08/AppData/Local/Temp/PP(S)K3B/PP%20SBPA%2027.10.11/DRAF%20PP%20SBPA%20(PDRM)/PEKELILING%20SBPA%20(3)/PP%20SBPA/B2%20senarai%20skim%20280911.xlshttp://../akept08/AppData/Local/Temp/PP(S)K3B/PP%20SBPA%2027.10.11/DRAF%20PP%20SBPA%20(PDRM)/AppData/Roaming/PEKELILING%20SBPA%20(3)/PP%20SBPA/B5%20format%20iklan.xlshttp://../akept08/AppData/Local/Temp/PP(S)K3B/PP%20SBPA%2027.10.11/DRAF%20PP%20SBPA%20(PDRM)/AppData/Roaming/PEKELILING%20SBPA%20(3)/PP%20SBPA/B5%20format%20iklan.xlshttp://../akept08/AppData/Local/Temp/PP(S)K3B/PP%20SBPA%2027.10.11/DRAF%20PP%20SBPA%20(PDRM)/AppData/Roaming/PEKELILING%20SBPA%20(3)/PP%20SBPA/B5%20format%20iklan.xlshttp://../akept08/AppData/Local/Temp/PP(S)K3B/PP%20SBPA%2027.10.11/DRAF%20PP%20SBPA%20(PDRM)/AppData/Roaming/PEKELILING%20SBPA%20(3)/PP%20SBPA/B5%20format%20iklan.xlshttp://../akept08/AppData/Local/Temp/PP(S)K3B/PP%20SBPA%2027.10.11/DRAF%20PP%20SBPA%20(PDRM)/PEKELILING%20SBPA%20(3)/PP%20SBPA/B2%20senarai%20skim%20280911.xls
-
8/17/2019 pekeliling_perkhidmatan_bilangan_14_tahun_2011-pelaksanaan_saraan_baru_perkhidmatan_awam_bagi_perkhidm…
http:///reader/full/pekelilingperkhidmatanbilangan14tahun2011-pelaksanaansaraanbaruperkhidmatanawambagip… 6/99
6
Program Bersepadu Potensi Dan Kompetensi
18. Program Bersepadu Potensi dan Kompetensi (PROSPEK) diperkenalkan
sebagai sistem baru penilaian kompetensi dan potensi pegawai yang lebih menyeluruh
bagi menyandang jawatan di gred yang lebih tinggi. PROSPEK terdiri daripada
Penilaian Kompetensi dan Potensi (PKP) dan Pembangunan Kompetensi dan Potensi
(BKP). PKP bertujuan untuk mengenal pasti kompetensi dan potensi pegawai,
manakala BKP bertujuan membangun dan menilai kompetensi dan potensi pegawai
untuk menyandang gred jawatan lebih tinggi.
19.
Pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional yang terlibat dengan
pentadbiran, pengurusan dan penyeliaan perlu mengikuti PKP dan BKP sebelum
dipertimbangkan kenaikan pangkat. Bagi pegawai yang tidak terlibat dengan tugas-
tugas pentadbiran, pengurusan dan penyeliaan, pegawai akan dinilai melalui PKP
sahaja.
20.
Pegawai Kumpulan Pelaksana disyaratkan melalui PKP untuk dinaikkan
pangkat. Pegawai Kumpulan Pelaksana di gred lantikan yang berkhidmat 15 tahun
dan lebih boleh dipertimbangkan kenaikan pangkat secara KUP tanpa PKP. Walau
bagaimanapun, bagi kenaikan pangkat seterusnya pegawai dikehendaki melalui PKP.
SARAAN KETUA POLIS NEGARA
Gaji
21. Gaji Single Point adalah diperuntuk bagi jawatan Ketua Polis Negara (KPN) di
bawah Kumpulan Premier seperti di Lampiran C1.
22. Prestasi KPN perlu dinilai untuk menentukan kelestariannya bagi terus
menyandang jawatan dalam kumpulan ini serta pemberian bonus tahunan.
-
8/17/2019 pekeliling_perkhidmatan_bilangan_14_tahun_2011-pelaksanaan_saraan_baru_perkhidmatan_awam_bagi_perkhidm…
http:///reader/full/pekelilingperkhidmatanbilangan14tahun2011-pelaksanaansaraanbaruperkhidmatanawambagip… 7/99
7
23.
Sekiranya pegawai bersetuju menerima opsyen bagi pakej saraan dengan
terma dan syarat Kumpulan Premier, pegawai diberi gaji, elaun dan kemudahan
Kumpulan Premier.
24. Pada 1 Januari 2012, KPN yang sedang mengisi jawatan tersebut secara
kontrak akan ditawar kontrak baru berdasarkan baki tempoh kontrak yang ada dengan
terma dan syarat yang ditetapkan dalam Panduan Mengenai Dasar Dan Pelaksanaan
Urusan Perlantikan Dan Perkhidmatan Pegawai Kumpulan Premier.
Imbuhan Tetap, Elaun, Kemudahan Dan Bonus
25. Imbuhan Tetap Perumahan, Bayaran Bantuan Menyelenggara Rumah,
Imbuhan Tetap Keraian, Imbuhan Tetap Jawatan Utama dan Bantuan Pembantu
Rumah kepada KPN adalah dikekalkan. Walau bagaimanapun, Imbuhan Tetap
Keraian dan Imbuhan Tetap Jawatan Utama digabungkan menjadi Imbuhan Tetap
Jawatan Premier, manakala Imbuhan Tetap Perumahan dan Bayaran Bantuan
Menyelenggara Rumah digabungkan menjadi Imbuhan Perumahan Premier. Kadar
bagi Imbuhan Tetap Jawatan Premier dan Imbuhan Perumahan Premier serta Bantuan
Pembantu Rumah adalah seperti di Lampiran C1.
26. Selain itu, peruntukan kelayakan elaun, kemudahan dan bonus bagi KPN
adalah seperti di Lampiran C2.
Penilaian Prestasi
27.
Pelaksanaan pengukuran prestasi bagi Kumpulan Premier adalah berdasarkan
pengukuran berasaskan Petunjuk Prestasi Utama (Key Performance Indicators) dan
penilaian prestasi khas oleh panel penilai atau kaedah lain yang ditentukan oleh
Kerajaan dari semasa ke semasa.
-
8/17/2019 pekeliling_perkhidmatan_bilangan_14_tahun_2011-pelaksanaan_saraan_baru_perkhidmatan_awam_bagi_perkhidm…
http:///reader/full/pekelilingperkhidmatanbilangan14tahun2011-pelaksanaansaraanbaruperkhidmatanawambagip… 8/99
8
SARAAN KUMPULAN PENGURUSAN TERTINGGI
Gaji
28. Jadual Gaji Minimum - Maksimum adalah diperuntuk untuk Jawatan Utama di
bawah Kumpulan Pengurusan Tertinggi PDRM seperti di Lampiran C3.
Prinsip Dan Kaedah Pemindahan Gaji Di Bawah SBPA
29.
Gaji pegawai Kumpulan Pengurusan Tertinggi yang menerima opsyen SBPA
akan dipindahkan kepada Jadual Gaji Minimum - Maksimum. Prinsip pemindahan
adalah daripada matagaji akhir di gred gaji asal ke matagaji SBPA yang ditetapkan
dalam jadual pemindahan seperti di Lampiran C4.
Tarikh Pergerakan Gaji
30.
Tarikh Pergerakan Gaji (TPG) tahunan iaitu pada 1 Januari, 1 April, 1 Julai
dan 1 Oktober adalah dikekalkan.
31. Pemindahan gaji kepada Jadual Gaji Minimum - Maksimum tidak mengubah
TPG pegawai kecuali bagi mereka yang berada di matagaji maksimum pada
31 Disember 2011 akan diubah TPG kepada 1 Januari.
32.
Kaedah pemindahan gaji bagi pegawai yang TPG pada 1 Januari termasuk
pegawai yang dinyatakan di perenggan 31 di atas, gaji pegawai dipindahkan ke gaji
SBPA mengikut prinsip di perenggan 29 di atas dan kemudian pegawai diberi
Kenaikan Gaji Tahunan.
-
8/17/2019 pekeliling_perkhidmatan_bilangan_14_tahun_2011-pelaksanaan_saraan_baru_perkhidmatan_awam_bagi_perkhidm…
http:///reader/full/pekelilingperkhidmatanbilangan14tahun2011-pelaksanaansaraanbaruperkhidmatanawambagip… 9/99
9
33.
Bagi pegawai yang tarikh kenaikan pangkatnya pada 1 Januari 2012 hendaklah
diberi pemindahan gaji kepada gaji SBPA atas gred jawatan setara di SBPA terlebih
dahulu, kemudian diberi Kenaikan Gaji Tahunan dan seterusnya ditetapkan gaji
permulaan di gred kenaikan pangkat berdasarkan prinsip penetapan gaji kenaikan
pangkat.
34. Contoh kaedah pemindahan gaji di perenggan 32 dan 33 adalah seperti
berikut:
34.1 Pemindahan Gaji Bagi Pegawai Yang TPG Pada
1 Januari.
- Lampiran C5
34.2 Pemindahan Gaji Bagi Pegawai Yang Tarikh
Kenaikan Pangkat Pada 1 Januari 2012.
- Lampiran C6
Kenaikan Gaji Tahunan
35. Sejajar dengan tujuan untuk menjadikan pegawai berprestasi tinggi, konsep
Gaji Berasaskan Prestasi diperkenalkan di mana Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) bagi
Kumpulan Pengurusan Tertinggi ditetapkan mengikut pencapaian prestasi berdasar
peratusan.
36. KGT diberi kepada pegawai yang mencapai prestasi sekurang-kurangnya
Menepati Sasaran dengan kadar KGT di Jadual 3 tertakluk kepada gaji maksimum
dalam Jadual Gaji Minimum - Maksimum.
Jadual 3: Peratusan Kenaikan Gaji Tahunan
Prestasi % KGT
Melebihi Sasaran Secara Signifikan
(Significantly Exceed Target)15% daripada gaji
Melebihi Sasaran
( Exceed Target)8% daripada gaji
Menepati Sasaran
(On Target)5% daripada gaji
37.
Pegawai yang tidak menepati sasaran, tidak diberi KGT.
-
8/17/2019 pekeliling_perkhidmatan_bilangan_14_tahun_2011-pelaksanaan_saraan_baru_perkhidmatan_awam_bagi_perkhidm…
http:///reader/full/pekelilingperkhidmatanbilangan14tahun2011-pelaksanaansaraanbaruperkhidmatanawambagi… 10/99
10
38.
Formula penentuan amaun KGT ialah:
Amaun KGT hendaklah dibundarkan kepada RM5.00 tertinggi terhampir.
39. Contoh pemberian KGT adalah seperti di Lampiran C7.
Kenaikan Gaji Tahunan 2012
40. KGT 2012 bagi pegawai Kumpulan Pengurusan Tertinggi adalah pada kadar
5% daripada gaji kecuali mereka yang berprestasi rendah.
Imbuhan Tetap, Elaun Dan Kemudahan
41.
Pelaksanaan SBPA tidak mengubah pemberian Imbuhan Tetap, elaun dan
kemudahan yang sedang berkuat kuasa. Walau bagaimanapun, terdapat penetapan/
pindaan seperti berikut:
41.1
pegawai berpangkat Pesuruhjaya Polis dan Pesuruhjaya Kanan Polis
layak menikmati elaun dan kemudahan mengikut kelayakan Gred
Utama B.
