pdf

Upload: ln

Post on 29-Oct-2015

26 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

merenang gelora

TRANSCRIPT

  • 1

    Sinopsis Novel Merenang Gelora

    Bab 1: Tugas Baharu

    Badri dilantik sebagai pengawas sekolah yang

    baharu. Di sekolah, Jamil mengusik Badri yang

    memakai uniform pengawasnya. Jamil teringat akan

    Badri yang pernah suatu ketika dahulu bertanya

    pendapatnya tentang menjadi pengawas sekolah.

    Kata Jamil tugas sebagai pengawas sangat berat,

    terutamanya apabila berhadapan dengan murid-

    murid yang nakal. Sebaliknya, Badri menjawab

    walaupun berat tetapi tugas sebagai pengawas

    adalah mulia.

    Siti Cahaya Nadira , pelajar baru ditempatkan di

    kelas Badri dan Jamil. Nadira pelajar yang cantik,

    terbuka, dan moden. Ketika dalam perjalanan ke

    tandas semasa waktu rehat, Badri terserempak

    dengan lima orang murid yang sedang mengelilingi

    Meng Kong, murid Tingkatan 5 Bestari. Badri

    nampak Meng Kong menghulurkan kertas kecil

    kepada murid-murid itu. Apabila ternampak Badri,

    mereka terus bersurai. Ketika Badri sedang asyik

    menjamah makanan di kantin, tiba-tiba dia

    terpandang akan Meng Kong. Meng Kong cepat-

    cepat menghabiskan makanannya lalu meninggalkan

    kantin. Siti Cahaya Nadira yang cantik menjadi rebutan murid-murid lelaki di sekolah tersebut. Jamil dicabar oleh Badri untuk mendapatkan Siti Cahaya

    Nadira.

    Bab 2: Api yang Mula Membara

    Badri datang daripada keluarga yang sederhana.

    Oleh sebab itu, Badri bertekad untuk belajar

    bersungguh-sungguh sehingga menempah kejayaan.

    Dia tidak mahu menghabiskan masanya dengan

    perkara yang tidak memberikan manfaat. Pada suatu

    hari, Badri terperanjat apabila sebuah motosikal

    meluncur laju dari arah belakangnya memasuki

    kawasan sekolah. Penunggangnya ialah Shahrul,

    murid tingkatan lima yang terkenal dengan

    kenakalannya. Kebetulan pada hari itu Badri sakit

    perut yang memaksanya berulang-alik ke tandas.

    Semasa di dalam tandas, tiba-tiba percikan air

    Latihan Pengukuhan

    Bab 1: Tugas Baharu

    1. Siapakah yang dilantik menjadi pengawas

    yang baru?

    2. Siapakah yang mengusik Badri ?

    3. Apakah pendapat Jamil tentang tugas

    seorang pengawas?

    4. Siapakah pelajar baru?

    5. Nyatakan perwatakan Nadira?

    6. Siapakah yang mengelilingi Meng Kong?

    7. Apakah yang dihulurkan oleh Meng Kong ?

    8. Kenapakah Nadira menjadi rebutan murid-

    murid lelaki?

    9. Nyatakan nilai murni dalam bab 1

    Bab 2: Api yang Mula Membara

    1. Kenapakah Badri bertekad untuk belajar

    bersungguh-sungguh?

    2. Apakah sikap terpuji Badri?

    3. Kenapakah Badri berasa terperanjat?

    4. Nyatakan sikap negatif Sharul?

    5. Kenapakah Badri terpaksa berulang-alik ke

    tandas?

    6. Apakah yang berlaku kepada Badri di dalam

    tandas?

  • 2

    menimpa kepala Badri dan kemudian diikuti

    simbahan demi simbahan. Sekujur tubuh Badri basah

    kuyup. Badri pulang ke kelas dengan perasaan malu.

    Nadira bertanya dengan nada sindiran kepada Badri.

    Peristiwa di tandas itu membuatkan Badri berasa

    geram bercampur hairan. Bagaimanakah Nadira

    dapat mengetahui perkara yang berlaku terhadap

    dirinya dengan begitu cepat? Jamil menasihati Badri

    supaya tidak mengambil tahu sangat soal orang lain.

    Badri meminta izin daripada Cikgu Jailani untuk

    pulang ke rumah. Selepas membersihkan diri, Badri

    memberitahu emaknya bahawa dia hendak ke

    bandar dan kemudian ke rumah Pak Alang. Dia pergi

    ke perpustakaan di bandar untuk mencari

    ketenangan. Namun, fikirannya tetap tidak tenang.

    Badri keluar dari perpustakaan dan merayau-rayau di

    sekitar bandar. Badri agak terkejut apabila melihat

    Nadira membonceng motosikal yang ditunggang

    oleh Shahrul. Badri menaiki bas ke rumah Pak Alang.

    Sampai di rumah Pak Alang, sekali lagi Badri terkejut

    apabila melihat Nadira berada di situ. Pak Alang memperkenalkan Nadira sebagai anak buahnya dari

    Kedah.

    Bab 3. Bermain Api

    Badri agak hairan apabila mendapati murid-murid

    tidak lagi berkumpul untuk berjumpa dengan Meng

    Kong pada waktu rehat. Biasanya mereka berkumpul

    di bawah pokok di tepi padang. Badri berselisih

    dengan seorang murid yang memandang Badri

    dalam ketakutan. Tiba-tiba Badri terlihat tanda lahir

    di leher murid itu. Rupa-rupanya, murid itulah yang

    berada di dalam tandas semasa Badri disimbah

    dengan air tempoh hari. Kebetulan murid itu tidak

    memakai lencana. Badri membawa murid itu

    berjumpa dengan Cikgu Jailani. Murid itu bernama

    Kumar. Cikgu Jailani menjumpai telefon bimbit di

    dalam saku Kumar. Meng Kong, Kumar, dan Shahrul

    adalah kawan tiga serangkai yang selalu

    menimbulkan kesulitan kepada murid-murid di

    sekolah. Menurut Ah Chun, Meng Kong menjual kad

    prabayar dan telefon bimbit terpakai kepada murid-

    murid sekolah, tetapi dia tidak ada bukti. Jamil

    7. Apakah perasaan Badri selepas itu?

    8. Apakah nasihat Jamil kepada Badri?

    9.Apakah sikap positif yang ada pada diri

    Badri?

