pds+aslah+awam+kadar+tetap

3
HELAIAN PENDEDAHAN PRODUK Sila baca Helaian Pendedahan Produk ini sebelum anda membuat keputusan untuk memilih Pembiayaan Peribadi-i 1Aslah. Terma dan syarat pembiayaan dinyatakan secara terperinci di Surat Tawaran dan Dokumen Perjanjian. BANK RAKYAT PEMBIAYAAN PERIBADI-i ASLAH AWAM KADAR TETAP Tarikh: 1. Apakah yang perlu saya ketahui mengenai produk ini? Produk ini menawarkan kemudahan tunai bagi membantu pelanggan dalam menangani keperluan kewangan. 2. Apakah konsep Syariah yang digunakan? Kemudahan pembiayaan adalah di bawah prinsip syariah Murabahah (dengan menerima pakai amalan Tawarruq) di mana berdasarkan Wa’ad daripada pihak pelanggan, Bank akan membeli komoditi daripada pihak pembekal komoditi dan seterusnya menjual komoditi kepada pelanggan berlandaskan kontrak Murabahah pada harga jualan (kos komoditi beserta keuntungan) secara tangguh dan kemudian, sebagai ejen pelanggan, Bank menjualkannya kepada pembeli pihak ketiga dengan cara tunai. Kutipan tunai daripada pembeli pihak ketiga ini akan dimasukkan ke dalam akaun pelanggan. Buat masa ini jenis komoditi yang digunapakai adalah Crude Palm Oil (CPO) dan Plastic Resin (PE). 3. Apakah yang saya akan dapat melalui tawaran dari produk ini? Jumlah harga jualan : ___________ Jumlah pembiayaan : ___________ Kadar keuntungan : __________ setahun rata Tempoh pembiayaan: __________ 4. Apakah tanggungjawab kewangan saya? Ansuran bulanan :____________________ Jumlah harga jualan (jumlah pembiayaan termasuk keuntungan*) : _____________ (*Nota: Sebelum pengiraan rebat atas keuntungan belum terakru bagi penjelasan awal) 5. Apakah yuran dan caj yang perlu dibayar? Duti Setem : 0.4% dari jumlah pembiayaan seperti yang terkandung dalam Akta Duti Setem 1949 (Semakan 1989). Pelanggan dinasihati mengambil perlindungan Takaful Berkelompok daripada syarikat takaful yang dilantik oleh Bank. 6. Bagaimana sekiranya saya gagal memenuhi syarat yang ditetapkan? Caj Ganti Rugi (Ta’widh) kerana Bayaran Lewat Ketika tempoh pembiayaan : 1% setahun ke atas jumlah bayaran bulanan tertunggak. Selepas tamat tempoh pembiayaan : Berdasarkan Kadar Semasa Pasaran Wang Antara Bank Secara Islam ke atas baki prinsipal tertunggak. Bank berhak menolak/mempelaras baki simpanan (Akaun Simpanan/Akaun Pelaburan/Akaun Saham Keanggotaan) pelanggan di Bank Rakyat sebagai bayaran ke atas jumlah tertunggak. Bank berhak mengambil tindakan undang-undang dan segala kos ditanggung oleh pelanggan. 7. Adakah saya boleh membuat penjelasan awal pembiayaan atau sebahagian daripada pembiayaan? Pelanggan boleh membuat penjelasan awal pembiayaan atau sebahagian daripada pembiayaan.

Upload: khotib1979

Post on 25-Nov-2015

16 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

pds

TRANSCRIPT

HELAIAN PENDEDAHAN PRODUK

Sila baca Helaian Pendedahan Produk ini sebelum anda membuat keputusan untuk memilih Pembiayaan Peribadi-i 1Aslah. Terma dan syarat pembiayaan dinyatakan secara terperinci di Surat Tawaran dan Dokumen Perjanjian.

BANK RAKYAT

PEMBIAYAAN PERIBADI-i ASLAH AWAM KADAR TETAPTarikh:

1. Apakah yang perlu saya ketahui mengenai produk ini?

Produk ini menawarkan kemudahan tunai bagi membantu pelanggan dalam menangani keperluan kewangan.

2. Apakah konsep Syariah yang digunakan?

Kemudahan pembiayaan adalah di bawah prinsip syariah Murabahah (dengan menerima pakai amalan Tawarruq) di mana berdasarkan Waad daripada pihak pelanggan, Bank akan membeli komoditi daripada pihak pembekal komoditi dan seterusnya menjual komoditi kepada pelanggan berlandaskan kontrak Murabahah pada harga jualan (kos komoditi beserta keuntungan) secara tangguh dan kemudian, sebagai ejen pelanggan, Bank menjualkannya kepada pembeli pihak ketiga dengan cara tunai. Kutipan tunai daripada pembeli pihak ketiga ini akan dimasukkan ke dalam akaun pelanggan. Buat masa ini jenis komoditi yang digunapakai adalah Crude Palm Oil (CPO) dan Plastic Resin (PE).

3. Apakah yang saya akan dapat melalui tawaran dari produk ini? Jumlah harga jualan : ___________

Jumlah pembiayaan : ___________

Kadar keuntungan : __________ setahun rata Tempoh pembiayaan: __________

4. Apakah tanggungjawab kewangan saya?

Ansuran bulanan :____________________

Jumlah harga jualan (jumlah pembiayaan termasuk keuntungan*) : _____________ (*Nota: Sebelum pengiraan rebat atas keuntungan belum terakru bagi penjelasan awal)

5. Apakah yuran dan caj yang perlu dibayar? Duti Setem : 0.4% dari jumlah pembiayaan seperti yang terkandung dalam Akta Duti Setem 1949 (Semakan 1989).

