pck 4fasa bulan

9
SCE3110 BUMI DAN ANGKASA LEPAS PCK 4 1 SCE 3110 BUMI DAN ANGKASA LEPAS PCK 4 : Fasa-fasa Bulan / Gerhana HIPOTESIS: 1. Bulan boleh kelihatan pada siang hari 2. Jika hari berbeza, saiz fasa bulan berbeza TEORI: Bulan ialah satelit semula jadi bagi Bumi dan ia juga merupakan salah satu ahli dalam sietem suria. Sambil berputar pada paksinya , Bulan juga beredar mengelilingi Bumi. Ia berbeza kerana sifatnya yang memantul cahaya matahari. Bentuk Bulan yang dilihat di langit berubah-ubah daripada masa ke semasa. Perubahan rupa bentuk Bulan ini berlaku kerana luas permukaan Bulan yang memantulkan cahaya Matahari ke Bulan berubah semasa Bulan beredar mengelilingi Bumi. Bentuk-bentuk Bulan yang berbeza dikenali sebagai fasa Bulan. Fasa bulan juga boleh didefinsikan sebagai keadaan bulan yang terang yang dilihat oleh pencerap, terutama dari bumi. Fasa bulan berubah secara kitaran apabila bulan mengelilingi bumi, mengikut perubahan kedudukan bumi, bulan dan matahari. Separuh dari permukaan bulan sentiasa diterangi matahari (kecuali ketika gerhana bulan), dan terang tetapi bahagian yang diterangi itu boleh kelihatan dari 100% (bulan mengambang) hingga 0% (anak bulan atau bulan gelap). Sempadan antara hemisfera yang diterangi dan tidak diterangi dipanggil penamat. Fasa- fasa bulan dalam bahasa mudah ialah perubahan bentuk bulan yang di lihat dari bumi. Dalam tempoh peredaran bulan, wujud empat fasa utama bulan yang dapat dilihat dari bumi dan tempoh masa daripada satu fasa ke satu fasa Bulan yang sama ialah 29 ½ hari. Fasa Pertama : Anak bulan Fasa Kedua : Bulan Sabit Fasa Ketiga : Bulan Separa Fasa Keempat : Bulan purnama / penuh

Upload: charles-koh

Post on 27-Oct-2015

162 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

PCK amali 4 Fasa-fasa bulan dan gerhana

TRANSCRIPT

Page 1: PCK 4Fasa bulan

SCE3110 BUMI DAN ANGKASA LEPAS PCK 4

1 SCE 3110 BUMI DAN ANGKASA LEPAS

PCK 4 : Fasa-fasa Bulan / Gerhana

HIPOTESIS:

1. Bulan boleh kelihatan pada siang hari

2. Jika hari berbeza, saiz fasa bulan berbeza

TEORI:

Bulan ialah satelit semula jadi bagi Bumi dan ia juga merupakan salah satu ahli

dalam sietem suria. Sambil berputar pada paksinya , Bulan juga beredar mengelilingi

Bumi. Ia berbeza kerana sifatnya yang memantul cahaya matahari.

Bentuk Bulan yang dilihat di langit berubah-ubah daripada masa ke semasa.

Perubahan rupa bentuk Bulan ini berlaku kerana luas permukaan Bulan yang

memantulkan cahaya Matahari ke Bulan berubah semasa Bulan beredar mengelilingi

Bumi. Bentuk-bentuk Bulan yang berbeza dikenali sebagai fasa Bulan. Fasa bulan juga

boleh didefinsikan sebagai keadaan bulan yang terang yang dilihat oleh pencerap,

terutama dari bumi. Fasa bulan berubah secara kitaran apabila bulan mengelilingi bumi,

mengikut perubahan kedudukan bumi, bulan dan matahari. Separuh dari permukaan

bulan sentiasa diterangi matahari (kecuali ketika gerhana bulan), dan terang tetapi

bahagian yang diterangi itu boleh kelihatan dari 100% (bulan mengambang) hingga 0%

(anak bulan atau bulan gelap). Sempadan antara hemisfera yang diterangi dan tidak

diterangi dipanggil penamat. Fasa- fasa bulan dalam bahasa mudah ialah perubahan

bentuk bulan yang di lihat dari bumi.

Dalam tempoh peredaran bulan, wujud empat fasa utama bulan yang dapat

dilihat dari bumi dan tempoh masa daripada satu fasa ke satu fasa Bulan yang sama

ialah 29 ½ hari.

