pbs.bas iskandar.4

20
KANDUNGAN Halaman SINOPSIS KANDUNGAN SENARAI PETA SENARAI RAJAH SENARAO FOTO PENGHARGAAN 1.0 PENGENALAN 2.0 OJEKTIF KAJIAN 3.0 LOKASI KAJIAN 4.0 KAEDAH KAJIAN 5.0 DAPATAN KAJIAN 6.0 RUMUSAN / KESIMPULAN RUJUKAN LAMPIRAN TAHAP KEPUASAN PELAJAR PRAUNIVERSITI SMK PASIR GUDANG 2 TERHADAP PERKHIDMATAN BAS HENTI-HENTI SYARIKAT BAS ISKANDAR SINOPSIS

Upload: siva-raj

Post on 05-Dec-2014

70 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: PBS.bas Iskandar.4

KANDUNGAN

Halaman

SINOPSIS

KANDUNGAN

SENARAI PETA

SENARAI RAJAH

SENARAO FOTO

PENGHARGAAN

1.0 PENGENALAN

2.0 OJEKTIF KAJIAN

3.0 LOKASI KAJIAN

4.0 KAEDAH KAJIAN

5.0 DAPATAN KAJIAN

6.0 RUMUSAN / KESIMPULAN

RUJUKAN

LAMPIRAN

Page 2: PBS.bas Iskandar.4

TAHAP KEPUASAN PELAJAR PRAUNIVERSITI SMK PASIR GUDANG 2

TERHADAP PERKHIDMATAN BAS HENTI-HENTI SYARIKAT BAS

ISKANDAR

SINOPSIS

Pengangkutan awam merupakan satu keperluan kepada kebanyakan masyarakat

di daerah Pasir Gudang terutamanya kepada para pelajar sekolah. Kajian ini bertujuan

untuk mengkaji tahap kepuasan pelajar prauniversiti Sekolah Menengah Kebangsaan

Pasir Gudang 2 terhadap perkhidmatan Bas Iskandar. Tumpuan kajian adalah untuk

mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi pelajar-pelajar prauniversiti

menggunakan perkhidmatan bas Iskandar. Selain itu, kajian ini juga ingin melihat

masalah-masalah yang dihadapi oelh para pelajar prauniversiti dalam menggunakan

perkhidmatan Bas Iskandar. Borang soal selidik digunakan sebagai instrumen untuk

mengutip data yang diperlukan daripada 50 orang responden.. Data-data dianalisa

menggunakn jadual skor dan peratusan berserta grafik. Selain itu kaedah temubual dan

pemerhatian juga dilakukan bagi mendapatkan data dan maklumat.Dapatan kajian

mendapati bahawa tahap kepuasan pelajar prauniversiti tehadap perkhidmatan Bas

Iskandar adalah sederhana dan berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan.

Kesimpulannya tahap kepuasan responden lebih dominan kepada sikap pemandu dan

tahap keselamatan bas dalam menentukan tingkat kepuasan mereka terhadap

perkhidmatan yang diberikan.

Page 3: PBS.bas Iskandar.4

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, syukur kehadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnianya,

saya telah dapat menyiapkan tugasan Kertas Projek Pengajian Am 900/4 dengan

jayanya.

Pertama sekali, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih di atas segala

bantuan dan tunjuk ajar daripada tenaga pengajar Pn. Hamizah Binti Ibrahim dalam

usaha memberi bimbingan sehingga selesainya tugasan ini. Selain itu, penghargaan

yang tidak terhingga juga dirakamkan kepada kedua-dua ibu bapa tercinta yang tidak

jemu-jemu memberi sokong moral dan kewangan. Tidak dilupakan sumbangan dari

rakan-rakan seperjuangan yang bersama-sama berjuang mencurah idea bagi

menyelesaikan tugasan ini

Jasa anda semua akan menjadi ingatan dan kenangan kita bersama. Mudah-

mudahan segala usaha murni ini diberkati Allah A.W.T. Sekian.