Pelanggan dinasihati mengambil perlindungan Takaful Berkelompok daripada syarikat takaful yang dilantik oleh Bank.

6. Bagaimana sekiranya saya gagal memenuhi syarat yang ditetapkan?

Caj Ganti Rugi (Tawidh) kerana Bayaran LewatKetika tempoh pembiayaan :

1% setahun ke atas jumlah bayaran bulanan tertunggak.

Selepas tamat tempoh pembiayaan :

Berdasarkan Kadar Semasa Pasaran Wang Antara Bank Secara Islam ke atas baki prinsipal tertunggak.

Bank berhak menolak/mempelaras baki simpanan (Akaun Simpanan/Akaun Pelaburan/Akaun Saham Keanggotaan) pelanggan di Bank Rakyat sebagai bayaran ke atas jumlah tertunggak. Bank berhak mengambil tindakan undang-undang dan segala kos ditanggungoleh pelanggan.

7. Adakah saya boleh membuat penjelasan awal pembiayaan atau sebahagian daripada pembiayaan?

Pelanggan boleh membuat penjelasan awal pembiayaan atau sebahagian daripada pembiayaan.

8. Bagaimanakah sekiranya kemudahan pembiayaan ditamatkan sebelum tempoh matang atau pelanggan melakukan penjelasan awal? Bank hendaklah memberi rebat (ibra) pada jumlah baki keuntungan tertangguh/keuntungan belum terakru. Amaun penjelasan adalah seperti formula di bawah:

9. Apakah risiko yang perlu saya tanggung?

Pelanggan masih bertanggungjawab memastikan bayaran ansuran bulanan dibuat seperti yang dinyatakan di dokumen perjanjian walaupun pelanggan menghadapi masalah kewangan seperti kehilangan pekerjaan atau sakit.

10. Adakah saya memerlukan penjamin atau cagaran? Penjamin atau cagaran tidak diperlukan.

11. Apakah yang perlu saya lakukan sekiranya berlaku perubahan maklumat? Pelanggan hendaklah menghubungi kami dengan segera sekiranya terdapat sebarang perubahan maklumat bagi memastikan urusan surat-menyurat dapat disampaikan mengikut masa yang ditetapkan.

Sila hubungi Pusat Panggilan di talian 1-300-88-1BANK ATAU kunjungi mana-mana cawangan Bank Rakyat yang berdekatan untuk sebarang perubahan maklumat pelanggan.

12. Di mana saya boleh dapatkan maklumat lanjut?

Sekiranya pelanggan memerlukan maklumat lanjut sila rujuk risalah produk atau layari www.bankrakyat.com.my

Sebarang cadangan dan pertanyaan anda boleh disalurkan ke:

Pusat Panggilan di talian 1-300-88-1BANK (12265) dari Isnin hingga Jumaat dari 7:30 pagi hingga 9:30 malam dan pada hari Ahad dari 8.30 pagi hingga 5.30 petang.

Bagi waktu selain dari yang dinyatakan di atas, sila hubungi:

Pusat Data di 03-26129708.

Anda boleh membuat aduan dengan menelefon:

03-26975011, 26976011 dan 26977011 atau menghantar aduan anda ke Unit Biro Aduan Awam, Jabatan Pengurusan Khidmat Pelanggan, Tingkat 11, Bangunan Bank Rakyat, Jalan Tangsi, Peti Surat 11024, 50732 Kuala Lumpur atau e-mel ke [email protected].

Atau

Hubungi Bank Negara Malaysia LINK or TELELINK di

Block D, Bank Negara Malaysia, Jalan Dato Onn, 50480 Kuala Lumpur

Tel: 1-300-88-5465

Faks: 03-21741515

E-mail: [email protected]

13. Dimanakah saya boleh dapatkan bantuan apabila menghadapi masalah membuat bayaran ansuran pembiayaan ?

Pelanggan boleh menghubungi cawangan bank di mana pembiayaan dibuat atau mana-mana cawangan Bank rakyat berhampiran dengan segera,

atau

Pelanggan boleh dapatkan khidmat nasihat daripada Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK). Agensi ini ditubuhkan oleh BNM untuk memberi perkhidmatan secara percuma iaitu pendidikan kewangan, kaunseling kewangan dan pengurusan kredit.

Hubungi AKPK di alamat berikut:

Tingkat 8, Maju Junction Mall, 1001, Jalan Sultan Ismail

50250 Kuala Lumpur

Tel: 1-8700-22-2575

E-mail: [email protected]

PENTING!

TINDAKAN UNDANG-UNDANG MUNGKIN AKAN DIKENAKAN JIKA ANDA TIDAK MELUNASKAN PEMBIAYAAN

PRODUK INI TELAH MENDAPAT KELULUSAN DARIPADA AHLI JAWATANKUASA SYARIAH PADA 17 NOVEMBER 2009 DAN 23 JULAI 2012. HELAIAN PENDEDAHAN PRODUK TELAH DIBACA, DIFAHAMI & DIPERSETUJUI OLEH PELANGGAN DAN MESTILAH DITANDATANGANI OLEH PELANGGAN

Maklumat di risalah ini adalah sah pada 27/05/2013.Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad ( )

Version 1/Dated 27/05/2013/BKRM

Jumlah penyelesaian awal = harga jualan prinsipal telah dibayar baki prinsipal belum dikeluarkan ibra (keuntungan tertangguh / jumlah keuntungan belum terakru) + ((COF EFR) x prinsipal yang telah dikeluarkan) + (lain-lain kos kerugian sebenar)