pbs menengah rendah draf 12 2012 v5

75
PENGURUSAN DAN PENGENDALIAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS) PERINGKAT MENENGAH RENDAH LEMBAGA PEPERIKSAAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA 1

Upload: bard-shah

Post on 06-Oct-2015

241 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

ppt

TRANSCRIPT

KANDUNGAN

PENGURUSAN DAN PENGENDALIAN

PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)PERINGKAT MENENGAH RENDAHLEMBAGA PEPERIKSAAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIAKANDUNGAN

HALAMAN

PRAKATA 1. PENGENALAN 1.1 Tujuan 1.2 Dasar Pelaksanaan1.3 Pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Peringkat Menengah Rendah 1.4 Peraturan-Peraturan Am Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Peringkat Menengah Rendah

2. KOMPONEN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)2.1 Pentaksiran Sekolah (PS)2.2 Pentaksiran Pusat (PP)

2.3 Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK)

2.4 Pentaksiran Psikometrik (PPsi)

3. PENTADBIRAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)3.1 Jadual Pengoperasian PBS

3.2 Jawatankuasa PBS Negeri

3.3 Jawatankuasa PBS Daerah

3.4 Jawatankuasa PBS Sekolah4. PENTAKSIRAN SEKOLAH (PS)4.1 Pentaksiran Rujukan Standard4.2 Standard Prestasi

4.3 Kerangka Standard Prestasi4.4 Sistem Pelaporan

4.5 Peranan Pihak Yang Terlibat dalam Pelaksanaan Pentaksiran Sekolah (PS)5. PENTAKSIRAN PUSAT (PP)5.1 Objektif Pentaksiran Pusat (PP)5.2 Rubrik

5.3 Instrumen Pentaksiran Pusat (PP)5.4 Pelaksanaan Pentaksiran Pusat (PP)5.5 Carta Aliran Pelaksanaan Pentaksiran Pusat (PP)5.6 Peranan Pihak Yang Terlibat Dalam Pelaksanaan Pentaksiran Pusat (PP)5.7 Definisi Istilah6. PENTAKSIRAN AKTIVITI JASMANI, SUKAN DAN KOKURIKULUM (PAJSK)6.1 Komponen Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK)6.2 Borang - Borang Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK)7. PENTAKSIRAN PSIKOMETRIK (PPsi)7.1 Komponen Pentaksiran Psikometrik (PPsi)8. MANUAL PENJAMINAN KUALITI

8.1 Pementoran 8.2 Penyelarasan

8.3 Pemantauan

8.4 Pengesanan

9. PENGURUSAN EVIDENS PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)9.1 Pengurusan Evidens Pentaksiran Sekolah (PS)9.2 Pengurusan Evidens Pentaksiran Pusat (PP)9.3 Pengurusan Evidens Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK)9.4 Pengurusan Evidens Pentaksiran Psikometrik (PPsi)

10. SISTEM PENGURUSAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (SPPBS)11. AKRONIMLAMPIRANLAMPIRAN 1 - PINDAAN SURAT PEKELILING LEMBAGA PEPERIKSAAN BIL. 2 TAHUN 2011 : PENAMBAHBAIKAN SISTEM PENTAKSIRAN KEBANGSAAN BAGI PENILAIAN MENENGAH RENDAH (PMR) MULAI TAHUN 2012 KP.LP.003.07.14 (2) BERTARIKH 14 FEBRUARI 2011LAMPIRAN 2 - SURAT SIARAN LEMBAGA PEPERIKSAAN BIL. 3 TAHUN 2011: PEMAKLUMAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS) DI SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH RENDAH

KP.LP.003.07.14.05 (1) BERTARIKH 29 JULAI 2011LAMPIRAN 3 - SURAT SIARAN LEMBAGA PEPERIKSAAN BIL. __ TAHUN 2011 : PENGGUNAAN APLIKASI SISTEM PENGURUSAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (SPPBS) TINGKATAN 1, 2012 KP.LP.003.07.14.0_ (_) BERTARIKH ___DISEMBER 2011.LAMPIRAN 4 - Borang Rekod SEGAK Dan BMILAMPIRAN 5 - Borang Rekod KehadiranLAMPIRAN 6-Borang Rumusan Aktiviti Sukan / Kokurikulum

LAMPIRAN 7 -Borang Rumusan Aktiviti Ekstra KurikulumLAMPIRAN 8 -Carta Alir Proses Kerja Pentaksiran Pusat(PP)

LAMPIRAN 9 -Carta Alir Proses Kerja Pentaksiran Sekolah (PS) dan

Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum

(PAJSK)

LAMPIRAN 10 -Carta Alir Proses Kerja Pentaksiran Psikometrik (PPsi)

LAMPIRAN 11 -Carta Alir Proses Kerja Penataran PBS

LAMPIRAN 12 -Carta Alir Proses Kerja Pementoran PBS LAMPIRAN 13 -Carta Alir Kerja Penyelarasan PBS

LAMPIRAN 14 -Carta Alir Proses Kerja Pemantauan PBS

PRAKATA

Saya bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dapat dilaksanakan bagi Tingkatan 1 pada sesi persekolahan tahun 2012 setelah kita menyaksikan pelaksanaannya bagi Tahun 1 di sekolah rendah pada tahun 2011. Komponen PBS terdiri daripada Pentaksiran Sekolah (PS), Pentaksiran Pusat (PP), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) dan Pentaksiran Psikometrik (PPsi).

Buku Pengurusan dan Pengendalian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) di peringkat Menengah Rendah diterbitkan dengan tujuan memberi panduan dan rujukan kepada semua pihak yang terlibat dalam pengendalian PBS. Semua maklumat dalam panduan ini hendaklah dipatuhi untuk memastikan integriti penambahbaikan Sistem Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan (SPPK) terpelihara. Buku ini merujuk kepada semua peruntukan yang terkandung dalam Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) Seksyen 67, Seksyen 68, Seksyen 69 dan Peraturan-Peraturan Pendidikan (Penilaian dan Peperiksaan) 1997.

Terima kasih.

DR. NAIMAH BINTI ISHAKPengarah PeperiksaanLembaga Peperiksaan

Kementerian Pelajaran Malaysia

1PENGENALAN

Buku Pengurusan dan Pengendalian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) di peringkat Menengah Rendah ini mengandungi peraturan dan manual pelaksanaan PBS.1.1Tujuan

Buku Pengurusan dan Pengendalian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) ini bertujuan untuk memberi garis panduan pelaksanaan PBS peringkat menengah rendah kepada Jabatan Pelajaran Negeri (JPN), Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) dan pihak pengurusan sekolah dalam menjayakan pelaksanaan PBS di sekolah.Buku ini hendaklah dibaca bersama Dokumen Standard Prestasi (DSP), Manual Pentaksiran Pusat (PP), Manual Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK), Manual Pentaksiran Psikometrik (PPsi), Dokumen Penjaminan Kualiti (PK) serta Manual Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS) yang disediakan oleh Lembaga Peperiksaan (LP).1.2Dasar Pelaksanaan

Pelaksanaan PBS peringkat menengah rendah mulai tahun 2012 berdasarkan:

1.2.1 Akta Pendidikan 1996 (Akta 550): Seksyen 67 - Penilaian Murid, Seksyen 68 - Peperiksaan dan Seksyen 69 Larangan Tentang Pengendalian Peperiksaan

1.2.2 Peraturan-Peraturan Pendidikan (Penilaian dan Peperiksaan) 1997, Bahagian II, Perkara 3 iaitu:i.Perkara 3 (a): untuk memberi nasihat, memantau dan membuat analisis tentang penilaian berasaskan sekolah;

ii.Perkara 3 (b): untuk mengendalikan semua peperiksaan mengikut peraturan- peraturan, garis panduan dan arahan tentang peperiksaan; dan

iii.Perkara 3 (c): untuk mengadakan peperiksaan, untuk mengendalikan pemantauan peperiksaan dan menguatkuasakan peraturan-peraturan, garis panduan dan arahan tentang peperiksaan.

Mesyuarat Jemaah Menteri bertarikh 17 Disember 2010 telah bersetuju supaya penambahbaikan Sistem Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan (SPPK) bagi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dilaksanakan dengan memberikan penekanan kepada pentaksiran untuk pembelajaran (assessment for learning) dan pentaksiran tentang pembelajaran (assessment of learning).

Selaras dengan arahan itu, LP, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah mengeluarkan:

i.Pindaan Surat Pekeliling Lembaga Peperiksaan Bil. 2 Tahun 2011: Penambahbaikan Sistem Pentaksiran Kebangsaan Bagi Penilaian Menengah Rendah (PMR) Mulai Tahun 2012 - KP.LP.003.07.14 (2) bertarikh 14 Februari 2011.

ii.Surat Siaran Lembaga Peperiksaan Bil. 3 Tahun 2011: Pemakluman Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) di Sekolah Rendah dan Menengah Rendah - KP.LP.003.07.14.05 (1) bertarikh 29 Julai 2011.

1.3Pelaksanaan PBS Peringkat Menengah Rendah

PBS merangkumi PS, PP, PAJSK dan PPsi. Jadual 1 menunjukkan komponen PBS yang perlu dilaksanakan di peringkat menengah rendah mulai tahun 2012.Jadual 1 : Pelaksanaan pada Tingkatan 1, 2 dan 3 BILKOMPONEN PBSPERKARA

Dilaksanakan bagi mata pelajaran berikut :

1Pentaksiran Sekolah1. Bahasa Melayu

2. Bahasa Inggeris

3. Bahasa Arab

4. Bahasa Cina

5. Bahasa Tamil

6. Bahasa Iban

7. Bahasa Kadazandusun

8. Mathematics

9. Science

10. Pendidikan Islam

11. Pendidikan Moral

12. Sejarah

13. Geografi

14. Pendidikan Seni Visual15. Pendidikan Muzik

16. Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan

17. Pendidikan Jasmani dan Kesihatan

18. Kemahiran Hidup Bersepadu Kemahiran Teknikal

19. Kemahiran Hidup Bersepadu Ekonomi Rumah Tangga

20. Kemahiran Hidup Bersepadu Pertanian

21. Kemahiran Hidup Bersepadu Perdagangan dan Keusahawanan

2Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan KokurikulumMulai tingkatan 1 tahun 2012

3Pentaksiran PsikometrikUjian Aptitud Khusus dan Inventori Personaliti

4Pentaksiran PusatDilaksanakan bagi mata pelajaran berikut :

1. Bahasa Melayu

2. Bahasa Inggeris

3. Bahasa Arab

4. Bahasa Cina

5. Bahasa Tamil

6. Bahasa Iban

7. Bahasa Kadazandusun

8. Mathematics

9. Science

10. Pendidikan Islam

11. Pendidikan Moral

12. Sejarah

13. Geografi

14. Pendidikan Seni Visual15. Pendidikan Muzik

16. Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan

17. Pendidikan Jasmani dan Kesihatan

18. Kemahiran Hidup Bersepadu Kemahiran Teknikal

19. Kemahiran Hidup Bersepadu Ekonomi Rumah Tangga

20. Kemahiran Hidup Bersepadu Pertanian

21. Kemahiran Hidup Bersepadu Perdagangan dan Keusahawanan

1.4Peraturan-Peraturan Am PBS Peringkat Menengah Rendah

1.4.1Syarat Pelaksanaan

1.Semua murid sekolah kerajaan / sekolah bantuan kerajaan / Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) / sekolah di bawah agensi kerajaan / Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN) / Sekolah Menengah Agama Rakyat (SMAR) dan sekolah swasta yang berdaftar dengan KPM hendaklah melaksanakan PBS di tingkatan satu hingga tingkatan tiga.

2.Semua murid hendaklah didaftarkan dalam SPPBS mulai tingkatan satu.

1.4.2Pengurusan Kes Khas

1.Kes-kes khas adalah seperti berikut:

a.Kes Disiplin (ponteng dan buang sekolah).Pentadbir sekolah hendaklah mengambil tindakan seperti berikut:

i.Mewujudkan fail Kes Khas Sekolah untuk memfailkan semua kes ponteng dan buang sekolah.

ii.Menyimpan senarai nama murid beserta dengan surat amaran dan laporan tindakan dari unit disiplin sekolah dalam fail Kes Khas Sekolah.

iii.Melaksanakan PBS sepanjang murid hadir di sekolah. Sekiranya tempoh pelaksanaan dan penilaian PBS telah tamat, murid tidak perlu melaksanakan PBS tersebut.

iv.Kaedah pelaksanaan PBS tertakluk kepada keputusan Jawatankuasa PBS sekolah (JK PBS).Memfailkan semua keputusan mesyuarat JK PBS.

v.Skor bagi komponen PP akan direkodkan berdasarkan hasil kerja semasa yang dilakukan oleh murid berkenaan.

b.Murid yang tidak hadir ke sekolah untuk tempoh masa yang panjang atas sebab kesihatan.

Pentadbir sekolah hendaklah mengambil tindakan seperti berikut:

i.Mendapatkan laporan perubatan yang mengesahkan murid berkenaan sakit.

ii.Melaksanakan PBS sepanjang murid hadir ke sekolah. Sekiranya tempoh pelaksanaan dan penilaian PBS telah tamat, murid tidak perlu melaksanakan PBS tersebut.

iii.Kaedah pelaksanaan PBS tertakluk kepada keputusan JK PBS.