Page 4: PBS.bas Iskandar.4

1.0 PENGENALAN

Sistem pengangkutan yang cekap merupakan satu elemen penting dalam

pembangunan sesebuah negara. Kemudahan prasarana yang sfesyen mampu

menggerakkan pertumbuhan ekonomi yang pesat. Namun begitu, tahap

kepuasan perkhidmatan pengangkutan yang disediakan di sesebuah kawasan

adalah berbeza sama sekali. Satu kajian telah dijalankan terhadap kepuasan

pelajar Prauniversiti SMK Pasir Gudang 2, Pasir Gudang terhadap

perkhidmatan Bas Iskandar Di Pasir Gudang.

Menurut Kamus Dewan Edisi 4: Tahap boleh didefinisikan sebagai

peringkat atau itngkat. Sementara frasa kepuasan membawa konotasi

kesenangan atau kenikmatan. Pelajar pula boleh didefinisikan sebagai orang

yang belajar, mengaji atau menyelidiki ilmu. Seterusnya Prauniversiti pula

ialah sebelum memasuki universiti dan perkhidmatan dapat didefinisikan

sebagai kerja atau usaha atau prihal berkhidmat. Oleh yang demikian dapat

disimpulkan definisi Tahap Kepuasan Prauniversiti SMKPG2 terhadap

perkhidmatan Bas Iskandar ialah

Tingkat kesenangan orang yang menyelidiki ilmu sebelum memasuki

universiti di Sekolah Menengah Kebangsaan Pasir Gudang 2 terhadap usaha

Bas Iskandar.

Kajian ini adalah untuk melihat tahap kepuasan para pelajar paruniversiti

Sekolah Menengah Kebangsaan Pasir Gudang 2 terhadap perkhidmatan Bas

Iskandar di sekitar kawasan Pasir Gudang.

Page 5: PBS.bas Iskandar.4

2.0 OBJEKTIF KAJIAN

Terdapat dua objektif dalam menjalankan kajian ini dan kajian yang dibuat

berlandaskan kepada objektif yang telah disusun.

2.1 Mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi pelajar-pelajar

Prauniversiti SMK Pasir Gudang 2 menggunakan perkhidmatan Bas

Iskandar

2.2 Mengenal pasti masalah-masalah yang dihadapi oleh pelajar-pelajar

Prauniversiti SMK Pasir Gudang 2 semasa menggunakan

perkhidmatan Bas Iskandar

3.0 LOKASI KAJIAN

Kawasan kajian adalah satu elemen yang sangat penting. Kawasan kajian ini

adalah berfokus di kawasan sekitar Pasir Gudang iaitu Taman Cendana, Taman

Kota Masai, Taman Air Biru, Taman Pasir Putih, Taman Cahaya Masai, Felda

Cahaya Baru, Kampung Sentosa, Taman Scientex dan Kampung Kongkong

Laut. Kawasan ini dipilih berdasarkan laluan bas dan tempat tinggal pelajar.

Page 6: PBS.bas Iskandar.4

Peta 1 : Peta Daerah Pasir Gudang

Sumber

http://www.google.com.my.peta+pasir+gudang+johor&oq=peta+pasir&gs_

4.0 KAEDAH KAJIAN

Reka bentuk kajian dalam penyelidikan ini adalah menggunakan kaedah

persampelan rawak mudah. Kaedah ini digunakan kerana proses

pengumpulan data lebih mudah dan tepat serta relevan dengan objektif yang

hendak dicapai. Seramai 50 orang responden yang terdiri daripada pelajar-

pelajar Prauniversiti SMK Pasir Gudang 2 telah dipilih secara rawak dari

sekitar kawasan Pasir Gudang. Antara kaedah yang digunakan adalan seperti

berikut:-

4.1 Soal selidik

Soal selidik adalah kaedah utama dalam pengumpulan data kerana

dapat berhubung terus dengan kumpulan sasar. Borang soal selidik

ini berbentuk Skala Likert dan soalan tertutup.

4.2 Temu bual

Pengkaji akan bersemuka dengan para pelajar untuk mendapatkan

maklumat secara rakaman dan bertulis.

4.3 Pemerhatian

Kaedah ini turut digunakan untuk meninjau sendiri laluan bas

Iskandar dan perhentian-perhentian bas tersebut.

4.4 Rujukan

Kaedah ini dijalankan dengan cara merujuk kepada buku rujukan,

Kamus dan laman web rasmi untuk mendapatkan maklumat

tambahan.

