pbs1

20
2.0 PERNYATAAN PROFESIONAL/ KONTRAK AKTIVITI 2.1 Pernyataan Sebelum PBS Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan satu program bagi pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Kementerian Pelajaran Malaysia. Program ini memberi peluang kepada pelajar memahami sekolah sebagai sebuah institusi pendidikan dan peranan guru di dalam bilik darjah melalui pemerhatian, penelitian dokumen, refleksi dan interaksi dengan komuniti sekolah. Tugasan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) ini dijalankan di sekolah rendah yang telah dipilih oleh guru pelatih masing-masing. PBS ini dijalankan bertujuan untuk mencari maklumat berdasarkan tugasan yang telah diberikan oleh pihak institut di samping membiasakan guru pelatih dengan suasana di sekolah serta melengkapkan bahan-bahan untuk tugasan kerja kursus yang berkaitan. Fokus utama tugasan menerangkan segala tindakan yang perlu diambil, memberikan bimbingan untuk melaksanakan aktiviti dan membantu dalam penyediaan penilaian dan laporan akhir. Saya telah memilih sekolah lama saya di Nibong Tebal, Pulau Pinang iaitu Sekolah Kebangsaan Methodist. Saya berminat untuk menjalankan PBS di sekolah ini kerana saya pernah belajar di sekolah ini dari tahun 2000 hingga tahun 2006. Selain itu, sekolah ini terletak berdekatan rumah saya dan memudahkan perjalanan saya ke sekolah. Sebelum memulakan PBS, saya telah mendapatkan maklumat sekolah termasuklah alamat lengkap dan nombor telefon untuk rujukan pihak institut. Setiap pelaksanaan tugasan memerlukan perancangan yang rapi agar tugasan dapat dilaksanakan dalam tempoh yang telah ditetapkan. Pada dasarnya, saya telah menyediakan draf awal

Upload: tan-wei-hui

Post on 10-Nov-2015

219 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

-

TRANSCRIPT

2.0 PERNYATAAN PROFESIONAL/ KONTRAK AKTIVITI2.1 Pernyataan Sebelum PBS

Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan satu program bagi pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Kementerian Pelajaran Malaysia. Program ini memberi peluang kepada pelajar memahami sekolah sebagai sebuah institusi pendidikan dan peranan guru di dalam bilik darjah melalui pemerhatian, penelitian dokumen, refleksi dan interaksi dengan komuniti sekolah.

Tugasan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) ini dijalankan di sekolah rendah yang telah dipilih oleh guru pelatih masing-masing. PBS ini dijalankan bertujuan untuk mencari maklumat berdasarkan tugasan yang telah diberikan oleh pihak institut di samping membiasakan guru pelatih dengan suasana di sekolah serta melengkapkan bahan-bahan untuk tugasan kerja kursus yang berkaitan. Fokus utama tugasan menerangkan segala tindakan yang perlu diambil, memberikan bimbingan untuk melaksanakan aktiviti dan membantu dalam penyediaan penilaian dan laporan akhir. Saya telah memilih sekolah lama saya di Nibong Tebal, Pulau Pinang iaitu Sekolah Kebangsaan Methodist. Saya berminat untuk menjalankan PBS di sekolah ini kerana saya pernah belajar di sekolah ini dari tahun 2000 hingga tahun 2006. Selain itu, sekolah ini terletak berdekatan rumah saya dan memudahkan perjalanan saya ke sekolah. Sebelum memulakan PBS, saya telah mendapatkan maklumat sekolah termasuklah alamat lengkap dan nombor telefon untuk rujukan pihak institut.

Setiap pelaksanaan tugasan memerlukan perancangan yang rapi agar tugasan dapat dilaksanakan dalam tempoh yang telah ditetapkan. Pada dasarnya, saya telah menyediakan draf awal untuk setiap aktiviti yang akan dilakukan sebelum bermulanya PBS. Misalnya, saya menyediakan Borang Soal Selidik.Dalam pada itu, setiap aktiviti yang akan dilaksanakan sepanjang PBS disediakan dengan laporan refleksi yang akan direkodkan selepas saya selesai melakukan sesuatu aktiviti. Laporan refleksi ini bertujuan memberi motivasi dan membaiki kelemahan diri saya semasa menjalankan sesuatu aktiviti.