Memfailkan semua keputusan mesyuarat JK PBS.

iv.Skor bagi komponen PP akan direkodkan berdasarkan hasil kerja semasa yang dilakukan oleh murid berkenaan.

c.Murid dari golongan Orang Kurang Upaya (OKU)

Pentadbir sekolah hendaklah mengambil tindakan seperti berikut:

i.Mengenal pasti kategori murid dari golongan OKU.

Kategori murid dari golongan OKU adalah seperti berikut:

Terencat Akal / Sindrom Down Buta

Pelbagai Kecacatan / Ketidakupayaan lain, Disleksia / Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD) / Attention Deficit Disorder (ADD) / Autisme / Learning Disabilities (LD)

Bisu

Pekak

Rabun

Spastik/Cerebral Palsy

ii.Mendapatkan dokumen rasmi sebelum mengkategorikan murid sebagai golongan OKU. Murid perlu mengemukakan satu daripada dokumen berikut:

Laporan Perubatan yang mengesahkan murid OKU; atau

Kad OKU bagi murid yang telah mendaftar sebagai OKU

iii.Mematuhi prosedur permohonan keperluan khas berikut:

Memastikan murid membuat permohonan kepada pihak sekolah. Murid yang tidak membuat permohonan akan dianggap sebagai murid biasa.

Mengemukakan salinan dengan menggunakan Borang Maklumat Murid Dari Golongan Orang Kurang Upaya (OKU) yang disediakan oleh LP berserta dokumen sokongan seperti laporan perubatan atau kad OKU kepada Pengarah Pelajaran Negeri untuk kelulusan.

iv.Tiada sebarang pengecualian terhadap murid berkenaan dalam pelaksanaan PBS. Murid berkenaan akan ditaksir dan dinilai menggunakan mekanisme yang sesuai.

v.Kaedah pelaksanaan PBS tertakluk kepada keputusan JK PBS.Memfailkan semua keputusan mesyuarat JK PBS.

vi.Pentadbir sekolah menyediakan segala keperluan khas murid berkenaan seperti perkhidmatan, peralatan atau perisian khas dalam pentaksiran PBS.

d.Murid yang bertukar sekolah.

Pentadbir sekolah lama hendaklah mengambil tindakan seperti berikut:

i.Memastikan evidens PBS murid berkenaan telah diserahkan kepada sekolah baharu.

ii.Mengemas kini skor PBS murid berkenaan dalam SPPBS sebelum proses perpindahan tersebut.

iii.Pentadbir sekolah memaklumkan pertukaran tersebut kepada Pegawai PBS PPD dan Pegawai PBS JPN.

Pentadbir sekolah baharu hendaklah mengambil tindakan seperti berikut:

i.Mendapatkan surat rasmi dari sekolah lama murid yang menyatakan sebab-sebab PBS tidak dapat dijalankan dan murid tiada skor.

ii.Melaksanakan PBS untuk murid berkenaan bagi komponen PS, PAJSK dan PPsi sepanjang tempoh murid berada di sekolah baharu.Bagi komponen PP, sekiranya tempoh pelaksanaan dan penilaian telah tamat, murid tidak perlu melaksanakan PP.

e.Murid di bawah pengawasan Kementerian Dalam Negeri (Sekolah Menengah Henry Gurney dan Sekolah Integriti) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (Sekolah Tunas Bakti dan Sekolah Harapan).Pentadbir sekolah berkenaan hendaklah mengambil tindakan seperti berikut:

i.Tiada sebarang pengecualian terhadap murid berkenaan dalam pelaksanaan PBS.

Murid berkenaan akan ditaksir dan dinilai menggunakan mekanisme yang sesuai.

ii.Kaedah pelaksanaan PBS tertakluk kepada keputusan JK PBS.

Memfailkan semua keputusan mesyuarat JK PBS.

iii.Merujuk kepada Pengarah Peperiksaan untuk mendapatkan maklumat dan tindakan selanjutnya bagi melaksanakan PP untuk murid berkenaan.

f.Atlet yang terlibat dalam kejohanan peringkat negeri dan / atau kebangsaan / antarabangsa.

Pentadbir sekolah hendaklah mengambil tindakan seperti berikut:

i.Melaksanakan PBS sepanjang murid hadir ke sekolah. Sekiranya tempoh pelaksanaan dan penilaian PBS telah tamat, murid tidak perlu melaksanakan PBS tersebut.

ii.Kaedah pelaksanaan PBS tertakluk kepada keputusan JK PBS.

Memfailkan semua keputusan mesyuarat JK PBS.

iii.Merujuk kepada Pengarah Peperiksaan untuk mendapatkan maklumat dan tindakan selanjutnya bagi melaksanakan PP untuk murid berkenaan.

g.Murid yang baru pulang dari bermastautin di luar negara.

Pihak sekolah hendaklah mengambil tindakan seperti berikut:

i.

Pelaksanaan PBS hanya dilakukan semasa murid berada di sekolah.

ii.Kaedah pelaksanaan PBS tertakluk kepada keputusan JK PBS.

Memfailkan semua keputusan mesyuarat JK PBS.

1.4.3Dokumen Rujukan

1.Pelaksanaan PBS hendaklah berpandukan Buku Pengurusan dan Pengendalian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS), DSP dan Manual SPPBS yang disediakan oleh LP.

a.Buku Pengurusan dan Pengendalian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)

i.LP menghantar buku kepada JPN / PPD.

ii.JPN / PPD mengedarkan buku ke sekolah.

iii.Pihak sekolah memperbanyakkan dan mengedarkan buku kepada semua guru yang terlibat dalam PBS. Sebuah naskhah hendaklah disimpan di Bilik Pengetua dan Bilik Operasi PBS.

iv.Buku ini boleh dimuat turun dari laman sesawang LP.

b.Dokumen Standard Prestasi

i.LP menghasilkan DSP.

ii.Pihak sekolah memperbanyakkan dan mengedarkan DSP kepada guru mata pelajaran yang terlibat dalam PBS.

Guru mata pelajaran mesti memiliki dan menggunakan DSP yang disediakan oleh LP. Pelaksanaan pentaksiran hendaklah mematuhi sepenuhnya kandungan DSP.Sebuah naskhah hendaklah disimpan di Bilik Pengetua dan Bilik Operasi PBS.

iii.DSP boleh dimuat turun dari laman sesawang LP.

c.Manual SPPBS

i.LP menyediakan Manual SPPBS.

ii.Pihak sekolah memuat turun Manual SPPBS dari laman sesawang LP dan mengedarkan kepada guru-guru. Sebuah naskhah hendaklah disimpan di Bilik Pengetua dan Bilik Operasi PBS.

1.4.4Jadual Pelaksanaan

1.Pelaksanaan PBS hendaklah mematuhi Jadual Pengoperasian PBS yang disediakan oleh LP.

2.Semua isu berkaitan pengoperasian PBS hendaklah dijadikan agenda Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum peringkat negeri, daerah dan sekolah.

1.4.5Jawatankuasa PBS

1.JK PBS hendaklah mengadakan mesyuarat sekurang- kurangnya empat kali setahun.

2.Agenda mesyuarat adalah seperti berikut:

a.Agenda Mesyuarat Pertama (Awal Tahun):

i.Menjelaskan konsep, dasar pelaksanaan dan komponen PBS.

ii.Agihan tugas jawatankuasa dan menyediakan carta organisasi JK PBS.

iii.Melantik Pentaksir Sekolah.

iv.Menetapkan sistem fail PBS.

v.Mengedarkan surat pekeliling / surat siaran pelaksanaan PBS.

vi.Memaklumkan peraturan-peraturan am pelaksanaan PBS.

vii.Menetapkan Jadual Kerja Pelaksanaan (Carta Gantt) PS / PP / PAJSK / PPsi Program Pembudayaan PBS (Murid / Guru / Ibu bapa / Jalinan dan Jaringan)

Latihan / Penataran

Penyelarasan

Pementoran

Pemantauan

Pelaporan Prestasi Murid dalam SPPBS

viii.Pengurusan evidens di tempat yang selamat dan bersistematik.

ix.Pengurusan pelaksanaan PBS bagi kes-kes khas.

x.Hal-hal lain.

b.Agenda Mesyuarat Kedua (Suku Tahun Pertama):

i.Pengesahan Minit Mesyuarat Pertama.

ii.Isu-Isu Pelaksanaan dan kes-kes khas PBS.

iii.Laporan Jawatan Kuasa Pelaksana PBS: PS / PP / PAJSK / PPsi Program Pembudayaan PBS (Murid / Guru / Ibu bapa / Jalinan dan Jaringan)

Latihan / Penataran

Penyelarasan

Pementoran

Pemantauan

Pelaporan Prestasi Murid dalam SPPBS

iv.Hal-hal lain.

c.Agenda Mesyuarat Ketiga (Suku Tahun Kedua):

i.Pengesahan Minit Mesyuarat Kedua.

ii.Isu-Isu Pelaksanaan dan Kes-kes Khas PBS.

iii.Laporan Jawatan Kuasa Pelaksana PBS: PS / PP / PAJSK / PPsi Program Pembudayaan PBS (Murid / Guru / Ibu bapa / Jalinan dan Jaringan)

Latihan / Penataran

Penyelarasan

Pementoran

Pemantauan

Pelaporan Prestasi Murid dalam SPPBS

iv.Hal-hal lain.

d.Agenda Mesyuarat Keempat (Akhir Tahun):

i.Pengesahan Minit Mesyuarat Ketiga.

ii.Post Mortem Pelaksanaan PBS.

iii.Tindakan Susulan dan Penambahbaikan Pelaksanaan PBS.

iv.Perancangan Pelaksanaan PBS Tahun Hadapan.

v.Hal-hal lain.

3.Semua keputusan mesyuarat diminitkan dan menjadi dasar atau punca kuasa kepada pengoperasian / pelaksanaan PBS di sekolah.

4.Pentadbir sekolah bertanggungjawab mengeluarkan surat pelantikan pentaksir sekolah, login dan kata laluan SPPBS.

1.4.6Evidens

Evidens ialah bahan atau sebarang bentuk bukti yang dapat ditunjukkan oleh murid yang

melaksanakan sesuatu tugasan dalam bentuk produk atau proses.1.Evidens PBS diuruskan secara sistematik mengikut keputusan JK PBS.

2.Evidens boleh didapati daripada pelbagai sumber. Evidens bertulis / laporan boleh disediakan secara individu atau berkumpulan. Guru atau pentaksir bertanggungjawab untuk memastikan evidens yang mencukupi dan sesuai untuk membuat pertimbangan atau keputusan terhadap penguasaan murid dalam perkara yang ditaksir.

3.Ciri-ciri evidens yang dikumpul:

a.Sah - evidens yang dikemukakan hendaklah relevan dan menggambarkan penguasaan / pencapaian standard yang telah ditetapkan.

b.Autentik - murid dapat membuktikan evidens yang dikutip adalah hasil kerjanya sendiri.

c.Kecukupan - evidens yang dikumpul mencukupi untuk menunjukkan kemampuan murid.

d.Semasa - evidens dapat membuktikan murid dapat membuat mengikut piawaian semasa.

e.Tekal - evidens yang dikumpul dapat membuktikan ketekalan perlakuan dan membuktikan keputusan yang sama diberi oleh pentaksir yang berlainan.

1.4.7Pelaporan

1.Pelaporan tahap penguasaan murid yang dijana oleh aplikasi SPPBS dan PAJSK perlu dikeluarkan oleh pihak sekolah pada bila-bila masa mengikut keperluan.

2.Pelaporan formatif dan sumatif boleh disediakan mengikut keperluan dan ketetapanJK PBS.

3.Pelaporan formatif, sumatif dan PAJSK hendaklah dimaklumkan kepada ibu bapa.

1.4.8Penjaminan Kualiti

1.Penjaminan kualiti hendaklah dilaksanakan mengikut jadual pengoperasian PBS yang telah ditetapkan di peringkat JPN, PPD atau sekolah.

2.Terdapat empat mekanisme penjaminan kualiti yang dilaksanakan untuk meningkatkan kebolehpercayaan dan kesahan pentaksiran. Penjaminan kualiti tersebut ialah:

a.Pementoran

b.Penyelarasan

c.Pemantauan

d.Pengesanan

2KOMPONEN PBS

PBS merupakan satu pentaksiran yang bersifat holistik iaitu menilai aspek kognitif, afektif dan psikomotor selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan kurikulum kebangsaan. Kompenan PBS terdiri daripada dua kategori iaitu akademik dan bukan akademik seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1. Kategori akademik terdiri daripada Pentaksiran Sekolah (PS) dan Pentaksiran Pusat (PP), manakala kategori bukan akademik terdiri daripada Pentaksiran Psikometrik (PPsi) dan Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK). Kedua-dua kategori ini memberi pengiktirafan dan autonomi kepada guru untuk melaksanakan pentaksiran formatif dan sumatif yang berasaskan sekolah.PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH

AKADEMIKBUKAN AKADEMIK

Pentaksiran Pusat

Pentaksiran Sekolah

Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum

Pentaksiran Psikometrik

Rajah 1: Komponen PBS2.1Pentaksiran Sekolah

Pentaksiran yang dirancang, dibina, ditadbir, diperiksa, direkod dan dilapor oleh guru sekolah yang berkenaan.2.1.1Pentaksiran formatif dijalankan seiring dengan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P). Contoh instrumen yang boleh digunakan ialah lembaran kerja, pemerhatian, kuiz, senarai semak, laporan tugasan, tugasan rumah dan ujian.