41.2 kadar bagi dua (2) bayaran insentif yang ditetap berdasarkan gaji
pokok yang terpakai bagi PDRM iaitu Bayaran Insentif Pedalaman dan
Bayaran Insentif Wilayah adalah ditambat pada kadar gaji bulan
Disember 2011.
Penetapan Gaji Bagi Kenaikan Pangkat
42. Gaji yang diterima oleh seseorang pegawai yang dinaikkan pangkat hendaklah
lebih tinggi daripada gaji akhir yang diterima dalam gred terdahulu.
Amaun KGT = % KGT x Gaji Pokok
-
8/17/2019 pekeliling_perkhidmatan_bilangan_14_tahun_2011-pelaksanaan_saraan_baru_perkhidmatan_awam_bagi_perkhidm…
http:///reader/full/pekelilingperkhidmatanbilangan14tahun2011-pelaksanaansaraanbaruperkhidmatanawambagi… 11/99
11
42.1
Jika gaji hakiki dalam gred/ pangkat terdahulu adalah kurang daripada
gaji minimum dalam gred kenaikan pangkat dan perbezaan itu adalah
sama atau lebih daripada 5% daripada gaji hakiki dalam gred/ pangkat
terdahulu, pegawai itu hendaklah dibayar gaji minimum dalam gred
kenaikan pangkat itu.
42.2 Jika gaji hakiki dalam gred/ pangkat terdahulu kurang daripada gaji
minimum dalam gred kenaikan pangkat tetapi perbezaannya adalah
kurang daripada 5% daripada gaji dalam gred terdahulu, pegawai itu
hendaklah dibayar gaji di gred/ pangkat kenaikan pangkat yang sama
dengan gaji hakiki ditambah 5% daripada gaji hakiki.
42.3 Jika gaji hakiki dalam gred/ pangkat terdahulu sama atau lebih lebih
tinggi daripada gaji minimum dalam gred kenaikan pangkat, pegawai
itu hendaklah dibayar gaji dengan penambahan 5% daripada gaji hakiki
di gred/ pangkat terdahulu.
43.
Bagi kenaikan pangkat dari Penolong Kanan Pesuruhjaya ke Kumpulan
Pengurusan Tertinggi, kaedah penetapan gaji kenaikan pangkat dikekalkan seperti
mana prinsip yang sedang berkuat kuasa.
Penilaian Prestasi
44. Pengukuran prestasi bagi Kumpulan Pengurusan Tertinggi adalah
menggunakan pengukuran berasaskan Petunjuk Prestasi Utama (Key Performance
Indicators) yang digabungkan dalam borang Laporan Penilaian Prestasi Tahunan
(LNPT) atau kaedah lain yang ditentukan oleh Kerajaan.
-
8/17/2019 pekeliling_perkhidmatan_bilangan_14_tahun_2011-pelaksanaan_saraan_baru_perkhidmatan_awam_bagi_perkhidm…
http:///reader/full/pekelilingperkhidmatanbilangan14tahun2011-pelaksanaansaraanbaruperkhidmatanawambagi… 12/99
12
SARAAN KUMPULAN PENGURUSAN DAN PROFESIONAL SERTA
KUMPULAN PELAKSANA
Gaji
45. JGS adalah dibentuk bagi menggantikan JGM sedia ada yang terpakai bagi
Kumpulan Pengurusan dan Profesional, serta Kumpulan Pelaksana.
46. Struktur JGS mempunyai ciri-ciri seperti berikut:
46.1 matagaji mengikut susunan Tangga (T) dalam sebaris bagi setiap gred
gaji.
46.2 bilangan Tangga (T) yang sama di gred gaji yang sama dalam semua
Klasifikasi Perkhidmatan.
46.3 kadar KGT yang sama bagi setiap gred yang setaraf dalam semua
Klasifikasi Perkhidmatan dengan pola peningkatan KGT yang lebih
baik berbanding gred lebih rendah.
47. JGS bagi skim perkhidmatan tetap adalah seperti di Lampiran C8 manakala
JGS bagi skim perkhidmatan jumud adalah seperti di Lampiran C9.
Prinsip Pemindahan Gaji
48.
Prinsip pemindahan gaji di bawah opsyen SBPA adalah daripada matagaji
yang akhir diterima di gred gaji asal kepada matagaji yang sama atau tertinggi
berhampiran dalam JGS, di mana perbezaannya tidak kurang daripada satu (1)
Pergerakan Gaji Biasa di gred gaji asal.
-
8/17/2019 pekeliling_perkhidmatan_bilangan_14_tahun_2011-pelaksanaan_saraan_baru_perkhidmatan_awam_bagi_perkhidm…
http:///reader/full/pekelilingperkhidmatanbilangan14tahun2011-pelaksanaansaraanbaruperkhidmatanawambagi… 13/99
13
Kaedah Pemindahan Gaji Dan Tarikh Pergerakan Gaji
49. Bagi maksud pemindahan gaji ke JGS pada 1 Januari 2012, pegawai diberikan
satu Pergerakan Gaji Biasa di gred gaji asal dan kemudiannya dipindahkan kepada
JGS berdasarkan matagaji yang sama dan sekiranya tiada matagaji sama, penetapan
adalah pada matagaji tertinggi berhampiran.
50. Bagi pegawai yang berada di matagaji maksimum jadual gaji asal, pegawai
diberikan kuantum satu Pergerakan Gaji Biasa di gred gaji asal dan kemudiannya
dipindahkan kepada JGS berdasarkan matagaji yang sama dan sekiranya tiada
matagaji sama, penetapan adalah pada matagaji tertinggi berhampiran.
51. Pegawai yang tarikh kenaikan pangkatnya pada 1 Januari 2012 hendaklah
diberi pemindahan gaji dari matagaji di gred hakiki kepada matagaji di gred setara
SBPA terlebih dahulu dan seterusnya ditetapkan gaji permulaan di gred kenaikan
pangkat berdasarkan prinsip kenaikan pangkat di atas gaji SBPA.
52.
Contoh kaedah pemindahan gaji di perenggan 49, 50, dan 51 adalah seperti di
Lampiran C10.
53. Tarikh Pergerakan Gaji (TPG) tahunan iaitu pada 1 Januari, 1 April, 1 Julai
dan 1 Oktober adalah dikekalkan.
54. Pemindahan JGM kepada JGS tidak mengubah TPG pegawai kecuali dalam
keadaan berikut:
54.1 pegawai yang telah berada di matagaji maksimum pada 31 Disember
2011 akan diubah TPG kepada 1 Januari.
54.2
pegawai yang terlibat dengan pemindahan gaji daripada dua (2) atau
lebih matagaji JGM kepada satu (1) matagaji baru yang sama di JGS.
TPG pegawai ditetapkan kepada TPG baru.
-
8/17/2019 pekeliling_perkhidmatan_bilangan_14_tahun_2011-pelaksanaan_saraan_baru_perkhidmatan_awam_bagi_perkhidm…
http:///reader/full/pekelilingperkhidmatanbilangan14tahun2011-pelaksanaansaraanbaruperkhidmatanawambagi… 14/99
14
55.
Jadual pemindahan JGM kepada JGS dan penetapan TPG adalah seperti
berikut:
55.1 Jadual Pemindahan Gaji Dan Penetapan Tarikh
Pergerakan Gaji Bagi Klasifikasi Perkhidmatan
Polis Diraja Malaysia.
- Lampiran C11
55.2 Jadual Pemindahan Gaji Dan Penetapan Tarikh
Pergerakan Gaji Bagi Klasifikasi Perkhidmatan
Polis Diraja Malaysia (Penyandang Yang Tidak
Memenuhi Syarat).
- Lampiran C12
Pergerakan Gaji Tahunan
56. Di bawah SBPA hanya satu jenis Pergerakan Gaji Tahunan diberikan iaitu
Pergerakan Gaji Biasa. Bagi pegawai yang tidak mencapai prestasi yang ditetapkan
tidak layak menerima pergerakan gaji. Pergerakan Gaji Tahunan bagi tahun 2012
hendaklah diberi mengikut TPG yang telah ditetapkan seperti di perenggan 53, 54 dan
55.
Jadual Gaji Khas Untuk Penyandang
57. Mulai pelaksanaan SBPA, tiada lagi Jadual Gaji KUP diwujudkan untuk
kes-kes kenaikan pangkat, pertukaran pelantikan, pertukaran sementara, peminjaman,
pertukaran tetap dan Peningkatan Secara Lantikan (PSL). Bagi kes-kes tersebut,
penetapan/ tawaran gaji adalah tertakluk kepada gaji maksimum dalam Jadual Gaji
Minimum – Maksimum atau JGS di gred kenaikan pangkat/ gred yang ditawarkan.
58. Bagi tujuan tawaran opsyen SBPA kepada pegawai yang berada di jadual gaji
SSM secara Khas Untuk Penyandang (KUP), pemindahan gaji hendaklah
dilaksanakan seperti mana pegawai yang berada di matagaji maksimum di bawah
SSM mengikut prinsip-prinsip seperti di perenggan 48 dan 54.1.
-
8/17/2019 pekeliling_perkhidmatan_bilangan_14_tahun_2011-pelaksanaan_saraan_baru_perkhidmatan_awam_bagi_perkhidm…
http:///reader/full/pekelilingperkhidmatanbilangan14tahun2011-pelaksanaansaraanbaruperkhidmatanawambagi… 15/99
15
59.
Ketua Jabatan hendaklah memohon Jadual Pemindahan Gaji daripada Jabatan
Perkhidmatan Awam (JPA) (Bahagian Saraan) bagi keadaan berikut:
59.1
pegawai yang gajinya tidak diperuntukkan dalam Jadual Pemindahan
Gaji di Lampiran C11 dan Lampiran C12.
59.2 pegawai yang gajinya di bawah Laporan Gaji Jawatankuasa Kabinet
1976 (Laporan JKK 1976) dan Sistem Saraan Baru (SSB) yang
menerima tawaran opsyen SBPA.
Pegawai Lantikan Kontrak (Contract of Service)
60. Pegawai lantikan kontrak (contract of service) akan diselaraskan gajinya
mengikut kaedah pemindahan gaji SBPA. Kaedah ini tidak terpakai bagi KPN yang
jawatannya dijadikan jawatan dalam Kumpulan Premier.
IMBUHAN TETAP DAN ELAUN
Imbuhan Tetap Dan Elaun
61. Prinsip, kadar dan syarat-syarat bayaran Imbuhan Tetap yang berkuat kuasa
dikekalkan di bawah SBPA.
62. Syarat-syarat dan peraturan pelaksanaan Imbuhan Tetap tersebut hendaklah
merujuk kepada Pekeliling Perkhidmatan, Surat Pekeliling Perkhidmatan, surat edaranatau surat pelaksanaan yang berkuat kuasa. Senarai Imbuhan Tetap adalah seperti di
Lampiran D1.
63. Syarat-syarat dan peraturan pelaksanaan bagi elaun hendaklah merujuk kepada
Pekeliling Perkhidmatan, Surat Pekeliling Perkhidmatan, surat edaran atau surat
pelaksanaan yang berkuat kuasa. Senarai elaun adalah seperti di Lampiran D2.