Fasa Pertama : Anak bulan

Fasa Kedua : Bulan Sabit

Fasa Ketiga : Bulan Separa

Fasa Keempat : Bulan purnama / penuh

Page 2: PCK 4Fasa bulan

SCE3110 BUMI DAN ANGKASA LEPAS PCK 4

2 SCE 3110 BUMI DAN ANGKASA LEPAS

Kitaran Fasa Bulan

Fasa bulan telah dinamakan mengikut urutan iaitu Anak Bulan/Bulan Baru (New

Moon), Bulan Sabit Baru (Waxing Crescent), Bulan Separa Pertama (First Quarter),

Bulan Purnama Baru (Waxing Gibbous), Bulan Purnama/Penuh (Full Moon), Bulan

Purnama Lama (Waning Gibbous), Bulan Separa Akhir (Last Quarter), Bulan Sabit

Lama (Waning Crescent).

Anak Bulan/Bulan Baru - merupakan fasa bulan yang berlaku apabila bulan yang

bergerak dalam orbit mengelilingi bumi berada di antara bumi dan matahari iaitu

berada sebaris atau bersilangan dengan matahari jika dilihat dari bumi. Pada

ketika ini, bahagian permukaan bulan yang gelap (yang tidak disinari cahaya

matahari) akan menghadap ke arah bumi. Oleh itu, bulan tidak kelihatan melalui

mata kasar.

Bulan Sabit Baru & Lama - sebahagian kecil (1% - 49%) sahaja permukaan

bulan yang disinari cahaya matahari menghadap bumi.

Bulan Separa Pertama & Akhir - separuh (50%) daripada bahagian permukaan

bulan yang disinari cahaya matahari menghadap bumi.

Bulan Purnama Baru & Lama - lebih separuh (55% - 99%) daripada bahagian

permukaan bulan yang disinari cahaya matahari menghadap bumi.

Bulan Purnama/Penuh - merupakan fasa bulan yang berlaku apabila bulan

berada di sebelah bertentangan dengan bumi dan matahari. Pada kedudukan ini,

seluruh permukaan bulan yang disinari cahaya matahari akan menghadap bumi

dan kelihatan bulat.

Page 3: PCK 4Fasa bulan

SCE3110 BUMI DAN ANGKASA LEPAS PCK 4

3 SCE 3110 BUMI DAN ANGKASA LEPAS

Persedian mengajar harian.

Tajuk : Fasa-fasa Bulan / Gerhana Bulan

Tahun : 5

Bidang Kajian : Bumi dan Alam semesta

Objektif Umum : Mengetahui fenomena fasa-fasa Bulan.

Objektif Khusus : Memperihalkan fasa-fasa bulan dalam suatu peredaran yang

lengkap

Masa : 60 minit

Kaedah / Modal : Simulasi

Kemahiran Sainstifik : Memerhati,mentafsir maklumat dan berkomunikasi

Kemahiran Berfikir : membuat urutan, membuat hubungkait dan menganalogi.

Sikap Saintifik dan Nilai Murni : Bersyukur keindahan ciptaan Tuhan

Pengatahuan sedia ada : Murid telah tahu rupa bentuk bulan bertukar dari

semasa ke semasa.

ABM dan BBM : OHP Prohector, bola keranjang, bola mini dan lembaran kerja.

Fasa /

masa Isi pelajaran dan aktiviti guru Aktiviti murid Catatan

Orientasi

(10 minit)

1. Guru meancarkan lampu

suluh dengan pelbagai

bentuk cermin.

2. Guru bersoal jawab dengan

murid.

3. Guru menerangkan tajuk

pada hari itu.

Soalan :

a) Apakah yang murid telah

lihat tadi?

b) Beri contoh yang boleh murid

diberi tentang cermin yang

paling besar ciptaan Tuhan

1. Semua murid sedang

memerhatikan demonstrasi

pantulan fenomena pantulan

cahaya.

2. Murid-murid cuba menjawab

soalan guru.

3. Murid mendengar penerangan

daripada guru mengenai tajuk.

Jangkaan jawapan :

a) Cahaya dipantul dalam pelbagai

bentuk.

b) Bulan

Bahan Bantu

Mengajar:

- pelbagai

bentuk cermin

dan lampu

suluh

Nilai:

Kesyukuran

Page 4: PCK 4Fasa bulan

SCE3110 BUMI DAN ANGKASA LEPAS PCK 4

4 SCE 3110 BUMI DAN ANGKASA LEPAS

Pencetusan

Idea

(10 minit)

1. Guru memaparkan tayangan

video kejadian fenomena

bulan dan paksinya.

2. Guru bersoal jawab dengan

murid mengenai tayangan

video fenomena kejadian

fasa-fasa bulan yang

ditunjukkan.

Soalan :

a) Bagaimana bulan

memancarkan cahaya ke

bumi?

b) Mengapa pada waktu

siang bulan tidak

kelihatan?

1. Setiap murid memerhatikan

tayangan video kejadian fenomena

bulan dan paksinya yang dipaparkan.

2. Murid bersoal jawab dengan guru

mengenai tayangan video fenomena

kejadian fasa-fasa bulan dan

paksinya yang ditunjukkan.

