misi ke bulan

16
Misi ke bulan [TB 1/13] Rasanya sudah sampai masanya album NWO menerangkan pembohongan tentang perkara-perkara yang jauh lebih besar berbanding dengan apa yang telah dipaparkan di dalam posting2 yang lepas. Sebelum itu, sedikit AMARAN... kalau anda rasa lain macam semasa membaca posting ini, baiklah dihentikan sahaja pembacaan anda. Apa yang bakal anda baca adal sesuatu yang amat2 sukar dipercayai... silap2 anda boleh rasa nak meludah muka saya selepas membaca posting ini :P Mengapa pula sangat sukar untuk dipercayai? Kerana semenjak kecil kita telah diasuh oleh sistem Zionis untuk hanya percaya apa yang ditulis di dalam buku2 teks sekola sistem maklumat serta berita yang memang semenjak awal lagi dibangunkan untuk membutakan mata kita pada maklumat2 yang sebenar. Kita mulakan dengan Bulan dulu. Apa yang diberitahu kepada kita oleh NASA tentang Bulan ialah: 1. Bulan ialah tempat yang bosan dan tandus. Berwarna kelabu kekuningan. 2. NASA dah hantar orang pergi dan turun atas Bulan sebanyak tujuh kali (di antara Tahun 1969 hingga Tahun 1972) da mendapati tiada apa lagi yang menarik lagi untuk dikaji di Bulan. 3. Oleh kerana NASA dah habis kaji pasal Bulan, mereka sekarang menumpukan usaha2 mereka untuk menjelajah angkasa lepas lebih jauh lagi.... seperti meneroka planet2 lain dalam sistem suria dan juga meneropong lebih jauh sehingga bintang lain serta galaksi2 lain yang sangat2 jauh. Setakat kaji Bulan... apa kelassss? 4. Pendek kata... pasal Bulan ni tak payah la kita sibuk2 nak tanya2 lagi. Baca ajer la buku2 teks yang mereka dah Memang takder apa kat Bulan tu. Soalannya ialah... Benarkah begitu? Adakah wajar kita terima buta2 sahaja tentang hal ini? Blind acceptance? Oleh kerana kita semua tak pernah pergi sendiri tengok apa ada kat Bulan tu dan kita telah dilatih untuk percaya ke teks yang ditulis oleh NASA penipu ni... sampai mati la kita tak tau perkara yang sebenarnya. Okay lah... untuk posting pertama ni marilah kita lihat dulu perkara2 asas yang secara relatifnya ringan2 dan perso tentang Bulan yang NASA tak nak kita tahu. Sekali lagi diingatkan... kalau anda dah mula rasa semacam apabila memba posting ni... eloklah dihentikan sahaja pembacaan anda. Sekarang cuba fahamkan persoalan2 yang berkaitan dengan perkara-perkara di bawah ini: 1. Bulan bukan tempat yang bosan dan tandus. Ya... Bulan juga bukan berwarna kelabu kekuningan. Bulan ialah seperti Bumi.... penuh berwarna-warni. Pendek kata... Bulan ialah sebuah mini planet yang mampu menampung pelbagai hidupan seperti di Bumi. Wah... hebat... tapi kenapa kita tak pernah mendengar tentang hal ini? Kalau kita pernah dengar pu bukankah cerita sebegini dianggap cerita dongeng? Dan bukankah orang yang mengatakan ini ialah fakta sebenar (seper yang sedang saya buat sekarang ni la) sudah tentu akan dianggap gila atau mereng atau skru tak cukup? 2. Kenapa NASA bersusah payah reka cerita yang hebat2 dengan kos berbillion2 USD untuk menyorokkan perkara2 yang sebenar? Sebelum persoalan ini terjawab... boleh kah kita fikirkan apa kah perkara yang paling ditakuti oleh Zionis kunci kepada jawapan persoalan ini. 3. Siapa duduk kat Bulan? Sabar... nanti di dalam bahagian-bahagian seterusnya akan diterangkan.

Upload: didi-hafiz

Post on 21-Jul-2015

104 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Misi ke bulan [TB 1/13]Rasanya sudah sampai masanya album NWO menerangkan pembohongan tentang perkara-perkara yang jauh lebih besar berbanding dengan apa yang telah dipaparkan di dalam posting2 yang lepas. Sebelum itu, sedikit AMARAN... kalau anda mula rasa lain macam semasa membaca posting ini, baiklah dihentikan sahaja pembacaan anda. Apa yang bakal anda baca adalah sesuatu yang amat2 sukar dipercayai... silap2 anda boleh rasa nak meludah muka saya selepas membaca posting ini :P

Mengapa pula sangat sukar untuk dipercayai? Kerana semenjak kecil kita telah diasuh oleh sistem Zionis untuk hanya percaya apa yang ditulis di dalam buku2 teks sekolah dan sistem maklumat serta berita yang memang semenjak awal lagi dibangunkan untuk membutakan mata kita pada maklumat2 yang sebenar. Kita mulakan dengan Bulan dulu. Apa yang diberitahu kepada kita oleh NASA tentang Bulan ialah: 1. Bulan ialah tempat yang bosan dan tandus. Berwarna kelabu kekuningan. 2. NASA dah hantar orang pergi dan turun atas Bulan sebanyak tujuh kali (di antara Tahun 1969 hingga Tahun 1972) dan mendapati tiada apa lagi yang menarik lagi untuk dikaji di Bulan. 3. Oleh kerana NASA dah habis kaji pasal Bulan, mereka sekarang menumpukan usaha2 mereka untuk menjelajah angkasa lepas lebih jauh lagi.... seperti meneroka planet2 lain dalam sistem suria dan juga meneropong lebih jauh sehingga ke sistem2 bintang lain serta galaksi2 lain yang sangat2 jauh. Setakat kaji Bulan... apa kelassss? 4. Pendek kata... pasal Bulan ni tak payah la kita sibuk2 nak tanya2 lagi. Baca ajer la buku2 teks yang mereka dah tulis tu. Memang takder apa kat Bulan tu. Soalannya ialah... Benarkah begitu? Adakah wajar kita terima buta2 sahaja tentang hal ini? Blind acceptance? Oleh kerana kita semua tak pernah pergi sendiri tengok apa ada kat Bulan tu dan kita telah dilatih untuk percaya kepada buku2 teks yang ditulis oleh NASA penipu ni... sampai mati la kita tak tau perkara yang sebenarnya. Okay lah... untuk posting pertama ni marilah kita lihat dulu perkara2 asas yang secara relatifnya ringan2 dan persoalan2 tentang Bulan yang NASA tak nak kita tahu. Sekali lagi diingatkan... kalau anda dah mula rasa semacam apabila membaca posting ni... eloklah dihentikan sahaja pembacaan anda. Sekarang cuba fahamkan persoalan2 yang berkaitan dengan perkara-perkara di bawah ini: 1. Bulan bukan tempat yang bosan dan tandus. Ya... Bulan juga bukan berwarna kelabu kekuningan. Bulan ialah seperti Bumi.... penuh berwarna-warni. Pendek kata... Bulan ialah sebuah mini planet yang mampu menampung pelbagai hidupan seperti di Bumi. Wah... hebat... tapi kenapa kita tak pernah mendengar tentang hal ini? Kalau kita pernah dengar pun... bukankah cerita sebegini dianggap cerita dongeng? Dan bukankah orang yang mengatakan ini ialah fakta sebenar (seperti yang sedang saya buat sekarang ni la) sudah tentu akan dianggap gila atau mereng atau skru tak cukup? 2. Kenapa NASA bersusah payah reka cerita yang hebat2 dengan kos berbillion2 USD untuk menyorokkan perkara2 yang sebenar? Sebelum persoalan ini terjawab... boleh kah kita fikirkan apa kah perkara yang paling ditakuti oleh Zionis? Ya... inilah kunci kepada jawapan persoalan ini. 3. Siapa duduk kat Bulan? Sabar... nanti di dalam bahagian-bahagian seterusnya akan diterangkan.

4. Adakah NASA betul2 telah menghentikan misi pergi ke Bulan ni? Untuk mengukuhkan lagi pendirian NASA yang Bulan ni takder nilai untuk dikaji... Obama telah mengumumkan tidak lama dulu yang Amerika Syarikat dengan rasminya menghentikan dan menutup "Projek Bulan". Adakah ini lakonan untuk mengaburi aktiviti2 mereka berkaitan dengan Bulan yang sebenarnya mereka sedang teruskan secara rahsia? 5. Persoalan seterusnya... daripada mana saya dapat sumber maklumat ini? Sudah tentu bukan daripada internet atau buku2 hasil tulisan NASA dan penyokong-penyokongnya. Dan saya pun tidak bercadang untuk menerangkan daripada mana maklumat2 ini saya dapat kerana sebab2 tertentu. Jadik kalau anda rasa lebih percaya kepada NASA dan rasa saya gila... untuk ketiga kalinya... saya pohon jangan teruskan pembacaan anda. 6. Last but not least... timbul persoalan... apa pulak gunanya program2 angkasa lepas yang gah dan hebat sedang dijalankan sekarang? Adakah ianya untuk tujuan "show" atau propaganda sahaja? Nanti akan diterangkan. (Insyaallah bersambung....) Wallahulam.

Tujuan NASA ditubuhkan [TB 2/13]Untuk memulakan Part 2 ini, sila rujuk photo yang disertakan. Diharapkan photo ini sedikit sebanyak boleh memberikan maklumat2 segera (macam mi segera la) tentang beberapa perkara... (i) Bulan dan perbandingannya dengan Bumi; (ii) Jumlah Bulan bagi tiap-tiap planet yang ada dalam sistem suria; (iii) Saiz dan Kedudukan Bulan yang menepati Teori Phytogoras dan Nisbah Emas seperti yang telah ditetapkan Allah. Sedikit maklumat tambahan... Jarak Bulan dpd Bumi ialah lebih kurang 400,000 km. Bulan tidak berpusing di mana kita hanya dapat melihat muka Bulan yang sama jer dpd Bumi.