4.5 Teknik Pengumpulan data

Data dianalisis menggunakan kaedah diskriftif dalam bentuk

peratusan. Setiap peringkat penilaian diberi nilai dalam bentuk angka

Page 7: PBS.bas Iskandar.4

menggunakan Skala Likert di mana angka 1 mewakili tidak

memuaskan, angka 2 mewakili memuaskan dan angka 3 sangat

memuaskan. Di samping itu, soalan tertutup juga digunakan untuk

mengukur tahap kepuasan pelajar.

5.0 DAPATAN KAJIAN

Bahagian ini membincangkan analisis data dan memaparkan hasil

penemuan kajian yang telah dilakukan daripada borang soal selidik yang

telah diisi oleh responden. Maklumat juga diperolehi melalui temu bual

dengan respondan. Pemerhatian juga dilakukan untuk memastikan

kawasan yang dikaji.

5.1 FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PELAJAR-

PELAJAR PRAUNIVERSITI DI SMK PASIR GUDANG 2

MENGGUNAKAN PERKHIDMATAN BAS ISKANDAR

Kriteria

Tahap Kepuasan (%)

Tidak memuaskan Memuaskan Sangat Memuaskan

Bilangan Bas 16 56 28

Masa Perkhidmatan 20 64 16

Keselamatan Bas 10 70 20

Fizikal bas 12 54 34

Sikap Pemandu 8 76 12

Sikap Penumpang 30 48 22

Keselesaan

Penumpang

36 50 14

Jadual 1 : Tahap Kepuasan Perkhidmatan Bas Iskandar

Page 8: PBS.bas Iskandar.4

Rajah 1 : Tahap Kepuasan Pelajar Terhadap Pemandu Bas

Berdasarkan kajian sebanyak 56% responden berpuas hati dengan bilangan bas

yang disediakan oleh Syarikat Bas Iskandar. Manakala 28% responden sangat berpuas

hati tetapi 16% daripada 50 orang responden yang disoal selidik tidak berpuas hati

dengan bilangan bas yang disediakan. Keadaan ini berlaku kerana mereka tidak

mengetahui jadual perjalanan bas.

Rajah 2: Tahap Kepuasan Pelajar Terhadap Masa Perkhidmatan

Sementara itu, Rajah 2 menunjukkan masa perkhidmatan bas.. 64%

responden berpuas hati dengan sela masa antara bas sementara 20% pula tidak berpuas

hati dan hanya 16% tidak berpuas hati dengan masa perkhidmatan yang diberikan. Hal

ini menunjukkan masa perkhidmatan menepati keperluan pengguna untuk menuju

destinasi masing-masing.

Page 9: PBS.bas Iskandar.4

Ada Carta Pai Rajah 3 : Keselamatan Bas

Rajah 3 pula menunjukkan tahap keselamatan bas. Hanya 10% responden tidak

berpuas hati dengan keselamatan bas tetapi 70% responden menyatakan mereka berpuas

hati dengan tahap keselamatan bas malah 20% sangat berpuas hati. Situasi ini

menunjukkan pihak syarikat sangat mengambil berat tentang aspek keselamatan

kenderaan dan penumpang.

Ada Carta Rajah 4 : Fizikal Bas

Seterusnya, Rajah 4 menunjukkan tahap kepuasan pengguna terhadap fizikal

bas. Sebanyak 34% sangat berpuas hati dan 54% berpuas hati tetapi 12% tidak berpuas

hati dengan aspek fizikal bas. Keadaan ini berlaku kerana respondan mendapat

keselesaan semasa berada dalam bas. Bagi respondan yang tidak berpuas hati mereka

menyatakan terdapat tempat duduk yang telah rosak dan tidak selamat digunakan.

Sekiranya terdapat penumpang yang ramai mereka terpaksa berdiri untuk menuju ke

detinasi masing-masing.

Ada Carta Rajah 5 : Sikap pemandu

Sikap pemandu juga memainkan peranan penting dalam menarik penumpang

menggunakan perkhidmatan yang mereka sediakan. Berdasarkan Rajah 5, dapat

dibuktikan sebanyak 76% responden berpuas hati dengan pemandu yang berhemah.

