pedoman ejaan jawi bersama abdul jalil haji anuar · pdf filepik sorak”, dan...

1
Halaman Empat BERITA HARIAN Isnin, 17 April 2006 PEDOMAN BAHASA Bersama Profesor Emeritus Datuk Dr. Nik Safiah Karim P ERSOALAN tentang “demi” dan “untuk” sudah lama ditimbulkan, dan banyak orang telah memperkatakannya. Namun, masih ada yang kurang jelas lagi. Oleh itu, saya berasa terpanggil untuk menyentuh perkara ini lagi. Seperti banyak perkataan lain dalam bahasa Melayu, “demi” dan “untuk” dapat digunakan dalam pelbagai cara dan mem- bawa pelbagai nuansa makna. Namun terdapat satu makna yang ada pada kedua-dua per- kataan yang menjadikannya sama. Jika dilihat dalam kamus, salah satu makna “demi” adalah untuk, seperti dalam ayat ini: (1) Kita berjuang demi bangsa dan negara. “Demi” dalam ayat ini boleh bertukar ganti dengan “untuk”, seperti dalam ayat berikut: (2) Kita berjuang untuk bangsa dan negara. Dalam kedua-dua ayat ini, “demi” dan “untuk” berfungsi sebagai kata sendi nama. Oleh sebab kedua-duanya tergo- long dalam golongan kata yang sama, iaitu sendi nama, dan membawa makna yang sama juga, maka penggunaan dua perkataan secara berderetan dianggap kurang tepat, seperti dalam ayat berikut: (3) Kita ber- juang demi untuk negara dan bangsa. Ayat ini dianggap kurang sesuai oleh sebab perkataan “demi untuk” dianggap lewah. “Demi” sahaja atau “untuk” sahaja sudah mencukupi, seperti yang terdapat dalam ayat (1) atau (2). Ayat (3) dikatakan lewah oleh sebab dua kata sendi nama hadir berderetan. Dengan kata lain, ayat (3) Kita berjuang demi untuk bangsa dan negara tidak dianggap ayat yang baik dalam bahasa Melayu, walaupun ayat ini kerap dide- ngar dan sering digunakan oleh masyarakat. Satu lagi kesalahan yang kerap berlaku berdasarkan sebab yang sama ialah penggunaan kata sendi nama “hingga” dan “ke”, seperti dalam ayat berikut: (4) Saya menunggu mereka hingga ke pukul 10.00 malam. Di sini, “hingga” dan “ke” membawa maksud yang sama, iaitu yang menyatakan had masa, waktu atau tempat. Oleh sebab kedua- duanya merupakan kata sendi nama, maka penggunaan salah satu daripadanya sudah mencu- kupi, yakni sama ada (5) Saya menunggu mereka hingga pukul 10.00 malam atau (6) Saya menunggu mereka ke pukul 10.00 malam. Yang menarik untuk direnung adalah mengapa ini berlaku. Sebenarnya, mengulang untuk menimbulkan aspek penegasan merupakan satu kebiasaan orang Melayu. Jikalau kita hendak menyatakan sifat miskin, kita tidak puas hati dengan menyata- kan perkataan “miskin” sahaja, kita tambah satu lagi sinonim atau perkataan seerti, iaitu “fakir”, menjadikannya “fakir miskin”. Demikian juga dengan “sahabat handai”, atau “rakan taulan”, dan “jerit pekik”, “tem- pik sorak”, dan “penat lelah”. Pasangan perkataan ini mem- bawa makna yang sama dan digunakan untuk menegaskan maksud. Tindakan ini tidak salah kerana yang dicantumkan itu ialah dua perkataan yang ter- diri daripada golongan kata yang sama, dan diandaikan digabung- kan dengan kata hubung “dan” yang telah digugurkan, iaitu sama ada dua kata nama (rakan dan taulan), dua kata adjektif (penat dan lelah). Sebab itu, kita juga bertemu dengan bentuk- bentuk tidak formal seperti “kasut but”, “pintu gate” dan “cuba try”. Dalam kes “demi” dan “untuk” serta “hingga” dan “ke”, golongan katanya sama, iaitu kata sendi nama. Dan mengikut peraturan tatabahasa bahasa Melayu, dua kata sendi nama tidak boleh dideretkan seperti dalam ayat-ayat yang dibincang- kan di atas. Kesimpulannya, mengu- lang perkataan yang sama makna untuk tujuan memberi penegasan, merupakan satu kebiasaan bagi orang Melayu. Tetapi penggunaan dua kata sendi nama secara berderetan tidak digalakkan kerana, walaupun menimbulkan aspek penegasan, namun amalan menderetkan