Tujuan maklumat2 ini dikongsikan ialah supaya sekurang-kurangnya kita boleh membayangkan tempat yang kita tak pernah pergi langsung ni... iaitu Bulan. Kalau gambaran tentang Bulan ni dah jelas di dalam fikiran kita... elok la tu... tapi simpan dulu la yer gambaran ini. Sekarang mari kita cuba fahami dulu tujuan NASA ditubuhkan. NASA bermaksud National Aeronautics and Space Administration . Kalau ikut cerita rasmi yang diberitahu kepada kita, NASA ditubuhkan bagi memperkasakan sistem pertahanan Amerika Syarikat yang pada waktu itu sedang menghadapi tekanan Perang Dingin (Cold War) daripada Rusia. Perang Dingin ialah satu permainan di mana Amerika Syarikat dan Rusia berlumba2 menunjukkan kekuatan dan kebaikan ideologi masing2 dalam usaha untuk mempengaruhi negara-negara lain di dunia ini supaya memilih di antara mereka. Salah satu kategori pertandingan di dalam permainan ini ialah Perlumbaan Menguasai Angkasa (Space Race). Apa yang mereka tak bagi tahu kat kita ialah Amerika Syarikat dan Rusia pura2 sahaja berperang dingin dan wayang yang dimainkan oleh mereka sebenarnya bertujuan menutup agenda sebenar mereka. Ala... sama la macam wayang yang dimainkan oleh BN dan PKR tu... depan kita bergaduh konon... tapi di belakang kita mereka sahabat karib. Yang penting, orang kebanyakan macam kita ni boleh diperas dan diperhambakan sambil diorang hidup senang lenang.

Ok..ok... balik semula cerita pasal NASA. Sebenarnya tujuan NASA ditubuhkan ialah untuk menutup kisah sebenar kejadian alam ini termasuklah tentang ilmu-ilmu pengetahuan yang menyentuh perihal kejadian Bulan dan Angkasa Lepas. Ini kerana sekiranya maklumat2 sebenar terdedah... tiadalah lagi modal mereka untuk menidakkan kewujudan Allah dan Empayar jahat mereka akan runtuh dengan sendirinya. Walaupun geng2 jahat ini telah diizinkan Allah menguasai ekonomi dan kewangan dunia, tugas untuk menutup kebenaran bukanlah suatu tugas yang mudah. Sudah tentu Syaitan dan Dajjal tahu tentang betapa susahnya nak menutup kebenaran. Jadi mereka telah mengenalpasti tipu muslihat yang mesti dijalankan. Berikut ialah 5 muslihat tersebut yang mereka kena jayakan terlebih dahulu sebelum boleh menubuhkan NASA: (i) Mereka perlu menghapuskan semua rekod2, kitab2 dan manusia2 yang mengetahui tentang hal sebenar Bulan dan angkasa lepas; (ii) Mereka perlu menulis semula semua sejarah tentang ketamadunan dan keilmuan manusia; (iii) Manusia perlu dilalaikan dengan kesibukan bekerja serta menangani kesusahan urusan hidup supaya tiada masa langsung untuk terfikir tentang tipu muslihat mereka. Mengikut keperluan, hal2 seperti kegawatan ekonomi, hutang melampau, keganasan dan perang mesti diadakan sebagai upacara rutin sepanjang tahun; (iv) Budaya moden yang berpaksikan Hiburan2 dan Aktiviti2 Rekreasi keterlaluan perlu disebatikan di dalam sanubari semua orang supaya manusia sibuk melayan keseronokan ini (nak lepaskan tension la kononnya) dan memandang lekeh sebarang nasihat atau peringatan; dan (v) Semua pucuk pimpinan kerajaan-kerajaan seluruh dunia seperti Raja, Presiden dan Perdana Menteri perlulah duduk di dalam poket mereka. [Hal-hal (i) hingga (v) ni telah pun dikongsikan panjang lebar di dalam posting2 album NWO sebelum ini... tetapi disebutkan di sini juga supaya kita boleh lihat konteks yang menyeluruh] Akhirnya pada 6 Ogos 1958, laporan dan kajian akhir mereka telah menunjukkan bahawa hal-hal (i) hingga (v) telah dapat dilaksanakan dengan jayanya. Apa yang mereka perlu lakukan kini ialah maintain sahaja pencapaian mereka ini. Dengan kata lain, tarikh 6 Ogos 1958 telah menjadi tarikh keramat bagi Syaitan, Dajjal dan konco2 nya di mana ketamadunan manusia telah berjaya dihancurkan dan dikawal sepenuhnya di bawah telunjuk mereka. Maka tidak lama selepas itu, pada 1hb Oktober 1958, NASA pun ditubuhkan. Misi awal NASA ialah menjadi penyelidik rasmi manusia tentang hal2 angkasa lepas. Dengan kata lain, biar diorang jer la yang pergi tengok apa ada kat angkasa lepas tu... kita tak payah la susah-susah. Nanti lepas diorang tengok... diorang balik la cerita kat kita. Pastu kita kira percaya jer la apa yang NASA cerita. Seperti yang kita tahu, telah lebih setengah abad kita ni dok percaya jer kat NASA sehinggalah beberapa tahun kebelakangan ini tembelang mereka pecah berderai. Macam mana boleh pecah plak? Siapa yang pecahkan? Misi mutlak (Ultimate mission) bagi NASA ialah menjerumuskan manusia ke dalam lembah Atheism dan menolak sebarang konsep ketuhanan terutamanya Agama Islam. Seterusnya mentaliti manusia akan bersedia untuk menerima Dajjal sebagai Penyelamat Dunia.

"Moon Project" [TB 3/13]Dalam Part 1 dan Part 2... kita dah kenal sedikit sebanyak siapa NASA dan tau beberapa perkara tentang keadaan fizikal Bulan. Sekarang mari kita teliti cerita sebenar NASA membabitkan Projek Bulan (Moon Project). Photo yang saya sediakan ini rasanya cukup untuk memberikan maklumat2 yang NASA telah umumkan dan diperlukan bagi penerangan di dalam Part 3 ini. Kita ambil contoh Misi Apollo 11 di mana pada misi inilah dikatakan Neil Armstrong dan Edwin E. Aldrin telah menjadi manusia pertama dan manusia kedua menjejakkan kaki di Bulan. Berikut ialah apa yang sebenarnya telah berlaku:

1. Sebelum pelancaran Apollo 11, beberapa sesi penggambaran telah dijalankan di dalam studio khas. Tujuan penggambaran dibuat ialah bagi menyediakan footage (video dan audio feed) yang akan digunakan bagi menutup aktiviti sebenar misi Apollo 11. Misi-misi yang sebelum atau selepas misi ini pun menggunakan Modus Operandi (MO) yang sama. 2. Geng2 jahat ini telah lama tahu apa yang ada sebenarnya di Bulan semenjak beribu-ribu tahun lagi. Setelah berjaya melenyapkan ilmu2 dan maklumat2 ini daripada pengetahuan dunia, mereka bimbang sekiranya ia jatuh semula ke tangan

orang2 yang bukan daripada golongan mereka. Mereka juga bimbang kalau2 ada negara-negara lain yang mungkin bergabung untuk pergi ke Bulan terlebih dahulu di dalam era baru ini menyebabkan mereka tidak boleh mengada-adakan cerita palsu seperti yang mereka sedang buat sekarang. 3. Pengwujudan NASA dan kawalan ekonomi dunia memastikan setiap misi ke Bulan atau angkasa lepas hanya boleh dilakukan secara eksklusif (Diorang jer yang boleh buat. Kalau ada orang lain nak buat, kena ikut syarat2 mereka... tu pun jarang2 la... paling kuat pun boleh gi space station sahaja. Pergi Bulan? Sori...). 4. Semua angkasawan yang menyertai misi pergi ke Bulan (tidak kiralah sama ada misi tersebut melibatkan pendaratan atau tidak) telah melalui program khas supaya boleh menyimpan rahsia sambil menjalankan tujuan2 sebenar misi. 5. Semasa misi dijalankan, mereka yang bertugas di Ground Control Centre di Bumi langsung tidak tahu menahu yang mereka sedang ditipu dengan footage dan data palsu yang kononnya dihantar oleh angkasawan ke Bumi. Footage palsu ini sebenarnya dipancarkan daripada studio khas di Bumi kepada angkasawan dan dipancarkan semula ke Ground Control Centre. 6. Semua misi ke Bulan langsung tidak melibatkan sebarang pendaratan. Kenapa? Habis tu, yang dok hantar orang ke Bulan jugak tu nak buat apa? Nanti akan dijelaskan apabila kita masuk Part 4 nanti di mana penerangan akan cuba dibuat tentang apa yang ada di Bulan. 7. Sehingga kini, secara rasminya dunia melalui semua pemimpin-pemimpin negara2 (termasuk Malaysia lah) menerima membuta-tuli (blind acceptance) bahawa usaha2 NASA adalah usaha2 terpuji dalam memajukan tamadun manusia. Walaupun terdapat banyak persoalan2 yang mula ditimbulkan kebelakangan ini oleh beberapa kumpulan saintis alternatif, ianya dapat disenyapkan dengan mudah dan NASA boleh menafikannnya sambil tertawa memperlekehkan kumpulan2 saintis ini. Ramai di antara mereka yang mula mempersoalkan tentang misi Apollo11 akan berkata... Macam ni jer la... apa kata kita carik Neil Armstrong... pastu kita tanya la dia... betul ke misi Apollo 11 tu berjaya? Dan kita tanya dia tentang pengalaman dia semasa menjalankan misi tu... suasana di Bulan macam mana... apa yang ada kat sana? Ya, bunyi nya memang macam mudah. Tapi Neil Armstrong selepas misi itu... beliau memang sentiasa melarikan diri daripada kemasyhuran dan mengelak daripada berbual tentang misinya itu. Kenapa? Adakah dia tak sampai hati nak meneruskan lakonan pembohongan NASA? Ini ialah salah satu link yang mungkin boleh menggambarkan kehidupan Neil Armstrong selepas misi Apollo 11... kelakuannya memang menimbulkan keraguan... http://www.enquirer.com/editions/1999/07/18/loc_neil_armstrong_the.html Edwin Aldrin dan Michael Collins juga mempunyai reaksi yang lebih kurang sama dengan Neil Armstrong. Ish... musykil... dah buat perkara yang hebat... lepas tu reaksi yang ditunjukkan oleh mereka ni seolah2 macam reaksi orang bersalah atau acuh tak acuh pulak. Soalan lain yang boleh ditimbulkan juga... kenapa nama Apollo dipilih untuk siri misi-misi ke Bulan ini? Takder nama lain ke?