2.1.2Pentaksiran sumatif dijalankan pada akhir setiap unit pembelajaran, penggal, bulan dan tahun.

PS berfungsi sebagai pentaksiran untuk pembelajaran (assessment for learning) dan pentaksiran tentang pembelajaran (assessment of learning).2.2Pentaksiran Pusat

Pentaksiran yang ditadbir, diperiksa, direkod dan dilapor di peringkat sekolah oleh guru berdasarkan tugasan yang dikeluarkan oleh LP dalam tempoh yang ditetapkan mengikut mata pelajaran.2.3Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum

Pentaksiran yang dilaksanakan di peringkat sekolah yang ditadbir, direkod dan dilaporkan melalui penyertaan, penglibatan dan pencapaian murid dalam Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan (SEGAK), Body Mass Index (BMI), aktiviti sukan, aktiviti kokurikulum dan aktiviti ekstra kurikulum. 2.4Pentaksiran Psikometrik

Pentaksiran yang dilaksanakan di peringkat sekolah dan / atau pusat untuk mengukur kebolehan (innate ability dan acquired ability), kemahiran berfikir, kemahiran menyelesaikan masalah, minat, kecenderungan, sikap dan personaliti murid. Pentaksiran ini tidak berasaskan kurikulum dan proses pengajaran dan pembelajaran. 3PENTADBIRAN PBS

JPN, PPD dan sekolah hendaklah memastikan pengoperasian PBS dilaksanakan berdasarkan perkara-perkara berikut:3.1Jadual Pengoperasian PBS

Jadual 2 menunjukkan jadual pengoperasian PBS yang perlu dilaksanakan mulai tahun 2012.Jadual 2 : Jadual Pengoperasian PBSBILPERKARATEMPOHTINDAKAN

1.Surat Arahan Pelaksanaan PBS ke JPN.DisemberLP

2.Mengedarkan Surat Pekeliling dan Surat Arahan Pelaksanaan PBS ke PPD dan Sekolah.DisemberJPN

3.Mesyuarat Jawatankuasa PBS Sekolah.Januari - Mac, April - Jun, Julai - September Oktober - DisemberJPN / PPD /Sekolah

4.Pendaftaran SPPBS.Januari FebruariSekolah

5.Tempoh pelaksanaan PBS.Sepanjang sesi persekolahan Sekolah

6.Aktiviti Penjaminan Kualiti: Pementoran, Pemantauan, Penyelarasan dan Pengesanan.Sepanjang tahun dan mengikut keperluanSekolah / PPD / JPN / LP / Bahagian KPM

7.Pengumpulan skor murid dalam SPPBS.Sehingga hari terakhir sesi persekolahan tahun semasaSekolah

8.Pelaporan skor murid.Mengikut keperluanSekolah

3.2Jawatankuasa PBS Negeri

3.2.1Senarai Ahli JawatankuasaPengerusi:Pengarah Pelajaran Negeri

Naib Pengerusi:Timbalan Pengarah Pelajaran Negeri

Setiausaha:Ketua Sektor, Sektor Penilaian dan Peperiksaan (SPP), JPN

Jawatankuasa:Semua Ketua Sektor JPN Pengarah Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) Ketua Nazir, Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti Negeri (JNJK) Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri (BTPN) Semua Ketua Penolong Pengarah, JPNSemua Pegawai Pelajaran DaerahYDP Majlis PengetuaYDP Majlis Guru BesarYDP Majlis Guru Cemerlang

3.2.2Senarai Tugas

i.Mengadakan mesyuarat jawatankuasa peringkat negeri;

ii.Mengadakan mesyuarat penataran peringkat negeri;

iii.Memastikan aktiviti penjaminan kualiti pengendalian PBS dilaksanakan; dan

iv.Menyediakan laporan pelaksanaan peringkat negeri untuk dihantar ke LP.

3.3Jawatankuasa PBS Daerah

3.3.1Senarai Ahli Jawatankuasa

Pengerusi:Pegawai Pelajaran Daerah

Naib Pengerusi:Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah

Setiausaha:Penolong PPD (Peperiksaan / PBS)

Jawatankuasa:YDP Majlis Pengetua DaerahYDP Majlis Guru Besar DaerahSemua Penolong PPD Semua Penyelaras Pusat Kegiatan Guru

3.3.2Senarai Tugas

i.Mengadakan mesyuarat jawatankuasa peringkat daerah;

ii.Mengadakan mesyuarat penataran peringkat daerah;

iii.Memastikan aktiviti penjaminan kualiti pengendalian PBS dilaksanakan; dan

iv.Menyediakan laporan pelaksanaan peringkat daerah untuk dihantar ke JPN.

3.4Jawatankuasa PBS Sekolah

3.4.1Senarai Ahli Jawatankuasa Induk PBS Sekolah (Gred A)

Pengerusi:Pengetua

Naib Pengerusi:Penolong Kanan Pentadbiran (PS dan PP)

Penolong Kanan HEM (PPsi / Pembudayaan PBS)

Penolong Kanan Ko-Kurikulum (PAJSK)

Penyelia Petang (jika berkenaan)

Penolong Kanan Pendidikan Khas (jika berkenaan)

Setiausaha:Setiausaha Peperiksaan / Setiausaha PBS

Jawatankuasa:Guru Kanan Mata Pelajaran (GKMP) yang dilantik (Latihan / Penataran)GKMP yang dilantik (Penyelarasan)

GKMP yang dilantik (Pementoran)

GKMP yang dilantik (Pemantauan)

Semua Ketua Panitia (PS dan PP)

Guru Cemerlang

Guru Disiplin

Guru Bimbingan dan Kaunseling (PPsi)

Guru Penolong yang dilantik (PAJSK)

Guru Mata Pelajaran (PS)

3.4.2Senarai Ahli Jawatankuasa PBS Sekolah (Gred B)

Pengerusi:Pengetua

Naib Pengerusi:Penolong Kanan Pentadbiran (PS dan PP)

Penolong Kanan HEM (PPsi / Pembudayaan PBS)

Penolong Kanan Ko-Kurikulum (PAJSK)

Penyelia Petang (jika berkenaan)

Penolong Kanan Pendidikan Khas (jika berkenaan)

Setiausaha:Setiausaha Peperiksaan / Setiausaha PBS

Jawatankuasa:GKMP / Ketua Panitia yang dilantik (Latihan / Penataran)GKMP / Ketua Panitia yang dilantik (Penyelarasan)

GKMP / Ketua Panitia yang dilantik (Pementoran)

GKMP / Ketua Panitia yang dilantik (Pemantauan)

Semua Ketua Panitia (PS dan PP)

Guru Cemerlang

Guru Disiplin

Guru Bimbingan dan Kaunseling (PPsi)

Guru Penolong yang dilantik (PAJSK)

Guru Mata Pelajaran (PS)

3.4.3 Senarai Tugas i.Memastikan pengoperasian PBS di sekolah mengikut garis panduan yang ditetapkan.

ii.Mengadakan 4 kali mesyuarat setahun:

a.Mesyuarat Kali Pertama menetapkan hala tuju, matlamat, menyediakan jadual aktiviti dan sebagainya

b.Mesyuarat Kali Kedua Kajian Suku Tahun Pertama

c.Mesyuarat Kali Ketiga Kajian Suku Tahun Kedua

d.Mesyuarat Kali Keempat Post Mortem Pelaksanaan

iii.Semua keputusan mesyuarat diminitkan dan menjadi dasar atau punca kuasa kepada pengoperasian / pelaksanaan semua komponen PBS di sekolah.

Nota: Pelantikan JK PBS ini tertakluk kepada keperluan sekolah dan bergantung kepada keperluan pihak lain. 4PENTAKSIRAN SEKOLAH

Pentaksiran Sekolah (PS) ialah komponen utama dalam proses P&P kerana pentaksiran ini berperanan mengukuhkan pembelajaran murid, meningkatkan keberkesanan pengajaran guru serta mampu memberi maklumat yang sah tentang apa yang telah dilaksanakan atau dicapai dalam satu-satu proses P&P.

PS dilaksanakan oleh guru dan pihak sekolah sepenuhnya bermula dari aspek perancangan, pembinaan item dan instrumen pentaksiran, pentadbiran, pemeriksaan atau penskoran, perekodan dan pelaporannya.

PS amat penting untuk menentukan keberkesanan guru dan pihak sekolah dalam usaha menghasilkan insan yang harmoni dan seimbang. PS merupakan aktiviti yang berterusan yang menuntut komitmen yang tinggi serta hala tuju yang jelas daripada guru dan pihak sekolah untuk memperkembangkan potensi setiap murid ke tahap maksimum.

PS mempunyai ciri-ciri berikut:1.Holistik iaitu mampu memberikan maklumat keseluruhan tentang pengetahuan dan kemahiran yang dicapai oleh murid.

2.Berterusan iaitu aktiviti pentaksiran berjalan seiring dengan P&P.

3.Fleksibel iaitu kaedah pentaksiran yang pelbagai mengikut kesesuaian dan kesediaan murid.

4.Merujuk standard prestasi yang dibina berdasarkan standard kurikulum.

PS boleh dilaksanakan secara:1.Pentaksiran formatif yang dijalankan seiring dengan proses P&P.

2.Pentaksiran sumatif yang dijalankan pada akhir unit pembelajaran, penggal, bulan atau tahun.

4.1Pentaksiran Rujukan Standard

Dalam usaha penambahbaikan kepada pentaksiran sekolah sedia ada, Pentaksiran Rujukan Standard diperkenalkan. Dalam pentaksiran ini, standard prestasi digunakan untuk melihat kemajuan dan pertumbuhan (growth) pembelajaran serta pencapaian prestasi seseorang murid. Dalam hal ini, pentaksiran berperanan sebagai proses untuk mendapatkan maklumat tentang sejauh mana murid tahu, faham dan boleh buat atau telah menguasai apa yang dipelajari berdasarkan pernyataan standard prestasi. Pernyataan standard prestasi ini ditetapkan mengikut tahap-tahap penguasaan seperti yang dihasratkan dalam dokumen kurikulum.

Pentaksiran Rujukan Standard tidak membandingkan pencapaian seseorang murid dengan murid lain tetapi melaporkan prestasi atau tahap penguasaan murid dalam pembelajaran. Perkara ini dapat menerangkan tentang kemajuan dan pertumbuhan pembelajaran murid merujuk kepada pernyataan standard bagi setiap mata pelajaran.Murid dinilai secara adil dan saksama sebagai individu berdasarkan keupayaan, kebolehan, bakat, kemahiran dan potensi diri tanpa dibandingkan dengan orang lain. Pihak sekolah mampu mendapatkan maklum balas yang lengkap dalam bentuk data kualitatif dan kuantitatif yang merangkumi segala aspek tentang diri seseorang murid itu. Ini bertujuan untuk membolehkan semua pihak yang berkepentingan mengenali, memahami, menghargai, mengiktiraf dan memuliakan anak didik mereka sebagai insan yang berguna, penting dan mempunyai potensi untuk menyumbang kepada pembangunan bangsa dan negara mengikut keupayaan dan kebolehan masing-masing.

Rajah 2 menunjukkan hubung kait antara dokumen kurikulum dengan dokumen standard prestasi.

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

DOKUMENKURIKULUM

DOKUMEN

STANDARD PRESTASI

Matlamat

Objektif

Standard Kandungan

Standard Pembelajaran

PENTAKSIRAN

Pernyataan Standard

Deskriptor

Evidens

Hasil Pembelajaran

Laporan Penguasaan Murid

Rajah 2 : Hubung Kait antara Dokumen Kurikulum dengan Dokumen Standard PrestasiDokumen kurikulum dibangunkan oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK), KPM. Dokumen ini mengandungi perkara-perkara yang patut dipelajari dan perlu disampaikan dalam proses P&P.Dokumen Standard Prestasi (DSP) dibangunkan oleh LP. Dokumen ini mengandungi panduan untuk mentaksir dan melapor penguasaan murid mengikut tahap-tahap pencapaian seperti yang dihasratkan dalam dokumen kurikulum. 4.2Standard Prestasi

Standard prestasi merupakan satu pernyataan yang menerangkan tentang tahap-tahap penguasaan seseorang murid dalam sesuatu bidang atau mata pelajaran yang dipelajari. Dalam satu tempoh pembelajaran, murid ditaksir berdasarkan penanda aras (benchmark) yang terdapat dalam standard prestasi. Guru menggunakan standard prestasi sebagai rujukan untuk menentukan aktiviti pentaksiran dilaksanakan secara adil dan berfokus.

Standard Prestasi juga menjadi sumber rujukan oleh semua pihak yang terlibat dalam pendidikan secara langsung dan tidak langsung seperti murid, guru, ibu bapa serta pihak yang berkepentingan untuk menunjukkan dengan jelas matlamat yang ingin dicapai dalam sistem pendidikan.