dua kata sendi nama itu melanggar peraturan tatabahasa. Eloklah kita sedar akan aspek ini, untuk mengelakkan daripada membuat kesilapan ini. Antara "demi" dengan "untuk" KOSA KATA BAHARU Oleh Wahyunah Abd. Gani GLOSARI TEKNOLOGI MAKLUMAT Organisasi Siber (Cyber Organisation) Organisasi yang menggunakan perkhidmatan internet untuk ber- operasi. Pengganas Siber (Cyber Terrorist) Orang perseorangan atau kumpulan yang melakukan keganasan dalam ruang siber. Perisian Insan (Humanware) Individu yang terlibat dengan peng- gunaan, pembangunan dan penye- lenggaraan sistem komputer. Hab (Hub) Peranti yang menghubungkan talian komunikasi pada lokasi pusat dan menyediakan sambungan sepunya kepada semua peranti dalam rangka- ian tersebut. Hipertautan (Hyperlink) Sambungan unsur/elemen (perka- taan, frasa, gambar, simbol atau imej) dengan elemen lain dalam dokumen hiperteks lain, fail atau skrip. Oleh Azizul Ismail BAHASA SUKUAN ANIT A NIT ialah kosa kata bahasa suku kaum Kadazandusun yang bermaksud mengupas, kulit buah-buahan dan sebagainya. Kata anit diucap dalam dua suku kata, a-nit. Contoh penggunaannya adalah seperti dalam ayat : 'Nopigis o pahad di inaí ontok panganit do mang- ga'. (Tangan ibu luka terkena pisau ketika menganit buah mangga). Oleh Noorzanani Kata KOSA KATA BAHARU GEOGRAFI Oleh Zaiton Nasir PEDOMAN EJAAN JAWI Bersama Abdul Jalil Haji Anuar Abjad Ca [ ] B agi perkataan yang terdiri daripada dua suku kata, bunyi [ ca ] pada suku kata pertama, abjad ca [ ] mestilah diikuti dengan alif [ ] menjadi [ ]. Contoh. Isostasi - perubahan aras laut yang berpunca daripada perge- rakan bumi. Khamsin - angin gurun yang panas, biasanya berdebu dan kering, di Mesir dan Laut Merah. Monolit - bongkah batu tunggal yang tegak, biasanya berbentuk seperti tiang atau tugu. Tropopaus - sempadan atmosfera di antara troposfera dengan stra- tosfera. Krevas - rekahan yang dalam dan luas pada glasier, jurang glasier. orografi - cabang geografi fizikal yang berkaitan dengan gunung. ozonosfera - lapisan atmosfera bumi, tempat yang terletak di antara 15 - 30 km di atas permu- kaan bumi, tempat terdapat ozon dalam jumlah yang paling banyak dan mampu menyerap sinaran ultraungu. Ejaan Rumi Posisi Ejaan Jawi caca cara cabai cacing Ejaan Rumi Posisi Ejaan Jawi bucu cucu coret corak Ejaan Rumi Posisi Ejaan Jawi cicir benci cetek ceti Ejaan Rumi Posisi Ejaan Jawi capati cahaya cakela cakera Ejaan Rumi Posisi Ejaan Jawi rencana pancaragam kencana lencana Apabila abjad ca [ ] digabungkan dengan abjad wau [ ] sebutannya ialah [ cu ] atau [ co ]. Contoh: Apabila abjad ca [ ] digabungkan dengan abjad ya [ ] sebutannya ialah [ ci ] atau [ ce ]. Contoh: Bunyi [ ca ] pada posisi awal kata bagi kata yang terdiri daripada tiga suku kata atau lebih, ca [ ] tidak perlu diikuti dengan alif. Contoh: Tiga suku kata atau lebih Bunyi [ ca ] pada posisi tengah kata, huruf ca [ ] mestilah diikuti dengan alif [ ] menjadi [ ]. Contoh: HATTA T akrif: Kata yang biasa dipakai pada permulaan ayat untuk menghubungkan cerita yang sebelumnya. Hatta sama maksud- nya dengan 'maka' atau 'lalu'. Contoh ayat: Hatta berapa lamanya Sang Sapurba pun besarlah. ( Bersambung pada bulan hadapan) BH PILIH L4 17 emel DBP SETENGAH ABAD Kata dua suku kata 17SH004A.indd 2 4/15/06 3:40:52 AM

Upload: ngohuong

Post on 04-Mar-2018

292 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Halaman Empat BERITA HARIAN Isnin, 17 April 2006

PEDOMAN BAHASA Bersama Profesor Emeritus Datuk Dr. Nik Safiah Karim

PERSOALAN tentang “demi” dan “untuk” sudah lama ditimbulkan, dan banyak

orang telah memperkatakannya. Namun, masih ada yang kurang jelas lagi. Oleh itu, saya berasa terpanggil untuk menyentuh perkara ini lagi.