Penduduk di bulan? [TB 4/13]Pada posting yang agak lama dahulu di dalam album NWO ini, ada diusulkan bahawa sebelum manusia (Al-Insaan) duduk di Bumi dan dilantik Allah menjadi khalifah terdapat beberapa kumpulan makhluk-makhluk lain yang terdahulu menjadi penghuni Bumi seperti berikut:

i. Kumpulan Al-Jin semenjak tahun 16.4 Billion B.C. ii. Kumpulan Pertama Al-Bashar (Makhluk seakan-akan menyerupai manusia) semenjak tahun 820 Juta B.C. iii. Kumpulan Kedua Al-Bashar semenjak tahun 41 Juta B.C. iv. Kumpulan Ketiga Al-Bashar semenjak tahun 2.2 Juta B.C. [Nota: Al-Bashar (makhluk seakan-akan menyerupai manusia) dan Al-Insaan (manusia) dikategorikan dalam kumpulan yang sama iaitu An-Naas. Sebab itu kalau kita lihat di dalam Al-Quran terdapat 3 perkataan ini yang diterjemahkan sebagai manusia... sebenarnya mereka adalah kumpulan yang berbeza. Daripada segi fizikal serta kebolehan juga berbeza] Nabi Adam (Bapa Al-Insaan) dan isterinya Hawa hanya turun ke Bumi sekitar tahun 102,000 B.C. Kebanyakan pendapat mengatakan Nabi Adam dan Hawa memulakan penghidupan di Bumi pada sekitar tahun 8,030 B.C. Di dalam posting yang lepas juga telah saya nyatakan yang saya tidak bersetuju tentang hal ini di atas sebab-sebab tertentu.

Mengapa saya perlu saya recap semula cerita ini? Ini ialah kerana hendak menerangkan apa sebenarnya yang ada di Bulan dan mengapa NASA acap kali melancarkan misi-misi Apollo mereka ke Bulan. NASA dan geng2 jahat ini juga sanggup membelanjakan banyak wang dan sumber mereka untuk mengada-adakan cerita sampingan serta pelbagai muslihat bagi menutup aktiviti2 sebenar mereka di Bulan (seperti yand dijelaskan di dalam Part 2 dan Part 3). Kalau melihat sahaja foto yang saya sertakan untuk posting kali ini, saya pasti ramai akan segera memberikan pelbagai reaksi spontan. Bagi yang skeptik sudah tentu akan terbit ayat2 seperti... Aduh... mengarut la... semua ni auta jer!!! atau Ape ke jadah la posting ni!!!... atau... Hahahah... dah gila agaknya penulis posting ni!!! dan pelbagai lagi statement yang bersifat rejection atau penolakan. Jika anda seorang yang skeptik... saya telah pohon berkali-kali di dalam Part 1 dahulu supaya anda jangan membaca langsung (Part 1 hingga Part 13) kerana bagi anda sudah tentu siri cerita begini dianggap dongeng dan bersifat imaginasi semata-mata. Baiklah... balik semula kepada tujuan asal posting Part 4 ini. Kumpulan Pertama Al-Bashar mula bertapak di Bumi semenjak tahun 820 Juta B.C. sehinggalah pengusaan mereka di Bumi tamat pada Kumpulan Ketiga Al-Bashar sejurus sebelum Nabi Adam dan Hawa turun ke Bumi pada sekitar 102,000 B.C. Penghidupan mereka berbeza daripada penghidupan kita sebagai manusia (Al-Insaan). Ini disebabkan kebolehan fizikal dan mental mereka berbeza daripada kita Al-Insaan. Dipendekkan cerita.... pada zaman Al-Bashar, mereka rata-ratanya mempelopori dua jenis teknologi seperti berikut: i. Teknologi Sains dan Ilmu Dunia Fizikal Berlandaskan ilmu epistemologi, kajian kimia, ilmu metematik, kaji bahan, ilmu fizik, ilmu logika, ilmu bahasa dan lain-lain yang sealiran dengannya; dan ii. Teknologi Metafizik dan Inter-Dimensi Berlandaskan ilmu biologi tinggi, kajian dimensi dan spiritual. Satu kebaikan di zaman Al-Bashar ialah mereka tiada langsung godaan syaitan kerena peranan syaitan untuk menyesatkan belum enter-frame lagi. Malah, Azazil (yang kemudiannya menjadi Lucifer a.k.a. Bapa Iblis) pada masa ini masih lagi menjadi satu makhluk yang amat kuat beribadat dan mempunyai status yang tinggi di kalangan Malaikat walaupun dia adalah daripada jenis Jin. Perbezaan amalan teknologi yang berbeza ini telah membentuk dua negara yang besar dan hebat diberi nama Atalan dan Lamarakh. [Nota: Cerita tentang dua negara hebat ini telah diubahsuai dan dijadikan modal untuk mengada-adakan cerita Atlantis dan Lemuria] Atalan mengamalkan Teknologi Sains dan Ilmu Dunia Fizikal manakala Lamarakh mengamalkan Teknologi Metafizik dan InterDimensi. Pada mulanya kedua-dua negara ini tiada membenci di antara satu sama sehinggalah timbul satu isu yang besar sehingga mereka terjerumus ke dalam kancah peperangan yang hebat. Berlakulah pertumpahan darah yang dahsyat dan semua ini telah disaksikan oleh Malaikat dan Jin yang tidak terbabit di dalam peperangan tersebut. Apakah isunya sehingga terjadi peristiwa berdarah ini? Tidak lain dan tidak bukan mereka berperang untuk menuntut hak mereka terhadap pengusaan Bulan. Apa la... pasal Bulan pun nak berperang... bagi dua jer Bulan tu tak boleh ke? Ya... jawapannya tak boleh kerana Bulan mempunyai satu kehebatan yang tiada taranya di mana kedua-dua negara mahu mengusai Bulan secara mutlak.... tiada kompromi bagi mereka di dalam hal ini. Selepas peperangan ini, kebanyakan Al-Bashar telah terhapus. Akan tetapi ada saki baki mereka yang selamat di mana keturunan mereka masih ada hingga kini... hidup bersama keturunan kita Al-Insaan. Apa yang tinggal di Bulan pula setelah semuanya hancur akibat peperangan besar ini? Yang tinggal hanyalah 18 buah piramid dan 81 kubah.

Sejarah di bulan [TB 5/13]Sedikit peringatan sebelum membaca Part 5 ini. Kisah yang diceritakan di sini akan menjadi semakin pelik dan mungkin berbau fantasi. Jika anda tidak sanggup mendengarnya... eloklah ditamatkan pembacaan anda di sini.

Menyambung daripada kisah Part 4, sebelum peperangan tercetus di zaman Kumpulan Ketiga Al-Bashar.... mereka iaitu Kumpulan Pertama dan Kedua al-Bashar hidup dalam keadaan harmoni dan tiada kekacauan besar. Mereka ditadbir oleh

keturunan raja yang amat bijaksana. Keturunan ini bernama Appoloc. Keistimewaan keturunan Appoloc ini ialah mereka berkebolehan di dalam kedua-dua teknologi yang disebutkan sebelum ini. Hanya apabila raja terakhir daripada keturunan ini mati, kekacauan mula timbul menyebabkan mereka membentuk dua negara yang besar iaitu Atalan dan Lamarakh. Mujur, konflik ini serta merta reda apabila mereka menyedari masih ada lagi keturunan Apolloc yang hidup. Dia bernama Helions. [Nota 1: Pada waktu ini, mereka juga telah lama tahu tentang keistimewaan Bulan dan istana raja keturunan Appoloc memang telah lama bertapak di Bulan] [Nota 2: Mungkin ada yang tertanya-tanya bilakah mulanya Kumpulan Al-Bashar ini menyedari keistimewaan Bulan dan mendirikan istana raja Appoloc di situ. Untuk menceritakan kisah ini... amat panjang. Mungkin cerita ini boleh dikongsi secara berasingan di dalam siri posting yang lain] Ok... sambung balik. Sebaik sahaja Helions ditabal menjadi raja, timbul pula isu baru di mana kedua-dua negara mahu memastikan kepentingan mereka di Bulan. Isu ini timbul kerana Helions berdarah campuran Appoloc dan Lamarakh. Maka sudah tentu negara Atalan bimbang mereka akan dipinggirkan kelak daripada menikmati keistimewaan Bulan sekiranya Helions dilantik menjadi raja. Untuk menyelesaikan isu ini, negara Atalan dan Lamarakh telah bersetuju untuk mengikat satu perjanjian. Di antara perkara2 lain, di dalam perjanjian ini mereka bersetuju untuk memilih wakil-wakil daripada kedua-dua negara untuk membentuk satu kerajaan bersama yang akan mentadbir dan menjaga kepentingan masing-masing Bulan. Nama kerajaan ini masih dikekalkan dengan nama Kerajaan Appoloc mengambil sempena nama keturunan yang memang telah menjadi raja dan pemerintah semenjak zaman Kumpulan Pertama dan Kedua Al-Bashar lagi. Secara ringkas, berikut ialah nama2 mereka yang telah terpilih untuk membentuk kerajaan Appoloc baru ini: Ketua Kerajaan Appoloc: Helions (berdarah campuran Appoloc dan Lamarakh. Dia dilantik menjadi raja kerana dialah satu2 nya lelaki yang berketurunan Appoloc yang masih hidup) Wakil Kerajaan Appoloc daripada negara Atalan: Lelaki Ratoth, Siriso dan Min; Perempuan Bendias Artems, Xauhqi Coyol dan Dianess Zuss. Wakil Kerajaan Appoloc daripada negara Lamarakh: : Lelaki Horath, Saith dan Duau ; Perempuan Mawuo Mao, Duanas Ranas dan Ayumas Isya. Sekiranya anda perasan, nama2 yang mirip dengan nama2 wakil kedua-dua negara ini telah digunakan sebagai nama2 tuhan atau dewa di dalam banyak kepercayaan Pagan dan agama dahulu kala di dalam tamadun2 manusia seperti tamadun Maya, Aztech, Rom, Greek dan lain-lain lagi. Kenapa agaknya yer? Buat sementara, segalanya berjalan lancar sehinggalah sampai pada suatu masa Helions telah mati dan tidak meninggalkan waris keturunan Appoloc. Pada waktu ini bermulalah perang besar yang menumpahkan banyak darah di Bumi dan di Bulan. Untuk menggambarkan sedikit sebanyak tentang dahsyatnya perang ini... Bulan yang dahulunya sebuah planet yang menyerupai Bumi hancur lebur sehingga atmosferanya menjadi amat tipis. Juga, Bulan yang dahulunya seperti Bumi berputar mengikut kadarnya telah berhenti berputar di mana seperti yang kita lihat hari ini... Bulan sentiasa menghadapkan muka yang sama sahaja kepada Bumi. Sebagai balasan ke atas perbuatan Al-Bashar yang menumpahkan darah dan perbuatan yang mendatangkan kerosakan ini... satu malapetaka telah diturunkan di Bumi. Pernah dengar tentang Peralihan Kutub Bumi atau Earth Polar Shift ? Inilah yang berlaku. Walaupun demikian masih terdapat saki baki Al-Bashar yang Allah telah izinkan terselamat daripada bencana ini. Keturunan mereka masih hidup bersama dengan keturunan kita Al-Insaan sehingga ke hari ini. Manakala di Bulan pula, masih lagi ada keturunan Al-Bashar yang terselamat juga. Merekalah yang menduduki di bahagian yang digelar The Dark Side of the Moon iaitu bahagian Bulan yang tidak menghadap ke Bumi. Warga Atalan yang yang terselamat menduduki 18 buah struktur berbentuk piramid dan warga Lamarakh yang terselamat menduduki 81 buah struktur berbentuk kubah. Mereka kini tidak lagi berperang di antara satu sama lain menyedari perbuatan mereka yang melampau dahulu dan telah pun mendapat balasan Allah. Jadi apa kaitannya dengan NASA dok suka nak buat trip ke Bulan pula? Nanti akan dijelaskan di dalam Part 6. Apa yang sedang berlaku kini ialah, warga Atalan yang terselamat di Bumi telah mengulangi lagi kesilapan mereka dahulu. Mereka masih memusuhi warga Lamarakh yang terselamat. Tidak cukup dengan itu, mereka juga memusuhi keturunan kita iaitu Al-Insaan yang telah menggantikan Al-Bashar sebagai khalifah baru di Bumi.Untuk tujuan ini, mereka telah mengikat perjanjian baru dan bersekongkol dengan geng2 jahat di bawah pimpinan Syaitan dan Dajjal bagi memusnahkan saki baki warga Lamarakh (di Bulan dan Di Bumi) dan menghancurkan keturunan Al-Insaan. [Nota 3: Walaupun warga Atalan di Bumi masih belum insaf, warga Atalan di Bulan pula berbelah bahagi sama ada mahu menurut atau pun tidak agenda warga Atalan Bumi ini. Warga Lamarakh di Bulan dan di Bumi pula sentiasa mengambil tindakan kawalan supaya warga Atalan Bumi tidak dapat mempengaruhi warga Atalan di Bulan yang memegang kunci kepada teknologi terhebat mereka yang berlandaskan Sains dan Ilmu Dunia Fizikal.]