Jangkaan jawapan :

a) Bulan memancarkan cahayanya ke

bumi apabila bulan menerima

cahaya daripada matahari dan

memantulkan semula ke bumi.

b) Pada waktu siang cahaya yang

dipancarkan oleh matahari ke bumi

adalah sangat terang menyebabkan

bulan tidak kelihatan.

Bahan Bantu

Mengajar:

Video Clip

Penstruktur-

an Semula

Idea

(25 minit)

1. Guru membimbing dua

orang murid menjalankan

eksperimen kitaran bulan

mengelilingi bumi.

2. Guru menetapkan lapan

kedudukan pada kitaran

untuk pemerhatian bentuk

Bulan dan diisikan dalam

lampiran .

1. Murid memegang bola mini dan

seorang memegang bola keranjang

masing-masing mewakili bulan dan

bumi bagi menjalankan simulasi dan

murid-murid lain memerhatikan

pantulan cahaya oleh bola mini yang

dipaparkan.

2. Lukiskan imej-imej pantulan yang

diperhatikan daripada eksperimen

dalam kertas lampiran.

Bahan Bantu

Mengajar:

OHP

projector,

bola

keranjang

bola mini dan

lampiran A.

Page 5: PCK 4Fasa bulan

SCE3110 BUMI DAN ANGKASA LEPAS PCK 4

5 SCE 3110 BUMI DAN ANGKASA LEPAS

Soalan :

a) Bagaimana bulan

memancarkan cahaya ke

bumi?

b) Mengapa pada waktu

siang bulan tidak

kelihatan?

a) Bulan memancarkan cahayanya ke

bumi apabila bulan menerima

cahaya daripada matahari dan

memantulkan semula ke bumi.

b) Pada waktu siang cahaya yang

dipancarkan oleh matahari ke bumi

adalah sangat terang menyebabkan

bulan tidak kelihatan.

Aplikasi

Idea

(10 minit)

1. Guru menggunakan gambar

kitaran fasa bulan untuk

menjelaskan rupa bentuk

dan spesifikasinya.

2. Guru menekankan Istilah-

istilah fasa bulan .

3. Guru memberi aktiviti

pengukuhan kepada murid.

1. Murid-murid memerhati gambar

kitaran yang ditunjukan dan

memberitahu spesifikasi fasa-fasa

tersebut.

2. Murid-murid meninjau kembali

ramalan mereka.

3. Murid menjawab soalan-soalan

pengukuhan yang telah disediakan

oleh guru.

Bahan Bantu

Mengajar:

Gambar

kitaran bulan

dan latihan

pengukuhan

Refleksi

(5 minit)

1. Guru menanya murid apa yang telah dipelajari hari ini.

2. Guru merumuskan pelajaran pada hari ini.

Soalan:

1. Murid-murid, apakah yang

telah anda pelajari hari ini?

2. Murid menjawap soalan guru mengenai apa yang telah dipelajari.

3. Murid mendengar rumusan yang dibuat oleh guru.

Jangkaan jawapan:

1. Kejadian fasa-fasa bulan.

Page 6: PCK 4Fasa bulan

SCE3110 BUMI DAN ANGKASA LEPAS PCK 4

6 SCE 3110 BUMI DAN ANGKASA LEPAS

Lampiran A

Lembaran kerja A

Rujuk gambarajah di bawah dan lengkapkan jadual yang disediakan.

8 6

4 2

5 1

7

3

Bumi

Page 7: PCK 4Fasa bulan

SCE3110 BUMI DAN ANGKASA LEPAS PCK 4

7 SCE 3110 BUMI DAN ANGKASA LEPAS

Lampiran B

Latihan Pengukuhan

Namakan fasa-fasa bulan berikut, dan lukiskan bentuk- bentuk yang kelihatan .

No Fasa-fasa Bulan Lukiskan bentuk fasa

Berikut:

1

2

3

4

5

6

7

8

Page 8: PCK 4Fasa bulan

SCE3110 BUMI DAN ANGKASA LEPAS PCK 4

8 SCE 3110 BUMI DAN ANGKASA LEPAS

Lampiran C

Gambar Kitaran Fasa Bulan

Page 9: PCK 4Fasa bulan

SCE3110 BUMI DAN ANGKASA LEPAS PCK 4

9 SCE 3110 BUMI DAN ANGKASA LEPAS

RUJUKAN

www.al-azim.com/~smkdolsaid/bulanorbit.htm

http://budakfisika.blogspot.com/2013/03/fisika-menjawab-mengapa-penampakan.html

http://lamanfalak.blogspot.com/2011/10/bolehkah-bulan-di-lihat-di-siang-hari

http://spektrumku.wordpress.com/2008/05/20/mengapa-kita-tidak-bisa-setiap-malam-

melihat-bulan/

http://astronomi.angkasa.gov.my/cms3/page/index/id/14