Dengan menggunakan Standard Prestasi:1.Murid tahu dengan jelas apa yang perlu dikuasai atau dicapai, apa yang ditaksir dan kualiti yang diharapkan dalam sesuatu pentaksiran.

2.Guru tahu matlamat yang akan dicapai dalam pendidikan murid di sekolah, apa yang ditaksir dan kualiti yang harus ada pada setiap murid.

3.Ibu bapa tahu apa yang telah dikuasai atau dicapai oleh anak-anak mereka selepas melalui proses pendidikan untuk satu tempoh tertentu.

4.Pihak yang berkepentingan tahu matlamat kurikulum dan kualiti murid yang melalui sistem pendidikan negara.

Selain itu, standard prestasi juga boleh dijadikan kayu ukur untuk menentukan tahap dan standard pendidikan negara berbanding negara lain.

4.3Kerangka Standard Prestasi

Pernyataan Standard ialah pernyataan tentang sesuatu domain merujuk kepada tanda aras tertentu dan bersifat generik atau umum tentang tahap pertumbuhan dan penguasaan murid dalam pembelajaran.Pernyataan Standard diletakkan dalam kategori mengikut band iaitu Band 1, Band 2,Band 3, Band 4, Band 5 dan Band 6 yang disusun mengikut hierarki. Pernyataan Standard ini diperjelaskan lagi dengan deskriptor yang menyatakan tentang tingkah laku terperinci yang boleh diperhati dan diukur dalam menentukan prestasi atau tahap penguasaan murid dalam pembelajaran.

Kerangka utama Pernyataan Standard ditunjukkan dalam Jadual 3(a) di bawah.

BANDSTANDARD

6Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Mithali

5Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Terpuji

4Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab

3Tahu, Faham dan Boleh Buat

2Tahu dan Faham

1Tahu

Jadual 3(a) : Kerangka Utama Pernyataan StandardPenerangan terperinci tentang kerangka Pernyataan Standard ditunjukkan dalam Jadual 3(b) di bawah.

BANDSTANDARD

6Murid berupaya menggunakan pengetahuan dan kemahiran sedia ada untuk digunakan pada situasi baru secara sistematik, bersikap positif, kreatif dan inovatif serta boleh dicontohi.

5Murid melaksanakan sesuatu kemahiran pada situasi baru, dengan mengikut prosedur atau secara sistematik, serta tekal dan bersikap positif.

4Murid melaksanakan sesuatu kemahiran dengan beradab, iaitu mengikut prosedur atau secara sistematik.

3Murid boleh menggunakan pengetahuan untuk melaksanakan sesuatu kemahiran pada suatu situasi.

2Murid menunjukkan kefahaman untuk menukar bentuk komunikasi atau menterjemah serta menjelaskan apa yang telah dipelajari.

1Murid tahu perkara asas, atau boleh melakukan kemahiran asas atau memberi respons terhadap perkara yang asas.

Jadual 3(b) : Penerangan Terperinci tentang Kerangka Pernyataan StandardJadual 3(c) di bawah menunjukkan pernyataan dalam Standard Prestasi dan tafsirannya.

PENYATAAN TAFSIRAN

BandSatu label yang digunakan untuk menunjukkan tanda aras tertentu yang disusun secara hierarki digunakan bagi tujuan pelaporan tahap penguasaan murid.

StandardSatu penyataan tentang suatu domain merujuk kepada tanda aras tertentu dan bersifat generik bagi memberi gambaran secara holistik tentang tahap penguasaan murid.

Pernyataan StandardPernyataan Standard bagi sesuatu mata pelajaran diguna pakai dari tingkatan 1 hingga tingkatan 3 yang digubal berdasarkan Objektif Mata Pelajaran berkenaan.

DeskriptorDeskriptor pula merujuk kepada perkara yang murid seharusnya tahu dan boleh buat berdasarkan standard pembelajaran yang diterakan dalam Standard Kurikulum bagi mata pelajaran berkenaan. Deskriptor setiap pernyataan standard adalah berbeza bagi setiap tahun pembelajaran.

Evidens (murid)Pernyataan yang menerangkan bagaimana murid menunjukkan perkara yang diketahui dan dikuasai berdasarkan sesuatu deskriptor.

Evidens (bahan)Bahan atau apa-apa bentuk bukti yang dapat ditunjukkan oleh murid yang melaksanakan sesuatu tugasan dalam bentuk produk atau proses.

Jadual 3(c) : Pernyataan dalam Standard Prestasi dan TafsirannyaHubung kait antara Pernyataan Standard, Deskriptor dan Evidens ditunjukkan dalam Jadual 3(d) di bawah.

BANDPERNYATAAN STANDARDDESKRIPTOREVIDENS

6

5

4

3

2

1Penerangan generik / umum tentang tahap kemajuan pembelajaran

APA yang murid tahu dan boleh buat

BAGAIMANA murid menunjukkan apa yang mereka tahu dan boleh buat

Jadual 3(d) : Hubung Kait antara Pernyataan Standard, Deskriptor dan EvidensRajah 3 Menunjukkan Penggunaan Standard Prestasi dalam Pentaksiran Sekolah

Guru memilih tajuk yang perlu diajar

Guru merancang pengajaran, pembelajaran dan menyediakan kaedah pentaksiran

Guru melaksanakan pengajaran dan pentaksiran

Guru menilai prestasi murid

Guru merekod dan melapor tahap penguasaan murid berdasarkan evidens

Guru memilih tajuk untuk pengajaran yang seterusnya

TAMAT

Rajah 3 : Penggunaan Standard Prestasi dalam Pentaksiran SekolahPermulaan proses P&P, guru merancang perkara yang akan diajar dengan memilih kandungan mata pelajaran yang terdapat dalam dokumen kurikulum. Guru akan menentukan kaedah pengajaran, menyediakan bahan-bahan pengajaran dan seterusnya menyampaikan kandungan mata pelajaran tersebut kepada murid dengan menggunakan pelbagai strategi mengikut kreativiti guru.

Guru seterusnya akan mentaksir tahap penguasaan murid tentang perkara yang diajar. Pentaksiran boleh dilakukan dengan menggunakan pelbagai strategi dan instrumen pentaksiran yang bersesuaian dengan perkara yang ditaksir. Guru juga boleh melakukan pentaksiran secara tidak formal. Contohnya, dalam menggunakan kaedah pemerhatian, guru menilai setiap murid secara berterusan tentang apa yang mereka tahu, faham dan boleh buat.Setelah menilai pencapaian murid, guru akan merujuk DSP untuk melaporkan tahap penguasaan murid berdasarkan evidens yang dikemukakan oleh murid, sama ada dalam bentuk proses, produk atau diri murid itu sendiri.

Bagi murid yang telah menguasai standard yang ditetapkan, guru akan merekod dan melaporkan tahap penguasaan murid serta meneruskan P&P yang berikutnya berdasarkan pemeringkatan dalam dokumen kurikulum. Bagi murid yang tidak menguasai standard yang ditetapkan, guru akan menjalankan sesi pemulihan untuk membimbing murid tersebut. Guru menentukan strategi pengajaran berdasarkan pengalaman pembelajaran untuk membantu murid. Guru akan merekod dan melaporkan tahap penguasaan murid setelah murid mencapai sekurang-kurangnya tahap penguasaan minimum serta meneruskan P&P yang berikutnya berdasarkan pemeringkatan dalam dokumen kurikulum. 4.4Pelaporan

Pelaporan ialah proses guru menentukan tahap penguasaan murid dalam mata pelajaran yang diajar berdasarkan deskriptor dan evidens yang terdapat dalam DSP. Pelaporan boleh dilakukan secara formatif dan sumatif.

4.4.1Pelaporan Formatif

Evidens murid atau evidens bahan yang digunakan sebagai bukti pentaksiran tentang penguasaan murid.

4.4.2Pelaporan Sumatif

Pernyataan deskriptor yang digunakan sebagai pelaporan yang menunjukkan prestasi murid.

4.5Peranan Pihak yang Terlibat dalam Pelaksanaan PS

PS memberi penekanan terhadap peranan pentadbir sekolah, guru, murid, ibu bapa dan pihak berkepentingan.4.5.1Pentadbir Sekolah

i.Mengadakan program pembangunan staf secara berterusan yang merangkumi aspek pengetahuan dan kaedah pelaksanaan PS.

iiMenyediakan peralatan, bahan dan jadual.

iiiMenyediakan kemudahan untuk melaksanakan PS.

ivMenyediakan ruang dan kaedah penyimpanan rekod.

v.Menjalankan pementoran, pemantauan dan penyelarasan.

4.5.2Guru

i.Menjadi pentaksir / pemudah cara dalam proses pengajaran, pembelajaran dan pentaksiran.

iiMembuat pemerhatian secara langsung dan tidak langsung untuk mendapatkan maklumat tentang tingkah laku murid dalam pembelajaran.

iiiMenyediakan instrumen pentaksiran.

ivMemberi maklum balas tentang pencapaian murid.

v.Membantu memperbaiki pembelajaran murid berdasarkan maklumat yang diperoleh.

vi.Mengumpul rekod dan data penguasaan murid.

vii.Melaporkan penguasaan murid.

4.5.3Murid

i.Mengetahui dan memahami standard prestasi.

iiMengetahui perkara yang perlu dikuasai.

iiiMempamerkan pengetahuan dan kemahiran yang dikuasai.

ivMemperbaiki prestasi untuk mencapai standard yang ditetapkan.

4.5.4Ibu Bapa

i.Mengetahui dan memahami standard prestasi dalam sistem pentaksiran.

iiMemahami dan menyedari potensi, kekuatan dan kelemahan anak.

iiiMemahami dan mengiktiraf kewujudan perbezaan individu (individual differences).

ivMembantu anak mencapai tahap penguasaan mengikut keupayaan.

4.5.5Pihak Berkepentingan

i.Mengetahui dan memahami transformasi pendidikan dalam aspek pentaksiran.

ii.Memahami dan menyedari peranan yang boleh dimainkan dalam menjayakan pentaksiran di sekolah.

iii.Memberi pelbagai bentuk sokongan dalam aktiviti pentaksiran.

5PENTAKSIRAN PUSAT

SPUTV diminta untuk melihat semula penerangan pada muka surat 32 hingga 39.

PP ialah pentaksiran yang dilaksanakan di peringkat sekolah oleh guru berdasarkan tugasan dan rubrik penskoran yang dikeluarkan oleh LP dalam tempoh tertentu mengikut mata pelajaran.

Pelaksanaan PP ini dirancang, ditadbir, diperiksa, direkod dan dilapor di peringkat sekolah oleh guru mata pelajaran mengikut garis panduan dan jadual yang ditetapkan oleh LP. PP boleh disesuaikan mengikut keperluan mata pelajaran selagi tugasan tersebut disiapkan mengikut jadual pelaksanaan yang dikeluarkan oleh LP.

PP mempunyai ciri-ciri berikut:1.Holistik iaitu mampu memberi maklumat keseluruhan tentang pengetahuan dan kemahiran yang dicapai oleh murid.

2.Berjadual iaitu pelaksanaan tugasan mengikut jadual dan mesti disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan oleh LP.

3.Bersepadu iaitu tugasan yang menguji pelbagai konstruk dan konteks.

4.Autentik iaitu tugasan yang merujuk keadaan sebenar.

5.Merujuk rubrik penskoran berdasarkan tugasan.

5.1Objektif PP

Objektif PP adalah untuk:5.1.1.Mentaksir penguasaan dan pencapaian murid dalam aspek pemerolehan ilmu, penguasaan ilmu dan kemahiran serta penghayatan nilai dan sahsiah.

5.1.2.Memastikan maklumat yang dikumpul mengenai murid mencukupi dan tepat dengan menggunakan pelbagai instrumen.

5.1.3. Sebagai proses check and balance dengan PS.

5.1.4.Penyamataraan dan pemiawaian pentaksiran.

5.2Rubrik

Rubrik merupakan satu bentuk skema penskoran yang ditetapkan untuk membuat ranking atau pemeringkatan terhadap penguasaan murid. Pemeringkatan penguasaan murid boleh berasaskan kriteria dari aras rendah ke aras tinggi atau dari skor rendah ke skor tinggi. Rubrik memberikan penerangan tentang ciri-ciri kerja murid dengan jelas dan telus supaya murid boleh mengetahui tahap penguasaan prestasinya. Kejelasan dan kefahaman tentang rubrik dapat meningkatkan kesahan dan kebolehpercayaan PP. Rubrik terdiri daripada rubrik analitik dan rubrik holistik.5.2.1.Rubrik Analitik

Rubrik analitik terdiri daripada penerangan terperinci berserta agihan markah bagi setiap skor (point) untuk menilai hasil kerja murid.

5.2.2.Rubrik Holistik

Rubrik holistik mengandungi kriteria dan kualiti untuk menilai hasil kerja murid secara keseluruhan.