Malahan 12%

Pula sangat berpuas hati dengan sikap pemandu yang prihatin terhadap penumpang.

Hanya 8% sahaja responden yang tidak berpuas hati. Hal ini berkemungkinan pemandu

berasa tertekaan dengan keadaan lalu lintas.

Ada Carta Rajah 6 : Keselesaan penumpang

Keselesaan penumpang juga diambil kira dalam menentukan tahap kepuasan

penumpang. Tahap keselesaan responden menunjukkan 50% berpuas hati sementara

Page 10: PBS.bas Iskandar.4

14% sangat berpuas hati tetapi 36% tidak berpuas hati. Hal ini perlu ditambah baik oleh

pihak pengurusan syarikat bas supaya keselesaan penumpang terus terpelihara.

Secara keseluruhannya, dapat dikatakan bahawa faktor-faktor seperti sikap

pemandu, keselamatan bas, masa perkhidmatan dan bilangan bas menjadi penentu

kepada tahap kepuasan penggunaa perkhidmatan bas henti-henti Syarikat Bas Iskandar.

5.2 MENGENAL PASTI MASALAH-MASALAH YANG DIHADAPI

OLEH PELAJAR-PELAJAR PRAUNIVERSITI DI SMK PASIR

GUDANG 2 MENGGUNAKAN PERKHIDMATAN BAS ISKANDAR

Jadual 2 : Masalah-masalah yang dihadapi oleh responden

Graf 1

Walaupun perkhidmatan bas Iskandar memenuhi sebahagian daripada

keperluan pengguna, namun terdapat juga masalah-masalah yang dihadapi oleh

penumpang. Hasil daripada temu bual yang dijalankan sebanyak 40% responden

menyatakan bas tidak berhenti di perhentian bas yang ditetapkan. Manakala 60%

responden menyatakan bas berhenti di tempat yang di sediakan. Hal ini demikian

kerana ada sesetengah penumpang yang tidak menunggu di tempat yang ditetapkan dan

menekan loceng sesuka hati.

Sungguhpun keselamatan menjadi keutamaan, namun terdapat sesetengah

pemandu memandu bas melebihi had laju. Sebanyak 20% responden menyatakan bas

dipandu laju terutamanya pada waktu pagi. Keadaan sedemikian mungkin disebabkan

pemandu mengejar jadual perjalanan yang ditetapkan. Sementara itu, 80% bersetuju

bas dipandu mengikut had laju yang ditetapkan.

Masalah yang dihadapi PERATUS (%)

YA TIDAK

Bas tidak berhenti di perhentian bas yang ditetapkan

40 60

Bas dipandu dalam keadaan laju 20 80

Bas tidak mengikut jadual perjalanan 70 30

Page 11: PBS.bas Iskandar.4

Perjalanan bas adalah secara berjadual, namun begitu kesesakan lalu

lintas terutamanya pada waktu puncak bas tidak dapat sampai ke destinasi mengikut

jadual perjalanan yang ditetapkan. 70% responden bersetuju bas tidak mengikut jadual

perjalanan, manakala 30% tidak bersetuju bas mengikut jadual.

Secara keseluruhannya, masalah yang memberi impak yang besar terhadap

responden ialah bas tidak mengikut jadual.

6.0 KESIMPULAN

Dapatan kajian menunjukkan kebanyakkan responden berpuas hati dengan

perkhidmatan yang disediakan. Usaha baik ini harus diteruskan bagi menjamin

keselesaan penduduk kawasan kajian terhadap prasarana yang disediakan oleh pihak

kerajaan dan swasta. Namun begitu penambahbaikan perlu dilakukan bagi mengatasi

masalah-masalah yang dihadapi oleh sesetengah penduduk seterusnya dapat

meningkatkan imej perkhidmatan awam yang disediakan. Hal ini demikian dapat pihak

syarikat memenuhi tanggungjawab sosial mereka bagi meneruskan kelangsung hidup.

Antara usaha yang boleh dilakukan ialah:

1. Syarikat Perlu mematuhi garis panduan yang dikeluarkan oleh

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Malaysia.

2. Pihak Syarikat seharusnya tidak menggunakan bas yang melebihi

tempoh penggunaan di jalanraya.