    10.Kenpakah Badri pergi ke perpustakaan?

    11.Kenapakah Badri berasa terkejut?

    12.Siapakah Nadira kepada Pak Alang?

    13. Nyatakan nilai murni dalam bab 2.

    Bab 3. Bermain Api

    1. Kenapakah Badri berasa hairan?

    2. Di manakah biasanya murid-murid itu

    berkumpul?

    3. Bagaimnakah Badri boleh mengenali budak

    yang berada di dalam tandas?

    4. Siapakah nama murid itu?

    5. Apakah yang dijumpai oleh Cikgu Jailani di

    dalam saku Kumar?

    6. Apakah kesalahan yang dilakukan oleh

    Meng Kong?

  • 3

    memberitahu Badri bahawa Kumar tidak mahu Badri

    memerhatikan Meng Kong.

    Nadira mengingatkan Badri supaya menjaga

    mulutnya. Nadira tidak mahu Badri menceritakan

    apa-apa tentang dirinya kepada Mak Alang. Semasa

    di perhentian bas, seorang murid lelaki bernama Bob

    dengan sengaja merempuh Badri. Rempuhan itu

    menyebabkan Badri tersungkur ke tanah. Badri

    menahan emosi marahnya. Dia berazam untuk terus

    membantu mereka supaya tidak terlajak jauh.

    Semasa hendak turun dari bas, Badri terasa ada

    sesuatu diselitkan di saku seluarnya. Nota itu

    menghendaki Badri pergi ke sebuah pasar raya pada

    jam 4.00 petang hari itu. Badri pergi ke pasar raya itu

    seperti yang dikehendaki oleh orang yang menulis

    nota itu. Sampai di sana, Badri terlihat Siew Mei.

    Rupa-rupanya, Siew Mei ingin menyampaikan

    maklumat berkaitan dengan peristiwa Badri

    disimbah dengan air di dalam tandas tempoh hari.

    Bab 4: Duri dalam Daging

    Kumar pergi berjumpa dengan Meng Kong dan

    Shahrul di pusat permainan boling. Kumar

    memberitahu Meng Kong dan Shahrul tentang

    telefon bimbitnya dirampas oleh Cikgu Jailani kerana

    tindakan Badri. Mereka berpendapat bahawa orang

    seperti Badri boleh merosakkan bisnes mereka.

    Antara mereka bertiga, Meng Kong boleh dikatakan

    sebagai ketua secara tidak rasmi bagi kumpulan itu.

    Dalam pada itu, Kumar berazam untuk membalas

    dendam terhadap Badri.

    Bab 5. Pertemuan

    Jamil berjumpa dengan Badri. Ada sesuatu yang

    hendak Jamil beritahu kepada Badri. Secara

    kebetulan Badri juga ada sesuatu yang hendak

    ditanyakan kepada Jamil. Badri memberitahu Jamil

    bahawa dia mendapat maklumat bahawa Jamil

    membeli telefon bimbit dan mendapatkan bekalan

    kad prabayar daripada Meng Kong. Jamil terkejut

    mendengar kata-kata Badri. Jamil berasa sungguh

    malu. Dia segera bangun dan meninggalkan Badri.

    Badri berasa kesal kerana kawan baiknya terlihat

    7. Apakah amaran yang diberikan oleh Nadira

    kepada Badri?

    8.Siapakah yang merempuh Badri?

    9.Apakah azam Badri kepada rakan-

    rakannya?

    10.Apakah kandungan nota yang diselitkan

    pada saku seluar Badri?

    11.Apakah maklumat yang ingin disampaikan

    oleh Siew Mei kepada Badri?

    12. Nyatakan nilai murni dalam bab 3.

    Bab 4: Duri dalam Daging

    1. Di manakah Kumar pergi berjumpa dengan

    rakan-rakannya?

    2. Siapakah yang merampas telefon Kumar?

    3. Siapakah ketua bagi kumpulan itu?

    4. Apakah azam Kumar?

    5. Nyatakan nilai murni dalam bab 4.

    Bab 5. Pertemuan

    1. Apakah yang diberitahu oleh Bakri kepada

    Jamil?

    2. Apakah yang berlaku kepada Jamil?

    3. Apakah yang dikesalkan oleh Badri tentang

    Jamil?

  • 4

    dalam kegiatan salah di sekolah. Tiba-tiba Badri

    teringat akan Nadira. Hubungan Nadira dengan

    Shahrul mungkin akan menimbulkan perkara yang

    tidak balk. Nadira tidak tahu sikap Shahrul yang

    sebenar. Nadira harus diselamatkan sebelum

    terlambat. Persoalannya, bagaimana hendak

    menyedarkan Nadira? Hal ini demikian kerana Nadira

    ialah gadis yang ego serta sombong.

    Bab 6: Kemuncak Dunia

    Nadira berpakaian cantik. Wajahnya disolek rapi. Dia

    berjanji hendak berjumpa dengan Shahrul. Semasa

    membonceng motosikal Shahrul, Nadira teringat

    akan kata-kata Badri yang memburuk-burukkan

    Shahrul. Badri menasihati Nadira supaya tidak

    tersalah langkah dan bijak memilih kawan. Shahrul

    mengamuk mendengar cerita Badri dari mulut

    Nadira. Nadira semakin muak melihat tingkah Badri.

    Shahrul memberitahu Nadira agar tidak bimbang

    kerana Badri telahpun menerima pengajaran

    pertamanya apabila dia disiram oleh Kumar tempoh

    hari. Shahrul dan rakan-rakannya membawa Nadira

    ke sebuah tasik di pinggir kota. Nadira mendiamkan

    diri. Dia kurang senang akan kawan-kawan Shahrul.

    Tiba-tiba, Aziz menghidupkan enjin motosikalnya

    dan mengarahkan kawan-kawannya meninggalkan

    tempat itu apabila sepasukan polls menghampiri

    tempat mereka berkumpul. Mereka dengan segera

    memecut motosikal masing-masing. Dalam keadaan

    kelam-kabut, Shahrul terus memecut motosikalnya

    dan meninggalkan Nadira di situ. Nadira disoal siasat

    oleh polis. Setelah merayu, Nadira akhirnya dibawa

    pulang ke rumahnya. Kejadian itu bagai mimpi ngeri

    yang sukar dilupakan oleh Nadira.