5.3Instrumen PP

Pelbagai instrumen pentaksiran yang bersesuaian dengan konstruk yang akan ditaksir dalam sesuatu mata pelajaran digunakan. Instrumen yang digunakan ialah:

5.3.1.Tugasan bertulis

Laporan atau dokumen dalam bentuk penulisan mengikut spesifikasi atau format yang ditetapkan.

5.3.2Kerja amali

Tugasan yang memerlukan murid mempraktikkan atau melakukan apa yang telah dipelajari dalam bentuk teori.

5.3.3Penghasilan produk

Tugasan yang memerlukan murid melaksanakan atau membuat atau menghasilkan satu produk berdasarkan kepada tugasan yang diberikan.

5.3.4Projek

Projek ialah satu bentuk tugasan yang dilaksanakan dalam aktiviti pembelajaran yang dijalankan dalam satu tempoh masa yang ditetapkan melibatkan aktiviti pengumpulan maklumat dan penyediaan laporan. Instrumen ini boleh dijalankan secara individu atau secara berkumpulan. Pelaksanaan instrumen ini membolehkan murid mengintegrasikan pengetahuan serta kemahiran interpersonal dalam melaksanakan tugasan.

5.3.5Kerja kursus

Tugasan yang diberikan kepada murid dan dilakukan untuk tujuan pentaksiran atau penilaian dalam menyempurnakan sesuatu program pembelajaran.

5.3.6Pemerhatian

Instrumen yang memerlukan murid melaksanakan tugasan dengan cara melihat atau mengawasi sesuatu perkara secara berkala atau berjadual tentang apa yang dihasratkan.

5.3.7Persembahan

Instrumen yang bersifat lebih fleksibel melibatkan tugasan menyeluruh yang merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan sikap dalam pelbagai situasi dan konteks. Persembahan meliputi komponen praktikal sesuatu mata pelajaran dengan menentukan bagaimana murid menggabungkan teori dan amali.

5.3.8Kajian lapangan

Instrumen yang memerlukan murid membuat kajian di luar bilik darjah atau makmal untuk mendapatkan data dan maklumat.

5.3.9Karya penulisan

Instrumen yang memerlukan murid menghasilkan karya kreativiti dalam bentuk bertulis berpandukan kepada tugasan yang diberikan.

5.3.10Kajian kes

Instrumen yang memerlukan murid membuat kajian tentang sesuatu isu berdasarkan data atau maklumat terperinci yang dikumpulkan dalam masa tertentu atau yang ditetapkan.

5.3.11Ujian Bertulis

Instrumen ....

5.4Pelaksanaan PP

Pelaksanaan PP melibatkan perancangan yang menyeluruh di semua peringkat dengan memastikan prosedur adalah seragam dan dipatuhi bagi menjamin keadilan, kesahan dan kebolehpercayaan dalam pentaksiran. Pengoperasian PP merangkumi:

5.4.1Perancangan

Perancangan adalah untuk menyelaraskan kerja-kerja pengoperasian PP supaya pelaksanaannya berjalan lancar menepati kehendak dan spesifikasi tugasan. PP dilaksanakan secara sistematik dan menepati jadual kerja yang ditetapkan. Perancangan PP melibatkan LP, BPK, Bahagian Pendidikan Khas (BPKhas), Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH), JPN, PPD, sekolah serta agensi-agensi lain yang berkaitan.

Perancangan di peringkat sekolah merujuk kepada bila pentaksiran dijalankan, siapa yang terlibat (pentadbir sekolah, JK PBS dan pentaksir dan murid), penyediaan alat, bahan dan kemudahan. Perancangan PP juga merujuk kepada kefahaman terhadap tugasan dan rubrik penskoran, prosedur penskoran, perekodan dan pelaporan serta prosedur penyimpanan.

5.4.2

Penyediaan Jadual Kerja

Menyediakan satu jadual kerja yang mengandungi maklumat mengenai aktiviti atau tindakan yang akan dijalankan, tempoh masa, penglibatan dan tanggungjawab.

Perkara-perkara yang perlu dipertimbangkan ialah:

i. Peringatan kepada murid.

ii. Kualiti tugasan

Tidak menciplak hasil kerja orang lain.

Perlu mengikut spesifikasi penghasilan tugasan yang ditetapkan.

Bagi tugasan berbentuk amali, persembahan atau penghasilan produk berdasarkan kriteria yang ditetapkan.

Perlu mencapai tahap yang ditetapkan.

5.4.3PenataranPenataran ialah satu usaha untuk memastikan wujudnya kefahaman dan kesefahaman dalam kalangan pentaksir dan pengguna supaya skor yang diperoleh mempunyai darjah kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi. Penataran dijalankan dengan tujuan memberi pengetahuan, kefahaman dan kesefahaman berhubung perkara yang ditaksir, kriteria yang dirujuk, evidens yang dicari, instrumen yang digunakan dan kaedah pemberian skor.

5.4.4Penyelarasan

Penyelarasan ialah satu proses untuk memastikan keselarasan kefahaman terhadap peraturan dan skema penskoran atau rubrik. Penyelarasan dilakukan dari aspek penskoran untuk memastikan konstruk, gred atau skala skor adalah seragam dan seterusnya meningkatkan kebolehpercayaan dan kesahan skor pentaksiran bagi menjamin kualiti.

5.4.5Pelaporan

Pelaporan PP merujuk kepada rumusan skor oleh guru pentaksir bagi mengetahui tahap penguasaan murid. Rumusan skor akan dibuat berdasarkan prinsip rumusan yang telah ditetapkan. Tahap penguasaan boleh diperbaiki atau dipertingkatkan dalam tempoh yang ditetapkan.

5.5Carta Alir Pelaksanaan PP

Rajah 4 menunjukkan Carta Alir Proses Penataran PP di semua peringkat manakala Rajah 5 menunjukkan Pelaksanaan PP di sekolah.LEMBAGA PEPERIKSAAN

JABATAN PELAJARAN NEGERI

PEJABAT PELAJARAN DAERAH

SEKOLAH

Menyediakan bahan PP dan menjalankan penataran peringkat kebangsaan

Menerima bahan PP dan menjalankan penataran peringkat negeri

Menerima bahan PP dan menjalankan penataran peringkat daerah

Menerima bahan PP dan menjalankan penataran peringkat sekolah

Taklimat kepada JK PBS Negeri

Taklimat kepada JK PBS Daerah

Taklimat kepada JK PBS Sekolah

Mengadakan penataran PP peringkat Negeri

Mengadakan penataran PP peringkat Daerah

Mengadakan penataran PP peringkat Sekolah

Menyediakan laporan penataran

Menyediakan laporan penataran

Menyediakan laporan penataran

Menerima rumusan penataran daripada sekolah

Menghantar laporan penataran ke PPD

Merumuskan laporan penataran peringkat daerah

Menerima rumusan penataran daripada PPD

Menghantar rumusan keseluruhan penataran PP ke JPN

Menerima laporan dari JPN

Menghantar rumusan keseluruhan penataran PP ke LP

Rajah 4 : Carta Alir Proses Penataran Pentaksiran PusatMULA

Guru merancang pengajaran dan pembelajaran serta pentaksiran.

Guru melaksanakan pengajaran dan pembelajaran serta pentaksiran.

Guru mentaksir, menskor berdasarkan evidens dan merekod.

Penyelarasan.

Pembetulan skor dan pelaporan. Merumus dan melapor dalam sistem dan memberi maklum balas.

TAMAT

Rajah 5 : Pelaksanaan Pentaksiran Pusat5.6Peranan Pihak Yang Terlibat Dalam Pelaksanaan PP

PP memberi penekanan terhadap peranan pentadbir sekolah, guru, murid, ibu bapa dan pihak yang berkepentingan.5.6.1Pentadbir Sekolah

i. Mengadakan program pembangunan staf secara berterusan yang merangkumi aspek pengetahuan dan kaedah pelaksanaan PP.

ii. Menyediakan peralatan, bahan dan jadual.

iii. Menyediakan kemudahan untuk melaksanakan PP.

iv. Menyediakan ruang dan kaedah penyimpanan rekod.

5.6.2Guru

i. Mengumpul rekod dan data pencapaian murid.

ii. Membuat pemerhatian secara langsung dan tidak langsung untuk mendapatkan maklumat tentang tingkah laku murid dalam pembelajaran.

iii. Melaksanakan pentaksiran.

iv. Memberi maklum balas tentang penguasaan murid.

v. Membantu memperbaiki pembelajaran murid berdasarkan maklumat yang diperoleh.

vi. Menjadi pemudah cara dalam proses pengajaran, pembelajaran dan pentaksiran.

5.6.3Murid

i. Mengetahui dan memahami tugasan dan rubrik penskoran.

ii. Mengetahui perkara yang perlu dikuasai.

iii. Mempamerkan pengetahuan dan kemahiran yang dikuasai.

iv. Memperbaiki prestasi untuk mencapai piawai yang ditetapkan.

5.6.4Ibu Bapa

i. Mengetahui dan memahami rubrik penskoran dalam sistem pentaksiran.

ii. Memahami dan menyedari potensi, kekuatan dan kelemahan anak.

iii. Memahami dan mengiktiraf kewujudan perbezaan individu (individual differences).

iv. Menggalakkan anak mencapai tahap penguasaan mengikut keupayaan.

5.6.5Pihak yang berkepentingan contoh PIBG

i. Memberi pelbagai bentuk sokongan dalam aktiviti pentaksiran.

ii. Menggalakkan minat pembelajaran sepanjang hayat.

iii. Memberi komitmen terhadap usaha menjana pembangunan, pertumbuhan dan penyebaran ilmu.

iv. Mendorong dan menggalakkan kreativiti dan inovasi.

5.7 Definisi Istilah

5.7.1Ditadbir

Usaha mengumpul maklumat pentaksiran dan dilaksanakan oleh guru mata pelajaran atau pentaksir yang terlibat semasa P&P dan pengurusan evidens.

5.7.2Diskor

Proses pemberian skor kepada perkara yang ditaksir berdasarkan peraturan penskoran / rubrik.

5.7.3Dilaporkan

Rumusan skor oleh guru pentaksir bagi mendapatkan tahap penguasaan murid. Rumusan skor akan dibuat berdasarkan prinsip rumusan yang telah ditetapkan.

5.7.4Dimoderatkan

Usaha memastikan skor murid disetarakan bagi tiap-tiap murid dalam sesebuah sekolah dan antara sekolah. Mekanisme ini menjamin kebolehpercayaan dan kesahan skor pentaksiran.

5.7.5Kesahan dan Kebolehpercayaan

Kesahan ialah sejauh mana skor sesuatu pentaksiran dapat menggambarkan relevan dan kecukupcakupan perkara yang ditaksir. Ini dapat ditentukan dengan menetapkan perkara yang ditaksir adalah terangkum dalam dokumen kurikulum / Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran

Kebolehpercayaan merujuk kepada sejauh mana skor pentaksiran itu tepat dan tekal. Kesahan dan kebolehpercayaan skor pentaksiran dipastikan melalui penyelarasan dan pemantauan.

6PENTAKSIRAN AKTIVITI JASMANI, SUKAN DAN KOKURIKULUM (PAJSK)

PAJSK adalah sebagai panduan untuk menilai aktiviti fizikal dan kesihatan serta mengukur penyertaan, penglibatan dan pencapaian murid dalam pelbagai aktiviti sukan, kokurikulum dan ekstra kurikulum.

PAJSK memerlukan murid melibatkan diri dalam aktiviti bukan akademik sama ada di dalamatau di luar bilik darjah mengikut keupayaan murid. PAJSK dibangunkan untuk melengkapi sistem pentaksiran pendidikan di Malaysia supaya lebih holistik dan bersepadu. Ia juga sejajar dengan konsep Satu Murid Satu Sukan (1M1S), pembangunan modal insan dan perkembangan potensi murid dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI) seperti yang dihasratkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

6.1Komponen PAJSK

PAJSK merangkumi lima komponen; SEGAK, BMI, sukan, kokurikulum dan ekstra kurikulum seperti dalam Rajah 6.

Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK)

SEGAKSukanKokurikulum

BMIEkstra Kurikulum

Body Mass Index (BMI)

Merekodkan tentang ketinggian dan berat badan bagi menentukan tahap jisim badan

Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan (SEGAK)

Mengukur tahap kecergasanPenyertaan, Penglibatan dan Pencapaian dalam aktiviti sukan:

-Sekolah

-Daerah / Zon

-Negeri

-Kebangsaan

-AntarabangsaPenyertaan, Penglibatan dan Pencapaian dalam:

-Kelab

-Persatuan

-Unit BeruniformPenyertaan, Penglibatan dan Pencapaian dalam aktiviti ekstra kurikulum:

-Sekolah

-Daerah / Zon

-Negeri

-Kebangsaan

-Antarabangsa

Rajah 6 : Komponen PAJSK

6.1.1Pentaksiran SEGAKSEGAK dalam PAJSK merupakan aktiviti fizikal yang dilakukan oleh murid sekolah untuk mengukur kecergasan berdasarkan kepada Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan (SEGAK) yang ditetapkan. Skor mengikut tahap umur ini ditetapkan dengan menggunakan indeks skor standard yang telah diperakui di peringkat kebangsaan. SEGAK terdiri daripada empat aktiviti iaitu "Naik turun bangku", "Tekan tubi", "Ringkuk Tubi Separa" dan "Jangkauan Melunjur".

a. Objektif SEGAK ialah menilai dan mengukur tahap kecergasan fizikal murid.

b. Konstruk yang diukur:

i. Perkembangan fizikal murid

ii. Kecergasan

iii. Senaman

c. Pelaksanaan Pentaksiran SEGAK:

i. SEGAK dilaksanakan dua kali setahun iaitu pada pertengahan dan akhir tahun persekolahan tahun semasa.

ii. Kemasukan skor SEGAK boleh dilakukan bermula dari awal Januari sehingga 31 Mac untuk penggal pertama dan dari awal April sehingga 31 Ogos bagi penggal kedua.

iii. Semua murid peringkat menengah rendah diwajibkan terlibat dalam pentaksiran ini.

iv. Guru Pendidikan Jasmani akan merekod skor murid semasa melaksanakan aktiviti SEGAK dan guru kelas akan memasukkan skor dalam aplikasi PAJSK yang disediakan oleh LP.

v. Guru kelas mencetak pelaporan yang dijana oleh aplikasi PAJSK.