2.2 Laporan Pelaksanaan Aktiviti yang Difokus2.2.1 Penyataan Semasa PBS

Semasa menjalankan PBS selama seminggu, saya telah melaksanakan beberapa aktiviti seperti yang telah dirancang dengan berpandukan senarai semak tugasan yang telah disediakan. Saya telah belajar untuk berinteraksi dengan komuniti di sekolah sepanjang PBS ini. Berikut adalah tindakan yang telah lakukan sepanjang tempoh PBS di Sekolah Kebangsaan Methodist.

Bil.TarikhTindakan

1.1 April 2013 Melapor diri kepada Guru Besar Memaklumkan kepada pihak sekoah tentang tugasan yang perlu dilaksanakan sepanjang PBS PK 1 memperkenalkan saya kepada guru-guru dan staf sekolah Mengambil gambar persekitaran sekolah Meninjau keadaan P&P dan mendapatkan maklumat mengenai pelaksanaan kurikulum Menghadiri perhimpunan sekolah

2.2 April 2013 Menjalankan kolaborasi dan menemuramah Guru Besar, PK 1, PK HEM, PK Kokurikulum dan guru-guru lain Mendapatkan Maklumat Umum Sekolah daripada PK HEM Memerhatikan proses P&P yang dijalankan di kelas Tahun 4, Tahun 5 dan Tahun 6 Mengambil gambar suasana P&P di dalam kelas Mengambil gambar aktiviti gotong-royong

3.3 April 2013 Mengemaskini laporan Mengumpul maklumat sekolah Menemuramah staf sekolah Mendapatkan maklumat pengurusan sekolah daripada Pembantu Tadbir Mendapatkan maklumat mengenai pelaksanaan Kokurikulum Memerhati pelaksanaan aktiviti Kokurikulum Mengambil gambar aktiviti Kokurikulum

4.4 April 2013 Mendapatkan beberapa orang pelajar untuk aplikasi Teori Perkembangan Piaget Mengambil gambar kelas Pendidikan Jasmani Memerhati pelaksanaan P&P Pendidikan Moral Teach-in di kelas Tahun 5

5.5 April 2013 Menyemak bahan-bahan yang telah diperolehi Mendapatkan tandatangan Guru Besar untuk pengesahan kehadiran sepanjang PBS Mendapatkan borang Penilaian Perkembangan Pelajar daripada Guru Besar Mengembalikan bahan-bahan yang dipinjam daripada sekolah Mengucapkan terima kasih kepada pihak sekolah atas kerjasama yang diberikan

2.2.2 Penyataan Selepas PBS

Selepas menjalani PBS di sekolah, saya mula melaksanakan tugasan yang diberikan iaitu Kontrak Tugasan atau Penyataan Profesional. Tugasan ini memerlukan gabungan dapatan yang terperinci untuk menyiapkan laporan PBS yang telah dilaksanakan berdasarkan Senarai Semak yang telah disediakan. Setiap aktiviti yang telah saya lakukan di sekolah sepanjang PBS telah direkodkan, dianalisis dan disediakan refleksi. Berikut adalah tindakan yang saya lakukan selepas sahaja tamat PBS.

