pdf- ctu 221- hukum pendermaan dan pemindahan organ

12
CTU 221 SAINS KESIHATAN DAN FARMASI DALAM TAMADUN ISLAM DISEDIAKAN OLEH: NUR FARHANA BINTI MOHD SIDIK (2013266742) NUR FARHANI HUSNA BINTI AZIZAN (2013408894) NURHIDAYAH BINTI MOHD HIDZIR (2013682326) NUR NADIA HANI BINTI NORAZMI (2013812242) KUMPULAN: HS111 3 / B1 DISEDIAKAN UNTUK: USTAZ SOFWAN BIN HAJI HASBULLAH HUKUM PENDERMAAN DAN PEMINDAHAN ORGAN (IMPLAN)PADA PANDANGAN SYARAK

Upload: nina-zizan

Post on 20-Jul-2015

678 views

Category:

Health & Medicine


17 download

TRANSCRIPT

Page 1: PDF- Ctu 221- Hukum Pendermaan dan Pemindahan Organ

CTU 221 SAINS KESIHATAN DAN

FARMASI DALAM TAMADUN ISLAM

DISEDIAKAN OLEH:

NUR FARHANA BINTI MOHD SIDIK

(2013266742)

NUR FARHANI HUSNA BINTI AZIZAN

(2013408894)

NURHIDAYAH BINTI MOHD HIDZIR

(2013682326)

NUR NADIA HANI BINTI NORAZMI

(2013812242)

KUMPULAN: HS111 3 / B1

DISEDIAKAN UNTUK:

USTAZ SOFWAN BIN HAJI HASBULLAH

HUKUM PENDERMAAN DAN PEMINDAHAN ORGAN

(IMPLAN)PADA PANDANGAN SYARAK

Page 2: PDF- Ctu 221- Hukum Pendermaan dan Pemindahan Organ

1

HUKUM PENDERMAAN DAN PEMINDAHAN ORGAN (IMPLAN)

PADA PANDANGAN SYARAK

ISI KANDUNGAN

TAJUK HALAMAN

ISI KANDUNGAN 1

1. PENDAHULUAN 2

2. HUKUM MENGENAI ISU

PEMINDAHAN ORGAN

(TRANSPLAN)

2.1 HUKUM TRANSPLAN

BERDASARKAN KAEDAH

FIQH

2.2 SYARAT-SYARAT

PENGHARUSAN MENJALANI

PEMINDAHAN ORGAN

2.3 TRANSPLAN MENYIKSA

MAYAT

2.4 JENIS-JENIS PEMINDAHAN

ORGAN

2.5 HUKUM JUAL BELI ORGAN

2.6 HUKUM MENGEMBALIKAN

ANGGOTA BADAN YANG

TERPISAH

2.7 ISU-ISU MENGENAI

TRANSPLAN

2.8 FATWA MENGENAI

TRANSPLAN

3

3

4

4

5

6

6

7

8

3. KESIMPULAN 9

4. RUJUKAN 10

5. LAMPIRAN 11

Page 3: PDF- Ctu 221- Hukum Pendermaan dan Pemindahan Organ

2

1. PENDAHULUAN

Seiring dengan kepesatan teknologi dan kemajuan sains, bidang perubatan juga tidak

ketinggalan. Begitu juga dengan penyakit dimana semakin canggih alatan perubatan dan

semakin moden sistem serta prosedur perubatan, semakin banyak penyakit yang

dikategorikan sebagai berbahaya dan boleh membawa maut.

Pelbagai kaedah rawatan, melalui peralatan dan kajian perubatan berteknologi tinggi telah

dijalankan dan berjaya dicipta. Dengan perkembangan pesat dalam bidang perubatan moden,

pelbagai kaedah rawatan penyakit telah ditemui dan diperkenalkan. Salah satu kaedah

rawatan ini ialah rawatan pemindahan organ yang terbukti berjaya merawat pesakit-pesakit

yang menghidap masalah kegagalan organ peringkat akhir.

Pendermaan dan pemindahan organ bermaksud suatu pembedahan dimana organ yang rosak

atau gagal berfungsi pada tubuh badan seseorang dibuang dan digantikan dengan organ yang

baru.