-
8/17/2019 pekeliling_perkhidmatan_bilangan_14_tahun_2011-pelaksanaan_saraan_baru_perkhidmatan_awam_bagi_perkhidm…
http:///reader/full/pekelilingperkhidmatanbilangan14tahun2011-pelaksanaansaraanbaruperkhidmatanawambagi… 16/99
16
Bayaran Insentif Yang Ditambatkan Kadar
64. Kadar bagi dua (2) bayaran insentif yang ditetap berdasarkan gaji pokok yang
terpakai bagi PDRM iaitu Bayaran Insentif Pedalaman dan Bayaran Insentif Wilayah
adalah ditambat pada kadar gaji bulan Disember 2011.
KEMUDAHAN
65. Kemudahan adalah diberi atas prinsip keistimewaan dan bukan merupakan hak
seseorang pegawai. Ia boleh ditarik balik pada bila-bila masa jika perlu. Semua
kemudahan yang berkuat kuasa dikekalkan.
66. Syarat-syarat dan peraturan pelaksanaan kemudahan tersebut hendaklah
merujuk kepada Pekeliling Perkhidmatan, Surat Pekeliling Perkhidmatan, surat edaran
atau surat pelaksanaan yang berkuat kuasa. Senarai kemudahan adalah seperti di
Lampiran E.
SYARAT-SYARAT PERKHIDMATAN
Tempoh Percubaan
67. Mulai tarikh kuat kuasa SBPA, calon yang dilantik secara tetap dikehendaki
berkhidmat dalam tempoh percubaan antara enam (6) bulan hingga 24 bulan. Pegawai
boleh disahkan dalam perkhidmatan setelah melalui tempoh percubaan sekurang-
kurangnya enam (6) bulan dan memenuhi syarat pengesahan lain yang ditetapkan.
68. Pegawai yang masih tidak dapat disahkan dalam perkhidmatan setelah tamat
tempoh percubaan maksimum 24 bulan, boleh dilanjutkan tempoh percubaan tidak
melebihi tempoh satu (1) tahun.
-
8/17/2019 pekeliling_perkhidmatan_bilangan_14_tahun_2011-pelaksanaan_saraan_baru_perkhidmatan_awam_bagi_perkhidm…
http:///reader/full/pekelilingperkhidmatanbilangan14tahun2011-pelaksanaansaraanbaruperkhidmatanawambagi… 17/99
17
69.
Bagi calon yang dilantik tetap tetapi belum disahkan dalam perkhidmatan
mulai tarikh kuat kuasa SBPA dan bersetuju menerima SBPA, tempoh percubaan dan
pengesahan dalam perkhidmatan adalah seperti berikut:
69.1 pegawai boleh disahkan pada atau selepas tarikh kuat kuasa SBPA
tertakluk telah berkhidmat dalam tempoh percubaan enam (6) bulan
atau lebih dan memenuhi semua syarat pengesahan dalam
perkhidmatan di bawah SSM.
69.2 pegawai yang telah berkhidmat dalam tempoh percubaan selama 24
bulan atau lebih tetapi belum memenuhi syarat pengesahan dalam
perkhidmatan, dibenar menghabiskan baki tempoh percubaan asal di
bawah SSM atau baki tempoh yang dilanjutkan oleh Pihak Berkuasa
Melantik dan pegawai boleh disahkan sekiranya telah memenuhi semua
syarat pengesahan dalam perkhidmatan.
Program Transformasi Minda
70.
Program Transformasi Minda (PTM) diperkenalkan sebagai satu pendekatan
untuk memberi pendedahan dan penyesuaian minda pegawai di peringkat awal
pelantikan dalam Perkhidmatan Awam. Program ini dibentuk bagi membolehkan
pegawai memahami falsafah dan prinsip pembentukan negara, sistem pentadbiran
Kerajaan dan peraturan-peraturan asas Perkhidmatan Awam serta pembentukan jati
diri bagi menghadapi cabaran dan ekspektasi pelanggan. PTM menjadi salah satu
daripada syarat pengesahan dalam perkhidmatan bagi menggantikan Kursus Induksi.
Penilaian Prestasi
71. Sistem penilaian prestasi baru yang lebih menyeluruh diperkenalkan meliputi
penggunaan kaedah pelbagai penilai (multi-rater), Petunjuk Prestasi Utama (Key
Performance Indicators) dan Laporan Penilaian Prestasi Tahunan yang ditambah
baik. Sistem penilaian prestasi baru ini lebih inklusif, adil dan telus selaras dengan
keperluan perkhidmatan dan mengandungi elemen baru kompetensi seperti idea
inovatif dan kreatif serta sumbangan aktif pegawai di luar tugas rasmi.
-
8/17/2019 pekeliling_perkhidmatan_bilangan_14_tahun_2011-pelaksanaan_saraan_baru_perkhidmatan_awam_bagi_perkhidm…
http:///reader/full/pekelilingperkhidmatanbilangan14tahun2011-pelaksanaansaraanbaruperkhidmatanawambagi… 18/99
18
72.
PDRM dibenarkan membuat pengubahsuaian terhadap komponen Sistem
Penilaian Prestasi baru selaras dengan peranan dan tugas perkhidmatan masing-
masing tertakluk kepada kelulusan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam.
Pingat Perkhidmatan Cemerlang
73. Selain daripada Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, Pingat Perkhidmatan
Cemerlang diperkenalkan bagi mengiktiraf sumbangan pegawai yang melangkaui
kebiasaan kepada perkhidmatan, masyarakat dan negara.
DASAR PEMISAH (EXIT POLICY) KUMPULAN PENGURUSAN
TERTINGGI, KUMPULAN PENGURUSAN DAN PROFESIONAL SERTA
KUMPULAN PELAKSANA
74.
Bagi memastikan kecemerlangan penyampaian Perkhidmatan Awam,
Kerajaan memperkukuhkan dasar pemisah dengan mengambil tindakan tegas untuk
mengeluarkan pegawai berprestasi rendah dan bermasalah. Dasar ini juga
menyediakan laluan keluar bagi pegawai berprestasi yang tiada peluang kemajuan
kerjaya serta pegawai yang menghadapi masalah kesihatan yang menjejaskan
keupayaannya untuk menjalankan tugas.
PERSARAAN DAN FAEDAH PERSARAAN KUMPULAN PENGURUSAN
TERTINGGI, KUMPULAN PENGURUSAN DAN PROFESIONAL SERTA
KUMPULAN PELAKSANA
Umur Persaraan Paksa 60 Tahun
75. Bagi pegawai yang dilantik pada atau selepas 1 Januari 2012, umur persaraan
paksa adalah 60 tahun. Bagi pegawai yang kini tertakluk kepada umur persaraan
paksa 55 tahun, 56 tahun atau 58 tahun, pegawai akan ditawar opsyen melanjutkan
perkhidmatan sehingga umur persaraan paksa 60 tahun. Borang opsyen pelanjutan
umur persaraan paksa 60 tahun seperti di Lampiran F.
-
8/17/2019 pekeliling_perkhidmatan_bilangan_14_tahun_2011-pelaksanaan_saraan_baru_perkhidmatan_awam_bagi_perkhidm…
http:///reader/full/pekelilingperkhidmatanbilangan14tahun2011-pelaksanaansaraanbaruperkhidmatanawambagi… 19/99
19
Kebolehalihan
76. Selaras dengan hasrat untuk meningkatkan lagi mobiliti pegawai dalam
perkhidmatan, Kerajaan bersetuju untuk memansuhkan dasar pelepasan dengan izin
dan menggantikannya dengan dasar pelepasan jawatan berkuat kuasa 1 Januari 2012.
Pemansuhan dasar ini membolehkan tempoh perkhidmatan pegawai diambil kira bagi
tujuan perkiraan faedah persaraan dengan syarat pegawai dilantik semula dalam
Perkhidmatan Awam.
77. Dari segi pelaksanaan, pegawai perlu memaklumkan kepada Ketua Jabatan
secara bertulis mengenai hasratnya untuk meninggalkan jawatan yang disandang bagi
tujuan menerima pelantikan baru dalam Perkhidmatan Awam. Pelepasan jawatan
tersebut akan berkuat kuasa mulai tarikh pegawai dilantik ke jawatan baru itu.
Manakala, pegawai yang akan dilantik ke Perkhidmatan Awam Negeri, Pihak
Berkuasa Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan serta pegawai yang berhenti
daripada Perkhidmatan Awam hendaklah meletak jawatan.
78.
Bagi pegawai yang melepaskan jawatan atau meletakkan jawatan dan
kemudiannya dilantik semula pada atau selepas 1 Januari 2012, tempoh perkhidmatan
lepas yang terputus boleh dimasuk kira bagi maksud penghitungan faedah persaraan.
Pembayaran Pencen Kepada Pesara Pilihan Diawalkan
79. Pegawai yang dilantik pada atau selepas 12 April 1991 dan kemudiannya
bersara pilihan akan dibayar pencen apabila mencapai umur 55 tahun.
Pengiraan Faedah Persaraan Bagi Persaraan Atas Kehendak Kerajaan
80. Pegawai yang dikehendaki oleh Kerajaan untuk dibersarakan atas alasan
kepentingan negara atau demi kepentingan Perkhidmatan Awam diberi faedah
persaraan yang dikira berdasarkan tempoh perkhidmatan seolah-olah pegawai itu
berkhidmat sehingga mencapai umur persaraan paksa yang terpakai baginya.
-
8/17/2019 pekeliling_perkhidmatan_bilangan_14_tahun_2011-pelaksanaan_saraan_baru_perkhidmatan_awam_bagi_perkhidm…
http:///reader/full/pekelilingperkhidmatanbilangan14tahun2011-pelaksanaansaraanbaruperkhidmatanawambagi… 20/99
20
TAWARAN OPSYEN
Opsyen
81. Opsyen hanya akan diberi kepada pegawai tetap yang sedang berkhidmat pada
1 Januari 2012. Pegawai tetap adalah yang dilantik ke jawatan tetap termasuk yang
dalam percubaan, tukar sementara dan peminjaman.
82. Bagi pegawai yang bersara, meletak jawatan atau dibuang kerja berkuat kuasa
pada 1 Januari 2012 atau sebelumnya, opsyen tidak ditawarkan kerana pegawai tidak
lagi berada dalam perkhidmatan pada 1 Januari 2012.
Tempoh Opsyen
83.
Opsyen hendaklah dibuat dalam tempoh 15 hari mulai 16 Disember 2011
hingga 30 Disember 2011.
84.
Tawaran opsyen kepada semua pegawai yang layak akan diuruskan oleh
pengurus sumber manusia Kementerian atau agensi masing-masing. Sekiranya PDRM
menyediakan aplikasi penawaran opsyen secara online, dokumen opsyen termasuk
surat tawaran yang lengkap boleh dimuat turun daripada laman web PDRM. Adalah
menjadi tanggungjawab pegawai untuk mengisi pilihan opsyen sama ada menerima
atau tidak menerima opsyen dan menandatangani Borang Opsyen serta Surat Akuan
Penerimaan Surat Tawaran Opsyen. Borang dan surat yang telah lengkap diisi
hendaklah dicetak dan dikembalikan kepada pengurus sumber manusia di Kementerian
atau agensi masing-masing sebelum atau pada 30 Disember 2011.
Opsyen Bagi Skim Perkhidmatan Yang Dikekalkan
85. Bagi skim perkhidmatan yang dikekalkan di bawah SBPA, senarai skim
perkhidmatan yang terlibat adalah seperti di Lampiran B4. Bagi pangkat Pesuruhjaya
Polis Gred VUYA6 di bawah SSM akan dipindahkan gajinya kepada VUYA6 di
bawah SBPA.