    Bab 7. Secarik Sinar

    Hubungan Badri dan Jamil semakin renggang. Taufik

    ingin mencungkil rahsia konflik antara Badri dengan

    Jamil daripada Badri. Namun, sebaliknya Taufik pula

    yang bercerita tentang konflik Nadira dengan

    Shahrul. Badri agak kesal tentang apa-apa yang

    berlaku terhadap Nadira. Dia tidak berjaya untuk

    menyakinkan Nadira bahawa Shahrul bukanlah

    rakan yang boleh diharapkan. Semasa di

    4. Pada pandangan Badri, apakah perkara

    mungkin berlaku kepada hubungan Nadira

    dengan Sharul?

    5. Apakah sikap negatif Nadira?

    6. Nyatakan nilai murni dalam bab 5.

    Bab 6: Kemuncak Dunia

    1. Apakah nasihat Badri kepada Nadira?

    2. Apakah yang berlaku kepada Sharul ?

    3. Apakah yang diberitahu oleh Shahrul kepada

    Nadira?

    4. Ke manakah Nadira dibawa oleh Sharul dan

    rakan-rakannya?

    5. Kenapakah Aziz mengarahkan rakan-

    rakannya meninggalkan tempat itu?

    6. Pada pendapat anda, wajarkah Shahrul

    meninggalkan Nadira?

    7. Apakah yang dimaksudkan bagai mimpi

    ngeri?

    8. Nyatakan nilai murni dalam bab 6.

    Bab 7. Secarik Sinar

    1.Siapakah yang berkonflik dengan Badri?

    2.Kenapakah Badri berasa kesal?

  • 5

    perpustakaan, Badri didatangi Nadira. Nadira

    meminta maaf daripada Badri kerana tidak

    mendengar nasihat Badri tempoh hari. Sejak hari itu,

    mereka menjadi kawan. Semasa hendak keluar dari

    perpustakaan, Nadira dan Badri bertembung dengan

    Shahrul. Badri hendak terus pergi dari situ tetapi

    dihalang oleh Nadira. Berlaku pertengkaran kecil

    antara Nadira dengan Shahrul. Shahrul berasa malu

    kerana ditengking oleh Nadira. Shahrul

    mencengkam lengan Nadira. Dengan suara yang

    keras dan wajah yang garang, Badri mengarah

    Shahrul melepaskan lengan Nadira. Shahrul terkejut

    dan secara spontan melepaskan cengkamannya.

    Shahrul meninggalkan Badri dan Nadira.

    Bab 8: Mengharung Badai

    Jamil hendak memberitahu sesuatu yang penting

    kepada Badri. Mereka berjumpa di bilik pengawas.

    Jamil meminta maaf daripada Badri. Jamil

    memberitahu Badri bahawa dia telah diperangkap

    oleh Meng Kong.

    Meng Kong membuat fitnah bahawa Jamil yang

    mencuri telefon di kedai ayahnya. Namun, ayah

    Meng Kong telah memaafkan Jamil. Beliau juga tidak

    meminta ganti rugi daripada Jamil. Biarpun difitnah

    oleh Meng Kong, namun ibu bapa Jamil percaya anak

    mereka tidak melakukan perbuatan tersebut.

    Selepas peristiwa itu, Jamil benar-benar insaf. Jamil

    tidak mahu menjual barang-barang kepunyaan Meng

    Kong.

    Nadira memujuk dan merayu Badri agar tidak

    campur tangan dalam urusan Meng Kong dengan

    kawan-kawannya. Namun, Badri tidak menghiraukan

    permintaan Nadira itu. Nadira bimbang akan

    keselamatan Badri. Suatu petang, Siew Mei

    berjumpa dengan Badri di pusat sumber sekolah.

    Mereka ke kantin kerana ada sesuatu yang Siew Mei

    hendak beritahu Badri. Siew Mei bertanyakan Badri

    tentang pertengkarannya dengan Shahrul berkaitan

    dengan Nadira. Siew Mei menasihati Badri agar

    menyelesaikan masalah secara berbincang bukan

    dengan pertengkaran dan pergaduhan. Siew Mei

    juga menasihati Badri supaya membantu Nadira

    3. Kenapakah Nadira meminta maaf kepada

    Badri?

    4.Dengan siapakah mereka berjumpa di luar

    perpustakaan?

    5.Kenapakah Sahrul berasa malu?

    6.Apakah yang diarahkan oleh Badri kepada

    Sharul?

    7. Nyatakan nilai murni dalam bab 7.

    Bab 8: Mengharung Badai

    1.Di manakah Jamil ingin berjumpa dengan

    Badri?

    2.Apakah perkara penting yang Jamil ingin

    beritahu kepada Badri?

    3.Nyatakan fitnah yang dibuat oleh Meng Kong.

    4.Nyatakan sikap positif ayah Meng Kong.

    5.Apakah azam Jamil selepas peristiwa itu?

    6.Apakah perkara yang dirayu oleh Nadira kepada Badri?

    7. Pada pendapat anda, kenapakah Nadira

    mula berasa bimbang akan keselamatan Badri?

    8.Di manakah Siew Mei ingin berjumpa dengan

    Badri?

    9.Nyatakan nasihat Siew Mei kepada Badri?

    10. Nyatakan nilai murni dalam bab 8.

  • 6

    bukan menghanyutkan perasaannya dengan perkara

    yang tidak penting. Badri kurang faham akan kata-

    kata Siew Mei yang terakhir itu.

    Bab 9. Rahsia Hampir Terbongkar

    Semasa berjoging di tasik, Badri ternampak akan

    Meng Kong, Kumar, dan Shahrul. Namun, mereka

    bertiga tidak nampak akan Badri. Mereka asyik

    membincangkan sesuatu dengan serius. Badri

    mengintip mereka dari dekat. Mereka sedang

    membincangkan perihal Jamil yang berjumpa

    dengan Badri. Mereka bimbang Badri telah

    mengetahui cerita tentang mereka. Daripada

    perbualan mereka itu, maka terbuktilah bahawa

    mereka menjalankan aktiviti menjual telefon bimbit

    dan kad prabayar di sekolah. Badri keluar secara tiba-

    tiba. Ketiga-tiga mereka terkejut. Shahrul melompat

    menyerang Badri. Shahrul tergamam dengan

    tindakan pantas Badri. Badri dapat menewaskan

    Shahrul dengan ilmu silat yang dipelajarinya

    daripada Pak Alang. Shahrul cepat-cepat berlari ke

    arah motosikalnya dan memecut laju meninggalkan

    tempat itu. Kumar dan Meng Kong turut

    meninggalkan tempat itu dengan segera.