Organ atau anggota badan tertentu boleh dipindahkan bagi tujuan menggantikan organ

penerima yang gagal berfungsi. Organ-organ dan tisu-tisu yang boleh dipindahkan

termasuklah jantung, injap jantung, hati, buah pinggang(ginjal), paru-paru, kornea mata,

tulang dan kulit.

Memandangkan isu pemindahan dan pendermaan organ ini ialah isu moden yang baru

diperkenalkan, terdapat beberapa hal yang menjadi bualan dikalangan Muslim. Pelbagai hal

dan persoalan berhubung isu-isu perubatan seperti pendermaan organ, hukum berubat dengan

sesuatu yang ditegah syarak ketika darurat dan sebagainya telah menjadi perbahasan dan

perbincangan para ulama Islam masa kini.

Apakah hukum perdermaan dan pemindahan organ mengikut pandangan syarak?

Page 4: PDF- Ctu 221- Hukum Pendermaan dan Pemindahan Organ

3

2. HUKUM MENGENAI ISU PEMINDAHAN ORGAN (TRANSPLAN)

2.1 HUKUM TRANSPLAN BERDASARKAN KAEDAH FIQH

Secara asasnya, hukum pemindahan dan pendermaan organ adalah HARUS. Ini kerana

pemindahan dan pendermaan organ memenu hi tuntutan memelihara nyawa manusia yang

merupakan salah satu daripada maqasid al-syariah.

2.1.1 SEGALA URUSAN MENGIKUT TUJUAN (al-Umuru bi maqasidiha)

Dalam kaedah fiqh ini, sesuatu perbuatan itu dinilai berdasarkan niat dan tujuan ia dilakukan.

Tujuan pemindahan organ ialah bagi menyelamatkan nyawa pesakit dan mampu

mengelakkan kemudaratan yang lebih besar dengan melakukan kemudaratan yang lebih

ringan. Pemindahan organ tidak dilakukan dengan niat untuk menghina atau menyeksa

mayat, sebaliknya ia dilakukan untuk menyelamatkan nyawa.

2.1.2 KEMUDARATAN PERLU DIHILANGKAN (al-Dharar Yuzal)

Menghilangkan kemudaratan yang menimpa manusia ialah salah satu matlamat syariah iaitu

memelihara nyawa manusia. Dibawah kaedah ini, rawatan pemindahan organ memberi

pilihan untuk memilih jalan yang paling kurang mudarat. Keutamaan perlu diberikan bagi

mengelakkan kemudaratan yang lebih besar dengan memilih kemudaratan yang lebih kecil.

Kemudaratan yang lebih besar ialah membiarkan pesakit yang memerlukan organ itu

meninggal dunia. Justeru, kita perlu mengambil organ daripada penderma kepada penerima

yang memerlukannya.

2.1.3 KESUKARAN MEMBAWA KEMUDAHAN(al-Masyaqqah Tajlibu al-Taisir)

Pemindahan organ ialah ikhtiar dan suatu kemudahan bagi mengatasi kesukaran yang

dihadapi oleh pesakit-pesakit kegagalan organ peringkat akhir. Syarak memberi kelonggaran

kepada orang yang berada dalam darurat dengan membenarkan perkara yang haram bagi

menghilangkan kemudaratan dengan syarat tiada pilihan lain yang halal. Sehubungan dengan

itu, pilihan terakhir bagi menyelamatkan nyawa pesakit ialah rawatan pemindahan organ.

Page 5: PDF- Ctu 221- Hukum Pendermaan dan Pemindahan Organ

4

2.2 SYARAT-SYARAT PENGHARUSAN MENJALANI PEMINDAHAN ORGAN

Dari sudut pandangan Islam, pemindahan organ hukumnya adalah harus berserta dengan

syarat-syarat seperti di bawah:

Tidak ada alternatif lain yang boleh menyelamatkan nyawa pesakit.

Tidak mendatangkan mudarat yang lebih besar kepada penderma dan

penerima organ. Kemungkinan tranplan untuk berjaya perlulah dipastikan

terlebih dahulu.

Pendermaan organ hendaklah dilakukan dengan ikhlas dengan niat untuk

membantu kerana Allah SWT dan bukanlah dengan niat yang tersembunyi.