-
8/17/2019 pekeliling_perkhidmatan_bilangan_14_tahun_2011-pelaksanaan_saraan_baru_perkhidmatan_awam_bagi_perkhidm…
http:///reader/full/pekelilingperkhidmatanbilangan14tahun2011-pelaksanaansaraanbaruperkhidmatanawambagi… 21/99
21
Pegawai Yang Memenuhi Syarat Skim Perkhidmatan Untuk Memasuki
Skim Perkhidmatan Di Bawah SBPA
85.1 Dokumen opsyen SBPA bagi kategori ini adalah seperti berikut:
a. Surat Tawaran Opsyen SBPA. - Lampiran G1
b. Surat Akuan Oleh Pegawai Mengenai
Penerimaan Surat Tawaran Opsyen SBPA.- Lampiran G2
c. Borang Opsyen SBPA. - Lampiran G3
d. Surat Akuan Oleh Ketua Jabatan Mengenai
Penerimaan Borang Opsyen SBPADaripada Pegawai.
- Lampiran G4
85.2 Bagi pegawai dalam kategori ini yang tidak bersetuju menerima opsyen
SBPA, pegawai akan kekal atas skim perkhidmatan asal serta tertakluk
kepada terma dan syarat perkhidmatan sistem saraan yang terpakai bagi
pegawai sebelum 1 Januari 2012.
Pegawai Yang Belum Memenuhi Syarat Skim Perkhidmatan Untuk
Memasuki Skim Perkhidmatan Di Bawah SBPA
85.3 Pegawai yang pernah ditawarkan opsyen tukar lantik dan bersetuju
menerima skim perkhidmatan yang berkenaan di bawah SSM tetapi
belum memenuhi syarat skim perkhidmatan yang ditetapkan pada masa
itu akan diberi dokumen opsyen seperti berikut:
a. Surat Tawaran Opsyen SBPA. - Lampiran H1
b. Surat Akuan Oleh Pegawai Mengenai
Penerimaan Surat Tawaran Opsyen SBPA.
- Lampiran H2
c. Borang Opsyen SBPA. - Lampiran H3
d. Surat Akuan Oleh Ketua Jabatan Mengenai
Penerimaan Borang Opsyen SBPA
Daripada Pegawai.
- Lampiran H4
-
8/17/2019 pekeliling_perkhidmatan_bilangan_14_tahun_2011-pelaksanaan_saraan_baru_perkhidmatan_awam_bagi_perkhidm…
http:///reader/full/pekelilingperkhidmatanbilangan14tahun2011-pelaksanaansaraanbaruperkhidmatanawambagi… 22/99
22
85.4
Bagi pegawai dalam kategori ini yang tidak bersetuju menerima opsyen
SBPA, pegawai akan kekal atas skim perkhidmatan yang dipilih semasa
urusan tukar lantik di bawah SSM, serta tertakluk kepada terma dan
syarat perkhidmatan sistem saraan yang terpakai bagi pegawai sebelum
1 Januari 2012.
Opsyen Bagi Jawatan Jumud Sebelum Pelaksanaan SBPA Dan Dihapuskan
Jawatan
86. Bagi skim perkhidmatan jumud sebelum SBPA serta dihapuskan jawatannya
mengikut Pekeliling Perkhidmatan ini seperti di Lampiran B3, pegawai akan
ditukarkan ke skim perkhidmatan di bawah SBPA melalui opsyen SBPA.
Pegawai Yang Memenuhi Syarat Skim Perkhidmatan Di bawah SBPA
86.1 Pegawai yang berada dalam skim perkhidmatan jumud dan memenuhi
syarat skim perkhidmatan di bawah SBPA, dokumen opsyen ke skim
perkhidmatan baru adalah seperti berikut:
a. Surat Tawaran Opsyen SBPA. - Lampiran J1
b. Surat Akuan Oleh Pegawai Mengenai
Penerimaan Surat Tawaran Opsyen
SBPA.
- Lampiran J2
c. Borang Opsyen SBPA. - Lampiran J3
d. Surat Akuan Oleh Ketua Jabatan
Mengenai Penerimaan Borang Opsyen
SBPA Daripada Pegawai.
- Lampiran J4
Pegawai Yang Belum Memenuhi Syarat Skim Perkhidmatan Di Bawah
SBPA
86.2 Pegawai yang berada dalam skim perkhidmatan jumud dan belum
memenuhi syarat skim perkhidmatan di bawah SBPA, dokumen opsyen
ke skim perkhidmatan baru adalah seperti berikut:
-
8/17/2019 pekeliling_perkhidmatan_bilangan_14_tahun_2011-pelaksanaan_saraan_baru_perkhidmatan_awam_bagi_perkhidm…
http:///reader/full/pekelilingperkhidmatanbilangan14tahun2011-pelaksanaansaraanbaruperkhidmatanawambagi… 23/99
23
a. Surat Tawaran Opsyen SBPA. - Lampiran K1
b. Surat Akuan Oleh Pegawai Mengenai
Penerimaan Surat Tawaran Opsyen
SBPA.
- Lampiran K2
c. Borang Opsyen SBPA. - Lampiran K3
d. Surat Akuan Oleh Ketua Jabatan
Mengenai Penerimaan Borang Opsyen
SBPA Daripada Pegawai.
- Lampiran K4
87. Bagi pegawai dalam kategori ini yang tidak bersetuju menerima opsyen SBPA,
pegawai di bawah Skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan
dibersarakan di bawah seksyen 6A(6) Akta Pencen 1980 (Akta 227) yang dibaca bersama seksyen 10(5)(b) Akta 227. Manakala pegawai di bawah Skim Pencen akan
dibersarakan di bawah seksyen 10(5)(b) Akta 227.
Syarat-Syarat Opsyen
88. Opsyen hendaklah dibuat tanpa syarat. Pegawai disifatkan sebagai tidak
bersetuju menerima opsyen SBPA sekiranya tidak membuat pilihan atau membuat
pilihan secara tidak jelas (menanda di luar ruangan yang sepatutnya atau menanda di
kedua-dua ruangan) atau dengan bersyarat atau dengan bantahan atau dengan pindaan.
Pegawai juga disifatkan sebagai tidak bersetuju menerima opsyen SBPA jika tidak
mengembalikan borang opsyen kepada Ketua Jabatan tanpa sebarang sebab yang
munasabah sebelum atau pada 30 Disember 2011.
89. Opsyen yang ditawarkan kepada pegawai adalah berdasarkan kepada maklumat
perkhidmatan dalam borang opsyen. Sekiranya maklumat yang dikemukakan tidak
tepat dan menyebabkan tawaran yang salah diberikan, maka tawaran tersebut
hendaklah dianggap tidak sah dan terbatal. Ketua Jabatan hendaklah memberikan
borang opsyen baru kepada pegawai untuk membuat pemilihan dan
menandatanganinya.
-
8/17/2019 pekeliling_perkhidmatan_bilangan_14_tahun_2011-pelaksanaan_saraan_baru_perkhidmatan_awam_bagi_perkhidm…
http:///reader/full/pekelilingperkhidmatanbilangan14tahun2011-pelaksanaansaraanbaruperkhidmatanawambagi… 24/99
24
90.
Opsyen hendaklah dibuat oleh pegawai yang berkenaan. Sekiranya terbukti
terdapat pegawai lain yang membuat pilihan dan menanda tangan borang opsyen bagi
pihak pegawai yang berkenaan, pegawai yang menanda tangan borang opsyen bagi
pihak pegawai berkenaan boleh dikenakan tindakan tatatertib. Opsyen tersebut
hendaklah dianggap tidak sah dan terbatal. Ketua Jabatan hendaklah memberikan
borang opsyen baru kepada pegawai untuk membuat pemilihan dan
menandatanganinya.
Pelaksanaan Opsyen
91.
Pelaksanaan opsyen adalah seperti berikut:
91.1 bagi pegawai yang telah menerima opsyen ini dan kemudiannya
meletak jawatan atau ditamatkan perkhidmatan atau dibuang kerja
sebelum 1 Januari 2012, maka tawaran ini adalah dengan sendirinya
terbatal.
91.2
bagi pegawai yang ditahan kerja atau digantung kerja oleh Pihak
Berkuasa Tatatertib sebelum 1 Januari 2012, apa-apa faedah yang layak
diberi kepada pegawai akan diselaraskan dengan sewajarnya melainkan
jika Pihak Berkuasa Tatatertib mengenakan hukuman buang kerja
kepada pegawai yang berkuat kuasa sebelum 1 Januari 2012.
91.3 bagi pegawai yang dikenakan perintah tahanan, kediaman terhad, buang
negeri, deportasi atau apa-apa bentuk perintah sekatan atau pengawasan
sama ada dengan bon atau selainnya di bawah mana-mana undang-
undang yang berkuat kuasa sebelum 1 Januari 2012, apa-apa faedah
yang layak diberi akan diselaraskan dengan sewajarnya melainkan jika
Pihak Berkuasa Tatatertib mengenakan hukuman buang kerja kepada
pegawai yang berkuat kuasa sebelum 1 Januari 2012.
-
8/17/2019 pekeliling_perkhidmatan_bilangan_14_tahun_2011-pelaksanaan_saraan_baru_perkhidmatan_awam_bagi_perkhidm…
http:///reader/full/pekelilingperkhidmatanbilangan14tahun2011-pelaksanaansaraanbaruperkhidmatanawambagi… 25/99
25
91.4
bagi pegawai yang dibuktikan tidak menerima dokumen opsyen atas
sebab-sebab tertentu yang tidak dapat dielakkan, maka borang opsyen
hendaklah diberi kepada pegawai walaupun tempoh opsyen telah tamat
dengan syarat pegawai masih berkhidmat pada atau selepas 1 Januari
2012. Tempoh opsyen bagi pegawai berkenaan adalah 15 hari daripada
tarikh pegawai menerima borang opsyen.
91.5 bagi pegawai yang belum membuat opsyen dan dalam tempoh opsyen
itu pegawai sakit yang menyebabkan pegawai tidak berkeupayaan untuk
membuat opsyen, tidak sedarkan diri atau koma dan pegawai
kemudiannya meninggal dunia pada atau selepas 1 Januari 2012,
pegawai adalah disifatkan sebagai telah menerima skim perkhidmatan
serta terma dan syarat perkhidmatan SBPA.
91.6
bagi pegawai yang belum dan juga telah membuat opsyen tetapi telah
meninggal dunia sebelum 1 Januari 2012, maka tawaran dan opsyen
yang telah dibuat adalah dengan sendirinya terbatal.
91.7
bagi pegawai lantikan kontrak dan kaedah pelantikan bukan tetap yang
lain tidak layak ditawarkan opsyen.
Pegawai Yang Belum Memenuhi Syarat Pertukaran Ke Skim Perkhidmatan
Baru
92. Pegawai yang memiliki kelayakan seperti yang ditetapkan dalam skim
perkhidmatan yang berkuat kuasa di bawah SBPA, layak ditukarkan ke skim
perkhidmatan tersebut.
93. Pegawai yang tidak memiliki kelayakan atau tidak memenuhi syarat yang
ditetapkan dalam skim perkhidmatan (bukan ikhtisas) yang berkuat kuasa di bawah
SBPA, perlu memenuhi syarat tempoh pengalaman dalam jawatan yang disandang
berdasarkan prinsip tempoh pengalaman menggantikan kelayakan akademik atau
penyandang perlu hadir dan lulus dengan jayanya kursus peralihan setara seperti yang
ditetapkan dalam skim perkhidmatan berkenaan.