    Bab 10: Semarak Api

    Tiga tahun dahulu Shahrul tinggal di rumah mewah.

    Sekarang; dia sekeluarga tinggal di rumah teres

    setelah perniagaan ayahnya merosot. Dia tidak

    selesa tinggal di rumah teres. Cikgu Jailani telah

    memanggil Shahrul dan bertanya tentang sebab dia

    menyerang Badri. Cikgu Jailani cuba mengorek

    rahsia Shahrul berkaitan dengan aktivitinya tetapi

    Shahrul menafikan sekeras-kerasnya. Dendam

    Shahrul terhadap Badri semakin membuak-buak

    apabila melihat Nadira rapat dengan Badri.

    Pergaduhan antara Shahrul dengan Amir tercetus.

    Isunya ialah Amir tidak membayar ansuran telefon

    bimbit. Semasa Amir hendak memulangkan telefon

    bimbit itu, Shahrul menepis tangan Amir dan

    menyebabkan telefon bimbit itu terpelanting ke

    tanah. Peristiwa itu disaksikan oleh Cikgu Jailani.

    Shahrul memberitahu Amir jika dia tidak mahu

    Bab 9. Rahsia Hampir Terbongkar

    1.Di manakah Badri ternampak Meng Konbg

    dan rakan-rakannya?

    2. Apakah perkara yang dibincangkan oleh

    Meng Kong dan rakan-rakannya?

    3. Kenapakah mereka berasa bimbang?

    4. Siapakah yang sebenarnya menjual telefon

    bimbit dan kad prabayar di sekolah?

    5.Kenapakah Badri dapat menewaskan

    Sharul?

    6.Pada pendapat anda, apakah kepentingan

    ilmu silat kepada remaja?

    7. Nyatakan nilai murni dalam bab 9.

    Bab 10: Semarak Api

    1. Kenapakah Shahrul tinggal di rumah teres?

    2. Pada pendapat anda, kenapakah Shahrul tidak selesa tinggal di rumah teres?

    3. Apakah yang ditanya oleh Cikgu Jailani kepada Sharul?

    4. Kenapakah Shahrul terlalu berdendam kepada Badri?

    5. Kenapakah pergaduhan antara Sharul dengan Amir berlaku?

    6. Apakah perbuatan Sharul yang menyebabkan telefon pada tangan Amir terpelanting?

  • 7

    membayar ansuran telefon bimbit itu, dia tidak boleh

    memberitahu bahawa dia membeli telefon itu

    daripada Meng Kong. Amir akur akan arahan

    Shahrul. Amir memberitahu Cikgu Jailani bahawa

    bapa saudaranya memberinya duit untuk membeli

    telefon bimbit itu. Cikgu Jailani merampas telefon

    bimbit Amir. Beliau tahu Amir berbohong.

    Bab 11: Tertangkap

    Meng Kong ke kedai ayahnya pada setiap Sabtu.

    Pada kali ini,dia datang lebih awal. Dia terus masuk

    ke bilik stor lalu memasukkan empat buah telefon

    bimbit ke dalam beg sandangnya. Meng Kong

    menyerahkan kesemua telefon bimbit itu kepada

    Kumar. Setelah Meng Kong pergi, Ah Meng

    pembantu kedai ayah Meng Kong menghidupkan

    komputer yang disambungkan ke CCTV di kedai itu.

    Rakaman CCTV itu menunjukkan Meng Kong sedang

    mengambil telefon bimbit di bilik stor. Selepas

    mengetahui perbuatan anaknya, ayah Meng Kong

    berasa sangat marah. Sebagai hukuman, Meng Kong

    dikehendaki tinggal di asrama sekolah. Ayah Meng

    Kong pergi ke sekolah berjumpa dengan pengetua

    dan menceritakan perbuatan anaknya. Meng Kong,

    Kumar, dan Shahrul dipanggil ke bilik pengetua.

    Mereka telah diberi hukuman tiga sebatan atas

    kesalahan yang telah dilakukan oleh mereka.

    Bab 12: Suasana Baharu

    Meng Kong kini tinggal di asrama sekolah. Dia tidak

    selesa kerana terpaksa berkongsi bilik dengan orang

    lain. Namun, Meng Kong dapat menyesuaikan

    dirinya dengan kehidupan di asrama. Pada suatu

    hari, Shahrul bertanya kepada Meng Kong tentang

    bisnes mereka. Meng Kong memberitahu Shahrul

    bahawa dia telah insaf. Shahrul mengutuk tindakan

    Meng Kong yang berubah menjadi insaf. Sebagai

    akibatnya, berlaku pertengkaran yang berakhir

    dengan pergaduhan antara Meng Kong dengan

    Shahrul. Shahrul menarik kolar baju Meng Kong dan

    mahu menumbuknya. Muncul Badri yang memekik

    7. Apakah arahan Sharul kepada Amir supaya

    Cikgu Jailani tidak mengetahui perbuatan

    menjual telefon?

    8. Apakah kenyataan palsu yang diceritakan

    oleh Amir kepada Cikgu Jailani?

    9. Nyatakan nilai murni dalam bab 10.

    Bab 11: Tertangkap

    1. Bilakah biasanya Meng Kong akan ke kedai ayahnya?

    2. Apakah barang yang diisikan ke dalam beg sandangnya?

    3. Siapakah yang menerima telefon bimbit itu?

    4. Dari manakah orang yang mengambil telefon bimbit itu dapat diketahui?

    5. Nyatakan hukuman yang dikenakan kepada Meng Kong?

    6. Nyatakan hukuman yang dikenakan kepada

    Meng Kong dan rakan-rakannya di sekolah?