Pendermaan organ hendaklah mendapat keizinan penderma dan ahli

keluarga atau warisnya kerana mereka juga mempunyai hak ke atas diri

penderma.

2.3 TRANSPLAN MENYIKSA MAYAT

Transplan bertujuan memelihara nyawa yang merupakan salah satu daripada maqasid syariah.

Ianya bukanlah dilakukan dengan niat jahat, sebaliknya merupakan pilihan terakhir bagi

menyelamatkan pesakit.

Larangan yang dinyatakan di dalam hadis di atas terbatal apabila wujud keperluan yang lebih

utama yang mengatasi larangan tersebut iaitu bagi menyelamatkan nyawa pesakit.

Page 6: PDF- Ctu 221- Hukum Pendermaan dan Pemindahan Organ

5

2.4 JENIS-JENIS PEMINDAHAN ORGAN

Berdasarkan jenis organ (foreignness):

Autograft

o Autograft bermaksud pemindahan organ dari satu kawasan ke kawasan yang

lain bagi individu yang sama seperti memindahkan kulit yang normal ke

kawasan yang terbakal. Kaedah ini adalah yang paling selamat kerana tiada

reaksi immuniti.

Isograft

o Juga dikenali sebagai syngraft. Isograft bermaksud pemindahan antara dua

individu yang mempunyai genetic yang sama. Contohnya, kembar seiras.

Pemindahan jenis ini juga tidak menghasilkan reaksi immuniti kerana

mempunyai struktur genetik yang sesuai.

Allograft

o Pemindahan ini dilakukan antara dua individu yang mempunyai genetik yang

yang berbeza(allogenic) dalam kalangan spesis yang sama. Kaedah ini sering

berlaku penolakan dari reaksi immunity(rejection) kerana mempunyai struktur

genetik yang tidak sesuai.

Xenograft

o Xenograft juga dikenali sebagai heterograft. Pemindahan ini dilakukan antara

penderma dan penerima daripada spesis yang berlainan. Contohnya,

pemindahan organ babi kepada manusia. Namun tiada pemindahan xenograft

yang direkodkan berjaya setakat ini.

Page 7: PDF- Ctu 221- Hukum Pendermaan dan Pemindahan Organ

6

2.5 HUKUM JUAL BELI ORGAN

Kebanyak ahli fiqh telah mengHARAMkan jual beli organ atau anggota badan manusia. Hal

ini adalah berdasarkan beberapa dalil/hujah:

Jasad manusia dan anggota badannya bukanlah barang jualan yang boleh dijual-beli.

Ini adalah kerana kemuliaan dan kehormatan manusia sebagai makhluk terbaik

ciptaan Allah yang perlu dipelihara.

Jual beli bangkai bukanlah hak milik manusia, kerana pemiliknya yang hakiki ialah

penciptanya, iaitu Allah SWT.

Sekiranya penjualan organ diharuskan, hal ini akan mendorong kepada kerosakan

yang besar. Manusia akan cuba berebut mendapatkan keuntungan dari urus niaga ini.

Contohnya, manusia akan membunuh untuk mendapatkan organ dan seterusnya

menjual organ tersebut untuk mendapatkan keuntungan.

2.6 HUKUM MENGEMBALIKAN ANGGOTA BADAN YANG TERPISAH

Page 8: PDF- Ctu 221- Hukum Pendermaan dan Pemindahan Organ

7

2.7 ISU-ISU MENGENAI TRANSPLAN

Berlaku beberapa kontroversi dalam isu organ transplan. Antaranya ialah isu pemindahan

organ antara orang Islam dan orang bukan Islam. Hal ini kerana, dikhuatiri sekiranya seorang

non-Muslim mendermakan organnya kepada Muslim, hal ini akan mendatangkan

kemudaratan kepada tubuh badan penerima seperti kesan daripada pemakanan dan cara hidup

non-Muslim tersebut sebelum mendermakan organnya.

Selain itu, isu pemindahan organ dari seorang Muslim kepada non-Muslim juga mendapat

perhatian ramai. Hal ini kerana seorang Muslim khuatir sekiranya organ yang didermakan

kepada non-Muslim akan disalahgunakan dalam menjalani kehidupan hariannya setelah

menerima organ tersebut.