-
8/17/2019 pekeliling_perkhidmatan_bilangan_14_tahun_2011-pelaksanaan_saraan_baru_perkhidmatan_awam_bagi_perkhidm…
http:///reader/full/pekelilingperkhidmatanbilangan14tahun2011-pelaksanaansaraanbaruperkhidmatanawambagi… 26/99
26
94.
Tempoh perkhidmatan yang boleh diambil kira hendaklah dalam perkhidmatan
tetap di skim perkhidmatan jawatan semasa yang disandang tidak termasuk tempoh
cuti tanpa gaji.
Pegawai Yang Cuti Berkursus, Cuti Separuh Gaji Atau Cuti Tanpa Gaji Dalam
Tempoh Opsyen
95. Pegawai yang cuti berkursus, cuti separuh gaji atau cuti tanpa gaji, opsyen
hendaklah ditawarkan oleh Ketua Jabatan terakhir pegawai bertugas/ ditempatkan.
Opsyen Muktamad
96. Opsyen yang dibuat oleh pegawai adalah muktamad.
Pemakaian Kepada Pegawai Yang Tidak Bersetuju Menerima SBPA
97. Perkara yang disenaraikan di bawah ini yang dijelaskan dalam Pekeliling
Perkhidmatan ini akan terpakai juga kepada pegawai yang tidak bersetuju menerima
SBPA:
97.1
Penjumudan Skim Perkhidmatan.
97.2 Bayaran Insentif Yang Ditambatkan Kadar.
97.3 Program Transformasi Minda.
97.4 Penilaian Prestasi.
97.5 Pingat Perkhidmatan Cemerlang.
97.6 Dasar Pemisah.
97.7
Umur Persaraan Paksa 60 Tahun.
97.8
Kebolehalihan.
97.9 Pembayaran Pencen Kepada Pesara Pilihan Diawalkan.
97.10 Pengiraan Faedah Persaraan Bagi Persaraan Atas Kehendak Kerajaan.
-
8/17/2019 pekeliling_perkhidmatan_bilangan_14_tahun_2011-pelaksanaan_saraan_baru_perkhidmatan_awam_bagi_perkhidm…
http:///reader/full/pekelilingperkhidmatanbilangan14tahun2011-pelaksanaansaraanbaruperkhidmatanawambagi… 27/99
27
TARIKH KUAT KUASA
98. Pekeliling Perkhidmatan ini berkuat kuasa mulai 1 Januari 2012.
PEMAKAIAN
99. Pekeliling Perkhidmatan ini hendaklah dibaca bersama dengan pekeliling-
pekeliling lain yang berkaitan yang dikeluarkan oleh Kerajaan dari semasa ke semasa.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
(TAN SRI ABU BAKAR BIN HAJI ABDULLAH)Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam
Malaysia
JABATAN PERKHIDMATAN AWAM
MALAYSIA
PUTRAJAYA
07 Disember 2011
Setiausaha Suruhanjaya Pasukan Polis
Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri
Ketua Polis NegaraKetua Audit Negara
-
8/17/2019 pekeliling_perkhidmatan_bilangan_14_tahun_2011-pelaksanaan_saraan_baru_perkhidmatan_awam_bagi_perkhidm…
http:///reader/full/pekelilingperkhidmatanbilangan14tahun2011-pelaksanaansaraanbaruperkhidmatanawambagi… 28/99
Lampiran A
GLOSARI ISTILAH
-
8/17/2019 pekeliling_perkhidmatan_bilangan_14_tahun_2011-pelaksanaan_saraan_baru_perkhidmatan_awam_bagi_perkhidm…
http:///reader/full/pekelilingperkhidmatanbilangan14tahun2011-pelaksanaansaraanbaruperkhidmatanawambagi… 29/99
1/1
Lampiran A
GLOSARI ISTILAH
“Klasifikasi Perkhidmatan” bermaksud pengkelasan perkhidmatan berdasarkan persamaan
peranan, bidang, fungsi dan pengkhususan.
“Kumpulan Perkhidmatan” bermaksud peringkat perkhidmatan mengikut keutamaan
peranan iaitu Kumpulan Premier, Kumpulan Pengurusan Tertinggi, Kumpulan Pengurusan
dan Profesional dan Kumpulan Pelaksana.
“Matagaji” bermaksud amaun gaji tertentu yang terletak di sesuatu Jadual Gaji.
“Peningkatan Secara Lantikan (PSL)” bermaksud pelantikan pegawai daripada kumpulan
perkhidmatan yang rendah kepada kumpulan perkhidmatan yang lebih tinggi secara pelantikan baharu tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan dalam skim perkhidmatan
yang berkaitan. Terma PSL ini mengantikan Kenaikan Pangkat Secara Lantikan (KPSL).
“Pergerakan Gaji Biasa” bermaksud pergerakan gaji daripada matagaji semasa ke matagaji
berikutnya.
“Skim Perkhidmatan” bermaksud terma dan syarat-syarat pelantikan, pengesahan dan
kenaikan pangkat bagi sesuatu jawatan dalam Perkhidmatan Awam.
-
8/17/2019 pekeliling_perkhidmatan_bilangan_14_tahun_2011-pelaksanaan_saraan_baru_perkhidmatan_awam_bagi_perkhidm…
http:///reader/full/pekelilingperkhidmatanbilangan14tahun2011-pelaksanaansaraanbaruperkhidmatanawambagi… 30/99
Lampiran B1
SENARAI SKIM
PERKHIDMATAN PDRM
-
8/17/2019 pekeliling_perkhidmatan_bilangan_14_tahun_2011-pelaksanaan_saraan_baru_perkhidmatan_awam_bagi_perkhidm…
http:///reader/full/pekelilingperkhidmatanbilangan14tahun2011-pelaksanaansaraanbaruperkhidmatanawambagi… 31/99
1/1
Lampiran B1
SENARAI SKIM PERKHIDMATAN POLIS DIRAJA MALAYSIA
Klasifikasi
PerkhidmatanKod Skim Perkhidmatan Muka Surat
POLIS DIRAJA
MALAYSIA
(Y)
YA Pegawai Kanan Polis
Gred YA11, YA12, YA14, YA16, YA18, YA20
1
YA Pegawai Rendah Polis dan Konstabel
Gred YA1, YA2, YA4, YA6, YA8, YA10
6
YP Pegawai Rendah Polis dan Konstabel Orang Asli
Gred YP1, YP2, YP4, YP6, YP8, YP10
11
YT Pegawai Rendah Polis dan Konstabel Sokongan
Gred YT1, YT2, YT4, YT6, YT8, YT10
14
-
8/17/2019 pekeliling_perkhidmatan_bilangan_14_tahun_2011-pelaksanaan_saraan_baru_perkhidmatan_awam_bagi_perkhidm…
http:///reader/full/pekelilingperkhidmatanbilangan14tahun2011-pelaksanaansaraanbaruperkhidmatanawambagi… 32/99
1 / 2
Lampiran B1(a)
PERBEKALAN UMUM SKIM PERKHIDMATAN
KLASIFIKASI : PERKHIDMATAN POLIS DIRAJA MALAYSIA
KUMPULAN PERKHIDMATAN : SEMUA KUMPULAN PERKHIDMATAN
KEWARGANEGARAAN 1. Calon bagi lantikan hendaklah seorang warganegara Malaysia.
HAD UMUR 2. Calon hendaklah berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikhtutup iklan jawatan.
PENETAPAN GAJI
PERMULAAN
3. Suruhanjaya hendaklah menentukan gaji seseorang pegawai
berdasarkan gaji permulaan yang ditetapkan dalam skim
perkhidmatan.
PENETAPAN GAJI
PERMULAAN
LEBIH TINGGI
4. (a) Jika seseorang pegawai yang akan dilantik kali pertama
memiliki pengalaman kerja yang relevan dengan bidang
tugas jawatan yang akan disandangnya, pegawai itu boleh
diberikan gaji permulaan yang lebih tinggi berdasarkan satu
Pergerakan Gaji Biasa (PGB) bagi tiap-tiap genap satu tahun
pengalaman kerja yang relevan itu, terhad kepada gajimaksimum di gred jawatan tersebut. Suruhanjaya
mempunyai budi bicara untuk menentukan sebahagian
atau sepenuhnya bilangan tahun pengalaman kerja yang
relevan untuk diambil kira bagi menetapkan gaji
permulaan lebih tinggi.
Perbekalan 3 dan 4(a) adalah juga terpakai bagi pegawai
yang belum disahkan dalam perkhidmatan yang dilantik
ke skim perkhidmatan yang lain dan pegawai yang
dilantik dari kalangan pegawai yang meletak jawatan,
pegawai yang bersara atau dibersarakan dan pegawai
yang ditamatkan perkhidmatan atau dibuang kerja.
(b) Jika seseorang pegawai yang telah disahkan dalam
perkhidmatan dan kemudiannya dilantik ke jawatan dalam
skim perkhidmatan yang lain, gaji permulaan pegawai itu
adalah pada mata gaji lebih tinggi berhampiran yang perbezaannya tidak kurang daripada satu PGB atau amaun
yang bersamaan dengan PGB dalam gred atau jawatan
terdahulu, terhad di mata gaji maksimum jawatan baru.
TEMPOH PERCUBAAN5. Pegawai yang dilantik secara terus atau Peningkatan Secara
Lantikan adalah dikehendaki berkhidmat dalam tempoh
percubaan selama 6 hingga 24 bulan.
LATIHAN 6. Pegawai boleh dikehendaki mengikuti latihan yang ditetapkan
oleh Ketua Jabatan/Ketua Perkhidmatan yang berkenaan.
PROGRAM TRANSFORMASI
MINDA
7. Pegawai dalam percubaan adalah dikehendaki hadir dengan
jayanya Program Transformasi Minda.
PENGESAHAN DALAM
PERKHIDMATAN
8. Pegawai yang dilantik adalah layak disahkan dalam perkhidmatan
apabila telah:-
(a)
memenuhi tempoh percubaan;
(b) hadir dengan jayanya Program Transformasi Minda;
-
8/17/2019 pekeliling_perkhidmatan_bilangan_14_tahun_2011-pelaksanaan_saraan_baru_perkhidmatan_awam_bagi_perkhidm…
http:///reader/full/pekelilingperkhidmatanbilangan14tahun2011-pelaksanaansaraanbaruperkhidmatanawambagi… 33/99
2 / 2
(c) lulus peperiksaan perkhidmatan yang ditetapkan, sekiranya
disyaratkan oleh skim perkhidmatan;
(d) memenuhi syarat-syarat lain yang ditetapkan oleh Ketua
Jabatan/Ketua Perkhidmatan; dan
(e) diperakukan oleh Ketua Jabatan/Ketua Perkhidmatan.
KEPERLUAN
KOMPETENSI
9.
Pegawai hendaklah memenuhi kompetensi dan potensi yang
ditetapkan untuk kenaikan pangkat.
-
8/17/2019 pekeliling_perkhidmatan_bilangan_14_tahun_2011-pelaksanaan_saraan_baru_perkhidmatan_awam_bagi_perkhidm…
http:///reader/full/pekelilingperkhidmatanbilangan14tahun2011-pelaksanaansaraanbaruperkhidmatanawambagi… 34/99
1 / 16
Lampiran B1(b)
SKIM PERKHIDMATAN
PEGAWAI KANAN POLIS
Perbekalan dalam skim perkhidmatan ini adalah terpakai dan hendaklah dibaca bersama denganperbekalan-perbekalan lain yang ditetapkan dalam Perbekalan Umum Skim Perkhidmatan.