    7. Nyatakan nilai murni dalam bab 11.

    Bab 12: Suasana Baharu

    1. Kenapakah Meng Kong berasa tidak

    selesa?

    2. Apakah yang diberitahu oleh Meng Kong

    kepada Sharul?

    3. Apakah yang berlaku antara Meng Kong

    dengan Sharul?

  • 8

    supaya mereka berhenti bergaduh. Shahrul

    melepaskan kolar baju Meng Kong. Badri

    mengarahkan Shahrul, Meng Kong, dan Kumar

    mengikutnya pergi berjumpa dengan Cikgu Jailani.

    Shahrul dan Kumar didapati bersalah dan sekali lagi

    mereka diserahkan kepada pengetua untuk

    dihukum. Shahrul dan Kumar mendendami Meng

    Kong dan Badri. Mereka mencari jalan untuk

    mengenakan Badri dan Meng Kong.

    Bab 13 Jiwa Remaja

    Hari Sabtu pagi, Badri bersiap-siap hendak keluar.

    Dia berpakaian kemas dengan semburan pewangi.

    Penampilannya pada hari itu di luar kebiasaan. Badri

    akan pergi menonton teater bersama-sama dengan

    Nadira. Pertama kali Badri menonton teater. Badri

    menonton teater dengan asyik sekali, namun Nadira

    tidak dapat berbuat demikian. Tumpuannya

    terganggu kerana terbayangkan Slew Mei.

    Hubungan akrab antara Badri dengan Siew Mei

    menyebabkan fikirannya menjadi kacau-bilau.

    Nadira cemburu.

    Setelah pulang ke rumah, Badrul, adik Badri

    memberitahu abangnya tentang hasrat Jamil yang

    mahu berjumpa dengannya. Dalam perbualan

    telefon, Jamil memberitahu Badri bahawa dia ada

    hat mustahak yang hendak dibincangkan dengan

    rakannya itu. Jamil memberitahu bahawa dia akan

    datang ke rumah Badri. Esoknya, Badri menelefon

    Jamil. Ibu Jamil memberitahu bahawa Jamil tidak

    ada di rumah. Keluarga Jamil enggan memberitahu

    lokasi Jamil berada. Badri mengesyaki Shahrul dan

    Kumar berjaya mempengaruhi Jamil semula.

    Badri mencari Kumar. Badri dan Taufik bergerak ke

    kelas Tingkatan 5 Bestari. Mereka mengintai kelibat

    seseorang di dalam kelas tersebut. Kumar pada

    waktu itu sedang membuka beg milik Meng Kong.

    Selepas itu, Kumar memasukkan sesuatu ke dalam

    beg Meng Kong. Tanpa berlengah Badri meluru ke

    arah Kumar dan memegang tangan Kumar. Taufik

    membuka beg Meng Kong. Terdapat dua kotak

    rokok di dalam beg itu. Kata Kumar, Meng Kong

    yang memintanya memasukkan kotak rokok itu ke

    4. Siapakah yang meleraikan pergaduhan itu?

    5.Apakah yang diarahkan oleh Badri kepada

    Sharul dan Meng Kong?

    6.Apakah kesan daripada tindakan Badri itu?

    7. Nyatakan nilai murni dalam bab 12.

    Bab 13 : Jiwa Remaja

    1. Bilakah Badri pergi menonton teater?

    2. Siapakah gadis yang pergi dengan Badri?

    3. Bagaimanakah reaksi Badri apabila

    menonton teater itu?

    4. Kenapakah Nadira berasa cemburu ?

    5. Apakah yang diberitahu oleh Badrul kepada

    Badri?

    6. Apakah yang diberitahu oleh Jamil kepada

    Badri?

    7. Apakah yang disyaki oleh Badri tentang

    Jamil?

    8. Ke manakah Badri dan Taufik pergi?

    9. Siapakah yang memasukkan dua kotak

    rokok ke dalam beg Meng Kong?

    10. Namakan perbuatan jahat Kumar?

  • 9

    dalam begnya. Kumar berbohong. Setelah Badri

    mengugut untuk membawanya berjumpa dengan

    Cikgu Jailani barulah Kumar memberitahu bahawa

    Shahrul yang menyuruhnya meletakkan rokok tu ke

    dalam beg Meng Kong. Badri membawa Kumar

    berjumpa dengan Cikgu Jailani. Shahrul dan Kumar

    dipanggil untuk sesi kaunseling.

    Bab 14: Di Persimpangan

    Nasihat dan kaunseling yang diberikan oleh Cikgu

    Fatima benar-benar memberikan kesan kepada

    Kumar. Pergaulannya dengan Shahrul sebelum ini

    menjadikan Kumar berasa bangga dan sombong.

    Keadaan itu berubah apabila Badri dilantik sebagai

    pengawas. Shahrul cuba mempengaruhi Kumar agar

    tidak meninggalkannya. Jamil dan Meng Kong telah

    menarik diri daripada berkawan dengannya. Selain

    itu, Shahrul bimbang Kumar akan membocorkan

    rahsia kegiatan kumpulan mereka. Shahrul terus

    memujuk Kumar untuk kembali bergiat dalam

    aktiviti kumpulan mereka. Namun, Kumar tetap

    bertegas dengan keputusannya. Shahrul kecewa.

    Bab I5: Kehilangan yang Misteri

    Keluarga Jamil memang mahu merahsiakan lokasi

    Jamil. Jamil juga langsung tidak menelefon Badri.

    Keintiman persahabatan Badri dan Kumar semakin

    terserlah. Kumar dan Meng Kong sudah mula

    berubah. Hanya tinggal Shahrul yang masih

    bermusuh dengan Badri. Siew Mei terkejut apabila

    membaca di akhbar tentang pemuda bernama

    Amran terbunuh bersama-sama dengan tiga orang

    rakannya dalam kejadian tembak-menembak antara

    pihak polls dengan anggota sindiket pengedaran

    najis dadah. Siew Mei memberitahu berita kematian

    Amran kepada Badri. Berita ini mengingatkan Badri

    kepada Jamil. Adakah jamil terlibat sama dalam

    sindiket itu?

    11.Siapakah sebenarnya dalang di sebalik

    perbuatan jahat itu?

    12. Apakah tindakan yang dilakukan kepada

    Sharul dan Kumar?