Kunci teknologi berada di bulan [TB 6/13]Sebelum ini telah di terangkan pada zaman Al-Bashar, jenis teknologi seperti berikut telah dipelopori:

i. Atalan: Teknologi Sains dan Ilmu Dunia Fizikal Berlandaskan ilmu epistemologi, kajian kimia, ilmu metematik, kaji bahan, ilmu fizik, ilmu logika, ilmu bahasa dan lain-lain yang sealiran dengannya; dan ii. Lamarakh: Teknologi Metafizik dan Inter-Dimensi Berlandaskan ilmu biologi tinggi, kajian dimensi dan spiritual. Tentu dapat melihat perkaitannya di mana sifat ilmu yang diguna-pakai oleh NASA dan lain2 konco Syaitan dan Dajjal adalah setakat Teknologi Sains dan Ilmu Dunia Fizikal sahaja. Dengan kata lainnya, kehandalan geng2 jahat ini membuat barang2 seperti komputer, smart devices, pelbagai kenderaan hinggalah penggunaan tenaga nuklear.... tidak lain dan tidak bukan ialah aplikasi Teknologi Sains dan Ilmu Dunia Fizikal. Maka di sini timbul 2 jenis persoalan2 utama: a. Apa lagi Teknologi Sains dan Ilmu Dunia Fizikal yang masih kita belum lihat lagi? Kenapa ianya masih disorokkan dan disimpan oleh Atalan Bulan? Seperti yang kita kini tahu... saki baki Atalan Bumi dan NASA gigih berulang-alik ke Bulan untuk memujuk Atalan Bulan menyerahkan bahagian akhir teknologi mereka. b. Kenapa pula kita jarang sekali mendengar (atau tak pernah dengar langsung) dan melihat Al-Insaan seperti kita menggunakan teknologi yang dipelopori oleh saki baki Lamarakh Bumi? Adakah Lamarakh Bumi memang tak nak berkongsi langsung dengan kita tentang Teknologi Metafizik dan Inter-Dimensi ini? Bagaimanakah rupanya teknologi Lamarakh ini? Dan apa akan terjadi sekiranya kita Al-Insaan mampu menguasai teknologi Lamarakh? Di dalam Part 6 ini kita rungkai persoalan (b) terlebih dahulu dan persoalan (a) akan diceritakan dalam Part 7 nanti. Tentang Persoalan (b).... Di dalam posting2 yang lepas ada saya kongsikan bahawa kajian DNA Al-Insaan telah lama menemui jalan buntu. Saintis2 terhandal masakini hanya dapat memahami 5% sahaja tentang kod2 DNA ini. Selebihnya iaitu 95% lagi langsung tidak difahami oleh kita lalu saintis2 menggelarkannya DNA junk atau Sampah DNA. Mengapa terjadi begini? Benarkah 95% bahagian DNA yang kita tak faham ini adalah sampah? Ya, di sini lah terletaknya kunci kehebatan teknologi Lamarakh iaitu Teknologi Metafizik dan Inter-Dimensi yang berlandaskan ilmu biologi tinggi, kajian dimensi dan spiritual. Sebelum boleh diterangkan lebih lanjut tentang hal DNA ini dan perkaitanya, adalah baik kita fahami dahulu tentang apakah perbezaan besar di antara Al-Bashar dan Al-Insaan. Perbezaan yang paling besar ialah Al-Bashar tidak mempunyai DNA junk di mana Al-Insaan pula mempunyai DNA junk. Andakah anda faham situasi perbezaan ini? (Kalau tak faham... cupa baca sekali lagi perenggan sebelum ini :P) Apakah sebenarnya yang terkandung di dalam DNA junk ini? Sebenarnya... DNA junk mengandungi semua ilmu dan kebolehan bapa Al-Insaan iaitu Nabi Adam a.s. termasuklah ilmu segala nama. Akan tetapi, sayangnya secara semulajadi bila kita dilahirkan, DNA junk yang 95% ini memang sedia ada TIDAK aktif. Yang aktif hanyalah 5% sahaja. Bolehkah kita mengaktifkannya? Bagi Al-Bashar pula, seperti yang dijelaskan tadi mereka memang tidak mempunyai DNA junk ini. Akan tetapi, kehebatan teknologi Lamarakh ialah mereka mampu mengekstrak DNA mana2 haiwan atau tumbuhan bagi digabungkaan dengan DNA mereka. Dengan kata lain, kalau mereka nak menjadi kuat seperti gajah... mereka mampu mengambil bahagian DNA tertentu gajah bagi dicampurkan dengan DNA mereka. Maka mereka akan kuat seperti gajah. Kalau mereka mahu mempunyai sayap... mereka mampu mengekstrak DNA burung dan mencampurkannya dengan DNA mereka. Maka mereka akan mempunyai sayap dan mampu terbang seperti burung. Begitulah seterusnya, mereka mampu mengekstrak DNA apa sahaja benda di sekeliling mereka bagi memperolehi kebolehan2 luar biasa. Oleh kerana teknologi ini, mereka juga boleh merubah-ubah rupa bentuk fizikal mereka... ala macam Shape-shifter tu la. Sekarang... cuba bayangkan kalau Al-Insaan dapat mempelajari dan menggunakan teknologi Lamarakh ini? Kita akan mampu

mempunyai kebolehan2 luar biasa. Malah... dengan teknologi Lamarakh ini, kita boleh mengaktifkan DNA junk kita yang 95% itu dengan mudah... Inilah sebabnya, saki baki Lamarakh Bumi memang keberatan untuk berkongsi teknologi mereka dengan kita Al-Insaan. Kita secara semulajadi telah dianugerahkan oleh Allah suatu pemberian tidak ternilai iaitu DNA junk. Adakah kita bersyukur? Pernah tengok cerita X-Men? Cerita ini sebenarnya diilhamkan daripada kisah pertembungan dan perperangan di antara Atalan dan Lamarakh suatu ketika dahulu. Pernah tengok cerita Spawn? Ia adalah gambaran kehebatan seorang Panglima Lamarakh. Pernah dengar tentang kebolehan Werewolf dan Vampire? Ish... ye ker semua ni? Terpulanglah kepada anda untuk memikirkannya. [Nota: Secara fizikal, tanda mudah untuk kita membezakan Al-Bashar dengan Al-Insaan ialah Al-Bashar tiada lekukan di bahagian antara bawah hidung dan bibir atas mereka. Kita Al-Insaan mempunyai lekukan ini. Kalau dikawasan Malaysia, Indonesia dan nusantara ini... pernahkah anda mendengar tentang satu kaum iaitu Kaum Kerinchi?]