Page 9: PDF- Ctu 221- Hukum Pendermaan dan Pemindahan Organ

8

2.8 FATWA MENGENAI TRANSPLAN

Perkembangan mengenai kaedah rawatan pemindahan organ mula dibincangkan di Malaysia

sejak tahun 1960-an lagi. Hasilnya, menerusi Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi

Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia, fatwa berkenaan pemindahan organ dikeluarkan pada

tahun 1970. Keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa ini menjadi rujukan mengenai isu

pemindahan dan pendermaan organ di Malaysia, dan diterima pakai di negeri-negeri yang

tidak mempunyai fatwa khusus mengenai pendermaan organ.

Fatwa dari Dr. Yusuf al-Qaradawi

Beliau menyatakan bahawa pendermaan dan pemindahan organ daripada orang hidup atau

yang meninggal dunia adalah harus pada saat-saat darurat dengan syarat tidak membawa

kemudaratan besar kepada penderma atau orang yang mempunyai hak ke atas dirinya. Beliau

juga menegaskan bahawa harus mendermakan organ kepada orang bukan Islam, haram

memperdagangkan organ, harus bagi waris dan wali menderma organ ahli keluarga yang

telah meninggal dunia yang tidak berwasiat supaya organnya tidak diambil selepas meninggal

dunia dan harus menerima organ dari penderma bukan Islam.

*** MENGAPA KAH FATWA BERUBAH?

Hukum-hukum yang terbina di atas ‘urf (keadaan & kebiasaan) akan berputar bersama masa, maka ia

akan terbatal apabila kebiasaan tersebut terbatal.

Page 10: PDF- Ctu 221- Hukum Pendermaan dan Pemindahan Organ

9

3. KESIMPULAN

Pemindahan organ merupakan satu kaedah perubatan moden yang dapat menyelamatkan

banyak nyawa. Hukumnya adalah diHARUSkan selagi menepati kehendak syarak.

Ibn Qayyim al-Jawziyyah meletakkan pengorbanan jiwa raga pada peringkat yang tertinggi

daripada sepuluh jenis pengorbanan. Penderma organ boleh dikatogerikan di bawah

pengorbanan jiwa raga seperti yang dinyatakan. Ini kerana mereka sanggup menderma organ

kepada pesakit yang memerlukan dengan syarat-syarat yang tertentu. Menyelamatkan nyawa

manusia ialah salah satu daripada tumpuan penjagaan syarak dalam Islam.

Pendermaan organ juga melahirkan individu dan masyarakat yang mempunyai rasa

tanggungjawab untuk membantu antara satu sama lain tanpa mengira latar belakang agama,

bangsa, pangkat dan harta.

“Organ yang Allah kurniakan kepada kita, boleh menjadi sumber pahala walaupun ketika

jasad tidak lagi bernyawa”.

Page 11: PDF- Ctu 221- Hukum Pendermaan dan Pemindahan Organ

10

4. RUJUKAN

Shaikh Mohd Shaifudden Shaikh Mohd Salleh, Muhammad Zaki Ramli, Siti

Noorzuraidawati Mihat, Nor Aryani Mansom dan Mohd Rezuan Masran (2011),

Pemindahan Organ dari Perspektif Islam,

Putrajaya, Kementarian Kesihatan Malaysia

Shaikh Mohd Saifuddeen Shaikh Mohd Salleh, Abu Bakar Yang dan Norkumala

Awang. (2005),

Persepsi dan sikap orang Islam terhadap pendermaan organ: Satu tinjauan lapangan.

Laporan penyelidikan,

Kuala Lumpur: Institut Kefahaman Islam Malaysia

Dr. Muhammad Sulaiman Al-Ashqar (2002),

Ijtihad di dalam Fiqh Perubatan,

Pustaka Syuhada

Dr. Zulkifli Mohamad AL-Bakri (2010),

Pemindahan dan Pendermaan Organ,

PNS Publication

Page 12: PDF- Ctu 221- Hukum Pendermaan dan Pemindahan Organ

11

5. LAMPIRAN