    13. Nyatakan nilai murni dalam bab 13.

    Bab 14: Di Persimpangan

    1. Siapakah yang memberikan kaunseling

    kepada Kumar?

    2. Nyatakan perasaan buruk Kumar apabila

    berkawan dengan Shahrul?

    3. Namakan dua rakan Shahrul yang tidak

    ingin berkawan dengannya lagi.

    4. Apakah yang dibimbangkan oleh Shahrul?

    5. Nyatakan nilai murni dalam bab 14.

    Bab I5: Kehilangan yang Misteri

    1. Siapakah yang mahu merahsiakan lokasi

    Jamil?

    2. Siapakah yang masih bermusuh dengan

    Badri?

    3. Kenapakah Siew berasa terkejut?

    4. Nyatakan nilai murni dalam bab 15.

  • 10

    Bab 16: Tersayat Pedih

    Shahrul baru saja mendengar berita kematian

    Amran. Dia berasa takut. Pihak polls sudah lama

    mengekori pergerakan kumpulan Amran. Dua

    minggu Shahrul memerapkan dirinya di rumah setiap

    kali pulang dari sekolah. Shahrul mula berasa bosan.

    Suatu petang Shahrul keluar berjumpa dengan

    budak-budak motor. Dia nampak Badrul, adik Badri

    melewati kawasan itu. Shahrul hendak mengupah

    Din untuk mencederakan Badrul agar dendamnya

    terhadap Badri berbalas. Namun, Din tidak mahu

    melaksanakan hasrat jahat Shahrul. Shahrul

    merengus lalu menghidupkan enjin motosikalnya

    dan memecut meninggalkan Din. Tiba-tiba

    motosikal Shahrul terbabas ke dalam longkang.

    Shahrul terjatuh ditimpa motosikalnya sendiri.

    Badrul dan rakan-rakannya membantu Shahrul dan

    membawanya ke hospital. Berita kemalangan

    Shahrul tersebar di sekolah.

    Slew Mei tidak menyenangi keintiman Badri dengan

    Kumar. Dia curiga akan kebaikan Kumar terhadap

    Badri. Slew Mei pergi berjumpa dengan Badri untuk

    bertanya tentang perihal Badrul yang membantu

    Shahrul. Badri menceritakan segala-galanya. Siew

    Mei menyimpulkan bahawa Badrul hendak dijadikan

    mangsa balas dendam Shahrul terhadap Badri.

    Konflik tercetus antara Siew Mei dengan Nadira

    berkaitan dengan Shahrul. Nadira berpendapat

    bahawa Shahrul boleh berubah menjadi baik. Siew

    Mei pula berpendapat sebaliknya. Dia tidak percaya

    orang macam Shahrul akan insaf. Badri bertanya

    kepada Nadira bagaimana dia tahu Shahrul sudah

    berubah. Kata Nadira, Shahrul sudah beberapa kali

    menemuinya dan meminta maaf atas semua

    perbuatannya.

    Bab 17: Mangsa Fitnah

    Selak ketiadaan Jamil dalam hidup Badri, Kumar

    mengambil alih tempat Jamil. Badri memerlukan

    teman berbincang. Kehadiran Kumar tidak

    mengecewakan. Sekarang Badri ada Kumar dan

    Nadira. Namun, Badri kesal akan sikap Siew Mei

    yang tidak lagi semesra dahulu, terutamanya sejak

    Bab 16: Tersayat pedih

    1. Apakah berita yang baru diketahui oleh

    Sharul?

    2. Berapa lamakah masa yang diambil oleh

    Sharul untuk tidak keluar rumah?

    3. Apakah yang diminta oleh Shahrul kepada

    Din?

    4. Apakah tujuan Shahrul berbuat demikian?

    5. Apakah yang terjadi kepada Shahrul?

    6. Siapakah yang telah membantu Shahrul?

    7. Apakah yang tidak disenangi oleh Siew Mei?

    8. Apakah kesimpulan yang dibuat oleh Siew Mei?

    9. Apakah pendapat Nadira tentang Shahrul?

    10. Apakah pendapat Siew Mei tentang Sharul?

    11. Bagaimanakah Nadira tahu bahwa Shahrul telah berubah?

    12. Nyatakan nilai murni dalam baba 16.

    Bab :17 Mangsa Fitnah

    1. Siapakah yang mengambil alih tempat Jamil?

    2. Kenapakah Badri berasa kesal?

  • 11

    kemalangan yang menimpa Shahrul. Kata Kumar,

    Siew Mei dan Nadira sama-sama perempuan.

    Mereka menyukai orang yang sama. Oleh sebab itu,

    timbul perasaan iri dalam diri mereka berdua. Kata

    Badri dia tidak faham sebab mesti ada iri dalam diri

    Nadira dan Slew Mei, sedangkan kedua-duanya ialah

    sahabatnya. Fikir Kumar, mungkin Badri tidak faham

    tetapi mungkin juga dia tidak mahu faham akan hal

    yang membabitkan Nadira dan Siew Mei.

    Dalam suatu peristiwa semasa Badri sedang

    menyelesaikan satu masalah Matematik di papan

    putih, telefon bimbit berbunyi. Bunyi telefon bimbit

    itu datangnya daripada beg Badri. Apabila ditanya

    oleh Cikgu Jailani, Badri menyatakan bahawa telefon

    bimbit itu bukan miliknya. Nadira memberikan

    komen yang sinis terhadap Badri. Katanya, kalau

    telefon itu bukan milik Badri mengapa telefon itu

    berada di dalam beg Badri? Badri terkejut

    mendengar kata-kata Nadira itu. Cikgu Jallani yakin

    bahawa telefon itu bukan milik Badri. Namun, beliau

    perlu juga membuat siasatan. Badri mengesyaki

    Shahrul, kerana sebelum ini Shahrul pernah

    melakukan perkara yang sama dengan menyuruh

    Kumar memasukkan rokok ke dalam beg Meng

    Kong. Taufik mengesyaki Kumar mungkin sekali lagi

    diarah oleh Shahrul untuk melakukan perkara yang

    sama. Taufik menasihati Badri supaya berhati-hati

    dengan Kumar. Clkgu Jailani sudah dapat mengesan

    nama pemilik telefon bimbit itu. Dia tidak mencurigai

    Badri lagi. Nadira pula terpengaruh oleh fitnah

    bahawa telefon bimbit itu milik Badri. Nadira mulai

    bersikap dingin terhadap Badri. Dalam keadaan Badri

    mengalami masalah itu, Siew Mei muncul untuk

    bertanya khabar. Siew Mel memberikan kata-kata

    semangat kepada Badri. Dia dan Taufik tidak percaya

    akan tuduhan terhadap Badri.