BilTarikhTindakan

1.6 April 2013 Mengumpul semua dapatan untuk diasingkan mengikut keperluan tugasan

2.7 April 2013 Memilih gambar-gambar yang diperlukan sebagai rujukan Mengisi jadual data yang telah disediakan

3.8 April 2013 Mengumpulkan rekod-rekod kolaborasi Berbincang bersama rakan-rakan untuk tindakan selanjutnya

4.9 April 2013 Menaip semula refleksi supaya lebih kemas

5.10 April 2013 Menyusun data dapatan ke dalam bentuk jadual Menyusun dan mengemaskini maklumat

6.11 April 2013 Menaip tugasan

7.12 April 2013 Mencetak bahan-bahan yang diambil secara soft-copy

8.13 April 2013 Menaip tugasan Menyediakan penyataan untuk gambar

9.14 April 2013 Menaip draf lengkap untuk tugasan

10.15 April 2013 Menyemak kembali kekurangan pada tugasan

11.16 April 2013 Membetulkan kesilapan yang telah dikenalpasti

12.17 April 2013 Menyediakan folio

13.18 April 2013 Mencetak tugasan yang telah disiapkan

14.19 April 2013 Meneliti hasil tugasan

15.20 April 2013 Menghantar tugasan

3.0 Instrumen Pengumpulan Data Berhubung Tugasan3.1 Pemerhatian

Dalam menjalankan tugasan PBS ini, saya telah menggunakan beberapa kaedah yang salah satunya adalah pemerhatian. Melalui pemerhatian, saya dapat meninjau kelengkapan prasarana yang terdapat di sekolah ini. Secara keseluruhannya, prasarana yang disediakan di sekolah ini mampu mewujudkan suasana pembelajaran yang baik terhadap murid-murid di sini. Walaupun bagaimanapun, masih terdapat prasarana yang kurang selamat digunakan contohnya, padang sekolah yang akan ditakungi air semasa hujan lebat. Selain itu, budaya memberi salam dipraktikkan oleh semua pelajar di sekolah.

Semasa PBS, saya telah memerhati kawasan sekolah. Lanskap sekolah yang hanya berada dalam keadaan yang baik dan tidak dipengaruhi oleh struktur bangunan yang lama kerana pihak sekolah telah banyak melakukan proses membaik pulih. Pihak sekolah mewujudkan pelbagai tumbuhan hiasan dan herba untuk menceriakan kawasan sekolah. Bukan itu sahaja, saya turut memerhatikan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) di sekolah ini.

Berdasarkan pemerhatian saya, guru-guru di sini mengajar dengan penuh dedikasi. Sekiranya terdapat guru yang bercuti, waktu P&P tersebut akan diganti oleh guru ganti. Pelbagai pendekatan yang digunakan oleh guru untuk memberi segala input kepada murid yang berada di bawah penjagaannya semasa proses pengajaran dan pembelajaran berjalan.

3.2 Senarai Semak

Selain kaedah pemerhatian, saya juga menggunakan kaedah senarai semak. Sebelum menjalankan PBS, saya telah mengikuti satu taklimat berhubung dengan tugasan ini. Semasa taklimat tersebut. Saya telah dibekalkan dengan satu panduan mengenai tugasan ini. Panduan ini bertujuan untuk memberi garis panduan bagi melaksanakan portfolio tugasan Pengalaman Berasaskan Sekolah mengikut spesifikasi yang dikehendaki oleh Unit Pratikum Institut masing-masing.

Dalam panduan tersebut, satu senarai semak telah diberikan kepada saya. Senarai semak tersebut mengandungi isi-isi tugasan yang perlu saya buat seperti biodata, pernyataan professional, instrumen pengumpulan data berhubung tugasan, kolaborasi, ilmu atau pengetahuan baru, refleksi dan laporan akhir.

Senarai semak yang dibekalkan dapat memberi panduan kepada saya tentang perkara yang perlu saya perolehi semasa pengumpulan maklumat berkaitan dengan segala aktiviti Pengalaman Berasaskan Sekolah. Panduan ini sangat membantu saya dalam melaksanakan tugasan ini.