Seperti banyak perkataan lain dalam bahasa Melayu, “demi” dan “untuk” dapat digunakan dalam pelbagai cara dan mem-bawa pelbagai nuansa makna. Namun terdapat satu makna yang ada pada kedua-dua per-kataan yang menjadikannya sama.

Jika dilihat dalam kamus, salah satu makna “demi” adalah untuk, seperti dalam ayat ini: (1) Kita berjuang demi bangsa dan negara. “Demi” dalam ayat ini boleh bertukar ganti dengan “untuk”, seperti dalam ayat berikut: (2) Kita berjuang untuk bangsa dan negara.

Dalam kedua-dua ayat ini, “demi” dan “untuk” berfungsi sebagai kata sendi nama. Oleh sebab kedua-duanya tergo-long dalam golongan kata yang sama, iaitu sendi nama, dan membawa makna yang sama juga, maka penggunaan dua perkataan secara berderetan dianggap kurang tepat, seperti dalam ayat berikut: (3) Kita ber-juang demi untuk negara dan bangsa.

Ayat ini dianggap kurang sesuai oleh sebab perkataan “demi untuk” dianggap lewah. “Demi” sahaja atau “untuk” sahaja sudah mencukupi, seperti

yang terdapat dalam ayat (1) atau (2). Ayat (3) dikatakan lewah oleh sebab dua kata sendi nama hadir berderetan.

Dengan kata lain, ayat (3) Kita berjuang demi untuk bangsa dan negara tidak dianggap ayat yang baik dalam bahasa Melayu, walaupun ayat ini kerap dide-ngar dan sering digunakan oleh masyarakat.

Satu lagi kesalahan yang kerap berlaku berdasarkan sebab yang sama ialah penggunaan kata sendi nama “hingga” dan “ke”, seperti dalam ayat berikut: (4) Saya menunggu mereka hingga ke pukul 10.00 malam. Di sini, “hingga” dan “ke” membawa maksud yang sama, iaitu yang menyatakan had masa, waktu atau tempat. Oleh sebab kedua-duanya merupakan kata sendi nama, maka penggunaan salah satu daripadanya sudah mencu-kupi, yakni sama ada (5) Saya menunggu mereka hingga pukul 10.00 malam atau (6) Saya menunggu mereka ke pukul 10.00 malam.

Yang menarik untuk direnung adalah mengapa ini berlaku. Sebenarnya, mengulang untuk menimbulkan aspek penegasan merupakan satu kebiasaan orang Melayu. Jikalau kita hendak menyatakan sifat miskin, kita tidak puas hati dengan menyata-kan perkataan “miskin” sahaja, kita tambah satu lagi sinonim atau perkataan seerti, iaitu “fakir”, menjadikannya “fakir miskin”.

Demikian juga dengan

“sahabat handai”, atau “rakan taulan”, dan “jerit pekik”, “tem-pik sorak”, dan “penat lelah”. Pasangan perkataan ini mem-bawa makna yang sama dan digunakan untuk menegaskan maksud. Tindakan ini tidak salah kerana yang dicantumkan itu ialah dua perkataan yang ter-diri daripada golongan kata yang sama, dan diandaikan digabung-kan dengan kata hubung “dan” yang telah digugurkan, iaitu sama ada dua kata nama (rakan dan taulan), dua kata adjektif (penat dan lelah). Sebab itu, kita juga bertemu dengan bentuk- bentuk tidak formal seperti “kasut but”, “pintu gate” dan “cuba try”.

Dalam kes “demi” dan “untuk” serta “hingga” dan “ke”, golongan katanya sama, iaitu kata sendi nama. Dan mengikut peraturan tatabahasa bahasa Melayu, dua kata sendi nama tidak boleh dideretkan seperti dalam ayat-ayat yang dibincang-kan di atas.

Kesimpulannya, mengu-lang perkataan yang sama makna untuk tujuan memberi penegasan, merupakan satu kebiasaan bagi orang Melayu. Tetapi penggunaan dua kata sendi nama secara berderetan tidak digalakkan kerana, walaupun menimbulkan aspek penegasan, namun amalan menderetkan dua kata sendi nama itu melanggar peraturan tatabahasa. Eloklah kita sedar akan aspek ini, untuk mengelakkan daripada membuat kesilapan ini.