KLASIFIKASI : PERKHIDMATAN POLIS
KUMPULAN PERKHIDMATAN : PENGURUSAN DAN PROFESIONAL
GRED GAJI/JAWATAN :
PANGKAT GRED
Penolong Kanan Pesuruhjaya Polis YA20
Penolong Pesuruhjaya Polis YA18
Penguasa Polis YA16
Timbalan Penguasa Polis YA14Penolong Penguasa Polis YA12
Inspektor Polis YA11
TARIKH KUAT KUASA : 1 JANUARI 2012
TAFSIRAN :
SEMUA PERKARA YANG DISEBUT DALAM
PERBEKALAN INI MEMPUNYAI MAKNA YANG SAMA
DENGAN PERBEKALAN-PERBEKALAN DALAM AKTA
POLIS 1967
SYARAT LANTIKAN 1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
(a) (i) Ijazah Sarjana Muda Kepujian yang diiktiraf olehkerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau
kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred YA11: T1); atau
(ii) Ijazah Sarjana Muda Undang-undang yang diiktiraf olehkerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau
kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred YA11: T2); atau
(iii)
Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan dalam bidang-bidangyang diperlukan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada
institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang
diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred YA11: T2); atau
(iv) Ijazah Doktor Perubatan Veterinar yang diiktiraf oleh
kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau
kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred YA11: T2); atau
-
8/17/2019 pekeliling_perkhidmatan_bilangan_14_tahun_2011-pelaksanaan_saraan_baru_perkhidmatan_awam_bagi_perkhidm…
http:///reader/full/pekelilingperkhidmatanbilangan14tahun2011-pelaksanaansaraanbaruperkhidmatanawambagi… 35/99
2 / 16
(v) Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh
kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau
kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred YA11: T3); atau
(vi)
Ahli penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yangdiiktiraf oleh kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred YA11: T3); atau
(vii) Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh
kerajaan serta menjadi Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas
Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred YA11: T4); atau
(viii) Ijazah Sarjana yang diiktiraf oleh kerajaan daripada
institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang
diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred YA11: T4); atau
(ix) Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang forensik,
matematik atau perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan
daripada institusi pengajian tinggi tempatan ataukelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred YA11: T5).
[Senarai Badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan
di perenggan 5(a)(vi) hingga 5(a)(vii) di atas adalah seperti di
Rujukan Y1]
(b) Memenuhi syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti
yang berikut:-
(i) tinggi sekurang-kurangnya 1.63m bagi lelaki dan 1.57m bagi wanita tanpa bersepatu;
(ii) berat badan sekurang-kurangnya 50kg bagi lelaki dan
48kg bagi wanita;
(iii) mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara
julat 19 hingga 26;
(iv) mempunyai ukuran dada yang biasa sekurang-kurangnya
81sm dan 86sm semasa menarik nafas (lelaki sahaja);
(v) lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan
yang diuji berasingan dengan ketetapan V/6/9 tanpa
menggunakan cermin mata atau kanta lekap;
(vi) pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat;
dan
(vii) diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh
pengamal perubatan berdaftar.
-
8/17/2019 pekeliling_perkhidmatan_bilangan_14_tahun_2011-pelaksanaan_saraan_baru_perkhidmatan_awam_bagi_perkhidm…
http:///reader/full/pekelilingperkhidmatanbilangan14tahun2011-pelaksanaansaraanbaruperkhidmatanawambagi… 36/99
3 / 16
dan (c) Lulus ujian yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan/
Ketua Perkhidmatan dari semasa ke semasa.
SYARAT KELAYAKAN
BAHASA MELAYU
2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian dalam subjek
Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan
yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
SYARAT PENINGKATAN
SECARA LANTIKAN
DARIPADA PEGAWAI
RENDAH POLIS DAN KONSTABEL
3. Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pegawai Rendah
Polis dan Konstabel adalah layak dipertimbangkan oleh Suruhanjaya
Pasukan Polis atau pihak yang diberi kuasa olehnya untuk
peningkatan secara lantikan ke pangkat Inspektor Gred YA11,
tertakluk kepada kekosongan jawatan apabila telah disahkan dalam
perkhidmatan dan:-
(a) (i) mempunyai kelayakan di perenggan 1(a) di atas; atau
(ii) lulus Peperiksaan Khas.
(b)
diperakukan layak dan sesuai oleh Pegawai Memerintahnya; dan
(c) berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.
PERMOHONAN UNTUK LANTIKAN 4. Permohonan untuk lantikan hendaklah dikemukakan kepada
Suruhanjaya Pasukan Polis atau pihak yang telah diberi kuasa
olehnya.
LATIHAN 5. (a) Inspektor Gred YA11 lantikan terus adalah dikehendakimengikuti latihan selama tempoh yang ditentukan oleh Ketua
Polis Negara dari semasa ke semasa.
(b) Inspektor Gred YA11 yang memasuki perkhidmatan melalui
peningkatan secara lantikan boleh dikecualikan daripadamenjalani sama ada keseluruhan atau sebahagian daripada
latihan yang ditetapkan mengikut budi bicara Ketua Polis
Negara.
GAGAL DALAM
LATIHAN DAN
PENAMATAN LANTIKAN
6. Inspektor Gred YA11 lantikan terus yang gagal dalam latihannya
boleh dipertimbangkan supaya tempoh latihannya dilanjutkan atau
perakuan dikemukakan kepada Suruhanjaya Pasukan Polis atau pihak
yang telah diberi kuasa olehnya supaya perkhidmatannya ditamatkan.
PROGRAM
TRANSFORMASI MINDA/
PEPERIKSAAN
7. Inspektor Gred YA11 dalam percubaan adalah dikehendaki hadir
dengan jayanya Program Transformasi Minda dan lulus PeperiksaanUndang-undang Tinggi yang ditetapkan oleh Ketua Polis Negara.
PENGESAHAN DALAM
PERKHIDMATAN
8.
Inspektor Gred YA11 yang dilantik adalah layak disahkan dalam
perkhidmatan apabila telah:-
(a) memenuhi tempoh percubaan;
(b) hadir dengan jayanya Program Transformasi Minda dan lulus
semua peperiksaan yang ditetapkan; dan
(c) diperakukan layak dan sesuai oleh Pegawai Memerintahnya.
KENAIKAN PANGKAT
KE PANGKAT PENOLONG
PENGUASA POLIS
GRED YA12
9. Inspektor Gred YA11 yang dilantik adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke pangkat Penolong Penguasa Polis Gred
YA12 yang kosong apabila telah:-
-
8/17/2019 pekeliling_perkhidmatan_bilangan_14_tahun_2011-pelaksanaan_saraan_baru_perkhidmatan_awam_bagi_perkhidm…
http:///reader/full/pekelilingperkhidmatanbilangan14tahun2011-pelaksanaansaraanbaruperkhidmatanawambagi… 37/99
4 / 16
(a) disahkan dalam perkhidmatan;
(b) mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
(c) memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
(d) diperakukan layak dan sesuai tentang kebolehan dan kelakuannya
oleh Pegawai Memerintahnya.
KENAIKAN PANGKAT
KE PANGKAT
TIMBALAN PENGUASA
POLIS GRED YA14
10. Penolong Penguasa Polis Gred YA12 adalah layak dipertimbangkan
bagi kenaikan pangkat ke pangkat Timbalan Penguasa Polis Gred
YA14 yang kosong apabila telah:-
(a) mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
(b) memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
(c) diperakukan layak dan sesuai tentang kebolehan dankelakuannya oleh Pegawai Memerintahnya.
KENAIKAN PANGKATKE PANGKAT PENGUASA
POLIS GRED YA16
11.
Timbalan Penguasa Polis Gred YA14 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke pangkat Penguasa Polis Gred YA16 yang
kosong apabila telah:-
(a) mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
(b) memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
(c) diperakukan layak dan sesuai tentang kebolehan dan
kelakuannya oleh Pegawai Memerintahnya.
KENAIKAN PANGKAT
KE PANGKAT PENOLONG
PESURUHJAYA POLISGRED YA18
12. Penguasa Polis Gred YA16 adalah layak dipertimbangkan bagi
kenaikan pangkat ke pangkat Penolong Pesuruhjaya Polis Gred YA18
yang kosong apabila telah:-
(a) mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
(b) memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
(c) diperakukan layak dan sesuai tentang kebolehan dan
kelakuannya oleh Pegawai Memerintahnya.
KENAIKAN PANGKAT
KE PANGKAT PENOLONG KANAN
PESURUHJAYA
POLIS GRED YA20
13. Penolong Pesuruhjaya Polis Gred YA18 adalah layak
dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Penolong Kanan
Pesuruhjaya Polis Gred YA20 yang kosong apabila telah:-
(a) mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
(b) memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
(c) diperakukan layak dan sesuai tentang kebolehan dan
kelakuannya oleh Pegawai Memerintahnya.
KENAIKAN PANGKAT
KE KUMPULAN
PENGURUSAN TERTINGGI
14. Penolong Kanan Pesuruhjaya Polis Gred YA20 yang menunjukkan
kebolehan yang terkemuka mutunya adalah layak dipertimbangkan
bagi kenaikan pangkat ke gred yang lebih tinggi yang kosong dalam
Kumpulan Pengurusan Tertinggi.
-
8/17/2019 pekeliling_perkhidmatan_bilangan_14_tahun_2011-pelaksanaan_saraan_baru_perkhidmatan_awam_bagi_perkhidm…
http:///reader/full/pekelilingperkhidmatanbilangan14tahun2011-pelaksanaansaraanbaruperkhidmatanawambagi… 38/99
5 / 16
Rujukan Y1
SENARAI BADAN PERAKAUNAN YANG DIIKTIRAF OLEH KERAJAAN
(i) Ahli Institut Akauntan Malaysia;
(ii) Ahli Institut Akauntan Awam Bertauliah Malaysia;
(iii) Ahli The Institute of Chartered Accountants in England and Wales;
(iv) Ahli The Institute of Chartered Accountants in Ireland;
(v) Ahli The Association of Chartered Certified Accountants (United Kingdom);
(vi) Ahli The Institute of Chartered Accountants in Australia;
(vii)
Ahli The Australian Society of Certified Practicing Accountants;
(viii) Ahli The Institute of Chartered Accountants of New Zealand;
(ix) Ahli The Canadian Institute of Chartered Accountants;
(x) Ahli The Chartered Institute of Management Accountants (United Kingdom);
(xi) Ahli The Institute of Chartered Accountants of Scotlands; dan
(xii) Ahli The Institute of Chartered Accountants of India.
Nota : Senarai ini berdasarkan kepada pengiktirafan dan kelulusan yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam
Malaysia (JPA) (tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa).
-
8/17/2019 pekeliling_perkhidmatan_bilangan_14_tahun_2011-pelaksanaan_saraan_baru_perkhidmatan_awam_bagi_perkhidm…
http:///reader/full/pekelilingperkhidmatanbilangan14tahun2011-pelaksanaansaraanbaruperkhidmatanawambagi… 39/99
6 / 16
Lampiran B1(b)(i)
SKIM PERKHIDMATAN
PEGAWAI RENDAH POLIS DAN KONSTABEL
Perbekalan di dalam skim perkhidmatan ini adalah terpakai dan hendaklah dibaca bersama denganperbekalan-perbekalan lain yang ditetapkan di dalam Perbekalan Umum Skim Perkhidmatan.