    Bab 18: Pentas Sandiwara

    Semasa Badri dan Taufik sedang mencari Siew Mei,

    mereka terdengar pertengkaran antara Kumar

    dengan Shahrul darl sebuah bilik darjah kosong.

    Mereka berbalah tentang telefon bimbit. Kumar

    tidak dapat menahan kemarahannya lalu mencekak

    leher baju Shahrul. Mereka terdengar pekikan

    3. Siapakah orang yang dimaksudkan mereka

    menyukai orang sama?

    4.Apakah pandangan Badri kepada Siew Mei

    dan Nadira?

    5. Apakah pendapat Kumar tentang perkara

    Siew Mei dan Nadira ada menaruh hati kepada

    Badri?

    6. Dari manakah bunyi telefon bimbit itu

    datang?

    7.Apakah yang diberitahu oleh Badri kepada

    Cikgu Jailani?

    8.Apakah komen Nadira tentang kejadian itu?

    9.Apakah keyakinan yang ada pada cIkgu

    Jailani?

    10.Siapakah yang disyaki oleh Badri?

    11. Kenapakah Badri beranggapan begitu?

    12.Apakah nasihat Taufik kepada Badri?

    13.Apakah sikap Nadira selepas peristiwa itu?

    14.Siapakah yang memberikan kata-kata semangat kepada Badri?

    15. Nyatakan nilai murni dalam bab 17.

    Bab 18: Pentas Sandiwara

    1. Siapakah yang telah bertengkar di sebuah bilik darjah kosong?

    2. Apakah perkara yang menjadi perbalahan mereka?

  • 12

    Lokman, ketua pengawas yang mengarahkan kedua-

    duanya berhenti bergaduh. Lokman menasihati

    Shahrul dan Kumar agar tidak bergaduh lagi. Jika

    tidak, dia akan memaklumkan hal itu kepada Clkgu

    jailani. Lokman meminta Badri dan Taufik

    memberikan kerjasama untuk memerhati Shahrul

    dan juga Kumar. Badri mula mencurigai Kumar

    semula. Keinsafan Kumar mungkin hanya lakonan.

    Bab 19: Cerita Baharu

    Badri, Taufik, Slew Mei, dan Meng Kong berjumpa di

    kantin. Mereka bercakap-cakap tentang Shahrul dan

    Kumar. Menurut Meng Kong, Shahrul tidak pernah

    insaf, manakala Kumar pula benar-benar telah insaf.

    Meng Kong telah lama berkawan dengan Kumar.

    Pada Meng Kong, Kumar adalah seorang yang baik.

    Dia dan Shahrullah yang mempengaruhl Kumar.

    Shahrul juga yang mengajar Meng Kong sehingga dia

    sanggup mencurl di kedal ayahnya sendirl. Shahrul

    memang seorang yang degil. Ibu bapanya juga

    kurang mengambiI berat tentangnya. Malah, ibu

    bapanya asyik membela Shahrul sewaktu Clkgu

    Jailani datang ke rumah Shahrul. Mereka menafikan

    Shahrul terlibat dalam perkara-perkara yang buruk.

    Bab 20: Hati yang Luka

    Shahrul menghentikan semua aktivitinya. Tetapi

    Badri masih kurang yakin bahawa Shahrul benar-

    benar sudah insaf. Mungkin dia menghentikan

    kegiatannya sementara untuk menyelamatkan

    dirinya. Mungkin juga kerana dia hendak mengambil

    hati Nadira. Hubungannya dengan Nadira bukan

    rahsia lagi. Badri didatangi Taufik dan Slew Mei. Slew

    Mei merajuk apabila Badri tersasul menyebut nama

    Nadira sedangkan percakapannya itu ditujukan

    kepada Siew Mei. Siew Mei berlalu meninggalkan

    Badri terpinga-pinga. Badri serba salah. Badri tidak

    dapat melupakan sikap yang ditunjukkan oleh Nadira

    terhadapnya. Nadira seolah-olah telah menjatuhkan

    hukuman bersalah terhadapnya. Selagi Nadira tidlak

    diberi penjelasan selagi itulah Badri tidak berpuas

    hati.

    3. Siapakah yang mengarahkan supaya

    pergaduhan itu dihentikan.

    4.Apakah nasihat Lokman kepada Shahrul dan

    Kumar?

    5.Kenapakah Badri mencurigai Kumar?

    6. Nyatakan nilai murni dalam bab 18.

    Bab 19: Cerita Baharu

    1. Apakah pandangan Siew Mei tentang

    Shahrul?

    2. Apakah pandangan Mong Kong tentang

    Kumar?

    3. Apakah perbuatan tidak baik Sharul?

    4. Apakah sikap buruk Sharul?

    5. Apakah sikap negatif ibu bapa Shahrul?

    6. Nyatakan nilai murni dalam bab 19.

    Bab 20: Hati yang luka

    1. Apakah perkara yang menjadikan Badri

    kurang yakin kepada Sharul?

    2. Kenapakah Siew Mei merajuk?

    3. Apakah yang dilakukan oleh Siew Mei?

    4. Apakah sikap yang ditunjukkan oleh Nadira

    kepada Badri?

  • 13

    Peluang untuk Badri memperjelaskan kepada Nadira

    tiba apabila Nadira datang berkunjung ke rumah Pak

    Alang. Namun Nadira tidak datang bersendirian. Dia

    datang bersama-sama dengan Shahrul. Di situ,

    konflik antara Badri dengan Shahrul dan Nadira

    berlaku. Shahrul dan Nadira mempersenda Badri

    dengan kata-kata sindiran. Badri membalas sindiran

    mereka dengan memberitahu bahawa dia ada bukti

    tentang orang yang memasukkan telefon bimbit ke

    dalam begnya tempoh hari. Cikgu Jailani juga sudah

    mengetahui pemilik telefon bimbit itu. Shahrul

    terkejut mendengar pernyataan Badri itu. Shahrul

    menerima panggilan telefon daripada ayahnya.