3. Penguatkuasaan yang lebih tegas perlu dijalankan oleh pihak

perkuasa seperti Jabatan Pengangkutaqn Jalan.

4. Pemeriksaan ke atas bas oleh pihak PUSPAKOM perlu dilaksanakan

Diharapkan usaha ini dapat dijalankan bagi memastikan keselesaan dan

keselamatan pengguna jalanraya dan penumpang bas terpelihara.

Page 12: PBS.bas Iskandar.4

RUJUKAN (Contoh)

A.Samad Said, 1979. Dari Salina ke Langit Petang: Proses Mencipta Novel. Kuala

Lumpur:

Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kamus Dewan Edisi 4, 2006. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Laman Web Rasmi Daerah Pasir Gudang. Peta Pasir GUdang

http://www.google.com.my.peta+pasir+gudang+johor&oq=peta+pasir&gs_

Laman Web Rasmi Rasmi Negeri. Peta Pasir GUdang

http://www.google.com.my.peta+pasir+gudang+johor&oq=peta+pasir&gs_

Mohd Baidi Bahari dan Rahmat Awang, 1989, Panduan Mengguna Ubat. Kuala

Lumpur:

Dewan Bahasa dan Pustaka.

Page 13: PBS.bas Iskandar.4

Perbincangan bersama Prof YusoffJustifikasi Pemarkahan berdasarkan Kriteria Penilaian dan Penskoran MPM.Tajuk : Persepsi Penduduk Terhadap Pembangunan Ekopelancongan di Taman Paya Bakau, Seri Manjung, Perak

Kriteria Penilaian Markah

Penuh

Markah Prof Justifikasi

A Penulisan1. Sinopsis 2 2 Ada tajuk, 1 perenggan, tujuan dan lokasi

ada. Kaedah soal selidik, tiada responden dan dapatan ada. Kesimpulan diberi.Beri range 150-170pp masih diterima

2. Kandungan - - Ada 3. Penghargaan - - Ada – beri penghargaan terima kasih

kepada guru sekurang-kurangnya.

4. Pengenalan 2 2 Menyatakan isu yang ingin dikaji. Harapan lebih panjang dan mendalam terhadap paya bakau dan kesan ekopencongan terhadap . 3 -5 publication berkaitan isu tersebut – majalah. Rujukan dijadikan pengenalan dan pengolahan yang lancar setelah menggabungkan idea 3-5 artikel tersebut. Bahan “qoute” guna cara “Gaya Dewan”Istilah dan definisi boleh diberi namun perlu memaklumkan definisi sebenar yang digunakan dalam kajian calon. “Jargon” atau “Konsep kendalian kajian” boleh dimasukkan dalam pengenalan.

5. Objektif Kajian

2 2 Mengenal pasti dan mengkaji adalah berbeza.. Objektifnya jelas dan tidak perlu disatukan. Skala "Likert” sesuai digunakan kajian sains sosial. Cth: lihat persepsi.Perkataan yang sesuai seperti “untuk mengenal pasti…”

6. Lokasi Kajian 2 2 Lengkap dan jelas. Semua berkaitan dengan ekopelanconganCadangan jangan terlalu panjang. Sekadar untuk pembaca mengetahui tempat, ada peta dan gambaran. Cara penulisan gambar, carta, jadual dan penulisan ada pada lampiran yang disertakan dalam manual.

Page 14: PBS.bas Iskandar.4

7. Kaedah Kajian

5 5 Persampelan 57 orang dimaklumkan iaitu berumur 21 tahun ke atas dan model saiz “Bailey” dan soalan sebelum dan selepas pembangunan. Soal selidik dan pemerhatian dilakukan. Teknik-teknik analisa data menggunakan likert skale dijelaskan.Jika calon menggunakan skala 1-3 juga boleh.

8. Dapatan Kajian dan Perbincangan

15 14 Dapatan membincangkan data asas yang dikutip mengikut responden : jantina, lokasi, pekerjaan. Analisis terhadap impak ekonomi, sosial dan alam sekitar dibincangkan. Adakah perbincangan menjawab objektif kajian? Mengkaji persepsi penduduk terhadap impak secara keseluruhan? Ada dan memenuhi kehendak kajian dan membincangkan dengan rujukan kajian/penulisan lepas yang berkaitan. Kesulitan untuk reference – patut ada jadual atau gambar rajah untuk memudahkan pemahaman. Rajah untuk “Visualise” dapatan dan explain. Cara persembahan kurang (1m tolak).