Hubungan Piramid dan Bulan [TB 7/13]

Menyambung tentang Persoalan (a) daripada Part 6.... NASA tidak pernah mendaratkan sesiapa pun di Bulan. Seperti yang diceritakan sebelum ini, setiap kali mereka menghantar orang ke Bulan, studio khas ala hollywood mereka akan memancarkan video dan audio feed kepada angkasawan yang kemudiannya menghantar semula data palsu ini ke Bumi. Data palsu ini dihantar sebagai gula2 kepada Ground Control Centre mereka yang langsung tidak tahu menahu tentang penipuan yang dijalankan. Ini kemudiannya dijadikan santapan rakyat2 biasa di Bumi dalam bentuk journal2 dan buku2 teks mengarut NASA. Tujuan sebenar penghantaran misi-misi Apollo hanyalah untuk mengelilingi Bulan sahaja. Nak turunkan orang memang merbahaya kerana radiasi yang berat dan mereka juga takut diserang oleh Lamarakh Bulan. Habis tu, apa yang mereka buat sewaktu mengelilingi Bulan? Mereka memancarkan mesej-mesej Atalan Bumi bagi memujuk Atalan Bulan yang bermastautin di 18 buah bangunan berbentuk piramid tu bagi menyerahkan resipi teknologi ilmu dunia fizikal terhebat mereka. Ini kerana Atalan Bumi telah lama kehilangan resipi teknologi ini kerana pembelotan sekelompok Atalan sewaktu peperangan dengan Lamarakh dahulu (cerita pembelotan ni pun kalau nak citer... panjang jugak). Ringkasnya, kelompok ini belot kerana mereka merasakan Atalan lah yang bersalah mencetuskan peperangan dengan Lamarakh. Atalan lah yang telah bertindak terlebih dahulu melancarkan serangan ke atas Lamarakh (Ni macam perangai Israel la ni). Sekarang kita cerita sikit tentang teknologi yang telah hilang dari Atalan Bumi. Ia melibatkan kebolehan memanipulasi atom serta molekul dan secara kasarnya terbahagi kepada 2 bidang utama: i. Teleportasi mengalihkan sesuatu jasad fizikal (tak kira la besar mana pun) daripada satu lokasi ke satu lokasi yang lain. Contohnya.. macam yang berlaku dalam zaman Nabi Sulaiman a.s. bila istana Ratu Balkis dipindahkan. Cuma masa tu Asif Bin Baqriya guna ilmu lain... bukan ilmu Atalan ni. Atau macam citer Star Trek... boleh beam orang dpd satu tempat ke satu tempat. Atau lebih advance lagi... mcam citer Stargate... boleh lompat daripada satu portal ke satu portal lain. ii. Manipulasi bahan menukar sifat sesuatu bahan... contohnya seperti cerita King Midas la ni... boleh tukar apa2 benda kepada emas atau macam citer komik Pedang Sitiawan boleh menukar kayu jadik pedang, dsb. Senang jugak kan... bila lapar jer tukar pasir jadik nasik beriani :P Alhamdulillah... sehingga kini Atalan Bulan masih belum menyerahkan semula teknologi kepada Atalan Bumi dan NASA. Ini lah di antara sebab mengapa setiap kali ada piramid ditemui di mana2 bahagian di Bumi, geng2 jahat akan segera menguasainya. Ini termasuk piramid yang berada di dalam hutan simpan Taman Negara Pahang (kita rakyat Malaysia pun tak diberitahu hal ni). Sedikit info tentang piramid Malaysia ini ada saya kongsikan di dalam posting2 yang lepas dalam album NWO ni. Ini kerana piramid2 ni pernah menjadik kampung halaman Atalan suatu masa dulu dan di situ terdapat portal2 yang sehingga hari ini masih aktif. Maknanya kalau Atalan Bulan nak balik Bumi... tak payah susah2 nak naik kapal angkasa... teleport sahaja... maka sampai la mereka ke Bumi. Dengan teknologi teleport dan manipulasi bahan ini juga... bolehlah kita bayangkan

mengapa membina piramid bukanlah menjadi perkara yang sukar untuk mereka. [Nota: Semua teknologi yang diceritakan dalam Part 6 dan Part 7 ini hanya melibatkan teknologi Al-Bashar sahaja. Belum cerita lagi pasal teknologi Kumpulan Al-Jin dan Al-Insaan. Bayangkan kalau teknologi2 ini bergabung. Mungkin kita akan rasa sangat hebat... tapi tak lah hebat pun sebenarnya kalau berbanding ilmu Allah. Itu sebab di dalam Al-Quran ada banyak kali kita semua ditempelak... kalau Al-Jin dan An-Naas (Al-Bashar + Al-Insaan) bergabung pun tak boleh nak buat seperti apa yang Allah buat]

Bangsa Kerinchi [TB 8/13]Sori... side-track sikit daripada citer NASA, Bulan, Appoloc, Atalan dan Lamarakh.... Untuk Part 8 ini, kita akan cuba mengenali salah satu bangsa yang dikatakan sebagai saki baki Al-Bashar yang terselamat selepas perang besar tamat. Bangsa ini dikenali dengan nama Bangsa Kerinchi. Nama ini sebenarnya bukanlah nama yang asing bagi kita yang tinggal di Malaysia, Indonesia dan kawasan2 lain di Nusantara ini. Cerita2 yang biasa kita dengar tentang Bangsa Kerinchi ini ialah mereka tiada lekukan di bahagian antara bawah hidung dan bibir atas mereka serta mereka boleh bertukar menjadi harimau. Tapi... takkan itu sahaja. Kalau setakat boleh jadik harimau jer, tak lah hebat sangat :P Nanti dulu.... memang mereka ada banyak lagi kebolehan dan kelebihan lain... pasni akan diceritakan. Tidak lengkap rasanya kalau bercerita tentang Bangsa Kerinchi ni kalau tak menyentuh tentang Gunung Kerinchi dan kawasan sekitarnya. Mungkin juga ada di antara kita yang pernah mendengar pun tentang Gunung Kerinchi. Ia sebenarnya adalah kawasan yand diduduki Bangsa Kerinchi berzaman-zaman lamanya. Kawasan ini kalau kita amati betul2... kita akan perasan ianya dipagari bukit bukau dan gunung2. Sedikit lagi maklumat tentang Gunung Kerinchi... Ia adalah salah satu daripda puluhan gunung2 berapi yang masih aktif di Indonesia. Ketinggiannya ialah 3,805 meter daripada aras laut. Gunung ini menjadi gunung tertinggi di Pulau Sumatera. Di sebelah timurnya terdapat Tasik Bento yang airnya sangat2 jernih. Di belakangnya terdapat Gunung Tujuh dengan kawah dan tasik yang juga sangat indah dan amat2 jarang sekali dikunjungi manusia. Kawasan ini dapat ditempuh melalui jalan darat dari Jambi menuju Sungaipenuh melalui Bangko. Jalan alternatif ialah mengikuti jalan dari Padang, Lubuk Linggau, dan Bengkulu. Kalau nak naik kapal terbang, boleh mendarat di Padang atau Jambi. Ok... ok... cukup la cerita pasal info Gunung Kerinchi dan Gunung Tujuh ni... dah macam bunyik pemandu pelancong plak! Balik semula kepada kisah tentang Bangsa Kerinchi. Mereka dikatakan salah satu bangsa yang keturunannya adalah berasal daripada anak kedua Iskandar Zulkarnain. Bagaimana pula boleh jadi begini? Setakat kajian yang telah dibuat, saya agak terkejut juga bila mendapati... Bangsa Kerinchi ini berasal daripada percampuran Al Bashar (daripada keturunan Appolloc + Lamarakh) dan Al-Insaan (daripada Keturunan anak kedua Iskandar Zulkarnain). Jika diimbas kembali info dalam posting terdahulu, keturunan Apolloc ialah keturunan raja2 yang mentadbir Atalan dan Lamarakh. Tapi keturunan Apolloc yang ini sudah tentu bukan keturunan tulen lagi kerana telah bercampur baur dengan Lamarakh sejurus sebelum kematian Helion (raja terakhir sebelum peperangan besar). Sebut tentang Iskandar Zulkarnain ini pula, anda tentu pernah mendengar tentang kisah satu bangsa yang hampir tidak difahami pertuturan mereka dan bangsa ini telah dipagar dengan tembok kukuh campuran besi dan tembaga (Dalam Al-Quran pun ada menceritakannya dalam surah Al-Kahf). Bangsa yang dipagar oleh Iskandar Zulkarnain ini sebenarnya ialah saki baki Bangsa Atalan yang bertindak agresif mengganggu Al-Insaan di kawasan Nusantara ini. Ya... kejadian itu berlaku di sini. Dengan ini saya menolak teori yang mengatakan kejadian mungkin berlaku di kawasan Pergunungan Kaukasus yang banyak dicadangkan kebelakangan ini. Walaupun yang demikian, oleh kerana saya tidak boleh mendedahkan sumber2 maklumat saya, maka terpulanglah kepada penilaian anda sama ada hal ini masuk akal atau pun tidak. Menyambung lagi kisah Bangsa Kerinchi ini, ada banyak cerita yang mengatakan mereka mempunyai pelbagai kebolehan luar biasa yang lain.... selain daripada boleh bertukar menjadi harimau. Mereka juga boleh menghilangkan diri daripada pandangan mata kasar manusia biasa. Kebolehan mereka mengubat bermacam2 jenis penyakit juga adalah sangat dikagumi. Selain daripada harimau, saya ada juga mendengar yang sesetengah mereka boleh bertukar kepada lain-lain jenis haiwan seperti kucing, burung helang dan kuda. Tentang nama2 ketua mereka pula, yang paling selalu disebut2 ialah dua orang yang digelar Lebai Sakti Danau dan juga Salleh Seri Menanti. Katanya, kedua2 mereka ini masih lagi hidup dan bermastautin di kawasan Gunung Kerinci. p/s: Kalau anda seorang lelaki yang masih bujang, cuba2 lah carik gadis berbangsa Kerinchi untuk dikahwini. Anda pasti mendapat kejutan yang besar :P

Paladin [TB 9/13]Anda telah pun tahu sebab musabab tentang pembohongan NASA tentang Projek Bulan mereka dan lain2 maklumat yang bersangkut-paut dengannya. Sekarang mari kita cuba fahami pula, kenapa tak cukup dengan Bulan, NASA kononnya sibuk nak mengkaji planet2 lain di dalam Sistem Suria kita. Berbillion2 malah bertrillion2 jugak la dihabiskan untuk penerokaan angkasa jauh ini sampai berjuta2 rakyat Bumi yang mati kebuluran tidak dipedulikan. Cubalah kita pikirkan... pergi teroka