6.1.2Pentaksiran BMI

BMI dalam PAJSK tertumpu kepada mengukur berat badan dan ketinggian seseorang murid menggunakan piawaian ukuran BMI.

a.Objektif Pentaksiran BMI:

i.Mengukur BMI murid.

ii.Menentukan tahap keseimbangan lemak badan dengan ukuran ketinggian dan berat badan seseorang murid.

b.Konstruk yang diukur:

i.Tinggi

ii.Berat

iii.Tafsiran BMI

c.Pelaksanaan Pentaksiran BMI:

i.Pentaksiran BMI dilaksanakan dua kali setahun iaitu pada pertengahan dan akhir tahun persekolahan tahun semasa.

ii.Kemasukan skor BMI boleh dilakukan bermula dari awal Januari sehingga 31 Mac untuk penggal pertama dan dari awal April sehingga 31 Ogos bagi penggal kedua.

iii.Semua murid peringkat menengah rendah diwajibkan terllibat

iv.Guru Pendidikan Jasmani merekod berat badan dan ketinggian murid serta guru kelas merekod skor BMI dalam aplikasi PAJSK yang disediakan oleh LP.

v.Guru kelas mencetak pelaporan tafsiran BMI yang dijana oleh aplikasi PAJSK.

6.1.3Pentaksiran Sukan Dan Kokurikulum

Pentaksiran Sukan dan Kokurikulum dalam PAJSK adalah untuk mengukur aktiviti sukan dan kokurikulum yang ditetapkan oleh KPM yang bertujuan untuk membangunkan modal insan dalam usaha memupuk nilai, sahsiah serta pembangunan diri seseorang murid. Konstruk dan pelaksanaan pentaksiran sukan dan pentaksiran kokurikulum dalam PAJSK adalah serupa.

Aktiviti sukan merangkumi aktiviti permainan dan pertandingan di peringkat sekolah, daerah / zon, negeri, kebangsaan atau antarabangsa.Aktiviti kokurikulum merangkumi aktiviti murid dalam persatuan, kelab dan pasukan beruniform di peringkat sekolah, daerah / zon, negeri, kebangsaan atau antarabangsa. (Rajah 6 menunjukkan Aspek Pentaksiran Sukan dan Kokurikulum)

a. Objektif Pentaksiran Sukan dan Kokurikulum ialah memberi skor kepada aktiviti sukan dan kokurikulum murid.

b. Konstruk yang diukur:

i. Penyertaan murid dalam aktiviti sukan dan kokurikulum.

ii. Penglibatan murid dalam aktiviti sukan dan kokurikulum.

iii. Pencapaian atau prestasi murid dalam aktiviti sukan dan kokurikulum.

c. Pelaksanaan Pentaksiran Sukan dan Kokurikulum:

Pentaksiran Sukan dan Kokurikulum dilaksanakan secara berterusan bagi setiap aktiviti mengikut perancangan dan pelaksanaan yang ditetapkan oleh sekolah, PPD atau JPN.

i. Semua murid peringkat menengah rendah diwajibkan terlibat.

ii. Guru penasihat aktiviti sukan dan guru penasihat kokurikulum merekod setiap aktiviti sukan dan kokurikulum menggunakan Borang Rumusan Aktiviti Sukan / Kokurikulum (Lampiran 6) dan guru kelas akan memasukkan skor dalam aplikasi PAJSK yang disediakan oleh LP.

iii. Guru kelas mencetak pelaporan yang dijana oleh aplikasi PAJSK apabila diperlukan.

iv. Pemberatan wajaran aktiviti sukan dan kokurikulum adalah berdasarkan tiga aspek seperti dalam Jadual 4.

Jadual 4 : Aspek Pentaksiran Sukan dan Kokurikulum

Aspek

(110 Markah)

Penglibatan(50 Markah)Penyertaan (40 Markah)Prestasi

(20 Markah)

ElemenElemenElemen

JawatanPeringkatKomitmen

Khidmat SumbanganKehadiranPencapaian

Nilai SkorNilai SkorNilai Skor

102010104020

6.1.4Pentaksiran Aktiviti Ekstra KurikulumPentaksiran Aktiviti Ekstra Kurikulum merupakan satu usaha untuk mendapatkan maklumat, membuat penilaian dan memberi skor untuk aktiviti bermanfaat yang dijalankan sama ada di sekolah atau di luar waktu persekolahan dan mendapat kebenaran ibu bapa/penjaga dan pengesahan pihak sekolah. Aktiviti ekstra kurikulum merupakan aktiviti yang boleh membentuk keperibadian yang terpuji, membina sahsiah yang baik, mendorong melakukan kerja amal untuk kepentingan masyarakat setempat dan umum.

a.Objektif Pentaksiran Aktiviti Ekstra Kurikulum adalah untuk mengumpul maklumat dan memberi skor kepada aktiviti ekstra kurikulum murid.

b.Konstruk yang diukur:

i.Perkhidmatan

ii.Anugerah daripada badan-badan lain

iii.Khidmat masyarakat

iv.Program NILAM

c.Pelaksanaan Pentaksiran Aktiviti Ekstra Kurikulum:

i.Pentaksiran Aktiviti Ekstra Kurikulum dilaksanakan secara berterusan sepanjang tahun semasa dan pada bila-bila masa di luar waktu persekolahan.

ii.Penglibatan murid adalah secara sukarela. Penyertaan dan keselamatan murid dalam aktiviti ekstra kurikulum adalah menjadi tanggungjawab ibu bapa, waris atau penjaga.

iii.Pengesahan aktiviti ekstra kurikulum murid hendaklah dibuat melalui tandatangan dan cap penganjur.

iv.Guru kelas merekod aktiviti ekstra kurikulum menggunakan Borang Rumusan Aktiviti Ekstra Kurikulum (Lampiran 7) dan memasukkan skor dalam aplikasi PAJSK yang disediakan oleh LP.

v.Guru kelas mencetak pelaporan yang dijana oleh aplikasi PAJSK apabila diperlukan.

vi.Pemberatan wajaran aktiviti ekstra kurikulum adalah berdasarkan empat aspek iaitu perkhidmatan, anugerah daripada badan-badan lain, khidmat masyarakat dan program NILAM.

Aspek penglibatan murid merangkumi empat elemen seperti dalam Jadual 5Jadual 5 : Jadual Elemen Berdasarkan Aspek Ekstra Kurikulum

AspekElemenSkor

PerkhidmatanJawatan10

AnugerahRujuk Dokumen Anugerah10

Khidmat MasyarakatKomitmen10

NILAMRujuk Dokumen NILAM10

6.2BORANG-BORANG DALAM PAJSK

6.2.1 LAMPIRAN 4 Borang Rekod SEGAK dan BMI6.2.2 LAMPIRAN 5 Borang Rekod Kehadiran6.2.3 LAMPIRAN 6 Borang Rumusan Aktiviti Sukan / Kokurikulum6.2.4 LAMPIRAN 7 Borang Rumusan Aktiviti Ekstra Kurikulum 7PENTAKSIRAN PSIKOMETRIK (PPsi)

PPsi ialah suatu kaedah yang digunakan secara sistematik untuk mengumpul maklumat yang menggambarkan tret psikologi. Tret psikologi yang diukur merangkumi aptitud dan personaliti murid. Hasil dapatan PPsi dapat digunakan untuk membantu mempertingkatkan pembelajaran murid.

PPsi menggunakan instrumen pentaksiran yang tidak berasaskan kurikulum dan proses pengajaran dan pembelajaran. PPsi mengukur kebolehan semula jadi (innate ability) dan kebolehan yang diperoleh (acquired ability) daripada pengalaman dan persekitaran.Dokumen Panduan Pentaksiran Psikometrik akan diedarkan kepada sekolah sebagai panduan melaksanakan PPsi.Pentaksiran yang dilaksanakan di peringkat sekolah dan / atau pusat untuk mengukur kebolehan (innate ability dan acquired ability), kemahiran berfikir, kemahiran menyelesaikan masalah, minat, kecenderungan, sikap dan personaliti murid. Pentaksiran ini tidak berasaskan kurikulum dan proses pengajaran dan pembelajaran. ( rujuk para 2.4 )

7.1Komponen PPsi

Komponen PPsi terdiri daripada Ujian Aptitud Khusus dan Inventori Personaliti. Konstruk yang diukur dalam komponen PPsi seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 7. ( Perlu huraian kepada rajah) Nyatakan tentang tret personaliti dan minat kerja. Mengapa dipisahkan sebagai sub komponen.Pentaksiran Psikometrik

Ujian Aptitud KhususInventori Personaliti

Tret PersonalitiMinat Kerjaya

1. Verbal Linguistik1. Intelektual1. Realistik

2. Visual Ruang Bukan Verbal2. Kreatif2. Investigatif

3. Logik Matematik3. Kepelbagaian3. Artistik

4. Muzik4. Struktur4. Sosial

5. Naturalis5. Analitikal5. Enterprising

6. Kinestatik6. Menolong6. Konvensional

7. Interpersonal7. Ekstrovert

8. Intrapersonal8. Kritik Diri

9. Existential9. Autonomi

10. Agresif

11. Pencapaian

12. Resilien

13. Mengawal

14. Wawasan

15. KejujuranRujuk 7.1.2 Kenal pasti istilah english/malay

Rajah 7 : Konstruk yang diukur dalam Pentaksiran Psikometrik7.1.1Ujian Aptitud KhususUjian Aptitud Khusus ialah instrumen untuk mendapatkan maklumat khusus tentang struktur kecerdasan serta minat atau kecenderungan murid.

a. Objektif Ujian Aptitud Khusus:

i. Mengenal pasti potensi murid pada peringkat umur tertentu.

ii. Membantu guru mengenal pasti strategi, kaedah dan teknik pengajaran supaya dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang berkesan.

iii. Membantu murid mengenal potensi diri.

iv. Meramalkan kejayaan murid dalam alam pembelajaran dan kerjaya.

b. Konstruk Ujian Aptitud Khusus:

i. Verbal Linguistik (pintar perkataan): keupayaan seseorang individu menggunakan bahasa, memahami maklumat dan memberi respons dalam pelbagai bentuk set komunikasi.

ii. Visual Ruang Bukan Verbal (pintar ruang): keupayaan seseorang individu mengguna, menganggar dan mengintepretasi ruang.

iii. Logik Matematik (pintar nombor): keupayaan seseorang individu menggunakan nombor dalam kehidupan seharian untuk membuat penyelesaian secara logikal.

iv. Muzik (pintar muzik): keupayaan seseorang individu menghargai, menghayati dan menggubah muzik.

v. Naturalis (pintar naturalisma): keupayaan seseorang individu mengenalpasti, menghargai alam semulajadi.

vi. Kinestatik Jasmani (pintar jasmani): keupayaan seseorang individu mengawal dan memahami pergerakan tubuh.

vii. Interpersonal (pintar sosial): keupayaan seseorang individu berkomunikasi, berinteraksi dan bekerjasama dengan orang lain.

viii. Intrapersonal (pintar kendiri): keupayaan seseorang individu memahami kendiri dengan menilai kekuatan, kelemahan, bakat dan minat supaya boleh membantu orang lain. atau

keupayaan seseorang individu memahami dan menilai kekuatan, kelemahan, bakat dan minat kendiri.

ix. Existential (pintar kewujudan) : peka dan berkebolehan membincangkan hal-hal kewujudan seperti mencari makna dalam kehidupan.

c. Pelaksanaan Ujian Aptitud Khusus:

i. Ujian ini dilaksanakan kepada murid Tingkatan Tiga.

ii. Instrumen Ujian Aptitud Khusus disediakan oleh LP.

iii. Pelaporan akan disediakan oleh LP.