3.3 Temubual

Kaedah temubual juga telah saya gunakan dalam menjalankan tugasan ini. Saya telah menemubual beberapa orang responden seperti Guru Besar, Guru Penolong Kanan 1, Guru Penolong Kanan HEM, Guru Penolong Kanan Kokurikulum, staf sekolah dan murid. Semasa menjalankan temu bual, saya telah mengemukakan beberapa soalan kepada mereka. Secara keseluruhannya, kerjasama yang telah diberikan adalah amat memuaskan.3.4 Soal Selidik

Selain ketiga-tiga kaedah di atas digunakan, saya telah menggunakan kaedah soal selidik. Melalui soal selidik, saya berjaya memperoleh maklumat tentang pengalaman dan mata pelajaran yang diajar oleh guru-guru yang berkenaan. Kaedah ini digunakan bagi mendapatkan maklumat tambahan. Saya turut berinteraksi dengan dua orang pelajar sekolah ini. Saya telah bertanyakan tentang suasana pembelajaran dan aspek yang menarik tentang sekolah ini.

4.0 Kolaborasi

Semua kolaborasi yang dikehendaki dalam tugasan ini telah saya catatkan dalam lampiran 3 yang disediakan oleh pihak IPGM. Dalam lampiran tersebut, saya telah mencatatkan isi perbincangan dengan beberapa pihak beserta jawapannya sekali. Kolaborasi yang dilakukan oleh saya ialah:4.1 Perbincangan dengan pengurusan sekolah4.2 Perbincangan dengan mentor4.3 Perbincangan dengan guru-guru lain4.4 Perbincangan dengan kakitangan sekolah4.5 Interaksi dengan murid

5.0 Ilmu Pengetahuan Baru5.1 Pemerhatian

Melalui pemerhatian yang telah dijalankan, banyak ilmu baru yang telah saya perolehi. Setelah beberapa hari menjalankan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) di Sekolah Kebangsaan Methodist, saya telah memperoleh banyak pengetahuan baru. Sebelum ini saya tidak mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang peranan Guru Besar, Guru Penolong Kanan, Guru Kaunseling, Guru Kelas dan Guru Panitia dalam memperkembangkan aspek intelek, jasmani, emosi, rohani, dan sosial murid-murid serta proses perkembangan kanak-kanak.

Saya telah mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang dijalankan oleh salah seorang guru Pendidikan Seni. Semasa P&P dijalankan, saya berjaya mendapat banyak pengalaman yang berguna. Ilmu yang saya dapati adalah proses P&P perlu dijalankan dengan menarik untuk menarik perhatian para pelajar. Keadaan ini juga mampu menguji daya kreativiti seorang guru dalam menguruskan kelasnya semasa proses P&P dijalankan. Aktiviti P&P yang menarik dapat menarik minat pelajar untuk terus belajar suatu mata pelajaran tersebut. Alat Bantu Mengajar juga penting dalam P&P.

Penanaman pelbagai jenis tumbuhan di kawasan sekolah secara tidak langsung dapat memupuk semangat cinta akan alam sekitar dalam kalangan murid-murid sekolah ini. Kesemua kelas di sekolah ini juga kemas dari segi susun aturnya. Kawalan bilik darjah juga penting dalam melicinkan proses P&P. Sekiranya guru tidak dapat mengawal tingkah laku pelajar, proses pembelajaran tidak dapat dijalankan dengan sebaiknya sekaligus objektif pembelajaran tidak dapat dicapai.

Seterusnya, persekitaran sekolah yang menarik memberi persepsi yang baru kepada saya tentang iklim sekolah. Melalui pemerhatian, lanskap sekolah yang menarik mampu mengubah suasana belajar menjadi lebih ceria. Sebagai contoh, penanaman tumbuh-tumbuhan hijau di sekitar kawasan sekolah.

Kebersihan di kawasan sekolah juga sangat memuaskan. Pada hari pertama saya datang ke sekolah ini, saya agak terkejut kerana sejak awal pagi lagi, pekerja kebersihan sudah mula menjalankan tugas. Tambahan pula, murid di sekolah ini mempunyai sahsiah yang tinggi. Budi bahasa telh dijadikan amalan oleh rata-rata warga sekolah ini. Boleh dikatakan kesemua murid di sini memberikan salam kepada guru dan hanya segelintir sahaja murid yang kurang mengamalkan budaya salam.