KLASIFIKASI : PERKHIDMATAN POLIS
KUMPULAN PERKHIDMATAN : PELAKSANA (SKIM PERKHIDMATAN BERSEPADU)
GRED GAJI/JAWATAN :
PANGKAT GRED
Sub-Inspektor YA10
Sarjan Mejar YA8
Sarjan YA6
Koperal YA4
Lans Koperal YA2
Konstabel YA1
TARIKH KUAT KUASA : 1 JANUARI 2012
TAFSIRAN :
SEMUA PERKARA YANG DISEBUT DALAM
PERBEKALAN INI MEMPUNYAI MAKNA YANG SAMA
DENGAN PERBEKALAN-PERBEKALAN DALAM AKTA
POLIS 1967
SYARAT LANTIKAN 1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
KELAYAKAN LANTIKAN KE JAWATAN KONSTABEL
(a) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya oleh kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred YA1: T1).
KELAYAKAN LANTIKAN KE JAWATAN SARJAN
(b) (i) Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang
diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred YA6: T1); atau
(ii) Diploma yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi
pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf
setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred YA6: T2).
(c) Memenuhi syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti
yang berikut:-
(i) tinggi sekurang-kurangnya 1.63m bagi lelaki dan 1.57m
bagi wanita tanpa bersepatu;
(ii) berat badan sekurang-kurangnya 50kg bagi lelaki dan 48kg
bagi wanita;
-
8/17/2019 pekeliling_perkhidmatan_bilangan_14_tahun_2011-pelaksanaan_saraan_baru_perkhidmatan_awam_bagi_perkhidm…
http:///reader/full/pekelilingperkhidmatanbilangan14tahun2011-pelaksanaansaraanbaruperkhidmatanawambagi… 40/99
7 / 16
(iii) mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara
julat 19 hingga 26;
(iv) mempunyai ukuran dada yang biasa sekurang-kurangnya
81sm dan 86sm semasa menarik nafas (lelaki sahaja);
(v)
lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kananyang diuji berasingan dengan ketetapan V/6/9 tanpa
menggunakan cermin mata atau kanta lekap;
(vi) pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
(vii) diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh
pengamal perubatan berdaftar.
(d) dan Lulus ujian yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan/ Ketua
Perkhidmatan dari semasa ke semasa.
SYARAT KELAYAKAN
BAHASA MELAYU
2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian dalam subjek
Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusanyang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
SYARAT PENINGKATAN SECARA
LANTIKAN DARIPADA PEGAWAI
RENDAH POLIS DAN KONSTABEL
ORANG ASLI DAN PEGAWAI
RENDAH POLIS DAN KONSTABEL
SOKONGAN
3. Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pegawai Rendah
Polis dan Konstabel Orang Asli dan Pegawai Rendah Polis dan
Konstabel Sokongan adalah layak dipertimbangkan oleh Suruhanjaya
Pasukan Polis atau pihak yang diberi kuasa olehnya untuk peningkatan secara lantikan ke pangkat Konstabel Gred YA1,
tertakluk kepada kekosongan jawatan apabila telah disahkan dalam
perkhidmatan dan:-
(a) (i) mempunyai kelayakan di Perenggan 1(a) di atas; atau
(ii)
lulus Peperiksaan Khas.
(b) diperakukan layak dan sesuai oleh Pegawai Memerintahnya; dan
(c) berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.
PERMOHONAN UNTUK LANTIKAN 4. Permohonan untuk lantikan hendaklah dikemukakan kepada
Suruhanjaya Pasukan Polis atau pihak yang telah diberi kuasa
olehnya.
PROGRAM TRANSFORMASI
MINDA/ LATIHAN
5. (a) Konstabel Gred YA1/Sarjan Gred YA6 lantikan terus adalah
dikehendaki hadir dengan jayanya Program Transformasi Minda
dan mengikuti latihan selama tempoh yang ditentukan oleh
Ketua Polis Negara dari semasa ke semasa.
(b) Konstabel Gred YA1 yang memasuki perkhidmatan melalui
peningkatan secara lantikan atau Sarjan Gred YA6 yang
dinaikkan pangkat melalui Perenggan 11(a) boleh dikecualikan
daripada menjalani sama ada keseluruhan atau sebahagiandaripada latihan yang ditetapkan mengikut budi bicara Ketua
Polis Negara.
GAGAL DALAM LATIHAN DAN
PENAMATAN LANTIKAN
6. Konstabel Gred YA1/Sarjan Gred YA6 lantikan terus yang gagal
dalam latihannya boleh dipertimbangkan supaya tempoh latihannya
dilanjutkan atau perakuan dikemukakan kepada Suruhanjaya Pasukan
Polis atau pihak yang telah diberi kuasa olehnya supaya
perkhidmatannya ditamatkan.
-
8/17/2019 pekeliling_perkhidmatan_bilangan_14_tahun_2011-pelaksanaan_saraan_baru_perkhidmatan_awam_bagi_perkhidm…
http:///reader/full/pekelilingperkhidmatanbilangan14tahun2011-pelaksanaansaraanbaruperkhidmatanawambagi… 41/99
8 / 16
PENGESAHAN DALAM
PERKHIDMATAN
7. Konstabel Gred YA1/Sarjan Gred YA6 yang dilantik adalah layak
disahkan dalam perkhidmatan apabila telah:-
(a) memenuhi tempoh percubaan;
(b) hadir dengan jayanya Program Transformasi Minda dan latihan
yang ditetapkan; dan
(c) diperakukan layak dan sesuai oleh Pegawai Memerintahnya.
KEMAJUAN SECARA
TIME-BASED KE PANGKAT LANS
KOPERAL GRED YA2
8. Konstabel Gred YA1 adalah layak dipertimbangkan untuk kemajuan
ke pangkat Lans Koperal Gred YA2 secara time-based apabila telah:-
(a) disahkan dalam perkhidmatan;
(b) berkhidmat sekurang-kurangnya 3 tahun di pangkat Konstabel;
dan
(c) mendapat sokongan daripada Pegawai Memerintahnya.
KENAIKAN PANGKAT
KE PANGKAT KOPERAL
GRED YA4
9. Lans Koperal Gred YA2 adalah layak dipertimbangkan untuk
kenaikan pangkat ke pangkat Koperal Gred YA4 yang kosong apabila
telah:-
(a) (i) lulus Peperiksaan Perkhidmatan (Peperiksaan Undang-
undang Rendah); atau
(ii) lulus peperiksaan ketukangan yang telah ditetapkan oleh
Ketua Polis Negara;
(Anggota-anggota yang memilih untuk berkhidmat terus
dalam Cawangan Ketukangan tidak akan dipertimbangkan
bagi kenaikan pangkat untuk mengisi kekosongan bagi jawatan-jawatan di luar dari Cawangan Ketukangan. Walau
bagaimanapun, sekiranya mereka ingin bertukar keluar dari
Cawangan Ketukangan mereka dikehendaki terlebih dahulu
lulus Peperiksaan Undang-undang Rendah).
(b) mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
(c) memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
(d) diperakukan layak dan sesuai tentang kebolehan dan kelayakan
untuk memegang jawatan lebih tinggi oleh Pegawai
Memerintahnya.
KENAIKAN PANGKAT
SECARA TIM E-BASED
KE PANGKAT KOPERAL
GRED YA4
10.
Lans Koperal Gred YA2 adalah layak dipertimbangkan untuk
kenaikan pangkat ke pangkat Koperal Gred YA4 secara time-based
apabila telah:-
(a) berkhidmat sekurang-kurangnya 5 tahun di pangkat LansKoperal;
(b) (i) lulus Peperiksaan Perkhidmatan (Peperiksaan Undang-
undang Rendah); atau
(ii) lulus peperiksaan ketukangan yang telah ditetapkan oleh
Ketua Polis Negara;
-
8/17/2019 pekeliling_perkhidmatan_bilangan_14_tahun_2011-pelaksanaan_saraan_baru_perkhidmatan_awam_bagi_perkhidm…
http:///reader/full/pekelilingperkhidmatanbilangan14tahun2011-pelaksanaansaraanbaruperkhidmatanawambagi… 42/99
9 / 16
(Anggota-anggota yang memilih untuk berkhidmat terus
dalam Cawangan Ketukangan tidak akan dipertimbangkan
bagi kenaikan pangkat untuk mengisi kekosongan bagi
jawatan-jawatan di luar dari Cawangan Ketukangan. Walau
bagaimanapun, sekiranya mereka ingin bertukar keluar dari
Cawangan Ketukangan mereka dikehendaki terlebih dahulu
lulus Peperiksaan Undang-undang Rendah).
(c) mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
(d) memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
(e) diperakukan layak dan sesuai tentang kebolehan dan kelayakan
untuk memegang jawatan lebih tinggi oleh Pegawai
Memerintahnya.
KENAIKAN PANGKAT
KE PANGKAT SARJAN
GRED YA6
11. (a) Konstabel Gred YA1 yang telah disahkan dalam perkhidmatan
atau Lans Koperal Gred YA2 adalah layak dipertimbangkan
untuk kenaikan pangkat ke pangkat Sarjan Gred YA6 yang
kosong apabila telah:-
(i) mempunyai kelayakan di Perenggan 1(b);
(ii) mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
(iii) memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
(iv) diperakukan layak dan sesuai tentang kebolehan dan
kelayakan untuk memegang jawatan lebih tinggi oleh
Pegawai Memerintahnya.
(b) Koperal Gred YA4 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan
pangkat ke pangkat Sarjan Gred YA6 yang kosong apabila
telah:-
(i) mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
(ii) memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
(iii) diperakukan layak dan sesuai tentang kebolehan dan
kelayakan untuk memegang jawatan lebih tinggi oleh
Pegawai Memerintahnya.
KENAIKAN PANGKAT
KE PANGKAT SARJAN
MEJAR GRED YA8
12. Sarjan Gred YA6 yang telah disahkan dalam perkhidmatan adalahlayak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke pangkat Sarjan
Mejar Gred YA8 yang kosong apabila telah:-
(a) mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
(b) memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
(c) diperakukan layak dan sesuai tentang kebolehan dan kelayakan
untuk memegang jawatan lebih tinggi oleh Pegawai
Memerintahnya.
KENAIKAN PANGKAT
KE PANGKAT
SUB-INSPEKTOR
GRED YA10
13. Sarjan Mejar Gred YA8 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan
pangkat ke pangkat Sub-Inspektor Gred YA10 yang kosong apabila
telah:-
(a)
mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
(b) memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
-
8/17/2019 pekeliling_perkhidmatan_bilangan_14_tahun_2011-pelaksanaan_saraan_baru_perkhidmatan_awam_bagi_perkhidm…
http:///reader/full/pekelilingperkhidmatanbilangan14tahun2011-pelaksanaansaraanbaruperkhidmatanawambagi… 43/99
10 / 16
(c) diperakukan layak dan sesuai tentang kebolehan dan kelayakan
untuk memegang jawatan lebih tinggi oleh Pegawai
Memerintahnya.
PEPERIKSAAN KHAS 14. Pegawai Rendah Polis dan Konstabel yang telah disahkan dalam
perkhidmatannya dan telah lulus Peperiksaan Undang-undangPertengahan boleh mengambil Peperiksaan Khas yang disyaratkan
untuk lantikan ke jawatan Inspektor Gred YA11.