angkasa kah... atau bagi makan orang yang lapar lebih penting dan lebih utama? Sebenarnya kebelakangan ini... rupanya ada perkembangan tentang respon Atalan Bulan kepada misi-misi NASA ke Bulan. Antara lain, mesej yang dibalas oleh Atalan Bulan ialah teknologi yang didesak untuk penyerahan kepada Atalan Bumi dan NASA kini tidak lagi berada di tangan mereka. Habis tu... duduk kat siapa pulak? Atalan Bulan telah berkeras mengatakan, teknologi itu kini telah dibawa lari oleh sekumpulan Atalan Bulan di mana mereka telah menyorokkannya di salah sebuah planet di dalam Sistem Suria kita. Betul kah begitu? Sebenarnya saya pun tidak pasti kerana ada juga indikasi dan petunjuk yang mengatakan sebenarnya teknologi Atalan Bulan ini telah dihantar semula ke Bumi dan kini suatu kumpulan Al-Insaan telah diamanahkan untuk menjaganya. Nama kumpulan ini ialah Paladin. Untuk itu, semua ejen2 geng2 jahat di Bumi i.e. CIA, FBI, Mossad, MI6, KGB dan lain2 kumpulan yang mempunyai pelbagai huruf telah dikerahkan untuk mencari Paladin ini. Seperti biasa, ketua turus misi kumpulan2 pelbagai huruf ini ialah tidak lain dan tidak bukan saudara Adolfo Nicolas Pachon, Head of the Jesuits atau lebih dikenali sebagai The Black Pope. Opis beliau... semua orang pun tau... di Vatican City... pusat penyembahan Syaitan terbesar di Bumi. Kisah tentang Paladin ni mungkin ramai yang pernah mendengarnya. Akan tetapi saya masukkan di sini juga sebagai rujukan. Mungkin juga ramai yang telah menonton watak Paladin ini di dalam wayang gambar terbitan geng2 jahat bertajuk Jumper. Di dalam wayang gambar ini, ditunjukkan seolah-olah Paladin ini kumpulan ekstrim Kristian berteknologi tinggi yang jahat dan tidak berhati perut bagi mengelirukan kita. Kisah tentang Paladin ini juga ada kat dalam Wikipedia. Kat dalam Wikipedia pula... Paladin dikatakan juga dikenali dengan nama The Twelve Peers dan diasaskan oleh King of Franks iaitu Charlemagne atau lebih dikenali sebagai Charles the Great. Paladin dikatakan sebagai Pahlawan2 Kristian yang gagah membantu menawan banyak kawasan2 di Eropah sekitar tahu 780 A.D hingga 850 A.D. Semua ini juga adalah cerita2 yang mengarut bagi mengelirukan kita tentang identiti Paladin yang sebenar. Watak Paladin juga diwujudkan di dalam bentuk permainan2 video dan komputer seperti Fallout 3, Warcraft, Dungeons & Dragons dan banyak lagi. Permainan online dan permainan2 ringan berasaskan Flash pun banyak. Al-maklum seperti biasa... tukang buat permainan2 atau games ni pun geng2 jahat juga. Maka watak Paladin di dalam games pun amat2 mengelirukan. Ini belum lagi buku2 dan novel2 tentang Paladin... habis semuanya diputar-belitkan. Jadi, siapakah Paladin ini sebenarnya? Mereka sebenarnya ialah Al-Insaan terpilih yang dilatih oleh saki baki Atalan baik yang belot kepada Atalan jahat. Mereka menyokong Lamarakh kerana sedar keangkuhan dan ketamakan Atalan lah yang menyebabkan peperangan besar berlaku. Sebab itu.... Paladin mempunyai teknologi tinggi berteraskan Teknologi Sains dan Ilmu Dunia Fizikal. Bukan itu sahaja, mereka juga pemegang amanah menjaga teknologi teleportasi dan manipulasi bahan Atalan daripada jatuh ke tangan geng2 jahat. Berkaitan dengan teknologi teleportasi dan manipulasi bahan ini juga.... ada sumber2 yang saya lihat mengatakan geng2 jahat ini perlukannya bagi membantu Dajjal menghilangkan Al-Masjid Al-Aqsa. Tentang hal ini, saya masih merasakan perlu disiasat lagi... tapi kalau dipikir2 kan mungkin ada juga asasnya. Seperti yang kita tahu, sebagai Plan B, geng2 jahat sedang gigih menggali di bawah Al-Masjid Al-Aqsa bagi meruntuhkannya. Hal ini ada saya kongsikan di dalam posting yang lepas di dalam album NWO. Daripada Part 1 hingga Part 9, saya telah cuba menjelaskan perkaitan pembohongan Projek Bulan dan projek2 angkasa lepas dengan aspek2 pelan besar atau blue-print rancangan2 Syaitan, Dajjal dan konco2 nya. Seperti biasa apa yang saya harapkan ialah cerita2 sebegini tidak terus diterima atau tidak terus ditolak sebelum dibuat sebarang pertimbangan atau siasatan peribadi masing2. Ini supaya tidak berlaku penyakit Blind Acceptance mahu pun Blind Rejection. Maka....kalau semuanya dah jelas... apa perlunya Part 10 hingga Part13 pula. Ada sikit lagi hal yang rasanya perlu juga dikongsikan. Harap dapat terus mengikuti apabila posting2 nya dibuat nanti.

Bumi dan 2 Bulan [TB Part 10/13]

Maklumat seterusnya yang ingin dikongsikan ialah penipuan NASA tentang 3753 Cruithne. Haaaa... apa benda 3753 Cruithne tu? Boleh makan ke? Macam nama kuih jer.... Untuk makluman, 3753 Cruithne adalah Bulan kita yang kedua. Apa? Kita ada Bulan kedua pulak? Ya... sebenarnya Bumi memang mempunyai dua Bulan. Seperti biasa, hal2 sebegini sudah tentu dinafikan dengan sekeras2 nya oleh NASA. Begini ceritanya.... Tidak lama dahulu, pada tahun 1986 NASA terpaksa mengumumkan yang mereka telah menemui 3753 Cruithne. Mereka tak

boleh nak sorok lagi kerana teleskop pengkaji bintang amatur pun telah dapat mengesannya. Walaupun demikian, seperti lazimnya berlaku... oleh kerana semua orang dok percaya kepada NASA, geng2 jahat telah menggunakan kepercayaan ini bagi mengaburi mata kita dengan mengisytiharkan 3753 Cruithne sebagai hanya sebiji asteroid. Sebijik asteroid yang tidak membawa apa2 makna kepada kita rakyat biasa di Bumi ni. [Nota: Sebenarnya, penemuan ini pernah diumumkan lebih awal lagi oleh seorang ahli kaji bintang bernama Frederic Petit pada 1846. Komuniti saintis yang dikuasai geng2 jahat pada masa itu dengan mudah telah menafikan beliau.] Maka... apakah signifikasi sebenar Bulan kedua ini sebenarnya? Anda telah mendengar tentang cerita tentang Appoloc, Atalan dan Lamarakh. Anda juga telah dengar cerita peperangan besar di zaman Al-Bashar dan anda kini tahu yang saki baki mereka masih hidup bersama2 dengan kita hingga ke hari ini. Cuma... anda mungkin tidak menyedari beberapa perkara lagi.... insyaallah akan diceritakan sebentar lagi. Pada 20 Disember 2011... Bulan kedua ini sebenarnya telah dilihat jelas dengan mata kasar. Gambar yang saya sertakan sebagai posting ini di ambil di Busby, Australia pada pukul 1.20 pagi. Pada masa itu ramai yang terperanjat dan mengatakan inilah tanda2 hari kiamat semakin menghampiri kita. Apakah penjelasan daripada NASA pula tentang bagaimana ini boleh terjadi? Anda boleh dapatinya dengan mudah di Wikipedia. http://en.wikipedia.org/wiki/3753_Cruithne Adakah anda percaya dengan penjelasan NASA ini? Terpulang kepada anda. Sekarang mari kita menyambung cerita tentang Bulan dan Bulan Kedua ini. Sebenarnya, Al-Insaan telah pun tahu tentang hal ini beribu-ribu tahun dahulu lagi. Malah bagi Al-Bashar, mereka telah tahu hal ini jutaan tahun dahulu lagi. Mereka juga telah biasa berulang-alik di antara Bumi, Bulan dan Bulan Kedua ini yang juga merupakan mini-planet yang mampu menampung pelbagai hidupan. Apa yang saya belum ceritakan ialah bagaimana keturunan Apolloc tulen pupus selepas Helion, raja terakhir Atalan dan Lamarakh daripada keturunan Apolloc mati. Sebenarnya, keturunan Apolloc sebelum Helion telah bersepakat untuk berhenti dan tidak lagi menjadi raja mentadbir AlBashar. Ini kerana mereka telah tahu yang masa umat Al-Bashar akan berakhir tidak lama lagi dan akan diganti dengan kita AlInsaan yang dilantik menjadi khalifah selepas mereka. Untuk itu, mereka telah berhijrah beramai-ramai ke Bulan Kedua. Selepas mereka berhijrah, mereka telah menggunakan teknologi mereka (nota: Apolloc menguasai kedua2 teknologi Atalan dan Lamarakh).... untuk mengubah orbit Bulan Kedua ini. Tindakan ini sebenarnya mendapat tentangan banyak pihak namun mereka tidak sempat menghalangnya. Tujuan pengubahan orbit Bulan Kedua ini ialah bagi memutuskan perhubungan keturunan Apolloc dengan Bumi dan Bulan. Setelah sekian lama mereka (keturunan Apolloc) duduk di Bulan Kedua ini, timbul pula rasa ingin tahu tentang perkembangan Bumi. Maka, sekumpulan kecil Apolloc telah membuat keputusan untuk pergi menziarahi Bumi dan Bulan. Apa yang berlaku ialah kebelakangan ini mereka semakin kerap menziarahi Bumi. Kekerapan yang semakin tinggi ini adalah disebabkan 2 perkara berikut: 1. Mereka merasa kasihan dengan keadaan Al-Insaan yang pada pandangan mereka telah semakin jauh tersesat di dalam tipu daya Syaitan, Dajjal dan konco2 nya; dan 2. Mereka bimbang dengan perkembangan hasil percampuran genetik Al-Bashar dan Al-Insaan yang semakin berleluasa di Bumi (i.e. Bangsa Kerinchi dan beberapa bangsa lain yang saya belum ceritakan lagi). [Nota: Lawatan keturunan Apolloc ke Bumi dan Bulan inilah yang dijadikan modal oleh geng2 jahat untuk mengada2 kan cerita Anunaki dan Ancient Astronaut Theory yang mengatakan kononnya makhluk asing a.k.a. UFO telah pernah datang melawat tamadun2 terdahulu seperti Maya, Aztech, Inca, Machu-Pichu, Egypt, dsb. bagi mengajarkan mereka teknologi tinggi. Tidak cukup dengan itu, sehingga kini kita dimomokkan dengan kisah X-Files dan UFO yang kononnya makhluk asing datang membuat penyelidikan di Bumi dan Bulan.]