Guru-guru di sini pula menunjukkan komitmen yang tinggi terhadap tugas yang dipikul. Para guru sentiasa menepati masa walaupun sistem punch card tidak digunakan. Semua guru akan mengajar di kelas berdasarkan jadual waktu sekolah dan sekiranya guru tersebut tidak hadir, guru lain akan ditugaskan sebagai guru ganti.

5.2 Senarai Semak

Semasa menjalankan tugasan ini, saya telah belajar menggunakan senarai semak dengan betul. Ketika mencari maklumat berhubung tugasan ini, senarai semak digunakan sepenuhnya agar tiada perkara yang dikehendaki tertinggal. Senarai semak merupakan satu borang yang sangat penting dalam menjalankan tugasan atau kajian. Perkara yang terdapat dalam senarai semak yang perlu saya penuhi adalah pengurusan dan organisasi sekolah, prasarana sekolah dan kurikulum.Senarai Semak membolehkan saya dapat merekodkan data-data yang diperoleh secara sistematik. Saya juga berjaya memperoleh pengalaman baru mengenai persekitaran dan iklim kelas. Sebagai contoh, melalui pemerhatian saya, kelas di sini mempunyai susun atur yang sangat sesuai dalam menjalankan aktiviti pembelajaran.

5.3 Temu Bual

Melalui temu bual yang saya jalankan, banyak ilmu yang telah saya perolehi. Dalam temu bual yang telah saya laksanakan, pelbagai topik telah diutarakan yang kebanyakkannya berkisar mengenai ilmu pendidikan dan sekolah itu sendiri. Perkara-perkara yang saya tidak ketahui telah berjaya dirungkai. Saya telah menemubual beberapa pihak seperti Guru Besar, Guru Penolong Kanan 1, Guru Penolong Kanan HEM, Guru Penolong Kanan Kokurikulum, guru-guru lain, staf sekolah dan murid.

Banyak ilmu yang telah saya perolehi sepanjang menjalankan tugasan Pengalaman Berasaskan Sekolah ini. Antaranya, peranan pihak pengurusan dalam memperkembangkan aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS) dalam kalangan pelajar serta bagaimana proses perkembangan kanak-kanak di sekolah tersebut di ukur sama ada melalui ujian khas atau ujian yang dikendalikan oleh pihak sekolah sendiri. Soalan-soalan yang akan ditanya telah saya sediakan sebelum berjumpa dengan responden.

2.0 Persekitaran dan Iklim Bilik Darjah

Suasana bilik darjah harmonis membantu peningkatan pengajaran dan pembelajaran yang lebih bermakna. Adalah menjadi tanggungjawab guru untuk membentuk iklim dan budaya bilik darjah yang baik. Gaya kepimpinan yang berwibawa tanpa terlalu banyak memberi arahan dianggap sebagai pemimpin demokratik hanya akan mengambil masa untuk mendapatkan buah fikiran bagi menyelesai sesuatu isu, dan kelihatan kumpulan-kumpulan yang ujud di bilik darjah mempunyai hubungan yang lebih mesra dan saling bekerjasama. Berbeza dengan pemimpin Laiissez-faire yang memberi arahan-arahan yang tidak jelas dan jawapan-jawapan yang ringkas tentang sesuatu persoalan.

Pendekatan-pendekatan yang hendak digunakan bagi mengawal iklim dalam bilik darjah perlu berlandaskan tahap perkembangan murid-murid. Iklim bilik darjah yang baik biasanya dikaitkan dengan kepatuhan dan keseronokan murid bersama guru dalam bilik darjah tersebut. Guru yang memiliki gaya kepimpinan yang matang sedia menerima dan menghormati setiap murid dalam bilik darjah, memperbaiki peraturan-peraturan supaya peraturan itu boleh berubah mengikut keadaan dan suasana serta menekan kepada jangkaan-jangkaan yang positif. Apabila keadaan ini berlaku guru sebagai pemimpin dapat menyesuaikan diri dengan pelbagai situasi dan pertumbuhan diri murid-murid serta bersikap keterbukaan dalam perkara-perkara yang membawa kepada kebaikan.