PENINGKATAN SECARA
LANTIKAN KE PANGKAT
INSPEKTOR DALAM
PERKHIDMATAN
PEGAWAI KANAN POLIS
15. Pegawai Rendah Polis dan Konstabel yang menunjukkan kebolehan
yang terkemuka mutunya adalah layak dipertimbangkan oleh
Suruhanjaya Pasukan Polis atau mana-mana pihak yang diberi kuasa
olehnya untuk peningkatan secara lantikan ke pangkat Inspektor Gred
YA11 yang kosong dalam perkhidmatan Pegawai Kanan Polis
mengikut syarat yang ditetapkan dalam skim perkhidmatan berkenaan.
-
8/17/2019 pekeliling_perkhidmatan_bilangan_14_tahun_2011-pelaksanaan_saraan_baru_perkhidmatan_awam_bagi_perkhidm…
http:///reader/full/pekelilingperkhidmatanbilangan14tahun2011-pelaksanaansaraanbaruperkhidmatanawambagi… 44/99
11 / 16
Lampiran B1(b)(ii)
SKIM PERKHIDMATAN
PEGAWAI RENDAH POLIS DAN KONSTABEL ORANG ASLI
Perbekalan dalam skim perkhidmatan ini adalah terpakai dan hendaklah dibaca bersama denganperbekalan-perbekalan lain yang ditetapkan dalam Perbekalan Umum Skim Perkhidmatan.
KLASIFIKASI : PERKHIDMATAN POLIS DIRAJA MALAYSIA
KUMPULAN PERKHIDMATAN : PELAKSANA
GRED GAJI/JAWATAN :
PANGKAT GRED
Sub-Inspektor Polis Orang Asli YP10
Sarjan Mejar Polis Orang Asli YP8
Sarjan Polis Orang Asli YP6
Koperal Polis Orang Asli YP4Lans Koperal Polis Orang Asli YP2
Konstabel Polis Orang Asli YP1
TARIKH KUAT KUASA : 1 JANUARI 2012
SYARAT LANTIKAN 1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
(a) Warganegara Malaysia yang berasal dari kaum Orang Asli
(mengikut tafsiran Akta Orang-orang Asli 1974);
(b) Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf
setaraf dengannya oleh kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred YP1: T1).
(c) Memenuhi syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti
yang berikut:-
(i) tinggi sekurang-kurangnya 1.52m;
(ii) berat badan sekurang-kurangnya 47.6kg;
(iii) mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara
julat 19 hingga 26;
(iv) mempunyai ukuran dada yang biasa sekurang-kurangnya
81sm dan semasa menarik nafas 86sm;
(v) lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan
yang diuji berasingan dengan ketetapan V/6/9 tanpamenggunakan cermin mata atau kanta lekap;
(vi) pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
(vii) diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar.
-
8/17/2019 pekeliling_perkhidmatan_bilangan_14_tahun_2011-pelaksanaan_saraan_baru_perkhidmatan_awam_bagi_perkhidm…
http:///reader/full/pekelilingperkhidmatanbilangan14tahun2011-pelaksanaansaraanbaruperkhidmatanawambagi… 45/99
12 / 16
dan (d) Lulus ujian yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan/Ketua
Perkhidmatan dari semasa ke semasa.
SYARAT KELAYAKAN
BAHASA MELAYU
2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian dalam subjek
Bahasa Melayu pada peringkat Penilaian Menengah Rendah atau
kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
PERMOHONAN
UNTUK LANTIKAN
3. Permohonan untuk lantikan hendaklah dikemukakan kepada
Suruhanjaya Pasukan Polis atau pihak yang telah diberi kuasaolehnya.
LATIHAN 4. Konstabel Orang Asli Gred YP1 yang dilantik boleh dikehendaki
mengikut latihan selama tempoh yang ditetapkan oleh Ketua
Jabatan/Ketua Perkhidmatan yang berkenaan.
PROGRAM TRANSFORMASI
MINDA/ PEPERIKSAAN
5. Konstabel Orang Asli Gred YP1 dalam tempoh percubaan adalah
dikehendaki hadir dengan jayanya Program Transformasi Minda dan
lulus peperiksaan yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan/ Ketua
Perkhidmatan yang berkenaan.
GAGAL DALAM LATIHAN DAN
PENAMATAN LANTIKAN
6. Konstabel Orang Asli Gred YP1 dalam tempoh percubaan yang gagal
dalam latihannya boleh dipertimbangkan supaya tempoh latihannya
dilanjutkan atau perakuan dikemukakan kepada Suruhanjaya Pasukan
Polis atau pihak yang telah diberi kuasa olehnya supaya
perkhidmatannya ditamatkan.
PENGESAHAN DALAM
PERKHIDMATAN
7. Konstabel Orang Asli Gred YP1 yang dilantik adalah layak disahkan
dalam perkhidmatan apabila telah:-
(a) memenuhi tempoh percubaan;
(b) hadir dengan jayanya Program Transformasi Minda;
(c) tamat dengan jayanya latihan yang ditetapkan; dan
(d) diperakukan layak dan sesuai oleh Pegawai Memerintahnya.
KEMAJUAN SECARA TIME-BASED
KE PANGKAT LANS KOPERAL
ORANG ASLI GRED YP2
8. Konstabel Orang Asli Gred YP1 adalah layak dipertimbangkan untuk
kemajuan ke pangkat Lans Koperal Orang Asli Gred YP2 secara time-
based apabila telah:-
(a) disahkan dalam perkhidmatan;
(b) berkhidmat sekurang-kurangnya 3 tahun di pangkat Konstabel
Orang Asli; dan
(c) mendapat sokongan daripada Pegawai Memerintahnya.
KENAIKAN PANGKAT
KE PANGKAT KOPERAL
ORANG ASLI GRED YP4
9. Lans Koperal Orang Asli Gred YP2 adalah layak dipertimbangkanuntuk kenaikan pangkat ke pangkat Koperal Orang Asli Gred YP4
yang kosong apabila telah:-
(a) mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
(b) memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
(c) diperakukan layak dan sesuai tentang kebolehan dan kelayakanuntuk memegang jawatan lebih tinggi oleh Pegawai
Memerintahnya.
-
8/17/2019 pekeliling_perkhidmatan_bilangan_14_tahun_2011-pelaksanaan_saraan_baru_perkhidmatan_awam_bagi_perkhidm…
http:///reader/full/pekelilingperkhidmatanbilangan14tahun2011-pelaksanaansaraanbaruperkhidmatanawambagi… 46/99
13 / 16
KENAIKAN PANGKAT
SECARA TIM E-BASED
KE PANGKAT KOPERAL
ORANG ASLI
GRED YP4
10. Lans Koperal Orang Asli Gred YP2 adalah layak dipertimbangkan
untuk kenaikan pangkat ke pangkat Koperal Orang Asli Gred YP4
secara time-based apabila telah:-
(a) berkhidmat sekurang-kurangnya 5 tahun di pangkat Lans Koperal
Orang Asli;
(b) mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
(c) memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
(d) diperakukan layak dan sesuai tentang kebolehan dan kelayakan
untuk memegang jawatan lebih tinggi oleh Pegawai
Memerintahnya.
KENAIKAN PANGKAT
KE PANGKAT SARJAN
ORANG ASLI GRED YP6
11. Koperal Orang Asli Gred YP4 adalah layak dipertimbangkan bagi
kenaikan pangkat ke pangkat Sarjan Orang Asli Gred YP6 yang
kosong apabila telah:-
(a)
mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
(b) memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
(c) diperakukan layak dan sesuai tentang kebolehan dan kelayakanuntuk memegang jawatan lebih tinggi oleh Pegawai
Memerintahnya.
KENAIKAN PANGKAT
KE PANGKAT SARJAN
MEJAR ORANG ASLI
GRED YP8
12. Sarjan Orang Asli Gred YP6 adalah layak dipertimbangkan bagi
kenaikan pangkat ke pangkat Sarjan Mejar Orang Asli Gred YP8
yang kosong apabila telah:-
(a)
mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
(b) memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
(c) diperakukan layak dan sesuai tentang kebolehan dan kelayakan
untuk memegang jawatan lebih tinggi oleh Pegawai
Memerintahnya.
KENAIKAN PANGKAT
KE PANGKAT
SUB-INSPEKTOR
ORANG ASLI GRED YP10
13. Sarjan Mejar Orang Asli Gred YP8 adalah layak dipertimbangkan
bagi kenaikan pangkat ke pangkat Sub-Inspektor Orang Asli YP10
yang kosong apabila telah:-
(a) mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
(b)
memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
(c) diperakukan layak dan sesuai tentang kebolehan dan kelayakanuntuk memegang jawatan lebih tinggi oleh Pegawai
Memerintahnya.
PENINGKATAN SECARA
LANTIKAN KE PANGKAT
KONSTABEL DALAM
PERKHIDMATAN
PEGAWAI RENDAH POLIS
DAN KONSTABEL
14. Pegawai Rendah Polis dan Konstabel Orang Asli yang menunjukkan
prestasi yang cemerlang adalah layak dipertimbangkan oleh
Suruhanjaya Pasukan Polis atau mana-mana pihak yang diberi kuasaolehnya untuk peningkatan secara lantikan ke pangkat Konstabel
Gred YA1 yang kosong dalam perkhidmatan Pegawai Rendah Polis
dan Konstabel mengikut syarat yang ditetapkan dalam skim
perkhidmatan berkenaan.
-
8/17/2019 pekeliling_perkhidmatan_bilangan_14_tahun_2011-pelaksanaan_saraan_baru_perkhidmatan_awam_bagi_perkhidm…
http:///reader/full/pekelilingperkhidmatanbilangan14tahun2011-pelaksanaansaraanbaruperkhidmatanawambagi… 47/99
14 / 16
Lampiran B1(b)(iii)
SKIM PERKHIDMATAN
PEGAWAI RENDAH POLIS DAN KONSTABEL SOKONGAN
Perbekalan dalam skim perkhidmatan ini adalah terpakai dan hendaklah dibaca bersama dengan
perbekalan-perbekalan lain yang ditetapkan dalam Perbekalan Umum Skim Perkhidmatan.
KLASIFIKASI : PERKHIDMATAN POLIS DIRAJA MALAYSIA
KUMPULAN PERKHIDMATAN : PELAKSANA
GRED GAJI/JAWATAN :
PANGKAT GRED
Sub-Inspektor Polis Sokongan YT10
Sarjan Mejar Polis Sokongan YT8
Sarjan Polis Sokongan YT6
Koperal Polis Sokongan YT4
Lans Koperal Polis Sokongan YT2
Konstabel Polis Sokongan YT1
TARIKH KUAT KUASA : 1 JANUARI 2012
TAFSIRAN :
SEMUA PERKARA YANG DISEBUT DALAM
PERBEKALAN INI MEMPUNYAI MAKNA YANG SAMA
DENGAN PERBEKALAN-PERBEKALAN DALAM AKTA
POLIS 1967
SYARAT LANTIKAN 1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti
berikut:-
(a) Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktirafsetaraf dengannya oleh kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred YT1: T1).
(b) Memenuhi syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera
seperti yang berikut:-
(i) tinggi sekurang-kurangnya 1.63m bagi lelaki dan
1.57m bagi wanita tanpa bersepatu;
(ii) berat badan sekurang-kurangnya 50kg bagi lelaki dan
48kg bagi wanita;
(iii)
mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI)
di antara julat 19 hingga 26;
(iv) mempunyai ukuran dada yang biasa sekurang-
kurangnya 81sm dan 86sm semasa menarik nafas(lelaki sahaja);
(v) lulus dalam ujian penglihata