Mereka yang terdahulu.. [TB 11/13]

Di dalam Part 10, saya ada menceritakan yang keturunan Apolloc sebelum Helion telah bersepakat untuk berhenti dan tidak lagi menjadi raja mentadbir Al-Bashar. Ini kerana mereka telah tahu yang masa umat Al-Bashar akan berakhir dalam waktu yang terdekat. Mereka juga tahu yang mereka akan diganti dengan kita Al-Insaan yang dilantik menjadi khalifah selepas

mereka. Untuk itu, mereka telah berhijrah beramai-ramai ke Bulan Kedua. Persoalannya ialah, bagaimana mereka boleh mengetahui pulak yang masa Al-Bashar telah hampir tamat dan tak lama lagi Bapa Al-Insaan iaitu nabi Adam a.s. dan Hawa akan diturunkan ke Bumi menggantikan Al-Bashar sebagai khalifah. Siapa pulak yang beritahu mereka? Di sinilah sebenarnya bermulanya karier kejahatan Azazil a.k.a. Lucifer a.k.a Iblis semenjak dihalau keluar daripada Taman Syurgawi. Sewaktu masa semakin hampir bagi Nabi Adam a.s. dan Hawa diturunkan ke Bumi, Azazil yang ketika itu baru sahaja dihalau daripada Taman Syurgawi telah menggarap satu rancangan. Apa yang dirancangkan oleh Azazil ialah mengajak Al-Bashar bersama2 dengannya untuk mempertikaikan kehendak Allah menurunkan Al-Insaan bagi menggantikan Al-Bashar sebagai khalifah di Bumi. Azazil telah menemui seorang yang sangat berpengaruh di dalam kelompok keturunan Apolloc yang bernama Al-Hin. Kepada Al-Hin diceritakan oleh Azazil tentang Nabi Adam a.s. dan Hawa yang tidak lama lagi akan dihalau daripada Taman Syurgawi dan duduk di Bumi sebagai khalifah baru. Sambil itu, Azazil juga cuba menakut2 kan tentang hakikat bangsa Al-Bashar akan terhapus tidak lama lagi. Al-Hin memang telah lama mengenali Azazil. Al-Hin bukan sahaja bersahabat dengan Azazil sahaja malah kenal rapat juga dengan ramai raja2 Al-Jin yang terlebih dahulu mendiami dunia sebelum kedatangan Al-Bashar. Pendek kata, Al-Hin dan kaum kerabatnya ini juga boleh tahan hebatnya daripada segi ilmu dan kebolehan (kalau nak cerita tentang Al-Hin ni pun satu kisah yang panjang... kalau diizinkan Allah saya akan kongsikan kisah2 nya di dalam siri posting2 yang lain nanti). Dipendekkan cerita, setelah Al-Hin mendengar perkhabaran daripada Azazil ini, dia pun segera memanggil beberapa rakan karibnya yang bernama Al-Bin, Al-Tam dan Al-Ram. Mereka berempat pun berbincanglah tentang apakah reaksi yang harus diberikan. [Nota: Al-Hin, Al-Bin, Al-Tam dan Al-Ram sebenarnya bukan bangsa Al-Bashar pun. Mereka berempat ialah satu bangsa lain yang telah ada di Bumi lebih awal daripada Al-Bashar.... malah lebih awal daripada Al-Jin. Bangsa mereka berempat ini telah diberikan hukuman oleh Allah kerana kemungkaran mereka dahulu. Hukumannya ialah...mereka dipanjangkan umur tetapi tidak boleh melahirkan zuriat. Bangsa ini diberi gelaran Bangsa Polippa. Fizikal mereka ialah mirip seperti Al-Bashar dan AlInsaan tetapi bersayap yang amat cantik. Populasi mereka yang tinggal ialah 7,000 orang.] Ok... sambung balik. Mereka berempat ini ialah ketua kepada 4 kumpulan Bangsa Polippa. Bangsa Polippa ini telah lama diberikan kebenaran oleh raja2 terdahulu daripada keturunan Appoloc untuk hidup bersama dengan Al-Bashar. Mereka berempat ini sangat dipercayai oleh Apolloc oleh kerana tingginya ilmu mereka dan taatnya mereka kepada suruhan Allah selepas redha menerima hukuman mereka itu. Akhirnya, setelah berbincang selama 1,000 tahun, mereka sepakat berjumpa raja Apolloc ketika itu yang bernama Pasadun... abang kepada Zauss (bapa kepada Helion) untuk memberitahu tentang cerita Azazil. Tidak lama selepas itu Pasadun yang telah tua itu telah mati sebelum membuat sebarang keputusan. Oleh kerana kematian Pasadun, Zauss secara adatnya menggantikan Pasadun sebagai pemangku raja Al-Bashar sementara menanti lantikan raja baru dibuat. Namun, sebelum raja baru dilantik Zauss segera membuat keputusan untuk menamatkan pemerintahan Apolloc ke atas Al-Bashar dan mengarahkan semua keturunan Apolloc untuk berpindah ke Bulan Kedua. Setelah semuanya berpindah, orbit Bulan Kedua telah diubah supaya hubungan Apolloc dan Al-Bashar terputus. Hanya Helion sahaja yang sanggup untuk tinggal sebagai raja terakhir Al-Bashar. Selepas itu, seperti yang diceritakan di dalam Part 10, selepas kematian Helion... bangsa Al-Bashar telah berperang sehingga mereka terhapus daripada Bumi dan Bulan. Sebagai kesimpulan untuk Part 11 ini, kita boleh senaraikan saki baki beberapa Bangsa terdahulu yang masih hidup bersama2 dengan kita Al-Insaan di Bumi hingga ke hari ini iaitu: i. Bangsa Polippa Al-Hin; ii. Bangsa Polippa Al-Bin; iii. Bangsa Polippa Al-Tam; iv. Bangsa PolippaAl-Ram; v. Bangsa Al-Jin; vi. Bangsa Al-Bashar Atalan; dan vii. Bangsa Al-Bashar Lamarakh. Dua potong ayat2 Al-Quran yang pada pendapat saya mungkin boleh menggambarkan kewujudan bangsa-bangsa ini ialah: Al Ankabuut - Ayat 19 'Dan apakah mereka tidak memperhatikan bagaimana Allah menciptakan (manusia) dari permulaannya , kemudian mengulanginya (kembali) . Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah.' Al An'am - Ayat 6 'Apakah mereka tidak memperhatikan berapa banyak generasi yang telah Kami binasakan sebelum mereka, padahal (generasi itu) telah Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi, iaitu keteguhan yang belum pernah Kami berikan kepadamu , dan Kami curahkan hujan yang lebat atas mereka dan Kami jadikan sungai-sungai mengalir di bawah mereka , kemudian . Kami binasakan mereka karena dosa mereka sendiri, dan Kami ciptakan sesudah mereka generasi yang lain.'

(Insyaallah... bersambung)

Siapa lagi? [TB 12/13]

Bermula daripada Part 1 hingga Part 11, rasanya tidak keterlaluan jika dikatakan saya telah menghujani anda dengan maklumat2 yang luar biasa, aneh dan amat jarang diambil serius. Malah bagi kebanyakan orang terutamanya yang skeptik pasti merasakan hal2 sebegini adalah gila atau mengarut semata2 dan setaraf dengan kisah2 dongeng dan mitos. Bagi anda yang masih sanggup untuk meluangkan masa dan sudi memberi ruang untuk berfikir tentang perkara2 ini.... marilah kita menyambung sedikit lagi. Di akhir Part 11, kita dah pun menyenaraikan saki baki tujuh Bangsa terdahulu yang masih hidup bersama2 dengan kita (AlInsaan) di Bumi hingga ke hari ini iaitu: i. Bangsa Polippa Al-Hin; ii. Bangsa Polippa Al-Bin; iii. Bangsa Polippa Al-Tam; iv. Bangsa Polippa Al-Ram; v. Bangsa Al-Jin; vi. Bangsa Al-Bashar Atalan; dan vii. Bangsa Al-Bashar Lamarakh. Adakah ini sahaja Bangsa2 yang masih wujud hingga ke hari ini? Jawapannya.... sudah tentu tidak. Terdapat puluhan lagi Bangsa2 yang terselamat dan telah meneruskan kelangsungan hidup mereka semenjak jutaan tahun lagi. Al-maklum... Bumi ini sudah sangat tua. Saya tidak dapat bayangkan bagaimanakah reaksi mereka yang skeptik ini sekiranya saya mula bercerita pula tentang semua puluhan Bangsa2 ini. Cerita2 tentang kewujudan tujuh jenis Bangsa sebelum ini sahaja pun sudah cukup untuk menyebabkan ruangan FB Private Message saya dipenuhi dengan kata2 mengejek dan berbentuk perlekehan. Tidak kurang juga kata2 nasihat yang menyuruh saya kembali ke dunia realiti.... ya... realiti yang fana atau palsu... Itulah realiti menurut definisi mereka yang tidak mempercayai perkara2 yang halus ini. Untuk memburukkan keadaan lagi, keberadaan Bangsa2 ini pula dirahsiakan dan ditutup oleh geng2 jahat melalui program2 information censorship mereka. Program2 ini telah lama dikuatkuasakan semenjak beribu2 tahun lagi di kalangan pemegang2 tampuk pemerintahan negara, di kalangan komuniti saintis dan akademia hinggalah kepada kawalan informasi masakini yang dijalankan secara paksa melalui kuasa kepolisan, ketenteraan dan kumpulan2 pelbagai huruf mereka seperti CIA, KGB, MI6, dsb diterajui oleh the Head of Jesuits. Minda kita pula telah diasuh semenjak kecil lagi dengan sistem pendidikan mereka. Tidak cukup dengan itu, minda kita dilobi pula dengan program2 berita dan informasi tajaan mereka disusuli dengan persembahan2 hebat Hollywood dan rangkaian televisyen serta media mereka. Ini semua membawa kepada satu situasi yang bagaimana? Untuk permulaan, cuba bayangkan sekiranya anda ialah salah seorang pembuat keputusan di dalam pentadbiran geng2 jahat.