Pengurusan bilik darjah akan menjadi bertambah baik jika sistem penyeliaan diurus dengan berkesan. Murid-murid diberikan tugasan dalam mewujudkan iklim yang kondusif serta membantu dalam penyediaan bahan dan alatan, tugasan-tugasan yang diberikan kepada setiap murid pada awal tahun lagi dapat membantu mengembangkan budaya bertanggungjawab, berkerjasama serta hubungan yang baik antara mereka dan juga hubungan antara guru dengan murid, dan peranan guru sebagai pembantu penyelsaian masalah yang dihadapi oleh murid-murid. Secara umumnya, pengurusan bilik darjah sebaik-baiknya merangkumi ciri-ciri kesesuaian (releven) dengan murid, persediaan suasana pembelajaran yang berkesan, organisasi pengajaran dan sokongan-sokongan yang membantu peningkatan aktiviti-aktiviti perkembangan pembelajaran secara lebih aktif dan produktif, teknik-teknik motivasi dan penyelesaian konflik dan pergabungan semua elemen dalam satu sistem bagi menampakkan keberkesanannya. Peranan dan pengorbanan guru sebagai penggerak dan pengubah iklim yang kurang menyerlah kepada suasana yang lebih kondusif sebagai jambatan utama susanan pembelajaran yang memberangsangkan ke arah pembentukan modal insan di kalangan murid.

2.1 Pelan Bilik Darjah

2.2 Bahan dan sumber pengajaran dan pembelajaran dipamerkan di bilik darjah tersebut dengan berkesan

Penyusunan fizikal seperti penyusunan kerusi belajar, kedudukan pelajar dan kedudukan bahan-bahan bantu mengajar adalah sangat penting dalam memastikan sistem pengurusan kelas pemulihan tersebut nampak sempurna. Bilik darjah juga merupakan medan perjuangan utama kerjaya seorang guru. Pengurusan bilik darjah dinamik ke arah pembinaan modal insan yang menjurus kepada pembinaan jasmani, emosi, rohani dan intelek memerlukan pelbagai pengetahuan, kemahiran, prosedur, teknik dan strategi. Bilik darjah yang mempunyai peralatan asas iaitu papan hitam, papan kenyataaan, dan ruang yang selesa, meja, kerusi dan bahan bantuan mengajar serta dihiasi dengan ceria. Susunan meja dan kerusi dalam bilik darjah sebaik-baiknya memudahkan murid-murid mengadakan aktiviti pembelajaran berpusatkan murid dan aktiviti berkumpulan. Murid perlu mudah berinteraksi sesama mereka dan juga dengan guru.

2.3 Bahan dan sumber pengajaran dan pembelajaran yang mudah digunakan oleh murid secara berkesan

Sepanjang menjalankan PBS, saya telah menjalankan pemerhatian terhadap guru-guru yang mengajar di beberapa buah kelas pada sesi pagi. Guru tersebut menggunakan pelbagai bahan dan sumber pengajaran untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih menarik di bilik darjah. Kelas yang telah saya masuk untuk melihat penggunaan bahan pengajaran adalah kelas Tahun 5 Aman dan 6 Aman.

Papan kenyataan yang disediakan di setiap kelas mempamerkan bahan-bahan pembelajaran yang berguna kepada murid. Setiap papan kenyataan tersebut dihias dengan cantik dan dilengkapi maklumat setiap mata pelajaran yang dipelajari. Contohnya Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains.

Kesimpulannya, bahan dan sumber pengajaran pembelajaran yang dipamerkan di bilik darjah amat berguna untuk proses P&P di dalam kelas. Bahan dan sumber pengajaran dan pembelajaran yang dipamerkan dapat memudahkan murid untuk belajar sendiri tanpa perlu menunggu guru mengajar. Bahan-bahan seperti ini wajar dipamerkan dalam bilik darjah kerana ia meningkatkan perkembangan murid dari pelbagai aspek.