    Shahrul nampak pucat dan gelisah. Shahrul dengan

    tergesa-gesa beredar tanpa mengajak Nadira.

    Bab 21: Harapan

    Badri berjumpa dengan Siew Mei untuk meminta

    maaf. Siew Mei dapat memahami permasalahan

    yang dihadapi oleh Badri. Nadira begitu mudah

    dipengaruhi walaupun pernah dianiayai. Badri

    memberitahu Siew Mei bahawa Nadira bukanlah

    pilihannya. Matlamat Badri ialah menumpukan

    persediaan bagi menghadapi SPM. Siew Mei juga

    berharap agar mereka mendapat keputusan

    cemerlang. Akhirnya peperiksaan selesai. Badri

    berniat untuk bertemu dengan Siew Mei dan Taufik

    sebelum mereka memulakan cuti panjang. Mereka

    berjumpa di sebuah restoran yang letaknya

    berhampiran dengan sekolah. Mereka berbual

    tentang rancangan untuk mengisi masa percutian

    yang panjang itu.

    Badri teringat akan Nadira. Dua hari selepas

    peperiksaan, Nadira muncul di depannya. Nadira

    memberitahu Badri sebab Shahrul meninggalkannya

    di rumah Pak Alang tempoh hari. Shahrul dicari oleh

    pihak polis kerana terlibat dengan mat-mat motor

    yang berlumba haram. Shahrul juga mengakui

    bahawa dia yang meletakkan telefon bimbit itu ke

    dalam beg Badri. Nadira meminta maaf pada Badri.

    Shahrul pun berhasrat untuk meminta maaf daripada

    Badri. Dia telah benar-benar insaf. Dua bulan berlalu

    dengan pantas. Keputusan peperiksaan diumumkan.

    Badri dan Siew Mei masing-masing lulus cemerlang

    5.Di manakah tempat yang dirasakan amat

    sesuai bagi Badri menjelaskan perkara yang

    sebenarnya kepada Nadira?

    6.Siapakah yang datang bersama dengan

    Nadira?

    7.Bagaimanakah Badri membalas sindiran

    Nadira dan Shahrul?

    8.Apakah reaksi Shahrul selepas itu?

    9.Nyatakan nilai murni dalam bab 20.

    Bab 21: Harapan

    1.Apakah tujuan Badri datang berjumpa dengan Siew Mei?

    2.Nyatakan sikap negatif NaDIRA?

    3.Apakah matlamat sebenar Badri?

    4.Apakah matlamat Siew Mei?

    5.Di manakah mereka berjumpa?

    6. Apakah perkara yang dibualkan oleh

    mereka?

    7.Kenapakah Shahrul dicari oleh pihak polis?

    8.Siapakah yang meletakkan telefon bimbit ke

    dalam beg Badri?

    9. Apakah hasrat Shahrul kepada Badri?

  • 14

    dengan mendapat 9A, manakala Taufik mendapat

    7A.

    Bab 22: Senja Belum Berlabuh

    Badri baru pulang setelah menamatkan

    pengajiannya dalam bidang perubatan di Ireland. Dia

    kini bertugas sebagai doktor. Jamil, kawan baiknya

    telah berjaya membuka sebuah resort. Jamil

    menceritakan sebab dia menghilangkan diri kepada

    Badri. Ibu bapanya menghantar dia bersekolah di

    Sarawak. Jamil tidak tahan akan gangguan Shahrul.

    Tambahan lagi, Jamil hampir terjebak dengan rakan-

    rakan Amran. Jamil melanjutkan pelajaran dalam

    bidang Hotel dan Pelancongan di UITM. Jamil

    bersama-sama dengan Taufik menjadi rakan kongsi

    membuka resort itu. Taufik mendapat ijazah dalam

    bidang perniagaan. Shahrul dan Kumar juga

    berkongsi modal membuka sebuah bengkel kereta di

    Kuala Lumpur. Nadira telah berkahwin dengan

    Shahrul. Nadira sekarang membuka sebuah butik.

    Dia lulusan diploma dalam bidang fesyen di UITM.

    Meng Kong pula mengambil alih perniagaan

    ayahnya.

    Taufik memberitahu kisah sebenar tentang kes

    telefon bimbit yang ditemukan di dalam beg Badri

    semasa sekolah dahulu. Kumar memang diupah oleh

    Shahrul untuk meletakkan telefon tersebut ke dalam

    beg Badri tetapi Kumar tidak sanggup menganiaya

    Badri. Hal inilah yang menyebabkan Shahrul marah

    dan bergaduh dengan Kumar. Sebenarnya Shahrul

    sangat mencemburui Badri. Badri pandai dalam

    pelajaran dan disayangi guru-guru. Jamil mengusik

    Badri dengan berkata bahawa Badri sudah bertanya

    tentang semua orang tetapi tidak bertanya fasal

    Slew Mei. Badri tersenyum. Dia tahu Taufik pasti

    telah menceritakan hubungannya dengan Siew Mei

    kepada Jamil. Siew Mei kini berkhidmat sebagai

    doktor gigi. Badri pula akan bertugas di Hospital

    Besar Kuala Lumpur.

    10.Nyatakan keputusan peperiksaan yang

    diperoleh oleh Badri dan Siew Mei?

    11. Nyatakan nilai murni dalam bab 21.

    Bab 22: Senja Belum Berlabuh

    1. Apakah pekerjaan Badri ?

    2. Apakah kejayaan Jamil?

    3. Kenapakah Jamil menghilangkan diri daripada Badri?

    4. Di manakah Jamil melanjutkan pelajarannya?

    5. Apakah pekerjaan Shahrul dan Kumar di

    Kuala Lumpur?

    6. Siapakah isteri Shahrul?

    7. Apakah pekerjaan Meng Kong?

    8. Siapakah yang mengupah Kumar untuk

    memasukkan telefon bimbit ke dalam beg

    Badri?

    9. Apakah sikap positif Kumar?

    10. Kenapakah Badri dicemburui?

    11. Nyatakan nilai murni dalam bab 22.