9. Rumusan dan Kesimpulan

3 3 Sangat setuju diberi. Menyeluruh dan padat

10. Rujukan 2 2 Jangan guna bibliografi. Hanya semua yang dirujuk dalam teks harus ditulis dalam rujukan. Di peringkat universiti, dapat dikenal pasti orang yang meniru. Jika mengambil kerja orang lain maka perlu diiktirafkan penggunaan “quote”.

11. Lampiran -JUMLAH 32/33

Gejala Ponteng Sekolah Dalam Kalangan PelajarSekolah Menengah Kebangsaan A

Page 15: PBS.bas Iskandar.4

B Kriteria Penilaian Markah

Penuh

Markah Prof Justifikasi

A Penulisan1. Sinopsis 2 1 Tiada tajuk kajian di atas sinopsis, 3

perenggan, Tujuan, Lokasi nama sekolah tidak jelas, kaedah soal-selidik, bil. Responden ada, dapatan dan kesimpulan tiada

2. Kandungan - - Ada3. Penghargaan - - Ada 4. Pengenalan 2 2 Walaupun hanya ada 3 perenggan namun

masih jelas untuk menerangkan kajian yang ingin dilakukan.

5. Objektif Kajian 2 1 Memupuk kesedaran bukan objektif.

6. Lokasi Kajian 2 1 Tidak jelas. Sepatutnya lokasi(peta) dan gambar sekolah untuk jadikan menarik.

7. Kaedah Kajian 5 2 Tidak menyatakan dari mana responden dan bagaimana diperolehi. Cara dapat maklumat tiada. Ting apa? Bgmn dikenalpasti orang yang ponteng sekolah.. Kaedah soal selidik dinyatakan. Sumber sekunder sepatutnya ada cth fail sekolah.

8. Dapatan Kajian dan Perbincangan

15 6-7 Hasil dapatan tidak dizahirkan dari soal selidik. Perbincangan umum sahaja dari internet dan majalah. Bukan dari hasil kajian. Langkah dan cadangan untuk menangani tidak diperlukan. Kekurangan ada dan ada dalam soal selidik tetapi dapati tidak dibincangkan dengan nyata (%).

9. Rumusan dan Kesimpulan

3 1 Markah diberi atas hasil penulisan di atas. Cara penulisan

10. Rujukan 2 1 Jangan ditulis bibliografi11. Lampiran -JUMLAH 16

Page 16: PBS.bas Iskandar.4

KUMPULAN JPSJustifikasi Pemarkahan berdasarkan Kriteria Penilaian dan Penskoran MPM.Tajuk : Persepsi Penduduk Terhadap Pembangunan Ekopelancongan di Taman Paya Bakau, Seri Manjung, Perak

Kriteria Penilaian Markah

Penuh

Markah Guru / Pemeriksa

Justifikasi

A Penulisan1. Sinopsis 2 1 Tidak disebut kaedah, responden dan

dapatan utama dengan jelas. Lebih 150pp.2. Kandungan - - Ada3. Penghargaan - - Ada4. Pengenalan 2 2 Lengkap dan menepati kriteria dan aspek

yang hendak dikaji.5. Objektif Kajian 2 1 Cara penulisan objektif mengelirukan.

Kurang jitu dan boleh dibaiki. Objrktif ke-dua tidak dapat diukur.Cadangan penulisan objektif sepatutnya:Mengenal pasti persepsi penduduk di Taman Paya Bakau, Seri Manjung, Perak terhadap impak pembangunan ekopelancongan terhadap ekonomi, sosial dan alam sekitar.

6. Lokasi Kajian 2 2 LengkapCadangan penambahbaikanAda petunjuk arah pada peta dan berbingkaiMarkah penuh diberi sebab lokasi kajian masih jelas dan disertakan bukti.

7. Kaedah Kajian 5 4 Penulisan kurang teratur. Walau bagaimananpun, ada dinyatakan ketiga-tiga kaedah yang digunakan iaitu kaedah soal selidik, temubual dan pemerhatian.