7.1.2Inventori PersonalitiInventori Personaliti ialah instrumen yang digunakan untuk mengumpul maklumat tentang sahsiah unik setiap murid. Inventori personaliti terbahagi kepada dua (sub komponen/bahagian) iaitu:

Tret personaliti

Minat kerjaya

a. Objektif Inventori Personaliti:

i. Membantu guru mengenal pasti personaliti murid supaya dapat menggunakan strategi P&P yang sesuai.

ii. Membantu murid dan ibu bapa mengenal pasti personaliti murid dan menyedari potensi diri.

iii. Menyediakan profil murid yang lengkap untuk rujukan dan kegunaan dalam pendidikan dan perkembangan individu. ( Rujuk Panduan PPsi m.s. 7)

b. Konstruk dalam Tret Personaliti:Konstruk yang ditaksir adalah bersesuaian dengan budaya dan keperluan di Malaysia.

Bil.KonstrukKeterangan

i. i.IntelektualIndividu yang berminat kepada aktiviti-aktiviti yang memberikan cabaran dari segi intelektual. Mementingkan aktiviti yang berbentuk kognitif dan ilmiah.

ii. ii.KreatifIndividu yang berkebolehan mencipta, menghasilkan dan mengembangkan idea baharu dan asli.

iii. iii.KepelbagaianIndividu yang dapat menghayati pelbagai situasi bagi mendapatkan pengalaman baharu ke arah perubahan yang berterusan.

iv. iv.StrukturIndividu yang suka kepada kekemasan, kebersihan serta perkara-perkara yang berstruktur, berulang-ulang dan terperinci. Individu mempunyai pendirian dan keputusan yang tetap.

v. AnalitikalIndividu yang sangat sensitif kepada persekitaran, suka membuat pemerhatian dan akan menganalisis sesuatu perkara sebelum membuat sesuatu keputusan. Sukar mempercayai sesuatu tanpa fakta dan sangat berhati-hati dalam membuat keputusan.

Bil.KonstrukKeterangan

vi. vi.MenolongIndividu yang berkeinginan untuk menunjukkan atau meluahkan simpati, kasih sayang dan juga memberi bantuan serta membuat kebaikan kepada orang lain.

vii. vii.Ekstrovert

Individu yang suka dikelilingi, berinteraksi dan bekerja dengan orang ramai.

viii. viii.Kritik DiriIndividu yang tidak stabil dari segi emosi dan psikologi. Mempunyai anggapan bahawa orang lain adalah lebih baik.

ix. xi.AutonomiIndividu yang lebih sukakan kebebasan dalam tindakan dan dapat mengawal serta menentukan aktiviti-aktiviti hariannya.

x. x.AgresifIndividu yang terlalu kritikal terhadap orang lain, tegas, berani dan tidak suka dimanipulasi. Tidak menghiraukan perasaan orang lain untuk mencapai matlamat diri.

xi. PencapaianIndividu yang bermotivasi, mahukan status yang tinggi dan suka kepada persaingan.

xii. ResilienIndividu yang cekal dan bermotivasi untuk menghabiskan atau menyelesaikan semua tugas.

xiii. MengawalIndividu yang suka mengawal orang lain atau lebih suka memimpin daripada dipimpin.

xiv. WawasanIndividu yang boleh menjangkau, melihat, membayangkan masa hadapan dengan jelas dan pandangannya terperinci. Individu sentiasa bertenaga dan sangat efektif dalam sesuatu kerja. Melihat perkara besar yang tidak dilihat oleh orang lain.

xv. KejujuranIndividu yang ikhlas dalam melaksanakan sesuatu perkara.

c. Konstruk dalam Minat Kerjaya

Konstruk yang ditaksir adalah berdasarkan Teori Tipologi Holland.

Bil.KonstrukKeterangan

i. Realistik

(Membuat)

(Praktikal)Ciri-ciri personaliti: Individu yang praktikal, mekanikal, materialistik, suka menggunakan peralatan dan mesin, introvert, akur, natural (semula jadi), berhemah, tulen, tegas dan berprinsip.Persekitaran pekerjaan yang memerlukan kemahiran praktikal dan mekanikal. Bekerja dengan objek, peralatan, mesin, haiwan dan tumbuhan. Mempunyai kemahiran yang baik apabila menggunakan peralatan, lukisan mekanikal, mesin atau haiwan. Menghargai objek praktik yang boleh dilihat dan disentuh. Lebih suka bekerja di luar bangunan.Contoh pekerjaan: Jurutera, jurubina, animator, pengaturcara komputer, juruterbang, ahli radiologi, pustakawan, juruteknik elektronik, chef, atlet, ahli bomba dan penyelamat, pemandu, tentera, operator mesin, mekanik, ahli perkebunan dan pembuat perabot.

ii. Investigatif

(Memikir)Ciri-ciri personaliti: Individu yang analitikal, rasional, teliti, intelektual, introvert, introspektif, optimistik, ingin tahu, teoris, jitu dan pemerhati.

Persekitaran pekerjaan yang memerlukan kemahiran menyelidik, saintifik, intelektual, analitikal dan mementingkan ketepatan. Suka membuat pemerhatian, mempelajari sesuatu, membuat penyelidikan, menganalisis, menilai dan menyelesaikan masalah. Menghargai sains dan matematik. Melihat diri sendiri sebagai tepat, saintifik dan intelektual serta meminati kerjaya saintifik dan beberapa kerjaya bercorak teknikal. Contoh pekerjaan: Pegawai perubatan, aktuari, ahli farmasi, psikatrik, ahli ekonomi, ahli kajicuaca, ahli biologi, ahli botani, ahli agronomi, ahli fizik, ahli kaji bintang, ahli kimia, ahli kajibumi, penyelidik sains, angkasawan, ahli antropologi, profesor, guru sains dan matematik.

Bil.GagasanKeterangan mengenai bidang minat kerjaya

iii. Artistik

(Mencipta)KaryawanCiri-ciri personaliti: Individu yang imaginatif, intuitif, ekspresif, estetik, emosional, introspektif, reflektif, tulen, bebas, sensitif dan idealistik.

Persekitaran pekerjaan yang memerlukan daya intuisi yang tinggi, ekspresif, original, bebas, kreatif, inovatif dan artistik. Suka bekerja dalam situasi yang kurang berstruktur, tidak rutin dan tidak berulang-ulang. Mempunyai apresiasi yang tinggi dan menghargai hasil seni kreatif.Contoh pekerjaan: Arkitek, penulis seni kreatif, artis, pemimpin orkestra, pengubah lagu, pengarang, pelukis, wartawan hiburan, kartunis, pereka grafik, pereka fesyen, juruhias dalaman, jurufoto, dan jurusolek.

iv. Sosial

(Menolong)Ciri-ciri personaliti: Individu yang suka bersosial, suka menolong, bekerjasama, mesra, peramah, sabar, ekstrovert, empati, baik hati, bertanggungjawab dan boleh dipercayai.

Persekitaran pekerjaan yang memerlukan interaksi, kerjasama, kolaborasi, saling membantu, melatih dan membuat kebajikan kepada orang lain. Mempunyai kemahiran berinteraksi dan berkomunikasi dengan orang lain. Suka kepada aktiviti membantu, memberi perkhidmatan dan menyelesaikan masalah sosial. Contoh pekerjaan: Guru, pensyarah, kaunselor, pekerja sosial, pegawai perhubungan awam, penyambut tetamu, pegawai kebajikan, jururawat, paramedik, pramugari / pramugara dan pemandu pelancong.

Bil.GagasanKeterangan mengenai bidang minat kerjaya

v. Enterprising

(Memujuk)Ciri-ciri personaliti: Individu yang mempunyai ciri kepimpinan, sukakan pencapaian, bertenaga, daya pujuk yang tinggi, suka mempengaruhi, kebolehan manipulasi, suka meneroka (adventurous), yakin diri, optimistik, mudah mesra, berwawasan, bercita-cita tinggi, berusaha, sosial, suka menonjolkan diri, ekstrovert dan bijak berkomunikasi.

Persekitaran pekerjaan yang melibatkan pentadbiran dan pengurusan, perniagaan dan keusahawanan. Wujudnya suasana pengaruh-mempengaruhi, mengarah, memimpin dan mengurus individu lain serta menjual barangan atau idea. Matlamat akhir mereka adalah untuk mencapai keuntungan organisasi dan keuntungan ekonomi.Contoh pekerjaan: Usahawan, pengarah syarikat, spekulator, eksekutif pengiklanan, eksekutif pemasaran, agen insuran, pengarah publisiti, peguam, ahli politik, pengurus hotel, pengurus bank, wartawan, jurujual, jurulatih dan agen pelancongan.

vi. Konvensional

(Mengurus)Ciri-ciri personaliti: Individu yang berstruktur tinggi, teliti, daya tahan tinggi, akur, praktikal, mengikut aturan, defensif, menurut perintah, cermat, cekap dan rutin.

Persekitaran pekerjaan berstruktur dan teratur yang melibatkan data, nombor, dan kerja-kerja perkeranian. Melakukan kerja secara terperinci, mengikut peraturan dan arahan.Contoh pekerjaan: Kerani, setiausaha, penyimpan kira-kira, guru perdagangan / guru perakaunan, akauntan, jurutrengkas, pegawai bank, pegawai cukai, operator komputer, penilai harta, juru audit, juruwang dan pegawai perangkaan.

d. Pelaksanaan Inventori Personaliti:

i. Ujian ini dilaksanakan pada bila-bila masa mengikut keperluan dan tidak berjadual.

ii. Tidak diwajibkan untuk semua murid dan terbuka kepada yang memerlukan sahaja.

iii. Instrumen disediakan oleh LP dan ditadbir oleh sekolah.

iv. Pelaporan disediakan oleh pihak sekolah.

8MANUAL PENJAMINAN KUALITI

Manual Penjaminan Kualiti bertujuan memberi panduan kepada pihak yang berkenaan seperti guru mata pelajaran, Guru Cemerlang, Ketua Panitia, Guru Kanan Mata Pelajaran (GKMP), Pengetua, pegawai-pegawai PPD, JPN dan KPM untuk memastikan penjaminan kualiti pelaksanaan PBS. Setiap individu yang terlibat dalam pembangunan dan pelaksanaan sistem pentaksiran pendidikan adalah bertanggungjawab menjamin kualiti dan mutu pentaksiran yang dikendalikan. Kualiti hendaklah menjadi keutamaan dalam semua aspek dan peringkat pentaksiran.

Pentaksiran yang berkualiti akan menghasilkan maklumat yang tepat dan menunjukkan keadaan sebenar tentang tahap pembelajaran murid. Maklumat yang tepat boleh membantu pembuat dan penentu dasar melakukan perubahan bagi tujuan meningkatkan P&P. Indikator atau petunjuk utama bagi penjaminan kualiti dalam pentaksiran ialah kesahan, kebolehpercayaan, kebolehtadbiran dan keadilan.

Penjaminan kualiti dalam pelaksanaan PBS melalui:8.1Pementoran

8.2Penyelarasan

8.3Pemantauan

8.4Pengesanan

8.1Pementoran

Pementoran PBS ialah proses membantu, memudah cara dan membimbing guru untuk melaksanakan PBS mengikut prinsip dan prosedur pelaksanaan yang ditetapkan.Kekerapan pementoran adalah mengikut keperluan.

8.1.1Objektif Pementoran:

a. Memberi bimbingan, khidmat bantu dan nasihat mengenai pelaksanaan dan pengurusan PBS.

b. Meningkatkan kemahiran pelaksanaan pentaksiran dalam kalangan guru yang dibimbing.

c. Meningkatkan kompetensi dan keyakinan guru yang dibimbing.

d. Membantu guru menyelesaikan masalah pelaksanaan PBS.

e. Membina rangkaian kerja dan hubungan profesional antara mentor dan guru yang dibimbing.

8.1.2Jenis Pementoran:

a. Formal

b. Informal

8.1.3Mentor:

a. Mentor dalaman terdiri daripada:

i. Pengetua

ii. Guru Penolong Kanan

iii. GKMP / Ketua Bidang

iv. Ketua Panitia

v. Guru Cemerlang

vi. Jurulatih Utama

vii. Mana-mana guru yang dilantik oleh sekolah

b. Mentor luaran terdiri daripada:

i. Pegawai LP

ii. Pegawai JPN

iii. Pegawai PPD

iv. Mana-mana pegawai yang dilantik oleh LP, JPN dan PPD.

8.1.4Peranan Mentor:

a. Membimbing guru menggunakan standard prestasi dan aplikasi SPPBS.

b. Membantu guru menyediakan instrumen pentaksiran.

c. Memberi pendedahan pelbagai jenis instrumen pentaksiran.

d. Memastikan pelaksanaan pentaksiran seiring dengan P&P.

e. Mendapatkan maklum balas untuk penambahbaikan pengajaran.

f. Membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh guru yang dibimbing.

8.2Penyelarasan

Penyelarasan PBS ialah proses penyeragaman pelaksanaan tugasan dan penskoran. Kekerapan aktiviti penyelarasan ditentukan oleh JK PBS.

8.2.1Objektif Penyelarasan:

a. Menyeragamkan skor PS yang diberikan oleh guru berdasarkan pernyataan standard, deskriptor dan evidens dalam DSP.

b. Menyeragamkan skor PP yang diberikan oleh guru berdasarkan rubrik sesuatu tugasan yang ditetapkan.

c. Memastikan kesahan dan kebolehpercayaan skor dalam pelaksanaan PBS oleh guru di sekolah.

d. Memastikan skor yang diberi menepati keupayaan dan prestasi murid.

e. Memastikan skor yang diberi adalah adil bagi semua murid.