Anda tentu sedar yang geng2 jahat anda sudah menguasai hampir semuanya... harta, duit, sistem ekonomi, sistem pendidikan, kuasa ketenteraan, teknologi sains dan sistem kekuasaan pemerintahan negara2 di seluruh dunia ini. Kenapa anda masih lagi tidak berani beroperasi secara terang-terangan dan menghapuskan terus sesiapa yang menghalang anda? Bukankah anda berkuasa untuk melakukannya sekarang? Apa yang menyebabkan anda masih belum lagi bertindak? Sebenarnya, geng2 jahat ini masih tidak berani lagi melakukan tindakan penyudah mereka kerana dua perkara: i. Populasi Bumi yang terlalu ramai Pada masa ini (setakat awal tahun 2012), populasi Bumi telah melepasi 7 Billion orang. Sekiranya geng2 jahat (yang tak sampai 5% populasi ini) mengambil keputusan untuk menguatkuasakan kehendak mereka secara paksa, pasti mereka tidak akan sanggup ditentang oleh jumlah populasi yang ramai ini. Mereka perlu melakukan beberapa tindakan persediaan terlebih dahulu seperti mengurangkan populasi Bumi atau setidak-tidaknya melemahkan populasi Bumi dengan jalan peperangan, kebuluran, penyebaran penyakit dan pelbagai sekatan terhadap kelompok2 tertentu. ii. Kewujudan puluhan Bangsa2 terdahulu Geng2 jahat sedia maklum tentang kewujudan Bangsa2 terdahulu ini yang mempunyai pelbagai kebolehan luar biasa. Mereka sebenarnya amat bimbang kalau2 Bangsa2 ini masuk campur dan mungkin akan menyokong rakyat Bumi menentang Syaitan, Dajjal dan konco2 nya jika mereka bertindak sekarang. Maka, geng2 jahat ini pun sebenarnya ada program2 tertentu untuk menjejaki Bangsa2 terdahulu ini bagi menghapuskan mereka (Ni pun kalau nak cerita... bunyi nya pasti amat di luar akal :P). Cuba bayangkan alam semesta yang sebegini luas dengan banyaknya ruang2 dimensi yang kita tidak ketahui; adakah wajar sekiranya kita mengatakan hanya kita sahaja yang ada di sini? Persoalan seterusnya ialah... hebat sangatkah kemajuan sains dan teknologi yang kita telah capai kini sehingga kita dengan penuh yakin menidakkan sebarang kewujudan makhluk2 lain? Adakah jika sesuatu perkara itu tidak dapat kita lihat, dengar, sentuh, hidu dan rasa.... kita mengatakan ianya tidak wujud? Contoh mudah ialah jika kita mengkaji mata kita sendiri yakni deria penglihatan kita.... ianya hanya mampu melihat tidak sampai 0.01% daripada spektrum atau julat cahaya yang wujud. Ini bermakna 99.99% spektrum cahaya langsung kita tidak sedari wujudnya tanpa menggunakan peralatan2 sains. Dan akhir sekali, kenapa agaknya bila ada orang yang mengkaji dan menghebahkan perkara sebegini akan dihentam oleh orang2 di sekeliling mereka yang telah terasuh dan terdidik dengan sistem yang sedia ada? Dalam Part 13 kelak... iaitu Part yang terakhir... saya akan cuba kongsikan beberapa lagi perkara berkaitan yang pasti akan berbunyi sangat2 radikal terutamanya bagi golongan skeptik. Sebelum itu, rasanya saya perlu mengambil masa sedikit bagi membuat moderasi yang terperinci sebelum membuat posting terakhir nanti.

(Insyaallah... bersambung)

Penutup satu Permulaan [TB Part 13/13]Di dalam Part 13 (Bahagian Akhir) ini, apa yang saya cuba lakukan ialah membuat perkaitan sebahagian maklumat2 yang telah lama saya simpan tapi bimbang untuk berkongsi. Ianya sukar disampaikan tanpa bercerita dahulu tentang hal2 yang terdapat di dalam Part 1 hingga Part 12. Saya tidak pasti apakah bentuk respon yang bakal diterima. Namun, setelah membuat moderasi yang terperinci, saya rasa sedap hati untuk menggunakan ruangan FB ini untuk membuat test run. Diharapkan ianya dapat mencetuskan buah fikiran dalam mencari cara masing2 memahami apa yang telah dan sedang berlaku... mungkin juga dapat bersedia pula dengan apa yang akan berlaku. Terpulanglah pada anda... sama ada mahu menimbangkan atau pun tidak apa perkara ini secara serius. Seperti posting2 terdahulu, sudah tentu apa yang ada di Part terakhir ini pun bersifat radikal. Malahan... mungkin bagi sesetengah orang... ianya teramat2 radikal sekali. Kerana ruangan posting FB adalah terhad... saya akan terus straight to the point sahaja tanpa konar sana dan konar sini lagi supaya dengan ruangan terhad ini, dapat saya muatkan apa yang saya hajatkan. Anda sudah bersedia? Here we go... [Nota: Dicadangkan anda baca perlahan-lahan perenggan2 selepas ini. Pastikan anda betul2 faham apa yang diperkatakan... jangan sampai salah faham pulak. Kalau perlu, ulang banyak kali sehingga faham... kalau masih tak faham jugak... mungkin anda membaca posting ini dalam keadaan lapar, mengantuk atau anda sedang mengalami keadaan jiwa kacau... :P] Sebelum ini anda tentu pernah mendengar atau membaca tentang kisah Nabi Nuh a.s. Sewaktu berlaku banjir besar, bahtera beliau telah memuatkan insan2 terpilih serta makhluk2 lain yang juga terpilih. Cuma, apa yang tidak dicatatkan di mana2 buku setakat yang saya dah baca ialah tentang Bangsa2 terdahulu yang juga menumpang di dalam bahtera Nabi Nuh a.s. Apakah tujuannya mereka menumpang sedangkan mereka boleh sahaja menyelamatkan diri daripada banjir besar ini dek kerana ilmu2 dan kebolehan2 yang mereka miliki? Ya... mereka semua ada satu tujuan yang sama. Mereka mahu mengenali lebih dekat lagi tentang makhluk yang bernama Al-Insaan ini. Semua 96 jenis Bangsa2 terdahulu telah sepakat menghantar wakil masing2 di dalam hal mahu menumpang bahtera ini. Dipendekkan cerita, setelah banjir besar berakhir, kesemua 96 wakil Bangsa2 terdahulu ini telah bersependapat dan sama2 bersetuju memang patutlah Al-Insaan kini menjadi khalifah di Bumi menggantikan Bangsa2 mereka. Ini kerana mereka kagum dengan kelebihan2 yang dipinjamkan Allah kepada Al-Insaan. Kerana ini, sebelum meninggalkan bahtera, mereka semua telah

berdoa kepada Allah. Mereka meminta supaya kisah2 dan ilmu2 tentang Bangsa2 terdahulu ini tidak pupus hilang begitu sahaja tetapi diwarisi pula oleh Al-Insaan. Guess what? (sori... cakap omputih plak sikit). Doa daripada 96 Bangsa2 terdahulu ini telah dimakbulkan oleh Allah. Ok... standby... di sinilah bermulanya maklumat yang saya rasa teramat2 radikal bagi sesetengah kita. Macam biasa... saya mohon hentikan pembacaan anda sekiranya anda merasakan saya telah melepasi batasan dan melampau. Ada apa dengan nombor 96? Klu nya terdapat di dalam Surah ke-96 iaitu Surah Al-'Alaq. Semua orang tahu bahawa ayat2 di dalam Surah Al-'Alaq ialah wahyu pertama pertama diturunkan. Tetapi di dalam penyusunan Al-Quran, ia duduk sebagai surah yang ke-96. Ini kerana ia membawa kisah2 dan ilmu2 Bangsa2 terdahulu. Kalau nak dihuraikan semuanya tentulah tidak cukup ruangan di sini. Untuk itu saya akan menyentuh hanya tentang 5 ayat pertama sahaja yang membawa 4 perkara yang menjadi sebahagian daripada inti2 kepada ilmu2. Sebelum bercerita lebih lanjut, saya mohon anda bersedia dengan terjemahan Al-Quran di sisi anda. Ini bagi membolehkan anda menyemak terus apa yang saya ceritakan tentang 5 ayat2 yang dimaksudkan. Ayat pertama... Allah telah mengarahkan kita untuk Iqra... bacalah. Baca apa? Kemudian ayat ke-2, ayat ke-3 dan ayat ke-4 pula diceritakan tentang kejadian Al-Insaan daripada segumpal darah dan bagaimana Allah yang maha mulia mengajarkan kita dengan kalam. Segumpal darah? Kalam apa? Perkataan yang digunakan di sini untuk merujuk kepada manusia ialah AlInsaan. Seperti yang diceritakan sebelum ini, Al-Insaan bermaksud jenis kita dan tidak termasuk Al-Bashar atau mana2 Bangsa terdahulu. Ayat ke-5 pula memberitahu kita.... yang Allah mengajarkan Al- Insaan apa yang tidak diketahui. Apa yang kita tidak ketahui? Inilah kunci yang sangat2 penting bagi membentuk rangka atau framework pemikiran (akal dan hati) kita supaya kita boleh meneroka lebih jauh lagi di dalam mengkagumi kebesaran Allah dan seterusnya dapat pula mengkaji ilmu2 yang sebelum ini mungkin teramat2 sukar sekali difahami. (i) Baca apa? Bacalah apa yang ada di sekeliling kita. Bacalah... bukan hanya dengan 5 deria dan akal sahaja malah juga dengan hati. Bacalah... supaya kita mengerti adanya Bangsa2 terdahulu dan dapat pula kita memanfaatkan ilmu2 yang dipinjamkan Allah kepada mereka. (ii) Segumpal darah? Perkataan yang digunakan untuk segumpal darah ialah 'Alaq ('Ain, Lam dan Qof ). Tajuk surahnya pun Al-'Alaq. Daripada segi konteks dan terjemahan yang lebih tepat, ia merujuk kepada DNA Al-Insaan. Cuba recall kisah DNA ini daripada Part 6. Kalau tak ingat... baca la semula Part 6 yer :P Anda faham sekarang? Semua ilmu2 ini telah ada di dalam DNA junk Cuma menunggu masa untuk diaktifkan. Bagaimana nak mengaktifkannya? Ntah... kalau saya tau nak buat cam mana... sudah lama saya aktifkan DNA junk saya sendiri :D (iii) Kalam apa? Kalam yang telah Allah ciptakan untuk menulis Qada dan Qadar di dalam Kitab Lauh Mahfuz. Apa signifikasinya? Seperti yang kita tahu... semuanya telah dituliskan di Lauh Mahfuz. Kalau betul2 nak cerita pasal Lauh Mahfuz ni... terlalu panjang. Harap anda dapat cuba mencernakan klu ini terlebih dahulu. Jika diizinkan Allah... saya akan kongsikan lebih terperinci di dalam posting2 akan datang. (iv) Apa yang tidak kita ketahui? Selagi DNA junk tidak aktif... selagi itulah kita tidak mengetahui. Insyaallah... kalau kita sentiasa mencari... dapatlah kita mengetahui. Cukuplah setakat ini dulu kot... Semoga apa yang dihidangkan daripada Part 1 hingga Part 13 ini dapat memberikan kita manfaat di dunia dan di akhirat. Akhir kata, mana yang baik itu sudah tentu datang daripada Allah, dan mana yang tidak baik datangnya daripada kelemahan dan kealpaan diri saya sendiri. Wallahualam.

p/s: Bacalah dengan seikhlas mungkin imej yang disertakan bersama posting ini.