2.4 Penggunaan sumber pembelajaran yang berasaskan ICT

Guru akan mengaplikasikan penggunaan projector di dalam Bilik ICT semasa P&P. Perisian Power Point akan digunakan untuk mengelakkan murid-murid berasa bosan. Penggunaan Power Point dapat membantu murid memahami topik yang dipelajari dengan berkesan melalui bantuan tayangan gambar dan video. Penggunaan komputer semasa mengajar dan belajar dapat meningkatkan semangat atau motivasi pelajar untuk terus belajar dan mencuba sesuatu yang baru dalam hidup mereka. Aplikasi multimedia yang melibatkan pelbagai jenis media yang menarik dan dinamik dapat meningkatkan minat seseorang pelajar terhadap bahan pembelajaran yang disediakan.Radio pula digunakan untuk memainkan muzik semasa kelas Pendidikan Muzik.

Melalui ICT pelbagai bentuk maklumat dapat disampaikan dengan berkesan dan menarik. Penggunaan grafik, ilustrasi, dan apa bentuk gambar rajah yang digunakan dapat meningkatkan keberkesanan dalam pembelajaran. Tambahan pula, penggunaan pelbagai media seperti audio, video dan animasi yang dinamik dapat meyampaikan maklumat dengan lebih efektif lagi bila diadunkan dengan teks dan grafik. ICT membolehkan murid dan guru daripada lokasi yang berbeza menghantar, menerima dan berkongsi maklumat dalam pelbagai bentuk elemen multimedia. Hal ini akan mewujudkan hubungan kerja berpasukan dalam kalangan murid di samping memantapkan kemahiran berkomunikasi.

ICT dikatakan sebagai alat aplikasi apabila membantu pelajar melaksanakan tugasan pembelajaran, di samping sebagai mekanisma penyaluran maklumat pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan perisian aplikasi umum seperti pemerosesan perkataan oleh pelajar dalam penghasilan karangan atau penggunaan perisian hamparan elektronik akan menghasilkan plot graf. Pelbagai perisian aplikasi yang boleh dimanfaatkan dalam melaksanakan tugasan pembelajaran seperti Microsoft Word dan Microsoft Power Point. Pelajar boleh memilih mana-mana perisian yang sesuai dengan kehendak dan kemampuan mereka.

2.5 Penglibatan murid dalam setiap aktiviti pembelajaran

Semua murid di dalam kelas digalakkan untuk melibatkan diri secara aktif dalam setiap mata pelajaran yang sedang dipelajari untuk memastikan setiap murid mendapat input yang sama daripada guru. Melalui pemerhatian saya, para guru banyak menggunakan teknik perbualan. Guru akan bertanyakan tentang sesuatu topik yang ingin diajar dan dikaitkan dengan pengalaman sedia ada pada murid. Teknik ini digunakan supaya murid dapat memberikan tumpuan sepenuhnya dalam proses pembelajaran. sepenuhnya dalam proses pembelajaran. Melalui teknik ini juga, guru-guru berpeluang untuk mengenali murid-murid secara lebih mendalam. Murid-murid juga digalakkan untuk bertanya jika ada perkara yang tidak difahami.

2.6 Cara murid-murid dibahagikan dalam kumpulan tertentu

Pembahagian kumpulan mengikut tahap pencapaian murid dilakukan dengan mengasingkan murid-murid kepada kumpulan-kumpulan tertentu mengikut tahap kepintaran mereka. Murid-murid akan dibahagikan kepada 2 kumpulan iaitu kumpulan yang pandai dan kumpulan yang lemah. Pembahagian kumpulan sebegini bertujuan supaya guru dapat memberikan tumpuan sepenuhnya kepada golongan murid yang berlainan kepintaran. Kumpulan murid-murid bijak hanya perlu diberi tunjuk ajar yang sedikit sahaja manakala kumpulan murid-murid lemah tadi memerlukan tunjuk ajar yang lebih daripada guru tersebut.