8.2.2Penyelaras:

a. Penyelaras dalaman yang terdiri daripada guru-guru yang dilantik oleh JK PBS.

b. Penyelaras luaran yang terdiri daripada personel yang dilantik oleh LP, JPN dan PPD.

8.2.3Pelaksanaan Penyelarasan:

a. Sebelum Penyelarasan:

i. JK PBS peringkat JPN, PPD dan sekolah menentukan tarikh, tempat dan masa penyelarasan.

ii. Mengadakan perbincangan mengenai

Kefahaman tentang standard prestasi atau tugasan.

Kesesuaian instrumen yang digunakan.

Kefahaman tentang penskoran.

Pemilihan evidens murid untuk penyelarasan skor.

b. Semasa Penyelarasan:

i. Memilih evidens murid mengikut aras pencapaian.

ii. Membanding skor yang diberikan oleh guru.

iii. Menyelaras pemberian skor.

c. Selepas Penyelarasan:

i. Menyediakan laporan penyelarasan.

ii. Menyelaras skor murid, jika perlu.

8.3Pemantauan

Pemantauan PBS ialah proses memastikan pelaksanaan PBS mengikut prosedur dan garis panduan yang ditetapkan.

Kekerapan aktiviti pemantauan adalah sepanjang tempoh pelaksanaan PBS dan mengikut jadual yang ditentukan oleh JK PBS.

8.3.1Objektif Pemantauan :

a. Memastikan arahan pelaksanaan PBS dipatuhi

b. Mengenal pasti masalah pelaksanaan PBS oleh guru di sekolah.

c. Membantu menyelesaikan masalah pelaksanaan PBS oleh guru.

d. Mengelakkan berlakunya penyelewengan dan ketidakakuran.

e. Menyediakan laporan pelaksanaan PBS untuk tujuan penambahbaikan.

8.3.2Pemantau:

a. Pemantau dalaman ialah guru yang dilantik oleh JK PBS.

b. Pemantau luaran :

i. Pegawai LP

ii. Pegawai Bahagian di KPM

iii. Pegawai JPN

iv. Pegawai PPD

8.2.3Pelaksanaan Pemantauan:

a. Sebelum Pemantauan:

i. JK PBS peringkat JPN, PPD dan sekolah menentukan tarikh, tempat dan masa pemantauan.

ii. Menyediakan instrumen pemantauan.

b. Semasa pemantauan:

i. Menyemak bahan dan maklumat yang dipantau.

ii. Membuat pemerhatian pelaksanaan PBS.

iii. Menggunakan instrumen pemantauan yang telah dilengkapkan untuk memberi khidmat nasihat.

c. Selepas pemantauan:

i.Melaporkan dapatan pemantauan.

ii.Menyenaraikan kekuatan dan kelemahan pelaksanaan PBS.

iii.Memberi cadangan tindakan susulan mengenai pelaksanaan PBS.

8.4Pengesanan

Pengesanan PBS ialah proses menilai instrumen PBS.Pengesanan dilaksanakan mengikut jadual dan prosedur yang ditetapkan.

Aktiviti pengesanan diadakan semasa dan / atau selepas satu kitaran pelaksanaan PBS.8.4.1Objektif Pengesanan :

a. Mengenal pasti kekuatan, kelemahan dan kebolehlaksanaan instrumen pentaksiran.

b. Menilai kesahan, kebolehpercayaan dan kebolehtadbiran instrumen pentaksiran.

c. Mencadangkan penambahbaikan instrumen pentaksiran.

8.4.2Pegawai Pengesanan: Pegawai yang melaksanakan pengesanan ialah pegawai LP.

8.4.3Pelaksanaan Pengesanan :

a. Sebelum pengesanan:

i. Pegawai LP menentukan tarikh, tempat, masa pengesanan.

ii. Menyediakan instrumen pengesanan.

b. Semasa pengesanan :

i. Menyenaraikan isu kebolehtadbiran dan kesesuaian instrumen pentaksiran.

ii. Mencadangkan penyelesaian.

c. Selepas pengesanan:

i. Memastikan cadangan penyelesaian dilaksanakan.

ii. Membuat penambaikan instrumen pentaksiran.

iii. Melaksanakan program pengesanan semula.

Jadual 6 : Jadual Kerja Penjaminan Kualiti Pelaksanaan PBS

Aspek PelaksanaanTempohTindakan

Pementoran

1. Mentor dalaman terdiri daripada:a. Pengetuab. Guru Penolong Kananc. GKMP / Ketua Bidangd. Ketua Panitiae. Guru Cemerlang

f. Jurulatih Utama

g. Mana-mana guru yang dilantik oleh sekolah.2. Mentor luaran terdiri daripada:a. Pegawai LP b. Pegawai JPN c. Pegawai PPD

d. Mana-mana pegawai yang dilantik oleh LP, JPN dan PPD.

Mengikut keperluanJPN / PPD / Sekolah

Penyelarasan

1. Peringkat Sekolah

Penyelaras dalaman yang terdiri daripada guru yang dilantik oleh JK PBS. 2. Peringkat Negeri dan Daerah

Penyelaras luaran yang terdiri daripada personal yang dilantik oleh LP, JPN atau PPD.Ditentukan oleh JK PBS.Pentaksiran Pusat:

Setelah tugasan selesai.

JPN / PPD / Sekolah

Pemantauan

1. Pemantau dalaman terdiri daripada guru yang dilantik oleh JK PBS.

2. Pemantau luaran yang terdiri daripada:

a. Pegawai LP

b. Pegawai Bahagian di KPMc. Pegawai JPNd. Pegawai PPDSepanjang tempoh pelaksanaan PBS dan mengikut jadual yang ditentukan oleh JK PBS.JPN / PPD / Sekolah

Pengesanan

1. Pegawai yang melaksanakan pengesanan ialah pegawai LP.Ditentukan oleh LPJPN / PPD

9PENGURUSAN EVIDENS PBS

Evidens murid yang telah dikumpul perlu diurus dengan baik dan sistematik.Kaedah pengurusan evidens murid hendaklah mudah diurus supaya semua pihak yang terlibat dapat menjayakan pelaksanaan PBS. Evidens boleh didapati daripada pelbagai sumber. Guru atau pentaksir bertanggungjawab untuk memastikan evidens yang mencukupi dan sesuai untuk membuat pertimbangan atau keputusan terhadap penguasaan murid dalam perkara yang ditaksir.9.1Evidens PS

9.1.1Evidens PS adalah seperti berikut:

a. Penulisan

i. Menulis aksara pada perantara dengan tujuan untuk membentuk perkataan dan gagasan lain yang mewakili bahasa atau maklumat.

ii. Penciptaan bahan-bahan yang disampaikan melalui tulisan.

b. Bahan cetakan Hasil kerja murid yang menggunakan pelbagai medium cetakan.

c. PersembahanPembentangan atau penglibatan murid dalam mempamerkan bakat melalui pelbagai aktiviti.

d. FotoGambar yang mempunyai persamaan dengan suatu subjek.

e. Grafik

i. Merupakan persembahan visual yang ditunjukkan pada permukaan seperti dinding, kanvas, skrin komputer, kertas, papan untuk tujuan jenama, pemberitahuan, ilustrasi atau hiburan. Contoh grafik ialah gambar, foto, lukisan, seni tanpa ton, graf, tipografi, nombor, simbol, reka bentuk geometri, peta, lukisan kejuruteraan atau imej lain. Grafik selalunya menggabungkan teks, ilustrasi dan warna.

ii. Grafik boleh wujud sebagai grafik berfungsi atau berseni. Grafik juga boleh merupakan bayangan atau menggambakan perkara yang wujud dalam dunia sebenar.

f. Artifak

i. Bahan yang dihasilkan dan salinan yang dicatatkan sebagai satu tinggalan sejarah atau telah dibuat sekian lama.

ii. Bahan yang dihasilkan seperti arca.

g. LaporanPenulisan berformat untuk melaporkan sesuatu tugasan.

h. ModelBentuk fizikal objek yang tidak berdasarkan skala sebenar.

i. ProdukBarang atau perkhidmatan yang dihasilkan.

j. RakamanPerekodan / pelaporan dalam bentuk audio visual.

k. Bahan Informasi Komunikasi danTeknologi (ICT)Sebarang bentuk penyimpanan evidens yang menggunakan ICT.

l.Proses

Gerak kerja / aktiviti semasa melakukan tugasan.

9.1.2Penyediaan Fail Murid

Sediakan dua fail untuk menyimpan evidens murid. Fail tersebut adalah seperti berikut:

a. Fail Perkembangan Murid (FPM)

FPM adalah untuk menyimpan evidens setiap murid. Hanya evidens terbaik dalam band tertinggi yang dicapai oleh murid disimpan dalam fail.

b. Fail Showcase (FS)

FS adalah untuk menyimpan evidens murid yang terbaik dan terpilih dalam band. Fail ini boleh dijadikan bahan showcase. Fail ini boleh dibentuk mengikut :

i. aliran (contoh: semua tingkatan 1) ; atau

ii. kelas; atau

iii. mata pelajaran.

Nota:

Pihak sekolah dikehendaki menyediakan FPM dan FS seperti perkara (a) dan (b) di atas di peringkat sekolah. Walau bagaimanapun kaedah pelaksanaannya tertakluk kepada keputusan JK PBS sekolah.

9.1.3Pengurusan evidens oleh guru :

a. Evidens hendaklah diserah semula kepada murid setelah direkod dalam aplikasi SPPBS.

b. Guru hendaklah memberi maklum balas kepada murid agar murid boleh membuat penambahbaikan, pentaksiran semula dan pengayaan pembelajaran.

c. Evidens yang terbaik dan terpilih pada tahun semasa dalam band boleh dijadikan bahan showcase.

9.2Evidens PP

9.2.1Evidens PP adalah seperti berikut:

a. Penulisan

i. Menulis aksara pada perantara dengan tujuan untuk membentuk perkataan dan gagasan lain yang mewakili bahasa atau maklumat.

ii. Penciptaan bahan-bahan yang disampaikan melalui tulisan.

b. Bahan cetakan Hasil kerja murid yang menggunakan pelbagai medium cetakan.

c. Persembahan

Pembentangan atau penglibatan murid dalam mempamerkan bakat melalui pelbagai aktiviti.

d. Foto

Gambar yang mempunyai persamaan dengan suatu subjek.

e. Grafik

i. Merupakan persembahan visual yang ditunjukkan pada permukaan seperti dinding, kanvas, skrin komputer, kertas, papan untuk tujuan jenama, pemberitahuan, ilustrasi atau hiburan. Contoh grafik ialah gambar, foto, lukisan, seni tanpa ton, graf, tipografi, nombor, simbol, reka bentuk geometri, peta, lukisan kejuruteraan atau imej lain. Grafik selalunya menggabungkan teks, ilustrasi dan warna.

ii. Grafik boleh wujud sebagai grafik berfungsi atau berseni. Grafik juga boleh merupakan bayangan atau menggambakan perkara yang wujud dalam dunia sebenar.

f. Artifak

i. Bahan yang dihasilkan dan salinan yang dicatatkan sebagai satu tinggalan sejarah atau telah dibuat sekian lama.

ii. Bahan yang dihasilkan seperti arca.

g. LaporanPenulisan berformat untuk melaporkan sesuatu tugasan.

h. Model

Bentuk fizikal objek yang tidak berdasarkan skala sebenar.

i. Produk

Barang atau perkhidmatan yang dihasilkan.

j. Rakaman

Perekodan / pelaporan dalam bentuk audio visual.

k. Bahan Informasi Komunikasi danTeknologi (ICT)Sebarang bentuk penyimpanan evidens yang menggunakan ICT.

l.Proses

Gerak kerja / aktiviti semasa melakukan tugasan.

9.2.2Penyimpanan dan Pelupusan

a. Penyimpanan.

i. Evidens murid disimpan ditempat yang selamat dan bersistematik secara tersusun dalam tempoh 3 hingga 6 bulan dan diserahkan kepada murid selepas aktiviti Penjaminan Kualiti dan kemasukan markah dalam Sistem Pentaksiran Pusat Lembaga Peperiksaan.

ii. Evidens disimpan dalam bentuk hardcopy atau softcopy atau dalam bentuk apa sekalipun sebagai bahan bukti.

b. Pelupusan

i. Evidens dilupus berdasarkan Jadual Pelaksanaan PP dengan cara mengembalikan evidens kepada murid untuk simpanan mereka.

9.3Evidens PAJSK

Guru merekod penyertaan, penglibatan dan pencapaian murid dalam SEGAK, BMI, sukan, kokurikulum dan ekstra kurikulum menggunakan borang dan aplikasi PAJSK.

9.4Evidens PPsi

Evidens adalah TERHAD dan disimpan oleh guru bimbingan dan kaunseling di tempat yang selamat secara sistematik.

10SISTEM PENGURUSAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (SPPBS)

SPPBS dibangunkan oleh KPM untuk komponen akademik dan bukan akademik. SPPBS digunakan untuk merekod dan menyimpan maklumat pengua