Antara "demi" dengan "untuk"

KOSA KATA BAHARU

Oleh Wahyunah Abd. Gani

GlOSARi TeKnOlOGi MAKlUMAT

Organisasi Siber (Cyber Organisation) Organisasi yang menggunakan perkhidmatan internet untuk ber­operasi.

Pengganas Siber (Cyber Terrorist) Orang perseorangan atau kumpulan yang melakukan keganasan dalam ruang siber.

Perisian Insan (Humanware) Individu yang terlibat dengan peng­gunaan, pembangunan dan penye­lenggaraan sistem komputer.

Hab (Hub) Peranti yang menghubungkan talian komunikasi pada lokasi pusat dan menyediakan sambungan sepunya kepada semua peranti dalam rangka­ian tersebut.

Hipertautan (Hyperlink) Sambungan unsur/elemen (perka­taan, frasa, gambar, simbol atau imej) dengan elemen lain dalam dokumen hiperteks lain, fail atau skrip.

Oleh Azizul Ismail

BAHASA SUKUAn

ANIT

ANIT ialah kosa kata bahasa suku kaum Kadazandusun yang bermaksud mengupas,

kulit buah­buahan dan sebagainya. Kata anit diucap dalam dua suku kata, a­nit. Contoh penggunaannya adalah seperti dalam ayat : 'Nopigis o pahad di inaí ontok panganit do mang­ga'. (Tangan ibu luka terkena pisau ketika menganit buah mangga).

Oleh Noorzanani Kata

KOSA KATA BAHARU GeOGRAFi

Oleh Zaiton Nasir

PEDOMAN EJAAN JAWI Bersama Abdul Jalil Haji Anuar

Abjad Ca [ ]

Bagi perkataan yang terdiri daripada dua suku kata, bunyi [ ca ] pada suku kata pertama, abjad ca [ ] mestilah diikuti dengan alif [ ] menjadi [ ]. Contoh.

Isostasi - perubahan aras laut yang berpunca daripada perge­rakan bumi.

Khamsin - angin gurun yang panas, biasanya berdebu dan kering, di Mesir dan Laut Merah.

Monolit - bongkah batu tunggal yang tegak, biasanya berbentuk seperti tiang atau tugu.

Tropopaus - sempadan atmosfera di antara troposfera dengan stra­tosfera.

Krevas - rekahan yang dalam dan luas pada glasier, jurang glasier.

orografi - cabang geografi fizikal yang berkaitan dengan gunung.

ozonosfera - lapisan atmosfera bumi, tempat yang terletak di antara 15 ­ 30 km di atas permu­kaan bumi, tempat terdapat ozon dalam jumlah yang paling banyak dan mampu menyerap sinaran ultraungu.

Ejaan Rumi Posisi Ejaan Jawi

cacacaracabaicacing

Ejaan Rumi Posisi Ejaan Jawi

bucucucucoretcorak

Ejaan Rumi Posisi Ejaan Jawi

cicirbencicetekceti

Ejaan Rumi Posisi Ejaan Jawi

capaticahayacakelacakera

Ejaan Rumi Posisi Ejaan Jawi

rencanapancaragamkencanalencana

Apabila abjad ca [ ] digabungkan dengan abjad wau [ ] sebutannya ialah [ cu ] atau [ co ]. Contoh:

Apabila abjad ca [ ] digabungkan dengan abjad ya [ ] sebutannya ialah [ ci ] atau [ ce ]. Contoh:

Bunyi [ ca ] pada posisi awal kata bagi kata yang terdiri daripada tiga suku kata atau lebih, ca [ ] tidak perlu diikuti dengan alif. Contoh:

Tiga suku kata atau lebih

Bunyi [ ca ] pada posisi tengah kata, huruf ca [ ] mestilah diikuti dengan alif [ ] menjadi [ ]. Contoh:

HATTA

Takrif: Kata yang biasa dipakai pada permulaan ayat untuk menghubungkan cerita yang

sebelumnya. Hatta sama maksud­nya dengan 'maka' atau 'lalu'. Contoh ayat: Hatta berapa lamanya Sang Sapurba pun besarlah.

( Bersambung pada bulan hadapan)

BH PILIH L4 17 emel

DBP SETENGAH ABAD

Kata dua suku kata

17SH004A.indd 2 4/15/06 3:40:52 AM