8. Dapatan Kajian dan Perbincangan

15 13 Menepati objektif yang ingin dicapai.Calon berjaya memberi lebih daripada lima isi namun pengolahan kurang kemas.Cadangan kumpulan untuk mengadakan garis panduan yang lebih objektif untuk menentukan kategori markah.Cadangan:Lima isi ke atas – (11-15 markah)3 – 4 isi (6 – 10 markah)1 – 2 isi (1- 5 markah)

9. Rumusan dan Kesimpulan

3 2 Berdasarkan pengiraan perkataan yang dibenarkan. Lantaran itu, kesimpulan di luar had 5000 patah perkataan

10. Bibliografi / Rujukan

2 2 Lengkap rujukan buku dan internet yang sah dan menepati teknik penulisan.

11. Lampiran -JUMLAH 27 / 33

Page 17: PBS.bas Iskandar.4

Gejala Ponteng Sekolah Dalam Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan AB Kriteria Penilaian Marka

hPenuh

Markah Guru / Pemeriksa

Justifikasi

A Penulisan1. Sinopsis 2 1 Ada kriteria tetapi tidak dijelaskan

Tidak lengkap2. Kandungan - - Ada3. Penghargaan - - Ada4. Pengenalan 2 1 Penerangan umum5. Objektif Kajian 2 1 Tidak jelas dan tidak wajar6. Lokasi Kajian 2 1 Tidak jelas7. Kaedah Kajian 5 4 Analisis jawapan pelajar (TR)8. Dapatan

Kajian dan Perbincangan

15 7 Kurang menepati objektif kajian dan bukti kurang kukuh.

9. Rumusan dan Kesimpulan

3 1 Kesimpulan sahaja

10. Bibliografi / Rujukan

2 1 Kurang lengkap dan tidak sistematik.

11. Lampiran -JUMLAH 17/33

Kaedah – methodologi. Kaedah yang digunakan oleh calon untuk mencapai objektif. Contoh – pemerhatian – adakah pemerhatian di dalam dapatan….? Penghuraian berdasarkan pemerhatian calon dan berbentuk kualitatif… Kaedah bagaimana kita mendapatkan responden dan berapa ramai responden. Diambil secara rawak dan bilangannya.

Calon yang spastic, rabun dan bisu… Namun ada calon buta. Calon akan membuat PBS seperti calon biasa. Penghasilannya bukan seperti calon biasa seperti keluar mendapatkan hasil kajian. Mereka boleh membuat kajian arkib sepenuhnya dan diterima. Mereka mungkin tidak akan menghasilkan graf, jadual atau gambar rajah. Jangan penalti jika keadaan tidak ada graf. Mereka akan membuat mengikut kemampuan dan huraian yang boleh dinilai.

Perbincangan bersama Prof YusoffJustifikasi Pemarkahan berdasarkan Kriteria Penilaian dan Penskoran MPM.Tajuk : Persepsi Penduduk Terhadap Pembangunan Ekopelancongan di Taman Paya Bakau, Seri Manjung, Perak

Page 18: PBS.bas Iskandar.4

Kriteria Penilaian Markah

Penuh

Markah Prof Justifikasi

A Penulisan1. Sinopsis 2 2 Ada tajuk, 1 perenggan, tujuan dan lokasi

ada. Kaedah soal selidik, tiada responden dan dapatan ada. Kesimpulan diberi.Beri range 150-170pp masih diterima

2. Kandungan - - Ada 3. Penghargaan - - Ada – beri penghargaan terima kasih

kepada guru sekurang-kurangnya.

4. Pengenalan 2 2 Menyatakan isu yang ingin dikaji. Harapan lebih panjang dan mendalam terhadap paya bakau dan kesan ekopencongan terhadap . 3 -5 publication berkaitan isu tersebut – majalah. Rujukan dijadikan pengenalan dan pengolahan yang lancar setelah menggabungkan idea 3-5 artikel tersebut. Bahan “qoute” guna cara “Gaya Dewan”Istilah dan definisi boleh diberi namun perlu memaklumkan definisi sebenar yang digunakan dalam kajian calon. “Jargon” atau “Konsep kendalian kajian” boleh dimasukkan dalam pengenalan.