Kesan yang diperolehi daripada pembahagian cara begini ialah guru dapat memberikan tumpuan yang lebih kepada golongan murid yang lemah. Tumpuan yang diberikan oleh guru lebih banyak kepada golongan ini, maka prestasi pelajar lemah akan mula meningkat. Kesan lain yang diperoleh dari pembahagian cara ini ialah murid yang lemah akan berasa malu dan rendah diri dengan rakan-rakan yang lain.

Pembahagian cara kedua ialah guru membahagikan kumpulan dengan mencampurkan pelajar yang lemah dengan pelajar yang bijak dalam satu kumpulan tertentu. Guru yang melakukan pembahagian ini memberi peluang kepada semua murid-muridnya untuk terlibat sama dalam aktiviti yang sedang dijalankan tanpa merasa Tindakan ini sangat bagus kerana ianya memberi peluang kepada semua murid-muridnya untuk terlibat sama dalam aktiviti yang sedang dijalankan tanpa merasa tersisih dan murid yang bijak dapat membantu murid-murid yang lemah.

7.0 Laporan Akhir

Secara tuntasnya, tugasan PBS amat bermanfaat kepada guru pelatih seperti saya yang akan menjadi bakal guru kelak. Saya telah memilih untuk menjalankan PBS di Sekolah Kebangsaan Methodist yang terletak di Nibong Tebal, Pulau Pinang. Pemilihan sekolah ini dilakukan kerana sekolah ini terletak berdekatan dengan rumah saya.

Setelah beberapa hari menjalankan PBS ini, saya mendapati tugasan ini dapat membantu ke arah pembentukan nilai positif dalam diri. Contohnya, nilai bertanggungjawab, amanah, hemah tinggi, keyakinan, toleransi, kesederhanaan dan rasional. Tugasan PBS ini dapat meningkatkan kemahiran berkomunikasi dengan guru-guru, staf dan murid-murid. Semasa berhadapan dengan murid, saya belajar untuk memahami mereka. Saya juga memperoleh pengalaman untuk mengawal keadaan kelas dan menjalankan peraturan di dalam kelas.

Aktiviti kokurikulum yang dijalankan di sekolah ini bukan sahaja merangkumi bidang sukan, malahan kelab dan persatuan serta unit beruniform. Penglibatan murid-murid dalam bidang kokurikulum adalah secara menyeluruh. Sekolah ini turut menyahut seruan kerajaan, iaitu 1 Murid 1 Sukan. Penglibatan pelajar dalam bidang sukan wajar dibanggakan kerana sekolah ini pernah mewakili negeri Pulau Pinang ke peringkat kebangsaan.

Kejayaan sekolah ini dalam bidang akademik dan kokurikulum adalah memuaskan. Sekolah ini telah dijadikan Sekolah Angkat Satu Malaysia. Teknik dan strategi pengajaran di dalam kelas yang digunakan oleh guru-guru mempengaruhi pencapaian murid-murid, di samping faktor kegigihan murid-murid. Pihak sekolah juga prihatin dalam membantu murid-murid yang lemah meningkatkan lagi prestasi mereka. Antara program yang dilaksanakan ialah LINUS dan PROTIM.Selain itu, Sekolah Kebangsaan Methodist memantapkan sahsiah murid-murid secara berterusan dan komprehensif. Unit bimbingan dan kaunseling sentiasa menjalankan program pemulihan terhadap murid-murid yang bermasalah.

Berdasarkan tugasan ini, dapatlah saya simpulkan bahawa pelbagai pengalaman yang bermanfaat telah saya peroleh sepanjang pelaksanaan PBS. Saya dapat memahami secara mendalam tentang persekitaran sekolah, budaya sekolah, organisasi sekolah dan prasarana yang perlu ada di kawasan sekolah untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif dan efektif.