5. Objektif Kajian

2 2 Mengenal pasti dan mengkaji adalah berbeza.. Objektifnya jelas dan tidak perlu disatukan. Skala "Likert” sesuai digunakan kajian sains sosial. Cth: lihat persepsi.Perkataan yang sesuai seperti “untuk mengenal pasti…”

6. Lokasi Kajian 2 2 Lengkap dan jelas. Semua berkaitan dengan ekopelanconganCadangan jangan terlalu panjang. Sekadar untuk pembaca mengetahui tempat, ada peta dan gambaran. Cara penulisan gambar, carta, jadual dan penulisan ada pada lampiran yang disertakan dalam manual.

7. Kaedah Kajian

5 5 Persampelan 57 orang dimaklumkan iaitu berumur 21 tahun ke atas dan model saiz “Bailey” dan soalan sebelum dan selepas pembangunan. Soal selidik dan pemerhatian dilakukan. Teknik-teknik analisa data menggunakan likert skale dijelaskan.Jika calon menggunakan skala

Page 19: PBS.bas Iskandar.4

1-3 juga boleh.8. Dapatan Kajian dan Perbincangan

15 14 Dapatan membincangkan data asas yang dikutip mengikut responden : jantina, lokasi, pekerjaan. Analisis terhadap impak ekonomi, sosial dan alam sekitar dibincangkan. Adakah perbincangan menjawab objektif kajian? Mengkaji persepsi penduduk terhadap impak secara keseluruhan? Ada dan memenuhi kehendak kajian dan membincangkan dengan rujukan kajian/penulisan lepas yang berkaitan. Kesulitan untuk reference – patut ada jadual atau gambar rajah untuk memudahkan pemahaman. Rajah untuk “Visualise” dapatan dan explain. Cara persembahan kurang (1m tolak).

9. Rumusan dan Kesimpulan

3 3 Sangat setuju diberi. Menyeluruh dan padat

10. Rujukan 2 2 Jangan guna bibliografi. Hanya semua yang dirujuk dalam teks harus ditulis dalam rujukan. Di peringkat universiti, dapat dikenal pasti orang yang meniru. Jika mengambil kerja orang lain maka perlu diiktirafkan penggunaan “quote”.

11. Lampiran -JUMLAH 32/33

Gejala Ponteng Sekolah Dalam Kalangan PelajarSekolah Menengah Kebangsaan A

B Kriteria Penilaian Markah

Penuh

Markah Prof Justifikasi

A Penulisan1. Sinopsis 2 1 Tiada tajuk kajian di atas sinopsis, 3

perenggan, Tujuan, Lokasi nama sekolah

Page 20: PBS.bas Iskandar.4

tidak jelas, kaedah soal-selidik, bil. Responden ada, dapatan dan kesimpulan tiada

2. Kandungan - - Ada3. Penghargaan - - Ada 4. Pengenalan 2 2 Walaupun hanya ada 3 perenggan namun

masih jelas untuk menerangkan kajian yang ingin dilakukan.

5. Objektif Kajian 2 1 Memupuk kesedaran bukan objektif.

6. Lokasi Kajian 2 1 Tidak jelas. Sepatutnya lokasi(peta) dan gambar sekolah untuk jadikan menarik.

7. Kaedah Kajian 5 2 Tidak menyatakan dari mana responden dan bagaimana diperolehi. Cara dapat maklumat tiada. Ting apa? Bgmn dikenalpasti orang yang ponteng sekolah.. Kaedah soal selidik dinyatakan. Sumber sekunder sepatutnya ada cth fail sekolah.

8. Dapatan Kajian dan Perbincangan

15 6-7 Hasil dapatan tidak dizahirkan dari soal selidik. Perbincangan umum sahaja dari internet dan majalah. Bukan dari hasil kajian. Langkah dan cadangan untuk menangani tidak diperlukan. Kekurangan ada dan ada dalam soal selidik tetapi dapati tidak dibincangkan dengan nyata (%).

9. Rumusan dan Kesimpulan

3 1 Markah diberi atas hasil penulisan di atas. Cara penulisan

10. Rujukan 2 1 Jangan ditulis bibliografi11. Lampiran -JUMLAH 16